Jumaat, 22 Mei 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Anak bekas presiden PAS bimbang jika Nik Abduh menang ketua Pemuda

Posted: 22 May 2015 09:09 AM PDT

Kemenangan Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Abdul Aziz dalam persaingan ketua pemuda dibimbangi akan merencatkan agenda pembaharuan sayap itu, kata anak kepada bekas Presiden PAS Datuk Fadzil Noor.

 Faiz Fadzil yang juga bertanding merebut jawatan ahli jawatankuasa Pemuda PAS Pusat dalam pemilihan parti kali ini bimbang kenyataan yang dikeluarkan Nik Abduh sebelum ini akan menghalang agenda pembaharuan parti.

 "Saya risau kalau betul kenyataan dia semalam, dia kata hudud boleh buat di Kelantan tapi bukan di Malaysia.

 "Saya risau kalau pemimpin macam ini, apa yang dia nak bawa? Kalau saya nak reform Pemuda, saya takut tak boleh nak reform sebab ketua pun tak tau apa nak buat," katanya menerusi forum "Masa Depan PAS Pasca Muktamar" yang diadakan di Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur malam tadi.

 Beliau berkata, pembaharuan hanya dapat dilakukan kepada mereka yang bersedia untuk berubah dan disokong oleh pimpinan lain.

 Nik Abduh sebelum ini sering kali mengkritik parti-parti komponen lain Pakatan Rakyat (PR) secara terbuka terutamanya DAP dalam isu hudud Kelantan.

 Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menyelar golongan ustaz muda yang tidak hormat kepada pemimpin kanan dalam parti.

 Katanya, golongan berkenaan dengan mudah menuduh kelompok dalam PAS sebagai liberal dan anti ulama sedangkan masih tidak memahami landskap perjuangan parti.

 "Yang baru masuk PAS 2,3 hari, bercakap macam masuk PAS dah 20 tahun. Tak hormat dekat orang tua, orang lama. Macam la mereka dah kenal PAS lebih awal daripada kita.

 "Tandatangan borang pun tak kering lagi ni, dah mencabar orang tak betul. Ini ustaz-ustaz muda ini yang balik dari Mesir. Tak hormat langsung ulama-ulama yang dah ada di sini.

 "Senang kata dekat orang liberal, anti ulama. Apa ini? Baru balik 2,3 hari. Belajarlah dulu. Kami belajar dari bawah, bertatih daripada cawangan naik kepada kawasan dan negeri," katanya yang turut menjadi panel dalam forum berkenaan.

 Senada dengan Mujahid, Faiz berkata apa yang dibimbangkan adalah golongan ustaz muda yang akan membawa PAS ke jalan yang terpesong.

 Katanya, insiden demonstrasi di depan Pejabat Agung PAS memberikan imej yang buruk kepada parti sekali gus memberi mesej yang salah terhadap agenda perjuangan parti.

 "Yang kita bimbang ustaz muda bawa parti ke jalan terpesong. PAS boleh dibawa ke jalan terpesong menjadi ekstrem bila saya tengok beberapa orang buat demonstrasi di hadapan Pejabat Agung.

 "Ini budaya samseng. Kalau kamu handal sangat, ada prinsip, buatlah demonstrasi di depan PWTC. Kenapa depan pejabat agung? Depan pejabat sendiri, melalak dalam rumah sendiri," katanya. Pada Februari lalu, sekumpulan Pemuda dan Ulama PAS dipimpin Ketua Pemuda PAS Kuantan Noorzazilafadli Ibrahim dan disertai Ketua Ulama PAS Pahang, Mokhtar Senik berdemonstrasi di pintu masuk Pejabat Agung PAS.

 Mereka menaikkan kertas pemidang menuduh ketua pengarah pilihan raya PAS Dr Hatta Ramli sebagai dalang konspirasi menggulingkan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

 Turut dituduh ialah Timbalan Presiden Mohamad Sabu, Naib Presiden Datuk Husam Musa dan Ketua Penerangan Dewan Muslimat Aiman Athirah al-Jundi.- 22 Mei, 2015. Dalam memorandum yang disampaikan, mereka mendakwa lebih separuh daripada AJK PAS tidak menyokong Hadi. - sumber

Ulama pemburu babi, cicak, mengkarung...

Posted: 22 May 2015 03:13 AM PDT

Ahli MSU ajak ahli PAS bunuh babi, mengkarung, cicak, lipas dan semut yang katanya mengganggu perjalanan PAS.

 Mungkin semua binatang dan serangga itu adalah tamsilan kpd orang yang mereka labelkan dengan liberalis, munafiq haraki, Anwarinas dan pluralis.

Bunuh pula mungkin bermaksud singkirkan golongan itu drpd PAS, kalahkan mereka dlm pemilihan dan pecat mereka daripada PAS.

 Jika PAS bertindak seperti saranan ahli MSU itu, saya yakin PAS akan berkubur atau pun sekurang-kurangnya PAS akan terpinggir daripada arus semasa politik dan dakwah.

 Tidak ada orang yg akan berminat dgn PAS yg dilihat ekstrim dan ekslusif sama ada dlm dakwah atau dalam politik.

 Paling penting, PAS akan kalah pilihanraya. Ketika itu, 'hudud' yang dilaungkan, perjuangan Islam yg digembar-gemburkan hanya tinggal laungan dan gemburan saja.

 Ahli MSU sepatutnya lebih terbuka, sederhana dan menampilkan diri sebagai pembawa rahmat. Itulah akhlak dan pembawaan nabi dalam dakwah dan politik.

 Itulah watak pendakwah yg datang dari Tanah Arab ke Tanah Melayu dlm mengembangkan Islam.

Kalau pendakwah itu bersikap spt ahli MSU pd hari ini, saya agak mungkin orang Melayu masih menyembah pongsu. ~ Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi

Suhaizan: Ya, mari debat Nik Abduh

Posted: 21 May 2015 06:34 PM PDT

Penyandang jawatan Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat tidak ada masalah untuk berdebat dengan pencabarnya Nik Abduh Nik Abdul Aziz bagi mengetahui misi dan visi masing-masing.

 "Saya sejak pemilihan yang lepas sudah terima untuk wacana (debat), jadi saya tidak ada masalah.

 "Bukan sekarang dulu pun kita sudah terima dah," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

 Katanya lagi, perdebatan ini penting memandangkan pemuda PAS ingin tahu idea bakal pemimpin nombor satu sayap kanan parti Islam itu.

 Bukan sahaja di Johor, Suhaizan juga berkata sedia terus berdebat dengan anggota Parlimen Pasir Mas jika terdapat penganjuran di tempat dan negeri lain.

 Semalam, Pemuda PAS Johor bersedia membuka gelanggang debat bagi dua calon ketua Pemuda PAS.

 Penganjur acara itu berkata mereka mahu kedua-dua calon menjelaskan pandangan berkaitan isu politik negara, terutamanya dalam isu berkaitan anak muda.

 Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi Nik Abduh (atas), anak ikon ulama PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat, berhubung perkara sama. - mk

Tiada ulasan: