Khamis, 7 Mei 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Tahniah Yusni Mat Piah, Kak Wan menang!

Posted: 07 May 2015 08:17 AM PDT

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan kembali ke Parlimen selepas diisytihar menang dalam pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh.

 Pegawai Pengurus PRK Parlimen Permatang Pauh, Jusni Ismail, mengumumkan presiden PKR itu meraih 30,316, meninggalkan calon Barisan Nasional Suhaimi Sabudin yang mendapat 21,475 undi, iaitu majoriti 8,841 undi.

 Dua lagi calon, Azman Shah dari Parti Rakyat Malaysia (PRM) menerima 101 undi, manakala calon bebas Salleh Ishak menerima 367 undi, manakala sebanyak 843 undi rosak.

 Majoriti kali ini lebih rendah di samping peratusan keluar undi yang lebih kecil, 73%, berbanding 88% pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) dua tahun lepas. Bagaimanapun, PKR masih mengekalkan peratusan undinya, iaitu sekitar 57% daripada jumlah keseluruhan undi.

 Pada PRU13, Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi kerusi itu dengan jumlah undi 37,090, atau 58.56% daripada jumlah keseluruhan undi 63,332, dengan majoriti 11,721. Baca lagi di sini 

Jangan lupakan Yusni Mat Piah. Gara-gara provokasinya telah menjadikan ramai yang simpati kepada Kak Wan! Orang semakin benci dan meluat kepada puak-puak-puak UG Husni Mat Piah. Tahniah Yusni!

PAS tuntut Abdul Azeez letak jawatan

Posted: 07 May 2015 05:11 AM PDT

PAS hari ini menuntut Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim meletak jawatan selepas menafikan pembelian tanah milik syarikat bermasalah 1Malaysia Development Berhad, walaupun perkara itu disahkan lembaga itu hari ini.

 Azeez dalam Twitter miliknya menafikan perkara tersebut. Bagaimanapun, beliau mendakwa terdapat kesilapan komunikasi, selepas ketua pegawai eksekutif TH, Datuk Johan Abdullah mengesahkan pembelian tanah itu bernilai RM188.5 juta.

 "Sebagai Pengerusi, beliau mengetahui butiran transaksi ini sepenuhnya kerana sudah tentu ia dibawa ke mesyuarat lembaga di mana beliau mempengerusikannya," kata Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa merujuk pendedahan beberapa blog mengenai pembelian tanah 1MDB bernilai RM772 juta.

 "Jika beliau sudah mengetahuinya melalui mesyuarat lembaga Tabung Haji kenapa semalam ia menafikannya kecuali beliau mempunyai niat yang tidak baik. Pemimpin seperti ini tidak layak mempengerusikan lembaga sebesar Tabung Haji yang menguruskan dana awam yang besar," katanya.

 Husam turut menyatakan sebab-sebab beliau menggesa perletakan jawatan pengerusi TH itu.

Maklumat selanjutnya Klik di sini

 Antaranya, beliau berkata 1MDB mendapat plot pertama dengan harga RM4 juta daripada kerajaan tetapi kini TH membelinya dengan harga RM188.5 juta.

 "Persoalannya dari penjelasan Datuk Johan itu ialah 'harga pasaran' sebanyak RM188.5 juta adalah berpuluh kali ganda lebih tinggi dari harga asal yang diperoleh 1MDB.

 "Isu 1MDB sendiri yang belum mendapat kelulusan penuh dari pelbagai pihak berkuasa atas lot yang dicadangkan dibeli oleh TH juga gagal dijelaskan," katanya.

 Beliau mempersoalkan 1MDB yang sedang dibebani hutang itu dalam keadaan amat "tersepit" sehingga terpaksa melibatkan institusi kewangan negara untuk menyelamatkannya.

 Terdahulu hari ini, Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari dalam kenyataannya berkata sebagai badan amanah menyimpan duit bakal haji, TH tidak sepatutnya terlibat dalam projek berisiko tinggi.

 "Jika dakwaan ini benar, Datuk Azeez dan menteri yang mengendalikan LTH perlu meletakkan jawatan serta-merta," kata Zairil. – 7 Mei, 2015.~ sumber

Susah nak percaya penafian Yusni Mat Piah tu...

Posted: 07 May 2015 12:09 AM PDT

Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Mohd Yusni Mat Piah, menafikan mengedarkan pekeliling menyokong Barisan Nasional (BN) Suhaimi Sabudin di Permatang Pauh pada pilihan raya kecil. 

Beliau meminta mereka yang bertanggungjawab supaya mohon maaf dan bertaubat atas tindakan tersebut. 

Surat itu didakwa dikeluarkan dan ditandatangani olehnya bagaimanapun dinafikan beliau sendiri.

Dia ingat orang sudah lupa, yang dia duk suruh boikot rakan tahaluf sendiri.

Bukankah orang-orang dia yang buat demo kelmarin menghasut supaya jangan mengundi parti yg kononnya menolak hudud....

Hang Yusni, kalau surat tu memang bukan hang yang buat, agak susah orang nak caya penafian hang tu. Hang pun sekadar menafikan begitu saja, hang tak berani nak bersumpah! Kan? Kan?

Kalau ini semua bukan kerja-kerja 'Barua Umno', kamu nak katakan apa wahai KPN Khalid?

Posted: 06 May 2015 06:10 PM PDT

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyifatkan kenyataan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, yang didakwa menggelarnya dengan nama kurang elok baru-baru ini, sebagai melampau.

"Cuma kenapa dia (Mohamed Azmin) tak tanya saya sendiri mengenai sama ada saya 'barua Umno' atau tidak? Kenapa tanya orang Permatang Pauh?" katanya di sini

Apalah Khalid ni relaxlah....muhasabahlah diri. Kalau terhadap orang Pakatan Rakyat, bukan main cepat-cepat diambil tindakan. Tapi kalau puak Umno yang buat, macam-macam alasan kamu.

Rakyat perhatikan itu semua, tapi tidak ramai yang seberani Azmin untuk mengecam dan memanggil kamu sebagai 'Barua Umno'

Umpamanya dalam kes demo di depan sebuah gereja di Taman Medan, mendesak pastor di situ menurunkan lambang salib gereja kerana kononnya menggugat iman penduduk penganut Islam di Taman tersebut yang melihatnya!

Tetapi kamu anggap itu tiada unsur hasutan  mentang-mentanglah abang kamu sendiri yang mengepalainya. Malahan, kamu cuba nak 'membersihkan' kelaku jahat abang kamu itu dengan kenyataan bahawa abang kamu hanya bertindak sebagai pendamai, kononya meleraikan keadaan ketika itu. Malah kamu tanpa malu, cuba nak angkat dan jadikan abang kamu, Abdullah Abu Bakar , Ketua cawangan Umno Taman Lindungan Jaya itu sebagai hero rakyat. Apa kehalnya dia menyibuk di Taman Medan pula?
 
 Tindakan kamu itu ternyata tidak professional hinggakan ditegur secara terbuka oleh boss lama kamu, Tan Sri Musa Hassan di sini

Apakah kamu tidak berasa diberi malu dengan teguran terbuka itu? Tapi tidak pula kamu berani suruh beliau berjumpa sendiri dan bertanya "Kenapa kamu tak siasat dulu sebelum buat kenyataan?"

Dan apabila kamu lakukan siasatan, ternyata layanan istimewa terhadap abang kamu itu dengan hanya beberapa waktu di ibu pejabat polis Petaling Jaya menjawab soalan-soalan mengenai peranan beliau sewaktu bantahan tersebut berlaku.


Tidak sebagaimana lazimnya layanan keras polis terhadap pemimpin pembangkang dan aktivis hak asasi manusia yang rempuh dan dikidnap, digari, untuk disoal siasat selama berjam-jam, disimpan semalaman di lokap polis, diheret ke Mahkamah untuk mendapatkan perintah reman dan dalam beberapa kes reman selama beberapa hari.

Kalau ini semua bukan kerja-kerja 'Barua Umno', kamu nak katakan apa wahai Khalid?

Tiada ulasan: