Jumaat, 8 Mei 2015

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


DAP BISING...MANA PRESIDEN PAS UNTUK BUAT ULASAN????

Posted: 08 May 2015 05:47 PM PDT

Skandal Tabung Haji-1MDB: DAP mahu Perdana Menteri letak jawatan

ZAIRIL_KHIR_JOHARI_SYMPOSIUM
KUALA LUMPUR, 9 MEI – Skandal meletup pembelian tanah antara Lembaga Tabung Haji dan syarikat bermasalah milik kerajaan 1MDB telah mengundang kritikan dan persoalan daripada pelbagai pihak, termasuk Pemuda Umno sendiri.

Malah ia telah digelarkan sebagai satu operasi 'bailout' oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir untuk menyelamatkan 1MDB yang dibebani hutang berbilion ringgit.

"Persoalan mengenai konflik kepentingan telah muncul apabila didedahkan bahawa eksekutif senior Tabung Haji juga kebetulan memegang jawatan tinggi dalam 1MDB," ujar Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari mengulas skandal tersebut.

Empat individu didapati memegang jawatan tinggi di kedua-dua syarikat yang berurusniaga dalam pembelian tanah seluas 1.56 ekar pada nilai RM184 juta tersebut yang sebelum ini dibeli oleh 1MDB pada harga sekadar RM4.5 juta atau RM64 satu kaki persegi.

Empat individu tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Tan Sri Ismee Ismail yang juga Ahli Lembaga Pengarah 1MDB, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Dato' Johan Abdullah yang juga pengerusi salah sebuah anak syarikat 1MDB, Anggota Panel Pelaburan Tabung Haji Tan Sri Abdul Samad Alias serta Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji Tan Sri Irwan Serigar yang kedua-duanya menganggotai Panel Penasihat 1MDB.

"1MDB telah menjual tanah ini kepada Tabung Haji, yang nampaknya telah bertindak bertentangan dengan amaran laporan penilaian risikonya,"

"Ini membangkitkan kebimbangan tentang kemungkinan duit para bakal haji disalahgunakan untuk menyelamatkan syarikat dana kekayaan negara yang sedang bermasalah," ujar Zairil dalam satu kenyataan.

Menurut Zairil, apa yang lebih menarik lagi ialah pihak yang menyatakan kebimbangan wujudnya konflik kepentingan berkait empat individu tadi adalah bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno sendiri, Dato' Saifuddin Abdullah dan Ketua Pemuda Umno yang juga anggota Kabinet, Khairy Jamaluddin.

"Tak sampai sebulan Pemuda Umno menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Perdana Menteri Najib Tun Razak, di tengah-tengah dakwaan dan persoalan mengenai skandal 1MDB. Cepat betul keadaan berubah," ujarnya sinis.

Penolong Setiausaha Publisiti DAP itu juga menegaskan bahawa keseluruhan pengurusan tertinggi Lembaga Tabung Haji mesti meletakkan jawatan, bukan sahaja mereka yang bertapak di kedua-dua syarikat.

"Jelas sekali pengurusan tertinggi Tabung Haji telah gagal menjalankan tugas bukan sahaja sebagai pengurus dana rakyat, tetapi juga pemegang amanah tanggungjawab agama umat Islam," kata beliau.

Justeru katanya, tanggungjawab harus dipikul oleh individu yang bukan sahaja merupakan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, tetapi juga turut berperanan melantik kakitangan di kedua-dua Tabung Haji dan 1MDB, iaitu Perdana Menteri Najib Razak sendiri.
"Tidak ada pilihan lain. Perdana Menteri mesti bertanggungjawab penuh dan meletakkan jawatan dengan serta merta," tegas beliau. – Roketkini.com



NASIB TABUNG HAJI- 3 BAKAL DIKAMBINGHITAMKAN

Posted: 08 May 2015 05:07 PM PDT

TABUNG HAJI








 3 WAJAH BAKAL DIKAMBINGHITAMKAN......



1. Tiada ada Negara yang begitu berjaya mengumpul wang dari orang Islam yang berhajat untuk mengerja haji dari Malaysia dengan Tabung Hajinya.

2. Wang yang ditabung sejak ditubuh Tabung Haji sudah meningkat sehingga ribuan juta Ringgit. Wang ini boleh dilabur supaya keuntungan dapat membantu pengurusan tabung haji dan subsidi kepada bakal haji.

3. Wang tabung haji adalah dari pencarum dan Tabung Haji hanya diamanahkan untuk mengurus dengan baik, dengan cara yang dihalalkan oleh Islam. Wang ini bukan milik Tabung Haji.

4. Amatlah menyedihkan apabila wang ini diguna untuk bailout (pemulihan) hutang 1MDB.

5. Tanah Tun Razak Exchange seluas 70 ekar dibeli oleh 1MDB dengan harga RM194.1 million untuk 70 ekar.

6. Sekarang Tabung Haji membeli satu setengah ekar dengan harga 188.5 million Ringgit, hampir sama dengan harga 1MDB beli 70 ekar. Untung besarlah 1MDB. Sebenarnya tanah ini, asalnya untuk mengadakan pusat dagangan bumiputra. Tetapi 1MDB telah mengenepikan projek ini.

7. Inikah cara Tabung Haji mengguna duit orang ramai yang diamanahkan kepadanya. Pencarum berharap duit yang disimpan dengan Tabung Haji diurus untuk kebaikan mereka tetapi wang ini diguna untuk menyelamatkan 1MDB yang telah hilangkan berbillion Ringgit.

8. Rancangan ini perlu dibatal sekarang juga.

9. Tunku Aziz berkata dia sedia menyiasat Jho Low dan Riza Aziz jika saya buat laporan. Sebenarnya laporan telah dibuat oleh pihak lain tetapi tidak ada siasatan yang dibuat oleh sesiapa. Sebaliknya pihak yang melapor dimufliskan dan rumahnya telah digeledah.

10. Jika Tunku Aziz begitu prihatin terhadap gejala rasuah, siasatlah dan laporlah kes-kes berkenaan. Buktikan juga yang saya lesap duit kerajaan!!

Jika tidak dapat diam sajalah

Link : http://chedet.cc/?p=1702

Kami Boikot Buletin Utama TV3's photo.

Akhirnya, Kerisauan YB Rafizi Ramli 2 Bulan Lepas Dijelmakan Oleh Pengerusi Tabung Haji Ini Yang Beria-Ia "Melalak" Menolak Kerisauan Kenyataan Rafizi Itu... Akhirnya, Lidah Bercabang Ini Buat Jua Semalam Apabila Dokumen Pembelian Tanah Itu Dibongkarkann Oleh Blogger Dan Disahkan Oleh "Lidang Bercabang" Ini Sendiri!!!... ‪#‎Share‬ ::.kikiki.::


RAFIZI DAH DEDAH AWAL LAGI....RAFIZI VS PENGERUSI TABUNG HAJI

Posted: 08 May 2015 04:52 PM PDT

 MELALAK DIA MARAH KE RAFIZI..ALIH  ALIH  BUAT JUGA





Rafizi VS Pengerusi Tabung HajiAkhirnya, Kerisauan YB Rafizi Ramli 2 Bulan Lepas Dijelmakan Oleh Pengerusi Tabung Haji Ini Yang Beria-Ia "Melalak" Menolak Kerisauan Kenyataan Rafizi Itu... Akhirnya, Lidah Bercabang Ini Buat Jua Semalam Apabila Dokumen Pembelian Tanah Itu Dibongkarkann Oleh Blogger Dan Disahkan Oleh "Lidang Bercabang" Ini Sendiri!!!... #Share ::.kikiki.::
Posted by Kami Boikot Buletin Utama TV3 on Friday, May 8, 2015

WAJAH DI LEMBAGA TABUNG HAJI-KENALI MEREKA

Posted: 08 May 2015 04:41 PM PDT


DRAMA TERJEMAHAN YANG PATUT ANDA TONTON

Posted: 08 May 2015 04:34 PM PDT

Tun Mahathir Vs Dato' Sri NajibHappy labour day!(Debate) Parody Tun Mahathir Vs Dato' Sri Najib Yang Kelakar! Subtitle : Bahasa MelayuEditing, Translation and Render By Dravidian Keyboard Warrior's#AhmadMaslan #Mahathir #Najib #AbdulRaniKulum#Sempena_Kehangatan_pilihan_raya_kecil_permatang_pauh_2015_yang_akan_datang!!
Posted by Dravidian Keyboard Warrior's on Thursday, April 30, 2015

Yang untung 1MDB, yang rugi pencarum Tabung Haji

Posted: 08 May 2015 04:23 AM PDT

Yang untung 1MDB, yang rugi pencarum Tabung Haji

teo nie ching
KULAI, 8 MEI: Syarikat kontroversi 1MDB meraih keuntungan besar RM184 juta dengan hanya bertindak sebagai 'broker' dari urusniaga jual-beli tanah Tun Razak Exchange (TRX).

Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching berkata, sekiranya tanah TRX seluas 70 ekar itu tidak dijual kepada 1MDB dengan harga murah pada 2010, kerajaan mampu mendapat perolehan berjumlah RM8,455 juta, dan bukannya RM194 juta.

"Datuk Seri Najib mesti menjelaskan mengapa tanah itu dijual kepada 1MDB hanya RM64 sekaki persegi pada tahun 2010.
"Rakyat Malaysia kehilangan (hasil) berjumlah RM8,261 juta," kata Nie Ching dalam satu kenyataan.

Media sebelum ini melaporkan Lembaga Tabung Haji (LTH) membeli satu plot tanah di TRX dari 1MDB pada harga RM188.5 juta atau RM2,773 sekaki persegi.

Tanah TRX seluas 70 ekar itu telah dijual kepada 1MDB pada harga RM194 juta pada 2010, namun dinilai semula sebanyak dua kali kepada RM1.1 bilion dan RM1.59 bilion dalam masa dua tahun.

Berdasarkan laporan kewangan bagi tahun berakhir Mac 2013, tanah tersebut telah dinilai semula sekali lagi pada kadar RM2.7 bilion, bersamaan RM885.50 sekaki persegi.
Difahamkan LTH memperoleh 1.56 ekar plot pada harga RM188.5 juta atau RM2,773 sekaki persegi.

Ketua Pegawai Eksekutif LTH Datuk Johan Abdullah sebelum ini berkata, kadar RM188.5 juta itu harga 'diskaun' berbanding nilai pasaran semasa.

Ujar Nie Ching, dakwaan tersebut munasabah berdasarkan dokumen yang dibocorkan, bahawa panel pelaburan LTH pada 30 Mac 2015 mengusulkan kepada Lembaga Pengarah untuk mencadangkan kepada Menteri meluluskan pembelian dari 1MDB Real Estate Sdn Bhd pada kadar RM194 juta, bersamaan RM2, 860 sekaki persegi.

"Dalam erti kata lain, LTH mengambil alih tanah tersebut pada harga yang lebih rendah daripada RM188.5 juta atau RM2,773 sekaki persegi, sepadan dengan diskaun kurang tiga peratus berbanding harga belian yang disarankan.

"Perjanjian ini membolehkan 1MDB meraih keuntungan besar RM184 juta, dengan hanya bertindak tidak lebih sebagai broker tanah.

"Lebih penting lagi, keuntungan untuk 1MDB adalah kerugian kepada semua.

"Datuk Seri Najib berhutang penjelasan kepada rakyat Malaysia," kata Nie Ching. – Roketkini.com

AHLI UMNO MINTA MAAF TAKUT KENA PUKUL

Posted: 08 May 2015 03:57 AM PDT

 
Ini dia rakaman permohonan maaf barua/kaki bodek UMNO yg buat kelakuan lucah di Sek Guar Perahu...Menurut rkaman ini yang disiarkan melalui perbualan , pemuda Umno ini dari Pulu..dibawa ke Permatang pauh.Mungkin akibat tindakan kelakuan beliau di sekolah Guar Perahu..orang Guar Perahu mengepung rumah sewa mereka dan meminta supaya permohonan maaf di lakukan sebelum sesuatu kejadian berlaku...CARI DI FB DJFIQ NI SKROL SAMPAI JUMPA..ADA RAKAMAN DI SITU

p/s:- baru Ada akai...duk mai buat perangai tempat org.





Ini dia rakaman permohonan maaf barua/kaki bodek UMNO yg buat kelakuan lucah di Sek Guar Perahu...p/s:- baru Ada akai...duk mai buat perangai tempat org.
Posted by DjFiq Ubahfm on Thursday, May 7, 2015

BUKTI PRESIDEN PAS TIDAK KISAH

Posted: 07 May 2015 11:20 PM PDT

 

Oleh : Al Husseyn   (BUKTI PRESIDEN SEORANG YANG LEMBAB)

Pemimpin Umno Datuk Abdullah Abu Bakar menerima surat tunjuk sebab dari ibu pejabat parti itu yang menuntut penjelasan berhubung pembabitan beliau dalam bantahan simbol salib di Taman Medan bulan lalu.

 Beliau, bagaimanapun enggan menjelaskan apa-apa mengenai perkara itu.

 Abdullah yang juga abang kepada Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata tiada keperluan untuk beliau menjelaskan apa-apa buat masa ini.Baca lagi di sini 

Tindakan Umno ini tentunya memalukan Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar yang pernah cuba membela abangnya itu, malah nak jadikan beliau sebagai hero pendamai kononnya! Baca entri saya di sini.

Perkara kedua, walaupun Umno parti bukan Islam macam PAS, ia berani bertindak terhadap ahlinya yang buat kalut begitu.

Kita masih menunggu tindakan PAS terhadap beberapa demo kalangan yang mengaku sebagai pro ulama. 

Ramai ahli akar umbi mahu melihat ketegasan Presiden PAS bertindak keatas sikap biadap sekumpulan ahli yang membuat sabotaj dan provokasi melampau terhadap kestabilan parti dan hubungannya dengan rakan tahallufnya. 

Antaranya demo yang lakukan oleh puak-puak ini ialah :



1) Demo mendesak beberapa AJK PAS Pusat letak jawatan oleh  Pemuda Kuantan yang dikepalai sendiri oleh Ketua Dewan Pemudanya, Fadhli Ibrahim pada 8 Februari lalu.



2) Demo  di Kampung Kubang Semang yang menghasut para pengundi PRK Permatang Pauh supaya menyokong Umno yang kononnya menyokong hudud.Ketua Penerangan PAS Bagan, Azmi Jaafar dilaporkan sebagai kepalanya.




3) Demo Depan Masjid Batu Kampung Pertama pada 1 Mei oleh sekumpulan yang sama, PAS Cawangan Bagan yang dikepalai oleh Azmi Jaafar.

Selagi PAS tidak mengambil tindakan yang wajar keatas gejala yang dilakukan sebagaimana di atas itu, keadaan pasti akan bertambah buruk di masa hadapan dan Hj Hadi dilihat seolah-olah merestui kelakuan biadab mereka itu.

Protes pemuda terhadap Timbalan Presiden, Hj Mohd Sabu sewaktu merasmikan Muktamar Pemuda yang lepas tanpa diambil apa-apa tindakan hingga ke saat ini, membuktikan kepada kita semua bahawa Hj Hadi adalah seorang pemimpin yang lembab.

Tiada ulasan: