Isnin, 13 April 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Buat malu olamak dunia!

Posted: 13 Apr 2015 10:34 AM PDT

 Woit! Bukankah hari tu depa dah tubuhkan satu jawatankuasa teknikal hudud peringkat kebangsaan sebelum mengemukakan rang undang-undang persendirian untuk membolehkan Kelantan melaksana Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993. 

 Dimaklumkan di dalam Seminar Hudud Peguam PAS yang diadakan pada 11 April 2015 bahawa Jawatankuasa Teknikal Bersama Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat telah bersetuju bahawa mengikut "road map" Jawatankuasa Teknikal, pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 ini akan dibawa oleh Kerajaan Pusat.

 Kenapa Tuan Guru Presiden pula yang membawa Rang Undang-Undang Persendirian bagi meminda Akta tersebut?

   Bukan sahaja enakmen itu gagal dibentangkan sewaktu persidangan yang baru lalu, tapi kini Umno Kelantan menyerahkan pula  kepada kepimpinan tertinggi parti untuk berbincang dengan PAS, mengenai pelaksanaan hudud, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

 "Umno Kelantan tidak mempunyai masalah tetapi ini (hudud) perlu dijelaskan di peringkat pusat kerana ia adalah satu perkara nasional. Tidak kira, Umno Kelantan bersedia tetapi ia adalah baik untuk menyelaraskan dengan pusat.

 "Kami meninggalkan (perbincangan hudud) kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Beliau telah mengadakan beberapa perbincangan dengan Kelantan termasuk Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah," katanya ketika ditemui pemberita hari ini. - Lihat lebih lanjut di sini

 Sekarang sudah ada yang mendakwa bahawa Rang Undang-Undang ini dihantar serah kepada Yang DiPertua Dewan Rakyat tanpa dirujuk kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Whip Parlimen PAS.

  Akibat terlalu gopoh dan percayakan sangat pada Umno lalu tergamak mengenepikan JKPP, inilah padahnya.

 Terdapat beberapa kesalahan yang begitu ketara yang amat tidak wajar dilakukan dan boleh menyebabkan RUUP tersebut ditolak begitu sahaja apabila dibacakan dan dibahaskan nanti. Buat malu olamak donia!

SURAT TERBUKA KEPADA TUAN GURU DATO' SERI PRESIDEN PAS
ZULHAZMI BIN SHARIFF
Bandar Tasik Selatan,
57000 Kuala Lumpur.
13 APRIL 2015 / 23 JamadilAkhir 1436
TUAN GURU DATO' SERI HAJI ABDUL HADI AWANGPRESIDEN PARTI ISLAM SEMALAYSIA [PAS]318A, Jalan Raja Laut9 50350 Kuala Lumpur. 
Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakaatuhTuan Guru Dato' Seri;
RANG UNDANG-UNDANG PERSENDIRIAN UNTUK MEMINDA  AKTA MAHKAMAH SYARIAH (BIDANGKUASA JENAYAH) 19659 
 Perkara di atas adalah dirujuk di mana saya adalah seorang ahli seumur hidup Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang bernombor keahlian 0922968.
 Saya ingin bertanyakan dan mendapatkan penjelasan daripada Tuan Guru Dato' Seri Presiden berkaitan beberapa persoalan yang timbul daripada tindakan Tuan Guru Dato' Seri Presiden memasukkan usul ke Dewan Rakyat untuk membawa Rang Undang-Undang Persendirian (RUUP) bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa jenayah) 1965 pada 19 MAC 2015 yang lalu.
 Saya memohon Tuan Guru Dato' Seri Presiden menjelaskan perkara-perkara berikut :-
 a) Siapakah yang menyediakan Rang Undang-Undang Persendirian tersebut ?
 Untuk makluman Tuan Guru Dato' Seri Presiden, setelah dikaji dengan teliti RUUP tersebut, saya merasakan bahawa jelas terdapat beberapa kesalahan yang begitu ketara yang amat tidak wajar dilakukan dan boleh menyebabkan RUUP tersebut ditolak begitu sahaja apabila dibacakan dan dibahaskan.
Kesalahan pertama :
 Cadangan untuk meminda Seksyen 2 Akta Ibu kepada Seksyen 2 yang baru iaitu Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas seseorang penganut agama Islam dan di dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara-perkara yang disenaraikan di dalam Senarai 1 Senarai Negeri di bawah Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.
 Untuk makluman Tuan Guru Dato' Seri Presiden, Senarai 1 Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan adalah Senarai Persekutuan bukan Senarai Negeri seperti yang disebutkan di dalam cadangan tersebut.
 Kesalahan kedua :
 Cadangan memasukkan Seksyen 2A seperti berikut :
 "2A. Dalam menjalankan undang-undang jenayah di bawah Seksyen 2 Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang syariah berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen yang disebutkan diatas, sesuai dengan kehendak syariah Islam."
 Di dalam cadangan pindaan Seksyen 2A yang diusulkan oleh Tuan Guru Dato' Seri, telah dicadangkan supaya Mahkamah Syariah diberikan kuasa menjatuhkan hukuman sesuai dengan kehendak syariah Islam. Apabila Tuan Guru Dato' Seri mencadangkan Mahkamah Syariah dibenarkan menjatuhkan hukuman sesuai dengan kehendak syariah Islam, maka Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa untuk menghukum bunuh bagi kesalahan hudud murtad dan hukuman qisas, menghukum potong tangan bagi kesalahan hudud mencuri, rejam bagi kesalahan zina kepada pesalah yang sudah berkahwin dan juga hukuman sebat 100 sebatan bagi kesalahan zina yang bukan berkahwin.
 Perkara 1 Senarai II Jadual Kesembilan membenarkan Badan Perundangan Negeri (DUN) menggubal perundangan yang melibatkan pewujudan dan penghukuman kesalahan yang dilakukan oleh orang yang menganut agama Islam terhadap perintah agama itu, kecuali berkenaan dengan perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan.
 Perkara 4 Senarai I Jadual Kesembilan iaitu Senarai Persekutuan menyatakan bahawa hanya Persekutuan yang boleh mentadbir perihal perundangan berkaitan Undang-undang dan tatacara sivil dan jenayah dan pentadbiran keadilan. Ini menjelaskan bahawa kuasa membicarakan perkara-perkara membabitkan jenayah adalah di bawah kuasa Persekutuan yang dilaksanakan melalui perundangan Persekutuan seperti Kanun Keseksaan. Apa sahaja kesalahan yang diperuntukkan di dalam Kanun Keseksaan tidak boleh dibicarakan di mahkamah lain selain mahkamah yang di bawah Persekutuan. Maka kesalahan mencuri, merompak, rogol, bunuh tidak boleh dibicarakan di Mahkamah Syariah dan jika ada perundangan sedemikian, ianya adalah ultra-vires dengan Perlembagaan dan terbatal mengikut Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan.
Maka apabila Tuan Guru Dato' Seri membuat usul memberikan kuasa kepada Mahkamah Syariah untuk menjatuhkan hukuman yang sesuai mengikut syariah yang termasuk hukuman bunuh, potong tangan dan sebatan, maka ianya jelas bercanggah dengan Perlembagaan dan hendaklah terbatal.
Apabila cadangan meminda Akta itu akan menyebabkan Akta tersebut bercanggah dengan Perlembagaan, ianya tidak perlu dibahaskan dan perlu ditolak di peringkat awal lagi.
 Untuk makluman Tuan Guru Dato' Seri Presiden, saya telah bertanyakan kepada Ahli Jawatankuasa Teknikal Bersama Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat, siapakah yang menyediakan Rang Undang-Undang Persendirian ini dan dimaklumkan bahawa mereka tiada maklumat.
 Saya juga telah bertanya kepada YB Hanipa Maiden, Pengerusi Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat siapa yang menyediakan Rang Undang-Undang ini dan jawapannya juga tiada maklumat.
 Justeru saya memohon Tuan Guru Dato' Seri Presiden mendedahkan siapakah yang bertanggungjawab menyediakan Rang Undang-Undang Persendirian ini.
 b) Kenapa cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 dibawa oleh Tuan Guru Dato' Seri Presiden melalui Rang Undang-Undang Persendirian?
 Saya dimaklumkan di dalam Seminar Hudud Peguam PAS yang diadakan pada 11 April 2015 bahawa Jawatankuasa Teknikal Bersama Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat telah bersetuju bahawa mengikut "road map" Jawatankuasa Teknikal, pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 ini akan dibawa oleh Kerajaan Pusat.
 Kenapa Tuan Guru Presiden pula yang membawa Rang Undang-Undang Persendirian bagi meminda Akta tersebut?
 c) Kenapa Rang Undang-Undang Persendirian ini dimasukkan secara tergesa-gesa?
 Saya juga mendapat maklum semasa Seminar Hudud Peguam Pas bahawa RUUP ini telah dihantar serah kepada Yang DiPertua Dewan Rakyat tanpa dirujuk kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Whip Parlimen PAS.
 YB Hanipa Maiden semasa ditanya di dalam Seminar tersebut memaklumkan bahawa PAS Pusat tidak tahu RUUP ini dimasukkan. Begitu juga daripada laporan-laporan akhbar menyatakan bahawa Timbalan Presiden malah Setiausaha Agung juga tidak tahu mengenai perkara tersebut.
 Lebih memeranjatkan ialah apabila Ketua Whip Ahli Parlimen PAS, Dato' Hj Mahfuz Omar yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat juga tidak tahu mengenai perkara tersebut sedangkan kebiasaannya setiap apa yang hendak dilakukan oleh setiap Ahli Parlimen PAS perlu melalui Ketua Whip Ahli Parlimen Pas.
 Justeru saya memohon penjelasan Tuan Guru Dato' Seri Presiden, kenapa perkara tersebut berlaku. Kenapa perlu dilakukan secara tergesa-gesa sehingga Jawatankuasa PAS Pusat dan Whip Ahli Parlimen PAS juga tidak dimaklumkan. Kenapa Tuan Guru Dato' Seri Presiden telah membelakangkan organisasi dan bertindak secara bersendiri?
 Saya rasa cukup setakat ini dulu dan insyaAllah saya akan memberikan respon lanjut sekiranya persoalan-persoalan di atas dijawab dengan lapang dada dan hati terbuka oleh Tuan Guru Dato' Seri Presiden.
 Sesungguhnya saya sebagai ahli biasa PAS amat mengharapkan penjelasan daripada Tuan Guru Dato' Seri Presiden kerana isu RUUP ini adalah isu penting yang menimbulkan pelbagai persepsi negatif kepada parti secara keseluruhannya.
 Saya memohon maaf jika surat ini mengganggu Tuan Guru Dato' Seri Presiden yang padat dengan jadual program-program rasmi parti.
Sekian.
Yang benar;
ZULHAZMI BIN SHARIFF

Ahmad Awang sedia timbang lawan Hj Hadi

Posted: 12 Apr 2015 11:07 PM PDT

 Bekas Naib Presiden PAS Ahmad Awang sedia menimbangkan untuk mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai presiden PAS selepas mendapat pencalonan yang cukup bagi jawatan itu.

 Namun, beliau masih enggan membuat keputusan waktu ini kerana katanya masa masih panjang dan tidak perlu terburu-buru. 

 "Kita lihat juga berapa calon yang lain. Ini kerana, yang banyak mendapat pencalonan sekarang ialah Datuk Husam (Musa)," kata bekas pesuruhjaya PAS Perak itu.

 Katanya, pencalonan yang banyak untuk melawan penyandang jawatan ini membayangkan kecenderungan ahli PAS membuat perubahan di pucuk pimpinan parti.

 "Kita lihat kecenderungan hendakkan perubahan pucuk pimpinan sudah jelas," kata bekas ahli Majlis Syura Ulama PAS itu kepada The Malaysian Insider.

 Namun, bagi beliau, pemimpin yang perlu naik ialah yang lebih muda dan jelas dalam perjuangan dan bukan semestinya ulama.

 Ahmad kini melepasi syarat minima dua pencalonan dengan pencalonan terbaru dari Bukit Gelugor, Pulau Pinang dan Jelebu, Negeri Sembilan pada Sabtu, selepas mendapat yang pertama dari Parit Sulong sebelum ini.

 Sebelum ini, Husam juga layak bertanding. Beliau kini mendapat pencalonan 8 kawasan dari seluruh negara. Semalam, beliau mendapat satu lagi pencalonan iaitu dari Tanjung Piai, Johor.

 Menjelang muktamar ke-61 Jun ini, Hadi mendapat cabaran getir sejak hari pertama mesyuarat agung PAS kawasan-kawasan di seluruh negara apabila kawasan yang pertama mengadakan mesyuarat agung iaitu Kota Baru, Kelantan tidak mencalonkannya sebaliknya mencalonkan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai presiden. - Baca lagi di sini

Tiada ulasan: