Sabtu, 21 Mac 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Musa Hitam desak Umno tegas, jangan lebih PAS dari PAS

Posted: 21 Mar 2015 09:00 AM PDT

  Kelmarin Rafizi Ramli mendesak Dato' Seri Najib Tun Razak dan timbalan beliau Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan secara terbuka dan bertulis bahawa mereka menyokong pelaksanaan hudud di Kelantan dan mereka akan mengundi menyokong Rang Undang-undang Persendirian mengenai kuasa mahkamah syariah jika dibawa ke Parlimen.

 Menurut Rafizi setakat ini, hanya Umno Kelantan yang menyuarakan sokongan terhadap EKJSK dan ahli-ahli Parlimen Umno dari Kelantan.

 Waima Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC) iaitu Tan Sri Shahrir Samad minggu ini menyatakan bahawa ahli-ahli Parlimen Umno belum mendapat arahan dari kepimpinan Umno mengenai pendirian mereka sekiranya Rang Undang-undang Persendirian mengenai kuasa mahkamah syariah dibawa ke Parlimen.

 Rafizi turut menyatakan, Ahli Parlimen Pulai Datuk NurJazlan Mohamad mengeluarkan kenyataan menentang pelaksanaan hukum hudud dan menyebut beliau tidak akan menyokong Rang Undang-undang Persendirian mengenai kuasa mahkamah syariah jika dibawa ke Parlimen.

 Ditambah pula dengan kenyataan Presiden Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) , komponen Barisan Nasional yang terbesar , Tan Sri Adenan Satem yang menyatakan secara terbuka bahawa parti itu akan menolak hudud baik di peringkat negeri Sarawak atau persekutuan.Baca lagi di sini 

 Hari pula , bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam mendesak Umno segera menyatakan pendirian dalam isu itu sambil memberi amaran ia bakal berdepan akibat yang buruk sehingga memusnahkan parti itu sendiri jika tidak berbuat demikian. 

 Sambil mengingatkan Umno agar tidak dilihat cuba melebihi PAS dalam perkara itu, bekas timbalan perdana menteri itu mendesak Umno mengambil pendirian tegas dalam isu itu yang menurutnya mempunyai kesan jangka panjang kepada negara.

"Saya amat kecewa Umno sendiri seolah-olah terpinga-pinga dan hingga sekarang masih belum menentukan pendirian tegasnya. Saya boleh dikatakan begitu lama khuatir atas polisi dan agenda Umno di sini. 

"Umno mesti mengambil pendirian tegas. Ini isu nasional yang berimplikasi panjang kepada negara di peringkat domestik mahu pun antarabangsa.

 "Umno tidak mampu dianggap seolah-olah cuba melebihi PAS dalam hal ini. Umno janganlah hendaknya mahu menjadi lebih PAS daripada PAS sendiri! 'Umno should not be trying to out-PAS PAS!'," katanya. Kenyataan penuh Musa di sini

PKR TIDAK WAJAR BERPEGANG DGN IJTIHAD SYEIKH YUSSOF QARADAWI ?

Posted: 21 Mar 2015 07:22 AM PDT

Kita perlu didik dan jelaskan kepada
mereka mengenai perundangan Syariah
Salah ker kalau PKR menuruti Ijtihad Presiden Persatuan Dunia Islam Syeikh Yussof QARADHAWI bahawa perlu membangunkan kekuatan ummah sebelum melaksanakan hudud? Apakah Qaradhawi menjadi Kafir kerana berijtihad sedemikian rupa? APAKAH Qaradhawi menolak Hukum hudud dan ayat2 Allah?

As-Syahid Hassan Al- Bana pengasas parti ikhwanul muslimin di Mesir juga berijtihad menangguhkan hukum HUDUD bagi kesemua negara umat islam selepas tumbangnya empayar Islam Othmaniah di Turkey kerana keseluruhan sistem dunia baik dari segi politik, ekonomi dan perbankan dunia dikuasai oleh golongan Yahudi..apakah Hassan Al Bana Juga menjadi Kafir kerana menangguhkan Hudud?

 Selepas Sultan Muhamad Al Fateh berjaya menumbangkan Kota Constantinople Rome Timur Baginda menangguhkan perlaksanaan Hukum Hudud bagi menstruktur semula kerajaan islam dibawah pemerintahan baginda dgn membina kekuatan ekonomi umat islam setelah berhabis2an mengeluarkan belanja yang cukup besar dalam perperangan bagi menumbangkan Rome..

 Al Fateh membina pusat2 pendididikan juga memantapkan sistem pertahahan negara dan menyebarluaskan dakwah islamiyah ke atas masyarakat romawi beragama kristian yg berada dibawah naungan baginda serta menjaga kebajikan umat kristian dan nembaik pulih gereja2 mereka.. Mengapa hudud ditangguhkan Al-Fateh sedangkan islam sudah menguasai 1/3 dunia?

 Apakah Sultan Mohamad Al Fateh menjadi Kafir kerana menangguhkan perlaksanaan hukum hudud? Aku cabar ahli serta pimpinan PAS sila keluarkan kenyataan terbuka bahawa Syeikh Yussof Qaradawi, Hassan Al- Bana dan Sultan Muhamad Al Fateh telah jatuh Kafir kerana menangguhkan perlaksanaan Hukum Hudud seperti mana yg terkandung di dalam Al-Quran..

 Nota : PAS NAK BERDAKWAH MALAS SIBUK DGN POLITIK DAN JAWATAN SAHAJA, MANA MISI DAKWAH PAS ? 

MANA TAKWIM / KALENDAR DAKWAH PARA PEMIMPIN PAS?.. TAK DE PON.. GEBANG JER LEBIH.. BANGGA SEBAGAI PARTI ISLAM TAPI MISI DAKWAH KE ATAS BUKAN ISLAM FAIL... 

PAS menghampiri bukan islam hanya sekadar utk meraih undi sahaja..

 Bila dipertikaikan kegagalan PAS dalam usul dakwah kepada bukan islam mereka menunding jari kepada PKR pula, Persoalannya PAS dgn begitu bangga dan gah mendakwa mereka adalah satu2 parti yg membawa risalah islam dalam negara kita dan jihad mereka adalah Fisabilillah tetapi bila gagal menjalankan misi dakwah ke atas bukan islam mereka menyalahan PKR yg selama ini mereka tuduh sebagai parti sekular..

 Sandiwara Dunia semakin Aneh..

 Teuku Zacharyah Iskandar

Anwar hadir di Mahkamah Syariah Selasa ini

Posted: 21 Mar 2015 12:35 AM PDT

Selepas tiga tahun tahun, Rayuan Syariah Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur telah membuat keputusan untuk mendengar kes qazaf antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan dua yang lain.

 Anwar, yang sedang menjalani hukuman penjara di penjara Sungai Buloh, dikehendaki hadir di mahkamah apabila kes itu didengar Selasa depan.

 Ini adalah kali kedua Anwar dikehendaki menghadiri prosiding mahkamah setelah Mahkamah Persekutuan bulan lepas menolak rayuannya terhadap sabitan tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan mengekalkan hukuman penjara lima tahun.

 Anwar, yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Pembangkang Parlimen, telah dipanggil semula pada 17 Februari - seminggu selepas beliau dihantar ke penjara - untuk memberi keterangan dalam kes samannya terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

 Kali ini, kehadiran Anwar diperlukan bersama-sama dengan peguam syarie Zainul Rijal Abu Bakar, yang mewakili Jamil Khir dan dua yang lain - ketua pendakwa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Shamsuddin Hussain dan bekas pengarah JAWI, Datuk Che Mat Ali.

  Jamil Khir adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi hal ehwal agama Islam.

 Perintah untuk kehadiran mereka telah ditandatangani oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Syariah, Syazana Syahida Moktar. Difahamkan pihak berkuasa Jabatan Penjara sedang mengatur kehadiran Anwar Selasa ini.

 Di bawah Akta Kesalahan Syariah Wilayah Persekutuan 1997, qazaf adalah tuduhan yang dibuat oleh pengadu berhubung dakwaan melakukan maksiat atau dakwaan melakukan hubungan seks tanpa disokong oleh empat saksi lelaki.

 Qazaf difailkan 7 tahun lalu

 MP Permatang Pauh itu memfailkan permohonan qazaf itu pada 9 Julai 2008 di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur Syariah, menuntut ketua pendakwa JAWI mengambil tindakan terhadap Saiful berhubung aduan liwat kerana ketua ketua umum PKR itu mendakwa bahawa bekas pembantunya berbohong dan gagal mengemukakan empat saksi bagi menyokong dakwaan itu.

 Bagaimanapun, mahkamah menolak permohonan Anwar itu dua tahun kemudiannya selepas ia membenarkan bantahan awal oleh Jamil Khir.

 Mahkamah memutuskan permohonan itu adalah remeh dan menyusahkan kerana ketua pendakwa JAWI mempunyai fungsi separa k//ehakiman di mana beliau tidak boleh diberi tekanan politik dalam melaksanakan tugasnya.

 Walaupun ditolak, Anwar memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur itu.

 Juga selepas permohonan qasaf itu ditolak, Anwar telah memohon untuk membatalkan Zainul Rijal daripada mewakili Jamil Khir (kiri) berikutan penemuan bahawa peguam itu telah dilantik menjadi ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), yang menyelia mahkamah syariah KL.

 Pada 30 Januari 2012, Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur menolak rayuan Anwar terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur untuk tidak memaksa tiga mereka - Jamil Khir, Shamsuddin dan Che Mat - untuk mengambil tindakan qazaf terhadap Saiful.

Dalam satu keputusan yang mengejutkan, ia membenarkan bantahan awal oleh Jamil Khir, tanpa kebenaran diberikan oleh mahkamah syariah tertinggi di Wilayah Persekutuan.

 Ekoran keputusan itu, peguam Anwar - Kamar Ainiah Kamaruddin, Rafie Mohd Shafie dan Mohamad Burok yang juga seorang peguam kanan syarie - bertindak keluar dari Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur itu.

 Dalam prosiding mahkamah itu, Zainul Rijal tidak mewakili Jamil Khir dan dua yang lain, kerana ketiga-tiga mereka diwakili oleh peguam syarie Roslizam Rahim, Abdul Rahim Bahri dan Mohd Redzuan Ramli. Ini membawa kepada pendengaran Selasa ini kerana ia difahamkan bahawa Zainul Rijal telah membuat bantahan awal terhadap permohonan Anwar untuk membatalkan kelayakan beliau mewakili tiga-tiga mereka.

 Bagaimanapun, bantahan awal Zainul Rijal itu atas alasan bahawa dia telah menarik diri daripada mewakili ketiga-tiga mereka selepas dilantik sebagai ahli majlis MAIWP, telah ditolak oleh Mahkamah Syariah dengan kos.

 Memandangkan ini, pada pandangan peguam Anwar, Zainul Rijal (kiri) masih menjadi peguam Jamil Khir.

 Masih belum diketahui sama ada Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur akan menetapkan tarikh untuk mendengar semakan permohonan Anwar terhadap keputusan 30 Januari 2012.

 Dalam permohonan semakan itu, Jamil Khir dan dua yang lain juga memohon untuk membatalkan semakan tersebut. Mereka memfailkan perkara itu pada 24 April, 2012.~ SUMBER

Pimpinan PAS Perlu Perubahan - Nizar

Posted: 20 Mar 2015 05:23 PM PDT

ALOR SETAR, 20 Mac (Bernama) -- Anggota Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata perubahan perlu dilakukan terhadap kepimpinan parti memandangkan krisis utama dihadapi PAS sekarang ini ialah berkaitan pemikiran pemimpinnya.

 "Jika mereka ini ada unsur-unsur mempamer kelemahan, maka perlu diubah, ini hak perwakilan dan ada dalam perlembagaan parti. Ubah pimpinan, sebab pemikiran tu bersama pimpinan," katanya di Kuala Kedah.

 Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang mahu Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikekalkan sebagai presiden PAS dengan alasan beliau mampu menjalankan tanggungjawab dengan baik dalam menghadapi pelbagai situasi.

 Ahmad dilapor berkata, walaupun Perlembagaan PAS memberi ruang untuk sesiapa sahaja memilih calon yang layak bagi menggalas tugas itu, namun sehingga kini keperluan Hadi menjadi presiden PAS dilihat masih tinggi.

 Ditanya apa perlunya bagi PAS untuk terus bersama dengan Pakatan Rakyat, Nizar berkata ianya penting bagi memastikan kedudukan PAS di hati orang bukan Melayu.

 "Bila PAS berkeseorangan sepanjang 12 tahun, kita tak dapat tempat di hati pengundi bukan Melayu, tapi bila kita sama Pakatan Rakyat, kita banyak menang di kawasan yang bukan majoriti Melayu."

 Justeru katanya, pendirian Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din yang menegaskan parti itu meletakkan perjuangan menegakkan hukuman hudud sebagai ketetapan yang jauh lebih penting daripada kerjasama pakatan pembangkang itu adalah pendapat peribadi Haron.

 Nizar berkata pada masa ini terdapat dua pemikiran dalam PAS iaitu pemikiran ulama dan pemikiran progresif profesional. – Bernama,

Tiada ulasan: