Selasa, 14 April 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Manusia pelastik memang ada dalam PAS?

Posted: 14 Apr 2015 05:53 AM PDT

Hj Hadi tidak buat apa-apa walaupun budaya fitnah memfitnah dan label melabel berleluasa sesama ahli didalam PAS. Malah Hj Hadi sendiri tumpang semangkuk ikut kelaku memfitnah dan melabel 'Barua' dan 'Broker' kepada dua ahli PAS yang jelas telah menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor ekoran isu MB Selangor tahun lalu.
   
  Kejadian demo sekumpulan pemuda dari Kuantan Pahang, apabila Hanifa Maidin bertanya mengenainya, Hj Hadi menjawab tidak tahu mengenai kejadian tersebut waima beliau berjalan dicelah-celah pendemo dengan placard mengecam Dr Hatta dan beberapa pimpinan PAS lain supaya meletakan semua jawatan dalam parti.

   Hj Hadi langsung tidak menegur perbuatan tidak sopan bila timbalannya, Hj Mat Sabu diaibkan oleh segerombolan 50 budak yang kencing berjemaah sewaktu dia mula berucap di perasmian Muktamar Pemuda PAS ke-55 di Kota Tinggi Johor yg baru lepas.

Wakil Kuala Kedah, Ust Ridzwan Abu Bakar menuntut agar
tindakan  dikenakan ke atas Azhari Ariffin yang membacakan
doa laknat kepada timbalan presiden pas dan 2 adun selangor
serta pro-pakatan rakyat.(Transkrip doa klik  di sini)
 Hj Hadi juga hanya diam seribu bahasa bila 'doa laknat' dikumandangkan ketika Muktamar PAS ke-60 lepas. Episode tersebut tentunya sangat mengguris perasaan Mat Sabu hingga dia menempelak segala kelakuan tersebut dengan ungkapan sinis, "Saya bukan orang pelastik, sedikit sebanyak tersentuh juga perasaan saya..." 

   Sekarang kita semakin sedar, rupa-rupanya dalam PAS kita ini memang ada 'manusia pelastik'. Manusia pelastik walaupun menyerupai rupa manusia sebenar, hakikatnya ialah benda mati yang tugasnya hanya sekadar "ada" tanpa deria yang berfungsi yakni sensitif terhadap perubahan persekitaran.

   Ada mata, tapi tidak nampak. Ada telinga tapi pekak badak. Ada hidung tapi tak menghidu. Ada lidah tapi kelu. Ada kulit tapi keras kematu ....

   Itulah antara ciri-ciri yang ada kepada manusia pelastik yang langsung tidak sensitif terhadap apa yang sedang berlaku dipersekitarannya.

   Malah orang-orang yang ada disekelilingnya juga adalah manusia-manusia robot pelastik yang tidak tahu menegur Presiden yang lemah tetapi hanya pandai mengampu! 

Kemelut dalam PAS bukan perkara kecil, Ahmad Awang bantah Hadi

Posted: 13 Apr 2015 10:40 PM PDT

Bekas naib presiden PAS Ahmad Awang menyifatkan masalah yang sedang melanda parti itu sangat teruk, tidak kecil seperti dakwaan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

 Jika dibiarkan berterusan, parti boleh hancur, kata Ahmad yang merupakan salah seorang calon yang layak bertanding kerusi presiden pada pemilihan parti yang akan datang Jun ini.

 "Presiden kata ia perkara kecil. Apa yang ada sekarang ini bagi saya sangat teruk, dan jika terus dibiarkan, ia boleh menghancurkan parti," kata ahli Majlis Syura Ulama itu.

 Beliau berkata, badan tertinggi parti Islam itu juga mahu pimpinan parti tidak membiarkan apa yang berlaku begitu sahaja, tetapi perlu menghentikannya segera.

 "Jika ini caranya dan dibiarkan oleh parti, ini bukan saja tidak demokratik tetapi bercanggah dengan prinsip perjuangan PAS," kata Ahmad yang kini turut menjadi mangsa "permainan politik" yang berlaku dalam parti itu sekarang.

 Beliau yang juga bekas presiden Persatuan Ulama Malaysia itu mendakwa, pihak tertentu sudah mula mengenakan tekanan kepadanya, termasuk menghentikan kuliah beliau di masjid.

 Ia dibuat ekoran tulisan beliau yang didakwa mengkritik cara kumpulan ulama dalam parti itu berkempen dan juga ekoran pencalonan yang beliau terima untuk bertanding jawatan presiden PAS. 

 "Setiausaha sebuah masjid menghantar SMS meminta saya menghentikan kuliah, selepas dinasihatkan Jawatankuasa Harian PAS kawasan, meminta saya direhatkan dari mengajar di masjidnya," kata Ahmad kepada The Malaysian Insider.

 Ahmad yang sedang mempertimbangkan untuk bertanding jawatan itu berkata, jika beliau memutuskan untuk bertanding, PAS perlu pastikan amalan demokrasi diamalkan dengan baik.

 Beliau juga mengkritik sikap Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din yang baru dilantik, yang membuat kenyataan terbuka agar Hadi dikekalkan sebagai presiden.

 "Ia tidak wajar dilakukan. Ia satu penyalahgunaan kuasa. Kerana kedudukan dia itu ada pengaruhnya," kata Ahmad yang turut kesal dengan kenyataan beberapa pesuruhjaya negeri yang seolah-olah memaksa PAS kawasannya menyokong calon tertentu.

 "Bertanding bukan bermakna kita berseteru. Tetapi sekarang, seolah-olah kita mahu berseteru dengan rakan yang kita tandingi," katanya.

 Beliau juga kesal dengan serangan ke atas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang dibuat melalui baju-T yang dijual di Himpunan Derita Rakyat (Hindar) anjuran Dewan Ulama PAS di Padang Merbok, Kuala Lumpur, Sabtu lepas.

 Dalam himpunan itu, seorang penjual menjual baju yang tertulis "Yes to Hudud, No to Mat Sabu" di sebuah gerai di himpunan itu.

 "Mungkin pihak penganjur boleh kata mereka tidak tahu. Tetapi sekarang mereka sudah tahu, tindakan perlu diambil oleh mereka."

 Ahmad melepasi syarat minima 2 pencalonan pada Sabtu apabila mendapat pencalonan untuk bertanding kerusi presiden parti Islam itu dari Bukit Gelugor, Pulau Pinang dan Jelebu, Negeri Sembilan selepas mendapat pencalonan dari Parit Sulong sebelum ini.

 Selain beliau, Datuk Husam Musa juga layak bertanding selepas mendapat pencalonan 8 kawasan di seluruh negara. Pada Sabtu, beliau menerima satu lagi pencalonan iaitu dari Tanjung Piai, Johor.

 Menjelang muktamar PAS ke-61 Jun ini, Hadi mendapat cabaran getir sejak hari pertama apabila kawasan yang pertama mengadakan mesyuarat, iaitu Kota Baru, Kelantan, tidak menamakan beliau sebaliknya mencalonkan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai presiden.

 Namun, Tuan Ibrahim menolaknya, menyebabkan pencalonan beliau kekal satu dan tidak berubah sehingga kini. Setakat ini, 22 kawasan mencalonkan Hadi mengekalkan jawatan presiden.

 Parti itu dilanda krisis dalaman akibat perbezaan pendapat antara ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat (PR) – PAS, DAP dan PKR.

 Antaranya ialah langkah PKR menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor dan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang yang berkaitan.

 Kemelut itu berpanjangan apabila Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dipilih sebagai calon untuk jawatan menteri besar, tetapi tidak dipersetujui PAS, terutamanya Hadi, walaupun PKR dan DAP setuju hanya satu nama harus dikemukakan kepada Sultan Selangor.

 Keadaan menjadi bertambah buruk dengan keputusan PAS Kelantan meminda Enakmen Jenayah Syariah II negeri itu, dalam usaha membuka jalan bagi pelaksanaan hudud di Kelantan, disusuli tindakan Hadi membelakangkan PR dengan memohon membentangkan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat, bagi meminda Akta Mahkamah Syariah 1965.

 Tahun lepas, akibat keadaan yang tidak stabil dalam PAS itu, beberapa ahli parti Islam itu memutuskan menubuhkan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) bertujuan mengukuhkan hubungan dalam pakatan pembangkang. – 14 April, 2015. - Baca lagi di sini

Hanya Barua Umno buat kerja ini

Posted: 13 Apr 2015 06:00 PM PDT

 Almarhum Tuan Guru Nik Aziz pernah menegaskan bahawa isu kerajaan perpaduan dibawa "boneka Umno" dalam PAS adalah satu agenda Umno/BN untuk memecah-belahkan PAS dan juga Pakatan Rakyat.

  Telahan Almarhum itu semakin jelas dapat kita saksikan mutakhir ini.

  Tidak dapat dinafikan berlaku pergolakan dalaman PAS yang serius.

 Kita sedang menyaksikan penyingkiran penyokong Pakatan Rakyat oleh kalangan penyokong Uniti Government (UG).

Ikon Pakatan Rakyat Perak, DS Nizar telah tersingkir dalam pemilihan sebagai YDP Kampar kepada individu yang tidak berapa dikenali.Kononnya kerana Dewan Ulama PAS sudah hilang kepercayaan kepada Nizar berhubung isu Hudud.

Di kawasan Tambun, depa overhaul kesemua jentera parti. Dari YDP dan seluruh AJK luruh habis! Adalah 2 orang lama AJK yang masih melukut ditepian gantang....kalau saya tak silap....

 Apakah PAS Perak akan lebih maju dan berjaya selepas penyingkiran ini? Sama-samalah kita doakan kejayaannya.Kita jangan terikut-ikut kelaku mereka yang suka mendoakan laknat kepada orang lain yang sama jemaah!



 Belum pun selesai pemilihan diperingkat kawasan-kawasan, peringkat pusat sudah mula bergolak for the killing!

 Dengan tajuk 'SIAPAKAH PEROSAK SEBENAR PAS' sebuah booklet sedang disebarkan untuk kempen dengan melabel beberapa pemimpin PAS sebagai Parasit.

 Turut disertakan definasi bahawa 'Parasit sifatnya menumpang pada tubuh dan menghisap segala zat pada tubuh itu. Parasit kenyang namun tubuh yang ditumpangi itu semakin rosak dan lunyai'



  Kempen tidak beradab melalui penyibaran risalah booklet ini telah dikesan di Batu Caves bagi pemilihan jawatan JKPP. Dipercayai ianya diusahakan oleh kalangan yang mendokong UG. Ini bukan tuduhan liar sebab fokus kempen tersebut adalah mensasarkan beberapa tokoh pemimpin dari kalangan ikon Pakatan Rakyat.Tidak ada kelibat dari kalangan UG.


  
 Pemimpin seperti DS Nizar, Khalid Samad, Dr Hatta , Phahrolrazi, Khalid Samad dan Hanifa Maidin , Hj Mat Sabu dan Dr Dzulkefly Ahmad dijadikan sasaran utama penyingkaran oleh komplot tersebut.Waima mereka ini berpegang kuat dengan keputusan Muktamar PAS di Ipoh pada tahun 2008 lalu untuk menyokong tahaluf siayasi bersama PKR dan DAP.

Ini mengingatkan kita kepada kata-kata Almarhum TGNA, "Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar Pas di Ipoh tahun lalu yang sebulat suara menyokong pakatan pembangkang,"" katanya di sini.



Tidak pasti samada MSU atau Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Asmuni Awi turut merestui kempen sebegini.

Catatan : Gambar sumber dari Topeng Perak

Tiada ulasan: