Isnin, 13 April 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


'Mukhriz tersepit antara bapa dan bos'

Posted: 13 Apr 2015 07:00 AM PDT

MALAYSIAKINI



Ditelan mati emak, diluah mati bapa.



Mungkin itulah dilema Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz ketika bapanya Tun Mahathir Mohamad menyerang keras Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Seorang wakil rakyat BN di Kedah memberitahu berkata, selepas pertemuan khas dengan pemimpin-pemimpin penting parti itu di Alor Setar semalam, Mukhriz dilihat "serba salah dan tersepit".

Katanya, ia membuatkan Mukhriz "berhati-hati" mengeluarkan kenyataan demi menghormati Najib selaku orang nombor satu kerajaan dan bapanya, tokoh Umno paling berpengaruh.

"Beliau perlu mengeluarkan kenyataan dalam situasi menang-menang, ambil pandangan semua pihak supaya perdana menteri tak terasa, Tun (Dr Mahathir) pun tak terasa.

"Kenyataan itu yang menjadi satu keputusan yang konsensus, bukan keputusan seorang diri. Di Kedah ini, sensitif sikit kerana Dr M ada pengikut yang ramai. Salah sebut (sikit, penyokong) Dr M akan terasa.

"Bukan mudah, banyak sudut kena fikir termasuk kesan dalam pilihan raya kecil nanti," kata wakil rakyat itu yang enggan namanya disebut ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lada Datuk Ahmad Lebai Sudin sebelum ini menggesa Mukhriz meletakkan jawatan jika tidak menyokong kepimpinan Najib ketika berdepan asakan Mahatahir.

Mesyuarat 24 April

Mahathir sejak awal bulan ini mempergiat asakan terhadap kepimpinan Najib dengan membangkitkan pelbagai isu kontroversi, antaranya kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan 1Malaysia Developement Bhd (1MDB).

Ahmad dilapor membuat gesaan itu selepas pertemuan Mukhriz dengan beberapa pemimpin termasuk wakil rakyat dan ketua bahagian Umno di kediaman rasmi menteri besar semalam.

Mengulas perkara itu, sumber dalaman Umno Kedah berkata mereka hanya akan memuktamadkan pendirian terhadap kepimpinan Najib pada 24 April ini selepas maklum balas semua pihak.

Ia akan diperhalusi dalam pertemuan yang dirancang di Kuala Lumpur bagi mencari kesepakatan semua pihak.

Sumber memberitahu, tarikh itu dipilih, memandangkan kini ramai pihak sibuk dengan urusan masing-masing, termasuk berada di luar negara.

Sementara itu, wakil rakyat Umno yang hadir dalam pertemuan semalam juga berkata Mukhriz "tidak pernah sebut tidak menyokong PM" dalam pertemuan semalam.

Beliau juga menegaskan kenyataan Mukhriz dalam jalis itu hanya kenyataan peribadi.

"Kalau kata ada keputusan (selepas pertemuan itu) ia adalah bersifat separuh masak. Keputusan konsensus pada 24 April. Keputusan perlu dibuat bersama-sama dan tertib.

"Bukan senang jadi anak Tun Dr Mahathir," katanya. 


Polis mungkin siasat dakwaan Dr M diam-diam

Posted: 13 Apr 2015 06:57 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Sebarang siasatan terhadap Dr Mahathir Mohamad susulan dakwaannya, mungkin disiasat diam-diam sebagai tanda hormat kepada perdana menteri paling lama dalam sejarah Malaysia itu, kata timbalan menteri dalam negeri.

Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar diminta menjelaskan hasil siasatan polis terhadap Mahathir, susulan laporan polis terhadapnya selepas membangkitkan pelbagai perkara yang mengkritik Datuk Seri Najib Razak.

Wan Junaidi berkata pihak polis bertanggungjawab menyiasat semua laporan tetapi tidak mengheboh-hebohkannya.

"Kami harus ingat bahawa Mahathir sangat [...] perdana menteri yang lama. Kita mesti hormat beliau.

"Malah jika sebarang siasatan dibuat berdasarkan laporan diambil, saya pasti ia dibuat secara diam-diam untuk menunjukkan rasa hormat.

"Tetapi sudah tentu pihak polis akan lakukan apa yang perlu, Tiada sesiapa terkecuali, tiada sesiapa mengatasi undang-undang," kata Wan Judaidi kepada pemberita.

Polis pada 10 April berjanji untuk meneliti laporan polis ke atas Mahathir berhubung kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Kumpulan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sebelum ini membuat laporan polis berhubung kenyataan Mahathir dan merancang melakukannya di seluruh negara.


Mahathir: Ada ugutan jika tak sokong Najib

Posted: 13 Apr 2015 06:55 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendakwa terdapat ugutan dibuat terhadap pihak yang tidak menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Oleh itu, katanya, sokongan kumpulan tertentu terhadap Najib tidak bermakna mereka menyokong 1Malaysia Developmement Bhd (1MDB) yang kini diserang daripada segenap penjuru.

"Mereka takut. Ada yang tanya saya berkenaan dengan 1MDB dan minta saya buat sesuatu. Sekarang ada ugutan terhadap sesiapa yang tidak menyatakan sokongan kepada Najib.

"Teringat saya kepada ribuan orang yang dibawa berhimpun dan disuruh angkat sepanduk 'I love PM' dan menyanyi 'IM4U'.

"Tetapi dalam PRU 13 kalah," sindir Mahathir, perdana menteri keempat.

Mahathir tidak menyebut secara khusus ugutan yang dimaksudkannya itu.

Bagaimanapun, ketika ketegangan memuncak akibat kritikan kerasnya, anak tunggalnya yang menyertai politik Datuk Seri Mukhriz Mahathir mula terasa bahangnya.

Naib presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini mengingatkan Mukhriz supaya bertanggungjawab memastikan Umno Kedah tidak berpecah susulan pertemuan khasnya dengan pemimpin-pemimpin negeri semalam.

Bukan kerana 'jambatan bengkok'

Mukhriz malah digesa meletakkan jawatan jika tidak menyokong kepimpinan Najib, yang dilihat mewujudkan keadaan serba salah kepada ahli politik muda itu.

Sementara itu, kenyataan Mahathir hari ini juga dilihat hampir selari dengan pendirian Umno Pulau Pinang yang mahu 1MDB disiasat, walaupun mereka mendakwa menyokong kepimpinan Najib.

Dalam tulisan di blognya hari ini, Mahathir juga menolak dakwaan beliau menyerang Najib kerana cadangannya membina "jambatan bengkok" ke Singapura tidak dilayan.

"Jika kerana jambatan bengkok yang saya marah, saya patut tuntut peletakan Najib sebelum PRU13.

"Sebaliknya saya berkempen untuk kemenangan Najib. Kepimpinan Najib di Selangor tidak berkesan," katanya lagi.

Najib pada 9 April berkata Mahathir pernah memintanya melaksanakan projek itu untuk menggantikan Tambak Johor ke Singapura, sebelum melancarkan serangan terbuka ke atasnya.

Dalam wawancara khas di TV3, Najib juga berkata Mahathir juga tidak bersetuju dengan penyaluran bayaran tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada golongan berpendapatan rendah.

Menurut Najib, selepas itu barulah Mahathir melancarkan serangan kepadanya, yang dilihat semakin sengit sejak beberapa minggu lalu.


Pemuda Umno puas hati dengan penjelasan PM

Posted: 13 Apr 2015 06:49 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Pemuda Umno berpuas hati dengan penjelasan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam dialog selama 90 minit petang ini.

Ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin berkata penjelasan Najib ke atas persoalan oleh Tun Dr Mahathir itu lebih mendalam berbanding dengan jawapan melalui wawancara minggu lalu.

"Selepas mendengar penjelasan presiden Umno, kami mendapat gambaran lebih jelas ke atas isu semasa.

"Beliau menjawab satu persatu isu yang dibangkitkan oleh Mahathir dengan lebih terperinci berbanding dalam wawancara (Khamis lalu)," kata Khairy.

Bercakap kepada pemberita petang ini, Khairy berkata masa untuk Najib membuat penjelasan dalam wawancara disiarkan TV3 itu adalah terhad.

Katanya, pemimpin Pemuda Umno juga menggesa Najib mempercepatkan siasatan ketua audit negara ke atas 1Malaysia Development Bhd (1MDB).


POTA dan Akta Hasutan terbuka kepada salahguna kuasa

Posted: 13 Apr 2015 06:47 AM PDT

charlessantiago

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Sikap berdegil kerajaan untuk tetap melaksanakan Akta Pencegahan Keganasan (POTA) dan Akta Hasutan jelas mencabuli hak kebebasan awam, kata Ahli Parlimen Klang Charles Santiago.

Menurutnya, peruntukan terperinci dalam kedua-dua akta tersebut terbuka kepada kemungkinan salahguna oleh kerajaan dan polis, dan mengekalkan kawalan lebih ketat ke atas ahli politik pembangkang dan masyarakat sivil.

Charles berkata, dengan kelulusan dua akta tersebut, ia secara tidak langsung memberikan lebih kuasa kepada kerajaan dan pihak polis untuk menangkap sesiapa saja.

"Tindakan tergesa-gesa meluluskan POTA dan pindaan Akta Hasutan, melihatkan bagaimana hak-hak sivil dan politik rakyat semakin berkurang.

"Pembangkang boleh ditangkap dan dipenjarakan tanpa alasan munasabah (at the drop of a hat), media semakin dikongkong, peranan badan kehakiman dibungkam, masyarakat sivil dan NGO tidak dapat menyuarakan pendapat tanpa rasa takut dari ditangkap atau didakwa.

"Semua ini dilakukan sebuah kerajaan yang terdesak untuk terus berkuasa. Di mana letaknya kita sebagai sebuah negara?" soalnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada 7 April lalu, Rang Undang Undang (RUU) POTA telah diluluskan di Dewan Rakyat tanpa pindaan selepas perbahasan panjang selama hampir 14 jam berikutan bantahan dari pimpinan Pakatan Rakyat.

Manakala pada 10 April pula, Dewan Rakyat telah meluluskan RUU Pindaan Akta Hasutan selepas perbahasan 14 jam bermula jam 11.30 pagi hingga 2.30 pagi.

Melalui pindaan baru itu, hukuman yang lebih berat akan dikenakan bagi individu yang melakukan kesalahan di bawah Akta Hasutan.

Hukuman minimum penjara 5 tahun dan maksimum 20 tahun akan dikenakan bagi kesalahan di bawah akta itu berdasarkan keseriusan kesalahan. – Roketkini.com


Taman Permata Impian Kulai terbengkalai, jawapan Menteri dan Jabatan Perumahan bercanggah

Posted: 13 Apr 2015 06:45 AM PDT

teo-nie-ching-taman-permata-impian-kulai

 Roketkini.com


KULAI : Projek terbengkalai di Taman Permata Impian, Kulai hampir 12 tahun masih belum mendapat pembelaan sewajarnya.

Bimbang dan simpati dengan nasib pembeli, Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching membawakan perkara tersebut ke Parlimen.

Berdasarkan jawapan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan, status projek tersebut oleh pemaju Renewed Global Sdn. Bhd sejak 2003 yang terdiri daripada 355 unit rumah kedai dengan komposisi 224 unit telah terjual, dalam pemulihan dijangka siap pada tahun 2016.

Menurut Menteri, pemajuan projek itu dibawah pemantauan pihak Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) kerana tidak dilesenkan di bawah Akta 118.

"Pihak pemaju pula menyepi. Sedangkan pembeli dikejar hutang bank yang memerlukan mereka membayar pinjaman walaupun rumah masih belum dimiliki," kata Nie Ching dalam satu kenyataan.

Difahamkan, satu mesyuarat di antara wakil penduduk, pemaju dan bank pada 4 Mac 2015 di Jabatan Perumahan Negara (JPN).

Mesyuarat dipengerusikan Pengarah Bahagian Pemantauan Perumahan Swasta Ir Lai Liang Koong mengesahkan pemaju Renewed Development Sdn Bhd gagal meneruskan projek tersebut dan berjanji memulangkan semula wang kepada pembeli-pembeli selain menyelesaikan bayaran dengan bank pembiaya dalam tempoh dua minggu.

Namun ujar Nie Ching, jawapan menteri itu tidak berlaku sama sekali sehingga sekarang, bahkan bercanggah dengan hasil mesyuarat.

"Sebagai wakil rakyat, saya akan terus membangkitkan isu ini di parlimen, sehingga pihak berkaitan dan bertanggungjawab dapat menyelesaikan masalah ini," tegasnya.

Salah seorang pembeli, Ghazali Basiran dilaporkan berkata, wang dijanjikan (pemaju) belum dipulangkan, dan beliau terpaksa meneruskan pembayaran kerana bimbang disenaraihitam oleh pihak bank.

"Duit KWSP sebanyak RM16 ribu yang disimpan selama ini terpaksa digunakan untuk membayar hutang bank meskipun rumah belum lagi dimiliki.

"Diharap ada pihak yang tampil untuk menyelesaikan masalah," kata Ghazali yang tertekan dengan situasi tersebut. – Roketkini.com


PRK Permatang Pauh: Undi BN adalah undi GST dan hutang 1MDB

Posted: 13 Apr 2015 06:43 AM PDT

LGE
Roketkini.com

 
GEORGE TOWN: DAP akan memberikan sokongan penuh kepada PKR untuk menghadapi cabaran BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh 7 Mei nanti,  kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

"Kita beranggapan bahawa PRK di Permatang Pauh adalah pertandingan 50-50, dan saya nasihat kepada rakan-rakan PKR supaya tidak terlalu yakin untuk menang.

"Kita sudah tentu akan memberikan sokongan untuk menghadapi cabaran besar dari BN nanti," katanya dalam sidang media di sambutan ulang tahun ke 50 Lembaga Muzium Pulau Pinang, hari ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu berharap pengundi membuat pilihan bijak dengan memberikan undi kepada parti yang membela nasib mereka.

"Kita beritahu rakyat bahawa sokongan kepada BN adalah sokongan kepada GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan)

"Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga telah menyebut bahawa sesiapa yang menyokong Najib, itu bermakna mereka menyokong hutang 1MDB.

"Jadi, saya harap rakyat dapat memilih parti mana yang membela hak mereka, yang menentang GST dan menentang hutang 1MDB," ujarnya.

Guan Eng turut memberi amaran kepada BN untuk tidak menjadikan PRK sebagai peluang mengalihkan perhatian dari masalah dalaman yang melanda mereka di Kedah.

"ADUN-ADUN mereka di sana sekarang telah mencabar Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir, dan mungkin ada yang akan paksa beliau letak jawatan.

"Kita harap UMNO tidak gunakan PRK ini untuk mengalihkan perhatian daripada krisis ini," tegas Guan Eng.

PRK Parlimen Permatang Pauh diadakan selepas kerusi itu diisytihar kosong setelah penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan apabila Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon keluarganya.

Anwar kini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 25 April sebagai hari penamaan calon dan hari pengundian 7 Mei.

Pada pilihan raya umum 2013, Anwar mempertahankan kerusi Permatang Pauh dengan menewaskan calon BN Dr Mazlan Ismail dengan majoriti 11,721 undi. – Roketkini.com

Najib sudah ditentang Dr. M

Posted: 13 Apr 2015 06:41 AM PDT




Oleh Subky Latif


NAJIB sudah dirasakan tidak layak jadi Perdana Menteri oleh pembangkang lama sebelum dia jadi Perdana Menteri. Sejak terbongkarnya peletupan mayat Altantuya oleh orang-orang yang dipercayai ketika itu rapatnya, bertambah tidak seronok semuanya jika dia jadi Perdana Menteri.
 
Sekarang bukan sekadar pembangkang yang dulunya tidak yakin dia boleh jadi Perdana Menteri  yang baik, bahkan rata-rata telah hilang keyakinan kepadanya. Malah orang yang hendak sangat dia menjadi Perdana Menteri dulu, Tun Dr. Mahathir juga sudah hilang keyakinan kepadanya unuk memimpin Umno dan apa lagilah memimpin negara.
   
Setelah dia jadi Perdana Menteri, Mahathir mula-mulanya menyindirnya dulu. Sesudah sindir tak makan dia tegur terus terang. Kemudian dia tarik sokongannya kepada Najib tetapi tidak bercadang untuk menyuruhnya turun dari kuasa.
   
Tetapi sekarang sudah mnyuruhnya turun sebelum Umno/BN kalah dalam PRU 14 nanti. Dia sudah seru orang Umno jangan lagi beri kepercayaan kepada Najib untuk  memimpin Umno.
   
Sedangkan Mahathir mendapatinya Perdana Menteri hampas, maka apa lagilah sekalian pembangkang. Pembangkang sudah lama tidak yakin padanya. Ia baru sekarang disahkan oleh Dr. Mahathir.
   
Pembangkang tidak setuju dalam banyak perkara dengan Dr. Mahathir terutama tentang layanan menjolok matanya terhadap DS Anwar Ibrahim, tetapi sekarang dalam kes Najib ini pembangkang kira dia betul dan tidak ada sebab pembangkang tidak bersetuju dengannya.
   
Jika Mahathir dan pembangkang sudah hilang keyakinan kepadanya, kepada siapa lagi Najib hendak bergantung? Kepada Umno pak turut.
    
Sekalian Umno masih meletakkan pandangan tinggi kepada Mahathir. Dan orang yang diberi penghormatan tinggi itu sudah hilang keyakinan kepada Perdana Menteri dan dia sudah membayangkan Umno jadi parti pak turut jika tidak bertindak menurunkan Najib.
    
Jika Najib tidak juga diturunkan dalam waktu yang terdekat ini, maka Umno akan dikira oleh semua orang di luar Umno sebagai parti pak turut. Sebagai parti pak turut, ia hilang kelayakan memerintah. Bukan Najib saja lagi yang hilang kelayakan pemimpin, bahkan Umno hilang kelayakan dan keyakinan.
    
Tentangan terbuka Mahathir itu tidak dibuat sambil lewa seperti biasa. Semua rasa tidak puas hatinya sebelumnya disebutnya spontan apabila ditanya media. Selaran berterus terangnya yang terbaru itu dinyatakannya dalam laman webnya. Dia membuat tulisan panjang lebar tentang sebahagian daripada keburukan Najib.
    
Apapun selaran Mahathir itu banyak disebabkan dia lebih kasih pada Umno. Kasihnya kepada negara dan rakyat seolah-olah jadi perkara kedua atau sekunder.
   
Pimpinan Najib menjadikan Umno lemah, bukan sekadar tidak dapat menarik sokongan bukan Melayu bahkan Melayu juga mula getik pada Umno. Umno boleh binasa dan musnah. Ia pasti ditolak dalam PRU 14. PRU 13 sendiri isyarat kejatuhan itu.
   
Isu nasional yang utama ialah kebinasaan negara dan kemusnahan rakyat. Ia lebih penting daripada Umno kuat atau tidak kuat.
   
Yang membinasakan negara dan rakyat selama ini bukan kerana Umno tidak kuat dan tidak disokong oleh semua. Rasuah, perpecahan kaum, kegagalan dasar pelajaran, ekonomi, bahasa kebangsaan, kejatuhan nilai mata wang dan lain-lain bukan kerana Umno lemah. Kerana Umno kuat, diperkudanya demokrasi dan ia buat apa yang ia suka, dijadikan polis, SPRM, universiti dan jabatan kerajaan sebagai cawangan Umno, Justeru semua bekerja untuk Umno, negara di ambang papa kedana.
   
Umno kuat dan Umno lemah sama saja. Umno binasa boleh diganti parti lain, tetapi negara dan rakyat binasa oleh pimpinan Najib, apa gantinya? Maka lebih cepat Najib diganti lebih baik bagi agama, bangsa dan negara. 

Anak muda biadab diperlukan!

Posted: 13 Apr 2015 06:39 AM PDT



Oleh Daniel Teoh Tzu Yong 


Hati penulis seronok melihat kerajaan terpaksa berdepan dengan anak muda. Pertembungan sebegini selalunya menjana drama yang tidak banyak berbeza seperti dalam institusi masyarakat seperti keluarga atau sekolah.Jurang generasi bertindak menginsafkan autoriti kerajaan yang bebal lagi bongkak.

Contoh pertembungan yang menyeronokkan ialah pertemuan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan dengan para pelajar (budak) Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Anak muda yang tidak puas hati dan berani meluahkan perasaan mereka, ketika dan selepas program tersebut, boleh diberi label "biadab". Orang Malaysia pantang biadab, terutama sekali terhadap tangan yang memberi (kerajaan).

Sistem demokrasi ala Malaysia sebenarnya lebih maju kalau bertambahnya anak muda biadab. Negara ini semakin terdesak memerlukan soalan-soalan kritikal dilontarkan kepada pemimpin-pemimpin kerajaan, serta memberi maklum balas sama ada jawapan yang diberikan memuaskan atau tidak.

Sepanjang masa negara ini merdeka, sekian lama komunikasi kerajaan-rakyat bersifat dari atas ke bawah. Anak muda yang biadab mampu mengubah, membaiki dan mengkritik fenomena tidak sihat ini.

Kerajaan "orang-orang tua" ini terpaksa juga berdepan dengan kritikan pedas daripada anak muda biadab. Kami generasi satira dan sindiran. Kami tidak cenderung bersalam-salam atau berbaik-baik sebelum menawarkan kritikan lemah lembut.

Sekiranya jawapan pak menteri tidak berbeza daripada lawak, maka susuk itu dijadikan badut alam maya, atau dalam bahasa siber dikenakan troll. Sekiranya pertanyaan kami tidak dijawab dengan penjelasan memuaskan, atau terdapat percubaan mengalihkan perhatian, anda bakal dikutuk tanpa belas kasihan.

Seperti tweet Datuk Saifuddin Abdullah yang berbunyi "listen listen listen… masak masak masak… lepas ni?", kami sudah jemu dan muak dengan andaian angkuh sang penguasa. Perkembangan anak muda ini ternyata positif.

Kami banyak berubah dan bertambah berani sejak era "listen listen listen" hingga masa "masak masak masak" sekarang.

Anda silap jika menganggap generasi kami serupa generasi ibu bapa kami. Kami generasi anak muda biadab yang wajib ditakuti kerajaan, bukan sebaliknya.

Fikir dulu sebelum anda menjawab soalan kami. Silap-silap nanti trending dalam Twitter. - themalaysianinsider.com

Soal Jawab Najib Razak di TV3 Isu Semasa Terkini di Malaysia 1MDB, BR1M, Altantuya. Berpuas Hati Jawapan Najib?

Posted: 13 Apr 2015 06:20 AM PDT





Soal Jawab Najib Razak di TV3 Isu Semasa Terkini di Malaysia 1MDB, BR1M, Altantuya. Berpuas Hati Jawapan Najib? : Selepas diasak bertubi-tubi dengan Tun Dr Mahathir Mohamad bersama-sama Tun Daim Zainuddin dan juga Kadir Jasin serta Tunku Razaleigh Hamzah, akhirnya Perdana Menteri Malaysia Najib Razak tampil dihadapan kaca televisyen anda secara rakaman bagi menjelaskan apa sahaja isu semasa terkini di malaysia yang berbangkit.


Harapan Najib Razak dengan jawapan dan penerangan tersebut bakal meredakan kebimbangan dan persoalan dikalangan rakyat Malaysia dan paling pentingnya persoalan yang dilontarkan oleh bekas bos Najib Razak, Tun dr Mahathir Mohamad.

soal jawab najib

Berita Semasa simpulkan jawapan dilontarkan oleh Najib Razak disebalik segala isu semasa terkini yang terus berterbangan di Malaysia seperti di bawah ini :

 

Senarai Ringkasan Soal Jawab Najib Razak di TV3 Isu Semasa Terkini di Malaysia 1MDB, BR1M, Altantuya.

  • Isu altantunya..siapa bagi arahan bunuh dan motif?? Tun Mahathir tidak kata pun Najib Razak
    Jawapan Najib : saya dah sumpah 3 kali tidak kenal Altantunya..
  • Kenapa duit 1MDB tidak dibawa pulang terus ke Malaysia?sebab nak Jawapan najib : Selain daripada keuntungan projek, 1MDB juga boleh untung daripada Forex dan proses bank negara yang terlalu tegas
    bla….bla….bala….
  • Mengapa 1MDB tidak mampu bayar hutang sebelum ini berjumlah RM2 bilion?
    Jawapan Najib : sebab perlukan masa untuk mencairkan aset..
  • Kenapa kerajaan jual tanah dengan harga murah pada 1MDB??
    Najib Razak tidak jawab
  • Mengapa Jho Low tukar nama hartanah di Las Vegas ke atas nama anak tiri najib?
    Tiada jawapan daripada Najib Razak
  • Kenapa Ringgit Malaysia menjunam dan jatuh begitu teruk..sehingga 80 sen jatuh sedangkan tiada krisis ekonomi dunia pun pada ketika ini?
    Najib Razak juga tidak menjawab. Tiada sebarang penjelasan daripada seorang yang bergelar Perdana Menteri Malaysia disebalik kesan kejatuhan ringgit Malaysia pada ketika ini.
  • Isu GST : tiada sentuh pun berkenaan isu syarikat Telekomunikasi Malaysia yang berdegil untuk mengikut arahan kerajaan Malaysia
Errrrr…..Datuk Seri Najib Razak, jikalau nilai matawanga USD disimpan di Malaysia tiada untung forex ke Datuk Seri? Krikkk….. krriikkkk…. kriiikkkk.

Jangan mahu salahkan peraturan ketat yang dikenakan BNM pula. Bagaimana anda sebagai Perdana Menteri dan merangkap menteri kewangan tidak hormat prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan bank pusat negara anda sendiri yang mana boleh membiarkan 1MDB (di bawah MOF) mengelak daripada sebarang tindakan, prosedur dan peraturan oleh BNM (yang juga di bawah MOF).

Patutkah seorang yang merangkap Perdana Menteri Malaysia dan juga Menteri Kewangan mempunyai lebih keyakinan dalam pembankan dan sistem kewangan Singapore berbanding sistem pembankan Malaysia sendiri?
  1. Bank Negara itu siapa punya?
  2. 1MDB siapa punya?
  3. Mengapa "parking duit" di Singapore?
  4. Mengapa takut undang-undang ketat oleh BNM?
  5. Takut apa sebenarnya ini?
  6. Sendiri buat undang-undang, sendiri tidak mahu ikut?
Untuk makluman anda berdasarkan semakan Berita Semasa setiap urusniaga dan transaksi yang bernilai lebih Rm50 juta perlu mendapat kelulusan ketat daripada Bank Negara Malaysia (BNM)

P/S : Mungkin Najib Razak boleh cuba kena "interview" dengan Stephen Sackur pula dalam rancangan temubual Hardtalk. :Lihat apa jawapan yang keluar dalam rancangan tersebut

P/S : Kepada Najib Razak, tidak eloklah kata Tun Mahathir Mohamad meroyan disebabkan isu jambatan bengkok. You're diverting the real issues. Lainlah jikalau taraf Tun Dr Mahathir Mohamad sekarang ini di mata Najib seumpama anak kecik yang meraung guling-guling di pasaraya disebabkan makpak tidak mahu belikan mainan.


Pengguna kenderaan masih berdegil

Posted: 13 Apr 2015 06:12 AM PDT


Pengguna kenderaan masih berdegil Penunggang motosikal berkuasa tinggi turut diperiksa dalam Ops Roda
 
 
 
JITRA - Sebanyak 138 saman dikeluarkan kepada pengguna yang berdegil tidak mahu menggunakan nombor plat mengikut spesifikasi ditetapkan dalam Ops Roda di Kilometer 30.3, Lebuhraya Utara-Selatan (arah Utara) berhampiran Plaza Tol Jitra di sini, kelmarin.

Pegawai Penguatkuasa dan Operasi Lebuh Raya Bukit Aman, Deputi Superintendan Mustafa Bakri Salleh berkata,  pihaknya memandang serius kesalahan tersebut kerana secara tidak langsung membuktikan golongan itu tidak menghormati undang-undang yang sudah ditetapkan.

"Apabila kita tahan, mereka (pengguna kenderaan) sering berikan alasan tidak tahu dan mendakwa ia dipasang di kedai oleh peniaga.

"Alasan ini dianggap remeh dan tidak boleh diterima pakai kerana perkara ini sering diwar-warkan melalui pelbagai kempen dan media massa sebelum ini," katanya pada sidang media selepas operasi tersebut.

Mustafa berkata, pihaknya turut mengenal pasti ramai pemilik motosikal berkuasa besar dan kereta mewah melakukan kesalahan itu kerana beranggapan nombor plat adalah aksesori yang boleh diubah suai sewenang-wenangnya.

"Memiliki nombor plat yang kecil dan fancy seakan menjadi satu trend kerana golongan ini mahu kenderaan mereka nampak cantik.

"Bagaimanapun, kita tidak akan berkompromi dalam soal ini dan operasi sama akan tetap diteruskan dari semasa ke semasa supaya mereka sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya," katanya.

Sementara itu, operasi yang bermula dari jam 10 pagi hingga 2 petang itu disertai enam pegawai dan 19 anggota dari Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu serta dibantu Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Katanya, sebanyak 257 saman dikeluarkan dalam operasi itu melibatkan pelbagai kesalahan.

"Selain nombor plat, terdapat juga kesalahan tiada lesen memandu dan tamat tempoh (32), tiada cermin sisi (4), tidak pamer pelekat L (2) dan tiada lampu brek (2).

"Kita turut menyita sebuah motosikal kerana pemiliknya tidak mempunyai lesen dan cukai jalan," katanya.

PRK Rompin: Pas bertanding bukan untuk menang

Posted: 13 Apr 2015 06:09 AM PDT


PRK Rompin Grafik Sinar Online
 
 
 
KUALA LUMPUR - Keputusan Pas untuk meletakkan calon bukan dilakukan semata-mata untuk memenangi PRK Rompin dan mengambil alih kawasan tersebut dari BN, sebaliknya ia merupakan peluang terbaik bagi semua pihak untuk tampil dan bercakap mengenai isu semasa dengan rakyat.
 
Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pilihan raya memberi peluang kepada pemimpin untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk di kawasan tersebut.
 
"Kita bertanding dalam pilihanraya ini bukan untuk menang. Tetapi ini adalah peluang terbaik bagi rakyat untuk mendapatkan penjelasan terbuka dalam sistem demokrasi kita. Soal menang kalah tidak penting, Ini ruang yang kita ada, kita harus gunakan.
 
"Ada banyak isu yang boleh diketengahkan menjelang pilihan raya nanti, antaranya isu jalan raya yang mengundang bahaya dan menyebabkan kemalangan di sana, isu Felda, isu GST dan sebagainya," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
 
Bercakap mengenai calon Pas yang akan bertanding menentang BN dan mengambil alih Rompin pada 5 Mei ini, beliau berkata, pihaknya masih memoertimbang calon yang sesuai untuk dipertandingkan.
 
"Kami masih meneliti beberapa nama yang sesuai, buat masa sekarang kita sudah ada dua hingga tiga nama. Tetapi itu semua masih perlu melalui beberapa proses penapisan terlebih dahulu.
 
"...kita akan umum dalam masa terdekat," katanya lagi.
 
 

2 masalah terbesar kerajaan pasal GST

Posted: 13 Apr 2015 05:39 AM PDT




Oleh Timmy Say 


Cukai barangan dan perkhidmatan atau GST, yang diperkenalkan pada 1 April lalu kini menimbulkan pelbagai ketidakpuasan hati kepada kerajaan. Tetapi, apakah sebenarnya masalah terbesar kerajaan dalam GST?

Masalah pertama ialah jurucakap GST – Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek.

Kedua-dua jurucakap GST untuk Putrajaya mempunyai masalah yang sama iaitu keengganan mereka mengakui hakikat GST akan menaikkan harga barangan dan semua lapisan terkesan dengan kenaikan itu.
Kerana tidak mahu mengaku hakikat tersebut, maka timbullah pelbagai kenyataan kontroversi seperti GST hanya terkena pada orang kaya, GST tidak membebankan rakyat, GST tidak terkena pada kad prabayar dan sebagainya.

Hujah mereka tidak dapat diterima rakyat kerana ilusi yang digambarkan bertentangan dengan realiti yang dialami mereka.

Apabila ini berlaku, rakyat terasa tertipu kerana hakikatnya mereka terpaksa membayar lebih. Rakyat mendapat duit poket pula semakin kurang. Ramai yang bekerja pula tiada masa untuk memasak sendiri. Ini menyebabkan keyakinan kepada Barisan Nasional (BN) juga terjejas termasuklah imej perdana menteri.

Oleh itu, dan barangkali, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu mencari jurucakap yang lebih baik untuk GST.

Menteri Sukan dan Belia Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Menteri diJabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala dilihat antara calon yang dilihat sesuai. Meskipun mereka barangkali mengeluarkan hujah sama, tapi sekurang-kurangnya mereka dilihat berilmu di mata rakyat.

Masalah kedua di dalam GST ialah ketidakupayaan Putrajaya menunjukkan kemampuan mengawal belanjanya.

Apabila rakyat di situasi sempit, sepantas kilat kerajaan akan mengingatkan rakyat supaya hemah berbelanja.

Malah perdana menteri sendiri menasihatkan rakyat Malaysia menggunakan sepenuhnya kuasa mereka sebagai pengguna dengan melaporkan kepada pihak berkuasa jika ada peniaga sengaja mengambil kesempatan di sebalik GST.

Merdunya nasihat sedemikian. Bagaimana pula di peringkat kerajaan?

Apakah kerajaan selalu mendapatkan pembelian yang paling menjimatkan wang rakyat tatkala duit tidak cukup dan hutang bertimbun?

Apakah ada saranan kepada semua menteri dan jabatan kerajaan untuk mengurangkan belanja, mengurangkan lawatan ke luar negara dan juga mendenda dengan tegas kepada nama-nama jabatan yang muncul dalam laporan tahunan audit negara?

Tindakan kerajaan meluluskan usul peruntukan tambahan sebanyak RM2.2 bilion ketika hanya di bulan Mac menyebabkan rakyat tertanya di hati:"Mengapalah kerajaan ini hanya pandai menasihatkan kita, tapi tidak pandai pula menasihatkan diri dan mengaplikasikan nasihat itu sendiri?"

Kerajaan perlu sedar ini juga penyumbang terbesar kepada tentangan rakyat pada GST sebelum terlambat.

KPDNKK perlu guna media sosial perjelas GST

Posted: 13 Apr 2015 05:34 AM PDT

SINAR HARIAN

GST
 
 
 
KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) perlu menggunakan media sosial sebagai platform berdialog dengan orang ramai mengenai isu cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Pengerusi Umno Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, saluran itu kini dilihat menjadi medan perdebatan orang ramai mengenai pelaksanaan cukai itu.

"Ia juga bagi mengelakkan kekeliruan akibat kenyataan berbeza yang dikeluarkan pelbagai pihak," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini. - Bernama

Najib Harapan Saya, Tetapi Dia Mungkir Janji - Dr Mahathir

Posted: 13 Apr 2015 05:32 AM PDT

Oleh: RAHMAH GHAZALI
 
 
 
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamed mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak memungkiri janji untuk membina jambatan bengkok antara Johor Baharu dan Singapura.

Menerusi temuramah sebanyak empat bahagian yang dimuat naik di blog, Din Turtle, dua hari selepas temuramah Najib di televisyen, Dr Mahathir mendakwa perdana menteri itu menyokong projek berkenaan ketika beliau mengambil alih jawatan tersebut daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Harapan saya, bila Pak Lah dah tak ada (letak jawatan), dia (Najib) akan buatlah jambatan itu. Najib pada satu masa sebut 'walaupun Singapura setuju atau tidak setuju pun, kami nak buat'. Tetapi bila dia jadi perdana menteri, dia tak buat," kata bekas perdana menteri itu.

Dr Mahathir berkata, beliau tidak gembira apabila Najib memungkiri janjinya.

"Jika Singapura tak nak buat (tak setuju), saya buat sebelah saya, apa salahnya. Bukan pasal nak buat jambatan bengkok, tetapi pasal nak buat sebelah tak jadi. Ia adalah hak berdaulat kita, dalam kawasan wilayah kita, kawasan perairan. Separuh daripada tambak itu adalah milik kita. Saya tidak sentuh langsung bahagian Singapura.

"Dia (Najib) ada minta persetujuan dengan Singapura, nak buat benda di dalam negara kita. Di mana kedaulatan kita? Di mana kemerdekaan kita? Adakah kita sebahagian daripada Singapura?" soal Dr Mahathir.

Dalam satu temuramah khas bersama TV3 pada Khamis lalu, Najib berkata, serangan Dr Mahathir terhadap beliau tercetus disebabkan kemungkinan perbezaan pendapat mengenai jambatan bengkok dan pelaksanaan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Mengenai BR1M, Dr Mahathir menegaskan bahawa beliau tidak bersetuju dengan idea BR1M kerana memberikan wang percuma kepada rakyat.

"Kita tak pernah beri duit kepada orang. Kita beri peluang pekerjaan untuk rakyat, beri mereka pendidikan, latih mereka maka mereka boleh hidup dan buat duit untuk diri mereka sendiri. Kalau kebajikan, kita perlu beri tetapi hanya kepada rakyat yang memerlukan bantuan kebajikan," katanya.

Mengenai kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Dr Mahathir berkata, adalah lebih baik untuk Najib meletakkan jawatan sekarang bagi mengelakkan daripada Barisan Nasional (BN) kalah dalam pilihan raya umum akan datang kerana siasatan terhadap syarikat itu boleh mengambil masa bertahun-tahun untuk diselesaikan.

"Ia perlu sekarang kerana kita masih mempunyai dua tahun lagi untuk pulih. Jika dia (Najib) tidak berundur sekarang, dengan adanya PAC (Jawatankausa Kira-Kira Wang) dan lain-lain yang akan menyiasat untuk dua atau tiga tahun lagi dan sampai pilihan raya pun, dia masih ada, kita akan kalah.
Saya fikir akan ada banyak masalah untuk semua," katanya.

"Kita perlukan pihak yang 'neutral' untuk menjalani siasatan untuk mengetahui ke mana wang itu pergi. Siapa yang mengendalikan wang itu? Siapa Jho Low? Secara tiba-tiba dia menjadi begitu penting. Dalam kerajaan pun dia (Jho Low) tak ada jawatan, dia bukan penjawat awam, secara tiba-tiba dia ada kuasa seperti itu," kata Dr Mahathir.


Mengenai komando polis Sirul Azhar Umar yang disabitkan bersalah kerana membunuh model warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu, Dr Mahathir berkata, semua individu yang disabitkan bersalah dengan hukuman mati mempunyai peluang untuk mengemukakan rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong atau Sultan.


"Awak tahu, saya dahulu adalah perdana menteri. Tugas saya ialah menasihat Yang di-Pertuan Agong atau Sultan sama ada seseorang itu perlu mendapat perkenan terhadap rayuannya atau tidak," katanya.


Dr Mahathir yang menemui ibu Sirul baru-baru ini menegaskan bahawa isu berkenaan bukan mengenai politik.


Beliau berkata, Sirul sebagai seorang anggota polis tidak akan membunuh kecuali dia diserang atau diarahkan oleh seseorang.

MP gesa Ahmad Maslan ditukar kementerian

Posted: 12 Apr 2015 08:46 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong berkata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan perlu ditukarkan ke kementerian lain serta merta ekoran saranannya terhadap mahahsiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) semalam.

Mahasiswa kampus itu mengkritik saranan beliau supaya mereka memasak sendiri daripada makan di luar bagi mengurangkan beban Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kerana asrama pelajar universiti tidak membenarkan memasak.

"Kita tak perlu orang yang propagandis cemerkap seperti Ahmad Maslan. Beliau sepatutnya ditukar serta merta ke kementerian yang lain.

"Tetapi saya berharap Putrajaya boleh pastikan bahawa beliau tidak akan memalukan kerajaan dalam jawatan barunya kelak," katanya dalam satu kenyataan.

Setelah dipindahkan, Liew berkata sekurang-kurangnya GST boleh dijelaskan sebagai satu isu yang serius dan bukannya "propaganda murah".

Liew turut mendakwa bahawa pemimpin BN dilaporkan menggunakan "politik perkauman yang tidak senonoh" untuk menyokong cukai tersebut.

Bagaimanapun Liew ketika dihubungi Malaysiakini tidak boleh memberi butiran tentang "politik perkauman" itu.

Maksud untuk siswa luar kampus


Semalam Astro Awani melaporkan mahasiswa mengejek Ahmad yang juga MP Pontian ketika seminar berkaitan GST.

Mereka dilapor kecewa dengan Ahmad yang menyarankan supaya mahasiswa memasak makanan mereka sendiri bagi mengelakkan cukai  memandangkan barang mentah tidak dikenakan cukai.

Bagaimanapun, Ahmad dilapor berkata nasihatnya tertakluk kepada mahasiswa yang tinggal di luar kampus sahaja, dan beliau turut menggesa pengendali kedai makan dalam kampus menetapkan harga yang munasabah.

"Saya sudah jelaskan semuanya, kita galakkan untuk mereka masak kalau sewa di luar dan pengusaha cafe tidak patut naikkan harga kerana bahan mentah tidak dikenakan GST, semuanya sudah jelas," katanya seperti dilaporkan oleh Astro Awani.


Cuaca buruk, perlawanan PP-NS batal

Posted: 12 Apr 2015 08:41 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Perlawanan bola sepak Liga Perdana antara Negeri Sembilan dengan Pulau Pinang di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi ditangguhkan kerana cuaca buruk.

Komisionar perlawanan E.Genapathy berkata perlawanan itu tidak selamat untuk dijalankan disebabkan hujan dan petir serta padang yang dipenuhi air.

"Pihak kami sudah memeriksa keadaan padang beberapa kali sebelum itu dan apabila hujan reda sekitar 10.10 malam, pemain kedua-dua pasukan dibenarkan masuk padang untuk memanaskan badan.

"Tetapi 10 minit kemudian hujan lebat semula menyebabkan kami mengambil keputusan untuk menangguhkan perlawanan malam ini," katanya kepada pemberita di Seremban.

Katanya mengikut peraturan, lazimnya perlawanan akan dilangsungkan keesokkan hari, tetapi ada sedikit perbezaan malam ini kerana pasukan pelawat perlu bersedia bagi perlawanan Piala FA.

"Terpulang kepada FAM untuk menetapkan tarikh baharu.

"Mengenai tiket pula, ia terserah kepada Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan untuk menguruskannya," katanya. - Bernama


 

Industri seni Malaysia dirundung malang?

Posted: 12 Apr 2015 08:33 PM PDT


Muka depan akhbar Sinar Harian Muka depan akhbar Sinar Harian hari ini.
 
 
 
[DIKEMASKINI] BIASANYA, penerbit filem mahupun album tempatan akan meraih keuntungan utama menerusi kutipan tiket atau jualan produk mereka yang ditayangkan serta diedarkan di seluruh negara.

Kemudian, hasil keuntungan itu pula akan dikaut menerusi jualan terus atau hak cipta kepada stesen-stesen televisyen yang mana ia biasanya disiarkan ketika musim-musim perayaan.

Bahkan, penerbit filem khususnya dapat meningkatkan jumlah keuntungan itu dengan menerbitkannya menerusi format cakera padat video (VCD) dan cakera video digital (DVD) selepas kira-kira tiga bulan ditayangkan di pawagam, sekali gus memberikan lebih pilihan kepada penonton.

Bagaimanapun, kini strategi perniagaan menerusi VCD dan DVD menerima tamparan hebat apabila ia menjadi mangsa laman-laman web yang tidak bertanggungjawab.

Sudahlah dirundung keresahan akibat masalah cetak rompak yang bagaikan tiada kesudahan, kini sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat, semakin banyak pula laman web yang menyediakan kemudahan muat turun secara haram sama ada untuk filem, album ataupun lagu-lagu tempatan.

Apa yang lebih membimbangkan, kewujudan laman web tidak sah ini juga boleh diumpamakan sebagai lanun cetak rompak, bezanya ia beroperasi secara digital atau maya.

Hakikatnya, muat turun filem, album atau lagu daripada internet tanpa kebenaran daripada penerbit atau pemegang hak cipta sesuatu produk itu merupakan suatu kesalahan besar yang tertakluk di bawah Akta Hakcipta 1987.

Sedikit mengenai sejarahnya, muat turun muzik dan dan filem telah bermula sejak teknologi telefon bimbit 2G atau 3G mula diperkenalkan di Malaysia pada penghujung 1990-an. Sejak itu, ia berkembang dengan pesat seiring dengan kecanggihan teknologi komputer dan telefon bimbit.

Senario ini ternyata menimbulkan 1,001 rasa tidak enak dalam kalangan penerbit kerana terpaksa menanggung kerugian ekoran keuntungan yang sepatutnya diperoleh terjejas teruk akibat daripada permasalahan tersebut.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) menerusi laman web rasminya, menunjukkan purata kutipan filem tempatan semakin menunjukkan penurunan dari tahun ke tahun iaitu RM2.2 juta (2010), RM2.6 juta (2011), RM1.3 juta (2012), RM1.2 juta (2013) dan terus menurun sehingga RM0.89 juta pada tahun lalu.

Tidak hanya industri perfileman, industri muzik turut menimpa nasib yang sama.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), penjualan melalui medium fizikal seperti kaset, cakera padat, VCD dan DVD pada 1996 membawa keuntungan sehingga RM315 juta sebelum menurun tahun demi tahun iaitu RM200 juta (2000), RM108 juta (2002), RM97 juta (2005), RM69 juta (2007) dan RM56 juta (2009). Keuntungan itu semakin merudum sejak lima tahun kebelakangan ini iaitu hanya RM20 juta.

'Malapetaka' yang menimpa industri perfileman dan muzik kini, semakin kronik dan perkara itu diperakui penggiat seni sendiri sehingga menimbulkan pertikaian dan ketidakpuasan dalam kalangan karyawan terutama penerbit berhubung perkara ini.

Bahkan, sekiranya tiada pemantauan dan penguatkuasaan dilakukan bagi membendung jenayah siber ini, ia akan memberi kesan jangka panjang kepada penerbit industri perfileman serta rakaman album.

Malah, peminat juga mungkin tidak berpeluang untuk menikmati lagi karya-karya yang lebih bermutu pada masa depan jika penerbit kekurangan modal atau keuntungan bagi menerbitkan produk seterusnya.

Wujudkan unit tindakan khas: Karyawan

Pada 2011, Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) pernah tampil menunjukkan sokongan terhadap tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam menyekat beberapa laman portal yang menawarkan khidmat muat turun kandungan kreatif secara haram.

Ketika itu, SKMM mengenakan tapisan internet dan menyekat 10 laman perkongsian fail antarabangsa sehingga menyebabkan beberapa laman web kerajaan dan hiburan digodam.

Menurut Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez, usaha tersebut dapat membantu perkembangan industri hiburan tempatan yang semakin kritikal akibat daripada masalah cetak rompak dan muat turun secara haram.

"Industri hiburan ini kecil saja dan dengan adanya lanun-lanun seperti ini ia lebih memburukkan lagi keadaan," katanya.

Bagaimanapun, tindakan yang dilaksanakan oleh SKMM itu hanyalah bersifat sementara dan kini ia seolah-olah dilupakan sekali gus menyebabkan seni tempatan tiada nilai.

"Memang kita nampak ada tindakan yang dilakukan, tetapi ia tidak berterusan dan tidak konsisten.

"Biarpun ada tindakan itu, kita tak tahu pula apakah bentuk hukuman yang dilaksanakan sama ada dari segi pembayaran denda, dibawa ke mahkamah atau akhirnya disumbatkan ke penjara?

"Oleh sebab itu, mereka yang melakukan kerja haram ini tidak takutkan apa-apa kerana tahu tiada hukuman yang akan dikenakan. Ini akan lebih memburukkan lagi industri," katanya.

Jelas Freddie, industri akan turut terjejas sekiranya masalah ini semakin berterusan dan tidak dapat diatasi.

"Jika ini berterusan, tidak mustahil industri akan lenyap.

"Tiada lagi yang akan membikin filem malah sektor muzik juga semakin lesu kerana tiada lagi penghasilan album.

"Ramai penerbit takut untuk menanggung kerugian," katanya.

Freddie menyarankan satu jawatankuasa khas atau unit tindakan khas dapat diwujudkan di antara industri, SKMM, Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk membanteras isu ini.

"Tujuan penubuhan itu untuk membincangkan dan menyemak buku laporan yang diterima, jenis tindakan serta hukuman yang dikenakan.

"Setiap penggiat seni pula perlu ada hubungan rapat dengan pasukan bertindak supaya ada laporan diberikan.

"Tetapi, kita masih tak nampak semua ini lagi. Kita mengharapkan jawatankuasa atau unit tindakan khas yang ditubuhkan ini boleh lebih memandang serius akan permasalahan yang kami hadapi ini," katanya.
 
 

Mustafa Ali yakin MP Umno sokong hudud

Posted: 12 Apr 2015 08:25 PM PDT


Mustafa Ali Mustafa Ali
 
 
 
BUKIT CHANDAN - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali yakin Parlimen akan meluluskan rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah 1965 yang dibentangkan pada sidang akan datang.
 
Jika rang undang-undang itu diluluskan, hasrat kerajaan Kelantan mahu melaksanakan undang-undang hudud, Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 Pindaan 2015 dapat direalisasikan.
 
Mustafa yakin ahli parlimen BN daripada Umno akan menyokong usul tersebut kerana sebagai orang Islam, mereka tidak boleh menolak ruang untuk hudud dilaksanakan.
 
"Kalau kita dapat majoriti mudah, ini (hudud) boleh dilaksanakan. Isu ini telah lama sebenarnya tetapi tertangguh. Kenapa ia tertangguh lama? Sebab dulu tak dapat sokongan.
 
 

[VIDEO] Jom Tonton Kenapa Mahathir Serang Najib...

Posted: 12 Apr 2015 05:13 PM PDT

KELAB GREENBOC



 
 
Najib Harapan Saya, Tetapi Dia Mungkir Janji - Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamed mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak memungkiri janji untuk membina jambatan bengkok antara Johor Baharu dan Singapura.

Menerusi temuramah sebanyak empat bahagian yang dimuat naik di blog, Din Turtle, dua hari selepas temuramah Najib di televisyen, Dr Mahathir mendakwa perdana menteri itu menyokong projek berkenaan ketika beliau mengambil alih jawatan tersebut daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Harapan saya, bila Pak Lah dah tak ada (letak jawatan), dia (Najib) akan buatlah jambatan itu. Najib pada satu masa sebut 'walaupun Singapura setuju atau tidak setuju pun, kami nak buat'. Tetapi bila dia jadi perdana menteri, dia tak buat," kata bekas perdana menteri itu.

Dr Mahathir berkata, beliau tidak gembira apabila Najib memungkiri janjinya.

"Jika Singapura tak nak buat (tak setuju), saya buat sebelah saya, apa salahnya. Bukan pasal nak buat jambatan bengkok, tetapi pasal nak buat sebelah tak jadi. Ia adalah hak berdaulat kita, dalam kawasan wilayah kita, kawasan perairan. Separuh daripada tambak itu adalah milik kita. Saya tidak sentuh langsung bahagian Singapura.

"Dia (Najib) ada minta persetujuan dengan Singapura, nak buat benda di dalam negara kita. Di mana kedaulatan kita? Di mana kemerdekaan kita? Adakah kita sebahagian daripada Singapura?" soal Dr Mahathir.

Dalam satu temuramah khas bersama TV3 pada Khamis lalu, Najib berkata, serangan Dr Mahathir terhadap beliau tercetus disebabkan kemungkinan perbezaan pendapat mengenai jambatan bengkok dan pelaksanaan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Mengenai BR1M, Dr Mahathir menegaskan bahawa beliau tidak bersetuju dengan idea BR1M kerana memberikan wang percuma kepada rakyat.

"Kita tak pernah beri duit kepada orang. Kita beri peluang pekerjaan untuk rakyat, beri mereka pendidikan, latih mereka maka mereka boleh hidup dan buat duit untuk diri mereka sendiri. Kalau kebajikan, kita perlu beri tetapi hanya kepada rakyat yang memerlukan bantuan kebajikan,"
katanya.

Mengenai kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Dr Mahathir berkata, adalah lebih baik untuk Najib meletakkan jawatan sekarang bagi mengelakkan daripada Barisan Nasional (BN) kalah dalam pilihan raya umum akan datang kerana siasatan terhadap syarikat itu boleh mengambil masa bertahun-tahun untuk diselesaikan.

"Ia perlu sekarang kerana kita masih mempunyai dua tahun lagi untuk pulih. Jika dia (Najib) tidak berundur sekarang, dengan adanya PAC (Jawatankausa Kira-Kira Wang) dan lain-lain yang akan menyiasat untuk dua atau tiga tahun lagi dan sampai pilihan raya pun, dia masih ada, kita akan kalah. Saya fikir akan ada banyak masalah untuk semua," katanya.

"Kita perlukan pihak yang 'neutral' untuk menjalani siasatan untuk mengetahui ke mana wang itu pergi. Siapa yang mengendalikan wang itu? Siapa Jho Low? Secara tiba-tiba dia menjadi begitu penting. Dalam kerajaan pun dia (Jho Low) tak ada jawatan, dia bukan penjawat awam, secara tiba-tiba dia ada kuasa seperti itu," kata Dr Mahathir.

Mengenai komando polis Sirul Azhar Umar yang disabitkan bersalah kerana membunuh model warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu, Dr Mahathir berkata, semua individu yang disabitkan bersalah dengan hukuman mati mempunyai peluang untuk mengemukakan rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong atau Sultan.

"Awak tahu, saya dahulu adalah perdana menteri. Tugas saya ialah menasihat Yang di-Pertuan Agong atau Sultan sama ada seseorang itu perlu mendapat perkenan terhadap rayuannya atau tidak," katanya.

Dr Mahathir yang menemui ibu Sirul baru-baru ini menegaskan bahawa isu berkenaan bukan mengenai politik.

Beliau berkata, Sirul sebagai seorang anggota polis tidak akan membunuh kecuali dia diserang atau diarahkan oleh seseorang. -mstar

LIHAT VIDEO DI SINI:



ULASAN GB

GB bukanlah penyokong TDM, tetapi GB tidak menolak 100% apa yang disebutkan oleh Mahathir seperti di atas.

Jika Mahathir ingin Najib melepaskan jawatannya kerana khuatir BN akan kalah dalam PRU akan datang, bagi GB pula jika Najib tidak melepaskan jawatannya, akan lebih banyak kerosakan yang akan dibawa kepada negara dan rakyat jelata akan terus sengsara sebelum tiba pilihanraya. Dan najib boleh menggunakan pelbagai taktik dan tipudaya untuk terus menang dalam pilihanraya.

Tidakkah kita perhatikan keborosan dan ketirisan berbilion ringgit di era Najib sehingga rakyat terpaksa menanggung beban dengan GST?

11 Cedera Nahas Letupan Rumah Flat di Sibu

Posted: 12 Apr 2015 05:02 PM PDT

RAKYATNEWS


 


SIBU  - Sebelas penduduk dilaporkan cedera dan ada yang melecur dalam satu kejadian letupan di flat HDC Terrace Garden, Sibu Jaya awal pagi ini.

Menurut Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Sibu, Abdul Mutalib Rashid, letupan berlaku sekitar pukul 2.48 pagi tadi.

Ia dipercayai berlaku di salah sebuah rumah di tingkat bawah flat berkenaan yang juga dikatakan merupakan sebuah kedai runcit.

Kejadian berkenaan turut menyebabkan tiga unit kediaman lain di flat empat tingkat itu mengalami kerosakan teruk. Flat itu mempunyai 40 unit kediaman.

Anggota bomba telah diarahkan untuk mengawal dan mengeluarkan semua penduduk dari kediaman mereka selain mengenal pasti semua penduduk di flat berkenaan.

Ia bagi memastikan tiada mangsa yang tertimbus akibat runtuhan tersebut

Pasukan bomba kini masih mencari bahan bukti dan punca berlakunya letupan itu selain berusaha untuk  mengenal pasti jenis bahan letupan yang terlibat.

Semua mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut.


Penyeludup terbesar burung murai ditahan

Posted: 12 Apr 2015 04:59 PM PDT


Penyeludup terbesar burung murai ditahan Abdul Kadir (tengah) menunjukkan burung bayan puling yang dirampas sekali gus menahan seorang lelaki.
 
 
 
KUALA LUMPUR - Seorang lelaki dipercayai antara penyeludup terbesar spesies burung murai batu di negara ini, ditahan di Bentong, Pahang, Khamis lalu oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia.

Pengarah Bahagian Penguatkuasaan, Abdul Kadir Abu Hashim berkata, hasil risikan kira-kira dua minggu berjaya menjejak lelaki warga tempatan itu yang dipercayai dalam perjalanan ke negara jiran.

Suspek berusia lingkungan 40-an, pernah ditahan atas kesalahan serupa pada 2013.

Menurut Abdul Kadir, dengan penahanan itu, Perhilitan berjaya melumpuhkan salah satu sindiket penyeludupan terbesar di negara ini.

Beliau berkata, kenderaan suspek diekori kenderaan Perhilitan kira-kira 30 kilometer dari Raub, sebelum dipintas di Bentong pada jam 11 pagi.

"Pemeriksaan ke atas van jenis Toyota Hiace yang dipandu lelaki itu berjaya menemui 105 burung jenis murai batu dan dua burung bayan puling di dalam raga plastik selain seguni plastik mengandungi seekor kijang yang dilapah.

"Kesemua haiwan itu dianggarkan bernilai RM100,000," katanya di ibu pejabat Perhilitan di sini, semalam.

Abdul Kadir berkata, siasatan awal mendapati, seekor burung dijual RM500 hingga RM1,000 bergantung jenis dan kualiti burung itu selain permintaan tinggi di negara jiran.

Suspek dipercayai memperoleh bekalan daripada penduduk kampung pada harga lingkungan RM100 seekor.


PKR letak calon wanita di Permatang Pauh

Posted: 12 Apr 2015 04:52 PM PDT


PRK Permatang Pauh
 
 
 
SHAH ALAM – Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh akan menyaksikan pertembungan calon wanita PKR menentang calon BN pada 7 Mei ini.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), G Manivannan berkata, perkara tersebut akan dimuktamadkan oleh Biro Politik pada Selasa depan.

"Buat masa sekarang, sudah ada dua nama diputuskan, namun keputusan mengenai calon tersebut akan dimuktamad dan diumumkan pada Selasa ini," katanya ketika dihubungi Sinar Online hari ini.

Menurutnya lagi, perkara tersebut akan diumum menerusi sidang media yang akan diadakan di Permatang Pauh.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengenai calon tersebut.

"Ada dua nama.. (Keputusan tersebut) akan diberitahu pada Selasa. Sabar.." katanya lagi.

PKR sebelum ini menjamin memilih calon berkredibiliti tinggi untuk mewakili PKR di PRK Permatang Pauh dan Rompin.

Dua nama yang disebut-sebut adalah Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya Nurul Nuha Anwar.

Sementara itu, Manivannan berkata, pihaknya telah pun mengatur strategi untuk memastikan kemenangan di PRK tersebut.


MIC terus sokong, hargai usaha luar biasa PM

Posted: 12 Apr 2015 04:50 PM PDT

SINAR HARIAN

MIC terus sokong, hargai usaha luar biasa PM Menteri Kesihatan yang juga Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S.Subramaniam (kanan) beramah mesra dengan anggota MIC yang menghadiri jamuan makan malam sempena Sambutan 25 Tahun Bahagian MIC Ipoh Barat di Hotel WEIL malam tadi. - Foto Bernama
 
 
 
IPOH - Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata parti itu menyokong penuh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk terus memimpin negara. 
 
"Kepimpinan Perdana Menteri perlu diteruskan bagi memastikan negara terus kekal pada haluan pembangunan untuk menjadi sebuah negara maju," kata Dr S Subramaniam.   
 
MIC menghargai usaha luar biasa Najib, kata beliau. 
 
Menteri Kesihatan itu berkata, Najib telah melakukan pelbagai transformasi dalam pembangunan ekonomi dan pendidikan masyarakat India.  
 
Dr S Subramaniam berkata, menerusi transformasi tersebut, banyak perubahan yang berlaku sekaligus meletakkan masyarakat India di barisan hadapan bersama masyarakat lain dalam pembangunan negara. 
 
"Kita telah membawa masyarakat India ke satu tahap yang lebih baik dan penekanan terhadap dua aspek ini berjaya mengeluarkan mereka daripada masalah ekonomi dan pendidikan," katanya. 
 
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Makan Malam Sambutan 25 tahun MIC Bahagian Ipoh Barat yang dihadiri kira-kira 1,000 anggota daripada 48 cawangan semalam.
 
Dr S Subramaniam berkata, Najib telah mewujudkan Jawatankuasa Khas Kabinet Hal Ehwal Masyarakat India yang menjadi agensi untuk menangani pelbagai perkara yang berkaitan dengan masyarakat India. 
 
"Di samping itu, (disediakan) peruntukan sebanyak RM610 juta untuk sekolah Tamil, penambahan kuota pelajar India di peringkat matrikulasi dan politeknik, peruntukan keperluan khas untuk kuil serta lebih 4,000 masyarakat India mendapat status kerakyatan," katanya. - Bernama
 
 

Tiada ulasan: