DIALOG RAKYAT |
- Isu Topup GST : Cukai Jualan Topup 6% Terhadap Telco Maxis, U Mobie, Maxis, Digi, Celcom Mansuh Tapi Rakyat Malaysia Tetap Kena GST 6% (Panggilan dan SMS)?
- 1MDB, TH, EPF, KWAP, PNB- Transaksi Bisnes dan Regulatory Capture.
- Bajet 2015 bakal terjejas kerana 1MDB?
- 'Pointer’ Geng Eva rupanya warga Indonesia
- Sasterawan Rahimidin Zahari meninggal dunia
- Dr M pulang, sejarah 2008 berulang?
- Kejadian culik di Sandakan, polis tak tolak militan terlibat
- Pasangan Seks Balkoni Lakukan Kelucahan Melampau - Peguam
- Lindsay Lohan Bakal Memeluk Islam?
- Lori Tangki LGP Meletup, Pekerja Asing Maut
- Malindo Air Tawar Layari Web Tanpa Had Dalam Pesawat
- Pas keluar PR jika kumpulan liberal kalah
- Lim Kit Siang silap langkah-Haron Din
- Jawatan Ketua Pembangkang: DAP tidak berguna
- Keselamatan UIA biadab, kata PKR
- 'G10' Perak protes, laluan mudah menantu Hadi
- Berilah peluang pada Najib, kata Haron Din
- Hidup mewah pegawai menteri jadi perhatian
- Awas BN, loceng amaran sudah berbunyi!
- Kisah Kak Ram dan gerai usang bumbung terangkat
- Ahmad Awang akan cabar Hadi sebagai presiden PAS
- Tuntutan 6 bank terhadap 1MDB serlah urus niaga Abu Dhabi yang meragukan
- Saya hanya dibenar berucap 10 minit di UIA, kata Rafizi
- Majlis pelajar UIA kesal rektor mungkir janji sekat forum GST
- 'Dun hangat isu GST, Tun M bukannya isu negeri'
Posted: 14 May 2015 08:54 AM PDT Isu Topup GST : Cukai Jualan Topup 6% Terhadap Telco Maxis, U Mobie, Maxis, Digi, Celcom Mansuh Tapi Rakyat Malaysia Tetap Kena GST 6% (Panggilan dan SMS)? : Isu Topup GST pun mengambil masa yang lama untuk diselesaikan demi rakyat. Persoalannya sekarang menteri sedang bela siapa? Rakyat Malaysia atau taikun telekomunikasi Malaysia? INI Satu Lagi Isu : Semakan Pakej Harga Broadband di Malaysia Streamyx, Celcom, Digi, Umobile, Maxis. Menteri kata, 14% dan 57% Lebih Murah Daripada Harga Semasa! Sehingga bertukar orang untuk diselesaikan. Selepas lebih sebulan rakyat marhaen menunggu apa yang menteri mampu perjuangkan untuk rakyat marhaen di bawah disebalik isu topup GST, akhirnya hasilnya seperti di bawah ini :
Isu Topup GST : Telco Vs Rakyat Malaysia? Siapa Yang Untung?
Diharapkan menteri tampil membeli nasib rakyat, rupanya akhirnya terus tunduk kepada taikun telkomunikasi negara. Perkara seperti isu topup GST (kad prabayar) ini pun berbulan-bulan untuk diselesaikan yang hanya melibatkan beberapa syarikat telekomunikasi sahaja. Itu pun masih lagi mencanang harga barang lain tidak naik harga, malah ada yang turun kata menteri disebalik pelaksanaan cukai GST yang melibatkan ribuan syarikat dan juga melibatkan berlapis-lapis peniaga sebelum sampai ke pengguna seperti anda di sini. Kata menteri seperti laporan berita yang Berita Semasa lampirkan di bawah ini, Walaupun lebih kos dikenakan, faedahnya akan dikembalikan kepada rakyat melalui penambahbaikan kualiti perkhidmatan telekomunikasi. Berita Semasa hanya mampu tersenyum membacanya. P/S : "Apa guna murah tetapi panggilan putus tidak ada 3G tidak boleh menggunakan aplikasi WhatsApp," katanya. (Rujuk gambar di bawah). Seriously ini kenyataan daripada seorang menteri? Ermmm…. Isu Topup GST Terkini : Reaksi Orang Ramai? |
1MDB, TH, EPF, KWAP, PNB- Transaksi Bisnes dan Regulatory Capture. Posted: 14 May 2015 08:45 AM PDT sakmongkol.blogspot Ada kawan2 berkata kepada saya- mustahil salah laku berlaku dalam transaksi TH dengan 1MDB. Kenapa tanya saya? Sebab tokoh2 dalam transaksi itu mereka kenal sebagai warak dan alim dan kuat beragama. Saya jawab- tidak ada misteri pun. Sebab duit, jika ia boleh berkata kata- akan kata, ia tidak tahu dalam tangan siapa ia berada- dalam tangan orang alim atau tangan pelesit masyarakat. Duit tak kenal pak haji atau matlaon. Keinginan memiliki duit tambahan dan mudah tidak mengenal dan membeza kadhi, mufti dengan pencuri biasa. Sebagai bandingan seterusnya saya kata- lihat ustaz yang gatal yang mencabul wanita. Barang yang ada pada nya tidak pun tahu ianya melekat dan tergantung pada badan tok guru, ustaz atau setan masyarakat. Dia tahu bila lihat target, dia hendak. Budak botak tu tak ada mata dan telinga- dia bahan sondol je. Jadi, saya kata, kita jangan ambil orang at face value. Setan dan crook semua berwajah decent. Izinkan saya mebincang transaksi TH dan 1MDB dan transaksi2 1MDB dengan badan2 berkanun lain seperti KWAP atau PNB atau mana2 lah. Kerajaan Najib sudah desperate sekarang – dia akan lakukan apa sahaja untuk meyelamatkan tengkuk nya. Desperation itu membuka peluang kepada individu2 yang ada kedudukan mengambil kesempatan membalun wang. Apatah lagi mereka sedar, rasuah sudah tidak terkawal lagi apabila money has gone to number 1. Mungkin. Sebagai nota sampingan- dalam isiu 1MDB ini, kita tidak boleh berharap pada Muhyidin Yassin. Mana mungkin Malaysia akan selamat dengan tokoh berpalit lumpur ini? Di Milan bukan main berdegar degar- habis MKT semua sekali menyokong Najib. Mahukah Dr Mahathir sokong orang macam Muhyidin sebagai PM Malaysia yang akan datang? Fakta nya, Muhyidin dan semua menteri lain sama sama berada atas bridge kapal yang langgar batu karang. They were all on the bridge that caused our ship of state to run aground. Kesemua mereka tidak layak jadi PM. Saya mahu bincang isiu TH dan 1MDB melalui suatu konsep yang dinamakan regulatory capture. Dengan konsep ini kita akan faham bahawa songlap duit, kebas komisyen, berjanji akan garu belakang masing2, tumbuk rusuk semua sekali adalah kemungkinan2 yang tinggi dan sebenarnya berlaku. Saya rasa teringin melihat isiu TH dari kosep ini bila membaca pompous humility timbalan CEO tabung Haji mengeluarkan jawapan yang nampak nya suci. Semua nya syariah compliant dan bersesuaian dengan selera Tabung Haji menggalas risiko yang tinggi. Wah…. Bila membaca respons ini, entah mengapa saya teringat tokoh yang dicipta oleh Pak Sako dalam novel nya- Encik Poh Kee Mak dan encik Tong Sam Pah. Regulatory Capture. Konsep ini dimajukan oleh beberapa ahli ekonomi seperti George Stigler dan pada masa ini oleh Joseph Stiglitz. Apa dia regulatory capture? Ianya suatu bentuk rasuah yang berlaku apabila suatu ejensi, suatu syarikat sokongan kerajaan atau bisnes entity yang mempunyai dokongan politik- seperti 1MDB membuat terma2 dan peraturan serta perta rules and regulation yang menjaga kepentingan komersial dan kepentingan kewangan suatu kelompok berkepentingan.Dalam bahasa mudah mensahihkan rasuah, balun duit, komisyen, bakshish. Malah amalan ini diamalkan dalam syarikat2 besar dimana lembaga eksekutif , apabila melakukan tarsaksi yang melibatkan wang yang besar- akan write in rules and regulation yang akan menawan faedah disuatu masa hadapan atau ketika itu jua. Regulatory capture adalah suatu bentuk kegagalan tata-urus yang baik. Ia nya memberi peluang kepada pencuri dan penyamun, perasuah- alim atau tidak, baik atau matloan untuk menyapu wang sementara dilindungi oleh jawatan politik atau jawatan ekskutif. Ejensi2 , syarikat milik kerajaan atau syarikat dokongan politik, disebut sebagai "captured agencies". Apatah lagi peluang membalun wang semakin besar jika yang berurusan semua nya captured agencies. Contoh: Tahung haji dan 1MDB. 1MDB dengan KWAP. 1MDB dengan TNB. 1MDB dengan EPF, PNB, dan mana lagi si Najib Bugis berselera. Walaupun saya frust dengan sikap orang Melayu yang mengada ngada hanya apabila RM189 juta duit Tabung Haji terlibat sedangkan 1MDB yang mempunyai RM49 billion hutang dan tanggungan mereka diamkan dan tidak pedllikan, saya rasionalisasikan sikap mereka itu dalam konsep regulatory captureini. Saya yakin orang melayu biasa pun, UMNO dan bukan UMNO membenci segala bentuk salah guna kuasa, rasuah dan membalun duit rakyat. Regulatory capture berlaku bila mana sekelompok individu yang ada kuasa politik dan eksekutif mempunyai kepentingan tinggi dalam outcome sesuatu transaksi. Jadi mereka write in peraturan dan regulations dalam transaksi yang dilakukan supaya imbuhan yang mereka mahukan akan dinikmati setelah selesai transaksi. Dan semua ini sahih disisi undang2. Sebagai contoh dari segi technicalities, perjanjian yang dilakukan oleh peguam2 jho low dan Tarik obeid semua nya legal. Ertinya, undang2 boleh digunakan untuk mensahihkan pembalunan wang. Serupa juga- dari segi teknikaliti orang macam Dato Johan timbalan CEO tabung Haji tidak melihat apa pun yang cacat- semua technicalities diikuti. Regulatory captures ditulis dalam bahasa teknikaliti yang sahih , maka mengikut pandangan Dato Johan, regulatory captures itu tentulah sahih dan syariah compliant lagi. Oleh yang demikian mereka akan menghalakan sumber dan pemikiran bagaimana merealisasikan dan menikmati kepentingan2 tersebut( biasa nya wang berjuta2) . Orang2 biasa , kerana setiap mereka mempunyai kepentingan yang kecil dalam hasil sesuatu dasar atau transaksi tidak akan mempedulikan nya. Contoh; 1MDB- kelompok individu yang ada kedudukan politik seperti Najib dan lain2 serta mereka yang mempunyai keududukan eksekutif mempunyai kepentingan besar dalam outcome apa2 yang dilakukan oleh 1MDB. Oleh yang demikian, mereka akan melakukan apa sahaja untuk menikmati hasil dari rancangan ereka. Mungkin kelompok ini termasuk lembaga pengarah atau individu tertentu dalam 1MDB serta para aktor lain seperti Jho Low, Patrick Mahney, Tarik Obeid, Li Lin Sit, Tifanny Heah dan pak arab dan mamat Meayu yang lain. Orang biasa mempunyai kepentingan yang kecil atau tidak ada lansung secara individu maka tidak peduli apa yang dilakukan oleh 1MDB. Peduli apa dengan 1MDB asal aku dapat BR1M, dapat bantuan JKM, dapat mohon tanah, dapat longkang dan jalan. Dia orang nak samun atau rompak, tidak apa. Lagi pun, kalau kerajaan lain ambil alih, serupa juga. Lagi pun Najib Bugis berhak ambil apa2 sebab dia yang mengurus negara. |
Bajet 2015 bakal terjejas kerana 1MDB? Posted: 14 May 2015 08:30 AM PDT SHAH ALAM - Rakyat bakal berdepan dengan risiko pengurangan perbelanjaan dalam belanjawan tahunan negara sehingga RM15 bilion jika 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masih gagal melunaskan hutangnya yang mencecah RM42 bilion. Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli mendakwa Bajet 2015 yang berjumlah RM273 bilion bakal mengalami penyusutan apabila Kerajaan Persekutuan menggunakan dana tersebut untuk menyelamatkan 1MDB. "Sudah tentu, sebelum ini mungkin RM273 bilion untuk rakyat, lepas ini dia kurang mungkin RM10-15 bilion jika 1MDB gagal (bayar hutang). "Jika sebahagian daripada hutang RM42 bilion itu perlu ditanggung kerajaan, maka baki hutang itu akan ditolak daripada perbelanjaan yang sepatutnya dibelanjakan kepada rakyat," katanya kepada Sinar Online, hari ini. Beliau berkata demikian mengulas kenyataan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said pada Isnin yang mendedahkan bahawa Terengganu Investment Authority (TIA) yang kini dikenali 1MDB pernah cuba mencagar hasil minyak dan gas negeri itu. [ARTIKEL BERKAITAN: 'Ini salah satu sebab PM marah saya'] [ARTIKEL BERKAITAN: TIA-1MDB tiada kaitan, tegas MB Terengganu] Mengulas lanjut, beliau juga berkata Najib sepatutnya mengambil iktibar daripada tindakan Ahmad yang menolak cadangan TIA untuk mencagarkan hasil minyak negeri itu untuk membuat pinjaman kewangan. "Salahnya apabila Najib dia tidak mengambil iktibar daripada keputusan Datuk Ahmad Said itu daripada berdepan dengan risiko itu. "Kalau negeri kecil itu pun tak mahu, apatah lagi lagi kerajaan Persekutuan yang sepatutnya tolak sebaliknya dia ambil (TIA) kemudian dijadikan dana yang besar, kemudian jadi penjamin," dakwanya. Beliau juga berkata apabila 1MDB gagal melunaskan hutangnya itu, kerajaan pusat yang menjadi penjamin akan mengheret semua sumber kewangan negara untuk menyelesaikannya. "Apabila kerajaan pusat menjamin, 1MDB hutang besar yang tidak berbayar, jadi dia mengheret keseluruhan kewangan negara termasuk dividen Petronas, Tabung Haji," katanya lagi. |
'Pointer’ Geng Eva rupanya warga Indonesia Posted: 14 May 2015 08:28 AM PDT Gambar wajah suspek yang diedarkan polis sebelum ini. KOTA BHARU - Seorang penunjuk arah Geng Eva yang aktif melakukan jenayah samun menggunakan kereta mewah yang disangkakan berbangsa Melayu, rupa-rupanya seorang lelaki warga Indonesia.Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, lelaki berkenaan bersama empat rakan jenayah lain ditahan polis dalam serbuan di Taman Shamelin Perkasa, Cheras, Kuala Lumpur, minggu lalu. Katanya, kesemua suspek ditahan sepasukan anggota dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Serdang, Selangor dengan tiga daripadanya ditahan pada 7 Mei lalu, manakala dua lagi pada keesokkannya. "Hasil tangakapan mendapati lelaki yang bertindak sebagai 'pointer' atau penunjuk arah dengan menjadikan rumah peniaga kaya sebagai sasaran rompakan tersebut bukan orang tempatan, sebaliknya berasal dari Indonesia," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen, di sini, hari ini. Menurutnya, suspek yang berusia antara 27 dan 55 tahun itu dikenakan perintah reman selama seminggu bagi membantu siastan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana rompakan bersenjata. Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Polis Kelantan mengenal pasti empat suspek ahli Geng Eva licik merompak dengan menggunakan pelbagai kenderaan mewah bagi mengaburi mata pihak berkuasa, sejak pertengahan tahun lalu. Polis memburu suspek yang berasal dari Selangor, Melaka, dan Pulau Pinang itu kerana dipercayai terbabit dengan sembilan kes jenayah samun di negeri ini dengan membabitkan kerugian lebih RM200,000. |
Sasterawan Rahimidin Zahari meninggal dunia Posted: 14 May 2015 08:22 AM PDT MALAYSIAKINI Bendahari Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena), Rahimidin Zahari meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh di Kuala Lumpur petang tadi. Pengerusi Pena Dr Mohamad Saleeh Rahamad berkata Allahyarham meninggal kira-kira 3.58 petang setelah koma beberapa hari selepas menjalani pembedahan pendarahan otak akibat penyakit darah tinggi. "Jenazahnya akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Kota Baharu, Kelantan dan dijangka dikebumikan esok," katanya kepada Bernama. Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) with Rahimidin Zahari Book Shop · 33,793 Likes · 6 hrs · Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Rahimidin Zahari yang telah kembali ke rahmatullah jam 4.00 petang tadi. Semoga ruh beliau dicucuri rahmat Allah SWT. Al-Fatihah. Rahimidin Zahari adalah penulis dan penyair prolifik yang telah menerbitkan 11 buku melalui ITBM. 105 Likes · 17 Comments · 40 Shares Penerima Anugerah Penghargaan Majlis Sastera Asia Tenggara (Mastera) 2013 ini meninggalkan isteri Rosliza Zakaria, 47, serta empat orang anak berusia antara sembilan hingga 20 tahun.- Bernama |
Dr M pulang, sejarah 2008 berulang? Posted: 14 May 2015 08:18 AM PDT MALAYSIAKINI Di tengah-tengah kontroversi penggunaan wang Tabung Haji untuk pembelian tanah projek 1MDB, pengkritik utamanya Tun Dr Mahathir Mohamad terbang ke Mekah untuk menunaikan umrah. Bekas perdana menteri itu, yang menjadikan 1MDB senjata utama mengasak Datuk Seri Najib Razak, dijadual pulang esok bersama isterinya Tun Dr Siti Hasmah Ali. Bagaimanapun kepulangannya dari tanah suci bukan kepulangan biasa kali ini. SMS mengajak orang ramai berkumpul di Terminal Subang Skypark bagi menyambut pasangan itu telah beredar. "Jom sambut negarawan terbilang Tun Mahathir yang kembali dari Mekah bersama Tun Dr Siti ibu mithali negara pada 15 Mei Jumaat, jam 12.30pm di Subang Skypark Terminal. "Tun M adalah insan mulia yang terlalu banyak jasa pada negara. "Dihina, dikeji dan dikutuk namun Tun M meneruskan misi perjuangan yang belum selesai. Rakyat marhaen bersama Tun walaupun tidak diberi BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia). Ayuh kita ke Subang Skypark," menurut SMS itu. Berucap gaya jalanan Perhimpunan itu dilihat bertujuan memperlihatkan sokongan kepada Mahathir, selepas beliau sebelum ini mendakwa terdapat peserta dalam perhimpunan menyokong Najib diupah. Malah, dakwanya, Najib percaya bahawa wang tunai adalah raja dan justeru diperkenalkan BR1M. Perhimpunan esok jika menjadi kenyataan mengingatkan kepada peristiwa tujuh tahun lalu, pada 2008 apabila Mahahir melancarkan serangan pada perdana menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi. Kelihatan hampir sama langkahnya, Mahathir ketika pulang ke lapangan terbang Subang daripada Jepun disambut meriah penyokongnya. Di situ beliau tampil dan berucap dengan gaya jalanan menggunakan pembesar suara daripada dalam kenderaan MPV yang bumbungnya dibuka. Mahathir pun menggelar Abdullah pengkhianat. Tetapi berbeza dengan Abdullah, Najib daripada awal berkata beliau tidak akan tunduk pada tekanan untuk meletakkan jawatan. Mahathir pulang 15 Mei. Pada 16 Mei adakah pendirian Najib itu akan kekal? Semuanya masih tanda-tanya. |
Kejadian culik di Sandakan, polis tak tolak militan terlibat Posted: 14 May 2015 08:13 AM PDT MALAYSIAKINI Seorang pemilik restoran dan seorang pelanggan diculik oleh lelaki bersenjata yang menyerbu restoran tepi pantai itu di Sandakan pada kira-kira jam 8 malam ini. Mengesahkan kejadian itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Khalid Abu Bakar berkata, polis sedang menyiasat perkara itu. "Polis sedang menyiasat tetapi tidak menolak kemungkinan militan yang terlibat," katanya kepada Malaysiakini. Pihak berkuasa melancarkan gerakan memburu dan mengetatkan kawalan di perairan sekitarnya. Menurut The Star Online, lelaki bersenjata itu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Abu Sayyaf, membawa rifel automatik dan dengan peluru diikat di badannya manakala seorang lagi membawa pistol, ketika mereka menyerbu restoran itu sekitar jam 8 malam. Kejadian selama seminit itu menyebabkan para pelanggan bertempiaran lari, pemilik restoran Chung Yan Tsim dipetik sebagai berkata. "Mereka melarikan diri dalam bot. Tak pakai topeng dan tak ada tembakan," kata Chung. Pengurus restoran yang diculik dalam kejadian itu adalah ipar Chung. Julai lalu, lelaki bersenjata membunuh anggota polis dan menculik seorang wanita dari pusat peranginan Mabul, juga di timur Sabah. |
Pasangan Seks Balkoni Lakukan Kelucahan Melampau - Peguam Posted: 14 May 2015 08:08 AM PDT Peguam Sreekant Pillai berkata, sebarang dakwaan akan dibuat di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan. Di bawah Seksyen 377D, adalah menjadi satu kesalahan jika seorang itu melakukan, membantu atau menyebab dilakukan, atau mencuba melakukan, satu perbuatan kelucahan melampau (gross indency) dengan orang lain. Perbuatan ini boleh dilakukan sama ada di tempat awam atau di tempat yang tersembunyi (in public or in private). Jika sabit kesalahan, perbuatan sedemikian boleh dihukum penjara tidak melebihi dua tahun. "Aksi mereka direkodkan dan menjadi viral di laman sosial," katanya kepada The Star Online. Laporan dan video pasangan yang tidak dikenali melakukan hubungan seks di siang hari di balkoni sebuah unit kondominium di Bangsar South dikongsi di rangkaian media sosial sejak Selasa lalu. Aksi selama 30 minit mereka itu dirakamkan oleh penyewa dari unit lain kawasan kejiranan berkenaan. Polis mengesahkan bahawa perkara itu disiasat dan mereka sedang mengumpul bukti untuk tindakan lanjut. |
Lindsay Lohan Bakal Memeluk Islam? Posted: 14 May 2015 08:03 AM PDT RAKYATNEWS Pelakon Hollywood, Lindsay Lohan dikatakan sedang mendalami agama Islam gara-gara foto terbarunya yang sedang memegang senaskhah al-Quran di Brooklyn, New York baru-baru ini. Beliau yang merupakan penganut agama Katolik dilaporkan telah dirakamkan ketika aktiviti di salah sebuah pusat rekreasi kanak-kanak. Malah laporan Daily Mail dipetik sebagai berkata, tindakan aktress kontroversi itu bukan pertama kali dilihat setelah Lindsay pernah dikhabarkan menghadiri kelas Kabbalah sekitar tahun 2012. Sebelum ini, penyanyi itu turut menimbulkan pertanyaan di kalangan peminatnya kerana sering memuat naik gambar cenderung ke arah Islam di laman Instagramnya. Beliau bagaimanapun telah memadamkan semula gambar tersebut. |
Lori Tangki LGP Meletup, Pekerja Asing Maut Posted: 14 May 2015 08:00 AM PDT RAKYATNEWS KLANG - Seorang pekerja asing dilaporkan terbunuh manakala seorang warga India melecur teruk apabila sebuah lori tangki LPG yang diletakkan di sebuah kilang di Jalan Kapar, d sini meletup. jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang berkata, warga Bangladesh itu dikenal pasti sebagai Joj-miah, 32 tahun, manakala warga India dikenali sebagai Tage, 32 tahun. "Joj-miah sedang melakukan kerja kimpalan ketika kejadian itu. "Dia maut selepas terjatuh dari bahagian atas tangki dipercayai akibat letupan itu, manakala rakannya melecur hampir 40 peratus," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah. |
Malindo Air Tawar Layari Web Tanpa Had Dalam Pesawat Posted: 14 May 2015 07:58 AM PDT RAKYATNEWS KUALA LUMPUR - Malindo Air akan menawarkan perkhidmatan melayari web menyeluruh tanpa had bermula 18 Mei dalam pesawat Boeing 737-900ER. Syarikat penerbangan hibrid itu memilih Panasonic Avionics dan Aeromobile bagi komunikasi dalam penerbangan dan secara rasmi menjadi syarikat penerbangan pertama di rantau ini menawarkan perkhidmatan melayari web menyeluruh tanpa had, yang dinamakan Malindo WiFi dan Malindo Mobile. "Malindo Air akan mula menawarkan sambungan jalur lebar dalam penerbangan eXConnect Panasonic dan perkhidmatan telefon mudah alih eXPhone yang dikuasakan oleh Aeromobile. Syarikat akan menawarkan perkhidmatan itu kepada pengguna tanpa mengehadkan jumlah penggunaan atau laman web," kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan. Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air Chandran Rama Muthy berkata perkhidmatan baharu itu yang akan menggunakan teknologi terkini Panasonic dan Aeromobile dalam sambungan dalam penerbangan, adalah bukti komitmen syarikat penerbangan itu untuk memantapkan produk dan perkhidmatannya sejajar dengan pelan pengembangan di Asia. Dengan perkhidmatan telefon mudah alih global eXPhone yang dikuasakan Aeromobile, penumpang boleh menggunakan suara, data, Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dan hak perkhidmatan pelayaran daripada peranti mudah alih mereka menggunakan rangkaian selular dalam penerbangan. Perkhidmatan eXConnect Panasonic membolehkan penumpang mengakses sambungan jalur lebar Wi-Fi bagi melayari web, menghantar dan menerima emel, kekal berhubung dengan media sosial dan mendapatkan berita dan banyak lagi apabila mereka berada pada paras ketinggian 30,000 kaki (9,144 meter). |
Pas keluar PR jika kumpulan liberal kalah Posted: 14 May 2015 07:56 AM PDT Pas akan menjadi ekstremis dan mengubah senario politik negara menjadikan UMNO/BN terus kekal berkuasa PETALING JAYA: Pas akan 'berwajah baru' dan lebih ekstremis sekiranya calon yang dilabelkan golongan liberal kalah dalam pemilihan parti pada Jun ini. Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Khalid Samad berkata, Pas berwajah baru itu akan lebih mirip kepada Ikatan Muslimin Malaysia atau ISMA yang ekstremis. Katanya, jika kekalahan itu berlaku, Pas akan keluar dari Pakatan Rakyat dan senario politik negara ini akan berubah. "UMNO/BN yang ketika ini bagaikan telur di hujung tanduk, akan mendapat talian hayat yang baru. Ini kerana ketiadaan saff (barisan) yang bersatu untuk menentangnya. "Hasil usaha yang bersikap 'ekstrimis', UMNO/BN akan kekal berkuasa. Sedangkan ia lebih sukar untuk Pas berkembang di bawah BN kerana disekat dari setiap pelusuk dan yang berlaku sebaliknya di bawah PR," kata Khalid dalam blognya, khalidsamad.com Atas sebab itu, Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, golongan yang dilabel liberal mahu mempertahankan Pas bukan kerana janji kepada PKR atau DAP tetapi untuk memperkukuhkan Pas melalui PR yang diperkukuhkan. |
Lim Kit Siang silap langkah-Haron Din Posted: 14 May 2015 07:52 AM PDT Pas Kota Bahru tidak sensitif apabila mengundang bukan Islam untuk memberi penjelasan tentang hudud sekaligus bersekongkol dengan penentang hudud. PETALING JAYA : Penasihat DAP, Lim Kit Siang tersilap langkah apabila memberi penjelasan tentang hudud dalam ceramah di Kota Bahru pada Ahad lalu. Musyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din berkata, Kit Siang sebagai bukan Islam sepatutnya mendengar penjelasan tentang hudud bukannya memberi penjelasan. Bagaimanapun, katanya, ceramah 'anti hudud' anjuran Pas Kota Bharu itu telahpun berlaku dan beliau mengesyorkan supaya ahli Pas yang lain mengambil iktibar daripada perkara tersebut jika mahu Islam dihormati. "Musuh-musuh sentiasa akan mencari ruang untuk menyebut perkara-perkara negatif tentang Islam. "Kalau kita ingin lihat Islam dihormati maka kita yang memberikan penjelasan dan tidak boleh musuh Islam campur tangan dalam perkara besar," katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today pada Khamis. Haron turut mengingatkan ahli Pas supaya berpegang teguh kepada prinsip utama yang diperjuangan Pas iaitu memartabatkan syiar Islam. "Semua ahli Pas perlu berhati-hati dengan pihak yang tidak selari dengan perjuangan Pas terutama yang menentang hudud," katanya. Haron juga menyelar Pas Kota Bharu yang tidak sensitif dengan mengundang Kit Siang untuk bercakap berkenaan hudud sekaligus bersekongkol dengan penentang hudud. Ditanya adakan tindakan akan dikenakan terhadap Pas Kota Bahru, Haron berkata, "Kita ada badan yang menguruskan tatatertib iaitu Lajnah Tatatertib. Bergantung kepada mereka melihat sejauh mana perkara ini memudaratkan Pas dan ahli. "Jika mereka melihat perkara ini (ibarat) mengunting dalam lipatan atau menikam dari belakang, maka mereka sepatutnya menanganinya secara bijaksana," katanya. Selain Kit Siang, ceramah di Padang Perdana, Kota Bahru itu turut disertai Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli. |
Jawatan Ketua Pembangkang: DAP tidak berguna Posted: 14 May 2015 07:47 AM PDT Pengerusi MCA Gelang Patah berkata DAP bukan sahaja gagal menghalang Pas daripada terus melaksanakan undang-undang hudud tetapi sanggup menyerahkan jawatan Ketua Pembangkang. PETALING JAYA: Keputusan DAP memberi jawatan Ketua Pembangkang kepada Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail diselar. Pengerusi MCA Gelang Patah, Jason Teoh Sew Teoh Sew Hock menyifatkan parti itu sebagai tidak berguna. Katanya, DAP bukan sahaja gagal menghalang Pas daripada terus melaksanakan undang-undang hudud tetapi sanggup menyerahkan jawatan itu. "DAP mungkin sudah lupa bahawa mereka mempunyai jumlah kerusi Parlimen tertinggi iaitu sebanyak 37 berbanding PKR 29 dan Pas 21 di Dewan Rakyat. "Malah Penasihat mereka Lim Kit Siang merupakan individu paling lama dalam kalangan ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan beliau juga pernah menjadi ketua pembangkang sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis. Dia yang juga Ketua Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA Persekutuan itu turut berkata, dengan penyerahan kerusi kepada PKR bukti parti itu menunjukkannya tidak lagi dihormati dalam Pakatan Rakyat (PR). Katanya, bagi mengembalikan semula maruah, DAP sepatutnya bekerjasama dengan PKR mengutuk tindakan Pas yang akan membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian Hudud di Parlimen. |
Keselamatan UIA biadab, kata PKR Posted: 14 May 2015 01:25 AM PDT MALAYSIAKINI PKR mengecam keras cara Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) memberhentikan program melibatkan setiausaha agungnya Rafizi Ramli dengan cara kasar. Naib presiden parti itu Shamsul Iskandar Mohd Akin (bawah) menyifatkan langkah pihak keselamatan merampas mikrofon ketika Rafizi sedang berucap sebuah tindakan "biadab". "Atas kapasiti (gelaran) 'Taman Ilmu dan Budi', adalah menjengkelkan bagi UIA untuk menghentikan program dengan cara biadab sedemikian, apatah lagi ini jelas menunjukkan kelemahan UIA dalam mengangkat budaya intelektual di kalangan mahasiswa," katanya. Semalam berlaku pergelutan kecil berlaku di kampus itu selepas pihak keselamatan merampas mikrofon daripada Rafizi ketika beliau sedang berucap berkaitan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Sebahagian mahasiswa tidak berpuas hati dengan tindakan itu dan mengebu pegawai keselamatan sebelum berlaku insiden tolak menolak. Dalam kenyataan hari ini, Shamsul berkata program itu yang didakwa dipersetujui pengurusan tertinggi UIA pada awalnya dibatalkan dengan "penuh keji". Rekod donat Ia juga, kata bekas pemimpin pelajar dan alumni kampus itu lagi, memperlihatkan lemahnya profesionalisme unit keselamatan UIA dalam mengendalikan perkara tersebut. Malah, ungkitnya lagi, perkara itu bukan pertama kali berlaku dan pernah menimpa ketua Pemuda PKR yang juga exco pendidikan Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad. "Malah beberapa tahun lalu, saya sendiri pernah diusir keluar dan tidak dibenarkan solat Jumaat di masjid UIA atas sangkaan bahawa saya akan turut berdemonstrasi bersama para penuntut universiti," katanya. "Apalah guna jika UIA gah di mata dunia dengan rekod logo terbesar dengan 19, 300 donut, tetapi lemah di mata umum kerana gagal mengislamisasikan pengurusannya dengan menjunjung budaya musyawarah dan kebebasan akademik," sindirnya. Shamsul bekas presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa UIA pada tahun 1996 dan 1997 PKR menuntut Rektor UIA Dr Zaleha Kamaruddin tampil membuat penjelasan. |
'G10' Perak protes, laluan mudah menantu Hadi Posted: 14 May 2015 01:16 AM PDT MALAYSIAKINI Sekumpulan pemimpin Pemuda PAS Perak menarik diri bertanding dalam pemilihan merebut kepimpinan dewan itu di peringkat negeri. Calon ketua Pemuda PAS Perak Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar berkata beliau dan dua lagi pesaing jawatan itu menarik diri selepas kepimpinan negeri didakwa menunjukkan sikap memihak kepada menantu presiden PAS Akmal Kamaluddin. "Kami tidak mahu berlaku kekecohan dan kami lebih sayangkan parti," kata bendahari dan anggota biro politik PAS Perak itu. Susulan penarikan diri mereka, Akmal secara tidak rasmi menang tanpa bertanding jawatan Ketua Pemuda PAS Perak. Fakhrulrazi mendakwa mempunyai bukti rakaman audio bagi menyokong dakwaan itu. Dakwanya, sekurang-kurang 10 lagi calon jawatan lain, dirujuk G10, untuk pemilihan Pemuda negeri telah mengikut jejak langkah beliau. Antara calon yang didakwa Fakhrulrazi menarik diri termasuk exco Pemuda PAS Salman Salleh, Ketua Pemuda PAS Sungai Siput Yusran Fahmi, bendahari Pemuda Perak Nazri Din dan Setiausaha PAS Pasir Salak Shamsul Alauddin. Fakhrulrazi menafikan tindakan menarik diri itu disebabkan merajuk. "Kita utamakan kepentingan parti sebagai satu penyelesaian untuk meredakan keadaan," katanya sambil berikrar akan memberi kerjasama kepada kepimpinan terbaru yang bakal dilantik. Muktamar Pemuda PAS Perak akan bersidang pada 17 Mei ini di Markaz PAS Ayer Kuning, Taiping. Tunjukkan bukti, kata pesuruhjaya Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria menafikan beliau berkempen dan memihak kepada Akmal. "Saya tidak ada rancangan untuk campur tangan. "Kalau ada bukti, tunjukkan di mana saya bercakap, di mana, apa konteksnya, kepada siapa dan dalam keadaan apa saya bercakap? "Kalau nak tuduh, semua orang boleh tuduh," katanya. |
Berilah peluang pada Najib, kata Haron Din Posted: 14 May 2015 01:14 AM PDT MALYSIAKINI Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din dan PAS Kelantan senada dengan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikekalkan berdasarkan mandat yang rakyat dalam pilihan raya. Kata Haron, Najib berjiwa besar dan perlu diberikan peluang untuk membetulkan keadaan seperti yang sudah diikrarnya kerana tiada yang manusia sempurna di dunia ini, lapor Berita Harian. "Berilah peluang kepada Najib perbetulkan apa yang perlu," Haron dilaporkan sebagai berkata. Katanya lagi, semua terpulang kepada Umno dan BN sama ada mahu memandang serius pandangan luar mengenai kedudukan Najib atau sekadar menutup telinga sahaja. Kelmarin, Hadi menyatakan Najib tidak perlu berundur, sebaliknya terus mengekalkan jawatannya sebagai perdana menteri walaupun berdepan dengan pelbagai tekanan. Mengenai kes 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), Haron berkata, beliau masih menunggu hasil siasatan sama ada kes itu benar-benar berlaku, atau sekadar spekulasi dan persepsi semata-mata. "Jika betul Najib melakukan kesilapan dan kecuaian dalam membuat keputusan… beliau kena bertanggungjawab. "Selagi belum ada bukti, saya mahu bersikap tunggu dan lihat. Namun jika terbukti apa yang dilakukan dalam 1MDB kerana kesilapan sendiri maka wajarlah perdana menteri membayar harga yang tinggi untuk itu," beliau dilaporkan sebagai berkata. Rais: Pandangan ala Islam ala Melayu Sementara itu, Utusan Malaysia melaporkan penasihat sosiobudaya kerajaan Tan Sri Dr Rais Yatim sebagai mengucapkan terima kasih kepada Hadi ekoran mengeluarkan "pandangan yang ala Islam ala Melayu" yang mahu Najib dikekalkan. Najib diasak banyak pihak dalam isu 1MDB, terutamanya oleh bekas perdana menteri 22 tahun Tun Mahathir Mohamed. "Jadi, di situ (kritikan Mahathir) barangkali sahabat lama yang baharu terasa. Haji Hadi punya komen (pertahankan Najib) itu pun relevan. "Kita harus berterima kasih kepada Haji Hadi kerana mengeluarkan pandangan yang ala Islam ala Melayu," Rais (atas) dilaporkan sebagai berkata. |
Hidup mewah pegawai menteri jadi perhatian Posted: 14 May 2015 01:11 AM PDT MALAYSIAKINI Susulan operasi besar-besaran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Sarawak, seorang pemimpin Umno bahagian mahu suruhanjaya itu menyiasat juga pembantu-pembantu kepada menteri parti itu. Enggan namanya disebut, beliau memberitahu Malaysiakini terdapat setengah setiausaha politik dan setiausaha akhbar hidup melebihi kemampuan. "Mana mereka dapat pendapatan untuk hidup mewah macam itu. Apa punca pendapatan lain mereka," katanya sambil membangkitkan soal habuan selepas menyusun pertemuan pihak tertentu dengan majikan mereka. "Mereka ada rumah besar, yang saya rasa mereka tak mampu beli dengan gaji diterima." Beliau malah menamakan beberapa pihak yang disyaki. Sumber itu juga berkata pihak itu termasuk setiausaha-setiausaha di Jabatan Perdana Menteri (JPM). "Mereka ini menghancurkan Umno," katanya lagi yang juga menuntut pengisytiharan terbuka aset kumpulan itu. Sebelum ini, SPRM pernah mendakwa Hasbie Satar, bekas setiausaha politik kepada bekas menteri kewangan kedua Mohamed Nor Yakcop, atas tuduhan pengubahan wang haram. Semalam, SPRM mengumumkan memberikan akaun RM4 juta seorang menteri muda Sarawak susulan siasatan kes rasuah bangunan kerajaan. |
Awas BN, loceng amaran sudah berbunyi! Posted: 14 May 2015 01:06 AM PDT SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Rompin di Pahang pada 5 Mei lepas, sebenarnya bukanlah suatu kejayaan yang boleh dibangga-banggakan oleh Barisan Nasional (BN), mahupun berasa berpuas hati. Pemerhati politik umumnya melihat BN hendaklah mengambil iktibar daripada kemerosotan majoriti undi yang diterima dan mendengarnya sebagai loceng amaran sebelum tsunami politik melanda. Kemenangan dalam sesuatu pilihan raya kecil memang penting dan amat signifikan kepada mana-mana parti politik termasuk BN khususnya dalam mengukur tahap sokongan. Namun apa yang lebih utama adalah tahap penerimaan rakyat secara total kepada parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang. Dalam konteks politik, rasa selesa dan berpuas hati segelintir pemimpin dan anggota BN dengan sokongan sedia ada melalui kehadiran sejumlah rakyat di kawasan ceramah atau program anjuran parti, belum boleh dijadikan ukuran sokongan dan diterjemahkan dalam bentuk undi pada pilihan raya. BN PERLU DIJENAMAKAN SEMULA Penganalisis politik berpandangan BN perlu dijenamakan semula dalam konteks pendekatannya untuk meraih tempat di hati pengundi. Persoalannya, bagaimana untuk BN dijenamakan semula? Prof Madya Mohd Izani Mohd Zain daripada Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, penjenamaan semula BN mampu membolehkan gabungan 13 komponen parti itu kekal relevan dan berdaya saing mengharungi cabaran pada masa hadapan. BN dianggotai UMNO, MIC, MCA, Gerakan, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Progresif Penduduk (PPP), Parti Demokratik Liberal (LDP), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Bersatu (Upko), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) serta Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP). Beliau berkata, penjenamaan perlu dilakukan secara segera dan menyeluruh, selain tidak hanya menumpukan kepada aspek imej dan slogan parti sahaja untuk menambat hati rakyat. "Penjenamaan daripada segi pendekatan dan corak kepimpinan yang menekankan aspek politik khidmat ini sangat penting. Di samping itu, roh perjuangan parti perlu terus diperkasakan lagi," katanya kepada Bernama. Ada juga pihak yang berpandangan kesibukan BN menangkis serangan dan manipulasi yang dilakukan pembangkang sepanjang masa, di samping kurangnya usaha untuk menjelaskan dasar yang dilaksanakan kerajaan secara terperinci adalah antara faktor berlakunya penolakan rakyat. Pensyarah Sains Politik Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Terengganu, Che Hamdan Che Mohd Razali berpandangan bahawa setiap peringkat kepimpinan BN dan parti komponen perlu merakyatkan pemimpin dan parti, dan bukan hanya berdegar-degar melaungkan slogan transformasi berbentuk kosmetik, yang boleh melumpuhkan kepercayaan rakyat. "Pemimpin perlu mengotakan apa yang dicakap dan diseru kepada rakyat. "Imej elit yang ditonjolkan sesetengah pemimpin memberikan kesan besar kepada parti. Apatah lagi dengan kemajuan teknologi maklumat, sebaran imej dan isu semasa menjadi semakin cepat dan meluas. Paling penting, pemimpin BN perlu buktikan bahawa mereka adalah kerajaan memerintah untuk semua rakyat," katanya. TAWAR POLITIK KHIDMAT Meskipun kemenangan di Rompin boleh dikatakan sebagai 'hadiah' sempena ulang tahun Umno yang ke-69 Isnin lepas, namun pengurangan majoriti sebanyak 6,219 undi dan kegagalan menawan hati pengundi Permatang Pauh, perlu dirisaukan. Apakah isyarat yang cuba ditunjukkan pengundi? Mohd Izani berkata, kehilangan majoriti yang besar di Rompin dan kegagalan di Permatang Pauh perlukan perhatian serius oleh BN yang mana majoriti di Rompin misalnya boleh mengecil pada pilihan raya umum akan datang sekiranya usaha penambahbaikan tidak dibuat khususnya dalam menguruskan isu-isu semasa. Di Permatang Pauh, katanya BN perlu memainkan peranannya sebagai pembangkang yang efisyen dan mampu meneruskan khidmat kepada pengundi di kawasan itu. "Rakyat akhirnya akan dapat membezakan layanan khidmat yang diberikan BN. BN tidak boleh menghuku m rakyat sebab tolak mereka di Permatang Pauh sebaliknya meneruskan khidmat. "BN perlu buktikan walaupun mereka pembangkang (di Pulau Pinang), namun mereka boleh menyumbang. Betulkan konsep bangkangan dalam politik Malaysia dan zahirkan bangkangan yang berfaedah," katanya. Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) BN memenangi 133 kerusi Parlimen dan 275 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) selain menjadi pembangkang di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan serta kembali menguasai Kedah yang dimenangi pembangkang pada PRU 2008. Che Hamdan berkata, apa yang berlaku pada dua PRK itu menunjukkan BN terus berada dalam mood defensif, menyebabkan jentera parti sukar memberi penjelasan isu-isu berbangkit. "Isu-isu yang menjadi bebanan kepada BN seperti Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memberikan kesan yang cukup signifikan. Akhirnya ia diterjemahkan dalam jumlah pengundian. "Ia merupakan isyarat jelas bahawa segala isu ini memberi kesan kepada taraf hidup rakyat keseluruhan dan BN dijadikan 'penyebab' bebanan mereka. Maka natijahnya, pengundi memberi isyarat bahawa sekiranya BN tidak mampu menghayati denyut nadi masyarakat bawahan, mereka bersedia untuk membuat undi protes," katanya. PEMASARAN SEMULA BN Persaingan politik antara BN dan pakatan pembangkang sebenarnya boleh diibaratkan seperti persaingan perniagaan yang banyak bergantung kepada strategi termasuk pemasaran meskipun masing-masing menawarkan produk hampir sama tetapi menggunakan nama yang berbeza. Bagaimana BN boleh 'dipasarkan' semula? Che Hamdan berkata, pemasaran politik BN memerlukan satu keikhlasan. "Ia melibatkan keikhlasan antara komponen parti dan juga antara parti dengan kumpulan sasaran masing-masing. Macam mana hendak memasarkan produk apabila ada pihak yang dilihat memberi maklumat berbeza kepada pemimpin atasan dan pada masa sama tidak merakyatkan 'produk' yang dijual. "Hasilnya, pemimpin atasan hanya mendapat sokongan yang palsu daripada penyokong sedia ada. BN juga perlu meremajakan produknya, maka pemimpin-pemimpin yang senior perlu bersedia untuk memberi ruang kepada pemimpin muda yang lebih bertenaga dan memahami pasaran semasa," katanya. - Bernama |
Kisah Kak Ram dan gerai usang bumbung terangkat Posted: 14 May 2015 01:03 AM PDT BERPENAMPILAN cukup sederhana. Malah apa dipakai sajak dengan kerja yang dilakukan sebagai seorang peniaga di gerai makanan di tepi Jalan Batu 1, Jalan Lama Port Dickson. Gerainya akan bergegar setiap kali treler lalu, bumbungnya akan terangkat jika ribut melanda, tetapi tidak mematahkan semangat pemiliknya untuk terus menjalankan perniagaan di kawasan terletak berhadapan laut. Ramah dan mudah mesra dengan orang ramai, itulah perwatakan yang ditonjolkan Ramlah Ahmad, 57, atau lebih mesra dipanggil sebagai Kak Ram dalam kalangan pelanggan kedainya. Menurut Kak Ram, jika hendak berniaga bukan sahaja perlu memastikan keenakan masakan dan menjaga kualitinya malah sikap ramah dan bertolak ansur dengan pelanggan juga harus diamalkan. "Barulah kita selesa nak berniaga dan muamalah dengan pelanggan. Sudah 21 tahun saya berniaga di sini dan sepanjang tempoh ini banyak perkara yang dilalui boleh dijadikan pengajaran dan sempadan hidup," katanya. Kak Ram yang juga seorang ibu tunggal sejak enam tahun lalu berkata, memandangkan gerainya kecil pelanggan juga tidak terlalu ramai membolehkan dia mengisi masa dengan membaca akhbar sementara menunggu pelanggan "Adat berniaga kecil-kecilan, pelanggan yang datang bukannya bertali arus. Kadang-kadang masa duduk menunggu pelanggan lagi panjang berbanding masa melayan dan menyiapkan order pelanggan. "Tapi saya tidak kisah, sebab berniaga dah jadi darah daging, kalau tak buka kedai, rasa tak selesa," katanya yang juga penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejak empat tahun lalu. Ibu kepada tiga orang anak ini berkata, dahulu dia memulakan perniagaan dengan hanya menjual pisang goreng sebelum beralih arah menjual hidangan sarapan pagi dan tengahari. "Saya tak jual pisang goreng kerana sudah berusia, tidak larat nak buat banyak kerja sebab saya bekerja seorang dan tiada pembantu. Cuma sekali-sekala anak menantu menolong. "Selepas bangun jam 5 pagi, saya masak hidangan sebelum membuka gerai dari jam 8 pagi dan 4 petang kecuali hujung minggu kerana kurang pelanggan," katanya. |
Ahmad Awang akan cabar Hadi sebagai presiden PAS Posted: 14 May 2015 12:55 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER Bekas naib presiden PAS, Ahmad Awang akan mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk jawatan presiden pada pemilihan parti itu pada Jun ini. Ahmad, 79, berkata beliau menerima pencalonan yang ditawarkan kepadanya kerana percaya parti Islam itu perlu ada perubahan kepimpinan selepas lebih sedekad di bawah Hadi. "Ini sebuah parti mengamalkan demokrasi dan kita mahu memperkasakan parti," kata Ahmad selepas menyerahkan pencalonannya di Pejabat Agung PAS di Kuala Lumpur, pagi tadi. Ini merupakan pertama kali Hadi dicabar semenjak memegang jawatan presiden selepas Datuk Fadzil Mohd Noor meninggal dunia. Katanya, beliau sedar pelbagai komen dibuat terhadapnya menerusi media sosial walaupun beliau baru saja dicalonkan. Ahmad berkata, beliau juga sedia menerima pencalonan sebagai pemeriksa kira-kira yang disifatkannya penting. "Saya bukan saja dicalonkan bagi jawatan presiden tetapi turut menerima pencalonan bagi jawatan pemeriksa kira-kira di beberapa tempat. "Jawatan itu lagi penting, jika laporan kewangan tidak diluluskan oleh pemeriksa kira-kira, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) boleh batalkan," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian. Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat Asmuni Awi baru-baru ini mengumumkan Ahmad dan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dan Ahmad layak bertanding jawatan presiden. Asmuni berkata, bagi jawatan presiden untuk Muktamar Tahunan PAS pada Jun depan, walaupun 4 pencalonan diterima, hanya Hadi, Husam dan Ahmad layak untuk bertanding. |
Tuntutan 6 bank terhadap 1MDB serlah urus niaga Abu Dhabi yang meragukan Posted: 14 May 2015 12:51 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER Langkah 6 bank luar negara diketuai Deutsche Bank menuntut penjelasan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berkenaan status cagaran yang digunakan untuk pinjaman AS$975 juta (RM3.6 bilion) mencetuskan persoalan urus niaga 1MDB dengan rakan kongsinya di Abu Dhabi. Ini kerana jumlah tersebut digunakan untuk melupuskan pilihan yang diberikan kepada International Petroleum Investment Co (Ipic) dan anak syarikatnya, Aabar Investment PJS, bagi memperolehi 49% kepentingan dalam penyenaraian aset kuasa 1MDB pada masa hadapan. Pilihan itu sebahagian daripada perjanjian antara dana pelaburan strategik itu dan Ipic yang jelas memberi kelebihan kepada Ipic, dan ia mencetuskan persoalan sama ada tindakan pihak pengurusan dan ahli lembaga pengarah menjejaskan kepentingan 1MDB. 1MDB pada 2012 mengeluarkan 2 bon berjumlah AS$3.5 bilion untuk membiayai pemerolehan aset kuasa daripada Tanjong PLC dan Genting Berhad, melibatkan anak syarikatnya, 1MDB Energy Ltd dan 1MDB Energy (Langat) Sdn Bhd. Jumlah yang diraih daripada bon itu selepas ditolak perbelanjaan dan yuran kepada Goldman Sachs dan pihak tengah lain, berdasarkan dokumen bon, adalah AS$3.1 billion. Dua bon itu dijamin secara bersama oleh 1MDB dan Ipic. Namun, jaminan Ipic dibayar pada harga yang sangat mahal kerana 1MDB setuju dengan syarat-syarat berikut: 1) Ipic akan menyimpan RM4.25 bilion, yang merupakan 38% daripada pulangan bersih RM11.16 bilion yang digunakan sebagai cagaran boleh dipulangkan semula kerana memberikan jaminan bersama itu. 2) Ipic diberikan pilihan untuk melanggan sehingga 49% penyenaraian aset kuasa itu pada masa depan. Ipic memindahkan pilihan itu kepada anak syarikatnya iaitu Aabar Investment dan ia kini dikenali sebagai opsyen Aabar. Mengapakah pengurusan dan ahli lembaga pengarah 1MDB bersetuju dengan syarat yang berat sebelah dan memberi keuntungan kepada Ipic/Aabar ini? Gaya 1MDB meminjam kelihatan "begitu mahal"kerana tidak masuk akal untuk satu-satu syarikat itu memperoleh sedikit sahaja wang daripada jumlah yang dipinjamnya. Ia ibarat meminjam wang daripada lintah darat. Jika itu tidak cukup teruk, 1MDB turut bersetuju untuk berkongsi sebarang peningkatan harga daripada 49% loji kuasa yang dibelinya menerusi opsyen Aabar. Dalam penyata kewangan tahun kewangan berakhir pada 31 Mac 2014 yang hanya difailkan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia dalam bulan November, 1MDB mendedahkan perkara berikut dalam kategori Peristiwa Penting Selepas Tempoh Kewangan Berakhir: Pertama, ia memaklumkan sejumlah AS$1.22 bilion yang ditebus dari Kepulauan Cayman digunakan untuk membiayai hutang, modal kerja dan bayaran kepada Aabar sebagai "deposit yang boleh dipulang semula" susulan persetujuan untuk melupuskan pilihan tersebut. 1MDB tidak mendedahkan jumlah deposit tersebut tetapi ia boleh dianggap sebagai satu jumlah yang juga mencecah AS$1.22 bilion. Kedua, ia memaklumkan mendapatkan satu kemudahan pinjaman penyambung berjumlah AS$250 juta untuk membiayai pemerolehan opsyen Aabar tersebut pada Mei 2014. Ketiga, ia juga mendedahkan pada 22 Mei 2014, 1MDB dan Aabar menandatangani satu perjanjian penyelesaian untuk melupuskan pilihan tersebut. Tiada perincian diberikan melainkan satu kenyataan yang nilai akhir penyelesaian bergantung kepada penilaian akhir penyenaraian awamnya. Terakhir, 1MDB mendedahkan pada 2 September 2014 Aabar menulis kepada 1MDB dan memaklumkan ia tidak berhasrat untuk menggunakan pilihan itu dan 1MDB sebagai timbal balas bersetuju "memberi pampasan kepada Aabar pada satu nilai yang dipersetujui berdasarkan syarat-syarat yang dipersetujui sebelumnya", seperti termaktub dalam perjanjian penyelesaian 22 Mei. Terma dan syarat ini tidak pernah didedahkan kepada umum. Di sebalik pendedahan ini, seperkara yang tidak didedahkan 1MDB adalah ia menerima pinjaman sebanyak AS$975 juta daripada konsortium yang diketuai Deutsche Bank pada 1 September 2014, sehari sebelum ia menerima surat daripada Aabar. Konsortium itu termasuklah Abu Dhabi Commercial Bank (ADCB), yang merupakan tempat Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy bekerja sebelum menyertai 1MDB pada Januari tahun ini. Ini menimbulkan persoalan sama ada Arul terlibat dalam menyediakan pinjaman itu kepada 1MDB dan sama ada beliau terlibat dalam urus niaga Ipic dan Aabar dengan 1MDB sewaktu masih bekerja di Abu Dhabi. Kini, peranan Arul sebagai presiden 1MDB tertakluk kepada penelitian terperinci jika terdapat unsur pertembungan kepentingan apabila mengambil kira fakta yang ADCB, Ipic dan Aabar semuanya dimiliki oleh kerajaan Abu Dhabi. Seperkara yang pasti, pinjaman sebanyak AS$975 juta ini yang perlu dibayar penuh menjelang akhir Ogos sebenarnya digunakan untuk membayar Aabar bagi melupuskan pilihan tersebut. Pinjaman ini diperoleh dengan mencagarkan akaun Brazen Sky Pte Ltd – anak syarikat milik penuh 1MDB – di Bank BSI Singapura yang kini diragui kerana laporan menyebut asetnya bukanlah seperti yang didakwa 1MDB. – The Edge Financial Daily |
Saya hanya dibenar berucap 10 minit di UIA, kata Rafizi Posted: 14 May 2015 12:47 AM PDT OLEH YASMIN RAMLAN Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mengatakan beliau hanya diberikan masa 10 minit untuk berucap dalam satu forum mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) sebelum dirampas mikrofon oleh pihak keselamatan, malam tadi. Menurut ahli Parlimen Pandan itu, mikrofon tersebut dirampas kerana pihak keselamatan UIA yang diketuai anggota polis Bukit Aman Superintendent Razali Mohamad cuba memaksa beliau untuk beredar dari kawasan tersebut. "Dalam beberapa saat itu tanpa memaklumkan apa-apa kepada saya, orang itu merampas mikrofon sehingga tercabut bateri mikrofon. Ini berlaku di hadapan beratus-ratus siswa UIA yang hadir dan menimbulkan suasana tegang. "Beberapa daripada mereka membuat bising dan mengkritik kononnya tindakan saya tidak mencerminkan seorang ahli Parlimen. Saya dimaklumkan kemudiannya yang orang-orang tidak dikenali ini adalah anggota-anggota polis Cawangan Khas," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Rafizi berkata, setibanya di UIA, Lokman Adam yang merupakan salah seorang panel forum tersebut sudah pun berucap. "Pihak MPP (majlis perwakilan pelajar) UIA memaklumkan bahawa mereka akan meneruskan program. Setelah 15 minit Lokman Adam berucap, seorang pegawai Keselamatan UIA tampil mengumumkan pihak pengurusan teratas UIA sudah membuat keputusan yang program boleh diteruskan tetapi hanya Lokman Adam dibenarkan berucap," katanya. Katanya, beliau mendapat tahu program itu dibatalkan hanya pada saat-saat akhir, di mana Rektor UIA Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin mengarahkan ia dibatalkan. "Menjelang jam 8 malam, timbul kekeliruan apabila saya dimaklumkan pihak UIA bersetuju agar program itu diteruskan apatah lagi kerana wakil Umno, Lokman Adam pun mahu hadir juga. "Saya dimaklumkan sejak awal yang pihak keselamatan UIA mengadakan sekatan jalan raya untuk menyemak setiap kereta yang masuk UIA," katanya yang mengambil keputusan menaiki motosikal untuk memasuki universiti itu tanpa ditahan pihak keselamatan. Rafizi berkata, tindakan pihak keselamatan UIA itu mengundang kemarahan dan kekecewaan beratus-ratus siswa yang hadir dan menyebabkan Lokman kemudiannya mengambil keputusan untuk berhenti berucap selepas 15 minit berucap serta minta program tersebut dibatalkan. Lokman bagaimanapun menyalahkan tindakan pelajar di universiti tersebut yang mendakwa mereka tidak mendapat kelulusan daripada pihak atasan. "Pelajar-pelajar ini, mereka kena tahu prosedur-prosedur. Pertamanya, mereka kena mendapat kelulusan. Kena dapa hitam putih kelulusan. Baru mereka boleh naik (tampal) poster. Tapi bila mereka dah naikkan poster dulu, baru minta kelulusan, kalau saya jadi pentadbiran universiti pun, saya rasa perkara itu macam tak kena," katanya apabila dihubungi The Malaysian Insider. Apabila ditanya sama ada program itu dibatalkan disebabkan panel yang hadir merupakan ahli politik, beliau menjawab: "Saya tak dengarlah alasan itu diberikan oleh pihak pengurusan universiti. Universiti tak cakap disebabkan speaker. Saya pernah berdebat dengan Ong Kian Ming di universiti yang sama, tak ada gangguan pun." Ini bukanlah kali pertama pengurusan UIA membatalkan program ilmiah di saat akhir apabila ia melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat (PR). Bulan lalu, sebuah forum kesederhanaan bertajuk "Everything in Moderation" yang sepatutnya berlangsung di UIA turut dibatalkan pada saat akhir tanpa sebarang sebab diberikan pihak universiti yang juga penganjur bersama program itu. Forum itu dijadualkan menampilkan beberapa tokoh, termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan, Exco Kerajaan Negeri Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad dan pakar undang-undang Prof Datuk Dr Shad Saleem Faruqi. Forum tersebut diadakan bertujuan membincangkan mengenai isu kesederhanaan dan keharmonian yang semakin mencabar di kalangan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. |
Majlis pelajar UIA kesal rektor mungkir janji sekat forum GST Posted: 14 May 2015 12:43 AM PDT OLEH YASMIN RAMLAN Forum mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) disekat pihak keselamatan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) semalam kerana tekanan politik ekoran kehadiran Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli, kata salah seorang ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UIA, Afiqah Zulkifli. Afiqah memberitahu The Malaysian Insider, rektor Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin menarik balik kelulusan program itu selepas mendapat tahu penceramah yang hadir. "Rektor memang suruh batalkan sebab speaker. Walaupun HEP (hal ehwal pelajar) beri pilihan suruh buat di luar kampus, mesej yang kami nak bawa adalah kebebasan akademik dalam kampus. "Jadi buat apa nak bawa di luar kampus? Sebab itu, kami buat di dalam," katanya yang hanya dimaklumkan perkara tersebut pada Isnin jam 1 pagi. Afiqah berkata Zaleha mungkir janji kerana ketika mesyuarat MPP bersamanya pada 14 April, beliau membenarkan mereka menjemput ahli politik berucap sekiranya ada latar belakang akademik mengenai topik program. "Rektor cakap, (pembatalan) disebabkan tekanan politik, HEP pun ada cakap. Tetapi rektor mungkir janji. "Baru-baru ini kami ada mesyuarat bulanan dengan rektor. Rektor janji yang kami dibenarkan bawa ahli politik kalau mereka ada autoriti untuk bercakap, ada latar belakang akademik mengenai perkara itu. Tajuk GST, rektor sendiri yang cadangkan," katanya dan menambah pihak Jabatan Kastam sepatutnya menghantar wakil berucap. Beliau menambah, program itu pada asalnya dicadangkan di auditorium utama UIA, tetapi pihak penganjur membuat keputusan berpindah ke Human Science Square kerana lokasi asal tidak mendapat kelulusan pada saat akhir. Hari ini, Rafizi yang juga naib presiden PKR berkata beliau hanya diberikan 10 minit berucap pada forum di universiti itu, sebelum pihak keselamatan merampas mikrofon. Menurut ahli Parlimen Pandan itu, pihak keselamatan UIA diketuai anggota polis Bukit Aman, Razali Mohamad, cuba memaksa beliau beredar dari kawasan tersebut. "Dalam beberapa saat itu, tanpa memaklumkan apa-apa kepada saya, orang itu merampas mikrofon sehingga tercabut bateri mikrofon. Ini berlaku di hadapan beratus-ratus siswa UIA yang hadir dan menimbulkan suasana tegang. "Beberapa mereka membuat bising dan mengkritik kononnya tindakan saya tidak mencerminkan seorang ahli Parlimen. Saya dimaklumkan kemudiannya yang orang-orang tidak dikenali ini adalah anggota polis Cawangan Khas," katanya dalam satu kenyataan hari ini. |
'Dun hangat isu GST, Tun M bukannya isu negeri' Posted: 14 May 2015 12:35 AM PDT SINAR HARIAN GEORGETOWN - Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) hari ini menempelak tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang yang sering kali membangkitkan isu-isu nasional berbanding isu tempatan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun). Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid berkata wakil-wakil rakyat kerajaan negeri dilihat seolah-olah menjadikan sidang Dun sebagai medium untuk mengkritik pentadbiran kerajaan persekutuan. "Apabila kami melihat usul yang dikemukakan oleh Adun pakatan kami berasa sungguh kecewa. Ia langsung tidak berkisar mengenai isu rakyat Pulau Pinang. "Mereka lebih gemar membincangkan isu nasional seperti Cukai Barang dan Perkhidmatan dan teguran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad terhadap pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak," katanya pada sidang akhbar di luar Dun di sini. Beliau berkata, kerajaan negeri sepatutnya memanfaatkan sidang Dun itu untuk membincangkan pelbagai isu tempatan yang perlu diberi perhatian serius termasuk masalah penggondolan tanah di beberapa kawasan di negeri ini, banjir dan 'middle bank'. Sementara itu, Adun Teluk Bahang, Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah berkata, isu nasional yang sering mendapat perhatian itu telah menutup isu-isu tempatan yang perlu ditangani oleh kerajaan negeri. Beliau turut mempersoalkan penglibatan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam membangkitkan isu-isu tempatan terutama isu alam sekitar yang kurang aktif sejak DAP mengambil alih tampuk pentadbiran kerajaan negeri. "Saya minta NGO tolong keluar. Dulu masa kerajaan BN, NGO main peranan cukup kuat. Mana pergi NGO-NGO ini. Hari ini kita ada isu yang sama seolah-olah ini masalah kerajaan BN sahaja dan saya minta NGO kena tampil bantu penduduk Pulau Pinang," katanya. Dalam pada itu, Shah Headan mendesak kerajaan negeri memberi penjelasan berhubung status kerja tanah yang giat dijalankan di Bukit Laksamana, Teluk Bahang dekat sini. Beliau berkata aktiviti penggondolan bukit berhampiran empangan Teluk Bahang itu berlaku sejak beberapa tahun lepas. "Maklumat yang saya peroleh menunjukkan kawasan itu diwartakan sebagai tanah bukit oleh pejabat tanah dan galian. Ini bermakna, ia langsung tidak boleh diteroka atau dimajukan," katanya. - Bernama |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan