Sabtu, 28 Mac 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


[VIDEO] Peniaga Ludah Air Minuman Yang Dibungkus Jadi Viral Semula

Posted: 28 Mar 2015 12:42 AM PDT

KELAB GREENBOC





Kajang – Satu klip video yang memaparkan aksi peniaga meludah dalam bungkusan air minuman dijual hangat semula diperkatakan.

Difahamkan kejadian itu sudah lama berlaku, namun menjadi viral di laman sosial dan aplikasi WhatsApp. Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) mengambil maklum perkara itu dan akan menyiasat jika terdapat aduan baru mengenainya.

Penolong Pengarah Unit Perancangan Korporat dan Perhubungan Awam MPKj, Kamarul Izlan Sulaiman berkata, jika ada laporan pihaknya akan mengambil tindakan untuk siasatan selanjutnya.

Setakat ini, katanya, tiada aduan secara rasmi daripada mana-mana pihak berhubung kandungan klip video itu.

"Pihak majlis akan buat semakan semula. Gerai itu tiada lesen perniagaan, selepas gelagat peniaga dirakam dan menjadi viral, gerai itu sudah hentikan operasi," katanya.

Dalam klip video berdurasi 2.17 minit itu, peniaga minuman terbabit dirakam meludah ke dalam setiap bungkusan air minuman dijualnya tanpa sedar gerak-gerinya dirakam.

Perakam dipercayai wanita berdasarkan suara dalam rakaman klip video itu, kedengaran beristighfar sambil menyatakan lokasi sebenar gerai itu beroperasi.

Video menunjukkan peniaga itu memasukkan air gula ke dalam plastik bungkusan, mencedok air minuman dari tong dan menundukkan kepala (dipercayai meludah), sebelum mengikat bungkusan terbabit.

Menerusi klip video itu, peniaga terbabit menggunakan kanopi berwarna biru dan menjalankan perniagaan di tepi jalan.

Dalam rakaman sama, peniaga itu dilihat meludah tiga kali ke dalam tiga bungkusan air dijualnya dipercayai sebagai pelaris jualan. -SH 


LIHAT VIDEO DI SINI

Isu 1MDB Panaskan Bicara Masa Depan Ekonomi Malaysia

Posted: 28 Mar 2015 12:33 AM PDT

shahbudindotcom


Malam semalam telah berlangsung forum "Bicara Masa Depan Ekonomi Malaysia" anjuran sebuah NGO, Pertubuhan Anak Muda Prihatin Darul Ehsan di Dewan MBSA, Bukit Naga, Shah Alam.

Forum disertai oleh dua ahli panel iaitu Naib Presiden Pas, Husam Musa dan Tokoh Wartawan Negara, A Kadir Jasin. Moderatornya pula ialah bekas Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof.

Menariknya ketiga-tiga mereka datang daripada parti yang berbeza iaitu Husam daripada Pas, A Kadir Jasin seorang ahli UMNO manakala Yusmadi daripada PKR.

Walaupun tajuk yang dipilih berkaitan ekonomi Malaysia, tetapi tumpuan perbincangan lebih mengkhusus kepada isu 1MDB yang sejak beberapa bulan lalu semakin menjadi perbualan ramai.

Husam dalam ucapannya menekankan bahawa 1MDB adalah isu penting yang harus diambil perhatian oleh seluruh anggota masyarakat kerana ia sudah menjadi beban yang memberi kesan kepada semua rakyat.

Katanya, beban 1MDB adalah hutang yang bukan saja ditanggung oleh generasi sekarang, tetapi juga bakal berlarutan sehingga generasi yang seterusnya.

Beliau juga menimbulkan persoalan, apakah isu yang melanda 1MDB bakal menyerupai seperti skandal PKFZ di mana semua yang pernah didakwa akhirnya terlepas, namun wang berbilion ringgit yang dipersoalkan lesap begitu saja.

Husam turut membangkitkan soal pencanggahan kepentingan melibatkan Najib Razak yang menjadi Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB dalam waktu yang sama, manakala wang yang banyak dipinjam pula adalah daripada KWSP, KWAP dan sebagainya yang terletak di bawah Kementerian Kewangan.

Ketika menjawab pertanyaan peserta pula, Husam menyatakan kesediaan untuk turun bersama-sama dengan rakyat untuk menuntut penyiasatan yang telus dan menyeluruh berkaitan isu demi isu melibatkan 1MDB ini, termasuk juga menghantar petisyen kepada Senat AS agar syarikat yang didaftarkan di negara itu yang didakwa terlibat dalam urusniaganya hendaklah juga diaudit sama.

A Kadir Jasin pula menyatakan, walaupun 1MDB dikatakan sebagai syarikat pelaburan strategik kerajaan tetapi bidang pelaburan yang diceburinya seperti janakuasa bukanlah suatu bidang perniagaan yang baru.

Lebih malang, tegasnya, pelaburan dalam pembekal janakuasa bebas atau IPP itu tidak saja dibuat dengan harga lebih tinggi daripada pasaran, bahkan juga ketika kontraknya dengan TNB sudah hampir tamat tempohnya.

Sehubungan itu, katanya, pelaburan dan hutang 1MDB yang tinggi dan sebahagiannya dijamin oleh kerajaan bukan isu yang boleh dipandang ringan oleh rakyat.

Perjuangan menuntut penyiasatan yang bebas dan menyeluruh berkaitan 1MDB ini seharusnya juga melepasi sempadan parti dan melibatkan semua pihak yang sayangkan negara ini, tambah beliau yang juga merupakan bekas Ketua Pengarang NSTP.

Dengan tegas, A Kadir Jasin menyatakan mereka yang bertanggungjawab dalam pelaburan meragukan dan hutang yang tinggi dalam 1MDB seharusnya diambil tindakan yang sewajarnya.

Berkenaan konflik kepentingan, A Kadir Jasin menyatakan beliau berulangkali menyatakan kedudukan Perdana Menteri memegang jawatan Menteri Kewangan secara serentak lebih mendedahkan kepada berlakunya amalan itu.

Secara umumnya peserta yang hadir amat berpuas hati dengan forum ini dan berharap ia sentiasa diadakan dari semasa ke semasa bagi memberi lebih pendedahan kepada rakyat berkaitan isu-isu ekonomi negara. ( SH 28/03/2015 )

Husam Musa dan A Kadir Jasin sebagai ahli panel manakala Yusmadi sebagai moderator...

Husam Musa mahu semua rakyat sedar nengenai beban 1MDB ini kepada mereka...

A Kadir Jasin mahukan isu 1MDB diperjuangkan melepasi sempadan parti...

Tukar agama: Pelajar sukarela nyata minat pada Islam

Posted: 28 Mar 2015 12:29 AM PDT

 
Satu-satunya kesilapan para guru itu ialah mereka tidak pernah berbincang dengn ibu bapa murid berkenaan.


fatimah-abdullah



MIRI: Laman Facebook Miri Community menerima kecaman keras daripada kerajaan negeri kerana menyiarkan tulisan yang mendakwa seorang murid perempuan berusia 13 tahun dari sebuah sekolah menengah di sini dipaksa menukar agamanya.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga, Datuk Fatimah Abdullah berkata, individu yang menulis catatan itu perlu bertanggungjawab mengenai tulisannya yang tidak mencerminkan perkara sebenar.

Kata beliau, tulisan itu bersifat berat sebelah dan boleh mencetuskan ketegangan agama serta menghancurkan keharmonian yang wujud sejak sekian lama di Sarawak.

"Paling penting, murid perempuan itu tidak pernah dipaksa memeluk Islam, dia masih beragama Kristian, dia secara sukarela datang berjumpa guru-guru berkenaan untuk menyatakan minatnya terhadap Islam sebelum bermulanya cuti persekolahan selama seminggu baru-baru ini," kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat tergempar dengan murid itu, ibu bapanya dan para guru.

Fatimah, yang juga bertanggungjawab bagi hal ehwal pendidikan di negeri ini berkata, para guru berkenaan berulang kali bertanya sama ada niatnya itu benar-benar ikhlas dan murid terbabit memberi jawapan positif, tanpa sesiapa mempengaruhi atau memaksanya menukar agama.

"Satu-satunya kesilapan para guru itu ialah mereka tidak pernah berbincang dengn ibu bapa murid berkenaan sebab dia dijaga datuknya," kata Fatimah, lapor Bernama.

Beliau berkata, malah murid itu mengaku dia berjumpa dengan guru berkenaan secara sukarela untuk menyatakan minatnya terhadap Islam.

Fatimah juga menafikan tuduhan beberapa individu melalui laman Miri Community bahawa guru berkenaan mempunyai "satu senarai panjang pelajar yang disasar untuk diIslamkan" di kawasan terpilih di sini.

Kontroversi ini timbul apabila gambar sepucuk surat aduan yang dihantar kepada pengetua sekolah itu mengenai guru berkenaan dan satu salinan laporan polis mengenainya dimuatkan dalam laman Miri Community, laman facebook berasaskan komuniti untuk berkongsi maklumat tentang Bandar Raya Miri, yang mendakwa guru berkenaan memaksa murid itu memeluk Islam.

Gambar itu segera tersebar dengan meluas dan banyak pengguna internet berkongsinya hingga mendorong parti pembangkang, PKR di sini mengambil tindakan.

Demi ekonomi negara, PM harus lepaskan jawatan Menteri Kewangan- Kadir Jasin

Posted: 28 Mar 2015 12:25 AM PDT

 
Najib jadi Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, semestinya dia guna kuasa yang ada selaku perdana menteri dan menteri kewangan untuk melakukan apa yang beliau hendak lakukan.


kadir jasin



PETALING JAYA: Bekas ketua pengarang Kumpulan Akhbar News Strait Times, Datuk Kadir Jasin mendakwa krisis ekonomi negara menjadi semakin buruk apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri menerajui Kementerian Kewangan sekaligus menyebabkan berlakunya 'konflik bertentangan'.

"Semasa zaman pemerintahan Tun M, saya pernah mengeluarkan pendapat bahawa perdana menteri tidak sesuai memegang jawatan menteri kewangan, sebab ia akan menyebabkan berlakunya konflik bertentangan," demikian katanya semasa berucap di dalam forum bicara masa depan ekonomi Malaysia di Shah Alam malam tadi.

Beliau juga sebelum ini pernah mengungkitkan hal yang sama apabila bekas perdana menteri Datik Seri Ahmad Badawi Abdullah menjadi menteri kewangan dalam masa yang sama supaya jawatan itu tidak dipegang terlalu lama.

"Sekarang, dia (Najib) jadi Pengerusi Lembaga Penasihat 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), semestinya dia guna kuasa yang ada (selaku perdana menteri dan menteri kewangan) untuk melakukan apa yang beliau hendak lakukan," ujarnya.

Beliau mengkaui perkara ini terbukti jelas apabila Najib mengarahkan 1MDB disiasat dan dilakukan audit, pada masa sama beliau secara terang-terangan bertindak campur tangan dengan manafikan bahawa Jho Low dan Riza Shahriz Abdul Aziz terlibat dengan 1MDB.

Walau bagaimanapun, Kadir menjelaskan isu 1MDB sebenarnya ada kebaikkanya isu itu menjadi bahagian daripada masalah kegawatan ekonomi yang sedang berlaku.

Ini kerana krisis tersebut mengungkitkan minat ramai rakyat dan menyedarkan mereka mengenai kegawatan ekonomi yang sedang berlaku sehingga ada yang sanggup turun ke jalan untuk melakukan demonstrasi.

Apapun, Kadir menyampaikan rasa kurang senang terhadap masa depan ekonomi Malaysia yang dikhuatiri akan bertambah merosot jika pemimpin dan rakyat melibatkan isu kewangan negara dengan politik kerana ia akan memburukkan lagi keadaan.

"Sebelum negara kita menjadi negara yang gagal, kita wajib bertanggungjawab dan perlu berfikir di luar kerangka politik, bukan hanya mengenai UMNO, DAP, PAS, PKR sahaja," demikian kata Kadir.

Malah, katanya masalah hutang negara boleh diselesaikan dengan syarat seluruh rakyat Malaysia bersatu dan bersama memikirkan cara yang terbaik bagi menangani krisis ini.

"Jika perkara ini tidak diselesaikan, bukan sekadar anak cucu kita akan menanggung hutang negara, tetapi mungkin menyebabkan negara muflis pada masa akan datang.

"Ekonomi negara kita tidak lagi kukuh, realitinya ekonomi negara tidak sekukuh sebelum tahun 1997,1998," katanya.

Pindaan hudud: PAS Kelantan minta mana-mana pihak henti beri kenyataan

Posted: 28 Mar 2015 12:06 AM PDT

Oleh Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz

 
Post Pic

 
 
SHAH ALAM: Pihak luar termasuk peguam digesa berhenti mengelirukan masyarakat berhubung rancangan PAS Kelantan yang mahu mengusulkan dan meminda Akta 355 (Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 di Dewan Rakyat nanti.
 
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sebaliknya menegaskan, apa yang mahu dibuat oleh PAS Kelantan itu ialah untuk melaksanakan hudud di negeri berkenaan dengan meminda akta berhubung mahkamah syariah dan bukannya Perlembagaan Persekutuan.
 
Sehubungan itu, beliau meminta mana-mana pihak yang tidak arif tentang perkara ini berhenti memberi kenyataan selagi mereka tidak mendalami dahulu perkara-perkara yang membabitkan Akta 355 dan Mahkamah Syariah.
 
"Dia tidak perlu 2/3 sebab kita perlu majoriti mudah sahaja. Pertama ialah pinda Akta 355, kedua memohon kebenaran di bawah Perkara 76 (A), semua ini tidak melibatkan pindaan perlembagaan, yang memerlukan 2/3 majoriti itu hanya kalau kita hendak pinda perlembagaan.
 
"Yang pertama kita hendak bawa Akta 355 dulu, perkara 76 (A) belum lagi, yang 76 (A) itu tidak tahu bila lagi. Yang kita hendak mula dulu dengan 355 dulu sebab kalau 355 lulus, empat daripada enam kesalahan syariah itu sudah boleh dilaksanakan.
 
"Kita ada enam kesalahan hudud kan, jadi kalau 355 sudah dipinda, empat daripada hukuman kesalahan di bawah kanun hudud sudah boleh dilaksanakan," katanya.
 
"Sebab itu saya kata mereka ini tidak tahu apa yang mereka cakap, mereka tidak tahu apa yang kita (PAS Kelantan) hendak buat. Itu yang menjadi masalah itu.
 
"Masing-masing bagi komen atas perkara yang mereka tidak faham sangat dan tidak tahu, menambahkan kekeliruan lagi ada mereka-mereka ini, sepatutnya tanya dulu PAS Kelantan apa hendak buat, bukan terus bagi komen, ini tidak, mereka terus komen tapi tidak tahu apa yang hendak dibuat," katanya kepada Antarapos ketika dihubungi tadi.
 
Beliau mengulas beberapa kenyataan daripada penganalisis politik dan pengamal undang-undang yang kini sudah mula lantang menyuarakan bahawa enakmen hudud tetap memerlukan 2/3 majoriti untuk diluluskan oleh Speaker di Dewan Rakyat.
 
Amar bagaimanapun menegaskan apa yang akan dibawa oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ialah Akta 355 terlebih dahulu dan tidak ada kena-mengena dengan apa yang dibahaskan oleh mereka di luar sana.
 
"Yang ini tidak ada pun hendak pinda perlembagaan.
 
"Yang pertamanya hendak pinda Akta 355, semua bidang kuasa mahkamah kita hendak luaskan bidang kuasa. Sebabnya sekarang Mahkamah Syariah terikat dengan Akta 355 atau dikenali sebagai (365), jadi rang undang-undang untuk Akta 355 ini memberikan kuasa yang lebih.
 
"Mahkamah syariah menghukum kehendak syarak, sementara yang satu lagi kita hendak meminta kebenaran parlimen untuk perkara 76 (A) 1 itu yang melibatkan hukuman potong tangan, mencuri dan hukuman bunuh. Sebab itu, di bawah bidang kuasa persekutuan," katanya.
 
"Bagi saya dia (Ahli Parlimen, Nazri Aziz) tidak faham, itu sahaja, kalau pinda perlembagaan memang betul memerlukan 2/3, itu kita pun setuju tetapi kita bukan hendak pinda perlembagaan, kita hanya memohon kebenaran di bawah perkara 76 (A) bukannya hendak pinda perkara 76 (A) tetapi kita memohon kebenaran, dia ada beza perkara itu," katanya.
 
Semalam, bekas menteri undang-undang, Datuk Seri Nazri Aziz berpendapat undang-undang hudud tidak akan dapat dilaksanakan di negara ini, dan mereka yang membincangkannya adalah individu yang "bodoh".
 
Nazri, yang juga menteri pelancongan berkata, undang-undang Islam itu hanya akan dapat dilaksanakan dengan meminda Perlembagaan Persekutuan, yang mana memerlukan majoriti dua pertiga majoriti Parlimen.
 
Selain Nazri, Penganalisis Politik, Dr. Azizuddin Md Sani turut memberikan pandangan yang sama dengan bekas menteri undang-undang itu sekali gus membayangkan PAS Kelantan melalui jalan yang sukar untuk mendapatkan 2/3 majoriti di Dewan Rakyat sekiranya mahu melaksanakan hudud di negeri itu.
 
 

Kanak-kanak hilang 18 jam ditemui dalam hutan

Posted: 27 Mar 2015 11:56 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KOTA KINABALU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun ditemui selamat selepas terpaksa bermalam di ladang getah bersendirian di daerah Tenom.
 
Healezry Zeandfly Henderi ditemui sedang tidur dalam kawasan belukar tebal kira-kira pukul 10.25 pagi semalam, selepas 18 jam dilaporkan hilang.
 
Selain terdapat kesan calar di pipinya, Healezry dalam keadaan baik walaupun dia kelihatan lemah dan takut sebaik sahaja melihat anggota bomba mendekatinya di ladang getah yang terletak kira-kira 300 meter dari rumahnya di Kg Kuala Tolokoson.
 
"Dia tidur di dalam kawasan belukar. Namun dia terjaga dan kelihatan takut apabila terlihat kami.
 
"Salah seorang anggota kami memberitahunya bahawa kami perlu membawa dia pulang ke rumah. Kanak-kanak tersebut kemudiannya bangun dan membenarkan dia untuk didukung," kata Pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Tenom, Hairin Sarbin ketika dihubungi.
 
Dalam laporan polis yang dibuat kira-kira pukul 4 petang Khamis, ibu Healezry, Moina Barahin, 27, menyatakan dia baharu sahaja pulang dari pasar bandar Tenom dan mahu pergi ke tandas.
 
Kanak-kanak itu mahu mengikut ibunya ke tandas.
 
Sebaik sahaja ibunya keluar dari tandas, kelibat Healezry sudah tidak kelihatan.
 
Healezry, yang mempunyai seorang abang dilihat kali terakhir berada di rumah tersebut bersendirian oleh jirannya.
 
Semasa operasi mencari Healezry di ladang getah di Kemabong, anggota bomba terdengar tangisan kanak-kanak sebanyak tiga kali antara pukul 8 malam dan 9 malam pada kelmarin.
 
Namun, mereka gagal mengesan kanak-kanak tersebut pada hari yang sama.
 
"Kami menghentikan operasi pencarian kira-kira pukul 11 malam dan meneruskan operasi pada keesokan harinya," kata Hairin.
 
 
Sebaik sahaja tiba di rumah, Moira memberikan anaknya itu minuman dengan segera sebelum memberinya makanan.
 
Kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Kemabong untuk pemeriksaan kesihatan dan pemantauan.
 
Hairin berkata kanak-kanak itu dilihat masih ketakutan dan tidak banyak bercakap selepas diselamatkan.
 
Namun, bapanya, Henderi Andiwang, 35, yang bekerja sebagai penoreh getah dan Moira mengucapkan terima kasih kepada anggota penyelamat yang berjaya membawa anaknya pulang.
 
 

"Anita Sarawak Tidak Pernah Cerai" - Noorkumalasari

Posted: 27 Mar 2015 11:54 PM PDT


Oleh: MOHD AL QAYUM AZIZI


Mahathir dan Anita masih lagi suami isteri.
 
 
 
PETALING JAYA: Laporan mengatakan kononnya Anita Sarawak sudah berpisah dengan suaminya, Mahathir Abdullah adalah gosip yang tidak benar.

Adik penyanyi itu, Noorkumalasari, 59, berkata,  Anita memberitahunya berita berkenaan adalah fitnah semata-mata.

"Kali terakhir saya berbual dengannya menerusi telefon kira-kira dua bulan lalu dan saya sendiri bertanya kepadanya tentang gosip mengatakan dia sudah berpisah dengan Mahathir dan dia memberitahu perkara itu tidak benar.

"Laporan yang keluar mengenai perkara itu adalah fitnah dan ini bukan perkara baru. Paling baik mendoakan kebahagiaannya dengan suaminya," kata Noorkumalasari ketika dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.

Norkumalasari mengulas mengenai gosip mengenai pasangan itu yang dilaporkan sudah bercerai.

Norkumalasari memberitahu semua gosip berkaitan kakaknya itu adalah tidak benar.


Dalam pada itu, Norkumalasari berkata, Anita tidak bercadang untuk kembali menetap atau pulang bercuti ke Malaysia dalam masa terdekat kerana selesa berada di Las Vegas, Amerika Syarikat.

Jelasnya lagi, Anita tidak mahu meninggalkan kediaman yang dibelinya di negara itu selain gembira dengan kehidupannya sebagai suri rumah sepenuh masa kepada Mahathir.

"Kehidupannya adalah di Las Vegas malah dia tidak berhasrat untuk pulang ke Malaysia dalam masa terdekat ini. Bukannya kerana dia sudah bercerai atau ingin mengelak daripada sesiapa sebaliknya dia gembira dengan kehidupannya sebagai suri rumah selain menguruskan bisnes bersama suami," ujarnya.


Perhimpunan akan tetap diteruskan

Posted: 27 Mar 2015 11:50 PM PDT



Oleh Sekretariat #KitaLawan 


Datuk Seri Najib Razak seharusnya merasa kesal dengan tindakan pihak polis yang menangkap dan menahan pemimpin-pemimpin rakyat dan aktivis-aktivis anak muda.

 Ternyata, strategi Ketua Polis Negara gagal menyekat kemaraan anak muda untuk ke Sogo hari ini dan sebaliknya hanya membantu anak muda #KitaLawan untuk mengajak lebih ramai lagi rakyat Malaysia untuk sertai himpunan hari ini.

Ketua Polis sepatutnya dipecat dengan segera kerana perangai beliau hanya memburukkan nama pasukan polis yang kini bukan sahaja menangkap dan memukul rakyat biasa tetapi juga menculik orang. 


Tetapi, Najib ialah Najib. Najib tidak nampak pentadbiran beliau terus menerus menindas rakyat.

Beliau tidak mempunyai prinsip dan tidak menghormati perlembagaan. Najib tidak peduli serta tidak faham masalah dan kesengsaraan rakyat.

Beliau lebih rela menyusahkan kita semua kerana bimbang memikirkan kemewahan yang dikecapnya masih tidak mencukupi.

Beliau sudah hilang hala tuju dan perlu diberitahu secara terbuka untuk letak jawatan perdana menteri dengan segera.

Kerana itu, kita sebagai rakyat Malaysia perlu lakukan sesuatu. Najib tidak akan memperjuangkan isu rakyat. Kita sendiri terpaksa memikul tanggungjawab untuk melawan rejim GST.

Usah gentar dengan provokasi dan intimidasi mereka. Kekuatan #KitaLawan bukan bergantung kepada mana-mana individu tetapi kekuatan #KitaLawan ada dalam sanubari kita, semangat untuk bangkit dan lawan.

Himpunan #KitaLawan akan diteruskan seperti dirancang. Berkumpul di Masjid Jamek, Dataran Merdeka atau di Ibu Pejabat PAS. Kita akan mula bergerak ke Sogo jam 4.00 petang.

Pasukan peguam (Urgent Arrest), bantuan kecemasan (medical team) dan pemerhati hak asasi manusia (Human Rights Monitoring Watch) akan bersama kita pada petang ini.

Kita raikan hak kita untuk berhimpun secara aman. Berdiam diri bukanlah satu pilihan.

Lagi ditekan, lagi #KitaLawan.- : http://www.themalaysianinsider.com

Mahasiswa yang baik dan bebas

Posted: 27 Mar 2015 11:46 PM PDT



Oleh Muhammad Ameruddin 


Hampir genap 2 tahun perjalanan buku jalanan di Skudai ini.Banyak pengalaman manis, pahit dan terkadang masam yang singgah dan berlalu pergi.. Yang manis itu biarlah menjadi kenangan semasa menjalani zaman tua kelak. Manakala yang pahit dan masam diharapnya menjadi pengajaran dan pendorong kepada pewaris yang bakal memegang tampuk pimpinan buku jalanan di sini kelak..

Asal penubuhan Buku Jalanan UTM (BJUTM) ini, hanyalah berbekalkan niat untuk melihat masyarakat dan mahasiswa di sini ke dewan kuliah serta arked berbimbitkan sebuah buku.


Tetapi bukanlah sekadar buku akademik atau bidang pelajarannya semata tetapi buku-buku yang berkisar tentang falsafah, pemikiran dan ideologi. Paling koman pun buku tentang isu-isu semasa tidak kisah berputar sekitar politik, ekonomi mahupun sosial.

"Jikalau ingin melihat generasi yang bijaksana dan berani, ajarkanlah anakmu perihal falsafah."

Kerancakan pembangunan di negara Malaysia kini, memandulkan fungsi dan peranan asal mahasiswa dan kepentingan ilmu yang dipelajarinya. Mahasiswa kini tidak lagi memikirkan tentang tanggungjawabnya kepada masyarakat tetapi sebaliknya hanya memikirkan "perut sendiri".

Di manakah tempat bergantungnya masyarakat yang meraba-raba dalam kegelapan, bilamana golongan-golongan yang diharapkan itu hilang bagai kacang lupakan kulit.

Pada awalnya, kelakukan pemuda-pemuda ini dilihat agak pelik dan janggal oleh sesetengah orang yang lalu-lalang. Mana tidaknya, dikala tasik ilmu ini menjadi tempat mahasiswa untuk beriadah, lima pemuda ini duduk-duduk santai beralaskan tikar yang dipenuhi buku.

Buku yang ada terbentang di situ, rencam genrenya. Sebut saja, politik, falsafah, ekonomi, agama, penulisan am, sastera dan sebagainya. Kesemuanya adalah buku yang dikumpul dari mahasiswa sendiri dan untuk dijadikan bahan bacaan dan pinjaman awam secara percuma.

Gila bukan?? Mungkin jawapannya "Ya" bagi yang tidak pernah mendengar.

Tetapi sebenarnya usaha-usaha sebegini sudah pun rancak berlaku di negara-negara yang membangun seperti Eropah dan Amerika Utara mahupun timur tengah.

Tetapi tidak apalah..Kita anggap saja status negara maju menjadi faktor utama yang menyebabkan mereka, negara-negara ini, lebih maju dari Malaysia dalam aspek pembangunan sosial dan kerancakan peradaban ilmu.

Jadi berbalik kepada hal tadi. Mana mungkin sebuah universiti yang berteraskan teknologi dan kejuruteraan ini mampu untuk menghasilkan mahasiswa yang berminat dan proaktif dengan bidang falsafah, ideologi, politik dan juga ekonomi (bahan-bahan yang agak berat dan memerlukan "iman" yang lebih untuk menelaahnya).

Lainlah keadaannya jika dibandingkan dengan menara-menara gading di sekitar pantai barat.
Bidang-bidang tersebut sememangnya menjadi bahan makanan atau santapan harian mereka di dalam dewan kuliah.

Tetapi kami percaya manusia ini organik dan dinamik sifatnya. Sistem pendidikan sekarang atau hasrat "murni" kerajaan yang dirancang tidak mampu untuk mengatur, merancang dan menjangkakan sepenuhnya hasil atau produk yang akan keluar dari percaturan mereka.

Tidak dapat dinafikan bahawa ada graduan-graduan yang keluar seperti yang dirancang oleh sistem atau pemerintah.

Graduan-graduan ini diharapkan oleh kerajaan dapat memenuhi keperluan revolusi industri versi Malaysia. Tidak kira keluar sebagai profession apa, seorang doktor, peguam, hakim, jurutera malahan pemimpin yang lahir daripada sistem tersebut.

Mereka ini boleh dikatakan meninggalkan peradaban dan kepentingan ilmu yang yang mereka dulu pelajari, tetapi sibuk atau disibukkan dengan pembangunan fizikal dan materi sebuah negara "modern".

Malahan produk-produk ini berjuang mati-matian untuk mempertahankan sistem atau so-called-perancang-yang adil-dan-menjamin-keamanan-negara-serta-masa-depan.

"It's easier to fool people than to convince them they have been fooled."

Tetapi ketahuilah disebalik sistem yang menekan dan menindas ini jugalah menyebabkan terdapat arus baru yang turut mengalir dan bergerak laju.Ianya adalah suatu gerakan bawah tanah yang rata-ratanya dipimpin dan digerakkan oleh anak-anak muda dan mahasiswa yang melihat kepincangan dalam sistem tersebut.

Mereka ini adalah golongan yang bergiat aktif dalam bidang seni, budaya, muzik, teater dan wacana.
Malangnya hasil atau kerja-kerja mereka ini terpinggir oleh arus media perdana. Atau lebih tepat lagi, golongan ini dilabel sebagai "kaki lepak" dan wajar dipantau atau disisihkan dari arus perdana. Dalam bidang politik kepartian pula, tidak kira di pihak kerajaan mahupun pembangkang, mereka tidak mendapat tempat.

Di mata golongan muda ini, pemimpin-pemimpin dalam parti politik ini hanyalah individu yang mementingkan kuasa dan pengaruh semata. Menjadikan agama, kaum dan warna kulit sebagai proses "mengambil hati" atau "memancing undi" masyarakat setempat.

Sedangkan bagi golongan muda ini, proses pembangunan dan ketamadunan sebuah negara tidak sepatutnya dipisahkan dengan sempadan-sempadan sebegitu. Sementara di mata parti politik kepartian ini pula, golongan muda ini dianggap sebagai ramuan hanya digunakan apabila perlu sahaja.

Hakikatnya, mahasiswa dan golongan muda inilah, yang so-called-defect-oleh-sistem, yang akan sedar dan memikul tanggungjawab yang lebih besar yakni untuk mengubah sistem berkenaan.

Mereka inilah yang menjadi sinar harapan masyarakat yang akan mencerahkan kembali kegelapan kepincangan tersebut dan juga lilin sebuah revolusi sistem yang baru dan lebih baik dari sedia ada.

Sejarah membuktikan segalanya. Bagaimana sistem kediktatoran pemerintah di zaman Jen Suharto contohnya digulingkan oleh mahasiswa dan anak muda. Jatuhnya sistem tirani sewaktu pemerintahan Husni Mobarak dan revolusi-revolusi eropah yang lain.

Tetapi ingatlah bahawa mahasiswa dan golongan ini mestilah dipimpin dengan panduan fikrah yang jelas dan menyeluruh serta bebas dari sebarang tali yang mengikat. Kerana jika mereka terikat atau diikat dengan mana-mana tali maka kitaran sisterm tersebut akan berulang sekali lagi.

Diharapkan sistem yang lebih baik untuk lahir tetapi akhirnya hanya sekadar sebuah revolusi sistem yang lebih kurang sama; menindas dan mengongkong.

Teringat kembali sebuah wacana ilmu yang pernah dianjurkan oleh Sinar Harian tempoh hari yang menjemput Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus sebagai salah seorang panel wacana tersebut.

Beliau ada menyebut. "Pemuda dan Mahasiswa mestilah baik dan bebas."

Bebas dalam konteks yang saya cuba sampaikan adalah bebas dari sebarang pengaruh luar yang cuba didoktrinkan oleh sebarang pihak.

Kerana mereka inilah yang bertanggungjawab untuk membina sebuah masa depan negara. Dan kita mesti ingat bahawa pendidikan atau sistem perancangan yang dilaksanakan sekarang tidak semestinya sesuai dengan dua puluh-tiga puluh tahun akan datang.

Cabaran yang akan dihadapi oleh pimpinan akan datang tidak sama seperti sekarang. Jadi, kita mengharapkan golongan-golongan anak muda dan mahasiswa yang bakal memimpin negara nanti akan memimpinnya ke arah yang lebih baik dan tidak menggulangi kesilapan dan kelemahan yang dilakukan oleh kita kepimpinan sekarang.

Jadi, bagi menghasilkan mahasiswa yang baik dan bebas, ruang-ruang kebebasan mestilah diberikan kepada mereka.

Mahasiswa dan anak muda sepatutnya diberikan peluang untuk berbicara soal kelemahan masyarakat dan negaranya. Dan golongan kepimpinan sekarang, tidak kira diperingkat kampung, daerah, khususnya universiti dan negara, mestilah rela untuk memberikan jawapan-jawapan kepada mahasiswa dan anak muda tersebut tanpa perlu berselindung dan rendah diri.

Perasaan rendah diri tidak seharusnya menjadi alasan kenapa kita bimbang untuk membincangkan kelemahan-kelemahan dalam perjalanan pembangunan bangsa dan tamadun negara.

Hal ini kerana, sikap kritiklah yang akan membangunkan masyarakat kita untuk masa akan datang.

Memang tidak salah sama sekali untuk kita berbangga dengan kegemilangan dan kemajuan masa lampau. Malahan ianya menjadi suatu keharusan untuk kita mengagungkan kekuatan-kekuatan masyarakat dan negara kita sebagai bagian dari mata rantai umat manusia sejagat.

Tetapi untuk sesebuah tamadun atau negara itu terus "survive" dan mencapai tingkat keagungan ianya perlu dirintis dengan proses pembaharuan, reformasi dan tajdid yang berterusan. Dan ini hanya mungkin berlaku dengan wujudnya perbincangan-perbincangan, analisis kritikan dan seumpamanya.

Kerana dengan cara inilah generasi baru yang akan menjadi pelapis pimpinan negara untuk masa hadapan dapat belajar dari kesilapan sekarang, seterusnya tidak mengulanginya lagi sewaktu zaman mereka kelak agar proses pembangunan bangsa dan negara dapat dilakukan dengan lebih baik dan jitu dari masa sekarang.

* Muhammad Ameruddin Che Ibrahim adalah pelajar UTM Skudai dan juga salah seorang penggerak dalam Buku Jalanan UTM.

Ikat jamin peserta GST RM3,000 ‘hukuman’ sebelum dihukum

Posted: 27 Mar 2015 11:32 PM PDT

SELANGOR KINI


SHAH ALAM : Keputusan mahkamah mengenakan ikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin ke atas 25 individu ditahan ekoran protes GST sebagai berlebihan dan bersifat menghukum.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata ikat jamin hanya bertujuan menjamin kehadiran orang kena tuduh ke Mahkamah.

14926_435800073240625_8540927330384265787_n

Katanya, mahkamah sepatutnya menggunakan budi bicara diamanahkan kepadanya dengan penuh kebijaksanaan.

"Mereka ditahan bukan dari kalangan penjenayah berbahaya atau mempunyai rekod jenayah yang harus diikat jamin begitu tinggi memastikan kehadiran mereka," kata Nik Nazmi dalam kenyataan media.

Katanya, 15 orang Penyokong UMNO yang merempuh masuk DUN di Pulau Pinang tahun lepas yang mengugut dan merosakkan harta awam di dalam dewan hanya didenda RM1,500.

"Sementara peserta perhimpunan aman di luar pejabat Kastam ini yang belum pun dibicarakan telah 'dihukum' terlebih dahulu," katanya.

Nik Nazmi berkata mereka yang ditahan itu adalah individu yang hanya menggunakan hak bersuara mereka sepertimana yang dijamin di bawah Perlembagaan.EZY


PENGUMUMAN: Selangorku.com tidak boleh diakses untuk naik taraf

Posted: 27 Mar 2015 11:28 PM PDT

SELANGOR KINI


SHAH ALAM : Laman web Selangorku.com akan menjalani proses menaik taraf bagi meningkatkan keberkesanan sistem operasinya.

Laman itu akan mengalami gangguan sementara dan tidak dapat diakses bermula jam 9 malam 26 Mac (Khamis) sehingga jam 10 pagi 29 Mac (Ahad).

Semua berita, rencana dan video akan dimuat naik di laman Facebook. 

Editorial Selangorku memohon maaf atas gangguan berkenaan. Terima kasih atas sokongan pembaca.


Berhenti jadi pengadil di media sosial dan banteras jenayah di dunia nyata

Posted: 27 Mar 2015 05:17 PM PDT



Oleh V Shuman 


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang sejak akhir-akhir ini aktif di laman media sosial (kebanyakannya atas sebab yang salah), baru-baru ini telah membuat jenaka paling besar.

Selepas menerima kritikan meluas kerana kelakuannya di Twitter, Khalid mengabsahkan kehadirannya di platform itu dengan berkata, "Saya seperti seorang pengadil di media sosial."

Tuan tahu, hidup ini lebih sekadar perlawanan bola sepak dan Malaysia lebih besar dan jauh lebih merbahaya berbanding padang bola, untuk anda menumpukan perhatian dan bazirkan tenaga di "padang" tersebut.

Ketika anda sibuk mengejar pengguna media sosial, menunjukkan kad kuning dan merah kepada mereka, rakyat Malaysia yang tidak bersalah di dunia sebenar sedang dirompak, diragut dan malah dikelar di siang hari.

Sementara anda sibuk meniup wisel dan memberi arahan kepada penjaga garisan anda; gangster, pengedar dadah dan pengendali pusat maksiat bebas bergerak dan menjadikan rakyat tidak bersalah sebagai mangsa, sementara bakal militan merekrut ahli-ahli baru di tepi padang tempat anda sendiri menjadi pengadil.

Baru-baru ini, Khalid dipetik sebagai berkata, beliau menggunakan Twitter untuk memberi arahan kepada pegawainya untuk mendapat maklum balas yang pantas, terutama berhubung komen-komen berbau hasutan.Masyarakat sentiasa mahukan kita bertindak dengan segera tetapi apabila saya berbuat demikian, perkara itu dilihat tidak betul pula," kata Khalid.


Tuan seriuskah?

Benar tuan, kami memang mahu polis bertindak secara pantas, namun bukan terhadap kes yang anda atau sesetengah pihak lihat sebagai menghasut.

Apa yang kami mahukan adalah tindakan segera terhadap hal-hal yang memberi kesan kepada kehidupan rakyat Malaysia sehari-hari. Perkara yang merbahayakan nyawa dan anggota badan mereka – dan akhirnya reputasi negara.

Jika anda sudah terlupa, ini adalah satu peringatan: Peningkatan kes ragut, rompak, bunuh, industri maksiat yang terus berkembang, masalah pemerdagangan manusia yang telah meletakkan negara kita dalam kelompok terendah dalam senarai antarabangsa bagi jenayah tersebut, serta rasuah yang berleluasa, termasuk dalam pasukan anda.

Kebanyakan jenayah ini tidak dibendung, pada masa sama polis memiliki pasukan khas untuk mencari mereka yang menyuarakan pandangan berbeza di media sosial.

Jenayah-jenayah di atas yang mampu menjejaskan kestabilan, keselamatan dan keharmonian negara. Bukannya komen daripada pengguna internet yang meluahkan kerisauan terhadap keadaan semasa, atau kekecewaan ke atas pentadbiran negara.

Anda pernah dengan tentang "keutamaan"?

Khalid juga berkata, komen-komen menghasut di internet semakin berkurang sejak beliau aktif di Twitter.

Wow, beliau benar-benar mengiranya sendiri? Tidak hairanlah keadaan jenayah di negara ini teruk.
Bolehkah mana-mana pihak memberitahu Khalid yang beliau bukanlah "Neo" dalam filem the Matrix, dan kita tidak hidup dalam grid komputer?

Ada badan seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang bertanggungjawab memantau media sosial, dan mereka tidak memerlukan seorang ketua polis untuk membuat kerja mereka.

Jika Khalid sememangnya ketagih dengan media sosial, barangkali beliau patut menimbang untuk mengetuai SKMM, dan biarkan orang lain untuk menjalankan tugas polis yang sebenarnya.


Pelajar UKM derita 10 tahun tak cukup bekalan air

Posted: 27 Mar 2015 05:09 PM PDT


Air UKM
 
 
 
BUKAN mudah untuk mengimbangi waktu belajar dengan kehidupan seharian jika terpaksa berhadapan masalah air setiap hari. Apatah lagi jika ia berlaku dalam tempoh yang panjang iaitu 10 tahun.

Ya, 10 tahun.

Saban hari pelajar-pelajar ini terpaksa berhadapan dengan kesulitan mendapatkan bekalan air bersih untuk kegunaan mereka sehingga ada yang terpaksa menumpang mandi di luar kampus sebelum menghadiri kuliah.

Menurut Speaker Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia, Zaki Shukor, sesetengah penuntut UKM turut mendaki bukit tinggi dengan membawa kelengkapan mandi seawal subuh semata-mata untuk mendapatkan bekalan air bersih di blok kampus lain.

"Pihak yang paling terkesan dengan ketiadaan air di kampus ini adalah mahasiswi. Kerana mereka itu kaum perempuan. Mereka terpaksa berjalan kaki jauh untuk mengambil bekalan air atau untuk mandi.

"Kalau kami (lelaki) mungkin bukan satu masalah besar. Kami boleh tumpang motosikal kawan untuk mandi di mana-mana, tetapi lain bagi kaum perempuan," katanya ketika ditemui Sinar Online di Bangi, hari ini.

Zaki bersama sekumpulan mahasiswa ditemui selepas penyerahan Memorandum Tuntutan Air Pelajar UKM kepada Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming yang berlangsung di hadapan bangunan Canselori UKM, petang tadi.

Tambahnya, masalah air yang melanda di UKM menyebabkan ada di antara penuntut yang terpaksa ponteng kelas.

"Kalau kami ada kelas pada pukul 8 pagi, kami terpaksa bangun awal sebelum jam enam untuk berjalan kaki mencari sumber bekalan air dari blok kampus ke blok yang lain.

"Malah ada antara kami yang terpaksa ponteng kelas hanya kerana mahu mandi. Ada juga di antara kami yang terpaksa ke kelas dalam keadaan tidak mandi," katanya

Sementara itu, menurut seorang lagi penuntut UKM, Asheed Ali, sebelum ini pihak mahasiswa pernah cuba bersemuka dengan pihak pengurusan dan pentadbiran universiti namun jawapan yang diberi amat mengecewakan.

"Selama ini penerangan berkaitan masalah ini tidak jelas. Apa yang kami faham, sistem perpaipan di sini (universiti) dibuat bertahun-tahun lepas. Dulu kapasitinya dibuat untuk menampung hanya 10,000  penghuni siswa dan siswi. Sekarang bilangan penuntut universiti bertambah dan air tidak cukup buat kami semua," katanya.

Malah dakwanya lagi, ada pelajar dilapor mengalami kemalangan sewaktu cuba mengangkut air di kawasan kampus universiti.


DAP Sarawak ada kuasa keluar PR

Posted: 27 Mar 2015 05:04 PM PDT


Anthony Loke
 
 
 
KUALA LUMPUR - DAP Sarawak mempunyai autonomi sendiri untuk membuat sebarang keputusan berkaitan parti itu termasuk masa depan dalam PR.
 
Demikian reaksi Setiausaha Pengelola DAP, Athony Loke Siew Fook ketika ditanya tentang keputusan DAP Sarawak, semalam yang mengumumkan keluar dari pakatan pembangkang berkuatkuasa serta merta.
 
Menurutnya, DAP Pusat tetap berpegang pada keputusan yang telah dibuat pada Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC), Isnin lalu.
 
"DAP Sarawak ada autonomi sendiri untuk buat keputusan. (Tidak maklum pusat?) Tiada kena mengena dengan DAP Pusat.
 
"Isu itu (DAP Pusat ikut jejak DAP Sarawak) tidak timbul. DAP Pusat masih tetap dengan keputusan CEC, Isnin lalu," katanya kepada Sinar Online, semalam.
 
[ARTIKEL BERKAITAN: DAP Sarawak umum keluar PR]
 
Sementara Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, hudud hanyalah alasan DAP Sarawak untuk keluar daripada perikatan pembangkang. 
 
 
Selasa lalu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan pihaknya tidak boleh bekerjasama dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang setelah hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap pemimpin nombor satu Pas itu susulan keputusan Pas dalam isu hudud.
 
Keputusan itu mendapat pelbagai reaksi pimpinan Pas yang sebulat suara menyatakan sokongan kepada Abdul Hadi.
 
Malah kenyataan Guan Eng itu disifatkan biadab.
 
 

Kay Kim: Polis khidmat untuk raja, bukan Inggeris

Posted: 27 Mar 2015 05:02 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Pakar sejarah profesor emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim memberitahu Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini bahawa ketika serangan komunis di Bukit Kepong, polis berkhidmat untuk Raja-raja dan bukannya di bawah
British.

Khoo, yang merupakan pakar sejarah Malaysia, berkata walaupun pentadbiran Tanah Melayu di bawah British ketika serangan pada tahun 1950 itu, tetapi pemerintahan adalah di bawah Raja-raja.

Beliau berkata pihak British telah menandatangani perjanjian dengan Raja-raja bahawa Tanah Melayu hanya dinaungi British, bukan dijajah dan pemerintahan itu masih kekal kepada Raja.

"Sejarah merupakan sesuatu yang dapat diuji dan kesimpulan sejarah mestilah tepat.

"Ahli-ahli sejarah tidak dibenar membuat penghakiman dari sudut moral," katanya ketika memberi keterangan di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi pada perbicaraan kes Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang didakwa memfitnah anggota keselamatan Bukit Kepong dalam ceramah di Tasek Gelugor pada Ogos 2011.

Khoo (kiri) berkata demikian ketika menjawab soalan peguam Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili Mohamad Sabu.

Khoo berkata tidak dinafikan dan secara praktik bahawa polis pada ketika itu di bawah pentadbiran British tetapi Raja-raja masih mempunyai kuasa mutlak.

Meor Sulaiman kemudian menetapkan 27 April untuk serahan nota bertulis dan membenarkan jaminan tertuduh dilanjutkan.

Pendakwaan dikendalikan timbalan pendakwa raya Datuk Razali Che Ani dan Yusaini Amir Abdul Karim.

Mohamad, yang juga dikenali sebagai Mat Sabu, 59, didakwa memfitnah anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di balai polis Bukit Kepong, Muar pada 23 Feb 1950 dengan membuat tohmahan yang boleh merosakkan nama baik mereka.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu dalam ceramahnya di Pusat Asuhan Tadika Islam (Pasti) Al Fahmi, Markas Tarbiyah PAS Padang Menora, Tasek Gelugor pada 21 Ogos 2011.

Tertuduh juga menghadapi pertuduhan pilihan iaitu memfitnah tiga anggota polis iaitu konstabel marin Abu Bakar Daud, konstabel Jaafar Hassan dan Yusoff Rono serta anggota keluarga mereka pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Mat Sabu didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - Bernama


Nak rai perkahwinan anak PM, bukan nak langgar'

Posted: 27 Mar 2015 05:00 PM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Kita Lawan menegaskan bahawa ia tidak langsung berhasrat untuk 'melanggar' majlis perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak tetapi mahu meraikannya bersama.

"Kita takde langsung nak melanggar perkahwinan tersebut. Itu persepsi yang tak betul. Kita nak raikan bersama. Ia kenduri kahwin kan, takkan takde kenduri untuk rakyat," kata ahli jawatankuasa gerakan itu, Fariz Musa.

Mengenai pendirian DAP yang tidak begitu bersetuju dengan rancangan tersebut, Fariz yang juga ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR berkata, ia tidak akan menghalang kejayaan perhimpunan itu.

"Kita mengharapkan kehadiran rakyat, kita harapkan sokong kerjasama baik DAPSY, tapi sekiranya mereka tak boleh bagi komitmen, tidak mengapa.

"Kita yakin, kehadiran rakyat, NGO dan parti politik yang lain akan menjayakan perhimpunan esok," katanya kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun, Fariz berkata fokus perhimpunan esok tidak sepatutnya terhadap majlis perkahwinan tersebut.

"Fokus kita sebenarnya adalah pembebasan Datuk Seri Anwar ibrahim, cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kenaikan harga barang dan sebagainya.

"Kenapa nak difokuskan isu nak merempuh, itu tak releven," tegas Fariz.

Penjelasan PKR

Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, pihaknya meneliti beberapa laporan media yang cuba berkata PKR ada mengeluarkan arahan kepada ahlinya untuk mengganggu perjalanan majlis perkahwinan tersebut.

"Ini adalah tidak benar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Merujuk kepada pekeliling Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli, Fahmi berkata, PKR menyatakan sokongan penuh terhadap himpunan Kita Lawan esok kerana ia selaras dengan pendirian parti yang menentang pelaksanaan GST, penyalahgunaan Akta Hasutan, serta kekerasan polis terhadap rakyat Malaysia yang berhimpun akhir-akhir ini.

"Selain itu, PKR turut mengerahkan anggotanya untuk hadir perhimpunan ini bagi menuntut pembebasan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Fahmi (kiri) lagi.

Pekeliling tersebut meminta ahli parti itu berkumpul di tiga lokasi yang ditetapkan penganjur sebelum bergerak ke lokasi utama iaitu di Sogo.

"Tidak disebut sebarang lokasi selain daripada itu," kata Fahmi lagi.

Menurutnya, berhimpun dengan aman adalah satu hak asasi yang patut diraikan segenap rakyat Malaysia.

"Oleh itu, PKR berharap himpunan KitaLawan esok akan berjalan dengan lancar dan dengan kerjasama semua pihak, termasuk dari pihak Polis Diraja Malaysia," katanya.
 
 

Perkemaskan langkah dalam apa jua keadaan

Posted: 27 Mar 2015 04:55 PM PDT

Oleh MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF 


RAMAI sahabat di luar sana mengatakan ini tempoh untuk setiap pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat bermuhasabah diri. Apa yang boleh saya katakan, Pakatan Rakyat adalah impian pembaharuan buat rakyat Malaysia ke arah pembentukan sebuah negara bangsa yang lebih terbuka dan dinamik. Pun begitu, bagi kebanyakan orang-orang kampung, penyatuan Parti Islam Se-Malaysia PAS bersama-sama dalam Pakatan Rakyat bukanlah suatu yang mudah untuk diterima.

Itulah kesimpulan yang dapat saya rasakan dalam banyak bicara dan lepak dengan pak tani, pesawah  dan mereka yang senang menghirup udara desa. Pada mereka apa perlunya PAS dalam Pakatan Rakyat apabila matlamat perjuangan PAS itu cukup jelas iaitu Islam?

"Tak boleh ke PAS berjuang sendirian tanpa ada pakatan sini dan situ?" Itu persoalan yang biasa dilontarkan. Ia ditambah lagi dengan kelicikan media-media propaganda Umno dan Barisan Nasional dalam membentuk pemikiran rakyat betapa rakan-rakan PAS dalam Pakatan Rakyat tidak sehaluan ideologi perjuangan.

Namun atas semangat kebersamaan dalam satu pakatan ditambah pula itulah keputusan muktamar (badan tertinggi dalam PAS), mereka kita yakinkan dengan sehabis mampu untuk sama-sama mendokong aspirasi Pakatan Rakyat. Mengapa tiba-tiba suasana bagai lembu gila terputus talinya?

Hemburan demi hemburan kini dilempar terhadap tubuh badan Tuan Guru Presiden secara terang-terangan, tidak lagi berselindung. Syukur sekali ke hadrat Allah, Islam itu sempurna dengan segala macam pentunjuk atas setiap permasalahan. Al-Quran dan Sunnah serta ijmak telah cukup sebagai rujukan termasuklah pada waktu-waktu sebegini.

Suatu firman Allah SWT dari surah Mariam yang bermaksud:

"Nabi Zakaria bertanya: Wahai Tuhanku! Bagaimanakah caranya aku akan beroleh seorang anak, sedang isteriku adalah seorang yang mandul dan aku sendiri pula telah sampai had umur yang setua-tuanya?

Penyeru itu menjawab: Demikian keadaannya janganlah dihairankan; Tuhanmu berfirman; Hal itu mudah bagi-Ku kerana sesungguhnya Aku telah menciptakanmu dahulu, sedang engkau pada masa itu belum ada sebarang apapun". (Surah Maryam: Ayat 8 -  9)

Ketentuan Allah itu adalah suatu yang telah ditakdir. Pada setiap masa dan waktu, tadbir manusia tidak akan mengatasi apa yang ditakdirkan oleh Ilahi. Pengajaran daripada kisah Nabi Zakaria antara lainnya cukup jelas. Sesuatu hal yang pada mata manusia mustahil berlaku, ia tidak mustahil di sisi Allah SWT.

Rahmat Allah itu sentiasa beriringan dengan apa jua yang dilakukan oleh manusia itu. Pertolongan Allah kepada umat Islam dan para pejuang agamanya sentiasa berlaku, apatah lagi bilamana usaha yang paling baik dan optimum telah dilakukan oleh umat Islam dan para pendokong di jalan jihad.

Berbalik kepada suasana semasa yang berlaku, tentu sekali buat masa ini perkiraan kita adalah bersatu dalam Pakatan Rakyat bersama rakan-rakan yang lain. Sebagaimana disebut oleh Tuan Guru Presiden, apa yang berlaku pada masa hadapan adalah semata-mata dalam pengetahuan Ilahi.

Sebagai manusia, kewajipan kita hanyalah merencana gerak kerja dan melaksanakan apa yang direncana dengan sehabis daya. Sama ada PAS terus bersama dalam Pakatan Rakyat atau bersendirian, kita seharusnya telah lebih bersedia untuk mendepani sebarang cabaran pada masa hadapan tanpa rasa gundah gulana.

Bukan kita tidak pernah berjuang tanpa rakan. Bukan kita tidak pernah berjuang tanpa ada sokongan yang ramai. Pada masa yang sama, bukan juga kita tidak menghargai rakan-rakan sepanjang perjuangan ini. Namun suasana hari esok mungkin saja berbeza dengan hari ini dan hari semalam.

Sejak dulu kita punya agenda dalam jejak di medan perjuangan. Kita punyai panduan untuk dizahirkan. Agenda Negara berkebajikan misalnya masih amat memerlukan pengisian.

Dalam mendepani cabaran semasa, kesediaan kita memikul agenda ini dalam apa jua keadaan harus dipersiap. Persoalan sama ada terus berada di dalam atau luar pakatan tidak harus mengendurkan fokus kita pada agenda yang telah digagaskan oleh Tuan Guru Presiden.

Setiap saat harus kita ingat bahawa Allah itu amat kasihan belas dan maha pemberi rahmat kepada setiap jiwa yang melakukan kebaikan. Terus-terusanlah bermunajat dan bergantung kepada Allah di sebalik tiap gerak kerja yang dilakukan. Perkemaskanlah tapak pada setiap langkah perjuangan.

Pegawai kastam kurang ceria dalam video GST

Posted: 27 Mar 2015 04:49 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Satu video mempromosi pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dikesan tersebar di media sosial hari ini yang menerima pelbagai reaksi dari pengguna Internet.

Ia antara lain menunjukkan para pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia menyanyi beramai-ramai bagi mempromosi cukai yang akan berkuatkuasa Rabu depan.

Namun ada di antara para pegawai tersebut yang kelihatan tidak begitu ceria dalam video sepanjang tiga minit itu.

Pegawai lelaki itu, yang berdiri dalam barisan paling belakang, bagaimanapun dilihat berjaya mengekalkan kedudukan dan mengikut rentak tarian.

 
Ada kalangan pengguna Internet yang berpendapat, Jabatan Kastam sepatutnya mengupah seorang pereka tari untuk memperkemas persembahan tersebut.

"Mereka perlukan seorang pereka tari dengan lenggok tarian lebih baik. RTM sangat," kata pengguna Facebook, Fazi Ghazali.

Ada juga yang tidak yakin dengan kemampuan Jabatan Kastam menguruskan kutipan cukai tersebut apabila melihat mutu video berkenaan.

"Hancur lagu dan video GST Kastam ini. Lagu dan video pun tidak boleh urus dengan baik macam mana hendak urus cukai?," kata penulis muda terkenal, Pipiyapong di Twitter.

Sementara itu, ketua pengarah jabatan itu, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, video berkenaan bukan satu penerbitan rasminya.

Video berkenaan sebaliknya diusahakan oleh kakitangannya sendiri antaranya untuk meningkatkan semangat kerja di kalangan mereka, katanya seperti dipetik laman The Rakyat Post.

"Tidakkah anda pernah berasa begitu sayang pada kerja anda sehingga kadang-kadang anda mahu berbuat satu perkara yang seronok mengenainya?," katanya.

Menurutnya, penerbitan itu juga tidak menggunakan sebarang dana.

Bagaimanapun, gelagat peserta yang kurang ceria dalam video berkenaan masih menimbulkan tanda tanya sama ada pegawai tersebut dipaksa untuk menyertainya.

Kerajaan sebelum ini giat menerbitkan iklan di televisyen dan radio untuk mempromosi kebaikan GST.


Rafizi arah anggota PKR bebas Anwar?'

Posted: 27 Mar 2015 04:44 PM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Naib Presiden PKR Rafizi Ramli ditahan kerana disyaki menggesa orang ramai membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara.

Katanya, perkara itu berdasarkan satu surat terbuka yang mengarahkan anggota PKR keluar esok bagi menyertai perhimpunan Kita Lawan.

Dalam surat itu, Rafizi mengarahkan para penyokong untuk "membebaskan Anwar", kata Khalid.

"Surat terbuka macam ini membawa berbagai-bagai makna.

"Adakah dia mengarahkan orang-orang dia supaya pecah penjara keluarkan Anwar?

"Bila surat begini dikeluarkan, ia akan beri kefahaman yang berbagai kepada orang yang tidak faham.

"Jadi kita panggil, kita tahan dia untuk kita siasat sejauh mana surat ini telah diedarkan, dan kita nak tahu reaksi pengikutnya terhadap arahan membebaskan Anwar," katanya.

Semalam Rafizi mengeluarkan arahan supaya semua anggota PKR supaya menyertai perhimpunan Kita Lawan 4 petang esok.

MP Pandan itu ditahan petang ini di pusat khidmatnya dan disiasat mengikut Akta Hasutan.

Selain berkumpul di kompleks membeli-belah Sogo mulai jam 4 petang seperti beberapa minggu lepas, perhimpunan Kita Lawan esok turut bertujuan "meraikan" majlis perkahwinan anak perdana menteri di pusat konvensyen KLCC.

Majlis majlis perkahwinan anak perempuan Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk orang kenamaan dijangka diadakan jam 8 malam.

Mereka dijangka berarak dari beberapa lokasi sebelum menuju ke Sogo dan kemudian KLCC.
 
 

IGP: Peserta demo Kita Lawan akan ditangkap

Posted: 27 Mar 2015 04:42 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran untuk menangkap mana-mana individu yang menyertai perhimpunan Kita Lawan esok.

Katanya, pasukannya memantau individu yang mengajak orang ramai menyertai perhimpunan tersebut.

"Jika kami berasa ia akan membawa kekacauan, kami akan bertindak," katanya dalam sidang media hari ini.

Polis hari ini telahpun menahan beberapa individu, termasuk setiausaha agung PKR Rafizi Ramli yang mengarahkan anggota parti itu menyertai perhimpunan esok.

IGP mendakwa bahawa beliau menerima banyak laporan daripada orang ramai bahawa perhimpunan Kita Lawan telah mengganggu ketenteraman awam.

Katanya, jika mahu menganjurkan perhimpunan, ia mesti mengikut undang-undang.

Masalahnya, tegas IGP, mereka mahu melakukanmya mengikut cara mereka dan itulah sebabnya polis perlu mengambil tindakan.

Khalid juga mengingatkan bahawa negara ini mempunyai undang-undang dan pasukan polis.

"Jika pihak polis tidak mengambil tindakan... Anda boleh fikir sendiri, "katanya.

Selain berkumpul di kompleks membeli-belah Sogo mulai jam 4 petang seperti beberapa minggu lepas, perhimpunan Kita Lawan esok turut bertujuan "meraikan" majlis perkahwinan anak perdana menteri di pusat konvensyen KLCC.

Majlis majlis perkahwinan anak perempuan Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk orang kenamaan dijangka diadakan jam 8 malam.

Mereka dijangka berarak dari beberapa lokasi sebelum menuju ke Sogo dan kemudian KLCC.


Hisham Rais, Mat Sabu ditangkap

Posted: 27 Mar 2015 04:40 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Polis meneruskan operasi ke atas para aktivis dan para pemimpin Pakatan Rakyat menjelang perhimpunan perhimpunan besar Kita Lawan di Kuala Lumpur.

Seorang daripadanya, aktivis sosial Hishamuddin Rais 'diculik' oleh beberapa individu yang berdekatan dengan tempat protes duduk Kita Lawan dan dibawa ke Balai Polis Daerah Dang Wangi.

Seorang lagi, timbalan presiden PAS Mohamad Sabu ditahan dalam kejadian berasingan di Pulau Pinang, kata senator PKR, Syed Husin Ali.

Menurut PKR, polis turut memanggil naib presiden parti itu, Tian Chua untuk siasatan di IPD Dang Wangi.

"Beliau kemungkinan besar akan ditahan malam ini," kenyataan rasmi parti itu dipetik.

Kejadian melibatkan Hishamuddin berlaku berhampiran persimpangan Jalan Tun Perak-Jalan Tuanku Abdul Rahman sejurus selepas Hishamuddin turun dari teksi.

Beberapa lelaki yang menunggang motosikal menariknya dan membawanya masuk ke dalam kereta berwarna perak yang mengekori teksi tersebut.

Lebih 10 orang aktivis yang ternampak kejadian itu mengejarnya, menyebabkan kenderaan tersebut terburu-buru membuat pusingan-U.

Beberapa penunggang motosikal bertindak memanjat pembahagi jalan untuk beredar dari situ.

Selipar Hishamuddin kemudiannya ditemui berhampiran tempat kejadian.

Beberapa minit selepas kejadian berlaku, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Zainol Samah diminta untuk mengesahkan sama ada Hishamuddin ditangkap.

Bagaimanapun, Zainol berkata dia tidak tahu mengenai perkara itu.

Namun, para aktivis kemudiannya dapat mengesahkan bahawa Hishamuddin ditahan di IPD Dang Wangi.

Di Pulau Pinang, kejadian melibatkan Mohamad dikatakan berlaku pada kira-kira jam 11.40 malam di sebuah restoran di Sungai Dua.

Saksi, seorang MP PAS, Datuk Mujahid Yusuf Rawa berkata bedliau pada masa itu sedang minum bersama timbalan presidennya itu selepas habis bermesyuarat.

"(Mohamad ditahan) polis dari Bukit Aman lengkap dengan ski mask dan senjata lalu dibawa ke balai polis Seberang Jaya.

"Kami PAS Pulau Pinang berasa kesal dengan tindakan penangkapan ke atas pesuruhjaya kami yang juga timbalan presiden PAS," katanya dalam satu kenyataan.




Tiada ulasan: