Sabtu, 21 Mac 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Senarai Ranking Kelajuan Internet di Asia 2015? Malaysia Internet Laju dan Murah?

Posted: 21 Mar 2015 08:33 AM PDT




kelajuan internet



Senarai Ranking Kelajuan Internet di Asia 2015? Malaysia Internet Laju dan Murah? : Ketika kita cuba bercakap dengan Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi dan menuju ke era negara maju daripada status membangun yang ada sekarang ini, Malaysia masih lagi terkial-kial mencari rentak untuk menawarkan kelajuan internet yang lebih baik kepada pengguna internet di malaysia pada harga yang lebih munasabah dan berpatutan
  • Harga mahal, internet laju. Masih boleh maaf lagi.
  • Harga mahal, kelajuan internet nyawa-nyawa ikan. Yang ini, satu penindasan kepada pengguna
BACA SINI : Internet Percuma di Malaysia 30 Minit Sehari Bagi Rakyat Miskin 
Di Bandar & Luar Bandar & Penerima BR1M!

Berdasarkan semakan Berita Semasa jikalau mengikut standard Federal Communications Commission (FCC) di Amerika Syarikat, standard broadband adalah 25 Mbps dan ke atas. Malah ada yang mencadangkan supaya terma broadband hanya untuk speed 100 Mbps. Segala teknologi ADSL tidak lagi dianggap broadband sebab tidak dapat menyediakan kemudahan kelajuan internet 25 Mbps.

Hanya 6.3% penduduk di sana memiliki capaian Internet kurang daripada 4 Mbps. Dan 13.1% memiliki kemudahan Internet kurang daripada 25 Mbps. Tolonglah jangan mengatakan bumi Amerika tidak bergunung ganang.

Malah Amerika sendiri dianggap ketinggalan dalam perbandingan soal internet laju berbanding negara-negara di Eropah dan Asia yang lain.

Malangnya, ketika negara jiran kita di Asia yang lain berbicara tentang streaming 4K, rakyat di Malaysia masih lagi berbincang sama ada streaming video youtube 144p masih sangkut atau tidak. Ermmm….

Dalam pada masa yang sama semakan Berita Semasa melalui laporan yang dikelaurkan sendiri oleh portal Statista menunjukkan ranking dan kedudukan kelajuan Internet dikalangan negara-negara Asia yang terkini tahun 2015 :

 

Senarai Ranking Kelajuan Internet di Asia 2015?

  1. Korea Selatan : 25.3 Mbps
  2. Hong Kong (China) : 16.3Mpbs
  3. Jepun : 15 Mpbs
  4. Singapura : 12.2 Mbps
  5. Taiwan (China)
  6. Australia
  7. Thailand
  8. Malaysia
  9. China
  10. Indonesia
  11. Vietnam
  12. Filipina
  13. India
Jikalau purata kelajuan internet di dunia adalah sekitar 4.5 Mpbs, malangnya purata sambungan kelajuan internet di Malaysia hanyalah 4.1 Mpbs sahaja.

Bagaimana pula kelajuan internet yang anda langgan sekarang ini? Sesuai dengan caj dan yuran langganan internet yang dikenakan ke atas anda?


Tinggal bayi lelaki depan rumah

Posted: 21 Mar 2015 08:29 AM PDT


Tinggal bayi lelaki depan rumah Bayi yang ditinggalkan di hadapan sebuah rumah penduduk
 
 
 
SUNGAI PETANI – Orang ramai dikejutkan dengan penemuan seorang bayi lelaki ditinggalkan depan rumah seorang penduduk dan turut diselitkan dengan sepucuk surat di sebuah kampung di Merbok, awal pagi semalam.

Difahamkan, bayi terbabit yang lengkap berpakaian diletakkan dalam sebuah kotak dan ditinggalkan bersama dengan kelambu, sepertimana yang disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Arifin berkata, pihaknya menerima maklumat orang awam yang memaklumkan perkara itu.

"Bagaimanapun, kita tidak dapat memastikan sama ada surat yang disebarkan menerusi aplikasi itu adalah sahih atau sebaliknya, siasatan akan dilakukan," katanya kepada Sinar Harian.

Khalil berkata, bayi itu dipercayai berusia seminggu berdasarkan kesan tanggal tali pusat yang masih baru.

"Kejadian disedari awal pagi tadi (semalam) ketika umat Islam sibuk mahu mengerjakan solat Subuh apabila bayi ditinggalkan di hadapan sebuah rumah penduduk di kampung terbabit.

"Berdasarkan pemerhatian, bayi lelaki itu dilaporkan berada dalam keadaan sihat dan dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk rawatan lanjut," katanya.

Khalil berkata, pihaknya akan menunggu laporan perubatan sebelum menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan selanjutnya.

Dalam perkembangan lain, katanya, berhubung kes penemuan mayat bayi yang ditemui dalam tin biskut di sebuah bangunan asrama semalam, ibu kepada bayi itu kini dilaporkan sihat.

"Kita masih menyiasat perkara itu dan wanita itu bagaimanapun masih dirawat di HSAH untuk tindakan lanjut," katanya.


Antara PhD palsu dan tulen

Posted: 21 Mar 2015 08:24 AM PDT


BUKANLAH sesuatu yang boleh dibanggakan apabila Malaysia dikatakan mempunyai berpuluh universiti awam dan swasta tetapi pada keseluruhannya diperlekehkan sebagai kurang bermutu. Sukar untuk saya menerima bahawa Vietnam menawarkan mutu universiti yang lebih baik daripada Malaysia.
 
Saya kurang pasti jumlah universiti di Vietnam tetapi jumlah penduduknya yang hampir 100 juta pasti memerlukan dua kali ganda jumlah universiti di Malaysia. 
 
Keperluan ini bertambah-tambah lagi memandangkan negara-negara komunis lebih menekankan kepada pendidikan. Maka logiknya negara-negara komunis atau pasca komunis mempunyai banyak universiti. Dari universitilah elit mereka dalam pemerintahan, tentera, sains dan teknologi, seni serta sukan didapati. Di kalangan universiti yang pengantarnya bahasa Inggeris, universiti-universiti di Hong Kong dan Singapura kerap ditarafkan sebagai berkualiti di sebelah sini dunia. 
 
Sejarah penubuhannya yang berlaku dalam zaman pemerintahan kolonial British mungkin menjadi satu faktor.
 
Bagaimanapun, baik realiti atau persepsi, universiti-universiti Malaysia tentunya menghadapi satu cabaran.
 
Sebagai satu fakta, Universiti Malaya asalnya ialah di Singapura. Ia berpecah dua pada 1959, apabila kampus baharu dibuka di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Versi di Singapura kini dipanggil Universiti Nasional Singapura.
 
Baik suka atau tidak, kalangan alumni UM, KL, berkerut kening apabila dilantangkan perbezaan kualiti dalam persepsi antara keduanya. Persepsi keseluruhan bahawa Malaysia mempunyai IPT yang relatif kurang berkualiti di sebelah sini dunia tidak boleh ditolongi oleh apa yang berlaku.
 
Ramai individu dikatakan mendapat PhD dan memanggil diri mereka doktor, tanpa diketahui bagaimana mereka mendapat kelulusan begitu.
 
Urutan sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah adalah norma pembelajaran universiti. Dari ketiga-tiga tahap urutan itu, pastinya PhD dianggap paling sukar didapati.
 
Ambil saja sebuah universiti di England dan AS: katalah Universiti Bristol dan Universiti Ohio. Kedua-duanya bukan top ten di negara masing-masing seperti Cambridge, Oxford dan London; atau Harvard, Yale dan Cornell.
 
Meskipun bertaraf universiti pertengahan, Bristol dan Ohio mewajibkan seseorang calon PhD melalui proses course work, tinggal di kampus untuk sekian waktu, di samping melalui rutin menghadapi profesor pengendali yang mengesani kemajuan penyiapan tesis.
 
Untuk itu semua, bukan suatu yang senang bagi sesiapa yang sibuk dengan tugas, baik dalam politik atau dunia profesional, untuk melaluinya. Ini mengingatkan saya kepada seorang penjawat politik tinggi, kini sudah menjadi mantan.
 
Selepas menerima pelantikan jawatan, beliau dikatakan mempunyai PhD, justeru dipanggil doktor X. Beliau dikatakan mendapat PhD di sebuah universiti di AS, yang namanya disempenakan dengan kota di mana kampusnya terletak.
 
Sebagai ilustrasi, kita namakannya Universiti San Pedro. Memang ada kota kecil bernama begitu, tetapi ia tidak mempunyai universiti. Lagi pula mereka yang mengenali penjawat itu tahu beliau tidak pernah pergi ke universiti yang bernama begitu, malah penggunaan bahasa Inggerisnya amat terbatas.
 
Seorang lagi mengakui beliau juga sudah mendapat PhD. Beliau berbangga pula bahawa beliau sedang menyiapkan dua PhD lagi. 
 
Apabila kata-kata begitu datangnya daripada penjawat politik tinggi dari parti pemerintah, ia disifatkan sebagai lelucon oleh orang Indonesia. "Aku gelak, hang tau," kata orang utara, geli hati. 
 
Sudah lama soal PhD palsu atau yang diada-adakan diperkatakan; bagi penerimanya, ia semata-mata untuk mendapat gelaran doktor. Tidak kurang ramainya pegawai tinggi kerajaan 'disapukan' dari gelaran doktor palsu, termasuk yang berjawatan Datuk Bandar dan Timbalan Ketua Setiausaha. Oleh itu, demi mengentalkan reputasi universiti-universiti kita, segala gelaran yang dikaitkan dengan akademik dan profesionalisme patut diper'aturan'kan secara
strinjen, agar ia tidak menjadi bahan ketawa.
 
Apabila sesuatu menjadi bahan ketawa, maka kredibilitinya akan terjejas dengan teruk. Tidak ada siapa yang wajar bersikap serius terhadap si tolol di kampung.
 
Segalanya menjadi bahan cemekan. Analogi ini tidak seharusnya timbul apabila kualiti pembelajaran di IPT kita diperkatakan di peringkat internasional.
 
Tentu ada caranya dalam etika dan undang-undang untuk menulenkan segala PhD – sebagai satu pertolongan untuk IPT kita mencari jalan pulang ke arah kecemerlangan.
 
* Tan Sri Adam A Kadir mantan Presiden Senat

1MDB: Kementerian Kewangan lepas tangan, tutup kesalahan sendiri

Posted: 21 Mar 2015 08:17 AM PDT

SUFI4412

 Roketkini.com

 
KUALA LUMPUR: DAP mengecam sikap lepas tangan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) Kementeriaan Kewangan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah yang mendakwa kononnya 1MDB adalah isu kecil melibatkan satu syarikat yang sedang menjalani proses penstrukturan semula.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, alasan sedemikian sama sekali tidak munasabah dan tidak menjelaskan apa-apa di sebalik kebimbangan awam mengenai hutang 1MDB yang mencecah RM42 bilion, malah menunjukkan bahawa pihak kementerian sememangnya tidak boleh dipercayai.

"Sikap acuh tak acuh Irwan tentunya tidak akan mengembangkan keyakinan ramai bahawa skandal 1MDB boleh diselesaikan demi kepentingan rakyat Malaysia.

"Nampaknya kerajaan lebih mementingkan usaha untuk menutup skandal itu supaya ia tidak memburukkan lagi imej tuan-tuan politik mereka," katanya dalam satu kenyataan.

Tony yang juga Setiausaha Publisiti DAP menggesa Irwan supaya menjelaskan bagaimana beliau telah membenarkan 1MDB melakukan tindakan terkutuk hingga menyebabkan kewangan negara berada dalam keadaan menyedihkan.

"Di manakah tadbir urus yang Irwan perlu dan boleh ambil untuk mengelakkan kemelut serta akhirnya menjadi kajian antarabangsa akibat salah urus kewangan?

"Mengapa Kementerian Kewangan melantik wakil dalam lembaga pengarah 1MDB untuk memastikan bahawa semua keputusan oleh 'dana pembangunan strategik' dibuat dengan telus dan usaha yang wajar?

"Sebagai penjawat awam yang menjaga kepentingan pembayar cukai, Irwan telah gagal menunaikan tanggungjawabnya berhubung kehilangan berbilion ringgit dalam skandal 1MDB dan kini beliau dengan selamba mendakwa ia hanya 'isu kecil melibatkan satu syarikat?" soal Tony, tegas.

Semalam, dalam Sidang Kemuncak Keusahawanan 1ASEAN 2015 (1AES), Irwan mendakwa 1MDB hanya isu kecil yang melibatkan satu syarikat yang sudah melalui proses penstruktruran semula.
Beliau menyatakan, Ketua Audit Negara juga sedang mengaudit 1MDB dan apa yang harus dilakukan rakyat sekarang ini adalah tunggu dan lihat keputusannya nanti.

1MDB yang merupakan anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan kini mendapat kritikan semua pihak berikutan penglibatan mereka dalam urusniaga yang diragui seperti usahasama dengan PetroSaudi International (PSI) dan ia melibatkan pemberian AS700 juta kepada pihak ketiga.

Pada Mac 2013, 1MDB telah mengambil US3 bilion bon untuk satu lagi usahasama dan wang tersebut akhirnya telah disalahgunakan untuk tujuan serta pelaburan lain. -Roketkini.com


Kerajaan beli jet peribadi baru, kenapa tak boleh subsidi pengangkutan awam?- Chin Tong

Posted: 21 Mar 2015 08:14 AM PDT

Liew-Chin-Tong

Roketkini.com

  
KLUANG: Akuan Menteri Pengangkutan Liow Tiong Lai kononnya tidak mengetahui kenaikan kadar tambang bas, teksi dan keretapi oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) adalah satu lagi drama kerajaan UMNO dan Barisan Nasional.

Kenaikan itu disahkan oleh SPAD berkuatkuasa serta-merta ke atas teksi, sementara bas ekspres bermula 15 Mei ini. Ia melibatkan kenaikan kadar 25 sen setiap 200 meter berbanding 10 sen setiap 115 meter sebelum ini. Namun kadar RM 3 yang dikenakan sebaik penumpang menaiki teksi tidak berubah.

Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong hari ini menyifatkan drama 'tidak tahu-menahu' di antara SPAD yang merupakan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Pengangkutan itu sebagai tidak masuk akal dan betapa tidak cekap pentadbiran UMNO di bawah Perdana Menteri Najib Tun Razak.

"Ini kes klasik 'tangan kiri kerajaan tidak tahu-menahu apa yang tangan kanan sedang buat', pimpinan Najib ini pelik, tak masuk akal dan langsung tidak efisien.

"Kerajaan Malaysia ada penyusunan institusinya yang paling tidak masuk akal apabila pentadbiran sektor pengangkutan tidak boleh berkata apa-apa mengenai pengangkutan awam.

"Liow mesti desak kabinet supaya SPAD diletak di bawah pengurusan Kementerian Pengangkutan. Dia tidak boleh biarkan drama ini berlanjutan seolah-olah kanser sudah melarat dalam sistem politik kita.

"Apabila badan seseorang itu berfungsi sendirian tanpa ikut arahan otak, ini kita namakan kanser," ujar Chin Tong.

Sehubungan itu juga, Chin Tong mengatakan Najib mempunyai tanggungjawab untuk batalkan keputusan SPAD itu yang dilihat terlalu membebankan rakyat.

"Najib tidak boleh lari dari tanggungjawab politiknya terhadap keputusan SPAD. Dia mesti batalkan kenaikan kadar tambang itu secepat mungkin.

"Jika kerajaan sangat kaya untuk beli jet peribadi baru, tidak ada alasan kenapa bas tidak diberi subsidi oleh kerajaan.

"Pengangkutan awam memerlukan idea-idea baru, ia adalah barangan sosial. Jika semakin ramai guna pengangkutan awam, maknanya semakin kurang orang memandu di jalan raya.

"Kita perlukan anjakan paradigma dari kerajaan yang berbelanja untuk bangunkan jalanraya kepada sebuah kerajaan yang berbelanja untuk pembelian bas," tegas Chin Tong lagi.-Roketkini.com


Inikah Balasan Najib Terhadap PAS?

Posted: 21 Mar 2015 08:05 AM PDT

KELAB GREENBOC



 
 
Apakah Najib akan sekat RUU hudud?

Rang undang-undang hudud menjadi salah satu isu panas yang dibangkitkan semasa pertemuan di antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dengan pemimpin parti komponen BN di Parlimen semalam.

Para pemimpin terbabit telah mencapai kata sepakat bahawa hudud bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Najib juga mengakui kata sepakat itu bahawa hudud akan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan
, kata seorang pemimpin parti komponen BN kepada Malaysiakini tetapi tidak mahu namanya disiarkan.

Bagaimanapun, kata sepakat semata-mata masih mempunyai banyak ruang untuk pentafsiran seperti yang dilihat dalam perjanjian Pakatan Rakyat yang berkecai selepas PAS tetap mahu melaksanakan hukum jenayah syariah itu.

Malah pemimpin BN tersebut tidak mahu membuat sebarang tafsiran lanjut mengenainya, dengan menekankan bahawa parti komponen BN telah pun menyatakan dengan jelas bahawa kanun jenayah sivil sekarang sudah mencukupi.

Bagaimanapun, seorang lagi pemimpin parti komponen BN, yang tidak mahu disebut namanya, melihat ini sebagai jaminan bahawa Najib tidak akan membenarkan ia menjadi kenyataan di Parlimen.

Mereka berkata perdana menteri juga bersetuju untuk mengeluarkan satu kenyataan tidak lama lagi, bagi menyatakan pendiriannya.

Najib, yang juga pengerusi BN, bukan sahaja mesti mengimbangi rakan komponen tetapi juga Umno yang telah mengambil pendirian bertentangan dengan apa parti komponen BN mahu.

PAS telah pun mengemukakan notis untuk membentangkan rang undang-undang persendirian berhubung dengan hudud dalam sidang Dewan Rakyat sekarang.

Rang undang-undang ini bertujuan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, yang kini menghadkan hukuman yang dikenakan oleh mahkamah syariah - penjara tidak lebih tiga tahun, denda sehingga RM5,000 dan enam sebatan bagi kesalahan tertentu.

Dengan menukar had tersebut, ia akan membolehkan mahkamah syariah menjatuhkan hukuman mengikut undang-undang hudud di Kelantan, yang antara lain, termasuk direjam sehingga mati dan sehingga 80 sebatan. -mk


Najib saman Harakahdaily berhubung isu 1MDB

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memfailkan saman fitnah terhadap Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakob dan Ketua Pengarang Portal Harakahdaily Taufek Yahya berhubung isu dana 1MDB.

Najib memfailkan saman itu pada Rabu lalu menerusi Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Writ saman itu diperoleh pemberita hari ini selepas peguam Fahmi Adilah yang mewakili Najib menyerahkan saman itu kepada Rosli dan Taufek di pejabat Harakah di Kuala Lumpur.

Najib menamakan Rosli dan Taufek sebagai defendan pertama dan kedua.

Saman itu berkaitan penerbitan artikel yang ditulis Rosli pada 19 Februari lalu bertajuk "Dana 1MDB biayai syarikat filem Riza Aziz?(Bhg 2)".

Menerusi pernyataan tuntutan, Najib mendakwa artikel itu mengandungi perkataan fitnah yang merujuk kepadanya dengan niat jahat bahawa beliau menyalah guna dana milik 1MDB.

Najib mendakwa akibat daripada penerbitan artikel itu, reputasinya terjejas dan dikecam dalam media sosial serta media massa dengan pelbagai tuduhan yang menghina dan mengaibkan.

Taufek pula, dakwanya, gagal mengamalkan prinsip 'responsible journalism' (kewartawanan bertanggugjawab) untuk mengesahkan kebenaran perkataan yang ditulis dan gagal mengambil langkah mendapatkan sebarang penjelasan sebelum menerbitkan perkataan itu.

Najib juga mendakwa defendan sengaja menerbitkan artikel fitnah itu untuk menghancurkan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadapnya bagi meneruskan agenda defendan sendiri tanpa menghiraukan sensitiviti isu yang dibangkitkan.

Beliau juga mendakwa pada 26 Februari lalu peguam yang mewakilinya menghantar notis tuntutan supaya defendan berhenti membuat kenyataan berkenaan artikel fitnah itu dan membuat permohonan maaf tidak bersyarat dalam bentuk bertulis serta penarikan balik kenyataan berkenaan.

Najib juga menuntut satu aku janji bahawa defendan tidak akan mengeluarkan kenyataan fitnah itu atau yang serupa dengannya serta membayar ganti rugi untuk kerosakan reputasi, kos dan perbelanjaan yang ditanggung olehnya.

Bagaimanapun, dakwanya, pihak defendan enggan memberi sebarang jawapan bertulis berhubung notis tuntutan itu dan ia menunjukkan defendan tidak berasa kesal atas penerbitan artikel itu.

Dalam saman ini, Najib menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, faedah serta satu injunksi untuk menahan defendan atau pembantu mereka menerbitkan artikel berkenaan.

Turut dipohon ialah satu perintah supaya defendan menerbitkan permohonan maaf secara bertulis untuk diterbitkan dalam akhbar.
– Bernama


ULASAN GB

Baca betul-betul dua laporan di atas. GB tak perlu ulas panjang-panjang. Ia self-explanatory.

Hudud yang diperjuangkan tak dapat dilaksanakan, hubungan PAS dengan rakan PR pula yang jadi porak peranda. Sebabnya? Percaya sangat kepada UMNO konon UMNO jujur... Kini... ayam terlepas, tangan mahu tahi...


Bukan GB tak sokong hudud tetapi, fiqh awaliyyat tidak meletakkan hudud sebagai keutamaan. Presiden PAS sendiri yang pernah berkata demikian.


Kepimpinan PAS perlu ditukar – Nizar Jamaluddin

Posted: 21 Mar 2015 07:58 AM PDT

 
PAS didakwa menghadapri krisis pemikiran dan justeru pemimpin yang menampakkan kelemahan perlu ditukar. 


Mohammad Nizar Jamaluddin


ALOR SETAR: Anggota Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, PAS perlu melakukan perubahan terhadap kepimpinan parti memandangkan ia menghadapi krisis berkaitan pemikiran pemimpinnya.

"Jika mereka ini ada unsur-unsur mempamer kelemahan, maka perlu diubah, ini hak perwakilan dan ada dalam perlembagaan parti. Ubah pimpinan, sebab pemikiran tu bersama pimpinan," katanya kepada media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pas ke-41 Kawasan Kuala Kedah.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang mahu Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikekalkan sebagai Presiden PAS dengan alasan beliau mampu menjalankan tanggungjawab dengan baik dalam menghadapi pelbagai situasi.

Ahmad Yakob dilapor berkata, walaupun Perlembagaan PAS memberi ruang untuk sesiapa sahaja memilih calon yang layak bagi menggalas tugas itu, namun sehingga kini keperluan Abdul Hadi menjadi presiden PAS dilihat masih tinggi.

Ditanya apa perlunya bagi PAS untuk terus bersama dengan Pakatan Rakyat, Nizar berkata ianya penting bagi memastikan kedudukan PAS di hati orang bukan Melayu.

"Bila PAS berkeseorangan sepanjang 12 tahun, kita tak dapat tempat di hati pengundi bukan Melayu, tapi bila kita sama Pakatan Rakyat, kita banyak menang di kawasan yang bukan majoriti Melayu," katanya, lapor Bernama.

Lantaran itu katanya, pendirian Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din yang menegaskan PAS meletakkan perjuangan menegakkan hukuman Hudud sebagai ketetapan yang jauh lebih penting daripada kerjasama pakatan pembangkang itu adalah pendapat peribadi Haron.

Nizar berkata, pada masa ini terdapat dua pemikiran dalam PAS iaitu pemikiran ulama dan pemikiran progresif profesional.

Mueller mula tugas CEO MAS 1 Mei

Posted: 21 Mar 2015 07:55 AM PDT

 
Pada tarikh sama, MAS akan mengeluarkan surat pemberhentian kerja dengan notis tiga bulan kepada semua kakitangannya.


Christoph Mueller_mas_300


KUALA LUMPUR: Christoph Mueller akan mengambil alih jawatan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysian Airline System Bhd (MAS), berkuat kuasa 1 Mei ini.

Beliau akan menggantikan Ahmad Jauhari Yahya, yang akan melepaskan jawatannya sebagai Pengarah Urusan MAS serta CEO Kumpulan dan menjadi Pengarah Bukan Eksekutif dalam Lembaga Pengarah syarikat itu mulai 1 Mei hingga 31 Dis, 2015, kata MAS dalam satu kenyataan.

Keputusan itu dibuat Lembaga Pengarah yang bermesyuarat pada 18 Mac lepas dan menerima kelulusan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) yang juga pemegang saham tunggal terbesar MAS, hari ini, berhubung pelantikan Mueller dan perkara-perkara yang berkaitan.

Mueller ketika ini menyandang jawatan Pengarah Bukan Eksekutif dalam Lembaga Pengarah serta sebagai CEO entiti baharu dikenali Malaysia Airlines Bhd (MAS NewCo).

Menurut MAS, peralihan kepemimpinan yang dipercepatkan itu akan membolehkan Mueller mengetuai keseluruhan usaha penstrukturan semula MAS ketika ia memasuki antara fasa kritikalnya.

"Kami mengalu-alukan kehadiran Christoph (Mueller) dan mengharapkan kepemimpinannya sebagai Pengarah Urusan dan CEO baharu dalam usaha memacu proses pemulihan dan meletakkan semula ikon kebangsaan ini ke status yang sewajarnya.

"Kami juga menghargai dan mengucapkan terima kasih kepada Ahmad Jauhari di atas dedikasi dan perkhidmatannya yang tidak berbelah bahagi terhadap MAS," kata Pengerusi MAS, Tan Sri Md Nor Yusof, dalam kenyataan itu.

Menurut syarikat penerbangan kebangsaan itu, entiti baharu NewCo akan bersedia bagi migrasi operasi, aset dan liabiliti MAS pada 1 Julai, 2015.

Kakitangan baharu NewCo akan mula bekerja pada 1 Sep, 2015 bersama-sama Mueller, yang secara rasmi menyandang jawatan Pengarah Urusan dan CEO Kumpulan NewCo pada tarikh sama berkenaan.

"Bagi kemudahan usaha migrasi ini, NewCo akan mengeluarkan surat tawaran kerja kepada kakitangan terpilih MAS pada 1 Jun, 2015. Pada tarikh sama, MAS akan mengeluarkan surat pemberhentian kerja dengan notis tiga bulan kepada semua kakitangannya.

"Perubahan daripada jadual awal yang sepatutnya pada 1 April, 2015 telah diluluskan pihak Khazanah pada 20 Mac, 2015," kata MAS.

Pada 27 Ogos tahun lepas, Putrajaya meluluskan pelan penstrukturan semula MAS dirangka Khazanah yang antara lainnya melibatkan pemberhentian 6,000 kakitangannya dalam usaha menyelamatkan syarikat penerbangan itu.- BERNAMA

MyKad palsu dijual RM8,000 di Sabah

Posted: 21 Mar 2015 07:52 AM PDT

 
Warga asing dengan kad pengenalan palsu cuba memohon pasport antarabangsa Malaysia.


mykad_300


KOTA KINABALU: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah mendedahkan bahawa penjualan sekeping kad pengenalan MyKad palsu oleh sindiket yang belum dikenal pasti dalang dan lokasi operasinya, boleh mencecah sehingga RM8,000.

Pengarah JPN Sabah Ismail Ahmad berkata, pihaknya mengetahui perkara itu selepas seorang warga asing cuba membuat pasport Malaysia di Jabatan Imigresen Kota Kinabalu bulan lepas, namun diberkas polis selepas MyKad yang digunakannya dikesan palsu oleh JPN.

"Kes pemilikan kad pengenalan palsu yang dikesan di Jabatan Imigresen adalah satu daripada enam kes MyKad palsu termasuk sekeping MyKad taraf Penduduk Tetap dari Januari hingga Mac tahun ini," kata beliau kepada pemberita.

Kad pengenalan palsu itu dirampas daripada warga warga Filipina dan Indonesia sepanjang operasi bersama polis, Jabatan Imigresen, JPN dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom).

Beliau berkata, walaupun ciri-ciri luaran kad pengenalan palsu itu hampir sama dengan MyKad sebenar kerana dibuat menggunakan mesin canggih, cip yang digunakan pada MyKad itu adalah kosong dan mudah dikesan oleh sistem JPN.

Sambil menegaskan pengeluaran MyKad palsu itu tiada kaitan dengan JPN Sabah, Ismail berkata, suspek berkenaan telah dihadapkan di Mahkamah Majistret mengikut Seksyen 25 Akta Pendaftaran Negara 2007 (Pindaan) yang membawa hukuman sehingga dua tahun penjara atau denda sehingga RM30,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

"MyKad palsu ini tiada hubung kait dengan JPN Sabah…MyKad ini sama (dengan MyKad sebenar) tetapi tidak serupa dan sistem JPN boleh mengesannya," katanya.

Beliau berkata, ia juga tiada kaitan dengan sindiket yang membabitkan 22 pegawai JPN sebelum ini, seperti yang terkandung dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

Semua 22 pegawai JPN itu ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan kad pengenalan palsu yang dihasilkan mereka telah pun dibatalkan, jelasnya.

Keputusan SPAD tidak cerdik – Khairy Jamaluddin

Posted: 21 Mar 2015 07:41 AM PDT

 
Mengapa kenaikan kadar tambang pengangkutan awam perlu diumumkan kurang dua minggu sebelum GST dilaksanakan?


KHAIRY JAMALUDDIN


MELAKA: Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin membidas tindakan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menaikkan tambang pengangkutan awam sebagai satu "kesilapan" dan "tidak cerdik".

Katanya, SPAD sepatutnya menangguhkan dahulu langkah menaikkan tambang pengangkutan awam kerana dilihat tidak tepat dengan keadaan semasa dan membebankan rakyat.

Menurut beliau, tindakan SPAD dilihat satu 'kesilapan' kerana sebagai sebuah agensi kerajaan, SPAD seharusnya lebih prihatin dengan nasib rakyat terutama dengan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April depan.

"Mengapa kenaikan kadar tambang pengangkutan awam perlu diumumkan kurang dua minggu sebelum GST dilaksanakan? Kita harap ia ditangguhkan kerana masanya tidak tepat," soalnya.
Sehubungan itu Khairy menggesa "SPAD mengkaji semula keputusan itu dan buat keputusan terbaik kerana apabila diumumkan kenaikan itu bukan hanya pembangkang tidak bersetuju tetapi pemimpin UMNO serta kerajaan juga mempersoalkan dan mengkritik tindakan itu."

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar pada Khamis berkaitan penyelarasan kadar tambang teksi dan kereta sewa antara 20 hingga 67 peratus berkuat kuasa serta-merta manakala bas ekspres pula naik 22.6 peratus bermula 15 Mei depan

Bernama melaporkan Khairy berkata, pelbagai pihak lain turut digesa menangguhkan sebarang kenaikan tambang atau tarif sehingga rakyat dapat menyesuaikan diri dengan keadaan baharu selepas GST dilaksanakan.

Anwar hadir di Mahkamah Syariah Selasa ini

Posted: 21 Mar 2015 01:42 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Selepas tiga tahun tahun, Rayuan Syariah Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur telah membuat keputusan untuk mendengar kes qazaf antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan dua yang lain.

Anwar, yang sedang menjalani hukuman penjara di penjara Sungai Buloh, dikehendaki hadir di mahkamah apabila kes itu didengar Selasa depan.

Ini adalah kali kedua Anwar dikehendaki menghadiri prosiding mahkamah setelah Mahkamah Persekutuan bulan lepas menolak rayuannya terhadap sabitan tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan mengekalkan hukuman penjara lima tahun.

Anwar, yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Pembangkang Parlimen, telah dipanggil semula pada 17 Februari  - seminggu selepas beliau dihantar ke penjara - untuk memberi keterangan dalam kes samannya terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Kali ini, kehadiran Anwar diperlukan bersama-sama dengan peguam syarie Zainul Rijal Abu Bakar, yang mewakili Jamil Khir dan dua yang lain - ketua pendakwa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Shamsuddin Hussain dan bekas pengarah JAWI, Datuk Che Mat Ali.

Jamil Khir adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi hal ehwal agama Islam.

Perintah untuk kehadiran mereka telah ditandatangani oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Syariah, Syazana Syahida Moktar. Difahamkan pihak berkuasa Jabatan Penjara sedang mengatur kehadiran Anwar Selasa ini.

Di bawah Akta Kesalahan Syariah Wilayah Persekutuan 1997, qazaf adalah tuduhan yang dibuat oleh pengadu berhubung dakwaan melakukan maksiat atau dakwaan melakukan hubungan seks tanpa disokong oleh empat saksi lelaki.

Qazaf difailkan 7 tahun lalu

MP Permatang Pauh itu memfailkan permohonan qazaf itu pada 9 Julai 2008 di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur Syariah, menuntut ketua pendakwa JAWI mengambil tindakan terhadap Saiful berhubung aduan liwat kerana ketua ketua umum PKR itu mendakwa bahawa bekas pembantunya berbohong dan gagal mengemukakan empat saksi bagi menyokong dakwaan itu.

Bagaimanapun, mahkamah menolak permohonan Anwar itu dua tahun kemudiannya selepas ia membenarkan bantahan awal oleh Jamil Khir.
                                                         
Mahkamah memutuskan permohonan itu adalah remeh dan menyusahkan kerana ketua pendakwa JAWI mempunyai fungsi separa kehakiman di mana beliau tidak boleh diberi tekanan politik dalam melaksanakan tugasnya.

Walaupun ditolak, Anwar memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur itu.

Juga selepas permohonan qasaf itu ditolak, Anwar telah memohon untuk membatalkan Zainul Rijal daripada mewakili Jamil Khir (kiri) berikutan penemuan bahawa peguam itu telah dilantik menjadi ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), yang menyelia mahkamah syariah KL.

Pada 30 Januari 2012, Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur menolak rayuan Anwar terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur untuk tidak memaksa tiga mereka - Jamil Khir, Shamsuddin dan Che Mat - untuk mengambil tindakan qazaf terhadap Saiful.

Dalam satu keputusan yang mengejutkan, ia membenarkan bantahan awal oleh Jamil Khir, tanpa kebenaran diberikan oleh mahkamah syariah tertinggi di Wilayah Persekutuan.
                                                       
Ekoran keputusan itu, peguam Anwar - Kamar Ainiah Kamaruddin, Rafie Mohd Shafie dan Mohamad Burok yang juga seorang peguam kanan syarie - bertindak keluar dari Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur itu.

Dalam prosiding mahkamah itu, Zainul Rijal tidak mewakili Jamil Khir dan dua yang lain, kerana ketiga-tiga mereka diwakili oleh peguam syarie Roslizam Rahim, Abdul Rahim Bahri dan Mohd Redzuan Ramli.

Ini membawa kepada pendengaran Selasa ini kerana ia difahamkan  bahawa Zainul Rijal telah membuat bantahan awal terhadap permohonan Anwar untuk membatalkan kelayakan beliau mewakili tiga-tiga mereka.

Bagaimanapun, bantahan awal Zainul Rijal itu atas alasan bahawa dia telah menarik diri daripada mewakili ketiga-tiga mereka selepas dilantik sebagai ahli majlis MAIWP, telah ditolak oleh Mahkamah Syariah dengan kos.

Memandangkan ini, pada pandangan peguam Anwar, Zainul Rijal (kiri) masih menjadi peguam Jamil Khir.

Masih belum diketahui sama ada Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur akan menetapkan tarikh untuk mendengar semakan permohonan Anwar terhadap keputusan 30 Januari 2012.

Dalam permohonan semakan itu, Jamil Khir dan dua yang lain juga memohon untuk membatalkan semakan tersebut. Mereka memfailkan perkara itu pada 24 April, 2012.


Hudud: Keputusan PKR pasti menggembirakan PAS, kata Shamsul

Posted: 21 Mar 2015 01:38 AM PDT

 Oleh Nur Shakira Buang

 
Post Pic
 
 
 
PETALING JAYA: PKR malam tadi membuat keputusan yang "pasti menggembirakan" PAS selepas kerajaan Kelantan pimpinan parti itu meluluskan pindaan undang-undang ke arah melaksanakan hudud di Kelantan. 
 
Majlis Pimpinan Tertinggi PKR bermesyuarat hampir dua jam namun keputusannya hanya akan diumumkan hari ini, kata Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. 
 
Bagaimanapun Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin  memberitahu Antarapos bahawa keputusan mesyuarat PKR itu akan menceriakan PAS. 
 
"Insya Allah PAS akan gembira dengan keputusan PKR malam ini," kata beliau tanpa mengulas lanjut. 
 
Keahlian PAS di dalam Pakatan Rakyat menjadi tanda tanya setelah parti itu dibidas oleh DAP dan PKR susulan DUN Kelantan meluluskan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1993 Khamis lalu. 
 
PAS  akan membentangkan usul persendirian di Parlimen bagi meminda peruntukan mengenai kuasa-kuasa Mahkamah Syariah bagi membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan. 
 
Parti itu perlu memperolehi sokongan majoriti mudah 112 undi di Parlimen dan memerlukan sokongan Ahli Parlimen PKR beragama Islam untuk mencapai matlamat itu. 
 
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka membentangkan usul persendirian itu di Dewan Rakyat  pada sidang yang sedang berlangsung sekarang. 
 
Wan Azizah dan Shamsul bagaimanapun enggan mengesahkan sama ada keputusan yang dicapai malam ini adalah bersabit pendirian PKR apabila usul itu dibentangkan di Parlimen. 
 
PKR sebelum ini menuduh PAS sebagai mungkir janji apabila parti itu membentangkan sebuah enakmen baru bagi melaksanakan hudud dan bukannya pindaan terhadap empat perkara sebagaimana yang dijanjikan kepada Pakatan Rakyat pada Februari lalu. 
 
Justeru PKR mengarahkan ADUN Guchil, Roslan Puteh daripada parti itu untuk tidak menyertai perbahasan atau mengundi terhadap pindaan berkenaan. 
 
Bagaimanapun pindaan itu mendapat sokongan penuh daripada kesemua ADUN PAS dan Umno  dalam DUN Kelantan.


SPR harap lebih 70% undi esok di PRK Chempaka

Posted: 21 Mar 2015 01:29 AM PDT

ANTARAPOS.COM



Post Pic
 
 
 
 
KELANTAN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berharap lebih 70% daripada 20,390 pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka akan keluar menunaikan tanggungjawab mereka esok.
 
Timbalan Pengerusinya Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata tidak ada sebab untuk tidak keluar mengundi memandangkan keadaan cuaca sekarang adalah baik ditambah dengan jaminan keselamatan daripada pasukan keselamatan.
 
"Kami harap keadaan cuaca pada esok adalah baik seperti hari ini, sekali gus memberi ruang yang selesa kepada pengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka," katanya kepada pemberita selepas meninjau persiapan terakhir SPR di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Bitara Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pengkalan Chepa hari ini.
 
Hadir sama Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh dan Pengarah SPR Kelantan Mohamad Mahmud.
 
Mohd Hashim berkata seramai 403 petugas yang dilantik SPR diberi taklimat tentang persiapan dan semakan keperluan untuk hari pengundian esok.
 
Mengulas peratusan rendah pengundi awal menunaikan tanggungjawab pada Rabu lepas, beliau berkata SPR akan menjalankan kajian menyeluruh dan menambah baik sistem sedia ada jika perlu.
 
"Saya tidak boleh nak buat kesimpulan kerana kami masih mengkaji masalah berkenaan. Saya yakin Pengerusi SPR (Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof) akan buat kenyataan kepada media (berhubung masalah berkenaan) selepas ini.
 
"Sudah pasti kami akan buat pembaharuan dan tambah baik terhadap sistem sedia ada dan jika perlu koordinasi dengan mana-mana pihak, kami akan lakukan," kata Mohd Hashim. 
 
Rabu lepas, sejumlah 35.40% atau 530 orang daripada 1,497 pengundi awal daripada kalangan anggota tentera dan pasangan mereka menunaikan tanggungjawab mereka dan tidak mencapai 70% yang disasarkan SPR.
 
PRK DUN Chempaka diadakan berikutan kematian penyandangnya bekas Menteri Besar Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akibat kanser prostat pada 12 Februari lepas.
 
Ia menyaksikan pertandingan 5 penjuru antara calon PAS dan 4 calon Bebas.
 
PAS diwakili Ketua Urusan Ulama PAS DUN Chempaka Ahmad Fathan Mahmood@Mahamad, 42, manakala calon Bebas terdiri daripada bekas pensyarah Izat Bukhary Ismail Bukhary, 48, bekas Naib Presiden Perkasa Kelantan Sharif Mahmood, 59, Yang Dipertua Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang Fadzillah Hussin, 55, dan pesara Kementerian Kesihatan Aslah Mamat, 64.
 
 

Jangan takut hudud, hayati keindahannya, kata pakar

Posted: 21 Mar 2015 01:17 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER


Pakar bersetuju yang penyebaran ilmu tentang hudud perlu diperluaskan supaya rakyat dapat memahaminya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Mac, 2015.Pakar bersetuju yang penyebaran ilmu tentang hudud perlu diperluaskan supaya rakyat dapat memahaminya. – Gambar fail The Malaysian Insider,.



 Undang-undang hudud bukan untuk membebankan, tetapi ia berupaya memperbaiki keadaan sosial masyarakat, kata Dekan Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam Antarabangsa Universiti Islam Antarabangsa Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid.

Katanya undang-undang hudud tidak harus dilihat daripada segi hukuman berat semata-mata, sebaliknya ia perlu dinilai sebagai satu daripada cara untuk melahirkan masyarakat berdisiplin.

"Mereka yang takut kepada pelaksanaan undang-undang hudud disebabkan mereka hanya fokus kepada hukuman berat sahaja seperti hukum rejam, potong tangan dan sebagainya," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau mengulas mengenai keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 19 Mac meluluskan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau lebih dikenali sebagai undang-undang hudud yang hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf sahaja apabila ia dilaksanakan kelak di negeri itu.


Kesemua 44 anggota dewan termasuk 31 anggota dewan daripada PAS, kesemua 12 anggota dewan daripada Barisan Nasional dan seorang daripada PKR menyokong pindaan rang undang-undang itu yang dibentangkan kerajaan negeri pimpinan PAS melalui Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob.
Mahmood Zuhdi berkata menurut Islam, masyarakat boleh dididik melalui 2 perkara, iaitu memberi galakan, dan ancaman hukuman yang berat supaya mereka 'takut' untuk melakukan kesalahan.

"Sebagai contoh kesalahan mencuri, jika hanya seorang atau 2 orang dipotong tangannya ia akan membuatkan masyarakat takut untuk mencuri, tidakkah ini membawa kebaikan dan keindahan daripada kita memenjarakan 600 orang.

Kedua-duanya ialah hukuman tetapi perbezaannya mana satu yang boleh melahirkan kesan yang mendalam kepada masyarakat," katanya.

Namun Mahmood Zuhdi menegaskan undang-undang hudud hanyalah sebagai kaedah tambahan untuk mendisiplinkan masyarakat setelah institusi sosial seperti ibu bapa, dan institusi pendidikan memainkan peranan membentuk karakter dan sahsiah seseorang.

Oleh itu, tegas beliau, undang-undang hudud tidak perlu ditakuti kerana ia perlu melalui proses penghakiman yang kompleks sebelum hukuman dijatuhi.

Katanya terdapat beberapa kriteria utama yang diambil kira sebelum seseorangitu dijatuhi hukuman hudud atas kesalahan yang dilakukan.

"Sebelum menjatuhi undang-undang hudud, antara perlu diambil kira adalah cara didikan ibu bapa, pengaruh rakan sebaya, kawasan kejiranan, peranan para ulama, tempat beribadat dan institusi pendidikan perlu menjalankan fungsinya dengan betul mengikut ajaran Islam, barulah hukum itu terlaksana," kata Mahmood Zuhdi.

Contohnya, sekiranya seseorang yang dituduh mencuri sedangkan dia dibesarkan dalam keluarga yang tidak bermoral maka undang-undang hudud tidak boleh dijatuhi ke atasnya.

Ditanya mengenai sikap sesetengah orang Islam sendiri yang menolak undang-undang hudud, Dr Mahmood Zuhdi berkata golongan ini tidak harus dipersalahkan kerana pihak yang menolak undang-undang itu mempunyai kefahaman yang salah.

Maka, katanya pendidikan dan penyebaran ilmu mengenai undang-undang ini perlu diperluaskan.
Mahmood Zuhdi turut menyarankan supaya pihak yang terlibat memperbaiki kehidupan masyarakat sebelum memperkenalkan undang-undang hudud.

"Pihak yang melaksanakan hukuman ini perlu memastikan kesejahteraan hidup masyarakat seperti tiada kemiskinan, tiada unsur-unsur lucah di kaca televisyen dan sebagainya yang perlu seiringan dengan pelaksanaan hukum tersebut," katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia Musa Awang menyifatkan pelaksanaan hukum hudud sebagai langkah pencegahan untuk seseorang itu daripada melakukan kesalahan.

Katanya sebagai bukti, pelaksanaan hukum hudud pada zaman Rasullah yang berjaya mengelakkan kesalahan seperti berzina, merompak dan minum arak berlaku.

"Dalam hukum hudud, 'beban' membuktikan sesuatu kesalahan ialah terlalu ketat dan sukar, jadi untuk membuktikan sesuatu yang sukar maka hukuman itu bukan bertujuan menghukum tetapi untuk mencegah orang daripada melakukannya, kerana bila masyarakat tengok hukuman itu berat mereka akan takut untuk melakukan kesalahan," katanya.

Musa turut menambah pelbagai aspek dalam pelaksanaan hukum hudud yang perlu diambil kira seperti kewibawaan saksi, tatacara menentukan kesalahan, dan pihak mahkamah yang perlu arif dengan undang-undang hudud bagi mengelakkan undang-undang Islam itu dipandang serong.  – Bernama

 

Selangor belum goyah selagi DAP belum buat keputusan, kata Azmin

Posted: 21 Mar 2015 01:13 AM PDT

OLEH DIYANA IBRAHIM



Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata kedudukan Pakatan Rakyat belum goyah selagi DAP belum membuat keputusan tentang ketidaksetujuan mereka dengan PAS membentangkan rang undang-undang hudud. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Mac, 2015.Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata kedudukan Pakatan Rakyat belum goyah selagi DAP belum membuat keputusan tentang ketidaksetujuan mereka dengan PAS membentangkan rang undang-undang hudud. – Gambar fail The Malaysian Insider. 



Menteri Besar Selangor menolak dakwaan yang kerajaan negeri di bawah tadbiran Pakatan Rakyat (PR) itu kini berada dalam kedudukan goyah berikutan kemungkinan DAP meninggalkan PR kerana tidak bersetuju dengan pelaksanaan hudud di Kelantan.

Mohamed Azmin Ali berkata, selagi DAP belum membuat keputusan rasmi mengenai pendiriannya berhubung perkara itu, PR akan tetap komited mempertahankan hubungan yang dibina antara 3 parti sejak selepas pilihan raya umum (PRU) 2008 itu.

"Ia (kerajaan Selangor goyah) tidak timbul, keputusan tidak dibuat lagi, DAP akan mesyuarat hari Isnin," katanya mengulas mengenai kemungkinan PR akan berpecah selepas DAP menyatakan pendiriannya Isnin ini berhubung pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015 yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada Khamis.


Kata Azmin, meskipun parti dalam PR berbeza pendapat, terutamanya berhubung pelaksanaan hukum hudud itu, beliau berharap semua pihak berpegang kepada proses permuafakatan. "Hasrat kita, PR mesti dipertahankan. Kita mesti memegang prinsip bersama yang dipersetujui. Kekuatan PR dibentuk sejak PRU ke-12 berasaskan dasar dan program bersama," kata timbalan presiden PKR itu.

"Di atas permuafakatan ini, pakatan dibina dan mencatat kejayaan. Kerana itu, saya berharap semua pihak – PKR, DAP dan PAS – harus berpegang kepada prinsip permuafakatan.

"Memang kita ada perbezaan pendapat dalam beberapa isu, tetapi kita tidak mahu ia menjadi penyebab perpecahan perpaduan PR," kata ahli Parlimen Gombak itu kepada media selepas program penyerahan notis 5A di Kompleks Muhibbah, Taman Industri Bolton, Batu Caves.

Sekiranya DAP bertindak keluar PR, gabungan itu hanya akan mempunyai 28 daripada 56 kerusi dalam DUN Selangor, kurang satu kerusi membentuk kerajaan negeri.

Semalam, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, parti itu akan mengadakan mesyuarat tergempar jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) pada Isnin ini berhubung pendiriannya mengenai hudud.

Lim berkata, isunya sekarang bukan sekadar undang-undang hudud, yang dari segi prinsip dan dasarnya memang dibantahi DAP, tetapi juga soal kepercayaan dan kejujuran beberapa pimpinan PAS di peringkat nasional dan bagaimana mereka berpegang kepada janji.

Ditanya mengenai kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mencabar DAP tidak mencampuri urusan Islam, Azmin menyarankan PR kembali kepada semangat perbincangan bersama dalam mesyuarat pimpinan tertinggi.

"Perkara ini tidak boleh ada cabar mencabar. Kalau ikut dasar semangat PR, kita sentiasa berbincang. Saya percaya, atas dasar ini, banyak isu sensitif berjaya diselesaikan," katanya.

SPR kaji punca undi awal merosot

Posted: 21 Mar 2015 01:08 AM PDT


PRK Dun Chempaka
 
 
 
KOTA BHARU – Pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengkaji faktor kemerosotan peratus keluar mengundi bagi pengundian awal PRK Dun Chempaka, 18 Mac lalu.
 
Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, pihaknya memandang serius perkara tersebut namun sebarang konklusi tidak boleh dinyatakan sebelum keputusan kajian diperoleh.
 
"Insya-ALLAH kita akan kaji tentang perkara tersebut, saya yakin bila semuanya selesai, pengerusi (Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof) akan umumkan kenyataan susulan, kita perlu kaji dengan menyeluruh kenapa boleh berlaku begitu (keluar mengundi merosot).
 
"Pembaharuan akan dibuat selepas ini sekiranya perlu ada koordinasi dan SPR sentiasa memerhati dan akan buat apa sahaja untuk kebaikan pengundi-pengundi, saya harap sasaran 70 peratus untuk keluar mengundi esok akan tercapai," katanya kepada media, hari ini.
 
Beliau hadir di Dewan Bitara, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Chepa, sejak awal pagi lagi bagi membuat tinjauan persiapan terakhir bersama petugas-petugas SPR.
 
Menurutnya, kempen kali ini berjalan dengan tenang dan SPR sendiri tidak mempunyai sebarang masalah besar dalam menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan.
 
Beliau juga memberitahu, pihak SPR juga mengharapkan kempen kali ini akan dijadikan contoh kepada PRK-PRK lain selepas ini, kerana ia turut membantu petugas untuk lebih fokus lagi dengan tugas yang diberikan terutamanya hari-hari terakhir berkempen.
 
"Kita jangkakan 20,390 pengundi akan keluar nanti, melalui sembilan buah pusat mengundi dan 39 saluran, Insyaallah dengan bantuan pihak keselamatan terutamanya Polis, proses memilih akan berjalan lancar,"katanya.
 
Hashim berkata, pihak SPR juga mengharapkan kerjasama yang utuh daripada semua pihak terutamanya pengundi itu sendiri, selain berharap tidak banyak undi rosak atau apa-apa sahaja yang boleh menghalang proses pengundian berjalan lancar.
 
 

Kabinet minta SPAD tangguh naik kadar tambang

Posted: 21 Mar 2015 01:06 AM PDT

SINAR HARIAN

Kabinet minta SPAD tangguh naik kadar tambang Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) bersama pemuda UMNO ketika hadir di Majlis Perasmian Serentak Persidangan Tahunan UMNO Cawangan, Pergerakan Wanita, Pemuda, Puteri UMNO Bahagian Pagoh di Kompleks Seri Pekembar hari ini. - Foto Bernama
 
 
 
MUAR - Kabinet meminta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) agar menangguhkan dahulu kenaikan kadar tambang baharu pengangkutan awam seperti yang diumumkan suruhanjaya itu, dua hari lepas.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, mesyuarat Kabinet semalam telah membincangkan perkara itu dan berpendapat kenaikan tambang itu tidak sesuai diumumkan dalam keadaan sekarang.

"Kabinet semalam telah berbincang mengenai perkara itu dan berpendapat asas untuk kenaikan itu ada... seperti kata sudah lama tidak naik dan pengusaha (pengangkutan awam) telah menanggung kerugian dan tidak dapat membayar gaji pekerja setimpal.
  
"Isu yang timbul termasuk soal kecekapan dan mereka merayu. Asas itu memang ada lah cuma soal berbangkit adalah timingnya (masa yang sesuai)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan serentak Persidangan Tahunan Umno Cawangan-cawangan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Pagoh di Seri Pekembar di sini, hari ini.
  
SPAD pada dua hari lalu mengumumkan penyelarasan kadar tambang teksi dan kereta sewa antara 20 hingga 67 peratus manakala bas ekspres pula naik 22.6 peratus bermula 15 Mei ini.

Kenaikan itu berikutan kenaikan kos yang ditanggung pengusaha pengangkutan awam termasuk kos penyelenggaraan.
  
Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, penyelarasan kadar tambang itu dibuat selepas mengambil kira keperluan pihak pengusaha yang terbeban dengan kenaikan harga barangan dan kepentingan orang ramai yang menggunakan  perkhidmatan itu.
  
Muhyiddin berkata, pengumuman SPAD itu tidak sesuai pada masanya ketika Cukai Barangan dan Perkhidmatan akan dilaksanakan pada 1 April ini.
  
"Saya fikir mungkin kita (kabinet) minta perkara itu ditangguh dahulu kerana mungkin masa tidak begitu sesuai lebih lagi diumumkan tarikh yang sama mengenai GST.
  
"Beban pengguna itu mungkin bertambah terutama mereka yang tinggal di bandar yang menggunakan pengangkutan awam dan sebagainya," katanya.
  
Timbalan Perdana Menteri berkata, SPAD perlu melihat keadaan itu secara keseluruhan dan menunggu masa yang sesuai untuk mengumumkan kenaikan tambang itu nanti.
  
Katanya SPAD sementara itu boleh berbincang dan membawa perkara tersebut ke kabinet untuk mengambil kira pandangan semua pihak.
  
"Ambil kira pandangan pelbagai pihak walaupun sedar mereka ada asas untuk menaikkannya," katanya. - Bernama


Kemahiran kewangan ajaib ahli politik Umno Baru

Posted: 21 Mar 2015 12:56 AM PDT





Oleh Mariam Mokhtar


Ini adalah masa yang sukar dan ahli-ahli politik dan kerap memberitahu kita untuk mengikat perut, dan berhenti mengadu tentang kos makanan dan perkhidmatan yang tinggi. Kita dinasihatkan supaya mencontohi Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Razak, yang berhemat.

Najib telah berjaya membantu kumpulan wanita yang paling penting, wanita Bakti, isteri-isteri menteri dan kakitangan awam. Mereka mempunyai pendapatan yang tidak tetap tetapi mereka mendapat perjalanan dengan pesawat tanpa had

Mereka hanya mempunyai satu ketakutan – peniaga-peniaga yang menipu. Mereka adalah penting kerana Najib tahu bahawa mereka, bukan suami mereka, yang merupakan pembuat keputusan sebenar di Malaysia.

Najib telah memberi jaminan kepada isteri-isteri ini, bahawa apabila cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dikuatkuasakan, mereka tidak akan ditipu oleh pendandan rambut dan tukang jahit yang tidak bertanggungjawab. Kos membikin rambut atau baju kurung mereka mungkin meningkat, tetapi perbezaan itu akan diterima Jabatan Perbendaharaan. Ini adalah harga yang kecil untuk dibayar, demi patriotisme.

Najib tahu bahawa mereka perlu berketerampilan baik, dan makan dengan enak.

Sebagai penyokong hasil-hasil tempatan, Najib mahukan kita makan sayur-sayuran hijau tempatan, seperti kangkung, untuk meningkatkan ekonomi kita. Beliau telah menggesa kita untuk berhenti makan sayur-sayuran asing seperti kubis Brussel. Beliau menyedari kenaikan berjuta-juta ringgit dalam jumlah import sayur ini, sepanjang tempoh Krismas. Dia tidak gemari sayuran ini, kerana ia membuatkan perutnya sakit, tetapi dia tahu bahawa kepentingan petani-petani tempatan adalah satu keutamaan.

Untuk membantu beliau, Najib telah mendapatkan bantuan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; tetapi Ismail salah sangka dan mengarahkan supaya peniaga Cina diboikot. Ismail kemudiannya menjelaskan bahawa dia bukan mencuba menjadi rasis, dia hanya "nyanyuk".


Apabila Najib bergegas pulang, dan menghentikan percutian golfnya, bagi menangani kejadian banjir di Kelantan, penasihat beliau terlupa untuk memberitahunya untuk memakai but getah. Apabila tebukan dalam kasut golf putihnya membenarkan air meresap masuk, beliau mula mengalami sakit perut.

Menyedari yang pendidikan sekolah Inggerisnya mungkin telah menjadikannya lemah, Najib memuji petani-petani kerana lebih kuat darinya. Beliau berkata mereka bernasib baik dapat membanting tulang di ladang, sedangkan dia terpaksa menghadiri mesyuarat yang tidak putus-putus, mencari jalan untuk menghentikan hujan.

Dalam sesi-sesi perbincangan ini, Najib menyaksikan bagaimana para pembantunya hanya dapat menggeleng-gelengkan kepala mereka berputus asa, terhadap hujan yang lebat. Beliau mendapati bahawa satu-satunya orang yang memiliki cadangan yang paling membina mengenai langkah menghalang banjir, adalah ahli politik pembangkang, Nik Abduh Nik Aziz, yang berkata, "Tuhan marah bahawa hudud tidak dilaksanakan di Kelantan."

Najib kemudian menyedari bahawa pelaksanaan hudud adalah ibarat sambil menyelam sambil minum air. Dia akan dilihat sebagai pelindung Islam. Dia boleh menjimatkan wang dan mengelakkan dari membayar royalti minyak bagi Kelantan.

Pelaksanaan hudud adalah satu cara lain untuk membuktikan bahawa dia boleh menyamai percubaan sebelumnya Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengIslamkan Umno Baru. Najib mahu Umno Baru menjadi juara hudud dan Islam. Dia tidak bersedia untuk membenarkan PAS mencuri perhatian. - bm.theantdaily.com

Aktivis PP pertahan Aisyah, buat laporan polis

Posted: 21 Mar 2015 12:49 AM PDT

MALAYSIAKINI




 
 
 
Beberapa aktivis sosial di Pulau Pinang membuat laporan polis secara bersama terhadap mereka yang mengancam Aisyah Tajuddin berhubung video parodi berkaitan undang-undang hudud di Kelantan.
 
Mereka yang merasakan video itu mempersendakan hudud, dalam komen yang dibuat di Facebook dan Youtube, mengancam untuk membunuh dan merogol Aisyah, seorang wartawan radio BFM.
 
Penyelaras BERSIH kawasan Utara, Toh Kin Woon berkata, serangan terhadap Aisya adalah "ugutan jenayah" kerana mengancam untuk "membunuh, merogol, dan menembaknya".
 
"Walaupun kita boleh mempunyai pendapat yang berbeza mengenai video itu, sebagai warganegara yang bertanggungjawab, kita tidak boleh bertolak ansur dengan ugutan seperti ancaman bunuh," kata Toh ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Timur Laut di Jalan Pattani semalam.
 
Beliau kesal bahawa persekitaran semasa di negara ini tidak menggalakkan atau menghargai kepelbagaian bersuara dan pandangan.
 
Toh menegaskan bahawa universiti-universiti tempatan juga kekurangan budaya menghormati perbezaan pendapat, walaupun pandangan yang menentang, boleh menjadi satu sumber pengetahuan.
 
"Dan sekarang, orang seperti Aisyah terpaksa berdepan dengan ancaman termasuk gangguan seksual dan ugutan," kata bekas ahli politik Gerakan itu
 
Radio BFM telah memohon maaf dan juta menarik balik klip video parodi itu dengan berkata niatnya bukan untuk mempersoalkan hudud tetapi untuk membincangkan pelaksanaannya.
 
 

Bertaubatlah Aisyah

Posted: 21 Mar 2015 12:44 AM PDT


Bertaubatlah Aisyah Bertaubatlah Aisyah
 
 
 
KOTA BHARU - Seluruh umat Islam perlu memahami dan sedar hukum hudud adalah hukum ALLAH SWT yang tidak boleh dipermainkan serta dipersendakan terutama oleh mereka yang beragama Islam.
 
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menegaskan, jika perkara itu berlaku, ia boleh memberi kesan kepada kerosakan akidah pelaku, terutama jika dilakukan di dalam sedar, bukannya jahil. 
 
"Ia (mempermainkan hukum ALLAH SWT) boleh memudaratkan pelaku itu sendiri, ada sesetengah pihak menganggap perkara ini sebagai remeh, namun dalam Islam, ia serius dan perlukan bimbingan, tidak mustahil sehingga menyebabkan terkeluarnya agama.
 
"Saya nasihatkan kembalilah ke pangkal jalan, jika kita tidak mengetahui dengan jelas sesuatu hukum ALLAH SWT, carilah jalan penyelesaiannya, belajar dengan mereka yang layak iaitu ilmuwan dan sebagainya, jangan mempersendakan hukum ALLAH SWT," katanya.
 
Beliau mengulas tindakan seorang gadis yang didakwa menghina langkah kerajaan Pas Kelantan membentang dan meluluskan undang-undang hudud yang kini menjadi viral dan menerima kecaman hebat di laman sosial.
 
Gadis dikenali sebagai Aisyah Tajuddin didapati melakonkan aksi parodi dan mengeluarkan kata-kata yang didakwa menghina hukum hudud dalam sebuah klip video berjudul 'Aisyah BFM Kupas Hudud di Kelantan'.
 
Mohamad Shukri berkata, penghinaan itu juga boleh disifatkan sama seperti menghina matahari, sungai dan segala ciptaan ALLAH SWT, yang mana mempunyai sebab dan faedahnya kepada manusia.
 
Beliau juga memberitahu, dalam skop sama, hudud juga dicipta ALLAH SWT untuk kebaikan umat Islam, yang tidak boleh dipermainkan, malah diejek sehingga timbulnya penghinaan.
 
"Kalau kita (orang Islam) sendiri tidak hormat hukum ALLAH SWT, bagaimana kita mahu orang bukan Islam hormat dan faham agama kita. Jangan disebabkan kita, orang lain boleh menghina agama dan hukum ALLAH SWT, kepada si pelaku, segeralah bertaubat," katanya.
 
Sementara itu, dalam perkembangan lain, ketika diminta mengulas keadaan cuaca panas terik yang melanda Kelantan kini, beliau turut menasihatkan orang ramai solat sunat Istisqa' minta diturunkan hujan, selain mengalu-alukan masjid utama di seluruh negara buat perkara sama.
 
"Banjir, kemarau, mengajar umat Islam untuk lebih bersyukur dengan pemberian-Nya. Jangan pula ada yang kutuk dan mengeluh kekesalan, ALLAH SWT sudah tentukan yang terbaik untuk umat-Nya," katanya.
 
 

Tiga tahun akan datang cukup mencabar buat Umno

Posted: 21 Mar 2015 12:41 AM PDT

SINAR HARIAN

amno Umno
 
 
 
MUAR - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan ahli Umno supaya tidak mengambil mudah iklim dan ekosistem politik negara dalam tempoh tiga tahun mendatang yang disifatkan sebagai tempoh yang mencabar dan kritikal.
  
Beliau berkata, mereka perlu memastikan Umno terus menjadi sebuah parti yang relevan untuk bangsa Melayu tanpa meminggirkan hasrat kaum lain.
  
"Ini tempoh yang amat mencabar dan kritikal kerana perubahan iklim dan ekosistem politik yang berlaku di peringkat negara menuntut Umno menjadi sebuah parti proaktif.
  
"Apa yang kita rancang dan laksana perlu mengambil kira pandangan dan ekspresi masyarakat setiap kaum," katanya kepada pemberita selepas merasmikan serentak persidangan tahunan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian  Pagoh di Seri Pekembar di sini, hari ini.
  
Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno dan Ketua Umno Bahagian Pagoh berkata, dalam tempoh itu Umno perlu dilihat sebagai sebuah parti yang membantu menangani masalah masyarakat.
  
"Ia memerlukan pimpinan politik Umno yang terdidik,  bermoral dan perlu faham apa yang mereka lakukan," katanya.
  
Sementara itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) 2015-2025 bagi meningkatkan kualiti pendidikan tinggi negara dijadual dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 April ini.
  
"Ada 10 anjakan yang akan diumumkan nanti iaitu mahu membawa pendidikan tinggi negara ke tahap yang lebih maju, lebih berkualiti dan mahu menjana modal insan yang berkualiti," katanya.
  
Beliau berkata, perbincangan dengan semua pihak bagi merumuskan pelan berkenaan telah dilakukan selama dua tahun sebelum ini iaitu melibatkan ibu bapa, badan bukan kerajaan dan pakar dalam bidang pendidikan.
  
"Kami telah adakan sesi perbincangan dan pandangan. Walaupun pendidikan tinggi negara sudah sampai ke tahap yang membanggakan tetapi ia perlu mengambil kira saingan di peringkat global," katanya. - Bernama


Ahli parlimen Islam wajib sokong hudud

Posted: 21 Mar 2015 12:39 AM PDT


Ketua Pemuda Umno Bahagian Tebrau, Syahrin Md Jamaludin Syahrin Md Jamaludin
 
 
 
JOHOR BAHRU – Ahli Parlimen Islam disarankan supaya bersetuju dengan pembentangan rang undang-undang hudud apabila dibentangkan kelak atas dasar kesedaran, keinsafan serta yakin bahawa ia adalah sejajar yang disyariatkan dalam agama Islam sendiri.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Tebrau, Syahrin Md Jamaludin berkata, undang-undang itu perlu ditubuhkan bukan atas kepentingan politik sempit pihak tertentu sebaliknya benar-benar tulus serta ikhlas.

"Tidak ada istilah hudud Umno atau hudud Pas sebaliknya hudud ini adalah dari ALLAH. Kita wajib bersetuju selagi ia dilihat atas dasar kebenaran, keinsafan serta tanpa prejudis kerana ia adalah undang-undang daripada ALLAH.

"Pelaksanaannya juga dapat menyatupadukan umat Islam jika ia dilaksanakan dengan ikhlas dan penuh keinsafan serta dijangka akan mengubah sosio masyarakat secara keseluruhan. Jadi, ketepikan agenda sempit politik dalam hal ini," katanya kepada Sinar Harian ketika mengulas mengenai hasrat Dun Kelantan membentangkan enakmen berkaitan hudud itu di Parlimen nanti.

Beliau berkata, pihak berwajib perlu memberi tumpuan untuk memberi penerangan yang jelas kepada semua pihak supaya yakin dan faham bahawa undang-undang ini adalah peraturan yang terbaik untuk mencegah perbuatan jenayah.

"Selepas undang-undang ini dibentangkan kita tunggu dan lihat apa kesannya. Jadi, di sini, amatlah perlu mereka yang berwajib memberi kefahaman kerana ramai masih tidak faham serta yakin hingga prejudis termasuk umat Islam sendiri.

"Penerangan itu juga perlu dibuat kepada bukan beragama Islam kerana kita adalah sebuah negara yang majmuk. Kalau diikutkan mereka (bukan Islam) yang kuat menentang atas agenda politik.

Kata Syahrin, sudah sampai masa penjelasan perlu diberikan dan salah satu tuntutan agama perlu dituruti untuk mengelakkan berlaku syak dan fitnah terhadap agama oleh orang bukan Islam yang tidak faham undang-undang ini
.
"Saya kira ini juga adalah medium dakwah yang berkesan kepada orang bukan Islam yang mana secara tidak langsung mereka mulai mengetahui bahawa hudud adalah hukuman terbaik dalam dunia yang mana pelaksanaannya bukan memberikan kesan negatif.

"Hudud bukannya untuk menakut-nakutkan tetapi sebaliknya dapat mencegah masyarakat Islam meninggalkan perkara yang tidak baik. Mereka mungkin fikir mengenai potong tangan, tetapi sebenarnya undang-undang ini wujud untuk mencegah orang untuk potong tangan dan diharap kerajaan Kelantan dapat buktikan kepada masyarakat," katanya.


PKR tolak hudud kerana kecewa?

Posted: 21 Mar 2015 12:36 AM PDT


Hudud Pas
 
 
 
SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] PKR tidak akan menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian mengenai kuasa mahkamah syariah yang akan dibawa ke Parlimen bagi meluluskan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 (pindaan 2015) atau hukum hudud.

Dalam kenyataan bersama tujuh pimpinan tertinggi parti itu, mesyuarat biro politik memutuskan PKR tidak boleh menyokong RUU Persendirian itu atas dua faktor utama iaitu, tidak dimaklumkan mengenai perkara itu, ia menjadi cadangan 'unilateral' selain bercanggah dengan keputusan Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; timbalannya, Azmin Ali; naib presiden, Nurul Izzah Anwar dan Rafizi Ramli ; Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin dan Ketua Angkatan Muda Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, selain tidak memaklumkan dalam mesyuarat 18 Mac lalu, mereka menolak kerana prinsip Fiqh Al-Awlawiyyat, Maslahat Ummah dan Maqasid Syariah.

"Mengikut Peraturan Tetap Dewan Rakyat, sebarang RUU hanya akan dibahaskan dengan restu pihak kerajaan. Hakikatnya, tidak ada seorang pimpinan tertinggi Umno atau BN pun yang membuat kenyataan terbuka dan jelas mengenai pendirian mereka berkenaan RUU Persendirian tersebut jika di bawa ke Parlimen, termasuklah (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalan beliau, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"PKR menggesa kerajaan Umno-BN untuk menjelaskan sama ada ia merestui RUU Persendirian tersebut dibahas dan diundi di Parlimen," katanya.

Sham Real X meninggal dunia, selamat dikebumikan

Posted: 21 Mar 2015 12:24 AM PDT


Sham Real X meninggal dunia, selamat dikebumikan Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan jam 11 pagi di Tanah Perkuburan Islam Jalan Baru, Kuala Kangsar. - Foto Sinar Harian oleh RIDAUDDIN DAUD
 
 
 
KUALA KANGSAR - Bekas pemain dram kumpulan rock tanah air, Real X menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Kangsar, petang semalam.

Ahmad Hishamsul Yahya, 42, atau lebih dikenali sebagai Sham Real X selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Baru, Kuala Kangsar, hari ini.

Urusan pengebumian Allahyarham selesai kira-kira jam 11 pagi yang turut dihadiri sanak saudara serta kenalan arwah.

Beberapa rakan artis dilihat turut hadir memberikan penghormatan terakhir antaranya Shah Slam.

Sepupunya yang enggan dikenali berkata, Sham Real X meninggal dunia akibat menghidap penyakit jantung dihidapinya.

"Arwah kerap juga membuat rawatan susulan di Kuala Lumpur bagi merawat penyakitnya itu. Apabila penyakitnya menyerang, memang arwah kelihatan lemah saja.

"Malam kelmarin (Rabu), arwah tidak boleh tidur sampai 3 pagi disebabkan sakitnya itu. Kemudian rakannya datang mengurut, barulah arwah boleh tidur lena.

"Tengah hari semalam, arwah rasa semakin teruk dan mengadu lapar. Arwah hanya sempat jamah tiga suap sebelum terus dibawa ke hospital," katanya

Sham Real X melakar nama dalam industri hiburan selepas menganggotai kumpulan rock Real X yang menampilkan bekas penyanyi kumpulan XPDC, Mail dan menjadi kegilaan ramai pada era 90-an.

Beliau kemudiannya menceburkan diri dalam bidang lakonan dan pernah membawa watak sebagai seorang anggota kumpulan Malaikat Maut dalam filem Rock.


Sampai bila berdemo bantah kes liwat?

Posted: 20 Mar 2015 05:42 PM PDT


Oleh RAYUSA



PERHIMPUNAN #KitaLawan di ibu kota, 7 Mac lalu adalah demonstrasi membantah yang keempat terhadap keputusan muktamad kes Liwat 2 yang membawa Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim kembali ke Penjara Sungai Buloh.

Difahamkan perhimpunan yang bermula dari Pasar Seni, Masjid Jamek serta Ibu Pejabat PAS dan bertemu di kompleks beli-belah Sogo itu adalah kemuncak dan terakhir. Sebelum itu, perhimpunan dalam skala lebih kecil telah diadakan di kompleks beli-belah tersebut pada 14, 21 dan 28 Februari lalu.

Selain membantah keputusan kes Liwat 2, perhimpunan itu diadakan untuk memberi sokongan kepada Anwar yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun (maksimum) akibat kesalahan meliwat.

Pada kira-kira jam 3.45 petang, ketiga-tiga kumpulan itu bertemu dan berkumpul di hadapan kompleks beli-belah Sogo.

Turut serta dalam perhimpunan tersebuti ialah Naib Presiden KeADILan, Nurul Izzah Anwar.
Anggota polis turut bertugas mengawal keadaan. Kumpulan itu kemudiannya bersurai pada jam 6.30 petang.

Ada yang menyebut jumlah peserta #KitaLawan seramai 10,000 orang. Ada pula yang mengatakan hanya 3,000 orang sahaja.

Bagi saya, sama ada 3,000 atau 10,000, hakikatnya yang melawan dan tidak puas hati masih ada.

Mereka yang turun ke jalan raya pada petang Sabtu itu boleh dianggap menyokong Anwar. Walau bagaimanapun, bukan pula bermakna mereka yang tidak turun rela dengan kezaliman terhadap mantan timbalan perdana menteri itu.

Mungkin mereka tidak ikut serta kerana beberapa hambatan.

Ertinya, dalam kalangan mereka yang tidak menyertai perhimpunan tersebut ada yang menyokong dan membantah. Memang tiada paksaan untuk ikut serta atau tidak. Lihat dengan mata hati dan fikirlah sendiri.

Yang tidak menyokong #KitaLawan memang menempelak perhimpunan tersebut dan melemparkan pelbagai kata nista.

Ada yang menyifatkannya tidak ubah seperti perhimpunan "syok sendiri" dan hanya menyusahkan orang ramai untuk bersantai pada hujung minggu.

Perhimpunan itu menyebabkan lalu lintas menghala ke ibu kota sesak teruk.

Justeru, kebanyakan pengguna media sosial menyuarakan rasa tidak puas hati mereka kerana terpaksa berhujung minggu dalam situasi gawat itu.

Antaranya, seorang pengguna twitter dengan tanda nama @cinta4malaysia menulis, "Kurang sambutan #KitaLawan menunjukkan lebih ramai rakyat tolak himpunan #syoksendiri ini."

Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang dalam tweetnya @ tankengliang mencatatkan, "There are 30 million Malaysians. Those few thousand at PKR #KitaLawan demo don't represent our country. Not even 0.01 percent. Stop causing chaos! ("Terdapat 30 juta rakyat Malaysia. Beberapa ribu di demonstrasi PKR#KitaLawan tidak mewakili negara kita. Tidak sampai 0.01 peratus. Hentikan huru-hara!")

Pengguna twitter @ hisyamnawi pula menulis, "Demonstrasi jalanan seperti tak ada tamadun. Negara dah maju. Otak masih zaman batu #KitaLawan."

Pengguna @amirulruslan mencatatkan dalam tweetnya, "What are people saying the #KitaLawan rally numbers are? 10k? In all honesty I'd say it's closer to 3k-5k - if even that" ('Apa yang orang kata tentang bilangan yang hadir dalam perhimpunan #KitaLawan? 10k? Secara jujur saya kata ia hampir 3k-5k - kalau pun sampai jumlah itu.")

Bagi @theasyrafzabani pula, "Daripada #KitaLawan entah siapa di Sogo tu, baik #KitaLawan kebebalan diri sendiri yang tak sudah-sudah menjadikan diri alat kepada parti politik."

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata, perhimpunan "syok sendiri" yang diadakan oleh KeADILan itu tidak membawa sebarang makna dan impak kepada kerajaan.

Kata Razlan, itu semua cerita dongeng KeADILan. Rakyat, tambahnya, mahu ke hadapan dan rata-rata sudah bosan dengan permainan kepentingan KeADILan semata-mata.

Mereka yang membantah #KitaLawan boleh berkata apa sahaja. Namun, bak kata orang, jika tidak suka, semuanya salah belaka.

Bagi saya, #KitaLawan tidak "sepatutnya" diadakan lagi. Walau bagaimanapun, itu bukan bererti saya sudah tidak menyokong dan bersimpati dengan Anwar sekeluarga. Saya cuma bermaksud
sebarang demonstrasi berkaitan Anwar dan kes liwat sepatutnya telah berakhir. Sudah terlalu lama rakyat terpaksa menelan kebusukan kes yang memual dan memalukan ini.

Walau bagaimanapun, ini semua gara-gara kerajaan Umno-BN terlalu takutkan Anwar. Pada 10 Februari lalu, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Anwar dan mengekalkan sabitan, serta hukuman penjara lima tahun dihadapinya bagi kesalahan meliwat Mohd Saiful Bukhari pada 26 Jun 2008.

Sepatutnya keputusan pada 10 Februari lalu menyelesaikan perkara tersebut.

Seperti yang saya katakan dalam artikel terdahulu sama ada Anwar dibebaskan atau dipenjarakan, itu adalah arahan "tangan ghaib." Lantaran itu, kisah Anwar sekeluarga ini berterusan. Apatah lagi, kempen March to Freedom pula telah dilancarkan. Dengan Anwar meringkuk di penjara, cerita tersebut akan berterusan.

Demonstrasi memang perlu terus diadakan. Namun, bukanlah untuk Anwar sematamata sejak sekian lama. Banyak lagi isu lain yang lebih merakyat perlukan tenaga serta fikiran para demonstran dan reformis

Tiada ulasan: