Khamis, 30 April 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Umno bukan sokong Hudud sahaja tapi GST, Salah Tadbir, Penyelewengan, Rasuah ....

Posted: 30 Apr 2015 07:40 AM PDT

Naikan poster macam ini kalau Umno berani!
DATUK Seri Syed Ali Alhabshee mendakwa, PAS sanggup menggadaikan prinsipnya terhadap hukum hudud kerana kepentingan politik di Permatang Pauh.

 "Semuanya gara-gara untuk menang di Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, sanggup permainkan hukum hudud," tegas Ketua UMNO Bahagian Cheras itu.

 Beliau menyifatkan, tindakan Pemuda PAS Pulau Pinang melakukan 'u-turn' secara mengejut dengan kembali menyokong calon PKR di Permatang Pauh sebagai tidak bermoral.

 Sebelum ini tegasnya, pemimpin PAS termasuk golongan ulama mendakwa sesiapa yang menentang cadangan pelaksanaan hukum hudud harus ditolak walaupun sekutu politik mereka dalam Pakatan Rakyat (PR).

 Ia merujuk kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail yang sebelum ini mengeluarkan arahan supaya wakil rakyat PKR Kelantan tidak menyokong pindaan undang-undang syariah bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan di negeri berkenaan. Baca lagi di sini

Mujurlah Yusni Mat Piah buat U-Turn. Kalau tidak kita sendiri pun tidak tahu bahawa Umno memang seronok dengan tindakan Yusni dan geng UG nya memboikot PRK Permatang Pauh.

Selama ini, Umno berdiam diri sahaja melihatkan kecelaruan pihak Pakatan Rakyat dek karenah Yusni dan geng UG nya.

Tapi bila Yusni buat U-turn, sepontan itu juga kita dapat lihat reaksi kelam kabut puak-puak Umno. Mereka marahkan fraksi Umno yang berada dalam PAS kerana tidak 'istiqamah' memperjuangkan Hudud!! Kah! Kah! Kah!


Mungkin Anak alhabsyee ni tak tahu bahawa rang undang-undang persendirian yang nak dibentangkan Hj Hadi itu bukanlah rang undang-undang Hudud.......sebaliknya pindaan kepada Akta Mahkamah 1965 (Akta 355).

Menurut Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, draf pindaan itu tidak pernah diterima dan beliau merasa kesal kerana persetujuan dalam mesyuarat PR pada 8 Februari lalu tidak dihormati dan sekali gus bertentangan dengan muafakat bersama yang dicapai pada 2011 mengenai pelaksanaan hudud.

 Terbukti Umno dan Barisan Nasional akan terus menggunakan isu hudud ini untuk memecahkan Pakatan Rakyat dan memastikan mereka kekal berkuasa dalam Plihanraya Umum ke-14. 

Apakah Yusni Mat Piah dan geng UG yakin Umno akan membantu dalam menjayakan pelaksanaan hudud sedangkan mereka tetap membiarkan salah tadbir, penyelewengan dan budaya rasuah  terus subur?

Sokong Umno maknanya menyokong salah tadbir, penyelewengan, rasuah dan segala macam makar. Tidak mungkin Hudud akan terlaksana dengan kesuburan segala gejala tersebut. 

Faktor karpet dalam semakan kehakiman

Posted: 30 Apr 2015 05:40 AM PDT

Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan semakan kehakiman terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan 10 Februari yang menjatuhi hukuman lima tahun penjara padanya atas sabitan kesalahan liwat.

 Ketua umum PKR itu mendakwa terdapat kesilapan mahkamah dalam keputusan itu.

 Anwar menjadikan kenyataan Pejabat Perdana Menteri berhubung sabitan kes itu serta siri jelajah Umno yang mengetengahkan ketua pasukan pendakwaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, sebagai alasan untuk permohonan itu.

 Anwar percaya tiada sebab untuk sabitan dibuat dan hukuman dijatuhi kerana terdapat percanggahan bukti berkaitan sekeping permaidani – tempat kesalahan dikatakan berlaku – yang dipindahkan.

 Permohonan itu difailkan oleh peguam N Surendran dan Michelle Yesudas hari ini. Turut hadir anak Anwar, Nurul Izzah, yang juga naib presiden PKR.

Mengenai permaidani yang digunakan sebagai keterangan, peguam dan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram berkata kesalahan itu didakwa dikatakan telah berlaku di unit kondominium 11-5-1, tetapi permaidani yang dikemukakan kepada mahkamah telah dirampas dari unit 11-5 -2.

 'Tiada bukti permaidani dipindahkan'

 "Pihak pendakwaan mendakwa permaidani dipindahkan tetapi tidak ada bukti yang menunjukkan demikian. Saya tidak percaya adanya permaidani terbang," kata peguam kanan itu.

 Berdasarkan perkara ini sahaja, Gopal berhujah, kejadian liwat itu tidak berlaku.

Beliau mendakwa percanggahan dalam keterangan Saiful, di mana penuduh yang memberi keterangan bahawa seluar dalam yang dipakai pada hari itu telah dibasuh oleh ibunya, tetapi pendakwaan mengemukakan seluar Saiful dengan kesan mani di atasnya.

 "Sangat luar biasa, seluar dalam yang dikemukakan adalah bukan seluar dalam yang Saiful pakai dan ini menjadikan keterangannya sebagai tidak boleh dipercayai sama sekali," Anwar berhujah dalam permohonannya.

 Beliau juga mempersoalkan kelakuan pegawai penyiasat DSP Jude Blacious Pereira dalam mengeluarkan sampel yang diambil daripada Saiful, yang telah diletakkan di dalam beg plastik, dan melabelkan semula mereka.

 "Namun, Mahkamah Persekutuan memutuskan tidak ada 'terputus' dalam rantaian bukti," katanya.

 Anwar juga mempersoalkan penolakan mahkamah bukti saksi pembelaan Dr Thomas Hoogland bahawa beliau (Anwar) telah mengalami sakit belakang yang kuat dan tidak dapat melakukan  perbuatan itu (seks) , namun menerima pakai keterangan daripada Dr Jeyaindran Sinnadurai Hospital Kuala Lumpur.sumber

Tiada ulasan: