Khamis, 14 Mei 2015

Tukar Tiub

Tukar Tiub


UNIVERSITI DONUT

Posted: 14 May 2015 07:09 PM PDT








14 MEI 2015

REKTOR UIA PATUT LETAK JAWATAN JIKA TIDAK MENGHORMATI ILMU DAN KEBEBASAN BERFIKIR

Saya kesal dengan tindakan kasar Ketua Keselamatan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Razali Mohamad yang bertindak merampas mikrofon semasa saya sedang berucap di dalam satu forum mengenai GST di UIA semalam.

     DONUT TERPANJANG
Image result for donut terpanjang 
Saya telah dijemput oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP atau Students Representative Council, SRC) UIA untuk menyertai satu forum mengenai GST. Saya dimaklumkan oleh penganjur bahawa pihak UIA telah meluluskan penganjuran forum ini kerana ia melibatkan wakil dari Umno (Lokman Adam) dan wakil dari Jabatan Kastam dan Eksais.

Saya juga dimaklumkan oleh MPP bahawa Rektor UIA, Dato' Seri Dr Zaleha Kamaruddin telah meletakkan garis panduan bahawa MPP boleh menjemput ahli politik berdiskusi dalam majlis ilmu di UIA dengan syarat ahli politik itu mempunyai kelayakan dalam bidang yang dibincangkan.

Saya hanya mendapat tahu semalam bahawa pada saat akhir, Rektor UIA telah mengarahkan supaya program itu dibatalkan. Menjelang jam 8 malam, telah timbul kekeliruan apabila saya dimaklumkan bahawa pihak UIA bersetuju agar program itu diteruskan apatah lagi kerana wakil Umno, Lokman Adam pun mahu hadir juga.

Saya telah dimaklumkan dari awal bahawa pihak Keselamatan UIA telah mengadakan sekatan jalanraya untuk menyemak setiap kereta yang masuk UIA. Saya mengambil keputusan untuk menaiki motosikal dan berjaya memasuki UIA tanpa ditahan oleh pihak Keselamatan.

Sekitar jam 930 malam apabila saya tiba di satu ruang terbuka di mana siswa UIA telah berkumpul, saya mendapati Lokman Adam telah pun berucap. Saya juga mendapati kehadiran pihak polis Cawangan Khas yang ramai termasuklah beberapa anggota Cawangan Khas yang datang memperkenalkan diri mereka kepada saya.

Pihak MPP UIA memaklumkan bahawa mereka akan meneruskan program. Setelah 15 minit Lokman Adam berucap, seorang pegawai Keselamatan UIA tampil mengumumkan bahawa pihak pengurusan teratas UIA telah membuat keputusan bahawa program boleh diteruskan tetapi hanya Lokman Adam yang dibenarkan berucap.

Image result for donut terpanjang uiaIni menimbulkan kemarahan dan kekecewaan siswa yang hadir. Lokman Adam kemudiannya menyatakan dia akan berhenti bercakap dan mahu program dihentikan. Pada ketika itu saya menyatakan kepada pimpinan MPP dan siswa yang hadir bahawa tidaklah adil jika saya langsung tidak dibenarkan berucap sedangkan Lokman Adam telah pun berucap selama 15 minit.


Pada ketika itulah pimpinan MPP berunding dengan pegawai Keselamatan UIA yang ada di situ dan menyatakan bahawa majlis akan berakhir setelah saya berucap selama 15 minit. Saya dijemput berucap dan pada minit kelapan (seperti di dalam video yang dilampirkan bersama), seorang yang tidak dikenali datang menghampiri saya dari sebelah kanan.

Dalam beberapa saat itu tanpa memaklumkan apa-apa kepada saya, orang itu merampas mikrofon sehingga tercabut bateri mikrofon. Ini berlaku di hadapan beratus-ratus siswa UIA yang hadir dan menimbulkan suasana tegang. Saya menyatakan secara terbuka kepada orang itu bahawa tindakannya adalah biadap dan tidak menghormati majlis ilmu. Cara biadapnya itu bukanlah contoh terbaik di hadapan siswa.

Saya dimaklumkan kemudian bahawa orang itu adalah Superintendent Razali Mohamad, Ketua Keselamatan UIA. Saya juga dimaklumkan bahawa dia adalah seorang anggota polis dari Bukit Aman yang dipinjamkan kepada UIA sebagai Ketua Keselamatan.

Keadaan menjadi tegang apabila beberapa orang dewasa yang tidak beruniform menghampiri saya dan cuba untuk memaksa saya beredar dari kawasan itu. Saya dilindungi oleh puluhan siswa UIA yang memisahkan saya dari orang-orang yang tidak dikenali ini. Beberapa dari mereka membuat bising dan mengkritik kononnya tindakan saya tidak mencerminkan seorang Ahli Parlimen. Saya dimaklumkan kemudiannya bahawa orang-orang yang tidak dikenali ini adalah anggota-anggota polis Cawangan Khas. Selepas 20 minit, saya akhirnya di bawa beredar dari kawasan itu dan siswa bersurai dengan aman.

Ini bukanlah kali pertama pengurusan UIA di bawah Rektor Dr Zaleha Kamaruddin membatalkan program ilmiah di saat akhir apabila ia melibatkan tokoh Pakatan Rakyat. Sebelum ini pun UIA mengundang kontroversi apabila membatalkan program-program UIA termasuklah yang melibatkan menteri, wakil kedutaan asing dan EXCO Kerajaan Selangor. Kecenderongan Rektor UIA ini memberi gambaran seolah-olah UIA tidak meraikan ilmu yang dijana dari perbezaan pendapat. Malah keputusan Rektor UIA yang membenarkan hanya wakil Umno untuk berucap semalam mendedahkan bagaimana beliau telah mempolitikkan kedudukannya bagi kepentingan Umno.

Saya juga bimbang dengan kehadiran anggota polis Cawangan Khas dalam program ilmiah yang dianjurkan oleh siswa. Malah, saya menerima aduan bahawa kehadiran polis Cawangan Khas di dalam kampus UIA ini adalah satu perkara biasa.

Tindakan-tindakan ini bertentangan dengan hasrat Kerajaan Barisan Nasional sendiri untuk menaiktaraf mutu institusi pengajian tinggi. Untuk menjadi universiti yang berwibawa, UIA perlu menghormati kebebasan ilmu dan kebebasan berfikir. Jika Rektor UIA tidak mampu memahami perkara asas ini, sewajarnya beliau meletakkan jawatan sebagai Rektor UIA dan mengambil jawatan baru di dalam Umno sesuai dengan kecenderongan beliau selama ini.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN





-----------

KEMPEN UDT

Posted: 14 May 2015 06:34 PM PDT







KEMPEN UDT


UNDUR

TANGKAP

DAKWA







-----------

MAHATHIR TERUS TIBAI NAJIB

Posted: 14 May 2015 06:09 PM PDT




Ditelan mati mak, diluah mati bapa, kata Mahathir

Mahathir Mohamad berkata beliau sedar tindakannya terus-terusan mengkritik Najib Razak akan 'memakan' BN namun katanya, beliau tiada pilihan lain.

Mahathir berkata, sekiranya beliau tidak menyerang Najib, BN akan mengalami nasib yang lebih buruk menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 nanti, mengulangi kata-katanya sebelum ini.

"Saya (juga) sedar jika saya tidak sokong Najib parti lawan akan ambil kesempatan. Sebaliknya jika Najib pimpin BN dalam PRU14, BN akan kalah. Luah mati mak, telan mati bapak," tulisnya menerusi entri terbaru di blognya chedet.cc hari ini.

"Jika kepimpinan Umno dan BN hendak ditukar, ia harus dibuat sebelum masa untuk pemulihan kerana waktu yang ada terlalu singkat sebelum PRU14.

"Kerana perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini (isu 1MDB) Najib tidak lagi layak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia," tulisnya.

Mahathir turut menyelar tindakan Najib yang menyalahgunakan dana awam demi kepentingan politik peribadinya.

"Ia gemar mengadakan perhimpunan rakyat upahan yang menatang sepanduk kecil yang dibekal kepada mereka dengan tulisan 'I love PM' dan menyanyi lagu 'IM4U'. Mereka ini datang kerana dibawa dengan bas dari jauh, diberi makan dan upahan.

"… saya harap Najib akan ambil iktibar dari PRU13. Tetapi tidak. Ia meneruskan dengan pemberian wang. Ia masih mengekalkan penasihat Britishnya.

Tingkat 4 diperbesarkan. Pejabat Najib dipenuhi dengan ramai anggota yang diberi tugas-tugas ciptaan. Gaji yang diberi tidak mengikut sistem gaji pegawai kerajaan," tulisnya.

Katanya lagi, selain itu Jawatan-jawatan bertaraf menteri diwujud untuk memberi tempat kepada yang bersara.

"Ditubuhkan badan bebas yang mengambil alih kerja dan tugas jabatan-jabatan kerajaan seperti EPU. Mereka ini dibayar gaji yang tinggi, yang menyebabkan pegawai Kerajaan berasa kecewa.

"Saya didatangi oleh ramai kumpulan-kumpulan dan individu yang mengadu terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib. Mereka datang berkali-kali dan meminta saya buat sesuatu supaya Najib berhentikan dasar dan pendekatannya.

"Yang datang bukan sahaja orang Melayu dan ahli Umno tetapi juga orang Cina. Menerima desakan dari mereka ini saya cuba nasihat dan tegur Najib . Tetapi tidak berkesan. Ia yakin caranya, pemberian wang olehnya akan memikat hati orang ramai," tulisnya.


KAH KAH KAH

woit
serang tetap serang
tak akan henti
tak akan rehat
hingga najib
hingga rosmah 
ditendang keluar
hebat mahathir

APA PUNYA POWER









-----------

MAT MONGOL BUAT LAWAK

Posted: 14 May 2015 11:40 AM PDT




Akta Hasutan untuk kekalkan demokrasi, kata Najib


Pengekalan Akta Hasutan dan pindaan ke atasnya adalah bagi menjamin kelangsungan demokrasi dengan memastikan kerajaan sedia ada tidak ditukar dengan cara selain demokrasi, kata Najib Razak. 

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/akta-hasutan-untuk-kekalkan-demokrasi-kata-najib#sthash.ce8GXVZb.dpuf


KAH KAH KAH

woit
kak kiah tak ada
kah jarah tak ada
kak tiah tak ada
najib buat lawak
kah kah kah
nasib baik ada
kak wasatiah
ada yang ketawa
kah kah kah

APA PUNYA TUUR


============

UNDUR TANGKAP DAKWA

Posted: 14 May 2015 06:09 AM PDT





Ezam tampil tuduh  Mahathir selamatkan 

syarikat anak guna dana awam

Mohamad Ezam Mohd Noor hari ini dilaporkan menuntut Mahathir Mohamad menjelaskan penggunaan dana awam berbilion ringgit bagi menyelamatkan syarikat swasta milik anak bekas perdana menteri itu.
Mohamad Ezam Mohd Noor (gambar, kiri), bekas ketua Pemuda PKR yang berpaling tadah menyertai Umno pada 2008, memberitahu Utusan Malaysia, pembelian Konsortium Perkapalan Berhad milik Mirzan Mahathir pada 1998 menggunakan wang Petronas adalah antara "bailout" oleh pentadbiran Dr Mahathir.
"Transaksi yang melibatkan syarikat perkapalan milik Mirzan ketika itu yang membabitkan sejumlah ribuan juta ringgit dana Petronas secara jelas merupakan satu langkah 'bailout' sebuah syarikat milik swasta menggunakan dana milik awam.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ezam-tampil-tuduh-dr-m-selamatkan-syarikat-anak-guna-dana-awam#sthash.g1zP3xP3.MhZHcIMp.dpuf

KAH KAH KAH

woit
fakta madey dengan
syarikat anaknya
satu dunia tahu
itu peluru untuk
tembak mahathir
woit
malaon ni mana ilang
sekarang  gerakan
terajang najib rosmah
mahathir dah gugur
mahathir jadi alat
untuk tibai parti
ketuanan melayu

SENATAK SAMPAI


---------------

UNDUR TANGKAP & DAKWA

Posted: 14 May 2015 05:17 AM PDT







UNDUR


TANGKAP

&

DAKWA


------------------

KECOH DI UIA

Posted: 14 May 2015 05:00 AM PDT






Saya hanya dibenar berucap 10 minit di UIA, kata Rafizi

14 May — Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mengatakan beliau hanya diberikan masa 10 minit untuk berucap dalam satu forum mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di Universiti Islam Antarabangsa  (UIA) sebelum dirampas mikrofon oleh pihak keselamatan,…



KENYATAAN AKHBAR

Saya ingin menyatakan kekecewaan di atas kejadian di UIA semalam, yang melibatkan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli, di mana beliau telah dihalang untuk berucap oleh pegawai keselamatan universiti walaupun telah dijemput untuk satu program yang dianjurkan oleh pelajar sendiri.

Malangnya UIA masih belum mengambil iktibar daripada kejadian dua minggu lalu di mana jemputan kepada saya sendiri sebagaji panelis sebuah perdebatan tentang kesederhanaan yang turut melibatkan seorang Menteri Persekutuan dijadikan alasan untuk menghentikan sebuah program debat anjuran Suruhanjaya Tinggi United Kingdom.

Walaupun begitu ramai pihak telah mempersoal tindakan UIA pada kejadian itu, kami masih belum mendapat penjelasan daripada Rektor dan Presiden secara terbuka, dan ini jelas menunjukkan mereka belum mempunyai kesedaran sivik sebagai sebuah insititusi pengajian tinggi. 

Pihak UIA juga harus menjelaskan sama ada penjelasan telah dihantar kepada Pesuruhjaya Tinggi UK sebagaimana dijanjikan.

Apa yang berlaku kepada Rafizi semalam lebih merisaukan kerana beliau telah dijemput untuk memberi penerangan tentang GST, satu sistem cukai yang membebankan pelbagai lapisan rakyat termasuk mahasiswa. Mengapa perlu halang pelajar-pelajar ini daripada mendengar penjelasan sebenar tentang cukai tersebut?

UIA sebagai sebuah IPT sepatutnya lebih terbuka dan menggalakkan perkongsian ilmu dikalangan pelajar. Tetapi kebelakangan ini universiti "Islam" dan "antarabangsa" tersebut semakin tertutup, tidak bersesuaian dengan namanya dan ini akan memberi kesan yang negatif kepada pelajar-pelajar.

Saya amat terkilan dengan UIA yang pengurusannya sudah semakin ke belakang. Dahulu saya sendiri telah berucap dalam kapasiti sebagai ahli politik Pakatan Rakyat di universiti itu bersama Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin serta Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir, namun sekarang mereka jelas semakin regresif.

Oleh itu, saya menyarankan UIA agar mengembalikan hak pelajar untuk menerima ilmu secara terbuka seperti yang digalakkan di dalam Islam dan menegakkan kembali nama UIA sebagai universiti Islam antarabangsa.

NIK NAZMI NIK AHMAD
EXCO PENDIDIKAN, 
PEMBANGUNAN MODAL INSAN, SAINS, 
TEKNOLOGI DAN UNIVERSITI SELANGOR





------------------

IBU PENYAMUN

Posted: 14 May 2015 01:12 AM PDT












'Rosmah ibu kepada 28 juta rakyat Malaysia' ~ pemimpin Umno. ♫ Ibu..ibu..Engkaulah ratu hatiku♫





KAH KAH KAH

kah kah  kah
kah kah kah

PADAN MUKA

--------------

SATU JEMPUTAN SABTU INI

Posted: 13 May 2015 11:30 PM PDT





JEMPUTAN
Sambutan Perayaan Kebebasan Media 
Sabtu 16 Mei2015 -  dari jam 2:00 petang hingga 10.00 malam
Lokasi Malaysiakini,i Petaling Jaya, Malaysia 




Sambutan Perayaan Kebebasan Media 
Sabtu 16 Mei2015 -  dari jam 2:00 petang hingga 10.00 malam
Lokasi Malaysiakini,i Petaling Jaya, Malaysia 




---------------

BAHASA MELAYU DALAM PARLIMEN

Posted: 13 May 2015 10:14 PM PDT




Tidak perlu takut wajib lulus BM jika fasih, 

kata Zahid Hamidi

Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi berkata cadangan supaya wakil rakyat menguasai bahasa Melayu tidak perlu ditakuti kerana sudah menjadi kebiasaan di mana-mana negara agar ahli politiknya menguasai bahasa ibunda.

 - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tidak-perlu-takut-wajib-lulus-bm-jika-fasih-kata-zahid-hamidi#sthash.5lJOjXby.dpuf

PARA YB YANG FASIH BAHASA

tan seng giaw
sivarasa
tony pua
chin tong
kalimuthu
teresa kok







Image result for datuk seri azeez rahim
Image result for teresa kok

para yang berhormat ini wajib dijadikan contoh kerana keupayan mereka menggunakan bahasa melayu
dengan baik dalan parlimen walau pun di rumah mereka menggunakan bahasa cina atau saperti kalimuthu menggunakan bahasa tamil.

---------------

LAGI SERANG DALAM KELAMBU

Posted: 13 May 2015 09:57 PM PDT






FACE BOOK



DATO AHMAD SAID SERANG KERAJAAN BN, DEDAH ASAL 1MDB IALAH TERENGGANU INVESTMENT AUHTHORITY (TIA) TETAPI TARIK DIRI KERANA PM MAHU CAGARKAN HASIL MINYAK DAN GAS DI TERENGGANU MENYEBABKAN DIA DIGUGUR DARIPADA JADI MB
Dewan hari ini dikejutkan dengan pendedahan-demi pendedahan oleh mantan Menteri Besar Terengganu Ahmad Said ketika menyampaikan ucapan menjunjung kasih titah Ucapan PerasmianTuanku Sultan Terengganu. Paling mengejutkan ialah pendedahan beliau berkaitan cubaan pihak yang ingin mencagarkan hasil gas dan minyak Terengganu dan akhirnya dibatalkan atas bantahan pihaknya dan menyebabkan dia "diturunkan" dari jawatannya.
Beliau menyentuh perkara itu ketika menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh Wakil Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkenaan kaitan 1MDB dengan kerajaan negeri Terengganu. Wakil Kijal itu menjelaskan beliau akan mendedahkan dengan lebih banyak lagi pada masa akan datang tetapi buat masa ini, beliau hanya akan mendedahkan sebahagian sahaja sambil mengakui kebenaran kaitan kerajaan negeri dan 1MDB yang dibangkitkan itu.
Tambah beliau lagi 1MDB pada asalnya ialah Terengganu Investment Authority (TIA) tetapi menarik diri apabila terjadi permasalahan yang tidak dapat beliau terima, iaitu cubaan mencagar hasil minyak dan gas di perairan Terengganu. "Saya memohon maaf, buat masa ni saya tidak dapat menjawabnya, tapi saya tunggu masa yang sesuai. Dan saya akui, betul, 1MDB asalnya TIA, Terengganu Investment Authority bukan Agency yang modalnya berbayar dan saya dan kerajaan negeri yang bayar.
Tetapi apabila kita dapati "hanky panky" (perkara tidak betul), ada permasalahan yang tak boleh kita terima, termasuk saya boleh sebut di sini buat permulaan ini dulu, mereka nak cagar minyak dan gas di laut Terengganu ketika itu. Inilah satu sebab kenapa saya dimarah oleh Perdana Menteri, termasuk kes-kes yang lain, akhirnya kita menarik diri dan kerajaan negeri tidak rugi apa-apa, saya minta balik wang satu juta sebagai modal berbayar ketika itu.
"Ini sebagai penjelasan permulaan, tidak ada yang tidak benar, melainkan yang benar belaka Yang DiPertua," jelas beliau dengan panjang lebar yang mendapat tepukan dari wakil pembangkang.
Semenjak diturunkan dari jawatan Menteri Besar semenjak setahun yang lalu, inilah kali pertama Dato' Ahmad Said bangun menyertai perbahasan, namun kesempatan itu, beliau memilih menyerang kerajaan dengan pendedahannya itu.
Sidang DUN Terengganu bagi Penggal Ketiga dijadulkan berlangsung selama tiga hari bermula Selasa 12 Mei sehingga Khamis 14 Mei.



KAH KAH KAH

woit
lagi serangan dari dalam
tembak dalam kelambu
wajib tangkap
wajib dakwa

TANGKAP

-----------------

SIAPA LEMBAGA HITAM ITU?

Posted: 13 May 2015 09:45 PM PDT





EEEEEE
Wakakakakakakakakaka.. Memang EEEEEEEEEEEEEEEEEeeeeeeeeeee.. on SIAPA LEMBAGA HITAM ITU?
Johan
on 5/13/15
SIAPA SUNAT DULU
Sapa masuk jawi dulu ni...kalimuthu atau padiyappa? on SIAPA LEMBAGA HITAM ITU?
ZY Armada
on 5/13/15


NAK MENIPU
....for the seat of Baling in the state of Kedah. (ayat di bahagian ini telah dipadamkan ???) He passed Sijil Pelajaran Malaysia... tak habis2 nak menipu. hang ni islam boleh halal ka pegang jawatan dengan menipu ni? orang2 baling yang angkat musibat ni otak letak di lutut ke? on SIAPA LEMBAGA HITAM ITU?
Anonymous
on 5/13/15
KAKI BELIT
Yg d maksudkan oleh tt adalah seekoq lembaga hitam kaki belit...ulaq senduk pandai panggung kepala belit2 x berapa pandai..tp lembaga hitam ni pakar panggung cium tangan bau karipap dan pakar belit..kahx7 on SIAPA TAHU ?
pyang
on 5/13/15
WIKI KENA EDIT
TT, dalam wiki dah kena edit. Nama tu dah hilang...kih..kih..kih.. on SIAPA LEMBAGA HITAM ITU?
tukar najib
on 5/13/15
LEMBAGA ITU
Dato' Sri Abdul Azeez Abdul Rahim (born 19 November 1966) is the Member of the Parliament of Malaysia for the seat of Baling in the state of Kedah. His real name is Kalimuthu a/l Paddiyappa. He passed Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) with grade 2. He sits in Parliament as a member of the United Malays National Organisation (UMNO) in Malaysia's ruling Barisan Nasional coalition. on SIAPA JANTAN ITU
Anonymous
on 5/13/15
CUREEEEE
jantan cureee duit tabong hajeeee.............. kah kah kah on SIAPA JANTAN ITU
Anonymous
on 5/13/15
HAJEEEEEE
lembaga hitam tabung hajeeeeeee........ kah kah kah.......... on SIAPA TAHU ?
Anonymous
on 5/13/15
SIRUL
SIRUL Tun Mahathir LAST Bullet !!!! on SIAPA JANTAN ITU
Anonymous
on 5/13/15
CUCU KUTTY
mulai saat ini aku tak panggil dah azeez rahim...panggil kalimuthu a/l padiyappa... klu cucu iskandar kutty ada... anak lelaki padiyappa pun ada on SIAPA TAHU ?
Anonymous
on 5/13/15


 LEMBAGA HITAM
Itu Budak KHORDHING-GHELL ke ??? Dia Lembaga HITAM sedara kan.... Padan lah Kaya Ber Gaya Duit RAKYAT on SIAPA TAHU ?
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 5/13/15

EEEEE
Eeeee kat th tu... on SIAPA TAHU ?
Anonymous




------------------

SERANGAN DARI DALAM

Posted: 13 May 2015 09:15 PM PDT






TANGKAP & DAKWA


KOMENTAR
suara tidak puas hati 
suara menentang najib
dari pimpinan parti mula didengar
ini maknanya hari hari akhir 
untuk najib rosmah makin dekat

ahli parti ketuanan melayu
hanya mahu najib undur
ini TIDAK memadai
najib rosmah wajib
ditangkap dan didakwa


Pemimpin Umno gesa 1MDB jangan 

membisu isu tuntutan hutang RM3.4 bilion

1Malaysia Development Berhad (1MDB) terus menerima tekanan berhubung kedudukan kewangannya apabila Ahli Parlimen Kepala Batas, Reezal Merican Naina Merican (gambar) menggesa pengurusan syarikat itu menjawab segera laporan media ia perlu segera membayar balik AS$975 juta (RM3.52 bilion) kepada 6 bank. 

"Saya menggesa pengurusan 1MDB menjawab dahulu isu yang dilaporkan oleh pihak media ini.
"Tempoh mutakhir ini bukan waktunya untuk 1MDB berdiam diri dan membisu.
"Tidak ada istilah 'elegant silence' dalam isu seperti ini," kata Reezal dalam kenyataannya.
Akhbar Business Times dari Singapura hari ini melaporkan 6 bank diketuai Deutsche Ban kini menuntut 1MDB menjelaskan hutang RM3.52 bilion, 4 bulan sebelum tarikh akhir penyelesaiannya.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemimpin-umno-gesa-1mdb-jangan-membisu-isu-tuntutan-hutang-rm3.4-bilion#sthash.QyFi6xJr.dpuf

KAH KAH KAH

woit
ini berita baik
perang dah merebak
ini tanda tekanan
datang dari dalam
6 bank minta duit hutang
tapi duit dah abis
beli kondo
buat kenduri
ekonomi negara bahaya
hutang bawa bencana
negara akan lingkup 

TANGKAP DAKWA



------------

TANGKAP DAKWA

Posted: 13 May 2015 08:53 PM PDT






DAKWA

mahathir muhamad
kadir jasin
zam zainuddin
&
 kumpulan anti-najib
mahu najib rosmah undur

ini TIDAK cukup

orang ramai
anak muda
#Kita Lawan
najib rosmah wajib didakwa
atas jenayah yang telah dilakukan



------------

JANGAN ALIH ISU

Posted: 13 May 2015 08:25 PM PDT





KOMENTAR
kes najib:
1 - siapa arah sirul bunuh altantuya?
2 - rasuah scorpene
3 - kes 1MDB
tiga kes ini wajib diselesiakan
sebelum najib rosmah undur dari putrajaya

orang ramai TIDAK mahu melihat
najib diundurkan tanpa kes kes ini
lenyap tanpa diselesaikan

NOTA
makhmah sivil TIDAK 
menerima sumpah sumpit



GST: Jangan musnah kemajuan negara

kerana tidak puas hati, kata Tengku Adnan

Kerajaan sentiasa terbuka untuk mendengar dan menerima kritikan rakyat bagi memperbaiki sebarang kelemahan yang wujud dalam pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Menteri Wilayah Persekutuan  Tengku Adnan Tengku Mansor berkata kerajaan sedar implikasi dan kerisauan rakyat sejurus pelaksanaan cukai itu bermula pada 1 April lepas.
"...tetapi kita juga minta masyarakat supaya menggunakan budi bicara bagi mengelak daripada dipergunakan sebilangan peniaga yang rakus dan sengaja menggunakan GST sebagai alasan menaikkan harga barang bagi menunjukkan kerajaan sengaja ingin menyusahkan rakyat.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/gst-jangan-musnah-kemajuan-negara-kerana-tidak-puas-hati-kata-tengku-adnan#sthash.6MxxMKZp.dpuf

KAH KAH KAH

ya ampon tengku fraud
kami hanya nak
najib rosmah undur
sebelum undur
wajib di dakwa
gst roti intipati tt
dah tak penting
rakyat nak najib rosmah
ditangkap segera
itu saja rakyat nak

JANGAN PUTAR 


------------------

TOLONG JANGAN HINA

Posted: 13 May 2015 07:49 PM PDT







Ahmad tak kisah dihina seperti 'tahi babi'5:56PM May 13
Dengan selamba, Ahmad mengaku dirinya "individu yang paling dibenci di Malaysia".


KAH KAH KAH

woit
hormat sikit
sopan sikit
jangan samakan
ahmad maslan
dengan tahi babi

samakan ahmad maslan
dengan hasan malek ok
jangan hina tahi babi

APA PUNYA 3.85

---------------

Tiada ulasan: