Selasa, 7 April 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Siapa Aidana Baizieva Kekal Misteri, Gambar Di Media Sosial Dipercayai Bukan Wajah Sebenar

Posted: 07 Apr 2015 03:18 AM PDT



Siapakah sebenarnya wanita misteri yang dipercayai bernama Aidana Baizieva yang turut terbunuh dalam tragedi nahas helikopter di Semenyih Sabtu lalu?

Apakah itu nama sebenarnya atau yang terbunuh itu mempunyai nama yang lain?

Dalam nahas itu, enam penumpang yang terdiri daripada Jamaluddin Jarjis, Ahli Parlimen Rompin, Azlin Alias, Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Tan Huat Seang, seorang ahli perniagaan, juruterbang bernama Clifford, pegawai polis yang dikenali Razakan dan seorang wanita yang belum dipastikan identitinya, telah terbunuh.

Semua orang tertanya-tanya siapakah sebenarnya wanita itu dan bagaimana beliau boleh berada diatas helikopter yang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur daripada menghadiri kenduri kahwin anak Najib di Pekan, Pahang itu?

Aidana dipercayai berasal dari Krysgtan, sebuah negara di Asia Tengah, beragama Islam dan masih bujang. Beliau juga dikatakan baru lebih kurang setahun berada di negara ini. Mayatnya masih berada di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur dan belum dituntut oleh warisnya.

Wakil Kedutaan Krysgtan semalam dilaporkan ada mengunjungi Hospital Kuala Lumpur untuk melakukan pengecaman tetapi tidak diketahui apakah hasilnya.

Sebelum ini Aidana dilaporkan adalah pembantu juruterbang tetapi apabila didedahkan bahawa helikopter biasanya tidak mempunyai pembantu, beliau dikatakan pula hanyalah kakitangan Cempaka Helikopter Sdn Bhd, syarikat yang menguruskan pesawat tersebut.

Menteri Pengangkutan, Liow Tiong Lai juga semalam mengesahkan Aidana adalah kakitangan syarikat itu, tetapi apa kedudukan, peranan dan  keperluannya beliau berada di atas helikopter untuk ke majlis kenduri kahwin anak Perdana Menteri masih tidak diketahui.

Helikopter juga tidak mempunyai pramugari seperti kapalterbang. Biasanya hanya pilot seorang saja yang mengendalikannya. Lalu, apa tugas dan peranan sebenar Aidana tambah membingungkan lagi.

Tetapi seorang kenalan yang mengetahui mengenai Cempaka Helikopter memberitahu, syarikat itu memang mempunyai beberapa kakitangan daripada negara blok Asia Tengah itu.

Sementara itu, gambar-gambar Aidana yang banyak tersebar di laman-laman sosial juga bukanlah gambarnya yang sebenar. Rupa dan nama sebenar wanita yang terbunuh itu masih lagi tidak diketahui sehingga kini.

Gambar yang tersebar itu dipercayai dipetik daripada web Krysgtan, gaukhara.com di mana gambar itu serupa dengan nama yang dikenali sebagai Aidana Karabasova. Identitinya ditulis sebagai wartawan.

Bagaimanapun lawan web itu sudah tidak boleh dibuka lagi sekarang ini. Saya yang sempat membuat "salinan" laman itu masih lagi memilikinya dan di situ tertera beberapa remaja lelaki dan wanita yang lain.

Selain gambar Aidana itu dipercayai palsu, gambar yang tersebar luas kononnya Jamaluddin Jarjis sempat berselfie di atas helikopter bersama seorang juruterbang dan dua rakannya yang lain, seorang lelaki dan wanita adalah juga palsu.

Gambar itu bukan gambar terakhir di sebelum mereka terhempas. Ini kerana juruterbang itu bukanlah Kapten Clifford Fournier yang terbunuh dalam nahas tersebut.

Seorang rakan yang terlibat dalam industri penerbangan dan mengenali Clifford mengesahkan bahawa juruterbang yang berselfie dengan Jamaluddin Jarjis itu bukanlah juruterbang yang terbunuh itu.

Ia adalah juruterbang lain dan mungkin diambil ketika penerbangan yang lain.

Tetapi semua ini menjadikan segala-galanya terus menjadi tanda-tanya. Di bursa politik dan perbualan kedai kopi, tersebar pelbagai andaian dan tafsiran mengenai siapakah sebenarnya wanita misteri yang mungkin bernama Aidana itu?

Apakah benar ia kakitangan syarikat helikopter itu dan apa keperluannya menaiki pesawat itu? Jika bukan  kakitangan Cempaka Helikopter pula, yang menjadi persoalan, apakah mungkin beliau mempunyai hubungan dengan salah seorang penumpang yang terbunuh itu?

Seorang wakil rakyat Pahang, Adun Bukit Ibam, Wan Kadri Wan Mahussin yang turut menaiki helikopter tersebut tetapi turun di Kota Bahagia dan terselamat dari nahas, mungkin dapat menjawab persoalan mengenai wanita misteri itu.

Sehingga kebenaran terserlah, semuanya akan terus menjadi misteri dan teka-teki. Di ketika yang sama, perbualan mengenai identiti wanita itu makin rancak di mana-mana ketika ini.

Secara umumnya kita memang agak kurang mengenai banyak negara di Asia Tengah yang kebanyakannya berakhir dengan "Tan". Sebelum ini kita mungkin hanya biasa mendengar nama Kazakhstan, itu pun setelah anak Najib bertunang dan berkahwin dengan lelaki daripada negara itu.

Kini, mungkin nama Krysgtan pula menjadi popular serta meniti di bibir ramai orang. 



Inilah wajah sebenar Clifford, juruterbang yang terbunuh itu...
Inilah lawan web yang dipercayai gambar Aidana diperolehi tetapi sudah tidak boleh dibuka lagi..

Berita dan gambar wanita yang terbunuh dalam nahas itu mula tersebar sejak dua hari lalu...


CPO S'gor: Wanita itu kenalan Kapten Clifford

Posted: 07 Apr 2015 03:14 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Polis mengesahkan mangsa wanita nahas helikopter adalah kenalan juruterbang pesawat malang tersebut, kata Ketua Polis Selangor Datuk Abd Samah Mat.

Laman Mstar Online melaporkan, wanita tersebut, Aidana Baizieva menunjukkan minat dengan dunia penerbangan dan mahu menjadi seorang juruterbang.

"Berdasarkan siasatan setakat ini, kami percaya gadis itu adalah kenalan kepada juruterbang terbabit.

"Dia menunjukkan minat dengan dunia penerbangan dan mahu menjadi juruterbang.

"Berdasarkan keterangan syarikat helikopter itu, wanita berkenaan pernah menyertai juruterbang tersebut di dalam penerbangan lain beberapa kali," katanya.

Selain itu, Abdul Samah berkata, pihak polis juga hampir pasti mangsa keenam nahas helikopter itu merupakan Aidana, 25, walaupun bukti ujian DNA masih belum disahkan.

Bagaimanapun Abdul samah berkata, sekiranya ujian tersebut tidak meyakinkan, pihak polis perlu memanggil bapa wanita itu dari Kyrgyzstan untuk memberi sampel DNA miliknya.

Menurutnya, pasukan penyiasat juga telah ke apartmen milik Aidana di Pantai Dalam dan memperolehi beberapa barang untuk mendapatkan DNA wanita tersebut.

"Kami turut menjumpai bukti dalam bentuk tiket kapal terbang ke Langkawi pada 21 Mac sempena LIMA dengan namanya dan juruterbang helikopter tersebut," kata Abdul Samah.

Aidana merupakan salah seorang penumpang dalam helikopter itu dan identitinya masih misteri setakat ini. Dia dikenal pasti oleh Kementerian Pengangkutan pada Sabtu lalu sebagai pembantu operasi helikopter.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata dia bukan pembantu juruterbang kerana helikopter itu tidak memerlukan pembantu

Selain Aidana dan Fournier, penumpang lain dalam helikopter itu ialah anggota Parlimen Rompin Jamaluddin Jarjis, setiausaha sulit perdana menteri Azlin Alias, ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang serta pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan Seran.

Kumpulan itu sebelumnya hadir ke majlis perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pekan, Pahang.

Pasukan penyiasat sudahpun berjaya mendapatkan kotak hitam daripada bangkai pesawat dan akan dapat mendedahkan hasil siasatan tidak lama lagi.


Polis Yakin Aidana Mangsa Keenam

Posted: 07 Apr 2015 03:05 AM PDT

Oleh: AUSTIN CAMOENS
 
 
Seorang wanita yang dipercayai rakan Aidana tiba di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur untuk membantu siasatan. - foto AZMAN GHANI/The Star
 
 
 
SEMENYIH: Polis hampir pasti bahawa mangsa keenam nahas helikopter terhempas di sini pada Sabtu itu sebagai Aidana Baizieva.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata walaupun bukti ujian DNA masih belum disahkan, polis berpuas hati dengan siasatan itu.

"Berdasarkan siasatan, kami yakin wanita tersebut adalah Aidana Baizieva, 25, dari Kyrgyzstan.

Sebuah pasukan penyiasat telah pergi ke apartmennya di Pantai Dalam dan  mengambil beberapa barang untuk mendapatkan DNAnya.

"Kami turut menjumpai bukti dalam bentuk tiket kapal terbang ke Langkawi pada 21 Mac sempena LIMA dengan namanya dan juruterbang helikopter tersebut," katanya kepada pemberita di lokasi nahas pada Selasa.

Beliau berkata berdasarkan keterangan pihak pengurusan apartmen tersebut, juruterbang pernah berkunjung ke apartment tersebut beberapa kali.

"Berdasarkan siasatan setakat ini, kami percaya gadis itu adalah kenalan kepada juruterbang terbabit.

"Dia menunjukkan minat dengan dunia penerbangan dan mahu menjadi juruterbang.

"Berdasarkan keterangan syarikat helikopter itu, wanita berkenaan pernah menyertai juruterbang tersebut di dalam penerbangan lain beberapa kali," katanya.

Abdul Samah berkata sekiranya ujian tersebut tidak meyakinkan, polis perlu memanggil bapa wanita itu dari Kyrgyzstan untuk memberikan sampel DNA miliknya.

Beliau turut mengesahkan mayat juruterbang helikopter tersebut sudah dituntut dan kini berada di Kedutaan Amerika Syarikat (AS).

"Mayat juruterbang itu dituntut pada pukul 8.15 malam Isnin oleh kakitangan kedutaan tersebut," katanya.

Artikel minyak naik kena edit, palsu

Posted: 07 Apr 2015 03:02 AM PDT


Artikel minyak naik kena edit, palsu
 
 
 
SHAH ALAM - Penyebaran artikel Sinar Online yang mengatakan RON95 dan diesel akan naik 20 sen bermula tengah malam ini di media sosial adalah tidak benar.

Ketua Pengarang Sinar Harian, Norden Mohamed berkata, pihaknya mengesan penyebaran keratan artikel bertajuk 'Harga RON95, diesel naik 20 sen bermula esok' sejak awal pagi tadi selepas menerima panggilan telefon daripada pembaca bertanyakan tentang kesahihan perkara ini.

"Sebenarnya artikel berkenaan telah disiarkan Sinar Online pada 2 September 2013 selepas kerajaan memperkenalkan rasionalisasi subsidi.

"Artikel itu juga disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp telah diubahsuai dengan meletakkan tarikh hari ini iaitu 7 April 2015," katanya.

[ARTIKEL ASAL: Harga RON95, diesel naik 20 sen bermula esok]


Altantuya – kaitan yang terputus

Posted: 07 Apr 2015 02:56 AM PDT

OLEH AMERICK SIDHU



 Peguam Americk Sidhu berkata beliau bersetuju dengan pendapat Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 April, 2015.Peguam Americk Sidhu berkata beliau bersetuju dengan pendapat Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu. – Gambar fail The Malaysian Insider.  



























Pertama kali dalam tempoh 34 tahun, saya bersetuju dengan pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Persoalan yang diutarakan rasional. Ia soalan yang sama diajukan kebanyakan rakyat Malaysia sejak 8 tahun lalu.

Bagaimanapun, Tan Sri Khalid Abu Bakar, ketua polis yang kita cintai pada masa ini menunjukkan reaksi sebaliknya cuba mengelak isu itu dengan menghabiskan masanya memeriksa mesej Twitter di media sosial.


"Khalid Twitter" mempunyai keberanian mengancam sesiapa yang membawa isu 'motif' pembunuhan kejam wanita warga asing tidak berdosa itu di tangan dua komando Malaysia yang terlatih. Alasan Khalid, Mahkamah Persekutuan sudah membuat keputusan dan apa jua persoalan yang mempertikaikan keputusan itu dianggap menghina mahkamah.

Apa yang gagal dilihat Khalid ialah tiada yang mempersoalkan keputusan itu. Semua bersetuju keputusan itu betul.

Bagaimanapun, persoalannya ialah motif yang tidak pernah disebut dalam ketiga-tiga mahkamah yang membicarakan kes ini. Malah, bukti berkaitan motif tidak pernah diajukan pendakwaan.

Maka, sebagaimana saya (dan Dr Mahathir) bangkitkan, ia masih musim terbuka kepada motif.
Di sebalik mengganasi pengguna Twitter, Khalid mungkin dapat melihat rasional membawa kembali isu itu dengan lebih bersemangat berbanding apa yang ditunjukkan sebelum ini.

Zaman saya ‘hilang wang negara’ tak seburuk Najib, kata Dr Mahathir

Posted: 07 Apr 2015 02:46 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER


 Tun Dr Mahathir Mohamad membandingkan kehilangan wang negara semasa zaman pemerintahannya yang dikatakan bersebab dan diketahui bagaimana oleh rakyat, tidak seperti skandal 1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 April, 2015.Tun Dr Mahathir Mohamad membandingkan kehilangan wang negara semasa zaman pemerintahannya yang dikatakan bersebab dan diketahui bagaimana oleh rakyat, tidak seperti skandal 1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insider.



 Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui kehilangan wang negara semasa era pemerintahannya, namun menjelaskan ia tidak seteruk yang berlaku ketika pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila mendakwa kerajaan kehilangan berbilion ringgit.

Bekas perdana menteri itu turut mempertahankan keputusan pelaburan negara ketika 22 tahun era pemerintahannya dan mendakwa skandal syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) milik Kementerian Kewangan lebih teruk kerana ia melibatkan hutang RM42 bilion.

"Saya akui di masa saya juga ada kehilangan wang negara, tetapi rakyat dan dunia tahu bagaimana wang ini hilang," katanya menerusi blog peribadinya chedet.cc hari ini.


Dr Mahathir turut mengambil peluang menjelaskan skandal kewangan ketika zaman
pemerintahannnya seperti Perwaja Steel, Bank Bumiputera dan Maminco. "Yang nyata ialah negara tahu di mana pergi wang yang dilabur semasa saya (memerintah), dalam perniagaan adakala untung, adakala rugi.

"Yang tidak boleh diterima ialah duit itu hilang tanpa diketahui ke mana," kata Dr Mahathir, dipetik laman blog berkenaan

Nafi khabar angin Pas bertanding Permatang Pauh

Posted: 07 Apr 2015 02:32 AM PDT


PRK Permatang Pauh
 
 
 
KUALA TERENGGANU – Tidak timbul isu Pas tidak akan membantu PKR di Parlimen Permatang Pauh dalam pilihan raya kecil (PRK) kerusi tersebut walaupun suasana dalam PR dilihat sedikit tegang ketika ini.

Pengarah Pilihan Raya Pas Terengganu, Ariffin Deraman turut menafikan khabar angin Pas akan bertanding di parlimen tersebut berikutan parti itu berasa seolah-olah diketepikan rakan PR iaitu PKR dan DAP terutama berhubung isu hudud.

Menurutnya, selagi Pas masih bersama PR dan melakukan kerja di bawah PR, pihaknya bersedia bekerja untuk memastikan kemenangan PR pada pilihan raya kecil di kerusi tersebut.

"Setakat ini kita belum mendapat apa-apa arahan daripada kepimpinan. Itu hanya pandangan peribadi saya sahaja dan saya yakin Pas akan beri kerjasama yang baik.. akan hantar jentera sebagaimana diarahkan kepimpinan nanti," katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Mengulas perkembangan terbaharu berhubung kematian Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter 4 April lalu yang bakal memperlihatkan satu lagi pilihan raya kecil, Ariffin tidak menolak kemungkinan Pas akan memberi tumpuan di Parlimen Rompin, manakala PKR dan DAP di Parlimen Permatang Pauh.

Beliau berkata, kemungkinan itu boleh berlaku sekiranya pilihan raya kecil di kedua-dua kerusi terbabit berlangsung serentak atau berlaku dalam tempoh yang dekat antara kedua-duanya.

Ini sebab katanya, Parlimen Rompin ditandingi oleh calon Pas pada PRU13 lalu dan sudah tentu tumpuan sebaiknya akan diberi Pas di kawasan terlibat, lebih-lebih lagi ia merupakan kawasan Felda yang merupakan penempatan orang Melayu.

Berbanding Permatang Pauh, beliau menjelaskan ia adalah kerusi PKR bersama DAP akan ditugaskan untuk mengekalkan kawasan kubu kuat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Pas mungkin ke Rompin kerana Rompin itu kawasan majoriti orang Melayu dan Felda. Mungkin PKR dan DAP akan membantu di Permatang Pauh. Apapun, kita serah kepada kepimpinan," katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya akan akur kepada setiap arahan kepimpinan dan akan menghantar jentera sebagaimana dikehendaki sama ada ditugaskan ke Parlimen Permatang Pauh atau Rompin atau kedua-duanya.


Hadi hanya bentang usul mahkamah syariah

Posted: 07 Apr 2015 02:30 AM PDT


Abdul Hadi Awang Hadi Awang
 
 
 
KUALA LUMPUR - Tidak perlu cepat 'melatah' kerana Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanya akan membentangkan Rang Undang-undang bagi meminda akta mahkamah syariah, bukan hudud.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Khalid Samad berkata, pembentangan tersebut dilakukan untuk dimuat dalam senarai aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.

"Rang undang-undang yang akan dibentangkan hari ini hanya melibatkan bidang kuasa mahkamah syariah yang dirasakan perlu dipertingkatkan.

"Sekarang peruntukan maksimum mahkamah syariah hanya meliputi tiga tahun penjara, RM5,000 denda dan enam sebatan. Had tersebut perlu dipertingkatkan," katanya kepada Sinar Online hari ini.

Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang melahirkan rasa terkejut apabila  Abdul Hadi bertindak untuk membentangkan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) pindaan 2015 di Parlimen.

Beliau menyifatkan bahawa Abdul Hadi mungkir janji apabila pemimpin Pas itu tidak mengotakan janjinya pada Majlis PR Februari lalu tidak membawa Rang Undang-Undang itu ke Parlimen.

"Abdul Hadi tidak mengotakan janjinya pada Majlis PR untuk tidak bawa Rang Undang-Undang ini ke Parlimen," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Sementara itu, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam turut menyanggah dakwaan bahawa pindaan rang undang-undang tersebut berupaya membuka ruang kepada pelaksanaan hudud.

"Tidak semestinya. Apa yang dilakukan dan diusulkan hanya untuk menambah had hukuman penjara di mahkamah syariah, itu sahaja," katanya lagi.


'Saya hanya mahu Najib jawab soalan rakyat'

Posted: 07 Apr 2015 02:26 AM PDT


Tun Dr Mahathir Mohamad
 
 
 
1. SAYA tidak tawar untuk menolong sesiapa untuk mengatasi apa-apa masalah.

2. Dalam blog saya, saya tidak menuduh Datuk Seri Najib melakukan apa-apa jenayah. Itu boleh ditentukan jika polis dapat membuat siasatan. Yang saya pohon ialah jawapan kepada soalan-soalan yang disuarakan oleh ramai rakyat.

3. Saya akui di masa saya juga ada kehilangan wang negara. Tetapi rakyat dan dunia tahu bagaimana wang ini hilang. Kerugian yang dialami oleh Perwaja diketahui. Demikian juga dengan salah urus Bank Bumiputra oleh pengurusannya. Maminco rugi kerana London Metal Exchange memutuskan bahawa bijih timah yang dijual mengikut perjanjian jual beli yang sah tidak perlu ditunaikan dengan membekal logam berkenaan kepada pembeli. Ini diputuskan untuk menyelamat penjual yang tidak ada timah. Malaysia sebagai pembeli mengalami kerugian.

4. Saya ingin penerangan berkenaan bagaimana Konsortium Perkapalan dan Forex merugikan Kerajaan dan bagaimana saya terlibat dalam perkara ini.

5. Yang nyata ialah negara tahu di mana pergi wang yang dilabur semasa saya. Dalam perniagaan adakala untung, adakala rugi. Yang tidak boleh diterima ialah duit itu hilang tanpa diketahui ke mana.

6. Hari ini nilai Ringgit jatuh sebanyak 70 sen. Tiap satu Ringgit jatuhnya matawang kita, negara, Kerajaan dan rakyat kerugian berbillion. Kejatuhan sebanyak 70 sen pun merugikan berbillion Ringgit juga.

7. Tetapi apabila Ringgit diselamatkan dari penyangak matawang, berbillion Ringgit duit Kerajaan diselamatkan. Dan ramai peniaga yang muflis dan hampir muflis terselamat pada tahun 1998. Lupakan sahajalah peristiwa ini kerana ia berlaku di zaman saya.

8. Tetapi dalam kes 1MDB, tidak ada jawapan yang munasabah berkenaan 42 billion Ringgit yang dihutang. Kenapa bayar lebih 10 peratus komisyen kepada Goldman Sachs hanya kerana menjual bond atau membuat pinjaman bagi Kerajaan. Kenapa faedah 5.9 peratus dikenakan, satu faedah yang amat tinggi.

9. Disoal juga peranaan Jho Low. Siapa dianya yang diberi kepercayaan mengendali wang 1MDB berbillion-billion ringgit milik syarikat Kerajaan? Tidak ada persamaan antara Jho Low dengan Daim yang saya lantik sebagai menteri.

10. Di mana datangnya ratusan million Ringgit untuk membeli bangunan-bangunan dan melabur dalam filem "The Wolf of Wall Street" oleh Riza Aziz, anak tiri Datuk Seri Najib.

11. Saya bukan tuduh Datuk Seri Najib. Saya bertanya beberapa soalan kerana hutang berbillion ini akan ditanggung akhirnya oleh rakyat. Jawapan tidak juga diberi oleh mereka yang mengecam saya selain daripada berkata saya punyai kepentingan atau saya juga buat kerja yang sama.

12. Apabila saya letak jawatan satu usaha dibuat untuk mendapat bukti saya lesapkan duit Kerajaan. Kalau hendak buat siasatan lagi, saya tidak ada halangan.

Dahulu sokong, kenapa tidak sekarang?

13. Pembaca portal "Free Malaysia Today", Izack Chin bertanya kenapa saya dahulu sokong Dato Seri Najib supaya mengganti Tun Abdullah. Pada masa itu Najib ternampak bersih. Sekarang ada syak wasangka dikalangan orang ramai yang tidak terjawab..

http://chedet.cc/wp-content/uploads/2014/06/Umobile_728x90.jpg

14. Sudah lapan tahun berlalu kenapa bangkit perkara ini? Ini bukan masalah lapan tahun dahulu. Yang saya soal ialah berkenaan masalah hari ini – masalah nyawa dua orang anggota polis yang dihukum bunuh. Amatlah tidak adil jika mereka dibunuh sedangkan mereka sebagai pegawai rendah polis hanya mengikut perintah.

15. Saya hanya tanya berkenaan siapa yang mengeluar perintah kepada Sirul dan rakannya.

Temasek and 1MDB

16. Salleh Said Kruak compares Low Taek Jho and my critic of him with the criticism against me regarding Ananda Krishan's involvement in Petronas and the appointment of my friend Daim Zainuddin as Finance Minister. I really do not see any similarity.

17. Ananda Krishnan bought the race course in Jalan Ampang. He could develop this prime land by himself. But he decided to sell one half share of the 100 acres land to Petronas and developed it together. Later he sold his tower to Petronas. What is wrong with that? Petronas made tons of money from the project.

18. There is no similarity at all between Temasek of Singapore and 1MDB. Temasek did not lose money but money borrowed by 1MDB has disappeared.

19. 1MDB is not excess fund belonging to the Government. 1MDB borrowed all its billions. Borrowed money cannot be regarded as wealth. So far the only asset owned by 1MDB are the pieces of land bought from the Government at a price very much below market price. They have been highly revalued. But until they are sold, they cannot be used to pay the 42 billion the 1MDB borrowed. They cannot even pay the interest.

20. As for the comment that it is unfair for me to ask Najib to step down as he was elected through democratic process, I would like to remind Datuk Jamal (Md Yunos) that Tun Abdullah was also elected but Najib was partly instrumental in asking him to step down.

21. With regard to my political agenda, what is wrong with that? A Prime Minister must be seen to be clean and able to explain and answer questions and to be good for the country. Najib cannot even answer and has not answered any question, beyond exercising elegant silence or saying the allegations are not true.

22. There is also an attempt to divert attention from my question by saying that I am siding with the opposition, even that I have become leader of the opposition.

23. If saying something that is similar to the opposition makes me aligned with the opposition, then Najib must be more with the opposition than me because he agreed with the opposition to abolish the ISA, the prevention of crime law and ignore the NEP. He also wanted to abolish the Sedition Act as demanded by the opposition. If Umno did not object the Sedition Act would have been abolished. So is Najib a member of the opposition?

24. I am still an Umno member. My disagreement is with the leader, not with the party. I criticised the leader, not the party. It is simply because I want to see the party win. It will not win if Najib is the leader.

25. I had great hopes when Najib took over from Abdullah.

26. But he did even worse than Abdullah, losing more badly in Selangor where he was the Head of Umno. Thre are so many scandals surrounding him now. His popularity is now even lower than when he led the BN in 2013. In a number of constituencies the margins won by Barisan Nasional (BN) are very narrow.

27. Sabah and Sarawak, are now no longer safe, no longer BN's fixed deposits.

28. Is it too absurd to predict defeat for the BN in 2018.

29. As for my sons, if I had wanted them to succeed in politics I could have done so when I was Prime Minister. If they succeed it will be by their own effort. If the people don't like them they will not get this support.

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

Kedua-dua enjin helikopter berjaya dikeluarkan

Posted: 07 Apr 2015 02:16 AM PDT

SINAR HARIAN


helikopter Beberapa orang pakar dari Airbus Helikopter Malaysia dan Engine Manifacture Turbomecca France turut hadir untuk memberi kerjasama bagi menjalankan siasatan di kawasan kejadian helikopter AS3655N2 Dauphin (9M-1GB) yang terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih pada Sabtu lalu di sini hari ini. - Foto Bernama
 
 
 
SEMENYIH - Pasukan Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) dalam kes nahas helikopter di sini, berjaya mengeluarkan satu lagi enjin helikopter berkenaan tengah hari tadi.

Semalam, pasukan itu berjaya mengumpulkan satu daripada dua enjin dan beberapa komponen kecil bangkai helikopter itu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abu Samah Mat berkata, enjin kedua dinaikkan pada pukul 12.30 tengah hari tadi dan dibawa ke Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sungai Besi.

Selain itu, beliau berkata kotak gear helikopter itu telah dijumpai dan kerja-kerja pengeluaran sedang giat dijalankan dan dijangka mengambil masa dua jam.

"Kotak gear dijangka dikeluarkan pada 5 petang menerusi unit udara PDRM dan dihantar ke Pangkalan Sungai Besi. Usaha-usaha mencari serpihan komponen besar helikopter boleh diselesaikan dan dikeluarkan petang ini," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian hari ini. 

Katanya 178 anggota penyelamat dan penyiasat akan cuba mengeluarkan serpihan komponen bahagian kecil dan selebihnya hari ini sekiranya cuaca membenarkan, dan sekiranya tidak, akan bersambung keesokan hari.

"Buat masa ini, pencarian masih dijalankan 500 meter jejari daripada lokasi nahas  dan pasukan kami akan 'menggeledah semua kawasan' untuk kumpul segala bukti yang perlu dalam siasatan ini," katanya.
Abu Samah berkata buat masa ini, siasatan itu turut melibatkan lima pakar AAIB dan seorang daripada pengeluar enjin Turbomeca dari Perancis serta empat lagi iaitu dua daripada Airbus Helicopters France dan dua daripada Airbus Helicopters Malaysia.
Dalam pada itu, beliau berkata polis telah mengambil keterangan 17 saksi berhubung kejadian nahas itu.

Siasatan tragedi nahas helikopter yang mengorbankan enam orang termasuk Anggota Parlimen Rompin Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Azlin Alias, masuk hari keempat hari ini.

Dalam kejadian Sabtu lepas, helikopter Dauphin AS3655N2 (9M-1GB) yang membawa enam orang terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih pada 4.55 petang.

Empat lagi mangsa ialah juruterbang Kapten Clifford William Fournier, pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan B Seran, ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang dan seorang wanita dikenali sebagai Aidana Baizieva. - Bernama


Bicara kes Rafizi dedah maklumat sulit 27 April

Posted: 07 Apr 2015 02:14 AM PDT


rafizi ramli Rafizi Ramli
 
 
 
SHAH ALAM - Perbicaraan kes tuduhan mendedahkan maklumat sulit perbankan berkaitan isu National Feedlot Corporation (NFC) membabitkan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli ditetapkan pada 27 April ini.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Nozina Ayob hari ini selepas membenarkan permohonan pendakwaan untuk menetapkan tarikh perbicaraan berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Rafizi semalam.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Haziq Dniyaddin Rozali manakala Setiausaha Agung PKR itu diwakili peguam, Michelle Yesudas.

Pada Ogos 2012, Rafizi, 38, mengaku tidak bersalah atas tuduhan mendedahkan empat dokumen profil pelanggan Public Bank mengenai ringkasan imbangan NFC, National Meat and Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan Pengerusi NFC, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail.

Beliau didakwa mendedahkan dokumen itu kepada perunding media, Yusuf Abdul Alim dan pemberita The Star, Erle Martin Carvalho di ibu pejabat PKR di Merchant Square, Petaling Jaya pada 7 Mac 2012.

Semalam, Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh Tan Sri Md Raus Sharif menolak rayuan Rafizi atas alasan mahkamah itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar rayuan beliau kerana kes itu berasal dari Mahkamah Sesyen.


Naik harga 1 sen pun boleh didakwa

Posted: 06 Apr 2015 11:09 PM PDT


Naik harga 1 sen pun boleh didakwa  
Alias ketika bercakap pada sidang media, semalam.


 
PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Peniaga yang sengaja menaikkan harga barang susulan pelaksanaan GST boleh dikenakan tindakan walaupun jumlah kenaikan harga kecil, menurut Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Alias Ahmad.

Beliau mengulas aduan disalurkan pengguna kepada Sinar Harian mengenai harga barang yang sudah termasuk cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebelum ini dikekalkan peniaga yang kemudian menambah kadar enam peratus GST, sekali gus meningkatkan harga barang dan membebankan pengguna.

"Prinsipnya jelas, kalau barang itu ada SST (sebelum ini), kalau kadar SST lebih daripada GST, barang akan turun harga. Kalau SST (sebelum ini) lebih rendah daripada GST, harga akan diseimbangkan dengan enam peratus GST.

"Sekiranya peniaga naikkan harga lebih daripada yang patut dikenakan, kita akan lihat sama ada peniaga mencatut atau tidak. Apabila berlaku kenaikan begini kita kena lihat banyak perkara, kita tak menghukum secara tidak adil.

"Kenaikan harga mungkin boleh berlaku akibat macam-macam sebab jadi peniaga perlu tunjukkan sebab kenaikan harga itu. Kalau untuk mengambil keuntungan, peniaga naik satu sen pun kita boleh dakwa di bawah undang-undang, kerana peniaga dikira mencatut (mengambil untung berlebihan)," tegas Alias pada sidang media mengenai GST, semalam.

Alias berkata, di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan, peniaga diwajibkan menyimpan dokumen dan invois berkaitan jual beli selama tujuh tahun untuk dijadikan bahan bukti terhadap siasatan KPDNKK.

Sistem cukai SST yang diguna kerajaan sejak 1972 sebelum ini mengenakan kadar cukai berbeza mengikut jenis barang, contohnya kadar lima peratus bagi makanan segera, minuman dan produk tenusu.

Sementara itu, kadar SST 10 peratus pula dikenakan bagi barang kegunaan harian, barangan elektrik, kenderaan dan perabot yang sepatutnya mengalami penurunan harga selepas SST dimansuhkan dan digantikan dengan GST.

84 peniaga disiasat

Sementara itu, Alias berkata, bagi tempoh lima hari pertama pelaksanaan GST, 36,429 pemeriksaan premis telah dibuat melalui Ops Catut 2 yang dijalankan bersama oleh KPDNKK dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Menurutnya, daripada pemeriksaan tersebut, 84 kes dibuka untuk siasatan dan 217 notis dikeluarkan untuk mendapatkan penjelasan peniaga mengenai punca kenaikan harga atau caj perkhidmatan tidak munasabah.

Sementara itu, berkongsi statistik terkini aduan berhubung GST, Alias berkata, bagi tempoh 1 April hingga 5 April 2015, jumlah aduan ke diterima melalui portal e-aduan KPDNKK ialah 2,494.

Katanya, daripada jumlah itu, aduan berkaitan pembelian kad tambah nilai prabayar telefon bimbit yang dikenakan GST menurun daripada 47 peratus kepada 44 peratus daripada keseluruhan aduan.

Namun, beliau berkata, aduan melalui portal tersebut mengenai kenaikan harga barang menunjukkan peningkatan termasuk barangan seperti makanan dan minuman di restoran, susu tepung bayi dan lampin pakai buang bayi.

"Aduan berkaitan resit tiada nombor pendaftaran GST, tetapi kenakan caj GST enam peratus pula secara relatifnya meningkat daripada 347 aduan kepada 362 aduan.

"Manakala aduan berkaitan caj perkhidmatan 10 peratus pula meningkat kepada 111 aduan," katanya.


SPR terima notis kekosongan kerusi Rompin

Posted: 06 Apr 2015 10:58 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan telah menerima notis pemberitahuan mengenai kekosongan kerusi kawasan Parlimen Rompin daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini.
  
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata sehubungan itu suruhanjaya berkenaan akan mengadakan satu mesyuarat khas dalam masa terdekat bagi membincangkan tarikh-tarikh penting berkaitan proses Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin.
  
"Antara tarikh yang akan ditentukan dalam mesyuarat khas itu adalah penamaan calon, pengundian awal, pengundian biasa dan menentukan daftar pemilih yang akan diguna pada PRK Parlimen Rompin," katanya kepada Bernama hari ini.
  
Abdul Aziz menjelaskan SPR perlu mengadakan mesyuarat khas jika berlaku kekosongan kerusi sama ada bagi kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak awal daripada empat hari dan tidak lebih daripada 10 hari dari tarikh penerimaan notis pemberitahuan kekosongan sesuatu kerusi.
  
"Menurut Fasal (4) Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, SPR perlu mengadakan PRK dalam tempoh 60 hari dari tarikh berlaku kekosongan," katanya.

PRK Rompin perlu diadakan berikutan kematian Anggota Parlimennya Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Sabtu lalu.
  
Selain Jamaluddin, tragedi itu turut mengorbankan lima yang lain termasuk Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alias, juruterbang helikopter Clifford William Fournier Jr, pembantu operasi Aidana Baizieva, ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang dan pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan B Seran.
  
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 pada Mei 2013, Jamaluddin yang juga Pengerusi Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) mengekalkan kerusi kawasan tersebut yang disandangnya sejak 23 tahun lalu, apabila mengalahkan bekas Ketua Muslimat PAS Pusat Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi.-Bernama


 

Graduan universiti swasta lebih ramai menganggur

Posted: 06 Apr 2015 10:47 PM PDT

 
27 peratus graduan universiti swasta terpaksa menunggu 6 bulan sebelum mendapat pekerjaan berbanding universiti awam 24 peratus.


Ong Kian Ming


PETALING JAYA: Satu kajian terbaharu oleh Penang Institute mendapati graduan lulusan universiti swasta lebih ramai menganggur berbanding graduan universiti awam.

Analisis berdasarkan data terbaharu 2013 yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan mendapati 27 peratus graduan universiti swasta terpaksa menganggur sehingga enam bulan sebelum mendapat pekerjaan berbanding universiti awam 24 peratus.

Statistik oleh Jabatan Statistik Malaysia bagi 2015 menunjukkan kadar pengangguran di negara ini adalah sekitar 3.1 peratus.

Hasil kajian Penang Institute juga mendapati hanya 13.3 peratus tenaga akademik di universiti swasta memiliki Ijazah Doktor Falsafah (PhD), jauh lebih rendah berbanding universiti awam 33.4 peratus.

Pengurus Besar Penang Institute, Ong Kian Ming yang mendedahkan kajian terbaharu itu berkata, hanya 76.2 peratus tenaga akademik di universiti swasta memiliki kelayakan sarjana dan sarjana muda manakala 10.5 peratus mempunyai kelayakan lebih rendah dari itu.

Kian Ming yang juga Ahli Parlimen Serdang berkata, universiti swasta juga menunjukkan prestasi lemah di dalam negara dan peringkat antarbangsa.

Hanya 52 peratus universiti awam mencapai tahap cemerlang berdasarkan 13 kriteria yang ditetapkan oleh kementerian menerusi sistem SETARA berbanding 81 peratus yang dicatatkan universiti awam.

"Hanya 16 peratus universiti swasta mencapai tahap baik manakala satu pertiga universiti swasta ini tidak layak mendapat sebarang status," katanya.

Di peringkat antarabangsa pula, Kian Ming berkata, universiti swasta tidak mencatatkan pencapaian yang membanggakan apabila hanya 5 universiti swasta tersenarai dalam QS-Asia 2014 di mana Universiti Teknologi Petronas (UTP) disenaraikan kedudukan antara 191-200.

UTP juga menjadi universiti swasta tunggal mencapai taraf 5 bintang mengikut sistem MyRA kerana aktif menjalankan penyelidikan.

Kian Ming berkata, pelajar universiti swasta, kolej universiti dan kolej swasta dalam keadaan tertekan selepas kerajaan mengurangkan pemberian pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebanyak 15 peratus berkuatkuasa pada November 2014.

Pegawai polis dakwa dirinya bingung seperti dikawal kasanova

Posted: 06 Apr 2015 10:39 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
GEORGETOWN: Seorang pegawai kanan polis wanita memberitahu Mahkamah Majistret di sini pada Isnin bahawa dia tidak mempunyai niat untuk melepaskan seorang tahanan dikenali 'kasanova', dua tahun lepas.
 
ASP L. Chandkumary, 56, berkata dia tidak mengingati apa yang berlaku pada hari kejadian dan mendapati dirinya berada di dalam sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan, seorang diri lengkap dengan berpakaian polis.
 
Dia berkata fikirannya seperti dikawal oleh kasanova itu dan bertindak mengikut suara yang didengarinya.
 
"Pada masa itu, dia (tertuduh) asyik merenung saya dalam tempoh yang lama dan pada masa sama mulutnya terkumat-kamit. Badan saya lemah dan kepala saya berat. Saya tidak dapat bercakap apa-apa ketika itu. Saya seperti dikawal oleh sesuatu, saya tidak dapat jelaskan.
 
"Saya tidak ingat apa yang berlaku. Saya cuma ingat, saya berada di dalam kereta seorang diri. Kereta diletakkan di tepi jalan. Saya bingung. Saya percaya pada masa itu, dia telah larikan diri. Saya sedar, tertuduh memanipulasi fikiran saya dan saya ikut apa yang dia kata," katanya di hadapan Majistret Dianne Ningrad Nor Azhar.
 
Dia berkata demikian semasa menjawab soalan peguamnya, Danny C. Navarednam dalam pemeriksaan utama ketika memberi keterangan membela diri pada perbicaraan kes itu.
 
Pada 21 Okt 2013, Chandkumary mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan berhubung kes itu.
 
Bagi pertuduhan pertama, wanita itu didakwa sengaja melepaskan tahanan K. Prabaharan, 47, yang menghadapi pertuduhan kes penipuan pada 1.50 tengah hari di Kompleks Mahkamah George Town pada 9 Okt 2013.
 
Pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa membuat laporan palsu di Balai Polis Timur Laut pada 8.05 malam, hari yang sama berhubung insiden itu.
 
Bagi pertuduhan pertama, Chandkumary didakwa mengikut Seksyen 225A (1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tiga tahun, denda atau kedua-duanya manakala pertuduhan kedua mengikut Seksyen 182 kanun sama memperuntukkan penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
 
Ditanya mengenai tindakan tertuduh memberi RM50 kepada anggota polis pengiring untuk membeli makanan pada hari kejadian, Chandkumary berkata dia tidak berniat jahat dan menganggap itu tanggungjawabnya sebagai pegawai atasan memandangkan ketika itu waktu makan tengah hari.
 
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Fatimah Talib dan perbicaraan bersambung 27 April ini.
 
 

Ujian doping: Chong Wei ke London untuk persiapan terakhir

Posted: 06 Apr 2015 10:37 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic



SEPANG: Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei berlepas ke London, sebentar tadi.
Pemergian itu bagi melakukan persiapan terakhir bersama peguamnya, Mike Morgan sebelum ke Amsterdam, Belanda bagi menghadiri perbicaraan susulan kes doping membabitkan dirinya, Sabtu ini.

Chong Wei yang juga bekas pemain nombor satu dunia ditemani Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kenny Goh, ahli majlis BAM yang juga peguam, Jadadish Chandra serta peguam peribadinya.

"Ini adalah detik penting untuk saya, saya harap semua terus memberi sokongan kepada saya. Saya harap perkara ini akan selesai secepat mungkin," kata Chong Wei ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebentar tadi.

Dia kini digantung sementara oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas gagal dalam ujian antidoping kerana menggunakan bahan terlarang dexamethasone ketika beraksi pada Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos tahun lalu.

Ubah kaedah pembiayaan, 70 peratus universiti swasta bakal ‘gulung tikar’

Posted: 06 Apr 2015 10:34 PM PDT

okm

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Penang Institute memberi amaran bahawa kira-kira 70 peratus institusi pendidikan tinggi swasta akan 'gulung tikar' tahun ini berikutan perubahan dalam kaedah pembiayaan.

Pengurus Besar Penang Institute Dr Ong Kian Ming berkata, berdasarkan semakan melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), 45 peratus daripada kolej universiti dan universiti swasta tidak mempunyai aset mencukupi untuk menampung liabiliti semasa mereka.

"Data SSM menunjukkan 28 universiti swasta atau 46 peratus daripadanya mengalami kerugian dalam tahun fiskal 2013.

"Manakala sekitar 71 peratus di bawah purata pasaran dari segi aset yang mencukupi," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, kemungkinan 'gulung tikar' itu diperkukuhkan menerusi tindakan kerajaan memotong pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebanyak 15 peratus untuk universiti swasta.

"Berdasarkan data SSM, perubahan pembiayaan ini akan menyebabkan 69.2 peratus univesiti swasta mengalami masalah kewangan pada masa akan datang.

"Kira-kira 76.2 peratus kolej universiti dan tiga suku daripada kampus cawangan universiti luar negara akan menyaksikan kewangan mereka berada dalam 'wilayah' negatif disebabkan perubahan ini," ujarnya.

Ahli Parlimen Serdang itu menegaskan, tidak mustahil beberapa pusat pengajian tinggi swasta di negara ini akan mengalami nasib sama seperti Kolej Universiti Sains Perubatan Allianze (AUCMS) yang terpaksa ditutup akibat masalah kewangan.

"The Masterskill Education Group Berhad, pemilik Asia Metropolitan University turut berdepan masalah kewangan apabila harga saham mereka jatuh dari RM4.24 pada Ogos 2010 kepada paras serendah RM0.30 Mei tahun lalu.

"Ia pulih kepada RM0.62 bulan lalu berikutan penyusunan semula dan perubahan dalam pengurusan serta perkongsian pemilikan," kata Kian Ming.

Selepas dua tahun mengumpul maklumat dan maklum balas berkaitan pendidikan negara, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melalui Kementerian Pendidikan akan melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Negara 2015 (Pendidikan Tinggi) esok.

Namun kata Kian Ming, pelan tersebut tiada guna jika hanya menumpukan kepada pendidikan tinggi awam, dan tidak menghiraukan pendidikan tinggi swasta yang berdepan implikasi serius. – Roketkini.com


Makanan pelajar dikurangkan untuk jimat

Posted: 06 Apr 2015 10:30 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Pelajar di sebuah sekolah menengah agama yang berasrama penuh di Johor telah dikurangkan makanan ekoran langkah penjimatan oleh pembekal makanan di sekolah itu.

Para pelajar di Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor yang terletak di Kluang mengalami kekurangan makanan sehingga 170 gram setiap hari berikutan makanan yang disajikan tidak sama seperti di bahagian menu, lapor Laporan Ketua Audit Negara 2014.

170 gram makanan bersamaan dengan sebuah burger keju.

"Sebanyak 24 jenis makanan tengah hari dan malam bagi setiap bulan telah dikurangkan daripada dua hidangan berat kepada satu hidangan berat dengan harga kontrak yang sama," kata laporan itu.

Sehubungan itu, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam jawapan kepada Ketua Audit Negara berkata, menu dikurangkan kerana hidangan asal terlalu mahal.

Selain itu, audit lain yang dilakukan terhadap sebuah lagi sekolah agama berasrama, Maahad Johor juga mendapati perkara sama berlaku di mana satu hidangan tidak disajikan kepada pelajar semasa sesi makan tengah hari dan malam.


Hadi mungkin bentang RUU hudud hari ini

Posted: 06 Apr 2015 10:27 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan membentangkan rang undang-undang persendirian bagi membuka laluan ke arah pelaksanaan hudud di Parlimen hari ini.

Rang undang-undang bagi untuk meminda akta mahkamah syariah itu dimuat dalam senarai aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.

Bagaimanapun masih tidak jelas sama ada speaker akan membenarkan Hadi membentangkan rang undang-undang itu.

Ia juga kemungkinan besar tidak sempat dibahaskan kerana berada di kedudukan ke-24 dalam aturan mesyuarat Dewan Rakyat.

Sebelum ini, menteri undang-undang Nancy Shukri dilaporkan sebagai berkata sukar untuk sebuah rang undang-undang persendirian dibaca kerana kerajaan mempunyai beberapa lagi rang undang-undang untuk dibentang.

Jika gagal dibentang dalam sidang kali ini, ia dijangka dibawa ke sidang akan datang bermula 16 Mei depan.

Selain mahu menambah bidang kuasa mahkamah syariah, pindaan itu antaranya mahu menggantikan Seksyen 2 Akta Mahkamah Syariah dengan peruntukan:

"Mahkamah syariah akan mempunyai kuasa ke atas seseorang penganut agama Islam dan di dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara-perkara yang disenaraikan di dalam Senarai 1 Senarai Negeri di bawah Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan."

Cadangan pindaan itu juga memasukkan peruntukan bahawa mahkamah syariah berhak menjatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang syariah yang dinyatakan, "sesuai dengan kehendak syariah Islam".

Mahkamah syariah sekarang ini diperuntukkan hukuman maksimum tiga tahun penjara, RM5,000 denda dan enam sebatan.

Selain 21 undi daripada partinya, PAS dilihat meletakkan harapan kepada anggota Parlimen beragama Islam, termasuk Umno dan PKR untuk menyokongnya.


Penggunaan USD3 bilion dana 1MDB, Najib bohong lagi

Posted: 06 Apr 2015 10:19 PM PDT

tony_pua
Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak berbohong mengenai penggunaan pinjaman USD3 bilion yang dikumpul anak syarikat Kementerian Kewangan, 1MDB Global Investments Limited.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, jawapan Najib kepada soalan parlimennya tentang bagaimana pinjaman itu digunakan, bercanggah dengan penyata kewangan 1MDB bagi tahun berakhir Mac 2014.

Menurut Tony, pembohongan pertama adalah mengenai Abu Dhabi Malaysia Investment Corporation (ADMIC) projek usahasama antara 1MDB dan Aabar Investments PJS melibatkan penggunaan USD1.5 bilion.

"Pertama, ia jelas bahawa ADMIC langsung tidak diambilkira dan mungkin gagal selepas dua tahun.

"Namun, Menteri Kewangan hanya berkata separuh benar bahawa 'ia telah dirancang' tanpa sebarang penjelasan," kata Tony dalam satu kenyataan.

Setiausaha Publisiti DAP itu menegaskan, berdasarkan pekeliling tawaran dan prospektus bon, keseluruhan USD3 billion jelas untuk digunakan oleh ADMIC bagi pembangunan Tun Razak Exchange (TRX).

"Namun, Menteri Kewangan telah berbohong mengenainya dengan menyatakan hanya USD1.5 billion untuk usahasama projek itu.

"Walaupun separuh daripada dana USD1.5 bilion tersebut tidak dilabur ke dalam TRX, namun 1MDB sebenarnya sangat terdesak untuk mencari dana baru bagi membangunkan projek tersebut," ujarnya.

Memetik laporan kewangan 1MDB Tony berkata, Najib sekali lagi berbohong apabila mendakwa kononnya baki USD1.56 bilion telah diletakkan dalam portfolio pelaburan pelbagai sektor di bawah seliaan sebuah agensi penarafan kredit antarabangsa.

Jelasnya, kenyataan Najib itu bercanggah dari penyata kewangan 1MDB yang menyebut dana tersebut telah pun dibelanjakan untuk 'pembayaran hutang dan modal kerja'

"Nampaknya, semua jawapan dari Kementerian Kewangan berkenaan 1MDB sekarang ini tidak boleh dipercayai.

"Terdapat percubaan secara bersepadu dan bahaya untuk menutup penyelewengan berbilion ringgit 1MDB yang terbeban dengan hutang RM42 bilion.

"Bagaimana seorang Menteri Kewangan boleh melakukan pembohongan demi pembohongan secara berulang kali di Parlimen? soal Tony. – Roketkini.com

Henti manipulasi isu KIDEX, BN Selangor disaran tumpu projek Lebuhraya Pantai Barat

Posted: 06 Apr 2015 10:17 PM PDT

lau weng san

Roketkini.com


PETALING JAYA: ADUN BN Selangor disaran memberi tumpuan kepada penambahbaikan pengangkutan awam dan pembinaan Lebuhraya Pantai Barat (WCE), dari sibuk memanipulasi isu Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX).

ADUN Kampung Tunku Lau Weng San berkata, beliau terkejut apabila ADUN BN Permatang, Sulaiman Abdul Razak membawa usul menggesa kerajaan negeri berkerjasama dengan Pusat untuk menerima projek KIDEX.

"Adalah mengejutkan apabila ADUN BN dari kawasan pesisiran pantai itu membentangkan usul menyokong KIDEX di Dewan Undangan Negeri Selangor.

"Sedangkan yang diperlukan di Selangor adalah sistem pengangkutan awam berkesan di kawasan bandar, luar bandar dan lebuh raya di kawasan luar bandar," kata Weng San dalam satu kenyataan.

Ujarnya, ketiga perkara tersebut perlu diberi tumpuan, terutamanya kawasan di pantai barat Selangor yang memiliki lebih separuh daripada 12 ADUN UMNO.

Berbanding KIDEX, rakyat Selangor tidak membantah pembinaan lebuhraya lain seperti Lebuhraya Kuala Selangor (LATAR) dan WCE.

"Kami percaya LATAR dan WCE mengurangkan kesesakan lalu lintas di samping mengembangkan aktiviti pelancongan dan ekonomi," jelas Weng San.

Sedangkan, KIDEX dibatalkan kerana syarikat konsesi tidak telus menjalankan projek dan gagal memenuhi pra-syarat ditetapkan.

Justeru itu, ADUN BN Selangor dan kerajaan Persekutuan seharusnya menumpukan perhatian kepada program transformasi, bukannya memainkan isu KIDEX bagi mendapat sokongan politik.

Weng San turut mengingatkan kerajaan Persekutuan tentang Program Transformasi Kerajaan, yang antara lain merancang untuk meningkatkan kualiti pengangkutan awam.

"Amat mengecewakan apabila kerajaan Persekutuan menandatangani perjanjian konsesi dengan KIDEX.

"Ia bukan sahaja pengkhianatan kepada rakyat, tetapi pengkhianatan kepada program tranformasi yang diuar-uarkan kerajaan sendiri," tegasnya. – Roketkini.com


POTA: Masa depan gelap hak asasi manusia di Malaysia

Posted: 06 Apr 2015 10:14 PM PDT

ong kian ming

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: DAP menyelar tindakan Gerakan yang sebelum ini mendakwa diri mereka pembela nilai demokratik, namun akhirnya membatu dan menyokong Akta Pencegahan Keganasan (POTA).

Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming berkata, amat memalukan menyaksikan Gerakan yang diwakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mah Siew Keong dan Ahli Parlimen Simpang Renggam Liang Teck Meng tidak berkata apa-apa dalam perbahasan POTA semalam.

"Apabila saya membahaskan pindaan kepada Seksyen 13 hingga 28 rang undang-undang POTA yang dicadangkan Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin, saya menjemput Liang untuk menyatakan kedudukan partinya.

"Jawapan yang diterima amat mengecewakan iaitu 'malas nak jawab'

"Ia sangat mengecewakan untuk melihat parti hati nurani kepada BN langsung tidak peduli untuk mempertahankan rang undang-undang POTA yang membenarkan penahanan tanpa bicara," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Gerakan sebelum ini telah menyuarakan bantahan terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan perkara tersebut juga tertera dalam 'booklet' mereka.

Kian Ming juga mengkritik MCA yang turut membisu semasa perbahasan semasa perbahasan mengenai pindaan kepada rang undang-undang POTA.

"Dengan pembela nilai-nilai liberal dan demokratik yang ada dalam BN seperti Gerakan dan MCA, perlindungan hak asasi manusia di Malaysia sedang menghadapi masa gelap," ujarnya.

POTA diluluskan kira-kira jam 2.45 pagi tadi meskipun wakil rakyat Pakatan Rakyat berhempas pulas membantahnya dan meminta ia dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Parlimen untuk perbincangan lanjut.

POTA diluluskan selepas undian belah bahagian ke sembilan dilakukan dengan undian terakhir memihak kepada kerajaan dengan kiraan 79 bersetuju dan 60 tidak bersetuju (untuk meluluskan). -Roketkini.com


Tiada ulasan: