Jumaat, 22 Mei 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Salahkah Tun M langgar etika untuk kepentingan rakyat?

Posted: 21 May 2015 05:22 PM PDT

 
Tindakan Dr Mahathir itu bagaimanapun untuk kebaikan rakyat dan bukannya untuk kepentingan diri.


zam,mahathir



PETALING JAYA : Tan Sri Zainuddin Maidin akui Tun Dr Mahathir Mohamad banyak melakukan tindakan luar etika dan tidak mengikut budi bicara orang Melayu ketika menjadi Perdana Menteri.

Bekas Menteri Penerangan itu berkata, Dr Mahathir melakukan tindakan seperti meminda Perlembagaan untuk membataskan kuasa Raja-raja Melayu bertujuan membina maruah bangsa dan negara.

Katanya, perbuatan Dr Mahathir itu sebenarnya untuk kebaikan rakyat bukannya untuk kepentingan diri.

"Apakah Mahathir bersalah dalam meminda Perlembagaan untuk membataskan kuasa Raja-raja setelah rakyat dipukul dan dihina dengan bagitu mudah?

"Apakah beliau bersalah dalam 'revolusi senyap' yang mendorongkan peletakan jawatan Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman dan digantikan oleh Tun Abdul Razak?

"Apakah beliau bersalah menyingkirkan Anwar Ibrahim,mengundurkan Abdullah Badawi dan sekarang menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib?

"Tetapi apakah semua tindakan Mahathir itu membawa kepada keburukan atau kebaikan kepada rakyat dan negara? Apakah faedah kepada dirinya sendiri?, soalnya dalam entri terbarunya zamkata.blogspot.com.

Bekas Ahli Parlimen Merbok berkata, rakyat jangan terkejut jika Dr Mahathir akan turun kepada taraf yang serendah-rendahnya untuk menjatuhkan Najib.

"Rakyat tidak seharusnya terkejut jika Mahathir dalam kempennya untuk menjatuhkan Najib akan turun kepada taraf yang serendah-rendahnya, melayan kritikan penyamun, penipu dan 'ulak ayak' (ular air) yang tiba-tiba menjadi berguna kepada kewartawanan akhbar arus perdana dan TV3 walaupun mereka menidakkan kredibiliti media sosial yang liar," katanya.

Zainuddin berkata, isu peletakan jawatan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin merupakan contoh terbaik bagaimana isu itu mendapat perhatian rakyat.

'Benar Dr Mahathir memalukan dirinya sendiri tetapi Pandikar Amin mendapat sokongan moral untuk mempecatkan reformasi Parlimen," katanya.

Anita Sarawak hilang atau menghilang?

Posted: 21 May 2015 05:01 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Bukan sahaja lama menyepi di persada hiburan, penyanyi terkenal Anita Sarawak juga dilapor sudah lama tidak dapat dikesan oleh anggota keluarganya.

Keluarga penghibur dianggap diva itu dilapor kali terakhir berhubung dengan Anita Sarawak kira-kira dua bulan lalu, lapor The New Paper.

Adik tirinya, Noor Kumalasari Mohd Taib berkata Anita Sarawak, 63, sejam Mac lalu tidak menghubunginya atau lima lagi adik beradik mereka.



Yahoo Singapore @YahooSG
 
Anita missing for two months now, says half-sister. http://yhoo.it/1El7TQV 
 
Akhbar Singapura itu melaporkan bahawa Noor Kumalasari yang menyambut kelahiran ke- 59 menyedari kehilangan Anita apabila tidak menerima ucapan selamat seperti tahun-tahun sebelum ini.

"Saya akui bimbang tetapi saya berharap dan berdoa agar dia berada dalam keadaan sihat dan baik. Mungkin dia sibuk melancong atau menguruskan perkara lain.

"Itu 40 peratus yang saya rasakan. (Selebihnya) 60 peratus lagi jujur saya katakan ada terdetik perasaan mungkin dia sedang sakit kerana ini kali pertama kami tidak bercakap dalam masa yang begitu lama," Noor Kumalasari dilaporkan sebagai berkata.

Bercerai? Tak betul

The New Paper juga melaporkan kawan baik penyanyi kelahiran Singapura itu juga gagal menemui Anita Sarawak ketika mengunjungi kediamannya di Amerika Syarikat.

Anita atau nama sebenarnya Ithnaini Mohd Taib menyepi daripada dunia seni tempatan sejak 2013 sebelum dikatakan membawa diri ke Las Vegas dan bertudung.

Anak kelahiran Kota Singa itu didakwa bercerai dengan suaminya Mohamad Mahathir Abdullah.

"Daripada pengetahuan saya, khabar angin itu tak betul. Atas sebab itulah saya menghubunginya untuk dia perjelaskan perkara sebenar.

"Nak kata dia takut saya bertanyakan hal itu, semuanya dilihat mustahil. Kami adik beradik sangat rapat dan saling menasihati antara satu sama lain," kata Noor Kumalasari lagi.

Anita Sarawak sebelum ini terkenal dengan lagu "Bercanda di Pasiran Pantai" hasil duet dengan Sudirman.

Beliau juga anak pasangan biduanita filem Melayu klasik Siput Sarawak dan S Roomai Noor.

Anita Sarawak sebelum ini terkenal apabila aktif membuat persembahan di Las Vegas, Amerika Syarikat antara 1985 hingga 2001 sebelum kembali ke Singapura. 


Rafizi minta RM10 untuk 'Tutup 1MDB'

Posted: 21 May 2015 04:58 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli meminta orang ramai menyumbangkan RM10 setiap seorang bagi menjayakan kempen "Tutup 1MDB" yang kini berdepan kritikan pelbagai penjuru.

Rafizi berkata beliau, melalui NGO Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW), memerlukan RM20,000 memfailkan tindakan undang-undang berkaitan.

Beliau juga dalam kenyataan bersama dengan Pengarah Eksekutif NOW Akmal Nasir berkata mereka juga mahu menjalankan kaji selidik bagi menentukan sama ada rakyat menyokong gesaan supaya 1MDB ditutup .

"NOW percaya hanya tindakan proaktif rakyat yang akan dapat memastikan wang simpanan rakyat dalam dana-dana ini tidak terus terheret dalam menyelesaikan skandal kewangan 1MDB," kata mereka.

Dalam kenyataannya hari ini, NOW menjelaskan permohonan injunksi terhadap Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP), Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) dan Tabung Haji (TH) dijangka difailkan menjelang 29 Mei.

Rafizi dan Akmal mendakwa dana-dana tersebut leka, cuai dan tidak berhati-hati membuat pelaburan, yang mendedahkan pencarum dan pendeposit kepada risiko kerugian.

Permohonan injunksi terhadap KWSP dan TH akan difailkan oleh Rafizi atas kapasitinya sebagai pendeposit KWSP dan TH.

Permohonan injunksi terhadap KWAP akan difailkan secara bersama oleh anggota Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul (kanan) dan mantan ahli Parlimen Machang Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Mengulas kempen itu, NOW menjelaskan taklimat pertama mengenai kempen "Tutup 1MDB, Kembalikan Wang Rakyat" akan dibuat pada 3 Jun ini di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Pandan Indah sebelum diperluas di bandar-bandar besar negara.

Mereka menjemput kesemua pencarum dan pendeposit badan-badan itu tampal untuk mendengar sendiri langkah yang boleh diambil bagi mengelakkan kerugian dana tersebut. 


TPM sembunyi di balik sehelai lalang...

Posted: 21 May 2015 04:56 PM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Umno harus memanggil mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT) susulan pendirian keras Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahukan semua anggota lembaga 1MDB dipecat.

Bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin berkata kenyataan itu menimbulkan keraguan pemimpin dan anggota Umno terhadap ikrar taat setianya kepada presiden parti itu Datuk Seri Najib Razak

"Muhyiddin tidak lagi dapat berselindung di sebalik sehelai lalang atas sokongannya terhadap Tun Mahathir yang mahukan kekotoran 1MDB dibersihkan sebelum wabaknya menghancurkan Umno dan kerajaan," katanya.

Ketika Najib membentangkan Rancangan Malaysia ke-11 di Parlimen hari ini, sebuah video dimuat naik di Internet yang memaparkan ucapan Muhyiddin yang mahu semua lembaga pengarah 1MDB dipecat.

Beliau kemudian menjelaskan perkara itu cuma pandangannya dan bukan perkara baru.

Kenyataan itu dilihat memberi tamparan kepada Najib memandang 1MDB lahir hasil cetusan ilhamnya.

Dalam kenyataannya hari ini, Zainuddin (atas, bertali leher) berkata Muhyiddin mempamerkan dirinya sebaris dengan Mahathir yang tidak mahu menunggu hasil siasatan rasmi terhadap syarikat pelaburan negara itu.

'Pelampau' rampas kuasa 1969

Zainuddin juga berkata Umno juga harus membincangkan sama ada Muhyiddin harus dipecat daripada MT seperti nasib yang menimpa Mahathir pada 1969.

Katanya, Mahathir ketika itu dipecat setelah presiden Umno ketika itu Tunku Abdul Rahman (bawah, kanan) mendakwa ada pelampau hendak merampas kuasa dalam parti.

"Sekiranya Muhyiddin tidak dipecat maka jalan penyelesaian mestilah dicari bagi memastikan kesepaduan Umno jika salah seorang iaitu Muhyiddin atau Najib terpaksa berundur," katanya.

Zainuddin yang juga bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan Melayu berkata Najib tidak lagi dapat mengekalkan keyakinan rakyat bahawa beliau mendapat sokongan daripada dalam parti.

"Dengan kenyataan Muhyiddin itu membuktikan tidak ada perpaduan dalam parti dalam menghadapi ancaman Mahathir,1MDB, krisis politik dan ekonomi sekarang," katanya lagi.

Zainuddin juga berkata pendirian Muhyiddin itu juga tidak boleh diperkecil kerana beliau juga mempunyai pengaruh kuat dalam parti dan telah menimbulkan kegemparan, malah mengggoncang keyakinan dalam Umno dan di kalangan rakyat.

"Keraguan rakyat terhadap kesepaduan pucuk pimpinan dan kestabilan parti berkuasa tidak boleh dibiarkan terus berlaku sehingga pilihan raya umum akan datang kerana wabaknya sedang merebak melibatkan kestabilan ekonomi negara dan juga masa depan Umno," katanya. 
 
 
 

Lebuh raya: K'jaan S'gor diharap berkerjasama

Posted: 21 May 2015 04:52 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Rancangan membina Lebuh Raya Pantai Barat yang dijangka siap pada 2019 di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) diharap mendapat kerjasama sepenuhnya daripada kerajaan negeri Selangor.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor (MTPNS) Datuk Seri Noh Omar berkata walaupun pelan pembangunan projek itu sekali lagi disenaraikan dalam RMK, namun tempoh siap lebuh raya itu kini dilihat relevan dan seiring dengan pertambahan kenderaan semasa.

Jelasnya, idea pembinaan lebuh raya untuk kemudahan jangka panjang rakyat di kawasan terlibat sepatutnya menjadi keutamaan kepada kerajaan Selangor pimpinan Menteri Besar Mohamed Azmin Ali.

"Ada bahagian jajaran infrastruktur ini akan dibina di atas tanah hutan milik kerajaan Selangor dan amat diharapkan pihak berkenaan boleh beri kerjasama
supaya projek itu terlaksana.

"Sudah pastinya dengan pembukaan lebuh raya ini kelak dapat meningkatkan lagi taraf ekonomi kawasan terlibat selain memudahkan perjalanan," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Tambah beliau, lebuh raya itu juga pastinya dapat memberi pilihan kepada rakyat supaya tempoh masa perjalanan dan kesesakan dapat dikurangkan terutama pada musim perayaan dan cuti umum.

Pembinaan Lebuh Raya Pantai Barat yang bakal menghubungkan Banting sehingga ke Perak itu telah diumumkan dalam RMK10 dan pembinaannya dilihat menjadi alternatif kepada Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

Dalam pada itu, Noh berkata pertambahan RM30 bilion peruntukan siling perbelanjaan iaitu sebanyak RM260 bilion bagi RMK11 berbanding RM230 bilion pada RMK10 disifatkan bakal membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada rakyat.

Katanya, peruntukan yang mencakupi pembangunan bandar dan luar bandar itu seharusnya memberi pelbagai nikmat serta faedah terhadap masyarakat seiring dengan hala tuju Malaysia dalam mencapai taraf negara maju menjelang 2020.

"Pertambahan peruntukan siling ini mampu menjana banyak peluang ekonomi untuk menambah pendapatan negara maka rakyat seharusnya menyambar ruang yang ada demi meningkatkan taraf hidup mereka," katanya.

Sementara itu, bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pula berkata, dalam usaha mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, kerajaan persekutuan dicadang supaya lebih fokus serta meneliti aspek pelaksanaan RMK11 tersebut.

"Pada pendapat saya, RMK (Rancangan Malaysia) sebelum ini tidak mencapai objektif secara optimum dari segi pelaksanaan. Semua pihak diharap mengambil iktibar sekiranya ikhlas mahu RMK11 ini berjaya," katanya.- Bernama


 

RMK11 perlu tangani kenaikan kos sara hidup

Posted: 21 May 2015 04:50 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) perlu menangani masalah utama rakyat iaitu peningkatan kos sara hidup.

Tinjauan Bernama mendapati orang ramai mahukan usaha dipertingkatkan untuk membantu menambah pendapatan isi rumah.

Penyelia sebuah agensi kesihatan swasta, Nor Eizaty Matshum, 36, berpendapat masalah kos sara hidup perlu ditangani kerana ia memberi kesan kepada taraf kehidupan rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah.

Satu keadaan perlu diwujudkan supaya kakitangan awam dan swasta bukan sahaja dapat menikmati gaji setiap bulan, malah dapat menyimpannya untuk masa depan, katanya ketika ditemui sebagai reaksi kepada pembentangan pelan pembangunan lima tahun itu di Dewan Rakyat.

Dalam menyambut baik usaha melonjakkan kumpulan berpendapatan 40 peratus terbawah kepada kumpulan kelas pertengahan, eksekutif swasta Muhd Fikrie Fahmi, 30, berkata faktor kesan kos sara hidup dan inflasi terhadap sasaran pendapatan bulanan purata RM5,000 isi rumah yang ingin dicapai pada 2020 perlu diambil kira.

"Sasaran itu kelihatan realistik ketika ini namun dikhuatiri faktor seumpama itu mungkin menyebabkan nilai pendapatan itu akan menjadi seolah-olah sama dengan nilai RM3,000 sekarang," katanya.

Bagi pelajar Lai Yew Chong, 25, kerajaan perlu menekankan aspek pemantauan harga barang runcit bagi menangani masalah kenaikan kos sara hidup rakyat. - Bernama


 

Empat pemain import jadi taruhan TRW Sabtu ini

Posted: 21 May 2015 04:48 PM PDT

SINAR HARIAN


Mohd Azraai Khor Abdullah Mohd Azraai Khor Abdullah
 
 
KOTA BHARU - Kelantan mempertaruhkan empat pemain importnya apabila menentang Lions XII pada perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Jurulatih Kelantan, Mohd Azraai Khor Abdullah berharap barisan pemain import The Red Warriors (TRW) iaitu Erwin Carillo, Austin Amutu, Gilmar Da Silva dan Jonathan Mckain mampu menampilkan aksi terbaik pada perlawanan tersebut.

"Amutu boleh bermain tetapi kita tidak tahu setakat mana dia boleh beraksi dan berapa lama, namun saya rasa itu bukan masalah buat kita.

"Apa yang penting mereka lakukan yang terbaik dan kurangkan buat kesilapan mudah, pemain perlu fokus kerana kesilapan mudah akan membawa padah," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, moral pemain juga amat baik pada masa ini, selain segala persiapan untuk menghadapi perlawanan akhir itu berjalan lancar.

"Pemain semua cergas dan ini menunjukkan satu keadaan yang positif, apabila sudah sampai di peringkat akhir kita mesti gunakan peluang ini untuk menjadi juara.

"Kita tidak boleh ambil mudah barisan pemain Lions XII kerana mereka berbahaya dan masih muda serta mempunyai pengalaman luas, saya buat persiapan rapi dan kita bersedia jika perlawanan diheret ke masa tambahan atau sepakan penalti," katanya.

Sementara itu, ketua pasukan TRW Mohd Badri Mohd Radzi atau Piya berkata, pasukannya perlu berhati-hati dengan barisan serangan Lions XII yang diketuai Khairul Amri.


"Mereka ini laju dan kita tidak boleh beri ruang kepada mereka kerana jika kita terleka, mereka akan menjaringkan gol.

"Kelantan perlu menang perlawanan ini sebab ia melibatkan maruah negara dan kita mahu Piala FA berada di Kota Baharu, ini memang satu tanggungjawab yang besar," katanya.

Mohd Badri berkata pasukannya juga bersedia jika perlawanan akhir itu ditentukan menerusi sepakan penalti.

"Kita memang sudah bersedia dan tahap kecergasan pemain juga semakin baik, harapnya kita dapat menang Sabtu ini," katanya.

Kelantan yang muncul juara pada 2012 dan 2013, mara ke final menerusi kemenangan agregat 3-2 ke atas juara bertahan Pahang pada separuh akhir.

Lions XII pula melangkah ke final menerusi peraturan gol tempat lawan walaupun terikat 4-4 secara agregat dalam satu lagi aksi separuh akhir, berdepan Terengganu, Sabtu lepas. - Bernama



RMK11 perlu dikaji semula kerana tiada 1MDB

Posted: 21 May 2015 04:44 PM PDT


KUALA LUMPUR - PKR mengumumkan akan mengkaji dan meneliti kembali pembentangan Rancangan Malaysia Ke 11(RMK11) yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ini kerana menurut Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, pembentangan tersebut langsung tidak menyentuh tentang 1Malaysia Development Berhad (1MDB)‎.

"Saya khuatir dengan pendekatan sekarang yang dilihat gagal dan salah satu contoh dalam RMK10 seperti 1MDB.

"Dalam RMK10 mengatakan 1MDB itu akan menguntungkan rakyat. Tetapi apa kita lihat duit Tabung Haji telah digunakan oleh kerajaan," katanya ketika ditemui pemberita di luar perkarangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Mengulas mengenai pembentangan RMK11, Wan Azizah berkata, kerajaan boleh menggariskan atau membentangkan bermacam-macam strategi dalam RMK11 tetapi apa yang penting adalah pelaksanaan  tersebut.

"Kerajaan boleh cakap macam-macam, bentang macam-macam tetapi apa yang penting prinsip perancangan itu.

"Prinsip mestilah telus, tidak ada dolak-dalik, efisien, hindar dari rasuah, bebas ketirisan dan jangan baca laporan audit sahaja," katanya lagi.


Myanmar sedia beri kerjasama selesai konflik

Posted: 21 May 2015 04:42 PM PDT

SINAR HARIAN



Anifah Aman Anifah Aman
 
 
KUALA LUMPUR - Myanmar sedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada Malaysia, selaku Pengerusi Asean dalam menyelesaikan konflik di negeri Rakhine di negara itu serta krisis kemanusiaan melibatkan pendatang asing tanpa izin di Teluk Bengal dan Laut Andaman.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Menteri Luar Myanmar, U Wunna Maung Lwin telah memaklumkan bahawa kerajaannya sentiasa mengambil berat mengenai perkembangan di negeri Rakhine malah Naib Presidennya U Nyan Tun telah mengadakan lawatan ke wilayah itu baru-baru ini.

"Kerajaan Myanmar akan terus menghulur bantuan dan melaksanakan program pembangunan ekonomi dan sosial di wilayah itu," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Anifah hadir pada mesyuarat dua hala bersama Menteri Luar Myanmar di Nay Pyi Taw, Myanmar hari ini bagi membincangkan pelbagai langkah yang perlu diambil dalam menangani krisis kemanusiaan yang semakin kritikal itu.

Anifah berkata beliau juga telah meminta jaminan daripada kerajaan Myanmar untuk membantu dalam menangani krisis itu di samping menekankan kepentingan negara itu untuk mengenal pasti dan menyelesaikan punca utama masalah berkenaan.

Anifah berkata negara-negara Asean perlu bersepakat memainkan peranan utama dalam menangani krisis itu yang telah mendapat perhatian serta liputan meluas oleh masyarakat antarabangsa.

"Yang lebih utama dan paling mendesak yang perlu dilaksanakan pada waktu ini adalah bagi Malaysia serta negara-negara lain, khususnya Indonesia, Thailand dan terutamanya Myanmar untuk mencari jalan dan kata sepakat bagi membantu 7,000 orang pendatang asing yang dimaksudkan.

"Kita tidak boleh berdiam diri, dengan membiarkan mereka terus menderita," katanya.

Beliau turut menekankan bahawa masyarakat antarabangsa perlu memikul beban dan tanggungjawab dalam hal ini dengan menghulur bantuan-bantuan yang sewajarnya, khususnya bantuan kewangan kepada Indonesia dan Malaysia.

Baru-baru ini media melaporkan lebih 7,000 orang pendatang asing tanpa izin dari Myanmar dan Bangladesh cuba menyusup masuk ke beberapa negara Asean melalui jalan laut. - Bernama

PM ‘dera’ emosi umat Islam

Posted: 21 May 2015 04:37 PM PDT



Oleh ROY RASUL


SATU-SATUNYA institusi kewangan yang menjadi kebanggaan umat Islam negara ini tidak lain tidak bukan adalah Tabung Haji.Berdiri megah di kawasan segi tiga emas, menaranya yang terletak di Jalan Tun Razak cukup indah dipandang.

Pastinya sejuk mata setiap umat Islam yang lalu-lalang di hadapan Menara Tabung Haji atau TH yang mempunyai ketinggian 152 meter itu tertera pula perkataan Allah dan Muhammad di puncak menaranya.

Tabung Haji yang sudah tidak asing lagi bagi umat Islam negara ini banyak membantu umat Islam negara ini baik di desa mahupun di kota untuk mengerjakan rukun Islam kelima.

Realitinya Tabung Haji, berperanan menguruskan perjalanan jemaah haji ke tanah suci Makkah pada setiap tahun.

Antara tujuan utama Tabung Haji ditubuhkan untuk membolehkan orang-orang Islam menyimpan secara beransur-ansur bagi memenuhi perbelanjaan menunaikan fardu haji atau lainlain perbelanjaan bermanfaat secara halal.

Justeru, tidak pelik dengan penuh kepercayaan hampir setiap orang Islam menabung dalam Tabung Haji dengan niat yang satu, menunaikan haji.

Kata pepatah Melayu, sikit-sikit lama-lama menjadi bukit.

Ini kerana Tabung Haji premis yang paling selamat untuk disimpankan duit mereka sekalipun kemampuannya hanya RM20 sebulan termasuk penoreh getah nun jauh di pedalaman Baling, Kedah.

Namun dalam membilang hari untuk menjejak kaki ke tanah suci itu, tiba-tiba seluruh pendeposit Tabung Haji termasuk 'pak cik' dan 'mak cik' di kampung bagai disentap apabila tersebarnya berita pembelian tanah Tun Razak Exchange (TRX) milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Tabung Haji awal Mei lalu.

Sekalipun mungkin ada di kalangan penabung buta tentang apa itu 1MDB, mereka tetap hamburkan kemarahan, apa yang dilakukan Tabung Haji.

"Harapan rakyat Malaysia akan musnah untuk melihat institusi kewangan yang membolehkan mereka menunaikan Rukun Islam ke-5 berdiri teguh ,jika pembelian tanah 1MDB diteruskan oleh Tabung Haji," ulas Timbalan Pengerusi Hal Ehwal Pengguna PAS Pusat, Normala Sudirman kepada Harakah, 12 Mei lalu.

Beliau sendiri sebagai pencarum dan pengguna perkhidmatan Tabung Haji, berasa kecewa apabila satu badan yang diamanahkan menjaga dan menguruskan kewangan untuk mengerjakan haji seolah-olah digunakan sebagai bailout kepada 1MDB.

Dakwanya kos pembelian tanah lebih kurang RM4 juta sedangkan dijual kepada Tabung Haji harganya mencecah 188.5 juta untuk tanah seluas 1.56 hektar.

Isu 1MDB yang bermasalah katanya, bermain di fikiran rakyat dan pembelian tanah itu tidak masuk akal.

"Kami menegur ini kerana sayangkan Tabung Haji. Pencarum kebanyakannya penoreh getah petani, nelayan dan orang susah tetapi kesungguhan untuk menunaikan Rukun Islam yang kelima sangat tinggi menyebabkan mereka kecewa bila mendengar khabar ini.

"Ini bukan soal kecil. Ini melibatkan kepentingan institusi yang menjaga kebajikan umat Islam," katanya.

Baginya sebagai pengguna perkhidmatan Tabung Haji, rakyat berhak bersuara menegur dan menyatakan pandangan.

Tambahan pula, hampir seluruh umat Islam di Malaysia dari usia kecil hingga dewasa digalakkan menabung dalam institusi ini tetapi pintanya jangan dikhianati kepercayaan rakyat.

Apa lagi Tabung Haji cukup dekat di hati umat Islam. Katanya, sama ada sedikit atau banyak mereka tetap menyenaraikan nama sebagai pencarum Tabung Haji.

Oleh itu, pihak bertanggungjawab perlu menyelamatkan kesucian institusi kewangan umat Islam daripada dicemari tangan-tangan pembuat keputusan tersebut.

Malah keputusan menjual semula tanah berkeluasan 0.63 hektar di Pusat Kewangan Tun TRX dengan jangkaan keuntungan hampir tiga kali ganda sebagaimana dikatakan mengambil kira pandangan semua pihak termasuk Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak untuk menghormati sensitiviti orang ramai terutama pencarum masih dipertikaikan semua pihak.

Media baharu main peranan hangatkan isu

Lebih-lebih lagi kritikan masyarakat yang prihatin terhadap pembelian tersebut sudah menjadi viral di media baru.

Menurut Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa rakyat Malaysia kecewa dengan penjelasan Lembaga Tabung Haji yang disifatkan hanya satu pengesahan melaksanakan 'tugas suci' membayar RM188.5 juta kepada 1MDB.

Memetik laporan astroawani.com, 10 Mei lalu Husam berkata "Tidak ada pembatalan transaksi, tidak ada kekesalan dan permohonan maaf.

"Bahkan tidak ada penjelasan kenapa bayaran penuh dilunaskan pada masa perjanjian jual beli itu dimeterai dan bayaran yang begitu tinggi diluluskan.

"Juga isu lain yang terdapat dalam dokumen yang dibocorkan," katanya dipetik.

Bahkan bidasnya, penjelasan Pengerusi Tabung Haji, Dato' Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berhubung perkara itu hanya menambah luka di hati rakyat.

Atas pembongkaran blog The Benchmark itu juga mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut bersuara supaya Tabung Haji batalkan pembelian tanah tersebut serta-merta.

Penegasan Mahathir, wang pencarum yang digunakan bukan kepunyaan Tabung Haji. Tidak tutup dengan suara Mahathir bahkan banyak pihak menyuarakan kebimbangan.

Sebagaimana dilaporkan media, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyokong kenyataan Pemuda Umno yang mahukan Kementerian Kewangan dan Tabung Haji memberi penjelasan berhubung pembelian tanah tersebut daripada 1MDB.

Menteri Besar Kedah, Dato' Mukhriz Mahathir juga mempertikaikan pembelian hartanah milik 1MDB itu terlalu mahal.

Selain itu, Ahli Majlis Tertingi Umno, Dato' Tajuddin Abdul Rahman juga dilaporkan menyatakan kebimbangan terhadap kontroversi 1MDB dan isu pembelian tanah syarikat itu oleh Tabung Haji.

Itu belum lagi di pihak orang perseorangan, parti lawan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), bukan sahaja buat laporan polis, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia bahkan ada yang bertindak mengeluarkan wang simpanan.

Tindakan itu sebagai bantahan keras mereka terhadap Tabung Haji.

Presiden ABIM, Amidi Abdul Manan berkata, satu laporan terhadap Tabung Haji, 1MDB dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) bagi menyiasat segala bentuk urus niaga yang dibuat oleh 1MDB dan TH.

"Kami mahu kembalikan Tabung Haji ke landasan sebenar di mana kepercayaan terhadapnya dijaga dengan baik," katanya kepada pemberita di ibu pejabat Tabung Haji, 12 Mei lalu.

PAS juga tidak terkecuali mengetuai para pencarum membuat laporan polis di atas pembelian kontroversi oleh Tabung Haji itu.

Ini dapat disaksikan pada 14 Mei lalu, apabila PAS Perak mengiringi para pencarum di setiap daerah membuat laporan polis Manakala Parti KeADILan Rakyat yang diketuai Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK), Nik Nazmi Ahmad dengan memfailkan laporan tersebut di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Jelas kebangkitan umat Islam tidak kira secara diam atau terus menghantar bantahan kepada pihak berkuasa menggambarkan betapa kecewanya mereka.

Kekecewaan itu diterjemahkan dalam bantahan yang bersungguhsungguh oleh rakyat yang sayangkan Tabung Haji.

[BERGAMBAR] Pendakwah Terkenal Ditetak Di Kepala Oleh Dua Penyamun

Posted: 21 May 2015 04:26 PM PDT

KELAB GREENBOC



 

Kuala Lumpur : Pensyarah jabatan al-Quran dan al-Hadis, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Fauzi Deraman, menerima lapan jahitan di kepala selepas ditetak dua lelaki yang cuba menyamun isterinya di hadapan rumahnya di Jinjang, kira-kira 11 pagi tadi.

Dalam kejadian berkenaan, Fauzi yang juga penceramah bebas ditetak kumpulan terbabit selepas berusaha menyelamatkan isterinya yang diserang kumpulan itu.

Menurut sumber, dua penjenayah itu dilapor menaiki motosikal jenis Yamaha 125Z sebelum menyerbu masuk ke rumah mangsa.



"Biarpun mangsa cuba untuk menutup pintu rumahnya namun dia gagal sebelum seorang daripada suspek cuba merampas gelang tangan milik isterinya.

"Fauzi yang cuba menyelamatkan isterinya itu bergelut dengan seorang penjenayah sebelum rakan suspek menetak kepalanya menggunakan parang.


"Dua suspek kemudian melarikan diri bersama gelang tangan itu sebelum Fauzi dibawa jirannya ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya. -sukanstartv 

Tiada ulasan: