Ahad, 3 Mei 2015

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


ANAK ALMARHUM FADZIL NOR TIBAI HAJI HADI DAN MSU

Posted: 03 May 2015 07:04 PM PDT

 OLEH: AL HUSSEYN


Hj Hadi sedang bawa kita ke lubang ular yang sama....


 Sejak dulu lagi aku dan beberapa bloggers saperti  Greenboc , Tulang Besi dan lain-lain dedahkan yang Presiden PAS, Hj Hadi ni memang dah tak boleh pakai kerana hala tuju PAS yang cuba dibawanya adalah membawa masuk kedalam lubang ular yg sama untuk dipatuk sekali lagi!

Kenyataan Hj Hadi di Singapura kali ini jelas menunjukan sikapnya yang amat tergila-gilakan mahu bersama dengan Umno.

Tapi ada yang tuduh bahawa gabungan Umno-PAS itu mengarut. Memanglah mengarut kalau bergabung dengan bermaksud PAS dibubar lalu diserap masuk kedalam Umno. Bukan begitu maksudnya...

Tapi adalah dengan bekerjasama sebagaimana orang Seberang Takir ni terangkan ..... 



Anak almarhum Ust Fadzil Mohd Nor, mantan Presiden PAS, Faiz Fadzil menulis difesbooknya:

Belum habis bincang isu UG yg didakwa diilhamkn oleh tg pres..dilaporkan pula bahawa ketua penerangan dewan ulama pas (us khairudin at-takiri) pula menyarankn agar pas sabah berdamai dgn umno kerana byk manfaat blh diperolehi..

 Oh us: lupakh yg us berijtihad yg gst tu haram sdgkn gst tu ciptaan umno..lets walk the talk..jgn lps ni ada pula org kata boleh makan hasil duit no ekor asalkan jgn main no ekor..

 Nak tanya us la: apa faedah damai & kerjasama dgn umno..sy tak tahu sbb arwah us fadzil noor tak pesan pula perkara ni..yg dia sebut umno ni tak boleh percaya adala..

 Oh us: sy pilih utk kerjasama dgn pkr & dap kerna mereka berkongsi prinsip yg disarankn islam: keadilan, bersih rasuah & penyelewengan, good governance & berkebajikan..rasanya tak ada semua tu kat umno..

 Takkan kerna isu hudud, gelap terus mata kita melihat kemungkaran & kezaliman di hadapan mata..jadi sy pegang pd konsep ikhtiyar akhaff addhararain..

  Mengenai kenyataan Hj Hadi di Singapura pula, Faiz Fadzil melalui status difesbooknya menulis berikut =>


Membaca laporan akhbar singapore dlm interview dgn pres pas tuan guru abdul hadi awang..ak tidak terkejut bilamana beliau mengatakan kerajaan perpaduan (ug) perlu dibentuk segera bagi mengembalikan kestabilan politik..

oh mr pres: ketidakstabilan politik wujud bila party pemerintah mula lemah..pengundi cina/india sudah berpihak kpd dap..pengundi melayu pula kepada pkr & pas..ketiga-tiga party mendapat manfaat pakatan ini apabila rakyat semua kaum mengundi mana-mana party pakatan..

oh mr pres: jika terbentuk ug..bila pula suara rakyat yg dizalimi, ditindas & ditekan blh didengar..sedar tak yg rakyat mula bangkit skrg hasil usaha perjuangan pas..

dulu pas berjuang dgn rakyat bg menentang umno..skrg pas tidak kesorgn lg..pas bersama pkr dap n rakyat menuju putrajaya bagi menggantikan umno bn..

oh mr pres: lupakan la hajat ug..balikla kpd rakyat..pas adalah hero rakyat..bersama pakatan kita kembalikn kestabilan politik, keadilan undang undang, perpaduan kaum & social & kemajuan ekonomi.. 

 laporan akhbar singapore: Menyelamatkn kestabilan politik negara bermaksud menyelamatkan kestabilan politik umno yg semakin lemah dek asakan pakatan & rakyat..

kestabilan politik umno bermaksud najip terus bertakhta..sdgkn 1malaysia sedar pentadbiran najib zalim dgn gst & seleweng duit rakyat dgn 1mdb..

jika najib step down ia adalah kejayaan rakyat..umno bn akn jd semakin lemah kerna party akan berpecah..

 najib tiada pilihan lalu melambung isu hudud..pemimpin pas keliru lalu menyambutnya sdgkn ia tidak boleh dilaksanakn dek kekangan undang-undang & lack of facilities & funds..

takkn pas harapkn pentadbiran najib utk laksana hudud sdgkn najib diam seribu bahasa, malahan najib tak akan menggadaikn bn's political survival di borneo setelah bn umum tolak hudud..

 Duhai MSU PAS: ana ada locus sbg ajk pas n utk kemuka isu ini kpd anta utk klrkn fatwa: antara isu hudud yg ditipu najib & isu ekonomi yg menzalimi rakyat; mana take priority (awlawiyat)? Fatwamu ana damba sblm rakyat memfatwakn anta..

Punca timbulnya label Anwarinas, Islam Liberal....

Posted: 03 May 2015 12:46 PM PDT

 

al husseyn

 

 

YB Khalid Samad sewaktu menyampaikan ucapannya dalam program penerangan Diskusi dan Dialog anjuran Pemuda PAS Ipoh Timur pada mlm tadi di hotel Seri Malaysia Ipoh , telah mendedahkan bagaimana mula timbulnya puncanya yg menyebabkan ada golongan-golongan yang menuduh bahawa PAS telah menyeleweng, bahawa pimpinan-pimpinan Liberal telah berkuasa dan sebagainya.

 Menurut Khalid ini kerana mereka datang kemudian dan tidak faham ijtihad yang dilakukan oleh al-Marhum Ust Fadzil Mohd Noor, latarbelakangnya, dan matlamat dan tujuan disebaliknya . 

 Bibit-bibitnya dilihat pada 2008, satelah PAS mencapai satu prestasi dlm pilihanraya yg baik, dan membentuk kerajaan dgn penubuhan Pakatan Rakyat.

 Khalid turut mengulangi kata-kata almarhum Ust Fadzil Mohd Noor dengan menyebut : 

 "Kemana sahaja kita pergi, orang menyebut tentanginginkan perubahan. Oleh itu ianya merupakan satu kewajipan bagi PAS yg merupakan wadah yg terlibat didlm arena politik untuk memungkinkan kehendak rakyat yang inginkan perubahan ini untuk tercapai 

 Maka ianya memerlukan satu keberanian daripada PAS untuk melakukan ijtihad siyasi yg memungkinkan gabungan dan kerjasama diantara PAS dan parti-parti lain utk mengemukakan ataupun membentangkan kepada rakyat pilihan dan alternatif selain daripada Umno dan Barisan. Tidak mungkin PAS akan mampu memerintah seorang diri. Lebih-lebih lagi di negeri-negeri di Pantai Barat." 

Demikian lebih kurang kata-kata almarhum didalam ucapan dasarnya pada tahun 1998. Ini hasil daripada kes Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dan kemarahan rakyat, jelas Khalid.

 Khalid berkata, hasil daripada itu terbentuk Barisan Alternatif dan pada ketika itu PAS hanya menang di Kelantan dan Trengganu, dan kemenangan kita di situ, merupakan kemenangan yg tidak mengubah sangat suasana dan realiti politik bagi org-org atau ahli-ahli PAS, kerana di Kelantan memang PASlah walaupun dinamakan Barisan Alternatif, dan begitu jugalah di Terengganu. Ianya tetap merupakan 'PAS dominated State Government'.

 Tetapi pada 2008, suasana yg baru telah dialami. Pembentukan kerajaan melalui Pakatan Rakyat, tetapi Pakatan Rakyat tidak lagi didominasi oleh PAS. Dan ini menyebabkan ada dikalangan org-org PAS yg tidak menghargai kemenangan yg telah diperolehi dimana ianya merupakan gandingan diantara PAS, PKR dan DAP, iaitu Pakatan Rakyat, dimana PAS tidak dominan; kerana mereka kehilangan support, dia tidak kehilangan wawasan dan halatuju, dia tak faham!" 

 Khalid memberikan contoh sepertimana kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Selangor, PAS tidak dominan, maka bagaimnana kita nak bawa agenda kita? Tanya Khalid.

 Khalid turut mendedahkan bagaimana ada kalangan apabila ditanya apa agenda mereka? Apa itu agenda PAS? Mereka kata Hudud! 

 Dan masalahnya, kata Khalid, mereka ini merumuskan perjuangan Islam ini sebagai Hudud dan mereka menganggap kita berkompromi jika tidak bawa Hudud.

 Menurut Khalid, bibit-bibit perasaan kecelaruan ini bermula pd 2008 apabila PAS Selangor menang 8 kerusi dan Umno/BN 20. Maka timbul usaha dengan jumlah 28 itu, supaya PAS boleh dipilih untuk menjadi Menteri Besar. Khir Toyo tawarkan Hasan Ali jd Menteri Besar. Dengan 28 ni, terus jumpa Sultan, Sultan boleh terus suruh Hasan Ali angkat Sumpah - PAS yg akan menjadi Menteri Besar! 

 Maka ada kepimpinan PAS kebingungan dlm keadaan diberi peluang utk memegang kuasa memerintah di lima negeri - Selangor , Perak, Kedah, Trengganu dan Kelantan sebagai Menteri Besar dan berkemungkinan diperingkat Pusat sebagai Menteri dan disebut-sebut juga mungkin Timbalan Perdana Menteri. Maka kenapa kita tidak mengambil kesempatan ini? 

 Apabila ada kalangan beberapa pimpinan PAS sepertinya menolak cadangan kpd usaha-usaha tersebut, lalu mereka di tohmah sebagai tidak pentingkan PAS kerana kononnya mementingkan Anwar; kerana kalau Pas pergi bersama Umno/BN, maka hancurlah Anwar! Tapi kerana nak bela Anwar peluang keemasan ini dilepaskan ! 

 Maka disitulah dimunculkan atau diperkenalkan istilah 'Anwarinas' – terlalu wala' kepada Anwar, sampai mementingkan PKR dan DAP lebih daripada PAS itu sendiri! 

Khalid berkata, kalau kita pd 2008 mengkhianati Pakatan Rakyat atas sebab kita nak jwn-jwtn Menteri Besar sini, Menteri Besar sana, Menteri Besar situ , kononnya atas sbb kita sayangkan PAS maka kita nak semua jwtn-jwtn ini dipegang oleh PAS.

 Bila kita kena kembali balik kpd rakyat dan meminta supaya rakyat kembalikan kuasa dan mandat itu kpd kita sedangkan rakyat inginkan perubahan dan kita yg mendapat sokongan atas mandat itu, rakyat nak tolak Umno/BN, kita pula setelah dimenangkan atas mandat yg sebegitu, kita pula mengkhianati kehendak rakyat , kita pula yg menghidupkan balik Umno/BN di Selangor, di Perak di Kedah dan sebagainya oleh kerana kita besama mereka.

 Kalau dinegeri Selangor, lapan kerusi yg dimenangi pada ketika 2008, maka 8 kerusi ini sahajalah nanti PAS akan bertanding! Yang lain kita kalah dengan Umno. Takkan Umno nak serah kepada kita? Tanya Khalid. 

Khalid juga mengingatkan bahawa 8 kerusi itu pun atas mandat tolak Umno. Tiba-tiba kita khianat. Rakyat tak akan menangkan kita lagi. 

 Kita melihat jangka masa panjang pejuangan membina sokongan integriti, kredibiliti, politik baru bebas perkauman, bebas kronisma, bebas rasuah, terang Khalid. 

Itu adalah mesej Islam dan perjuangan Islam yg kita fahami bukan dirumuskan kepada Hudud semata-mata, tambahnya lagi.

 Bercakap mengenai istilah 'Negara Berkebajikan' berbanding dgn 'Negara Islam', Khalid menyatakan kesalnya kerana ada pimpinan dalam AJK PAS Pusat itu sendiri yang tidak faham. Pimpinan itu kata penggunaan istilah ini semata-mata untuk mendapatkan undi! Kita kompromi! Malah dia mempersoalkan apa salahnya dengan mengekalkan dengan 'Negara Islam!

 Khalid menjelaskan, istilah 'Negara Islam' itu adalah kerangka kenegaraan yang berasaskan kepada Islam, yang hasilnya, isinya ialah sebuah negara berkebajikan, yg digambarkan didalam al-Qur'an dgn 'Baldatun Thayyibatun Wa rabbul-ngapoor' – tak digunakan Daulah Islam tapi menjelaskan, isi kandungan Negara Islam itu.

 Ataupun Negara yang dibina atas prinsip-prinsip Islam apa yang dikata 'Negara Berkebajikan', Negara Rahmat, Negara 'Adil. Inilah istilah-istilah kontemporari yg sepatutnya kita sebagai ahli politik memahami. Tidak ada bezanya cara kita menjelaskan isi kandungannya dan bukan istilah dan nama.

Hadi buat u-turn; UG tali hayat Najib? – Abu Abdullah

Posted: 03 May 2015 09:09 AM PDT

Hadi buat u-turn; UG tali hayat Najib? – Abu Abdullah

Media Singapura di dalam satu wawancara dengan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melapurkan gesaan memeranjatkan beliau: untuk dihidupkan kembali gagasan Kerajaan Perpaduan (Unity Government - UG).

Lapuran yang bertarikh 1 Mei itu antara lain melapurkan Presiden PAS itu berkata masalah yang melanda sekarang ini adalah kerana kelemahan Umno. Ianya bukan sebab Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Najib Razak mahupun Tun Abdullah Ahmad Badawi menurut lapuran Today Online.

Gagasan UG yang mula diperkatakan Hadi pada 2008 mendapat reaksi negatif ketika itu sehingga mengundang kemarahan Mursyidul Am PAS, almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz. Ianya menjadi polemik hingga menimbulkan masalah dalaman yang hingga kini masih memberi kesan kepada PAS.


Namun setelah kematian Nik Aziz, usaha mendekati Umno semakin jelas dengan isu pindaan Rang Undang-Undang Syariah menjadi "jambatan".

Apapun, kenyataan Hadi di Singapura ini amat mengejutkan.
Beberapa tahun lampau beliau menyatakan idea UG hanya terpakai di waktu Abdullah. Bahkan beliau pernah menyatakan Najib terlalu banyak skandal untuk UG dibincangkan bersama Najib.

Di musim "U-turn", sekali lagi PAS melalui kenyataan Hadi ini membuat U-turn (setelah U-turn yang dibuat Pemuda PAS Penang beberapa hari lalu dalam isu sokongan calun di Pilihanraya Kecil Permatang Pauh).

Gesaan UG Hadi ini juga memberi isyarat seoalah-olah beliau memberi sokongan kepada Najib yang semakin hebat diserang Dr Mahathir. Umum mengetahui, usaha membina jambatan UMNO-PAS dibuat kem Najib, tidak dengan kem Tan Sri Mahyuddin Yassin yang dilihat bersama Dr Mahathir.

Beberapa soalan timbul dari gesaan Hadi di Singapura ini.
Kenapa Hadi membuat "U-turn" dalam menghidupkan kembali gagasan UG, tidak sampai 6 bulan kematian Tok Guru Nik Aziz - penentang kuat gagasan UG?

Apakah PAS, melalui Hadi terikat dengan "hayat" Najib menerajui Umno?

Dan yang lebih besar, apakah ada pakatan "sulit" antara kem Najib dan Hadi dalam menghadapi serangan Dr Mahathir?

Kelihatannya, Hadi memberi talian hayat kepada Najib dengan hidupnya kembali gagasan UG. – 3 Mei, 2015.


Pengundi Luar Permatang Pauh: Pulanglah dan kalahkan pemerintah kleptocracy.

Posted: 03 May 2015 12:53 AM PDT

Sunday, 3 May 2015

  sakmongkol 47

 




ü1Najib kata focus dia ialah tidak hiraukan kenyataan dan tuduhan tidak berasas. Ertinya dia telah membisu seribu bahasa, lidah nya kelu tidak berkata sejak lama sudah. 
 
ü2.  Menteri Pertanian kata, jika Wan Aizah menang, kelulusan dana akan diberhentikan. Ertinya Menteri ingat ini duit ayah dia
 
ü3. Ahmad Maslan kata- dia yakin GST skim kutipan cukai terbaik. 160 negara dalam dunia telah pilih GST- mesti ianya baik walaupun ekonomi paling besar yakni USA tidak pakai GST. Ertinya semua menteri meleleh air liur bila ingatkan banyak wang dikutip.
 
ü4, Saleh said Kruak kata kemenangan pembangkang dalam PRU13 satu ilusi. Ertinya UMNO tidak perlu risau dan pemberontakan dalam UMNO itu tidak benar. 
 
ü5 Rakyat bantah GST maka 15,000 protes dijalan. Itu ertinya lambang kebangkitan rakyat. 
 
ü6 Beberapa pemimin UMNO telah lihat dokumen 1MDB dan yakin bahawa suatu skim songlap duit telah berlaku dengan pengetahuan PM Najib. Ertinya UMNO sudah tahu temberang Najib.
 
ü7Tapi Najib tidak peduli lapuran tidak berasas. Ertinya UMNO dan Najib akan nahas.

Saya tidak mahu komen gerak kerja UMNO di Permatang Pauh. Sudah pasti mereka melakukan yang terbaik. Kepada lawan kita, kita ucapkan selamat maju jaya.
 
Kenapa saya yakin PR menang Permatang Pauh? Jentera PRK mantap dan kemas. Setiap bilik gerakan pusat penyampaian ceramah. Rakyat datang dengar dan sedar. Ada kesungguhan. Calun dilihat sebagai ganti Anwar Ibrahim yang tepat. 
 
Apa yang UMNO tidak sebut ialah kawasan parlimen ini sekian lama dijaga oleh kerajaan Negeri pulau pinang. Ertinya, kepedulian keatas kawasan Permatang Pauh tidak terabai. Kemajuan dan pembangunan terus berlaku. Sebulan sebelum Anwar Ibrahim dipenjara- saya bertemu dengan beliau dan Anwar ucap terima kasih kepada Lim Guan Eng kerana menjaga permatang pauh. Anwar lebih diperlukan pada peringkat nasional. 
 
Apa yang kerajaan UMNO tawarkan kepada rakyat permatang Pauh pada masa ini, ialah apa yang sepatutnya diberi kepada rakyat tapi disekat oleh mereka. Ini sikap orang yang busuk hati dan suka menganiayai orang. 
 
Ini adalah penafian hak rakyat. Apa yang rakyat permatang pauh lakukan yang menyebabkan mereka diperlakukan demikian rupa? Kerana memilih ahli parlimen dari parti pembangkang?
Rakyat sudah menyampah dengan jenis kerajaan seperti ini yang peras ugut rakyat. 
 
Malam tadi, saya bersama kempen di Kampung Kubang Semang. Ia disertai oleh  rakan2 seperti saudara Ng Wei Aik, Sdri Kahsturi Patto. Turut sama ialah Nik Nazmi, Dr Afif, Suhaizan Kayyat, Ustaz Idris Ahmad dan Nurul Ilham. 
 
Bila rakyat lihat PAS utuh bersama PR- ia beri semangat kepada mereka. BN rasa gentar dan pemimpin nya hampa PAS U Turn. PAS tidak pernah U Turn ketika melawan kemungkaran. Dengan penglibatan tokoh seperti ustaz Idris Ahmad dan Suhaizan Kayyat- cerita mengenai PAS boikot wan azizah ialah mimpi basah UMNO.
Saya yakin bahawa PAS menyokong penuh Datin Sri Wan Azizah. 
Rakyat Permatang Pauh datang mendengar dengan penuh minat ceramah Pakatan Rakyat. Ceramah diadakan serentak dibanyak tempat. 
 
Saya ingin menyeru supaya pengundi Permatang Pauh yang tinggal diluar pulang beramai ramai menghukum Barisan Nasional. Beri keadilan kepada Wan Azizah dan keluarga. Tidak ada sang isteri dan anak yang digodam oleh pendakwaan politik lebih dasyat dari mereka semua. 
 
Dr Mahathir kata, ini kerajaan yang dipimpin oleh penyamun untuk penyamun lain. Itulah yang sebenarnya apa yang Dr Mahathir kata. Setakat ini, mustahil wang berjalan sendiri.
 
 Nilai asset atas kertas 1MDB ialah RM51 billion. Nilai tanggungan dan hutang ialah RM49 billion. Bayaran bunga atau faedah sahaja sekitar RM2 billion setahun. Kemana wang itu dilabur? Bagaimana USD1 billion lebih boleh disalurkan oleh Jho Low? 
 
Kecuali wang ada kaki atau sayap. Jika  ia berlaku, ini pertama dalam dunia- Malaysia mencipta wang yang ada kaki dan mungkin sayap. 
 
Najib bertanggung jawab keatas 1MDB sebab dia penasihat dan penyebut YES-NO pada peringkat akhirnya. Dia yang membawa Jho Low, sang musang untuk menjaga reban ayam. Pegawai2 1MDB kata, Jho Low lah yang mengarah operasi pelaburan untuk 1MDB. 
 
Sukalah kita beritahu Adnan Masur, anak raja jadian itu, 1MDB yang dia sebut sebagai angsa yang menghasilkan telur emas itu dijaga oleh suatu musang yang ganas. 
 
Ini kerajaan kleptocracy. Duit rakyat macam duit sendiri. Masuk dalam akaun sendiri. 
 
Apa kita buat keatas kerajaan seperti ini? Kita jangan beri peluang untuk mereka bernafas walaupun sesaat lagi. Rakyat mesti tolak mereka. 
 
Kita hukum kerajaan yang membinasakan ekonomi negara, mencuri wang rakyat, memporak-porandakan negara dengan menyuruh rakyat berkelahi sama sendiri,
Pengundi luar kembali untuk hukum menteri yang angkuh dan sombong. Kita hukum menteri yang ugut menyekat dana untuk rakyat sedangkan duit yang ada pada kerajaan ialah duit kutipan cukai keatas semua rakyat. 
 
Kita hukum menteri yang kata GST tidak membebankan rakyat sedang harga barang semua sudah naik. 
 
Kita hukum menteri yang bodoh yang mengatakan bahawa kad prabayar hanya digunakan oleh pendatang asing. Sedangan 65% dari talipon mudah alih menggunakan kad pra-bayar. 
 
Kita hukum perdana menteri yang hipokrit suruh rakyat berjimat cermat, tapi dia beli pesawat yang ke 7 dengan harga RM600 juta. Belanja maintenance untuk 15 tahun yang akan datang berjumlah berbillion Ringgit. 
 
BN hinggakan gentar menaikkan poster Najib Razak dan Rosmah Mansor di Permatang Pauh.  Najib sudah istihar akan membentangkan plan pembangunan baru untuk Pulau Pinang. Kenapa tidak dilakukan sejaak jadi PM dari tahun 2009?
Pengorbanan yang pengundi luar buat amat dihargai oleh rakyat semua. Rakyat yang bangkit menentang kezaliman dan penganiayaan dan pembulian keatas rakyat akan menghargai setiakawan pengundi luar. 
 
Buktikan kepada Najib Razak, kuasa rakyat kebih besar dari kuasa buli, kuasa ugut dan kuasa ancaman pemerintah. Selamat mengundi. Pilih calun nombor 3- Datin Sri Wan Azizah.

Dakwaan Kekayaan Najib Dan Rosmah Ternyata Fitnah Belaka...

Posted: 03 May 2015 12:46 AM PDT



Mulai hari ini sebahagian besar rakyat Malaysia harus memohon maaf dan bersimpati dengan Perdana Menteri, Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor. Kekayaan yang selama ini digembar-gemburkan kononnya dimiliki oleh mereka ternyata tidak benar, palsu dan fitnah belaka.

Ringkasnya, Najib dan Rosmah bukan sekadar hidup biasa-biasa, malah mungkin lebih susah daripada kebanyakan penerima BR1M sekali pun. Ini kerana Najib dan Rosmah sebenarnya bukan setakat tidak mampu berbelanja mewah, malah mengadakan kenduri menerima menantu pun tidak berkeupayaan.

Melalui penjelasan Pegawai Khas Perdana Menteri, Rizal Mansor bahawa kenduri kahwin anak perempuan Najib dan Rosmah iaitu Nooryana Najwa dengan Daniyar Bessikbayev yang diadakan penuh gemerlapan di KLCC dan rombongan bertandang ke Kazakhstan seramai 250 orang sebenarnya ditanggung oleh pihak lelaki, tidak lain memberi gambaran bahawa Perdana Menteri tidak berkemampuan sama sekali.

Mana-mana ibu bapa yang menerima menantu, ia adalah antara momen paling gembira dalam kehidupan mereka. Ramai yang sanggup berhutang dan meminjam di sana sini untuk mengadakan hari meriah itu. 

Tetapi semua orang melakukannya berdasarkan kemampuan. Bagi golongan susah, mengadakan majlis secara ala kadar sudah memadai sebagai tanda gembira dan syukur.

Ada juga yang sekadar mengadakan doa selamat ringkas di surau atau masjid saat menerima menantu. Tetapi ia tetap menjadi kebanggaan kerana ibu bapa atau keluarga pengantin dapat menunaikan tanggungjawab berdasarkan kemampuan mereka.

Tetapi agak berbeza dengan Najib dan Rosmah. Sudahlah kenduri di sebelah pihak perempuan ditanggung oleh keluarga pengantin lelaki, rombongan bertandang ke Kazakhstan juga dibiayai oleh menantu budiman itu.

Sudah barang tentu pihak lelaki menawarkan semua itu kerana keluarga pengantin perempuan tidak berkemampuan membiayainya. Jika mampu, jarang benar ibu bapa pengantin perempuan mahu merendahkan maruah atau ego mereka dengan membiarkan keluarga pengantin lelaki menanggung kenduri-kendara dan kos bertandang kerana ia boleh menjadi ungkitan di masa depan atau ketika pasangan pengantin berselisih faham nanti.

Keluarga pengantin lelaki pula biasanya tidak mudah menjadi begitu pemurah kerana jika belum tinggal bersama sudah terpaksa mengeluarkan banyak belanja dan menanggung itu ini, ianya pasti meningkat lagi apabila selepas berkahwin kelak.

Dalam hal ini,  mungkin juga Daniyar ini seorang menantu budiman yang jauh lebih baik daripada Khairy Jamaluddin kerana ketika beliau berkahwin dengan anak Tun Abdullah dahulu, juga seorang Perdana Menteri,  tidak pula terdengar kemurahan hatinya mahu menanggung kenduri di pihak perempuan.

Apa pun, semua ini menunjukkan Najib dan Rosmah tidak berkemampuan. Dalam tidak mampu itu, mujur pula Tuhan jodohkan anaknya dengan lelaki budiman, pemurah lagi penyayang, lalu dapatlah juga akhirnya mengadakan kenduri yang meriah serta bertandang ke Kazakhstan.

Oleh itu, rakyat negara ini seharusnya bersimpati dengan Najib dan Rosmah. Rupa-rupanya mereka adalah ibu bapa yang tidak mampu, waima untuk mengadakan majlis kenduri menerima menantu sekali pun.

Dengan ini ia bukan saja mengesahkan bahawa semua dakwaan kekayaan Najib dan Rosmah selama ini tidak benar, bahkan laporan kononnya mereka memiliki jam tangan mewah, barang kemas intan berlian, pakaian mahal dan sebagainya juga turut palsu dan khayalan semata-mata.

Kalau untuk mengadakan kenduri menerima menantu pun terpaksa ditanggung oleh pihak lelaki, memiliki jam Casio atau memakai gelang daripada besi pun tentu nampak mustahil serta di luar kemampuan Najib dan Rosmah.

Kesian Najib dan Rosmah, difitnah siang malam selama ini. Dengan ini, ramai rakyat  kita termasuk Tun Mahathir rupa-rupanya telah membuat "dosa kering"  dengan menghebah-hebahkan kekayaan dan perbelanjaan mewah sedangkan Perdana Menteri dan isteri sebenarnya tidak berkemampuan sama-sekali. 

Adusss...sempatkah kita bertaubat dan memohon maaf? (SH 02/05/2015)
 
 

Samada dari darah Bugis, Minangkabau atau Jawa, kalau dah berbuat salah berhenti

Posted: 03 May 2015 12:45 AM PDT


Najib telah bercakap tentang darah keturunannya bagi memberitahu semua yang beliau tidak akan mudah menyerah kalah apabila didesak untuk meletakan jawatan oleh bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohammed. Beliau berkata beliau berdarah Bugis dan tidak sekali-kali menyerah kalah. Pantang anak Bugis menyerah kalah, katanya.

Beliau tidak pula memberitahu kita samada orang Bugis itu tetap akan mempertahankan kuasa jika telah melakukan kesalahan moral dan politik terhadap negaranya. Semasa dahulu kita tidak ada kerajaan demokrasi. Oleh yang demikian bagaimana Najib mengukur sifat orang Bugis itu tidak akan menyerah kalah.

Kita bukannya hidup di zaman silam yang peperangan itu adalah peperangan fisikal dan kekuatan Bugis itu mungkin menunjukan yang Bugis tidak mudah mengalah. Tetapi sekarang ini Perdana Menteri yang berdarah Bugis ini seolah-olah menyatakan kepada kita yang Bugis itu tidak mengira samada dia boleh memimpin atau tidak kuasa mesti dikekalkan. Yang penting bagi mereka ialah kuasa semata-mata.

Bagaimana pula dengan ramainya orang yang berdarah Bugis meminta beliau berundur sekarang ini? Saya rasa orang berketurunan Bugis juga ramai yang bersama meminta Najib berundur dan menghormati semangat demokrasi yang kita amalkan. Demokrasi bukan hanya dengan memenangi undi dalam pilihanraya. Demokrasi itu mesti membawa bersama semangat dan moralnya. Malahan meminta Najib berhenti oleh pemimpin UMNO itu merupakan tindakan demokrasi yang cuba untuk mengelak parti yang dipimpinnya terjunam dalam pilihanraya yang akan dating.

Saya bercakap dengan ramai sahabat dan rakan yang berdarah Bugis juga. Tetapi mereka terlupa yang mereka berdarah Bugis dan mahu Najib turun dari kuasa. Mereka mendahulukan keselamatan Negara dari darah Bugisnya. Tidak perlulah Najib mengecikan perjuangannya. Setelah memainkan isu bangsa sekarang nampaknya Najib telah memilih ruang lingkup perjuangannya yang lebih sempit lagi dengan menggunakan isu 'clan' yang ada dikalangan rumpun Melayu itu sendiri.

Bagaimana dengan yang berdarah Jawa? Bagaimana pula dengan mereka yang asalnya dari darah Minangkabau dan Mendailing. Bagaimana dengan suku Batak dan yang lain yang ada dalam rumpun Melayu itu? Mereka juga merupakan orang yang tidak mudah menyerah kalah. Dr Mahathir mempunyai darah India dan terbukti beliau juga tidak mudah mengalah. Dr Mahathir yang mempunyai darah India dalam dirinya telah berjuang tanpa mengaku kalah. Malahan ramai pemimpin-pemimpin berkalibar diperangi beliau dan semuanya telah kalah. Malahan Dr Mahthir masih lagi berperang kali ini dengan Najib yang berketurunan Bugis ini.

Kita sekarang bercakap tentang negara dan rakyat merasakan Najib sepatutnya berundur kerana terlalu banyak isu peribadi terhadap beliau yang beliau tidak berkemampuan untuk menjawab. Beliau bolehlah mengaku yang beliau sebagai hulubalang kaum Bugis tetapi beliau sudah diminta untuk berhenti oleh banyak pihak. Yang suruh berhenti tidak pun sedar yang Najib itu berketurunan Bugis. Samada beliau ini dari keturunan Bugis atau India beliau perlu berhenti dan melepaskan tanggungjawab yang beliau gagal melaksanakannya.

Elok diberitahu Najib yang semua orang susah untuk mengalah. Baik ia datang dari suku apa sekalipun. Yang melakukan kebathilan akan berjuang dan tidak mengaku kalah dan yang memperjuangkan untuk kebaikan pun tidak mudah mengalah.

Yang boleh mengalah kalah ialah orang yang sedar tentang kesalahan yang mereka lakukan dan sanggup berhenti dan bersara semata-mata untuk kebaikan negara. Kumpulan ini adalah kumpulan yang baik. Kalau Najib benar-benar memperjuangkan kebaikan beliau patut bersara kerana beliau sendiri tahu yang beliau telah melakukan perkara yang tidak baik untuk negara. Hanya kerana ketamakan dan keegoan beliau sahaja yang membuatkan beliau tidak mahu berhenti.

Bukankah perletakan jawatan beliau itu boleh memperbaiki keadaan? Bukankah Najib sering berkata yang beliau berjuang hanya untuk kebaikan? Berjuang untuk rakyat ini bukan semestinya dengan mengekalkan kuasa, sebaliknya dengan melepaskan jawatan dan kuasa juga merupakan perjuangan yang baik untuk rakyat jika perletakan jawatan itu akan memberikan hikmah untuk negara dan rakyat.

Perjuangan yang sebenar-benarnya ialah memerangi nafsu diri sendiri. Itu merupakan perjuangan dari lahirnya kita sampailah keakhir kalam kita. Itu merupakan perjuangan yang benar-benar perjuangan. Tetapi kalau kita berkeras berjuang untuk menyambung dan memanjangkan kebathilan itu adalah perjuangan yang salah terutamanya kepada rakyat yang ramai ini.

Rakyat tidak kira mereka Bugis atau Minangkabau dan Jawa, sedang memerhatikan lagak laku pemimpin dari keturunan Bugis ini. Saya yakin orang Bugis sendiri ramai yang mahu Najib meletakan jawatan agar semua rakyat yang berketurunan Bugis, Minangkabau, Jawa serta yang lain seperti Kadazan, Murut dan Iban mahu perubahan.

Kalau Najib lebih mendengar panggilan yang bathil maka yang mempejuangkan kebenaran pun tidak mudah mengalah. Kami juga tidak  mudah mengalah dengan permainan mereka yang dipandu oleh nafsu tamak haloba kerana melawan nafsu dan ketamakan itu adalah wajib bagi mereka yang mempunyai agama.

Apa yang nak dibanggakan kepahlawanan zaman silam kaum Bugis kerana mereka juga sedang berada dalam arena politik dan bukannya peperangan fisikal dengan tobak dan pedang lagi. Dalam politik ini peperangan ialah peperangan mental dan bukannya peperangan menggunakan tombak seperti yang dilakukan oleh pahlawan-pahlawan Bugis atau jawa dan Minangkabau.

Jika kita bermain kuasa dengan otot itulah yang menyebabkan ada pembunuhan dan penipuan yang begitu ketara pada hari ini. Tunjukan keunggulan kaum Bugis itu dengan mengaku salah dan bersara sahaja dari politik dan tentunya ia memberikan persepsi baik terhadap orang Bugis itu.

Saya mempunyai ramai sahabat dari kaum Bugis dan semuanya adalah orang baik-baik belaka. Sikap dan sifat Najib ini tidak melambangkan sikap dan nilai kemanusiaan orang Bugis itu sendiri. Kenapa berlindung disebalik sukunya sekarang ini. Sudah 'desperate' sangatkah?
 


Himpunan 501 #BantahGST sehebat Dataran Tahrir, Mesir

Posted: 03 May 2015 12:22 AM PDT

Himpunan 501 #BantahGST sehebat Dataran Tahrir, Mesir
Himpunan 501 #BantahGST sehebat Dataran Tahrir, Mesir

Himpunan 501 #BantahGST sehebat Dataran Tahrir, Mesir

Semua hujah menteri kerajaan BN bahawa Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah baik dan rakyat mula menerimanya terjawab pada petang 1 Mei 2015. Kira-kira 60,000 rakyat bangkit melawan menyatakan GST cukai yang kejam dan wajib dimansuhkan.

Demonstrasi #Bantah GST 501 bermula di empat lokasi. Masjid Negara, Masjid Jamek, Central Market dan Sogo. Perserta dari Masjid Negara dipimpin Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu; di Sogo diketuai Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli dan di Central Market diketuai oleh Anthony Loke dari DAP.

DSC_0692 

Perarakan paling ramai adalah dari Masjid Negara. Kira-kira 15,000 peserta kebanyakannya ahli PAS dari seluruh negara bergerak pada jam 2.30 petang. Mereka melaungkan undur Najib dan berarak ke persimpangan Jalan Tun Perak – Jalan Raja laut di tengah-tengah Kuala Lumpur.

Bantah GST hingga mansuh

Tiba di Dataran DBKL terdapat peserta melaungkan ke arah penguatkuasa DBKL 'Jom sertai kami'. Penguasa menjawab mereka menyokong tetapi bekerja.

Konvoi dari Masjid Negara yang membawa pelbagai sepanduk bantah bergabung dengan peserta DAP dari Central Market sejumlah 15,000 serta 10,000 demonstran dari Masjid Jamek.

Hadapan Dataran Merdeka dipenuhi lautan manusia. Mat Sabu dan beberapa pimpinan berucap dari atas lori mengecam kerajaan BN yang tidak mahu mendengar rintihan rakyat.

DSC_0933 

Beliau mengungkap event Hari Buruh disambut di seluruh dunia, sama ada di negara maju mahu pun negara membangun seperti Malaysia. Di negara ini matlamat demo adalah membantah GST sehingga mansuh.

Ketika ini kelihatan sepanduk lebih meriah mempersoalkan perbelanjaan Najib – Rosmah dan pembelian jet peribadi. Sebuah pick up membawa ahli parlimen DAP Anthony Loke dan pemimpin himpunan Hijau, Wong Tack bergerak ke tengah persimpangan dari Jalan Tunku Abdul Rahman.

Pimpinan DAP berucap pada sebelah simpang Jalan Tun Perak – TAR manakala pimpinan PAS berucap pada simpang Jalan Tun Perak – Raja Laut.

60,000 demonstran

Pada jam 3.00 petang, lori yang dinaiki Mat sabu, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad, sasterawan rakyat A Samad Said, Bekas Naib Presiden PAS Ahmad Awang dan beberapa tokoh lain bergerak ke arah Maju Junction.

DSC_1010 

Peserta menyanyikan lagu-lagu yang dimainkan dari pembesar suara. Lagu-lagu tersebut rakaman dari kumpulan The BangArt: 'Najib Penipu', 'Ole-ole Malaysiaku', 'Kami Lawan' dan beberapa lagi lagu mengecam kerajaan BN sepanjang perjalanan.

 Beberapa letupan mercun bom kedengaran apabila konvoi tiba di kawasan berhampiran Sogo. Spekulasi mendakwa puak anak muda anarki melempar mercun tersebut bagi memeriahkan demonstrasi.
Pada pukul 3.15 kumpulan dari Sogo bergabung dengan konvoi dan menjadikan peserta melebihi 60,000. Rakyat yang membeli belah di jalan TAR juga turut serta berdasarkan pakaian yang berwarna warni dan tiada persediaan untuk berhimpun berpakaian baju T merah atau hitam.

Konvoi berhenti rehat di persimpangan Jalan Raja Laut dan Jalan Sultan Ismail sebelum meneruskan perjalanan ke arah KLCC. Perjalanan panjang itu menarik perhatian pengguna jalan raya sepanjang kira-kira 10 kilometer.

Lalu lintas berhenti sepenuhnya dan konvoi amat panjang. Pada pukul 4.15 petang, apabila konvoi paling hadapan berkumpul di bangunan Afin Bank bertentangan KLCC, konvoi di belakang baru sahaja selesai meninggalkan Maju Jucntion.

Ke KLCC

DSC_0021 

Sepanjang 8 kilometer jalan dipenuhi demonstran berpakaian kuning, merah dan hitam. Mereka terus membawa poster 'Kita Lawan', 'Undur Najib', 'Undur Rosmah', 'Bantah GST' dan lain-lain.

Ucapan pemimpin dimulakan di atas lori pada jam 4.30 petang. Ahli parlimen Kuala Langat Abdullah Sani pembuka pentas. Beliau yang juga Naib Presiden MTUC berucap mewakili pekerja dan sejarah himpunan 1Mei.

"Pada Mei 1886 di Chicago, Amerika Syarikat golongan pekerja menentang kerja lebih masa. Hari ini kita berhimpun untuk menyuarakan isu-isu masyarakat.

"Kita tentang GST cukai haram jadah. Kerajaan kata kita maju. Pendapatan RM300 bilion setahun tetapi rakyat dikenakan cukai GST," katanya disambut sorakan peserta.

DSC_0273 

Beberapa pemimpin lain berucap, termasuk Mat Sabu. Mat Sabu mencuit hati dengan berkata ramai yang menyokong himpunan itu. Mungkin dalam kalangan peserta ada Mahathir, Tengku Razaleigh, Siti Nurhaliza, Rozita Che Wan, Ella….

Ucapannya disambut gelak ketawa.

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli pula berucap membandingkan perkara yang dibuat kerajaan BN dengan apa yang dilakukan oleh penjajah British di India. Salah satu persitiwa terkenal apabila British mengenakan cukai ke atas garam.

"Cukai itu menyebabkan rakyat India membuat garam sendiri dan tidak membeli garam dari British. Cukai yang tinggi menyebabkan banyak kerajaan jatuh.

DSC_0344 


"Saya yakin 2 tahun dari sekarang (PRU 14), kerajaan BN juga akan jatuh," katanya.

Himpunan diakhiri pada jam 6.00 petang dengan doa yang dibacakan oleh bekas Naib Presiden PAS ustaz Ahmad Awang.
Tiada ulama PAS yang menyertai himpunan itu kecuali ustaz Idris Ahmad. Jelas, persediaan himpunan sehingga penganjurannya dilakukan oleh kumpulan Mat Sabu.

Seolah-olah memberitahu kepada rakyat Abang Mat masih disanjung oleh ahli biasa PAS walaupun akan ditamatkan riwayat kepimpinannya oleh ustaz dan ulama yang menjadi perwakilan pada Muktamar Jun depan.

Sebaik sahaja himpunan tamat kumpulan The BangArt bergerak ke tengah-tengah demonstran yang memenuhi di setiap penjuru jalan hadapan KLCC. Amir, vokalis The BangArt menyanyikan beberapa buah lagu popular yang menjadi tema perhimpunan sehingga jam 6.10 petang sebelum kebayakan peserta bersurai.


Tiada ulasan: