Rabu, 29 April 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Ahmad Maslan tidak faham GST-Tun M

Posted: 29 Apr 2015 03:19 AM PDT

 
Menurut Dr Mahathir jawapan dan respon yang diberikan Ahmad Maslan menunjukkan Ahli Parlimen Pontian itu sebenarnya tidak mendalami GST.


maslam mahathir pulak


KAJANG : Tun Dr Mahathir Mohamad menempelak Datuk Ahmad Maslan yang tidak tahu hal ehwal kewangan walhal memegang jawatan Timbalan Menteri Kewangan.

Bekas Perdana Menteri berkata, Ahmad Maslan sebagai pelaksana sepatutnya lebih arif tentang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Katanya, berdasarkan jawapan dan respon yang diberikan oleh Ahli Parlimen Pontian sudah cukup membuktikan Ahmad Maslan sebenarnya tidak mendalami GST.

"Orang yang nak laksana tak paham apa dia (GST). Bila kita tanya dia pun tidak berapa tahu. Jadi nampak tak memahami secara mendalam. Saya pun kena bayar GST juga," katanya.

Dr Mahathir berkata, walaupun beliau tidak memahami GST namun Ahmad Maslan tidak pula mengatakan apa disebutnya itu salah.

"Saya tak faham (GST) tapi apa yang saya kata dia (Ahmad Maslan) tak kata salah tapi yang dia cakap tu macam tak tahu apa.

"Jaga pasal kewangan tapi tak tahu pasal kewangan langsung, macam mana?," katanya.

Sebelum ini, Ahmad Maslan menyifatkan Dr Mahathir tidak tahu GST kerana kemungkinan tidak mendapat penerangan terperinci atau tersalah tafsir mengenai pelaksanaan GST daripada orang-orang di sekelilingnya.

Dalam perkembangan sama, Dr Mahathir mengesahkan beliau tidak akan menyertai perhimpunan pada 1 Mei bagi membantah pelaksanaan GST.

Pentadbiran Najib tidak bersih- Tun M

Posted: 29 Apr 2015 03:16 AM PDT

 
Dr Mahathir menerima agenda kerajaan membayar hutang tetapi beliau tidak puas hati apabila duit negara hilang dan hutang luar negara meningkat.


mahathir kritik najib



KAJANG : Tun Dr Mahathir Mohamad mengaku beliau menyerang Datuk Seri Najib Tun Razak kerana pentadbirannya yang didakwa tidak bersih.

Bekas Perdana Menteri berkata, beliau tidak puas hati kerana di bawah pentadbiran Najib, duit negara hilang dan hutang luar negara pula meningkat.

"Agenda kerajaan kena bayar hutang. Kalau bayar hutang saya tidak ada masalah. Menjadi masalah sekarang ialah duit (negara) hilang.

"Kalau satu juta, dua juta takpelah, ni sampai 14 juta, 20 juta hilang. Tidak tahu ke mana perginya. Ini persoalannya. Saya tak puas hati pasal duit hilang…duit kerajaan," katanya pada sidang media selepas menyampaikan Syarahan Perdana di German-Malaysia Institute pada Rabu.

Dr ‎Mahathir berkata demikian ketika diminta untuk mengulas mengenai kenyataan Najib yang menyatakan beliau tidak akan berganjak walaupun 'diserang'.

Najib ketika berucap ketika melancarkan laporan Program Transformasi 2014 berkata, beliau tidak akan berganjak atau menyerah kalah walaupun diasak dan dikritik.

Cubaan Syarikat Jho Low Beli Hotel di London Bernilai Lebih 900 Juta Pound Sterling Dapat Sokongan 1MDB?

Posted: 29 Apr 2015 03:14 AM PDT




Cubaan Syarikat Jho Low Beli Hotel di London Bernilai Lebih 900 Juta Pound Sterling Dapat Sokongan 1MDB? : Jikalau disemak pada laporan Berita Astro Awani yang bertarikh 16 Mac 2015, laporan berita Astro Awani menyatakan yang mana Perdana Menteri kita sama sekali menyangkal dakwaan liar yang mengatakan figura yang cukup popular dengan skandal 1MDB ini, Jho Low sama sekali tiada kaitan dengan 1MDB pada ketika Datuk Seri Najib menjawab soalan di Dewan Rakyat.

jho low 1mdb

 

Cubaan Syarikat Jho Low Beli Hotel di London Bernilai Lebih 900 Juta Pound Sterling Dapat Sokongan 1MDB?

Persoalannya di manakah kebenarannya? Semakan Berita Semasa terhadap transkrip yang keluar dari Mahkamah di Britain menunjukkan secara jelas di sini struktur kertas penghakiman kes Patrick McKKillen v Misland(Cyprus) Investments Ltd dan 10 yang lain di London seperti lampiran yang telah Berita Semasa kongsikan di bahagian atas.

Ia menunjukkan Jho Low ada "hubungan" dengan 1MDB mellaui syarikat Wynton dan tawaran yang dibuat Jho Low mendapat sokongan dari kerajaan 1MDB dan kerajaan Malaysia untuk beli 3 buah hotel di London dengan nilai lebih 900 juta pound sterling.

BACA SINI BERKAITAN : Soal Jawab Najib Razak di TV3 Isu Semasa Terkini di Malaysia 1MDB, BR1M, Altantuya. Berpuas Hati Jawapan Najib?

Tetapi dalam pada masa yang sama Najib Razak mengatakan JHo Low tiada kaitan dengan 1MDB?
P/S : Ingat lagi sejarah Nero bermain biola semasa Rom terbakar? Ataupun Marie Antaoinette yang gila kemewahan dicincang oleh rakyat Perancis? King Louis XVI? Berhati-hati.

P/S : Mengapa Datuk Seri Najib tidak menggunakan peluang ketika siaran rakaman penjelasan isu semasa di malaysia yang berbangkit untuk menyentuh dan memberikan penjelasan melibatkan isu ini? Rakyat tidak berminat mahu tahu anda bersumpah atau tidak, jambatan bengkok atau tidak.


Ahmad Maslan VS Tun Mahathir Mohamad ISU GST Malaysia 6% : Chedet Gesa Batal Segera GST. Bebankan Rakyat!

Posted: 29 Apr 2015 03:12 AM PDT




Ahmad Maslan VS Tun Mahathir Mohamad ISU GST Malaysia 6% : Chedet Gesa Batal Segera GST. Bebankan Rakyat! : Jurucakap NO.1 GST Malaysia, Ahmad Maslan yang sekarang ini cukup sibuk dengan aktiviti penerangannya ke seluruh Malaysia terhadap, keindahan, kebaikan, kecekapan dan segala macam yang baik-baik tentang pelaksanaan GST Malaysia yang dibuat sekarang ini menemplak mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir yang mencadangkan supaya batal GST Malaysia dihentikan pada masa sekarang ini.

batal gst

Ini kerana Ahmad Maslan merasakan Tun Dr Mahathir masih lagi kabur dan tidak faham pelaksanaan GST Malaysia ini.

 

Ahmad Maslan VS Tun Mahathir Mohamad ISU GST Malaysia 6% : Mahathir Tidak Faham?

"Jelas peratus GST merupakan cukai yang lebih rendah daripada SST sebelum ini. Bagaimana boleh dia (Dr Mahathir) kata lebih baik jika kerajaan batal GST?,"
Hebat. Kepada Ahmad Maslan, Berita Semasa ada persoalan seperti di bawah ini :
  • kenapa reload sekarang sudah naik harga?
  • kenapa dahulu bil internet dan segala benda naik harga?
  • padahal dahulu SST 10% harga reload RM10 bil RM199
  • GST datang reload jadi RM10.60 bil internet jadi RM210.9?
Di manakah penjimatan dan harga rendah yang dicanang oleh anda, wahai Ahmad Maslan? Yang rakyat paham sekarang, mereka bayar lebih?

P/S : Jikalau dahulu, kejatuhan empayar Melaka berpunca antaranya lain disebabkan sikap "tin kosong", pembodek dan pengampu seperti Raja Mendeliar dan si Kitul. Rakyat Malaysia tidak sanggup menerima jelamaan Raja Mendeliar dan si Kitul buat kali kedua.

PP/S : Seorang pemimpin tidak boleh guna teori dalam buku semata tanpa perhatikan realiti pelaksanaan di lapangan bagaimana.


SPR: Banduan memang tak layak mengundi

Posted: 29 Apr 2015 03:04 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kekal dengan pendiriannya menganggap banduan hilang kelayakan mengundi walaupun PKR mendakwa agensi itu tersilap mentafsir perlembagaan persekutuan.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof memberitahu Malaysiakini, mereka tidak akan mengubah keputusan berkenaan.

Malaysiakini pada Ahad lalu melaporkan, SPR menganggap seseorang banduan tidak layak mengundi berdasarkan Artikel 119 (3) (a) perlembagaan.

Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran (gambar) mendakwa, SPR tersilap dalam pentafsirannya dan menuntut Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dipenjara di Sungai Buloh dibenarkan mengundi dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh 7 Mei ini.

PKR: Pagoh lebih mundur dari Permatang Pauh

Posted: 29 Apr 2015 03:01 AM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Pengarah Pilihan Raya PKR Datuk Saifuddin Nasution berkata, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sepatutnya menjaga dan menumpukan isu pembangunan di kawasannya berbanding di Permatang Pauh.

Saifuddin mendakwa, kawasan Muhyiddin di parlimen Pagoh lebih mundur dari segi pembangunan dan infrastruktur berbanding di Permatang Pauh.

"Muhyiddin semalam menyentuh tentang pembangunan di Permatang Pauh.

"Jika dibandingkan dengan di Pagoh, di Permatang Pauh, pembangunannya lebih baik dari Pagoh dari segi prasarana, peluang pekerjaan dan pembangunan," katanya pada sidang media harian di Pusat Media PKR Permatang Pauh.

Semalam, Muhyiddin melahirkan kebimbangan sekiranya calon pilihan raya kecil Permatang Pauh Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail tidak dapat menjaga dan memajukan kawasan itu. 
 
 

Pemuda PAS PP tarik balik boikot PRK

Posted: 29 Apr 2015 02:56 AM PDT

MALYSIAKINI



Pemuda PAS Pulau Pinang telah mengubah pendiriannya dan hari ini mengumumkan untuk membantu jentera Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh. 

Ketua Pemudanya Mohd Yusni Mat Piah berkata, keputusan itu diambil selepas mesyuarat Pemuda PAS Pulau Pinang bersama Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Naib Khairil Nizam Khirudin, malam tadi. 
"Kami sebulat suara untuk akur arahan PAS Pusat untuk bantu gerak kerja PRK Permatang Pauh. 
"Kami juga tetap dengan pendirian kami supaya AMK menarik balik kenyataan melampau terhadap presiden PAS," kata Mohd Yusni (kanan) dalam sidang media di pejabat Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang di Kepala Batas pagi ini.

Turut hadir dalam sidang media itu Khalil dan Khairil.

Pemuda PAS Pulau Pinang sebelum ini bertegas tidak membantu gerak kerja Pakatan di Permatang Pauh setelah AMK negeri masih tidak memohon maaf kerana didakwa mengeluarkan kenyataan melampau kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

AMK Pulau Pinang sehingga hari ini masih lagi belum mengeluarkan sebarang kenyataan sama ada untuk menarik balik kenyataan tersebut atau membuat permohonan maaf.

Pemuda PAS akur Majlis Syura

Selain itu, Yusni berkata tindakan pihaknya membantu jentera Pakatan pada PRK ini tidak bermakna mereka akur dengan kenyataan AMK itu.

"Walaupun AMK belum menarik balik kenyataan dan memohon maaf, Pemuda PAS akan tetap membantu jentera pilihan raya Permatang Pauh atas dasar mempertahankan kerusi itu," katanya.

Malah, Yusni berkata, pihaknya juga hanya akur pada Majlis Syura Ulama apabila sebelum ini yang menetapkan bahawa PAS masih lagi kekal di dalam Pakatan.

"Kami tetap dengan pendirian sebelum ini tetapi pada masa sama tetap nak pertahankan kerusi Permatang Pauh. Tidak mahu kerusi terlepas daripada Pakatan.

"PAS ada Majlis Syura Ulama yang tetapkan parti ini masih dalam Pakatan, jadi akhirnya kami akur," tegasnya lagi.

Selain itu, Yusni juga berkata, beliau turut bersedia untuk memberi kerjasama dengan Jawatankuasa Disiplin parti sekiranya dikenakan tindakan tatatertib.

"Saya bersedia dan tahu prosudernya. Kalau ada laporan untuk diambil tindakan, saya bersedia kalau diminta.

"Saya atau (Pemuda PAS) Pulau Pinang bersedia untuk bekerjasama dengan Lembaga Tatatertib," katanya lagi.


Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Hatta Ramli berkata, beliau berterima kasih kepada Pemuda PAS negeri kerana memeriahkan lagi kempen Pakatan.

"Tidak timbul soal sama ada mereka (Pemuda PAS Pulau Pinang) akan dikenalan tindakan tatatertib kerana perkara itu telah diselesaikan.

"Pemuda PAS Pulau Pinang ambil keputusan untuk sertai (kempen) dengan sepenuh hati dan bekerja kuat," katanya.

Ella: Masyarakat belum sedia dengan GST

Posted: 29 Apr 2015 02:48 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Ratu Rock Ella mengakui masyarakat belum bersedia dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan bermula awal bulan ini.

"GST ini mungkin ada kebaikan, tetapi kita ini diberi masa (bersedia) yang tidak cukup.

"Maknanya kita kena warm up dulu sampai masyarakat faham, kemudian baru lancarkan," katanya kepada Malaysiakini di Kuala Lumpur semalam.

Tambahnya, pelaksanaan cukai itu, yang masuk hari ke-29 hari ini, seperti dibuat secara tiba-tiba.

"Tidak cukup masa, macam tiba-tiba," kata Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin.

Ella bukan selebriti pertama tampil menyuarakan perasaan tidak selesa itu.

Sebelum ini, pelakon, model dan pengacara Rozita Che Wan (kiri) juga telah menyatakan kebenciannya terhadap pelaksanaan GST secara terbuka.

Lebih mesra dengan panggilan Che Ta, beliau menyatakan bantahan halus itu melalui penggunaan hashtag #bencigst di Instragram ketika menyatakan sokongan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mahathir, bekas perdana menteri keempat sebelum ini mengeluh "keseorangan" mengkritik pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Lagu baru, rahsia kecantikan

Sementara itu Ella juga akan kembali mewarnai kariernya dengan pelancaran single terbaru berjudul "Istimewa" dan "Sujud" esok.

Album penuh akan dilancarkan Jun ini dan penggambaran klip video akan dibuat di kota London.

Ditanya mengenai keistimewaan lagu baru itu, Ella menjelaskannya sebagai "lagu berunsurkan ketuhanan dalam versi Ella'".

Ella juga kini cuba menceburi bidang perniagaan dengan produk kecantikan berasaskan rahsia turun temurun keluarganya.

Dinamakan "Lameya", produk itu mengandungi bahan berkhasiat seperti minyak ikan kod, habbatus sauda dan buah zaitun.

"Lameya bermaksud bijaksana, cantik dan berseri. Ia makanan Sunah. Ella dah pakai produk ni bertahun sejak dari mak lagi," katanya


Dr M: RM3 juta untuk bunga kenduri, Rosmah?

Posted: 29 Apr 2015 02:42 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menafikan beliau menyerang isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam salah satu tulisan dalam blognya.

Menurut bekas perdana itu, apa yang dibangkitkannya dalam tulisan itu hanya mengenai gaya hidup Datin Seri Rosmah Mansor yang kelihatan "mewah."

"Ada khabar angin mengatakan beliau (Rosmah) membelanjakan RM3 juta hanya untuk hiasan bunga-buangan (ketika majlis perkahwinan anaknya).

"Isunya ialah, orang bercerita. Ia mungkin salah atau betul. Saya tak pasti kalau ia benar, tetapi saya fikir ada yang fakta. Itu jadi masalah."

Dr Mahathir juga menambah, pendapatan sebagai seorang perdana menteri tidaklah tinggi.

Ketika menjawat tugas itu, katanya, beliau menerima pendapatan RM20,000 dan ia mencukup untuk dirinya dan keluarga beliau.


'Belajar dulu sebelum kata saya bodoh'

Posted: 29 Apr 2015 02:32 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan menafikan laporan yang mendakwa beliau menerima arahan supaya tidak bercakap mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada pilihan raya kecil Permatang Pauh dan Rompin.

Beliau menafikan laporan berita AstroAwani hari ini yang memetik sumber mengatakan Ahmad diberi amaran supaya tidak bercakap soal GST.

Laporan itu juga menyebut, amaran diberi kerana pihak pembangkang sering memanipulasikan isu pelaksanaan GST.

Sehubungan itu, mengulas perkara tersebut, Ahmad berkata, pihak pembangkang sering memainkan isu GST adalah kerana mereka takutkannya.

"Tidak ada seorang pucuk pimpinan yang memaklumkan saya tentang itu.

"Memang tiada terima sebarang amaran dari pucuk pimpinan Umno.

"(Pembangkang mainkan isu GST) kerana mereka takut pada saya," kata Ahmad sambil ketawa semasa mengadakan sidang media di Pusat Media PRK Permatang Pauh hari ini.

Sementara itu, mengulas mengenai kenyataan Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin dan ahli akademik Datuk Dr Agus Yusof yang mengkritik ahli parlimen Pontian itu, Ahmad meminta supaya mereka belajar lebih lanjut mengenai GST sebelum memanggilnya "bodoh".

Katanya, selain dua tokoh akademik itu, Tun Dr Mahathir Mohamad juga perlu diberitahu tentang perkara sebenar mengenai cukai GST.

"Saya berharap agar penasihat-penasihat Mahathir dan juga pelapor-pelapor kepada Tun Mahathir tolong ceritakan tentang GST yang sebenar kepada beliau.

"Kalau Tun Dr Mahathir, Dr Asri (kanan) dan Dr Agus tahu tentang GST ini menurunkan cukai rakyat, saya kira mereka setuju dengan GST.

"Oleh kerana itu saya ingin mengesyorkan Dr Agus dan Dr Asri belajar lebih lanjut tentang GST sebelum nak kata saya bodoh dan sebagainya.

"Saya juga syorkan Tun Mahathir diceritakan yang benar jangan tidak benar, kesian orang tua tu," kata Ahmad lagi.

Sabtu lalu, Ahmad menyifatkan bekas pemimpin negara itu masih belum memahami sepenuhnya tentang GST.

Ia mengundang rasa kurang senang Mohd Asri dan Agus apabila masing-masing mengkritik kenyataan Ahmad itu di Facebook mereka.

Perkara itu berbangkit apabila bekas perdana menteri menggesa supaya dibatalkan GST dan mengatakan pegawai yang mengedalikan perkara tersebut tidak faham tentang pelaksanaan cukai itu. 


SKMM: Youtube sekat video Alvin Tan

Posted: 29 Apr 2015 02:26 AM PDT

SINAR HARIAN


Alvin dikecam, biadab hina Azan Sedutan video yang dimuatnaik oleh Alvin Tan.
 
 
 
CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah meminta YouTube dan Facebook untuk mengeluarkan video menghina azan oleh Alvin Tan pada 21 April 2015.

Katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama, berdasarkan pemantauan SKMM menunjukkan bahawa video berkenaan telah dimuat naik beberapa kali di YouTube.

Oleh yang demikian katanya, pihak YouTube semalam telah menyekat video berkenaan untuk penonton di Malaysia, dan SKMM masih berhubung dengan Facebook untuk mengeluarkannya.

SKMM menegaskan pihaknya sedang memantau penyebaran video tersebut dan menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan video berkenaan dalam media  sosial mahupun dalam aplikasi pesanan kerana ia melanggar Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"SKMM menasihatkan orang ramai supaya jangan mudah terkesan dengan kelakuan yang tidak bermoral dan boleh menggugat keamanan dan keharmonian negara," katanya. - Bernama


Tun M kritik Najib kerana duit kerajaan hilang

Posted: 29 Apr 2015 02:24 AM PDT


Mahathir Mohamad Mahathir Mohamad
KAJANG - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau tiada masalah dengan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang asalkan pentadbiran Najib 'bersih' daripada hutang.

Beliau berkata, serangannya dan kritikannya ke atas pentadbiran Najib, adalah disebabkan duit negara sering hilang dan hutang semakin meningkat.

‎"Kerajaan kalau bayar hutang  saya tiada masalah, yang jadi masalah sekarang ini duit hilang kalau satu, dua juta tak apalah, ini sampai 14 juta, 20 juta hilang tidak tahu ke mana pergi.

"Ini persoalannya, saya tidak puas hati pasal duit kerajaan hilang," katanya ketika sidang media selepas menyampaikan syarahan perdana di Jerman Institut, Kajang hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Najib tidak akan tunduk dengan kritikan‎]

‎Beliau berkata demikian ketika diminta untuk mengulas mengenai kenyataan Najib semalam yang mengatakan bahawa beliau tidak akan berganjak walaupun 'diserang'

Najib semalam dipetik berkata, biar dirinya diasak dan dikritik, tetapi sebagai kerajaan yang telus beliau tidak akan berganjak atau menyerah kalah malah akan terus istiqamah berjuang demi negara.

Kenyataan Dr Mahathir tersebut merujuk kepada hutang 1MDB, yang sehingga kini belum dilunaskan keseluruhan hutangnya.


BN, PKR janjikan saingan sengit

Posted: 29 Apr 2015 02:22 AM PDT


BN, PKR janjikan saingan sengit Kempen anti GST menjadi fokus PR dalam PRK Permatang Pauh dan kempen balas mengenai GST oleh BN.
 
 
 
PERMATANG PAUH - Atas kertas undi ada nama empat calon yang menawarkan diri dalam PRK Permatang Pauh tetapi saingan sengit dilihat lebih menjurus kepada BN dengan PKR.

PKR menampilkan Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail - nama yang sudah dikenali dalam persada politik tanah air dengan menerajui parti itu sejak ditubuhkan pada 1999.

Sebut sahaja Kak Wan, semua orang kenal dan tahu siapa dirinya. Mewakili Permatang Pauh hampir tiga penggal di Parlimen dan menggalas tugas ketua pembangkang sebelum ini.

Setiausaha Umno Permatang Pauh, Suhaimi Sabudin pula menjadi taruhan BN dalam saingan kali ini sebagai memenuhi cita rasa anak muda yang memerlukan lebih banyak suara mereka didengari oleh kerajaan.

Anak tempatan dari Guar Jering ini memikul amanah besar jika terpilih sebagai YB kelak kerana diberi tanggungjawab membangunkan semula kawasan itu dengan pelbagai kemudahan infrastruktur dan projek pembangunan.

Calon Bebas, Salleh Isahak, anak tempatan dan lebih memberi fokus kepada aktiviti kemasyarakatan dan keagamaan ke arah melahirkan insan berilmu, berakhlak dan beriman.

Calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Azman Shah Othman juga anak tempatan tetapi masih belum tampil di hadapan orang ramai atau turun padang berkempen.
Personaliti ini kurang dikenali penduduk tempatan walaupun dikatakan dibesarkan di Permatang Pauh.

Timbul sedikit kontroversi apabila penampilan calon ini yang tidak disokong oleh PRM negeri di mana mereka menyuarakan sokongan kepada calon dari  PKR.

Lebih 72 jam kempen berjalan, belum nampak siapa yang akan menjadi 'juara' dalam perebutan kali ini kerana masing-masing masih mempunyai kira-kira 208 jam lagi untuk bertarung dalam kempen dan terus merayu undi dari lebih 70,000 pengundi berdaftar.

Dilihat kepada gerak kerja jentera pilihan raya parti, kemampuan BN dan PKR nampak seimbang setakat ini walaupun kehadiran orang ramai belum boleh menjadi ukuran sebenar calon yang menjadi pilihan mereka.

Dari segi ceramah, banyak isu yang dibangkitkan pemimpin PR agak panas berbanding BN. Mungkin lebih mudah bercakap dari mencari kesalahan parti lawan berbanding cadangan bernas untuk menyelesaikannya.

Kadang-kadang bila banyak bercakap, akan nampak kelemahan sendiri. Contoh dalam isu GST yang menjadi fokus utama PR dalam kempen apabila menyalahkan kerajaan melaksanakan cukai itu hingga membebankan rakyat.

Pelbagai makna diberi kepada GST - gasak sampai tersungkur, gosok sampai terlena, godam sehingga terbeliak - semata-mata untuk menunjukkan rasa geram terhadap langkah terbaharu kerajaan meningkatkan hasil pendapatan.

Tetapi PKR lupa, pemimpin mereka pernah menyebut mengenai kebaikan GST dan akan melakukan perkara yang sama jika berjaya mengambil alih Putrajaya.
Calon kitar semula sering kedengaran apabila berlaku PRK atau pilihan raya umum.

Yang menjadi sasaran ialah BN kerana masih menampilkan calon lama atau veteran dengan alasan masih dikehendaki rakyat atau calon boleh memang.

Inilah modal dan kempen PR dengan menyatakan BN ketandusan pemimpin berbanding pakatan pembangkang memberi peluang kepada golongan pelapis  bertanding dalam pilihan raya.

Tetapi kali ini, tempias itu kembali kepada PKR yang dianggap mengemukakan calon kitar semula apabila menampilkan calon lama yang sudah meletak jawatan sebelum ini dengan alasan tersendiri.

Sebaliknya BN kali ini memberi peluang kepada muka baharu dan yang masih muda untuk menjadi wakil di Permatang Pauh dengan harapan mampu membawa suara anak muda yang penuh dengan idea dan inovasi kreatif bagi membangunkan kawasan ini yang agak ketinggalan dari arus pembangunan semasa.

Kini, terserah kepada kebijaksanaan jentera pilihan raya parti masing-masing merayu pengundi memilih calon mereka kerana persaingan masih terbuka dengan isu yang agak setara antara BN dan PKR.


KPDNKK: ‎Lepas GST ada barang turun harga

Posted: 29 Apr 2015 02:14 AM PDT


Alias Ahmad Datuk Seri Alias Ahmad
 
 
 
PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengesahkan beberapa barangan mengalami penurunan harga di seluruh negara selepas pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Ketua Setiausahanya,‎ Datuk Seri Alias Ahmad berkata, ‎ hasil analisa terhadap harga barangan bagi April berbanding Mac lalu, 99 barang telah mengalami penurunan harga di Semenanjung dan 145 di Sabah serta 102 di Sarawak.

"Ini bukti bahawa selepas pelaksanaan GST, tidak semua barang naik harga. Sebab barang-barang ini dikecualikan GST yang tidak boleh dikenakan 6 peratus.

"Peniaga yang tidak bertanggungjawab yang menaikkan harga. Sebab itu kita minta pengguna lapor kepada kita," katanya pada sidang media di KPDNKK, hari ini.

Melalui senarai barangan harga turun hasil analisa harga bulan April berbanding Mac di Semenanjung, 99 barangan tersebut mengalami penurunan antara satu sen sehingga RM7.80.

Antaranya, udang putih besar import, ikan bawal putih import, tomato, Dumex Dupro Langkah 2, bawang besar Import China, telur ayam, ayam bersih Super, minyak sawit campur Cap Pisau dan teh boh sebuk.

Dalam pada itu, beliau tidak menafikan ada barangan dalam kategori sama yang mengalami kenaikan susulan punca yang tidak dapat dielakkan.

"Harga barang yang naik itu ada memang tak dapat dielakkan. Macam kobis bunga, kacang bendi...Sebab cuaca, kadar mata wang," katanya.

Melalui pembentangan pegawai KPDNKK dalam sidang media sama, beberapa faktor lain turut memainkan peranan dalam kenaikan harga barangan tersebut iaitu kondisi bekalan yang diterima.

"Kebanyakan barangan basah tidak dikenakan GST dan komoditi barangan basah sensitif terhadap sebarang perubahan ekonomi dan cuaca," katanya.

Ketika ditanya mengenai senarai barangan yang mengalami kenaikan harga, beliau memberitahu pihaknya akan mengemukakan senarai barangan naik kelak.


Tiada ulasan: