Rabu, 6 Mei 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


PAS Penentu Pemilik Kerusi Parlimen Permatang Pauh

Posted: 06 May 2015 02:21 AM PDT

 
 
Analisis mStar

SESUATU yang pelik dalam sesebuah pilihan raya apabila bacaan sikap mengenai pola sokongan pengundi terhadap sesuatu parti politik masih belum dapat dibaca walaupun tempoh berkempen berbaki kurang 24 jam.

Apa yang boleh digambarkan ialah situasinya bercampur-campur.

Sama ada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahupun Suhaimi Sabudin yang menjadi taruhan Barisan Nasional (BN), kedua-dua mereka dilihat menerima sambutan yang baik di kalangan pengundi Permatang Pauh.

Namun pujian awal harus diberikan kepada Suhaimi kerana berjaya memberi 'persembahan' yang baik sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh.

Bagi Dr Wan Azizah pula, penerimaan masyarakat terhadapnya memang tidak boleh dipertikai, lebih-lebih lagi beliau sememangnya tidak asing di kalangan penduduk setempat.

Dengan gaya bersahaja bersama kipas ditangannya, wanita berusia 63 tahun itu juga 'sporting' melayan orang ramai, termasuk apabila diminta menendang bola mahupun berbasikal.



AWAS PERMATANG PASIR

Culaan terkini di semua 28 Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Permatang Pauh menunjukkan Dr Wan Azizah atau lebih senang dipanggil Kak Wan masih berada di kedudukan selesa.

Berdasarkan rekod terdahulu dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), PKR menang di 22 PDM, sementara BN menguasai enam PDM.

Sehingga samalam, rata-rata laporan daripada PDM khususnya yang berada dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Jaya dan Penanti memberi maklum balas positif bagi memastikan Dr Wan Azizah mempertahankan kerusi PKR di Permatang Pauh.

Bacaan di atas kertas juga menunjukkan PKR masih berjaya mengawal PDM dalam DUN Permatang Pasir yang menjadi penyumbang tertinggi kemenangan parti itu dalam PRU-13 yang lalu. BN tewas di semua sembilan PDM dalam DUN Permatang Pasir pada PRU-13 yang lalu.

Bagaimanapun Dr Wan Azizah dan jenteranya tidak boleh menarik nafas lega kerana laporan akhir menunjukkan wujudnya gelombang perubahan di beberapa kawasan dalam DUN Permatang Pasir yang majoritinya adalah pengundi PAS.

Tinjauan secara rawak mStar Online di beberapa kawasan dalam kubu kuat PAS itu mendapati kebanyakan pengundi masih keliru dengan sikap dan pendirian parti itu terhadap rakan sekutunya iaitu PKR dan DAP.



Lebih mengejutkan, beberapa pengundi khususnya yang berumur sekitar 40 tahun ke atas menyatakan mereka masih tidak mempunyai garis panduan jelas mengenai sama ada perlukah mereka memangkah calon yang tidak menyokong hudud.

Pengundi dalam PDM Tanah Liat, Kubang Semang, Bukit Indera Muda, Kampong Pelet dan Permatang Ara pada dasarnya masih belum membuat keputusan yang jelas.

Keputusan di lima PDM berkenaan pada PRU-13 menunjukkan Pakatan Rakyat menang dengan perbezaan bawah 600 undi. Kerisauan di lima PDM ini juga perlu bersandarkan kepada peratusan keluar mengundi yang dijangka merosot ekoran hari pengundian dibuat pada hari bekerja.

Jika hampir separuh daripada pengundi PAS dalam PDM terbabit tidak keluar mengundi, harapan untuk calon 'underdog' seperti Suhaimi untuk menang di Permatang Pauh agak cerah.

HUDUD

Isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) menjadi senjata paling berkesan yang dimainkan PKR dalam memastikan rakyat Permatang Pauh menolak parti pemerintah.

Namun dalam masa yang sama mereka dilihat memandang rendah terhadap isu dalaman pakatan pembangkang berhubung pelaksanaan hudud. Perlu diakui hudud adalah isu yang boleh menggugat undi kepada Dr Wan Azizah.

BN sendiri dilihat bijak menggunakan hudud sebagai senjata rahsia. Memilih untuk tidak bercakap mengenai hukum Islam itu secara terbuka, jentera BN kelihatan galak memainkan isu berkenaan di peringkat PDM khususnya di kubu kuat PAS.



Modus operandinya mudah, perang saraf mula tersebar di saat-saat akhir dengan membangkitkan pendiran PKR yang tidak menyokong hudud mentara DAP menolak hudud.

Nampaknya permainan BN dalam isu ini dilihat berjaya apabila sebilangan besar pengundi PAS mungkin memilih jalan mudah demi perjuangan mereka dengan tidak keluar mengundi.

Propaganda seperti '1 undi kepada PKR, 1 undi menolak hudud' dilihat agak berkesan dalam menanam sentimen kebencian terhadap parti sekutu PAS itu.

Di kalangan pemimpin PKR mereka sendiri memilih untuk enggan mengulas lanjut apabila dibangkitkan mengenai sama ada hudud bakal memberi kesan dalam PRK kali ini.

Sikap 'denial' atau penafian segelintir pimpinan PKR seperti Pengarah Pilihan Raya Angkatan Muda Keadilan (AMK) PRK Permatang Pauh, Dr Afif Bahardin juga pada dasarnya menambah kemarahan pengundi PAS.

Kenyataan bahawa hudud bukan isu besar dalam PRK Permatang Pauh dianggap angkuh kerana beliau seolah-olah menafikan suara akar umbi penyokong Pakatan Rakyat khususnya ahli PAS.

Berbeza dengan Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin, beliau dilihat lebih realistik apabila mengakui bahawa hudud sememangnya bakal memberi kesan kepada PKR.

Bercakap kepada mStar Online baru-baru ini, Ahli Parlimen Bukit Katil itu mengakui PKR berkemungkinan kehilangan kira-kira 6,000 undi daripada pengundi PAS disebabkan isu hudud.

Ternyata angka itu wajar menimbulkan kebimbangan PKR sekiranya isu yang menjadi 'nadi' penyokong dan ahli PAS itu tidak ditangani segera.

PAS DITINGGALKAN

Pada dasarnya, Dr Wan Azizah mungkin masih boleh kembali ke Parlimen selepas menang di kerusi Permatang Pauh sebelum ini. Namun perjalanannya ke sana hanya dipimpin PKR dan DAP sedangkan PAS ditinggalkan dibelakang.



Sikap PKR dan DAP yang masih 'bertegang urat leher, berkeras buku lidah' berhubung hudud meninggalkan kesan mendalam terhadap PAS.

PAS Permatang Pauh bukan sahaja ditinggalkan PKR dan DAP, malah langkah mereka juga umpama tidak berpenghujung apabila tiada amanat jelas daripada 'Tok Guru' menjelang hari pengundian esok.
'Kehilangan' Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sepanjang kempen PRK Permatang Pauh juga mengecewakan ahli parti itu.

Perasaan tidak tenang dan tertanya-tanya mengenai signal yang cuba disampaikan Hadi juga masih belum jelas.

Walaupun PAS Pusat mengeluarkan arahan supaya membantu PKR namun ia tidak disertakan dengan tindakan apabila Hadi serta kumpulan ulama besar PAS langsung tidak tunjuk muka sepanjang tempoh berkempen.

Namun dalam tempoh sebelum pukul 12 tengah malam Rabu, macam-macam perkara boleh terjadi.
Perang saraf saat-saat akhir mampu mempengaruhi pengundi khususnya di kalangan orang PAS yang boleh dianggap sebagai penentu kemenangan sama ada berpihak kepada Dr Wan Azizah ataupun Suhaimi.

Lari bogel lepas gagal merogol

Posted: 06 May 2015 01:28 AM PDT


Lari bogel lepas gagal merogol Lelaki berkenaan melarikan diri dalam keadaan berbogel sebelum dicekup selepas terjatuh dari pokok.
 
 
 
KAJANG -  Tindakan seorang  lelaki memanjat  pokok  bagi mengelak ditangkap selepas mencabul seorang pelajar wanita di tandas asrama sebuah institut pengajian tinggi , di sini, membawa padah apabila dahan pokok  itu patah dan dia terjatuh ke bawah.

Difahamkan dalam kejadian 6.45 pagi itu, suspek berusia lingkungan 20-an itu  patah tangan kanan selepas enggan turun dan bertenggek di dahan pokok berkenaan sebelum terjatuh .

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, suspek sebelum itu bertindak mencabul dan cuba merogol mangsa  yang sedang mandi di tandas berkenaan.

"Mangsa menjerit selepas suspek dalam keadaan bogel menerkam dan cuba merogolnya. Bimbang  jeritan mangsa didengari rakan-rakannya, lelaki itu berlari keluar dan  memanjat pokok berkenaan.

"Awalnya, walaupun didesak oleh pengawal keselamatan di situ untuk turun dari pokok, suspek enggan  dan nekad berada di atas pokok selama kira-kira 15 minit, namun malangnya dia terjatuh apabila dahan tempatnya bertenggek telah patah," katanya.

Rashid berkata, suspek mempunyai dua rekod lampau bersabit kes cabul dan dadah.

"Lelaki itu sedang menjalani rawatan di Hospital Kajang dan berada di bawah jagaan polis.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan," katanya.


Ulama, guru dari luar perlu dapat tauliah

Posted: 06 May 2015 01:25 AM PDT


Jamil Khir Baharom Jamil Khir Baharom semasa sidang media pada Majlis Perasmian Muktamar Ulama Ahli Sunnah WalJamaah yang bertemakan 'Mengenal Hakikat Ahli Sunnah WalJamaah' di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini. - Foto Bernama
 
 
 
PUTRAJAYA - ‎Mana-mana individu yang mahu mengajar agama di negara ini perlu mendapat tauliah bagi mengelakkan penyebaran ajaran yang terkeluar dari garis panduan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diamalkan di negara ini.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, dunia yang penuh dengan kemodenan mampu mengheret pandangan atau ajaran yang lari dari ajaran Islam sebenar.

"Sebab itu kemasukan-kemasukan dari luar. Apabila saya jumpa anak-anak Mesir di Jordan dan terbaharu di Dubai dan beberapa buah negara lain, mereka tanyakan kenapa apabila pulang ke Malaysia, perlu ada tauliah mengajar sedangkan mereka sudah menimba banyak ilmu?

"Sebab itu saya terangkan kembali ialah kita nak pastikan supaya yang datang itu...kita tidak menolak anak-anak yang balik dari luar negara dengan kekuatan ilmu yang mantap tetapi pada masa sama kita tidak mahu di celah-celah itu, ada kemasukan-kemasukan yang tak dapat kita bendung," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah Sedunia, Malaysia 2015 di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau menegaskan tauliah tersebut penting dan mana-mana yang mengajar tanpa tauliah boleh dikenakan tindakan.

"Oleh sebab itu, tauliah tersebut menjadi salah satu mekanisme untuk kita nak memastikan mereka yang datang itu tidak terkeluar dari garis panduan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"...dan boleh diambil tindakan kepada mereka yang tidak mempunyai tauliah tersebut,"katanya.

Sebelum ini, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin dilaporkan mengakui pihaknya tidak dapat menapis semua kemasukan penceramah luar ke negara ini kerana tidak semua majlis agama negeri mengemukakan nama penceramah‎ yang dijemput.

Hingga pernah berlaku beberapa individu yang tidak dibenarkan menyampaikan ceramah agama‎ di negara-negara Arab dan beberapa negara barat tetapi memberi ceramah di negara ini.


Dr M: Orang Rompin tak faham isu 1MDB

Posted: 06 May 2015 01:20 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kemerosotan undi yang diperolehi BN dalam pilihan raya kecil Rompin semalam bukan disebabkan kritikannya ke atas kerajaan.

Dengan sinis, Mahathir berkata masyarakat di Rompin tidak memahami mengenai skandal 1Malaysia Development Bhd yang dibangkitkannya.

"Fokus di sana ialah GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan), kos sara hidup, harga barang naik dan di bawah sekali 1MDB.

"Orang kampung tak faham isu 1MDB. Susah mereka nak bayangkan (hutang) RM42 bilion (yang ditanggung firma tersebut), katanya.

Mahathir bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan di Putrajaya pagi ini.


Husam: Pengundi Rompin tolak Najib

Posted: 06 May 2015 01:18 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Naib presiden PAS Datuk Husam Musa berkata parti itu harus merangka strategi baru berdasarkan keputusan pilihan raya kecil parlimen Rompin semalam.

Beliau melihat bahawa sikap pengundi Melayu di parlimen Rompin menunjukkan penolakan kepada pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Pada masa yang sama 6,244 pengundi itu tidak pula mengalihkan undi mereka kepada PAS atas sebab yang mereka sendiri tahu.

"Namun, paling tidak mereka yang pernah mengundi BN genap dua tahun lalu tidak lagi mengundi BN pada kali ini.

"Jika jumlah tersebut dapat diterjemahkan menjadi undi kepada pembangkang, insya-Allah perubahan politik yang besar akan berlaku dalam negara," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau seterusnya mengaitkan sikap pengundi itu dengan isu cukai barangan dan perkhidmatan, skandal 1Malaysia Development Bhd dan juga masalah pentadbiran Najib.

"Faktor ini akan menjadi lebih penting menjelang PRU yang akan datang," tegasnya.

Dalam pada itu, beliau tetap memberi peringatan bahawa sokongan yang diterima PAS dari pengundi bukan Melayu berkurangan pada kali ini.

"Pada masa yang sama, pengundi  bukan Melayu pula menghantarkan isyarat berbeza kepada PAS dengan berlaku pengurangan yang ketara.

"PAS perlu menggariskan pilihan strategi yang bijak dari indikator Rompin di semua sudut," katanya lagi.

Peringatannya itu secara tidak langsung merujuk kepada isu hudud yang membelenggu kini Pakatan Rakyat.

Seterusnya, Husam berkata PAS perlu mempertimbangkan bahawa sikap pengundi yang menolak Najib adalah cukup besar.

Malah, PAS perlu mempertimbangkan bahawa faktor tersebut cukup besar daripada keuntungan yang diperolehi daripada kerjasama dengan Umno, katanya.

"Sekalipun PAS mungkin bekerjasama dengan Umno dalam apa jua bentuk bagi PRU yang akan datang, arus penolakan terhadap kepimpinan DS Najib adalah cukup besar untuk membuat perubahan sebaliknya," katanya.


Anwar saman SPR tak benar undi di Pmtg Pauh

Posted: 06 May 2015 01:17 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan dua pihak lagi kerana tidak membenarkannya mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh esok.
  
Anwar, bekas Anggota Parlimen Permatang Pauh, memfailkan saman pemula itu di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lupur melalui Tetuan Daim & Gamany dan menamakan SPR, pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan kerajaan Malaysia masing-masing sebagai defendan pertama, kedua dan ketiga.
  
Dalam permohonannya, Anwar memohon deklarasi bahawa beliau mempunyai kelayakan sebagai pengundi seperti diperuntukkan di bawah Fasal 119 Perlembagaan Persekutuan, selain menuntut pampasan dan kos.
  
Oleh itu Anwar, 68, menuntut defendan-defendan mengambil tindakan susulan untuk menguatkuasakan haknya sebagai pengundi.
  
Anwar dalam afidavit sokongan untuk menyokong tuntutannya mendakwa pada 30 April lepas, peguamnya menghantar surat tuntutan kepada SPR dan Abdul Aziz untuk mengesahkan bahawa beliau layak mengundi.

Beliau berkata sehingga hari ini tiada jawapan daripada kedua-dua defendan, oleh itu tindakan mereka telah menafikan haknya sebagai pengundi dan bertentangan dengan Fasal 119 Perlembagaan Persekutuan juga mencabuli haknya di bawah Perlembagaan.
  
Anwar berkata deklarasi yang dipohon itu adalah untuk menegakkan haknya untuk mengundi pada PRK Permatang Pauh dan pada mana-mana Pilihan Raya Umum (PRU) nanti.
  
Beliau mendakwa telah mendaftar sebagai pengundi yang sah bagi kawasan Permatang Pauh sebelum dijatuhin hukuman oleh Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb lepas dan pada PRU ke-13 dua tahun lepas beliau telah mengundi di kawasan itu.
  
Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhirnya terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, pada 26 Jun 2008.
  
Peguam Anwar, N.Surendran memberitahu media bahawa anak guamnya memfailkan saman itu kerana SPR tidak membenarkannya mengundi di PRK Permatang Pauh esok dan pihaknya akan cuba mendapatkan tarikh pendengaran secepat mungkin.

Ditanya sama ada Anwar juga membuat permohonan untuk mengundi kepada SPR semasa menjalani hukuman penjara enam tahun bagi kesalahan menyalahgunakan kuasa pada PRU 1999 dan 2004, Surendran berkata Anwar tidak membuat permohonan itu.
  
Seorang lagi peguamnya Latheefa Koya berkata kes itu akan menjadi kes ujian kerana mengikut Fasal 119 Perlembagaan Persekutuan seseorang banduan yang telah berdaftar sebagai pengundi sebelum disabitkan kesalahan adalah layak mengundi.
  
Anak perempuan keempat Anwar, Nurul Ilham turut hadir di mahkamah bersama suaminya Reza Mohd Rafie.-Bernama


 

Pengundi FELDA sokong Pas naik 12 peratus

Posted: 06 May 2015 01:15 AM PDT

 FMT Reporters

Daripada 15 kawasan FELDA, Pas mendakwa menang di tiga kawasan dan mendapat undi popular di lima kawasan jauh lebih baik berbanding PRU13 apabila Pas kalah di kesemua 15 kawasan itu.

Tuan-Ibrahim-Tuan-Man_pas_spr_pkr_600



PETALING JAYA: Sokongan pengundi FELDA kepada Pas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin meningkat 12 peratus berbanding Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Analisis awal yang dibuat parti itu juga mendapati, daripada 15 kawasan FELDA di Rompin, Pas menang di tiga kawasan dan mendapat undi popular 45 peratus atau lebih di lima kawasan yang lain.

Peningkatan sokongan terhadap Pas itu dilihat pencapaian yang membanggakan kerana pada PRU-13, UMNO menang di kesemua 15 kawasan FELDA.

Analisis Pas juga mendapati, UMNO menang besar di kawasan Orang Asal dan perkampungan tradisional tetapi kalah teruk di kawasana golongan menengah atau separa bandar seperti Bandar Muadzam Shah.

Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengakui sokongan pengundi FELDA kepada Pas amat begitu dan membanggakan.

"Peningkatan sokongan ini agak memberangsangkan. Ini fenomena agak baik," katanya.

Antara isu dipercayai mengurangkan sokongan pengundi FELDA kepada UMNO ialah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), harga kelapa sawit yang rendah dan isu perumahan generasi kedua.

Datuk Hasan Arifffin menewaskan calon Pas, Nazri Ahmad dengan majoriti 8, 895 undi.
Hasan memperoleh 23,796 undi manakala Nazri 14,901 undi.

PKR salahkan SPR jika pengundi kurang

Posted: 06 May 2015 01:06 AM PDT

 Adam Abu Bakar

Peratusan pengundi yang rendah di PRK Rompin disebabkan hari mengundi dibuat pada hari bekerja bagi negeri-negeri lain dan dibimbangi perkara sama berlaku di Permatang Pauh.

PKR-SPR



PERMATANG PAUH: Parti Keadilan Rakyat (PKR) melahirkan kebimbangan terhadap peratusan pengundi yang akan keluar mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh pada 7 Mei.

Mereka tidak teragak-agak menyalahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana memilih hari bekerja sekiranya peratusan keluar mengundi rendah.

PKR menyatakan peratusan mengundi yang rendah di PRK Rompin berbanding PRU13 adalah disebabkan pengundian yang dibuat pada hari bekerja bagi negeri-negeri lain.

Sempena PKR Rompin pada 5 Mei, kerajaan Pahang umum hari berkenaan sebagai cuti peristiwa.
"Kita sudah tekankan berkali-kali, SPR merupakan pihak yang harus dipersalahkan kerana memilih hari bekerja.

"Kemungkinan peratusan pengundi yang keluar mengundi di PRK Permatang Pauh juga akan menurun," kata Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula mendakwa SPR telah menganaktirikan PRK di Permatang Pauh.

"Kita melihat bagaimana SPR menetapkan hari bekerja sebagai hari mengundi. Ia sepatutnya dilakukan dengan lebih awal lagi," katanya.

Calon PKR itu bagaimanapun berharap pengundi tidak terjejas dengan pemilihan hari bekerja dan tetap pulang untuk mengundi

PRK Rompin: Undi UMNO merosot 8.2 peratua

Posted: 06 May 2015 01:03 AM PDT

FMT Reporters

Perbandingan keputusan PRK Rompin pada 5 Mei dengan keputusan PRU13 perlu dibuat secara relatif dengan peratusan keluar mengundi bagi kedua-dua pilihan raya.

Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri



PETALING JAYA: Jumlah undi yang diterima UMNO dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin menurun sebanyak 6,244 undi atau 20.8 peratus berbanding Pilihan Raya Umum ke13 (PRU13).

Bagaimanapun, perbandingan keputusan PRK pada 5 Mei dengan keputusan PRU13 perlu dibuat secara relatif dengan peratusan keluar mengundi bagi kedua-dua pilihan raya.

Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pemuda Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin at-Takiri berkata, jika mengambil kira status quo tahap sokongan pada PRU 13 pula, undi UMNO merosot 8.2 peratus atau 1,945 undi.

Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata, bagi mengekalkan status quo tahap sokongan PRU13 berdasarkan kemerosotan peratusan keluar pada 5 Mei, BN sekurang-kurangnya patut mendapat 25,741 undi dan Pas pula memadai mendapat 12,790 undi sahaja menjadikan majoritinya ialah 12,951 undi.

"Menariknya undi Pas pula telah melebihi 14.2% (2,111 undi) daripada kedudukan untuk mengekalkan status quo tahap sokongan PRU13 lepas. Mudahnya, tahap sokongan terhadap Pas sebenarnya meningkat," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, analisis itu memberi satu petunjuk bahawa isu-isu yang dibawa Pas berkaitan percukaian GST, salah urus kewangan negara, undang-undang Islam, Felda, pemilikan geran tanah yang dizalimi sejak puluhan tahun di Kuala Rompin semakin mendapat perhatian daripada pengundi Rompin.

"Apatah lagi berlaku peningkatan undi khususnya di kawasan Felda yang terkenal sebagai kubu UMNO," katanya.

Keputusan Rompin isyarat jelas kepada BN

Posted: 06 May 2015 12:41 AM PDT


Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff Dr Mohammad Agus
 
 
 
SHAH ALAM -  Penganalisis politik berpandangan Barisan Nasional (BN) perlu segera membuka mata walaupun parti itu menang pada PRK Parlimen Rompin semalam.

Menurut Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof. Madya, Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, keputusan PRK Rompin adalah isyarat jelas kepada BN untuk berbuat sesuatu jika tidak mahu mengalami mimpi ngeri pada PRU akan datang.

"Keputusan PRK Rompin menarik. Data di bawah menjelaskan hal ini.

"Jumlah Pengundi (PRU 2013 53,294; PRK 2015 53,596) , perolehan undi calon BN (PRU 2013 30,040; PRK 2015 23,796) – kurang 6,244 undi, perolehan undi calon Pas (PRU 2013 14,926; PRK 2015 14,901) – kurang 25 undi.

"Majoriti undi BN PRU (2013 15,114; PRK 2015 8,895) – kurang 6,219 undi, Sementara peratusan keluar mengundi (PRU 2013 85.89 peratus; PRK 2015 74 peratus)," tulis Agus pada laman sosial Facebook miliknya.

Tambahnya, BN harus memikirkan dengan segala kekuatan jentera dan pengumuman peruntukan yang diberi, majoriti undi yang menurun sebanyak 41 peratus perlu direnung dalam-dalam.

"Ini kerana pengundi Rompin yang selama ini merupakan kubu BN telah menunjukkan sikap protes mereka. Walaupun belum memberikan kemenangan kepada Pas, tetapi mereka telah membunyikan loceng awal untuk menyedarkan pemimpin BN tentang dasar pemerintahannya yang perlu diperbetulkan," katanya.

Mengulas lanjut, Agus berkata, oleh itu BN perlu mengubah strategi berkempen, serta perlu memikat segera pengundi muda.

"Pengundi muda pada BN menurun, oleh itu BN perlu mengubah cara berkempen. BN perlukan pemasaran politik baru kerana  produk BN dah lama, jika pengundi luar balik mengundi, keuntungan pada Pas dan majoriti makin berkurangan.

"Apa-apapun tahniah BN kerana menang dalam kalah, dan Pas pula kerana kalah dalam menang," katanya.

PRK Rompin menyaksilan calon BN Datuk Hasan Arifin menang dengan 23,796 undi menewaskan calon Pas, Nazri Ahmad yang menerima 14,901 undi.

Hasan menang dengan majoriti 8,895 undi, menurun berbanding majoriti yang diterima BN pada pilihan raya umum lalu.

Menurut rekod Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jumlah peratusan keluar mengundi bagi PRK P.091 Rompin juga merosot berbanding PRU13 dengan hanya 73 peratus yang keluar mengundi.

Pada PRU13, penyandangnya, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis mengekalkan kerusi Parlimen berkenaan untuk penggal keenam setelah mengalahkan bekas Ketua Dewan Muslimat Pas, Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi.

PRK Rompin diadakan berikutan kematian Dr Jamaluddin dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lepas.

KJ tolak peluang ke-2 buat pesalah porno

Posted: 06 May 2015 12:31 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Keputusan Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk memberi peluang kedua kepada pelajar tajaannya yang bersalah memiliki bahan lucah kanak-kanak di luar negara mengundang tidak senang banyak pihak.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin hari ini menyuarakan bantahannya di laman sosial Twitter.

"Harap MARA tidak membazir duit rakyat. #NoSecondChance," tulis ketua Pemuda Umno itu.

Dalam tempoh kira-kira lima minit saja, kenyataan itu diulang tweet pengikut Khairy lebih 500 kali.

Semalam MARA menyatakan kesediaan membenarkan Nur Fitri Azmeer Nordin, 23, meneruskan pengajian sejurus kembali ke tanah air.

Dia dijatuhi dijatuhi hukuman penjara lima tahun bersabit 13 kesalahan memiliki lebih daripada 30,000 imej dan video lucah kanak-kanak.

Sementara itu, aktivis Datuk Marina Mahathir juga bantahan sama dengan mempersoalkan tentang "pelajar contoh" yang memuat turun 30,000 gambar kotor di Internet.

Beliau malah menggunakan hashtag menyeru golongan pedofilia (mempunyai kecenderungan seksual pada kanak-kanak) dijauhkan daripada kanak-kanak di negara ini.

Mstar semalam melaporkan Nur Fitri yang dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Southwark Crown di London akan diberi peluang meneruskan pengajian sejurus kembali ke tanah air.

Ahli Majlis MARA Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata mereka akan memberi sokongan dalam pelbagai cara untuk membentuk semula jati dirinya, termasuk membenarkan dia meneruskan pengajian di mana-mana institusi MARA.

Katanya, individu yang insaf selepas dihukum wajar diberi peluang kedua terutamanya pelajar yang mempunyai kelebihan dan boleh menjadi aset kepada negara.

"Kita lihat laporan daripada pihak penjara bahawa dia berkelakuan baik sehingga tempoh hukumannya dikurangkan, oleh itu wajar untuk kita memberinya sokongan semula," beliau dipetik sebagai berkata. 


Dr Mahathir nafi terlibat skandal BMF

Posted: 06 May 2015 12:29 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, dia tidak terbabit dalam skandal Bumiputera Malaysia Finance (BMF) yang menggemparkan negara suatu ketika dulu.

Menurut bekas perdana menteri itu, kerugian dialami BMF adalah tanggungjawab institusi kewangan itu.

"Tapi saya tak curi duit. Duit dah hilang. Itu bank punya duit. Saya bukan pengurus bank, saya bukan penasihat kepada bank itu.

"Ketika tu macam-macam bank hilang duit. Takkan duit hilang saya yang salah?" katanya mengulas kenyataan dibuat Senator Tunku Abdul Aziz dalam akhbar semalam.

Menurut Abdul Aziz skandal kewangan pada 1980-an itu adalah satu daripada perkembangan paling serius dalam industri perbankan negara.

Seorang daripada juruaudit BMF, Jalil Ibrahim mati dibunuh di kawasan kebun pisang di Hong Kong pada 1983.

Bekas Pengerusi BMF Lorrain Esme Osman mengaku bersalah ketika dihadapkan ke mahkamah di London pada 1993 kerana memberi pinjaman tanpa cagaran untuk sebanyak RM 2.5 bilion kepada George Tan, seorang ahli perniagaan Sarawak.

Pada 1988 BMF memiliki aset bernilai lebih AS$15 bilion (RM54 bilion) tetapi terpaksa dicairkan ekoran skandal berkenaan.

Bagaimanapun Dr Mahathir tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai kenyataan dibuatnya hari ini. 


'Aktivis siswa digantung, pesalah porno lepas'

Posted: 06 May 2015 12:27 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Aktivis siswa Fahmi Zainol mempertikaikan kenapa peluang kedua diberikan kepada pelajar yang terlibat kesalahan pornografi di luar negara diberikan peluang kedua.

Sedangkan, kata pelajar Universiti Malaya (UM) yang digantung pengajian dua semester itu, aktivis "membawa suara demokrasi digantung" .

"Pelajar simpan gambar porno kanak-kanak Diberi peluang kedua? Pelajar yang membawa suara demokrasi digantung?

"Keadaan ini menampakkan bahawa kerajaan 'pilih kasih' dalam mengadili kesalahan pelajar," katanya merujuk kepada pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) di United Kingdom Nur Fitri Azmeer Nordin.

Nur Fitri, 23, dijatuhi hukuman penjara lima tahun bersabit 13 kesalahan memiliki lebih daripada 30,000 imej dan video lucah kanak-kanak oleh Mahkamah Southwark Crown di London.

Dalam kenyataan hari ini Fahmi membangkitkan berhubung kesalahan yang dianggap berat bagi pelajar memandangkan terdapat kesalahan berat diberi hukuman ringan.

"Saya merasakan kerajaan hanya bertegas terhadap kesalahan yang mampu menggugat kuasa mereka.

"Keadaan ini menunjukkan bahawa kerajaan tidak matang dan masih bersifat kebudak-budakan," katanya lagi.

UM pada 9 Disember lalu menggantung pengajian Fahmi, bekas presiden persatuan pelajar, selama dua semester dan didenda RM600 kerana menganjurkan perhimpunan melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa kebenaran.

Selain beliau, seorang lagi pelajar Safwan Shamsudin digantung pengajian satu semester manakala empat yang lain diberi amaran dan didenda RM150 setiap seorang. 


Pemilihan PAS - Nak berdebat atau tidak?

Posted: 06 May 2015 12:22 AM PDT

MALYSIAKINI



 
 
 
Cadangan supaya calon untuk jawatan utama dalam PAS berdebat menjelang muktamar bulan depan mendapat reaksi berbeza kepada tiga penganalisis politik tempatan.

Bagi Ketua Kluster Politik Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Mustafa Ishak berkata, perdebatan antara kumpulan proulama dan pro-Pakatan Rakyat dalam PAS tidak perlu kerana nasib pemimpin parti itu terletak di tangan ahli.

"Saya rasa dasar serta pendirian kedua-dua belah puak ini (prulama dan pro-Pakatan) sudah jelas. Ahli-ahli PAS tahu, dan masyarakat luar juga tahu bagaimana pendekatan serta hala tuju masing-masing," katanya.

Justeru, kata Mustafa (gambar), perdebatan seperti dicadangkan tidak perlu diadakan.

Menurut pensyarah di Universiti Utara Malaysia itu masa depan PAS terletak di tangan ahli parti berkenaan.

"Mereka (ahli PAS) kena pilih siapa yang akan mencorakkan masa depan parti itu mengikut apa yang mereka mahu," kata Mustafa ketika dihubungi Malaysiakini.

Cakap lain, buat lain

Sementara itu, Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan sebaliknya berpendapat debat dapat menjawab pelbagai persoalan dihadapi ahli parti, termasuk yang 'panas'.

Katanya, setakat ini kedua-dua kumpulan dilihat dilihat masih berdiam diri daripada menjawab persoalan berkenaan.

Antara isu yang perlu dikupas, kata Wan Saiful, ialah mengenai dasar diperjuangkan kedua-dua kumpulan.

"Saya menyokong penuh (jika ) berlaku perdebatan untuk calon presiden dan timbalan presiden," katanya.

Ahad lalu Malaysiakini menyiarkan pandangan Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Hanipa Maidin yang menyarankan supaya PAS mengadakan debat terbuka bagi memberi peluang kepada orang ramai menilai setiap calon dengan adil, telus dan saksama.

Ditanya kemungkinan sikap berdiam diri di kalangan calon adalah strategi masing-masing menjelang pemilihan, Wan Saiful (kiri) berkata, ia adalah perancangan kumpulan proulama dalam PAS.

Katanya strategi itu sudah lama berlaku.

"Golongan ulama dilihatnya sangat bijak berkempen bersama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggunakan hujah agama untuk mempertahankan jawatannya.

"Saya tidak nafikan puak proulama ini pandai berpolitik untuk kepentingan mereka," katanya.

Antara strategi itu, kata Wan Saiful ialah apabila Abdul Hadi menguar-uarkan bahawa ahli PAS tidak boleh berlebihan merebut jawatan.

"Sedangkan kumpulan yang berkempen tidak habis-habis ialah kumpulan Abdul Hadi," katanya.

Bagi Prof Dr Ahmad Atory Hussain pula, beliau sependapat dengan Mustafa kerana menganggap perdebatan bukan jalan terbaik menyelesaikan isu politik semasa dihadapi PAS.

Sebaliknya, kata Ahmad Atory, calon terlibat hanya perlu bertanding melalui undi perwakilan di muktamar tahunan.

"Pendekatan perdebatan di peringkat biasa boleh untuk dapatkan idea. Tapi di peringkat highly political tidak boleh berdebat.

"Perdebatan di peringkat pertengahan boleh, perdebatan dalam akademik memang baik. Tapi di peringkat tertinggi tak boleh, itu tidak mungkin," katanya. 
 
 
 
 

Tiada ulasan: