Rabu, 29 April 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Perbezaan ketara antara Ust Fadzil dan Hj Hadi

Posted: 29 Apr 2015 09:00 AM PDT

 Antara dua orang Presiden PAS yang pernah menerajui PAS, ada  perbezaan yang sangat ketara antara keduanya! 

PAS tidak pernah mengalami kemelut dalaman yang sebagaimana hari ini dibawah Hj Hadi.PAS begitu dihormati ketika era kepimpinan Almarhum Fadzil Noor.

Sebelum ini kedudukan presiden tidak pernah dicabar oleh sesiapa pun. Tapi kenapa kali ini kedudukan Hj Hadi sebagai presiden telah mula ada yang mencabarnya? Ini adalah kerana sudah ada yang merasakan PAS perlukan perubahan.Mereka merasakan Hj Hadi ada banyak kelemahan walaupun ada suara yang cuba mengagungkannya sebagai olamak taraf donia!

Bukti kelemahan yang ada pada pucuk pimpinan ialah lambat bertindak untuk menyelesaikan masalah parti hingga keadaan semakin kalut seolah-olah PAS tidak ada mekanisma untuk menyelesaikan masalahnya sendiri.

Macam mana mahu menyelesaikan masalah ummah dan negara kalau begini keadaan kita? Ternyata PAS memerlukan perubahan di peringkat kepimpinan parti kalau mahu PAS terus berada di persada politik tanah air.

 Kenapa setiap kali ada PRU atau PRK, PAS sering menimbulkan angkara yang seolah-olah mahu mensabotaj rakan sendiri dan sebaliknya menguntungkan Umno?

  Kita kini sedang berhadapan dengan dua PRK- Parlimen Rompin dan Permatang Pauh.

 Kita tidak gaduh apa-apa pun di Rompin tetapi bukan main kecuh kita sesama sendiri di Permatang Pauh. Adakah ini kerana PKR yang menjadi calon di Permatang Pauh? 

 Ada pendapat mengatakan, kalau Yusni Mat Piah yang menjadi calon di Permatang Pauh, tentu kerja-kerja berjalan licin dan lancar tidak ribut-ribut begini.

Ketika saya terbaca status seorang sahabat blogger, secara spontan ianya mengingatkan kita semua perihal peristiwa sewaktu PRU-13 yang baru lalu; dimana telah berlaku pertandingan 3 penjuru di beberapa kawasan.

Bagaimana ini boleh berlaku kalau bukan oleh angkara Tuang Presiden! Atas restu presiden, dimana beliau sendiri telah mengeluarkan watikah untok melantik calon bidan terjun, bukan melalui Setiausaha PAS Pusat sebagaimana yang lazimnya. 

Sahabat saya, Cenangau Daunkari menulis berikut :
Ketegasan dan aura Allahyarham Ust Fadzil sebagai Presiden PAS. Aku ingat lagi masa PRU1999, DUN Kuala Kurau berlaku pertandingan 3 penjuru bila 'bakal calon bebas' tiba2 dapat watikah sebagai calon PAS.
 Jentera Pilihanraya buat keputusan sebulat suara Dan berkeras tak benarkan calon tarik diri walaupun keputusan Majlis Pimpinan Barisan Alternatif calon utk kerusi tu milik Parti Keadilan Nasional.
 Tapi bila Presiden PAS sendiri telefon markaz dan bercakap sendiri dengan Pengarah Bilik Gerakan dan dengan tegas arahkan calon PAS tarik diri, pengarah bilik gerakan yang cukup keras pun jadi kelu, terpaksa akur dan panggil mesyuarat Jentera Pilihanraya untuk buat keputusan calon PAS Dun Kuala Kurau tarik diri.
 Bila allahyarham Ust Fadzil sendiri yang bagi arahan direct ada yang berani nak sanggah?   

PAS kerah ahli ke Himpunan 1 Mei ‪#‎BatalGST‬

Posted: 29 Apr 2015 05:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: PAS mengarahkan semua pimpinan dan ahlinya di semua peringkat untuk hadir ke Himpunan 1 Mei ‪#‎BatalGST‬ yang akan diadakan di Dataran Merdeka 1 Mei ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dalam satu surat rasmi yang bertarikh 20 April 2015, kepada pimpinan dan ahli PAS di seluruh negara.

 Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 13 April lalu telah memperakukan program Himpunan Batal GST merupakan program parti yang dianjurkan bersama NGO dan Pakatan Rakyat.

 Ahli PAS juga dimaklumkan tujuan utama himpunan ini untuk menyatakan secara aman bantahan PAS terhadap pelaksanaan GST oleh Kerajaan Malaysia dan kenaikan harga barang yang secara tidak langsung menindas rakyat.

 "Semua perserta dicadangkan memakai pakaian berwarna merah dan dinasihatkan untuk datang lebih awal dari masa yang ditetapkan untuk mengelakan dari tergendala perjalanan program ini," ujar Mustafa.

 Himpunan Batal GST ini dijangka akan bermula jam 2.30 petang selepas solat Jumaat. Para peserta himpunan akan berkumpul di Masjid Negara, Masjid Jamek, Sogo dan Menara Maybank sebelum bergerak ke Dataran Merdeka.

 Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah antara yang tidak bersetuju pelaksanaan GST ini dan beliau juga dijangka akan turut bersama dalam himpunan itu nanti. – HARAKAHDAILY 20/4/2015

Memang Hj Hadi ni tak sehat.....Dia perlu rehat!

Posted: 29 Apr 2015 03:00 AM PDT

Korang semua jangan mudah berburuk sangka kenapa Tuang Presideng sehingga kini tak sempat nak jengok Rompin mahupun Permatang Pauh. 

Korang kena fahami bahawa kesihatan Hj Hadi tidak begitu baik sejak mengalami sesak nafas dan dimasukkan ke hospital di Istanbul, Turki pada Mei.

 Difahamkan selepas pulang dari sana, beliau sukar mengawal kemarahannya dan beberapa insiden memalukan berlaku seperti memarahi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengunjunginya di Terengganu semasa kemelut menteri besar Selangor.

 "Presiden banyak berubah selepas masuk hospital di Turki dan seringkali membuat keputusan secara bersendirian. Mungkin sudah sampai masa untuk beliau berundur," kata seorang pemimpin kanan PAS kepada The Malaysian Insider dengan syarat tidak dinamakan.

 Selepas mengeluarkan pendirian berbeza berulang kali dengan pemimpin PR, Hadi tidak menghadiri pelancaran Belanjawan 2015 PR dan pembentangan Bajet 2015 di Dewan Rakyat pada 10 Oktober lalu.

 Selasa lepas, Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP meluluskan resolusi mendesak Hadi hadir ke mesyuarat Majlis Presiden PR dan setiausaha agungnya Lim Guan Eng berkata, Hadi perlu hadir bagi memastikan PR berdaya maju dan mendapat keyakinan pengundi.

 Sebelum itu, Hadi mengakui sendiri keadaan kesihatannya tidak berapa baik kebelakangan ini dan beliau perlu lebih banyak berehat, memaksanya menolak memenuhi jemputan ceramah yang diterima.

 Beliau juga dilaporkan Harakahdaily kelihatan sedikit susut tubuh badannya dan tersekat-sekat suaranya ketika berucap di Dewan Rakyat. ~  sumber


Kah! Kah! Kah! Tuang Presideng pergi berdakwah ke Singapura rupanya....patutlah tak mai gelanggang pertempuran....

Implementation of Islamic Law In Malaysia? Habislah depa semua kena kelentong........

Rang undang-undang persendirian yang nak dibentangkan Hj Hadi bukanlah rang undang-undang Hudud.......sebaliknya pindaan kepada Akta Mahkamah 1965 (Akta 355). Memang Hj hadi ni tak sehat.....perlu rehat!

Hang nak apa lagi Husni Mat Piah ? Sudah tu sudahlah!

Posted: 28 Apr 2015 11:53 PM PDT


Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, tidak timbul isu Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang memohon maaf kepada Pemuda PAS.

 Kata calon pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh itu, isu berkenaan tidak perlu lagi dipersoalkan kerana ia dianggap sudah selesai.

 "Tak timbul (isu mohon maaf). Dah selesai," katanya ringkas kepada media di Pusat Media PKR Permatang Pauh hari ini.~ sumber

Amaran kepada semua yang nak turun KL 1 Mei nanti....

Posted: 28 Apr 2015 08:14 PM PDT

Korang baik-baik sikit....Jangan duk suka sangat menghina Menteri Pak Pandir yang sorang nih....

Menurut katanya, walaupun dia tidak mendoakan sesuatu yang burok, tak pasal-pasal korang akan menerima musibah dari Allah Subhanahu Wa ta'ala nanti....Awas ya, don't play-play ....Ini suatu amaran kepada korang semua yang nak turun KL 1 Mei nanti..

 Telah terbukti, musibah menimpa seorang hamba Allah kerana menghina kekasih Allah ini .....
Ahmad Maslan memberitahu beliau telah memaafkan bapa kepada seorang aktivis muda (Adam Adli) yang telah meninggal dunia kerana kemalangan.
 Katanya, walaupun arwah pernah menghinanya di laman sosial namun beliau telah memafkan dan mendoakan rohnya dirahmati di alam kubur.
 "Saya tidak doakan dia kemalangan tapi dia kemalangan dan meninggal dunia. Saya maafkan beliau semoga beliau dirahmati di dalam kubur.
 "Saya ingin menurunkan cukai rakyat, tetapi mereka kata muka saya macam taik babi, ibu saya pun dia kata khinzir kerana saya nak turunkan cukai rakyat," katanya di sini
.

Dia bukan besar kepala....tetapi kopiahnya yang terlalu besar ....

Posted: 28 Apr 2015 06:41 PM PDT

  Inilah jadinya bila pakai kopiah yang lebih besar dari saiz kepala. Habis mata dan telinga terlitup oleh kerananya - tak dapat melihat  dan mendengar keadaan sekitarnya.

 Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Mohd Yusni Mat Piah langsung tak ambil kisah arahan daripada Majlis Syura yang dipengerusikan Presiden supaya jentera pilihan raya PAS kawasan Permatang Pauh memberi sokongan kepada calon Pakatan Rakyat di situ.

 Keputusan PAS menyokong dan membantu calon PKR Permatang Pauh telah dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang merupakan badan eksekutif tertinggi dalam organisasi PAS. Mana-mana arahan yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak dalam PAS yang bercanggah dengan keputusan itu adalah dengan sendirinya terbatal.

 Kemelut yang melanda kempen Pakatan Rakyat, sebelum ini dianggap selesai selepas presiden yang juga calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengadakan pertemuan dengan PAS Permatang Pauh dua hari lepas.

 Yang Dipertua PAS Permatang Pauh Omar Hassan telah menyifatkan kemelut itu sudah selesai dan tidak lagi timbul isu permohonan maaf yang dituntut sebelum ini.

 "Kita telah mendapat arahan daripada Majlis Syura yang dipengerusikan Presiden supaya jentera pilihan raya PAS kawasan Permatang Pauh memberi sokongan," katanya  di sini


Ketua Pemuda Pusat, Suhaizan Kayat menulis melalui fesbuknya :


  Maksud Politik Budiman adalah politik berbudi, berakal dan bijaksana. Lawan Politik Budiman adalah tidak berakhlak, tidak cerdik dan ekstrim. Politik Budiman adalah politik sederhana atau wasatiah.

Beliau juga menyeru supaya taat kepada keputusan jemaah walau kita rasa tidak suka kerana itulah adabnya dalam berjemaah.... 


Jangan bebas bertindak sendiri dengan mengabaikan keputusan parti seolah-olah keputusan parti dibuat tanpa mengambil kira segala aspek... 

Dimaklumkan, Ketua Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang akan mengadakan sidang akhbar pagi ini .....Harap semua kemelut akan dapat diselesaikan ....

Tiada ulasan: