Ahad, 29 Mac 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Rakyat semakin hilang rasa hormat kepada polis

Posted: 29 Mar 2015 07:00 AM PDT

Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad dibebaskan hari ini setelah ditangkap awal pagi tadi tadi susulan penglibatannya dalam perhimpunan Kita Lawan semalam.

 Peguamnya Michelle Yesudas berkata, anggota Parlimen PAS itu dibebaskan kerana terdapat kesalahan dalam kertas siasatan.

 "Peliknya kertas siasatan tidak lengkap, jadi mereka harus bebaskannya kerana terhadap kesalahan prosedur," katanya di sini

 Adalah amat memalukan kerana sikap polis yang tidak menampakkan sikap yang profesional. Bukan sahaja kertas siasatan yang tidak lengkap, malah masa penangkapan yang dilakukan pada jam 3.30 pagi itu menampakan sikap polis yang gelojoh.


Lihatlah dipagi-pagi buta polis datang dan mengganggu kejiran Khalid Samad.

 Apakah kedatangan polis lengkap dengan M16 itu  mahu menangkap penjenayah yang merbahaya?

  Seolah-olah ahli parlimen tersebut telah melakukan satu jenayah yang sangat serius sehingga polis tidak sempat-sempat menyediakan kertas siasatan yang sempurna.

   Apa salahnya polis menalipon Khalid, jemput beliau datang ke balai untuk disoal siasat?

 Tidakkah itu lebih besesuaian dengan slogan polis tahun ini, 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada', konsep 'community policing'?

  Kita percaya dengan kehadiran 5 kereta polis di subuh buta tersebut tentunya telah mengganggu kejiranan kejiranan setempat. Tentunnya tidur mereka terganggu dan terpinga-pinga dengan kehadiran polis lengkap dengan M16 di pagi buta! 



 Malam Jumaat lalu, Polis bertindak macam 'Gestapo' menculik Hishamuddin Rais ketika berjalan kaki menuju Dataran Merdeka menghadiri bantahan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), yang juga agenda #KitaLawan. Mulutnya dicekup lalu disumbat kedalam kereta dan dibawa pergi. 

 Diikuti pula dengan penahanan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu pada 12.20 tengah malam oleh sepasukan 20 polis bertopeng dan bersenjata ketika beliau hadir di Restoran Seven Star di Sungai Dua, Pulau Pinang. 

 Tindakan polis yang hanya ikut arahan tuan-tuan politik mereka hanya menghilangkan rasa hormat rakyat terhadap mereka.

Untung Dan Rugi PAS – Wan Ji Wan Hussin

Posted: 29 Mar 2015 03:00 AM PDT

PAS bersama Pakatan Rakyat

Kebaikan:
 1. PAS terlibat sama dalam politik baru
 2. PAS dapat mendekatkan non muslim kepada Islam.
 3. PAS merubah sudut persepsi masyarakat bangsa selain melayu bahawa PAS merentasi melayu.
 4. PAS lebih mahukan negara tanpa rasuah, tanpa penyelewengan, kredibiliti lebih dari semangat melayu.

 Keburukan:
 1. PAS tidak dapat melaksanakan hukum hudud lagi.

PAS menyendiri

Kebaikan:
 1. PAS dapat menyatakan hasrat membina negara Islam, dalam keadaan PAS tidak mampu melaksanakannnya.
 2. PAS boleh nyatakan hasrat untuk melaksanakan hudud, dalam keadaan PAS belum mampu melaksanakannya.

 Keburukan:
 1. PAS susah hendak mendapat undi dari non muslim dan bangsa selain melayu, malahan undi melayu.
 2. PAS tidak terlibat sama dalam perubahan politik baru, politik tanpa rasuah, tanpa penyelewengan dll.
 3. PAS tidak dapat melaksanakan hukum hudud lagi.

PAS bersama Umno

Kebaikan:
 1. PAS mendapat sokongan Umno tentang idea hudud, tetapi belum tentu lagi dapat sokongan Umno untuk laksanakan hudud.
2. PAS mendapat sokongan Umno tentang idea negara Islam, tetapi belum tentu lagi Umno izinkan PAS nak laksanakan negara Islam.

Keburukan:
 1. PAS terpaksa berkongsi kerusi dengan Umno untuk bertanding PRU. 
2. Tidak ada jaminan lagi bahawa PAS bakal mendapat kerusi majoriti berbanding Umno. 
3. PAS bakal terpalit dengan politik perkauman Umno dan imej parti rasuah.
4. PAS bakal terpalit sebagai sebuah parti beroreatasikan Islam – Melayu, bukan Islam, for all.
5. PAS tidak dapat melaksanakan hukum hudud lagi.

 Wallahu 'Alam. – 29 Mac, 2015.~ sumber

KHOO KAY KIM TAK IKTIRAF BUKU SEJARAH TINGKATAN LIMA

Posted: 29 Mar 2015 12:00 AM PDT

 BUTTERWORTH :- Perbicaraan Timbalan Presiden Pas ,Tuan Haji Mohamad Sabu di Mahkamah Sesyen Butterworth berkaitan isu Bukit Kepong dan Mat Indera menyaksikan pihak Pendakwa memanggil saksi terakhir mereka iaitu Tan Sri Professor Khoo Kay Kim .

 Prof Khoo Kay Kim adalah saksi ke 11 pihak pendakwa di mana di dalam keterangan beliau semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwaraya beliau menceritakan panjang lebar berkenaan sejarah komunis di mana tesis Phd beliau adalah berkaitan sejarah perjuangan ekstrem dan anarki di Tanah Melayu 1915 hingga 1935.

 Beliau juga menyatakan semasa Jepun menyerang Malaysia pihak British telah meminta bantuan Partai Komunis Malaysia ( PKM ) dan memberikan senjata kepada PKM. Sebaik sahaja Jepun mengundur diri dan British kembali memerintah , British telah enggan membenarkan permohonan PKM untuk terlibat dalam politik secara sah. Tindakan British itu , menurut beliau, adalah kerana desakan atau ugutan Amerika yang menjadi sekutu British. Amerika juga, kata Profesor tersebut , adalah pembeli utama getah dan bijih timah daripada British di mana kedua dua komoditi itu diambil oleh British daripada bumi Tanah Melayu.

 Saksi tersebut juga menyatakan menurut pendapat beliau negeri negeri tanah Melayu selain daripada negeri negeri selat bukanlah tanah jajahan British sebaliknya ianya hanya di bawah naungan British. Alasan beliau kerana wujudnya perjanjian antara Raja Raja Melayu dengan British di mana British mengakui kedaulatan Raja Raja Melayu meskipun menerima British sebagai Penasihat.

 Semasa pemeriksaan balas oleh peguambela Mat Sabu yang diketuai oleh Mohamed Hanipa Maidin saksi diasak secara betubi tubi oleh Hanipa sehinggakan selepas perbicaraan tamat saksi dilihat bersalam dengan Hanipa di luar Mahkamah dan menyatakan kepada Hanipa bahawa beliau rasa pening diasak oleh peguambela Mat Sabu tersebut. 

 Hanipa memulakan soalan beliau dengan meminta pengakuan saksi tersebut bahawa pengajian atau tesis beliau tidak melibatkan inside di Tanah Melayu selepas tahun 1935 di mana beliau bersetuju. 

 Beliau juga bersetuju dengan cadangan Hanipa bahawa beliau tidak pernah membuat kajian akademik atau menulis apa apa tesis berkaitan peistiwa Bukit Kepong dan sekali lagi saksi tersebut bersetuju. 

 Saksi tersebut juga bersetuju bahawa British dan negara negara Barat terlibat dalam imperialisme di mana Tanah Melayu salah satu sasaran mereka di Asia Tenggara. Banyak lagi soalan soalan menarik yang ditanya oleh Hanipa kepada saksi tersebut sepertimana berikut:

Hanipa : Prof, anda kata Tanah Melayu tidak pernah dijajah, bagaimanapun saya katakan bagi rakyat atau orang awam di Tanah Melayu pada masa itu kedatangan British adalah sebagai penjajah , setuju atau tidak ? 
Prof : Ya, setuju, bagi orang awam British adalah penjajah

Hanipa : Tetapi, Professor tak setuju British adalah penjajah ?
Prof : Ya, saya tak setuju kerana Tanah Melayu hanya naungan British.

Hanipa : Baiklah Prof, saya katakan apa yang Prof katakan ini bahawa British bukan penjajah sebenarnya satu pendapat yang tidak diakui sebagai pendapat rasmi di negara ini, setuju atau tidak ? 
Prof : Ya, orang politik itu katakan begitu.

Hanipa : Prof saya katakan orang politik itu adalah Timbalan Perdana Menteri sendiri di mana dalam jawapan beliau kepada soalan di Parlimen beliau secara jelas menyatakan negara ini telah dijajah . Inilah pendirian rasmi Kerajaan...sila Prof lihat Hansard Parlimen ini ( sambil tunjukkan Hansard kepada saksi )..Setuju atau tidak berdasarkan Hansard atau Penyata Rasmi Parlimen ini, pendapat Prof tidak disokong oleh Kerajaan?
Prof : ( Sambil membaca Hansard ) Ya, saya setuju.

Hanipa : Jadi pendapat Prof ditolak , setuju atau tidak ?
Prof : Ya.

Hanipa : Setuju atau tidak Prof jika saya katakan jika kita terima logik atau teori Prof bahawa negara ini tidak pernah dijajah, maka rombongan pergi ke London meminta Kemerdekaan Tanah Melayu tidak ada makna, begitu juga sambutan Hari Kemerdekaan 31 Ogos 1957 juga tidak ada makna ?
Prof : ( saksi termenung) Ya lah..tapi saya anggap ia bukan merdeka.

Hanipa : kalau begitu Prof , apa kita nak gelar pada Tunku Abdul Rahman , Bapa Kemerdekaan atau bapa apa ? Bapa Naugan ?
Prof : saksi dilihat termangu dan ketawa kecil...

Hanipa : Baiklah Prof, saya juga ingin bertanya adakah Prof sedar dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 yang diperakui oleh Kementerian Pendidikan ( sambil hulurkan buku tersebut kepada saksi ) buku ini menggunakan istilah British dengan istilah penjajah...adakah Prof sedar ?
Prof : Ya , saya sedar.

Hanipa : Adakah Prof juga ingin katakan bahawa buku ini juga tidak menceritakan sejarah yang betul bila ia kata British adalah penjajah ?
Prof : Ya, bagi saya, buku ini tidak betul !

Hanipa : Tapi buku ini adalah buku teks rasmi sekolah di negara ini dan ditulis oleh para penulis antaranya Prof Dr Ramlah Adam , yang tertulis di sini adalah pakar sejarah juga.
Prof : Ya, tapi Ramlah Adam ini pemimpin nombor dua PERKASA!

Hanipa : So Prof tak terima Perkasa lah..tetapi Prof, cuba Prof lihat dalam senarai penghargaan dalam buku ini dinyatakan secara jelas bahawa nama Prof dan Profesor Ainudin Wahid adalah sebagai dua pakar rujuk yang telah dirujuk sebelum buku teks ini diterbitkan. Apa Prof nak kata ?
Prof : ( kelihatan terkejut ) err.. tapi saya tak pernah dirujuk..ini tak betul..pada masa itu juga Prof Ainuddin Wahid dalam keadaan uzur

Hanipa : Jadi tak betul lah bila dikatakan dalam buku ini Prof telah dirujuk..
Prof : Ya,,,tidak betul

Hanipa : Tak mengapa Prof...kalau Prof nak saman nanti boleh bincang dengan saya (orang ramai di gelari awam dan saksi dilihat ketawa dengan gurauan hanipa tersebut )

Hanipa juga mempersoalkan kenyataan saksi bahawa Mat Indera adalah seorang Komunis

Hanipa : Prof setuju dengan saya bagi orang Islam mereka tidak boleh menerima penjajahan British kerana apabila British datang ke Tanah Melayu mereka juga selain ambil khazanah dan hasil mahsul Tanah Melayu juga memperkenalkan sistem perundangan common law British menggantikan undang undang Islam ?
Prof : Ya.

Hanipa : Prof, apabila PKPMM diharamkan British anggota angota mereka menyertai PKM sebagai platform sahaja untuk melawan British
Prof : British tidak haramkan PKPMM, hanya isytihar darurat

Hanipa : Kesan darurat itu , British akan tangkap mereka yang menentang British termasuk British gubal Akta Hasutan 1948 menangkap mereka yang lawan British atas alasan menghasut orang ramai benci British dan undang undang ini diambil daripada India semasa British jajah India?
Prof : Ya, benar.

Hanipa : Saya katakan Prof, orang Islam yang menentang British seperti Mat Indera hanya gunakan platform PKM untuk lawan British bukan untuk mengganut fahaman British.
Prof : Bagi saya mereka melawan Raja Raja Melayu

Hanipa : Macam Tok Janggut lah prof..dia digelar penderhaka oleh British sebab walaupun lawan British dikira lawan Raja.
Prof : Ya, Tok Janggut digelar penderhaka

Hanipa : Prof, sebagai orang bukan Islam dan tak ada pengetahuan tentang Islam, saya katakan Prof tak tahu tahaluf siyasi yang Islam benarkan.
Prof : Ya, saya tak tahu, ia bukan pengajian saya

Hanipa : Saya katakan mereka yang lawan penjajah British seperti Mat Indera bekerjasama dengan PKM bukan kerana sokong Komunis tapi gunakan PKM untuk tapak mereka lawan penjajah British
Prof : Tapi mereka langgar undang undang 

Hanipa : Undang undang zalim British...Islam benarkan lawan kezaliman.,jadi saya katakan tidak semudah itu untuk kita katakan hanya kerana Mat Indera bersama sama PKM maka terus dilabelkan sebagai Komunis, setuju Prof..it is not as simple as that 
Prof : Ya, it is not as simple as that.

 Selain Hanipa, peguam Nasar juga menyoal balas saksi tersebut. Perbicaraan Mat Sabu kini ditangguhkan kepada 27 hatibulan April 2015 untuk sebutan sementara menunggu tarikh penghujahan di akhir kes pendakwa.

 Timbalan Presiden Pas itu diwakili oleh Hanipa Maidin, Nasar Khan dan Aminuddin Zulkifli manakala pendakwaan pula diwakili oleh Dato Razali dan Yusaini Amir. Perbicaraan dijalankan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Butterworth, Tuan Meor.sumber

Sendiri sudah kena, tapi mahu salahkan orang lain?

Posted: 28 Mar 2015 09:00 PM PDT

Saya sudah katakan dulu, ianya tak ada sangkut paut dengan Hudud.
Puak-puak UG terpekik terlolong mengatakan Hudud, Hudud, Hudud..
Tujuan mereka hanya nak buat DAP dan PKR marah supaya PR 
berpecah. Betul tak telahan saya sebelum ini?
Utusan melaporkan: Rang undang-undang per­sendirian yang hendak dibentangkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat bukanlah rang undang-undang hudud sebaliknya pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah 1965 (Akta 355).

 "Jangan terus melompat dan bertempik gegak gempita memberikan kri­tikan tanpa mengetahui hujung pangkalnya," Baca lagi di sini

  Hello Hj Hadi, yang melompat dan bertempik gegak gempita nak laksanakan Hudud di Kelantan selama ini bukankah kamu sendiri? Bukankah Haron Din, Nik Amar , Mat Yaakub, Nik Amar dan yang sewaktu dengannya yang buat kelaku begitu? Sebagai contoh dari yang banyak:


Baca di sini
  Pada 26 Disember 2014, apabila Setiausaha Agong, Mustafa Ali mengumumkan penangguhan sidang khas Dun Kelantan yang dijangka pada 29 Disember untuk meminda Kanun Jenayah Syariah II 1993, saya telah membuktikan pembohongan Dr Zuhdi yang sebelum itu menyatakan yang kononnya deraf pindaan tersebut telah mendapat persetujuan JKPP.

  Lantaran penangguhan sidang khas tersebut, saya juga telah mendedahkan maklumat sebagaimana yang saya tulis sebagai berikut:
Bahawa pindaan draf Kanun Jenayah Syariah II oleh Kerajaan Negeri Kelantan itu tidak terlibat apa-apa pun dengan hukum Hudud seumpama kerat tangan ...
 Tapi puak-puak UG ni sengaja nak buat havoc dan mensensasikan isu Hudud. Waima ianya hanyalah beberapa pindaan tambahan hukuman yang telah sedia ada.
Motif utamanya ialah mahukan Pakatan Rakyat berpecah. Itu sebabnya maka puak Kelantan UG merahsiakannya dari pengetahuan JKPP dan hanya bercadang mendedahkannya pada 28 Disember....Jahat puak UG nih!  (sila rujuk di sini)
  Menurut Husam Musa  , (Oleh itu) hukuman (bagi tiga jenayah itu) hanya sebat. Tidak ada potong tangan dan sebagainya," 

Isu hudud telah dirampas untuk kepentingan politik oleh pihak tertentu...

Posted: 28 Mar 2015 06:00 PM PDT

 Isu hudud telah dirampas oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka sendiri, seorang ahli parlimen PAS berkata di Pulau Pinang hari ini.

 Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, isu hudud timbul tahun lalu apabila Menteri yang menjaga hal ehwal agama Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata Putrajaya bersedia untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355), yang akan membenarkan Kelantan untuk melaksanakan hudud.

 Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Negara PAS berkata entah bagaimana isu tersebut telah "ditembak kembali" di Kelantan, apabila kerajaan negeri pimpinan PAS telah diberitahu untuk jadual rang undang-undang untuk menjadikannya satu kenyataan.

 Beliau berkata tidak pernah dalam sejarah Parlimen Malaysia, bahawa pembangkang ditugaskan untuk membentangkan undang-undang.

 "Mengapa kerajaan persekutuan menyuruh negeri mengusulkan pindaan undang-undang, apabila sesuatu seperti itu melibat Kabinet, Jabatan Peguam Negara dan Majlis Raja-Raja?

 "Pembangkang tidak mempunyai Jabatan Peguam Negara sendiri atau keupayaan untuk mempengaruhi keputusan kabinet atau raja-raja. Kita bukanlah kerajaan yang memerintah.

 "Syak wasangka saya bahawa isu hudud seluruhnya telah dirampas oleh sesetengah pihak bagi kepentingan politik, bukannya membincangkan sebahagian besarnya isu ini," katanya di Pulau Pinang hari ini selepas perbincangan meja bulat dengan media mengenai hudud dan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah   II Kelantan baru-baru.

 Pindaan kepada Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 19 Mac dengan sokongan wakil rakyat Umno.

 Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau akan membentangkan rang undang-undang ahli persendirian semasa parlimen yang sedang bersidang untuk membolehkan enakmen itu dengan hukuman hudud, seperti amputasi tangan kerana mencuri dan kematian untuk murtad, yang akan dilaksanakan di Kelantan.

 Ini telah menyebabkan perpecahan yang serius di antara PAS dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, khususnya dengan DAP yang mengisytiharkan pada hari Selasa bahawa parti itu tidak lagi akan bekerjasama dengan Hadi. 

 Mujahid berkata Umno perlu mengisytiharkan sama ada ia mahu kod jenayah Syariah itu dilaksanakan atau tidak. 

 Dia bertanyakan bilakah Datuk Seri Najib Rzak, yang juga Presiden Umno, akan menyatakan pendiriannya kerana semakin lama ia ditangguhkan, semakin lama isu ini akan berlarutan.

 "Gerakan dan parti-parti komponen Barisan Nasional telah menyatakan pendirian mereka. Mengapa Umno tidak menghalang mereka daripada membuat kenyataan?

 "Saya takut bahawa ini semua adalah untuk kepentingan politik tertentu," katanya.

 Mengenai sama ada ini merupakan satu muslihat untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada isu-isu utama yang lain seperti pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) mulai Rabu, Mujahid berkata beliau tidak boleh mengatakan bahawa isu kod keseksaan Islam itu telah tidak digunakan untuk muslihat politik.

 "Mungkin UMNO perlu isu ini juga. Mungkin ia adalah satu pertandingan untuk melihat parti mana lebih Islam," katanya, bersetuju dengan kemungkinan tersebut.

 Dalam perbincangan yang berlangsung kira-kira 90 minit, Mujahid juga menangani isu yang mengesahkan enakmen yang dipinda itu rumit, falsafah di sebalik undang-undang dan masalah menguatkuasakannya.

 Katanya beliau berharap apabila perkara itu dibahaskan di Parlimen, di mana ahli-ahli rumah yang lebih pelbagai daripada yang di dewan undangan negeri Kelantan, penggubal undang-undang akan memberi tumpuan kepada kesahihan enakmen itu bukan pada agama.

 "Sebagai umat Islam, kita percaya ia boleh dilakukan tetapi apabila anda berada dalam kuasa, anda tidak boleh mengelak daripada membincangkan cabaran-cabaran yang terlibat dalam perkara itu."

 Pada tahun 1993, apabila versi pertama kod jenayah Syariah telah diluluskan di Kelantan, Mujahid berkata terdapat juga perdebatan tentang undang-undang yang melanggar Akta 355, yang menyatakan bahawa mana-mana negeri mahkamah Syariah di negara tidak dibenarkan untuk lulus pertimbangan yang lebih berat daripada tiga tahun penjara, enam sebatan dan denda RM5,000.

 "Itu adalah halangan utama. Bukan sekarang. Orang mahu berdebat bahawa ini adalah sebuah negara sekular supaya undang-undang jenayah Syariah tidak boleh dilaksanakan, tetapi bagaimana anda boleh mengatakan ini adalah sebuah negara sekular apabila agama rasmi Persekutuan adalah Islam?

 "Sebuah negara sekular tidak akan menunjukkan apa-apa unsur agama dalam perlembagaannya. Kita boleh berhujah tentang hal ini tetapi mari kita praktikal kerana halangan sebenar adalah Akta 355, yang menghadkan hukuman," kata beliau sambil menambah bahawa kerajaan persekutuan Barisan Nasional telah menggunakan akta ini untuk menahan Kelantan melaksanakan undang-undang jenayah Syariah.

 Ditanya jika hudud adalah sesuatu yang menakutkan, Mujahid berkata sebagai ahli parlimen, beliau akan menasihatkan orang ramai supaya bersedia untuk menghadapi kedua-dua pihak yang bertentangan apabila perkara tersebut telah dibawa kepada persekitaran demokrasi untuk perbahasan - satu yang menyokongnya dan yang lain yang menentangnya.

 "Kita tidak mahu hudud menjadi punca huru-hara," katanya, sambil menambah bahawa ia adalah difahami bahawa orang bukan Islam agak khuatir tentang kod jenayah Syariah kerana mereka mengambil berat tentang isu-isu perundangan, bukan kerana mereka anti-Islam. - 28 Mac sumber
/div>

Khalid Samad ditahan kerana menghasut awal pagi ini

Posted: 28 Mar 2015 04:38 PM PDT

 Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad ditahan polis mengikut Akta Hasutan berhubung perhimpunan #KitaLawan, di rumahnya di Shah Alam pada 3.20 pagi ini, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad.

 Menurut Dzulkefly, Khalid yang merupakan ahli jawatankuasa PAS Pusat kini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur.

 "Kegilaan tangkapan apa semua ini oleh sang penguasa politik?

 "Semoga negara ini diselamatkan Allah daripada terjerumus menjadi sebuah 'police state'," tulis Dzulkefly melalui akaun Facebooknya.

 "Semoga kita semua dirahmati Allah. Allahu Musta'an."

 Pada Sabtu, polis menahan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli di bawah Akta Hasutan berhubung kenyataannya menyeru ahli parti itu turun beramai-ramai dalam perhimpunan #KitaLawan yang diadakan semalam. –29 Mac, 2015. – 29 Mac, 2015. - sumber

Tiada ulasan: