Ahad, 22 Mac 2015

Roslan SMS Corner

Roslan SMS Corner


Kuala Kedah tolak agenda Pasma? (22/3/15)

Posted: 22 Mar 2015 03:09 AM PDT

Kuala Kedah merupakan kubu kuat PAS sejak zaman berzaman.

Ianya terus dipertahankan apabila pada PRU lalu Pakatan sapu bersih semua kerusi-kerusi dalam kawasannya. Kerusi Parlimen yang dahulunya milik PAS dimenangi calon PKR manakala 3 kerusi DUN nya iaitu Anak Bukit, Kubang Rotan dan Pengkalan Kundor semuanya dimenangi calon-calon PAS dengan majoriti lebih dari 1,000 undi belaka.

Kerana itulah apabila Yang Dipertua PAS Kawasannya menjadi peneraju dan penggerak utama Pasma, sebuah NGO yang kini dilihat lebih memecah-belahkan PAS dari dalam, ramai menjadi tergamam.
Phahrolrazi ADUN Pengkalan Kundor yang dahulunya EXCO PAS semasa PAS memerintah Kedah, secara terang-terangan memperjuangkan Pasma atas alasan kononnya mahu mempertahan dan memperkukuhkan Pakatan Rakyat.

Akhirnya NGO ini lebih dilihat sibuk mencaturkan pucuk pimpinan dalam PAS, menyerang Presiden PAS dan bertarung dengan Ulamak PAS.
Ramai kalangan ahli dan penyokong PAS kesal dengan tindak-tanduk Pasma ini sehinggalah Majlis Syura Ulamak mengeluarkan pengarahan agar ahli-ahli PAS tidak terlibat dengan sebarang program dan aktiviti NGO ini.

Sejauh mana jayanya agenda Phahrolrazi dan Pasma, kita serah pada Allah swt.
Apa pun yang pasti PAS Kawasan Kuala Kedah telah pun selamat melangsungkan Mesyuarat Agung Tahunan baru-baru ini. Phahrolrazi khabarnya melepaskan jawatan YDP atas alasan mahu aktif dalam Pasma (khabarnya juga penyandang yang baru menerima lebih pencalonan dari cawangan-cawangan berbanding beliau).

Dan yang menariknya PAS Kawasan Kuala Kedah kekal mencalonkan Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang sebagai Presiden PAS dalam Muktamar Agung PAS ke 61 nanti (walaupun Tuan Guru diserang serata pelusuk oleh Phahrolrazi sebelum ini).
Kuala Kedah kekal istiqamah bersama Tuan Guru Presiden walaupun perasmi mesyuarat mereka AJK PAS Pusat, Nizar Jamaluddin dalamucapannya ddengan lantang mendesak dilakukan perubahan pucuk pimpinan.
Tahniah PAS Kuala Kedah.

(Mungkin Nizar pun boleh ikut jejak Phahrolrazi)
 

 

HUkum Hudud pasti diterima umat Islam Malaysia (22/3/15)

Posted: 22 Mar 2015 02:48 AM PDT


Pada tanggal 15 Syawal tahun ke 3 Hijrah berlakulah Perang Uhud.
Apa yang mahu saya sentuh di sini betapa agenda pihak musuh ketika itu adalah untuk membunuh batang tubuh Rasulullah s.a.w. Dakwah dan risalah Baginda tidak boleh mereka terima. Islam satu ancaman besar buat Semenanjung Tanah Arab.

Disatu peringkat peperangan pihak musuh hampir berjaya jika tidak kerana keberanian beberapa anggota tentera Islam termasuklah dari kalangan wanita yang telah bertindak menjadikan tubuh badan mereka perisai mempertahankan Rasulullah s.a.w

Akibat asakkan yang keterlaluan menurut riwayatnya Rasulullah s.a.w telah mengalami kecederaan, pipinya luka dan gerahmanya tercabut.
Dalam persitiwa berkenaan Rasulullah s.a.w telah bersabda:

"Bagaimana boleh berbahgia sesuatu kaum yang melukai wajah Nabi mereka dan mematahkan gigi gerahmnya padahak dia menyeru dan mengajak mereka kepada Allah"
(Hadis Riwayat Muslim dari Anas bin Malik r.a)

Uhud akhirnya merupakan "catalyst" atau pemangkin ke atas kejayaan perjuangan Rasulullah s.a.w, seruan dan ajakkan Baginda kepada umat Arab ketika itu untuk menerima Islam sebagai satu cara hidup akhirnya berjaya apabila pada tanggal 10 Ramadhan tahun ke 8 Hijrah, Kota Mekah telah dapat ditawan. Dari situ Islam terus tersibar luas sehinggalah ke seluruh dnia hari ini.
Apa pegajarannya hari ini?

Hari ini Islam sebagai sebuah cara hidup cuba disemarkkan kembali. Hari ini satu Malaysia memperkatakan darihal Hukum Hudud, iaitu hukum dan peraturan Allah swt, yang cuba mahu dilaksanakan di negeri Kelantan melalui kaedah perundangan dan demokrasi berparlimen.
Namun kita bukan Rasulullah s.a.w, kita juga bukan tentera Islam di Uhud yang sedang menghadapi seranggan dan asakkan pihak kuffar.

Apa yang sama cuma kita diperingkat menyeru dan mengajak manusia khasnya umat Islam untuk menerima peraturan yang diperjuangkan dengan nyawa, darah dan airmata oleh junjungan besar kita Rasulullah s.a.w.
Rasulullah s.a.w dilukai batang tubuhnya, cedera di pipi dan tercabut giginya. Apalah sangat kita sekadar diserang dimedia dan diancam oleh kawan dan musuh. Ada yang memperlekehkan kita, ada yang mempersendakan kita.

Kita mungkin hilang kuasa, kita mungkin hilang kawan, kita mungkin dicabar di mahkamah dan seumpamanya, itu semua kerja Allah swt.  
Namun kerana kita yakin dan dididik oleh Rasulullah s.a.w untuk terus yakin mengejar kemenangan Islam yang luas ganjarannya melebihi dunia dan isinya, mohon pimpinan kita disemua peringkat terus istiqamah.

Umat Islam disemua peringkat kecuali segelintir kecil akan terus menyokong dan bersama dibelakang perjuangan yang diasaskan Rasulullah s.a.w ini. Hari ini pun kita lihat ramai yang sudah keluar, yang dahulunya diam dan tidak campur, hari ini apabila liht jalan menuju perlaksanaan Islam cuba diganggu dan digugat, mereka telah bangkit.
Perjuangan ini pasti dibantu Allah swt.

 

Tiada ulasan: