Khamis, 23 April 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Ketua polis bertindak double standard dan tidak profesional

Posted: 23 Apr 2015 07:00 AM PDT

GEORGE TOWN: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng kesal dengan sikap "double standard" yang dipaparkan oleh pihak polis dan pihak berkuasa dalam melayani mereka yang ditahan di bawah Akta Hasutan. Dia teringat layanan keras terhadap pemimpin pembangkang dan aktivis hak asasi manusia yang digari, disoal siasat selama berjam-jam, disimpan semalaman di lokap polis, diheret ke Mahkamah untuk mendapatkan perintah reman dan dalam beberapa kes reman selama beberapa hari.

 Dia membandingkan ini dengan cara polis mengendalikan kes 50 penunjuk perasaan yang mendesak Pastor Gereja di Taman Medan, Petaling Jaya untuk menurunkan salib yang dipaparkan tinggi di atas di tempatnya.

 "Abang Ketua Polis , Abdullah Abu Bakar, hanya semata-mata menghabiskan masa  di ibu pejabat polis Petaling Jaya menjawab soalan-soalan mengenai peranan penting sewaktu bantahan di Gereja Taman Medan," kata Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dan Bagan MP. 

"Dengan keengganannya untuk menangkap, gari dan meletakkan Abdullah direman polis, pihak polis telah menunjukkan layanan istimewa dan dua piawaian."

 Adakah ini disebabkan oleh hakikat bahawa Abdullah adalah abang kepada Ketua Polis Negara?

 "Abdullah juga Ketua cawangan Umno Taman Lindungan Jaya ."

 Lim berkata demikian sebagai mengulas Laporan Star pada Khamis mengesahkan bahawa Victoria Selammal dari Gereja Praise Comunity Petaling Jaya telah membuat laporan polis pada malam Selasa terhadap penunjuk perasaan tersebut.

 Menurut The Star, kata Lim, Victoria bertemu Abdullah selepas upacara di gereja beliau pada hari Ahad."Dia dengan marah mengarahkan gereja menurunkan salib."

 "Disebabkan bimbang akan keselamatan gereja dan dirinya, dia bersetuju untuk menurunkan salib itu pada 1 tengah hari."

 Abdullah seterusnya mengancam untuk melaporkan gereja itu kepada Dewan Bandaraya Petaling Jaya, kata Lim. sumber

Komen al-Husseyn :
Baguih punya adik, dia kata abangnya tu Ketua Masyarakat / Ketua Kampong walhalnya dia adalah Ketua Umno tempatan. Hoi mangkuk, Kerajaan Pakatan Rakyat lantik org Umno jadi Ketua Kampongkah?? Abangnya yang jadi ketua gerombolan demo tapi dia boleh kata abangnya adalah pendamai....boleh pula kata  tiada unsur hasutan?? Memang betullah sebagaimana kata boss lama KPN ni , Khalid ni tidak  bertindak secara professional....

Haji Hadi disentap ulama' muda ....

Posted: 23 Apr 2015 04:00 AM PDT


  Pandangan bahawa haram dan berdosa mengundi calon yang menolak hudud dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh seperti yang dinyatakan seorang pemimpin akar umbi PAS, perlu dikaji lebih mendalam, kata Dr Zaharuddin Abd Rahman.

 Pengerusi Pertubuhan Multaqa Asatizah itu berkata sesuatu hukum agama tidak boleh dijatuhkan dengan mudah tanpa penerangan terperinci kerana akan mengelirukan masyarakat, lapor Sinar Harian hari ini.

 "Sememangnya akan jatuh haram menyokong calon yang menolak perlaksanaan hudud secara ingkar dalam keadaan dia menyakini hukum itu dari Allah.

 "Jika seseorang itu menolak asas hudud seperti potong tangan untuk mencuri, itu bahagian asas hukum yang tidak boleh ditolak.

 "Namun jika yang ditolak adalah hukum ranting seperti jumlah yang dicuri atau lain-lain kaedah sabitan bersifat jihad (proses penyelidikan), bagi saya itu belum boleh dianggap tolak hudud serta jadi haram menyokong calon terbabit," katanya seperti dilapor akhbar itu.

Ketua Urusan Ulama kawasan itu Badrul Abdul Rahman dilapor berkata bahawa 'haram mengundi calon tolak hudud'.

 Hal demikian mengundang kenyataan tegas anggota Majlis Syura PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menggesa pemimpin semua peringkat tidak mencetuskan kontroversi sebaliknya merujuk Majlis Syura Ulama dan Dewan Ulama PAS berkaitan hubungan dalam Pakatan Rakyat.

 Bagaimanapun, Zaharuddin berkata hukum haram tidak boleh dijatuhkan jika calon menolak hudud kerana tidak yakin dengan rang undang-undang hudud yang dibuat dalam bentuk kontemporari oleh PAS atau masalah kredibiliti parti itu untuk melaksanakan hudud.

 "Maknanya sesiapa yang tidak menolak hudud tidak perlu risau," Dr Zaharuddin dilaporkan sebagai berkata.SUMBER

Ketua Polis ditegur boss lama...

Posted: 23 Apr 2015 12:29 AM PDT

  Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar salah apabila membersihkan penunjuk perasaan antisalib di Petaling Jaya sebelum siasatan dibuat, kata pendahulunya Tan Sri Musa Hassan.

  "Beliau patut bertindak secara profesional," katanya apabila disoal berhubung perkara itu.

 Musa berkata Khalid sepatutnya menjalankan siasatan terlebih dahulu daripada berkata tiada kesalahan dilakukan. ~ sumber

Hj Hadi sudah habis tempoh - tak boleh pakai lagi!

Posted: 22 Apr 2015 10:13 PM PDT

Mencuri dan Zina Muhsan adalah jenayah yang sering berlaku dalam masyarakat
tetapi kenapa dipinggir?
  Kenyataan Hj Hadi: 
Walaupun Umno menyatakan sokongan terhadap pelaksanaan hukum hudud, namun isi hati mereka hanya Allah sahaja yang tahu, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 Beliau yang juga MP Marang berkata, Islam mengajar umatnya supaya menerima segala ucapan yang dizahirkan walaupun ia daripada orang munafik.
"Dalam Islam kita diajar terima apa yang orang cakap. Nabi kita diajar Allah supaya menerima ucapan yang zahir termasuk ucapan orang munafik.
 "(Isi) hati, Tuhan sahaja yang tahu. Yang kita takut, yang ikhlas jadi tak ikhlas," katanya dalam program Bicara Minda Hudud Dari Kaca Mata Hadi anjuran Sinar Harian di Shah Alam hari ini.
 MP Marang menjawab soalan hadirin mengenai sejauh mana keyakinan beliau terhadap sokongan Umno mengenai isu hudud.
 Sehubungan itu, beliau berkata, PAS mendesak mana-mana ahli Parlimen yang beragama Islam untuk menyokong rang undang-undang persendirian di Parlimen bagi membenarkan pelaksanaan hukuman hudud di Kelantan.Baca lagi di sini
  Komen al-Husseyn:

 Tidakkah kalian semua berasa pelik dengan kenyataan Hj Hadi ini? Saya kemukakan 3 perkara yang menampakan Hj Hadi ini sudah tak boleh pakai lagi!

1) Allah melarang kita menerima berita yang dizahirkan oleh kalangan fasiq apatah lagi munafiq tanpa tabayyun. Bukankah Allah telah mengingatkan  kita melalui ayatnya :

 "Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (al-Hujerat :6)

2)  Almarhum Tuan Guru Nik Aziz tegas dengan pendiriannya untuk tidak menjalin kerjasama dengan UMNO kerana mendakwa, telah serik dengan pengalaman lalu. Almarhum mengingatkan kita semua supaya jangan dipatuk dua kali dilubang yang sama sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. "Jangan sampai kamu dipatuk oleh ular di dalam lubang yang sama dua kali," (Riwayat Abu Daud) Hadith itu menyaran dan menyuruh umat Islam agar tidak ditipu lebih sekali.

  Lantaran itu Tuan Guru Mursyidul 'Am PAS mengarahkan hentikanlah Muqabalah; tapi masih ada yang berdegil mahu meneruskannya juga hingga TGNA naik angin dan terpaksa kata, mereka yang mahu meneruskan Muqabalah dengan Umno ini adalah 'Boneka Umno'. 

  Dengan berterus terang TGNA menempelak TGHH dengan katanya, idea Kerajaan Perpaduan Hj Hadi itu sebagai mengarut. 

 TGHH terpaksa akur terhadap desakan almarhum TGNA ketika itu supaya tidak mengadakan apa-apa perbincangan atau Muqabalah dengan Umno dengan mengeluarkan kenyataan : 

"PAS tidak akan mengadakan sebarang muqabalah, atau dialog, dengan Umno sehingga parti tonggak Barisan Nasional itu patuh kepada Perlembagaan, membebaskan media dari kongkongan dan memulihkan kewibawaan institusi mahkamah. [KLIK].

 Sekarang TGNA sudah tidak ada lagi.Hj Hadi sudah tidak perlu berselindung lagi untuk meneruskan perbincangan kerajaan perpaduannya bersama Umno atas dasar Melayu, Islam dan Negara. 

 Hj Hadi sudah lupa mengenai demokrasi, bidang kehakiman, kebebasan pilihanraya dan media yang pernah dijadikan syarat utama isu perbincangan.
  
3) Macamana dia kata Umno sokong pelaksanaan Hudud di Kelantan? Mana Hududnya yang Hj Hadi katakan itu? Waima rang undang-undang persendirian yang dia akan bentangkan itu hanya pindaan akta 355 Mahkamah Syariah 1965.

  Akta ini lebih dikenali sebagai hukuman 356 kerana ia memperuntukan hukuman penjara maksimum 3 tahun, atau denda maksimum RM5000.00 ataupun 6 kali sebatan ataupun gabungan antara hukuman-hukuman berkenaan(Pindaan 1984). 

  Pindaan yang bakal dicadangkan oleh Kerajaan Kelantan itu nanti ialah menaik taraf hukuman 356 tersebut.

 Ternyata isu Hudud yang digembar-gemburkan oleh Hj Hadi ini telah memakan ramai korban. Hanya dengan menuduh sipolan ini dan sipolan itu menolak hukum Hudud, lantas segala macam label turut sama dilemparkan kepada mereka.

  Lantaran kerana Umno kononnya sokong Hudud, dan PKR ditohmah menolak Hudud, Hj Hadi sendiri tidak dapat memberikan jawapan yang tegas dan tuntas siapa yang patut disokong dalam PRK Permatang Pauh yang sedang kita hadapi.

  Bukankah pendirian Hj Hadi ini nampak sangat janggalnya berbanding dengan kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyeru supaya PAS bersama Pakatan Rakyat menjelmakan sokongan padu dan kebersamaan  bagi menghadapi kemungkaran yang lebih besar iaitu menghadapi kezaliman Umno-BN.Baca di sini

Jenis-jenis jenayah hudud dan hukumannya :


1) Zina; Persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dengan perempuan.
Hukuman :Bagi penzina yang belum berkahwin hukumannya ialah sebat 100 kali. Bagi penzina yang telah berkahwin hendaklah direjam sehingga mati.

2) Qazaf (menuduh zina); Melemparkan tuduhan zina tanpa bukti terhadap orang yang baik. 
Hukuman : sebat 80 kali

3) Minum arak; Meminum minuman yang memabukkan boleh menghilangkan kewarasan akal. 
Hukuman : sebat 40 kali 

4) Mencuri; Mengambil harta orang lain secara senyap atau sembunyi.
Hukuman : potong tangan

5) Merompak; Mengambil harta orang lain dengan menggunakan kekerasan, paksaan, ugutan dan ancaman.
Hukuman : Sekiranya membunuh hendaklah dibunuh sekiranya hanya merompak sahaja hendaklah dipotong tangan dan kakinya secara bersilang iaitu tangan kanan dan kaki kiri dan seterusnya kaki kanan dan tangan kiri bagi kesalahan seterusnya.Sekiranya hanya menganggu ketenteraman awam hendaklah dipenjara

6) Riddah (murtad);Keluar seseorang Islam itu dan agama Islam sama ada dengan perbuatan dan perkataan.
Hukuman: Bunuh ( setelah diberi tempoh bertaubat selama 3 hari @ 3kali) Semua jenayah hudud yang telah sabit kesalahannya wajib dikenakan hukuman hudud tanpa sebarang pengurangan @ pindahan kepada hukuman yang lain spt penjara @ wang.

Tiada ulasan: