Ahad, 29 Mac 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Jangan persoal waktu tangkapan Khalid Samad, kata KPN

Posted: 29 Mar 2015 04:26 AM PDT

 OLEH HASBULLAH AWANG CHIK


Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tersenyum ketika sidang akhbar selepas mesyuarat Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia di Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 29 Mac, 2015. 
Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tersenyum ketika sidang akhbar selepas mesyuarat Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia di Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim. 



Tindakan menahan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad awal pagi ini tidak perlu dipersoalkan kerana polis bebas menjalankan tugas tanpa had masa tertentu, kata Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Ketua polis negara (KPN) itu berkata, polis akan sentiasa menjalankan tugas dan sesiapa yang terlibat dalam kegiatan menghasut akan ditahan.

"Itu tak payahlah tanya bila nak tahan orang. Takkan itu pun nak tanya? Kita akan ambil tindakan bila-bila masa pun. Siang malam, pagi petang, kita akan jalankan tanggungjawab kita.


"Kalau ada yang cuba menghasut, kita tahan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat tahunan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia di Kuala Lumpur hari ini. Khalid Samad yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat ditahan polis awal pagi ini selepas terlibat dalam himpunan #KitaLawan semalam.

Bagaimanapun, Khalid Samad dan dua orang mahasiswa yang ditahan berhubung perhimpunan #KitaLawan semalam dibebaskan selepas polis ‎gagal mendapatkan perintah reman.

Peguam Michelle Yesudas melalui laman Twitter miliknya hari ini berkata: "Dua pelajar universiti ditangkap smlm dan Khalid Samad bebas, reman ditolak #KitaLawan."

Sementara itu, Khalid Abu Bakar yang juga merupakan timbalan pengerusi MCPF, berkata polis menghormati Perlembagaan namun tidak akan membiarkan kebebasan menghasut menular.

"Hanya kerana keputusan mahkamah tidak berpihak kepada kumpulan tertentu, itu tidak memberi mereka kebebasan untuk menghasut.

"Polis menghormati kebebasan meluahkan pandangan dan kebebasan berucap seperti yang diperuntukkan Perlembagaan.

"Tetapi kita tidak akan membenarkan kebebasan menghasut, tidak menghormati sistem yang diwujudkan melalui Perlembagaan mengikuti semua yang diikuti undang-undang. Itu kita tidak boleh berkompromi," katanya.

Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan aktivis ditahan polis sebelum ini menjelang perhimpunan #KitaLawan yang berlangsung di Kuala Lumpur semalam.

Sekretariat #KitaLawan, Fariz Musa menjadi yang pertama ditangkap selepas perhimpunan aman itu, dan dikatakan ditahan mengikut Akta Hasutan.

Perhimpunan semalam dihadiri kurang daripada 1,000 orang dan berakhir lebih kurang pukul 7 petang.

Rumah ibu bapa Speaker DUN Selangor dipecah masuk

Posted: 29 Mar 2015 04:17 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic

 
 
SHAH ALAM: Rumah ibu bapa kepada Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh dimasuki lima penyamun bersenjatakan parang.
 
Dalam kejadian itu, ayah dan adik lelakinya diikat, namun tidak diberitahu apakah status keselamatan mereka.
 
"Lima lelaki bertopeng bersenjatakan parang memecah masuk  rumah ibu bapa saya di USJ.
 
"Ayah dan adik lelaki saya diikat," ujar Hannah menerusi laman mikro Twitternya, pagi ini.
 
Hannah juga tidak memaklumkan jumlah kerugian yang ditanggung akibat kejadian itu.
 
Menjelaskan lebih lanjut insiden itu di Facebook, Yeoh yang juga ADUN Subang berkata, lima lelaki itu menggunakan topeng dan sarung tangan ketika merompak rumah ibu bapanya pada 10.00 pagi hari ini.
 
"Ibu saya, pembantu rumah dan nenek saudara dan anak buah dipaksa menutup kepala mereka dengan selimut ketika sekumpulan lelaki terbabit menggeledah rumah selama lebih kurang 15-20 minit.
 
"Syukurlah keluarga saya tidak tercedera," tulisnya.
 
Yeoh turut mempersoalkan polis kerana gagal menjadikan Malaysia sebuah negara yang selamat didiami.
 
"Jenayah seperti ini masih menjadi kebimbangan utama rakyat Malaysia.
 
"Kami mahu Malaysia yang lebih selamat dan ini memerlukan sumber polis digunakan sebaiknya untuk memerangi jenayah," katanya.
 
Khalid ketika ditemui pemberita di Kuala Lumpur hari ini berkata, Yeoh perlu membuat laporan polis bagi membolehkan pihak berkuasa melakukan siasatan.
 
"Buatlah laporan polis dulu," kata Khalid kepada pemberita hari ini.
 
Yeoh kemudian memberitahu The Malaysian Insider laporan polis sudah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di USJ 8.
 
"Kenyataan diambil. Polis sudah datang ke rumah," katanya.
 
 

Larangan kongsi gambar kenduri anak PM

Posted: 29 Mar 2015 04:14 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Majlis kenduri anak Perdana Menteri, Nooryana Najwa Najib berjalan dengan lancar malam tadi bagaimanapun mempelai itu tidak membenarkan tetamu yang hadir berkongsi gambar dan video majlis itu di sosial media.

'Larangan' mempelai itu tersebar di sosial media apabila seorang tetamu dan juga personaliti televisyen wanita Filipina, Kris Aquino berkongsi permintaan Nooryana itu melalui akaun Instagram malam tadi.

"Pada hari yang berbahagia ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas kehadiran anda bagi meraikan percintaan dan permulaan kehidupan baharu kami bersama.

"Sebagai memelihara semangat keperibadian majlis ini, adalah sangat dihargai jika anda tidak memuat naik sebarang gambar atau video dari majlis ini ke Facebook, Twitter, Instagram mahupun mana-mana laman sosial yang lain.

"Kerjasama dan keperihatinan anda sangat dihargai," kandungan kad perkahwinan pasangan itu dipetik.

Sementara itu, Kris turut menulis di Instagram bahawa beliau menurut arahan untuk tidak berkongsi gambar dan video seperti yang diminta pasangan pengantin itu.

"Ini adalah permintaan khas (dari pengantin), untuk tidak muat naik (gambar dan video di sosial media) jadi walaupun semua tetamu yang telah hadir mengambil gambar tanpa henti, saya mentaati (arahan itu)," tulis Kris di Instagram.

Minggu lalu, Nooryana melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya Daniyar Kessikbayev, seorang anak pembesar Kazakhstan.

Kenduri pasangan menjadi hangat apabila seramai 500 penyokong perhimpunan Kita Lawan berarak dari pusat membeli belah Sogo ke Menara Berkembar KLCC bagi 'meraikan' majlis itu.

Niat penyokong itu terhenti di Jalan Ampang apabila pihak polis menghalang mereka untuk masuk ke KLCC.

Peserta turut menyanyikan lagu klasik 'selamat pengantin baru', membawa bunga manggar serta hantaran sebagai simbolik kepada majlis perkahwinan itu sebelum bersurai pada jam 7 malam. 


Boleh berbalah tapi jangan sampai pecah!!

Posted: 29 Mar 2015 04:06 AM PDT




Oleh Shahbudin Husin 


Isu hudud yang timbul sekarang mencetuskan gelora yang sukar dijangka apa kesudahannya dalam Pakatan Rakyat, terutama melibatkan hubungan antara Pas dengan DAP. Walaupun PKR, sebuah lagi komponen dalam PR turut tidak bersetuju dengan hudud dan terbuka menyatakan tidak akan mengundi usul persendirian mengenainya di Parlimen, tetapi ia tidak merenggangkan hubungannya dengan Pas.

Yang nampak bermasalah hanya antara Pas dengan DAP saja. Selain DAP sudah menyatakan hilang kepercayaan terhadap Presiden Pas, Haji Hadi Awang, parti itu di Sarawak bertindak lebih ke depan dengan memutuskannya dengan Pas. Pas pula melalui beberapa pemimpinnya, turut membalas dengan agak keras tindakan DAP itu.

Ini memberi bayangan bahawa menjelang pilihanraya negeri Sarawak yang bakal berlangsung selewat-lewatnya tahun depan, PR negeri itu tidak lagi sekukuh sebelum ini untuk berhadapan dengan BN negeri pimpinan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem. Sudah tentu ini merupakan berita gembira bagi BN Sarawak.

Namun demikian, perbalahan antara Pas dengan DAP di peringkat Pusat tidak seharusnya dibiarkan terus berpanjangan, jauh sekali jika sampai membawa perpecahan. Mereka boleh berbalah, berbeza pendapat atau bersetuju untuk tidak bersetuju dalam beberapa perkara, tetapi hubungan sebagai rakan gabungan dalam PR haruslah dipertahankan.

Walaupun PKR sedang berusaha untuk menjadi orang tengah dan menjernihkan apa juga kekusutan yang timbul, khususnya berkaitan isu hudud, yang jauh lebih penting lagi ialah Pas dan DAP harus sama-sama menyejukkan kepala dan tidak saling tuduh-menuduh serta bersikap keras antara satu sama lain.

Pas dan DAP harus mengutamakan harapan rakyat yang ketika ini relatifnya tinggi terhadap PR untuk membawa perubahan, pembaharuan dan menyelamatkan masa depan negara ini. Rakyat secara umumnya, apabila melihat satu demi satu isu timbul seperti 1MDB, pembelian jet, pembaziran dan pengurusan negara yang lemah, semakin nipis harapan mereka kepada BN untuk terus mentadbir negara ini.

Terutama di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ini, kegusaran umum ialah jika BN terus diberikan kuasa ia mungkin akan menyebabkan lebih banyak isu melibatkan pembaziran, kemewahan dan penyalahgunaan kuasa akan muncul lagi selepas ini.

Sebab itu, harapan rakyat kepada PR sebenarnya adalah tinggi. Tetapi perbalahan terbuka sesama rakan gabungan dalam PR sedikit-sebanyak juga menghampakan harapan rakyat. Mereka inginkan perubahan tetapi PR yang disandarkan harapan itu pula seperti berkecamuk dan sering berbalah sesama sendiri.

Dalam hubungan ini PR seharusnya menyedari harapan tinggi yang ada di hati rakyat itu. Pas dan DAP terutamanya, dalam mereka ghairah mempertahankan prinsip serta memperjuangkan kepentingan masing-masing, keinginan mempertahankan kedudukan PR sebagai pesaing kepada BN mestilah diutamakan.

Tidak salah berbeza pendapat, waima berbalah sekali pun tetapi ia tidak harus sampai kepada perpecahan. Apa yang berlaku di Sarawak diharapkan tidak merebak ke negeri atau peringkat yang lain.

Selain itu, tindakan saling mencabar keluar PR antara Pas dan DAP haruslah juga dihentikan. Mereka haruslah menyelesaikan perbezaan dengan perbincangan dan mencari titik persamaan seboleh yang mungkin dan bukannya dengan cuba menjarakkan lagi hubungan sesama sendiri.

Walapun sehingga ini, baik Pas mahupun DAP masih mahu bertahan dalam PR tetapi usaha mengukuhkan lagi peranan masing-masing dalam PR mestilah bukan saja sentiasa tertanam dalam hati, bahkan juga mesti dizahirkan melalui perbuatan.

Pas dan DAP tidak harus menjadi entiti yang mengecewakan harapan rakyat. Dengan banyak isu yang melanda negara, pimpinan kerajaan masih leka dan tidak mahu berubah memperbaiki nilai kepimpinan mereka, ditambah pula merengkoknya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam penjara yang boleh meningkatkan lagi simpati rakyat, kelebihan memang sedang bersama-sama PR.

Kelebihan juga kepada PR ialah melalui tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang terus mengkritik dan tidak bersetuju dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang ditakrifnya lemah dan membawa lebih banyak kemudaratan kepada rakyat.

PR mesti melihat semua kelebihan ini dengan rasional dan tidak emosional. Tiada gunanya terus berbalah sehingga pecah tetapi akhirnya mengecewakan harapan rakyat. Adalah lebih penting ruang perbincangan dan kesepakatan atas nama mengutamakan kepentingan rakyat sentiasa didahulukan berbanding semua perkara lain yang ingin diperjuangkan.

Rakyat sudah menunjukkan keinginan dan iltizam ke arah perubahan melalui sokongan undi popular dalam pilihanraya umum lalu. Jika harapan itu dikecewakan sedangkan keinginan mereka terus membara sekarang ini, PR akan menghadapi kesukaran meraih kepercayaan rakyat di masa akan datang.

Sejauh mana mahu berbeza dan berbalah sekali pun, berpecah mesti dijauhkan kerana ia akan menghancur-leburkan sama sekali harapan rakyat. Siapa lagi, kalau bukan rakyat yang perlu diutamakan?

Pertanyaan rakyat dijawab dengan tangkapan

Posted: 29 Mar 2015 03:58 AM PDT





               




DETIK DAILY


23 Mac lalu, seluruh rakyat di negara ini dikejutkan dengan dua lagi peristiwa besar. Awalnya, mereka dikejutkan dengan keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya yang menjatuhi hukuman denda
RM5,000 dan 10 bulan penjara kepada 12 orang yang terlibat dalam tunjuk perasaan membantah pelantikan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Zambry Abdul Kadir selepas kerajaan Pakatan Rakyat dijatuhkan pada 2009.

Kesemua 12 penunjuk perasaan itu kemudiannya terus dibawa ke penjara untuk menjalani hukuman.

Hakim Mahkamah Rayuan membuat keputusan itu dengan menolak keputusan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi sebelum ini. Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman RM5,000 dan 2 tahun penjara sebelum ini manakala Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman denda RM5,000 tetapi tiada hukuman penjara di samping membebaskan 3 daripada mereka.

Antara mereka yang terbabit itu termasuklah mereka yang menjadi sumber rezeki sepenuhnya kepada keluarga mereka, manakala sebahagian yang lain termasuklah mereka yang masih mempunyai anak kecil di rumahnya.

Pada petang hari yang sama, pihak polis telah menahan 79 orang aktivis yang membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Kompleks Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kelana Jaya. Penahanan tersebut kemudian membawa kepada penahanan reman sekitar lima hari ke atas 25 orang daripada mereka.

Antara mereka yang ditahan itu termasuklah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli; Pengerusi PSM, Mohd Nasir Hashim; Setiausaha Agung PSM, S Arutcelvan; Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar Dewaraj dan Pengarah Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin.

Dua kejadian itu merupakan satu perkembangan terbaru yang sangat malang dalam sejarah demokrasi di negara ini yang sekali gus amat dikesali oleh pelbagai pihak.

Pada hal, para demonstran daripada Umno-BN yang melakukan kekacauan serta demonstrasi ke atas Kerajaan Selangor dan gangguan mereka ke atas sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang suatu ketika dulu, walaupun didakwa, akhirnya hanya dijatuhi hukuman dengan RM1,500 dan RM1,000 sahaja seorang.

Manakala mereka yang terbabit dalam membantah GST itu pula tidak sewajarnya ditahan dan dimasukkan ke dalam lokap serta direman. Kesemua mereka tidak pun melakukan kesalahan serius

Mereka hanya mahu mendapatkan penjelasan daripada pihak Kastam untuk mengemukakan 106 soalan berhubung GST. Ini pula sejajar dengan kedudukan agensi itu sendiri selaku agensi pelaksana utama cukai berkenaan. Namun, kenapa mereka mesti ditangkap oleh polis?

Ekoran kejadian itu, mungkin tidak salah jika banyak pihak menyifatkan negara ini telah menjadi negara polis sekarang.

Rakyat dicengkam oleh pihak pemerintah dengan cengkaman yang amat hebat sehingga untuk bertanyakan soalan berhubung cukai yang akan dikenakan ke atas mereka sendiri juga turut ditangkap. Pada hal, kerajaan sepatutnya mendengar rintihan rakyat, bukannya menghukum rakyat sebegitu rupa

Dua anggota IS warga Iraq ditahan Di KL – KPN

Posted: 29 Mar 2015 03:52 AM PDT

 
Siasatan awal mendedahkan suspek memasuki negara ini secara haram. 


isis45_600


SHAH ALAM: Polis menahan dua warga Iraq, yang dipercayai merupakan anggota kumpulan militan IS, disyaki membuat ancaman bunuh terhadap duta Arab Saudi dan Qatar yang berpangkalan di ibu negara.

Dua lelaki berkenaan, masing-masing berusia 39 dan 42 tahun ditahan pada Khamis lalu, lapor Bernama.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, siasatan awal mendedahkan suspek memasuki negara ini secara haram.

"Mereka ditahan di Jalan Ampang, Kuala Lumpur oleh Pasukan Petugas Khas (Operasi/Pencegah Keganasan) Bukit Aman. Mereka ditahan untuk siasatan lanjut.

"Siasatan awal mendapati mereka telah dihantar oleh IS untuk melakukan sesuatu di sini, yang boleh mendedahkan ancaman kepada negara," katanya pada sidang media di sini, Sabtu.

Hudud Hanya Alat Memecahkan Lawan?

Posted: 29 Mar 2015 03:44 AM PDT

shahbudindotcom


Sebetulnya masih tidak diketahui bilakah usul persendirian yang mahu dibawa oleh Presiden Pas, Haji Hadi Awang berkaitan pindaan Enakman Kanun Jenayah Syariah Kelantan atau dalam bahasa mudahnya undang-undang hudud, mahu dibentangkan di Parlimen.

Yang jelas, ia tidak mungkin sempat dibawa dalam sesi Parlimen yang sedang berlangsung sekarang walaupun Haji Hadi sudah menghantar notis mengenainya.

Tetapi berdasarkan kenyataan dua pemimpin kerajaan iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz, usul itu juga belum pasti dapat dibentangkan dalam sesi yang berikutannya.

Ini kerana Parlimen, kata mereka, akan mengutamakan terlebih dahulu aturan urusan berkaitan kerajaan sebelum usul persendirian. Hanya setelah selesai bab kerajaan, barulah usul persendirian diberikan laluan.

Tetapi urusan pembentangan berkenaan kerajaan pula adalah banyak dan sentiasa bertambah. Tidak mustahil pada sesi Parlimen berikutnya pun usul persendirian Haji Hadi ini masih tiada ruang untuk mencelah.

Jika begitu, ia mungkin hanya dapat dibentangkan dalam sesi berikutnya lagi, lagi dan lagi. Semuanya tidak pasti.

Bagaimanapun, pada ketika ini isu hudud ini sudah terlalu meluas diperkatakan dan mulai bertukar menjadi senjata untuk memusnahkan pihak lawan pula.

Hudud seolah-olah telah menjadi alat politik untuk kepentingan pilihanraya akan datang. UMNO yang melihat kesepakatan dalam PR perlu dimusnahkan agar BN terus dapat mempertahankan kuasanya, sedang berusaha ketika ini menjadikan hudud sebagai alat untuk melaga-lagakan antara Pas dengan DAP.

Ramai pemimpinnya menyokong Pas dan mengecam DAP kerana dianggap mencampuri urusan berkaitan Islam. Pas juga dipuji kerana cekal dan berani untuk menegakkan hukum Allah walaupun pendirian sebenar UMNO sama ada menyokong atau menolak usul persendirian Haji Hadi nanti belum lagi dapat dipastikan.

Sementara Najib Razak sedang melengah-lengahkan masa untuk menyatakan pendirian berhubung perkara ini, apa yang diharapkan oleh UMNO ialah hudud in berupaya memecah-belahkan PR dengan cara Pas keluar atau ditendang daripada gabungan itu.

Jika Pas keluar dan kemudian bertanding secara sendirian dalam pilihanraya nanti, ia tentulah rahmat besar bak bulan jatuh ke riba bagi UMNO.

Tetapi Pas juga menyedari hal ini.  Tidak semua pemimpin dalam Pas mahu berpecah daripada PR. Memang ada kelompok tertentu dalam Pas yang merasakan PR ini ibarat "motor buruk"  yang  selalu rosak, namun ramai juga yang percaya kerosakannya masih boleh diperbaiki lagi berbanding menjadikan BN sebagai "motor ganti".

Sebab itu, Pas juga menuntut agar Najib segera menyatakan pendirian rasminya berkenaan hudud ini. Jika UMNO menyokong, parti itu berisiko untuk bermasalah dengan rakan-rakan komponen yang lain dalam BN manakala jika menolak pula bemakna sokongan selama ini termasuk menawarkan diri dalam Jawatankuasa Teknikal hanyalah retorik semata-mata. Ia juga menyebabkan UMNO hilang nilai Islamnya di mata pengundi Melayu.

Jika hudud memungkinkan Pas terus bermasalah dengan DAP, hudud juga sebenarnya menjadikan UMNO serba-salah antara menjaga hati rakan-rakan bukan Islamnya dalam BN atau mahu menunjukkan ia juga parti yang memperjuangkan Islam dan penegak hukum-hukum Tuhan.

Akhirnya, selain hudud untuk kepentingan  politik, ia juga adalah senjata politik untuk menyerang dan memusnahkan pihak lawan. Perkara yang lebih realistik sebelum hudud dilaksanakan seperti kekangan Perlembagaan, sokongan majoriti dalam Parlimen, persediaan dan sebagainya tidak lagi dihiraukan.

Hudud lebih diperkatakan dari sudut dan kepentingan politik semata-mata, terutama dalam mendepani hambatan pilihanraya umum akan datang.

Bila mahu dilaksanakan hudud? Entahlah..
 
 

Polis yang 'hasut' benci kerajaan, kata PAS

Posted: 29 Mar 2015 03:41 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Tindakan polis terus menerus menahan pemimpin pembangkang ibarat "menghasut" rakyat supaya lebih bencikan kerajaan, kata Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Kecaman itu dibuat susulan penahanan pemimpin Pakatan Rakyat dan aktivis termasuk Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan ahli jawatankuasa parti itu Khalid Samad, susulan perhimpunan Kita Lawan semalam.

"Bahkan ia sebenarnya satu tindakan yang 'menghasut' rakyat untuk lebih benci kepada kerajaan.

"PAS menggesa kerajaan menghentikan tangkapan dan membebaskan semua tahanan dengan segera," katanya.

Dalam kenyataan ringkasnya, Tuan Ibrahim menasihatkan supaya kerajaan mendengar bantahan disuarakan termasuk dalam isu pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada Rabu depan.

"Kerajaan sepatutnya mendengar dan bukan melarang bantahan rakyat terhadap GST dan akta zalim kerana bebanan ekonomi yang rakyat tanggung akan membawa derita kepada kehidupan mereka," katanya. 


Khalid Samad dibebaskan

Posted: 29 Mar 2015 03:38 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad dibebaskan hari ini setelah ditangkap awal pagi tadi tadi susulan penglibatannya dalam perhimpunan Kita Lawan semalam.

Peguamnya Michelle Yesudas berkata, anggota Parlimen PAS itu dibebaskan kerana terdapat kesalahan dalam kertas siasatan,

"Peliknya kertas siasatan tidak lengkap, jadi mereka harus bebaskannya kerana terhadap kesalahan prosedur," katanya kepada Malaysiakini.

Khalid disiasat bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan.

Anggota Parlimen Batu Tian Chua turut dibebaskan hari ini selepas diikat jamin, kata Michelle.

Sebelum itu, peguam Latheefa Koya berkata polis gagal mendapatkan perintah reman untuk terus menahan Khalid  dan dua lagi mahasiswa yang ditahan susulan perhimpunan sama.

Justeru, ketiga-tiga mereka akan dibebaskan, kata Latheefa.


Polis serbu pejabat PKR, rampas komputer

Posted: 29 Mar 2015 03:36 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Polis menyerbu ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, dipercayai bagi mengambil barang berkaitan perhimpunan Kita Lawan bagi menolak Perdana Meteri Datuk Seri Najib Razak di ibu negara semalam.

Menurut maklumat daripada biro komunikasi PKR, enam anggota polis terlibat dalam serbuan itu yang datang bersama setiausaha agung parti itu Rafizi Ramli.

Turut hadir peguam Rafizi, Manivanan Gowin.

Menurut biro itu lagi, polis memecah pintu pejabat Rafizi dan merampas empat buah komputer, satu surat pekeliling berkaitan perhimpunan itu dan satu kenyataan media. 


Gambar parti selebriti bawa masalah pada S'wak Report

Posted: 29 Mar 2015 03:32 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Laman pembocor maklumat Sarawak Report berdepan penggantungan selepas "individu tidak didedahkan" membeli hak cipta gambar hartawan Jho Low berparti dengan beberapa orang selebriti.

Laman itu pernah menyiarkan beberapa gambar ahli perniagaan yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), antaranya dengan bintang Hollywood Paris Hilton.

Editor pengasas Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown (kanan) memberitahu Malaysiakini bahawa firma Celeb Images Agency yang mendakwa mempunyai hak cipta terhadap gambar berkaitan tidak wujud.

Katanya, semakan Sarawak Report terhadap gambar yang beredar di Internet untuk empat tahun terakhir itu baru-baru ini dibeli oleh seorang individu.

"Syarikat bergelar Celeb Images Agency tidak benar-benar wujud sebagai perniagaan dan tidak mahu bayaran atas penggunaan – ia hanya mahu ugut kami supaya buang gambar itu dan ugut syarikat pelayan komputer untuk memaksa kami, jika kami terus menggunakan pelayan itu.

"Jadi, kami mula rasa ragu. Kami jejak pemilik sebenar hak cipta dan mendapati seseorang yang tidak didedahkan baru-baru ini membeli hak cipta itu dan mereka tidak dibenarkan mendedahkan lebih daripada itu," katanya melalui sebuah e-mel.

Pelayan komputer Sarawak Report diberikan hingga Isnin utnuk membincangkan perkara itu, katanya lagi.

Laman itu sebelum ini mendedahkan beberapa e-mel didakwa anara 1MDB dan PetroSaudi International dalam urus niaga dipertikaikannya, yang dikaitkan dengan Jho Low.




Khalid Samad ditahan kerana menghasut awal pagi ini

Posted: 28 Mar 2015 09:55 PM PDT

 THE MALAYSIAN INSIDER


Khalid Samad di Pejabat Agung PAS di Kuala Lumpur semalam ketika perhimpunan #KitaLawan, semalam. Ahli Parlimen Shah Alam itu ditahan pagi ini di bawah Akta Hasutan.  – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 20 Mac, 2015.Khalid Samad di Pejabat Agung PAS di Kuala Lumpur semalam ketika perhimpunan #KitaLawan, semalam. Ahli Parlimen Shah Alam itu ditahan pagi ini di bawah Akta Hasutan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin.



Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad ditahan polis mengikut Akta Hasutan berhubung perhimpunan #KitaLawan, di rumahnya di Shah Alam pada 3.20 pagi ini, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad.

Menurut Dzulkefly, Khalid yang merupakan ahli jawatankuasa PAS Pusat kini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur.

"Kegilaan tangkapan apa semua ini oleh sang penguasa politik?


"Semoga negara ini diselamatkan Allah daripada terjerumus menjadi sebuah 'police state'," kata Dzulkefly melalui akaun Facebooknya. "Semoga kita semua dirahmati Allah. Allahu Musta'an."

Semalam, polis menahan Setiausaha Pengelola PKR Fariz Musa sebaik sahaja perhimpunan #KitaLawan di ibu kota berakhir dengan aman tanpa sebarang insiden.

Sebelum itu, polis menahan Naib Presiden PKR Chua Tian Chang beberapa jam sebelum perhimpunan #KitaLawan dan menahan reman selama 3 hari Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli dan aktivis Hishamuddin Rais yang ditahan pada Jumaat.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu ditahan awal pagi Sabtu berhubung perhimpunan #KitaLawan di Pulau Pinang selepas menghadiri mesyuarat parti di peringkat negeri itu.

Mohamad bagaimanapun dibebaskan pada pukul 11.30 malam tadi selepas ditahan hampir 23 jam tanpa sebarang pertuduhan.

Pada Jumaat, polis menahan Setiausaha Agung PKR, Rafizi di bawah Akta Hasutan berhubung kenyataannya menyeru ahli parti itu turun beramai-ramai dalam perhimpunan #KitaLawan yang diadakan semalam.

Pada sebelah malam, Hishamuddin ditahan selepas "diculik" sekumpulan lelaki tidak dikenali dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur ketika baru tiba di Dataran Merdeka untuk menghadiri program penerangan #KitaLawan.

Basmi rasuah, bukan laksana GST

Posted: 28 Mar 2015 09:52 PM PDT

jimmy wong

Roketkini.com


KOTA KINABALU: Daripada tergesa-gesa mahu melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan membebankan rakyat, ada baiknya kerajaan membasmi dulu rasuah dalam negara, kata Ahli Parlimen Kota Kinabalu Jimmy Wong Sze Phin.

Beliau berkata, semasa GST mula diperkatakan beberapa tahun lalu, kerajaan telah menjadikan Singapura sebagai contoh tapi negara itu tidak pula dijadikan contoh dalam ketegasan mereka memerangi rasuah.

Menurut Jimmy, salah satu sebab ekonomi Singapura jauh lebih kukuh dari Malaysia ialah masalah rasuah di negara itu dibasmi habis-habisan.

"Laporan Audit Negara yang dijalankan sering mendedahkan wujudnya penyelewengan dan ketirisan wang kerajaan.

"Ketirisan ini menyebabkan kerajaan kehilangan berbilion ringgit, sebagai contoh skandal-skandal kewangan terbesar negara seperti PKFZ dan 1MDB yang didedahkan di Dewan Rakyat.

"Jika kerajaan bertindak tegas memerangi ketirisan dan rasuah, berbilion ringgit boleh diselamatkan dan Malaysia akan terus maju tanpa GST," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jimmy yang juga Pengerusi DAP Sabah turut menegaskan bahawa GST di Singapura jauh berbeza dari Malaysia.

Jelasnya, di Singapura hanya syarikat yang mempunyai 'turnover' sebanyak $1 juta Singapore Dollar (RM2.7 juta) ke atas sahaja dikenakan GST.

Tambah beliau, ekonomi dan matawang Singapura juga jauh lebih kukuh berbanding Malaysia.

"Jika satu ketika dulu RM1 bersamaan dengan $1 Singapore Dollar, kini perbezaannya amat ketara iaitu nilai ringgit ketinggalan 75 peratus.

"Dalam bahasa mudah, orang Singapura lebih kaya 75 peratus daripada orang Malaysia.

"Bagi warga Sabah pula, nilai ringgit di sana berbanding Singapura adalah ketinggalan sekitar 85 peratus akibat kos sara hidup yang lebih tinggi dari Semenanjung Malaysia," ujarnya. -Roketkini.com

Isu Beng Hock: DAP pertikai tindakan kerajaan pertahan kenaikan pangkat pegawai SPRM

Posted: 28 Mar 2015 09:50 PM PDT

teoh-beng-hock-32
 Roketkini.com
 

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching mengkritik tindakan kerajaan yang mempertahankan kenaikan pangkat Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Hishamuddin Hashim walaupun beliau terlibat dalam kes kematian Teoh Beng Hock.

Nie Ching berkata, biarpun nama Hishamuddin tidak pernah disebut dalam kes kematian Beng Hock pada tahun 2009, namun Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) telah mendedahkan bahawa beliau menggunakan 'kekerasan berlebihan' terhadap bekas pembantu Adun Seri Kembangan itu.

Menurutnya, Hishamuddin juga didapati tidak berlaku jujur apabila mengarahkan orang bawahannya menipu untuk menyelamatkan dirinya.

"Hishamuddin telah berbohong dalam prosiding RCI apabila beliau mengatakan tidak tahu-menahu tentang laporan polis terhadap pegawainya kerana menggunakan kekerasan fizikal.

"Beliau juga mengarahkan Penolong Penguasa SPRM Azeem Hafeez Jamaluddin memberi keterangan bahawa Hairul Ilham (Pemangku Penolong Pesuruhjaya SPRM) telah mengetuai siasatan untuk menutup peranannya dalam siasatan terhadap Exco Selangor Ean Yong Hian Wah

"Laporan RCI juga dengan jelas menyebut bahawa Hishamuddin bersalah menggunakan kekerasan secara berlebihan ke atas Beng Hock," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Pada 26 Mac lalu, semasa menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang Dipertuan Agung, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim telah mempertahankan kenaikan pangkat Hishamuddin Hashim sebagai Pengarah SPRM Sabah.

Beliau mendakwa kenaikan pangkat Hishamuddin adalah berdasarkan kekosongan jawatan sedia ada dan prestasi yang ditunjukkan, selain tidak pernah dikenakan sebarang tindakan tatatertib.

Nie Ching yang juga Penolong Setiausaha Publisiti DAP turut mempersoalkan apakah rasional di sebalik kenaikan Hishamuddin dan mengapa Razali begitu bermati-matian mempertahankan beliau.
"Kepakaran apa yang dimiliki Hishamuddin sehingga Razali mengatakan bahawa beliau berhak untuk dinaikkan pangkat?

"Apakah keupayaannya untuk berbohong? Menutup perbuatan jahat? Atau kecenderungan ganasnya?" soal Nie Ching. -Roketkini.com

Hudud: DAP cabar BN Sabah jelaskan pendirian

Posted: 28 Mar 2015 09:48 PM PDT

foong hin
Roketkini.com



TAWAU: DAP hari ini mencabar BN Sabah agar mengumumkan penolakan mereka terhadap pelaksanaan hudud dalam Kabinet Negeri.

Naib Pengerusi DAP Sabah Chan Foong Hin berkata, BN perlu menyatakan pendirian mereka sekaligus merumuskan pendirian rasmi Kerajaan Negeri Sabah supaya ia tidak mengecewakan seluruh rakyat negeri di bawah bayu itu.

Menurut Chan, pada 14 Julai tahun lalu beliau meminta Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman untuk mengemukakan pendirian dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), namun jawapan yang diterima adalah tidak jelas dan tidak menyakinkan sama sekali.

"Saya amat kecewa kerana Musa tidak menyatakan pendirian yang tegas dan jelas bagi pihak Kerajaan Negeri.

"Tambahan pula, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sehingga hari ini masih belum mengumumkan pendirian Kerajaan Persekutuan mengenai pelaksanaan hudud di Kelantan selepas satu minggu pindaan kepada undang-undang syariah tersebut diluluskan," katanya.

Beliau yang juga ADUN Sri Tanjong menegaskan, seharusnya Kerajaan Negeri mengambil pendirian serupa dengan apa yang telah dilakukan parti komponen BN dengan membantah hudud.

"Saya ingin mengingatkan bahawa Sabah adalah rakan kongsi Malaysia, manakala Kelantan hanya satu daripada 11 negeri yang membentuk Malaysia.

"Jadi suara rakyat Sabah adalah lebih penting dalam perbincangan mengenai perlembagaan dan perkongsian kuasa di bawah Persekutuan.

"Sudah tiba masanya rakyat Sabah dan Kerajaan Negeri membuat pendirian jelas serta tegas dalam isu seperti ini kerana ia terbukti menggugat Perlembagaan Persekutuan," tegasnya. -Roketkini.com

Ismail: Fitnah terhadap Najib 'turun' ke cawangan

Posted: 28 Mar 2015 06:17 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak telah 'turun' ke cawangan-cawangan Umno.

Katanya, beliau mendapat tahu ada surat-surat layang diedarkan di cawangan-cawangan Umno bagi memfitnah perdana menteri, lapor Bernama.

Beliau berharap ahli parti itu tidak terpengaruh dengan kempen fitnah tersebut.

Ismail Sabri yang juga menteri pertanian dan industri asas tani itu berkata demikian dalam ucapan merasmikan persidangan kelompok Umno cawangan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno bahagian Jelebu semalam.

Sehubungan itu, beliau menyeru pemimpin Umno khususnya di peringkat cawangan menjadi benteng kepada segala fitnah yang dilemparkan terhadap presiden Umno itu.

Katanya, antara fitnah itu adalah yang berkaitan 1MDB, pembelian jet oleh kerajaan Malaysia dan mas kahwin anak perempuan Najib.

"Fitnah terhadap pemimpin Umno semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini dan inilah yang 'mereka' mahu supaya kita di peringkat cawangan 'goyang'.

"Apabila anggota di peringkat cawangan sudah 'goyang' atau sudah tidak yakin kepada kepimpinan maka runtuhlah parti kita.

"Jika Umno runtuh bermakna orang Melayu akan menjadi mangsa," katanya.

Menurutnya Umno sepatutnya menjadi lebih kuat pada hari ini kerana pembangkang sudah semakin berpecah-belah.

"Inilah waktu terbaik bagi kita (Umno) memperkuatkan kedudukan kita kerana di waktu orang lemah, kita mesti kuat.

"Tetapi kalau waktu orang lemah dan kita juga lemah maka tidak ada makna," katanya. - Bernama


 

Azmin enggan ulas DAP S'wak keluar Pakatan

Posted: 28 Mar 2015 06:13 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali hari ini enggan menyatakan pendirian parti itu berhubung tindakan DAP Sarawak menarik diri daripada kerjasama politik Pakatan Rakyat.

Beliau setakat menyatakan pihaknya sentiasa mengadakan perbincangan bagi sebarang isu berkaitan kerjasama Pakatan dengan DAP dan PAS.

Beliau cuba mengelak dari menyentuh isu berkenaan dengan mengatakan perkara tersebut boleh dibincangkan dalam forum yang lain.

"Tak apalah, kita bincang (mengenai tindakan DAP Sarawak keluar PR) dalam forum yang lain. Semuanya berada dalam keadaan baik.

"Saya sedia maklum dengan tindakan itu dan semua masalah boleh diselesaikan dengan keadaan yang sama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah projek perumahan mampu milik di Bandar Parklands di Klang.

Mohamed Azmin berkata, beliau tetap akan meneruskan kerjasama dengan DAP dan PAS seperti sebelumnya.

Menurutnya, ketiga-tiga parti dalam pakatan itu mempunyai kebijaksanaan tersendiri untuk menyelesaikan isu tersebut.

DAP Sarawak mengumumkan keputusan keluar daripada kerjasama Pakatan semalam kerana kecewa dengan tindakan PAS yang mahu melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

Pengumuman yang dibuat Pengerusi DAP negeri, Chong Chieng Jen, itu dikatakan mendapat persetujuan sebulat suara kepimpinan DAP negeri.

Mereka mendakwa PAS telah menyeleweng daripada dasar bersama Pakatan apabila mahu melaksanakan undang-undang berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Mohamed Azmin, yang juga menteri besar Selangor, menegaskan perjanjian penstrukturan industri air Selangor hanya akan dimuktamadkan pihaknya sekiranya kerajaan persekutuan berpegang pada syarat asal.

Menurut beliau, pihaknya dijangka mengadakan pertemuan seterusnya dengan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili minggu depan bagi mengadakan perbincangan lanjut mengenainya.

"Kerajaan negeri akan meneruskan rundingan tersebut kerana Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi telah mengadakan perbincangan dengan kerajaan persekutuan yang diwakili Ketua Setiausaha Kettha Datuk Loo Took Gee, Isnin lepas," katanya. - Bernama


Pengacara Olga Syahputra meninggal dunia

Posted: 28 Mar 2015 06:11 PM PDT


Olga Syahputra Gambar Olga yang disiarkan portal berita www.iberita.com
 
 
 
PENGACARA dan pelawak terkenal Indonesia, Olga Syahputra atau nama sebenarnya Yoga Syahputra dilaporkan meninggal dunia semalam di Singapura selepas menderita kanser meningtis sejak 2013, lapor portal berita, Liputan6.com.

Berita sedih itu disahkan pengurusnya, Vera Zanobia melalui panggilan telefon kepada sebuah stesen TV swasta.

Kemudiannya, stesen TV itu turut berkongsi berita tersebut di laman mikro Twitter.

"Turut berdukacita atas meninggalnya Olga Syahputra pada jam 5.17 petang," tulis stesen TV itu.

Sebelum pengesahan rasmi dibuat, berita kematian Olga di Hospital Mount Elizabeth, Singapura itu telah pun kecoh di Twitter.

Vera sekali lagi mengesahkan pemergian Olga melalui kemaskini status terkini di Twitternya.

"Innalilahiwainalilahirojiun telah 'pulang' kesayangan mak, Olga Syahputra pada jam 5.17 petang (waktu Jakarta) dihari Jumaat. Minta doa buat kesayangan mak," tulisnya.

Ucapan takziah buat Olga menjadi 'trending' di Twitter apabila peminat dan kenalannya melahirkan rasa sedih atas pemergian pengacara berusia 32 tahun itu.

Sebelum ini, Olga telah menerima rawatan di hospital di Singapura berkenaan untuk tempoh yang agak lama.


Murid tahun enam mati lemas di masjid terapung

Posted: 28 Mar 2015 06:09 PM PDT

SINAR HARIAN


Lemas
 
 
 
KUALA TERENGGANU - Kegembiraan tujuh sahabat menghabiskan cuti hujung minggu berakhir dengan tragedi selepas seorang daripada mereka ditemui lemas berhampiran Masjid Tengku Tengah Zaharah di sini petang tadi.
  
Mayat mangsa, Mohd Fakhrul Dania, 12, ditemui kira-kira pukul 3.50 petang oleh pasukan penyelamat.
  
Pegawai Pusat Gerakan Operasi Bomba Terengganu, Azmi Omar berkata, sejurus menerima maklumat kira-kira pukul 2.14 petang seramai tiga anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba Kuala Terengganu dikejarkan ke lokasi kejadian.
  
"Kita berjaya menemui mangsa pada jarak 50 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang selepas lebih satu jam usaha mencari dan mengesan mangsa dilakukan," kata beliau.
  
Katanya, mangsa yang berasal dari Kampung Titian Baru di sini disahkan meninggal oleh pasukan perubatan.

  
Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sulatanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat. - Bernama


Hudud: Berilah masa, ruang PM buat keputusan

Posted: 28 Mar 2015 06:07 PM PDT

SINAR HARIAN


Abdul Rahman Dahlan Abdul Rahman
 
 
 
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri tidak sepatutnya didesak supaya membuat kenyataan tentang pelaksanaan hukum Hudud di Kelantan, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Beliau berkata, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu diberi peluang mendengar semua pandangan sebelum membuat sebarang kenyataan kerana ia merupakan keputusan penting bagi negara.

"Saya berpendapat beliau tidak perlu tergesa-gesa membuat kenyataan berdasarkan apa yang beliau rasa kerana beliau juga perlu mendengar daripada rakyat, termasuk mereka dari Sabah dan Sarawak, NGO (badan bukan kerajaan), bukan Melayu dan ulama," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada persidangan belia 'What Youth Should Know' di sini hari ini.

Beliau berkata, kabinet juga sedang membincangkan tentang hudud dan semua anggota memberi pendapat serta idea mengenainya.

Terdahulu, dalam ucapannya, Abdul Rahman berkata walupun negara ini sedang berdepan dengan beberapa isu, tiada siapa patut memberi ruang kepada suara pelampau, tetapi sebaliknya, memberi tempat kepada suara kesederhanaan. - Bernama


Tiada siapa boleh pertikai hukum hudud

Posted: 28 Mar 2015 06:05 PM PDT

SINAR HARIAN
 Harussani Zakaria Harussani Zakaria
 
 
 
IPOH - Tiada siapa yang boleh mempertikai hukum hudud kerana ia hukum ALLAH yang wajib dilaksanakan, kata Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria.

Bagaimanapun, beliau berkata umat Islam boleh memberi kritikan untuk memperbaiki pelaksanaan hukum itu.

"Saya tidak tahu apa mereka pertikaikan, apakah caranya atau ia tidak sempurna?.. itu saya tidak tahu, tetapi kalau disebut hukum hudud, barang sesiapa yang menentang hukum ALLAH itu, dia akan menerima bencana daripada ALLAH SWT.

 "Saya yakin bahawa apa yang dibentangkan adalah mengenai hukum hudud, tetapi cara pelaksanaannya itu saya tidak tengok...mungkin yang dikritik itu adalah caranya...hukum hudud itu mesti dilaksanakan, ia adalah wajib," katanya selepas melancarkan projek pembinaan Kompleks Tarbiah Baitul Ridzuan di Kampung Manjoi hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan beberapa pihak yang mempertikai pelaksanaan hukum hudud di negara ini.

Harussani berkata, umat Islam seharusnya bersatu dan menerima hukum tersebut dan bukan berpecah-belah.

"Mungkin mereka telah memikir panjang perkara tersebut tetapi masih tidak dipersetujui puak lain, jadi mereka cuba pertahankan.

"Konsep Islam, umumnya, tidak boleh mempertikai hukum hudud, sekiranya dia mempertikaikan hukum hudud bermakna dia mempertikai hukum ALLAH," katanya.

Mengulas teguran beliau baru-baru ini berhubung pendakwah yang cenderung bergurau dan melawak ketika menyampaikan ceramah, Harussani berkata tindakan itu bukan bertujuan mengutuk atau menuduh seseorang, sebaliknya untuk menyelesaikan masalah.

Katanya, menjadi kewajipan beliau untuk memberi sebarang teguran atau peringatan dan terpulang kepada mereka sama ada mahu menerima atau sebaliknya. - Bernama


Tengku Abdullah kecewa aksi skuad Dollah, Razip

Posted: 28 Mar 2015 06:03 PM PDT

SINAR HARIAN


Tengku Abdullah Tengku Abdullah
 
 
 
JURULATIH Harimau Malaya, Dollah Salleh diminta untuk mengatasi segera kelemahan ketara skuad itu susulan kekalahan besar 6-0 kepada Oman pada aksi persahabatan antarabangsa di Muscat, Khamis lepas.
  
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyifatkan kekalahan tersebut sebagai 'keputusan yang sukar diterima' dan menuntut Dollah melakukan rombakan terutamanya dari segi taktikal permainan.

"Saya pun terkejut juga dengan keputusan tersebut. Walaupun ia perlawanan persahabatan...jangan kita terlalu mesra sehingga beri enam gol. Saya tak puas hati," kata Tengku Abdullah yang juga Presiden Persekutuan Hoki Asia (AHF).
  
Baginda berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat anggota majlis AHF yang pertama di sini, hari ini.
  
"Setiap kali ada perlawanan (persahabatan), kita mestilah membuat persediaan yang rapi, tidak kiralah dengan mana-mana pasukan," kata baginda.
  
Tengku Abdullah turut menegaskan perlawanan sedemikian harus diteruskan pada masa akan datang bagi memperbaiki kelemahan yang wujud dalam skuad bola sepak negara.
  
Dalam pada itu, baginda meminta skuad Bawah 22 (B-22) negara supaya bangkit melakar kemenangan ke atas Macau pada aksi kedua kumpulan I pusingan kelayakan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2016 Bawah 23 Tahun di Stadium Shah Alam, esok.
  
Malaysia kalah 2-1 kepada Vietnam pada aksi pembukaan di venue yang sama, semalam, sekali gus menyukarkan laluan mereka menempah slot ke pusingan akhir kejohanan di Qatar, Januari tahun depan.
  
"Itu pun satu kekecewaan dan saya harap perlawanan seterusnya lawan Macau, kita harap pasukan ini akan bangkit. Persiapan sudah dilakukan dan jurulatih (Razip Ismail) kena perbaikilah mutu permainan pasukan ini," kata Tengku Abdullah. - Bernama

Polis tutup laluan perarakan 'edisi perkahwinan' di KLCC

Posted: 28 Mar 2015 05:52 PM PDT

MALAYSIAKINI




 
 
 
LAPORAN LANGSUNG

8.06pm:
PKR mengesahkan bahawa ahli jawatankuasa Kita Lawan, Fariz Musa telah ditangkap di bawah Akta Hasutan.

Pengarah komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata Fariz ditangkap di Petaling Street sekitar jam 7.45 malam dan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur.

7.25pm: Sogo - Kebanyakan peserta telah pun beredar.

Hanya kira-kira 20 orang yang masih kelihatan di depan Sogo.

Tidak ada anggota polis yang kelihatan dan suasana di situ kembali normal.

7.10pm: Jalan Dang Wangi - Kira-kira 100 peserta berada di seberang jalan dari Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

Mereka melaungkan "Pecat IGP" dan menggesa supaya Rafizi Ramli dan Tian Chua dibebaskan.

Kira-kira sedozen polis berlindung dari hujan renyai di halaman balai polis, dan hanya kira-kira lima anggota yang memberi perhatian kepada para peserta.

Kira-kira setengah dozen kenderaan 'black maria' diletakkan di luar bangunan.

Selepas kira-kira lima minit, para peserta beredar dari situ.

7pm: Jalan Ampang - Polis telah mengalihkan benteng yang mereka letak di Jalan Ampang dan beredar.

Ia selepas peserta meninggalkan kawasan protes duduk secara aman pada pukul 6.45 petang seperti yang dipersetujui antara mereka dan pihak polis.

Lalulintas di Jalan Ampang kembali kepada keadaan biasa.

6.55pm: Jalan Dang Wangi - Hujan renyai. Salah seorang penyokong kini menjual baju hujan.

Para peserta telah melalui stesen LRT Dang Wangi dan kini menuju ke arah Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

6.45pm: di Pulau Pinang - Di utara tanahair, kira-kira 50 orang termasuk ADUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon; ADUN Kebun Bungah, Cheah Kah Peng dan wakil dari SAMM dan Pemuda PKR menyertai bantahan secara aman selama kira-kira 45 minit terhadap pelaksanaan GST di bulatan Seberang Jaya.

Kumpulan itu bersurai secara aman selepas membawa sepanduk dan kain rentang mendesak pengunduran Najib.

6.45pm: Jalan Ampang - "Hari ini kita telah menang!" kata Mandeep Singh kepada orang ramai.

Beliau berterima kasih kepada pihak polis sekali lagi dan menyeru para peserta supaya bersurai.

Mereka berpatah balik dan kini berarak ke arah persimpangan Jalan Ampang-Jalan Sultan Ismail.

6.40pm: Jalan Ampang - Kira-kira 50 anggota polis, yang berdiri di antara benteng polis, yang berpakaian biasa, kini memakai jaket polis.

Kesemua mereka kelihatan bersedia untuk membuat tangkapan, sekiranya perlu, kerana mereka semua memegang ikatan kabel.

6.30pm: Jalam Ampang - Seorang guru warga asing yang menyuarakan kebimbangannya kepada penganjur Kita Lawan mengenai isu keselamatan, telah menarik perhatian media untuk seketika.

"Saya mempunyai beberapa kanak-kanak di dalam kelas saya, ada yang berusia lima tahun. Anda tahu bagaimana keadaan mereka jika mereka tidak dapat berjumpa ibu bapa mereka kerana mereka (ibu bapa) tidak boleh memasuki bangunan itu.

"Saya menghormati hak mereka untuk berhimpun, cuma saya ingin menyatakan kebimbangan saya," kata Anna Stevens, seorang rakyat Australia yang mengajar di British Council, di bangunan bersebelahan tempat tersebut.

Beliau kembali ke bangunan itu selepas mendapat jaminan daripada pihak penganjur yang mereka yang duduk di situ tidak akan mengambil masa lebih daripada satu jam.

6.05pm: Jalan Ampang - Peserta perarakan kini berada 50 meter dari barisan anggota polis.

Exco Pemuda PKR Afzainizam Abd Rahman berkata polis menutup laluan mereka untuk masuk ke dalam kawasan KLCC.

Orang ramai mengucap terima kasih anggota polis kerana menjaga keselamatan mereka, dan berkata mereka akan meneruskan protes mereka di lokasi sekarang.

Mereka akan duduk disitu untuk selama 45 minit.

Satu sumber polis bagaimanapun berkata mereka hanya akan dibenarkan berada di situ selama setengah jam.

6pm: Sasterawan Negara Datuk A Samad Said menafikan sebaran di media sosial yang mendakwa beliau ditangkap.

"Bapak sedang minum teh di rumah. Salam," katanya melalui SMS.

5.55pm: KLCC - Perarakan 'edisi perkahwinan' sedang menghampiri penghujung Jalan Ampang.

Lebih seratus anggota polis kelihatan menunggu ketibaan orang ramai di persimpangan Jalan Ampang dan Jalan P Ramlee.

Anggota polis itu yang berdiri dalam tiga barisan, telah meletakkan sekurang-kurangnya tiga penghadang plastik untuk menutup jalan.

Sebuah trak polis juga kelihatan di situ.

Satu peserta yang berang menjerit ke arah anggota polis itu tetapi mereka hanya berdiri dan tidak membalasnya.
 
Peserta kemudiannya membuka kain rentang dengan tulisan 'Tangkap Najib' dan 'Tangkap Rosmah', serta sepanduk berbunyi 'Undur Najib under' dan Undur Rosmah undur'.
 
 
Orang ramai mula menyanyi versi diubahsuai lagu 'Selamat Pengantin Baru', dengan lirik 'Tangkap Najib dan Rosmah'. 

5.30pm: Jln Ampang - Perarakan itu kini berada di persimpangan Jalan Ampang-Jalan Sultan Ismail.

Polis trafik kelihatan berada di situ.

Aktivis kurang upaya Isaiah Jacob adalah antara mereka yang berada di depan perarakan.

Walaupun tidak ramai hadir, beliau tetap optimis dan berharap lebih ramai akan hadir dalam perhimpunan akan datang.

"Sehingga kita mencapai matlamat kita, datang dan sokong kami. Kita tidak dapat mencapai kemenangan tanpa sokongan mereka," katanya memberitahu Malaysiakini.

5.15pm: Jalan Dang Wangi - Orang ramai yang memenuhi separuh laluan jalan, berhenti seketika di depan ibu pejabat polis Dang Wangi.

Polis telah menutup pintu ketika orang ramai melaungkan "bebaskan tahanan!". Kira-kira sedozen anggota polis memantau orang ramai.

Ahli Parlimen Batu Tian Chua dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sedang ditahan di situ.

Mereka kelihatan antara lapan orang yang menjenguk dari tingkap ibu pejabat polis itu, sambil melambai kepada orang ramai.

Selepas lima minit, kumpulan itu meneruskan perarakan mereka ke arah KLCC.

5.10pm: Sogo - Kumpulan seramai kira-kira 500 orang telah mula berarak ke KLCC.

Mereka menyanyikan lagu Melayu klasik 'Selamat Pengantin Baru'.

Kelihatan kira-kira 20 anggota di hadapan Kompleks Campbell, dan mereka melintas jalan ke arah laluan peserta perarakan itu.

Hujan renyai.

Sementara itu Ketua Penerangan PKR Klang Rizal Mohamad memberitahu Malaysiakini bahawa kehadiran yang tidak ramai disebabkan oleh masa untuk membuat perancangan yang tidak mencukupi.

"Tidak seperti (7 Mac), maklumat datang lewat... Tidak ada cukup masa untuk merancang dengan betul," katanya.

Beliau menambah bahawa ketiadaan pemimpin tertentu yang telah ditangkap, juga tidak menggalakkan orang menyertainya.

5pm: Sogo - MP PKR Bayan Baru, Sim Tze Tzin memberitahu orang ramai yang ini merupakan minggu yang kritikal - minggu depan April Fool dan GST.

Sasterawan negara Datuk A Samad Said membacakan puisi di situ, dan orang ramai diam mendengarkan dengan penuh perhatian.

Orang ramai mula bergerak ke KLCC selepas ucapan beberapa pemimpin.

4.50pm: Sogo - Kira-kira 500 berhimpun setakat ini. Berdasarkan pemerhatian Malaysiakini, kehadiran anggota polis di sini nampaknya minimum.

Walaupun ramai yang memberi tumpuan kepada ceramah, di suatu tempat di belakang, seorang peserta turut membawa bersama anak kecil.

Bayi perempuan itu sedang tidur di dalam kereta sorong, dengan tulisan berbunyi "Help! They've stolen my future"  dan "No tax for pampers".

Beberapa peserta mengipas bayi supaya tidak kepanasan, tetapi tak seorang pun mengakui ibu bapanya.

Apabila ditanya mengenai potensi bahaya membawa anak kecil di protes tersebut, mereka menjawab: "Kami hanya ikut orang ramai."

4.30pm: Jalan Raja Laut - Sekumpulan wanita berpakaian Melayu hitam memegang hadiah, bunga dan wang tunai, dengan mendakwa ia adalah "untuk meraikan" perkahwinan anak perempuan Najib.

Sogo - Orang ramai dari Masjid Jamek dan Dataran Merdeka telah tiba, menjadikan jumlahnya kini sekitar 350 orang.

Mereka melaungkan tangkap Rosmah, pecat Khalid.

Mereka juga menuntut pembebasan Anwar, dan juga Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dan aktivis Hishamuddin Rais yang ditangkap semalam.

4.20pm: Sogo - Sekumpulan kecil peserta telah menarik perhatian orang yang membeli-belah di situ.

Laungan "Reformasi", "Down with BN" dan "End GST" memenuhi ruang udara.

Sementara itu satu sumber polis memberitahu Malaysiakini hanya kira-kira lapan orang yang menunggu Mat Sabu di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

Jalan Raja Laut - Perhimpunan itu berjalan dalam suasana perayaan, dengan para peserta memukul gendang dan membawa bunga manggar, sesuai dengan matlamat kumpulan itu untuk 'meraikan' majlis perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Nooryana Najwa - di KLCC hari ini.

4.15: Dataran Mederka - Dua kumpulan peserta  - satu dari Masjid Jamek dan satu lagi dari Jalan Tunku Abdul Rahman - tiba di tempat air pancut bersebelahan Dataran Merdeka untuk menyertai perhimpunan di situ.

Kira-kira 350 peserta kini berkumpul, sambil melaungkan "Bebas Anwar", "Kita Lawan" dan menyanyi 'Buruh Tani', sebuah lagu Indonesia.

Plakard dengan gambar Altantuya Shaariibuu, ahli perniagaan Jho Low dan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Nooryana Najiwa - dibawa oleh peserta perhimpunan itu.

Mereka juga memukul gendang untuk menaikkan semangat.

410pm: Dekat Dataran Merdeka - peserta dari Dataran Merdeka dan Masjid Jamek telah berkumpul dan jumlah meningkat kepada 250 orang.

4.05pm: Sogo - Kumpulan dari HQ PAS tiba di tempat perhimpunan, dan bergabung dengan peserta lain yang telah tiba di situ.

Turut kelihatan ialah kira-kira 200 orang ramai yang melepak di luar Sogo.


4pm: Masjid Jamek - peserta perhimpunan telah mula berarak, dengan diketuai oleh penyelaras Jingga 13, Fariz Musa.

Peserta melaungkan "reformasi", "hidup rakyat" dan "bebas Anwar".

Fariz juga melaungkan, "Tangkap Najib dan Rosmah" dan juga "Tolak GST".

TIdak pasti sama ada 3.40pm: Masjid Jamek - Kira-kira 50 penyokong, kebanyakannya berpakaian baju hitam, dilihat berkumpul bersebelahan dengan stesen LRT Masjid Jamek.

Kebanyakan kelihatan sedang berbual, dan menanti arahan lanjut sama ada untuk mula berarak atau sebaliknya.

3.55pm: PAS HQ - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dzulkefly Ahmad mengesahkan Mat Sabu memberi kenyataannya di Dang Wangi.

"Saya telah diberi jaminan beliau tidak akan ditahan, dan akan dilepaskan pada jam 4 atau 5 petang," katanya.

Kira-kira 20 peserta kini secara senyap-senyap berarak ke arah Sogo, yang diketuai oleh Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, dan ahli jawatankuasa Muslimat PAS, Aiman ​​Athirah Al Jundi.

3.40pm: Masjid Jamek - Kira-kira 50 penyokong, kebanyakannya berpakaian baju hitam, dilihat berkumpul bersebelahan dengan stesen LRT Masjid Jamek.

Kebanyakan kelihatan sedang berbual, dan menanti arahan lanjut sama ada untuk mula berarak atau sebaliknya.

3.35pm: PAS HQ - Suasana agak sepi dan panas di Jalan Raja Laut, dengan hanya empat orang peserta Kita Lawan kelihatan setakat ini.

Seorang kakitangan ibu pejabat PAS memberitahu wartawan bahawa kebanyakan mereka sepatutnya berkumpul di situ,  telah berkumpul di ibupejabat polis daerah Dang Wangi.

Mereka dilaporkan menunggu Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dibebaskan sebelum berarak ke Sogo.

3.20pm: Penyokong perhimpunan Kita Lawan menuntut pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membanjiri pusat bandar Kuala Lumpur hari ini untuk 'meraikan' perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Mereka berhimpun di Dataran Merdeka, Masjid Jamek, dan ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut, dan berkumpul di Sogo sebelum menuju ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada pukul 4 petang.

Laporan oleh Adrian Wong, Alyaa Azhar, dan Zikri Kamarulzaman.

 
 
 

Pas bincang status dalam PR Isnin

Posted: 28 Mar 2015 05:48 PM PDT


Dr Mujahid Yusof Rawa Dr Mujahid Yusof Rawa
 
 
GEORGETOWN -  DAP tidak wajar mengeluarkan kenyataan yang memburukkan imej dan martabat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata, DAP tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seperti itu dan isu itu akan dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa Pas Pusat Isnin.

Beliau menyifatkan kenyataan DAP yang menempelak Abdul Hadi Awang sebagai satu tindakan yang menyedihkan kerana beliau diumpamakan bapa kepada semua ahli Pas.

"Kita akan bermesyuarat dan mengumumkan pendirian parti berhubung masa hadapan dalam pakatan pembangkang pada Isnin ini susulan tindakan DAP Sarawak  memutuskan hubungan dalam PR.

"Mesyuarat itu juga akan membincangkan sikap pimpinan DAP yang menentang Presiden Pas (Abdul Hadi)," katanya kepada media hari ini.

Terdahulu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam kenyataannya mengumumkan parti itu tidak akan bekerjasama dengan Abdul Hadi selepas mendakwa Presiden Pas itu tidak jujur dan tidak bermaruah.

Guan Eng berkata, DAP kini sudah hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap Abdul Hadi sebagai pemimpin PR kerana  bertindak secara tidak jujur dan tidak bermaruah.

Menurutnya, DAP juga akan memutuskan hubungan serta menghentikan kerjasama dengan Abdul Hadi.

Mujahid berkata, tindakan DAP keluar dari PR Sarawak amat dikesali dan dilihat hanya memburukkan keadaan termasuk meretakkan hubungan antara kedua-dua pihak.

"Saya sedih dengan sikap DAP yang keluar dari pakatan di Sarawak dan ia tidak sepatutnya berlaku. Tindakan itu merosakkan objektif pakatan menjadi gabungan parti politik berbilang kaum.

"Keretakan hubungan Pas dan DAP menjadikan agenda kebersamaan pakatan untuk mempromosikan idea yang menolak kewujudan parti berasaskan kaum kini tergendala," katanya.

Semalam, DAP Sarawak mengumumkan keputusan keluar dari pakatan pembangkang negeri adalah muktamad dan berkuat-kuasa serta merta.

Pengerusinya, Chong Chieng Jen berkata, ia dibuat sebagai bantahan ke atas kepemimpinan Pas yang mahu meneruskan hasrat melaksanakan hukum hudud di negara ini.


#KitaLawan masuk KL walau polis larang

Posted: 28 Mar 2015 05:46 PM PDT


#KitaLawan mula masuk KL Penyokong memegang kain rentang bantahan di pekarangan Masjid Jamek. - Foto Sinar Harian oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
 
 
 
KUALA LUMPUR - Walaupun tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa, program #KitaLawan tetap diteruskan di beberapa lokasi sekitar ibu negara.

Antaranya mereka mula berkumpul di Pejabat Agung Pas, perkarangan Masjid Jamek, Dataran Merdeka sebelum berarak ke pusat membeli-belah Sogo.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, penganjur perhimpunan #KitaLawan tidak lagi dibenarkan untuk mengadakan sebarang perhimpunan di ibu kota.

Ini berikutan tindakan kumpulan itu bertindak agresif terhadap penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Dataran Merdeka.

Khalid berkata berkata, jika perhimpunan itu terus dijalankan, maka polis akan menangkap mereka yang terbabit.

"Penganjur yang ingin mengadakan perhimpunan perlu mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012," katanya.


3.35 petang - Peserta #KitaLawan mula berhimpun di hadapan Masjid Jamek.

3.40 petang - Suasana di Dataran Merdeka masih lenggang dan tidak kelihatan seberang kelibat peserta himpunan #KitaLawan.

3.52 petang - Peserta #KitaLawan mula berkumpul di hadapan Masjid Jamek.

3.55 petang - Peserta #KitaLawan mula bergerak ke pusat membeli-belah Sogo, diketuai Fariz Musa.

4.10 petang - Sebahagian penyokong #KitaLawan berhimpun berdekatan bangunan Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur sambil melaungkan reformasi.
4.15 petang - Peserta #KitaLawan yang berhimpun di Jalan Parlimen sebelum bergerak ke pusat membeli-belah Sogo.

4.20 petang - Peserta #KitaLawan sedang bergerak menuju pusat membeli-belah Sogo dan kini berada di Jalan Raja Laut, akibat itu lalu lintas di hadapan bangunan pejabat Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur menjadi sesak.
5.14 petang - Penyokong #KitaLawan kini menuju ke KLCC melalui Jalan Dang Wangi sebelum memasuki Jalan Ampang.

5.30 petang - Polis meletakkan halangan dan membuat benteng manusia di Jalan Ampang iaitu berdekatan dengan Menara Berkembar KLCC
5.45 petang - Jalan Ampang yang menghubungkan ke Menara Berkembar KLCC ditutup sepenuhnya oleh polis.

6.02 petang - Peserta mula menghampiri benteng polis ketika di Jalan Ampang.

6.45 petang - Peserta #KitaLawan mula bersurai dan meninggalkan KLCC selepas rundingan untuk meraikan perkahwinan anak perempuan perdana menteri tidak dipenuhi.

Tiada ulasan: