Jumaat, 8 Mei 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


OSA melindungi penjenayah kolar putih?

Posted: 08 May 2015 06:00 AM PDT

Polis akan menggunakan Akta Rahsia Rasmi (OSA) berhubung pembocoran dokumen dalam urus niaga pembelian tanah di Tun Razak Exchange (TRX). Itulah yang dicanangkan oleh KPN Khalid Abu Bakar.

 Tabung Haji melaporkan kepada polis suruh siasat bagi mengenal pasti orang yang mendedahkan pekong Tabung Haji, berkaitan pembelian aset tersebut dari 1MDB.

 Ramai yang menganggap transaksi tersebut adalah arahan politik untuk menyelamatkan 1MBD yang sedang disiasat sekarang ini.

 Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berpendapat, pihak yang bertanggungjawab terlibat di dalam urusan tersebut perlu disiasat dengan telus dan jika mereka mempunyai integriti, mereka hendaklah meletakkan jawatan jika benar berlakunya transaksi kontroversi dan penuh risiko berkait 1MDB yang sedang disiasat sekarang ini. Untuk melihat barisan Pengurusan Kanan Tabung Haji sila klik di sini

Mohd Hilmi Radzuan Ketua Pemuda PAS Shah Alam melalui status di fesbooknya mendedahkan : Tiga perkara yang patut kita tahu. Conflict of interest..

  Tan Sri Ismee Ismail, 
CEO dan Pengarah Urusan Tabung Haji  
  merupakan ahli Lembaga Pengarah 1 MDB

 Dato' Johan Abdullah, 
Timb CEO dan Timb Pengarah Urusan Tabung Haji 
merupakan Pengerusi anak syarikat 1 MDB  
  iaitu 1MDB Edra Energy Sdn Bhd

      Ahli Panel Pelaburan Tabung Haji 
merupakan Ahli Panel Penasihat 1 MDB

Whistleblower's Act

Dalam sidang Parlimen 2hb Julai 2008, Nazri Abdul Aziz ketika menjawab soalan daripada ahli Parlimen Gombak, Mohd Azmin Ali mengenai penggubalan akta "Whistleblower's Act". Beliau berkata kerajaan sememangnya komited untuk merealisasikan akta tersebut untuk memberi perlindungan kepada pemberi maklumat dan juga saksi. 

 Ahli Parlimen Kawasan Gopeng Dr Lee Boon Chye mengalu-alukan penggubalan Whistleblower's Act dan menggesa dilakukan bersama dengan pemansuhan Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan penggubalan Akta Kebebasan Maklumat (Freedom Of Information Act) untuk membanteras gejala rasuah.

 "Langkah ini adalah untuk menjamin hak rakyat untuk mendapat maklumat dan meningkatkan ketelusan badan kerajaan. Ia juga memberi peluang untuk media dan rakyat dapat memantau kerajaan." terang Dr Lee di sini 

 Nazri pernah memberitahu, draf pertama Rang Undang-undang Perlindungan Saksi telah pun siap.Namun masih terdapat beberapa isu yang harus diselesaikan terlebih dahulu. Sehingga kini tiada berita mengenai perkembangan selanjutnya. Dan OSA masih tetap menjadi pelindung kepada pelaku jenayah kolar puteh untuk berleluasa.

 Pihak berkuasa dilihat lebih berminat untuk menyiasat identiti pemberi maklumat daripada menyiasat mereka yang terlibat dengan skendal yang melibatkan wang pencarum Tabung Haji.

 Apakah menjadi tugas utama PDRM untuk bersubahat dengan penjenayah kolar puteh? Tapi bila ada orang kata korang 'Barua Umno' melenting marah!

Selawat selawat juga, rembat tetap rembat!

Posted: 08 May 2015 01:17 AM PDT

Suka pakaian putih, buat jenayah pun suka jenayah kolar putih !
 Malam ni akan ada MAULID AKBAR SELAWAT PERDANA 2015 Bersama Habib Umar Bin Hafidz & Para Ulama Dari Dalam & Luar Negara; bertempat di Dataran Masjid Putra, Presint 1, Putrajaya.

Gambar atas tu adalah acara pada tahun lepas....kelihatan Habaib Najib dan Abdul Azeez ikut-ikutan berselawat bersama Syech Abd Kadir Assegaf.

Hebat sungguh PM Najib dan Abdul Azeez, pengerusi Tabung Haji yang hanya lulus SPM sahaja. Mereka nampak segak dan alim berpakaian serba putih hinggakan ramai yang tertipu dengan pakaian  pak lebai seperti ini. 

Tidak hairanlah kalau Presiden PAS, Hj Hadi juga turut terpedaya dengannya. Mungkin Hj Hadi tak perasan apa yang PM Najib pernah ucapkan di sini.

Salawat, salawat juga, rembat tetap rembat! Najib sedang kepanasan dengan isu 1MDB yang mencatat kerugian RM668.55 Juta disamping tanggung hutang RM41 Bilion.(Baca di sini)

Yang mamak Abdul Azeez pula pecah amanah, wang caruman Tabung Haji dia gunakan untuk  selamatkan 1MDB yang sedang nazak.

Menurut laporan, Tabung Haji membeli dua bidang tanah di Tun Razak Exchange (TRX). Salah satu daripadanya dibeli dengan harga RM194 juta (RM2,860 sekaki persegi), dan satu lagi, RM578 juta (RM3,900 sekaki persegi). Pada mulanya Azeez telah cuba menafikan dakwaan tersebut, tetapi jelas terkantoi!

Memang puak-puak ni suka pakaian putih mulus hinggakan buat jenayah pun suka jenayah kolar putih !

Bukti Haji Hadi seorang pemimpin yang lembab

Posted: 07 May 2015 06:00 PM PDT

Pemimpin Umno Datuk Abdullah Abu Bakar menerima surat tunjuk sebab dari ibu pejabat parti itu yang menuntut penjelasan berhubung pembabitan beliau dalam bantahan simbol salib di Taman Medan bulan lalu.

 Beliau, bagaimanapun enggan menjelaskan apa-apa mengenai perkara itu.

 Abdullah yang juga abang kepada Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata tiada keperluan untuk beliau menjelaskan apa-apa buat masa ini.Baca lagi di sini 

Tindakan Umno ini tentunya memalukan Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar yang pernah cuba membela abangnya itu, malah nak jadikan beliau sebagai hero pendamai kononnya! Baca entri saya di sini.

Perkara kedua, walaupun Umno parti bukan Islam macam PAS, ia berani bertindak terhadap ahlinya yang buat kalut begitu.

Kita masih menunggu tindakan PAS terhadap beberapa demo kalangan yang mengaku sebagai pro ulama. 

Ramai ahli akar umbi mahu melihat ketegasan Presiden PAS bertindak keatas sikap biadap sekumpulan ahli yang membuat sabotaj dan provokasi melampau terhadap kestabilan parti dan hubungannya dengan rakan tahallufnya. 

Antaranya demo yang lakukan oleh puak-puak ini ialah :


1) Demo mendesak beberapa AJK PAS Pusat letak jawatan oleh  Pemuda Kuantan yang dikepalai sendiri oleh Ketua Dewan Pemudanya, Fadhli Ibrahim pada 8 Februari lalu.



2) Demo  di Kampung Kubang Semang yang menghasut para pengundi PRK Permatang Pauh supaya menyokong Umno yang kononnya menyokong hudud.Ketua Penerangan PAS Bagan, Azmi Jaafar dilaporkan sebagai kepalanya.



3) Demo Depan Masjid Batu Kampung Pertama pada 1 Mei oleh sekumpulan yang sama, PAS Cawangan Bagan yang dikepalai oleh Azmi Jaafar.

Selagi PAS tidak mengambil tindakan yang wajar keatas gejala yang dilakukan sebagaimana di atas itu, keadaan pasti akan bertambah buruk di masa hadapan dan Hj Hadi dilihat seolah-olah merestui kelakuan biadab mereka itu.

Protes pemuda terhadap Timbalan Presiden, Hj Mohd Sabu sewaktu merasmikan Muktamar Pemuda yang lepas tanpa diambil apa-apa tindakan hingga ke saat ini, membuktikan kepada kita semua bahawa Hj Hadi adalah seorang pemimpin yang lembab.

Tiada ulasan: