Rabu, 6 Mei 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Ummat Islam mesti sedar betapa silap dan salahnya mereka menyokong Umno - Ust Fadzil Mohd Noor

Posted: 06 May 2015 07:52 AM PDT


Kita berharap pihak PAS akan bertindak terhadap sekumpulan pemuda yang dikepalai Ketua Penerangan PAS Bagan, Azmi Jaafar yang mengaku diri mereka sebagai "proulama" kerana membuat kacau dengan menghasut orang ramai di PRK Permatang Pauh supaya menolak calon Pakatan Rakyat yang kononnya menolak hudud.

Mereka menghasut supaya memberi sokongan kepada calon Umno/BN yang kononnya menyokong hudud?

Pendemo (kanan) sedang bertekak dengan 
seorang penduduk kampung
 Kumpulan itu membawa sepanduk yang bertulis "Hudud hukum Allah" dan "Pemuda bersama kepimpinan ulama".

 Berlaku tolak-menolak apabila ada penduduk tempatan mahu merampas sepanduk kumpulan terbabit.

 Bekas setiausaha agung PAS Permatang Pauh, Abdul Razak Abdullah yang turut berada di tempat kejadian memberitahu, kumpulan tersebut bukan pengundi di Permatang Pauh dan sengaja datang ke kampung Kubang Semang untuk membuat "kacau" di kawasan kubu kuat Pakatan itu.

 'Mereka bukan orang sini, mereka orang Bagan. Mereka tak mengundi di sini. Saja datang nak sabotaj (PRK Permatang Pauh)," katanya.

 Dalam kenyataanya, Azmi berkata tujuan himpunan itu untuk mengajak seluruh pengundi Permatang Pauh tidak mengundi parti yang menolak hudud.

 "Kami mengajak seluruh pengundi P44 agar tidak memberi undi kepada penentang hudud. Kami berpendirian bahawa penentang hudud adalah penentang Allah seperti wasiat almarhum Datuk Fadzil Noor, mantan presiden PAS pada 1994," kata kenyataan itu.( Lihat banner sebelah)

 Sebelum ini, kumpulan sama mengadakan perhimpunan di hadapan Masjid Batu, Kampung Pertama bagi mendesak PKR memohon maaf berhubung kenyataan AMK berkaitan hudud. ~ sumber

Suka saya memberi sedikit penjelasan mengenai apa sebenar yang dikatakan oleh Almarhum Ust. Fadzil Noor sebagaimana yang digunakan oleh jentera Pemuda Pulau Pinang dalam baner tersebut.

Kata-kata tersebut sebenarnya merupakan sebuah hadith Rasulullah dimana almarhum semasa menyampaikan hadith tersebut adalah jelas merojok kepada Umno yang telah menolak Hudud dengan menggelarkannya sebagai 'Hudud PAS'.(Lihat paparan berikut) 

Ummat Islam mesti sedar betapa silap dan salahnya mereka
menyokong sebuah pertubuhan sekular seperti Umno
- antara ucapan almarhum Ust Fadzil Mohd Noor
Menurut almarhum, Perdana Menteri ketika itu  bersedia memberi laluan kepada Kelantan untuk melaksanakan hudud dan Timbalan Perdana Menteri juga menyebut kononnya Umno tidak menentang hudud. (Samalah sebagaimana yang sedang berlaku sekarang nih! kan?)

"Tiba-tiba di saat terakhir ini, pemimpin Umno menganggapnya sebagai hudud PAS semata-mata untuk menjadi helah  bagi menghalalkan penolakan mereka terhadap enakmen  syariat itu tanpa memberikan hujah - hujah syari'e bagi menyokong tindakan mereka." ucap almarhum Ust Fadzil.

Jadi kepada para pengundi Permatang Pauh, khususnya ahli-ahli PAS yang dah termakan hasutan gerombolan UG Yusni Mat Piah, ingatlah pesanan almarhum Ust Fadzil Mohd Noor - Jangan menyokong Umno! Ingat sampai bila-bila!

Hajat PAS sudah tercapai di Rompin

Posted: 05 May 2015 11:12 PM PDT


Akhirnya apa yang PAS hajati telah tercapai di Rompin.Sepatutnya abag adik tak -perlu bertanding di Rompin....

Seorang rakan wassap hantar mesej : 

Dua-dua sokong Hudud, buat apa berlawan? Tolong menolonglah kamu dalam berbuat kebaikan....

"Kita bertanding dalam pilihanraya ini bukan untuk menang. Tetapi ini adalah peluang terbaik bagi rakyat untuk mendapatkan penjelasan terbuka dalam sistem demokrasi kita. Soal menang kalah tidak penting, Ini ruang yang kita ada, kita harus gunakan." Itu antara kata-kata Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di sini

PAS akan kalah dalam PRU-14 tanpa Pakatan - Ahmad Awang

Posted: 05 May 2015 06:15 PM PDT

OLEH SHAZWAN MUSTAFA KAMAL 


KUALA LUMPUR, 6 Mei - Seorang veteran PAS memberi amaran kepada parti itu yang ia menghadapi kekalahan dalam pilihan raya umum akan datang  jika ia terus memburukan lagi hubungan dengan  rakan-rakan Pakatan Rakyat (PR), DAP dan PKR. PAS tidak boleh menang di kawasan berbilang kaum dengan bersendirian.

 Bakal calon presiden PAS Ahmad Awang berkata survival PR sebagai gabungan yang kini bergantung sepenuhnya kepada komitmen parti Islam itu untuk terus bekerjasama dengan DAP dan PKR, kerana kedua-dua sekutunya itu telah mengesahkan hasrat mereka untuk tetap dengan PAS walaupun bermasalah dengan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

 Kepimpinan PAS perlu sedar akan hakikat ini, kata bekas naib presiden PAS.

 "Kekacauan yang kita lihat sekarang, yang mengeruhkan hubungan antara PAS dan DAP, kerana parti-parti ini telah meletakkan kepercayaan mereka kepada PAS, mereka mahu Pakatan yang kuat untuk menuju Putrajaya.

 "Jika ada pilihan raya umum dalam keadaan ini, PAS tidak boleh menang (tanpa DAP dan PKR), kita tidak boleh mendapatkan sokongan bukan Melayu," kata Ahmad kepada Malay Mail Online dalam temu bual telefon baru-baru ini.

 Kegagalan kepimpinan PAS untuk menjelaskan dengan jelas kepada PR rancangan hudud di Kelantan juga merupakan sebab utama mengapa PKR dan DAP kecewa dengan parti Islam, katanya.

 "PAS tidak boleh mengelak daripada hakikat bahawa kita hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum.

 "Bagi saya, saya  melihat tahaluf siyasi (kerjasama politik) dengan DAP dan PKR masih lagi relevan... DAP dan PKR masih mahu membincangkan perkara-perkara, masih mahu bersama kita.

 "Jika kita tidak berada dalam Pakatan, kemana PAS akan pergi?" Ahmad bertanya.

 Ahmad telah mendapat tiga pencalonan, melayakkan beliau bertanding jawatan presiden PAS terhadap Hadi pada pilihan raya parti itu yang akan diadakan pada bulan Jun.

 PAS kini mempunyai 21 kerusi Parlimen daripada 85 kerusi yang dikuasai oleh PR.

 DAP memutuskan hubungan dengan Hadi pada Mac selepas Kelantan dibawah PAS meluluskan pindaan kepada Enakmen Kanun Jenayah Syariah II untuk membolehkan pelaksanaan hudud di negeri ini.

 Krisis ini akan berterusan, kerana Hadi sekali lagi akan cuba untuk membentangkan jadual Rang Undang-undang persendirian di Parlimen bulan ini untuk menghapuskan halangan undang-undang kepada penguatkuasaan hudud, dalam langkah yang mungkin untuk memperbaharui dan memburukkan permusuhan di kalangan sekutu sepatutnya.

 Konflik semasa mengenai hudud mengancam akan mengulangi semula pertembungan yang membunuh pakatan itu sebelumnya, Barisan Alternatif, dimana pemimpin-pemimpin kanan DAP seperti , Lim Kit Siang telah meneroka satu "post-PR" masa depan. ~ sumber

Tiada ulasan: