Selasa, 7 April 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Mana lebih penting, bagi kuliah atau hadir diparlimen?

Posted: 06 Apr 2015 06:07 PM PDT

Marang dok bg kuliah di Kg Nakhoda Selayang....
  Kesian kepada rakyat yang telah memilih mereka sebagai wakil ke dewan rakyat, tetapi mereka ini gagal melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.

 Sementara sahabat-sahabat mereka sedang bermati-matian menentang Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (POTA) di parlimen hingga lebih kurang jam 2.30 pagi semalam ada pula segelintir ahli parlimen PAS telah ponteng dengan acara peribadi masing-masing... (Sila lihat perbincangan panas yg menarik di sini)


still debating in Parliament at 1.37 am...
  Ahli Sepang, Hanipa Maidin telah memuat naik dalam facebooknya : 
 Masih di Parlimen walaupun jam sudah pukul 12 pagi. Masih berbahas mengenai RUU Pencegahan Keganasan 2015 . Pakatan Rakyat akan memastikan setiap seksyen yang dibentangkan akan dibahas dan diundi berbelah bahagian ( undi setiap ahli Parlimen ) . Mungkin habis sampai 4 pagi rasanya.. We will never surrender menentang Akta Drakonian yang melanggar semua prinsip keadilan, kemuliaan insan , kesamarataan di sisi undang undang dan prinsip prinsip asas system undang undang jenayah yang dijamin oleh undang undang islam ataupun undang undang manusia. 
 Malang sekali kerana seorang presiden parti sendiri telah menampilkan satu sikap contoh perjuangan yang sangat memalukan! Beliau ponteng semata-mata untuk menyampaikan kuliah di Kampong Nakhoda. Macam sudah tidak ada masa lainkah untuk sampaikan kuliah tersebut?

Senarai Ahli Parlimen yang tak ada masa undi POTA.... (Sila ambil perhatian & sediakan alasan yg kukuh kenapa PONTENG.) 

1) MARANG - Abdul Hadi Awang
2) POKOK SENA - Mahfuz Haji Omar
3) KOTA RAJA - Siti Mariah binti Mahmud
4) TUMPAT - Kamarudin Jaffar 
5) TEMERLOH - Nasrudin Bin Hassan 
6) PASIR MAS - Nik Mohamad Abduh Bin Nik Abdul Aziz 
7) RANTAU PANJANG - Siti Zailah binti Mohd Yusoff 
8) KUALA NERUS - Mohd Khairuddin Bin Aman Razali 
9) KOTA BHARU - Takiyuddin Bin Hassan 
10) PKLN CHEPA - Izani Bin Husin

Biaq orang kenai Ahli Parlimen kaki ponteng makan gaji buta!! 

catatan : Maklumat dan gambar diatas saya perolehi dari facebook - kredit kpd loyar Zulhazmi dan Peguam PAS.

Tiada ulasan: