Jumaat, 24 April 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Laksana POTA: Kerajaan akan hadapi suasana lebih buruk

Posted: 24 Apr 2015 08:29 AM PDT

HARAKAHDAILY



AKTA Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 bukan sahaja tidak selari dengan tindakan yang dibenarkan dalam Islam, malah akan mencetuskan suasana yang lebih buruk apabila turut memberi kesan kepada Malaysia di peringkat antarabangsa. Ini antara yang ditekankan Pemangku Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh.

Ikuti pandangan beliau dengan lebih lanjut mengenai akta yang diluluskan seawal pagi 7 April dalam wawancara Wartawan Kanan Harakah, NYZA AYOB bersama beliau pada 15 April lalu.

WARTAWAN: Apakah kedudukan dalam Islam mengenai undang-undang drakonian terutama POTA yang diluluskan dalam persidangan Parlimen baru-baru ini? 

USTAZ NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH: Dalam Islam hukuman itu ada tetapi asas hukuman dalam Islam ini mesti diketahui mana yang salah dan mana yang benar. Islam membuka peluang kepada pesalah untuk dia bela diri.

Islam juga buka peluang kepada orang yang menuduh ini untuk membuktikan tuduhannya.

Sebab itu mana-mana peraturan yang ada dalam dunia hari ini seperti POTA, ISA dan apa juga nama sekalipun sekiranya tidak ada peluang bagi orang yang dituduh itu membela diri dan orang yang menuduh itu pula tidak mampu membuktikan kesalahan dengan bukti yang kukuh, maka ia bercanggah dengan Islam dan agama.

Jadi, apa yang berlaku dalam negara kita, dikatakan ISA digantikan dengan Sosma dan kini POTA pula menyamai ISA.

ISA adalah undang-undang yang tidak memberi peluang kepada orang yang dianggap bersalah membela diri. Sebab itu kita tentang ISA. Manamana kesalahan yang dituduh dilakukan, belum tentu lagi dia salah. Mungkin ada faktor yang lain yang menyebabkan sesuatu situasi itu. Pihak kerajaan atau pihak rakyat di Malaysia tidak boleh menuduh sewenang-wenangnya.

 Apa yang kita nampak, di pihak kerajaan sendiri, kerajaan menggunakan nama kerajaan untuk bertindak apa sahaja. Ini tidak dibenarkan dalam Islam. Sebab itu Allah sangat-sangat murka kepada orang yang menuduh kepada sesuatu kesalahan itu tanpa dibicarakan.

Terdapat peruntukan dalam POTA yang menahan mangsa tanpa jangka masa dan tanpa perbicaraan. Adakah ini bertentangan dengan Islam?

Pada zaman Sayidina Ali Bin Abi Talib, walaupun dia seorang khalifah, dia sanggup mendedahkan dirinya kepada perbicaraan. Itulah keadilan Islam. Sebab itu kita rasakan situasi kerajaan mengenakan undang-undang zalim ini, pada waktu yang sama apabila kerajaan Kelantan mengemukakan Kanun Jenayah Syariah, kita mengharapkan rakyat boleh menilai dengan bijak Kanun Jenayah Syariah.

Tidak adapun satu klausa yang membolehkan pihak kerajaan dan boleh tuduh siapa sahaja yang dia hendak tuduh. Dalam Islam tidak ada perkara ini. Ini menunjukkan perbezaan yang sangat ketara antara syariat Islam dengan undang-undang yang berasaskan kepada ideologi manusia.

Apakah kesan buruk kepada negara apabila meletakkan hukuman seperti ini daripada segi perkembangan Islam dan juga sosial?

Saya menganggap POTA ini adalah undang-undang yang sangat lapuk dan tidak sesuai dengan zaman moden dan zaman teknologi maklumat ini.

Undang-undang seumpama ini yang semua orang tahu dilaksanakan di Malaysia untuk kepentingan politik yang sempit.

Apabila kerajaan mementingkan politik yang sempit, kerajaan akan menghadapi situasi yang lebih buruk.

Yang pertama, apabila masyarakat dunia luar melihat undang-undang yang ada di Malaysia ini tidak ada arah tuju yang jelas, maka ia memberi kesan kepada pelabur-pelabur asing. Jadi, negara akan rugi apabila pelabur asing tidak masuk ke negara kita. Dalam waktu yang sama imej negara dianggap sebuah negara yang kuno dan tidak bertamadun, yang mana pemimpin negara menjatuhkan hukuman ke atas rakyat tanpa dibicarakan. Ini satu perkara yang memberi kesan yang sangat besar.

Kesan kedua yang perlu kita ingat, mana-mana perundangan yang kita laksanakan dalam negara yang bercanggah dengan prinsip agama, ia akan ditarik keberkatan oleh Allah. Apabila Allah tarik keberkatan, kita kena ingat tidak ada apa yang untung.

Bahkan kita akan berhadapan dengan kerugian yang sangat banyak apabila tiada keberkatan.

Bagaimana pula dengan pelbagai dakwaan dikeluarkan apabila pembangkang terutama Ahli Parlimen membantah Akta ini?

Sebab itu kita minta pihak berkuasa supaya menilai situasi ini dengan cara yang baik. Pembangkang di negara ini bukan hendak meruntuhkan negara. Sebaliknya pembangkang hendak membina negara. Pembangkang di Malaysia berada dalam situasi yang benar. Bukannya membangkang semberono.

Apabila kerajaan bersikap seperti ini dan tidak menjawab dengan hujah, tetapi menjawab dengan undang-undang, suatu masa apabila semua perkara kerajaan menjawab dengan undangundang, ia akan menimbulkan situasi yang tidak baik dalam negara. Apa salahnya kerajaan jika memberi jawapan secara hujah kerana kerajaan memiliki media dan dapat menjawab dengan profesional. Dengan itu rakyat boleh menilai dengan baik.

Apabila kerajaan menggunakan undang-undang ini, ia akan mencetuskan situasi yang tidak baik dalam negara. Mungkin akan berlaku demonstrasi secara besar-besaran sebagaimana di Thailand.
Sebab itu kalau kita lihat di negara-negara maju mereka memberi peluang kepada rakyat untuk bercakap dan memberi pandangan dalam televisyen. Ini kerana pandangan-pandangan yang diberikan rakyat ini ia amat berguna kepada negara.

Ia boleh membangunkan dan memajukan negara. Jika dibuka secara umum kepada rakyat untuk memberi pandangan, ia dapat membendung gejala penyalahgunaan kuasa dan gejala rasuah. Ini kerana seseorang pemimpin itu takut untuk melakukan tindakan yang tidak sepatutnya apabila rakyat diberi ruang menyatakan komen dan pandangan di televisyen.

Jadi, jika kerajaan mengambil sikap untuk menjawab dengan undang-undang, ia tidak memberi keuntungan kepada negara.

Adakah wajib bagi rakyat membangkang undang-undang yang zalim seperti POTA ini?

Rakyat wajib membantah setiap perkara yang bercanggah dengan agama. Umat Islam mesti tunjuk satu sikap yang jelas dan membangkang apa sahaja peraturan-peraturan yang diperkenalkan yang bercanggah dengan agama Islam. Bagi masyarakat bukan Islam, dia mesti menunjukkan sikapnya yang tidak bersetuju apabila perundangan ini bercanggah dengan akal dan tamadun manusia, kebebasan dan hak-hak bersuara. Sepatutnya semua lapisan masyarakat menunjukkan sikap yang jelas bahawa rakyat dalam negara kita secara khususnya menolak undang-undang sebegini.

Wajarkah seseorang yang disyaki terlibat dengan keganasan ini dibawa ke mahkamah syariah?

Sangat wajar kerana dalam Islam kena tengok kesalahan yang dilakukan itu. Islam tengok pada punca yang sebenar. Dalam hal ini sukar untuk saya jelaskan dalam waktu yang singkat.

Istilah keganasan kadang-kadang digunakan pihak kerajaan dalam keadaan kerajaan sebenarnya yang mencetuskan keganasan.

Yang mencetus keganasan di Timur Tengah adalah Amerika Syarikat. Begitu juga dalam negara kita, yang mencetus keganasan adalah kerajaan Malaysia, Umno dan BN. Sebab merekalah yang mencetuskan situasi keganasan.

Sebab itulah istilah keganasan ini satu istilah yang perlu dihalusi oleh semua rakyat dan jangan sekali-kali keganasan ini kita tuding kepada pembangkang. Sedangkan orang yang benar-benar ganas dalam konteks Malaysia adalah kerajaan. Jika kita lihat pelaksanaan GST, ia juga satu perkara yang ganas. Tetapi ia telah dipusingkan. Kalau ada rakyat yang menyatakan pandangan dengan agresif, maka dituding sebagai pengganas.

Tetapi jika kerajaan buat perkara yang ganas, disembunyikan. Ini satu perkara

PM, isteri berjaya ketepi saman balu PI Bala

Posted: 24 Apr 2015 08:18 AM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Datuk Seri Najib Razak dan isterinya berjaya mengetepikan saman RM1.9 juta selepas Mahkamah Rayuan menolak rayuan A Santamil Selvi, yang bertindak bagi pihak penyiasat persendirian mendiang P Balasubramaniam.

Mahkamah itu sebulat suara memutuskan bahawa notis rayuan yang difailkan oleh peguam Santamil  Americk Sidhu, sebagai cacat.

Mahkamah juga membenarkan permohonan adik Najib, Johari and Nazim, bersama peguam kanan  Cecil Abraham dan anaknya  Sunil Abraham, peguam M Arunampalam dan Pesuruhjaya Sumpah  Zainal Abidin Muhayat, untuk mengetepikan notis rayuan itu.

Hakim Mohd Zawawi Mohd Salleh juga mengarahkan Santamil membayar RM5,000 sebagai kos untuk setiap mereka.

Bagaimanapun, saman terhadap ahli perniagaan permaidani Deepak Jaikishian diteruskan seperti bias selepas dia tidak memfailkan permohonan untuk menolaknya.

Hakim lain dalam panel itu ialah Abdul Rahman Sebli dan Zamani A Rahim. 
 
 

Warga emas, anak, cucu rentung dalam kebakaran

Posted: 24 Apr 2015 08:16 AM PDT

BERNAMA


Tiga sekeluarga termasuk warga emas berusia 70 tahun dan cucu lelakinya rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Teluk Rhu, Sabak Bernam, awal pagi ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata mayat Goh Meng Huat, 70, ditemui pada jam 3.13 pagi di dalam sebuah bilik.

Sementara mayat anak perempuannya Goh Sim Yen, 34, dan anak lelaki bongsu Sim Yen berusia tujuh tahun, Tan Jia Wai ditemui di dalam bilik berasingan, masing-masing pada jam 3.22 dan 3.43 pagi, katanya.

Menurut Mohd Sani, seorang warga Bangladesh dikenali sebagai Mustapa, 30-an, yang bekerja dengan mangsa hanya mengalami kecederaan.

"Ketika kejadian semua mangsa sedang tidur dan isteri Meng Huat tiada di rumah kerana mempunyai urusan perniagaan. Keluarga Meng Huat menjalankan perniagaan memborong kelapa dan orang tengah untuk menjual kelapa yang dihantar orang kampung ke rumah mereka," katanya kepada Bernama hari ini.

Mohd Sani berkata, dua buah lori, sebuah kereta dan sebuah motosikal turut musnah dalam kebakaran itu.

Beliau berkata pihak bomba menerima panggilan pada jam 2.27 pagi dan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sabak Bernam serta Sungai Besar berserta 14 anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

Katanya kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 3.29 pagi dan semua mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam untuk bedah siasat.

Punca kebakaran masih disiasat manakala jumlah kerugian dianggarkan melebihi RM300,000. - Bernama


 

Laluan ditutup untuk penamaan calon

Posted: 24 Apr 2015 08:12 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Polis akan menutup beberapa laluan menghala ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) bagi melancarkan proses penamaan calon pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh, esok.

Jurucakap Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk PRK Parlimen Permatang Pauh, ACP Azmi Adam berkata polis terpaksa menutup laluan berkenaan mulai 7 pagi sehingga proses penamaan calon itu selesai bagi mengelak kesesakan trafik di kawasan berkenaan.

Penutupan laluan tersebut ialah daripada lampu isyarat Jalan Mengkuang, persimpangan Jalan Berapit dan Jalan Tok Elong, katanya pada sidang media.

"Pemandu dinasihatkan meletakkan kenderaan di kawasan yang telah ditetapkan dan mengikut arahan polis trafik yang bertugas. Selain itu penyokong parti yang bertanding supaya datang awal ke pusat penamaan calon," katanya.

Beliau berkata penyokong Barisan Nasional (BN) dinasihatkan menggunakan Jalan Mengkuang untuk ke pusat penamaan calon kerana mereka akan berada di sebelah kiri IKBN manakala penyokong PKR diminta mengunakan Jalan Berapit bagi mengelak bertembung dengan pihak BN.

Azmi berkata hanya calon, pencadang dan penyokong calon untuk parti yang bertanding sahaja dibenarkan masuk ke perkarangan IKBN Bukit Mertajam bagi proses penamaan calon.

"Polis telah menetapkan kawasan bagi setiap penyokong parti yang hadir dan jarak antara mereka adalah 300m bagi mengelak sebarang kemungkinan jika berlaku provokasi antara mereka. Polis juga menyediakan lokasi untuk penyokong  calon Bebas tetapi saya percaya mungkin tidak banyak (penyokong calon bebas)," katanya.

Beliau berkata 300 pegawai dan anggota polis akan bertugas sepanjang proses penamaan calon berkenaan.

"Penunggang motosikal yang mahu ke pusat penamaan calon juga dinasihatkan tidak membawa bendera parti atau apa sahaja bendera bagi mengelak gangguan di jalan raya sehingga boleh menyebabkan kemalangan. Mereka yang ingkar akan  dikenakan tindakan saman oleh polis," katanya. - Bernama


Harakah fail pembelaan untuk saman Najib

Posted: 24 Apr 2015 08:10 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Ahli politik, pengundi dan pembayar cukai mempunyai tanggungjawab untuk menulis berkaitan pengurusan wang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang didakwa melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Perkara ini dinyatakan dalam pernyataan pembelaan Harakah yang berdepan saman daripada Najib berhubung laporannya berhubung 1MDB, syarikat pelaburan negara hasil cetusan ilham perdana menteri.

Pernyataan pembelaan itu dibuat oleh Pengarah Urusan Harakah Rosli Yaakop dan pengarangnya Taufek Yahya.

Pembelaan itu difailkan mereka berdua di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Najib memfailkan saman pada 18 Mac, susulan tulisan berkaitan 1MDB dan anak tiri Najib, Riza Aziz.


Umno kenal pasti ahli sertai demo antisalib

Posted: 24 Apr 2015 08:08 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Umno sedang meneliti nama peserta protes antisalib di Petaling Jaya bagi menentukan jika terdapat anggota parti itu mengambil bahagian.

"Kita sedang siasat," kata Setiausaha Agung Umno Datuk Tengku Adnan Mansor (kanan) kepada Malaysiakini.

Katanya penelitian itu dilakukan oleh pihak ibu pejabat Umno.

Adnan, yang lebih dikenali sebagai Ku Nan, berkata tindakan akan diambil selepas polis melengkapkan siasatan dalam kes bawah Akta Hasutan 1948 itu.

Beliau juga berkata anggota Umno yang bersalah akan dihukum berdasarkan peruntukan dalam perlembagaan Umno.

Setakat ini hanya dua peserta perhimpunan itu dicam media sebagai anggota Umno, iaitu abang kepada ketua polis negara Datuk Abdullah Abu Bakar dan bekas calon BN Taman Medan Munaliza Hamzah.


Polis siasat kes bakar bendera parti di Rompin

Posted: 24 Apr 2015 08:07 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Polis membuka kertas siasatan mengenai dua laporan kes membakar bendera parti politik di Felda Selancar 2 awal pagi semalam.
 
Ketua Pusat Media Pilihan Raya Kecil Rompin, Supt Abdul Aziz Mahmud berkata pihaknya menerima dua laporan mengenai kejadian itu yang berlaku di dua tempat yang berlainan di tanah rancangan tersebut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat, di mana jika bersalah, pesalah boleh dipenjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, katanya dalam satu kenyataan di Rompin hari ini.

Beliau mengingatkan parti politik yang bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) kawasan Parlimen Rompin supaya menasihatkan penyokong masing-masing agar tidak melakukan perkara yang menyalahi peraturan dan undang-undang yang boleh mencetuskan ketegangan.

Selain itu para penyokong kedua-dua parti yang bertanding dalam PRK itu diminta bertindak matang.

Bagi memastikan perkara itu tidak berulang, pihak polis meningkatkan rondaan setiap masa beserta pasukan pemantau Suruhanjaya Pilihan Raya, kata Abdul Aziz.

Beliau berkata pihak polis telah menubuhkan pasukan khas bagi tujuan pencegahan jenayah sepanjang PRK Rompin.

Beliau juga turut mengingatkan parti-parti yang bertanding supaya memohon permit sebelum mengadakan program atau ceramah.

PRK Rompin menyaksikan calon BN, Datuk Hasan Arifin bakal berdepan calon PAS, Nazri Ahmad berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis yang maut dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lepas.
  
Sejumlah 53,294 pengundi, 19,561 orang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Ibam, DUN Muadzam Shah (17,394) dan DUN Tioman (16,339) layak mengundi pada 5 Mei ini - Bernama


 

P'raya awal selamatkan PM dari serangan Dr M?

Posted: 24 Apr 2015 08:05 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Sejak Tun Dr Mahathir Mohamad lebih keras mengasak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, ramai pemimpin Umno tampil menyatakan sokongan kepada presiden mereka.

Justeru sudah tentu cadangan wakil rakyatnya Nur Jazlan Mohamed supaya Najib mendapatkan mandat baru melalui pilihan raya mengejutkan banyak pihak.

Anggota Parlimen Pulai itu berpendapat Najib mempunyai peluang membersihkan diri, keluarga dan pentadbiran daripada tanggapan negatif yang dilontarkan.

Bagaimanapun pemimpin Umno seperti ketua bahagian Cheras Syed Ali Alhabshee pantas menolaknya dengan berkata ia hanya penyelesaian sementara.

Syed Ali sebaliknya menggesa pemimpin Umno untuk tampil mempertahankan pemimpin mereka daripada menyeru diadakan pilihan raya awal.

Penganalisis politik Wong Chin Huat berpandangan pilihan raya mengejut akan membolehkan Najib membersihkan musuh dalam selimut, terutamanya yang rapat dengan Mahathir (atas), daripada tampuk kuasa.

Penganalisis: Kalau sabotaj?

Pemimpin itu, kata Wong, termasuklah anak anak Mahathir, Mukhriz, yang kini menteri besar Kedah.

Jika berjaya, tambahnya lagi, akan mengukuhkan cengkaman Najib menuju pemilihan Umno tahun depan, dengan anggapan ia tidak ditunda bagi memberi tumpuan kepada pilihan raya umum ke-14.

"Umno sebenarnya parti dengan amalan naungan.

"Jika semua orang Najib berkuasa, mereka mempunyai segala sumber dan tidak mungkin Mahathir dapat memenanginya," katanya kepada Malaysiakini.

Wong (atas) bagaimanapun memberi amaran terhadap kemungkinan sabotaj yang mewujudkan keadaan tidak menentu kepada Najib.


Lebih baik Ahmad Maslan zip mulut

Posted: 24 Apr 2015 07:59 AM PDT

 
Kenyataan yang dibuat Ahmad Maslan dan Hassan Malek mengenai GST boleh membuatkan 'perut memulas' dan lebih baik dua menteri itu menutup mulut.


malik zip mulut



PETALING JAYA: Datuk Ahmad Maslan terus menerima kritikan hebat kerana beberapa kenyataan kontroversinya berhubung rasional kerajaan melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Terbaru, bekas Ketua Penerangan UMNO Perlis, Datuk Hashim Suboh yang menasihatkan Timbalan Menteri Kewangan itu supaya 'zip' mulut daripada membuat sebarang kenyataan.

Turut dikritik, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK), Datuk Seri Hasan Malek.

Bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kangar itu berkata, kenyataan kedua-dua menteri itu adakalanya merimaskan rimas dan boleh membuatkan perut memulas (sakit perut).

"Ahmad Maslan dan Hasan Malek pula tak habis-habis mengulas (GST). Bila depa (mereka) mengulas , kita naik lemas. Perut rasa memulas. Ada ketikanya lebih baik zipp mulut," tulisnya di Facebook.

Hashim turut mengkritik kempen GST di televisyen yang menggunakan pelakon Abu Bakar Omar.

Katanya, kempen seperti itu tidak perlu diadakan kerana GST dilaksanakan atas persetujuan kerajaan.
"Pada saya laa yang tak berapa pandai ini untuk GST tak payah nak kempen-kempen. Sudah kerajaan putuskan begitu, laksanakan saja .

"Ini siap dengan teaser Abu Bakar Omar yang duduk puji GST lagi kat televisyen. Puak-puak UMNO pula siap angkat sepanduk sokong GST lagi," tulisnya.

Hashim pernah mencetuskan kontroversi dan mengugut untuk keluar UMNO dan menyertai pembangkang kerana tidak puas hati dengan pelbagai isu termasuk pelantikan Menteri Besar Perlis.

Beliau merupakan penyokong kuat bekas Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim.

PM minta 'orang tua' beri peluang

Posted: 24 Apr 2015 07:51 AM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak seakan-akan cuba memohon restu dari bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar memberi peluang kepadanya untuk memimpin negara dengan caranya sendiri.

Dalam tulisan di blog najibrazak.com hari ini, perdana menteri berkata golongan tua perlu "melepaskan" golongan muda untuk berdikari mengikut peredaran masa.

Ia dilihat sebagai satu jawapan kepada Mahathir memandangkan tulisan itu merujuk kepada Wawasan 2020, yang dicetuskan oleh Mahathir.

"Kadang kala yang tua tidak senang dengan cara orang muda sekarang yang berbeza dari zaman mereka, betul atau salah keputusan dibuat orang muda itu terpulang kepada setiap individu untuk menilai.

"Adalah lumrah bagi yang tua bersifat melindungi terhadap yang muda. Namun, apabila tiba masanya untuk melepaskan yang muda untuk berdikari, maka, lepaskanlah.

"Bagi mencapai cita-cita ini, generasi baru perlu diberikan ruang secukupnya untuk meneruskan usaha ini," kata Najib lagi dalam tulisan itu.

Najib berkata, beliau memahami sentimen seperti itu dan mengaku sukar untuk melepaskan anaknya yang baru diijabkabulkan sebelum ini.

"Sebagai ibu bapa, adalah amat sukar untuk saya melepaskan anak saya walaupun sudah dewasa.

"Meskipun dengan hati yang berat, tetapi bila sampai pada masanya, saya tetap terpaksa melepaskan anak saya untuk berdikari dan untuk mengharungi dunia ini," katanya.

Najib kini dilihat semakin berani menjawab kritikan Mahathir, yang mahu beliau berundur dari jawatan perdana menteri.

Semalam, perdana menteri secara halus menjawab bahawa beliau masih mendapat sokongan.

Ia sebagai sindiran kepada Mahathir, yang pada minggu lalu mengeluh "keseorangan" dalam usahanya untuk menuntut kebenaran.

Najib juga sebelum ini muncul di kaca TV untuk menjawab isu yang dibangkitkan oleh Mahathir, namun penjelasannya itu tetap tidak memuaskan hati bekas perdana menteri itu.


 

TEMPO pertahan laporan kemewahan Najib, Rosmah

Posted: 24 Apr 2015 07:47 AM PDT

 
Pengarang Tempo mendakwa artikel itu ditulis berdasarkan sumber maklumat dipercayai yang dipilih secara cermat.


najib tempo



PETALING JAYA: Majalah Tempo mempertahankan artikel yang mengulas kemewahan Perdana Menteri dan isterinya kerana menggunakan sumber berita yang dipercayai.

Pengarang Kanan Tempo, Puwanto Setiadi berkata, pihaknya memilih secara cermat sumber berita sebelum menyiarkan gaya hidup mewah Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor.

"Seperti sebelumnya, kami akan memilih sumber (berita) dengan secermat mungkin.

"Sehingga kini kami percaya dengan sumber-sumber yang kami gunakan," katanya, lapor Malaysiakini.

Puwanto berkata, dalam artikel itu pihaknya turut menyiarkan ulasan Pejabat Perdana Menteri berhubung dakwaan kemewahan hidup Najib dan Rosmah.

Susulan laporan itu, Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mahu mengadakan perjumpaan dengan Pengarang majalah itu untuk menerangkan kedudukan sebenar termasuk latar belakang Perdana Menteri.

Mengulas perkara itu, Puwanto berkata, pihaknya mengalu-alukan kedatangan Zahrain dan sedia mendengar penjelasan versi Zahrain.

Tempo menyiarkan artikel berkaitan gaya hidup mewah Najib dan Rosmah dalam edisi khas sempena Ulang tahun ke-60 Persidangan Asia-Afrika di Bandung.

Rencana bertajuk "Hidup Mewah Sang Perdana Menteri' turut mendakwa gaya hidup yang dipaparkan tidak setanding dengan gaji yang diterima Najib sejak menjadi Perdana Menteri pada 2009.

Artikel itu turut mengaitkan kekayaan luar biasa anak tiri Najib, Riza Aziz.

Dia dikatakan membeli dua unit kondominum di tengah-tengah kota New York berharga ratusan juta ringgit.

Siasat Najib dan konco 1MDB

Posted: 24 Apr 2015 07:40 AM PDT

 
Berdasarkan pendedahan Sarawak Report, Khairuddin meminta supaya Polis menyiasat Najib berhubung kenyataan bertulisnya ke Parlimen dan tuduhan memberikan dokumen palsu 1MDB.


khairuddin



PETALING JAYA: Susulan pembongkaran laporan yang dibuat Sarawak Report sebelum ini, bekas Naib Pengerusi UMNO Batu Kawan, yang lantang mengkritik 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan membuat laporan Polis di Balai Polis Dang Wangi pada tengahari Jumaat.

Beliau meminta Polis menyiasat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas kapasitinya sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, Pengerusi Lembaga Pengarah, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin dan President/CEO, Arul Kanda Kandasamy.

Dalam laporannya, Khairuddin membangkitkan kenyataan bertulis Najib kepada Parlimen pada 11 Mac lalu berhubung dana berjumlah US$1.03 bilion yang disimpan di sebuah bank di Singapura.

Sehubungan itu, beliau meminta Polis menyiasat kesahihan dokumen berkenaan sebagai mana yang disiarkan Sarawak Report.

Dalam laporan yang dibuat, Khairuddin turut meminta Polis menyiasat dakwaan bahawa 1MDB telah mengedar dokumen yang didakwanya sebagai terdapat keraguan pada kedudukan akaun tunai Brazen Sky.

Pada 23 April lalu, dalam laporannya, Sarawak Report mendakwa 1MDB memberikan penyata bank palsu berkaitan berkaitan akaun anak syarikatnya kepada sebuah cawangan bank BSI di republik berkenaan.

Wanita tayang dada warga Iran

Posted: 24 Apr 2015 07:37 AM PDT

 
Wanita berkenaan dilaporkan mabuk selepas meminum bir.


pelancong-tayang-dada



PETALING JAYA: Polis sahkan wanita yang menanggalkan pakaian sehingga separuh bogel dalam insiden pertengkaran di ibu negara adalah warga Iran.

Dalam laporannya, ia memaklumkan kejadian berlaku pada 23 April 2015, jam sekitar 4.30 petang di Restoran Kam Lian Kee No 49 Jalan Petaling, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun tiada butiran lanjut mengenai identiti dan status wanita berkenaan.

Berdasarkan maklumat orang ramai warga Iran berkenaan telah makan dan minum di restoran tersebut dan enggan membuat sebarang pembayaran selepas dia selesai berbuat demikian.

Dia dikatakan berada dalam keadaan mabuk kemudiannya cuba meninggakan premis berkenaan.

Percubaan itu berjaya dihalang dan berlaku pergelutan yang kemudian disudahi dengan aksi separuh bogel apabila dia bertindak menanggalkan satu persatu bajunya.

Rakamannya kemudian dimuat naik di lama sosial dan kemudiannya menjadi viral.

Gagal siapkan pasar borong dan jeti nelayan Manjung, DAP Perak gesa SPRM siasat

Posted: 24 Apr 2015 07:34 AM PDT

pix ngeh 1
Roketkini.com


IPOH: DAP Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sama ada terdapat unsur-unsur rasuah atau salah guna kuasa dalam penyelesaian Majlis Perbandaran Manjung (MPM) dengan pemaju yang gagal membina Pasar Borong dan Jeti Nelayan di Manjong.

Menurut Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham, laporan kewangan berakhir 31 Disember 2015 menyatakan, MPM menandatangani perjanjian pada 4 Mei 2006 dengan pemaju Benua Kukuh Sdn Bhd bagi memajukan tanah 100 ekar di atas plot PT 12062-12074, HSD 26991-27003, Mukim Lumut di Jalan Seri Manjung-Segari bagi membina pasar borong dan jeti nelayan.

Namun, pemaju tidak membinanya, sebaliknya MPM menerima 23 ekar daripada 100 ekar tanah kosong yang telah ditambak sebagai balasan dalam perjanjian usahasama tersebut.

"Saya memohon ahli-ahli MPM melihat semula perjanjian usahasama ini.

"Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dimohon menyiasat samada terdapat unsur-unsur rasuh atau salahgunakan oleh MPM," kata Ngeh dalam kenyataannya hari ini.

Tema ‘Hancur GST’, DAP gerakkan ahli di seluruh negara ke himpunan 1 Mei

Posted: 24 Apr 2015 12:58 AM PDT

PC GST Mei 1 Hancurkan GST! 2

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: DAP akan menggerakkan semua ahlinya di seluruh negara untuk menyertai himpunan 1 Mei di Kuala Lumpur, kata Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke.

Anthony pada sidang media di ibu pejabat DAP hari ini berkata, setiap Jawatankuasa Negeri dan Cawangan DAP komited menggerakkan seramai mungkin anggota untuk turun berhimpun membantah GST secara aman di Kuala Lumpur pada 1 Mei ini.

"Pelbagai kesan buruk menimpa ekonomi dan masyarakat Malaysia sejak pelaksanaan GST (cukai barangan dan perkhidmatan) hampir satu bulan. Harga barang naik mengakibatkan rakyat semakin susah dan menderita.

"Lebih-lebih lagi ahli politik Barisan Nasional mengemukakan kenyataan penuh angkuh dan tidak bertanggungjawab setelah pelaksanaan GST.

"Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan dikritik apabila menyarankan pelajar-pelajar universiti agar selalu mengamalkan masak sendiri dari makan di luar bagi mengurangkan beban GST," kata Anthony.

Tambahnya, panduan harga dan senarai GST mengelirukan peniaga dan pengguna, yang jelas dilaksanakan dalam keadaan rakyat yang belum bersedia.

Malah kata Anthony, Ahli Parlimen UMNO (Sepanggar) Jumat Idris sendiri merungut seperti yang dikirimnya ke laman facebook bahawa GST membebankan, selepas anaknya menerima rawatan di salah sebuah pusat perubatan swasta.

"Ahli Parlimen UMNO-BN yang kaya pun rasa terbeban dengan GST, apatah lagi rakyat biasa," kata Anthony.

Tambahnya, resit pembelanjaan yang diterima memperingatkan rakyat bahawa promosi pihak kerajaan bahwa GST adalah baik untuk rakyat, dan harga barangan akan turun hanya 'indah khabar dari rupa'.

"Pelaksanaan GST akan mengurangkan sikap pembelanjaan dalam pasaran, seterusnya menjejaskan peniaga kecil.

"Perdana Menteri Najib Razak harus menjawab sekarang bagaimana GST membantu ekonomi? kata Anthony, sambil menyeru rakyat bangkit membantah GST.

"Sempena Hari Pekerja 1 Mei, marilah kita sama-sama tunjukkan kuasa rakyat membantah GST. Kembalikan pembangunan ekonomi negara di jalan yang betul dan kembalikan kehidupan yang bermutu kepada rakyat," kata Anthony.

Pada sidang media sama, Anthony turut melancarkan t-shirt rasmi himpunan 1 Mei, selain mengumumkan tema protes sebagai '1 Mei Hancur GST'.

Hadir sama, Ketua DAPSY Teo Kok Seong, Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong dan ADUN Mengkibol, tan Hong Pin – Roketkini.com


Warga emas dipukau wanita asing

Posted: 24 Apr 2015 12:54 AM PDT


Warga emas dipukau wanita asing Mukadi (tengah) menunjukkan laporan polis yang dibuatnya di Balai Polis Sungai Besar sambil diperhatikan Budiman (kanan).
 
 
 
SUNGAI BESAR – Seorang lelaki warga emas bukan saja kerugian RM15,000, malah ditinggalkan bersendirian selepas dipukau seorang wanita warga asing dan seorang lelaki tempatan di Sekinchan di sini, minggu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi Selasa itu, mangsa, Mukadi Resad, 68, mengikut kedua-dua suspek menaiki sebuah kereta dari sebuah bank di Sungai Besar ke sebuah bank yang sama di Sekinchan bagi mengeluarkan wang simpanannya.

Mukadi dari Kampung Sungai Limau berkata, dia yang baharu saja mengeluarkan wang RM1,500 bagi kegunaan perbelanjaan harian dari sebuah bank di Sungai Besar didatangi seorang wanita tidak dikenali ketika berada di parkir motosikal untuk pulang ke rumah.

"Wanita itu menghampiri dan merayu kepada saya supaya jadi penjamin kerana dia menang nombor ekor. Wanita itu beritahu dia berasal dari negara jiran, dan tak boleh ambil duit itu selagi tak ada penjamin orang tempatan.

"Saya bagi alasan kena balik cepat sebab nak ambil cucu pulang dari sekolah, tetapi selepas itu, datang pula seorang lelaki memujuk saya supaya bantu wanita itu yang dalam kesusahan," katanya.

Seolah-olah dipukau, Mukadi tanpa membantah terus parkir motosikalnya berhampiran bank itu lalu mengikut kedua-duanya menaiki kereta dipandu lelaki terbabit.

"Semasa berada dalam kereta, wanita itu menceritakan kesusahan dialami, termasuk perlukan wang segera disebabkan kakak iparnya nak bersalin di Teluk Intan," katanya.

Katanya, kedua-dua suspek terus memperdayanya selepas diminta mengeluarkan wang simpanan dari bank untuk didahulukan kepada wanita terbabit dengan mengisi borang pengeluaran wang yang terdapat di dalam keretanya.

"Saya pun isilah borang. Mula-mula dia minta RM30,000, tapi saya tegas untuk keluarkan RM15,000 saja. Mereka pun tak cakap banyak lalu meletakkan kereta selang beberapa bangunan berhampiran bank terbabit.

"Sebaik keluar dari bank, saya masuk semula ke dalam kereta. Mereka kemudiannya ambil wang itu dan beritahu saya perlu buat salinan MyKad untuk menjadi penjamin bagi membolehkan wanita itu menebus wangnya di kedai nombor ekor," katanya.
Katanya, lelaki itu kemudian menurunkannya di sebuah restoran mamak dengan alasan bagi memudahkannya mencari mana-mana kedai yang menyediakan perkhidmatan mesin salinan MyKad.

"Saya tengok sebuah kedai tutup, saya pergi ke sebuah kedai lain, tapi tak ada pula mesin salinan MyKad. Sebaik keluar dari kedai, saya tengok kereta terbabit dah hilang," ujarnya.

Menurut Mukadi, sebaik mendapati kedua-dua suspek hilang dari pandangan, gerak hatinya kuat mengatakan dia dipukau kedua-dua suspek berkenaan.

"Saya terus ke sebuah bank lain di Sekinchan untuk berjumpa dengan anak saudara dan menceritakan detik malang itu. Dia kemudiannya menghantar saya ke Sungai Besar untuk ambil semula motosikal yang saya tinggalkan di sana," katanya.

Katanya, akibat kejadian itu, dia terus membuat laporan di Balai Polis Sungai Besar kira-kira jam 2 petang, hari yang sama.

Sementara itu, Adun Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi berkata, terdapat sekurang-kurangnya empat kejadian warga emas ditipu dengan modus operandi yang hampir sama dalam tempoh sebulan ini.

"Saya difahamkan, ada seorang mangsa ditipu sehingga RM40, 000 dengan menggunakan helah dan taktik yang sama dan saya sendiri akan menghantar surat kepada semua pengurus bank di Sungai Besar berhubung perkara ini," katanya.

Katanya, pihak institusi kewangan diminta mengambil langkah tambahan terutama kepada warga emas yang mengeluarkan wang melebihi amaun biasa termasuk meminta pengesahan daripada waris terdekat bagi mengelakkan kejadian sama berulang.


Jakim sokong Kelantan bawa Akta 355 ke Parlimen

Posted: 24 Apr 2015 12:48 AM PDT

SINAR HARIAN


Jakim
 
 
 
KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyokong langkah kerajaan negeri Kelantan membawa rang undang-undang persendirian Akta 355 bagi memperluaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah terhadap pesalah jenayah negara ini.
  
Ketua Pengarahnya Datuk Othman Mustapha berkata ia juga merupakan perjuangan Jakim dan kerajaan sejak sekian lama dalam usaha memastikan undang-undang syariah dilaksanakan di negara ini.
  
"Dalam perkembangan mengenai hudud, kita tak mahu orang ramai keliru, rang undang-undang persendirian yang sedang dibawa oleh Presiden Pas Haji Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) ke Parlimen sekarang ini adalah Akta 355 dan bukan Enakmen Jenayah Syariah Negeri yang telah diluluskan oleh Dun Kelantan.
  
"Ia bagi menaikkan kadar hukuman pesalah jenayah negara ini ke kadar lebih tinggi atau maksimum yang dibenarkan oleh syarak. Jika kita tidak setuju apa yang menjadi perjuangan kita (Jakim) sejak bertahun-tahun dulu, maka ia tidak akan terjadi," kata Othman dalam ucapan beliau selepas merasmikan penangguhan Persidangan Pegawai Tadbir Agama Daerah (PTAD) Peringkat Kebangsaan 2015 di sini hari ini.
  
Namun Othman berkata perkara itu terpulang kepada Parlimen yang mempunyai peraturan tersendiri bagi meluluskan usul berkenaan dibentangkan.
  
Sementara itu, dalam sidang media, Othman mengulas mengenai kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad yang mencadangkan agar umat Islam negara ini dikecualikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kerana telah membayar zakat.
  
Othman berkata perkara itu akan diteliti namun perlu memberi laluan kepada cukai itu dilaksanakan dalam tempoh tertentu seperti yang dikatakan oleh kerajaan.
  
Persidangan PTAD diadakan dua hari bermula 22 April bersempena Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke-58. Persidangan kali ini melibatkan 100 peserta dengan objektif meningkatkan tahap profesionalisme peserta selaras dengan tugas mereka sebagai PTAD. - Bernama

ADUN DAP junjung titah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, tapi…

Posted: 24 Apr 2015 12:46 AM PDT

utusan-malaysia-anthony-loke

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat (PR) Negeri Sembilan berhak mengambil sikap berkecuali ke atas usul menjunjung kasih, titah ucapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan kerana teks tersebut disediakan kerajaan negeri yang ditadbir BN.

Ketua Pembangkang DUN Anthony Loke berkata, ADUN Pakatan Rakyat Negeri Sembilan tetap menjunjung titah tersebut dan berterima kasih kepada baginda Tuanku Muhriz Tuanku Munawir yang berkenan merasmikan Persidangan Pertama, Penggal Ketiga Dewan Undangabn Negeri Ke-13 di Seremban, semalam.

Namun, Anthony berkata laporan Utusan Malaysia pada muka hadapan hari ini bersifat memfitnah, apabila tajuk berita utamanya dilihat berniat jahat, sehingga boleh memesongkan pandangan pembaca terhadap ADUN Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan.

"Utusan Malaysia bankrap isu. Ini agenda jahat untuk timbulkan perasaan tidak puas hati terhadap pembangkang, khususnya DAP.

"Utusan Malaysia cuba menimbulkan persoalan dan memesongkan pemikiran masyarakat. Saya membidas akhbar Utusan Malaysia yang menggunakan tajuk utama, seolah-olah kita biadap," kata Anthony pada sidang media di ib pejabat DAP hari ini.

Jelas Anthony, tindakan 13 ADUN pembangkang Negeri Sembilan tidak mengangkat tangan dalam menyatakan pendirian ke atas usul menjunjung kasih titah ucapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, adalah kerana teks tersebut disediakan kerajaan negeri yang ditadbir oleh BN.

"Saya nak betulkan (tafsiran) speaker (DUN Negeri Sembilan) yang katakan (kami) tidak hormat. Kita tidak pernah tidak hormat (usul menjunjung kasih). Dalam semua ucapan, kita menjunjung kasih.

"Speaker (pula) kata tak hormat Tuanku. Speaker (sebenarnya) tahu, hendak mengundi atau tidak, adalah hak masing-masing (ADUN), jelas Anthony.

Tambahnya, amalan di Parlimen Malaysia apabila ucapan menjunjung kasih dipersembahkan kepada Yang Dipertuan Agong oleh Perdana Menteri, manakala di Negeri Sembilan, ucapan tersebut dipersembahkan oleh Menteri Besar.

"(Namun) bila berbahas titah Diraja, ia melambangkan dasar kerajaan negeri. Ada dasar diumumkan yang kita persetujui.

"Kita ambil pendirian (bahawa) kita tidak ambil bahagian (bahas). Itu yang dijadikan isu oleh Utusan Malaysia," jelas Anthony.

Justeru itu kata Anthony, pihaknya kini, sedang mengkaji untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas laporan Utusan Malaysia yang bersifat memfitnah tersebut.

"Kita akan kaji tindakan undang-undang sekiranya ada unsur fitnah. Kita tak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap Utusan Malaysia," tegas Anthony. – Roketkini.com


Fitnah tanah wakaf: Guan Eng beri notis 24 jam kepada Utusan

Posted: 24 Apr 2015 12:44 AM PDT

Lim Guan Eng

Roketkini.com


GEORGE TOWN – Akhbar lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia sekali lagi berhadapan tindakan undang-undang berikutan satu laporannya yang didakwa memfitnah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, melalui peguamnya hari ini mengemukakan notis tuntutan kepada Utusan Malaysia supaya menarik semula laporan yang mendakwa kononnya tanah wakaf di Pulau Pinang berada di bawah pengawasannya.

Notis tuntutan tersebut memberi tempoh 24 jam supaya Utusan menarik balik, meminta maaf dan membayar ganti rugi RM1 juta dalam tempoh tujuh hari atas fitnah tersebut.

Rencana bertarikh 10 April 2015 itu antara lain menyebut, "Bagi tanah wakaf pula, sekarang diletakkan di bawah pengawasan Ketua Menteri.

"Sebarang cadangan membangunkannya mesti mendapat kelulusan beliau. Sedangkan pengurusan tanah-tanah wakaf itu sepatutnya diserahkan kepada majlis agama negeri seperti mana pada era pentadbiran BN."

Tulisan oleh Zulkifli Jalil, yang turut dinamakan dalam notis tuntutan tersebut disiarkan pada halaman 9 akhbar terbabit, serta portal Utusan Online.

Dakwaan terhadap Guan Eng timbul dalam kehangatan kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh itu ditepis Pengerusi Majlis Agama Islam Pulau Pinang sendiri, Datuk Mohd Salleh Man sambil menegaskan bahawa MAIPP satu-satunya pemegang amanah tanah wakaf.

Dalam sidang media bersama Ketua Menteri, Salleh Man menjelaskan bahawa semua cadangan berkenaan tanah wakaf hendaklah diputuskan oleh MAIPP selepas mendapat cadangan sebuah jawatankuasa yang tidak dianggotai oleh Ketua Menteri. – Roketkini.com


Penginapan pelajar di Moscow terbakar

Posted: 24 Apr 2015 12:40 AM PDT

SINAR HARIAN


Kebakaran
 
 
 
PUTRAJAYA - Menurut Kedutaan Besar Malaysia di Moscow, satu kebakaran telah berlaku di asrama penginapan pelajar Malaysia di Russian National Research Medical University (RNRMU) di Moscow pada 22 April 2015 jam 11.30 malam.

Seramai 21 orang pelajar Malaysia terlibat dalam insiden ini.  Kesemua pelajar tersebut telah mendapat rawatan sebagai pesakit luar. Tujuh orang pelajar masih menerima rawatan lanjut. Pelajar tersebut adalah:

1. Mohannan Pattu
2.  Pavin Raaj Selva Kumar
3.  Praveena Sunthar Raj
4.  Chen Wei Jun
5.  Naveen Anbalakan
6.  Zainal Nastaiin
7.   Sharath Raj

Duta Besar serta pegawai-pegawai kedutaan telah melawat pelajar-pelajar yang terlibat untuk mengetahui perkembangan semasa mereka.

Pihak kedutaan juga sedang bekerjasama dengan pihak universiti untuk membantu mereka mendapatkan penginapan sementara.

Maklumat lanjut berkaitan perkembangan semasa kejadian dan keadaan para pelajar boleh diperolehi daripada:

Encik Francisco Munis
Timbalan Ketua Perwakilan
Kedutaan Besar Malaysia, Moscow


Tel No.: +7 499 147 1512 / 15 / 23

Sumber : Kementerian Luar Negeri, Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Syazwani binti Abd Latif
Assistant Director
Department of Communication and Public Diplomacy
Ministry of Foreign Affairs, Malaysia
Tel: 03 - 8887 4188
Emel: syazwani.abd@kln.gov.my
- Bernama



Pas sanggup kalah pilihan raya demi hudud

Posted: 24 Apr 2015 12:38 AM PDT


Pas sanggup kalah pilihan raya demi hudud Ahmad (kiri) semasa mendengar penerangan tentang pelan pembinaan baharu Masjid Bunut Susu, Mukim Kiat, semalam.
 
 
 
PASIR MAS - [DIKEMASKINI] Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yakin pelaksanaan hudud tetap dapat dijalankan biarpun Pas bakal hadapi risiko kalah dalam pilihan raya akan datang.

Beliau berkata, kenyataan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung Pas sanggup kalah pilihan raya berbanding tolak laksana hudud selari dasar perjuangan parti berkenaan sejak dulu lagi.

 "Dasar kita perjuangan Islam dan ia termaktub dalam Perlembagaan Pas. Hasrat kita mahu lihat terlaksana pemerintahan berpandukan nilai Islam di Malaysia," katanya ketika mengulas pendapat Abdul Hadi bahawa Pas sedia hilang undi atau kalah dalam pilihan raya asalkan masyarakat selamat dengan adanya hudud dalam ' Bicara Minda' anjuran Sinar Harian.

Dalam perkembangan lain, Ahmad yang juga Timbalan Mursyidul Am Pas berkata, ulama perlu terus diberi kepercayaan menerajui kepimpinan Pas pada muktamar yang berlangsung Jun ini.
Beliau berkata, ia juga bersesuaian dengan parti berkenaan yang meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan parti sejak sekian lama.
 
"Bukan itu sahaja, ulama tonggak penting kepada perjuangan parti dan pada saya, ia wajar dikekalkan," katanya demikian kepada pemberita pada Majlis Solat Hajat Mula Kerja Pembinaan Baharu Masjid Bunut Susu, Mukim Kiat, semalam.
 
Menurutnya, bagaimanapun semuanya terserah kepada muktamar kali ini untuk menentukan kepimpinan parti berkenaan masa hadapan.
 
"Mungkin sudah ada idea baharu, siapa tahu," katanya. 
 
Akhbar baru-baru ini melaporkan, perbalahan antara kumpulan ulama dengan golongan pro-Anwarinas kian membarah dan hampir tersimpul mati apabila Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad, tampil menggelar pihak yang didakwa pro ulama sebagai 'geng juhala' iaitu bermaksud jahil.
 
 

Henti berbalah isu agama, kaum

Posted: 24 Apr 2015 12:36 AM PDT


Mahfuz Omar Mahfuz Omar
 
 
 
ALOR SETAR - Pas meminta semua pihak tidak terpedaya dengan tindakan pihak tertentu yang sengaja memainkan isu keagamaan dan perkauman kebelakangan ini.

Ketua Penerangannya, Datuk Mahfuz Omar berkata, perbuatan seperti berdemonstrasi di hadapan gereja, Ahad lalu dan terbaru, Alvin Tan mengeluarkan video mempersendakan suara azan adalah perilaku yang wajar dibantah semua rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan persaudaraan.

"Perkara yang membabitkan sensitiviti agama dan kaum tidak sewajarnya dijadikan bahan ejekan dan momokan kerana ia mengguris perasaan penganut agama masing-masing. Ia umpama menyimbah minyak ke atas api dan kesannya pasti besar dan boleh menjejaskan keamanan," katanya.

Menurutnya, pihak terbabit wajar dikenakan tindakan tegas supaya tidak mengulangi perbuatan itu namun, amat dikesali apabila individu berkenaan masih berterusan mempersendakan Islam.

"Pas mohon polis bertindak dengan berani dan telus terhadap kes seperti itu. Siasatan hendaklah dibuat kepada pelakunya dan dikenakan tindakan bersesuaian," katanya.

Mahfuz yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata, kemunculan isu-isu sensitif ini seolah-olah menjadi kebiasaan apabila kerajaan diberi tekanan dalam isu-isu yang tidak mampu dijawab maka muncul 'mereka-mereka' ini untuk mengalih perhatian rakyat daripada isu besar seperti 1MDB dan GST.

"Kita bimbang isu ini didalangi penaja-penaja politik demi mempertahankan kepimpinan mereka. Kami harap seluruh rakyat Malaysia tidak terperangkap dengan isu sensitiviti yang sengaja dimainkan pihak tertentu demi mengalihkan perhatian dan desakan rakyat terhadap isu-isu semasa," katanya.


Terengganu buka pusat sekretariat GST

Posted: 24 Apr 2015 12:30 AM PDT


Datuk Ahmad Razif Abd Rahman
 
 
 
KUALA TERENGGANU - [DIKEMASKINI]  Kerajaan negeri telah membuka pusat sekretariat yang berpusat di Wisma Darul Iman, bagi memantau pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST), dan mendapatkan maklum balas serta aduan daripada pengguna.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman berkata, sekretariat ini juga memantau harga barangan di pasaran agar tidak dimanipulasi peniaga, selain memberi maklumat mengenai harga barangan di pasaran.

Menurutnya, itu antara kaedah yang digunakan untuk membantu rakyat, selain memberi pemahaman kepada rakyat mengenai barang yang dikenakan GST dan tidak dikenakan GST.

"Apa yang berlaku sekarang ini peniaga yang memanipulasi pengguna kerana ada pengguna yang masih belum faham sebenarnya. Sebab itu ada peniaga yang ambil kesempatan.

"Kadang-kadang kita tengok peniaga sendiri pun tak faham, ada yang tidak turunkan harga, ada pula yang tambah enam peratus sedangkan dia tidak layak. Jadi mereka perlu maklumat sebegini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perjumpaan Menteri Besar Bersama Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Negeri Terengganu 2015 di Wisma Darul Iman.
 
Jelas Ahmad Razif, kerajaan negeri juga sedang melihat cadangan atau keperluan untuk mewujudkan kiosk bergerak sebagaimana yang dilaksanakan di Perak.

Sekiranya melihat ia perlu dilaksanakan, kerajaan negeri akan membuka kiosk bergerak dan turun ke daerah, terutamanya di kawasan di luar bandar memberi penerangan serta membantu rakyat agar mereka dapat membeli barangan dengan harga yang betul.

"Mungkin juga kita akan beri subsidi, iaitu bekerjasama dengan Mydin yang akan bertindak sebagai pembekal dan kita akan gunakan van atau lori turun ke daerah. Ini kita belum muktamadkan lagi, ia akan diputuskan selepas Pilihan Raya Kecil Rompin.

"Kita bimbang kalau kita ambil tindakan sebegitu, nanti akan beri kesan kepada peniaga sebab bila kerajaan negeri menggunakan kiosk bergerak ini, nanti orang tidak beli dah di kedai.

"Selepas ini, kalau nampak peniaga masih lagi memanipulasikan pembeli, kerajaan negeri tidak akan teragak-agak melaksanakan program sebagaimana yang kerajaan Perak lakukan iaitu kerajaan negeri ambil alih jadi penjual," katanya.
 
 

Laksana GST dulu sebelum kaji semula fatwa

Posted: 24 Apr 2015 12:21 AM PDT


GST baru
 
 
 
KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menghormati pandangan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zuklifli Mohammad Al-Bakri supaya orang Islam dikecuali atau dikurangkan kadar pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
 
Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha bagaimanapun berkata keharusan pelaksanaan GST itu yang telah diputuskan Majlis Fatwa Kebangsaan juga berasas berdasarkan keperluannya untuk membiayai program berbentuk syariah.
 
"Mungkin dia (mufti wilayah) ada kajian tersendiri dan apa yang diputus oleh Majlis Fatwa juga ada asas-asasnya.
 
"Fatwa keputusan sudah ada satu keputusan telah dimaklumkan berdasarkan elemen-elemen kerajaan perlu ada harus dilaksanakan, maknanya disalurkan kepada program-program berbentuk syariah dan sebagainya," katanya, di sini, hari ini.
 
Minggu lalu, Mufti Wilayah Persekutuan itu menggesa Putrajaya mengecualikan warganegara beragama Islam daripada membayar GST kerana mereka sudah melunaskan zakat berdasarkan agama Islam.
 
Cadangan itu dibuat Zulkifli menerusi laman Facebook Mufti Wilayah Persekutuan pada Jumaat juga menggesa Putrajaya mengurangkan kadar GST sedia ada.
 
Dalam pada itu, Othman juga berkata, orang Islam perlu memberi peluang kepada cukai baharu itu dilaksanakan dalam tempoh enam bulan terlebih dahulu sebelum ia boleh dikaji semula.
 
"Peringkat agama, kita akan lihat dulu sama ada berbalik kepada fatwa tapi jalan dulu laa, sebab kerajaan kata jalan dulu, benda itu belum lagi, takkan baru putus terus nak (batal pelaksanaan).
 
"Mungkin selepas itu, menteri kata kita akan semak balik...menteri nak lihat dulu, tempoh enam bulan, lepas itu baru buat keputusan," katanya lagi.
 
 

Tiada ulasan: