Kelab Greenboc |
- DAP Sudah Membuat Keputusannya....
- [BERGAMBAR] Anwar Muncul Di Mahkamah Rayuan Syariah Pagi Tadi
- [UPDATED - BERGAMBAR] Bantah GST: Dr.Hatta, CheguBard & Nasaei Diantara Yang Ditahan...
- [BERGAMBAR] Lelaki Misteri 'Serang' Protes Duduk #KitaLawan
DAP Sudah Membuat Keputusannya.... Posted: 24 Mar 2015 01:35 AM PDT DAP tamatkan kerjasama dengan Hadi, kekal dalam Pakatan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP yang bermesyuarat malam tadi memutuskan meneruskan kerjasama bersama Pakatan Rakyat (PR) tetapi menegaskan ia sudah hilang keyakinan terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, parti itu kesal dengan tindakan "tidak jujur dan tidak bermaruah" Hadi yang bekerjasama dengan Umno melanggari semangat konsensus serta Dasar Bersama dalam Pakatan Rakyat (PR). Oleh itu, ia membuat keputusan memutuskan hubungan dengan Hadi dan akan mengadakan perbincangan dengan PKR bagi menentukan masa depan PR. "DAP tidak boleh berkerjasama dengan presiden PAS seperti Hadi yang tetap bertindak secara tidak jujur dan tidak bermaruah. "DAP hilang kepercayaan dan keyakinan pada Hadi sebagai pemimpin PR dan akan memutuskan hubungan serta menghentikan kerjasama dengan beliau. "Oleh kerana Hadi adalah pemimpin PAS dalam PR, keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Hadi secara efektif akan meletakkan Majlis Pimpinan PR dalam keadaan terawang-awang. "DAP akan bertemu dengan kepimpinan PKR membincangkan nasib PR pada masa depan," menurut resolusi mesyuarat itu yang dikeluarkan hari ini. Lim mendakwa, Umno menghasut PAS melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan pada 27 Mac 2014, semasa sidang Parlimen, dengan menjanjikan sokongan daripada kerajaan persekutuan. DAP dengan itu menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak segera membuat pendirian jelas dan tegas sama ada akan menyokong atau menolak enakmen hudud di Kelantan. "Beliau juga harus menjelaskan peranan ahli Dewan Undangan Negeri Umno Kelantan dalam menyokong rang undang-undang hudud. "Najib juga harus menyatakan sama ada beliau menyokong Rang Undang-undang Persendirian yang dibentangkan Hadi," katanya. Lim yang juga ahli Parlimen Bagan berkata, semua 37 ahli Parlimen DAP akan menolak rang undang-undang persendirian berkaitan hudud itu, yang dijadual dibentangkan Hadi. "DAP menolak pelaksanaan undang-undang hudud kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan. "Tambahan pula, rakyat Malaysia yang menyokong PAS dalam Pilihan Raya Umum yang lalu tidak mengundi untuk pelaksanaan hudud, tetapi untuk Dasar Bersama," katanya. DAP juga memberi tiga contoh Hadi mengambil tindakan tidak jujur dan tidak bermaruah. Pertama apabila beliau mengkhianati keputusan bersama Majlis Pimpinan PR dalam mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal PR untuk jawatan menteri besar Selangor. "Ia sehingga mengakibatkan krisis besar yang berlarutan dan hampir menjatuhkan kerajaan PR Selangor," kata Lim. Kedua ialah kegagalan Hadi menepati kata-katanya sendiri semasa Majlis Pimpinan PR pada 8 Februari lalu, bahawa Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 2015 bakal dibincangkan pada Majlis Pimpinan PR. Dan ketiga, ialah permohonan Hadi ke Parlimen pada 18 Mac membentangkan usul rang undang-undang persendirian tanpa terlebih dahulu membentangkannya kepada Jawatankuasa Pusat PAS serta Majlis Pimpinan PR. DAP dalam resolusi mesyuaratnya turut menegaskan semula komitmennya kepada PR sebagai gabungan pentadbiran yang mewakili aspirasi semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama atau kepercayaan. "PR berhasrat membina Malaysia baharu berdasarkan nilai-nilai asas seperti kebebasan, keadilan, demokrasi, integriti dan martabat manusia." DAP juga mengulangi pendirian yang semua parti komponen PR harus berpegang kepada semangat Dasar Bersama melalui muafakat yang berkisar pada amanah dan sifat saling menghormati dalam Majlis Pimpinan PR. Mesyuarat tergempar CEC malam tadi berlangsung hampir empat jam dan membincangkan masa depan parti itu di dalam PR susulan keputusan PAS meneruskan agenda hudud dengan membawa rang undang-undang persendirian di Parlimen. -TMI ULASAN GB GB dah ulas sebelum ini. Hukum kebenaran dan keadilan berjalan terus. Jika "haramjadah" menimpa Najib bertimpa-timpa kerana Najib mengungkap perkataan haramjadah kepada peneroka FELDA, kini Hj Hadi ditimpa "barua" bertimpa-timpa kerana mengungkap perkataan itu untuk ahli PAS yang tidak disukainya. Sesuatu ungkapan buruk itu akan kembali kepada sipenuturnya tidak mengira siapa penuturnya. Tuduhan "BARUA" (pengkhianat) kini kembali kepada tuan penuturnya. Tanpa disedari Haji Hadi digelar seorang BARUA (pengkhianat). Begitulah juga kepada golongan pro-ulamak yang SENTIASA berkahak tuiii... kahak tuii itulah yang bakal menimpa mereka semula, diungkapan perkataan JEBON kepada golongan yang tidak disukainya, sifat JEBON itulah yang kembali kepada diri mereka sendiri. Hukum kebenaran dan keadilan tidak mengira bangsa, agama, warna kulit, kedudukan dan status seseorang. Ungkapan buruk itu akan TETAP kembali kepada si penuturnya, termasuk kepada orang-orang yang menyokongnya... demikian hukum alamiah, hukum kebenaran dan keadilan, atau di dalam Islam dipanggil SUNNATULLAH. Ia tidak berubah zaman berzaman. Itu janji Allah swt. Tidak malukah bila seorang pemimpin Islam bertaraf ulama nombor 2 dalam dunia kini dikatakan sebagai tidak berakhlak, tidak jujur dan tidak bermaruah? Tidak lansung meminta maaf, tetapi sebaliknya mempertahankan diri konon suruh melihat orang melihat diri di cermin. Sedang beliau sendiri tidak bermuhasabah dan tidak pula melihat diri di cermin. Penipuan @ pengkhianatan walaupun terhadap bukan Islam tetap BERDOSA. Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan..... kita sama-sama tunggu dan saksikan... GB akan tetap berpegang kepada Hukum Kebenaran dan keadilan... tak suka? tu kamu punya pasal (meminjam ketegasan Almarhum TGNA) |
[BERGAMBAR] Anwar Muncul Di Mahkamah Rayuan Syariah Pagi Tadi Posted: 23 Mar 2015 10:22 PM PDT Pegawai penjara iringi Anwar diarah keluar mahkamah kerana bawa senjata Lima pegawai Penjara Sungai Buloh yang mengiringi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini diarahkan keluar mahkamah kerana membawa senjata api. Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Datuk Muhammad Ibrahim mengarahkan pegawai penjara keluar selepas mendapat bantahan wakil peguam Anwar, Dr Mohd Rafie Mohd Shafie atas alasan senjata api melanggar etika mahkamah. Katanya, sudah ada lima pegawai polis dalam mahkamah yang bersedia menjaga keselamatan dalam mahkamah dan kehadiran pegawai penjara tidak diperlukan. Anwar masuk ke mahkamah kira-kira 10.15 pagi tadi, berbaju kemeja berbelang biru dan kelihatan cengkung dan susut berat badan. Beliau bagaimanapun masih sempat melemparkan senyuman ke arah wartawan dan menegur cucunya, Raja Safiyah Raja Ahmad Shahrir, sebelum prosiding kes bermula. Mahkamah Rayuan Syariah hari ini mendengar rayuan Anwar menggugurkan peguam, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Ketua Pendakwa Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) Shamsuddin Hussain dan bekas pengarah Jawi, Datuk Che Mat Ali, berkaitan kes qazaf terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan. kredit gambar: chealwi & wfauzdin |
[UPDATED - BERGAMBAR] Bantah GST: Dr.Hatta, CheguBard & Nasaei Diantara Yang Ditahan... Posted: 23 Mar 2015 07:45 PM PDT Seramai 79 peserta demonstrasi membantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang berhimpun di Wisma Kastam Diraja Malaysia, Kelana Jaya sejak pagi tadi ditangkap polis petang ini. Mereka termasuk Setiausaha Agung PSM S Arutchelvan, Ahli Parlimen PAS Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin dan Ahli Parlimen PSM Sungai Siput Jeyakumar Devarah. Turut ditahan aktivis DAP Sefura Othman, aktivis Muhammad Safwan Anang@Talib dan Khairol Najib Hashim. "Kesemuanya 79 yang ditahan, kami semua dalam trak sekarang ini dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kelana Jaya oleh 3 trak polis," kata Arutchelvan ketika dihubungi The Malaysian Insider kira-kira 6.30 petang tadi. Sebelum itu, polis mula bertindak menahan peserta demonstrasi Bantah GST anjuran PSM itu selepas mereka enggan berundur daripada kawasan itu apabila tamat waktu pejabat. Kekecohan mula terjadi apabila Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Azmi Abu Kassim menyatakan wisma itu akan ditutup. "Kesemua kakitangan dan pegawai kastam sudah balik, dah hampir tamat waktu pejabat, jadi anda perlu beredar," katanya kepada peserta demonstrasi. Sejurus selepas kenyataan Azmi, kekecohan mula berlaku dan pihak berkuasa mula menangkap peserta demonstrasi dan berlaku pergelutan. Protes "duduk dan bantah" yang bermula sekitar jam 11 pagi bertujuan menuntut pihak kastam menjawab sebanyak 106 soalan mengenai GST, tetapi bertukar menjadi kecoh ekoran halangan pihak berkuasa. Terdahulu pagi ini, seorang peserta demonstrasi, Khalid Ismath, ditahan polis semasa mereka beramai-ramai masuk ke bangunan Wisma Kastam itu. Ia disahkan Arutchelvan yang berkata aktivis itu memaklumkan kepadanya yang dia ditangkap oleh Azmi. "Khalid ditangkap ketika mahu memasuki kaunter penerangan awam. Beliau sendiri hantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepada saya," kata Arutchelvan kepada The Malaysian Insider. Arutchelvan berkata mereka tidak tahu ke mana Khalid dibawa kerana panggilan yang dibuat ke telefon bimbitnya tidak berjawab. Selain PSM yang merupakan penggerak utama, protes turut disertai Pemuda PAS dan pertubuhan bukan kerajaan belia seperti SAMM, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia, Lensa Anak Muda Malaysia dan Angkatan Pemuda Bangsa Malaysia. -TMI
|
[BERGAMBAR] Lelaki Misteri 'Serang' Protes Duduk #KitaLawan Posted: 23 Mar 2015 05:50 AM PDT Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teja Chang Lih Kang mendakwa terdapat pihak polis berpakaian biasa cuba mencetuskan kekecohan dalam protes duduk di Dataran Merdeka Kuala Lumpur awal pagi ini. Chang, yang juga anggota sekretariat Kita Lawan, mendakwa semuanya berjalan lancar sehingga peserta dikejutkan oleh seorang lelaki yang cuba mencetuskan kekacauan. "Kami bangun pada 2.30 pagi apabila pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mula menurunkan plakad tetapi pujian kepada mereka kerana profesional dan tidak menggunakan kekerasan. "Tiba-tiba, seorang lelaki tanpa uniform datang dan menendang payung," katanya dalam perbualan telefon dengan Malaysiakini. Protes duduk bantah bermula Sabtu lepas bertujuan menuntut Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Ibrahim meletakkan jawatan susulan penangkapan pihak terlibat dalam perhimpunan Kita Lawan. Malaysiakini sedang cuba mendapatkan ulasan polis berhubung dakwaan itu. -mk |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan