DIALOG RAKYAT |
- [KEMASKINI] PKR dahului di 3 pusat undi, BN 1 setakat 7 malam
- Bertumbuk, Baling Kerusi, Maki Hiasi PRK Parlimen Permatang Pauh
- Murid SK Seksyen 9 sah positif H1N1
- Mengapa 'goods and services tax'?
- Makna ‘pesta’ dan kerosakan Umno dengannya
- Kesemua 25 pusat pengundian ditutup 5 petang
- Jurugambar bebas KL Express cedera dibaling batu
- GST tak pilih kaum mana jadi mangsanya
- Pilihan Raya Kecil : Ucapan Kazim Alias lebih bersifat politik
- Isu Jawatan Kosong Kerajaan 2015 : Bermula 22 April, Tiada Iklan dan Pengambilan Kakitangan Awam Baru Kecuali Jawatan Kritikal! Cuepacs Tak Puas Hati!
- Yana dan rakan didakwa pada Jumaat
- Pengurusan di Malaysia lemah-JobStreet
- Sarjan Wong’ tumpas di Permatang Pauh
- "Kiamat Sudah Semakin Dekat"
- Kecoh di Stadium Darul Makmur?
- SPR: Jumlah keluar mengundi lebih baik dari Rompin
- Buluh digantung mi segera
- TH sahkan beli hartanah di Tun Razak Exchange
- Ejen pengundian PKR awasi pengundi hantu
- Najib cari sokongan di Sabah
- Sultan: GST perkhidmatan k'jaan tak masuk akal
- Permatang Pauh: Ada berakhir di hospital
- Jangan emosi, 'boo' bukan budaya kita, kata SPR
- Beli tanah 1MDB: Tabung Haji ada jawapan
- 'Melayu lebih GST': MCA tuding jari pada Pakatan
[KEMASKINI] PKR dahului di 3 pusat undi, BN 1 setakat 7 malam Posted: 07 May 2015 05:39 AM PDT Oleh Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz PERMATANG PAUH: Keputusan tidak rasmi PRK Permatang Pauh setakat jam 7 malam, Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendahului di tiga pusat mengundi manakala Barisan Nasional (BN) di satu pusat mengundi. Berikut adalah keputusan tidak rasmi PRK Permatang Pauh: Telok Wang - BN 149, PKR 116 dari Saluran 1 PDM Sg Lembu – BN 52, PKR 150 dari Saluran 2 Telok Wang: BN 35, PKR 31 dari Saluran 2 Tanah Liat - BN 827, PKR 774 | |||||
Bertumbuk, Baling Kerusi, Maki Hiasi PRK Parlimen Permatang Pauh Posted: 07 May 2015 05:38 AM PDT Oleh: ARIFFUDDIN ISHAK BUKIT MERTAJAM: Insiden keganasan dan kekecohan antara penyokong pakatan pembangkang dan Barisan Nasional (BN) mencemari suasana Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh yang berlangsung pada Khamis. Bermula dengan 'perang mulut', ketegangan kedua-dua penyokong berkenaan akhirnya tidak terkawal hingga berlakunya insiden tumbuk-menumbuk. Lebih buruk apabila pegaduhan tersebut turut mencederakan seorang petugas media dari portal berita KLXpress, Mahathir Mohammad. Mangsa dipukul dalam kejadian kekecohan di luar pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Tanah Liat di sini. Selain itu kekecohan turut dikesan berlaku di bawah jejambat berhampiran pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Seri Penanti. Bagaimanapun penyokong daripada Pakatan Rakyat dan BN yang berkumpul di bahu jalan hanya berperang mulut hingga menyebabkan kesesakan teruk sepanjang empat kilometer. Sesekali kumpulan berkenaan bertindak agresif khususnya ketika sebuah kenderaan jenis Kancil dengan bendera PKR yang melintasi kawasan itu membawa replika mayat berbungkus kain putih. Tindakan provokasi itu mengundang kemarahan di kalangan penyokong BN. Namun tiada kejadian tidak diingini berlaku terhadap kenderaan terbabit. Kekecohan turut berlaku di beberapa lokasi lain seperti di Kubang Semang dan Guar Perahu namun berjaya dikawal oleh anggota polis. | |||||
Murid SK Seksyen 9 sah positif H1N1 Posted: 07 May 2015 05:22 AM PDT ANTARAPOS.COM SHAH ALAM: Jabatan Kesihatan Selangor mengesahkan seorang murid perempuan darjah dua Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 9, di sini positif Influenza A (H1N1). Pengarahnya, Dr S Balachandran, berkata setakat ini hanya seorang murid yang dikesan dijangkiti virus itu, manakala semua rakan sekelasnya tidak menunjukkan sebarang tanda mengalami simptom terbabit. "Bagaimanapun, ibu bapa digesa menghantar anak mereka menjalani pemeriksaan kesihatan sekiranya menghidap simptom seperti demam selsema atau influenza. "Kita juga menasihatkan ibu bapa di sekolah terbabit atau di seluruh negeri ini supaya tidak risau dengan perkembangan berkenaan. Pihak kami sentiasa mengambil serius keselamatan semua pihak. "Sebenarnya, jabatan kesihatan tidak lagi pantau H1N1 secara khusus lagi disebabkan cara dan tanda jangkitan serta risiko untuk mendapat jangkitan dan komplikasi akibat H1N1 adalah sama dengan penyakit influenza bermusim lain," katanya kepada pemberita disini. Beliau diminta mengulas mengenai status laman Facebook SK Seksyen 9 yang meminta ibu bapa untuk segera membawa anak mereka ke klinik jika mengalami demam, selsema dan batuk, termasuk tidak membenarkan anak hadir ke sekolah berikutan terdapat kes jangkitan virus H1N1 di sekitar Shah Alam. Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Selangor, Zainuren Mohd Nor, berkata meminta pengurusan SK Seksyen 9 memantau tahap kebersihan sekolah berkenaan, selepas seorang muridnya disahkan positif H1N1. "Saya juga mengarahkan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kesihatan Selangor untuk memantau perkara ini. Selain itu, kami juga masih menanti laporan siasatan oleh pihak jabatan kesihatan. "Saya difahamkan murid yang dijangkiti ini baru sahaja pulang dari luar negara. Apapun, kita tunggu pengesahan serta laporan penuh daripada Jabatan Kesihatan Selangor," katanya. | |||||
Mengapa 'goods and services tax'? Posted: 07 May 2015 05:20 AM PDT TANGGAL 1 April 2015, rakyat di negara kita sekali lagi menjadi kecoh, kerana dasar baharu berkaitan ekonomi diperkenalkan. Ada yang tak faham, ada yang faham, ada juga yang buat-buat faham. Justeru, pelbagai persepsi timbul dalam kalangan ahli masyarakat sehingga perkara itu menjadi bercelaru dan terkeliru. Malah, lebih menghiburkan kita lagi apabila GST dianggap dan diciptakan sebagai akronim yang melucukan. Perkara ini berleluasa dalam saluran media baharu seperti melalui 'Muka Buku' (Facebook) dan seumpamanya. Kesannya ialah ahli masyarakat menjadi bertambah keliru, walhalnya isu itu merupakan suatu dasar dan agenda utama negara. Mengapa hal ini demikian?. GST atau dalam bahasa Inggeris goods and services tax ialah sejenis cukai yang merujuk kepada apa-apa sahaja barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna mengandungi elemen cukai. Sebab itulah juga dikenali sebagai cukai kepenggunaan (consumption tax). Dalam erti kata yang lain, asasnya jauh lebih luas daripada cukai jualan dan cukai perkhidmatan (SST) yang digunakan sebelum ini. Terdapat dua istilah dalam hal ini iaitu GST dan SST yang perlu difahami. Dalam aspek bahasa, istilah ini ditemukan melalui bidang bahasa yang disebutkan sebagai laras. Laras bahasa ialah sejenis kelainan bahasa yang digunakan berdasarkan sesuatu bidang yang diceburi oleh seseorang. Laras bahasa boleh diertikan sebagai gaya atau cara menggunakan sesuatu bahasa dalam sesuatu situasi. Laras akan sentiasa berubah-ubah berdasarkan fungsi dan keadaan. Di samping itu, setiap laras menitikberatkan pilihan kata atau istilah dan menggunakan struktur ayat yang berlainan mengikut disiplin atau bidang tertentu. Sesuatu istilah dalam laras tertentu digunakan untuk difahami oleh pengguna bahasa. Amat malang jika kita memperkenalkan sesuatu istilah itu tetapi tidak difahami oleh penggunanya, sedangkan matlamatnya untuk membolehkan pengguna itu akur dengan apa-apa yang dihasratkan. Perkara yang sama berlaku pada GST, merupakan suatu dasar kerajaan yang perlu difahami dan dipatuhi oleh semua pihak. Dalam usaha menjerayawarakan GST, alangkah baiknya jika pihak berkenaan menggunakan istilah yang mudah difahami oleh anggota masyarakat. Kita sudah ada istilah dalam bahasa Melayu - cukai barangan dan perkhidmatan untuk GST, mengapa istilah itu tidak digunakan? Sebelum ini kita sudah ada istilah cukai jualan dan perkhidmatan untuk SST, apa alasan kita tidak mengguna pakaikannya?. Sesuatu istilah jika ada pilihan lebih baik kita menyebarluaskan istilah yang mudah difahami oleh pengguna. Dalam banyak perkara dan dasar sebelum ini seperti DEB untuk Dasar Ekonomi Baru, SSM untuk Sistem Saraan Malaysia, dan banyak lagi, nampaknya mudah difahami dan diterima oleh rakyat. Hal ini kerana istilah dalam bahasa Inggeris agak susah difahami kerana latar belakang pendidikan rakyat di negara ini sangat rencam. Justeru, pada pandangan penulis, jika istilah cukai barangan dan perkhidmatan digunakan dalam usaha menguar-uarkannya sebelum ini tidak menimbulkan banyak masalah. Pihak Kastam yang bertanggungjawab dalam hal ini juga mudah menjelaskan perkara itu kepada orang ramai jika istilah itu dalam bahasa ibunda yang mudah difahami. Dalam usaha memberi kefahaman kepada masyarakat tentang sesuatu dasar, kita perlu berfikir supaya sesuatu istilah itu mudah difahami begitu juga kaedah penjelasan yang mudah diterima. Contoh lain jika perlu disebut istilah GTP (Government Transformation Programme), kita sudah ada program transformasi kerajaan, mengapa istilah ini kita tidak lazimkan? Segala-gala bertitik-tolak kepada kemahuan dan rasa cinta kita terhadap bahasa kita sendiri. Tepuk dada tanya selera. * Artikel ini dikelolakan oleh DBP Wilayah Timur | |||||
Makna ‘pesta’ dan kerosakan Umno dengannya Posted: 07 May 2015 04:30 AM PDT Oleh H FANSURI PETANG 30 April sekitar 6:30 petang, sehari sebelum demonstrasi bantah GST tanggal 1 Mei, saya ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC. Di sana, kebanyakan tempat dagangan buku sudah mula ditutup. Memang ia ditutup lebih awal. Dan, menurut para pekerja di situ, segala urusan dagangan akan berakhir menjelang Maghrib."Hari ini tutup jam 7 petang," kata seorang pemuda. "Kebiasaannya sebelum ini, kami berurusan sehingga jam 9 malam." Petang itu, di atas pentas, berdekatan ruang legar aras bawah, sekumpulan warga Arab Saudi sedang bermainmain sayembara dengan hadirin. Entah permainan apa? Ia mungkin teka-teki yang menyeronokkan. Dan tenggelamlah segala pertanyaan mengenai kerosakan yang dicetuskan Raja Salman terhadap Yaman. Kaburlah pandangan setiap orang untuk bertanyakan soalan berhubung tujuan serangan tersebut dilakukan. "Kata pesta mungkin mempengaruhi fikiran revolusioner untuk tidak melakukan perubahan dan penggulingan," berdesis hati ini. "Adakah pesta buku yang dirancang oleh Umno Apco ini akan membuat setiap ahli masyarakat semakin cerah pemikirannya?" Merujuk Kamus Dewan DBP, kata 'pesta' ini dikaitkan dengan makna, "Majlis bersuka ria dengan mengadakan makan minum (tari-menari dan lain-lain)." Selain itu, ia dihubungkan dengan main pesta pantai yang dirujuk sebagai acara bersuka-sukaan di pantai yang disertai dengan beberapa pertunjukan dan hiburan. Makna pesta dan contohcontoh ayat Berikut dibariskan beberapa makna pesta dan contoh ayat yang berkaitan dengannya, merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Makna pesta adalah... 1. Peristiwa yang kelihatan, pertunjukan, tontonan: Contoh ayat, "Beliau akan menyampaikan hadiah kepada yang berjaya pada akhir PESTA sukan tersebut." 2. Pemandangan yang menarik hati, keindahan alam: Contoh ayat, "Baginda belayar mengembara ke sebelah barat melihat PESTA negerinegeri orang; bertemasya pergi mengembara untuk menghiburkan hati (melihat-lihat pemandangan yang indah-indah dan lain-lain)." 3. Kerja dan sebagainya menjamu (bersuka ria dan lain-lain) untuk merayakan sesuatu peristiwa, perayaan: Contoh ayat, "Dia selalu pergi menghadiri PESTA jamuan yang diadakan." 'pesta lagu' ~ Pertandingan lagu yang mempersembahkan pelbagai tema dan irama muzik (seperti jaz, rap, dan lain-lain). 'pesta makanan' ~ Kegiatan memperkenal, menghidang, dan menjual pelbagai rencah resipi masakan yang beraneka rasa (seperti masakan pedas, manis, masin, dan lain-lain). 'pesta ria' ~ acara keramaian untuk bersuka ria yang diadakan di tempat lapang dan sebagainya, biasanya disertai berbagai bagai aktiviti lain seperti pertunjukan, hiburan, jual beli, permainan dan sebagainya; berpesta, berpesta-pesta bersuka ria (dengan makan-makan, berdansa, dan lain-lain). "Mereka PESTA RIA sahaja selepas kejayaan itu." 'pesta pora' ~ berpesta besar (mengadakan perayaan besarbesaran dengan makan minum dan lain-lain). 'pesta-pestaan' ~ perihal berseronok-seronok (bersuka ria). "Kebudayaan itu adalah suatu yang serius, bukan sekadar riuh-rendah PESTA-PESTAAN." Pesta, 'fiesta' dan amalan kesyirikan Ada kemungkinan kata 'pesta' berasal daripada 'fiesta'. Menurut Wikipedia, 'fiesta' (Sepanyol) merujuk 'festival' dan 'party'. Selain itu, kita pernah dengar perayaan 'Oktoberfest' (October Festival) di mana pengunjungnya meraikan minuman keras pada bulan Oktober. Pendek kata, pesta sangat akrab kepada keseronokan dan hiburan. Selain itu, kita lihat kata 'pesta' dihubungkan dengan 'Pesta Puja Pantai'. Jadi pesta sangat akrab dengan hal kesyirikan dan khurafat. Menurut Wikipedia, pesta ini turut dikenali sebagai 'Menjamu Hantu Laut', atau 'Menyemah Pantai'. Ia adalah upacara yang dilakukan kaum petani dan nelayan Pantai Timur sebelum musim menangkap ikan. Laporan Wikipedia seterusnya adalah seperti berikut, "...Seekor kerbau balar (putih) biasanya disembelih dan dihanyutkan ke laut bagi menenangkan semangat laut atau juga dikenali sebagai hantu air agar tidak membahayakan para nelayan ketika mereka menangkap ikan. Ia juga dikenali sebagi Temasya Mandi Safar di negeri lain, terutamanya di Melaka. Pesta Puja Pantai ini biasanya berlangsung selama beberapa hari dan penduduk pelbagai kampung akan riuh-rendah mendirikan khemah dan pentas pelbagai permainan, terutamanya di pantai Batu Buruk. "Perkhemahan di tepi laut ini dahulunya diadakan selepas musim menuai, sekitar Mac. Pesta Pantai ini pada asalnya diadakan bersama semangat memuja pantai dengan membuang semah (kepala kerbau) ke laut untuk mendapat restu hantu laut agar memudahkan usaha menangkap ikan. Seorang pegawai kanan perikanan dari Jabatan Perikanan Negeri-Negeri Selat dan Pertempatan Melayu Persekutuan turut melaporkan bahawa ia turut dilakukan di Pulau Ketam pada 14 Januari 1936, yang menggunakan seekor kambing jantan sebagai bahan utama persembahan. Persembahan untuk pesta puja pantai ini termasuklah upacara menepung tawar, bertih, beras kunyit, kemenyan dan sebotol arak. "Seekor kerbau balar (putih) berusia lebih kurang tiga tahun dikorbankan. Pada hari pertama diadakan upacara mengasap kemenyan dan alat-alat magik yang akan digunakan. Pada masa itu pawang membaca jampi mantera dan perkataan 'Allah' sering disebut. "Ini diikuti oleh upacara melumur kerbau itu dengan air laut. Upacara diadakan pada hari kedua. Kerbau disembelih pada waktu Maghrib hari ketiga. Dagingnya dimasak untuk jamuan mereka yang hadir sementara kepala dan kulitnya disumbat dengan sabut kelapa untuk memberi daya apung semasa dalam perjalanan sebaik sahaja ia dijahit. Beberapa jenis teater, termasuk menora, mak yong dan wayang kulit, masing-masing diiringi dengan kumpulan muzik dipersembahkan sebagai sebahagian daripada pesta puja pantai ini. Pawang dan pembantu-pembantunya mempersembahkan sampan yang diperbuat daripada tepung beras, daun nipah dan bangkai kerbau tadi kepada penunggu laut. Mereka meluncurkan sampan tadi ke laut lepas. Kemudian mereka kembali ke pantai dan ikut serta dalam majlis kenduri. "Bagi nelayan di Mukim Beserah pula, lima batu dari timur laut Kuantan, pesta ini tidak diadakan selagi pawang atau orang kampung tidak bermimpi semangat laut yang mereka namakan jembalang laut meminta agar diadakan pesta ini. Di Kijal, pesta seperti ini diadakan di pantai Kemaman, dan berlangsung selama tiga hari..." Syahadan kata 'pesta' yang dihubungkan kepada 'pesta buku' ini sangat tidak sesuai kerana banyak maknanya terheret ke arah hiburan, keseronokan, berfoya-foya dan maknanya boleh ditarik-tarik sehingga terjebak ke lembah kesyirikan dan amalan khurafat. Namun, oleh kerana yang menajanya adalah Umno Apco (parti syirik dan khurafat) yang berpejabat di PWTC, maka kita pun sedia maklumlah kenapa hal ini berlaku. Arakian, kalau kata 'pesta' itu tidak tepat, maka menurut fikiran saudara, perkataan apakah yang boleh menggantikan kata 'pesta' agar ia lebih sesuai dirujuk kepada kegiatan keilmuan itu? Bincangkan... | |||||
Kesemua 25 pusat pengundian ditutup 5 petang Posted: 07 May 2015 04:22 AM PDT SINAR HARIAN PRK Permatang Pauh PERMATANG PAUH - Kesemua 25 pusat pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh ditutup pada 5 petang ini, setelah dibuka 8 pagi tadi. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menjangkakan peratusan keluar mengundi bagi PRK itu mencapai 80 peratus tetapi sehingga 5 petang, anggaran yang keluar mengundi ialah 73 peratus. SPR dalam kenyataan berkata proses pengiraan undi dijalankan selepas proses pengundian tamat pada 5 petang dan keputusan rasmi dijangka diketahui seawal 9 malam ini. Pilihan raya kecil itu menyaksikan saingan empat penjuru antara calon BN Suhaimi Sabudin, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Salleh Isahak (Bebas) dan Azman Shah Othman (Parti Rakyat Malaysia). PRK itu diadakan berikutan penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai wakil rakyat setelah disabitkan kesalahan liwat dan sedang menjalani hukuman penjara lima tahun. Pada pilihan raya umum ke-13 lalu, Anwar yang bertanding atas tiket PKR menang kerusi Parlimen Permatang Pauh setelah mengalahkan calon BN Dr Mazlan Ismail dan calon Bebas Abdullah Zawawi Samsudin, dengan majoriti 11,721 undi. Terdahulu, proses pengundian hari ini berjalan lancar walaupun terdapat provokasi di beberapa pusat pengundian, antaranya di Guar Perahu, Mengkuang dan Tanah Liat. Sejak awal pagi, penyokong PKR dan BN berkumpul di bahu-bahu jalan bagi menyatakan sokongan kepada calon mereka, dan anggota polis trafik dilihat mengawal lalu lintas di beberapa kawasan yang sesak. Suhaimi dan anggota keluarganya mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu, di sini, manakala Dr Wan Azizah mengundi di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti. Azman Shah dan Salleh, masing-masing tidak mengundi kerana bukan pengundi berdaftar bagi kawasan Parlimen berkenaan. Sebanyak 71,252 pengundi biasa layak mengundi hari ini, manakala 549 orang atau 87.6 peratus daripada 627 pengundi awal telah menunaikan tanggungjawab mereka Ahad lepas. - Bernama | |||||
Jurugambar bebas KL Express cedera dibaling batu Posted: 07 May 2015 04:20 AM PDT SINAR HARIAN Pasukan Unit Polis Simpanan Persekutuan mengawal penyokong-penyokong Barisan Nasional (BN) semasa berlaku kekecohan diantara penyokong BN dan penyokong Parti Keadilan Rakyat di Tanah Liat. - Foto Bernama PERMATANG PAUH - Seorang jurugambar bebas portal berita, KL Express, menerima lapan jahitan di kepalanya selepas cedera terkena batu yang dibaling sekumpulan penyokong parti politik ketika merakam kekecohan di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Tanah Liat di sini, hari ini.Mahathir Mohammad, 40, berkata, dalam kejadian 11.30 pagi itu, berlaku provokasi di antara dua kumpulan penyokong yang meraih undi untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh sehingga bertikam lidah sebelum mereka bertindak mengambil batu-batu di atas jalan raya dan membaling antara satu sama lain. Berikutan kejadian itu, beliau yang juga seorang blogger, bertindak mengambil kameranya dan merakamkan situasi berkenaan namun beliau terkena batu yang dibaling penyokong parti sehingga kepalanya berdarah. "Ini kali pertama saya mengalami kecederaan ketika bertugas lebih lima tahun terbabit dalam bidang ini...Alhamdullilah, kecederaan saya tidak serius dan dirawat di Hospital Bukit Mertajam," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Beliau dirawat sebagai pesakit luar di hospital berkenaan. Mahathir berkata, beliau tidak membuat laporan polis dan menganggap kejadian itu sebagai pengalaman dan panduan supaya lebih berhati-hati dalam bertugas. Selain SK Tanah Liat, kekecohan juga dilaporkan berlaku di pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guar Perahu dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Jit Sin. Bagaimanapun, keadaan tegang itu dapat dikawal sepasukan anggota polis yang bertugas dengan meningkatkan kawalan keselamatan di tempat-tempat berkenaan. Sementara itu, jurucakap Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi PRK Parlimen Permatang Pauh ACP Azmi Adam berkata pihaknya tidak menerima laporan polis berhubung kejadian itu. Sehingga 4 petang ini, proses pengundian di semua pusat mengundi berjalan lancar, katanya ketika dihubungi di sini. PRK Permatang Pauh ini menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon BN Suhaimi Sabudin, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Azman Shah Othman (PRM) dan Salleh Isahak (Bebas). -Bernama | |||||
GST tak pilih kaum mana jadi mangsanya Posted: 07 May 2015 04:17 AM PDT UMNO terus cuba menunjukkan mereka menentang perkauman walaupun unsur itu yang tetap menjadi senjata utamanya setiap kali rasa tergugat. Mereka tetap cuba menjadi juara orang Melayu meskipun sejak sekian lama menjadi punca orang Melayu mundur. Seolah-olah lupa dengan insiden gereja Taman Medan pada 19 April lalu yang menggugat keharmonian pelbagai agama dan kaum, Pemuda Umno membantah forum yang dijadualkan berlangsung di Kluang, 23 April lalu kerana mendakwa ia berbau "perkauman." Mengikut perancangan, forum mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta politik perkauman itu akan menampilkan empat Adun dari DAP sebagai penceramah, termasuk Wong Shu Qi (Senai), Tan Hong Ping (Mengkibol), dan Ee Chin Li (Tangkak). Pada sebelah siang sebelum forum tersebut dijadualkan berlangsung, Ketua Pemuda Umno Kluang, Dato' Khairul Anwar Rahmat mengatakan pergerakan itu mahu DAP menarik balik rancangan mengadakan sebarang perbincangan yang berbau perkauman. Tegas Khairul Anwar, tiada masalah jika DAP mahu membincangkan soal GST, tetapi jangan mengaitkannya dengan soal perkauman. Perbezaan pandangan politik, tambahnya, tidak bermakna sentimen perkauman boleh dimainkan kerana itu akan mengganggu keharmonian. Hal itu timbul selepas penganjur, kumpulan belia LayPark @ Kluang, mengadu menerima ancaman dari pihak yang tidak dikenali menerusi aplikasi WhatsApp yang berkata mereka akan "buat kecoh" dalam forum itu jika ia tidak dibatalkan. Walau bagaimanapun, Khairul Anwar berkata beliau akan hadir bagi memastikan demonstrasi terkawal. Menurut Sheikh Omar Ali sebagai wakil penganjur, LayPark @ Kluang adalah inisiatifnya sendiri dan tiada kaitan dengan DAP walaupun dia ahli Pemuda DAP Johor dan pembantu ahli Parlimen Kluang (DAP), Liew Chin Tong. Katanya, kumpulan itu akan meneruskan forum tersebut di sebuah restoran pada malam tersebut, dan tidak akan mengupah anggota keselamatan jika ada gangguan. Namun begitu, forum tersebut akhirnya dibatalkan selepas penceramah mendapati tempat ia bakal diadakan gelap, serta ditutup dengan pita halangan berwarna merah dan putih. Menurut penganjurnya, Sheikh Omar, Restoran Tepi Sungai Jamilah didapati ditutup apabila penceramah tiba sekitar jam 8.15 malam. Katanya, kira-kira 60 hingga 70 orang berada di sana dan separuh daripadanya adalah penyokong mereka, sementara yang lain dipercyai ahli Umno dan anggota polis. Kata Sheikh Omar yang mewakili LayPark @ Kluang, dia mengesyaki kira-kira 30 yang hadir di situ adalah dari Pemuda Umno kerana "mereka kelihatan mencurigakan" dan "merenung pihak penganjur dengan cara yang pelik." Khairul Anwar yang mendakwa akan menghadiri demonstrasi itu, tidak kelihatan. Tambah Sheikh Omar, terdapat empat sekatan jalan di jalanjalan berbeza yang menghala ke restoran tersebut. Katanya, dia dan rakan-rakan lain dari Kluang jarang melihat sekatan jalan di situ dan pihak polis tidak memberitahu tujuan jalan tersebut disekat. Ekoran pembatalan forum itu, Sheikh Omar menyalahkan Khairul Anwar yang menurutnya 'tidak gentlemen'. Katanya, Pemuda Umno mahu membantah perkauman, tetapi tajuk forum adalah Anti-GST dan Politik Perkauman. Dia menegaskan, Pemuda Umno sepatutnya menyertai forum itu, bukan menghalang. Memang pun. Memang tiada salahnya tajuk sedemikian. "Politik perkauman" bukan bermaksud mengajak kepada perkauman dan saling membenci. Masakan Pemuda Umno tidak memahami perkataan semudah itu hingga begitu mudah membuat tuduhan. Difahamkan, restoran tersebut akhirnya dibuka semula pada jam 11.30 malam, tetapi ketika itu, pihak penganjur telah membuat keputusan untuk menangguhkan forum sehingga selepas pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 7 Mei . Mengenai dakwaan bahawa forum itu bersifat perkauman, Sheikh Omar meminta Umno menjelaskan apa sebenarnya yang menyinggung mereka. Adakah ia bersifat perkauman kerana tajuknya? Jika demikian, kata Sheikh Omar, "roti canai," itu juga bersifat perkauman, kerana "roti canai" (boleh didapati) di gerai "mamak" dan di gerai orang India. Tambah Sheikh Omar, jika kata "babi" pula, adakah ia akan menjadi perkauman kerana orang Cina memakannya? Tidak mungkin forum tersebut akan menggalakkan perkauman. Ia hanya membincangkan perkara tersebut secara umum, dan dijangka memberi saranan agar politik perkauman ditolak sama sekali. Yang penting sekarang adalah tekanan GST yang tidak mengira siapa dan dari kaum mana. Itu yang wajar disedari. Sepatutnya Pemuda Umno itu menyertai forum tersebut. Jika tidak berpuas hati juga dengan politik perkauman itu, mereka boleh meminta penganjur membuangnya daripada perbincangan. | |||||
Pilihan Raya Kecil : Ucapan Kazim Alias lebih bersifat politik Posted: 07 May 2015 04:14 AM PDT
| |||||
Posted: 07 May 2015 04:07 AM PDT Isu Jawatan Kosong Kerajaan 2015 Bermula 22 April 2015, Tiada Iklan dan Pengambilan Kakitangan Awam Baru Kecuali Jawatan Kritikal! Cuepacs Tak Puas Hati! : Pada ketika Datuk Seri Najib Razak membentangkan Bajet 2015, bekas Pengerusi Bank Dunia dan IMF, CEO Petronas dan bekas Menteri Kewangan Malaysia Tengku Razaleigh Hamzah pernah mengkritik cara bagaimana pengurusan dana negara dilakukan apabila melihatkan belanja pengurusan sahaja lebih 80% berbanding 10 tahun dahulu, bajet pembangunan mampu mencecah 30% setiap kali bajet negara dibentangkan kepada rakyat Malaysia. 80% daripada jumlah Bajet 2015 Malaysia, RM60 bilion telah diperuntukkan kerajaan Malaysia untuk pembayaran gaji, elaun kakitangan awam di Malaysia. BACA BERITA INI : Hutang Malaysia 100% KDNK Menjelang 2019. Sila Kurangkan Kakitangan Awam!! Melihatkan sahaja jumlah kakitangan awam di Malaysia sejumlah 1.6 juta kakitangan awam bagi sebuah negara yang jumlah penduduknya hanya 30 juta sahaja, angka tersebut dilihat penganalisis sebagai terlalu besar sekaligus meletakkan Malaysia sebagai antara negara yang mempunyai kakitangan awam paling ramai di Malaysia. Nah….dengan situasi kewangan dan keadaan ekonomi pada masa ini disamping tekanan yang cukup hebat daripada agensi penarafan kredit antarabangsa termasuklah Fitch Ratings, kerajaan tiada pilihan lain selain berjimat cermat dengan cara : Isu Jawatan Kosong Kerajaan 2015 Kena Beku : Langkah Berjimat Cermat Kerajaan Malaysia
Sekarang bukan sahaja graduan universiti yang sudah memasang hajat untuk cari jawatan kosong kerajaan 2015 pada ketika ini terkejut dan membantah langkah mengejut kerajaan Malaysia ini malah Cuepacs juga tidak senang duduk tindakan terbaru kerajaan Malaysia ini. Malah Cuepacs memberikan amaran yang mana rakyat Malaysia terutamanya yang mengidam kerja kerajaan akan tampil protes dan tarik balik sokongan mereka terhadap kerajaan Malaysia. Sampi begitu sekali? P/S : Kepada Cuepacs, sudah elok-elok pencen 55 tahun, anda sendiri yang desak mahu lanjut pencen kepada 60 tahun. Anda sendiri yang tutup peluang graduan dan anak muda masuk kerja kerajaan, sekarang ini anda melenting pula? Nah….sekarang ini "senjata sudah makan tuan"? Jawatan ksoong kerajaan 2015 sudah dibekukan? Apa cadangan dan pilihan anda, Cuepacs? P/S : Sertai undian Berita Semasa menganai isu jawatan kosong kerajaan 2015 kena beku ini dengan cara (KLIK SINI) | |||||
Yana dan rakan didakwa pada Jumaat Posted: 07 May 2015 04:00 AM PDT Dua pemandu lelaki dan wanita, masing-masing berusia 31 dan 35 tahun akan dihadapkan ke mahkamah pada jam 9 pagi. PETALING JAYA: Dua pemandu Perodua MyVi yang bertanggungjawab menyebabkan kematian tiga beranak dalam insiden kemalangan di Lebuhraya Damansara Ulu Klang (DUKE), awal pagi Sabtu lalu akan didakwa di Mahkamah Trafik Jalan Duta pada Jumaat. Ia disahkan Ketua Pasukan Trafik Bukit Aman, Datuk Mohd Fuad Abd Latiff, lapor Harian Metro. Dua pemandu itu masing-masing lelaki berusia 31 tahun dan wanita berusia 35 tahun akan dihadapkan ke mahkamah pada jam 9 pagi. Dalam kejadian di Kilometer 6.3 Lebuhraya DUKE pada 1.05 pagi Sabtu lalu, Fairuz Nizam Husain, 35, disahkan maut di tempat kejadian manakala isterinya, Nova Safitri Azhari, 27, dan anak mereka berusia tujuh bulan, Nur Firuza Annisa meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Setakat ini, 11 orang sudah dirakam keterangan termasuk dua pemandu berkenaan dan saksi utama kejadian. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. | |||||
Pengurusan di Malaysia lemah-JobStreet Posted: 07 May 2015 03:58 AM PDT Sebanyak 71 peratus daripada responden kaji selidik menyampaikan rasa tidak puas hati mereka disebabkan oleh pengurusan yang kurang bermutu. PETALING JAYA: Kajian JobStreet.com mendapati hampir 74 peratus rakyat Malaysia tidak berpuas hati dengan pekerjaan mereka. Ia dikatikan dengan kelemahan sistem pengurusan yang teruk di tempat kerja. Kaji selidik 'Kepuasan Pekerjaan di Malaysia' yang dilakukan agensi itu turut mendedahkan selain faktor gaji dan faedah, kelemahan pengurusan dan kepimpinan menjadi penyumbang utama kepada ketidakpuasan pekerja. "Sebanyak 71 peratus daripada responden kaji selidik tidak berpuas hati mereka disebabkan oleh pengurusan yang kurang bermutu. Lebih separuh daripada mereka terdiri daripada eksekutif kanan dan pengurus," petik JobStreet . 11 peratus responden yang ditemui mengaitkan rasa tidak puas hati dengan gaji yang diterima. Daripada peratusan itu, 40 peratus berpendapat bahawa gaji mereka terlalu rendah dan 21 peratus akui mereka tidak boleh hidup dengan gaji sedia ada mereka. Kaji selidik itu juga memberi amaran bahawa 74 peratus responden menyatakan kesediaan untuk meninggalkan pekerjaan dalam jangka masa kurang setahun apabila tidak berpuas hati dengan kerja, manakala 32 peratus lagi merancang berbuat demikian dalam tempoh masa tiga tahun akan datang. | |||||
Sarjan Wong’ tumpas di Permatang Pauh Posted: 07 May 2015 03:55 AM PDT Adam Abu Bakar Dia meminta data pengundi daripada petugas PKR dan tindak tanduk itu telah mendatangkan kecurigaan sehingga telefon bimbitnya dirampas. PERMATANG PAUH: Petugas Parti Keadilan Rakyat (PKR) menangkap seorang lelaki yang mendakwa dirinya Pegawai Perisik Tentera (MIO). Kejadian berlaku di Pusat mengundi di SJK(C) Jit Sin, Berapit, kira-kira jam 12 tengahari. Lelaki itu yang memperkenalkan dirinya sebagai Sarjan Wong telah memakai baju PKR sejak waktu pengundian bermula jam lapan pagi. Saksi kejadian D Suhana,37, yang juga salah seorang petugas PKR, berkata dia dan beberapa petugas lain berjaya menangkap Sarjan Wong kerana tindak tanduknya yang mencurigakan. "Beliau meminta beberapa data daripada saya. Namun, saya hairan, kenapa setelah tengah hari dia masih meminta data daripada kami dan tidak mengundi," katanya. Ujar Suhana lagi, beliau mendesak supaya lelaki tersebut menunjukkan kad pengenalannya namun lelaki itu enggan berbuat demikian. "Saya dan beberapa orang petugas lain terus merampas telefon bimbitnya dan selepas memeriksa data di telefon, kami mendapati beberapa data telah dihantar ke group Whatsapp BN," katanya. Suhana berkata, Sarjan Wong tersebut mengaku menerima upah RM100 sehari tetapi memberi kenyataan berubah-ubah. "Mulanya dia kata hanya datang untuk mengawal keselamatan. Tetapi apa yang dia lakukan adalah sebaliknya," katanya. Ahli Parlimen Subang, R.Sivarasah membawa perisik berkenaan ke Balai Polis Perda untuk membuat laporan. "Ini adalah salah guna kuasa yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang menggunakan kakitangan kerajaan untuk tujuan politik," kata Sivarasah. | |||||
Posted: 07 May 2015 12:56 AM PDT shahbudindotcomKeputusan pilihanraya kecil Parlimen Rompin sudah pun diketahui. Di luar jangkaan sama sekali, majoriti undi BN merosot dengan teruk berbanding pilihanraya umum 2013 lalu. Jika dalam pilihanraya umum lalu, majoriti BN ialah 15,114 undi, kini angkanya makin mengecil dengan pencapaian hanya 8,895 undi saja. Keputusan ini memperlihatkan BN kehilangan hampir separuh majoritinya. Dalam pilihanraya kecil di mana hampir semua menteri, pemimpin negeri, jentera kerajaan, peruntukan dan segala macam kelebihan lainnya dipertaruhkan untuk memikat hati rakyat, tetapi hanya kemenangan sekecil ini yang mampu dicapai, ia tidak lain adalah petanda buruk bagi UMNO dan BN. Hakikatnya, selain Rompin memang dikenali sebagai kubu kuat BN, ia juga merupakan kawasan Parlimen di negeri yang menjadi tapak politik Perdana Menteri, Najib Razak sendiri. Kalau di negeri Pahang dan dalam pilihanraya kecil pula, keputusan ini ibarat "kiamat makin dekat" bagi UMNO dan BN dalam pilihanraya akan datang. Ini menandakan penyokong tradisi UMNO iaitu rakyat luar bandar dan peneroka Felda sudah mulai terbuka minda mereka terhadap apa yang berlaku dalam negara. Mereka bukan lagi totok kepada UMNO dan BN. Sudah tentu UMNO dan BN menyalahkan peratusan turun mengundi yang merosot sebagai punca pencapaian yang kurang memberangsangkan ini, tetapi secara rasionalnya keputusan ini tidak lain adalah tanda penolakan terhadap Najib sebagai Perdana Menteri. Mungkin sebab lain ialah kerana penolakan rakyat terhadap GST dan masalah berkaitan Felda, terutama harga sahamnya yang juga sudah hilang lebih separuh daripada harga asal ketika disenaraikan di pasaran saham dahulu. Apa pun, semuanya merupakan beban yang terangkum di bahu Najib selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Ini kerana GST dilaksanakan oleh Najib dan Felda pula terletak di bawah jagaannya. Isu GST dan Felda yang ditambah dengan beban lain yang membelit Perdana Menteri seperti 1MDB, Sirul, Rosmah serta kehilangan sokongan Tun Mahathir, telah menjadikan Najib semakin tidak diyakini lagi untuk terus memimpin negara ini. Kalau di Rompin yang merupakan kubu kuat BN sudah menunjukkan penolakan yang ketara, sudah tentulah keputusan di Permatang Pauh pada 7 Mei nanti akan merangsang arus yang lebih hebat lagi. Melalui keputusan ini yang tidak dapat disangkal lagi sebagai bukti penolakan rakyat terhadap Najib, secara tidak langsung ia adalah "tonik tambahan" kepada perubahan yang sedang digerakkan oleh Tun Mahathir. Ini adalah petanda bahawa jangkaan Tun Mahathir BN akan kalah dalam pilihanraya akan datang dan Najib perlu disingkirkan untuk menyelamatkannya, semakin menunjukkan tanda-tanda kebenarannya. Bekas Perdana Menteri itu pasti akan meneruskan serangan pada tahap yang lebih serius lagi selepas ini untuk memaksa Najib berundur demi menyelamatkan UMNO dan BN. Rakyat pula sudah mula menunjukkan kecenderungan untuk bersama-sama Tun Mahathir. Berdasarkan kebijaksanaan pengundi di Rompin ini, UMNO dan BN sudah tidak boleh diselamatkan lagi jika Najib berdegil mahu terus menghuni Seri Perdana. Rompin sudah menunjukkan tiada masa depan lagi buat UMNO dan BN selagi Najib menjadi Perdana Menteri. Blog ini semalam menyarankan agar pengundi Rompin bertindak bijak dengan mengurangkan majoriti kemenangan BN bagi memberi mesej kepada Najib bahawa rakyat semakin tidak bersama dengannya dan hanya dengan adanya mesej itu yang disusuli dengan desakan ke arah pengunduran Najib, barulah masa depan parti dapat diselamatkan. Apa pun, sekalung tahniah kepada pengundi Rompin kerana tidak meminggirkan diri daripada perubahan. | |||||
Kecoh di Stadium Darul Makmur? Posted: 07 May 2015 12:50 AM PDT Pemain Pahang, Saiful Nizam Miswan turut membantu melipat bendera negeri bersaiz gergasi tersebut selepas tamat perlawanan di Kuantan, kelmarin. AKSI pertembungan Pahang menentang Perak yang menyaksikan kemenangan 1-0 berpihak kepada Tok Gajah di Stadium Darul Makmur di sini, kelmarin, namun terselit situasi 'panas' yang berlaku membabitkan penyokong dan pihak polis dalam stadium. Difahamkan situasi berlaku sebaik berakhirnya perlawanan apabila Ultras Pahang, Elephant Army (EA) mendakwa hanya tiga orang daripada kumpulan terbabit dibenarkan turun ke trek melipat bendera negeri bersaiz gergasi yang dibawa mereka untuk perlawanan tersebut. Mendakwa jumlah yang dibenarkan tidak mencukupi, menyebabkan ada segelintir penyokong tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat pihak terbabit. Ia menyebabkan kekecohan berlaku antara penyokong terbabit dan pihak polis selain EA turut mendakwa ada seorang anggota polis bertindak biadab terhadap bendera yang dibawa hingga menimbulkan kemarahan dan ketidakpuasan hati penyokong. Selain memuat naik status dan gambar ke laman sosial Facebook milik EA, sebuah video yang dirakam ketika insiden tersebut berlaku turut dimuat naik sehingga menjadi viral di laman sosial sejak semalam. Selain itu, turut menjadi viral apabila gambar Kapten Tok Gajah, Mohd Razman Roslan bersama rakan sepasukan, Mohd Saiful Nizam Miswan yang kebetulan berada di lokasi tersebut membantu penyokong melipat bendera bersaiz gergasi tersebut. Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Fuzzeimi Ibrahim memberitahu, berdasarkan peraturan yang ditetapkan, penyokong tidak dibenarkan turun ke dalam trek selepas tamat perlawanan kecuali lampu stadium sudah ditutup, namun budi bicara diberikan untuk melipat bendera dengan kawalan pihak keselamatan. "Sebelum ini, tiada masalah kalau sekadar ingin melipat bendera, namun dengan kawalan keselamatan dengan bilangan penyokong yang munasabah untuk membantu melipat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian. | |||||
SPR: Jumlah keluar mengundi lebih baik dari Rompin Posted: 07 May 2015 12:40 AM PDT Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof PERMATANG PAUH - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, sasaran 80 peratus jumlah keluar mengundi pada PRK Permatang Pauh boleh dicapai sekiranya peratusan mengundi setiap jam tidak kurang daripada 12 peratus.Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, jumlah keluar mengundi dari jam 8 pagi hingga 11 pagi yang mencecah 33 peratus memberi petanda baik. "Jumlah keluar mengundi di PRK Permatang Pauh lebih baik berbanding PRK Rompin kerana purata keluar mengundi setiap jam turut rendah. "Pada masa ini, purata setiap jam mencecah 11 peratus dan jika ini berterusan hingga habis (mengundi), ia petanda baik (cecah 80 peratus)," katanya kepada pemberita di Pusat Media di sini, hari ini. Dalam pada itu, beliau berkata, SPR akan mengumumkan keputusan pilihan raya kawasan itu selewat-lewatnya jam 9 malam ini. "Keputusan tidak rasmi PRK Permatang Pauh boleh diketahui antara jam 7 hingga 7.30 malam. "Lazimnya parti politik yang bertanding akan dapat keputusan seawal 6.30 petang ini," katanya lagi. | |||||
Posted: 07 May 2015 12:37 AM PDT MALAYSIAKINI Keadaan di Kubang Semang berhampiran Sekolah Kebangsaan Seri Penanti semakin meriah apabila penyokong PKR dan BN semakin bertambah. Dianggarkan penyokong PKR sekitar 300 orang manakala penyokong BN kira-kira 100 orang. Anggota polis kini semakin bertambah bagi mengawal situasi di kawasan itu. Mereka meletakkan pita halangan polis di kedua-dua bahu jalan bagi memastikan para penyokong tidak menghalang lalulintas. Terdapat juga penyokong PKR yang membawa buluh yang digantung mi segera dan duit sebagai simbol - mee segera dikenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan melaungkan "Reformasi". Penyokong BN pula membunyikan vuvuzela dan mengibarkan bendera sambil menyanyikan lagi "Inilah barisan kita" dan turut membalas laungan PKR dengan "Transformasi" Sementara itu, Bernama melaporkan 24 pusat mengundi dengan 130 saluran untuk PRK Parlimen Permatang dibuka mulai 8 pagi ini. Pusat mengundi itu akan ditutup pada 5 petang. Calon BN Suhaimi Sabudin mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guar Perahu. Manakala calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah pula mengundi di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti. Calon Parti Rakyat Malaysia, Azman Shah Othman dan Salleh Isahak (Bebas) tidak mengundi. Proses pengundian awal membabitkan 627 pengundi telah diadakan pada Ahad lepas di dua saluran iaitu di Dewan Gemilang, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT) dan di berek kelamin Balai Polis Kubang Semang. Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata SPR menjangkakan jumlah yang akan mengundi mencapai 80 peratus daripada 71,890 orang yang layak mengundi di kawasan itu. "SPR menjangkakan peratusan keluar mengundi kali ini menurun kepada 80 peratus daripada 88.50 peratus pada pilihan raya umum ke-13 pada Mei, 2013," katanya. Beliau berkata keputusan PRK Parlimen Permatang Pauh dijangka diketahui seawal 9 malam. Proses pengiraan undi PRK ini akan dilakukan di tempat mengundi dan bukan di pusat penjumlahan rasmi undi, sebaik sahaja proses pengundian tamat pada 5 petang ini. Hari ini merupakan cuti peristiwa di Pulau Pinang dan dijangka lebih ramai pengundi akan menunaikan tanggungjawab mereka. | |||||
TH sahkan beli hartanah di Tun Razak Exchange Posted: 07 May 2015 12:32 AM PDT KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini tampil memberi penjelasan mengenai pelaburannya dalam pembangunan hartanah di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX). Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Johan Abdullah berkata, pelaburannya itu adalah sejajar dengan strategi pelaburan hartanah TH yang memberikan tumpuan kepada sektor domestik. "Pelaburan ini merupakan keputusan komersial yang menepati selera risiko dan telah melalui semua proses penilaian dalaman yang terperinci. "Pembelian hartanah pada harga RM188.5 juta adalah pada kadar diskaun berlandaskan nilai pasaran semasa dan ia telah dinilai oleh sebuah badan penilai bebas profesional. "Cadangan pembangunan kediaman tersebut akan dibangunkan oleh anak syarikat TH, TH Properties Sdn Bhd yang dijangka akan memberi pulangan positif kepada Kumpulan TH pada masa hadapan," katanya pada sidang media di sini, hari ini. Walau bagaimanapun pihak TH katanya menafikan membeli Signature Tower (Fasa 2) sepertimana yang dilaporkan di dalam blog-blog tertentu. "Kebocoran maklumat melalui kertas cadangan tidak boleh dijadikan sebagai bukti keputusan muktamad pelaburan tersebut. "TH akan terus meneroka peluang-peluang pelaburan yang seumpamanya di dalam pasaran domestik seperti yang digaris dalam rangkakerja Alokasi Aset Strategik," katanya. Sebelum itu, melalui akaun Twitter, Pengerusi TH, Datuk Abdul Azeez Rahim menafikan dakwaan yang menyebut Tabung Haji akan membeli dua plot tanah Tun Razak Exchange (TRX) dari 1MDB dengan RM772 juta tunai. "Tak betul. TH akan keluarkan kenyataan secepat mungkin. Terima kasih," tulisnya menjawab pertanyaan pengikutnya di laman itu, semalam. Beberapa blog telah memuatnaik dokumen-dokumen berkaitan pembelian tanah TRX dan mendakwa ia menggunakan wang pendeposit yang disimpan bukannya wang kerajaan. | |||||
Ejen pengundian PKR awasi pengundi hantu Posted: 07 May 2015 12:30 AM PDT MALAYSIAKINI Ekoran peringatan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli tentang kemungkinan wujud pengundi hantu hari ini di pusat pengundian Permatang Rawa, ejen pengundian PKR telah diarahkan supaya memantau nama-nama tertentu yang mencurigakan. Menurut Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Rashid Hasnon yang dipertanggungjawabkan di pusat pengundian tersebut, dua nama telah dikenal pasti oleh parti itu. "Berdasarkan maklumat kami, mereka didaftarkan sebagai pengundi di saluran 4 dan 5, jadi ejen pengundian kita yang bertugas di kedua-dua saluran itu akan memantau sama ada mereka keluar mengundi atau tidak." "Sebaik sahaja mereka muncul, kami akan segera melaporkan dan menyerahkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan," katanya kepada pemberita di luar SMK Permatang Rawa. Sementara itu, Bernama melaporkan 24 pusat mengundi dengan 130 saluran untuk PRK Parlimen Permatang dibuka mulai 8 pagi ini. Pusat mengundi itu akan ditutup pada 5 petang. Calon BN Suhaimi Sabudin mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guar Perahu. Manakala calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah pula mengundi di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti. Calon Parti Rakyat Malaysia, Azman Shah Othman dan Salleh Isahak (Bebas) tidak mengundi. Proses pengundian awal membabitkan 627 pengundi telah diadakan pada Ahad lepas di dua saluran iaitu di Dewan Gemilang, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT) dan di berek kelamin Balai Polis Kubang Semang. Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata SPR menjangkakan jumlah yang akan mengundi mencapai 80 peratus daripada 71,890 orang yang layak mengundi di kawasan itu. "SPR menjangkakan peratusan keluar mengundi kali ini menurun kepada 80 peratus daripada 88.50 peratus pada pilihan raya umum ke-13 pada Mei, 2013," katanya. Beliau berkata keputusan PRK Parlimen Permatang Pauh dijangka diketahui seawal 9 malam. Proses pengiraan undi PRK ini akan dilakukan di tempat mengundi dan bukan di pusat penjumlahan rasmi undi, sebaik sahaja proses pengundian tamat pada 5 petang ini. Hari ini merupakan cuti peristiwa di Pulau Pinang dan dijangka lebih ramai pengundi akan menunaikan tanggungjawab mereka. | |||||
Posted: 07 May 2015 12:27 AM PDT MALAYSIAKINI Umno akan menganjurkan perhimpunan besar 30,000 orang di Sabah bagi menunjukkan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di tengah-tengah persengketaannya dengan Tun Dr Mahathir Mohamad. Perhimpunan itu, kata anggota Parlimen Kalabakan Datuk Seri Ghapur Salleh (bawah), akan diadakan pada Ahad di Tawau, pantai timur Sabah. "PM datang ke Tawau dan dia akan bercakap kepada 20,000 hingga 30,000 orang dalam perhimpunan setiakawan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. "Acara itu akan dianjurkan oleh Umno," kata ketua bahagian Umno Kalabakan. Ghapur percaya orang ramai dan anggota parti pelbagai latar akan menyertai perhimpunan itu. Najib dilaporkan akan mengadakan lawatan sehari di Sabah. Beliau dijadual merasmikan projek perumahan di Kota Belud di sebelah pagi sebelum bergerak di Tawau. Pada 8 Mac, pertemuan setiakawan antara Najib dan ketua-ketua Umno bahagian bagi menjawab tuduhan Mahathir, terutamanya dalam isu syarikat pelaburan kontroversi kerajaan 1Malaysia Development Bhd (1MDB). Mahathir juga membangkitkan berhubung kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan memberi amaran BN tewas pilihan raya jika terus dipimpin Najib. Ketika-tiga sayap parti itu juga telah mengisytiharkan sokongan selepas pertemuan tertutup 13 April. | |||||
Sultan: GST perkhidmatan k'jaan tak masuk akal Posted: 07 May 2015 12:23 AM PDT MALAYSIAKINI Arahan perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) terhadap kerajaan negeri dan kerajaan tempatan tidak masuk akal, titah sultan Johor. "Perkara ini adalah tidak masuk akal kerana perkhidmatan kerajaan adalah tanggungjawab asas kepada rakyat dan tidak wajar untuk ditambah lagi dengan beban bayaran GST oleh rakyat," titah baginda. Justeru, sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah supaya pihak berkuasa tempatan (PBT) Johor tidak mengenakan GST terhadap perkhidmatan mereka. Baginda juga bertitah supaya pihak itu mendapatkan pengecualian daripada kerajaan persekutuan. Sultan Ibrahim bertitah demikian di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini. GST dilaksanakan mulai 1 April lalu di tengah-tengah bantahan aktivis dan pembangkang. | |||||
Permatang Pauh: Ada berakhir di hospital Posted: 07 May 2015 12:18 AM PDT MALAYSIAKINI Berlaku pergaduhan antara penyokong BN dan PKR dan anggota polis terpaksa meleraikannya di sebuah sekolah di Permatang Pauh. Ia menyaksikan terdapat penyokong yang cedera semasa pergaduhan itu telah dihantar ke hospital. Susulan itu, kelihatan lapan buah trak polis berada di Sekolah Kebangsaan Tanah Liat ditempatkan di kawasan itu menjelang jam 1 tengahari tadi. Puluhan anggota polis antirusuhan berkawal di hadapan sekolah tersebut. Seramai kira-kira 200 penyokong BN dan PKR berada bertentangan jalan di sekitar Tanah Liat. Turut kelihatan exco Pemuda Umno Arman Azha Abu Hanifah dan dan Ibdilillah Ishak dalam kalangan penyokong BN. Berlaku juga perang mulut antara penyokong BN dan PKR. | |||||
Jangan emosi, 'boo' bukan budaya kita, kata SPR Posted: 07 May 2015 12:09 AM PDT Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada sidang media di Pusat Media Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) di Kolej Komuniti Seberang Jaya, Pulau Pinang, hari ini. - Foto Sinar Online oleh NIZAM ZAIN PERMATANG PAUH - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kesal dengan sikap segelintir penyokong dan peraih undi dari kedua-dua parti yang bertanding pada PRK Parlimen Permatang Pauh yang bertindak agresif dan beremosi. Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata tindakan penyokong calon yang mengejek pihaknya dengan panggilan "boo" amat dikesali sambil menyifatkannya sebagai bukan budaya rakyat Malaysia. "Nampaknya penyokong sangat agresif berbanding PRK Rompin, di sana penyokong parti tak macam itu. "Ada juga yang berdiri tepi jalan merayu tapi mereka tak agresif dan emosional (seperti Permatang Pauh), rombongan kami (SPR) pun dia boo kita, itu tak baik bukan budaya kita, mereka ini tak ramai cuma 20 orang saja," katanya pada sidang media di Pusat Media Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) di Kolej Komuniti Seberang Jaya, di sini, hari ini. Mengulas lanjut, katanya lagi, SPR terpaksa membatalkan lawatannya ke beberapa pusat mengundi selepas dinasihatkan polis untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. "SPR hanya pergi ke sebuah sekolah sahaja iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Hussein Onn. "Pihak polis nasihatkan kita supaya tidak pergi ke beberapa sekolah lain berikutan berlaku perkara tidak diingin seperti baling kerusi, caci-mencaci dan ancaman antara penyokong calon," jelasnya. Dalam pada itu, ketika ditanya pemberita tentang tahap keselamatan kertas undi undi dibawa keluar ke pusat penjumlahan undi, beliau bagaimanapun berkata perkara itu tidak timbul. Jelasnya, sebelum kertas undi dibawa keluar, petugas SPR akan memindahkan kiraan undi tersebut ke atas Borang 14. "Peti undi yang dibawa keluar itu simbolik, ia tidak beri makna kepada jumah pengundi, kerana ia telah dipindah ke Borang 14. "Yang perlu dijaga keselamatan adalah borang 14," katanya. | |||||
Beli tanah 1MDB: Tabung Haji ada jawapan Posted: 07 May 2015 12:06 AM PDT Abdul Azeez Abdul Rahim SHAH ALAM – Lembaga Tabung Haji (LTH) akan memberikan jawapan berhubung dakwaan pembelian tanah milik syarikat pelaburan kontroversi, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang tersebar di media sosial, semalam.Memetik laporan sebuah portal, Pengerusi LTH, Datuk Seri Azeez Rahim dipetik sebagai berkata, beliau telah mengarahkan pihak pengurusan Tabung Haji untuk mengeluarkan kenyataan. "Saya dah suruh pihak pengurusan Tabung Haji mengeluarkan kenyataan sebentar lagi. Mereka akan jawab nanti…biar mereka selesaikan dahulu," katanya. Sebelum itu, melalui akaun Twitternya, Azeez menafikan dakwaan yang menyebut Tabung Haji akan membeli dua plot tanah Tun Razak Exchange (TRX) dari 1MDB dengan RM772 juta tunai. "Tak betul. TH akan keluarkan kenyataan secepat mungkin. Terima kasih," tulisnya menjawab pertanyaan pengikutnya di laman itu, semalam. Beberapa blog telah memuatnaik dokumen-dokumen berkaitan pembelian tanah TRX dan mendakwa menggunakan wang pendeposit yang disimpan bukannya wang kerajaan | |||||
'Melayu lebih GST': MCA tuding jari pada Pakatan Posted: 06 May 2015 05:19 PM PDT MALAYSIAKINI Terpalit tuduhan perkauman susulan kenyataan berkaitan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan kaum tertentu, pemimpin MCA Datuk Heng Seai Kie kini menuding jari kepada parti lawan. Ketua Wanita parti itu berkata DAP dan PKR "sangat keji" kerana didakwa sengaja mengapi-apikan isu GST dengan konotasi perkauman untuk mendapat manfaat politik. Beliau juga berkata kenyataan yang asalnya dilapor oleh harian China Press itu dipetik di luar konteks dan diputar belit demi memenangi dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh. "Apakah ada udang di sebalik batu untuk DAP dan PKR terus memainkan isu ini berlandaskan perkauman? "Dalam perkara ini, sekiranya mereka parti yang bertanggungjawab, PKR dan DAP harus meminta maaf khusus kepada seluruh warga Malaysia," katanya. Heng (kanan) pada 2 Mei dilapor memberitahu masyarakat Cina supaya tidak menentang GST kerana ia akan menyaksikan orang Melayu membayar lebih, tetapi orang Cina pula akan mendapat manfaat. Beliau dilapor berkata perkara itu berlaku kerana orang Melayu yang secara umumnya kurang anak terpaksa membayar lebih selepas cukai kontroversi itu dilaksana. Fitnah besar Rakaman itu muncul di talian selepas Heng menuduh China Press memetik beliau di luar konteks dan harian itu menarik balik laporannya. Ketika dihubungi Heng menjelaskan jika ucapan itu didengar secara keseluruhan maknanya bukan seperti dilaporkan. Dalam kenyataan hari ini, Heng mengingatkan bahawa China Press telah pun membuat penjelasan serta meminta maaf secara rasmi. Katanya, oleh kerana permohonan di atas talian dan di dada akhbar telah dibuat atas "salah tafsir" itu, ia tidak harus dijadikan isu lagi. "Tindakan pihak pembangkang yang sengaja merujuk kepada laporan akhbar yang telah terbukti silap serta terus menggembar-gembur serta memutarbelitkan pernyataan saya itu nyata sekali adalah satu fitnah besar dengan niat jahat untuk menghasut," katanya. MCA juga telah memfailkan aduan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta membuat laporan polis dan menggesa tindakan tegas terhadap pihak yang cuba membunyikan gendang perkauman. "Saya juga ingin merakamkan rasa kesal yang teramat sangat kepada para pembaca serta sesiapa sahaja yang tersinggung perasaannya akibat kenyataan fitnah DAP dan PKR ini," katanya lagi. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan