Kelab Greenboc |
- Tengok Gambar Ini, Kumpulan Mana Ganas Baling Meja Semalam?
- DS Wan Azizah Kembali Ke Parlimen...
- [RASMI] PKR Menang Dengan Majoriti 8,841 Undi
Tengok Gambar Ini, Kumpulan Mana Ganas Baling Meja Semalam? Posted: 08 May 2015 01:26 AM PDT PRK Permatang Pauh paling ganas buat SPR Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyifatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh sebagai yang paling ganas dengan banyak insiden provokasi antara penyokong parti-parti politik yang bertanding. Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata tindakan penyokong yang terlalu beremosi antara penyebab berlakunya perkara tidak diingini. "Sehingga hari ini, PRK ini yang paling buruk pernah saya alami dengan keganasan penyokongnya dan banyak insiden yang berlaku," katanya kepada pemberita selepas ditemui di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini, hari ini. Beliau berkata para penyokong pada PRK Permatang Pauh sangat agresif berbanding PRK Rompin, hingga menyebabkan ada yang cedera dan harta benda rosak. Mengenai mereka yang melanggar peraturan berkempen, Abdul Aziz berkata SPR akan menyerahkan perkara itu kepada polis untuk siasatan dan tindakan. Abdul Aziz berkata semua aduan yang diteriam SPR juga akan diserahkan kepada polis untuk disiasat. "Polis akan lakukan siasatan dan sekiranya mereka mempunyai bukti kukuh, kes itu akan diserahkan kepada AG (Pejabat Peguam Negara) untuk tindakan selanjutnya," katanya. Semasa proses pengundian tengah hari tadi, seorang pemberita dan seorang anggota polis cedera akibat 'perang' objek yang dibaling oleh penyokong kedua-dua pihak, selain kereta SPR turut dirosakkan. Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon BN Suhaimi Sabudin, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Azman Shah Othman (PRM) dan Salleh Isahak (Bebas). - Bernama
|
DS Wan Azizah Kembali Ke Parlimen... Posted: 07 May 2015 08:55 PM PDT PKR kekalkan kubu kuat, undi Melayu meningkat Parti Keadilan Rakyat (PKR) memastikan kubu kuatnya kekal ampuh selepas menewaskan tiga calon lain pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, di sini, hari ini. Kemenangan itu diperoleh selepas PKR yang mencalonkan Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendapat 30,316 undi berbanding Suhaimi Shabudin daripada BN yang mengutip 21,475 undi. Dr Wan Azizah yang menang dengan majoriti 8,841 undi turut menewaskan dua calon lain daripada PRM (101) dan bebas (367). Kemenangan kali ini lebih manis apabila PKR berjaya meningkatkan sokongan di kawasan majoriti Melayu sekitar empat hingga lima peratus khususnya dalam kalangan pengundi muda walaupun peratusan keluar mengundi hanya 74 peratus. Sehubungan itu, Dr Wan Azizah berkata, kemenangan itu juga menunjukkan rakyat bersimpati kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekali gus membuktikan Ketua Umum PKR itu masih relevan di hati rakyat. "Kemenangan kali ini adalah bukti bahawa rakyat khususnya di Permatang Pauh mahu sebuah Pakatan Rakyat yang kuat. "Ia bukan hanya kemenangan PKR sahaja tetapi rakyat yang menentang kezaliman BN terhadap Anwar Ibrahim. "Ini adalah satu referendum rakyat menolak Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), penentangan rasuah, dan salah guna kuasa," katanya pada sidang media sebaik diumum sebagai pemenang di pusat penjumlahan undi di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), di sini. Dr Wan Azizah juga mengaitkan kemenangannya dengan kelemahan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dipenuhi skandal. "Ini juga manifestasi rakyat terhadap kegagalan Perdana Menteri yang dipenuhi ketirisan, kelemahan pemimpin dan skandal terutamanya 1MDB sehingga terpaksa menggunakan dana Tabung Haji," katanya. -selangorku
|
[RASMI] PKR Menang Dengan Majoriti 8,841 Undi Posted: 07 May 2015 05:20 PM PDT PKR di depan, majoriti hampir 9,000 10.15 pm: KEPUTUSAN RASMI BN 21,475 Bebas 367 PKR 30316 PRM 101 Majoriti 8,841 9.00 pm: Sah PKR menang. Cuma sedang menunggu pengumuman rasmi oleh SPR. 8.28pm: Keputusan tak rasmi setakat ini: BN 20019 Bebas 350 PKR 29561 PRM 96 Majoriti 9542 8.13pm: Keputusan tak rasmi setakat ini: BN 18633 Bebas 342 PKR 27971 PRM 98 Majoriti 9338 8.04pm: Keputusan tak rasmi setakat ini: BN 17939 Bebas 328 PKR 26631 PRM 96 Majoriti 8692 7.54pm: Keputusan tak rasmi setakat ini: BN 16497 Bebas 269 PKR 23745 PRM 95 Majoriti 7248 7.37pm: Keputusan tak rasmi setakat ini: Bn 14034 Bebas 244 PKR 20727 PRM 89 Majoriti 6693 7.24pm: Keputusan tak rasmi setakat ini: BN 10588 Bebas 173 PKR 16009 PRM 62 Majoriti 5421 7.18pm: Keputusan tak rasmi setakat ini: BN 9793 Bebas 163 PKR 14958 PRM 60 Majoriti 5165 7.15 pm: Keputusan tidak rasmi setakat ini: PKR 14,540 BN 9,550 Bebas 163 PRM 60 Majoriti 5,027 7.07pm: Keputusan tidak rasmi setakat ini: PKR: 12,008 BN: 7,863 Bebas: 146 PRM: 50 Majoriti: 4,145 5.33pm: Peratusan keluar mengundi selepas peti undi ditutup sebanyak 73 peratus, turun 15.3 peratus berbanding pilihan raya umum lalu. Angka itu bukan petanda baik untuk PKR yang sebelum ini menyatakan kebimbangan terhadap peratusan keluar mengundi lebih rendah yang dipercayai boleh menjejaskan sokongan mereka. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan