Isnin, 4 Mei 2015

Tukar Tiub

Tukar Tiub


SOHEH HASAN MALEK GILA

Posted: 04 May 2015 07:02 PM PDT







Calon BN Rompin selar Hasan Malek kerana keluar kenyataan 'bodoh'


Calon Barisan Nasional (BN) di kawasan Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin  Hasan Arifin, hari ini mengatakan  Hasan Malek mengeluarkan kenyataan "bodoh" apabila mengatakan pengundi di kawasan Parlimen berkenaan menyokong cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

GST menjadi isu kempen yang digunakan PAS dalam percubaan mereka untuk merampas kerusi tradisi BN itu.

KAH KAH KAH

woit
baru sekarang tahu
baru sekarang sedar
hasan malek dah lama
jadi ahmad maslan
ahmad maslan dah lama
jadi hasan malek

KAH KAH KAH


------------------

SIAPA AMBIL DUIT ITU?

Posted: 04 May 2015 06:55 PM PDT



Saya,Najib,Hishammuddin tidak ambil duit GST, kata Muhyiddin


Muhyiddin Yassin hari ini mempertahankan  Najib Razak dan kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) apabila mengatakan hasil kutipan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak "diambil" mereka. 

"Bukan saya ambil, Najib ambil, Hishammuddin ambil...kita kumpul kemudian bagi balik," katanya. 

KAH KAH KAH

woit
kah kah kah
ini jelas
bukan muhyiddin ambil
tapi najib ambil
tapi hishammuddin ambil
kenduri sapa bayar?
pakai duit sapa?

KAH KAH KAH



------------------

HARI INI PAKAI HITAM

Posted: 04 May 2015 10:56 AM PDT











---------------

TADI DI RUMAH PASONG

Posted: 04 May 2015 10:52 AM PDT





 RUMAH PASONG

DANG WANGI
kawan kawan menunggu
23 orang anak muda
yang reman disambung
dan masih lagi 
dipasong di dang wangi













---------------

PENCERAHAN LAGI

Posted: 04 May 2015 06:00 AM PDT





JIMAT SIMPAN DUIT
Hoi TT.. najib bini rosmah mmg cerdik jimat simpan wang. Boleh rakyat contohi. Jika nak buat majlis kawin yg mewah, simpan duit secukupnya. Dari hari mula bertunang, duit kene menyimpan dah. Mcm Abang Mat kata la, tak banyak, sehari RM17,000.00 jer. Cukup 6 tahun simpan (tolak weekend), dpt la RM20 juta.

 Baru berbaloi nak buat kenduri kawin. Rakyat mmg boros, ssb tu x dpt simpan RM17,000 sehari. Kahkahkah.. Hang kalo berjimat mcm ni Isham, dah lama dah hang buleh kawen. Ini idak.. melawan cakap orang tua2.. on DANA CELAH APA?
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 7:03 PM

PERLU IKAT PERUT
Rakyat ikat perut tak mampu membeli sbb barangan keperluan mahal sbb gst Puak2 umno dan penyokong ug hidup senag sbb puak2 ni kebal serba bin serbi. Ug boleh baca doa agar perut mereka selalu kenyang dan puak2 ni digelar ulama waris Nabi . Puak2 ni boleh direct kat tuhan bila brdoa rakyat miskin bin papa kedana tak ada linrs kat tuhan . 

Tuhan hanya tolong puak serban bin jubah aja. Oooooi ! Kalu Zionis Kominis tuhan boleh tolong tak mungin miskin bin papa kedana tuhan tak tolong . on DUIT NEGARA KERING
Anonymous
at 5:07 PM





--------------

ESOK PAKAI HITAM

Posted: 04 May 2015 05:30 AM PDT





ESOK 505

PAKAI HITAM



4 MEI 2015
"Ops Hitam 505" untuk menolak GST, pilihanraya kotor
dan negara polis

Gabungan untuk Pilihanraya Bersih dan Adil 2.0 (Bersih 2.0) melancarkan "Ops Hitam 505" di seluruh negara pada 5hb Mei 2015 (Selasa), ulangtahun kedua Najib Razak dikekalkan di Putrajaya oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai kerajaan minoriti sungguhpun ditolak oleh 53% pengundi.

Kami memohon kepada semua rakyat Malaysia supaya berpakaian hitam atau memasangkan ribbon atau kain hitam di kenderaan, bangunan atau benda peribadi pada 5hb Mei 2015, sebagai tanda menolak provokasi angkuh Kerajaan Minoriti Najib kepada rakyat dengan tangkapan, tahanan dan gangguan terhadap para pemimpin dan peserta perhimpunan aman pada 1hb Mei di Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu.

Rakyat mesti menjawab penindasan dengan penentangan. Kalau tidak, kehidupan rakyat akan semakin susah dizalimi oleh kezaliman Kerajaan Minoriti Najib, polis dan SPR.
"Ops Hitam 505", selain tanda solidariti dengan meraka yang menjadi mangsa penganiayaan polis, juga mewakili tiga tuntutan rakyat yang berikut:

(a)  Pemansuhan Cukai barangan dan perkidmatan (GST);

(b)  Penghapusan penipuan dalam pilihanraya terutamanya "Pembahagian Tidak Sekata" (Malapportionment) dan "Persempadanan Tidak Adil" (Gerrymandering) dalam Persempadanan semula kawasan pilihanraya di Sarawak, Sabah dan Semenanjung supaya tidak wujud lagi kerajaan minoriti;

(c)  Penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) untuk menghentikan penyalahgunaan kuasa dan pempolitikan polis.


Kami berharap bahawa esok seluruh rakyat akan mewujudkan suatu lautan hitam di setiap perusuk negara, terutamanya di Permatang Pauh dan Rompin di mana rakyat berpeluang menyatakan pendirian dengan kertas undi, untuk menunjukkan penolakan rakyat terhadap GST, pilihanraya yang kotor dan negara polis.









---------------

NASI PANGGUNG KELMARIN

Posted: 04 May 2015 05:00 AM PDT










NASI PANGUNG

petang ahad yang tenang
ketika yang lain sibuk dengan urusan 
disini masing-masing membahagi kasih
mengisi waktu mendekati mereka yang tak kenal siapa
mereka yang selalu dipandang sebelah mata

YANG DATANG

Menu petang ahad lepas di Jln Panggung:
Tim Dapur Jalanan KL: Lontong
Tim Syed Shahir: Roti Canai / Air Mineral
Tim UPM: Muffin / Air Kotak
Tim UniKL: Toiletries Pek

DATANG MEMBANTU
Anak semua bangsa; turun berkerja bakti & membantu:
Husin, Padel, Aisyah, Quratul, Intan, Mat roy, Afiq
Kawan-kawan dari UPM, UniKL, UM, 
Abg Pyanhabib, Faizal Husin & krew, Tim Recycle 
& semua yg hadir bersetiakawn bersama miskin kota!

DATANG MEMBANTU
Terima kasih semua!
jumpa ahad depan!


++ Untuk maklumat terkini, info-info mengenai kami boleh cari & tekan like Facebook page DapurJalananKualaLumpur & follow twitter - @dapurjalanan & instagram - dapurjalananKL. Cari, follow & LIKE!!
++ Untuk yang mahu menyumbang boleh masuk ke akaun Dapur Jalanan, CIMB: 8001-7278-49 SPKL Collective
++ Untuk yang ingin sama-sama potong bawang atau sumbang makanan atau apa-apa nak disumbang boleh
 talipon: ezzuandi 0192671285
 atau Hadi Khalid 0126648873

UNTUK ANAK CUCU
Solidariti untuk Miskin Kota
Dapur Jalanan Kuala Lumpur
*Makanan Adalah Hak Anak Semua Bangsa*

4 May 2015


------------

JAM 9 DANG WANGI

Posted: 04 May 2015 04:57 AM PDT






JAM 9:00

DANG WANGI

SETIAKAWAN

DENGAN

YANG

DI TAHAN

ESOK 

PAKAI HITAM


-------------

TER KINI TER NOWW

Posted: 04 May 2015 02:33 AM PDT



SMS  DARI

MAT SABU

jam 5:26






...masih di dang wangi....dah 
ambil statement 










-----------

DUIT NEGARA KERING

Posted: 03 May 2015 11:40 PM PDT



UNDUR ROSMAH UNDUR


Bajet kementerian dipotong berkait keborosan Najib-Rosmah, kata wartawan veteran

Tindakan Putrajaya memotong peruntukan setiap kementerian termasuk RM300 juta bagi Kementerian Kesihatan menimbulkan persoalan sama ada perbendaharaan negara semakin menyusut akibat gaya hidup mewah Najib dan suaminya  Rosmah Mansor, kata Kadir Jasin. 

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bajet-kementerian-dipotong-berkait-keborosan-najib-rosmah-kata-wartawan-vet#sthash.OGU1N8G5.dpuf

KAH KAH KAH

woit
kah kah kah
duit negara kering
semua dirembat
najib rosmah
duit tabung haji
duit kwsp
duit pencen
awas!
najib rosmah sedang
rembat abis kering


TINGGAL KOSONG



















------------

SATU PANDANGAN

Posted: 03 May 2015 10:05 PM PDT






PECAH DAN PERINTAH
penjajah british bawa masuk satu sistem bergelar pecah dan perintah...sistem ini diteruskan oleh gerombolan dan macai sehingga kini...kalau rakyat bersatu makna gerombolan dan macai hadapi masalah... 

anwar ibrahim berusaha roboh dasar ini dan membawa penyatuan rakyat demi masa depan sebuah negara yang majmuk... suka atau tidak hakikatnya gerombolan sedaya upaya memecah balik dengan pelbagai kaedah...guna undang x guna polis guna agensi kerajaan....hasilnya pelbagai isu sengaja ditimbulkan demi mempertahankan dasar untung rugi...rakyat bersatu membawa kerugian....rakyat berpecah belah membawa keuntungan...

kalau imbas sejarah politik negara...golongan politikus sememangnya mewujudkan dasar syarikat sendirian berhad....kah kah kah...dari ayah kepada anak kepada cucu...orang luar tak boleh masuk... nasib baik pm pertama tiada waris cebur politik, pm kedua ada anak jadi pm... pm ketiga anak sudah tunggu...pm ke 4 ingin anak jadi pm....pm ke 5 menantu menanti nanti...pm 6 belum nampak lagi on KOSONG IALAH MT
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 5/3/15


-----------

DANA CELAH APA?

Posted: 03 May 2015 09:37 PM PDT






RM15 juta dana usahawan
BAGI menggalakkan penyertaan usahawan Bumiputera di Sarawak, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) menyalurkan dana RM15 juta kepada Unit Pembangunan Usahawan Bumiputera Sarawak.


KAH KAH KAH

woit
baca betul betul
bukan 15 bilion
hanya 15 juta
15 juta ringgit
baru harga kasut
pengantin di kazakhtan
15 juta dana bumiputera?
dana celah kangkang je?

KAH KAH KAH












-------------------

TUKAR TIUB PECAH BERITA SEDUNIA

Posted: 03 May 2015 09:11 PM PDT








BERITA TERKINI


saya dalam polis dang wangi

SMS dari MAT SABU

saudara mat sabu
datang ke rumah pasong
dang wangi untuk siasatan
#BATALgst - jumaat lalu





-----------------

MANA HILANG MENGHILANG?

Posted: 03 May 2015 08:49 PM PDT






MISTER ARUL
where are you?
long time no see
long time no talk


KAH KAH KAH

dimana mister arul
mana menghilang
heboh pasal 1mdb
tapi senyap menikus

dah berhenti ke?
saje tanya
lama tak nampak

KAH KAH KAH



------------

BILA NAK TANGKAP CINA TEMBAM

Posted: 03 May 2015 08:09 PM PDT






 KOMENTAR
' datang dari pemimpin umno sendiri'

maklumat ini penting
ini tanda bahawa najib telah sedia
ini tanda najib beri jalan
bagaimana nak tendang najib rosmah


CHINA TEMBAM

Bahagian mula retak

Syed Ali Ketua Umno Bahagian Cheras yang diketahui pernah ke hadapan dalam isu-isu sensitif yang menjadi keluh kesah rakyat, umpamanya meminta Ketua Wanita Umno  Shahrizat Abdul Jalil berhenti, nampaknya tidak lagi dapat  membendung perasaannya sendiri dalam isu 1MDB.

"Syed Ali mahu flamboyan billionair Low Taek Jho yang dikaitkan dengan 1MDB dipanggil segera untuk menghadapi  siasatan polis, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Akauntan  Negara," katanya.

Sementara itu, Zainuddin Maidin bekas ketua pengarang akhbar Utusan Melayu itu turut mendedahkan Najib hanya akan berundur jika permintaan itu datangnya daripada pimpinan Umno sendiri.

Beliau berkata perkara itu disampaikan oleh seseorang yang pernah memegang  kuasa besar di negara ini melalui satu khidmat pesanan ringkas.

"Apa yang saya dengar, beliau tidak akan berundur melainkan Umno memintanya berundur," kata pemimpin itu kepada Zainuddin.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ketua-umno-bahagian-mula-sedar-rakyat-tak-sokong-najib#sthash.8FtvneWp.dpuf

KAH KAH KAH
woit
apa sudah jadi
bila nak tangkap
china tembam
bila nak soal  dia
duit mak cik felda abis
duit pencen kwsp abis
china tembam demenjoy

SIAPA CHINA TEMBAM



-------------

HARI HARI AKHIR SAEKOR NAJIB

Posted: 03 May 2015 07:38 PM PDT







KOMENTAR
inilah tanda tanda
hari hari akhir saekor najib

ini lah tanda tanda jelas
hari hari akhir saekor najib







Ketua Umno bahagian mula sedar rakyat 

tak sokong Najib

Zainuddin Maidin menjelaskan sudah wujud kesedaran di kalangan ketua Umno bahagian kini yang sokongan mereka kepada presiden parti Najib Razak bukanlah mewakili sokongan rakyat secara keseluruhannya.
Bekas menteri penerangan itu berkata, antara ketua Umno bahagian yang lantang membuat kritikan terbuka ialah Ketua Umno Cheras  Syed Ali Alhabshee berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Siapakah yang mengatakan semua ketua bahagian Umno hanya mengangguk dan menerima apa sahaja alasan dan cerita dari pemimpin negara dalam isu yang menimbulkan keraguan dan prasangka buruk menggelorakan perasaan rakyat di seluruh negara?
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ketua-umno-bahagian-mula-sedar-rakyat-tak-sokong-najib#sthash.8FtvneWp.dpuf

KAH KAH KAH

woit
perang ini jangan
cepat tamat
panjangkan lagi
lamakan lagi
lagi lama lagi cun
lagi panjang
lagi ramai mati
lagi banyak retak
lagi banyak rakyat sedar

APA PUNYA CUN

------------

Tiada ulasan: