Sabtu, 28 Mac 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Apa yang dia tahu?

Posted: 28 Mar 2015 09:00 AM PDT


  Tolonglah rajin-rajin sikit tengok-tengok ke belakang dan bawah....Jangan asyiik mendongak keatas dan ke hadapan sahaja. 


  Sekumpulan budak-budak kencing berjemaah hina Timbalan sendiri pun Hj Hadi tidak ketahuan.

  Kalau dia tidak tahu mengenai penangkapan Rafizi, aktivis politik Hishamuddin Rais atau Tian Chua , aku tidaklah kisah sangat.

  Tapi bila timbalannya sendiri, Mat Sabu ditahan polis tengah malam tadi di Seberang Jaya, Pulau Pinang , dia juga  tidak ketahuan  susah aku nak faham kenapa begitu naif sekali....   Orang kampung semua pun tahu.....

Gambar paling menarik di abad kini

Posted: 28 Mar 2015 05:00 AM PDT


  Walaupun polis sudah memberi amaran jangan berhimpun dan berarak, peserta #KitaLawan tetap berhimpun dan berarak petang ini menyebabkan lalu lintas di beberapa laluan utama di ibu kota terganggu. 

   
Sasterawan Negara, orang yg sudah tua tapi sarat dgn semangat melawan regim, Dato A Samad Said memimpin dan berucap di hadapan Sogo ptg ini, 28 Mac 2015. YB Khalid Samad, Dr Dzulkefly Ahmad dan Ustaz Fakhrul Razi daripada Pas turut bersama berpencak silat. Pengerusi Bersih, Maria Chin jg bersama unjuk rasa. ~ Dato' Tarmizi Mohd Jam


Macam-macam idea yang menghiburkan tapi menyentap kalangan tertentu  - Perarakan pengantin dgn iringan bunga manggar telah menjadikan Himpunan Aman ‪#‎KitaLawan‬ ptg ini, 28 Mac 2015 unik dan meriah di hadapan Sogo. ~ Dato' Tarmizi Mohd Jam




Sokongan dan solidariti terhadap mereka yang ditahan polis


   
Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu sudah bebas ptg ini. Dilepaskan di IPD Dang Wangi. Yg lain2 Tukar Tiub, YB Rafizi Ramli direman 3 hari. Beginilah nasib pejuang rakyat.

Rafizi and Hishamudin Rais

Gambar paling menarik abad kini

Nota : Gambar-gambar  dari facebook - komplimen kepada  Dato' Tarmizi Jam , Abah Anas Ar Rembawi dan Misai Merah

Hukuman Zina, Minum arak, dan 'Qazaf' hanya sebat ?

Posted: 27 Mar 2015 11:42 PM PDT


Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mendakwa rang undang-undang (RUU) ahli persendirian yang akan dibentangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen, akan menghadkan hukuman hudud di Kelantan kepada sebatan.

Katanya, jenayah yang boleh dihukum di bawah cadangan enakmen jenayah syariah Kelantan itu ialah zina, minum arak, dan 'qazaf' (menuduh seseorang melakukan zina).

Husam berkata, RUU itu akan menghadkan kesalahan di bawah Enakmen Jenayah Syariah Kelantan.

"Tidak semua dalam enakmen itu dapat dilaksanakan apabila Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) dipinda (di Parlimen).

(Oleh itu) hukuman (bagi tiga jenayah itu) hanya sebat. Tidak ada potong tangan dan sebagainya," kata Husam dalam satu forum awam di Shah Alam malam tadi.

Menurutnya lagi, RUU itu tidak akan memasukkan hukuman bagi jenayah yang telah disenaraikan di bawah Kanun Keseksaan, seperti liwat dan mencuri. 

(Hukuman hudud yang lain) kekal dalam enakmen itu, tetapi kita tidak boleh melaksanakannya," katanya, merujuk kepada hukuman rejam dengan batu, potong tangan dan kaki. 

Hubungan antara DAP dan PAS - dua sekutu dalam pembangkang Pakatan Rakyat - terjejas teruk selepas Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan pindaan kepada Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1993 Khamis lepas. 

Untuk Kelantan melaksanakan hudud di negeri ini, PAS perlu meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) di Parlimen di mana Hadi merancang melakukannya melalui pembentangan RUU ahli persendirian.

 DAP telah memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi, manakala cawangan parti itu di Sarawak bertindak keluar dari Pakatan.

 "Ramai tidak faham mengenai cadangan yang terkandung dalam RUU ahli persendirian presiden PAS ini ... ramai orang tidak melihatnya," kata Husam lagi9"Saya yakin apabila satu penjelasan telah diberikan, mereka yang bimbang (mengenai hudud) tidak akan bimbang lagi," katanya.

 Husam bagaimanapun mengakui bahawa pemimpin PAS tidak mendapat taklimat mengenai RUU ahli persendirian presiden mereka itu.

 Beliau hanya mengetahui mengenai butiran RUU itu apabila bertemu dengan Abdul Hadi selepas solat Jumaat semalam.

  Sementara itu, Husam menggesa Perdana Menteri Datu Seri Najib Abdul Razak menyatakan pendirian beliau mengenai hudud tidak lama lagi.sumber

Komen al-Husseyn:
Saya tertarik dengan kata-kata Husam :

1) "Ramai tidak faham mengenai cadangan yang terkandung dalam RUU ahli persendirian presiden PAS ini ... ramai orang tidak melihatnya," 

2) ......bahawa pemimpin PAS tidak mendapat taklimat mengenai RUU ahli persendirian presiden mereka itu.

3) "Saya yakin apabila satu penjelasan telah diberikan, mereka yang bimbang (mengenai hudud) tidak akan bimbang lagi."

Lepas tu bising kata DAP, PKR tak setuju. Bagi tengok 
pun tidak.Haiya! Itulah  pasal....Reti!
  Siapa yang sepatutnya menjelaskan perkara tersebut? Jelas orang yang dipertanggungjawabkan ini telah gagal.

  Kenapa perlu begitu terburu--buru hingga pemimpin PAS Pusat sendiri ramai yang tidak tahu kerana tidak diberikan taklimat mengenainya.Malah mereka menolak kenyataan timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bahawa mereka mendapat restu jawatankuasa pusat . Baca di sini

 Hj Hadi gagal untuk menepati kata-katanya sendiri yang telah berjanji semasa Majlis Pimpinan PR pada 8 Februari 2015 bahawa Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 2015 akan dibincangkan pada Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada masa depan.

 Tetapi, Haji Hadi telah menghantar permohonan  Pembentangan Rang Undang-undang Persendirian pada 18 Mac 2015 tanpa terlebih dahulu membentangkan kepada Jawatankuasa Pusat PAS serta Majlis Pimpinan PR.

  Kemarahan DAP kepada Haji Hadi ada asasnya. Haji Hadi telah mengkhianati janji-janjinya. PAS perlu sedar bahawa Umno hanya buat gimik dan mahu PAS bergaduh dengan DAP dan PKR dengan isu ini.

  PAS banyak bermain aci-nyorok dengan rakan tahalluf siayasi sendiri, akhirnya Umno pula yang mentertawakan PAS....

Don't play-play sama presiden kitaorang......

Posted: 27 Mar 2015 06:00 PM PDT

KUALA LUMPUR, 26 Mac - DAP boleh kehilangan Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang jika PAS tidak lagi sekutu  Pakatan Rakyat (PR), kata seorang pemimpin tinggi parti Islam.

 Tim.Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia semalam bahawa DAP memerlukan PAS untuk mendapatkan undi Melayu.

 "Jika ada perpecahan dalam pakatan pembangkang, DAP akan rugi," Amar dipetik berkata.

 "Ia tidak pasti sama ada [DAP] boleh mempertahankan Pulau Pinang jika PAS tidak ada di dalam pakatan pembangkang. Jangan fikir hanya PAS bergantung kepada orang lain, orang lain juga bergantung kepada PAS dalam pakatan itu," katanya.Baca lagi di sini 

 Saya amat bersetuju dengan kenyataan Nik Amar tersebut. Telah terbukti benar bahawa PAS ada kuasa penentu dan mampu menjatuhkan kerajaan PR di Pulau Pinang.

PAS pernah menggugat Kerajaan PR di Selangor dan nyaris-nyaris melingkupkannya kalaulah tidak kerana adanya dua Adun PAS yang berani merosakan agenda Hj Hadi itu....


  Bukankah Hj Hadi sendiri yang telah menandatangani watikah calon pada saat terakhir hingga menyebabkan PAS-PKR bertembung tiga penjuru  dalam PRU-13 yang lalu di tujuh kawasan:

1) Dun Kota Damansara (Selangor)
2) Dun Sungai Aceh (Pulau Pinang)
3) Dun Panti (Johor)
4) Dun Kota Putra (Trengganu)
5) Dun Bukit Besi (Trengganu)
6) Dun Seberang Takir (Trengganu)


7) Parlimen Labuan.

Ketujuh-tujuh kerusi tersebut akhirnya boleh kepada Umno/BN!

  Jadi korang jangan lupa, dengan restu Hj Hadi, PAS telah mengkhianati tahalluf siyasi dengan rakannya sewaktu PRU-13 lepas. Adakah Hj Hadi sudah bertaubat dan minta maaf diatas kelanjurannya tesebut?



 Jadi,  DAP dan PKR don't play-play sama presiden kitaorang, Hj Hadi. Kita sanggup melakukan apa saja. 

PAS sanggup hilang deposit asalkan Allah redha? Duit kitaorang boleh cari..... Kita baru habiskan RM1juta buat ijtimak doniya di Rusila...ha!ha! ha!...ingat, Don't play-play!!

Tiada ulasan: