Rabu, 20 Mei 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Apakah Mahathir akan istyharkan keluar Umno?

Posted: 20 May 2015 08:55 AM PDT

MSO


Perang antara Mahathir Mohamad dengan Najib Razak masih berterusan. Kini giliran Najib pula menjadi hilang sabar dengan terus mengkritik Mahathir sampai mendedahkan apa yang ada dalam kain. Terbaru, Najib mendedahkan macam mana Mahathir menjadi seorang presiden Umno yang hebat dengan menggunakan tektik mengubah perlembagaan parti untuk mengekalkan kedudukannya sebagai presiden Umno.

Kenyataan dan dakwaah Najib itu menunjukkan Mahathir seorang autokrasi.

Katanya, Mahathir selamat menjadi presiden Umno selama 22 tahun apabila dia menggunakan sistem kouta dan bonos dalam pemilihan Umno. Mulanya perlembagaan Umno mengenakan bonos kepada mereka yang dicalonkan untuk merebut jawatan presiden, timbalan presiden dan lain-lain kemudian selepas itu dikenakan syarat seseorang yang hendak bertanding jawatan presiden mesti mendapat pencalonan sebanyak 63 bahagian. Keadaan ini dinamakan sistem kouta.

Tempelak Najib kalau cara yang diamalkan Mahathir itu dia lakukan dia juga akan dapat jadi presiden Umno selama 22 tahun.

Sebelum ini Najib mendedahkan macam mana pada tahun 1987 dia telah menyelamatkan Mahathir dari tewas kepada Tengku Razaleigh Hamzah dalam perlawan merebutan jawatan presiden Umno. Dalam perlawanan itu Mahathir menang tipis 43 undi apabila Najib yang mulanya menyokong Tengku Razaleigh berpaling tadah menyokong Mahathir.

Serangan atau pengungkitan Najib kepada Mahathir itu menyebabkan Mahathir tersendu. Sehari sebelum itu Mahathir cuba mengucar kacirkan Umno dengan mengumumkan kononya Speaker Dewan Rakyat Pendikar Amin Mulia telah melepaskan jawatan. Bagaimana pun pengumuman dibuat Mahathir itu dinafikan oleh Pendikar Amin tidak sampai 48 jam selepas itu.

Mahahtir dan Amin kini berada dalam keadaan tidak hormoni dan umum sedang menganalisa siapakah antara mereka berdua yang berbohong dan ingin mengeksploitasikan antara satu sama lain. Pendikar mengakui ada berjumpa Mahathir tetapi bukan menyatakan hasratnya untuk meninggalkan Dewan Rakyat. Penafian Pendikar itu disifatkan Mahathir sebagai hendak memalukannya.

Yang jelasnya perbalahan antara Mahathir dan Najib semakin tegang dan hangat. Mahathir yang kini sedang diarakkan ke seluruh negara dalam usaha meraih sokongan rakyat bagi menjatuhkan Najib tidak akan mudah mengaku kalah. Dia akan terus membedil dan menembak Najib hatta pun secara rambang dan menggunakan peluru kapur. Begitulah perangai orang kalau sudah hilang sabar dan kewarasan.

Selepas di Ipoh, khabarnya Mahathir akan dibawa ke Kelantan pula. Biasalah orang yang memikul dan mendolor Mahathir ke Kelantan itu adalah "kerbau jantan kelabu" sama yang akan turun sawah tidak kira musim apabila dia sudah naik minyak atau dikala musim kemarau di mana rumput kering dan lopak tempat berkubang menjadi kering.

Sekali lagi saya ingin tegaskan, Najib tidak akan mudah turun dan diturunkan. Seperti mana diakuinya beliau mendapat sokongan padu daripada kalangan ahli Umno. Saya setuju dengan pengakuannya. Semua ketua-ketua bahagian bersamanya begitu juga dengan ahli parlimen. Cadangan untuk mengadakan undi tidak percaya di parlimen ke atas Najib hanya sia-sia sahaja.

Ada agen dan broker politik kini sedang berusaha mengenapkan lebih separuh ahli parlimen (112) untuk mengadakan undi tidak pecaya kepada Najib. Dari satu sumber, agen menyebut mereka hanya memerlukan 12 orang ahli parlimen sahaja lagi untuk menjatuhkan Najib dalam parlimen. Yang anihnya agen yang berusaha itu datangnya dari rahang Umno manakala kekuatan atau kuasa untuk menjatuhkan Najib diharap daripada Pakatan Rakyat?

Wakil Rakyat yang diharapkan akan mengenapkan angka untuk melakukan undi tidak percaya sebahagian besarnya dari Sabah.

Najib bukan seperti Abdullah Ahmad Badawi yang tidak mahu bergaduh dan lebih suka mengalah. Mahathir harus tahu kedudukan dan sokongan Najib dari Umno kuat. Najib bernasib baik kerana kebetulan pimpinan peringkat bahagian adalah kawan-kawannya semasa dalam pemuda dulu, mereka tidak akan mengkhianatinya apa lagi bila mereka semua sudah selesa dan kekeyangan dengan harta yang ada.

Bagi sesetengah ketua Umno atau ahli parlimen belum tentu mereka akan hidup selesa seperti hari ini, punya wang, kereta besar dan bini banyak kalau tidak berketuakan Najib.

Memerhati pertelingkahan Najib - Mahathir ini saya menjangkakan tindakan Mahathir akan menjadi lebih rakus dan dramatik lagi selepas ini. Beliau akan menggunakan peluru terakhir yang saya sebut sebelum ini. Satu tindakan yang mungkin dilakukan, ialah mengistyharkan diri keluar daripada Umno seperti mana yang pernah dibuat pada era Abdullah dahulu.

Untuk menarik simpati ahli Umno dan menyatakan kebencian kepada Abdullah, Mahathir bersama isterinya bertindak keluar dari Umno, yang mana diikuti sama oleh Sanusi Junid. Beliau menyertai Umno semula selepas Abdullah tidak menjadi PM.

Penafian yang dibuat oleh Pendikar Amin Mulia menyebabkan Mahathir tersinggung dan akan menerbitkan marah yang parah kepada Najib. Keadaan hari ini Mahathir sudah menjadi Singa tua yang terluka, marah dan bengisnya sudah melewati kepala tetapi untuk bertindak tidak berkeupayaan. Maka Najib tidak begitu membimbanginya.

Bagaimana pun kita tunggu permainan dan game kedua mereka seterusnya yang situasinya kini makin menyeronokkan.

Khairy mahu PAC siasat Jho Low berhubung 1MDB

Posted: 20 May 2015 08:24 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER


Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata penglibatan ahli perniagaan Low Taek Jho di dalam urus niaga syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) terlalu besar untuk diabaikan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 Mei, 2015. 
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata penglibatan ahli perniagaan Low Taek Jho di dalam urus niaga syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) terlalu besar untuk diabaikan. – Gambar fail The Malaysian Insider



Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menggesa ahli perniagaan Low Taek Jho disiasat Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) kerana penglibatannya dalam syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB), lapor The Star Online.

Beliau berkata, spekulasi awam ke atas penglibatan Low dalam skandal itu terlalu besar untuk diabaikan, sambil menambah "apa sahaja cara anda melihat isu ini, cap jari Jho Low berada pada seluruh tempat".

Khairy berkata demikian kepada PAC yang semalam berkata ia tidak mempunyai rancangan untuk memanggil Low, juga dikenali sebagai Jho Low,  terhadap skandal 1MDB "pada masa ini".


Bagaimanapun Khairy berkata, jika PAC mahu melakukan siasatan menyeluruh, ahli perniagaan, yang dikaitkan dengan pelbagai urus niaga 1MDB dan didakwa menyalurkan AS$700 juta melalui syarikat milik beliau, mesti dipanggil. Khairy berkata, beliau percaya ini adalah apa yang orang ramai harapkan juga, The Star Online memetik beliau sebagai berkata.

Semalam, ketika PAC memulakan siasatan ke atas 1MDB, Datuk Nur Jazlan Mohamed dilaporkan berkata mereka tidak melihat keperluan untuk memanggil Low dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada masa ini.

Khairy hari ini berkata beliau akan berpegang kepada penerangan Nur Jazlan "buat masa ini".
"Tetapi akhirnya mereka perlu memanggil Jho Low. Tidak boleh ada sebarang penutupan jika Jho Low tidak disoal," kata Khairy.

Laman sesawang Sarawak Report mendedahkan Low sebagai arkitek perjanjian meragukan antara 1MDB dan syarikat minyak dan gas tidak terkenal, Petro Saudi International, tetapi Low menafikan semua tuduhan terhadapnya, dan berkata beliau menjadi mangsa "putar belit ahli Umno".

Bekas pengarah eksekutif Tanjung Offshore ditahan siasatan rasuah

Posted: 20 May 2015 08:17 AM PDT

 OLEH MUZLIZA MUSTAFA


 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang bekas pengarah eksekutif Tanjung Offshore Bhd untuk membantu siasatan kes rasuah.

Bekas pengarah itu adalah antara empat orang yang dipanggil ke ibu pejabat SPRM petang ini untuk dirakam keterangan mereka dalam pembelian anak syarikat Tanjung Offshore iaitu Gas Tec pada 2013, kata sumber yang rapat dengan siasatan.

SPRM dijangka mendapatkan perintah reman ke atas bekas pengarah itu esok. Tiga yang lain dibebaskan selepas SPRM merampas dokumen mereka dan merakam keterangan mereka.


Tanjung Offshore memperoleh 49% kepentingan ekuiti atau 2.35 juta saham dalam Gas Generator (M) Sdn Bhd (Gastec) sebanyak RM34.3 juta pada bulan Oktober 2013.

Gastec terlibat dalam pembuatan jana kuasa gas untuk industri gas dan minyak. Menurut Star Online, ada laporan menyebut Tanjung Offshore membayar harga yang terlalu mahal untuk Gas Tec.

Namun dakwaan itu dinafikan Tanjung Offshore yang menyebut pembelian adalah berdasarkan persetujuan pembeli dan penjual.

Tanjung Offshore juga sedang disiasat berhubung pembelian hartanah di United Kigdom pada harga RM58.07 juta.

Pemegang saham terbesar Tanjung Offshore adalah Lembaga Tabung Haji iaitu sebanyak 7.99%.
Pemilik lain adalah Tan Sri Tan Kean Soon yang memiliki hampir 6% berdasarkan pemfailan syarikat pada bulan Oktober.

Menteri akui ada aset tidak dapat digunakan di perairan Sabah

Posted: 20 May 2015 08:08 AM PDT

OLEH DIYANA IBRAHIM


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim mengaku bahawa beberapa aset yang dipesan untuk Esscom masih dibina. – Gambar The Malaysian Insider, 20 Mei, 2015.Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim mengaku bahawa beberapa aset yang dipesan untuk Esscom masih dibina. – Gambar The Malaysian Insider

























Susulan insiden penculikan yang timbul semula di Sabah minggu lepas, Putrajaya hari ini mengakui beberapa aset yang dibeli bagi tujuan pemantauan keselamatan di perairan negeri itu tidak dapat digerakkan atas sebab tertentu.

Bagaimanapun, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, pihak berkuasa masih menyiasat insiden terbaru di Sandakan itu, yang menimbulkan persoalan dan kritikan orang ramai bagaimana boleh berlaku di bawah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

"Selepas kerajaan meluluskan peruntukan, kita tidak boleh menggunakan aset itu serta merta. Seperti kapal dan bot, ia mesti dibina terlebih dahulu," katanya, sambil menambah, ia memakan masa sebelum boleh digunakan.


"Namun, kita akan fikirkan selepas ini, untuk membeli yang pasang siap," kata Shahidan
membentangkan jawapan kementerian kepada usul persendirian yang dibawa Ahli Parlimen Tenom
Datuk Raime Unggi berhubung langkah menangani isu penculikan di Sabah. Beliau juga berkata,
kegiatan menculik dengan menuntut wang tebusan merupakan sebahagian daripada budaya masyarakat selatan Filipina.

Katanya, faktor kemunduran ekonomi yang dihadapi rakyat negara tersebut antara penyumbang terhadap beberapa insiden penculikan yang berlaku di Sabah.

"Budaya menculik dan meminta wang tebusan menjadi sebahagian budaya masyarakat selatan Filipina.

"Ini kerana masalah ekonomi mereka yang menyumbang kepada aktiviti tersebut," kata Shahidan.
Beberapa siri penculikan berlaku di perairan negeri itu sejak beberapa tahun kebelakangan dan yang terbaru di sebuah restoran Khamis lepas, melibatkan seorang lelaki dan seorang wanita.

Ia menimbulkan kegusaran orang ramai termasuk wakil rakyat Barisan Nasional dan pembangkang yang turut mempersoalkan fungsi Esscom.

Ops Warta: 58 pesalah trafik ditahan

Posted: 20 May 2015 07:54 AM PDT

SINAR HARIAN
 

PDRM

 
 
GEORGETOWN - Sejumlah 58 pesalah trafik yang telah dikenakan waran tangkap ditahan di Pulau Pinang setakat ini sejak Ops Warta dimulakan semalam.
  
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata mereka ditahan di pelbagai lokasi di sekitar negeri ini termasuk di premis pekerjaan pesalah berkenaan.
  
"Ops Warta di negeri ini berjalan lancar dengan tiada pergelutan berlaku serta kesemua pesalah trafik yang ditahan memberi kerjasama kepada pihak polis," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan dan Ikrar Bulanan Kontijen Pulau Pinang, di sini hari ini.
  
Sementara itu, Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pulau Pinang, Supt Ibrahim Abu Bakar berkata sejumlah 200 anggota dan pegawai polis trafik di negeri ini ditugaskan selama 24 jam sempena operasi itu.
  
Katanya jumlah waran tangkap dikeluarkan kepada pesalah trafik di negeri ini mencecah 48,000 dan pihaknya bertindak melakukan sekatan jalan di lebih 50 kawasan panas di seluruh Pulau Pinang.

 "Sekatan itu melibatkan tempat-tempat strategik yang menjadi laluan motosikal selain kenderaan persendirian dan perdagangan," katanya dalam kenyataan berasingan.
  
Ibrahim menggesa mereka yang mempunyai tunggakan menjelaskan saman dengan kadar segera dan tidak menunggu sehingga mendapat waran berikutan 5,000 hingga 6,000 waran lagi akan dikeluarkan kepada dalam tempoh terdekat.
  
Terdahulu dalam ucapannya, Abdul Rahim berkata Indeks Jenayah Pulau Pinang bagi tempoh Januari hingga semalam menunjukkan penurunan sebanyak 645 kes berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas.
  
Katanya kadar jenayah yang dicatat sejak awal tahun ini hingga semalam ialah 3,063 kes berbanding 3,708 kes dalam tempoh sama tahun lepas.
  
Beliau berkata strategi pihaknya menempatkan polis menerusi Ops Payung di tempat tumpuan orang ramai terutama lokasi pelancongan di Pulau Pinang telah berjaya menurunkan kadar indeks jenayah di negeri ini. - Bernama


PDRM syor lesen pemborong bahan api ditarik balik

Posted: 20 May 2015 07:48 AM PDT

SINAR HARIAN


Khalid Abu Bakar Khalid Abu Bakar
 
 
LAHAD DATU - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggesa pihak berkuasa agar membatalkan lesen pemborong minyak diesel dan petrol yang membekalkan bahan api itu ke wilayah selatan Filipina.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, lesen tersebut perlu ditarik balik kerana bekalan minyak yang dihantar ke wilayah itu dipercayai digunakan oleh kumpulan penjenayah untuk mengancam keselamatan di pantai timur Sabah.

"Saya dimaklumkan bahawa ada syarikat tertentu yang telah diberi lesen untuk membekal minyak di sebelah sana (selatan Filipina). Oleh itu saya sangat berharap lesen syarikat berkenaan dapat ditarik balik.

"Sudah sampai masanya untuk kita membuat sekatan ekonomi dengan rakyat di selatan Filipina," katanya pada sidang media kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Pingat Kedaulatan Negara kepada 413 anggota dan pegawai polis yang bertugas semasa 'Ops Daulat 2013' di sini, hari ini.

Beliau berkata, cadangan pembatalan lesen pemborong diesel dan petrol itu adalah salah satu langkah yang disyorkan oleh PDRM kepada kerajaan dalam menangani ancaman kumpulan penjenayah asing di Sabah.

Dalam kejadian terbaru pada 14 Mei lepas, sekumpulan lelaki lengkap bersenjata api menculik dua rakyat tempatan di sebuah restoran makanan laut di Sandakan.

Khalid berkata, semua agensi kerajaan di pantai timur Sabah perlu menilai semula segala aktiviti yang boleh membuka ruang kepada penjenayah untuk melakukan jenayah di kawasan berkenaan.

Sementara itu, Khalid meminta orang ramai berhenti menyebarkan spekulasi tentang kejadian penculikan di Sandakan.

"Kita faham tentang perasan masyarakat yang risau tentang apa yang telah berlaku itu. Tetapi kita tidak boleh mengambil kesempatan untuk membuat spekulasi dan menabur fitnah terhadap pasukan keselamatan.

"Bekerjasamalah dengan pasukan keselamatan...jangan sebarkan berita yang tidak betul sehingga boleh menambah kegusaran kepada masyarakat, khususnya di pantai timur Sabah," katanya. - Bernama


RM1.6b hasil kutipan GST bagi barangan import

Posted: 20 May 2015 07:44 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Sejumlah RM1.689 bilion diperoleh daripada pelaksanaan GST yang dikenakan ke atas barangan import setakat 10 Mei lepas, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

"Data ini diketahui awal sebab bayaran dibuat sebelum barang-barang import dilepaskan dari kawalan Kastam di pelabuhan, sempadan dan lapangan terbang," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan masih belum boleh menyatakan anggaran pendapatan terkini bagi tempoh pelaksanaan GST sejak 1 April lepas kerana data berkaitan belum diterima sepenuhnya oleh Jabatan Kastam.

Katanya tempoh penyerahan data kepada pihak Kastam bagi perniagaan berpendapatan tahunan melebihi RM5 juta adalah pada atau sebelum hari terakhir bulan berikutnya iaitu 1 hingga 31 Mei 2015.

"Pada 1 Jun ini barulah pihak Kastam dapat menyatakan berapakah hasil kutipan GST bagi bulan pertama pelaksanaannya, manakala bagi perniagaan berpendapatan kurang RM5 juta, mereka perlu menghantar data untuk tempoh tiga bulan.

"Contohnya hasil GST bagi April, Mei dan Jun, datanya perlu dihantar pada 1 hingga 31 Julai 2015 dan pada 1 Ogos barulah Kastam tahu jumlah hasil itu dengan tepat," katanya ketika menjawab soalan Dr Lee Boon Chye (PKR-Gopeng).

Lee meminta kerajaan menyatakan jumlah hasil terkini daripada GST selepas sebulan lebih sistem percukaian itu dilaksanakan.

Ahmad berkata, semua transaksi berkaitan penghantaran data boleh dilakukan secara atas talian, manakala bagi tujuan pembayaran ia juga boleh dibuat secara atas talian atau manual dengan menggunakan cek.

Dalam pada itu, beliau berkata anggaran hasil daripada GST sebanyak RM23.2 bilion, seperti yang dinyatakan sebelum ini adalah tidak termasuk penolakan hasil ke atas beberapa barangan yang baru diberikan kadar sifar, seperti minyak RON 95, gas petroleum cecair (LPG), diesel dan tambahan senarai ubat-ubatan serta alat bantuan orang kelainan upaya (OKU).- Bernama


 

Muktamar Pas: Dr Mahfodz menang tanpa tanding

Posted: 20 May 2015 06:02 AM PDT

Asmuni Awi
 
 
KUALA LUMPUR - ‎Hanya nama Pemangku Timbalan Ketua Ulama Pas, Dr Mahfodz Mohamad  dicalonkan bagi jawatan Ketua Dewan Ulama untuk pemilihan pada Muktamar Pas ke-61, awal bulan depan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa pemilihan, Asmuni Awi, selepas menerima semua pencalonan dari Pas negeri sehingga semalam, tiada nama lain dicalonkan untuk merebut jawatan tersebut.

"Senarai nama yang layak bertanding ini lewat kerana tarikh akhir mesyuarat ulama baru berakhir pada hujung minggu lalu.

"Selepas di analisa pada malam tadi, hanya satu nama dicalonkan untuk ‎jawatan Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap dan Ketua Dewan Ulama iaitu Dr Hamdan Muhamad, Ustaz Omar Hashim dan Dr Mahfodz Mohamad," katanya pada sidang media di Ibu pejabat Pas, di sini, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: JK Pas Pusat saksi satu lawan satu]

Sementara itu, jawatan Timbalan Ketua Dewan Ulama‎ menyaksikan dua nama yang layak dicalonkan iaitu Dr Nik Mohd Zawawi Sallleh dan Datuk Husin Awang.

Bagi Naib Ketua Ketua Dewan Ulama pula, dua nama juga dicalonkan iaitu Nik Zawawi dan Johari Mat.

Manakala 23 nama layak dicalonkan bagi AJK Kerja Ulama Pas Pusat antaranya Mokhtar Senik, Dr Khairuddin Aman Razali, Nasruddin Hassan, Abu Bakar Abdullah, Azhar Yahya dan Abdullah Awang.

Tarikh tutup maklum balas calon ialah pada 25 Mei 2015.‎

"Selepas tarikh itu nanti, baru kita dapat melihat sama ada jawatan-jawatan itu ada pertandingan atau sebaliknya," kata Asmuni.

Baki pelaburan di Cayman ditebus dalam aset

Posted: 20 May 2015 05:55 AM PDT

SINAR HARIAN


Najib Tun Razak Najib Tun Razak
 
 
KUALA LUMPUR - Kerajaan hari ini menjelaskan bahawa baki pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang diuruskan oleh Cayman Monetary Authority sebanyak US$1.103 bilion, telah ditebus dalam bentuk aset dan bukannya wang tunai.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, baki pelaburan itu ditebus dalam mata wang dolar US (US$) dan masih disimpan di BSI Bank Limited Singapore (BSI Singapore), bertujuan untuk mengimbangi liabiliti dolar US syarikat.

"Bank ini merupakan penjaga bagi pihak 1MDB ke atas aset tersebut," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam jawapan bertulis kepada Tony Pua Kiam Wee (DAP-Petaling Jaya Utara), yang diedarkan di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Pua bertanya sama ada kumpulan 1MDB masih mempunyai US$1.1 bilion secara tunai dalam akaun Bank BSI, yang merupakan penebusan daripada pelaburan di Cayman Islands.

Menurut Najib, penjelasan ini merupakan pindaan kepada jawapan kerajaan pada Mac lepas bahawa baki dana pelaburan syarikat pelaburan strategik kerajaan itu telah ditebus dan dalam bentuk wang tunai.  -Bernama


KWAP, KWSP, TH digesa lupus pegangan dalam 1MDB

Posted: 20 May 2015 05:40 AM PDT


 
 
KUALA LUMPUR - PKR menggesa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang berurusniaga dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) supaya membuat keputusan melupuskan pegangan dan pelaburan dalam pembelian bon bagi melindungi kepentingan pencarum.

Setiausaha Agungnya, Rafizi Ramli berkata Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Lembaga Tabung Haji (TH) perlu bertindak segera untuk mengelakkan bayaran mereka dilengah-lengahkan.

"Agak berhemah jika KWAP, KWSP dan TH perlu menjual dan mencairkan bonnya pada kedudukan sekarang kerana ia adalah lebih baik untuk pulih dengan mendapat sedikit diskaun dan bukannya menunggu.

"Jika itu tidak berlaku, pendeposit menjadi orang yang terakhir sekali mendapat bayaran mereka daripada baki kewangan yang dimiliki 1MDB," katanya pada sidang media di lobi bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Beliau berkata lagi, keupayaan 1MDB untuk membayar semula hutang berjumlah RM42 bilion semakin diragui apabila Kerajaan Persekutuan didakwa akan berunding dengan tiga syarikat itu untuk melengahkan pembayaran atau menggantikan hutang itu dengan aset bukan tunai.

"Bukan mudah untuk mengutip hutang dari 1MDB, tambahan pula hutang RM42 bilion itu berhadapan dengan risiko "cross default" (kegagalan berturut-turut membayar hutang apabila 1MDB gagal membayar satu hutang).

"Memandangkan KWAP, KWSP dan TH adalah agensi kerajaan, kemungkinan besar agensi-agensi ini terpaksa akur dengan permintaan Kerajaan Persekutuan itu," dakwanya.

Dalam pada itu, katanya lagi, jawapan bertulis Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bagi soalan bertulisnya pada Isnin mengesahkan bahawa KWAP mempunyai pelaburan dan pegangan berjumlah RM1.4 bilion dalam empat anak syarikat 1MDB termasuklah Bandar Malaysia Sdn Bhd.

"Ini bermakna dari RM1.5 bilion bon yang diterbitkan 1MDB melalui syarikat itu bagi membiayai penempatan semula operasi ketenteraan di Kem Udara Sungai Besi, RM920.8 juta telah dilanggan oleh Tabung Haji dan besar kemungkinan baki RM579.2 juta telah dilanggan oleh KWAP," dakwanya.

Selain itu, katanya lagi, KWSP juga terdedah kepada risiko kewangan 1MDB melalui pelaburan dan pegangannya yang berjumlah RM1.72 bilion apabila perdana menteri turut mengesahkannya, semalam.

"Saya kurang setuju dengan pendapat Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan bahawa pegangan bon dalam 1MDB dan anak syarikat janakuasanya adalah selamat kerana ia dijamin oleh kerajaan.

"Masalah kewangan 1MDB telah menjadi risiko kewangan yang besar yang besar bukan sahaja kepada syarikat itu, bahkan kepada keseluruhan Perbendaharaan Negara," katanya.

'Suami Aku Ustaz' galakkan pedofilia?

Posted: 20 May 2015 05:28 AM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Selepas kontroversi seorang siswa terpalit kes pornografi kanak-kanak, ruang maya kecoh pula dengan tayangan filem yang didakwa menggalakkan pedofilia.

Walaupun ada yang membelanya, kebanyakan penonton mengkritik filem Suami Aku Ustaz arahan pengarah Ghaz Abu Bakar.

Antara yang mengulas perkara itu termasuk pemimpin PKR Latheefa Koya yang juga aktivis kumpulan peguam Lawyers for Liberty.

"(Filem) Ombak Rindu halalkan rogol! Hari ini Suami Aku Ustaz halalkan kahwin bawah umur, esok apa lagi Bapaku Suamiku halalkan sumbang mahram?" soal Latheefa.

Suami Aku Ustaz mula ditayangkan pada 14 Mei lalu.

Ia antaranya mengisahkan tentang seorang pelajar sekolah (lakonan Nora Danish) yang dipaksa berkahwin dengan seorang guru agama (lakonan Adi Putra).

Sementara itu, seorang pengguna Facebook yang mengaku sudah menonton filem itu turut menyuarakan rasa marahnya.

"Anda tahu mengapa ia (jenayah rogol) berlaku?

"Kerana filem seperti Suami Aku Ustaz yang membiarkan keganasan berlaku akibat perkahwinan kanak-kanak dan meletakkan jenayah (rogol itu) di tempat yang baik," tulisnya.

Manakala, pengguna Twitter dikenali Izzuddinarudin pula memuat naik lakaran ilustrasi guru agama itu bersama pelajarnya dengan tulisan berbunyi "suami aku pedofil".

Penerbit: Watak akil baligh

Sementara itu The Malay Mail Online melaporkan bahaya syarikat penerbit filem itu mempertahankan karya mereka.

Pengarah Urusan Karyaseni Sdn Bhd Datuk Wan Mohd Muzri Ramli berkata watak dalam Suami Aku Ustaz seorang remaja dan bukan kanak-kanak seperti didakwa.

Wan Mohd yang juga penerbit filem itu menegaskan bahawa watak remaja dalam filem itu sudah akil baligh.

Malah, katanya, perkahwinan yang digambarkan dalam filem itu tidak akan menjadi masalah daripada sudut pandang agama Islam.

"Bawah umur hanya definisi mengikut adat dan enakmen. Kami menerima (definisi) demi keharmonian, tetapi ia bukan satu lesen untuk menghalang perkahwinan pada usia yang muda.

"Masih ada ruang melalui proses mahkamah, di mana hakim akan memutuskan segala-galanya," Wan Mohd dilaporkan sebagai berkata.

Sebelum ini pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) Nur Fitri Azmeer Nordin mencetuskan kontroversi selepas dijatuhi penjara lima tahun oleh mahkamah di London.

Pelajar 22 tahun itu disabit bersalah atas 13 kesalahan memiliki lebih 30,000 imej dan video lucah kanak-kanak. 
 
 
 

Pakatan OK menteri Parlimen 'kurang kuasa'

Posted: 20 May 2015 05:21 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Anggota Parlimen Pakatan Rakyat berpendapat jawatan 'menteri Parlimen' yang disandang Datuk Seri Shahidan Kassim boleh dikekalkan dengan syarat kuasanya dikurangkan.

Mengambil contoh Parlimen India, Ketua Whip PKR Datuk Johari Abdul berkata menteri yang mengawal selia hal ehwal Parlimen hanya boleh bertindak sebagai penyelaras.

Bercakap di lobi Parlimen hari ini, beliau berkata, tugas itu bagi membolehkan pergerakan berkaitan lancar.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Ismail (kanan) juga berkongsi pandangan sama.

Menurutnya, jawatan itu tidak harus menjadi kesempatan untuk mendominasi.

Shahidan belum mengulas berhubung perkara itu.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin semalam menyuarakan hasratnya menaik taraf Parlimen, termasuk memansuhkan jawatan menteri yang menjaga hal ehwal Parlimen.

Ia, katanya bagi menghilangkan tanggapan rakyat bahawa Parlimen dan speaker bertugas atas arahan pihak kerajaan sebagai badan eksekutif.

Perkara itu turut diluahkan kepada bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad selepas beliau meletakkan jawatan, sebelum berubah fikiran kemudiannya.


Jurucakap portfolio bukan Kabinet Bayangan – DAP

Posted: 20 May 2015 05:18 AM PDT

 
Media didakwa telah tersilap melaporkan senarai yang diumumkan Lim Guan Eng itu sebagai Kabinet Bayangan.


IMG-20150520-WA0014



PUTRAJAYA : DAP menafikan pernah membuat Kabinet Bayangan seperti yang diumumkan oleh Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng di Parlimen pada Selasa.

Sebaliknya, pengumuman oleh Guan Eng itu hanyalah pelantikan jurucakap bagi 18 portfolio yang mewakili setiap kementerian.

Ketua Pemuda DAP, Teo Kok Seong berkata, media telah tersilap melaporkan senarai yang diumumkan Guan Eng itu sebagai Kabinet Bayangan.

"Kabinet Bayangan memang tidak wujud. Apa yang DAP umumkan semalam adalah jurucakap untuk setiap portfolio bukannya Kabinet Bayangan," katanya selepas menyerahkan memorandum mengenai Pembekuan Pelantikan Penolong Pendaftar Pengundi Parti Politik kepada wakil Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Mohd Sabri Abdullah pada Rabu.

Ahli Parlimen Rasah itu berkata, senarai jurucakap setiap portfolio yang dikeluarkan DAP bagi memudahkan Ahli Parlimen memberi fokus terhadap isu secara lebih khusus.

PR tubuh Jawatankuasa Penambahbaikan Parlimen

Posted: 20 May 2015 05:15 AM PDT


 
 
KUALA LUMPUR - PR hari ini sebulat suara bersetuju untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Penambahbaikan Parlimen PR.

PR juga bersetuju untuk menubuhkan sebuah lagi jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Rancangan Malaysia Ke-11.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, penubuhan jawatankuasa ini dibuat memandangkan wujudnya aspirasi yang sama bagi prinsip pemisahan kuasa antara badan legislatif, eksekutif dan kehakiman.

"Jawatankuasa ini diketuai oleh saya dan dianggotai ketua-ketua whip serta seorang ahli parlimen mewakili setiap parti.

"Malah sebuah Jawatankuasa Rancangan Malaysia ke-11 PR juga telah dipersetujui ditubuhkan," katanya pada dalam sidang media di lobi parlimen, semalam.

Dr Wan Azizah berkata pihaknya menyambut baik kenyataan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia bahawa parlimen yang tidak mahu parlimen dilihat sebagai 'Rubber Stamp' yang berfungsi dibawah telunjuk cabang eksekutif.

"Diharapkan tugas legislatif ahli parlimen PR akan lebih berkesan dan memenuhi tanggungjawab serta amanah rakyat," katanya.

Sementara itu Ketua Whip Pas, Datuk Mahfuz Omar dalam sidang media sama berkata, kuasa Speaker dilihat terbatas.

"Jawatan Menteri Hal Ehwal Parlimen yang disandang oleh Datuk Seri Shahidan Kassim menyebabkan Speaker tidak bebas dan setiap keputusan dibuat dipengaruhi oleh menteri berkenaan.

Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan turut menyokong cadangan yang dilontarkan oleh Pandikar berhubung usaha meningkatkan fungsi dan integriti institusi parlimen.

"Beliau telah mencadangkan untuk mewujudkan beberapa lagi jawatankuasa khas kecil parlimen, peruntukan masa khas sesi soal jawab bersama anggota kabinet terutamanya perdana menteri dan mengkaji semula Akta Perkhidmatan Parlimen 1963.

"Ini adalah masa yang sesuai untuk semua pihak legislatif untuk turut sama melontarkan pelbagai cadangan konstruktif bagi mereformasikan institusi parlimen di Malaysia. Malah penglibatan sokongannya perlu lebih luas bagi menggambarkan konsensus dan representasi rakyat," katanya.

Nasrudin turut berharap selepas sidang mesyuarat pada kali ini, satu jawatankuasa tanpa mengira parti dapat dibentuk bagi mengangkat agenda reformasi parlimen daripada pelbagai aspek.

"Sebagai contoh, konsep mengutamakan urusan kerajaan berbanding pembangkang. Usul-usul seperti usul penangguhan dan usul persendirian daripada pihak kerajaan seringkali didahulukan sehinggakan pihak pembangkang tidak berpeluang untuk membawa usul-usul tersebut.

"Begitu juga dengan peruntukan masa 90 minit dan keberkesanan sesi soal jawab lisan. Setiap hari hampir 70 soalan yang telah disenaraikan dalam kertas Aturan Urusan Mesyuarat, namun, secara purata hanya tujuh soalan sahaja yang boleh dijawab secara lisan manakala selebihnya dijawab secara bertulis," katanya.


Senarai Penuh Pencalonan JK Kerja PAS Pusat, Dewan Pemuda & Muslimat

Posted: 19 May 2015 11:29 PM PDT

KELAB GREENBOC



 

Presiden, timbalan dicabar satu lawan satu dalam pemilihan PAS

Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang sah akan dicabar bekas naib presiden Ahmad Awang pada pemilihan PAS pada Jun depan.

Sementara Timbalan Presiden, Mohamad Sabu pula berdepan saingan daripada Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Perkara itu dimuktamadkan menerusi satu salinan pencalonan yang diedarkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Asmuni Awi, pada sidang media hari ini.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah pula sah bertanding jawatan naib presiden walaupun sebelum ini disebut-sebut berkemungkinan mencabar Mohamad.

Bagi kerusi naib presiden pula, 4 personaliti sah akan mencabar 2 penyandang jawatan tersebut iaitu Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub.

Empat personaliti yang akan mencabar penyandang untuk jawatan itu adalah Ahli Parlimen Bukit Gantang Idris Ahmad; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chempaka, Datuk Iskandar Abdul Samad; Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar dan Amar.

Bagi jawatan ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat sah akan dicabar Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz sementara penyandang Timbalan Ketua Pemuda Muhammad Khalil Abdul Hadi dicabar oleh Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob.

Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff akan dicabar Nuridah Salleh untuk mempertahankan jawatannya sementara Timbalan Ketua Muslimat Dr Mariah Mahmud akan dicabar Dr Rosni Adam.

Lima puluh empat nama disahkan akan bertanding merebut 18 kerusi jawatankuasa PAS Pusat.

Pencalonan untuk jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat akan hanya dimuktamadkan pada minggu hadapan selepas nama-nama yang dicalon memberi persetujuan untuk bertanding, kata Asmuni.

Sementara itu, Asmuni berkata beliau sedia menerima kritikan atau usul untuk dilucutkan jawatan pengerusi pemilihan jika ada pihak yang membawa perkara tersebut kepada perhatian parti.

Asmuni pada pemilihan 2013 bertindak meletak jawatan sebagai pengerusi selepas terdapat kesilapan dalam proses pemilihan pada ketika itu. -TMI


SENARAI CALON-CALON

Enam menerima pencalonan untuk bertanding jawatan Naib Presiden PAS pada muktamar tahunan parti itu ke-61 yang akan berlangsung pada 4 hingga 6 Jun depan.

Mereka terdiri daripada Datuk Husam Musa, Salahuddin Ayub, Ustaz Idris Ahmad, Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Bagi jawatan Presiden PAS hanya dua calon yang bertanding iaitu Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Ustaz Ahmad Awang, begitu juga Timbalan Presiden PAS, antara Mohamad Sabu dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Demikian diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Muktamar Tahunan PAS ke-61, Asmuni Awi pada sidang media di Pejabat Agung PAS di sini, sebentar tadi.

Pencalonan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Sesi 2015-2017

Pengerusi Tetap
1. Hussin Ismail

Timbalan Pengerusi Tetap
1. Ustaz Kamal Ashaari

Pemeriksa Kira-Kira
1. Abdul Syukur Aziz
2. Mohd Najib Ahmad

Presiden
1. Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
2. Ustaz Ahmad Awang

Timbalan Presiden
1. Mohamad Sabu
2. Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

Naib Presiden
1. Datuk Husam Musa
2. Salahuddin Ayub
3. Ustaz Idris Ahmad
4. Datuk Iskandar Abdul Samad
5. Datuk Mahfuz Omar
6. Datuk Mohd Amar Abdullah

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat
1. Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus
2. Ustaz Abd Ghani Samsudin
3. Abdul Wahid Endut
4. Datuk Abdullah Hussin
5. Dr Abu Bakar Mohamed
6. Aiman Athirah Aljundi (Raj Munni Sabu)
7. Dr Ali Akbar Gulasan
8. Aminolhuda Hassan
9. Datuk Amiruddin Hamzah
10. Apandi Mohamad
11. Dr Azman Ibrahim
12. Azman Shafawi
13. Dr Dzulkefly Ahmad
14. Datuk Dr Fadhli Hasan
15. Dr Fakrudin Fakrurazi
16. Dr Halimah Ali
17. Hanipa Maidin
18. Dr Hatta Md Ramli
19. Kamaruzzaman Muhammad
20. Datuk Dr Khairuddin Aman Razali
21. Khairul Faizi Ahmad Kamil
22. Khalid Samad
23. Lahirul Latigu
24. Zulkifli Mohd Omar
25. Marzuk Shaary
26. Mazlan Aliman
27. Misbahul Munir Masduki
28. Mohd Arif Fiazoul
29. Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin
30. Mohd Noor Mohamad
31. Dr Mohd Zuhdi Marzuki
32. Ustaz Mokhtar Senik
33. Mokhtar Suhaili
34. Dr Muhaimin Sulam
35. Muhamad Sanusi Md Nor
36. Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa
37. Mumtaz Md Nawi
38. Brig. Jen (B) Datuk Najmi Ahmad
39. Datuk Nasruddin Daud
40. Nasruddin Hassan Tantawi
41. Ustaz Nik Zawawi Salleh
42. Nor Azli Musa
43. Normala Sudirman
44. Nuridah Salleh
45. Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob
46. Razman Zakaria
47. Dr Ridhuan Mohd Noor
48. Dr Rosni Adam
49. Dr Siti Mariah Mahmud
50. Solehin Muhyi
51. Taufek Abd Ghani
52. Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad
53. Zaharuddin Mohamad
54. Ustaz Zulkifli Ismail

Pencalonan Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Pusat 2015-2017

Pengerusi Tetap
1. Kamal Ashaari
2. Abdul Latiff Abdul Rahman

Timbalan Pengerusi Tetap
1. Riduan Mohd Noor
2. Ahmad Sabky Yusof

Pemeriksa Kira-Kira
1. Jamel Sering
2. Syahir Hasan

Ketua Pemuda
1. Suhaizan Kaiat
2. Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz

Timbalan Ketua Pemuda
1. Muhammad Khalil Abdul Hadi
2. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob

Naib Ketua Pemuda
1. Khairil Nizam Khirudin
2. Nor Azman Mohamad

Ahli Jawatankuasa Kerja
1. Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus
2. Afnan Hamimi Taib Azamudden
3. Ahmad Fadhli Shaari
4. Fadhli Ghani
5. Hishamudin Abdul Karim
6. Izwan Abd Halim
7. Lahirul Latigu
8. Mohammad Arifiriazul Paijo
9. Mohd Azam Abd Samat
10. Mohd Fakhrul Razi Mohd Mokhtar
11. Mohd Hafez Sabri
12. Mohd Hakim Mohd Nor
13. Mohd Hasbie Muda
14. Mohd Nasaie Ismail
15. Mohd Nasir Zakaria
16. Mohd Sany Hamzan
17. Mohd Zawawi Abu Hassan
18. Muhammad Faiz Fadzil
19. Muhammad Hafiz Musa
20. Muhammad Ramlan Mahmood
21. Muhtar Suhaili
22. Nor Azariza Alawi
23. Nurul Islam Mohamed Yusof
24. Ramadhan Elias
25. Syahir Che Sulaiman
26. Syarhan Humaizi Abdul Halim
27. Syed Abdul Kadir Al-Joofree

Pencalonan Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat Sesi 2015-2017

Pengerusi Tetap
1. Norhashimah Deraman
2. Faizah Ismail

Timbalan Pengerusi Tetap
1. Nor Azlin Md Shamsudin
2. Fauziah Bidin

Pemeriksa Kira-Kira
1. Basmatul Uyun Yusof
2. Siti Nor Fathiah Daud
3. Normilan Mamat
4. Wan Hasna Wan Ismail
5. Zakiah Tukirin

Ketua Dewan Muslimat
1. Siti Zailah Mohd Yusoff
2. Nuridah Salleh

Timbalan Ketua Muslimat
1. Dr Siti Mariah Mahmud
2. Dr Rosni Adam

Naib Ketua
1. Mumtaz Md Nawi
2. Salamiah Mohd Noor

Ahli Jawatankuasa
1. Aida Yusof Rawa
2. Aiman Athirah Al Jundi (Raj Munni Sabu)
3. Dr Asiah Ali
4. Aziah Saad
5. Dr Che Faridah Ismail
6. Fareedah Samad
7. Dr Halimah Ali Abdullah
8. Hamidah Wan Daud
9. Husna Hashim
10. Ilvira Mohd Dasuki
11. Kartini Ahmad
12. Khairiah Mohamad
13. Mariam Rashid
14. Mastura Mohamad
15. Dr Najihatussalehah Ahmad
16. Noor Hanim Ismail
17. Noorshina Mamat Noor
18. Noraini Hussin
19. Norhayati Bidin
20. Normala Sudirman
21. Rohani Ibrahim
22. Datuk Siti Aishah Ghazali
23. Siti Murshidah Ramly
24. Sofea Zakaria
25. Dr Uyun Abd Malek
26. Dr Uzaimah Ibrahim
27. Dr Wahibah Tahir
28. Wan Hasrina Wan Hassan
-HD


'K'jaan cari formula selesai isu GST kad prabayar'

Posted: 19 May 2015 11:06 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Kerajaan mencari formula terbaik seperti yang diguna pakai di negara lain dalam menyelesaikan isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ke atas kad prabayar telefon, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
  
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata ini bagi memastikan pengguna mendapat nilai terbaik ke atas kad prabayar seperti yang dibayar mereka.
  
Beliau berkata kerajaan sedang berusaha cari jalan yang terbaik, sistem terbaik yang digunakan di negara-negara lain dalam perkara itu untuk dicontohi.
  
"Jika kita melihat konsep yang lebih besar apabila pengguna membeli kad prabayar, mereka hanya memindahkan nilai wang biasa ke bentuk wang digital ke dalam telefon bimbit mereka seperti penggunaan kad Touch'n Go misalnya, jika mahu membayar tempat letak kereta (guna Touch'n Go) barulah GST dikenakan," katanya menjawab soalan Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz (BN-Tanah Merah).
  
Ikmal Hisham mahu kementerian menyatakan apakah usaha yang dilakukan bagi memastikan syarikat-syarikat telekomunikasi mengkaji semula GST yang dikenakan ke atas kad prabayar.

Pada 13 Mei lepas, Ahmad Shabery berkata kabinet bersetuju supaya kad tambah nilai prabayar telefon dijual pada harga RM10 akan mendapat nilai yang sama apabila diaktifkan.
  
Beliau berkata GST untuk tambah nilai kad prabayar akan dikenakan atas penggunaan iaitu apabila pengguna menggunakannya dan berpandangan cara ini adalah lebih sesuai kerana kerajaan tidak akan mengambil cukai sebelum perkhidmatan digunakan.
  
Ahmad Shabery berkata syarikat-syarikat telekomunikasi dikehendaki melaksanakan kaedah dan pendekatan 'beli RM10 dapat RM10' sepenuhnya dalam tempoh enam bulan.
  
Bagi mengimbangi kesan pengenaan GST, beliau berkata kementerian telah meminta syarikat telekomunikasi untuk menurunkan tarif perkhidmatan mereka dan juga digesa menawarkan pakej-pakej mampu milik kepada golongan sasar seperti pelajar.-Bernama


 

Dewan Rakyat bincang usul penculikan petang ini

Posted: 19 May 2015 10:58 PM PDT

SINAR HARIAN



Dewan Rakyat
 
 
KUALA LUMPUR - Isu penculikan bersenjata di Sabah akan dibincangkan di Dewan Rakyat pada persidangan sebelah petang hari ini apabila usul mengenainya diluluskan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Menurut Ronald, usul itu memenuhi tiga kriteria utama iaitu merupakan perkara tertentu, berkepentingan orang ramai dan perlu disegerakan.

"Oleh itu saya membenarkan usul ini dibahaskan mengikut Peraturan Mesyuarat 18 3(b), yang perbahasannya bermula pukul 4.30 petang dan akan ditangguhkan pada 5.30 petang.

"Perbahasan akan dibenarkan selama 30 minit dan kerajaan akan menjawab selama 30 minit," katanya.

Usul mengenai penculikan di Sabah dikemukakan Datuk Raime Unggi (BN-Tenom) yang antara lain bertujuan mencari penyelesaian dan pendekatan berkesan serta komprehensif dalam menangani isu itu demi keselamatan rakyat Sabah.

"Episod penculikan di Sabah disangka reda selepas pembebasan Lans Koperal Zakiah Aleip yang diculik kumpulan bersenjata di Mabul, Semporna tahun lepas.

"Bagaimanapun, episod itu berulang dengan kes terbaharu penculikan di Restoran Ocean King, di Sandakan, yang berlaku hanya kira-kira 3 kilometer dari Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), dan ini membuatkan rakyat Sabah berasa terdedah kepada bahaya," katanya ketika membentangkan usul itu pagi tadi.

Beliau juga menyifatkan episod penculikan di negeri itu telah menghantui masyarakat di negeri berkenaan, justeru usul itu wajar dibincangkan demi kepentingan rakyat Sabah.

Dalam kejadian 7.45 malam, pada Khamis lepas, empat lelaki bersenjata menyerbu Restoran Ocean King dan menculik seorang lelaki dan seorang wanita warga tempatan dan kedua-dua mangsa dilaporkan kini berada di salah sebuah pulau di perairan Filipina.

Thien Nyuk Fun, 50, kakak ipar pengurus restoran itu adalah seorang daripada mangsa culik dalam kejadian 7.45 malam itu. Seorang lagi mangsa ialah Bernard Then Ted Fen, 39, dari Sarawak yang bekerja sebagai perunding elektrikal di Kemboja. - Bernama


Kedutaan Mesir tak peduli bantahan

Posted: 19 May 2015 10:56 PM PDT

Kedutaan Mesir tak peduli bantahan Nik Abduh berucap selepas Pas gagal menyerahkan memorandum bantahan kepada Kedutaan Mesir, semalam.
 
 
KUALA LUMPUR - Cubaan Pas Pusat untuk menghantar memorandum kepada Kedutaan Mesir sebagai membantah hukuman bunuh ke atas bekas Presiden Mesir, Mohamed Mursi, ulama tersohor dunia, Dr Yusuf al-Qardhawi dan lebih 100 pejuang Islam lain gagal.

Ini kerana, tiada seorang pun wakil daripada kedutaan berkenaan yang keluar untuk menerima memorandum bantahan yang dihantar oleh wakil Pas, semalam.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, kegagalan wakil kedutaan Mesir untuk menerima memorandum tersebut membuktikan kerajaan negara tersebut tidak ambil kisah dengan suara negara Islam terutama sekali Malaysia.

"Kami sangat kecewa dengan apa yang dilakukan oleh kedutaan Mesir. Tindakan ini seolah-olah Mesir ingin menunjukkan kekuatan rejim mereka ini telah sampai ke bumi Malaysia.

"Sepatutnya, pihak kedutaan menerima memorandum tersebut. Memorandum ini mewakili suara yang ingin disampaikan oleh rakyat Malaysia terhadap hukuman yang dikenakan ke atas pejuang Islam di sana," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau mendesak kerajaan Malaysia melakukan tekanan diplomatik terhadap kerajaan Mesir supaya hukuman bunuh itu dibatalkan.

"Pas juga ingin menyeru semua negara Islam  mendesak kerajaan negara itu untuk menarik kembali hukuman tersebut," katanya.

Nik Abduh berkata, Pas tidak mengiktiraf kerajaan Mesir sedia ada kerana kerajaan yang dipimpin oleh Mursi dijatuhkan oleh mereka.

"Bagaimana kita mahu mengesahkan kerajaan terkini Mesir sedangkan mereka membunuh rakyatnya sendiri. Kerajaan yang dipimpin Mursi adalah kerajaan yang sah dan diterima oleh seluruh dunia," katanya.

Beliau meminta seluruh masyarakat Islam melakukan solat hajat supaya Mursi dan pejuang Islam yang terbabit sentiasa dilindungi ALLAH serta diberikan kekuatan untuk memperjuangkan Islam di negara berkenaan.

Kira-kira 100 orang yang terdiri daripada ahli Pas dan orang ramai mula berkumpul di hadapan Kedutaan Mesir di Jalan Ampang Hilir kira-kira jam 10 pagi untuk menyertai upacara penyerahan memorandum itu.

Apabila memorandum itu tidak diterima, mereka berhimpun secara aman di hadapan kedutaan sebagai tanda kecewa sebelum bersurai kira-kira jam 11 pagi.


Kabinet bayangan: Mahfuz tegur Guan Eng

Posted: 19 May 2015 10:39 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Ketua Whip Ahli Parlimen PAS, Datuk Mahfuz Omar menegur Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mengatakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai penghalang utama membentuk kabinet bayangan Pakatan Rakyat.

"Sebagai pemimpin utama di dalam parti demokratik, tidak sewajarnya beliau meneruskan serangan peribadi kepada pemimpin tertinggi parti rakan dalam Pakatan Rakyat," kata Mahfuz dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, Pakatan dibina atas semangat toleransi dan saling menghormati antara satu sama lain,  di samping tidak meleburkan dasar perjuangan parti masing-masing.

Mahfuz berkata, kesemua ketua whip DAP, PKR dan PAS telah bermesyuarat bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan berjaya mencapai kata sepakat.

"... iaitu isu kabinet bayangan Pakatan tidak berbangkit atas faktor keutamaan perlu diberikan kepada proses mereformasikan institusi Parlimen.

"Setiap parti akan menghantar dua orang wakil untuk menyertai jawatankuasa tersebut.

"Ahli Parlimen Pakatan turut menubuhkan jawatankuasa untuk menilai,mengkaji dan menganalisa Rancangan Malaysia ke-11 yang akan dibentangkan oleh PM Najib Khamis ini," tegasnya.

Justeru, tegasnya, lebih baik Guan Eng merujuk kepada ketua whip DAP, Loke Siew Fook dalam hal kabinet bayangan "sebelum begitu sibuk menyerang orang lain".

Sehubungan itu, Mahfuz berharap Guan Eng dan barisan kepimpinan Pakatan berhenti mengeluarkan kenyataan yang menyerang antara satu sama lain.

Tindakan itu, katanya, bukan sahaja akan mengeruhkan lagi ikatan hubungan Pakatan, bahkan akan memeningkan kepala rakyat yang begitu berharap wujud kerajaan baru pengganti BN-Umno selepas PRU14.

"Semua pimpinan Pakatan perlu kembali ke meja rundingan untuk menyelesaikan masalah yang berlaku dengan suasana damai dan harmoni," tambahnya.

Menurut Mahfuz, PAS juga sudah membahagikan kesemua 21 ahli Parlimennya mengikut portfolio kementerian supaya dapat dipantau isu berkaitan dengan lebih dekat.

"Semoga dengan tertubuhnya Jawatankuasa Reformasi Parlimen oleh Pakatan Rakyat akan menjadi medium yang terbaik untuk menambahbaik peranan institusi Parlimen Malaysia agar lebih bebas, efektif dan dihormati," katanya. 


 

Tiket final: 1,000 penyokong TRW beratur awal pagi

Posted: 19 May 2015 10:37 PM PDT

Tiket final: 1,000 penyokong TRW beratur awal pagi Sejak awal pagi lebih 1,000 penyokong The Reds Warriors (TRW) sudah beratur di kaunter Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bharu pagi ini untuk membeli tiket perlawanan akhir Piala Akhir Piala FA Kelantan melawan Lion XII, Sabtu ini. - Foto Sinar Harian oleh SITI FATIHAH AWANG
 
 
LEBIH 1,000 penyokong The Red Warriors (TRW) membanjiri pekarangan stadium Sultan Muhammad ke IV bagi mendapatkan tiket perlawanan akhir Piala Akhir Piala FA Kelantan menentang Lion XII, Sabtu ini.

Walaupun terpaksa beratur sejak awal pagi, rata-rata mereka tetap sabar menunggu kaunter tiket yang dijangka mula dibuka jam 9 pagi.

Sehingga kini, tiada sebarang kekecohan dilaporkan berlaku walaupun ada diantara penyokong yang beratur sehingga ke jalan utama Padang Perdana di sini.


RMK11: Pecutan terakhir sebelum capai negara maju

Posted: 19 May 2015 10:35 PM PDT

Najib Razak
 
SINAR HARIAN
 
 
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat esok merupakan 'final lap' kemaraan Malaysia mencapai status negara maju pada tahun 2020.
  
" Inilah 'final lap' (pecutan) sebelum kita mencapai status negara maju seperti mana yang dihasratkan dalam Wawasan 2020," katanya dalam laman Facebooknya hari ini.
  
Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata esok beliau akan membentangkan ‎RMK11 yang merupakan hala tuju negara untuk lima tahun akan datang.
  
Beliau mengajak orang ramai untuk mengikuti pembentangan rancangan itu secara langsung online di blog rasminya www.najibrazak.com
  
Pembentangan RMK11 pada persidangan Dewan Rakyat itu dijadualkan pada pukul 11.30 pagi.
  
Selain melalui laman blog Najib, pembentangan RMK11 itu akan turut disiarkan secara langsung oleh RTM. - Bernama


Pelajar nyaris buta dirotan guru

Posted: 19 May 2015 10:33 PM PDT

 
 
IPOH – Hanya kerana salah sidai baju, seorang pelajar tingkatan satu terpaksa menjalani pembedahan di mata kirinya selepas cedera akibat dirotan guru di salah sebuah sekolah berasrama penuh di negeri ini, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, remaja berusia 13 tahun itu dirotan atas kesalahan tidak menyimpan baju yang disidai ke dalam almari ketika pemeriksaan mengejut dijalankan oleh guru terbabit.

Bapa mangsa berkata, dia yang berniaga di Kajang, Selangor, terkejut selepas dimaklumkan anaknya dimasukkan ke Hospital Teluk Intan akibat dirotan oleh salah seorang guru di sekolah terbabit.

Menurutnya, ketika kejadian, cermin mata yang dipakai anak sulungnya itu pecah akibat di rotan guru berkenaan menyebabkan serpihan kaca terkena pada kanta mata sehingga luka.

"Berdasarkan laporan doktor, anak saya perlu menjalani pembedahan untuk menjahit dua kesan koyak di dalam bahagian mata kirinya terutamanya mata hitam.

"Guru terbabit mengakui merotan anak saya dan menghantarnya ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Walaupun dia menyatakan tidak sengaja dan meminta maaf beberapa kali, saya berasa sedih dengan apa yang dialami oleh anak saya," katanya.

Menurut bapa mangsa lagi, dia kesal dengan tindakan guru terbabit yang merotan anaknya secara melulu atas kesalahan yang tidak seberapa.

"Kalau benar satu kesalahan besar, saya tidak marah kalau guru terbabit memukul di bawah paras pinggangnya tidak perlulah membabitkan organ yang penting itu. Anak saya masih muda dan mata sangat diperlukan untuk dia belajar.

"Anak saya kini mengalami trauma apabila di beberapa kali menyatakan tidak mahu kembali ke sekolah terbabit sebelum dibawa masuk ke bilik pembedahan.

"Saya juga bercadang untuk ambil tindakan selanjutnya," katanya yang telah membuat laporan di Balai Polis Teluk Intan sejurusnya dirujuk Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah.

Sementara itu, Exco Kerajaan Negeri Perak, Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria ketika dihubungi Sinar Harian berkata, pihaknya sudah dimaklumkan tentang perkara tersebut.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan tentang kejadian itu dan pelajar berkenaan masih dirawat di Hospital Teluk Intan.

"Berdasarkan laporan yang diterima, kecederaan yang dialami pelajar terbabit tidak membimbangkan dan pihak sekolah akan menanggung perbelanjaan rawatan terbabit.

"Kita juga sedang menyiasat dan laporan berkaitan kejadian akan dilaporkan terus kepada pihak berkaitan," katanya.


Himpunan 100 hari Anwar dipenjara malam ini

Posted: 19 May 2015 10:29 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Hari ini adalah hari ke-100 ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjalani hukuman penjara, dan penyokongnya akan berhimpun di luar pintu penjara Sungai Buloh, Selangor malam ini.

Anwar, bekas MP Permatang Pauh dan bekas ketua pembangkang, dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan atas sabitan tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Beliau mula menjalani hukuman penjara pada 10 Februari selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman Mahkamah Rayuan itu. Anwar bertegas beliau tidak bersalah.

Anak perempuannya, Nurul Nuha Anwar, menggesa penyokong untuk datang menunjukkan solidariti bersama Anwar malam ini.

Nurul Nuha memberitahu pemberita demikian pada hari Jumaat semasa mengumumkan acara tersebut.

Beliau juga mengetuai kempen 'March 2 Freedom' untuk mendesak pembebasan ayahnya.

Program hari ini bukan yang pertama diadakan di situ untuk menunjukkan solidariti bersama Anwar yang dinamakan 'Jalan Harapan' di luar pintu penjara itu.

Beberapa malam selepas penghakiman terhadap Anwar diumumkan, ratusan penyokong berhimpun secara aman di situ dengan membawa lilin dan kain rentang.


DAP: Helah Hadi makin terserlah

Posted: 19 May 2015 10:26 PM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
DAP hari ini menzahirkan rasa terkejut dengan idea kerajaan perpaduan bersama BN yang didakwa Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang mendapat persetujuan mereka.

"Ini satu pendedahan yang mengejutkan kerana pemimpin DAP langsung tidak pernah diberitahu tentang kerajaan perpaduan bersama Umno dan BN pada tahun 2009.

"Hadi mungkin berminat dengan idea tersebut, namun cadangan kerajaan perpaduan itu pastinya telah mengesampingkan DAP secara keseluruhan," kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Dalam kenyataan hari ini, Lim membangkitkan kebimbangan terhadap dakwaan "kerjasama erat Hadi bersama Umno dan BN kian terserlah hari demi hari".

Lim berkata "Hadi telah menyerlahkan helahnya" apabila secara terbuka menyokong Datuk Seri Najib Razak (kanan) terus menjadi Perdana Menteri, tanpa mengambil kira isu semasa negara.

Ia, kata Lim, termasuk kontroversi sekitar syarikat pelaburan negara 1MDB, kesan buruk ekonomi akibat cukai baranhan dan perkhidmatan (GST) selain serangan Tun Dr Mahathir Mohamad pada Najib.

"Pendedahan Hadi tentang rancangan kerajaan perpaduan pada tahun 2009 di tengah-tengah krisis perlembagaan di Perak, yang beliau nampaknya masih berminat, menunjukkan sejauh mana beliau bersekutu dengan Umno dan BN," katanya.

Lim berkata Hadi mengabaikan slogan "PAS untuk Semua" dan penduduk Sabah dan Sarawak serta bukan Melayu dengan hasrat "kerajaan perpaduan pakatan Melayu sahaja" bersama Umno dan BN.

"Hadi mungkin tidak peduli bahawa tindakan sedemikian akan dilihat sebagai pengkhianatan oleh pengundi bukan Melayu serta pengundi di Sabah dan Sarawak yang telah menyokong PAS ketika pilihan raya umum yang lalu.

"Bagaimana pun PAS akan mendapat balasan daripada pengundi anti-BN, yang tidak senang dengan tindakan Hadi yang cuba menubuhkan kerajaan perpaduan secara rahsia dengan BN, dalam pilihan raya umum yang akan datang," katanya.

Selain DAP, PKR juga menafikan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim atau mana-mana pimpinan parti itu telah atau pernah bersetuju dengan idea bergabung dengan BN.

BN pula tak dapat terima

Dalam sesi dialog di Kuala Lumpur semalam, Hadi mendakwa pihaknya mengemukakan idea kerajaan perpaduan yang dipersetujui bersama dengan Anwar dan bekas mursyidul am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Hadi (bawah) berkata idea itu ketengahkan selepas krisis menteri besar di Perak.

"Pada masa itu, BN cuba nak pancing kita. Kita tidak mengulangi untuk menyertai BN.

"Biasanya sejarah dahulu tidak berulang benda yang sama. Jadi kita kemukakan idea kerajaan perpaduan.

"Ini dipersetujui bersama pertemuan antara saya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mursyidul am. Dan kita bersetuju ketengahkan perkara ini.

"DAP pun bersetuju. Tapi malangnya perkara itu terbantut kerana BN tidak dapat menerimanya. Itu ceritanya. Benda tu dah hilang. Dah luput daripada sejarahnya."
 
 

Nelayan Indonesia selamatkan Rohingya

Posted: 19 May 2015 10:24 PM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Sekumpulan nelayan Indonesia menyelamatkan lebih 370 orang pendatang, kebanyakannya dari golongan minoriti Rohingya Myanmar di perairan Aceh.

Laporan DPA menyebut, kumpulan pendatang tersebut ditemui dalam keadaan haus, kelaparan dan sangat lemah dalam dua buah bot.

Jurucakap pasukan mencari dan menyelamat, Khairul Nova berkata kumpulan tersebut terdiri daripada lelaki, wanita dan kanak-kanak.

Pasukan berkenaan tetap menyelamatkan kumpulan pendatang terbabit walau kerajaan Indonesia melarang berbuat demikian – melainkan jika bot tersebut terkandas atau hampir karam.

Seramai kira-kira 1,800 orang warga Rohingya dan pendatang Bangladesh diselamatkan di perairan Aceh pada bulan ini.

Indonesia kini memberi perlindungan kepada seramai hampir 12,000 orang pelarian dan pencari suaka dari 40 buah negara.

Menurut jurucakap kementerian luarnya, hanya 500 orang pencari suaka berjaya ditempatkan ke negara ketiga setiap tahun selepas pengesahan status pelarian.

Menteri luar Malaysia, Indonesia dan Thailand dijangka bertemu hari ini untuk membincangkan mengenai krisis kemanusiaan di Myanmar.
 
 

 

Tiada ulasan: