Rabu, 20 Mei 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Pas for all... adalah cakap-cakap kosong!

Posted: 20 May 2015 09:00 AM PDT

  
Pas for all..

Pas for whom if we fail to listen to other's explanation & reason in the implementation of hudud?

Pas for whom if we fail to respect our coalition's members by shifting the failure of UG to others?  

Pas for whom if we fail to appreciate the differences of opinion among the choosen party's leaders?

 Pas for whom if we encourage our own party's members to leave the party? 

 Pas is not for all, instead pas is for me.. pls pls pls..walk the talk..

 islam for all.. ~ Muhammad Faiz Fadzil

malayunya - Pas untuk semua ... 

Pas bagi siapa jika kita gagal untuk mendengar penjelasan & alasan orang  lain dalam pelaksanaan hudud? 

Pas bagi siapa jika kita gagal untuk menghormati ahli gabungan kita dengan mengalihkan kegagalan UG kepada orang lain? 


Pas bagi siapa jika kita gagal untuk menghargai perbezaan pendapat di kalangan pemimpin parti yang dipilih ? 


Pas bagi siapa jika kita menggalakkan ahli-ahli parti kita sendiri untuk meninggalkan parti? 


Pas bukan untuk semua, melainkan pas untuk saya .. tolonglah tolonglah tolonglah..kotakan apa yang dikata .. islam untuk semua .. Muhammad Faiz Fadzil

PENCALONAN UNTUK PEMILIHAN MUKTAMAR PAS 2015

Posted: 20 May 2015 06:00 AM PDT


Perjuangan memakan masa yang lama, ia tidak dinamakan perjuangan tanpa perjalanan yang panjang dan sebuah pengorbanan yang mahal harganya. Perjalanan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk kekal di persada perjuangan menyaksikan ramai pemimpin PAS yang datang dan pergi, tidak ketinggalan yang pergi 'meninggalkan' perjuangan atau yang istiqamah hingga di titik akhir nafasnya.

 Patah tumbuh, hilang berganti, begitulah pewaris PAS meneruskan galas-ganti amanah menetapkan garis perjuangan supaya tetap di paksinya. PAS tidak pernah kemarau dengan pelapis yang senantiasa memenuhi ruang legar kepimpinan yang cukup untuk semua kerana setiap individu dalam parti dalam setiap posisinya ada peranan masing-masing, yang utama ialah mencurahkan kebaktian untuk parti.

 Almarhum Pak Yusof Rawa senantiasa menitipkan kepada saya, "Jika Allah SWT mengkehendaki anda berada di dalam kepimpinan, tiada sesiapapun yang mampu menghalang anda, tetapi jika DIA tidak mengkehendaki anda berada di sana, walaupun seluruh ahli parti mahukan anda berada di sana, anda tidak akan sesekali berada di sana.

 Tambah Almarhum, "Apabila anda berada di dalam sesuatu posisi atau jawatan, anda perlu tahu apabila tiba masanya, anda perlu pergi dan letak jawatan tersebut".

 Pak Yusof Rawa tidak hanya mengungkapkan kata-kata sahaja, bahkan beliau mempraktikkannya. Dalam satu muktamar, seorang perwakilan dari Dewan Pemuda yang juga AJK PAS Pusat mengemukakan satu usul menyalahkan CCC (Chinese Consultative Council) sebagai faktor utama kemerosotan sokongan terhadap PAS. Pak Yusof Rawa menanggapi usul tersebut adalah satu penolakan terhadap kepimpinannya. Lantas beliau mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai Presiden PAS walaupun kemudiannya beliau menarik balik keputusan tersebut setelah dipujuk oleh parti.

 Organisasi parti politik Islam meletakkan akhlak dan etika bersaing dalam perspektif batasan-batasan yang pokoknya ialah persaingan yang sihat. Tidak semua persaingan itu buruk, dalam Islam persaingan ke arah kebaikan diungkapkan dalam kata-kata "fastabiqul khairat" ( berlumba-lumbalah ke arah kebaikan).

 Bersaing dalam Islam juga meletakkan adab tidak menjatuhkan lawan dengan tohmahan dan tuduhan tetapi yang dikritik dan dibahaskan ialah ide dan pendapat berasaskan dalil dan hujah. Dalam mendebatkan ide perlu dijauhi nilai-nilai permusuhan dan kebencian manakala keikhlasan adalah jambatan utama antara pesaing.

 Paling buruk ialah kemampuan dan kelayakan ditutup oleh 'kegilaan' kelompok yang mahu memenangkan kumpulannya bukan memenangkan ide yang terbaik untuk parti. Jika asas bersaing itu untuk ide terbaik maka parti akan mendapat yang terbaik, tetapi apabila asas bersaing itu ialah kekelompokan maka yang menang ialah kelompok dan belum tentu mereka ada ide untuk memajukan parti.

 Secara asasnya kepimpinan terhadap sesuatu urusan dinilai dari firman Allah SWT dalam surah Al Qasas ayat 26 yang menyebut ciri "kelayakan" (al Qawiy) dan "amanah" (al Amin). Beberapa ulama salaf membahaskan persoalan kelayakan dan keimanan dibandingkan dengan kemaslahatan umum. Mereka membahaskan jika seseorang calon kepimpinan kuat keimanan itu tapi lemah keupayaanya dibandingkan dengan calon yang kelemahan iman tetapi lebih berupaya, maka didahulukan yang lemah iman tetapi lebih upaya daripada kuat iman tetapi tidak upaya. Baca lagi di sini

Rakyat Kelantan masih lagi merempat ...Mana Nik Amar?

Posted: 20 May 2015 03:00 AM PDT

Saya kopipe dari fesbuk nih! :

Makin di cari makin kita jumpai. Kes baru minggu ini yang sangat perlu kita tolong sikit sorang 😭

 Detail kes, pekerjaan mangsa (isteri) kutip ulam kampong(pucuk paku pakis) pendapatan bulanan tidak menentu sbb bergantung pd sumber alam semulajadi. suami hilang tempat pekerjaan slps banjir,dahulunya kerja sawmill kayu.

 anak 5org, anak sulung mempunyai 3 masalah kesihatan kronik iaitu jantung, buah pinggang, dan darah tinggi hari2 kena pergi rawat klinik desa kdg2 bila teruk terpaksa pergi ke hospital berdekatan utk rawatan susulan.

 hari2 ibu bapanya memikirkan kos rawatan Nik Norisya Amali Natasha Umur 9 tahun, sekolah kebangsaan pemberian, ada tanah pusaka pemberian ayahnya, atas tapak sedia ada.


 Atas kesempitan hidup, ibubapa mangsa mengharapkan belas ihsan perubatan anak sulung ni malah sanggup jika yg nak buat anak angkat.

 Ya Allah ... Ampunkanlah kami kerana sentiasa lalai dan leka dgn nikmatmu yg seringkali menjadikan kami angkuh dan sombong ... Berilah ya Allah kami peluang utk membantu saudara kami ini kerana sesungguhnya segala yg kami ada ini adalah milikmu ...

 Saya dengan ini melancarkan projek bantuan terbaru The Third Force... Rumah Syurga Adik Norisha.

Whatsup saya utk terus membantu.
Raja Shamri 0173872232

SIAPA BERBOHONG?

Posted: 20 May 2015 12:53 AM PDT

KEADILAN TIDAK PERNAH BERSETUJU DENGAN CADANGAN KERAJAAN PERPADUAN
Sila klik di sini

 Saya diberi mandat oleh Biro Politik KEADILAN untuk menafikan sekeras-kerasnya bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim atau mana-mana pimpinan parti telah atau pernah bersetuju dengan idea bergabung dengan Umno di dalam sebuah kerajaan perpaduan seperti yang dirujuk oleh YB Dato' Seri Hadi Awang, Presiden PAS semalam. KEADILAN berharap kami tidak diheret di dalam persoalan dalaman PAS.

Fokus KEADILAN adalah untuk membela rakyat dan memperbaiki institusi kerajaan yang rosak di bawah Barisan Nasional, apatah lagi di saat-saat rakyat tertekan dengan GST, skandal 1MDB, penggunaan dana-dana rakyat dalam Tabung Haji, Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain.

 KEADILAN percaya Umno berada pada keadaan yang paling lemah dan ini masa terbaik untuk memberi peluang perubahan kepada rakyat Malaysia.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG 
AHLI PARLIMEN PANDAN 
20 MEI 2015

Tiada ulasan: