Khamis, 7 Mei 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


'Anwar kekal sebagai de facto ketua pembangkang'

Posted: 07 May 2015 11:30 PM PDT

 
 
ANALISIS Kemenangan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Permatang Pauh dalam pilihan raya kecil semalam akan memastikan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai de facto Ketua pembangkang.

Apabila timbul cakap-cakap mengenai siapa yang akan bertanding kerusi parlimen itu, ia pada mulanya, spekulasinya ialah anak perempuan Anwar, Nurul Nuha akan dinamakan sebagai calon PKR.

Ini tidak diterima baik oleh DAP, yang mengingatkan bahawa jika orang lain selain Wan Azizah bertanding kerusi itu, ia akan menuntut jawatan ketua pembangkang di Parlimen.

DAP berkata ia akan mencalonkan pemimpin veterannya Lim Kit Siang untuk jawatan itu, kerana parti itu memiliki jumlah kerusi paling banyak di blok pembangkang.

Pemimpin veteran DAP itu pernah memegang jawatan tersebut tetapi ia sebelum pilihan raya umum 2008 mengubah landskap politik negara. Bagaimanapun, DAP bersedia untuk mengalah jika Wan Azizah kembali ke Parlimen dan memegang jawatan itu.

Dinamik politik di Malaysia ialah ketua pembangkang bukan Melayu tidak akan mampu untuk meyakinkan pengundi Melayu sekiranya beliau menerajui kerajaan yang baru.

Ini kerana sentiasa ada kebimbangan bahawa tanpa Umno, kedudukan istimewa orang Melayu dan Islam akan terhakis.

Sentimen sedemikian akan menggagalkan percubaan blok pembangkang untuk menawan pusat pentadbiran Putrajaya.

DAP juga menyedarinya dan ia tahu PAS, yang sering bertelagah dengannya, boleh boleh menuntut jawatan itu.

Menyekat Hadi

Dengan latar belakang tersebut, pendirian DAP mungkin lebih bertujuan untuk menyekat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang daripada menjadi ketua pembangkang, sekiranya calon baru seperti Nurul Nuha bertanding di Permatang Pauh.

Jika Hadi mensasarkan jawatan itu, maka ia akan terus menghakis lagi situasi dalam Pakatan Rakyat, yang sudah bergoncang ekoran usaha presiden PAS itu mahu melaksanakan hudud di Kelantan.

DAP telah pun memutuskan hubungan dengan Hadi, yang didakwanya sebagao seorang yang tidak boleh dipercayainya.

Oleh itu, dengan memberi sokongan kepada Wan Azizah, DAP akan dapat menangani senario tersebut.

Nahas DUKE - Dua Pemandu Myvi Tak Mengaku Salah

Posted: 07 May 2015 11:00 PM PDT

 
Kuala Lumpur: Dua pemandu Perodua MyVi termasuk seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Trafik atas tuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian tiga beranak di Lebuhraya DUKE, awal pagi Sabtu lalu.

Pembantu pengurus restoran, Siti Noor Aini Mohd Said, 35, dan juruteknik, Mohammad Fizal Reza Jamauddin,31, masing-masing membuat pengakuan itu selepas jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan secara berasingan di hadapan Majistret Noorul Fhaiez Mohd Nayan.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa memandu secara berbahaya kepada awam dan menyebabkan kematian Fairuz Nizam Husain, 35, Nova Safitri Azhari, 27, dan Nur Firuza Annisa Fairuz Nizam, tujuh bulan di Lebuhraya DUKE, Kilometer 6.2 dari arah Ulu Klang menghala ke Jalan Duta, pada jam 1.05 pagi, 2 Mei lalu.

Bagi perbuatan itu, mereka didakwa di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda maksimum RM20,000 selain lesen memandu digantung.

Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM9,000 setiap seorang dengan seorang penjamin selain menggantung lesen memandu dan pasport diserah kepada mahkamah mereka sehingga kes selesai serta menetapkan 22 Jun untuk sebutan semula kes

Kenapa Ahmad Maslan Tidak Angkat Tangan ??

Posted: 07 May 2015 10:30 PM PDT

Dato' Tarmizi Mohd Jam's photo.
Mengikut firasat orang2 bijaksana 3.85, dari awal lagi Ahmad Maslan yg pintar menghiburkan politik Malaysia sudah dpt menghidu Kak Wan akan menang dan calon GST Permatang Pauh akan tersungkur. 

Barangkali firasat inilah yg menyebabkan pakar GST Najib Razak ini tidak menjulang tangan spt kengkawannya yg lain meraikan Suhaimi. 

Amacam?

Saya silap komunikasi, kata pengerusi Tabung Haji berhubung pembelian tanah 1MDB

Posted: 07 May 2015 09:45 PM PDT

 Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim memohon maaf berhubung penafian beliau mengenai pembelian dua bidang tanah 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim memohon maaf berhubung penafian beliau mengenai pembelian dua bidang tanah 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Selepas kenyataan bercanggah antara dua pegawai tertinggi Lembaga Tabung Haji berhubung pembelian tanah milik 1MDB di Kuala Lumpur, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim meminta maaf di atas tweetnya yang menafikan pendedahan itu.

"Ya, maaf di atas kesilapan komunikasi. Tidak benar mengenai RM722 juta untuk membeli dua bidang... itu yang saya nafikan," kata pengerusi Lembaga Tabung Haji itu dalam Twitter.

Sebelum ini, Azeez menafikan pendedahan beberapa blog bahawa TH membeli dua bidang tanah bernilai RM772 juta yang merupakan sebahagian projek Tun Razak Exchange oleh 1MDB.

"Tak betul. TH akan keluarkan kenyataan secepat mungkin. Terima kasih. Saya akan jalankan tanggungjawab dan amanah diberi. At the end of the day, the results that matter most," katanya dalam Twitter.

Bagaimanapun, ketua pegawai eksekutif TH, Datuk Johan Abdullah mengesahkan pembelian tanah itu, yang merangkumi pelan menara kediaman yang bernilai RM188.5 juta.

Johan bagaimanapun menafikan TH membeli tanah lain daripada 1MDB.

"TH hanya invest pada 1 unit sahaja dgn harga yang lebih murah. Bukan 2 unit seperti mana tertulis dalam blog. Itu yang saya nafikan," tulis Azeez dalam kiriman Twitter.

Johan berkata keputusan Lembaga Tabung Haji (TH) adalah sejajar dengan strategi pelaburan hartanahnya yang memberikan tumpuan kepada sektor domestik.

Katanya, pelaburan itu merupakan keputusan komersial yang menepati selera risiko dan melalui semua proses penilaian dalaman yang terperinci.

"Cadangan pembangunan kediaman tersebut akan dibangunkan anak syarikat TH, TH Properties Sdn Bhd yang dijangka akan memberi pulangan positif kepada Kumpulan TH pada masa hadapan.

Terdahulu hari ini, Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari d‎alam kenyataannya berkata sebagai badan amanah menyimpan duit bakal haji, LTH tidak sepatutnya terlibat dalam projek berisiko tinggi.

"Jika dakwaan ini benar, Datuk Azeez dan menteri yang mengendalikan LTH perlu meletakkan jawatan serta-merta," kata Zairil.

Gesaan sama dibuat Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa, yang mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan bagaimana wang amanah RM772 juta digunakan untuk membeli tanah pada harga berpuluh kali ganda.

"Persoalan yang timbul, apakah penglibatan pelaburan Tabung Haji dalam 1MDB merupakan aktiviti teras Tabung Haji itu sendiri?" soal Husam. – 7 Mei, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/.

Sokongan Melayu meningkat 4-5 % kepada PKR, kata Wan Azizah OLEH KC NAZARI

Posted: 07 May 2015 09:00 PM PDT


Ahli Parlimen Permatang Pauh yang baharu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata peratus keluar mengundi sebanyak 73.71 % adalah kerana rakyat mahu melihat satu blok Pakatan Rakyat (PR) yang teguh.

Ahli Parlimen Permatang Pauh yang baharu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata peratus keluar mengundi sebanyak 73.71 % adalah kerana rakyat mahu melihat satu blok Pakatan Rakyat (PR) yang teguh.

Ahli Parlimen Permatang Pauh yang baharu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata keputusan pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh menunjukkan peningkatan undi Melayu di antara 4 sehingga 5 peratus terutamanya di kalangan golongan muda.

Menurutnya, peratus keluar mengundi sebanyak 73.71 % adalah kerana rakyat mahu melihat satu blok Pakatan Rakyat (PR) yang teguh.

"Pengundi Permatang Pauh mahukan sebuah PR yang kuat dan mereka mengingati Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kemenangan ini bukan kemenangan PKR sahaja tetapi kemenangan rakyat yang menentang kezaliman BN kepada Anwar Ibrahim yang terbukti masih relevan buat rakyat Malaysia.

"Ia juga manifestasi kekecewaan rakyat kepada kelemahan dan kegagalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dipenuhi kemewahan dan ketirisan serta gaya hidup pemimpin, skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang terkini terpaksa menggunakan dana Tabung Haji," katanya kepada pemberita semasa ditemui selepas diumumkan sebagai pemenang di pusat penjumlahan undi di Institut Kemahiran Belia Negara, Penanti.

Presiden PKR itu meraih 30,316 undi, meninggalkan calon Barisan Nasional (BN) Suhaimi Sabudin yang mendapat 21,475 undi, menjadikan majoriti 8,841 undi.

Dua lagi calon, Azman Shah dari Parti Rakyat Malaysia (PRM) menerima 101 undi, manakala calon bebas Salleh Ishak menerima 367 undi, manakala sebanyak 843 undi rosak.

Majoriti kali ini lebih rendah di samping peratusan keluar undi yang lebih kecil, 74%, berbanding 88% pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) dua tahun lepas.

Bagaimanapun, PKR masih mengekalkan peratusan undinya, iaitu sekitar 57% daripada jumlah keseluruhan undi.

Pada PRU13, Anwar memenangi kerusi itu dengan jumlah undi 37,090, atau 58.56% daripada jumlah keseluruhan undi 63,332, dengan majoriti 11,721. – 7 Mei, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

Kesalahan Nur Fitri jenayah berat, kata Najib

Posted: 07 May 2015 08:30 PM PDT

 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, Nur Fitri Azmeer Nordin mesti dikenakan hukuman setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, Nur Fitri Azmeer Nordin mesti dikenakan hukuman setimpal dengan kesalahan yang dilakukan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan kesalahan Nur Fitri Azmeer Nordin, yang didapati memiliki lebih 30,000 imej dan video lucah kanak-kanak di London, sebagai satu jenayah yang amat berat.

Beliau berkata, penuntut jurusan Matematik berusia 23 tahun itu mesti dikenakan hukuman setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

Perdana Menteri menegaskan beliau tidak bersetuju dengan cadangan atau komen sesetengah pihak bahawa kerajaan akan merayu kes Nur Fitri Azmeer untuk mengurangkan hukumannya, apatah lagi menggunakan dana awam bagi tujuan itu.

"Nur Fitri Azmeer telah dibicarakan mengikut sistem perundangan Britain, diberi peluang untuk mempertahankan diri, dan didapati bersalah.

"Kita harus menghormati undang-undang dan sesiapa yang didapati bersalah mesti dikenakan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan," katanya dalam entri terbaharu dalam blog najibrazak.com malam ini.

Bagaimanapun, Najib berkata Nur Fitri Azmeer mesti diberikan bimbingan kaunseling agar dia tidak mengulangi kesalahan, demi kebaikannya dan masyarakat.

"Ini perlu dilakukan agar individu tersebut dapat diterima kembali oleh masyarakat," katanya.

Sebelum ini, beberapa pihak mencadangkan supaya pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu diberi peluang kedua termasuk meneruskan pengajiannya di dalam negara setelah selesai menjalani hukuman di London.

Nur Fitri Azmeer, yang melanjutkan pelajaran di Imperial College, dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Southwark Crown, London setelah mengaku bersalah atas 17 pertuduhan memiliki bahan pedofilia dengan niat untuk mengedarkannya. – Bernama, 7 Mei, 2015.


See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

PRK Permatang Pauh : Umno/Bn Cipta Sejarah Dengan Kekalahan Tidak Bermaruah !

Posted: 07 May 2015 08:00 PM PDT

 
Memang TEPAT apa yang Keluar dari MULUT LONGKANG Pemimpin Umno/Bn iaitu SEJARAH akan TERCIPTA dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh kali ini, 

Sejarah tersebut adalah dengan Kekalahan yang Cukup Memalukan walaupun Sebahagian Besar Pemimpin Umno mempunyai Muka Tak Malu Tampal Kulit Babi 14 Inci... kah kah kah !. 

Sesuatu yang TIDAK DIJANGKA baik dari Pihak Parti Keadilan Rakyat (PKR) sendiri mahu pun dari Pihak Penyokong Pakatan Rakyat (PR), dan yang lebih lagi Tidak Percaya ialah di Pihak Umno/Bn yang Mengatakan bahawa KONON nya SEJARAH BARU akan Dicipta dalam PRK Permatang Pauh kali ini dengan Merasakan Umno/Bn akan Menang... kah kah kah !. 

Bertemakan "Cukup-Cukup Lah Bagi Kami Pulak" dari Pihak Umno/Bn yang seakan-akan mahu MEMPERBODOHKAN Sebahagian Besar Pengundi-Pengundi Permatang Pauh, dimana seolah-olah Pengundi-Pengundi PRK Permatang Pauh Tidak Kenal dan Tahu siapa itu Pemimpin Umno/Bn yang Terkenal dengan Perangai Merompak Harta Rakyat... kah kah kah !.

Alhamdulillah... Nampaknya Pengundi-Pengundi PRK Permatang Pauh tidak mahu KALAH kepada Pengundi-Pengundi PRK Rompin bila mana pada 5 Mei 2015 Pengundi-Pengundi PRK Rompin telah Menghadiahkan Kemenangan TAK BERMARUAH kepada Pemimpin Umno/Bn. Rompin dikatakan ada sesetengah Daerah usahkan Internet tetapi Talian Telifon pun tiada... kah kah kah !. 
 Barisan Nasional's election machinery director Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi says results of the Permatang Pauh by-election is positive for the coalition. – The Malaysian Insider filepic, May 7, 2015.

Namun Pengundi Rompin tetap juga dapat Memalukan Pemimpin Umno/Bn dengan Kemenangan Tak Bermaruah... dengan Keadaan Kawasan Permatang Pauh yang bukan nya seperti keadaan Rompin yang dikatakan MAJU oleh Pemimpin Umno/Bn, jadi jika Pengundi Rompin dapat Memalukan Pemimpin Umno/Bn sudah tentu Pengundi Permatang Pauh Mampu melakukan... kah kah kah !. 

Terbukti HARI INI DALAM SEJARAH, walaupun PKR Khas nya dan PR Am nya menghadapi Tentangan yang Sengit dari Pihak Umno/Bn, yang Menggunakan Berbagai Muslihat dan Tipu Helah namun Pengundi-Pengundi Permatang Pauh sebahagian Besarnya dapat Menilai yang mana INTAN dan yang mana KACA... yang mana Kaki Penipu dan yang mana Kaki Temberang... kah kah kah !. 

SYABAS buat Pengundi-Pengundi yang Mengundi PKR dalam PRK Permatang Pauh kali ini... kerana Pilihan lu orang adalah Tepat, walaupun Calon PKR tidak Mampu Menyelesaikan Permasalahan lu orang jika ianya Bersangkutan dengan Kerajaan Pusat yang Kuasai oleh Umn/Bn. 

Lebih-lebih lagi bila Pemimpin Umno/Bn membuat Kerajaan Pusat seperti Harta Pusaka Maka Bapak dia orang... 

kah kah kah !. hemmmmm..... apa lagi alasan lu orang pemimpin dan penyokong umno/bn haramjadah supaya gst tidak diteruskan... kah kah kah !.


Dicatat oleh Mat Indera Sipejuang.
Jumaat, 8 Mei 2015 PRK Permatang Pauh : Umno/Bn Cipta Sejarah Dengan Kekalahan Tidak Bermaruah ! Memang TEPAT apa yang Keluar dari MULUT LONGKANG Pemimpin Umno/Bn iaitu SEJARAH akan TERCIPTA dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh kali ini, Sejarah tersebut adalah dengan Kekalahan yang Cukup Memalukan walaupun Sebahagian Besar Pemimpin Umno mempunyai Muka Tak Malu Tampal Kulit Babi 14 Inci... kah kah kah !. Sesuatu yang TIDAK DIJANGKA baik dari Pihak Parti Keadilan Rakyat (PKR) sendiri mahu pun dari Pihak Penyokong Pakatan Rakyat (PR), dan yang lebih lagi Tidak Percaya ialah di Pihak Umno/Bn yang Mengatakan bahawa KONON nya SEJARAH BARU akan Dicipta dalam PRK Permatang Pauh kali ini dengan Merasakan Umno/Bn akan Menang... kah kah kah !. Bertemakan "Cukup-Cukup Lah Bagi Kami Pulak" dari Pihak Umno/Bn yang seakan-akan mahu MEMPERBODOHKAN Sebahagian Besar Pengundi-Pengundi Permatang Pauh, dimana seolah-olah Pengundi-Pengundi PRK Permatang Pauh Tidak Kenal dan Tahu siapa itu Pemimpin Umno/Bn yang Terkenal dengan Perangai Merompak Harta Rakyat... kah kah kah !. Alhamdulillah... Nampaknya Pengundi-Pengundi PRK Permatang Pauh tidak mahu KALAH kepada Pengundi-Pengundi PRK Rompin bila mana pada 5 Mei 2015 Pengundi-Pengundi PRK Rompin telah Menghadiahkan Kemenangan TAK BERMARUAH kepada Pemimpin Umno/Bn. Rompin dikatakan ada sesetengah Daerah usahkan Internet tetapi Talian Telifon pun tiada... kah kah kah !. Namun Pengundi Rompin tetap juga dapat Memalukan Pemimpin Umno/Bn dengan Kemenangan Tak Bermaruah... dengan Keadaan Kawasan Permatang Pauh yang bukan nya seperti keadaan Rompin yang dikatakan MAJU oleh Pemimpin Umno/Bn, jadi jika Pengundi Rompin dapat Memalukan Pemimpin Umno/Bn sudah tentu Pengundi Permatang Pauh Mampu melakukan... kah kah kah !. Terbukti HARI INI DALAM SEJARAH, walaupun PKR Khas nya dan PR Am nya menghadapi Tentangan yang Sengit dari Pihak Umno/Bn, yang Menggunakan Berbagai Muslihat dan Tipu Helah namun Pengundi-Pengundi Permatang Pauh sebahagian Besarnya dapat Menilai yang mana INTAN dan yang mana KACA... yang mana Kaki Penipu dan yang mana Kaki Temberang... kah kah kah !. SYABAS buat Pengundi-Pengundi yang Mengundi PKR dalam PRK Permatang Pauh kali ini... kerana Pilihan lu orang adalah Tepat, walaupun Calon PKR tidak Mampu Menyelesaikan Permasalahan lu orang jika ianya Bersangkutan dengan Kerajaan Pusat yang Kuasai oleh Umn/Bn. Lebih-lebih lagi bila Pemimpin Umno/Bn membuat Kerajaan Pusat seperti Harta Pusaka Maka Bapak dia orang... kah kah kah !. hemmmmm..... apa lagi alasan lu orang pemimpin dan penyokong umno/bn haramjadah supaya gst tidak diteruskan... kah kah kah !. Dicatat oleh Mat Indera Sipejuang

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

PERMATANG PAUH MAJLIS BERBOGEL PUN BERMULA.... By canang

Posted: 07 May 2015 07:30 PM PDT

 

Putrajaya Tidak Wajar ‘Bail Out’ 1MDB Guna Dana Awam

Posted: 07 May 2015 07:00 PM PDT


Surat Khabar's photo. ***Setelah dana Tabung Haji digunakan untuk menyelamatkan 1MDB, cuba kita imbas kembali ucapan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin beberapa minggu yang lalu.

Sebarang usaha menangani isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak wajar melibatkan tindakan menyelamat (bail out) syarikat tersebut dengan menggunakan dana awam, kata T...  

 
Sejarah telah buktikan diseluruh dunia tanpa UMNO negera boleh maju dan makmur, tanpa umno sistem pendidikan dan universiti2 bertambah cemerlang dan terbaik, tanpa umno masyarkat dunia hidup harmoni dan damai. tanpa umno hasil bumi dinikmati dan diagihkan secara adil dan saksama.. tanpa umno islam telah berkembang ke seluruh dunia....
ALANGKAH INDAHNYA HIDUP TANPA UMNO.

Prof Kangkong Harus Cermin Diri Dulu Sebelum Menghina Pemimpin Kami Presiden PKR !!

Posted: 07 May 2015 06:30 PM PDT

Zack Ahmad's photo.Ini lah muka Prof Dr. Ramlah Adam yang mengeluarkan kenyataan semalam, bahawa YB Dato Seri Dr. Wan Azizah Dato Wan Ismail bukan lah pemimpin politik yang bijak, dia juga mengatakan bahwa kesediaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bertanding di Permatang Pauh menunjukkan Wan Azizah seorang tamak kuasa dan wang ringgit.

Setelah keputusan kemenangan BESAR DATO SERI DR. WAN AZIZAH MALAM INI - 

Layak kah kita panggil Prof ini sebagai PROF KANGKONG ?

Tunggu lah nasib kamu apabila BN tumbang pada PRU 14 Insyallah.... 

Semua Prof Prof Kangkong yang menjilat buntut pemimpin2 UBN akan kita pecat semuanya.

ALLAHUAKABAR !!

Jurugambar bebas KL Express cedera

Posted: 07 May 2015 06:00 PM PDT

 
 
Seorang jurugambar bebas portal berita, KL Express, menerima lapan jahitan di kepalanya selepas cedera terkena batu yang dibaling sekumpulan penyokong parti politik ketika merakam kekecohan di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Tanah Liat di Permatang Pauh hari ini.

Mahathir Mohammad, 40, berkata dalam kejadian pada jam 11.30 pagi itu, berlaku provokasi di antara dua kumpulan penyokong yang meraih undi untuk pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh sehingga bertikam lidah sebelum mereka bertindak mengambil batu-batu di atas jalan raya dan membaling antara satu sama lain.

Berikutan kejadian itu, beliau yang juga seorang blogger, bertindak mengambil kameranya dan merakamkan situasi berkenaan namun beliau terkena batu yang dibaling penyokong parti sehingga kepalanya berdarah.

"Ini kali pertama saya mengalami kecederaan ketika bertugas lebih lima tahun terbabit dalam bidang ini... Alhamdullilah, kecederaan saya tidak serius dan dirawat di Hospital Bukit Mertajam," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau dirawat sebagai pesakit luar di hospital berkenaan.

Mahathir berkata beliau tidak membuat laporan polis dan menganggap kejadian itu sebagai pengalaman dan panduan supaya lebih berhati-hati dalam bertugas.

Selain SK Tanah Liat, kekecohan juga dilaporkan berlaku di pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guar Perahu dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Jit Sin.

Bagaimanapun, keadaan tegang itu dapat dikawal sepasukan anggota polis yang bertugas dengan meningkatkan kawalan keselamatan di tempat-tempat berkenaan.

Sementara itu, jurucakap Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi PRK Parlimen Permatang Pauh ACP Azmi Adam berkata pihaknya tidak menerima laporan polis berhubung kejadian itu.

Sehingga 4 petang ini, proses pengundian di semua pusat mengundi berjalan lancar, katanya ketika dihubungi di sini.

PRK Permatang Pauh ini menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon BN Suhaimi Sabudin, Presiden PKR Datuk  Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Azman Shah Othman (PRM) dan Salleh Isahak (Bebas).

- Bernama

Anggota tentera ditangkap 'mengintip' di pondok PKR

Posted: 07 May 2015 05:30 PM PDT

   

Seorang anggota tentera dituduh mengintip dan mengumpul data di pondok PKR di luar sebuah pusat mengundi.

Lelaki itu yang kemudiannya memperkenalkan dirinya sebagai Sarjan Wong dari Sabah, didakwa mencatatkan data peratusan keluar mengundi di pondok tersebut dan menghantarnya setiap jam melalui telefonnya.

Aktivis PKR pada mulanya menyangka Wong (foto, dalam warna hitam) adalah seorang pekerja parti itu kerana dia memakai baju-T berkaitan parti dan berada di pondok SJK (C) Jit Sin A dan B sejak jam 8.30 pagi.

"Kami rasa sedikit curiga kerana dia sentiasa menulis maklumat di atas kertas dan menghantarnya kepada seorang pada setiap jam.

"Sekitar jam 2 petang, kami bertanya tentang identitinya, kemudian dia mengakui dia adalah anggota tentera dan ditugaskan oleh pegawai atasannya untuk berbuat demikian.

"Kami memeriksa telefon pintarnya dan mendapati ada kumpulan WhatsApp yang dikenali sebagai 'Team BN," kata pekerja parti, D Suhana dari Selangor.

Naib Presiden PKR Tian Chua dan ahli Majlis Pimpinan Pusat, R Sivarasa kemudian tiba untuk menyoal lelaki itu.

Menyamar sebagai pekerja PKR

Sivarasa berkata Wong mendedahkan bahawa dia berpangkalan di Kedah tetapi telah ditugaskan ke Permatang Pauh sewaktu pilihan raya kecil ini.

"Dia menyamar sebagai ahli kami dan mengumpul data mengenai berapa banyak pengundi datang ke pusat mengundi itu.

"Menurut beliau, seorang lagi rakan sekerjanya ditempatkan di sebelah BN dan ada pasukan yang sama di setiap daerah mengundi.

"Beliau mengesahkan data yang dikumpul dari kaunter kami dan menghantarnya kepada pegawai atasannya, yang dikenali sebagai Major Jazimin.

"Selepas kita mendedahkan identitinya, dia memanggil Jazimin untuk berurusan dengan kami tapi Jazimin hanya mengesahkan yang beliau mengarahkan Sarjan Wong untuk memerhatikan keselamatan di kawasan ini dan tidak pernah memintanya mengumpul sebarang data.

"Oleh kerana mereka enggan menunjukkan sebarang bentuk pengenalan diri, maka kita tidak mempunyai pilihan melainkan membawa mereka ke balai polis," katanya.

Sivarasa berkata adalah sukar untuk mempercayai apa yang Jazimin kata kerana mereka mempunyai bukti yang jelas bahawa Wong sememangnya mengumpul dan menghantar data kepada orang lain.

"Apakah peranan tentera kita di tempat ini? Kami ingin tanya kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya: Bagaimana ini boleh berlaku?

"Pihak tentera tidak apa-apa kaitan dengan pilihan raya. Mereka perlu menjadi bebas, profesional dan tidak berat sebelah," kata Sivarasa.

Dr WAn Azizah akan menjadi ketua pembangkang dalam sesi parlimen baru tahniah!

Posted: 07 May 2015 05:00 PM PDT

KEMENANGAN BERMAKNA



NOTA
berita ini
disediakan pada
jam 7.01 petang
sebelum keputusan diterima
ini kerana gwa kena
buat kah kah kah
jam 8 malam ini

-----------

VIDEO - Sultan Johor Kutuk GST Perkhidmatan Tak Masuk Akal

Posted: 07 May 2015 04:30 PM PDT


Arahan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) terhadap kerajaan negeri dan kerajaan tempatan tidak masuk akal, titah sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar Perkara ini adalah tidak masuk akal kerana perkhidmatan kerajaan adalah tanggungjawab asas kepada rakyat dan tidak wajar untuk ditambah lagi dengan beban bayaran GST oleh rakyat , titah baginda. 

Justeru, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah supaya pihak berkuasa tempatan (PBT) Johor tidak mengenakan GST terhadap perkhidmatan mereka

2 pemandu Myvi terlibat kemalangan di Lebuhraya DUKE didakwa hari ini, kata polis

Posted: 07 May 2015 04:00 PM PDT


Tiga sekeluarga meninggal dunia dalam kemalangan di Lebuhraya DUKE apabila kenderaan Pajero mereka terbalik selepas dipercayai digesel Myvi yang sedang berlumba

Tiga sekeluarga meninggal dunia dalam kemalangan di Lebuhraya DUKE apabila kenderaan Pajero mereka terbalik selepas dipercayai digesel Myvi yang sedang berlumba.

Dua pemandu kenderaan Perodua Myvi yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya DUKE hingga menyebabkan kematian 3 sekeluarga termasuk seorang bayi akan didakwa di Mahkamah Jalan Duta esok, kata Ketua Polis Trafik Bukit Aman Datuk Mohd Fuad Abd Latiff.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 1.05 pagi itu, sepasang suami isteri dan bayi perempuan mereka berusia 7 bulan maut dalam kemalangan membabitkan 3 kenderaan di Km 6.2 Lebuhraya DUKE dari arah Ulu Klang menghala Jalan Duta.

Mereka ialah Fairuz Nizam Husain, 35, isterinya Nova Safitri Azhari, 25, dan bayi mereka Nur Firuza Annisa. – 7 Mei, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

Pengundi hantu didakwa mengundi di Permatang Pauh - OLEH KC NAZARI DAN LOOI SUE-CHERN

Posted: 07 May 2015 09:00 AM PDT



Pengadu, Tan Soo Eng (dua dari kanan) mengadu kepada pemimpin Pakatan Rakyat apabila beliau tidak dapat mengundi dalam pilihan raya kecil yang berlangsung di Permatang Pauh, hari ini.

Pengadu, Tan Soo Eng (dua dari kanan) mengadu kepada pemimpin Pakatan Rakyat apabila beliau tidak dapat mengundi dalam pilihan raya kecil yang berlangsung di Permatang Pauh, hari ini.

Seorang pengundi berusia 70 tahun, mendakwa diarahkan mencelup jarinya ke dalam botol walaupun tidak diberikan kertas mengundi kerana namanya dicatatkan sebagai sudah mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Permatang Pauh hari ini.

Tan Soo Eng mendakwa diarahkan berbuat demikian ketika hadir ke pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Jit Sin A & B di Jalan Berapit.

"Ini kali pertama namanya digunakan oleh orang lain untuk mengundi.

"Beliau tidak diberikan kertas undi tetapi diarahkan mencelup jarinya ke dalam botol dakwat kekal," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kebun Bunga, Cheah Kah Peng yang bercakap bagi pihak Tan.

Cheah berkata, Tan yang menetap di Kampung Baru Bukit Mertajam sudah mengundi sejak berusia 30 tahun dan insiden ini pertama kali berlaku kepada pengundi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti itu.

Sementara itu, seorang pengundi warga emas berusia 61 tahun terperanjat apabila mengetahui namanya sudah digunakan untuk mengundi.

Faridah Zakaria, 61 tahun, cuba mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Liat kira-kira jam 8.30 pagi tadi.

Namun, beliau dimaklumkan namanya sudah dicatatkan sebagai sudah mengundi oleh pegawai bertugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sewaktu menyerahkan kad pengenalannya.

"Saya terkejut sebab selama ini tidak pernah ada masalah.

"Mereka kata mereka akan siasat tapi mereka tidak boleh bagi saya mengundi," katanya kepada The Malaysian Insider.

Faridah kini menunggu kehadiran peguam untuk menemaninya ke sekolah itu untuk cuba membuang undi. – 7 Mei, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/.

KITA TUNGUK APA TINDAKA TAN SRI AZIZ PENGERUSI SPR !!

Posted: 07 May 2015 08:30 AM PDT

Seorang individu mengaku sebagai 'Sarjan Wong' dipercayai menyamar sebagai petugas parti di pondok sementara PKR di Jalan Berapit, Penanti, Permatang Pauh.

Seorang individu mengaku sebagai 'Sarjan Wong' dipercayai menyamar sebagai petugas parti di pondok sementara PKR di Jalan Berapit, Penanti, Permatang Pauh.

Petugas bilik gerakan PKR di Jalan Berapit, Penanti di Permatang Pauh menangkap seorang individu yang mengaku sebagai tentera darat dan hanya mahu dikenali sebagai 'Sarjan Wong, menyamar sebagai petugas parti di pondok sementara mereka.

Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah berkata, 'Sarjan Wong' ditangkap selepas dikesan bertindak mencurigakan menghantar butiran daripada daftar pengundi PKR melalui telefonnya setiap jam.

"Dia menyamar sebagai petugas untuk korek maklumat dari kita.

"Setiap jam dia cuba mengesahkan data daripada kita," kata Sivarasa.

D Suhana, 37 tahun, petugas PKR yang berjaya mengesan kelakuan mencurigakan 'Sarjan Wong' berkata 'Sarjan Wong' bertugas sebagai sukarelawan di pondok PKR berhampiran SJK (C) Jit Sin A&B itu seawal 8 pagi lagi dengan memakai baju-T bertulisan 'Demi Rakyat Bantah GST Tegakkan Keadilan'.

"Apabila kita minta telefon dia, di dalamnya ada kumpulan WhatsApp berkaitan Barisan Nasional.

"Tapi di dalamnya tiada pula kumpulan WhatsApp PKR," kata Suhana yang menyedari kelakuan mencurigakan 'Sarjan Wong' sekitar 12 tengah hari.

'Sarjan Wong' yang kelihatan tenang sewaktu disoal siasat oleh Sivarasa kemudian mendapatkan bantuan pegawai atasannya, yang hanya mahu dikenali sebagai 'Mejar Jazimin'.

'Mejar Jazimin' hanya mengaku menghantar 'Sarjan Wong' untuk "menentukan keadaan keselamatan" di sekitar SJK (C) Jit Sin A & B.

"Saya tak tahu dia ke sini untuk ambil data.

"Dia cuma diberi arahan untuk pantau keselamatan," katanya yang enggan memberikan butiran seperti pengkalan tempatnya bertugas atau kad pengenalan tentera.

Ditanya berulang kali tentang butiran operasinya, beliau sekadar berulanh kali menjawab, "Saya tak boleh menjawab soalan-soalan itu".

Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang berkata insiden ini menimbulkan kecurigaan sama ada pihak tentera kini mula terlibat dalam intipan bersifat politik.

"Kalau awak cakap awak tentera dari awal tentu kita bagi maklumatnya," kata Chua yang mesra dengan panggilan Tian Chua.

"Apa yang kita saksikan ini mungkin tindakan tentera mengumpul maklumat risikan.

"Tetapi tentera tiada peranan politik dan mereka tidak boleh berkhidmat untuk memenuhi keperluan risikan BN," kata Chua.

Satu lagi kemungkinan, individu yang ditangkap hari ini mungkin seorang anggota tentera yang melakukan 'kerja sampingan' intipan secara bersendirian, kata Chua.

"Tetapi mereka kini mengintip satu proses politik yang sah," katanya.

'Sarjan Wong' kemudian bersetuju mengikut Sivarasa ke balai polis berdekatan untuk membantu Sivarasa membuat laporan ke atas insiden hari ini. – 7 Mei, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

PKR MENANG MAJORITI 11,375

Posted: 07 May 2015 08:00 AM PDT

 

8.31 Pakatan menang besar di saluran-saluran pengundi muda

P.44: PKR menang bergaya walaupun pengundi merosot 15%

SPR “kurang bijak” tak pandang serius undi guna MyKad orang lain OLEH EILEEN NG

Posted: 07 May 2015 07:45 AM PDT


Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tidak boleh memandang ringan kes pengundi menggunakan MyKad orang lain ketika hari pengundian di Permatang Pauh.

Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tidak boleh memandang ringan kes pengundi menggunakan MyKad orang lain ketika hari pengundian di Permatang Pauh.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menggelar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai "bodoh" kerana memandang ringan kes pengundi menggunakan MyKad orang lain ketika hari pengundian di Permatang Pauh hari ini.

Pengerusinya, Maria Chin Abdullah berkata, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tidak boleh memandang ringan perkara tersebut.

"Ia jawapan bodoh. Bagaimana beliau boleh menjawab begitu? Ia kebodohan yang nyata bagi SPR menjawab demikian," katanya kepada The Malaysian Insider.
Dalam menafikan kewujudan pengundi hantu, Abdul Aziz berkata terdapat pengundi yang kehilangan MyKad dan ia digunakan untuk membuang undi.

"Saya tidak mempertimbangkannya sebagai cukup serius untuk mengisytiharkan keputusan pilihan raya tidak sah kerana mungkin kurang daripada 10 kes berbanding 70,000 pengundi di sini," katanya seperti dilaporkan media.  – 7 Mei, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article.

[RASMI] PKR Menang Dengan Majoriti 8,841 Undi

Posted: 07 May 2015 07:32 AM PDT

PKR di depan, majoriti hampir 9,000


 
DS Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di pusat penjumlahan undi di IKBN Bukit Mertajam dan disambut Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

10.15 pm: KEPUTUSAN RASMI

BN 21,475
Bebas 367
PKR 30316
PRM 101
Majoriti 8,841

9.00 pm: Sah PKR menang. Cuma sedang menunggu pengumuman rasmi oleh SPR.

8.28pm: Keputusan tak rasmi setakat ini:

BN 20019
Bebas 350
PKR 29561
PRM 96
Majoriti 9542

8.13pm: Keputusan tak rasmi setakat ini:

BN 18633
Bebas 342
PKR 27971
PRM 98
Majoriti 9338

8.04pm: Keputusan tak rasmi setakat ini:


BN 17939
Bebas 328
PKR 26631
PRM 96
Majoriti 8692

7.54pm: Keputusan tak rasmi setakat ini:
BN 16497
Bebas 269
PKR 23745
PRM 95
Majoriti 7248

7.37pm: Keputusan tak rasmi setakat ini:

Bn 14034
Bebas 244
PKR 20727
PRM 89
Majoriti 6693

7.24pm: Keputusan tak rasmi setakat ini:

BN 10588
Bebas 173
PKR 16009
PRM 62
Majoriti 5421

7.18pm: Keputusan tak rasmi setakat ini:

BN 9793
Bebas 163
PKR 14958
PRM 60
Majoriti 5165

7.15 pm: Keputusan tidak rasmi setakat ini:

PKR 14,540
BN 9,550
Bebas 163
PRM 60
Majoriti 5,027

7.07pm: Keputusan tidak rasmi setakat ini:

PKR: 12,008
BN: 7,863
Bebas: 146
PRM: 50
Majoriti: 4,145

5.33pm: Peratusan keluar mengundi selepas peti undi ditutup sebanyak 73 peratus, turun 15.3 peratus berbanding pilihan raya umum lalu.

Angka itu bukan petanda baik untuk PKR yang sebelum ini menyatakan kebimbangan terhadap peratusan keluar mengundi lebih rendah yang dipercayai boleh menjejaskan sokongan mereka.

Kiamat kedua bagi Najib jika BN kalah Permatang Pauh - FMT Reporters

Posted: 07 May 2015 07:05 AM PDT



Menurut Shahbudin, kekalahan di kedua-dua PRK itu, akan mencerminkan kegagalan kepimpinan Najib, Zahid dan Hishammuddin.

Shahbudin_Muhyiddin_najib_Ahmad-Zahid_600PETALING JAYA: Kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan terjejas sama ada Barisan Nasional (BN) menang atau kalah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh,

Bekas Ketua Bahagian UMNO Setiawangsa, Shahbudin Husin berkata, individu paling kecut perut menanti keputusan PRK Permatang Pauh ialah Naib Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Keputusan PRK Rompin bukan saja memberi impak kepada UMNO dan BN, malah juga kepada Najib dan bakal penggantinya.

"Walaupun Muhyiddin mengetuai jentera kempen kedua-dua kawasan tetapi tugas khusus diberikan kepada Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Rompin dan Zahid di Permatang Pauh.

"Berkurangnya majoriti di Rompin dan jika kalah lebih buruk di Permatang Pauh, ia adalah petanda rahmat makin dekat buat Muhyiddin," katanya menerusi shahbudindotcom.blogspot.

Jelas Shahbudin, penurunan undi UMNO di Rompin, salah satu bukti kegagalan Najib dalam pentadbiran manakala Hishammuddin pula tidak akan mendapat keyakinan rakyat untuk menjadi Perdana Menteri.

"Giliran Najib dan Zahid Hamidi pula cemas menanti. Jika BN mencapai keputusan lebih buruk, sama seperti di Rompin, ia adalah petanda kiamat kali kedua bagi Najib," katanya.

Dia berkata, kegagalan BN mendapat sokongan tinggi di Rompin dan Permatang Pauh akan menjadi bukti yang jelas bahawa rakyat menolak kepimpinan Najib, sekaligus menguatkan lagi serangan Dr Mahathir untuk beliau berundur.

Jika sebaliknya berlaku dengan pertambahan undi BN di Permatang Pauh dan sokongan kepada Datuk Seri Wan Azizah berkurangan akan memberi kelegaan kepada Najib.

Zahid, katanya, akan dilihat lebih menonjol berbanding Hishammuddin untuk menerajui kerajaan akan datang.

"Menonjolnya nama Zahid ini bukan saja merimaskan Najib kerana mengganggu perancangannya menentukan pengganti Perdana Menteri, bahkan mungkin menjadi sesuatu yang menyakitkan hati Hishammuddin," katanya.

Mufti bangkit soal Jho Low, Rosmah

Posted: 07 May 2015 06:40 AM PDT

Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin berharap agar kerajaan akan dapat menjelaskan dakwaan mengenai pembelian tanah 1Malaysia Development Bhd (1MDB) oleh Tabung Haji.

Katanya, perkara itu semakin mendesak kerana isu berkaitan yang dibangkitkan mengenai 1MDB juga sehingga kini masih belum dijawab oleh kerajaan.

"Ini isu masa depan saya dan negara saya. Saya harap pemimpin utama negara ini dapat memberikan satu jawapan yang boleh menghilangkan kerisauan rakyat ini.

"Isu 1MDB yang dibangkit oleh Tun Mahathir (Mohamad) yang membabitkan kehilangan puluhan billion yang masih misteri," katanya.

Selain itu, Mohd Asri turut membangkitkan persoalan mengenai peranan jutawan Jho Low yang turut dikaitkan dengan 1MDB sebelum ini.

"Jho Low pula kelihatan tersenyum mewah di sana-sini. Mengapa dia begitu kebal dan utuh?

"Media antarabangsa pula tidak henti-henti melaporkan kemewahan luar biasa wanita tertentu. Benarkah begitu? Rakyat pula terbeban dengan kenaikan harga barang," katanya.

Walau tidak menyebut nama mana-mana individu secara khusus, wanita dengan kemewahan luar biasa itu beliau dipercayai merujuk kepada isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Rosmah sebelum ini menjadi tumpuan laporan yang mempersoalkan kemewahannnya.

Tabung Haji hari ini mengesahkan membeli sebidang tanah kepada Tabung Haji dengan harga RM188.5 juta.

Ketua pegawai eksekutif lembaga Tabung Haji, Datuk Johan Abdullah mengesahkan pembelian tanah di tapak Tun Razak Exchange (TRX).

Menurutnya, pembelian itu berkenaan akan digunakan untuk membangunkan satu bangunan kediaman.

Katanya, Tabung Haji menerima diskaun dari nilai harga semasa yang dikemukakan oleh satu jurunilai hartanah bebas.
MK

UPDATE PRK PERMATANG PAUH - PKR MENANG

Posted: 07 May 2015 06:11 AM PDT

 

Tak Rasmi Dari Pelbagai Sumber
8.31 Pakatan menang besar di saluran-saluran pengundi muda

P.44: PKR menang bergaya walaupun pengundi merosot 15%



#PERMATANGPAUH
8.28pm: Keputusan tak rasmi setakat ini:

BN 20019
Bebas 350
PKR 29561
PRM 96
Majoriti 9542


PKR 27,971
BN 18,633
Independent 342
PRM 98

Majority 9,338


#PERMATANGPAUH
8.04pm: Keputusan tak rasmi setakat ini:

BN 17939
Bebas 328
PKR 26631
PRM 96
Majoriti 8692

Now it's PKR 8299 majoriti

#PERMATANGPAUH
7.54pm: Keputusan tak rasmi setakat ini:

BN 16497
Bebas 269
PKR 23745
PRM 95
Majoriti 7248


Keputusan Tidak Rasmi PDM Permatang Pauh BN Kalah majoriti -616 undi. BN 392 PKR 1008 PRM 3 Bebas 9 Rosak 34.

Keputusan Tidak Rasmi PDM Kampong Pertama BN kalah majoriti -337 undi. BN 633 PKR 970 PRM 4 Bebas 12 Rosak 11.

Keputusan Tidak Rasmi PDM Tanah Liat Mukim 8 BN kalah majoriti -484 undi. BN 632 PKR 1116 PRM 4 Bebas 17 Rosak 33

#PERMATANGPAUH
7.37pm: Keputusan tak rasmi setakat ini:

BN 14034
Bebas 244
PKR 20727
PRM 89
Majoriti 6693

Tak rasmi dari Bilik Gerakan Utama KEADILAN bagi PRK Permatang Pauh, 7.30pm:

KEADILAN: 19,143
BN: 12,881
Bebas: 220
PRM: 82

#PERMATANGPAUH
7.24pm: Keputusan tak rasmi:

BN 10588
Bebas 173
PKR 16009
PRM 62
Majoriti 5421

Keputusan Tidak Rasmi PDM Mengkuang BN kalah -167. BN: 1075 PKR: 1,242

Keputusan Tidak Rasmi PDM Seberang Jaya 1 BN kalah majoriti -583. BN: 917 PKR: 1500

Keputusan Tidak Rasmi PDM Guar Perahu BN menang majoriti 165. BN 986 PKR 821 PRM 7 Bebas 18 Rosak 22

#PERMATANGPAUH
7.18pm: Keputusan tak rasmi setakat ini:

BN 9793
Bebas 163
PKR 14958
PRM 60
Majoriti 5165

#PERMATANGPAUH
7.15pm: Keputusan tak rasmi setakat ini:

PKR 14,540
BN 9,550
Bebas 163
PRM 60
Majoriti 5,027

Bn 9064
PKR 14066

KEPUTUSAN TIDAK RASMI PRK P.PAUH: PKR menang majoriti 200 undi di daerah mengundi Penanti

#PRKPmtgPauh TIDAK RASMI: PKR mendahului di 3 pusat mengundi, BN di 1 pusat mengundi setakat 7.10 malam ini

BN 8312
PKR 12980

BN 7707
PKR 11738

#PRKPmtgPauh TIDAK RASMI: PKR menang majoriti 561 undi di daerah mengundi Sungai Semambu

#PRKPmtgPauh TIDAK RASMI: PKR menang majoriti 200 undi di daerah mengundi Penanti - Bernama

#PRKPmtgPauh TIDAK RASMI: PKR menang majoriti 159 undi di daerah mengundi Sungai Lembu - Bernama

BN 5210
PKR 9678
PRM 23
BEBAS 8


Peratusan keluar mengundi selepas peti undi ditutup sebanyak 73 peratus, turun 15.3 peratus berbanding pilihan raya umum lalu.

SPR batal lawat pusat undi atas faktor keselamatan

Posted: 07 May 2015 05:30 AM PDT

 
 
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini membatalkan beberapa program lawatannya ke Pusat Mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) parlimen Permatang Pauh berikutan nasihat polis atas faktor keselamatan.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata beliau dan Timbalannya Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dijadual melawat empat pusat mengundi namun atas nasihat polis, beliau hanya sempat melawat sebuah pusat mengundi di Seberang Jaya.

Katanya, beliau dimaklumkan terdapat perkara yang tidak diingini berlaku seperti kejadian membaling objek, caci mencaci dan ancaman daripada penyokong kedua-dua pihak.

"Penyokong-penyokong di sini lebih agresif berbanding PRK Rompin dan mereka lebih kepada memantau pergerakan pihak SPR," katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Hussein Onn di Permatang Pauh hari ini.

Katanya lawatan para pegawai SPR ke pusat mengundi pada hari mengundi adalah satu budaya untuk memantau perjalanan proses mengundi.

Namun, Abdul Aziz berkata penyokong-penyokong di Permatang Pauh yang banyak memantau ini, takut kepada pegawai SPR.

"Saya turut ditanya seorang penyokong apa hal yang berlaku, apabila saya melawat satu daripada pusat mengundi.

"Lawatan kami cuma nak memastikan proses mengundi ini mengikut SOP (prosedur operasi standard) dan tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku," katanya.

Sementara itu, Abdul Aziz optimis dengan jumlah pengundi yang keluar mengundi ini akan mencapai 80 peratus walaupun agak rendah berbanding PRK Rompin.

Katanya SPR yakin akan mencapai sasaran itu sekiranya peratusan pengundi yang keluar mengundi mengikut setiap jam itu kekal dalam 10 hingga 11 peratus.

"Sekiranya jumlah peratusan itu jatuh di bawah 10 peratus mengikut setiap jam, kemungkinan besar kita tidak dapat mencapai sasaran itu.

"Jangkaan kami keputusan rasmi akan dapat diumumkan jam 9 malam tetapi parti-parti politik akan dapat tahu keputusan tidak rasmi seawal 6.30 petang," katanya.

Abdul Aziz berkata polis telah membuka tujuh kertas siasatan terhadap parti-parti politik yang melanggar Seksyen 24A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

"Kami hanya melaporkan kepada polis untuk menyiasat dan mendapatkan bukti yang kukuh sebelum diserahkan kepada AG (Jabatan Peguam Negara)untuk tindakan selanjut," katanya.

Mengenai dakwaan pengundi hantu, Abdul Aziz berkata pihaknya akan menjalankan siasatan sekiranya menerima laporan namun kebiasaannya ia bukan pengundi hantu, cuma kesilapan pendaftaran alamat kediaman.

Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh ini menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon BN Suhaimi Sabudin, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR), Azman Shah Othman (PRM) dan Salleh Isahak (Bebas).

- Bernama

'Awas Tabung Haji, jangan jejas Rukun Islam'

Posted: 07 May 2015 04:45 AM PDT

 
 

Angkatan Beliau Islam Malaysia (ABIM) menuntut pihak berkuasa menyiasat dakwaan transaksi meragukan Tabung Haji kerana ia boleh menjejaskan peluang umat Islam menunaikan rukun Islam.

"ABIM memandang serius perkara ini. Ia boleh menjejaskan simpanan umat Islam di Malaysia yang berhajat untuk menunaikan rukun Islam kelima (Ibadah haji).

"ABIM menuntut satu siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa seperti polis atau SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).

"Siasatan ini bagi memastikan kebenaran laporan yang tersebar ini," kata presidennya Amidi Abd Manan (manan).

Amidi juga berkata, jika dakwaan itu benar, ia lebih buruk daripada skandal Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ), kerana menggunakan duit tabungan bakal jemaah.

Sementara itu, ABIM juga membuat laporan polis berhubung dakwaan pembelian tanah 1Malaysia Developement Bhd (1MDD) oleh Tabung Haji dengan harga terlalu tinggi.

Lapor polis

Setiausaha agung NGO itu Muhammad Faisal Abdul Aziz (bawah) berkata jika benar keadaan sekarang amat membimbangkan kerana ia melibatkan transaksi "meragukan" serta boleh merugikan pendeposit.

Malah, dakwanya, ia didakwa dibuat ketika syarikat pelaburan kontroversi negara itu masih dalam siasatan jabatan audit negara.

"Justeru, saya sebagai individu pendeposit akaun Tabung Haji sejak sekian lama serta sebagai Setiausaha Agung ABIM, salah satu NGO Islam yang bertanggungjawab untuk menjaga kepentingan masyarakat Islam di Malaysia, memohon pihak polis dan mana-mana pihak bertanggungjawab membuat siasatan segera dan mengambil tanggungjawab bagi laporan tersebut," katanya.

Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim di Twitter menafikan dakwaan itu dan berkata akan mengeluarkan kenyataan rasmi secepat mungkin.

Ia merujuk kepada tulisan sebuah blog Thebenchmark0 bertarikh 5 Mei yang mendakwa Tabung Haji membeli dua bidang tanah projek Tun Razak Exchange (TRX).

Blog tersebut mendakwa, ia dibeli dengan harga RM194 juta (RM2,860 sekaki persegi) RM578 juta (RM3,900 sekaki persegi) sedangkan 1MDB didakwa mendapatkannya hanya dengan kos RM90 sekaki persegi.

Tiada ulasan: