Ahad, 10 Mei 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Apa Mahu Jadi? Gadis Dakwa Diancam Rogol Semasa Dalam Tahanan...

Posted: 10 May 2015 06:58 AM PDT

KELAB GREENBOC



 

Gadis ditahan polis himpunan Hari Pekerja dakwa terima ancaman rogol

Satu-satunya wanita antara 23 yang ditahan kerana terlibat dalam himpunan Hari Pekerja di Kuala Lumpur awal bulan ini, membuat laporan polis mendakwa beliau diugut akan dirogol oleh seorang anggota polis sebelum dibebaskan Selasa lalu.

Maisara Amira, 21, yang ditahan reman 4 hari bersama belia lain, membuat laporan di ibu pejabat polis Petaling Jaya pada jam 4.30 petang Jumaat lalu, ditemani bapanya dan seorang peguam.

"Dia menerima ancaman rogol dari salah seorang pegawai polis apabila dia diminta memberi keterangan ketika dalam tahanan; dia diugut demikian sekiranya tidak mahu bekerjasama," peguamnya Nik Zarith Nik Moustpha memberitahu The Malaysian Insider.

Nik Zarith berkata kejadian itu didakwa berlaku di ibu pejabat polis Dang Wangi pada 5 Mei, beberapa jam sebelum Maisara dibebaskan pada hari sama.

"Ia terjadi pada jam antara 11.30 pagi dan 1.30 tengahari, semasa disoal oleh seorang pegawai polis.

"Ketika disoal itu, dia memilih untuk berdiam diri dan pegawai itu cuba mendapatkan maklumat daripadanya... pegawai polis itu menyebut kata-kata itu," katanya, sambil menambah, pada mulanya seorang pegawai polis wanita mengiringi Maisara semasa sesi itu tetapi dia kemudiannya diminta meninggalkan mereka.

"Dia (Maisara) tidak tahu nama pegawai (polis lelaki) itu, dia tidak memakai uniform," katanya.

Katanya, Maisara kini trauma dengan insiden itu.

"Ini satu perkara yang sangat serius kerana ia melibatkan maruah seorang wanita dan ia berlaku ketika dalam tahanan polis.

"Kami mahu polis melakukan siasatan, dan kami tidak mahu pasukan yang sama melakukannya kerana ia melibatkan ugutan jenayah oleh seorang pegawai terhadap seorang tahanan," kata Nik Zarith.

Kesemua 23 belia itu dibebaskan dengan jaminan polis pada Selasa selepas keterangan mereka diambil.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4 Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan

ULASAN GB

Kes di atas jika benar, mengingatkan kita mengenai satu kes seorang anggota polis, 57, merogol seorang gadis sekolah 15 tahun di dalam Balai Polis Binjai pada 2.30 petang, 15 Oktober 2009. Ketika itu GB mencatatkan begini:

Nafsu memang tidak mengenal siapa samada usia, pangkat, pekerjaan dan kedudukan. Tidak semua polis jahat tetapi yang ini diantara yang terjahat: Seorang Ketua Balai Polis berumur 57 tahun tergamak merogol remaja berusia 15 tahun di dalam Balai Polis.

GB pernah mengulas mengenai kejadian jenayah yang menjadi-jadi di kalangan anggota polis:

Kejadian jenayah menjadi-jadi di kalangan anggota PDRM kerana ada menteri yang membelanya - bahawa bilangan anggota polis yang melakukan jenayah adalah kecil berbanding jumlah anggota PDRM keseluruhannya.

Sindrom memberikan alasan sedemikian amat-amat tidak wajar kerana ia persis menggalakkan lagi perbuatan jenayah dan salahlaku polis yang sepatutnya bertindak membenteras jenayah - tetapi kini, mereka sebenarnya penjenayah.

Inilah senario yang hodoh berlaku di dalam KDN & PDRM.

Sebelum ini ada kes yang hampir sama, polis merogol remaja di dalam Balai Polis. Baca: Seorang anggota polis ditahan kerana merogol pelajar tingkatan 5 di dalam balai polis. GB telah membuat ulasan: Petikan:


Semakin banyak kita temui kisah polis merompak, mengugut, membunuh, merogol dan melakukan hal-hal mengejutkan yang menyebabkan jenayah terus berleluasa kerana ia dilakukan oleh orang yang ada pistol...

Dalam balai polis pun boleh berlaku kejadian rogol. Apakah ini juga bererti perempuan jangan dekati balai polis?

Atau semua balai polis perlu letak signboard besar-besar, "KAMI JAMIN TIADA PEROGOL & PENJENAYAH DISINI!" supaya orangramai berani ke Balai Polis?

Ingin GB tegaskan, kita tidak bermaksud untuk orang membenci polis, tetapi perbuatan polis itu sendiri mengundang kebencian rakyat terhadap mereka.

 

'Saya terhutang budi pada Sabah'

Posted: 10 May 2015 06:50 AM PDT

SINAR HARIAN


Najib Tun Razak  
Najib Tun Razak

KOTA BELUD - "Saya terhutang budi pada Sabah," kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
  
"Saya pernah berkata Sabah adalah 'simpanan tetap' BN. Bagi saya, Sabah tetap simpanan tetap BN," kata perdana menteri ketika melancarkan Projek Perumahan Rakyat Kota Belud di sini hari ini.
  
Beliau berkata Sabah mempunyai potensi besar dan BN mesti memastikan Sabah mendapat pembangunan yang seimbang sebagai menghargai jasa rakyat Sabah kepada BN.
  
Najib berkata sejak menjawat jawatan perdana menteri enam tahun lalu, beliau meluluskan banyak peruntukan dan projek besar di negeri ini kerana beliau benar-benar mahu melihat landskap Sabah terus berubah.
  
"Saya akan banyak datang melawat Sabah lagi khususnya di kawasan luar bandar. Rakyat di luar bandar cukup setia kepada UMNO dan BN. Sudah pasti kerajaan BN yang mereka (penduduk luar bandar) sokong ini akan terus bela mereka," katanya.

Najib turut kagum dengan kebolehan pemimpin yang dipilih daripada kalangan masyarakat Sabah.
  
"Ada orang nak 'cairkan' 'simpanan tetap' BN. Tetapi kita ada banyak 'panglima' (pemimpin-pemimpin dari Sabah) yang berani, tetap pendirian dan tidak goyah," katanya.
  
Beliau memuji, antaranya, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman yang mempunyai semangat luar biasa dalam membangkitkan kemahuan rakyat di negeri ini; Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan, yang berupaya berpidato secara intelek; dan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Salleh Tun Said, yang mempunyai pemikiran yang tajam dan berani menyuarakan pendapat.
  
Beliau turut melahirkan kekaguman terhadap Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat. - Bernama


TH wajar ambil iktibar isu beli tanah

Posted: 10 May 2015 06:46 AM PDT

1MDB - TH Grafik Sinar Online
 
 
ALOR SETAR - Tabung Haji (TH) wajar mengambil iktibar dari isu pembelian tanah bernilai RM188.5 juta di Tun Razak Exchange (TRX) dari 1MDB dan setiap keputusan dibuat selepas ini haruslah mengutamakan pendeposit bukan kepentingan sesetengah pihak.

Presiden Persatuan Profesional Muda Islam Malaysia (Promis), Dr Nazil Nuhairi Ismail berkata, tindakan membatalkan semula pembelian atau menjual kembali tanah itu sangat wajar dilakukan kerana ramai pihak yang tampil membantah.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Lembaga TH yang akhirnya akur dengan tekanan dan desakan pelbagai pihak apabila memutuskan untuk menjual semula plot tanah di TRX yang dibeli sebelum ini.

Dalam satu kenyataan Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim semalam berkata, tanah seluas 0.64 hektar akan dijual semula selepas mendapat teguran pelbagai pihak termasuk nasihat dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai menghormati sensitiviti dan kepercayaan pendeposit.

Menurutnya, tanah itu akan dijual dengan unjuran keuntungan sekurang-kurangnya RM5 juta selain mendapat 100 peratus pulangan wang yang dibayar kepada 1MDB bagi pembelian sebelum ini.
Dalam pada itu Nazil berkata, transaksi yang dibuat sebelum ini tidak wajar sama sekali atas apa jua alasan.

"TH adalah institusi yang menguruskan wang umat Islam dengan niat suci menunaikan haji.

"Pelaburannya mesti bersifat rendah risiko, bebas kepentingan dan telus. TH perlu membela pendeposit bukan pihak yang berkepentingan," katanya.

Beliau berkata, pembelian tanah dari 1MDB, sebuah syarikat yang penuh kontroversi dengan kos pembelian tanah di luar munasabah pasaran akan menjerumus penggunaan duit umat Islam ke dalam kontroversi dan berisiko.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi II Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (Ikiam), Datuk Mustaffa Idrus berkata, TH perlu lebih berhati-hati menggunakan duit orang ramai yang bertujuan menunaikan haji dan wajib diurus dengan baik dan mematuhi syariah.

"Pengurusan TH perlu mengambil pengajaran dari insiden ini. Mujurlah dengan kehendak ALLAH  perkara ini terbongkar dan rakyat menyedari apa yang berlaku.

"Rakyat sudah terbeban dengan pelbagai kenaikan harga barang. Cukup-cukuplah menggunakan wang simpanan mereka pula untuk tujuan tidak sepatutnya," katanya.

Penumpang mabuk punca MH179 berpatah balik

Posted: 10 May 2015 06:44 AM PDT

MAS
 
 
 
SHAH ALAM - Punca penerbangan Malaysia Airlines (MAS) pesawat MH179 dari Kuala Lumpur ke Colombo semalam berpatah balik adalah disebabkan daripada gangguan seorang penumpang yang mabuk.

Menurut kenyataan rasmi MAS, penumpang tersebut cuba mencetuskan suasana yang tidak tenteram terhadap anak-anak kapal MAS sejurus selepas penerbangan itu bermula.

"Oleh kerana saiz penumpang itu besar, penumpang-penumpang lain terpaksa membantu anak-anak kapal MAS daripada diganggu oleh penumpang mabuk berkenaan.

"Untuk memastikan keselamatan dan keselesaan mereka di atas kapal, juruterbang terpaksa membuat keputusan untuk berpatah balik. Sejurus tiba di KLIA, penumpang tersebut telah diserahkan kepada pihak berkuasa," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pesawat MAS MH179 berpatah balik]

Pesawat berkenaan dilaporkan mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi tadi.


PM Perlu Telus, Jujur Jelas Isu Libatkan Tabung Haji - Ketua Umno Bahagian

Posted: 10 May 2015 06:25 AM PDT

Oleh: NORFATIMAH AHMAD


 

 
 
PETALING JAYA: Beberapa jam sebelum sambutan ulang tahun ke-69 Umno pada Isnin, ketua Umno bahagian akan mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi bagi menjelaskan isu terkini membabitkan wang rakyat.

Pertemuan yang dijadualkan berlaku pada tengah hari di Seri Perdana, Putrajaya itu adalah yang kedua seumpamanya dalam tempoh dua bulan.

Pertama kali ia diadakan susulan isu kontroversi berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kali ini, juga melibatkan syarikat berkenaan tetapi mengheret satu lagi entiti yang dekat dihati rakyat - Tabung Haji (TH).

Pada pukul 3 petang hari sama juga, akan berlangsungnya mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno yang dijangka membincangkan prestasi Umno pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin dan Permatang Pauh, selain isu semasa bekaitan 1MDB dan TH.

Ketua Umno Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo berkata, semua pemimpin bahagian menantikan tarikh dan masa yang ditetapkan itu kerana ia penting untuk meredakan kekeliruan di peringkat akar umbi.

"Kita harap sangat, Presiden parti akan jelaskan sejujur-jujurnya dan dengan telus semua persoalan yang timbul melibatkan Tabung Haji.

"Jika tidak, sukar untuk kami di peringkat bahagian nak jelaskan kepada ahli akar umbi yang rata-rata kesal dan marah dengan perkembangan terbaharu ini, semuanya kerana mereka tidak faham hal sebenar," katanya ketika dihubungi mStar Online, Ahad.



Ismail berkata, walaupun dikatakan ia pertemuan biasa dengan pemimpin tertinggi parti, pihaknya tetap menunggu penjelasan berkaitan isu 1MDB dan TH kerana apa yang diperkatakan itu dapat membantu menangkis tohmahan pembangkang.

"Sebagai pemimpin yang bertanggungjawab kita perlu cari jalan terbaik untuk selesaikan hal ini dan tanpa penjelasan telus mengenai apa yang berlaku sukar untuk jentera parti menangkis hujah pihak yang cuba menggoyahkan keutuhan Umno," katanya.

Sementara itu, bagi Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee, suasana di peringkat akar umbi Umno disifatkan dalam keadaan tidak baik susulan isu terkini yang diperkatakan ketika ini.

"Tidak baik, isu 1MDB dah teruk, sekarang lagi teruk apabila timbul pula hal pembabitan Tabung Haji," katanya.



Mengenai pertemuan dengan Perdana Menteri pula, beliau mahu mengambil sikap tunggu dan lihat, bagaimanapun masih tetap dengan pendirian untuk memperjuangkan kelangsungan Umno.

"Saya akan tengok dulu suasana pada pertemuan itu sebelum bertanyakan hal semasa," katanya.

Selain dikritik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana kontroversi 1MDB, pentadbiran negara juga diheret dengan pelbagai isu yang menimbulkan keresahan rakyat termasuk pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang menjadi modal pembangkang pada dua PRK yang diadakan baru-baru ini.

Pada Mac lalu, Najib bertemu 160 daripada 191 ketua Umno bahagian serta sayap parti bagi memberi taklimat mengenai isu berkaitan 1MDB.

Perdana Menteri turut mengarahkan Ketua Audit Negara menjalankan audit ke atas 1MDB dan setakat ini hasilnya belum didedahkan kepada umum.

Polis tahan ahli sindiket curi kereta mewah

Posted: 10 May 2015 06:16 AM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Polis menahan tujuh ahli sindiket mencuri kereta mewah dan merampas lima kenderaan bernilai RM2.8 juta di Pendang, Kedah dan Selangor, pada Selasa lepas dan hari ini.
  
Kesemua kenderaan mewah yang dirampas menerusi Operasi Lejang itu adalah Porche Panamera Turbo, Land Rover Evoque, Audi Asse, Toyota Vellfire dan Bentley Continental.
  
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Zainuddin Ahmad berkata kesemua suspek termasuk dua wanita itu berumur antara 22 dan 48 tahun.
  
"Polis menerima laporan berhubung kejadian pecah bengkel kereta dan kelima-lima kereta mewah itu dilarikan di kawasan Jalan Chan Sow Lin, Cheras pada 19 April lepas.
  
"Pada Selasa lepas, dua dari kenderaan itu iaitu jenis Porche Panamera dan Bentley ditemui di kawasan taman permainan, Taman Kota Sarang Semut, Pendang, Kedah, namun tiada sebarang tangkapan," katanya dalam kenyataan di ibu negara, hari ini.

Zainuddin berkata sebuah Land Rover Evoque ditemui di Kedah semalam, dan pada 6.15 pagi tadi, polis menahan dua lelaki dan seorang wanita berumur antara 22 dan 30 tahun di sebuah restoran di PJU 7/7A, Mutiara Damansara, Selangor.
  
"Susulan itu, pada 8 pagi tadi, polis menyerbu sebuah kondominium di Jalan Persiaran Tropicana, Petaling Jaya dan menahan dua lelaki dan seorang wanita serta merampas sebuah Toyota Vellfire serta Toyota Mark X bagi kes lain yang dilaporkan hilang.
  
"Pada 5 petang tadi, seorang lagi lelaki ditahan di sebuah apartment di Puchong Utama, Selangor," katanya.
  
Zainuddin berkata dua daripada suspek yang ditahan itu mempunyai rekod jenayah lampau dan kesemua mereka ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Keseksaan.-Bernama
 
 
 

Polis: Pisau diguna ustaz bunuh janda ditemui

Posted: 10 May 2015 06:15 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Polis menjumpai sebilah pisau yang dipercayai digunakan seorang guru agama dalam kes bunuh seorang janda beranak empat di hadapan Sekolah Rendah Agama Kuala Kubu Baharu, Rabu lepas.
  
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt R. Supramaniam berkata, pisau berkenaan yang menjadi bukti kukuh dalam kes itu dijumpai di dalam Sungai Tua, Ulu Yam dekat sini, kira-kira 12.30 tengah hari semalam.
  
"Operasi pencarian senjata itu disertai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Hulu Selangor dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Hulu Selangor selain bantuan Orang Asli," katanya kepada Bernama di ibu negara.
  
Beliau berkata dengan penemuan bahan bukti itu, pihaknya yakin kes tersebut telah selesai.
  
Dalam kejadian Rabu lepas, Nur Salina Nazir, 34, yang menjalankan perniagaan dalam talian dilapor mati dibunuh teman lelakinya di hadapan Sekolah Rendah Agama Kuala Kubu Baharu.
  
Mayatnya ditemui dalam kereta miliknya dalam keadaan terlentang di bahagian tempat duduk pemandu serta mempunyai empat kesan tikaman di dada, rusuk kanan dan kiri serta lengan kiri.
  
Susulan kejadian pukul 9 pagi itu, seorang guru agama berusia 29 tahun di sekolah itu diberkas di rumahnya di Taman Bukit Bujang, Kuala Kubu Baharu dan suspek mengaku telah membunuh mangsa kerana mangsa sering mendesak untuk berkahwin dengannya.-Bernama


 

Helikopter Berpusing Beberapa Kali Sebelum Terhempas - Dr Hasrul Sani

Posted: 10 May 2015 06:11 AM PDT

Oleh: AFP
 
 
Gambar yang dikeluarkan oleh Tentera Udara Pakistan (PAF) menunjukkan udara Ketua Marsyal Udara Sohail Aman (L), bertanya tentang kesihatan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan,Datuk Dr Hasrul Sani Mujtabar di hospital di Gilgit, Pakistan, Sabtu. -foto EPA
 
 
 
ISLAMABAD: Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan yang terselamat dalam nahas helikopter yang mengorbankan tujuh nyawa menggambarkan saat-saat menakutkan apabila pesawat yang dinaiki berada di luar kawalan sebelum terhempas ke tanah dan terbakar.

Bercakap dari katil di hospital tempat beliau dirawat, Datuk Dr Hasrul Sani Mujtabar berkata penerbangan berjalan seperti yang dirancang sehinggalah mereka dijadual mendarat di destinasi iaitu di rantau Gilgit-Baltistan utara.

"Setelah tiba di lapangan terbang Gilgit semuanya berjalan dengan baik kecuali untuk beberapa minit terakhir, apabila helikopter terjunam berlingkar-lingkar, berpusing, berpusing dan terus berpusing dan terhempas di darat," kata Hasrul Sani.

"Saya melihat juruterbang terbunuh, beberapa orang lain meninggal dunia serta-merta dan saya berada di tengah-tengah. Kemudian, beberapa orang berjaya melarikan diri tetapi kebakaran berlaku dengan teruk, asap memenuhi ruang helikopter dengan cepat," katanya kepada AFP.

Isteri Hasrul Sani, Datin Habibah Mahmud, meninggal dunia dalam kemalangan di Naltar Valley pada Jumaat.

Testimoni diplomat dari Malaysia, Argentina dan Belanda di atas kapal telah didedahkan oleh Tentera Udara Pakistan (PAF) pada Sabtu untuk menyokong kenyataan kerajaan dan saksi bahawa bencana tersebut adalah kemalangan dan bukannya satu tindakan keganasan.

Helikopter itu adalah salah sebuah daripada tiga yang lain yang membawa delegasi duta untuk memeriksa projek dalam trip selama tiga hari ke rantau ini, di mana mereka telah bersedia untuk bertemu dengan Perdana Menteri Nawaz Sharif.

Askar Taliban mendakwa telah menembak jatuh pesawat dengan peluru berpandu permukaan dengan harapan untuk membunuh Sharif.

"(Mengenai) ucapan dan khabar angin bahawa terdapat satu serangan pengganas atau sabotaj, saya boleh katakan bahawa ia 99.9 peratus tidak benar, ini adalah satu kemalangan yang menyedihkan, kemalangan yang sangat malang, disebabkan kerosakan teknikal pada kapal terbang," kata Duta Argentina Rodolfo Martin Saravia kepada tentera udara.

Duta Besar Norway Leif H. Larsen dan Domingo D. Lucenario Jr dari Filipina juga telah terkorban bersama-sama dengan isteri kepada Duta Besar Indonesia, dua juruterbang helikopter dan seorang lagi anak kapal.

Duta Belanda Marcel de Vink berkata beliau amat bertuah kerana masih hidup selepas apa yang disaksikan.

Beliau digambarkan terbakar dan mengalami luka di kaki dan muka oleh Kementerian Luar.

"Saya masih ingat apabila kami berpusing-pusing, jadi saya berfikir untuk bersiap sedia menghadapi sedikit kesan dan selepas itu saya sebenarnya yang dalam dalam keadaan membuka mata, melihat asap dan letupan, jadi saya amat bertuah kerana ia berlaku dengan sangat cepat," katanya.

Setiausaha Luar Pakistan Aizaz Ahmad Chaudhry pada sidang akhbar Jumaat berkata terdapat 19 orang di atas helikopter, di mana 12 telah diselamatkan, sambil menambah bahawa kotak hitam telah diambil.

Duta Indonesia terbakar 75 peratus dan berada dalam keadaan kritikal, kata Chaudry.

Perancangan sedang dijalankan untuk menghantar pulang mayat dan akan ditemani oleh pegawai-pegawai kerajaan, kata Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan, Sabtu.

"Para menteri akan membawa mayat dalam penerbangan khas sebagai tanda penghormatan dan untuk menunjukkan kepentingan Pakistan (kepada) hubungannya dengan negara-negara ini," kata kenyataan itu.
 
 

Pesawat MAS ke Colombo berpatah balik

Posted: 10 May 2015 06:05 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Sebuah pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang menuju ke Colombo, Sri Lanka, berpatah balik selepas berpusing-pusing di perairan selat Melaka selama dua jam.

Menurut sebuah laman penjejak penerbangan, pesawat MH179 itu terbang dengan membuat bulatan di perairan barat Pulau Ketam sejam jam 11.30 malam.

Dalam twitter Flightradar24 pada jam 1.30 pagi menyebut, pesawat itu sedang berpatah balik ke Kuala Lumpur selepas dua jam membakar bahan api untuk mengurangkan berat sewaktu mendarat.

Pesawat berkenaan mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 20 minit kemudian.

Tidak dapat dipastikan punca pesawat itu berpatah balik. [Baca berita asal]

Sementara itu, dalam satu kenyataan, MAS berkata langkah pesawat tersebut berpatah balik ke KLIA kerana terdapat seorang penumpang mabuk mencetuskan gangguan.

"Penumpang mabuk mula menganggu anak-anak kapal Malaysia Airlines sejurus selepas penerbangan itu berada udara.

"Oleh kerana saiz badannya besar, penumpang lain lain terpaksa membantu anak-anak kapal untuk menahan penumpang," kata MAS.

MAS berkata sebaik sahaja tiba di KLIA, penumpang terbabit diserahkan kepada pihak berkuasa.

Pesawat tersebut kemudiannya berlepas ke Colombo jam 10.06 pagi ini, kata kenyataan itu lagi. 


DAP: Jual atau tidak, perjanjian TH masih 'bailout'

Posted: 10 May 2015 05:56 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Penjelasan Tabung Haji (TH) semalam bahawa badan itu memutuskan untuk menjual tanah yang dibeli secara kontroversi daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tidak memadamkan hakikat perjanjian itu dianggap langkah penyelamatan (bailout).

MP Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata kontroversi itu bersandarkan pada fakta bahawa badan itu membeli tanah yang 1MDB dibeli empat tahun yang lalu dengan harga RM64 setiap kaki persegi (psf) dengan harga RM2,773 kaki persegi.

"Oleh itu, fakta bahawa TH merancang untuk dalam menjual sebidang tanah minggu depan tidak relevan kepada hakikatnya bahawa 1MDB telah diselamatkan oleh dana tabung haji," katanya.

Dalam kenyataannya, Tony juga berkata 1MDB dianggap pemenang tidak kira sama ada TH berjaya menjual tanah itu untuk keuntungan ataupun tidak, kerana mereka telah mengumpul RM188 juta yang akan digunakan bagi membayar balik komitmen faedahnya.

Beliau turut mempersoalkan mengapa TH pada dasarnya mengambil keseluruhan risiko dengan memegang tanah itu bagi pihak 1MDB untuk mencari pembeli sedangkan firma pelaburan tu boleh terus menjualnya kepada pembeli seperti yang didakwa TB semalam.

Dalam sidang medianya semalam, Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkali-kali menegaskan pembelian tanah itu bukan dibuat untuk menyelamatkan (bailout) 1MDB yang kini didakwa mengalami kerugian besar.

Beliau berkata ahli lembaga pengarah TH bersetuju dengan penjualan tersebut sebagai menghormati sentimen serta sensitiviti pendeposit dan mengekalkan keyakinan orang ramai, sekaligus mempertahankan tiada sebarang salah laku dalam transaksi itu [Baca berita asal]

Sementara itu, PAS mendesak supaya satu suruhanjaya bebas ditubuhkan bagi menyiasat isu pembelian tanah di Tun Razak Exchange (TRX) oleh Tabung Haji.

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar turut menyifatkan pengumuman pengurusan tertinggi agensi untuk menjual tanah tersebut "suatu yang menjanggalkan".

"Hal ini kerana ia bukanlah penyelesaian kepada isu pokok iaitu mengapa wang Tabung Haji dipergunakan untuk 'bailout' 1MDB?" soal Mahfuz

"Adakah tindakan pengumuman penjualan tanah tersebut dibuat demi meredakan kemarahan orang ramai kepada pengurusan Tabung Haji ketika ini? soal Mahfuz lagi.

MP Pokok Sena itu menganggap jaminan bahawa kononnya terdapat pihak yang berminat untuk membeli tanah tersebut "tidak lebih sekadar untuk melengkapkan drama indah" isu tersebut. 


Pakatan gesa MB Johor serius tangani isu GST

Posted: 10 May 2015 05:52 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Pakatan Rakyat Johor menggesa kerajaan negeri lebih serius dan tanggungjawab menangani isu perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) terhadap pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti yang dititahkan Tuanku Sultan Johor, Khamis lalu.

Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong turut membidas kerajaan negeri yang didakwanya mengambil jalan pintas dengan memutuskan untuk menyerap lebih kurang RM3.19 juta dari peruntukan negeri bagi menampung kos cukai itu terhadap PBT.

"Saya mencadangkan agar kerajaan negeri Johor menggembleng usaha bersama kerajaan-kerajaan negeri yang lain bagi menyatakan pendirian bersama seterusnya diajukan kepada Majlis Kewangan Nasional berhubung isu GST yang membebankan rakyat ini.

"Jangan ambil jalan pintas. Jangan mengelak dari isu sebenar. Isu sebenarnya ialah, sistem GST perlu dihentikan segera. Rakyat menerima bebanan besar dari GST. Rakyat menjadi mangsa," kata Liew dalam satu kenyataan.

Pada Khamis lalu, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah bahawa arahan perlaksanaan GST terhadap kerajaan negeri dan kerajaan tempatan "tidak masuk akal" kerana perkhidmatan kerajaan adalah tanggungjawab asas kepada rakyat.

Justeru, baginda bertitah supaya PBT di negeri itu Johor tidak mengenakan GST terhadap perkhidmatan mereka.

Dalam kenyataan itu juga, Pakatan Rakyat negeri itu menyokong dan menjunjung titah baginda itu dan yakin rakyat di negeri itu menyambut baik keprihatinan baginda ekoran bebanan yang ditanggung rakyat akibat pelaksanaan cukai itu.

Mereka juga mengambil maklum ucapan Menteri Besar Datuk Seri Mohammed Khaled Nordin yang meminta pihak kastam memandang serius dan mengambil tindakan segera terhadap intipati titah Tuanku berhubung isu GST.

Mereka turut menggesa Khaled bertindak lebih tegas memastikan cukai tersebut dihentikan daripada terus membebankan rakyat.

Malah, mereka memberi tempoh sehingga 18 Mei ini - hari terakhir persidangan DUN - untuk melihat sejauh mana tindakan serius diambil oleh kerajaan negeri selaras dengan titah Tuanku Sultan.


PAS: Isu perjanjian TH-1MDB boleh gugat Najib

Posted: 10 May 2015 05:48 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Kontroversi perjanjian tanah oleh Tabung Haji mungkin menandakan berakhirnya kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kata MP PAS Temerloh Nasrudin Hassan.

Ahli jawatankuasa PAS pusat itu berkata jika perkara itu tidak diselesaikan dengan baik, ia juga mungkin menyebabkan Umno dan BN ditolak rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

"Kalau sekiranya mereka gagal untuk selesaikan (isu ini) dengan baik dan mengikut apa yang dikehendaki rakyat, saya kira mungkin tergugat kedudukan perdana menteri.

"Mungkin juga Umno dan BN ditolak dalam pilihan raya," katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Menurutnya lagi skandal melibat Lembaga Tabung haji itu hanya menambahkan lagi kemarahan rakyat selepas pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

"Selama ini GST dah menyebabkan rakyat bangkit, sekrang ni tambah lagi isu Tabung Haji.

"Tabung Haji ni bagi umat Islam, (satu) perkara yang sensitif," katanya.

Lembaga Tabung Haji berdepan kritikan selepas membeli sebidang tanah milik firma pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang dipengerusikan oleh Najib.

Tanah di Tun Razak Exchange (TRX) itu dbeli dengan harga RM188.5 juta, bagaimanapun Najib menasihatkan supaya agensi itu menjualnya semula.


Najib: Saya tak akan tunduk tekanan letak jawatan

Posted: 10 May 2015 05:44 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan beliau tidak akan tunduk kepada mana-mana tekanan yang mahukan beliau meletak jawatan sebagai perdana menteri dan presiden Umno.
  
Beliau berkata selagi rakyat menyokong beliau untuk menerajui kepimpinan negara sebagai perdana menteri dan anggota Umno terus teguh menyokongnya sebagai presiden parti maka beliau akan tidak akan berganjak daripada jawatan yang disandangnya sekarang.
  
"Saya cuma tunduk kepada (desakan) ahli parti dan rakyat sahaja. Selagi ahli parti sokong saya, selagi rakyat memberi kepercayaan, saya akan tetap meneruskan perjuangan saya," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 40,000 orang yang hadir pada program Solidariti Rakyat Sabah bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Padang Perbandaran Tawau di Tawau hari ini.
  
Penegasan Najib itu yang dinyatakan dengan suara lantang mendapat tepukan dan sorakan daripada hadirin yang membanjiri Padang Perbandaran Tawau sehingga melimpah ke kawasan jalan raya, disertai paluan gendang.
  
Beliau menegaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno diperolehinya secara proses demokrasi dan ditentukan oleh rakyat dan anggota Umno dari seluruh negara iaitu dari Padang Besar di Perlis hingga ke Pulau Sebatik, di Tawau Sabah.

Ini merupakan kali pertama Najib menjawab secara terbuka dan lantang desakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar beliau meletak jawatan sebagai perdana menteri dan presiden Umno.
  
Najib yang ingin mendengar sendiri suara sokongan hadirin dengan melaungkan "rakyat Sabah sokong" sebanyak tiga kali telah disambut dengan sorakan gemuruh hadirin, "Najib, Najib, Najib".             
  
Baca falsafah Bugis

Menegaskan pendirian kukuhnya, Perdana Menteri sempat membacakan falsafah Bugis yang berbunyi 'Kendati tergantung awan di langit. Telah terlanjur ku bentang layar. Walau badai datang menggunung. Walau berdentum guruh di langit, walau bumi berkeping dua, tak kan mungkin ku berbalik haluan'.
  
Najib berkata beliau mendapat mendengar sokongan padu dan gemuruh daripada hadiri pada majlis di Tawau dan juga di Kota Belud ketika menghadiri program perasmian Projek Perumahan Rakyat di daerah berkenaan awal hari ini serta suara rakyat yang telah memberi mandat kepadanya untuk memerintah negara.
  
"Takkan satu suara (Dr Mahathir) lebih besar daripada suara yang didengari daripada para hadirin di sini dan di Kota Belud dan mandat diterima daripada seluruh negara," katanya.
  
Katanya setiap pemimpin termasuk beliau pernah menempuh ujian dan tidak terkecuali Dr Mahathir yang menghadapi lebih banyak ujian ketika menerajui pucuk pimpinan negara selama 22 tahun.

"Mana tak ada ujian. Ujian Team A, Team B (dalam pemilihan UMNO, Dr Mahathir) hampir kalah. Hampir 50 peratus ahli UMNO suruh dia letak jawatan. Tapi apa dia jawab, 'walaupun saya menang satu undi, saya akan tetap terus menjadi Perdana Menteri'. Oh hebat dia jawab.
  
"1987, saya antara yang menyokong dia. Dia (Dr Mahathir) kekal menjadi Perdana Menteri sebab apa? Sebab kita bersama dalam susah. Bila dalam susah kita beri sokongan dia kekal. Kalau kita sokong pemimpin menghadapi ujian, Dr Mahathir tidak boleh kekal 22 tahun menjadi Perdana Menteri", yang sekali lagi mendapat sorakan hadirin.
  
"Jadi, janganlah lupa, waktu dia (Dr Mahathir) jadi Perdana Menteri, kita sokong dia penuh. Sekarang dia tidak jadi perdana menteri, sokonglah pula. Kalau tak boleh sokong, janganlah bunyi sangat. Tapi tak apa, jangan rosakan parti. Kita boleh terangkan (isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB)," katanya.

Jawapan Dr M berbelit-belit

  
Najib berkata kenyataan Dr Mahathir berhubung 1MDB kebelakangan ini berbelit-belit, sekejap kata 1MDB hilang RM42 bilion selepas itu kata pula tak hilang tetapi 1MDB berhutang RM42 bilion.
  
Beliau menegaskan kerajaan ada cara tersendiri untuk menyelesaikan isu 1MDB jika diberi tempoh.
  
Perdana Menteri menjelaskan ketika Tabung Haji membeli sekeping tanah milik 1MDB ia adalah pelaburan dan bukannya 'bailout' 1MDB kerana Tabung Haji boleh memperoleh keuntungan sehingga lebih RM170 juta melalui pembelian itu namun disebabkan perkara itu dijadikan isu, beliau menasihatkan Tabung Haji menjual tanah berkenaan.

Najib berkata melalui penjualan semula aset berkenaan, Tabung Haji boleh untung sehingga RM5 hingga RM6 juta namun pada masa sama merugikan pendeposit Tabung Haji sendiri kerana jika aset itu tetap milik Tabung Haji, pendeposit boleh untung sehingga RM170 juta.
  
"Tetapi kerana isu sudah dipusing sebagai isu yang panas, orang kata 'you are shooting yourself at your foot', tembak kaki sendiri. Inilah yang saya kata tidak rasional.
  
"Kita buat sesuatu untuk apa? Untuk kebaikan rakyat. Bagilah peluang. Setiap perkara boleh kita selesaikan. Tetapi beri peluang kepada pemimpin untuk menyelesaikan perkara itu," katanya.
  
Perdana Menteri berkata selepas menyaksikan sokongan padu diberikan rakyat kepadanya seperti yang dapat dilihat pada perhimpunan hari ini, beliau berazam untuk meneruskan perjuangan malah semangatnya kian berkobar.
  
Turut hadir pada program itu ialah isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, dua Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin dan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Menteri Belia dan Sukan Sabah yang juga Ketua UMNO Bahagian Tawau Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan dan Anggota Parlimen Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh.-Bernama


Sangsi terhadap Najib tidak pernah sampai ke tahap ini, kata pemimpin akar umbi Umno

Posted: 09 May 2015 05:30 PM PDT

 OLEH MD IZWAN


Kesangsian dan kebimbangan terhadap kredibiliti Datuk Seri Najib Razak yang semakin kuat turut melanda parti Umno terhadap kedudukan beliau sebagai presiden. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Mei, 2015.Kesangsian dan kebimbangan terhadap kredibiliti Datuk Seri Najib Razak yang semakin kuat turut melanda parti Umno terhadap kedudukan beliau sebagai presiden. – Gambar fail The Malaysian Insider,



Kredibiliti seorang presiden Umno tidak pernah menimbulkan kesangsian dan kebimbangan sehebat apa yang berlaku terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Razak sekarang, kata seorang ketua bahagian, ketika ahli di peringkat akar umbi dan orang ramai makin mendidih melihat kontroversi terbaru berhubung urusan jual beli tanah antara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan Lembaga Tabung Haji.

Kritikan terbuka Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Najib sejak tahun lepas menyebabkan berlaku perpecahan dalam akar umbi Umno walaupun ada yang menzahirkan solidariti, seperti ketika satu perhimpunan antara perdana menteri dan ketua bahagian seluruh negara pada Mac.

Tetapi, perjanjian Tabung Haji-1MDB mungkin meningkatkan lagi tekanan ke atas Najib, kata Ketua Umno Bahagian Kulim Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir.


"Bila tidak ada tindakan langsung (1MDB), ia beri gambaran perdana menteri terlibat, jadi (ahli) yang di bawah ini ada kebimbangan dan kesangsian. Kita nak tolak kesangsian itu," Aziz memberitahu The Malaysian Insider (TMI), merujuk kontroversi sekitar 1MDB dan tiadanya jawapan yang memuaskan.

1MDB baru-baru ini menjual kepada Tabung Haji tanah seluas 0.63 hektar di projek Tun Razak Exchange (TRX) pada harga RM188.5 juta, jauh lebih tinggi daripada apa yang dibayar ketika membeli tanah itu daripada kerajaan pada RM65 setiap kaki persegi.

"Sentimen akar umbi cukup marah, cukup kecewa," kata ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu.
Dalam sejarah Umno, ini juga kali pertama kredibiliti Najib dipersoal sehingga hilang rasa hormat kepadanya, kata Aziz.

"Sekarang ini, orang sangsi dengan kredibiliti yang berhormat presiden. Kesangsian itu buat orang tidak percaya dengan kredibilitinya dan tidak hormat beliau.

"Tidak pernah sebelum ini sampai ke tahap ke situ, ini kali pertama," kata Aziz.

Perasaan tidak senang akar umbi terhadap Najib, yang juga menteri kewangan dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB, terlihat semasa mesyuarat peringkat cawangan, apabila beberapa usul hangat dibawa mengenai 1MDB, dana pelaburan strategik negara yang menanggung hutang mencecah RM42 bilion itu.

Pada masa sama, terdapat juga usul supaya tindakan diambil ke atas Dr Mahathir kerana kritikannya, menunjukkan pertembungan antara mereka mewujudkan bibit-bibit perpecahan antara bekas perdana menteri dan perdana menteri sekarang.

Lebih 20,000 cawangan Umno di seluruh negara perlu mengadakan mesyuarat agung tahunan mereka bagi tahun ini sebelum akhir bulan Mei.

Antara usul yang dibentangkan pada mesyuarat ini menunjukkan wujud perselisihan dalam Umno. Mereka sama ada mahu Dr Mahathir dikecam atau Najib meletak jawatan daripada jawatannya dalam parti.

Difahamkan, tiada satu pun usul itu mendapat sokongan yang diperlukan bagi membolehkan ia diterima pakai sebagai pendirian rasmi cawangan.

Sebagai contoh, ahli Umno cawangan Bukit Jelutong, dalam bahagian Shah Alam, membentangkan usul pada mesyuarat mereka baru-baru ini untuk memecat Najib sebagai presiden.

Bagaimanapun, usul tersebut tidak dibahas dan ditolak, kata Naib Ketua Bahagian Shah Alam Datuk Nor Hisham Ses, yang mengakui usul sama turut dibuat di peringkat bahagian, tetapi ia tidak mendapat sokongan.

Mesyuarat agung tahunan bahagian hanya akan diadakan selepas semua mesyuarat cawangan selesai.

"Kalau ada ahli-ahli nak usulkan sesuatu, kita tidak boleh halang. Usul itu memang berlaku. Di peringkat bahagian pun ada. Dan sudah ada respons usul tersebut untuk dipertimbangkan, supaya ditarik, dan usul tersebut tidak dibahaskan, serta tidak ada sokongan," kata Nor Hisham kepada TMI.

Pemimpin bahagian merupakan pemimpin parti peringkat pertengahan yang berpengaruh menentukan dasar parti. Pada perhimpunan 8 Mac lalu, 160 daripada mereka berjanji menyokong kepimpinan Najib.

Seorang blogger pro-Umno, Shahbudin Husin berkata, terdapat pemimpin cawangan di Wilayah Persekutuan yang menghubunginya menyatakan sokongan terhadap beberapa usul menentang Najib.

"Ada beberapa pemimpin cawangan di Wilayah Persekutuan yang menghubungi saya. Mereka kata sepatutnya usul memecat Najib dibawa...

"Tapi disebabkan mereka selesai bermesyuarat awal, mereka tidak dapat membawa usul tersebut," katanya.

Walaupun usul tersebut tidak berjaya diketengahkan, hakikat yang mereka membentangkannya mencabar solidariti yang ditunjukkan dan dakwaan yang Najib menerima sokongan penuh daripada partinya.

Shahbudin tidak menafikan terdapat perpecahan di peringkat akar umbi yang ditambah buruk lagi dengan tiadanya penjelasan daripada Najib walaupun diserang secara berterusan tanpa henti oleh Dr Mahathir.

"Beliau (Najib) tidak menjawab atau memberi penjelasan, ini mengelirukan mereka yang berada di peringkat bawah ini," katanya kepada TMI.

Di sebalik semua ini, ahli Umno cawangan Sri Labuan, dalam bahagian Umno Bandar Tun Razak, mencadangkan supaya diambil tindakan disiplin terhadap Dr Mahathir yang lantang mengkritik Najib ketika ini.

Bekas perdana menteri itu gigih mengkritik Najib, antara lain, berhubung cara beliau mengendalikan 1MDB dan bantuan wang tunai yang diberi di bawah skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Dr Mahathir juga menuduh keluarga Najib mengamalkan gaya hidup mewah dan memberi amaran kepada ahli Umno yang parti itu akan kalah dalam pilihan raya umum akan datang jika Najib tidak disingkirkan.

Bagi bekas menteri kabinet Tan Sri Zainuddin Maidin, krisis keyakinan terhadap Najib ketika ini perlu diatasi ahli Umno dengan cara bertoleransi bagi mengelak perpecahan lebih teruk dalam parti.

"Umno peringkat cawangan harus mempunyai toleransi yang tinggi, seperti Najib juga dalam menghadapi krisis keyakinan ini. Sekiranya mereka membuat keputusan sembarangan, mungkin akan menambah teruk perpecahan dalam parti."

Aktivis parti Umno Kedah, Ramli Mohd Yunus berkata unsur penentangan di peringkat akar umbi yang sedang berlaku ketika ini satu tanda baik, menunjukkan mereka peka kepada isu melibatkan pentadbiran dan kepimpinan.

"Ahli dan masyarakat bawahan sudah mula prihatin dan sensitif terhadap isu kepimpinan negara. Mereka juga sudah berani menyatakan sikap dan pandangan kerana mereka sedar yang berlaku dalam pentadbiran juga melibatkan mereka," kata ahli bahagian Umno Pokok Sena itu.

Bagi penganalisis politik Merdeka Centre Ibrahim Suffian, krisis dalaman parti akibat perselisihan antara Dr Mahathir dan Najib, kini makin teruk selepas kontroversi Tabung Haji-1MDB, lebih bahaya bagi Umno berbanding serangan pihak pembangkang, yang sebenarnya mendapat lebih kelebihan daripadanya.

"Secara umum, orang ramai menyokong dan memiliki rasa hormat yang tinggi (kepada Dr Mahathir), khususnya masyarakat Melayu yang tidak menyokong pembangkang. Beliau dilihat sebagai seorang negarawan, malah dalam Umno sendiri," katanya.

"Biasanya, pembangkang akan mendapat peningkatan bila berlaku krisis dalam Umno. Hanya dengan ada krisis dalaman Umno sahaja, pembangkang akan menang."

3 laporan polis terhadap Tabung Haji, polis KL akan siasat

Posted: 09 May 2015 05:21 PM PDT

OLEH MUZLIZA MUSTAFA


Polis KL akan menyiasat 3 laporan terhadap perjanjian pembelian tanah 1MDB oleh Lembaga Tabung Haji. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Mei, 2015.Polis KL akan menyiasat 3 laporan terhadap perjanjian pembelian tanah 1MDB oleh Lembaga Tabung Haji. – Gambar fail The Malaysian Insider,


























Tiga laporan polis setakat ini dibuat terhadap Lembaga Tabung Haji berhubung perjanjian pembelian tanah seluas 0.63 hektar dengan syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di tapak projek Tun Razak Exchange (TRX).

Kesemua laporan itu kini di bawah kajian Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kata ketua polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa.

"Siasatan akan dijalankan satu pasukan dari ibu pejabat polis persekutuan."

Dua daripada laporan itu dibuat hari ini oleh Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad dan seorang pembantu khas exco Selangor, Abdul Razak Ismail, menggesa polis menyiasat pembelian pada harga RM188.5 juta itu, dan tiga pegawai tinggi yang terlibat dalam kedua-dua syarikat. Tabung Haji pada Khamis mengesahkan membayar RM188.5 juta kepada 1MDB bagi membeli tanah bagi tujuan pelaburan hartanah di pusat kewangan TRX itu.

"Kami khuatir wujud percanggahan kepentingan kerana ketiga-tiga eksekutif Tabung Haji itu juga memegang jawatan di dalam 1MDB," kata Nik Nazmi selepas membuat laporan di balai polis Dang Wangi di Kuala Lumpur.

Tiga eksekutif yang dimaksudkan itu ialah Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tabung Haji Tan Sri Ismee Ismail, Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan CEO Datuk Johan Abdullah dan Ahli Panel Pelaburan Tan Sri Dr Abdul Samad Alias.

Mengenai laporan polis dibuat Tabung Haji berkenaan dokuman sulit tentang perjanjian itu yang didakwa dibocorkan blog yang dikenali dengan nama "The Benchmark", Tajuddin berkata, polis menyiasat kes itu bukan sahaja mengikut Akta Rahsia Rasmi, tetapi juga Seksyen 500 Kanun Keseksaan, kerana jenayah fitnah, dan Akta Komunikasi dan Multimedia.

"Pasukan jenayah komersial Kuala Lumpur sedang menyiapkan kertas siasatannya," katanya.

Blog "The Benchmark" mendakwa, Tabung Haji membeli dua plot tanah di projek TRX dengan harga sejumlah RM772 juta tunai, sedangkan sebenarnya hanya satu plot tanah yang dibeli dan pada harga potongan RM188.5 juta.

Dalam laporan polis dibuat Johan semalam, beliau menyatakan, tanah seluas 67,954 kaki persegi itu ialah bagi membina kondominium mewah dan menafikan yang Tabung Haji dalam proses memperoleh sebuah "Signature Tower" seperti didakwa blog itu

Langkah Tabung Haji jual semula tanah menjengkelkan, permainkan rakyat, kata PAS

Posted: 09 May 2015 05:12 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER


Naib presiden PAS Datuk Husam Musa berkata, penjelasan Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berhubung perkara itu pada satu sidang media pagi ini hanya menambahkan luka dan mempermainkan rakyat Malaysia. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Mei, 2015. 
Naib presiden PAS Datuk Husam Musa berkata, penjelasan Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berhubung perkara itu pada satu sidang media pagi ini hanya menambahkan luka dan mempermainkan rakyat Malaysia. – Gambar fail The Malaysian Insider,



Susulan keputusan Lembaga Tabung Haji (TH) menjual semula tanah yang dibeli dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di projek Tun Razak Exchange (TRX), Datuk Husam Musa bertanya sama ada langkah itu diambil semata-mata atas nasihat perdana menteri (PM).

Naib presiden PAS itu berkata, penjelasan Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berhubung perkara itu pada satu sidang media pagi ini hanya menambahkan luka dan mempermainkan rakyat Malaysia.

"Kononnya bagi menghormati perasaan pencarum, tanah berkenaan akan dijual dalam 1 atau 2 minggu ini dengan keuntungan RM5 juta.


"Katanya, atas nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang diterimanya pagi ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini, sambil mengingatkan yang Najib juga pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB. "Pada masa sama, penjualan itu diluluskan TH walaupun pada asalnya ia enggan menjual tanah berkenaan," katanya mengulas kenyataan Azeez yang tanah yang dibeli pada harga potongan RM188.5 juta itu akan dijual bagi menjaga sensitiviti pendeposit TH.

Husam berkata, pengumuman Azeez itu menimbulkan banyak persoalan, termasuk berhubung integriti TH dan kredibiliti ahli Parlimen Baling itu.

"Bilakah mesyuarat lembaga yang meluluskan penjualan itu bersidang? Jika sebelumnya ia enggan menjual, tetapi selepas mendapat nasihat perdana menteri pagi ini, ia mengubah pendiriannya dengan bersetuju menjual.

"Jika bersidang, adakah dalam tempoh sesingkat itu, 1 kertas yang lengkap sebagai asas pertimbangan keputusan dibuat dapat disiapkan?

"Adakah dengan 'nasihat perdana menteri', sebuah lembaga boleh menukar keputusannya sebegitu mudah?

"Jika itu kedudukan TH, bagaimana kita boleh meyakini ia membuat keputusan pembelian itu sebelum ini tidak semata-mata hanya atas 'nasihat perdana menteri'?" soalnya.

Husam berkata, rakyat Malaysia kecewa dengan "penjelasan" TH hari ini yang disifatkannya hanya satu pengesahan yang ia melaksanakan "tugas sucinya" membayar RM188.5 juta kepada 1MDB.
Beliau dipercayai merujuk tindakan TH yang dianggap menyelamat atau "bailout" 1MDB.

"Tidak ada pembatalan transaksi, tidak ada kekesalan dan permohonan maaf.

"Bahkan tidak ada penjelasan kenapa bayaran penuh dilunaskan pada masa perjanjian jual beli itu dimeterai dan bayaran yang begitu tinggi diluluskan.

"Juga isu lain yang terdapat dalam dokumen yang dibocorkan," katanya merujuk dokumen yang didedahkan sebuah blog yang dikenali sebagai "The Benchmark".

Pada masa sama, Husam juga menulis surat terbuka kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, meminta beliau "menyelamatkan TH" sebagai menteri bertanggungjawab hal ehwal agama.

Beliau memohon Jamil mengambil langkah membatalkan transaksi antara TH dan 1MDB tersebut, menamatkan perkhidmatan Azeez dan merombak semula seluruh ahli lembaga dan pengurusan kanan yang terlibat dengan transaksi itu.

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula berkata, keputusan menjual balik tanah 1MDB itu "sangat menjengkelkan" kerana katanya, TH perlu membatalkan pembelian tanah dan bukan menjualnya kepada pihak lain.

"Rakyat marah kerana duit TH disalurkan kepada 1MDB yang bermasalah apabila mereka di TH yang membuat keputusan membeli tanah daripada 1MDB juga memegang jawatan penting dalam 1MDB.

"Menjual tanah kepada pihak lain bukanlah penyelesaian dan tidak akan dapat menutup bangkai hutang 1MDB.

"Kerana, ini bukan tindakan pembetulan, ini tindakan menutup kesilapan tanpa memikirkan bagaimana perkara ini boleh dielak daripada berulang," katanya dalam satu kenyataan.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula mahu isu itu segera dibawa ke Parlimen untuk dibahaskan demi kepentingan hak rakyat.

Katanya, perdana menteri sendiri harus menjelaskan kepada semua ahli Parlimen berhubung perkara itu dan membentangkan hasil bedah siasat terperinci terhadap audit kewangan 1MDB.

"Kita tidak mahu rakyat tertipu lagi dengan isu 1MDB ini serta terus menanggung beban pelbagai salah urus tadbir kewangan yang pernah berlaku sebelum ini.

"Langkah sumbang TH dan 1MDB ini bakal mengundang malapetaka besar bagi negara lantaran ketidakpedulian kerajaan terhadap teguran Jabatan Audit Negara selama ini.

"Apatah lagi yang terpalit dalam isu ini ialah Tabung Haji yang selama ini diyakini rakyat jelata untuk tabungan khas mereka," katanya.

Najib Makin Dijauhi, Benarkah Perancangan Sedang Berlaku Di Milan, Italy?

Posted: 09 May 2015 05:08 PM PDT

shahbudindotcom


Minggu ini Najib Razak mempunyai dua aturcara khusus berjumpa dengan pemimpin UMNO yang dipercayai untuk menjelaskan perkembangan politik semasa sambil menagih sokongan daripada mereka.

Pada hari Ahad beliau akan berada di Tawau Sabah di mana dilaporkan antara 20 hingga 30 ribu orang bakal menyambutnya secara besar-besaran di sana. Tetapi Naib Presiden UMNO, Shafie Apdal yang sebelum ini bersuara agak berbeza dengan mahukan isu 1MDB ditangani secara serius bagi mengembalikan keyakinan rakyat, tidak akan hadir dalam majlis tersebut.

Beliau sebaliknya sudah pun berlepas ke Mekah untuk menunaikan umrah bersama keluarganya pada Jumaat lalu. 

Kenapa Shafie tiba-tiba mahu ke Mekah di ketika Najib mahu turun ke Sabah? Tidak bolehkah pemergian menunaikan umrah dilewatkan barang sehari dua selepas perjumpaan dengan Perdana Menteri?

Pada hari Isnin ini pula, Najib akan bertemu sekali lagi dengan Ketua-Ketua UMNO Bahagian di Putrajaya, juga dipercayai untuk menjelaskan pelbagai isu semasa kepada mereka. Ini adalah perjumpaan kali kedua antara Najib dengan Ketua-Ketua UMNO Bahagian sejak berlakunya serangan dan kritikan daripada Tun Mahathir Mohamad terhadapnya.

Selain Shafie yang pasti tidak hadir dalam perjumpaan itu, Muhyiddin Yassin yang kini berada di Milan, Italy juga tentunya tidak hadir sama. Dalam pertemuan kali pertama Najib dengan Ketua-Ketua UMNO Bahagian di PWTC pada Mac lalu, Muhyiddin dan Shafie juga adalah antara yang tidak menghadirinya.

Semalam, nun jauh dari Milan, Timbalan Perdana Menteri berkata, isu 1MDB adalah sebab utama BN gagal dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh, baru-baru ini.

Katanya, rakyat ingin tahu mengenai perkara itu tetapi beliau sendiri tidak tahu untuk menjelaskannya ketika berkempen.

Bersama-sama Muhyiddin berada di Milan  sekarang ini ialah Mustapha Mohamad, Nazri Aziz serta beberapa Ahli Parlimen kerana menghadiri program rasmi anjuran Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan.

Adakah di Milan ketika ini sedang berlaku perbincangan mengenai perkembangan dan masa depan politik negara?

Dalam pada itu, selain Shafie, seorang lagi Naib Presiden UMNO iaitu Hishammuddin juga mulai berbeza dengan mengeluarkan kenyataan yang agak keras apabila meminta selain audit yang sedang dijalankan dipercepatkan, turut mahukan audit bebas antarabangsa dilakukan terhadap 1MDB bagi merungkai segala persoalan yang bermain di fikiran rakyat ketika ini.

Ini secara langsung menunjukkan ketika ini Muhyiddin, Shafie dan Hishammuddin hampir selari dalam pandangan dan seolah-olah tidak mahu menunggu lagi laporan audit oleh Jabatan Audit Negara sebagaimana yang diumumkan oleh Najib sebelum ini.

Mereka lebih mahukan Najib tampil sendiri tampil menjawab dan menjelaskannya kepada rakyat berbagai isu meragukan mengenai 1MDB itu.

Di waktu yang sama, selepas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengeluarkan kenyataan yang mempersoalkan pelbagai perkara yang membimbangkan rakyat dalam urusniaga antara 1MDB dengan Tabung Haji, susulannya kemudian satu demi satu beberapa Pemuda Negeri pula menuntut Najib dan kerajaan agar segera tampil menjawab dan menjelaskan mengenai syarikat pelaburan yang bermasalah itu.

Jika sebelum ini, hanya Tun Mahathir Mohamad yang tidak henti-henti melontarkan persoalan dan mahukan jawapan daripada Najib mengensi 1MDB, kini Pemuda UMNO nyata lebih lantang menuntut perkara yang sama.

Mereka juga mengakui 1MDB adalah beban kepada parti dan kerajaan ketika ini sehingga kesan penolakan daripada generasi muda dapat dirasai ketika kempen di Permatang Pauh, baru-baru ini.

Sekaligus, memberi makna julangan Pemuda UMNO kepada Najib sebelum ini sudah tidak bermakna apa-apa lagi.

Dengan semakin ramai pemimpin kanan UMNO mulai  mempersoal dan menjauhi Najib, kehadirannya di Sabah dan perjumpaan pusingan kedua dengan Ketua-Ketua Bahagian kali ini mungkin tidak lagi seceria dan semeriah seperti selalu.

Najib  kini lebih dinanti bila mahu pergi berbanding perlunya dipertahankan lagi. 
 

Gambar Muhyiddin, Mustapha dan Nazri ketika di Milan, Italy...

Dr M akan hubungi Sirul?

Posted: 09 May 2015 05:03 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka membuat panggilan telefon kepada bekas komando polis Sirul Azhar Umar bulan ini.

Portal berita Sydney Morning Herald melaporkan, langkah diambil Dr Mahathir itu mungkin dapat merungkai kemelut semasa.

"Untuk seseorang yang diletakkan di Pusat Tahanan Imigresen Villawood di Sydney, matlamat akhirnya adalah jelas, iaitu mendapatkan suaka politik di Australia. Untuk Malaysia dan kemelut politiknya, hampir segala-galanya mungkin," lapor portal itu.

Dalam berita bertajuk "Sirul Azhar Umar: Siapa arahkan pembunuhan kejam Atlantuyaa Shaariibuu?" wartawan Eryk Bagshaw mempersoalkan motif kematian wanita Mongolia itu melalui laporan panjang serta diiringi klip video lebih dua minit.

"Cerita bermula pada jam 4 petang pada 19 Oktober 2006 apabila Sirul bertemu rakan setugasnya Azilah Hadri di tengah Kuala Lumpur. Di kawasan pasar yang basah, Azilah memberitahu mereka diarahkan menghapuskan seorang penterjemah Mongolia glamor yang dekat dengan elit politik Malaysia," lapor media berkenaan.




Jadikah Najib nak umum sesuatu Isnin ini?

Posted: 09 May 2015 04:47 PM PDT

MSO


Khabarnya Isin nanti Najib Razak akan sekali lagi membuat penjelasan berhubung beberapa isu yang bergentayangan kini terutamanya apa yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir Mohamad. Katanya, kali ini Najib tidak lagi akan bersikap mempertahankan dirinya semata-mata tetapi akan turut sama menyerang Dr Mahathir.


Najib Razak sudah selesema teruk.
Dalam pada itu ada juga maklumat yang Najib akan membuat pengumuman penting pada Isnin ini. "Tunggulah ada sesuatu kejutan daripada Najib," begitulah sebut sumber kepada saya. Sumber itu juga menyebut Najib akan mula menjawab Mahathir secara terbuka, opensif. Terbuka dimaksudkan Najib akan mendedahkan apa yang Mahathir lakukan selama 22 tahun menjadi PM.

Mengenai kesuspenan Isinin ini, apakah ianya mengenai kedudukan Najib sebagai perdana menteri? Saya bersoal demikian, tetapi sumber itu tidak menjawab menyebabkan saya mentafsirkan apa yang Najib hendak perkatakan Isnin ini sesuatu yang sangat penting mengenai dirinya dan bakal meletup dalam Umno.

Jika diukur dengan sikap diambil timbalannya kini, Muhyiddin Yassin ada munasabahnya kalau Najib mengumumkan sesuatu yang mengejutkan. Muhyiddin telah melahirkan rasa bingung dan kesal terhadap isu yang sedang menghangat kini. Rasa bingung dan kesal itu tentulah kepada Najib.


Bukan itu sahaja edah untuk Najib telah pun tamat. Sebelum Mahathir katanya memberi tempoh untuk Najib berfikir meletakkan jawatan selepas selesai laki Rosmah anak Razak itu menguruskan perkahwinan anaknya. Katanya Najib telah setuju dengan pelan penurunannya dari kerusi PM, tetapi minta tangguh kerana dia tidak mahu jadi seperti bekas MB Terengganu Ahmad Said, dimana berkenduri kahwin anak tanpa jawatan MB.  Najib, sebenarnya Rosmah yang mahukan kenduri anaknya diraikan sebagai kenduri negara.

Muhyiddin semakin tidak senang dengan Najib kerana beberapa isu yang berlegar di sekitar PM itu menjadi-jadi ketidaktentuannya. Antara isu ialah 1MDB, dan terbaru terbongkarnya "skandal" pembelian tanah oleh Tabung Haji bernilai RM188.5 juta sebagai "bail out", untuk menyelamatkan 1MDB. Menurut Rifizi Ramli jumlah penjualan tanah secara "kekasih" itu cukup untuk membayar bunga hutang yang ditanggung oleh syarikat strategik yang dinaungi Najib itu.

Muhyiddin mungkin kesal dan kecewa kerana sebelum ini beliau sudah memberi amaran agar wang awam tidak digunakan untuk selamatkan 1MDB. Amaran Muhyuddin tidak dipedulikan dan Najib rakus menggunakan kuasanya, apabila suntikan sebanyak hampir RM100 juta kepada 1MDB.

Muhyiddin juga sudah mengeluh kenapa mereka terlibat sehingga syarikat pelaburan itu menanggung kerugian sehingga RM42 billion tidak dikenakan apa-apa tindakan atau didakwa atau pun ahli lembaga pengarahnya dipecat. Keluhan Muhyiddin itu menggambarkan TPM itu juga sudah naik meluat kepada pentadbiran bosnya. Sebenarnya serangan hendap Muhyiddin ke atas Najib sudah pun bermula.

Serangan terbaru Muhyiddin kepada Najib itu dilihat munasabah kalau Isnin ini Najib membuat pengumuman mengejutkan mengenai kedudukannya. Banyak orang berharap Najib tidak menjelas sebagai menjawab Mahathir itu secara rakaman tetapi secara

Mukhriz kepada Najib: Mengapa murah sangat?

Posted: 09 May 2015 04:36 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir 'menyertai' bapanya mempertikaikan cara Putrajaya mengendalikan firma pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Secara khusus Mukhriz bertanya kepada Kementerian Kewangan - yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - bagaimana tanah di kawasan Tun Razak Exchange di tengah ibu kota boleh dijual begitu murah kepada 1MDB.

Melalui Twitter, Mukhriz bertanya: "Kalau TH (Tabung Haji) sanggup bayar harga begitu tinggi utk tanah kepunyaan 1MDB, apa alasan Kem Kewangan jualnya pd harga begitu murah kpd 1MDB dulu?"

Sejak beberapa hari lalu tumpuan ramai terarah kepada pendedahan mengenai pembelian tanah milik 1MDB di Jalan Tun Razak kepada Tabung Haji.

Tanah seluas 1.56 ekar itu dilaporkan dijual kepada Tabung  Haji pada harga RM188.5 juta dan ia adalah sebahagian daripada 70 ekar jumlah keseluruhan dimilik 1MDB.

1MDB membeli seluruh tanah itu daripada kerajaan dengan harga hanya RM194.1 juta.


Isu barua: Azmin dakwa hanya bertanya

Posted: 09 May 2015 04:30 PM PDT

FREE MALAYSIA TODAY

Azmin mempertahankan tindakannya dan memaklumkan telah mengemukakan salinan klip video kepada peguam.


azmin,igp



SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menafikan membuat tuduhan terhadap Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar semasa ceramah di Permatang Pauh baru-baru ini.

Azmin berkata beliau cuma bertanya soalan kepada Khalid semasa ceramah dan bahawa beliau telah mengemukakan salinan klip video itu kepada peguamnya.

"Saya bertanya soalan kepada IGP, bukan tuduhan tapi soalan. Adakah sekarang soalan pun tak boleh. Adakah saya perlu memohon maaf untuk bertanya soalan," kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah pencapaian Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) kepada pelajar sekolah kebangsaan Tamil di Selangor.

Mohamed Azmin mengulas kenyataan beliau yang dikatakan menghina Khalid dengan menggelarnya "barua UMNO" semasa ceramah politik menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.

Beliau mengulangi bahawa kenyataannya itu hanya ditujukan kepada Ketua Polis Negara dan bukan seluruh pasukan polis.- BERNAMA

Najib Sudah Rancang Untuk Rembat Wang TH Untuk Selamatkan 1MDB?

Posted: 09 May 2015 04:27 PM PDT

KELAB GREENBOC



 
3 'pegawai TH' dikenal pasti ada kaitan dengan 1MDB
Tiga pegawai kanan Tabung Haji dikesan terlibat langsung dengan syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang terpalit kontroversi berkaitan beban hutang.

Ia sekali gus membangkitkan persoalan berhubung konflik kepentingan dalam urus niaga antara dua badan itu.

Semalam, Tabung Haji mengakui mendapatkan sebidang tanah di tapak Tun Razak Exchange (TRX) daripada 1MDB dengan jumlah RM188 juta.

Perkara itu menimbulkan kontroversi kerana 1MDB mendapatkan tanah untuk projek itu daripada kerajaan persekutuan dengan harga jauh lebih murah berbanding nilai pasaran.

Susulan itu, pemimpin Umno Datuk Saifuddin Abdullah dan Pemuda Umno sendiri membangkitkan persoalan berkaitan konflik kepentingan dalam isu itu.

Tan Sri Ismee Ismail

Pengarah urusan kumpulan dan ketua pegawai eksekutif Tabung Haji ini turut berada dalam lembaga 1MDB.

Datuk Johan Abdullah

Timbalan pengarah urusan kumpulan dan ketua pegawai eksekutif Tabung Haji turut mempengerusikan anak syarikat 1MDB Edra Global Energy Sdn Bhd.

Edra memiliki aset tenaga Powertek (sebelum ini Tanjong Energy), Genting Sanyen dan Jimah.

Datuk Abdul Samad Alias

Abdul Samad terlibat dalam panel pelaburan Tabung Haji. Beliau turut berada dalam lembaga 1MDB yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.


Isu TH: Makcik, pakcik di kampung mengeluh


SHAH ALAM – Rentetan kontroversi pembelian hartanah 1MDB oleh Lembaga Tabung Haji (TH) yang didedahkan semalam didakwa memberi kesan kepada golongan pencarum TH terutamanya yang tinggal di luar bandar.

Menurut Abdul Razak Ismail, 61, yang berasal dari Gerik, Perak, beliau terkejut dengan berita tersebut, kerana risau akan duitnya di dalam Tabung Haji.

"Pak cik terkejut dan kecewa dengan berita tersebut…apa yang dikesali adalah bila didedah di media barulah TH hendak mengakuinya.

"Kenapa TH tidak maklumkan awal-awal mengenai ke mana duit pelaburan pencarum, sebab bila ada berita-berita negatif macam ini kami orang-orang kampung risau, bukan senang nak kumpul duit pergi menunaikan haji.

"Itu adalah amanah daripada orang-orang yang hendak melabur untuk pergi ke tanah suci Makkah," katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Mengulas lanjut Abdul Razak berkata lagi satu perkara yang merunsingkannya adanya penglibatan orang politik di dalam Tabung Haji.

sangatlah, kalau boleh berilah orang lain seperti orang ekonomi ke yang tiada kepentingan dalam parti politik," katanya.

"Tidak sesuai orang politik campur tangan dalam agensi kerajaan, ia akan wujud konflik dalaman, pak cik memang tak setuju Manakala menurut Mazidah Abd Ghani, 28, yang berasal dari negeri utara tanah air turut senada dengan Abdul Razak.

Katanya rata-rata orang kampung yang ditemuinya ketika berbual mengenai perkara itu meluahkan perasaan kecewa.

"Saya meniaga di kampung, bila ada yang datang kedai bila cakap pasal perkara ini rata-rata luahkan perasaan kecewa dan risau. Mereka kata sepatutnya tabung haji tidak patut terpalit dengan kontroversi ini.

"Mereka risaulah sebab pembelian itu katanya dilakukan bulan April lalu, kalau TH benar-benar ingin menjaga kepentingan pencarumnya dedahkanlah awal-awal mengenai perkara tersebut, biar TH dilihat telus dan amanah," katanya.

Sementara itu menurut Miah Abd Majid, 58, yang juga berasal dari Perak berkata, dia sendiri tidak kisah sekiranya TH ingin membuat pelaburan namun biarlah pelaburan itu yang benar-benar 'menjaga amanah pencarum'.

"Saya tidak kisah kalau TH ingin membuat pelaburan, pada saya satu pelaburan yang baiklah tetapi sekiranya pihak TH sendiri kurang pasti saya rasa sesuatu yang merugikan dan tidak baiklah.

"Sebab duit itu amanah pencarum, kami orang kampung memang kadang-kadang tak berapa faham, tetapi kami baca juga surat khabar , jadi kami harap TH jagalah amanah orang-orang kampung," katanya yang pernah menunaikan haji sekali sebelum ini.

Manakala menurut Rohani Mad Saad pesara ,58, yang berasal dari Negeri Sembilan turut meluahkan perasaan kecewa berkenaan isu tersebut.

"Sepatunya duit itu tidak boleh disalahgunakan oleh pihak yang tertentu atas kepentingan peribadi.

"Kami takut juga, sebab bukan senang nak simpan duit untuk pergi haji," katanya yang pernah menunaikan umrah sebelum ini.

Sementara menurut Nor Riza Mohd Yusof, 49, yang merupakan seorang penduduk kampung yang berasal dari Kelantan dia benar-benar tidak berpuas hati dengan penglibatan TH dengan pembelian tanah 1MDB.

"Dengar pasal 1MDB pun sudah menakutkan saya, harap-harap TH buat pelaburan yang betullah, jangan dok pusing pula, risau saya dibuatnya," katanya.

Isu membabitkan Lembaga Tabung Haji menjadi kontroversi apabila dikatakan terlibat dengan pembelian meragukan dalam 1MDB , namun dinafikan oleh pihak TH dalam satu sidang media semalam.
-SH

LIHAT VIDEO DI SINI
 

ULASAN GB

Hukum kebenaran berjalan dan terdedah kini bahawa rupa-rupanya 3 orang "lembaga pengarah" TH adalah juga lembaga pengarah 1MDB yang Najib menjadi Pengerusinya.

Ini bererti Najib sudah merancang awal "pelan penyelamatan" untuk 1MDB dengan menggunakan wang simpanan TH apabila menghantar dan melantik mereka itu semua ke TH.

Dan perlantikan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai Pengerusi TH walaupun dipersoalkan banyak pihak tentang kkredibiliti Azeez untuk dilantik ke jawatan nombor satu TH itu. Najib sengaja memekakkan telinganya terhadap kritikan-kritikan tersebut kerana baginya Aeez penting untuk diletakkan di TH supaya akur segala keputusan yang bakal dibuat oleh Lembaga Pengarah TH.

"Kebodohan" Azeez terserlah semalam apabila beliau mengeluarkan kenyataan "flip-flop" mengenai urusan pembelian tanah 1MDB dan kemudian terpaksa meminta maaf kepada rakyat Malaysia di atas alasan "silap komunikasi".

Tidak mungkin ia faktor kebetulan "orang-orang kuat" 1MDB ini berada di dalam lembaga pengarah TH atau di sebaliknya.

Satu demi satu skandal besar Najib telah terbongkar, apakah rakyat Malaysia masih mahu beliau menjadi Perdana Menteri?



Adik Noh Omar Diburu Polis Sabit Kes Tembak

Posted: 09 May 2015 04:23 PM PDT

KELAB GREENBOC




Kes Tembak: Adik Noh Omar Larikan Diri Selepas Diburu Polis

KOTA KINABALU: Adik lelaki kepada Bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar yang diletakkan dalam senarai paling dikehendaki berhubung kes tembak seorang lelaki telah melarikan diri dari kediaman keluarganya.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M.Chandra berkata rumah suspek ditinggalkan kosong.

"Tidak ada seorang pun di rumah. Dia telah melarikan diri bersama keluarganya selepas kejadian itu," katanya ketika dihubungi, Jumaat.

Lelaki berusia 43 tahun itu, yang dikenali sebagai Mat Malaya, telah digambarkan sebagai bersenjata dan berbahaya selepas menembak seorang pembantu mekanik pembantu selepas pergaduhan pada Rabu.

Lelaki terbabit, dari Selangor, yang sebelum ini didakwa atas kesalahan mengedar dadah pada tahun 2007, diburu selepas kejadian pada 2.30 petang.

Polis sedang memantau pintu keluar utama di negeri ini.

"Sila maklumkan balai polis yang terdekat jika anda tahu tentang suspek," kata Chandra. -mstar



KES TEMBAK DI INANAM SABAH ... POLIS SEDANG BURU ADIK NOH OMAR.

Polis Sabah secara terbuka memohon bantuan orang ramai untuk jejak sehingga tertangkap adik kepada bekas Menteri Pertanian dan Indusrti Asas Tani dan Pengerusi Perhunungan UMNO Negeri Selangor, Dato' Seri Noh Omar, Mohd. Jusnaidi Omar, atau lebih dikenali sebagai Mat Malaya, 43 tahun, kerana terlibat dalam kes tembak percubaan bunuh di Inanam Sabah Rabu kelmarin.

Suspek pernah dihadapkan ke Mahkamah Tinggi atas tuduhan mengedar 1,088 gram ganja dan 35 gram syabu di bawah Seksyen 39B(1)(c) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan 12(2) Akta yang sama di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Tanjung Aru, pada pukul 10 pagi, 20 Mei 2007 tetapi telah dilepas dan dibebaskan setelah dipanggil membela diri.

Polis sedang memburu seorang lelaki berumur 43 tahun yang menghilangkan diri selepas menembak dan mencederakan betis seorang pembantu mekanik lelaki berumur 36 tahun, di sebuah bengkel membaiki penghawa dingin kenderaan di Jalan Tuaran, petang semalam.

Pesuruhjaya Polis Sabah Dato' Jalaluddin Abdul Rahman berkata suspek yang beralamat di Shah Alam, Selangor, disyaki melepaskan tiga das tembakan menggunakan sepucuk pistol ketika bergelut dengan mangsa di bengkel tersebut dalam kejadian 2.30 petang itu.

"Semasa pergelutan itu, suspek mengeluarkan sepucuk pistol dari beg kecil dan mengacukan pistol tersebut kepada pengadu. Pengadu cuba menghalang, namun suspek sempat melepaskan tiga das tembakan dan satu daripadanya menembusi betis kanan pengadu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata sebutir peluru turut dijumpai di luar bengkel berkenaan dipercayai digunakan suspek dalam kejadian itu.

Jalaluddin berkata pemeriksaan ke atas sebuah kereta ditinggalkan suspek di luar bengkel berkenaan membawa kepada penemuan topeng hitam, satu plastik mengandungi kristal lut sinar disyaki syabu dan alat penimbang elektronik dipercayai digunakan untuk menimbang syabu di dalam kenderaan tersebut.

Beliau berkata kesemua barangan berkenaan telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa.

"Usaha mengesan suspek masih dijalankan. Bantuan daripada polis daerah dan jabatan luar akan diperoleh bagi melancarkan siasatan," katanya.


Tiada ulasan: