Isnin, 18 Mei 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Sekarang Dr Mahathir mahu kuasa PM dikurangkan

Posted: 18 May 2015 06:00 AM PDT

OLEH MOHD FARHAN DARWIS


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, perdana menteri yang mentadbir hari ini mempunyai



Selepas mentadbir Malaysia selama 22 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mencadangkan agar kuasa perdana menteri dikurangkan.

Dr Mahathir berkata, perdana menteri yang mentadbir hari ini mempunyai "terlalu banyak kuasa" sehingga berupaya menyalahgunakannya.

"Kita beri terlalu banyak kuasa kepada perdana menteri, apabila beliau menyalahgunakan kuasa, kita tidak boleh kata apa-apa," kata Dr Mahathir, ketika menjawab pertanyaan selepas melancarkan buku bertajuk "Dr Mahathir selected letters to World Leaders" bahagian 2, di Putrajaya, hari ini.


Ketika diminta menamakan individu yang sesuai dan layak untuk menjadi perdana menteri hari ini, Dr Mahathir hanya berkata: "Tiada sesiapa pun." Beliau turut mencadangkan, pentadbiran kerajaan membentuk jawatankuasa seperti Kabinet yang bukan dilantik perdana menteri untuk menasihati beliau dalam pentadbirannya.

"Saya rasa kita perlu ada Kabinet luaran, mengandungi mereka yang tidak dilantik perdana menteri, dan mempunyai kuasa untuk bersuara, contohnya perdana menteri ingin meminjam duit, mereka ini yang akan menyoal siasat beliau," katanya.

Doanya Anaknya Dimakbulkan Allah, Satu Keluarga Peluk Islam.

Posted: 18 May 2015 05:55 AM PDT

KELAB GREENBOC


NUR Emily berselfie dengan adik ketiganya Muhammad Aiman selepas mengucap syahadah.

 

Syahadah 1 famili

Port Dickson: "Doa anak lelaki saya yang bersungguh-sungguh meminta kepada Allah SWT supaya membuka pintu hati kami sekeluarga memeluk Islam ditunaikan Allah," kata Safiyyah Abd Aziz, 42.

Menurutnya, anak lelaki kedua daripada empat anaknya, Muhammad Daniel Chan, 19, terlebih dulu memeluk Islam pada 2013 ketika berusia 17 tahun sebelum seorang demi seorang ahli keluarga mengikut jejak langkahnya itu.

Menyingkap kembali perjalanan mengucap dua kalimah syahadah, Muhammad Daniel mengambil keputusan memberitahu keluarga hasrat memeluk agama suci itu dan dengan bantuan guru serta ustaz di sekolahnya, dia mengucap dua kalimah syahadah.

Safiyyah yang dulunya bernama Sofiya Siswagi berkata, dia dan suami tidak menghalang Muhammad Daniel memeluk Islam, malah tertarik melihat kehidupan anaknya selepas memeluk agama itu.

"Saya dan anak bongsu, Muhammad Hamim Chan, 13, mengikut langkah Muhammad Daniel memeluk Islam pada Oktober 2013. Selepas itu, suami saya Muhammad Chan Kum Tong, 56, dan anak ketiga, Muhammad Aiman Malek Chan, 15, menyusul pada Julai 2014. -HM 


Gantung kerana selfie, ini standard UiTM?

Posted: 18 May 2015 05:37 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Tindakan UiTM Melaka menggantung pengajian Muhammad Hasrul Haris Mohd Radzi atas kesalahan merakam gambar potret dirinya (selfie) ketika Majlis Konvokesyen semalam begitu mengejutkan para mahasiswa.

Biro Mahasiswa AMK juga amat sedih dengan tindakan itu. Sepertimana dijelaskan Muhammad Hasrul, tindakannya itu hanya simbolik untuk menunjukkan bakat beliau sebagai graduan jurusan fotografi.

Beliau tetap dikenakan tindakan walau sudah memohon maaf. Perkara ini menunjukkan piawai akademik institusi pengajian tinggi Malaysia yang amat rendah.

Jika dibandingkan lagi, ada mahasiswa di UM boleh menari zapin di atas pentas ketika mengambil ijazah konvokesyen mereka.

Mana letaknya keadilan dalam memberikan hukuman? Adakah ini standard UiTM?

Jika dibandingkan lagi, ada cadangan beberapa pihak supaya seorang pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) diberi peluang kedua kerana kesalahan merakam dan memiliki bahan pedofilia di London.

Ada pihak yang mencadangkan agar pelajar tersebut, Nur Fitri Azmeer, diberi peluang meneruskan pengajiannya di dalam negara setelah selesai menjalani hukuman penjara di London.

Cadangan itu bagaimanapun tidak menjadi kenyataan.

Malang juga bagi mahasiswa yang memperjuangkan keadilan dan kebebasan bersuara terus digantung pengajian tanpa diberi peluang kedua.

Antaranya Adam Adli, Safwan Anang, Fahmi Zainol dan juga kes terbaru melibatkan lapan siswa UM. Di manakah letaknya kebebasan bersuara mahasiswa?

Biro Mahasiswa AMK menggesa agar UiTM bertindak lebih matang dalam menilai dan menjatuhkan hukuman terhadap mahasiswa. Bagaimana mahasiswa hendak matang kalau pentadbir akademik mahasiswa sendiri masih tidak matang?



EDIKOUP LAKIP SEDIYANTO ketua biro mahasiswa AMK Malaysia.

Dr M: Najib tak jawab apa-apa pun

Posted: 18 May 2015 05:33 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak telah "menjawab" 13 soalan di dalam blognya semalam, namun Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat  ia langsung tidak menjawab soalan yang dibangkitkannya sebelum ini.

"Najib (kanan) tak jawab apa-apa pun. Saya buat sekarang ini sebab saya tahu dia akan kalah pada pilihan raya," katanya dalam sidang media selepas pelancaran buku jilid kedua Surat Kepada Pemimpin Dunia di Putrajaya hari ini.

Malah, Mahathir berkata, isu yang dibangkitkan sebelum ini seperti kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) juga tidak dijawab di dalam blog tersebut.

"Itu (Altantuya) mungkin kes lama tetapi hukuman mati diketahui sekarang. Sebab itu saya bangkitkannya. Dia cakap tunggu laporan penuh Laporan Audit, itu bukan jawapan. Sesiapa pun boleh cakap tunggu. Nak tunggu sampai bila," katanya lagi.

Najib semalam di dalam blognya menulis jawapan kepada 13 persoalan tentang isu-isu kontroversi yang turut mengaitkan dirinya.

Antara jawapan yang ditulis adalah mengenai kes pembunuhan Altantuya dan 1MDB.

Mengaju soalan

Sementara itu, ditanya sama ada beliau masih lagi ingin berdebat walaupun Najib telah "menjawab" soalan yang ditimbulkannya di dalam blog, Mahathir berkata beliau tidak mempunyai masalah untuk lakukan perkara itu.

Jelasnya, sekiranya perdebatan diadakan, beliau hanya ingin mengajukan soalan kepada Najib untuk dijawab.

"Kalau nak debat boleh, tak ada masalah. Saya cuma nak tanya, kalau nak jawab, jawablah. Kalau dia (Najib) nak tanya saya apa, saya boleh jawab," ujarnya.

Blog pro-Umno: FAQ tak jawab isu Rosmah

Sementara itu, penulis blog pro-Umno juga membangkitkan kenapa FAQ khas Najib tidak menyentuh langsung berhubung "kerenah" Rosmah Mansor, isterinya.

Shahbudin Husin, penulis empat buah buku anti-Najib, mempertikai jawapan pemimpin nombor satu negara yang tidak menyentuh dakwaan Rosmah berlagak seperti perdana menteri yang dibangkitkan Mahathir.

"Satu perkara yang Najib tidak sentuh langsung ialah mengenai kerenah dan masalah yang ditimbulkan oleh isterinya, Rosmah Mansor sedangkan ia bukan saja menjadi percakapan paling popular di kalangan rakyat, bahkan Tun Mahathir juga baru-baru ini mendakwanya berlagak seolah-olah Perdana Menteri.

"Kenapa ia tidak disentuh atau tidak berani disentuh hanya Najib yang mengetahui sebab-sebabnya," tulis Shahbudin di blognya hari ini.

Beliau juga berkata Najib juga tidak menyentuh isu melemahkan sokongan pada BN, termasuk susulan pilihan raya kecil Rompin dan Permatang Pauh baru-baru ini.

"Yang barangkali tidak disedari Najib ialah apakah di sebalik pelbagai isu yang melanda dirinya, petunjuk makin ketara sokongan kian terhakis, sokongan boleh terus diberikan atau melanjutkan sokongan bermakna menambahkan lagi kerosakan yang ada?" kata Shahbudin. 


 

Azwan Ali dakwa personaliti guna bomoh

Posted: 18 May 2015 05:27 AM PDT

 
 
Azwan Ali memuat naik status di laman Instagram menghentam personaliti dengan pelbagai tohmahan.


azwan-ali_600


PETALING JAYA: Personaliti televisyen, Azwan Ali membuat kecoh lagi di laman sosial Instagram.

Terbaru, adik Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali itu, mengutuk seorang personaliti dengan pelbagai kata-kata nista.

Dalam status yang dimuatnaiknya, dia turut mempersoalkan anugerah individu yang dibengangnya.

"Do I care? Lantak ko lah but Azwan Ali bukan macam some artis sangkak (do know who is shit) yang sanggup jumpa bomoh untuk stay? Bayar titile? Bayar surat khabar sampah to win", katanya di laman Instagram.

Dalam salah salah satu komen yang diberikan pengikutnya yang dikenali sebagai reezforyou memberi petunjuk individu yang dimaksudkan.

azwan-ali_ttes_600

"Janganlah nak banding2kan…dua2pun best betul kn @aznilnawawihm", katanya.

Mungkinkah individu yang dimaksudkan Azwan ini bekas pengacara Akademi Fantasia (AF) yang juga orang kuat Astro, Datuk Aznil Nawawi?

Rafizi bengang dua soalan untuk Najib ditolak

Posted: 18 May 2015 05:22 AM PDT

 
Rafizi tidak boleh menerima alasan penolakan dua soalan oleh Dewan Rakyat yang disifatkannya tidak masuk akal.


Rafizi Ramli, 1MDB, Parliament, Najib Razak


KUALA LUMPUR: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli, bengang apabila dua soalan yang dikemukakan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak ditolak oleh Dewan Rakyat.

Dia bertanyakan kepada Perdana Menteri mengenai harga tanah di Tun Razak Exchange (TRX) yang dijual kepada 1MDB dan dibangkitkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ahli Parlimen Pandan itu juga bertanyakan adakah Najib setuju dakwaan Dr Mahathir bahawa beliau akan menyebabkan UMNO kalah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Dewan Rakyat menolak soalan itu dengan alasan pertanyaan tidak boleh bertujuan mendapat buah fikiran (pandangan) atau mendapat penjelasan dengan perkara atau undang-undang yang belum menjadi masalah (undang-undang belum dipersetujui) atau hendak mendapat jawapan dalam perkara yang dimisal-misalkan sahaja (perkara berdasarkan andaian).

Rafizi yang juga Setiausaha Agung PKR berkata, alasan itu tidak boleh diterima kerana tidak masuk akal.

"Penolakan itu tidak masuk akal. Saya tidak boleh terima. Sudah tentu bila kita tanya, kita mahu tahu buah fikiran Perdana Menteri. Kalau tidak boleh, lebih baik Dewan Rakyat ini ditutup," katanya dalam sidang media di Lobi Parlimen pada Isnin.

Katanya, Perdana Menteri perlu membuat penjelasan di Parlimen supaya rakyat mendapat penjelasan yang tepat.

"Bila tampil beri penjelasan di luar, Najib boleh cakap apa yang beliau suka dan syok sendiri.
"Bila perkara ini dijawab di Parlimen, beliau tidak boleh menipu kerana ada undang-undang," katanya.

Pembinaan terusan di Segenting Kra ancam ekonomi Malaysia

Posted: 18 May 2015 05:20 AM PDT

Pembinaan terusan Segenting Kra yang memendekkan laluan dari Selat Melaka dengan Laut China Selatan akan memberi kesan kepada pelabuhan di negara ini.

pembinaan terusa di Segenting Kra, Thailand



PETALING JAYA: Ekonomi Malaysia akan terancam sekiranya cadangan pembinaan terusa di Segenting Kra, Thailand menjadi kenyataan.

Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin At-Takiri berkata, cadangan pembinaan terusan di Segenting Kra sepanjang 102 kilometer itu bakal menyebabkan Pelabuhan Klang dipinggirkan.

"Jika terusan Segenting Kra benar-benar dibina, ia bakal menghubungkan secara terus negara-negara seperti Jepun dan China dengan negara-negara Timur Tengah dan Afrika tanpa lagi melalui Selat Melaka, justeru bakal memberi kesan yang ketara kepada Pelabuhan Kelang dan ekonomi negara," katanya dalam kenyataan media.

Pada 16 Mei lalu, portal China Daily Mail melaporkan satu memorandum kerjasama telah ditandatangani bersama oleh pelbagai pengusaha perniagaan di Guangzhou, China untuk membina sebuah terusan sepanjang 102 kilometer dengan kelebaran 400 meter dan kedalaman 25 meter di Segenting Kra, Thailand.

Sebelum itu, portal yang sama pada 16 Mac 2014 telah menjelaskan kewajaran China yang memerlukan laluan alternatif dengan pembinaan terusan di Segenting Kra kerana laluan perdagangan ke Lautan Hindi melalui Selat Melaka mempunyai masalah lanun, bangkai kapal, jerebu, mendapan dan beting.

Kadar kemalangan di Selat Melaka pula dilaporkan dua kali lebih tinggi berbanding di Terusan Suez dan empat kali lebih tinggi berbanding di Terusan Panama.

Khairuddin berkata, walaupun ketepatan laporan itu boleh dipersoalkan namun kesannya kepada Malaysia amat membimbangkan, jika ia menjadi kenyataan.

"Apakah persiapan negara dan usaha-usaha yang dilakukan kerajaan dalam menghadapi perubahan laluan perdagangan antarabangsa ini? Projek ini tentu menguntungkan Thailand dan China terutamanya namun apakah pula kesannya kepada negara?" katanya.

Katanya, Selat Melaka sebagai jalan penghubung laut utama dan pernah cuba dikuasai Amerika Syarikat, China, Jepun dan India kerana kedudukannya yang strategik.

Jepun mengimport hampir 80% bekalan minyaknya dari Asia Barat melalui Selat Melaka manakala China pula lebih 60 peratus.

Khairuddin berkata, dianggarkan lebih 60,000 buah kapal berlayar melintasi selat ini pada setiap tahun dan perdagangan di selat itu pula ialah antara AS$84 bilion hingga AS$250 bilion setahun.

Kerajaan kaji OKU, mahasiswa dikecualikan GST

Posted: 18 May 2015 05:12 AM PDT

 
Menurut Ahmad Maslan , Malaysia merupakan negara yang memberi paling banyak pengecualian GST jika dibandingkan dengan negara lain yang melaksanakan cukai ini.


maslan,gst,oku,pelajar


KUALA LUMPUR: Selepas lebih sebulan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksana, kerajaan menyatakan sedia mengkaji cadangan untuk mengecualikan Orang Kelainan Upaya (OKU) daripada cukai itu.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, cadangan itu juga mengecualikan GST terhadap mahasiswa dan golongan termiskin.

Bagaimanapun, katanya, golongan termiskin yang mendaftar dengan E-kasih sahaja akan menikmati pengecualian itu yang melibatkan barangan mentah dan makanan asas.

Katanya, langkah itu bagi mengurangkan kesan GST terhadap golongan berpendapatan rendah dan kurang bernasib baik.

"Kita merupakan negara yang memberi paling banyak pengecualian GST jika dibandingkan dengan negara lain yang melaksanakan cukai ini," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Rakyat pada Isnin.

Ahmad Maslan berkata, kerajaan akan terus memperhebatkan penguatkuasaan ke atas peniaga yang melakukan penyelewengan harga bagi memastikan harga barangan stabil seperti sepatutnya setelah ditolak Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

"Sekarang ini yang berlaku ialah peniaga tidak menolak SST dan menambah GST, menjadikan harga yang sepatutnya turun atau kekal menjadi naik.

"Ini bukan salah GST tetapi salah peniaga, ini yang buat pengguna marah. Kita harap dalam jangka masa enam bulan sehingga setahun, harga ini akan kembali stabil seperti yang kita jangka," katanya.

Setakat 10 Mei, Jabatan Kastam Diraja Malaysia menerima 4,849 aduan mengenai kesalahan GST dan Anti Pencatutan, 13 kertas siasatan dibuka yang mana 11 sedang siasat dan 44 kes akan dibawa ke mahkamah.

KDN sahkan polis berjumpa Sirul

Posted: 18 May 2015 05:10 AM PDT

 
Menurut KDN pertemuan polis dengan Sirul dirahsiakan supaya ia tidak menggangu siasatan.


jun,zahid,sirul


KUALA LUMPUR: Pihak polis telah mengadakan pertemuan dengan Sirul Azhar Umar yang kini berada di Sydney, Australia.

Perkara itu disahkan, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

"Kita memang ada berjumpa (Sirul), oleh kerana ada…(desakan), apa yang rakyat sebut, masyarakat sebut…kita kena buat perjumpaan itu untuk mengesahkan apa benar Sirul buat (kenyataan berhubung kes)," katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen pada Isnin.

Sebelum itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerusi jawapan bertulis kepada Lim Lip Eng (DAP-Segambut) enggan mendedahkan butiran tentang perjumpaan antara polis dan Sirul Azhar.

Guan Eng meminta kerajaan untuk mendedahkan jumlah dan tarikh pertemuan antara polis dan Sirul Azhar serta nama aggota polis yang terlibat dalam siasatan berkenaan,

"Kes masih dalam siasatan dan saya khuatir sebarang pendedahan akan mengganggu kerahsiaan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas," kata Ahmad Zahid.

Pandikar Amin berbohong-Tun M

Posted: 18 May 2015 05:07 AM PDT

Dr Mahathir mengaku penafian Pandikar Amin itu telah memalukannya dan dan kenyataan yang dibuat Yang Dipertua Dewan Rakyat itu seolah-olah beliau telah bercakap bohong.


mahathir,pandikar amin


PUTRAJAYA : Kenyataan berbeza yang dibuat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyebabkan Tun Dr Mahathir Mohamad terpaksa menanggung malu.

Ia diluahkan bekas Perdana Menteri ketika mengulas kenyataan berbeza yang dibuat Yang Dipertua Dewan Rakyat itu.

Beliau berkata, ketika berjumpa dengannya, Pandikar Amin menyatakan hasrat akan meletak jawatan kerana tidak puas hati terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Bahkan dia (Pandikar Amin) kata dia tidak menjadi Speaker dah. Itu dia cerita kepada saya. Dia cerita juga perasaaan tidak puas hati layanan Parlimen kepada dia sebagai Speaker.

"Lepas tu dia tanya kepada saya apa yang boleh dia lakukan..saya kata kalau awak nak resign, resignlah. Dia kata dia dah bagi surat nak letak jawatan," katanya selepas melancarkan buku Dr Mahathir's Selected Letters To World Leaders Volume Two, pada Isnin.

Dr Mahathir mengaku penafian Pandikar Amin itu telah memalukan dan kenyataan yang dibuatnya seolah-olah beliau berbohong.

"Saya cuma ulang apa dia kata tapi dia kata macam saya ni bohong. Ini tidak baiklah. Malulah saya," katanya.

Dr Mahathir dalam satu forum di Ipoh pada Sabtu lalu, mendakwa Pandikar Amin telah berjumpa dengannya dan memaklumkan meletak jawatan sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Beberapa jam selepas itu, Pandikar Amin menafikan kenyataan Dr Mahathir tetapi mengaku mereka berdua berjumpa bagi membincangkan isu politik semasa.

Dr Mahathir hanya menjawab ringkas apabila ditanya adakah beliau akan berjumpa dengan Pandikar Amin untuk menyelesaikan perkara itu.

"Itu tak tahulah," jawabnya.

Rohingya dan kemanusiaan

Posted: 18 May 2015 01:49 AM PDT

Rahmat Haron


 


'Kemanusiaan' barangkali satu perkataan yang kini dianggap klise atau terkait dengan maksud tersembunyi atau suatu kesia-siaan. Ribuan berita derita di dunia, ribuan kehampaan. Di sebalik kedukaan ini, kehidupan diteruskan.

Lebih gelap lagi kemanusiaan, sebagaimana yang dapat kita fahami daripada susur galur bahasa Inggerisnya, humanity, yang mencetuskan aliran pemikiran  dan gagasan humanisme dianggap sebagai ancaman oleh Perdana Menteri Najib Razak.

Saya fikir kita tidak perlu pergi terlalu jauh meredah teori politik dan falsafah berkenaan humanisme, berkenaan peri kepentingan untuk memiliki perasaan kemanusian, yang paling dekat dengan kita rasa kasih dan cinta.

Tiadakah ehsan manusiawi? Ke manakah insan dan nurani? Sudah berhari-hari mereka terapung-apung di lautan Andaman, di pukul gelombang, ombak dan hujan ribut. Kelaparan dan penyakit, kematian. Begitulah nasib ribuan pelarian Rohingya yang masih terumbang-ambing nasibnya.

Thailand, Indonesia dan Malaysia, saling tolak-menolak. Sementara itu, ramai yang terkorban. Mereka terbuang tidak bertempat untuk meneruskan kehidupan yang manusiawi.

Ahli Parlimen DAP Klang, Charles Santiago memerhatikan bahawa keganasan yang dilakukan oleh kerajaan Myanmar ke atas warga Rohingya itu sudah berlangsung berdekad lamanya.

"Mereka menjadi tidak berwarga negara di tanah kelahiran mereka sendiri, apabila Undang-undang Warganegara 1982 menarik balik taraf kewarganegaraan mereka," tulisnya.

Bagaimanapun, tanpa ragu-ragu Malaysia berhasrat untuk menghantar para pelarian itu pulang ke negara asalnya.

Walhal, Malaysia tahu bahawa tindakan itu akan menyebabkan pelarian tersebut berdepan dengan keganasan dan pembunuhan, kata Charles.

Sebahagian besar dari para pelarian Rohingya ini menjadi mangsa pemerdagangan orang. Mereka ditinggalkan di kem haram di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand atau pun di lautan Andaman. Ini bukanlah cerita baru.

Sila baca buku tulisan Mendiang Irene Fernandez, berjudul 'The Revolving Door – Modern Day Slavery', terbitan NGO hak pekerja migran, Tenaganita. Buku ini mendedahkan pengakuan para pelarian itu sendiri yang menjadi mangsa perhambaan moden.

Mendiang Irene, tokoh terbilang yang memperjuangkan hak buruh migran di Malaysia, dalam buku tersebut turut mendedahkan masalah rasuah, salah guna kuasa dan pemerdagangan manusia yang berlaku di Malaysia, dan di sempadan Malaysia-Thailand.

Buku tersebut terbit pada tahun 2008. Namun sehingga kini, masalah pelarian Myanmar masih belum selesai.

Kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf  para pelarian Rohingya ini sebagai "person of concern" (orang yang perlu diberi perhatian) di bawah Konvensyen PBB berkaitan Status Pelarian.

Sepanjang tiga tahun yang berlalu, Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) UNHCR merekodkan seramai lebih 120,000 orang Rohingya melayari kapal, tongkang dan bot untuk lari ke negara lain.

Pada bulan Mei 2015 ini, Setiausaha Agung PBB mendesak kerajaan rantau ini untuk mengingati tanggungjawab mereka untuk membuka sempadan dan pelabuhan mereka kepada orang yang terbuang di lautan.

Desakan itu juga bagi memastikan kerajaan rantau ini mematuhi sekatan yang menghalang penghantaran pulang para pelarian atau pemohon suaka.

Ini kerana individu malang ini akan menjadi mangsa penganiayaan dan penyeksaaan.

Suatu waktu dahulu, kita terdengar banyak ikhtiar kutipan derma dan bantuan kemanusiaan dihulurkan terhadap masyarakat Rohingya di Burma.

Antaranya usaha yang digerakkan Azeez Raheem melalui Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia.

Cuma saya berharap, ia tidak menjadi seperti Tabung Haji, dengan urusniaga tanahnya, yang kini dipengerusikan Azeez juga.

Seperkara mengenai pertubuhan Asean, seperti mana yang disebut oleh Charles Santiago, Perdana Menteri Najib Razak perlu menunjukkan kepimpinannya.

Saya kira kepimpinan Malaysia dalam mengendalikan isu pelarian Rohingya bersama negara Asean, khususnya Thailand dan Indonesia akan menjadi kayu ukur keberkesanan kepimpinan Malaysia secara amnya dan relevan pertubuhan Asean itu sendiri.

Kepimpinan bukanlah setakat kehebatan menganjurkan acara sidang kemuncak Asean yang baru sahaja berlangsung April lalu. Kepimpinan perlu diuji dan dibuktikan, bukan setakat disolek dengan dokumen berisi janji manis dan harapan palsu.

Di sebalik krisis kemanusiaan para pelarian Rohingya ini, kita perlu menilai pelaksanaan disebalik kononnya semangat Deklarasi Kuala Lumpur mengenai Asean Berorientasikan Rakyat, Berpaksikan Rakyat.

Saya tahu, isu Rohingya buat umat Melayu Islam masakini agak kurang sensasinya berbanding perang Dr Mahathir Mohamad dan Najib Razak, ataupun pergolakan kepimpinan dalam PAS.

Namun demikian, inilah waktunya – tanpa melupakan persaingan kuasa dalam teras organisasi masing-masing – untuk kita rakyat Malaysia menunjukkan jiwa kemanusiaan, menghulurkan salam silahtuhrahim, menyambut saudara-saudara warga baru kita – untuk berkongsi kemakmuran insan dan tanah air.

Jikalau umat Melayu Islam Malaysia sudi menerima Azeez sebagai pengerusi Tabung Haji, atau Jho Low sebagai penasihat keputusan penting 1MDB, atau Apco untuk kerajaan Malaysia, kenapa tidak para muhajirin Rohingya ini?

Apakah persaudaraan insan ada batas sempadannya? Di mana-mana pun, kita masih manusia di bumi yang sama, berhak mendapat haknya yang paling asasi.

Wahai peri kemanusiaan, saya tahu saya bermimpi, tetapi mimpi inilah yang menghidupkan saya.

Seperti mutiara kata Mahatma Ghandi: "Di tengah-tengah kematian kehidupan berterusan, dalam penipuan kebenaran akan tetap tertegak, dalam kegelapan, cahaya terus menerangi"- .malaysiakini


Exco: Kaji semula tempat pos kawalan di Langkawi

Posted: 18 May 2015 01:42 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Kerajaan diminta mengkaji semula penempatan pos-pos kawalan agensi penguatkuasaan negara di pulau Langkawi bagi membolehkan usaha mencegah aktiviti penyeludupan termasuk pelarian Rohingya dari Myanmar lebih berkesan.

Exco Agama, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Pelancongan dan Warisan, Kerja Raya negeri Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid berkata ia berikutan ketiadaan pos-pos kawalan di kawasan perairan Langkawi yang berhadapan dengan Thailand.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hangat berkata kawasan itu di utara pulau Langkawi terletak paling hampir dengan perairan Laut Andaman dan deretan kepulauan milik Thailand.

"Ayer Hangat dan Thailand hanya mengambil masa 10 minit sahaja, sedangkan pos kawalan Polis Marin dan APMM (Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia) terletak di Kuah atau 40 minit menaiki bot daripada Ayer Hangat.

"Ini adalah perkara yang kurang bijak kerana penyeludup daripada Thailand hanya mengambil 10 minit untuk ke Ayer Hangat sedangkan bot ronda kita dari Kuah memerlukan 40 minit untuk sampai," kata Mohd Rawi kepada pemberita di Alor Setar semalam.

Susulan insiden pencerobohan 1,158 pelarian Bangladesh dan Rohingya dari Myanmar di Langkawi Ahad Lepas, beliau berkata kawalan keselamatan di pulau peranginan itu perlu ditingkatkan dengan segera.

Deretan pulau-pulau Thailand yang terletak hanya 10 minit dari Ayer Hangat seperti Satun, Tarutao dan Kuala Bara sememangnya diketahui lokasi kegemaran bagi sindiket penyeludupan.

"Sudah tiba masanya kerajaan mewujudkan pos-pos kawalan di kawasan Ayer Hangat yang berhadapan dengan Thailand untuk mencegah aktiviti penyeludupan termasuk dadah, barangan dan terkini, manusia," katanya.

Mohd Rawi mendakwa cadangan mewujudkan pos-pos kawalan agensi penguatkuasaan negara di Ayer Hangat telah dikemukakan hampir 20 tahun lepas.

Menurutnya beliau akan mengemukakan saranan itu kepada  Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

APMM adalah di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Berbanding dengan Kuah, kedudukan Ayer Hangat adalah lebih strategik untuk menempatkan pos-pos kawalan keselamatan agensi penguatkuasaan negara kerana ia terletak paling hampir dengan perairan dan kepulauan Thailand, katanya.

Mohd Rawi berkata bukan sahaja Kuah terletak kira-kira 40 minit daripada Ayer Hangat, malah kedudukannya juga berhadapan dengan Kuala Kedah,Kuala Perlis serta Pulau Pinang.

"Berikutan kedudukannya yang berhadapan dengan Satun dan perairan Thailand, Ayer Hangat adalah lebih strategik untuk penempatan pos-pos kawalan bot ronda agensi penguatkuasaan negara,"katanya.

Sementara itu, ADUN Kuah, Nor Saidi Nanyan berkata Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) harus mengemukakan penyelesaian yang berkesan untuk menangani kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Bangladesh dan etnik Rohingya, dan bukannya meletakkan beban itu kepada Malaysia, untuk menyelesaikannya sendirian.

Katanya, kini sudah tiba masanya bagi PBB, yang selama ini memperjuangkan hak asasi kemanusiaan global, menunjukkan kebolehan mereka untuk membantu PATI ini dan bukannya membiarkan masalah itu dikendalikan sendiri oleh negara individu untuk menyelesaikannya.

"Saya tidak mahu mereka (PATI) ini menderita dan saya sendiri telah melihat mereka. Kami telah cuba sedaya yang mungkin untuk bantu mereka berdasarkan faktor keman usiaan, tetapi kami ada kekangan. PBB harus selesaikan masalah (situasi) ini," katanya kepada Bernama di Langkawi.

Langkawi menjadi tumpuan sepanjang minggu lepas apabila 1,158 warga Bangladesh dan etnik Rohingya dari Myanmar mendarat secara haram di pulau peranginan itu Isnin lalu, yang merupakan jumlah pendaratan PATI terbesar, dilaporkan setakat ini.

Insiden pendaratan itu berlaku selepas negara jiran, Thailand memerangi sindiket pemerdagangan manusia secara besar-besaran selepas menemui lebih 30 mayat yang ditanam di bahagian selatan negara itu, minggu lepas.

Langkawi dikejutkan selepas tengah malam Isnin lepas, dengan kebanjiran beramai-ramai pendatang haram tersebut apabila satu daripada bot kayu yang membawa PATI itu terkandas di benteng pemecah ombak berhampiran pantai Pasir Bedengung, di sebelah barat pulau itu.
Kira-kira 200 orang pula dikumpulkan berhampiran pantai manakala lebih 1,000 lagi yang dipercayai mendarat lebih awal ditemui di Kampung Kuala Temoyong, kira-kira 300 kilometer dari Langkawi.

Beberapa jam sebelum berita kemasukan besar-besaran PATI itu di Langkawi, 469 warga Bangladesh dan Rohingya mendarat di Aceh, barat laut Indonesia, yang mencetuskan spekulasi, bahawa beribu-ribu lagi PATI yang menaiki beratus-ratus bot sedang menunggu giliran untuk mendarat.

Pendatang itu yang dikumpulkan di Langkawi dipindahkan secara berperingkat ke Pusat Tahanan Imigresen Belantik di Sik, Kedah di tanah besar memandangkan pulau itu tiada kemudahan untuk menempatkan mereka.

Berikutan kemasukan itu, agensi penguatkuasaan di Langkawi menggandakan rondaan mengawal perairan bagi menghalang sebarang pendaratan haram selepas penduduk tempatan meluahkan kebimbangan berhubung keselamatan mereka berhubung situasi itu. 

Berkongsi niat ikhlas yang ditunjukkan oleh beberapa pihak yang ingin membantu pelarian itu, beliau menjelaskan, pendatang itu merupakan mangsa keadaan di negara asal mereka dan tidak mempunyai pilihan, selain melarikan diri ke negara lain.

Nor Saidi berkata secara peribadi beliau mendengar rintihan daripada pendatang itu apabila bertemu mereka di pusat perlindungan sementara yang didirikan pihak berkuasa Malaysia di Langkawi, tetapi permohonan mereka tidak dapat dipenuhi oleh penduduk di situ, sendirian.

"Bantu boleh bantu. Tapi bagaimana reputasi Langkawi sebagai destinasi pelancongan antarabangsa? Ini mempunyai makna yang besar kepada kami sebagai penduduk kerana kami juga perlu bersaing dengan kehidupan kami. Saya tidak mahu Langkawi dikenali sebagai hab pendatang tanpa izin," katanya.

Beliau juga menegaskan pulau peranginan itu tidak seharusnya menjadi tempat perlindungan bagi mana-mana dalang yang bertanggungjawab atas kemasukan pendatang berkenaan dan mendesak pihak berkuasa untuk memastikan setiap penjuru Pulau Langkawi bebas daripada kehadiran orang seperti itu.

"Langkawi tidak boleh diheret dalam sebarang konflik...Sebagai destinasi pelancongan antarabangsa, kami tidak mahu insiden di Lahad Datu berlaku di sini," katanya, merujuk pencerobohan oleh kumpulan bersenjata Sulu, Filipina di Sabah pada 2013. - Bernama


 

Saman Ibrahim ditolak, diarah bayar RM50k

Posted: 18 May 2015 01:38 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak saman fitnah yang difailkan oleh Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali terhadap akhbar The Sun.

Pesuruhjaya Kehakiman M Gunalan memutuskan bahawa artikel yang berkaitan bukan mengenai Ibrahim tetapi mengenai kumpulan hak Melayu itu, PERKASA.

Sehubungan itu, Gunalan juga mendapati bahawa apa yang dilaporkan akhbar itu adalah wajar dan harian itu dilindungi dengan perlindungan bersyarat.

"Mahkamah juga mengarahkan plaintif (Ibrahim) membayar kos Rm50,000," katanya yang membuat keputusan bagi kes 2010.


MP: Alasan naik taraf jet tak dapat diterima

Posted: 18 May 2015 01:36 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Alasan menaiktaraf jet peribadi terbaru kerajaan yang dilaporkan dibuat bagi membolehkan ruangan untuk bermesyuarat diadakan, tidak dapat diterima, kata Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli.

Beliau berkata pesawat tersebut sudahpun mempunyai ruang bermesyuarat dan dengan itu usaha menaiktaraf itu, yang didakwa bernilai RM28 juta, adalah tidak perlu.

Dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini, Rafizi berkata sebelum ini beliau telah menunjukkan beberapa keping gambar berkaitan jet tersebut sebelum pengubahsuaian dibuat yang mana turut mengandung ruangan untuk bermesyuarat.

"Jadi saya tidak dapat menerima alasan itu.... sekalipun jika kamu berada di kelas bisnes, semua kemudahan di tempat duduk tersebut sudahpun memadai untuk mengadakan mesyuarat," katanya.

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempertahankan pembelian jet mewah kerajaan dan usaha menaiktarafnya untuk kegunaan VIP kerana ia diperlukan untuk mesyuarat rasmi boleh dijalankan dengan ketua-ketua negara.


Husam putus pertahan jawatan naib presiden

Posted: 18 May 2015 01:34 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Datuk Husam Musa hari ini mengumumkan untuk mempertahankan jawatan naib presiden PAS disandangnya sebelum ini, sekaligus menolak pencalonan untuk bertanding jawatan presiden dan timbalan, pada pemilihan parti bulan depan.

Bekas exco kanan kerajaan Kelantan itu berkata beliau mengucapkan penghargaan kepada ahli dan kawasan yang memberi kepecayaan dan harapan kepadanya untuk bertanding kedua-dua jawatan tertinggi dalam parti itu.

"Saya memahami hasrat dan keprihatinan mereka, terutama terhadap hala tuju perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS dalam konteks Malaysia bagi dekad-dekad akan datang.

"Dengan memohon berbanyak maaf kepada semua kawasan dan ahli yang meletakkan harapan besar itu, saya hanya berhasrat menerima pencalonan jawatan naib presiden PAS, yang saya sandang sekarang," katanya dalam satu kenyataan.


Nasib BN malang jika PRU diadakan sekarang

Posted: 18 May 2015 01:29 AM PDT

BN
 
 
SHAH ALAM - Susulan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan kenaikan kos sara hidup, BN mungkin berdepan kekalahan jika Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) jika ia diadakan dalam waktu terdekat ini.

Malah Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, jika isu ini tidak ditangani dengan baik, rakyat akan 'lari' kepada parti politik yang mampu membantu mereka.

"Di negara barat, mereka (rakyat) akan lebih memilih untuk 'apolitical' iaitu tidak berminat langsung dengan politik... menolak terus politik jika ada perbalahan parti. Kesan kepada itu pada pilihan raya selalunya jumlah keluar mengundi turun, sebab mereka dah tak percaya pada parti politik.

"Tapi di Malaysia lain sedikit. Lagi mereka (parti politik) berbalah, rakyat makin mula minat politik. Dengan kewujudan media sosial buka ruang untuk rakyat suarakan pandangan tanpa sekatan. Jadi, apabila rakyat rasa terbeban dengan sistem ekonomi sekarang, mereka akan bersuara dan mendekati parti politik yang mana mereka rasa perjuangkan hak mereka," katanya kepada Sinar Online.

Menurutnya lagi, PR boleh menang pada PRU14 dengan syarat pakatan pembangkang itu kukuh tidak goyang seperti sekarang.

"Kalau ada pilihan raya pada masa sekarang, agak sukar untuk BN. Isu ekonomi ini yang dihadapi oleh semua peringkat rakyat akan menghambat BN. Kalau mood politik pada hari ini kekal hingga PRU14, berat sikit untuk BN menang tapi dengan syarat PR tidak berpecah belah, kukuh.

"jika PR pun berpecah belah, kita kena lihat kemudianlah bagaimana suasana ketika itu nanti, sekarang tak boleh nak jangka lagi macam mana," katanya.

Mengulas soal pengumuman kerajaan berhubung isu kad tambah nilai baru-baru ini, beliau menyifatkan kerajaan 'terlupa' bahawa golongan pelajar paling ramai terkesan dalam isu berkenaan.

"Pada saya pengumuman menteri berkenaan GST dikenakan ke atas kad tambah nilai itu tidak menyelesaikan keadaan. Walaupun alasan menteri sebelum ini sebut ramai warga asing guna prabayar, saya rasa tidak juga begitu. Paling banyak guna adalah golongan bawahan, pelajar.

"Golongan pelajar terutamanya yang sepatutnya dijaga pihak menteri sebab mereka ini pengundi dalam pilihan raya akan datang. Jika mereka tidak percaya pada parti politik tertentu, saya percaya parti politik itu akan terjejas teruk. Sebab isu-isu ini melibatkan kehidupan mereka. pengaruhnya besar. Faktor ekonomi memang boleh memberi kesan kepada politik," katanya.

Dalam pada itu, beliau membangkitkan soal sasaran Malaysia untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 namun sehingga kini, gaji minimum masih belum meningkat.

"GST memang baik tapi tempoh matangnya lambat. Jadi, apabila laksana GST, banyak barang naik... di situ isu penguatkuasaan. Perlu dimantapkan oleh pihak kerajaan. Kalau nak capai tahap matang pula, pendapatan isi rumah perlu dinaikkan.

"Sekarang ini, pendapatan isi rumah tak naik. Bila nak naik? Kalau tak naik, ia akan beri kesan yang tidak baik dari segi ekonomi di mana inflasi akan meningkat, rakyat pun tidak banyak berbelanja sebab terlalu berjimat cemat dalam perbelanjaan mereka. Jadi, pusingan ekonomi itu akan kurang dan beri kesan kepada pertumbuhan ekonomi. GST ini banyak kesan rantaian.

"Sasaran tahun 2020 Malaysia akan jadi negara berpendapatan tinggi, tapi yang nak naikkan pendapatan itu bila? Itu yang kita tak tahu," katanya.

Azizah, Hasan angkat sumpah sebagai MP

Posted: 18 May 2015 01:28 AM PDT


 
 
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Datuk Hasan Arifin hari ini mengangkat sumpah secara rasmi sebagai ahli parlimen di Dewan Rakyat.

Kedua-dua ahli parlimen baharu itu mengangkat sumpah di hadapan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Dr Wan Azizah mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen

Permatang Pauh selepas menang dalam PRK pada 7 Mei lalu.

Beliau yang memperolehi 30,316 undi menewaskan calon BN, Suhaimi Shabudin (21,475 undi), calon Bebas, Salleh Isahak (367) dan calon Parti Rakyat Malaysia, Azman Shah Othman (101).

PRK Permatang Pauh diadakan berikutan penyandangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman penjara lima tahun selepas mahkamah Persekutuan mendapati beliau bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Manakala, Hasan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Rompin selepas memenangi PRK kawasan itu pada 5 Mei lalu.

Beliau menewaskan calon Pas, Nazri Ahmad dengan majoriti 8,895 undi.

PRK Rompin diadakan selepas kematian penyandangnya, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, 4 April lalu.

Mesyuarat kedua penggal ketiga Parlimen ke-13 bermula hari ini dan dijangka berakhir pada 18 Jun.

Dalam pada itu, Pandikar turut mengumumkan secara rasminya pelantikan Dr Wan Azizah sebagai Ketua Pembangkang bagi menggantikan Anwar.

"Saya berpuas hati dengan makluman Wan Azizah sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh telah sebulat suara dilantik sebagai Ketua Pembangkang.

"Yang Berhormat Ahli Parlimen Permatang Pauh, selamat kembali ke Parlimen dan selamat kembali menjalankan tugas sebagai Ketua Pembangkang," katanya.


MB Perak sokong Najib atau Tun M?

Posted: 18 May 2015 01:26 AM PDT

 
 
 
CHANGKAT JERING - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir digesa menyatakan pendirian sama ada menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atau beralih sokongan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang baru mengisytiharkan tidak lagi menyokong Presiden Umno itu menerusi satu program Bicara Negara di Ipoh, kelmarin.

Penolong Setiausaha Agung Pas Pusat, Dr Raja Iskandar Al-Hiss berkata, gesaan ke atas Zambry dibuat Pemuda Pas Perak susulan kehadiran ramai pemimpin utama Umno Perak termasuk ketua Umno bahagian ke program yang menampilkan Dr Mahathir, memberi gambaran seolah-olah majoriti kepimpinan utama Umno negeri ini tidak lagi yakin dengan kepimpinan Najib.

Menurutnya, di sebalik kenyataan Najib mendakwa menerima sokongan padu ahli Majlis Tertinggi Umno dan ketua-ketua Umno bahagian di seluruh negara, Pas melihat kehadiran pemimpin Umno termasuk ketua Umno bahagian ke program tersebut merupakan satu perkara pelik dan perlu diperjelaskanZambry sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak kepada rakyat negeri ini.

"Kehadiran ramai pemimpin Umno terdiri dalam kalangan ketua Umno bahagian semalam (kelmarin) pastinya menjadi tanda tanya dalam kalangan Pas dan rakyat, sama ada kerajaan negeri sendiri sudah hilang kepercayaan terhadap pentadbiran Najib sehinggakan kehadiran mereka seolah-olah mendapat keizinan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri.

"Zambry perlu menyedari kerajaan negeri akan menanggung kesan negatif akibat daripada kehilangan keyakinan pemimpin Umno negeri dan pegawai kerajaan terhadap kepimpinan Najib sekiranya beliau tidak segera menjelaskan sokongan terhadap Perdana Menteri, yang akhirnya akan turut memberi kesan kepada rakyat Perak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika sidang media khas sempena Muktamar Pemuda Pas Perak ke-32, di Air Kuning di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar, Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria dan Ketua Pemuda Pas Perak baharu, Mohd Akmal Kamaruddin.

Dalam pada itu, Mahfuz menegaskan pendirian Mahathir terhadap Najib tidak wajar dilihat sebagai krisis politik Umno, sebaliknya perlu dianggap krisis politik yang mampu menggugat kestabilan negara sekiranya dibiarkan.

Menurutnya, Pas tidak melihat tindakan Najib berundur daripada jawatan Perdana Menteri akan menyelesaikan krisis, sebaliknya jalan terbaik adalah menyerahkan mandat kepada rakyat dengan membubarkan Parlimen.

"Melalui cara ini, Najib boleh membuktikan sejauh mana sokongan rakyat terhadapnya setelah beliau berhadapan dengan pelbagai isu kepimpinan.

"Bagaimanapun, sebagaimana yang Tun Mahathir cakap sewaktu berjumpa dengan saya, 'Kalau bubar Parlimen, ampa (PR) menang la'.

"Jadi, saya melihat perkara itu agak sukar dilakukan Najib ketika ini," katanya.


Bawa Mercedes pergi curi kasut di masjid

Posted: 18 May 2015 01:21 AM PDT

Bawa Mercedes pergi curi kasut di masjid Kasut-kasut yang dicuri suspek.
 
 
KUALA LUMPUR – Seorang pekerja teknologi maklumat (IT) di sebuah syarikat swasta diberkas pengawal keselamatan di Masjid Wilayah, Jalan Duta, ketika lelaki terbabit leka mencuri kasut,  Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh pihaknya menjumpai 13 pasang kasut yang dicuri di dalam bonet kereta mewah jenis Mercedes yang dinaiki lelaki berkenaan.

"Suspek yang berusia 38 tahun itu memberi alasan kesemua kasut berjenama itu miliknya, hasil siasatan lanjut mendapati saiz kasut tersebut berbeza dengan kasut milik mangsa.

"Kita percaya kesemua kasut itu dicuri dalam tempoh sehari. Kereta yang dinaiki suspek itu millik rakan serumahnya," katanya.

Munusamy berkata, pihaknya menerima satu laporan polis berhubung kejadian itu.

"Kita meminta orang awam yang menjadi mangsa supaya tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan," katanya.

'Pinjaman TEKUN pada OA bukan suapan politik'

Posted: 18 May 2015 01:17 AM PDT

MA;LAYSIAKINI


 


Persidangan Dewan Rakyat hari ini diberitahu pinjaman di bawah Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) yang diluluskan kepada golongan Orang Asli bukan sebagai suapan politik.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menegaskan tidak timbul soal ketidakadilan, pilih kasih atau tujuan politik dalam peruntukan TEKUN kepada golongan ini, sebaliknya kadar kelulusan pinjaman yang rendah berpunca daripada sambutan dingin masyarakat itu.

"Bagi mengatasi masalah kurang sambutan di kalangan golongan Orang Asli terhadap skim pinjaman tersebut, kementerian dan agensi akan memperhebatkan lagi aktiviti penerangan bagi memberi kesedaran di kalangan masyarakat ini mengenai kewujudan peluang untuk tingkatkan ekonomi melalui bantuan TEKUN," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Azmin Ali (PKR-Gombak) yang bertanya punca hanya RM1.6 juta daripada RM8 juta peruntukan pinjaman TEKUN untuk golongan Orang Asli diluluskan sejak dua tahun lepas.

Tajuddin turut menempelak Azmin yang disifatkan hanya bermain politik apabila mempertikai kelulusan pinjaman TEKUN yang rendah dengan memberi contoh hanya beberapa kawasan tertentu sahaja yang tidak menggambarkan pelaksanaan pinjaman itu secara keseluruhan.

"Yang Berhormat Gombak (Azmin Ali) menyatakan hanya 48 orang dari daerah Teluk Intan, Bera dan Rompin yang menerima pinjaman tersebut dan dari kawasan lain Yang Berhormat tidak sebut," katanya.

Tajuddin turut menyangkal dakwaan Azmin bahawa TEKUN bermatlamat membantu golongan tertentu, sebaliknya menyatakan skim pinjaman tersebut disasarkan kepada semua bangsa, tanpa mengira batasan politik.- Bernama


 

MP tepuk meja sokong Pandikar kekal speaker

Posted: 18 May 2015 01:16 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Anggota parlimen daripada kerajaan dan pembangkang memberi pujian kepada Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana mahu terus kekal berkhidmat sebagai yang dipertua Dewan Rakyat.

Dengan wajah yang berseri, speaker disambut dengan ahli parlimen yang menepuk meja sebagai tanda sokongan sewaktu beliau melangkah masuk ke Dewan Rakyat bagi mempengerusikan penggal baru persidangan.

"Tahniah kerana masih kekal sebagai speaker," kata Datuk Azalina Othman Said (BN-Pengerang) ketika sesi soal jawab.

"Jangan letak jawatan dan tunduk pada tekanan," gesa Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak).

"Saya duduk di atas, saya tidak tunduk kepada mana-mana pihak," jawab Pandikar.

Dilaporkan Pandikar mengakui bertemu dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi menafikan beliau mahu meletakkan jawatan yang disandangnya itu.

Beliau berkata Dr Mahathir mungkin menyangkakan beliau mahu berbuat demikian kerana kecewa dengan Parlimen.


Pandikar tolak usul bincang isu Tabung Haji

Posted: 18 May 2015 01:13 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Dewan Rakyat hari ini menolak usul tergempar oleh seorang ahli parlimen pembangkang untuk membincangkan mengenai pembelian sebidang tanah di Tun Razak Exchange (TRX) oleh Lembaga Tabung Haji, dengan menyatakan isu itu telahpun diselesaikan.

Kerajaan dan Tabung Haji telah mengambil tindakan untuk menjual tanah tersebut, maka tiada perkara lain lagi yang perlu dibincangkan dalam Dewan itu, kata Yang DiPertua Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

"Tindakan kerajaan dan Tabung Haji untuk menjual tanah itu. Jadi isu apa lagi yang timbul untuk dibahaskan?" soal Pandikar.

Beliau menolak usul yang dibawa oleh Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) untuk membincangkan perjanjian Tabung Haji itu dalam kamarnya. Ekoran itu, Mahfuz menyuarakan bantahan dalam Dewan Rakyat.

"Saya cukup kecewa. Isu besar yang memerlukan parlimen untuk tampil bagi menjaga Tabung Haji," kata Mahfuz yang juga ketua penerangan PAS.

"Saya tidak kata bahawa perkara ini bukan satu isu yang penting," kata Pandikar.


KJ: Tak perlu debat Dr M, PM dah jawab

Posted: 18 May 2015 01:11 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Mantan perdana menteri Tun Mahathir Mohamad tidak perlu berdebat dengan Datuk Seri Najib Tun Razak memandangkan perdana menteri telahpun menjawab pelbagai isu dibangktikannya termasuk 1Malaysia Development (1MDB), semalam.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata memandangkan Najib telah menjawab bahawa isu firma pelaburan negara 1MDB akan disiasat, maka Dr Mahathir perlu menunggu keputusan siasatan oleh Jabatan Audit Negara.

"Tak payahlah nak berdebat, Yang Amat Berhormat (perdana menteri) telah pun memberi jawapan dalam isu 1MDB. Kita sedang menunggu siasatan dan audit Jabatan Audit negara.

"Jadi kita tunggu lah hasil siasatan tersebut," katanya dalam sidang media selepas merasmikan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Kementeriannya dan Berjaya Corporation Berhad di Putrajaya.

Pada Sabtu lalu, Mahathir menyatakan secara terbuka kesediaannya berdebat dengan Najib bagi menjawab pelbagai isu yang dibangkitkan oleh negarawan itu sebelum ini.

Ini termasuk isu jambatan bengkok, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.


Khalid Samad: Buktikan Kit Siang hina Islam

Posted: 18 May 2015 01:09 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Anggota Parlimen lantang PAS Khalid Samad mencabar pihak yang mendakwa pemimpin DAP Lim Kit Siang sebagai menghina Islam tampil mengemukakan bukti.

Khalid berkata ucapan kontroversi Lim di Kota Bharu pada 10 Mei lalu hanya menjelaskan pendirian berkaitan hudud dan untuk mencari pendamaian dengan "tiada diperlekehkan rakyat Kelantan dan tidak juga dihina Islam".

"Kalau dikatakan ada, maka adalah amat diharapkan agar dikemukakan di perenggan mana dan ayat mana ia dilakukan," katanya wakil rakyat Shah Alam itu.

Menulis di blognya hari ini Khalid (kanan) berkata PAS sebaliknya patut berbangga apabila terdapat orang bukan Islam bercakap mengenai agama itu dan lebih baik menegur dengan baik jika ada salah faham.

"Mungkin ada yang kita tidak setuju dengan kata-kata LKS (Lim), khususnya berhubung percanggahan dengan perlembagaan.

"Tetapi adakah perlu difitnahnya dengan menuduh beliau menghina Islam, umat Islam dan hudud?" soalnya.

Khalid berkata beliau membuat keputusan bahawa Lim tidak menghina Islam setelah meneliti teks ucapannya dalam ceramah bertajuk "Kukuhkan Pakatan, Hancurkan Barisan" anjuran PAS Kota Baharu.

Beliau berkata Lim sendiri dalam ucapan itu menegaskan bahawa masalah sebenar Pakatan bukan hudud tetapi kejujuran untuk mengotakan janji yang dipersetujui ketika penubuhan gabungan pembangkang pada 2008.

"Dalam menyampaikan kefahaman beliau terhadap persoalan ini, tiada LKS sentuh walaupun sekali berhubung usaha kerajaan Kelantan untuk melaksanakan hudud.

"Dia kelihatan lebih memberi tumpuan untuk menegaskan bahawa DAP tidak anti-hudud atau anti-Islam," katanya. 


1MDB ialah lubang hitam dalam cakrawala kewangan Malaysia

Posted: 17 May 2015 05:33 PM PDT

sakmongkol.blogspot



1MDB ialah sebuah lubang hitam dalam cakrawala negara kita. Dan lubang hitam ini diujudkan oleh PM Najib Tun Razak. 

Dia dan lembaga pengarah, sebelum dan sekarang, semua bertanggung jawab keatas musibah kewangan yang melanda negara. 

Ia melanda negara sebab kerajaan menjamin banyak hutang yang diambil oleh syarikat persendirian ini. Kerajaan tidak ada bisness untuk membantu syarikat yang bukan GLC, bukan badan berkanun dan bukan milik negara. 

Kenapa PM jadi penasihat dan kenapa kerajaaan menyokong sangat syarikat ini?  

Akhirnya, rakyat Malaysia melalui kecuaian dan kebodohan menteri kewangan di tipu oleh beberapa orang Cina yang dketuai oleh Jho Low, Li Lin Sit, Patrick Mahoney dan Tarek Obaid. List penyangak ini belum muktamad sehingga suatu penyiasatan terperinci dilakukan. 

Sejak dari mula 1MDB ialah syarikat shell atau kosong yang diujud untuk membalun duit Malaysia. Dari mula ketika membuat suatu JV dengan PetroSaudi, 1MDB melabur sebanyak USD1 billion yang kesemua nya, akhir nya, masuk dalam akaun yang dkuasai oleh Jho Low.

Dan ini perkara yang semua rakyat Malaysia mesti tahu. CEO 1MDB tidak boleh meluluskan pemindahan USD1 billion kemana mana tanpa persetujuan lembaga pengarah. Ini bererti lembaga pengarah semua bersalah dan bertanggung jawab. 

Saya sangat berharap, lembaga pengarah  tidak akan kata bahawa mereka mendapat arahan. Sebab hanya yang boleh beri arahan ialah penasihat 1MDB iaitu PM sendiri.  

Jika di negara Cina, semua mereka ini, lupakan jika mereka Melayu- akan dibariskan depan penembak. Kalau di Korea Utara akan di tembak dengan anti-aircraft gun. 

Dan kerajaan sendiri- mengapa menjamin peneribitan bon yang pertama iaitu sebanyak RM5 billion untuk 30 tahun pada kadar kupon 5.75%? 

Jaminan kerajaan ini adakah ianya dululus oleh cabinet? 

 Jika cabinet tidak tahu, maka yang membuat keputusan mengenai kewangan ini ialah menteri kewangan Malaysia. Menteri iu ialah Naib Tun Razak. Dia mesti bertanggung jawab.

Jaminan kerajaan Malaysia bukan UMNO dan BN punya. Ia melibatkan seluruh rakyat Malaysia. Sebab jika 1MDB tidak mampu bayar mana2 terbitan bon dan hutang yang dijamin oleh kerajaan, maka kerajaan akan bayar dengan duit rakyat. 

Mengapa membiarkan negara ditipu oleh jho low dan rakan2 nya dengan mereka mencipta dan membuat akuan palsu bahawa petrosaudi mempunyai telaga minyak di Turkemenistan dan lain2 tempat? Sedangkan pada kebenaran nya, mereka tidak mempunyai apa apa asset lansung. 

Mengapa USD 1 billion atau lebih, yakni bahagian pelaburan dari 1MDB ditukar menjadi hutang kepada  petrosaudi?Kenapa tidak ambil tindakan undang2 untuk mendapatkan wang ini? 

Sudahlah ditukar menjadi hutang apabila tenyata, Petrosaudi hanya shell company yang tidak ada asset apa2, ada pula perjanjian yang 1MDB mesti memberi pinjaman kepada Petrosaudi.

Dato Najib tidak perlu berdolak dalih lagi. 1MDB is a scam job untuk balun duit rakyat. Ada kes outright embezzlement apabila USD 1 billion atau lebih dibenarkan berpindah kedalam akaun yang dikuasai oleh JHo Low.

 Scam ini tidak akan berjaya tanpa collusion antara mereka yang ada kuasa- mungkin dari penasihat, lembaga pengarah semestinya dan juga pegawai2 eksekutif 1MDB.

 Orang2 ini, mesti disiasat dan jika mana2 didapati melakukan salah laku  penipuan dan pencurian wang, mesti di hukum. 

Tiada ulasan: