Ahad, 24 Mei 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Kabinet bayangan adalah idea almarhum Ust Fadzil Mohd Noor

Posted: 24 May 2015 02:32 AM PDT

Inilah apa yang terjadi sekarang apabila Dr Wan Azizah, Presiden PKR mencadangkan supaya Kabinet Bayangan di hidupkan semula....

Selepas mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh pada Isnin lalu, Wan Azizah mahu melaksanakan kembali Kabinet bayangan PR.

Keesokan harinya Guan Eng dilaporkan sebagai berkata, DAP menolak Kabinet bayangan PR dan mengumumkan pembentukan Kabinet bayangannya sendiri dengan alasan cadangan pelaksanaan Kabinet bayangan PR tidak lagi praktikal.

Sementalahan pula, Hj Hadi mengatakan beliau tidak kisah sekiranya tidak mempunyai tempat di dalam Kabinet bayangan sebagai tanda presiden PAS itu menolak Kabinet bayangan tersebut.

Laporan mengenai Kabinet Bayangan LGE telah disalah lapor, Yang sebenarnya adalah seperti berikut :

Kredit untuk Greenboc
Hadi menolak Kabinet itu kerana menganggap ia tidak berpijak di bumi yang nyata. Tapi bukankah PAS suatu masa dulu yang telah mencetuskan idea tersebut?


Mutiara Sejarah

 Kabinet bayangan adalah idea almarhum fadzil noor ketika pas mengetuai barisan alternatif tahun 1999.. 

Tujuannya adalah bagi mengkhususkan tumpuan setiap ahli parlimen pas terhadap pentadbiran & polisi setiap kementerian..

 Ia berperlembagaan bagi mengukuhkan fungsi check & balance, di samping mempersiapkan party mengambilalih pemerintahan negara(daulah islamiyah)..

 Ketika itu, tiada ahli parlimen yang ponteng; mereka bermesyuarat setiap malam.. Sekarang??? ~ Muhammad Faiz Fadzil

Tiada ulasan: