Kelab Greenboc |
Tak Suka DAP Tapi Tak Sanggup Tinggalkan Pakatan, Ini Sebabnya... Posted: 24 May 2015 12:54 AM PDT Putus dengan DAP, masa depan PAS di Selangor pudar - Penganalisis KUALA LUMPUR: Memutuskan hubungan dengan DAP tidak akan menguntungkan PAS sama ada di Selangor atau seluruh Malaysia, kata penganalisis politik. Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin berkata jika PAS memutuskan hubungan dengan DAP, Pakatan Rakyat masih boleh memerintah Selangor biarpun dengan majoriti yang kecil. "Pakatan Rakyat masih lagi boleh membentuk kerajaan di Selangor biarpun tidak mendapat dua pertiga majoriti di Dewan Undangan Negeri. "Tetapi jika perkara ini berlaku, yang rugi adalah PAS kerana yang jelas mereka akan hilang kuasa dan ia akan memberi gambaran kepada rakyat tentang sikap PAS dalam politik hari ini," katanya ketika dihubungi Astro AWANI. Mengulas lanjut, Dr Shaharuddin berkata jika PAS mengambil keputusan untuk bersendiri ia sebenarnya tidak menguntungkan parti Islam itu dalam perjuangan mereka. Ini kerana, penerimaan masyarakat terutama yang bukan beragama Islam terhadap PAS banyak bergantung kepada kerjasama yang dibentuk bersama DAP dan PKR, kata Dr Shaharuddin. Jelas beliau, PAS akan rugi dari segi politiknya kerana usaha menjalinkan kerjasama dengan DAP bukan satu perkara yang mudah mahu dilaksanakan. "Untuk PAS bekerjasama dengan DAP mengambil masa yang lama, jadi peluang yang ada sepatutnya dijaga demi kepentingan bersama. "Kalau PAS bersendiri ia cuma akan mendapat sokongan orang Melayu bukan sokongan rakyat berbilang kaum. "Jika hujah digunakan bahawa PAS ada dewan himpunan yang terdiri dari berbagai kaum dan juga NGO-NGO bukan Islam yang menyokong PAS, ini semua kerana kerjasama dalam Pakatan Rakyat itu, bertahaluf dengan DAP," katanya lagi. Dr Shaharuddin menjelaskan, masyarakat bukan Islam akan melihat tindakan PAS memutuskan hubungan dengan DAP sebagai sikap yang tidak boleh bekerjasama dengan bukan Islam. Katanya, dalam situasi sistem dua parti yang semakin diterima, keputusan PAS untuk bersendirian perlu difikirkan semasak-masaknya. "Jika PAS memilih untuk bekerjasama dengan UMNO juga perlu diperhalusi sebaik-baiknya kerana perlu dilihat kekuatan pihak yang mahu dijalinkan kerjasama itu," jelas beliau. Semalam, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan partinya sedia untuk memutuskan hubungan dengan DAP ekoran sikap pemimpin parti itu dalam membentu kabinet bayangan.
ULASAN GB GB lebih suka Presiden PAS, Hj Hadi Awang membuat keputusan dengan tegas untuk keluar Pakatan Rakyat. Tidak berdolaik-dalik. Dengan mebuat keputusan sedemikian akan memudahkan perwakilan membuat keputusan di dalam muktamar nanti samada untuk menyokong langkah Haji Abdul Hadi berkenaan atau sebaliknya. Tak suka DAP satu hal, sanggup pula membuat fitnah terhadap mereka. Islam membenarkan demikian? Walau bagaimanapun kini perwakilan sudah ada alternatif, seorang calon Presiden bertaraf ulama yang telah membuat kenyataan tegasnya bahawa PAS tetap bersama Pakatan Rakyat. |
Mat Taib Juga Bakal Tinggalkan PAS Jika Haji Hadi Masih Kekal Presiden Posted: 23 May 2015 07:25 PM PDT Mat Taib nak ucap sayonara kepada PAS Dalam satu lagi perkembangan yang mungkin menggembirakan golongan konservatif dalam PAS, bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib mungkin menjadi tokoh terkini meninggalkan parti berkenaan. Menyatakan rasa kecewanya kepada PAS, Muhammad berkata, parti itu seolah-olah tidak lagi mempedulikan penyokong bukan Islam di negara ini. Dalam forum Mencari Pemimpin Baru Malaysia di Petaling Jaya hari ini, Muhammad berkata, pemimpin PAS ketika ini mengabaikan pendekatan pernah diambil bekas mursyidul am mereka, allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat. Kata Muhammad, Nik Aziz menunjukkan rasa kasih dan hormat kepada semua pihak tanpa mengambil kira agama dan suku bangsa mereka. "Kita mahukan seorang tokoh alim seperti allahyarham Nik Aziz sebagai pemimpin. Semua orang suka dia. Orang Buddha suka, Hindu suka. Sekarang ni lain. Kini kita nampak tak lagi nampak macam tu," katanya. Sebelum ini, kata Muhammad lagi, beliau sangat berminat dengan PAS. "Sekarang dah tak minat sangat dah," katanya. Dah cabut awal Beliau yang berkhidmat sebagai Menteri Besar Selangor antara Ogos 1986 hingga April 1997 berkata, faktor itu menjadi antara pendorong anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Tamrin Ghafar (gambar, kiri) meninggalkan PAS tahun lalu. "Sahabat saya Thamrin dah cabut lari awal-awal. Dia (Tamrin) kata (PAS sekarang) mengarut. Tapi saya bertahan lagi. "Tengok bulan enam (Jun) ni macam mana," kata beliau merujuk kepada muktamar tahunan PAS yang dijadual diadakan di Kuala Selangor. Muktamar kali ini membabitkan pemilihan semua peringkat pimpinan, termasuk presiden. Ia dianggap antara yang paling sengit dalam sejarah kerana melibatkan dua kumpulan utama, iaitu golongan yang digelar proulama dan sederhana. -TMI
ULASAN GB Seorang demi seorang melahirkan kekecewaannya terhadap kepimpinan Haji Hadi. Haji Hadi kini sudah menjadi satu LIABILITI besar kepada PAS. Jika sebelum ini Almarhum Nik Aziz dan Ust Fadzil Mohd Noor berusaha gigih untuk meramaikan ahli PAS dan mewujudkan jembatan hubungan diantara PAS dengan kaum bukan Islam, tapi Haji Hadi dilihat sebagai pemimpin yang telah memusnahkan segala apa yang telah diusahakan oleh kedua-dua tokoh berkenaan. Ini diperburukkan lagi dengan kewujudan pentaksub-pentaksub Haji Hadi bekerja siang dan malam menyebarkan fitnah, melempar kata-kata nista terhadap kumpulan pro-pakatan rakyat. Kemunculan Ustaz Ahmad Awang adalah diharapkan memberikan sinar baru kepada perjuangan PAS. Semuga Ustaz Ahmad Awang akan memenangi jawatan Presiden PAS yang baharu menggantikan Haji Hadi yang kini benar-benar dilihat sebagai tokoh yang sudah "expired" ( satun tuduhan yang pernah dilemparkan sendiri olehnya terhadap rakan-rakan komponen PR yang lain di satu ketika dulu), dan Haji Hadi sememangnya sudah tidak mampu untuk menggalas slogan PAS FOR ALL. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan