Jumaat, 24 April 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Timbalan Presiden dan PJ pun depa tak hormat?

Posted: 23 Apr 2015 06:00 PM PDT

 SEBERANG JAYA: PAS Kawasan Permatang Pauh mengambil tindakan radikal apabila turut menolak untuk bekerjasama dengan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohamad Sabu dan Timbalannya, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

 Ia berikutan kedua-dua pemimpin terbabit didakwa tidak membawa suara akar umbi, sebaliknya hanya memainkan peranan politik popular dalam pakatan pembangkang. 

Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Omar Hassan, berkata pihaknya hanya akan mendengar sebarang pendapat, nasihat atau desakan diketengahkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Dewan Pemuda PAS (DPP) Pulau Pinang dan Dewan Muslimat negeri itu. Selanjutnya di : di sini

Komen al-Husseyn :
Saya percaya, tanpa restu Hj Hadi, walaun-walaun ini semua tidak akan berani bertindak sedemikian rupa.Beginilah kerja-kerja jahat Hj Hadi akibat dendamnya terhadap Anwar Ibrahim.


Hj Hadi keluarkan watikah dan PAS hilang deposit!
Sebelum ini Hj Hadi turut merestui fatwa Ketua Urusan Ulama Permatang Pauh, Badrul Abdul Rahman yang berkata: Haram undi calon tolak Hudud

Eloklah Hj Hadi keluarkan watikah untuk PAS bertanding di Permatang Pauh sebagaimana yang pernah dilakukannya di Kota Damansara dan Sungai Acheh pada PRU-13 lalu.

Tiada ulasan: