DIALOG RAKYAT |
- Pening Kepala Bila Zahid Kata Permatang Pauh Tunjuk Simptom Positif Kepada BN
- Tabung Haji Beli Tanah TRX (Tun Razak Exchange) RM2,860 sekaki (RM188 Juta) VS 1MDB Beli Tanah TRX Milik Kerajaan RM60 Sekaki
- LAPORAN KHAS: 55 projek terbengkalai dibaik pulih
- MAS siasat video gaduh pekerjanya dengan penumpang
- Kemenangan PKR atas bantuan penyokong PAS, kata penganalisis
- Kalau Syed Hamid di Tabung Haji mungkin pembelian tanah 1MDB tidak berlaku?
- PAS gesa Tabung Haji batal pembelian tanah 1MDB
- Duta minta kami maklumkan sebelum siar berita Malaysia, kata wartawan Tempo
- Tabung Haji beli tanah RM188.5 juta, sama nilai faedah 1MDB, kata Rafizi
- 'Wake up call' buat BN, bukan lagi di zon selamat
- Henti tabur fitnah, hukum Yana
- Isu TH jadi beban baharu Umno
- Harap Husam, Ahmad tolak pencalonan
- Isu TH: Makcik, pakcik di kampung mengeluh
- KJ: Kementerian Kewangan, TH sila jelaskan!
- Mufti bangkit soal Jho Low, Rosmah
- Umno arah ahli protes di gereja beri penjelasan
- Kemenangan Kak Wan, bukti UMNO-BN menuju kehancuran – Steven Sim
- Husam: TH mengaku selamatkan 1MDB
- Bayi meninggal tercerut kain buaian
- BN terima apa sahaja keputusan rakyat
- Macam-macam boleh di Malaysia
- Nur Fitri 'sakit' dan perlu pemulihan
- PKR kekal di Permatang Pauh, majoriti menurun
- PRK Permatang Pauh paling ganas buat SPR
Pening Kepala Bila Zahid Kata Permatang Pauh Tunjuk Simptom Positif Kepada BN Posted: 08 May 2015 06:53 AM PDT shahbudindotcomApa dan di mana simptom positif daripada kekalahan itu? Ini kerana BN bukan saja terus gagal untuk menawan Permatang Pauh, bahkan peratusan undi BN hampir tidak meningkat berbanding pilihanraya umum lalu. Dalam pilihanraya umum lalu, calon BN Dr Mazlan Ismail mendapat sebanyak 25,360 undi daripada 88.3 peratus yang keluar mengundi. Ini bermakna sokongan yang diterima BN ialah 40.06 peratus. Dalam pilihanraya kecil kali ini pula, calon BN Suhaimi Sabudin mendapat 21,475 undi daripada 73 peratus yang keluar mengundi. Ia bermakna sokongan yang diterima BN hanyalah 40.44 peratus saja. Apakah peningkatan 00.38 peratus itu boleh dianggap simptom positif kepada BN? Dari segi undi yang diperolehi PKR pula, ia jelas tidak jauh berbeza. Dalam pilihanraya umum lalu, Anwar yang menjadi calon mendapat 37,090 undi atau 58.57 peratus berbanding Dr Wan Azizah yang mendapat 30,316 atau 57 peratus sokongan. Berbekalkan dengan sebahagian besar pemimpin UMNO dan kerajaan berkampung di Permatang Pauh membawa segala macam peruntukan dan buah tangan kepada pengundi, malangnya undi PKR yang berjaya diturunkan hanyalah sebanyak 1.57 peratus saja. Penurunan undi PKR sebanyak 1.57 peratus inikah yang dianggap simptom positif kepada BN itu? Lebih memeningkan kepala apabila dalam ulasannya Zahid Hamidi juga berkata, "simptom positif ini membawa sinar baru kepada perjuangan UMNO di Permatang Pauh". Kata Zahid lagi, walaupun tewas dalam pilihanraya kecil ini tetapi ia menampakkan perubahan dan "peningkatan sokongan yang besar" kepada BN. Di mana sebenarnya sinar baru dan wujudnya "peningkatan sokongan yang besar" kepada BN? Keputusan pilihanraya kecil Permatang Pauh bukan saja memberi "isyarat demam berpanjangan" kepada UMNO dan BN, tetapi yang lebih memualkan ialah pemimpin UMNO nampaknya masih dibuai simptom syok sendiri yang berlebih-lebihan. Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said, tidak sekadar melahirkan keyakinan untuk menang, bahkan mengatakan pihaknya sudah pun menggerakkan jentera pilihanraya sejak Februari lagi. Amboii...kalau dah bergerak sejak Februari lagi, takkan keputusan jadi lagu ni? Zahid Hamidi pula, pada dua hari sebelum pembuangan undi tempohari mengatakan ada angin perubahan sedang bertiup kuat di Permatang Pauh dan ianya amat dirasai oleh jentera BN. Katanya, suasana di Permatang Pauh kali ini amat berbeza berbanding sesama pilihanraya kecil 2009 lalu. Tetapi berdasarkan keputusan pengundi yang terus memberi kemenangan kepada PKR melalui calonnya Dr Wan Azizah dengan majoriti 8,841, selain tiada angin perubahan yang bertiup, apa simptom positif yang dimaksudnya Zahid Hamidi juga sukar difahami. Apakah Zahid masih ingin menunjukkan beliau lebih berjaya berbanding Hishammuddin yang mengetuai jentera Rompin tetapi perolehan undi BN merosot sebanyak 41 peratus berbanding pilihanraya umum lalu? Ahh...makan panadol lima enam biji pun tak hilang lagi pening kepala memikirkan justifikasi Zahid ini. Pening memikirkan di mana tanda positifnya kepada BN... Nyanyian ini lagi syahdu... | ||
Posted: 08 May 2015 06:42 AM PDT Tabung Haji Beli Tanah TRX (Tun Razak Exchange) RM2,860 sekaki (RM188 Juta) VS 1MDB Beli Tanah TRX Milik Kerajaan RM60 Sekaki : Ini namanya bisnes skim cepat kaya versi taikun-taikun di Malaysia. Orang mahu berniaga, dia pun mahu berniaga. Khazanah mahu melabur, dia (1MDB) pun mahu melabur. Jikalau beginilah model perniagaan 1MDB, tidak perlu panggil Arul Kanda Kandasamy pun tidak mengapa, Ahmad Maslan pun boleh jadi CEO jikalau begini cara 1MDB berniaga. Berita Semasa sama sekali tidak pernah menolak usaha pembangunan mahupun pelaburan oleh Tabung Haji apatah lagi melabur di tempat yang patuh syariah ini tidak semudah itu. BACA BERITA INI JUGA : Taikun Desmond Lim Beli Tanah Kerajaan Sebelah Pavilion RM7,000 Sekaki, 1MDB Beli Tanah TRX RM60 Sekaki dan Tanah Sungai Besi RM90 Sekaki! Berdasarkan kiraan di atas kertas, dengan Tabung Haji beli tanah TRX milik 1MDB ini, berdasarkan pengiraan kasar seperti di bawah ini :
Ini hanya pengiraan di atas kertas. Mungkin tercapai, mungkin tidak. Oleh itu, jangan terlalu gembira. Orang putih pernah mengatakan :
Cuma apa isu Tabung Haji beli tanah TRX milik 1MDB ini? Apa yang buat orang ramai melenting sekarang ini dengan tindakan terbaru Tabung Haji (TH) ini? Tabung Haji Beli Tanah TRX (Tun Razak Exchange) : Respon Berita Semasa?Perbandingan Tabung Haji beli tanah TRX milik 1MDB :
Sertai Undian Berita Semasa : Samada anda bersetuju atau tidak tindakan 1MDB beli tanah TRX milik 1MDB dengan cara KLIK SINI P/S : Hari ini, senang sahaja mahu takutkan Melayu, canang seluruh negara bahawa tindakan ini untuk selamatkan negara dari dijajah kuasa ekonomi asing, selamatkan negara dari tergadai. Sendiri buat masalah, sendiri berlagak jadi hero negara. Ermmm…. PP/S : Malaysia ini sebenarnya tiada lagi rakyat Malaysia yang berpendidikan tinggi dan berpengalaman? Cukup hanya bekas penjual kereta terpakai, kelulusan malu-malu kucing untuk didedahkan, masuk politik, akhirnya diangkat jadi orang kuat Tabung Haji? PPP/S : Nah…selepas ini tanah Sungai Besi siapa pula yang kena beli tanah tersebut pada harga yang berpuluh kali ganda berbanding harga yang 1MDB dapat. Nantikan. PPP/S : Abdul Azeez pernah berjanji dahulu untuk jaga wang pendeposit Tabung haji dengan tidak mahu ada kaitan dengan 1MDB seperti paparan gambar di bawah ini. Apa sudah jadi sekarang? KLIK Gambar Berkaitan Berita Tabung Haji Beli tanah TRX (Tun Razak Exchange) | ||
LAPORAN KHAS: 55 projek terbengkalai dibaik pulih Posted: 08 May 2015 04:28 AM PDT Oleh: AFIX REDZUAN SHAH ALAM: Kerajaan Negeri menyelesaikan 55 projek terbengkalai daripada ke seluruhan 262 projek melibatkan 27,234 unit, antara Mac 2008 hingga 31 Januari lalu. Penolong Pengarah (Unit Pemantauan Projek), Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), Mohd Faizal Abd Kadir berkata, projek yang diselesaikan itu ada berlesen dan tidak berlesen. Beliau berkata, sebanyak 31 projek berlesen melibatkan 17,489 unit diikuti 24 projek tanpa lesen 9,745 unit. Lima projek disiapkan pada 2014 melibatkan 3,596 unit daripada jumlah projek berlesen yang diselesaikan. "Antara projek itu ialah Nusa Mewah Villa Kondominium, Bukit Pandan, Ampang dalam seliaan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). "Taman Kajang Villa, Hulu Langat dalam Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Taman Kenanga, Dengkil, Sepang (MPSp). "Dua projek lagi ialah pangsapuri Lengkungan Kampung Nelayan, Taman Sri Nelayan, Klang dalam Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan pangsapuri Bandar Baru Kundang, Rawang di Majlis Perbandaran Selayang (MPS)," katanya kepada Selangor Kini. Sementara itu, Projek Angsana Hilir, Pangsapuri Blok D, Taman Sri Angsana, Ampang melibatkan 165 unit disiapkan, awal tahun ini. Bagi projek tidak berlesen, tiga projek disiapkan pada 2014 manakala satu projek yang melibatkan 1,529 unit siap awal tahun ini. PECAHAN 55 PROJEK TERBENGKALAI YANG DIBAIK PULIH Kategori Jumlah projek Unit Projek berlesen 31 17,489 Projek tanpa lesen 24 9,745 | ||
MAS siasat video gaduh pekerjanya dengan penumpang Posted: 08 May 2015 04:25 AM PDT ANTARAPOS.COM KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) sedang menyiasat pergaduhan di antara pegawai khidmat pelanggan MAS di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan sekumpulan penumpang dipercayai warganegara India, selepas rakaman video insiden itu tersebar luas di media sosial. "Malaysia Airlines melihat perkara ini dengan serius dan siasatan dalaman akan dilakukan. "Syarikat mementingkan tingkah laku pekerjanya, tetapi syarikat juga tidak akan membiarkan kelakuan kasar oleh penumpang," kata MAS dalam kenyataannya. Video berdurasi seminit setengah itu dirakam pada 1 Mei lalu, menunjukkan sekumpulan penumpang bertikam lidah dengan seorang pegawai khidmat pelanggan MAS. Menjelaskan punca insiden itu, MAS berkata masalah teknikal pesawat menyebabkan ia memindahkan penumpang yang pada mulanya dalam penerbangan MH616 dari Singapura ke Kuala Lumpur ke penerbangan lebih lewat. Ini menyebabkan 30 daripada mereka terlepas penerbangan sambungan mereka dari KLIA. Bagaimanapun, penumpang menuntut mereka diletakkan ke dalam penerbangan sambungan ke Hyderabad dan Bangalore, yang sudah pun berlepas pada waktu itu. MAS berkata halangan visa menyebabkan tuntutan supaya dipindahkan ke penerbangan lain ke destinasi mereka tidak dapat dipenuhi. Klip video itu antara lain menunjukkan salah seorang petugas MAS naik berang selepas diasak pertanyaan oleh penumpang. "Shut up! One by one! (Diam, satu persatu)" teriaknya kepada penumpang, sebelum terus meninggalkan kaunter. Seorang lagi yang mengambil tempat beliau kemudian cuba menenteramkan keadaan, tetapi nada suaranya tidak disenangi penumpang. Rakaman insiden itu mengundang pelbagai komen dan kritikan pengguna media sosial, sebahagian besarnya tertumpu kepada masalah yang dialami syarikat penerbangan itu sejak mengalami kerugian dan penyusunan semula oleh pemilik baharunya, Khazanah Nasional, tahun lepas. "Menuding jari ke arah penumpang, khidmat pelanggan yang mengejutkan," kata Sumathy Sumelingam dalam Facebook, disusuli dengan seorang lagi yang berkata pekerja MAS itu mungkin diprovokasi. "Di samping melelong pesawatnya, mungkin perlu melelong staf yang angkuh," kata seorang lagi, merujuk laporan syarikat itu merancang menjual beberapa pesawat bagi mengatasi kerugian. Tahun lepas, syarikat penerbangan negara itu mengalami 2 tragedi yang menambah lagi beban kerugian. Pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac, 2014 masih belum ditemui, dan beberapa bulan kemudian, penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh di ruang udara Ukraine, menyebabkan semua 298 penumpang dan anak kapal terbunuh. | ||
Kemenangan PKR atas bantuan penyokong PAS, kata penganalisis Posted: 08 May 2015 04:22 AM PDT Oleh Nurshakira Buang SHAH ALAM: Kejayaan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kembali menduduki kerusi Parlimen Permatang Pauh selepas menang dengan majoriti 8,841 undi kerana pengundi PAS masih terus menyokong Pakatan Rakyat. Malah, bagi penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani kemenangan itu juga sekaligus menolak dakwaan bahawa penyokong dan ahli PAS akan melakukan undi protes terhadap PKR. "Ramalan itu meleset apabila pengundi PAS dilihat keluar mengundi PKR. Nampaknya semangat Pakatan itu masih lagi kuat dikalangan penyokong PAS, DAP dan sebagainya," katanya kepada Antarapos. Bagaimanapun, bekas pensyarah Kanan di Jabatan Komunikasi Universiti Antarabangsa Islam Malaysia (UIAM), Prof. Madya Dr. Baharuddin Aziz berkata Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh hanya memperlihatkan kerenggangan hubungan diantara PAS, PKR dan DAP. Katanya, kerenggangan itu juga merupakan faktor majoriti kali ini lebih rendah di samping peratusan keluar undi yang lebih kecil, 74%, berbanding 88% pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) dua tahun lepas. "Kita lihat penurunan undi kali ini merupakan salah satu faktor dimana keakraban diantara PAS dengan PKR ini sudah tidak wujud dan telah tergugat. "Boleh dianggap bahawa ramai orang Melayu tak memberi undi kepada PKR tetapi sebaliknya mengundi BN atas faktor itu. "Kerenggangan itu, dia (PKR,PAS,DAP) dah renggang," tegasnya memberitahu Antarapos. Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan kerusi Permatang Pauh meskipun majoriti parti itu merosot dalam PRK yang dicemari dengan beberapa insiden keganasan. Wan Azizah memperolehi 30,316 undi, mengatasi Suhaimi yang mendapat 21,475 undi dan dua pencabar lain yang kehilangan wang pertaruhan mereka. Bagaimanapun majoriti 8,841 yang diperolehi oleh presiden PKR itu lebih rendah berbanding 11,721 kelebihan undi yang diperolehi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada PRU 13. PKR mendakwa kemerosotan itu berpunca daripada penyusutan dalam jumlah pengundi yang keluar mengundi, iaitu hanya 73 peratus, berbanding lebih 88 peratus pada PRU 13. Pada pilihan raya umum lalu, Anwar memperolehi 37,090 undi manakala calon BN ketika itu, Dr Mazlan Ismail, mendapat 25,369 undi. Undi BN meningkat sedikit Mengulas lanjut Azizudin berkata PRK kali ini tidak ada banyak perbezaan namun berlaku sedikit peningkatan jumlah sokongan pengundi kepada Barisan Nasional (BN). "Kalau kita tengok kawasan-kawasan seperti Kubang Semang, Permatang Pasir, Penanti masih lagi dimenangi PKR. "Tidak ada banyak perbezaan keputusan kali ini dengan PRU 13, cuma yang membezakan jumlah undi yang diterima oleh calon BN dan PKR adalah kerana jumlah yang keluar mengundi itu jatuh banyak dekat 15 peratus. "Kalau calon BN itu ada meningkat sedikit jumlah undi dalamm 2% atau 500 undi berbanding PKR yang turun skit dalam 800 undi," katanya. Malah, Azizudin berkata pilihan raya kali ini juga tidak menarik dimana isu-isu semasa yang diketengahkan kedua-dua parti politik tidak memberi kesan kepada pengundi di sini. "Pilihan raya kali ini kurang menarik dengan PRU13 dan juga semasa pada 2008 semasa Datuk Seri Anwar bertanding. "Isu-isu yang dibawa juga tidak memberi kesan sangat kepada pengundi di Permatang Pauh. Ceramah-ceramah pun kalau kita lihat agak kurang menarik," tambahnya. | ||
Kalau Syed Hamid di Tabung Haji mungkin pembelian tanah 1MDB tidak berlaku? Posted: 08 May 2015 02:30 AM PDT MSO Beberapa tahun lalu apabila Syed Hamid Albar tidak lagi disenaraikan dalam Kabinet Najib Razak, bekas ahli Parlimen Kota Tinggi itu diberikan penghormatan untuk dilantik menjadi Pengerusi Tabung Haji. Cadangan atau penyerahan Tabung Haji kepada Syed Hamid itu dikira tepat dan sesuai sangat. Syed Hamid dikenali sebagai seorang kedekut tetapi mempunyai prinsip dan ketegasan.
Lembaga itu hendaklah dijaga dan diawasi sebaik mungkin, bukan sahaja soal perbelanjaan, tetapi aktiviti pelaburannya untuk menambahkan pendapatan juga perlu diawasi dan dipastikan berjalan selari dengan syariat Islam. Harus diingat wang digunakan atau ditabungi oleh pelabur di institusi itu adalah yang bersih dari sebarang najis.Pulangan dividen juga haruslah wang yang bersih. Bekas Menlu itu, katanya senang dengan tawaran itu. Dia sudah pun bersedia. Surat perlantikan itu juga sudah diterima dan dibacanya. Cuma beliau belum sempat untuk memasuki pejabat lembaga itu kerana kebetulan saat itu dia sedang bersiap-siap untuk mengerjakan umrah. Syed Hamid berkira-kira sekembali dari Makkah dia akan memulakan tugas barunya disitu, menyelia dan mentadbir wang pelabur Tabung Haji. Ada setengah qaul mengatakan Syed Hamid sudah pun menjejak ke bangunan Tabung Haji di Jalan Tun Razak dan mengarahkan kakitangan agar membuat sedikit pindaan untuk pejabat barunya itu. Malang setelah beliau kembali dari mengerjakan umrah, saat hendak memulakan tugas, tiba-tiba perlantikan itu ditarik balik. Sebagai gantinya beliau diberi tugas dan jawatan baru sebagai Pengerusi Suruhanjaya Kenderaan Awam dan Darat (SPAD), menjaga bas, lori dan teksi. Beliau tidak bertanggungjawab menjaga kapal, bot dan perahu serta kapal selam, kerana kenderaan itu dikategorikan sebagai kenderaan laut. Pertukaran jawatan itu jauh bezanya walaupun tarafnya sama "pengerusi". Beliau lantas memasuki pejabat SPAD dan tidak ke bangunan Tabung Haji tanpa ada apa-apa 'ogehan' dan bantahan. Itulah stail dan sikap Syed Hamid seorang yang akur dan jujur. Dan hari ini selepas kecurnya berita mengatakan Tabung Haji telah membeli tanah 1MDB bernilai RM 188.5 juta, dimana pembelian itu meragukan akan ketelusan dan tujuannya, baru saya faham kenapa Syed Hamid tidak dibenarkan masuk ke Tabung Haji. Saya yakin dan percaya kalau Syed Hamid yang menjadi Pengerusi Tabung Haji apa yang berlaku sekarang ini tidak akan berlaku. Dia juga tidak akan tersalah berkomunikasi dengan ahli lembaga pengarahnya. Syed Hamid bukan budak penjaga kereta, jauh sekali sebagai ketua samseng kampung Dusun. Dia seorang diplomatik dan berkelulusan sebagai peguam dan pengamal undang-undang. Pengalaman dan pengetahuan yang ada kepadanya tidak memungkinkan hal-hal terjadi di Tabung Haji yang tidak syariat atau meragukan itu akan terjadi. Ertinya penolakan Syed Hamid dari dilantik menjadi pengerusi Tabung Haji, katanya atas nasihat seorang "personalis" yang rapat dengan PM itu, ada tujuan dan motifnya. Begitu juga dengan perlantilkan CEO dibuat dengan penuh selektif. Ia adalah untuk memudahkan kerja-kerja yang berlaku sekarang ini dilakukan tanpa ada kawalan, tinjauan dan pemerhatian dari segi perundangan sivil dan syariah. Mungkin selepas kecoh skandal pembelian tanah bernilai ratusan juta itu menyebabkan Syed Hamid tertunduk sambil tersenyum dan sedikit memahami apa yang berlaku ke atasnya. Sekarang bolehlah media massa cuba-cuba tanya hal ini kepada Syed Hamid Albar. Apakah benar maklumat yang saya catat ini. Mungkin surat tawaran untuk beliau dilantik menjadi Pengerusi Tabung Haji masih ada dalam simpanannya. Cubalah... Syed Hamid sesungguhnya bukan "Mat Maslan" kandati pun mereka dari bumi yang sama. | ||
PAS gesa Tabung Haji batal pembelian tanah 1MDB Posted: 08 May 2015 02:27 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER PAS menggesa Lembaga Tabung Haji (TH) melakukan 'tindakan mulia' dengan membatalkan pembelian tanah milik syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti didedahkan sebuah blog baru-baru ini. Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata tindakan TH membuat laporan polis berhubung kebocoran maklumat rasmi berkenaan pembelian tanah milik 1MDB itu memalukan. "Ia jelas untuk menutup tindakannya yang menimbulkan kesangsian dan kemarahan pencarum. Langkah lebih mulia ialah membatalkan pembelian itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini. TH semalam mengesahkan badan pengelola dana simpanan bagi umat Islam untuk ke tanah suci Mekah itu membeli sebidang tanah daripada projek pelaburan Tun Razak Exchange (TRX) yang terletak di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur bernilai RM188.5 juta. Pembelian tanah itu didakwa mendapat "potongan" harga berbanding nilai pasaran semasa. Badan pengelola dana simpanan itu merancang untuk membina sebuah menara kediaman di tapak yang akan dibangunkan anak syarikat TH, TH Properties Sdn Bhd - berpengalaman luas dalam bidang hartanah dan pembinaan termasuk pembangunan perbandaran bercampur Bandar Enstek seluas 5.119 ekar berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Bagaimanapun, TH menafikan kumpulan itu membeli sebidang tanah daripada 1MDB di parcel kedua TRX seperti diperkatakan blog "The Benchmark" yang membocorkan dokumen didakwa memperincikan pembelian TH sebanyak 2 plot tanah di TRX dengan jumlah modal RM772 juta. Pada masa sama Husam juga mengulangi desakannya seperti sebelum ini yang menuntut pihak bertanggungjawab meletakkan jawatan "Bahkan langkah mulia juga ialah pihak bertanggungjawab menawarkan peletakan jawatan mereka termasuk atas sebab kebocoran yang memalukan itu sendiri, selain tindakan pembelian yang tidak dapat diterima itu," katanya. Sementara itu Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dalam satu kenyataan turut mengutuk tindakan pengurusan TH membuat laporan polis terhadap kebocoran dokumen. Presiden Abim Amidi Abd Manan berkata, tindakan TH yang membuat laporan polis menyerupai seperti pengurusan National Feedlot Corp apabila skandal penyelewengan Pusat Fidlot Nasional terdedah kepada umum. "Abim memandang berat tindakan ini kerana seolah-olah ada perkara yang sulit dan mahu dirahsiakan dari pengetahuan umum. Tindakan ini serupa dengan tindakan National Feedlot Corp yang mengambil tindakan terhadap individu yang mendedahkan kepada umum," katanya. Beliau berkata, TH sepatutnya mengambil kesempatan ini untuk memberi penerangan yang mampu mengekalkan dan mengembalikan keyakinan para pendeposit. "Abim yakin jika ketelusan dan kejujuran menjadi paksi pengurusan keberkatan akan menyusul," katanya | ||
Duta minta kami maklumkan sebelum siar berita Malaysia, kata wartawan Tempo Posted: 08 May 2015 02:07 AM PDT OLEH ANISAH SHUKRY Seorang wartawan majalah Indonesia Tempo yang memaparkan artikel gaya hidup mewah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, berkata duta Malaysia ke Jakarta memberitahu mereka supaya memaklumkan kepada kedutaan terlebih dulu sebelum menyiarkan laporan mengenai Malaysia. Natalia Santi berkata Datuk Zahrain Mohamed Hashim menyatakan demikian kepadanya ketika pertemuan dua jam pada Rabu berhubung artikel "Hidup Mewah Sang Perdana Menteri". "Beliau berkata pada masa depan, sekiranya Tempo mahu menyiarkan artikel berdasarkan khabar angin, beliau mahu mendapat pengesahan terlebih dulu," kata Natalia kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi. "Beliau berkata, 'kenapa tidak anda membuat pengesahan terlebih dulu artikel itu hanya berdasarkan khabar angin?' "Beliau juga memberitahu Pak Najib berasal dari kalangan keluarga kaya, yang datuknya amat kaya di Malaysia selain Pak Najib sudah berada dalam arena politik lama dan tidak sukar untuknya membeli beg dan jam tangan," katanya. | ||
Tabung Haji beli tanah RM188.5 juta, sama nilai faedah 1MDB, kata Rafizi Posted: 08 May 2015 02:02 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER PKR hari ini mempersoalkan pembelian tanah Lembaga Tabung Haji (TH) daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan berkata harga jualan RM188.5 juta itu lebih kurang sama dengan nilai pembayaran faedah pinjaman yang perlu diselesaikan syarikat dana negara yang bermasalah itu. Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata beliau tidak menafikan tanah 1.56 ekar yang terletak di projek Tun Razak Exchange (TRX) di Kuala Lumpur itu berpotensi dimajukan, tetapi berkata 1MDB tidak wajar membuat untung daripada tanah milik kerajaan persekutuan. "Apakah penggunaan duit pendeposit TH ini bertujuan membantu 1MDB membayar faedah pinjamannya?," soal Rafizi dalam kenyataannya hari ini. "Keadaan ini hampir sama dengan tindakan kerajaan persekutuan menyuntik RM950 juta ke dalam 1MDB pada pertengahan Mac lalu iaitu pada tarikh hampir sama dengan tarikh bayar faedah hutang 1MDB," katanya. Mengikut laporan akhbar perniagaan The Edge, 1MDB perlu membayar faedah pinjaman sebanyak AS$52.5 juta (RM188.5 juta) minggu depan. "Saya tidak menafikan tanah 1.56 ekar yang dibeli itu berpotensi untuk dimajukan. Namun, tanah itu pada asalnya adalah tanah milik kerajaan persekutuan dan tidak sewajarnya 1MDB membuat untung atas angin dengan mengambil wang pendeposit TH; lebih lagi jika dana itu kemudiannya digunakan untuk membayar faedah hutangnya," kata Rafizi. Rafizi berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berupaya menghentikan urus niaga antara TH dengan 1MDB berhubung pembelian tanah TRX. Katanya, pembelian tanah seluas 1.56 ekar oleh pengendali ibadah haji daripada 1MDB yang melibatkan pembayaran RM188.5 juta wang pendeposit mereka kepada 1MDB akan selama-lamanya dilihat sebagai usaha menyelamatkan ("bail-out") 1MDB. "Tanah itu pula dilaporkan dibeli pada harga yang cukup murah oleh 1MDB dari kerajaan persekutuan iaitu pada harga RM74.20 satu kaki persegi dan dijual pada harga berkali-kali ganda mahalnya (iaitu pada harga RM2,779 satu kaki persegi) kepada Tabung Haji," kata ahli Parlimen Pandan itu. Beliau turut mengesyorkan beberapa kaedah bagi membolehkan TH membeli tanah berkenaan, namun tidak memberikan kesan kepada pendeposit tabung tersebut. "Ada dua cara terbaik TH membeli tanah tersebut tanpa mengorbankan kebajikan pendeposit TH. "Pertamanya, membeli terus tanah itu dari kerajaan persekutuan pada harga diskaun yang diberikan oleh kerajaan persekutuan kepada 1MDB. Keuntungan yang dibuat oleh TH di atas pembelian ini bolehlah dikira sebagai sumbangan kerajaan persekutuan kepada pendeposit miskin untuk mereka mencukupkan tabungan untuk naik haji; atau membeli tanah tersebut dari 1MDB pada harga "forced sale value" atau harga lelongan kerana 1MDB benar-benar terdesak untuk mendapatkan wang tunai," katanya. "Selalunya, syarikat yang bermasalah melelong harta mereka pada harga yang betul-betul murah dan dalam kesempatan beginilah TH boleh mendapat keuntungan yang baik dari pembelian itu," tambahnya. Rafizi bagaimanapun berkata, pihaknya yakin, perjanjian jual beli tanah yang melibatkan dana sebanyak RM188.5 juta ini belum dimuktamadkan kerana hak milik belum dipindah milikkan kepada TH. "Oleh yang demikian, kontrak ini belum dikira muktamad dan 1MDB belum memenuhi semua syarat jual beli." Sehubungan itu, Rafizi berkata, beliau menggesa Najib dan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk menggunakan kuasa mereka sekali gus menghentikan urus niaga tersebut. "Oleh yang demikian, ada peluang untuk menghentikan jual beli ini untuk membolehkan dana RM188.5 juta milik pendeposit TH (termasuk simpanan saya sendiri) tidak disentuh. "Kuasa untuk meluluskan pindah milik tanah selepas sesuatu urusniaga jual beli adalah kuasa Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan yang bertanggungjawab kepada menteri wilayah persekutuan," katanya. PKR juga katanya, akan berusaha berterus-terusan supaya Najib akan menghentikan perkara itu. Rafizi berkata, TH berupaya mendapatkan tanah berkenaan dengan harga lebih rendah. Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan katanya perlu memutuskan untuk meluluskan permohonan pindah milik tanah dari 1MDB kepada TH. "Oleh kerana 1MDB gagal memastikan hak milik tanah ditukar nama kepada TH, ia gagal memenuhi syarat jual beli. Kontrak itu secara automatik juga akan terbatal "Oleh kerana kontrak terbatal, maka 1MDB tidak ada pilihan lain kecuali memulangkan kembali wang RM188.5 juta yang telah diambilnya dari TH," kata Rafizi. "Semua ini boleh dilakukan tanpa melanggar undang-undang dan Adnan yang bertanggungjawab dengan urusan Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan dan Najib yang merupakan pengerusi lembaga penasihat 1MDB," katanya. Selain itu, beliau turut berkata, akan memanggil satu perjumpaan dengan semua pendeposit TH pada hari Rabu depan, 13 Mei 2015 jam 9 malam bagi melancarkan kempen mendesak supaya kerajaan persekutuan menggunakan kuasanya menghentikan penggunaan dana TH ini. | ||
'Wake up call' buat BN, bukan lagi di zon selamat Posted: 08 May 2015 01:47 AM PDT SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Parlimen Rompin dan Permatang Pauh dilihat sebagai 'wake-up call' atau kejutan peringatan kepada Barisan Nasional (BN). Pemerhati politik berpendapat, kemerosotan undi majoriti BN di PRK Rompin dan kegagalan di Permatang Pauh, memerlukan pendekatan yang lebih efisien untuk BN memenangi hati rakyat. Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Komunikasi Universiti Sains, Prof Madya Mohamad Md Yusoff berkata, pucuk pimpinan perlu bekerjasama dan bekerja lebih kuat lagi bagi memperkasakan sokongan rakyat. "Kita lihat penurunan undi itu begitu ketara di Rompin, majoriti yang diperoleh tidak meyakinkan bahawa kita (BN) sebenarnya berada dalam zon yang selamat. "PRK tak memungkinkan BN boleh kalah begitu teruk sekali walaupun ada peralihan kepimpinan tetapi ini adalah satu 'wake up call'," katanya dalam rancangan 'Ruang Bicara' yang disiarkan secara langsung di BernamaTV malam tadi. Rancangan itu yang bertajuk 'PRK: YB Pilihan' dihoskan oleh Dahlan Maamor. Turut menjadi tetamu ialah Timbalan Speaker Parti Gerakan Rakyat, Syed Razak Alsagoff bagi membincangkan wakil rakyat yang menjadi pilihan rakyat di sesuatu kawasan itu. Pada PRK Parlimen Rompin kali ini, BN tewas di lima daripada 38 pusat daerah mengundi selain beberapa saluran peti undi di tanah rancangan Felda Keratong 2, 4 dan 5. Walaupun kemenangan calon BN, Datuk Hasan Arifin pada PRK Rompin sudah diduga banyak pihak, namun jumlah majoriti undi yang berkurangan hampir sekali ganda, itu nyata jauh tersasar daripada harapan pucuk pimpinan BN. Bagi PRK Parlimen Permatang Pauh pula, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan kerusi kawasan itu dengan majoriti 8,841 undi. Mohamad berpendapat BN perlu lebih mempelajari 'digital marketing' (pemasaran digital) melalui media sosial dengan lebih drastik dan berkesan serta mengambil perhatian terhadap keperluan dan kehendak generasi muda. "Kita kena lihat macam mana nak gunakan digital media untuk pemasaran politik di mana peranan kita boleh menggandingkan dan mensosialisasikan anak muda kita supaya mereka faham dan ikhlas. "Ini yang dikatakan jihad politik... bukan sahaja jihad ekonomi, jihad politik pun penting," katanya. Selain itu, Syed Razak pula berkata masih terdapat banyak isu yang perlu diselesaikan dan diperjelaskan supaya BN menjadi lebih bagus pada masa akan datang. Beliau berkata kerajaan perlu cepat dalam menangani isu dan persepsi yang diputarbelitkan pihak-pihak tertentu. - Bernama | ||
Henti tabur fitnah, hukum Yana Posted: 08 May 2015 01:45 AM PDT SABAK BERNAM – [KEMASKINI] "Dugaan ini satu hikmah, saya reda kerana dapat hidayah tertinggi daripada ALLAH," itu luahan ahli keluarga terdekat seorang ahli Familia Myvi Club (FMC) dikenali sebagai Yana berikutan beberapa kenyataan kontroversi wanita itu dalam media sosial yang menafikan ahli kelab terbabit terlibat dalam kemalangan di Kilometer 6.2 Lebuh Raya Duta-Ulu Klang (Duke). Sumber terdekat keluarga itu berkata, Yana mengambil keputusan untuk berdiam diri dan berharap masyarakat berhenti menabur fitnah di laman sosial serta menghukumnya. Katanya, pihak keluarga Yana juga membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam kelmarin, selepas mendapati Yana dihentam teruk pihak tertentu yang sengaja mengambil kesempatan. "Saya tak nak kecoh-kecoh, biarlah apa orang nak kata sekali pun. Selagi kami di pihak yang benar, kami tak takut, buat apa nak lari kalau tak salah. Yana tak ke mana-mana, apa yang dikatakan dalam Facebook (pihak yang menubuhkan Facebook Yana FMC) semuanya tak benar," katanya. Sumber itu berkata, berita yang disiarkan itu dikendalikan oleh individu yang sengaja menjadikan Yanasebagai mangsa keadaan. "Biarlah ALLAH yang balas. Cerita itu tak benar dan diputarbelitkan. Kami tak minta makan minum, takmencuri, bukan pengemis atau peminta sedekah. Tolonglah jangan ganggu kami lagi, berilah kamiruang untuk bertenang," rayunya. Sumber itu turut menafikan Yana mempunyai 'kabel orang dalam' dan merupakan ahli Puteri Umno seperti yang didakwa. "Perkara itu tidak benar dan disebarkan pihak tidak bertanggungjawab menerusi Facebook Yana FMC," katanya. Yana sebelum ini turut mencetuskan kontroversi apabila ramai pihak mengecam tindakannya selepas menyebarkan status di aplikasi WhatsApp menyatakan dia mempunyai kenalan pegawai polis berpangkat tinggi sehingga menimbulkan kemarahan masyarakat. Kelmarin, usaha Sinar Harian untuk menemui Yana di rumahnya di Jalan Pegawai, di sini, tidak kesampaian setelah ibunya memaklumkan wanita berusia 24 tahun itu tiada di rumah kerana berjumpa dengan keluarga mangsa nahas terbabit. Ibunya meminta Sinar Harian berjumpa ahli keluarganya termasuk Yana keesokan harinya (semalam) bagi membolehkannya berbincang dengan ahli keluarga yang lain berhubung hasrat wartawan mendengar penjelasan dan pengakuan daripada Yana sendiri tentang isu berkenaan. Bagaimanapun, Sinar Harian yang tiba di rumah keluarga Yana semalam hampa, selepas keluarganya mengambil keputusan enggan mengeluarkan sebarang kenyataan kepada media. Salah seorang jiran mereka yang enggan dikenali berkata, sejak peristiwa kemalangan itu, nama Yanatiba-tiba hangat diperkatakan. "Mulanya tak tahu, tapi anak saya ada tunjukkan Facebook dan laporan berita tentang Yana di surat khabar. Tapi, saya tak tahu perkara ini benar atau sengaja dibuat," katanya. Seorang rakan sekerja Yana yang enggan identitinya didedahkan berkata, Yana sebelum ini pernah membuat pengakuan dalam grup WhatsApp rakan sekerjanya, memaklumkan dia menjadi mangsa keadaan selepas kenyataannya yang dihantar dalam satu grup Whatsapp di 'screenshot' oleh salah seorang ahli grup berkenaan. Menurutnya, kenyataan Yana merujuk kepada 'orang dalam' juga bukan serius dan hanya dianggap sebagai mengusik kawan-kawannya dalam grup tersebut agar bertenang. "Kami simpati dengan apa yang berlaku kepada Yana. Dia ada beri penjelasan dia tak terlibat dalam kemalangan itu. Kita harap supaya pihak di luar sana berhenti daripada terus mengutuk dan menghukum Yana. "Cukuplah penderitaan yang dia terpaksa tanggung selama ini. Hentikanlah kritikan dan kutukan terutama di media sosial kerana ia mengeruhkan lagi keadaan," katanya. Rakannya itu juga turut menyifatkan Yana sebagai seorang rakan setugas yang baik dan bersikap lemah-lembut dalam pergaulan, selain aktif dengan setiap program yang dianjurkan kelab berkenaan. "Kenal dulu Yana, baru tahu dia macam mana, jangan tuding jari, tuduh macam-macam. Berilah dia peluang dan jangan menangguk di air keruh," katanya yang memaklumkan Yana tidak hadir bekerja sejak berita mengenainya tersebar. Puteri Umno nafi Puteri Umno Bahagian Sabak Bernam menafikan Yana mempunyai sebarang rekod keahlian di 35 cawangan Puteri bahagian itu . Ketuanya, Nor Farhana Alham berkata, hasil semakan pihaknya mendapati, Yana bukan ahli Puteri Umno bahagian, sebaliknya hanya mendaftar sebagai pengundi di Kampung Banting, Sabak Bernam. Menurutnya, wanita yang tinggal di Sabak Bernam itu dipercayai mendaftar sebagai pemilih dengan menggunakan alamat rumah datuknya. "Kami dah buat semakan nama dan nombor MyKad mendapati dia bukan ahli Puteri dan tidak pernah mendaftar sebagai ahli Puteri Umno Sabak Bernam dan Malaysia seperti yang ditegaskan Ketua Puteri Umno, Datuk Mas Ermieyati Samsudin sebelum ini," katanya. Nor Farhana berkata, Puteri Umno bahagian juga melahirkan rasa simpati kepada ahli keluarga mangsayang terlibat dalam kemalangan itu dan berharap agar tindakan tegas diambil terhadap individu yang menjadi punca kematian tiga beranak dalam kemalangan terbabit. "Mereka terlibat dalam kejadian itu perlu dihadap ke muka pengadilan bagi memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya lain," katanya. Dalam kejadian Sabtu lalu, Allahyarham Fairuz Nizam Husain, 35; serta isteri, Nova Safitri Azhari, 27; dan bayi mereka, Nur Firuza Annisa yang berusia tujuh bulan maut setelah kenderaan dinaiki mereka berlanggar dengan dua Perodua Myvi sebelum terbalik. | ||
Posted: 08 May 2015 01:41 AM PDT Hahasrin Hashim JOHOR BAHRU - Pemuda Umno Johor berpendirian bahawa presiden parti perlu bertindak segera memperjelas dan menyelesaikan banyak isu berbangkit dan yang terbaharu membabitkan pembelian tanah 1MBD oleh Tabung Haji (TH).Ketua Pemudanya, Hahasrin Hashim menjelaskan mereka dihujani keluhan dan keresahan akar umbi akibat pelbagai isu yang terutamanya membabitkan tindakan TH yang dilihat cuba 'menyelamatkan' 1MDB yang semakin nazak. Menurut beliau, sayap Pemuda sentiasa dahagakan penjelasan dan perlu bersuara agar Umno akan terus kekal relevan. "Isu tekanan kos sara hidup akibat kegagalan pengurusan kawalan harga barang, polemik isu pengurusan 1MDB, isu GST yang umumnya bersetuju tentang kebaikannya tetapi pelaksanaan yang tidak tersusun, dan isu pembelian aset Tabung Haji perlu ditangani agar tidak terus menjadi persoalan yang tiada noktahnya. "Keadaan ini tidak seharusnya berterusan kerana rakyat secara umum akan terkesan dan tempiasnya juga akan dirasai Umno serta Barisan Nasional," katanya. Hahasrin berkata, Pemuda Umno Johor tidak mahu parti itu ditolak rakyat hanya atas sebab tindakan dan keputusan sesetengah pemimpin yang tidak dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik. Kata beliau lagi, isu berbangkit ini melibatkan soal integriti kepimpinan, kepercayaan dan sokongan rakyat kepada Umno dan kerajaan hari ini. "Sebagai seorang pemimpin yang telah diamanahkan oleh rakyat, amanah ini harus dipertanggungjawabkan sebaik mungkin. "Tiada makna jika segala dasar baik dan nikmat pembangunan ekonomi yang selama ini Umno juarai tidak dapat dirasai oleh rakyat sebaliknya menjadi punca liabiliti serta polemik kepada pentadbiran negara," ujarnya lagi. Menurut Hahasrin lagi, Pemuda Umno Johor bersuara atas dasar kebertanggungjawaban dan amanah yang diberi oleh masyarakat kepada mereka sebagai pemimpin anak muda. "Pemuda Umno Johor amat berharap agar suatu penyelesaian yang konkrit dapat dilaksanakan dengan kadar segera. "Kami percaya sebagai bapa, presiden tidak akan terus menerus membiarkan semua ini berterusan dan bertindak sebaiknya untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada Umno dan kerajaan Barisan Nasional," katanya. | ||
Harap Husam, Ahmad tolak pencalonan Posted: 08 May 2015 01:39 AM PDT KUALA TERENGGANU - [KEMASKINI] Pas Terengganu mengharapkan tiada sebarang pertandingan jawatan presiden dalam pemilihan parti itu menjelang Muktamar Tahunan Pas, bulan depan. Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat menggambarkan kepimpinan presiden sedia ada sebagai terbaik dan berharap dua calon lain yang layak bertanding di peringkat jawatan presiden iaitu Naib Presiden, Datuk Husam Musa dan bekas Naib Presiden, Ahmad Awang menolak pencalonan berkenaan. Beliau berharap kedua-dua mereka bijak mengambil keputusan memandangkan Abdul Hadi ketika ini sudah jauh mendahului dengan angka pencalonan begitu besar berbanding Husam dan Ahmad. "Melalui pencalonan itu sebenarnya kita sudah dapat lihat isyarat yang diberi oleh perwakilan peringkat kawasan, tetapi terserah kepada empunya diri untuk bertanding atau tidak. Harapan kita supaya tiada pertandingan. "Kita harap mereka tengok pencalonan dan nilai (jumlah) pencalonan yang diberi. Ia sudah cukup memberi isyarat daripada perwakilan," katanya kepada Sinar Harian, di sini. Dalam laporan Sinar Harian Rabu lalu, tiga daripada empat nama dicalonkan melalui pemilihan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan layak bertanding bagi jawatan Presiden Pas. Antara nama melepasi had kelayakan bertanding adalah Husam dan Ahmad. Dalam kenyataan terbaharu, Ahmad memberitahu bahawa beliau mahu tunggu surat rasmi dikeluarkan sebelum membuat keputusan sama ada menerima atau menolak pencalonannya untuk bertanding jawatan presiden parti itu pada pemilihan bulan depan. Sementara itu, Satiful Bahri berkata, di Terengganu, semua perwakilan di lapan kawasan mencalonkan Abdul Hadi sebagai presiden dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai timbalan presiden. Menurutnya, keadaan itu bukan hanya berlaku di negeri ini tetapi juga sebahagian besar kawasan di negeri lain kerana gabungan kedua-duanya cukup menggambarkan bahawa Pas benar-benar menyokong dan mendukung kepimpinan ulama. "Saya rasa kepimpinan ulama diberi isyarat jelas untuk jadi teras kepada kepimpinan selari dengan prinsip perjuangan Pas," katanya. | ||
Isu TH: Makcik, pakcik di kampung mengeluh Posted: 08 May 2015 01:37 AM PDT SHAH ALAM – Rentetan kontroversi pembelian hartanah 1MDB oleh Lembaga Tabung Haji (TH) yang didedahkan semalam didakwa memberi kesan kepada golongan pencarum TH terutamanya yang tinggal di luar bandar. Menurut Abdul Razak Ismail, 61, yang berasal dari Gerik, Perak, beliau terkejut dengan berita tersebut, kerana risau akan duitnya di dalam Tabung Haji. "Pak cik terkejut dan kecewa dengan berita tersebut…apa yang dikesali adalah bila didedah di media barulah TH hendak mengakuinya. "Kenapa TH tidak maklumkan awal-awal mengenai ke mana duit pelaburan pencarum, sebab bila ada berita-berita negatif macam ini kami orang-orang kampung risau, bukan senang nak kumpul duit pergi menunaikan haji. "Itu adalah amanah daripada orang-orang yang hendak melabur untuk pergi ke tanah suci Makkah," katanya ketika dihubungi Sinar Online. Mengulas lanjut Abdul Razak berkata lagi satu perkara yang merunsingkannya adanya penglibatan orang politik di dalam Tabung Haji. "Tidak sesuai orang politik campur tangan dalam agensi kerajaan, ia akan wujud konflik dalaman, pak cik memang tak setuju sangatlah, kalau boleh berilah orang lain seperti orang ekonomi ke yang tiada kepentingan dalam parti politik," katanya. Manakala menurut Mazidah Abd Ghani, 28, yang berasal dari negeri utara tanah air turut senada dengan Abdul Razak. Katanya rata-rata orang kampung yang ditemuinya ketika berbual mengenai perkara itu meluahkan perasaan kecewa. "Saya meniaga di kampung, bila ada yang datang kedai bila cakap pasal perkara ini rata-rata luahkan perasaan kecewa dan risau. Mereka kata sepatutnya tabung haji tidak patut terpalit dengan kontroversi ini. "Mereka risaulah sebab pembelian itu katanya dilakukan bulan April lalu, kalau TH benar-benar ingin menjaga kepentingan pencarumnya dedahkanlah awal-awal mengenai perkara tersebut, biar TH dilihat telus dan amanah," katanya. Sementara itu menurut Miah Abd Majid, 58, yang juga berasal dari Perak berkata, dia sendiri tidak kisah sekiranya TH ingin membuat pelaburan namun biarlah pelaburan itu yang benar-benar 'menjaga amanah pencarum'. "Saya tidak kisah kalau TH ingin membuat pelaburan, pada saya satu pelaburan yang baiklah tetapi sekiranya pihak TH sendiri kurang pasti saya rasa sesuatu yang merugikan dan tidak baiklah. "Sebab duit itu amanah pencarum, kami orang kampung memang kadang-kadang tak berapa faham, tetapi kami baca juga surat khabar , jadi kami harap TH jagalah amanah orang-orang kampung," katanya yang pernah menunaikan haji sekali sebelum ini. Manakala menurut Rohani Mad Saad pesara ,58, yang berasal dari Negeri Sembilan turut meluahkan perasaan kecewa berkenaan isu tersebut. "Sepatunya duit itu tidak boleh disalahgunakan oleh pihak yang tertentu atas kepentingan peribadi. "Kami takut juga, sebab bukan senang nak simpan duit untuk pergi haji," katanya yang pernah menunaikan umrah sebelum ini. Sementara menurut Nor Riza Mohd Yusof, 49, yang merupakan seorang penduduk kampung yang berasal dari Kelantan dia benar-benar tidak berpuas hati dengan penglibatan TH dengan pembelian tanah 1MDB. "Dengar pasal 1MDB pun sudah menakutkan saya, harap-harap TH buat pelaburan yang betullah, jangan dok pusing pula, risau saya dibuatnya," katanya. Isu membabitkan Lembaga Tabung Haji menjadi kontroversi apabila dikatakan terlibat dengan pembelian meragukan dalam 1MDB , namun dinafikan oleh pihak TH dalam satu sidang media semalam. | ||
KJ: Kementerian Kewangan, TH sila jelaskan! Posted: 08 May 2015 01:32 AM PDT Khairy Jamaluddin SHAH ALAM – Pemuda Umno menuntut penjelasan daripada Kementerian Kewangan dan Lembaga Tabung Haji (TH) berhubung pembelian tanah Tun Razak Exchange (TRX) bernilai RM188.5 juta yang mendapat tumpuan umum, semalam. Melalui satu kenyataan media, Ketuanya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengakui pihaknya bimbang dengan isu pembelian tanah TRX itu. "Yang menjadi pertikaian dalam pembelian tanah TRX ini adalah cara bagaimana transaksi ini dilaksanakan. Di sini Pemuda Umno memohon penjelasan daripada pihak Kementerian Kewangan dan juga TH dalam beberapa perkara. "Pemuda Umno menggesa agar soalan-soalan ini dijawab dengan segera. Tujuan soalan-soalan ini ditanya adalah untuk mendapat pencerahan yang lebih lanjut memandangkan pembelian yang dibuat oleh TH ini telah menimbulkan pelbagai spekulasi yang mengundang kemarahan rakyat. "Umum mengetahui isu 1MDB ini sudah menjadi semakin runcing. Pemuda Umno amat risau sekiranya institusi seperti TH digunakan untuk menyelamatkan 1MDB. Sebarang usaha untuk menyelamatkan 1MDB yang boleh merugikan rakyat tidak boleh diterima," katanya. Semalam, Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Johan Abdullah mengesahkan badan berkanun itu telah membeli sebidang tanah bernilai RM188.5 juta di TRX milik 1MDB bagi pembangunan sebuah menara kediaman namun menafikan pembelian Signature Tower melibatkan kos RM 578 juta. Antara persoalan yang dibangkitkan Pemuda Umno termasuk membangkitkan bagaimana wang hasil jualan tanah itu akan digunakan. "Berapakah harga yang dibayar oleh 1MDB untuk tanah keseluruhan TRX dan daripada itu berapa harga yang dibayar oleh 1MDB secara pro rata bagi tanah yang dijual kepada TH sebesar 1.56 ekar ini? "Apakah benar perancangan awal sebelum tanah TRX dijual kepada 1MDB, adalah untuk kerajaan menjual tanah ini kepada Pelaburan Hartanah Berhad, iaitu sebuah syarikat di bawah Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera yang ditubuhkan untuk meningkatkan pemilikan hartanah di kalangan masyarakat Bumiputera? "1MDB akan menerima RM188.5 juta daripada penjualan tanah ini kepada TH. Duit ini akan diguna untuk tujuan apa?," ujarnya. Dalam kenyataan sama, beliau turut membangkitkan beberapa persoalan untuk dijawab TH. "Tidakkah berlaku satu konflik kepentingan dalam transaksi ini memandangkan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Tan Sri Ismee Ismail, juga merupakan Ahli Lembaga 1MDB? Apakah wujud konflik kepentingan lain yang melibatkan pegawai kanan TH dalam transaksi ini? "Adakah benar, diskaun yang kononnya diberi oleh 1MDB dalam penjualan tanah ini sebenarnya ditawarkan kepada TH atas persetujuan TH membayar 100 peratus daripada harga tanah ini sebaik sahaja Perjanjian Jual Beli (SPA) dimeterai? Sekiranya tidak, bilakah pembayaran penuh untuk tanah ini akan diselesaikan? Adakah TH pernah menyelesaikan pembayaran 100 peratus bagi mana-mana bidang tanah yang dibeli sebaik sahaja SPA ditandatangani sebelum ini? "Apa asas penilaian yang dibuat oleh Panel Pelaburan TH yang meluluskan pembelian ini? Apakah benar laporan risiko yang dibuat merumuskan pelaburan ini sebagai berisiko tinggi? Apakah benar pembelian bidang-bidang tanah yang dibuat di kawasan berhampiran dibeli pada harga yang lebih redah daripada apa yang dibayar oleh TH untuk tanah ini?," tanyanya. | ||
Mufti bangkit soal Jho Low, Rosmah Posted: 07 May 2015 05:16 PM PDT MALAYSIAKINI Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin berharap agar kerajaan akan dapat menjelaskan dakwaan mengenai pembelian tanah 1Malaysia Development Bhd (1MDB) oleh Tabung Haji. Katanya, perkara itu semakin mendesak kerana isu berkaitan yang dibangkitkan mengenai 1MDB juga sehingga kini masih belum dijawab oleh kerajaan. "Ini isu masa depan saya dan negara saya. Saya harap pemimpin utama negara ini dapat memberikan satu jawapan yang boleh menghilangkan kerisauan rakyat ini. "Isu 1MDB yang dibangkit oleh Tun Mahathir (Mohamad) yang membabitkan kehilangan puluhan billion yang masih misteri," katanya. Selain itu, Mohd Asri turut membangkitkan persoalan mengenai peranan jutawan Jho Low yang turut dikaitkan dengan 1MDB sebelum ini. "Jho Low pula kelihatan tersenyum mewah di sana-sini. Mengapa dia begitu kebal dan utuh? "Media antarabangsa pula tidak henti-henti melaporkan kemewahan luar biasa wanita tertentu. Benarkah begitu? Rakyat pula terbeban dengan kenaikan harga barang," katanya. Walau tidak menyebut nama mana-mana individu secara khusus, wanita dengan kemewahan luar biasa itu beliau dipercayai merujuk kepada isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Rosmah sebelum ini menjadi tumpuan laporan yang mempersoalkan kemewahannnya. Tabung Haji hari ini mengesahkan membeli sebidang tanah kepada Tabung Haji dengan harga RM188.5 juta. Ketua pegawai eksekutif lembaga Tabung Haji, Datuk Johan Abdullah mengesahkan pembelian tanah di tapak Tun Razak Exchange (TRX). Menurutnya, pembelian itu berkenaan akan digunakan untuk membangunkan satu bangunan kediaman. Katanya, Tabung Haji menerima diskaun dari nilai harga semasa yang dikemukakan oleh satu jurunilai hartanah bebas. | ||
Umno arah ahli protes di gereja beri penjelasan Posted: 07 May 2015 05:14 PM PDT MALAYSIAKINI Umno telah mengarahkan ahli-ahlinya yang menyertai protes terhadap sebuah gereja, supaya memberi penjelasan bertulis berhubung tindakan mereka itu dan mengingatkan mereka bahawa Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum. Menurut Setiausaha Agung Umno, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor, "kurang daripada lima" ahli Umno terlibat dalam protes pada 19 April itu di Taman Medan. Beliau memberitahu Malaysiakini bahawa ibu pejabat parti itu telah mengeluarkan surat tersebut, yang serupa dengan surat tunjuk sebab. Katanya, surat itu menyatakan apa juga yang mereka mahu lakukan, mereka mesti ingat bahawa Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum. Antara mereka yang menerima surat tersebut ialah Datuk Abdullah Abu Bakar - yang juga abang Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar - dan bekas ketua Wanita Umno Petaling Jaya Selatan, Munaliza Hamzah. Polis telah pun membersihkan Abdullah, yang juga ketua cawangan Umno Jaya Taman Lindungan, dengan alasan beliau hadir di situ sebagai orang tengah antara peserta protes dan pihak gereja berkenaan. Sementara itu, Tengku Adnan berkata ahli berkenaan juga diingatkan bahawa rakyat Malaysia melihat Umno sebagai parti yang menerajui negara. Menurutnya, jawapan mereka akan dirujuk kepada Lembaga Disiplin. Jika ada unsur disiplin, tambahnya, maka lembaga akan mengambil tindakan lanjut. Kira-kira 50 orang berhimpun di luar sebuah gereja di Taman Medan, menuntut supaya tanda salib di premis itu diturunkan kerana dianggap mengganggu orang Islam. Pihak polis telah menyiapkan siasatan kes itu di bawah Akta Perhimpunan Aman dan Kanun Keseksaan. | ||
Kemenangan Kak Wan, bukti UMNO-BN menuju kehancuran – Steven Sim Posted: 07 May 2015 05:12 PM PDT Roketkini.com PERMATANG PAUH: Pengarah Pilihanraya DAP pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh, Steven Sim Chee Keong menyifatkan kejayaan Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah kemenangan yang amat bermakna untuk Pakatan Rakyat (PR). Steven berkata, kejayaan mengekalkan kerusi parlimen ini adalah amat manis dan berasaskan tiga perkara. Pertama katanya, ia menunjukkan bahawa prestasi keseluruhan PR sentiasa utuh apabila berjaya mengekalkan peratusan undi pada 2013. "Ini menunjukkan bagaimana momentum kelangsungan PR masih ada dan sentiasa utuh," katanya ketika ditemui di Pusat Pengiraan Undi IKBN Bukit Mertajam malam tadi. Kedua menurut Steven, ia juga adalah kemenangan bersama ketiga-tiga parti dalam PR iaitu PKR, PAS dan DAP. "Ini jelas menggambarkan bahawa PR masih relevan, dan penyokong-penyokong kami, ahli-ahli PR hendak kita bersama serta terus dalam satu koalisi untuk memperjuangkan hak rakyat. "Tanpa usaha ketiga-tiga komponen, kejayaan ini tidak mungkin akan berlaku," ujarnya. Tambah Ahli Parlimen Bukit Mertajam itu lagi, kemenangan di Permatang Pauh selain kejayaan menurunkan majoriti di Rompin juga merupakan tamparan hebat kepada UMNO-BN yang nyata menuju ke arah kehancuran menjelang PRU akan datang. "Rakyat telah bersuara dengan lantang menentang dasar zalim terutamanya dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) serta kepincangan pentadbiran UMNO-BN dan masalah hutang berbilion ringgit 1MDB," ujar Steven. – Roketkini.com | ||
Husam: TH mengaku selamatkan 1MDB Posted: 07 May 2015 05:09 PM PDT MALAYSIAKINI Naib presiden PAS Datuk Husam Musa berkata pengakuan Tabung Haji hari ini menunjukkan wang caruman sememangnya digunakan untuk menyelamatkan firma pelaburan 1Malaysia Development Bhd (1MDB). Husam berkata, pengakuan Tabung Haji hari ini juga bercanggah dengan kenyataan asal oleh pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, yang menafikan mengenai pembelian tanah milik 1MDB. "Pembelian ini membuktikan Tabung Haji telah digunakan untuk menyelamatkan 1MDB secara kecil kecilan. "Ini membuktikan 1MDB dalam keadaan yang amat tersepit sehingga terpaksa melibatkan institusi kewangan negara yang lain untuk menyelamatkan kedudukannya dan ini amat membimbangkan. "Saya berpendapat pencarum berhak membantah tindakan Tabung Haji dipergunakan sesuka hati untuk menyelamatkan 1MDB," kata Husam. Pengerusi lembaga berkenaan sepatutnya sudah tahu mengenai butiran transaksi berkenaan, katanya lagi yang mahu Abdul Azeez meletak jawatan. "Adakah pengerusi Tabung Haji cuba berbohong? "Jika beliau sudah mengetahuinya melalui mesyuarat lembaga Tabung Haji kenapa semalam beliau menafikannya kecuali jika beliau mempunyai niat yang tidak baik. Tak layak pimpin Tabung Haji "Pemimpin seperti ini tidak layak mempengerusikan lembaga sebesar Tabung Haji yang menguruskan dana awam yang besar. Saya mencadangkan beliau meletakkan jawatan pengerusi Tabung Haji," katanya. Menurut Husam lagi, pengakuan Tabung Haji hari ini juga menunjukkan bahawa tanah berkenaan tetap dijual dengan harga yang berlipat kali ganda. "Pada awalnya, 1MDB hanya mendapat plot pertama dengan harga RM4 juta daripada kerajaan dan kini Tabung Haji perlu membayar RM188.5 juta kepada syarikat 1MDB," katanya. Husam juga membangkitkan semula maklumat lain berhubung pembelian tanah tersebut yang dibocorkan dalam satu blog semalam. Blog tersebut antara lainnya menyebut, Tabung Haji disyaratkan untuk membayar sepenuhnya harga tanah tersebut sebaik sahaja perjanjian ditandatangani. Menurut Husam, beliau bimbang syarat tersebut mungkin akan memberi ruang untuk perbuatan pecah amanah ke atas wang caruman pendeposit Tabung Haji. | ||
Bayi meninggal tercerut kain buaian Posted: 07 May 2015 05:07 PM PDT MALAYSIAKINI Seorang bayi lelaki berusia 10 bulan meninggal dunia akibat terjerut kain buaian di rumah keluarganya di Taman Century Garden di Johor Bahru kelmarin. Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, Supt Abdul Wahib Musa berkata Brian Lim meninggal ketika ibunya mahu menghantar bayinya ke klinik berhampiran kira-kira 4.30 petang. "Sebelum kejadian, ibunya memberi makan kepada ketiga-tiga anaknya sebelum menyuruh mereka masuk tidur di bilik utama. Mangsa diletakkan dalam kain buaian. "Setelah itu dia masuk ke dapur membuat kerja rumah dan setelah selesai, dia masuk semula ke bilik berkenaan namun mendapati mangsa telah terjatuh ke bahagian lapis sarung nyamuk kain buaian itu dengan kepalanya tergantung keluar," kata Abdul Wahib yang dihubungi Bernama semalam. Beliau berkata panik dengan kejadian itu, ibu berkenaan terus mengangkat badan anaknya itu namun mendapati mangsa tidak lagi bergerak. "Dia cuba menyelamatkan anaknya dengan memanggil ambulans untuk ke klinik berhampiran. Namun apabila ambulans sampai, mangsa sudah tidak bernyawa. "Suaminya yang sedang bekerja di Singapura sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu," kata Abdul Wahib. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a)Akta Kanak-Kanak 2001. - Bernama | ||
BN terima apa sahaja keputusan rakyat Posted: 07 May 2015 05:06 PM PDT Musa Sheikh Fadzir PERMATANG PAUH - Umno dan BN akan teruskan perjuangan di Permatang Pauh, walaupun pengundi di kawasan ini menolak mereka dalam PRK Permatang Pauh, kali ini. Setiausaha Umno Pulau Pinang dan juga Ketua Umno Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, walaupun berasa kecewa atas penolakan rakyat Permatang Pauh, namun dalam perjuangan tidak boleh kecewa. "Kita akan teruskan berjuang dan membela nasib rakyat Permatang Pauh, sekaligus menerima keputusan rakyat yang menentukan wakil rakyat mereka. "Umno dan BN akan memperbaiki apa juga kelemahan dari masa ke masa dengan menjalankan 'post-mortem' kenapa pengundi menolak BN dalam PRK Permatang Pauh, walaupun jentera BN bekerja kuat sepanjang tempoh berkempen, "katanya, ketika ditemui di Bilik Gerakan BN, di sini, malam ini. | ||
Posted: 07 May 2015 05:03 PM PDT MALAM kelmarin, di sebuah restoran di Dataran Otomobil, Shah Alam, saya memesan murtabak. Pelayan yang saya percaya warga India itu mengangguk. Dalam beberapa saat kemudian, saya terperasan ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku. Mana tidaknya. Pelayan itu menuju ke arah dapur tomyam sedangkan tempat murtabak di arah sebelah kanan. Sah, dia tidak faham bahasa rupanya. Seorang pelayan lain yang berdiri tidak jauh dari saya juga perasan apa yang berlaku kepada rakannya itu, lantas dia memanggil dan beritahu, tukang masak tomyam tidak tahu buat murtabak dan dia harus ke meja tukang murtabak di sebelah kanan. Pelayan yang kedua itu kemudian bertanya, "minum abang sudah mintak?" "Belum, bagi saya dragon fruit juice ..." Dia membalas tetapi sebutannya agak kurang jelas. Dia seperti mahu mengajuk sebutan saya tetapi yang kedengaran 'tiger fruit juice'. Katanya, "tiger fruit juice tidak ada." Saya langsung tunjuk menu sambil dalam hati berbisik, "kau pun 2x5 juga!" Dia kemudian bertanya seseorang tentang minuman yang saya minta. Orang Indonesia rupanya pelayan yang kedua itu. Mulanya saya sangka dia orang tempatan. Tidak lama kemudian, murtabak siap. Saya tanya kepada si tukang hantar, mana bawang besar dalam cuka bersirap yang biasa dihidang dengan murtabak. Sekali lagi pelayan itu kebingungan hingga terpaksa panggil tukang buat murtabak sendiri datang ke meja saya. Saya ulang tanya soalan yang sama kepada tukang buat murtabak. Terkejutnya saya apabila dia sebaliknya bertanya, "itu bawang mau taruk kicap ka?" Saya kata, "bukan kicap tapi cuka, vinegar!" "Oh! Saya tak tau ooo...," katanya mengaku. Pada suatu pagi, di sebuah restoran di Kota Damansara, saya ditanya pelayan warga India apa yang saya mahu untuk makan dan minum. Saya beritahu, roti canai dan teh. Kemudian dia bertanya lagi, "makan?" Saya tanya dia semula, "itu roti canai bukan untuk makankah?" Ternyata dia tidak tahu apa yang dia cakap dengan saya dan apa yang saya cakap dengan dia melainkan setiap patah perkataan dihafalnya sahaja. Apabila dia 'kehilangan', dia tidak teragak-agak untuk bertanya semula tanpa masalah dan tanpa rasa bersalah. Mujur seorang lelaki India yang sedang makan di sebelah meja saya terangkan semula kepada pelayan itu dalam bahasa Tamil. Kalau tidak mungkin dia akan terus bertanya saya makan, minum, makan, minum entah berapa kali! Dua tiga tahun lalu, ada sebuah restoran mamak di Shah Alam yang saya kunjungi hampir setiap hari. Kadang kala dalam sehari sampai dua atau tiga kali. Makanannya sedap, harga pun berpatutan tetapi selepas satu peristiwa, pijak kaki lima kedai itu pun saya tidak pernah, sampai sekarang. Alkisahnya, pada satu malam, saya minta nasi goreng sardin. Si pelayan warga Bangladesh bertanya saya semula, "roti sardin?" Saya jawab, "bukan, saya mahu nasi goreng sardin!" Dengan tidak semena-mena, dia ketawakan saya. Bersungguh-sungguh pula ketawanya. Dengan nada mengejek dia berkata, "nasi goreng sardin mana ada! Roti sardin ada la...." sambil menunjuk ke arah menu di dinding. Darah menyerbu naik ke muka. Malunya saya. Terasa sangat diperbodohkan oleh orang asing itu. Kemudian dengan suara yang kuat juga, saya kata: "Ini negara saya, saya tahu apa yang ada, apa yang tidak ada di negara saya. Awak tu datang tumpang cari makan, jangan nak berlagak! Kalau tak ada (makanan yang saya minta) di kedai ini, cakap saja tak ada. Mengapa nak ketawakan saya?" Terus masam manis, masam manis mukanya. Saya suruh dia pergi dan panggil pelayan lain datang ambil pesanan saya. Yang datang itu, lebih senior agaknya berkali-kali minta maaf sambil mengutuk kebiadaban rakannya itu. Semasa bayar, saya beritahu pengurus kedai itu mengenai sikap kurang ajar stafnya. Apa yang buat saya bertambah sakit hati ialah dia bukan minta maaf malah berkali-kali membela anak buahnya itu atas alasan "dia tidak faham bahasa Melayu." Saya kata, tidak faham bukan masalah tetapi yang saya tidak puas hati kerana dia ketawakan saya seolah-olah saya orang bodoh yang tidak tahu apa-apa, di hadapan orang ramai pula. Inilah kehidupan kita di tanah air tercinta ini. Warga asing yang tidak faham sepatah pun bahasa kita, masih boleh datang dan bekerja, di barisan hadapan pula. Saya bukan anti warga asing tetapi terfikir, kalau kitalah...jika hanya tahu berbahasa Melayu, sanggupkah berusaha sebegitu rupa, merantau ke negara orang untuk cari makan? Rasanya, ini tidak akan berlaku kepada orang kita, juga tidak berlaku di negara lain melainkan hanya di Malaysia. | ||
Nur Fitri 'sakit' dan perlu pemulihan Posted: 07 May 2015 04:49 PM PDT SINAR HARIAN Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim (hadapan, kiri) bergambar bersama kakitangan Restoran McDonald's selepas pelancaran Program Buku Happy Meal di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Bernama PETALING JAYA - Nur Fitri Azmeer Nordin, pelajar Malaysia yang dikenakan hukuman penjara lima tahun oleh mahkamah di London kerana memiliki imej dan gambar porno kanak-kanak disifatkan sebagai seorang yang 'sakit' dan memerlukan pemulihan. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata pelajar tajaan Mara itu telah melakukan jenayah yang hina dan serius. "Kita sangat terkilan dengan apa yang telah dilakukan oleh pelajar tersebut kerana ia sudah tentunya mencemarkan nama baik negara. "Dalam aspek itu dia sakit. Dia perlukan bantuan dan perlu menjalani pemulihan, kaunseling, rawatan dan pemerhatian psikiatri," katanya dan menambah pelajar itu tidak boleh dibiarkan bebas dalam kalangan masyarakat. Beliau berkata demikian selepas merasmikan buku program 'Mcdonald's Happy Meal' di premis Mcdonald's, Kota Damansara di sini hari ini. Rohani berkata kementeriannya sanggup memulihkan Nur Fitri Azmeer, 23. "Kita mempunyai kaunselor terlatih. Ia bukan sahaja untuk Nur Fitri (Azmeer) tetapi buat keluarganya yang juga trauma," katanya. Pelajar Imperial College London itu dijatuhkan hukuman setelah mengaku bersalah atas 17 kesalahan memiliki bahan pedofilia dengan niat untuk mengedarkannya. Dia akan dihantar pulang ke Malaysia selepas selesai menjalani hukuman. Mengenai penggunaan tempat duduk bayi dalam kereta bagi mengelak kematian bayi semasa kemalangan, Rohani berkata kementeriannya menggalakkan ibu bapa menyediakan sekurang-kurangnya satu tempat duduk bayi. "Kita perlu ambil iktibar daripada apa yang berlaku baru-baru ini (kemalangan di Lebuhraya Duke dan Lebuhraya Utara-Selatan di Johor Bahru). Kita labur sekali sahaja untuk beli satu tempat duduk kanak-kanak dan selepas itu ia boleh digunakan turun temurun untuk anak-anak yang lain," katanya. Beliau berkata walaupun belum terdapat undang-undang atau peraturan mengenainya, ibu bapa perlu mengambil tanggungjawab bagi memastikan keselamatan anak-anak mereka. Mengenai program Happy Meal itu, katanya ia adalah usaha baik untuk menggalakkan anggota keluarga untuk bersama dan menikmati keseronokan membaca. – Bernama | ||
PKR kekal di Permatang Pauh, majoriti menurun Posted: 07 May 2015 04:47 PM PDT Calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail disambut kepimpinan PR ketika tiba di Dewan IKBN Bukit Mertajam, malam ini. - Foto Sinar Harian oleh MOHD ISKANDAR OTHMAN PERMATANG PAUH - PKR mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh dengan kemenangan selesa walaupun majoriti menurun kepada 8,841 undi. Calon PKR, Datuk Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memperolehi 30,316 undi manakala calon BN, Suhaimi Shabudin mendapat 21,475 undi, manakala undi rosak sebanyak 254. Dua lagi pencabar Wan Azizah iaitu calon Bebas, Salleh Isahak dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Azman Shah Othman, masing-masing memperolehi sebanyak 367 dan 101 undi. Walaupun jumlah keluar mengundi merosot berbanding PRU13, namun PKR berjaya menambah undi Melayu sehingga lima peratus. Pengumuman rasmi dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK Permatang Pauh, Jusni Ismail pada jam 10.15 malam ini. Terdahulu, bermula jam 8 pagi, sebanyak 25 pusat mengundi dengan 130 saluran dibuka bagi membolehkan 71,252 pengundi melaksanakan tanggungjawab mereka. Peratusan keluar mengundi pada PRK Permatang Pauh lebih rendah iaitu 74 peratus berbanding 88.52 peratus pada PRU13 di kawasan sama. Pada PRU13 lalu, peratus keluar mengundi di Parlimen Permatang Pauh ialah 88.52 peratus daripada 71,699 pengundi berdaftar. PRK Permatang Pauh diadakan berikutan penyandangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman penjara lima tahun selepas mahkamah Persekutuan mendapati beliau bersalah dalam kes liwat II. Pada PRU13, Anwar yang juga bekas ketua pembangkang mengalahkan calon BN, Dr Mazlan Ismail dengan majoriti 11,721 undi. | ||
PRK Permatang Pauh paling ganas buat SPR Posted: 07 May 2015 04:45 PM PDT SINAR HARIAN Pasukan Unit Polis Simpanan Persekutuan mengawal Sekolah Kebangsaan Tanah Liat apabila berlaku ketegangan diantara penyokong Barisan Nasional dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada hari mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh di Bukit Mertajam hari ini. - Foto Bernama BUKIT MERTAJAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyifatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh sebagai yang paling ganas dengan banyak insiden provokasi antara penyokong parti-parti politik yang bertanding. Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata tindakan penyokong yang terlalu beremosi antara penyebab berlakunya perkara tidak diingini. "Sehingga hari ini, PRK ini yang paling buruk pernah saya alami dengan keganasan penyokongnya dan banyak insiden yang berlaku," katanya kepada pemberita selepas ditemui di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini, hari ini. Beliau berkata para penyokong pada PRK Permatang Pauh sangat agresif berbanding PRK Rompin, hingga menyebabkan ada yang cedera dan harta benda rosak. Mengenai mereka yang melanggar peraturan berkempen, Abdul Aziz berkata SPR akan menyerahkan perkara itu kepada polis untuk siasatan dan tindakan. Abdul Aziz berkata semua aduan yang diteriam SPR juga akan diserahkan kepada polis untuk disiasat. "Polis akan lakukan siasatan dan sekiranya mereka mempunyai bukti kukuh, kes itu akan diserahkan kepada AG (Pejabat Peguam Negara) untuk tindakan selanjutnya," katanya. Semasa proses pengundian tengah hari tadi, seorang pemberita dan seorang anggota polis cedera akibat 'perang' objek yang dibaling oleh penyokong kedua-dua pihak, selain kereta SPR turut dirosakkan. Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon BN Suhaimi Sabudin, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Azman Shah Othman (PRM) dan Salleh Isahak (Bebas). - Bernama |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan