ALHUSSEYN |
- SURAT TERBUKA KEPADA HAJI HADI (2)
- Siti Nurhaliza turut kecam Tabung Haji
- 20 ribu pengunjung rasa keciwa ....
SURAT TERBUKA KEPADA HAJI HADI (2) Posted: 10 May 2015 09:00 AM PDT Yang Berhormat Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Ahli Parlimen Marang Ahli Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang Tuan, HARI INI, SEMALAM DAN ESOK ----------------------------------------------- Seringkali kami melihat, apabila tuan bertindak atau mengucapkan sesuatu pada hari ini, tuan selalu lupa akan tindakan atau ucapan tuan yang semalam, dan tuan selalu tidak memikirkan kesannya pada hari esok. Pemerhati politik dari seluruh negara sampai ke hari ini, tidak ada seorang pun dapat memahami kenapa tuan begitu bersungguh-sungguh mempertahankan Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor! Apa sebenarnya muslihat politik yang cuba tuan mainkan? Khalid Ibrahim menjadi menteri besar Selangor atas tiket PKR. Parti yang memilih dia untuk jawatan itu. Akhirnya Khalid Ibrahim hendak ditukarkan, kerana integritinya diragui, dan beberapa tindakannya yang membelakangi parti dan membuat keputusan yang tidak selari dengan pendirian parti. Itu saja. Apa masalahnya, tuan? Kenapa tuan bermati-matian mempertahankan Khalid Ibrahim, hingga sanggup berpatah arang berkerat rotan dengan Anwar Ibrahim dan pemimpin Pakatan termasuk dalam PAS sendiri? Kenapa? Kalau pertukaran Khalid Ibrahim sebagai menteri besar dan mahu diganti dengan orang lain itu hukumnya haram, berdosakah Amirul Mukminin Umar al-Khattab yang memecat Khalid al-Walid dan menggantikannya dengan Abu Ubaidah bin Jarrah sebagai Panglima Besar pasukan tentera Islam di tanah jajahan Rom? Kalau menukarkan seorang menteri besar itu salah, adakah salah tindakan khalifah Usman bin Affan yang menggantikan Zaid bin Tsabit sebagai ketua Ad-Dawawin dengan Mirwan bin Hakkam? Khalifah Usman juga memberhentikan Abu Musa as-Asy'ari di Basrah dan digantikan dengan Panglima Abdullah bin Amir. Adakah Khalifah Usman salah dan berdosa kerana pentukaran itu? Sa'ad bin Abi Waqqas di Kufah juga diberhentikan, dan Khalifah Usman menggantikannya dengan Walid bin Uqbah. Di Mesir, Amru bin al-As diberhentikan dari jawatannya, dan keduidukannya digantikan oleh Abdullah bin Abi Sarah, atas perintah Khalifah Usman bin Affan. Jadi, apa masalah besar dengan pertukaran Khalid Ibrahim kepada tuan? Khalid Ibrahim bukan orang Terengganu dan bukan orang PAS. Dia orang Selangor, tuan orang Rusila. Khalid Ibrahim datang dari UMNO masuk PKR. Tidak ada kena-mengena dengan PAS pun. Anwar Ibrahim lebih dulu kenal siapa Khalid Ibrahim dari tuan. Sebab itu kita tidak faham atas dasar apa tuan begitu beria-ria membela Khalid Ibrahim? Adakah tuan ada membuat pakatan sulit dengan Khalid Ibrahim untuk menikam PKR dan DAP dari dalam? Benarkah tuan pernah menghadap sultan Selangor secara senyap-senyap dan penuh rahsia tanpa pengetahuan pemimpin Pakatan yang lain, untuk berbincang dan berpakat tentang perkara ini? Sebagai seorang presiden sebuah parti Islam yang hukum tertingginya ialah Qur'an, Hadis, Ijmak dan Qiyas, adakah tuan rasa patut melakukan pembelotan sebegitu? Adakah tuan yakin tindakan itu dibenarkan dalam Islam? Bahkan ada cerita mengatakan tuan sampai berani berjanji dengan Khalid Ibrahim iaitu selagi tuan jadi presiden PAS, tuan akan pastikan Khalid Ibrahim kekal menjadi menteri besar Selangor! Tuan, Kenapa sampai begitu sekali? Kenapa? Kenapa Khalid Ibrahim yang tuan pertahankan? Apa sebenarnya maksud yang tuan mahu sampaikan? Di mana rasionalnya tindakan tuan itu? Adakah pengkhianatan yang tuan lakukan itu terbebas dari hukum agama? Atau adakah Islam membenarkan tuan melakukan khianat? Tuan mengkhianati Anwar Ibrahim dan rakan dalam Pakatan, bahkan tuan juga berkhianat kepada orang PAS sendiri. Anwar datang ke Terengganu khusus untuk berjumpa tuan dan mahu menjelaskan akan perlunya Khalid Ibrahim ditukarkan….. Tetapi tuan menyambutnya dengan kasar dan tuan herdik dia tanpa memberi peluang kepadanya untuk bercakap, tuan menuduhnya yang bukan-bukan, hingga menyebabkan orang-orang lain yang hadir dalam pertemuan itu terkejut dengan tindakan tuan. Langsung tidak beradab terhadap tetamu. Jauh sekali untuk mengikut protokol. Tidak ada dalam dunia ini seorang pemimpin parti yang bersikap angkuh dan perengus seperti tuan. Sekian untuk kali ini. Nanti kalau rajin saya sambung lagi. AWANG MALAYA |
Siti Nurhaliza turut kecam Tabung Haji Posted: 10 May 2015 04:47 AM PDT Penyanyi terkenal tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, hari ini turut bersama beberapa ahli politik dan badan bukan kerajaan (NGO) mengecam perjanjian pembelian tanah milik syarikat sarat menanggung hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Lembaga Tabung Haji (TH). "Sangat memalukan dengan apa yang terjadi dengan kes Tabung Haji… Ya Allah lindungi kami," tulisnya dalam akaun Twitter milik beliau. Baca lagi di sini Sehubungan dengan isu itu juga, Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin berkata, "Golongan agama tidak boleh berdiam diri. Di sinilah tanggung jawab amar makruf dan nahi mungkar mesti ditunaikan. TH menjadi salah satu dari lambang ekonomi umat Islam. Apa yang berlaku ini benar-benar boleh menjatuhkan maruah umat Islam dalam negara ini," katanya disni Bukan sahaja para pemimpin Pakatan Rakyat turut mengecam perlakuan tersebut dan menggesa transaksi tersebut dibatalkan serta merta, beberapa kalangan pemimpin Umno juga telah mula bersuara mengenai isu tersebut. Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mengeluarkan kenyataan yang mempersoalkan pelbagai perkara yang membimbangkan rakyat dalam urus niaga antara 1MDB dengan Lembaga Tabung Haji, susulannya kemudian satu demi satu beberapa Pemuda Negeri pula menuntut Najib dan kerajaan agar segera tampil menjawab dan menjelaskan mengenai syarikat pelaburan yang bermasalah itu. Muhyiddin Yassin, yang kini berada di Milan berkata, isu 1MDB adalah sebab utama Barisan Nasional (BN) gagal dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh, baru-baru ini, tetapi tetapi beliau sendiri tidak tahu untuk jelaskan kepada rakyat yang ingin tahu. Selain beliau, beberapa menteri lain, Datuk Seri Mustapa Mohamad, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz serta beberapa ahli Parlimen kerana menghadiri program rasmi anjuran Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan. Hishammuddin Hussein juga mulai berbeza dengan mengeluarkan kenyataan yang agak keras mengesyorkan firma audit perlu dilanik untuk laksana audit forensik atas semua transaksi 1MDB sejak penubuhannya- Baca lagi di sini Tetapi ada juga yang diluar Umno yang masih menyimpan harapan terhadap Najib .....mungkin sebab itu Mufti Perlis singgul-singgulan jer... |
20 ribu pengunjung rasa keciwa .... Posted: 09 May 2015 09:32 PM PDT Nik Abduh diperuntukkan masa satu jam untuk mengisi satu slot In Person with YB Nik Abduh dengan tajuk Nostalgia Sang Murabbi dalam satu program Himpunan Anak Muda Selangor (HAMAS) sempena Muktamar Kali ke 49 Dewan Pemuda PAS Selangor di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Subang Jaya di Serdang Jaya. Tetapi Abduh hanya mengambil masa kira-kira dua minit sahaja sebelum bergegas meninggalkan majlis atas alasan perlu menghadiri mesyuarat parti di Kuala Lumpur. Beliau sepatutnya bercerita pengalamannya bersama almarhum ayahnya, bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan tajuk Nostalgia Sang Murabbihanya. Kira-kira 20 ribu orang pengunjung yang hadir untuk berkongsi nostalgia tentu berasa hampa dengan tindakan Abduh itu. ~sumber |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan