Selasa, 14 April 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


DAP ingatkan PAS tak terjerat kali kedua

Posted: 14 Apr 2015 04:26 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Anggota Parlimen DAP Bukit Bendera Zairil Khir Johari hari ini mengingatkan PAS supaya tidak terjerat dalam "perangkap" Umno buat kali dua kali.

Mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya parti itu wajib berunding dengan Umno berhubung pelaksanaan hudud, Zairil berkata PAS tidak sepatutnya lupa dengan "penipuan" yang dilakukan Umno pada 1970-an.

Beliau mengingatkan PAS mengenai insiden apabila ditipu selepas penyertaan parti itu dalam kerajaan campuran, rampasan kuasa semasa Kelantan ekoran darurat serta tragedi Memali pada 1985.

"Hadi Awang bukan orang baru dalam kancah politik Malaysia. Beliau seharusnya faham bahawa Umno cuma lunak kepada PAS ketika mereka terdesak memandangkan Umno sendiri yang menghalang pelaksanaan hudud pada 1993.

"Bagaimana pula dengan tragedi Memali pada tahun 1985? Sekiranya Pas ingin bekerjasama dengan Umno, tidakkah mereka perlu terdahulu menuntut kebertanggungjawaban terhadap kematian Ustaz Ibrahim Libya dan pengikut-pengikutnya?," katanya.

Dalam kenyataan medianya, Zairil turut bertanya mengapa Hadi tidak mempersoal kesanggupan Umno membantu PAS melaksanakan hudud di Kelantan, sedangkan langsung tidak menunjukkan minat untuk membentangkannya di negeri yang mereka kuasai.

"Malahan, Presiden Umno sendiri terus mengelak daripada menyatakan pendiriannya berkenaan hudud, sementara terdapat menteri Umno yang terus-terang menolak pelaksanaan hukum tersebut," katanya.

Sehubungan itu, Zairil yang juga penolong setiausaha kebangsaan DAP itu turut mempersoalkan tindakan Hadi yang dianggapnya terburu-buru mewajibkan bekerjasama dengan Umno walaupun parti banyak kali dikhianati.

Malah, katanya, sikap Hadi juga berbeza dengan pemimpin sebelumnya seperti bekas presiden Datuk Fadzil Noor dan bekas mursyidul am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang dilihat sentiasa tegas dan lantang dalam isu yang melibatkan Umno.

Katanya, kedua-dua pemimpin itu menekankan nilai Islam, keadilan dan amanah serta menggalakkan sikap istiqamah bersama pakatan pembangkang bagi menumpaskan Umno dan BN.

"Mengapa Hadi Awang begitu terburu-buru untuk mewajibkan kerjasama dengan Umno setelah banyak kali dikhianati mereka (Umno)?

"Setelah berkali-kali ditipu oleh Umno, PAS seharusnya sedar dan tidak menjadi pelanduk yang melupakan jerat," katanya lagi.


'Aidana bantu terbangkan heli terhempas'

Posted: 14 Apr 2015 04:24 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Data kotak hitam mendedahkan Aidana Baizieva, penumpang misteri dalam helikopter terlibat nahas di Semenyih awal bulan ini, membantu menerbangkan pesawat itu.

Memetik sumber, New Straits Times (NST) melaporkan, data daripada perakam suara kokpit (CVR) menunjukkan Aidana aktif dalam operasi penerbangan helikopter Dauphin AS365N2.

Ia dikatakan berdasarkan perbualan Aidana, 25, bersama juruterbang helikopter tersebut Kapten William Clifford Fournier.

Bagaimanapun, sumber tersebut memberitahu NST bahawa beliau tidak bersetuju bahawa Aidana telah dibenarkan untuk membawa pesawat itu.

Sumber itu juga tidak menyalahkan wanita berasal dari Kyrgyzstan itu yang menjadi punca nahas helikopter itu terjadi.

Sebaliknya, katanya, pegawai penyiasat mempunyai alasan kukuh dan mempercayai bahawa terdapat letupan dalam helikopter itu sebelum terhempas.

"Berdasarkan siasatan di lokasi kemalangan, penyelidik membuat kesimpulan bahawa beberapa bahagian helikopter telah meletup dalam nahas itu," sumber itu dilaporkan berkata.

Menurut laporan itu lagi, semua alat komunikasi juga tidak boleh digunakan semasa helikopter tersebut mula menjunam.

Malah, kesemua penumpang juga "senyap" beberapa minit sebelum nahas itu dan hanya nafas mereka sahaja yang direkodkan oleh CVR.

Selain Aidana dan Fournier, nahas itu turut mengorbankan Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, ketua setiausaha sulit perdana menteri Datuk Azlin Alias, ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang dan pengawal peribadi Jamaluddin, Koperal Razakan Seran.


AGC rayu hukuman ke atas 'penceroboh' Umno

Posted: 14 Apr 2015 04:22 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Pejabat peguam negara mengemukakan rayuan ke atas hukuman ringan dalam kes penyokong Umno yang menceroboh ke dalam bangunan DUN Pulau Pinang tahun lalu.

Majistret pada bulan lalu mengenakan hukuman denda RM1,500 ke atas 15 penyokong Umno tersebut, dan RM1,000 ke atas seorang lagi atas perbuatan berkenaan.

Timbalan ketua bahagian pendakwaan AGC, Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria mengesahkan perkara itu kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

"Pejabat ini telahpun merayu ke atas hukuman yang dijatuhkan ke atas kesemua tertuduh," kata Mohamad Hanafiah dalam suratnya bertarikh 3 April.

AGC merujuk kepada satu surat oleh Lim bertarikh 26 Mac yang mengadu mengenai keputusan untuk mendakwa 16 individu tersebut dengan tuduhan ringan.

Lim meminta AGC menjelaskan alasan untuk mendakwa individu berkenaan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan dan bukannya Seksyen 448 akta sama.

Seksyen 447 memperuntukkan hukuman bagi kesalahan jenayah menceroboh yang membawa hukuman penjawa tiga bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya.

Seksyen 448 pula lebih menjurus kepada menceroboh kediaman yang membawa hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.


Antara jambatan bengkok dan jambatan emas

Posted: 14 Apr 2015 04:18 AM PDT

MSO

Elok juga Dr Mahathir Mohamad dan Najib Razak berbalas tembak untuk membela diri masing-masing setidak-tidaknya boleh meringankan kepala daripada ditimpa beban cukai barang dan perkhidmatan, GST 6 peratus. Setelah kesekian lama Najib mengambil keputusan untuk tidak menjawab mulut Mahathir, akhirnya PM itu terpaksa juga membuka kunci mulutnya.
Barang kali Najib itu pun naik bengang apabila Mahathir tidak henti-henti melepaskan Scud gertakannya.
Semuanya terluah menerusi temubual khas yang dirakamkan terlebih dahulu kemudian baru disiarkan oleh TV3 dua tiga malam lepas. Kenapa tidak RTM, sebab kononnya TV3 mempunyai penonton yang ramai dan ia tidak dilihat sebagai setesen itu setesen tv rasmi kerajaan, maka Najib memilih TV3. Wahal TV3 lebih rasmi daripada RTM. Cara Najib itu juga menunjukkan RTM sudah tidak ada kelas lagi. Bukan media propagadis terbaik untuk Najib.
Antara TV3 dan RTM juga sudah terbalik dari segi kebebasan dan kerasionalannya. 
Walaupun penjelasan dan jawaban Najib tidak memuaskan hati banyak orang, tetapi itulah jawaban Najib. Itulah kemampuan anak Razak Hussein itu. Najib boleh mendabik dada kononya dia sudah menjawab dan memberi penjelasan, kandati pun jawaban dan penjelasan itu bertaraf sampah sahaja. Saya percaya orang mendengar rakaman temubual khas itu menyampah dengan Najib, kecuali mereka yang sudah dikunci dan "dionanikan" seluruh pancara indranya,  
Pun begitu Mahathir memberi reaksi juga kepada jawaban Najib itu. Terbaru Mahathir bercakap mengenai jambatan bengkok yang dikatakan Najib, Mahathir kecewa kerana jambatan bengkok itu tidak dibina. Mahathir membalas balik mengatakan dakwaan Najib itu tidak betul.
Tetapi dalam frasa ayat sama Mahathir mengatakan Najib berbohong dan mungkir janji mengenai hal itu. Kata Mahathir semasa projek itu dicadangkan Najib bersetuju dan berjanji akan melaksanakan beberapa dasar-dasar yang digubal semasa beliau jadi PM.
Saya suka untuk meneliti mengenai perkara ini. Apakah Najib telah memberi pengakuan akan bina jambatan bengkok itu apabila dia mengambil alih jawatan daripada Abdullah Ahmad Badawi. Mungkin begitu. Maka Mahathir berusaha keras menyerang Abdullah untuk membolehkan Najib menjadi PM seterusnya membina jambatan bengkok. 
Macam nak rak Mahathir menyerang Pak Lah siang dan malam sehinggakan tidak ada masa rehat langsung. Hasilnya Pak Lah jadi bingong lalu mengambil keputusan meletakkan jawatan kemudian diserahkan kepada Najib. Mahathir berjaya menjatuhkan Pak Lah dan Najib berjaya menjadi PM. 
Ironisnya dalam hal ini Najib tidak menggunakan kejayaanya jadi PM itu untuk membena jambatan bengkok yang Mahathir katakan dijanjikan Najib itu. Dalam hal ini jelas yang cerdik ialah Najib kerana berjaya menjadikan Mahathir sebagai alat untuk menyerang Pak Lah dengan janji (politik) nak bina jambatan bengkok. Secerdik-cerdik Mahathir, Najib berjaya juga menipu bekas PM itu. 
Benarlah kata pepatah sepandai-pandai tupai melompat akhir ke tanah jua. Itik sehebat mana kalis bulunya tetapi akhirnya daging direbus juga. Betulkah peribahasa baru ini? 
Mengenang kisah jambatan bengkok menjadi projek idaman Mahathir ini ia tidak sama dengan kisah jambatan emas seperti mana disuruh oleh Puteri Gunung Ledang kepada Tun Mamat. Puteri Gunung Ledang meminta Tun Mamat agar Sultan Melaka membina jambatan emas dari gunung Ledang ke Istana Melaka sekiranya sultan itu mahu memperisterinya.
Apa disuruh Puteri Gunung Ledang itu sesuatu yang tidak mungkin berlaku. Ia adalah helah untuk menolak peminangan sultan Melaka itu. Itu sahaja. Apakah Najib juga menggunakan terma atau formula Puteru Gunung Ledang, berjanji hendak membina jambatan bengkok kerana mengharap Mahathir serang Abdullah? Kalau benar begitu telahan saya, maka Najib berbuat sama dengan apa dibuat Puteri Gunung Ledang tetapi versinya agak songsang sedikit. 
Sultan Melaka gagal menyiapkan jambatan itu, maka dia gagal memiliki Puteri Gunung Ledang, manakala Najib tidak membina jambatan bengkok itu, tetapi dia berjaya mendapat jawatan Perdana Menteri. Ternyata Najib sama licit dengan Puteri Gunung Ledang.

Nik Aziz tidak pernah mahukan kerjasama PAS dan UMNO

Posted: 14 Apr 2015 04:16 AM PDT

lim lip eng

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng hari ini mengecam tindakan sesetengah pemimpin PAS yang berkeras mahu bekerjasama dengan UMNO dan mendakwa Allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mahukan kerjasama tersebut.

Beliau berkata, sepanjang beberapa pertemuannya dengan Mursyidul Am PAS itu beberapa tahun lalu, Nik Aziz dengan jelas bertegas bahawa PAS dan Pakatan Rakyat tidak boleh percaya kepada UMNO yang melakukan sesuatu hanya untuk mengekalkan kuasa.

"Tok Guru pernah dilaporkan berkata bahawa PAS tidak akan pernah digigit oleh ular yang sama dua kali kerana mereka mempunyai pengalaman pahit pada lewat 70-an, apabila disingkirkan oleh UMNO.

"Justeru saya terkejut dan hairan untuk mendengar beberapa pemimpin PAS 'mendedahkan', kononnya selepas kematian Tok Guru, beliau mengalu-alukan kerjasama antara PAS dan UMNO

"Kenapa sesetengah pemimpin PAS masih berkeras mahu bekerjasama dengan UMNO? Adakah mereka tidak meninggalkan cita-cita yang dibayangkan oleh Allahyarham Tok Guru?" soalnya.

Setiausaha DAP Kuala Lumpur itu menyatakan, beliau masih ingat ketika Konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam pada Disember 2009 apabila Tok Guru bertanyakan soalan kepada UMNO 'Nak pinang lagi?, yang bermaksud 'adakah anda ingin menarik kami sekali lagi?.

"Saya fikir orang ramai terutama ahli PAS mengetahui kebenarannya apabila pemimpin tertinggi mereka telah gagal menjelaskan mengapa ketika Tok Guru masih hidup, beliau tidak pernah menyatakan secara terbuka mengenai PAS perlu bekerjasama dengan UMNO.

"Kita juga boleh mencari banyak kenyataan media beliau bahawa PAS tidak akan bekerjasama dengan UMNO kerana sememangnya tidak boleh dipercayai," tegas Lip Eng. – Roketkini.com


'Saya bayar GST, saya berhak persoal PM'

Posted: 14 Apr 2015 04:10 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


NGO lantang Melayu Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) masih tidak menyatakan sikap dalam kemelut antara Datuk Seri Najib Razak dan Tun Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, Pengarang Kanan Ismaweb Razali Zakaria maju setapak dengan menyatakan sokongannya kepada Mahathir.

Razali berhujah, pembayar cukai berhak tahu dalam isu-isu negara yang dibangkitkan perdana menteri keempat itu.

"Saya pun ingin tahu hal yang sebenar. Saya pun membayar cukai pendapatan kepada negara dan terbaru, saya juga membayar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Saya ada hak untuk tahu.

"Justeru, kepada Tun Dr Mahathir, saya katakan Tun tidak keseorangan dalam mengetengahkan isu-isu yang dibangkitkan itu," tulisnya di laman web rasmi ISMA hari ini.

Semalam, Mahathir menulis di blognya bahawa beliau keseorangan ketika membangkitkan kritikan terhadap kepimpinan perdana menteri dalam isu Altantuya Shaariibuu dan 1Malaysia Developement Bhd (1MDB).

Telinga Mukhriz kini dipulas

Mahathir juga mendakwa pihak yang mengkritik Najib kini berdepan ugutan.

Beliau dipercayai merujuk kepada dilema Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz, yang juga anaknya, ketika kesetiaannya dituntut.

Kenyataan Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam seolah-olah kata dua kepada Mukhriz untuk memilih antara Najib atau bapanya.

Menulis dalam web itu, Razali turut mengiyakan kenyataan Mahathir sebelum ini berhubung dakwaan ugutan itu.

"Telinga Mukhriz (kanan) kini dipulas. Benarlah apa yang Tun (Mahathir) kata sekarang ini ada ugutan terhadap sesiapa yang tidak menyatakan sokongan kepada Najib," katanya.

Nota di bawah artikel itu menyebut bahawa tulisan Razali itu pandangan peribadi dan tiada kena mengena dengan ISMA.

PERKASA mahu bekas CJ ketuai siasatan

Posted: 14 Apr 2015 04:07 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


NGO pendesak Melayu, PERKASA menggesa agar satu Suruhanjaya Siasatan Diraja yang dianggotai oleh tokoh bebas dibentuk untuk menyiasat 1Malaysia Development Bhd.

Antara tokoh yang dicadangkan dalam panel tersebut ialah bekas ketua hakim negara, Tun Abdul Hamid Mohamad yang mengetuai Barisan Perpaduan Nasional, yang turut dianggotai PERKASA.

Cadangan itu dikemukakan oleh biro pemantauan dan integriti PERKASA dalam satu surat kepada PM, Datuk Seri Najib Razak pagi ini.

"(RCI) yang dianggotai oleh panel yang neutral serta mempunyai kuasa untuk menjalankan penyiasatan bermandat tanpa kompromi perlu dibentuk secepat mungkin," kenyataan itu dipetik.

Menurut kenyataan tersebut, ia akan dapat menyelesaikan "kekusutan yang membelenggu kepimpinan Dato' Sri Najib Razak dan merungkai segala misteri 1MDB".

Nama-nama lain yang disebut oleh PERKASA untuk mengetuai panel siasatan itu adalah seorang lagi bekas ketua hakim, Tun Ahmad Fairuz dan juga bekas peguam negara, Tan Sri Abdul Talib Othman.

Menurut PERKASA, cadangan penubuhan badan siasatan bebas itu juga disuarakan oleh bekas PM, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mahathir kini giat melancarkan serangan ke atas Najib, khususnya dalam soal pentadbiran dana 1MDB dan juga dengan menimbulkan soal motif dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.


DAP Sarawak tubuh pusat khidmat, bela penduduk asal tapak Empangan Bakun

Posted: 14 Apr 2015 04:03 AM PDT

DAP Sg Asap Koyan

Roketkini.com


KUCHING: Tindakan kerajaan BN berdegil membina Empangan Bakun sehingga menyisihkan penduduk setempat tanpa pampasan sewajarnya amat tidak bertanggungjawab, kata Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen.

"Penduduk Sungai Asap pada asalnya dari kawasan Empangan Bakun tapi ditempatkan semula di Sungai Asap. Penempatan semula ini merupakan permulaan kepada nasib buruk mereka.

"Dasar kerajaanlah yang memutuskan untuk membina Empangan Bakun dan menempatkan mereka di Sungai Asap.

DAP Sg Asap Koyan3"Mereka hanya diberikan tiga ekar tanah setiap isi rumah, manakala syarikat-syarikat kroni mendapat beribu-ribu ekar setiap satu," katanya.

Atas kesedaran membantu masyarakat Sungai Asap yang ditindas tanpa belas kasihan itu, DAP pada 12 April lalu telah membuka Pusat Khidmat Sungai Asap di Belaga.

Pusat Khidmat tersebut telah dirasmikan oleh Chieng Jen bersama Timbalan Pengerusi DAP Sarawak Chiew Chiu Sing.

Chieng Jen yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching memberi jaminan, dengan pembukaan pusat khidmat itu, DAP akan berusaha untuk menyelesaikan masalah penduduk.

Tegasnya, kehadiran DAP bukan bertujuan memecahbelahkan rakyat seperti didakwa BN, namun membantu khususnya pendidikan dalam pembangunan politik.

"Kami di sana untuk menawarkan alternarif dan khidmat kami.

"Jika kehadiran DAP dianggap usaha memecahbelahkan rakyat, maka pilihanraya tidak akan wujud.
"DAP percaya kepada pendidikan politik yang konsisten dan perkhidmatan kepada rakyat, terutamanya pada waktu bukan pilihanraya.

"Kami memutuskan untuk menubuhkan pusat khidmat tersebut, yang akan dikendalikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penaja Belaga kami iaitu Kenneth Adan Silek," ujar Chong. – Roketkini.com


Pindaan Akta Hasutan, POTA, POCA bungkam suara mahasiswa

Posted: 14 Apr 2015 04:01 AM PDT

140412-demo mansuhkan ptptn-dataran merdeka (44)

  Roketkini.com


KUALA LUMPURR: Pindaan Akta Hasutan yang memperkenalkan elemen baru seperti penjara mandatori tiga tahun minima, peluasan skop undang-undang meliputi media elektronik dan denda lebih tinggi membungkam kebebasan bersuara dan kebebasan berfikir mahasiswa.

Mahasiswa Ganyang Akta Hasutan (GANYANG) dalam kenyataannya hari ini turut mengecam pengenalan akta baru seperti Akta Pencegahan Keganasan (POTA), Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas), selain pindaan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) yang membawa unsur tahanan tanpa bicara.

"Pindaan ini bertentangan dengan janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 16 September 2011 untuk menjadikan Malaysia negara demokrasi terbaik," kenyataan Vince Tan, penyelaras GANYANG dipetik.

Vince yang juga mahasiswa jurusan undang-undang Universiti Malaya berkata, pengenalan hukuman penjara mandatori menghakis kuasa mahkamah untuk memutuskan hukuman yang disabitkan kesalahan menghasut.

"Kini mahkamah terpaksa mengenakan hukuman penjara kepada pesalah, dan mitigasi oleh pesalah untuk mengurangkan hukuman penjara tersebut tidak dapat dilakukan kerana wajib mengenakan hukuman yang berasaskan provisi undang-undang," ujarnya.

GANYANG sebelum ini bersama-sama masyarakat sivil dalam gabungan Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) telah dua kali ke Parlimen bagi menghalang pindaan tersebut dari diluluskan.

Tambahnya, penyalahgunaan Akta Hasutan dibimbangi sebagai alat untuk mendakwa ahli politik pembangkang, aktivis sosial, ahli akademik dan juga mahasiswa.

"Namum, suara mahasiswa tidak didengari oleh badan perundangan kita yang terus meluluskan pindaan tersebut.

"Hari ini kita melihat undang-undang digubal dan disalahgunakan untuk menutup suara rakyat yang mengkritik dasar-dasar pihak kerajaan dan cara mereka mentadbir negara.

"GANYANG menyeru orang awam mengambil balik ruang awam kembali daripada Putrajaya.

"Akta Hasutan ini berkait rapat dengan semua orang, dan bukan sahaja individu yang terkenal dalam arena politik dan aktivisme." ujarnya. – Roketkini.com


'Kami sembang bola, bukan Tanzim Al Qaeda'

Posted: 14 Apr 2015 03:57 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Seorang lelaki memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa dia mengenali tertuduh kedua yang didakwa bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah Khas) 2012 (Sosma) Muhammad Hilmi Hasim.

Dia bagaimanapun berkata tidak pernah mendengar kumpulan militan yang dipanggil Tanzim Al Qaeda Malaysia.

Lelaki itu, Leftenan Kolenel (B) Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Mohd Ariff Abdullah berkata mengetahui Hilmi yang dibawa oleh anak lelakinya Razif ke rumahnya di Taman Tun Dr Ismail, sebelum berlepas ke Istanbul.

"Sepanjang perbualan saya dengan Hilmi, kami bercakap dan menonton bola sepak. Dia pada ketika itu membawa makanan ke rumah saya.

"Hilmi atau anak lelaki saya tidak pernah menyebut Tanzim Al Qaeda Malaysia," kata Ariff menjawab soalan peguam Amer Hamzah Arshad.

Hilmi dan bekas tahanan ISA Yazid Sufaat ditahan bawah Sosma dan dituduh menjadi anggota organisasi itu yang berniat untuk merekrut orang untuk menyerang orang awam di Syria.


Bekas IGP: Siasat motif bunuh Altantuya

Posted: 14 Apr 2015 03:55 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Bekas ketua polis negara, Tan Sri Musa Hassan menggesa pasukan itu membuka semula siasatan ke atas kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Menurutnya, polis boleh menyoal individu yang melakukan jenayah berkenaan bagi mengenalpasti motif tersebut.

Menurutnya, motif pembunuhan itu sepatutnya muncul semasa persidangan mahkamah lagi

"Mereka sepatutnya mendedahkan (motif) di mahkamah semasa perbicaraan. Kalau begitu, tanya orang yang melakukannya," katanya di Twitter.

Beliau menjawab pertanyaan oleh seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama @salahdinMY.

Terdahulu, Musa berkata bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamad tidak melakukan kesalahan atas persoalan yang dibangkitkan.

"Harap penyiasatan polis dapat menjawab segala pertanyaan Tun," katanya.

Musa mengetuai pasukan polis ketika kes pembunuhan Altantuya berlaku pada tahun 2006.

Tegasnya, siasatan pasukannya sebelum ini tidak menunjukkan Najib terlibat.

"Siasatan tidak tunjuk keterangan Najib terlibat. Itu sebab tiga orang dituduh," katanya.

Beliau turut menekankan fakta kes bahawa Altantuya telah membuat laporan polis sebelum dibunuh


.

Ust Ahmad Awang Sedia Lawan Hj Hadi

Posted: 13 Apr 2015 10:44 PM PDT

KELAB GREENBOC



 

Terima cukup pencalonan, Ahmad sedia timbang lawan Hadi

Bekas Naib Presiden PAS Ahmad Awang sedia menimbangkan untuk mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai presiden PAS selepas mendapat pencalonan yang cukup bagi jawatan itu.

Namun, beliau masih enggan membuat keputusan waktu ini kerana katanya masa masih panjang dan tidak perlu terburu-buru.

"Kita lihat juga berapa calon yang lain. Ini kerana, yang banyak mendapat pencalonan sekarang ialah Datuk Husam (Musa)," kata bekas pesuruhjaya PAS Perak itu.

Katanya, pencalonan yang banyak untuk melawan penyandang jawatan ini membayangkan kecenderungan ahli PAS membuat perubahan di pucuk pimpinan parti.

"Kita lihat kecenderungan hendakkan perubahan pucuk pimpinan sudah jelas," kata bekas ahli Majlis Syura Ulama PAS itu kepada The Malaysian Insider.

Namun, bagi beliau, pemimpin yang perlu naik ialah yang lebih muda dan jelas dalam perjuangan dan bukan semestinya ulama.

Ahmad kini melepasi syarat minima dua pencalonan dengan pencalonan terbaru dari Bukit Gelugor, Pulau Pinang dan Jelebu, Negeri Sembilan pada Sabtu, selepas mendapat yang pertama dari Parit Sulong sebelum ini.

Sebelum ini, Husam juga layak bertanding. Beliau kini mendapat pencalonan 8 kawasan dari seluruh negara. Semalam, beliau mendapat satu lagi pencalonan iaitu dari Tanjung Piai, Johor.

Menjelang muktamar ke-61 Jun ini, Hadi mendapat cabaran getir sejak hari pertama mesyuarat agung PAS kawasan-kawasan di seluruh negara apabila kawasan yang pertama mengadakan mesyuarat agung iaitu Kota Baru, Kelantan tidak mencalonkannya sebaliknya mencalonkan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai presiden.

Namun, Tuan Ibrahim menolak pencalonan itu menyebabkan pencalonan beliau kekal satu dan tidak berubah sehingga kini.

Sehingga kini, 22 kawasan mencalonkan Hadi mengekalkan jawatannya.

Sementara itu, Tuan Ibrahim mendapat paling banyak pencalonan untuk jawatan timbalan presiden sehingga kini dan mendahului penyandang jawatan itu Mohamad Sabu.

Beliau kini mendapat 21 pencalonan untuk jawatan itu manakala Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu mendapat 7 pencalonan.

Untuk jawatan naib presiden pula, nama yang popular sekarang ialah Salahudin Ayub, Datuk Seri Mahfuz Omar dan Idris Ahmad.

Turut mendapat pencalonan dari kawasan-kawasan ialah Tuan Ibrahim, Husam, Datuk Dr Mujahid Yusof (ahli Parlimen Parit Buntar), Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (timbalan MB Kelantan), Nasrudin Hassan (ahli Parlimen Temerloh), Datuk Iskandar Samad (exco Selangor), Dr Mariah Mahmud (ahli Parlimen Kota Raja), Mat Sabu dan Datuk Dr Mahfodz Mohamad (exco Johor).

Sementara itu, dalam mesyuarat agung semalam, dua penyandang jawatan kalah dalam pemilihan peringkat kawasan.

Menantu presiden PAS Zaharudin Mohamad mengalahkan bekas Yang Dipertua PAS Subang Mesni Dahlan.

Di Kampar, bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin dikalahkan Sufian Rejab untuk jawatan Yang Dipertua PAS Kampar. -TMI


Selepas pencabar Hadi cukup pencalonan...

Selepas cukup pencalonan untuk mencabar presiden, penyokong veteran PAS Ahmad Awang dilihat terus berkempen mengangkatnya sebagai calon terbaik berdepan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Anggota Parlimen parti Islam itu Khalid Samad mengetengahkan "perbualannya" dengan seorang penyokong Ahmad selepas mesyuarat agung tahunan PAS Shah Alam.

Dalam pemilihan peringkat bahagian itu sebelum ini, Ahmad dan Hadi sama-sama popular di mata perwakilan apabila dipisahkan cuma enam undi.

Hadi mendapat 78 undi, manakala Ahmad memperoleh 72 undi.


"Dia (Ahmad) menyelamatkan PAS semasa PRU (pilihan raya umum) 2008 dahulu. Kalau tidak kerana ketegasan Ustaz Ahmad Awang, PAS Perak mungkin sudah bersatu dengan Umno di Perak untuk membentuk kerajaan.

"Dia mampu menyatu padukan ahli dan PAS bersama Pakatan Rakyat. Kita patut berikan dia peluang," tulis Khalid, memetik jawapan penyokong Ahmad itu.

Bagaimanapun Khalid, dalam perbualan yang diceritakan kembali di blognya hari ini, membantah dengan menyatakan bahawa Hadi juga bertegas dengan Umno sewaktu krisis di Perak.

Ahmad 2, Hadi 22, Husam 8

"Tidak apalah YB, mesyuarat agung tahunan kawasan pun sudah selesai. Pandangan saya begitu. Bagi saya, PAS perlukan presiden yang lebih bijak merancang dan mengatur strategi, pandai berkawan dan jujur dalam persahabatan.

"Tapi yang lebih penting lagi, sebagai ketua eksekutif, seseorang presiden mesti bersedia untuk dikritik dan ditegur. Tidak dianggap 'berdosa' menyanggah pandangannya dan tidak salah membetulkan kesilapannya sekiranya tersilap," tulis Khalid, memetik jawapan anggota akar umbi PAS itu.

Ahmad semalam selamat dengan dua pencalonan bahagian dengan pencalonan minimum daripada Parti Sulong dan Jelebu. Hadi pula mendapat sekurang-kurangnya 22 pencalonan kawasan.

Sementara itu Naib Presiden Datuk Husam Musa pula mendapat sekurang-kurangnya lapan pencalonan daripada kira-kira 30 daripada 191 bahagian yang telah bermesyuarat setakat ini.

Muktamar pemilihan PAS kali ini akan berlangsung pada Jun ini di Kuala Selangor.

Soalan Umno: Kamu barua atau broker?

Dalam tulisan di blog itu juga, Khalid berkata, berdasarkan maklum balas diterimanya, akar umbi PAS mengakui ketokohan dan kefakihan Hadi tetapi mereka perlukan pemimpin yang cekap berpolitik.

Perkara lain dibangkitkan padanya termasuk dakwaan kelemahan kepimpinan Hadi seperti kekalahan PAS di Terengganu sebelum ini, tidak terbuka pada kritikan serta kegagalan menangangi perbalahan dalaman parti dan Pakatan.


Selain itu, kata Khalid, anggota itu turut mempersoal kritikan Hadi kepada Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail secara terbuka dalam krisis Selangor serta tindakannya melemparkan ungkapan "barua" dan "broker' kepada ahli dan pimpinan PAS tertentu.

"Saya minta maaf lagi, saya hingga hari ini tidak boleh terima. Sudahlah tu, bukti pun tidak ada. Tetapi main tuduh begitu. Terbuka pula.

"Bila saya balik dari muktamar, kawan saya dari Umno tanya saya, kamu ni barua ke broker? Geramnya saya," katanya.
-mk


ULASAN GB

Sekalipun Husam Musa mendapat pencalonan yang lebih tinggi daripada Ust Ahmad Awang, namun jika hendak bertanding jawatan Presiden, pada pendapat GB, maka Ustadz Ahmad Awanglah orang yang paling sesuai untuk mencabar Haji Hadi.

Ini berdasarkan faktor kedudukan dan latarbelakang Ustadz Ahmad Awang sendiri sebagai seorang ulama yang disegani di dalam dan diluarnegara. Beliau pernah memegang jawatan Presiden Peratuan Ulama SeMalaysia. Beliau pernah menjadi Pesuruhjaya PAS Perak dan pernah menjadi Naib Presiden PAS serta ahli Majlis Syura Ulamak PAS.

Di peringkat antarabangsa beliau pernah dilantik sebagai ahli Persidangan Agung Dakwah Islam Sedunia Libya, ahli senat Universiti Islam Baghdad, dan menjadi Naib Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Cawangan Malaysia.

Pada tahun lepas, Ust Ahmad Awangg juga adalah perwakilan Malaysia ke Perhimpunan Kesatuan Ulama Sedunia bersama-sama Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin dan Haji Abdul Hadi Awang.

Sebagai seorang ulama, maka beliau juga berkebolehan untuk berijtihad di dalam menyelesaikan masalah ummah


Jadi tidak timbul persoalan persepsi mereka yang tidak mengundi Haji Hadi sebagai anti-ulama kerana yang bertanding itu juga seseorang yang berstatus ulama.

Mat Sabu Ketuai Jentera PAS Di Permatang Pauh, TITM Di Rompin

Posted: 13 Apr 2015 10:40 PM PDT

KELAB GREENBOC



 
 
Mat Sabu ketuai jentera PAS di Permatang Pauh

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu akan mengetuai jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh pada 7 Mei ini.

Manakala Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man akan mengetuai jentera PRK Rompin 5 Mei, kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Ditanya sama ada PAS akan menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon di Permatang Pauh, Mohamad (kanan) menjawab:

"Siapa sahaja calon dalam PRK kita akan bantu," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur.

Katanya lagi, beliau yakin PKR akan memenangi di Permatang Pauh dan akan berusaha untuk menambah jumlah majoriti.

Mohamad menambah, PAS negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak dan sebahagian Kelantan akan membantunya berkempen di Permatang Pauh.

Sementara itu, Tuan Ibrahim pula berkata PAS sudah memulakan kempen di Rompin dan akan dibantu PAS negeri Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Wilayah Persekutuan dan sebahagian negeri Kelantan.

Katanya, walaupun PAS kalah dengan majoriti kira-kira 15,000 undi pada PRU lalu, pihaknya tetap akan bertanding, sekurang-kurangnya bagi menyedarkan rakyat mengenai isu-isu semasa.

"Ya, mungkin orang lihat majoriti 15,000 ni terlalu sukar, dalam PRK tidak ada benda yang mustahil.

"Kita hadapi pilihan raya bukan sebab (mahu) menang (saja) tapi soal rakyat, (mereka) perlu dapat penjelasan isu semasa yang berlaku.

"Pilihan raya kecil ini peluang terbaik untuk rakyat perlu lebih terbuka soal isu demokrasi," katanya.

ULASAN GB

Dua-dua calon Timbalan Presiden. Masing-masing akan berpeluang untuk tunjukkan yang terbaik sebagai Ketua Jentera PAS di dalam PRK nanti.

Berkebetulan pula Mohamad Sabu orang utara dan TITM orang Pahang. Alangkah bagusnya jika kerusi di Permatang Pauh diberikan kepada PAS dan memberi laluan kepada Mohamad Sabu untuk bertanding di situ. Dan TITM bertanding di Rompin. Tetapi oleh kerana PAS menghormati bahawa kerusi Permatang Pauh itu kerusi PKR maka PAS tidak meletakkan calonnya. Kecualilah jika ada "watikah" dari antah berantah yang meletakkan orang PAS sebagai calon Bebas di situ untuk mengalahkan calon Pakatan Rakyat. Macam-macam boleh berlaku di saat Pakatan Rakyat sedang menghadapi kemelut kini. Ia bergantung kepada "kejujuran" sepertimana yang ditekankan oleh salah seorang bakal calon Presiden iaitu Ustaz Ahmad Awang. Pakatan Rakyat musnah apabila tiada kejujuran di dalam persepakatan itu. GB tambah: Tanpa kejujuran lebih baik duduk sendirian dalam hutan, jangan duduk bersama kawan.

Tetapi menyedihkan di Rompin apabila ada terdapat pemimpin PAS yang awal-awal menyatakan bahawa "kita bertanding dalam pilihanraya ini bukan untuk menang. Tetapi ini adalah peluang terbaik bagi rakyat untuk mendapatkan penjelasan terbuka dalam sistem demokrasi kita. Soal menang kalah tidak penting, Ini ruang yang kita ada, kita harus gunakan."...

Jika bukan untuk menang baik tak usah bertanding. Buang karan, buang masa, buang tenaga dan buang sumber. Di dalam seseuatu perjuangan MESTI ADA cita-cita dan hasrat untuk mencapai kemenangan, malah menang dengan cemerlang. Dengan itu baru ada usaha yang kental dan barulah tercapai apa yang dicita-citakan. Bekerja bersungguh-sungguh untuk mencapai kemenangan ... disitulah letaknya keredhaan Allah kerana telah termaktub di dalam sebuah hadith qudsi bahawa "Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan ia lakukan dengan bersungguh-sungguh dan dengan sebaik-baiknya."

Nampaknya dua calon Timbalan presiden kini berpeluang untuk membuktikan kebolehan masing-masing supaya ianya nanti dapat dinilai oleh para perwakilan muktamar semasa pemilihan. 
 
 

Bekas Wartawan Hiburan, Bahyah Mahmood Terima Anugerah

Posted: 13 Apr 2015 10:37 PM PDT

Oleh: MUHAMMAD ADNAN (Wartawan Pelatih UiTM)


Bahyah (dua dari kiri) bersama Puan Sri Masnah Rais dan rakan artis yang hadir.
 
 
 
KUALA LUMPUR: Bekas wartawan hiburan tanah air, Bahyah Mahmood, 73, menjadikan keluarga sebagai pemangkin semangat dalam dunia kewartawanan hiburan sehinga menerima anugerah tribute yang dianjurkan khas oleh Persatuan Wartawan dan Artis Prihatin Malaysia (Wartisma) pada Ahad.

Bahyah atau lebih dikenali dengan gelaran Kak Bam menerusi ruang pojoknya "Syyhhh.. BAM" menerusi sisipan Pancaindera, Mingguan Malaysia suatu ketika dulu berkata suami dan anak-anak antara individu penting yang memberi sokongan tanpa henti terhadapnya sehingga kini.

"Anugerah ini saya kongsikan dengan semua wartawan hiburan dan juga ahli keluarga terutama suami tersayang, Ahmad Idris kerana sifatnya yang memahami jiwa saya dalam bidang kewartawanan.

"Begitu juga dengan anak-anak saya yang sentiasa memberi semangat untuk melakukan apa jua yang saya inginkan bagi kepuasan diri saya dalam menulis," katanya kepada mStar Online.
 
Puan Sri Masnah Rais menyampaikakn anugerah tribute kepada Bahyah Mahmod (tiga dari kiri) sambil disaksikan rakan-rakan artis.


Selain itu, Bahyah juga melahirkan rasa terharu kerana beliau menjadi wartawan pertama yang terpilih oleh Wartisma untuk menerima anugerah tribute tersebut.

Beliau turut berpesan agar wartawan masa kini perlu menjadikan profesion kewartawanan sebagai tanggungjawab besar dalam menabur bakti buat semua pihak.

"Saya tidak sangka untuk menerima penghargaan ini dan sangat berterima kasih serta berharap usaha Wartisma akan menjadi pencetus semangat dan pembuka jalan kepada peningkatan profesion kewartawanan khususnya dalam bidang hiburan.

"Sebagai wartawan, kita perlu menjadikan bidang yang kita cintai ini satu bakti yang disemai untuk mensejahterakan kehidupan orang lain dan berjasa kepada agama serta negara," katanya.

Disamping itu, penyanyi terkenal, Salamiah Hassan yang membuat persembahan pada majlis tersebut turut menyatakan tribute seperti ini perlu diteruskan untuk membalas jasa wartawan.

Salmiah juga menyifatkan Bahyah seorang wartawan yang sangat bagus dan antara yang menaikkan namanya di dalam insdusrti hiburan serta seorang yang pandai menyimpan rahsia.

"Majlis ini satu tribute yang patut digalakkan lagi bagi mengingati jasa wartawan kerana tiada wartawan maka artis tidak mampu berdiri sehingga kini.

"Sebagai seorang anak seni, kak Bahyah seorang yang sangat berhemah dalam penulisannya serta boleh dipercayai untuk menyimpan rahsia kerana saya selalu kongsi masalah peribadi bersamanya," katanya.

Bahyah berkhidmat selama 32 tahun bersama Utusan Melayu dan bersara pada Oktober 1997 dengan jawatan terakhirnya sebagai editor URTV.

Selain menjadi wartawan, beliau juga menyumbang dalam beberapa karya seni antaranya menulis lirik lagu Saloma, Salamiah Hassan, D.J. Dave dan Ebby Saiful serta menulis skrip untuk program Hiburan Minggu Ini di RTM pada 1976.

Bahyah yang dikurniakan bakat serba boleh turut menjadi pelakon dalam filem Sri Mersing pada 1961 dan sebauh lagi filem Sri Andalas pada 1966.

Majlis tribute Bahyah Mahmood yang diadakan di Saloma Theatre & Restaurant itu turut dihadiri oleh Puan Sri Masnah Rais, Datuk Yusof Haslam, Datuk Sonny Abdullah, Datuk Rosnani Jamil, Datuk Ahmad Fauzee, Mustafar A.R, rakan-rakan artis dan juga media.

15 Orang Peluk Islam Terima Dakwah Adam Corrie Di FB, Instagram

Posted: 13 Apr 2015 10:32 PM PDT


Adam Corrie bakal membawa jemaah mualaf menunaikan umrah Jun depan.
 
 
 
PETALING JAYA: Pelakon Adam Corrie mendedahkan dia berjaya menarik kira-kira 15 individu bukan Islam untuk memeluk agama itu sejak dia bergelar mualaf pada Julai 2007.

Adam atau nama sebenarnya Adam Corrie Lee Abdullah , 47, berkata, perkara tersebut dilakukan menerusi dakwahnya setiap hari di laman sosial Facebook (FB) dan Instagram.

"Alhamdulillah, setakat ini ada sudah 15 orang saya berjaya bantu untuk memeluk agama Islam. Ramai terbuka hati menerusi dakwah yang saya lakukan di laman sosial Facebook dan Instagram.

"Saya selalu memuat naik status tentang Islam, ia hanya status yang mudah dan semua umat Islam tahu, seperti potongan ayat-ayat Al-Quran yang memberi makna tentang kebaikan dan Islam itu mudah.

"Daripada situ ramai yang bukan beragama Islam memberi mesej secara peribadi bertanyakan lebih lanjut tentang Islam," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Tambah Adam, dia juga pernah mendapat mesej daripada seorang lelaki India yang menetap di Australia yang ingin mengetahui beberapa perkara tentang Islam.

Katanya, lelaki tersebut pulang ke Malaysia untuk melafazkan syahadah dan menganggap ayat-ayat yang saya muat naik itu memberi inspirasi kepadanya untuk memeluk agama Islam.

"Ada seorang lelaki berbangsa India, dia orang Malaysia tetapi menetap di Australia. Dia sering bertanya tentang Islam dan maksud ayat-ayat yang saya muat naik di laman sosial.

"Sehinggalah dia minta bantuan saya untuk menghubungi pihak tertentu bagi memeluk Islam. Selalunya, saya akan bawa mereka ke Perkim (Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia) atau seorang ustaz untuk mengetahui lebih lanjut serta cara untuk mengucap syahadah," ujarnya.

Dalam pada itu, Adam berkata, dia dalam proses menjalankan projek ibadah umrah bersama golongan mualaf yang tidak berkemampuan.

Katanya, projek yang sudah diusahakan selama dua tahun itu akhirnya bakal dilaksanakan pada 10 Jun depan bersama 25 jemaah dari Perkim.

"Projek ini sudah dua tahun saya usahakan, namun banyak sangat rintangan terutama dalam hal dana dan penaja. Dulu saya pernah kena tipu juga, mereka kata ingin taja 40 jemaah, namun akhirnya diam tanpa sebarang mesej.

"Kali ini, pelakon Adi Putra banyak menolong cari dana dan penaja untuk 25 jemaah, Insya-Allah jika tiada halangan kami akan berangkat menunaikan umrah pada 10 hingga 21 Jun depan," ujarnya.

Tambah Adam, dia masih mencari dana untuk duit perbelanjaan jemaah di tanah suci.

Pelawak Kasanova: Tauke Report Polis, Saman Penulis Blog

Posted: 13 Apr 2015 10:28 PM PDT

Oleh: KEMALIA OTHMAN


 

Tauke sempat merakamkan gambar ketika membuat laporan di Balai Polis Gombak pada Isnin.
 
 
 
PETALING JAYA: Pelawak Tauke (Jambu) bertekad untuk menyaman tiga penulis blog yang masih menyebarkan fitnah dengan menuduh dia adalah individu yang dikaitkan sebagai pelawak kasanova atau kaki perempuan.

Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, 39, berkata, tuduhan tersebut amat keterlaluan sehingga menjejaskan pekerjaannya sebagai penyampai radio di ERA FM.

"Saya terlalu marah sehingga saya membuat laporan polis ke atas tiga penulis blog yang menulis cerita yang tidak benar tentang saya sedangkan saya sudah jelaskan bahawa saya bukan individu yang dimaksudkan itu.

"Setakat ini polis sedang buat siasatan dan petang nanti (Selasa) saya akan berbincang dengan pihak Astro tentang tindakan daripada sudut perundangan yang boleh diambil terhadap mereka," ujarnya kepada mstar Online, di sini, Selasa.

Tauke membuat laporan polis di Balai Polis Gombak, dekat sini, kira-kira pukul 10 malam Isnin terhadap tiga penulis blog yang menfitnah dirinya sebagai individu terkait dengan gosip 'pelawak kasanova'.

Terdahulu, Tauke sudah memberi penjelasan kepada media bahawa dia bukan pelawak yang dikatakan mempermainkan beberapa gadis dengan menghantar mesej-mesej berbaur lucah.

Tauke

Sementara itu, Tauke berkata, perkara tersebut bukan sahaja menjejaskan imejnya sebagai pelawak, malah memberi kesan buruk terhadap program SATE kendaliannya di ERA FM.

Program tersebut keudara pada setiap Isnin hingga Jumaat pukul 4 petang hingga 8 malam.

"Selama ini saya berdiam sahaja jika mereka tulis cerita buruk tentang saya, tetapi kali ini terlalu melampau kerana ia turut menjejaskan stesen radio dan progam yang saya kendalikan di Era FM.

"Saya buat demikian untuk membersihkan nama saya semula dan memberitahu bahawa saya tiada kaitan dengan kontroversi tersebut," ujarnya.

Dalam pada itu, Tauke berkata, dia berharap tindakan yang dilakukan itu dapat memberi pengajaran terhadap penulis blog yang lain agar tidak mengaut keuntungan dengan sewenang-wenangnya.

"Saya tidak marah kalau sesuatu cerita saya itu ditembual oleh wartawan atau daripada pihak media yang diiktiraf dan kenyataan itu daripada mulut saya sendiri.Malangnya terdapat blog-blog yang gemar menulis sesuka hati tanpa mengambil kenyataan saya.

"Mereka mahu mengaut keuntungan cara mudah sehingga sanggup menutup periuk nasi orang lain," tegasnya.

Kelantan terima sumbangan banjir dari Kedutaan Turki

Posted: 13 Apr 2015 10:26 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Kedutaan Turki menyalurkan sumbangan katil dan tilam bernilai RM850,000 bagi membantu meringankan beban mangsa banjir yang terjejas di Kelantan.
 
Menurut wakil Kedutaan Turki, Basak Turkoqlu, pihaknya akan menyalurkan bantuan itu kepada mangsa banjir berkenaan selepas melawat negeri itu baru-baru ini.
 
"Sebanyak 1,650 buah tilam serta katil akan disumbangkan kepada mangsa banjir di Kelantan bagi meringankan beban mereka.
 
"Kami mengadakan lawatan ke Kelantan pada Rabu lepas dan simpati dengan keadaan rakyat negeri itu yang serba kekurangan akibat banjir," katanya selepas majlis penyammpaian sumbangan itu di sini, hari ini.
 
Menurut Turkoqlu, jika semuanya berjalan lancar, sumbangan dengan kerjasama Badan Pengurusan Kecemasan dan Bencana Turki (AFAD) itu akan disalurkan ke Kelantan dalam tempoh enam minggu.
 
Sementara itu, Ketua Pasukan Petugas Khas Pasca Banjir, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Zaki Ansore Mohd Yusof ketika ditemui bersyukur kerana Kedutaan Turki dan AFAD memberi sumbangan kepada Kelantan.
 
"Saya bersyukur di atas bantuan untuk membantu mangsa banjir di Kelantan, selain dapat mengeratkan lagi hubungan diplomatik antara Malaysia dan Turki," katanya. - mStar Online
 
 

Tasha Shilla Dedah Individu Komen Negatif, Minta Tidak Terus Mencerca

Posted: 13 Apr 2015 10:16 PM PDT

Oleh: KEMALIA OTHMAN


Tasha Shilla
 
 
 
PETALING JAYA: Pelakon Tasha Shilla pada Isnin mendedahkan beberapa wajah individu yang sering memberi komen negatif di gambar-gambar Instagram miliknya.

Tasha atau Natashasheila Abd Razak, 28, berkata, dia berbuat demikian sebagai memberi pengajaran kepada individu tersebut bagaimanakah perasaan apabila gambar mereka menjadi medan perbalahan dan hinaan seperti yang terjadi pada dirinya.

"Saya sengaja memuat naik profil beberapa pengikut Instagram yang sering memberi komen negatif pada gambar-gambar saya dan ingin mereka rasa bagaimana perasaannya apabila dijadikan bahan perbalahan.

"Mereka selalu memberi komen negatif dan menegur tentang pemakaian serta semua perkara yang saya lakukan tidak betul di mata mereka," ujarnya kepada mStar Online.

Tasha berkata demikian ketika diminta mengulas tentang tindakannnya memuat naik tiga gambar individu di laman sosial Instagramnya pada petang Isnin.

Bagaimanapun, Tasha berkata, dia sudah pun memadam gambar-gambar tersebut bagi mengelakkan perbalahan berpanjangan.

"Saya muat naik sekejap sahaja sebab nak tengok reaksi mereka dan sudah pun memadamnya. Selalunya memang saya malas nak layan dan tidak kisah apa yang mereka komen. Cuma hari ini saya cuti dan terlebih rajin," ujarnya.

Tambah Tasha, dia turut kesal apabila ada pengikutnya yang membuat laporan gambar (report photo) terhadap gambar yang dimuat naik sehingga gambar tersebut dipadam secara automatik oleh pihak Instagram.

Katanya, perkara tersebut terjadi kepada lebih lapan keping gambar yang dimuat naik di Instagram sejak beberapa hari lalu.

"Saya geram sebab mereka melaporkan kepada Instagram gambar tersebut sebagai mendatangkan mudarat kepada pihak lain. Sudah lebih lapan keping gambar saya hilang tiba-tiba," ujarnya.

Dalam pada itu, Tasha berkata, dia berharap pengikutnya mendoakan agar dia berubah kearah kebaikan dengan cara yang lebih baik selain memberi nasihat di laman sosial itu.

"Saya minta mereka mendoakan agar saya berubah tetapi dengan cara baik iaitu berdoa di dalam hati bukan menerusi cercaan dan nasihat di Instagram," ujarnya.

DAP Lebih Berkenan Azizah Daripada Azmin

Posted: 13 Apr 2015 10:11 PM PDT

RAKYATNEWS


alt


PERMATANG PAUH  - DAP dikatakan lebih suka jika Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dipilih sebagai Ketua Pembangkang berbanding timbalannya yang juga Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.

Jika Dr Wan Azizah memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, beliau akan mengambil alih kerusi yang sebelum ini diisi suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika ini menjalani hukuman penjara lima tahun kerana kesalahan meliwat.

Kerusi Parlimen itu diisytiharkan kosong selepas permohonan keluarga Anwar untuk mendapat pengampunan diraja ditolak.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon bagi kerusi parlimen itu pada 25 April, manakala pengundian diadakan pada 7 Mei.

Pemerhati politik berkata, PKR Permatang Pauh berpecah kerana tidak sependapat berhubung pemilihan calon untuk bertanding kerusi itu.

"Daripada lima pihak dalam PKR, tiga menentang Dr Wan Azizah sebagai calon. Malahan, mereka tidak mahu adanya ahli keluarga Anwar bertanding," katanya.

"PKR sepatutnya mendengar suara akar umbi kerana umumnya penduduk di sini tidak lagi mahu melihat drama keluarga Anwar.

"Pada 2008, Dr Wan Azizah meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk membolehkan suaminya bertanding kerusi berkenaan. Ketika itu, beliau juga menyatakan hasratnya untuk bersara dan menjaga cucunya.

"Jadi kali ini, rakyat mahu dengar apa pula alasannya jika mahu kembali ke Permatang Pauh," katanya.

Sumber PAS pula berkata, ia suatu langkah yang sukar untuk jentera parti itu sepanjang kempen PRK Permatang Pauh.

"Ada di kalangan ahli yang berpendapat PAS seharusnya dibenarkan bertanding kerusi itu kerana mempunyai penyokong ramai di kawasan berkenaan.

"Malahan, akar umbi juga tidak berpuas hati dengan PKR  berhubung pendiriannya mengenai hudud," katanya.


Puteri dukung PM, tapi sayang Dr M juga

Posted: 13 Apr 2015 10:05 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Susulan taklimat Datuk Seri Najib Razak pagi ini, Puteri Umno pula tampil menyatakan sokongan terhadap perdana menteri dan presiden Umno itu.

Ketua sayap itu Mas Ermieyati Samsudin bagaimanapun berkata mereka masih hotmat Dr Mahathir Mohamed dan menggesa kemelut dengan perdana menteri keempat itu diselesaikan dengan baik secepat mungkin.

Mas Ermieyati berkata, walaupun perkara itu terpulang kepada budi bicara Najib, Puteri berharap ia diselesaikan dalam suasana penuh kekeluargaan.

Ini memandang sayap itu ditubuhkan ketika era Mahathir, katanya lagi.

"Itu sebabkan kita sayang kedua-dua pemimpin ini," katanya dalam sidang media selepas taklimat itu.

Wartawan Malaysiakini dan The Malaysian Insider dilarang menyertai sidang media itu.


Hormat JJ, PAS digesa tak tanding Rompin

Posted: 13 Apr 2015 10:01 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Ia adalah 'langkah manis' jika PAS memutuskan tidak bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) parlimen Rompin, kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Adnan berkata, UMNO mengambil tindakan sedemikian (tidak bertanding) pada PRK negeri Chempaka, kerana menghormati Mursyidul Am PAS allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.

"Jika PAS tidak bertanding...kerana menghormati JJ (Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis) sebagai seorang pemimpin kanan, tentunya ini merupakan tindakan manis (oleh PAS).

"Kita akan jimatkan wang, masa dan tenaga kedua-dua parti," kata beliau.

Lagipun, sekarang hanya untuk satu kerusi parlimen, kata Adnan pada sidang akhbar selepas melancarkan projek kediaman Swiss-Garden Resort Residences Sungai Karang di Kuantan Isnin.

Tentang sama ada Barisan Nasional perlu bertanding di PRK parlimen Permatang Pauh, Adnan berkata itu isu lain.

"Permatang Pauh dipegang oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), bukan PAS," kata beliau.

Adnan berkata, Badan Perhubungan UMNO Pahang menyambut baik keputusan UMNO Bahagian Rompin untuk menolak sebarang calon dipilih dari luar.

Beliau bagaimanapun berkata ini terpulang kepada pucuk pimpinan parti memutuskan dan seterusnya menjelaskan dengan baik sebab-sebab pemilihan itu.

Semalam, pemangku ketua UMNO bahagian itu Datuk Hasan Ariffin berkata bahagian itu hanya akan menerima calon yang dipilih dari kalangan anggota jawatankuasa bahagian.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandang Jamaluddin dalam kemalangan helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April.

Allahyarham Jamaluddin menjadi anggota parlimen kawasan itu selama enam penggal dari 1990.

Pada Pilihan Raya Umum 2013, Allahyarham menewaskan Ketua Muslimat PAS Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi.- Bernama


 

Larangan arak: Malulah dengan Singapura

Posted: 13 Apr 2015 09:59 PM PDT

MALAYSIAKINI




 
 
 
Sebagai sebuah negara yang memaktubkan Islam sebagai agama Persekutuan dalam perlembagaan dan mempunyai penduduk majoriti Melayu dan Islam, Malaysia sepatutnya malu dengan tindakan proaktif dan realistik kerajaan Republik Singapura yang memperkenalkan undang-undang baru melarang pengambilan alkohol di tempat-tempat awam selepas 10.30 malam hingga 7.00 pagi.

Lebih daripada itu, Singapura juga telah mewartakan dua "liquor control zones" iaitu di Little India dan Geylang.

Di kedua-dua kawasan ini pengambilan alkohol tidak dibenarkan pada semua masa pada hujung minggu dan cuti am.

Melalui undang-undang yang baru diluluskan oleh parlimen negara itu awal tahun ini juga, hukuman bagi kesalahan menjual dan meminum arak dalam waktu larangan di tempat awam akan dikenakan denda sebanyak SG$1,000.

Manakala bagi kesalahan berulang pula dikenakan denda SG$2,000 dan boleh dipenjarakan sehingga tiga bulan.

Bagi penjualan alkohol di luar waktu dagangan yang ditetapkan dalam lesen pula, mereka boleh dikenakan denda sehingga SG$10,000.

Malangnya Malaysia yang mempunyai 56.4 peratus rakyat berbangsa Melayu dan 61.3 peratus beragama Islam telah disenaraikan oleh World Health Organisation (WHO) dalam laporannya pada 2011 sebagai negara pengguna alkohol yang ke-10 terbesar di dunia walaupun saiz dan populasi penduduknya kecil berbanding negara-negara lain.

Statistik oleh sebuah badan antarabangsa juga mendapati rakyat Malaysia berbelanja lebih daripada AS$500 juta (RM1.5 bilion) setiap tahun untuk alkohol dengan pengambilan per kapita sebanyak 7 liter.

Walaupun angka ini adalah rendah berbanding negara-negara barat yang lain, namun ia adalah tinggi bagi negara-negara Asia.

Penggunaan arak di Malaysia pula ialah sebanyak 11 liter per kapita.

Angka ini dikira sebagai tinggi dan dikatakan hampir sama dengan negara-negara Eropah.

Perkara ini seharusnya dipandang serius oleh Kerajaan Malaysia.

Sekiranya Singapura yang hanya mempunyai 14 peratus rakyat berbangsa Melayu dan 14.9 peratus beragama Islam boleh meluluskan dan menguatkuasakan undang-undang seumpama ini, Malaysia sepatutnya boleh dan perlu melakukan lebih daripada itu.

Tanggungjawab ini juga wajib dilaksanakan selaras dengan roh syariat Islam yang mengharamkan arak demi memelihara akal manusia dan kerana arak juga adalah ibu segala maksiat.

Sekiranya penjualan dan pengambilan arak ini berjaya dibendung secara sewajarnya, nescaya pelbagai masalah sosial dan jenayah dapat dibanteras.

Data-data berikut dapat memberikan gambaran yang lebih jelas tentang kesan negatif minuman beralkohol yang memabukkan:

(i) Laporan Status Global mengenai Alkohol dan Kesihatan 2011 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan pengambilan alkohol menyebabkan kematian 2.5 juta orang setahun di samping menjadi punca penyakit serta kecederaan kepada lebih ramai orang.

(ii) Statistik daripada Kementerian Kesihatan menunjukkan 24.6 peratus mereka yang mengambil minuman beralkohol ini adalah untuk mabuk.

(iii) Berbeza dengan ketagih dadah, ketagihan kepada alkohol tidak boleh serta merta berhenti. Berhenti serta merta boleh mengakibatkan sawan dan mereka juga berhadapan risiko untuk maut.

(iv) Antara penyakit kronik yang dikaitkan dengan pengambilan alkohol adalah penyakit kardiovaskular, kanser mulut, tekak, payu dara serta penyakit hati.

(v) 48 peratus daripada kes kecelaruan mental dan tingkah laku berpunca daripada pengambilan alkohol.

(vi) Laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat juga menunjukkan 5.3 peratus kes keganasan rumah tangga berpunca daripada alkohol manakala 4.5 peratus kes penderaan kanak-kanak.

(vii) Insiden pergaduhan kaum akibat mabuk sepanjang 2010 ialah 71 kes, 2009 sebanyak 79 kes, 2008 dengan 131 kes.

(viii) Mengikut Jabatan Keadilan Amerika Syarikat pada tahun 1996 sahaja, purata 2,713 kes rogol berlaku setiap hari. Kebanyakan dari perogol mabuk semasa melakukan jenayah tersebut.

(ix) Menurut satu statistik di UK, alkohol telah menyebabkan 45 hingga 46% kejadian jenayah, melibatkan 39% keganasan dalam rumah tangga.

Oleh itu, saya menyeru dan mendesak kerajaan Malaysia agar segera memulakan inisiatif untuk menguatkuasakan larangan penjualan arak di dalam kapal terbang dan dan penjualan secara terbuka di kedai-kedai runcit.

Saya juga ingin mengingatkan Kerajaan dengan amaran dan peringatan daripada Allah SWT seperti dalam firman-Nya berikut yang bermaksud :

"Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang.

"Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?"
(Surah Al-Maaidah : 91)


DATUK DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI Ahli Parlimen Kuala Nerus merangkap ketua penerangan Dewan Ulama PAS.
 

CPJ: Hentikan ugutan pada wartawan bebas

Posted: 13 Apr 2015 09:56 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Jawatankuasa Melindungi Wartawan (CPJ) menggesa kerajaan supaya menghentikan penggunaan Akta Hasutan yang turut mengancam dan mendakwa wartawan bebas.

CPJ yang mengutuk pindaaan Akta Hasutan yang telah diluluskan minggu lalu turut menggesa kerajaan supaya memansuhkan "hukuman yang melaumpau" itu.

Ini kerana, katanya, akta itu sepatutnya perlu memberi tumpuan bagi menjamin kebebasan akhbar termasuk media atas talian dan NGO yang mempertahankan kebebasan akhbar di seluruh dunia.

"Pengukuhan Akta Hasutan yang sudah zalim itu menunjukkan bagaimana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terdesak untuk menutup mulut media yang mengkritik kerajaannya," kata wakil kanan CPJ Asia Tenggara, Shawn Crispin dalam kenyataan medianya.

Selain itu, menurut kajian yang dilakukan oleh CPJ, pihak berkuasa kerap menyalahgunakan peruntukanbawah undang-undang era kolonial itu untuk mengancam wartawan yang memberi laporan secara kritikal terhadap kerajaan atau badan kehakiman.


Majalah KiniBiz cetak terbit hari ini

Posted: 13 Apr 2015 09:52 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


KiniBiz hari ini meluaskan cakupannya dengan penerbitan majalah perniagaan dua kali seminggu, sebagai tambahan kepada laporan dan analisis hariannya di portal berita itu.

Bermula hari ini, majalah itu boleh diperoleh di kedai-kedai buku dan majalah utama seluruh negara dengan harga promosi RM10 senaskhah untuk enam keluaran pertama.

Pelanggan portal itu pula akan memperoleh naskhah percuma yang akan dihantar ke rumah mereka sepanjang tempoh langganan.

Selain itu, KiniBiz juga menawarkan promosi masa terhadap RM318 setahun untuk langganan setahun majalah dan portal itu.

Harga ini termasuk caj Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Baca lanjut.

Berbeza dengan portal, majalah ini mengupas sesuatu isu lebih terperinci serta menyampaikan analisis dan ulasan lebih tajam berbanding penerbitan perniagaan di negara ini.


Mahathir bimbang M'sia jadi negara polis

Posted: 13 Apr 2015 09:50 PM PDT

MALAHSIAKINI


 


Ketika polis bertindak keras terhadap kritikan dan perbezaan pendapat, Dr Mahathir Mohamad berkata beliau bimbang Malaysia menjadi negara polis.

Dalam video YouTube dimuat naik oleh penulis blog yang mewawancaranya pada Jumaat, Mahathir berkata tangkapan wartawan daripada The Edge Media Group bukan cara betul untuk menggunakan kuasa.

Dalam video 40 saat ini yang disunting itu, tidak memuatkan bahagian awal dan akhirnya.

Bagaimanapun, Mahathir kelihatan merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mahathir berkata walaupun perkara itu dinafikan, beliau berharap Malaysia tidak menjadi negara polis yang menangkap orang sesuka hati, sehinggakan majistret juga tidak bersetuju dan enggan membenarkan reman.

Pada 30 Mac lalu, tiga penagrang The Malaysian Insider (TMI), portal bawah The Edge Media Group, ditahan berhubung laporan menyebut Majlis Raja-raja Melayu menolak hudud.

Mereka ditahan semalaman dan dibebaskan selepas polis gagal mendapat perintah reman daripada majistret.

Pengarah Eksekutif TMI Jahabar Sadiq dan penerbit The Edge Ho Kay Tat ditahan pada hari berikutnya.

Portal itu meminta maaf tetapi membangkitkan perkara sama dilakukan media arus perdana yang mempunyai kaitan dengan kerajaan, tetapi tidak berdepan tindakan.

Tangkapan wartawan itu mengundang kritikan keras kumpulan media yang berpendapat tindakan itu berlebih-lebihan dan mengganggu kebebasan media.




Tiada ulasan: