Jumaat, 20 Mac 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Masa Untuk Rakyat Lebih Berani Suarakan Bantahan

Posted: 20 Mar 2015 04:35 AM PDT

shahbudindotcom


Menjelang beberapa hari saja lagi apabila GST akan dilaksanakan pada 1 April depan, suara rungutan dan keluhan makin kedengaran di mana-mana mengenai tambahan wang yang mungkin diperlukan untuk meneruskan kehidupan.

Berdasarkan beberapa barangan dan perkhidmatan yang dijangka meningkat harganya sebaik GST dikuatkuasakan, tidak dapat tidak cukai baru itu akan menambahkan lagi beban sedia ada.

Beberapa perkhidmatan seperti bil utiliti, tambah nilai telefon, tiket wayang, ubat-ubatan, transaksi wang di mesin ATM dan segala macam lainnya yang dijangka meningkat, ada ibu bapa juga sudah mulai menerima surat daripada pusat tuisyen anak masing-masing mengenai kenaikan harga bermula 1 April depan sebaik GST dilaksanakan.

Dalam masa yang sama janji kerajaan bahawa banyak barangan akan turun harga berikutan GST 6 peratus adalah lebih rendah berbanding SST 16 peratus yang dikenakan sebelum ini seperti hanya tinggal janji semata-mata.

Ini kerana masih belum diketahui apa barang yang bakal diturunkan harganya itu. Langsung tiada pengumuman dan hebahan mengenainya.

Sekaligus semua ini lebih meyakinkan rakyat bahawa GST lebih merupakan beban baru kepada mereka.

Ia juga dikuatkan dengan pengumuman kerajaan bahawa sebaik GST dilaksanakan ia akan menambahkan pendapatan negara dalam bentuk cukai daripada RM16 bilion hingga RM18 bilion setahun kepada RM27 bilion setahun.

Oleh kerana pendapatan negara bertambah, sudah tentu ia juga bermakna lebih banyak wang perlu dirobek daripada poket rakyat melalui GST ini.

Kenyataan bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad bahawa menjadi hak rakyat bertindak balas atau memberitahu kerajaan bahawa mereka tidak akan dipilih semula setelah GST dilaksanakan seakan-akan mengesahkan lagi cukai itu lebih membebankan berbanding memberi keselesaan.

Begitu juga dengan ucapan bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah di Parlimen yang menyarankan agar GST ditangguhkan perlaksanaannya turut memberi makna yang sama iaitu cukai baru itu lebih membebankan rakyat.

Lebih malang lagi, menjelang beban yang makin meningkat bakal ditanggung rakyat apabila GST dilaksanakan itu, kerajaan melalui SPAD dan KTM juga hari ini mengumumkan kenaikan tambang bas ekpress, teksi serta keretapi.

Walaupun diumumkan bahawa kenaikan itu tiada kena-mengena dengan perlaksanaan GST, yang pastinya ia adalah tambahan kepada beban kewangan sedia ada.

Semua ini menjadikan kehidupan rakyat, terutama yang berpendapatan rendah,  bak jatuh ditimpa tangga, terduduk pula keatas najis ayam.

Di ketika ini, beserta dengan keputusan kerajaan membeli sebuah jet baru ACJ320 berharga hampir RM500 juta yang tentunya  lebih banyak digunakan oleh Perdana Menteri, slogan "rakyat didahulukan" yang kerap dilaungkan selama ini tidak lebih umpama sampah yang berbau hanyir dan busuk.

Sebenarnya, inilah masanya rakyat pelbagai peringkat dan status kehidupan bangun menyuarakan bantahan dan tindak balas mereka kerana kerajaan nampaknya benar-benar gagal memberi kesejahteraan serta kehidupan yang lebih baik kepada pembayar cukai.

Mungkin pilihanraya umum masih ada kira-kira tiga tahun lagi, tetapi seperti kata Mahathir, rakyat berhak bertindak balas atau memberitahu kerajaan bahawa mereka tidak akan dipilih semula atau tidak dikehendaki lagi sebagai kerajaan.

Bermula 1 April adalah masa yang sesuai untuk memberi lebih tekanan kepada kerajaan pimpinan Najib ini.

Bagi kebanyakan rakyat, inilah tafsiran mudah mereka mengenai GST...

Tambah nilai telefon bimbit adalah antara yang akan mengalami kenaikan apabila GST dilaksanakan...

Tidak cukup dengan beban GST, tambang pengangkutan awam juga turut naik sama...
 

Pemuda MCA mahu wakil rakyat DAP letak jawatan

Posted: 20 Mar 2015 04:27 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


MCA menuntut supaya wakil rakyat DAP melepaskan jawatan mereka ekoran isu rang undang-undang hudud dan parti komponen BN itu telahpun menyediakan surat peletakan jawatan kepada DAP.

"Mereka hanya perlu mengisi butiran mereka dalam surat peletakan jawatan dan melepaskan jawatan mereka sekarang," kata Ketua Pemuda MCA Chong Sin Woon.

Chong turut mengetuai satu kumpulan mengadakan protes di luar ibu pejabat DAP pagi ini.

Chong dan dia lagi anggota MCA telah menyerahkan peletakan jawatan itu kepada ketua pentadir pejabat DAP Chu Yoon Ming, kemudiannya enggan mengulas mengenai perkara itu.


PAS tidak perlu pinda Perlembagaan bagi laksana hudud kata peguam

Posted: 20 Mar 2015 04:18 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic



KUALA LUMPUR: Beberapa peguam mengesahkan hari ini PAS tidak perlu meminda Perlembagaan Persekutuan bagi menguatkuasakan undang-undang Islam di Kelantan.

Peguam Syahredzan Johan berkata, kerajaan PAS Kelantan kini dihadkan oleh undang-undang 1965 yang melarang mahkamah Syariah daripada melaksanakan hukuman di bawah hudud – seperti memotong tangan bagi mencuri atau hukuman mati bagi murtad.

Di bawah Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, mahkamah Syariah hanya boleh menjatuhkan hukuman sebat dan penjara tiga tahun, denda maksimum RM5,000 atau enam kali sebatan.

"Jadi PAS hanya perlu meminda akta berkenaan bagi membolehkan Kelantan melaksanakan hukuman hudud berkenaan. Dan itu boleh dilakukan dengan majoriti mudah serta tidak memerlukan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan," Syahredzan memberitahu Malay Mail Online hari ini.

Di Parlimen, hanya majoriti mudah atau 112 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat diperluykan bagi meluluskan undang-undang Persekutuan atau pindaan; manakala majoriti dua pertiga atau 148 daripada 222 Ahli Parlimen diperlukan bagi meminda Perlembagaan Persekutuan.

Tetapi Syahredzan mengingatkan lain-lain negeri juga boleh dengan mudah mengikut langkah Kelantan untuk menguatkuasa hudud jika PAS berjaya meminda undang-undang 1965 itu.

"Tetapi apabila undang-undang itu dipinda, dan semua Mahkamah Syariah boleh menjatuhkan hukuman seperti memotong tangan dan mati, apa yang melarang Dewan Undangan Negeri lain menguatkuasa undang-undang sama?

"Mereka hanya meminda undang-undang persekutuan," tambah peguam hak asasi itu, merujuk kepada undang-undang persekutuan 1965 yang dikuatkuasakan ke atas mahkamah Syariah seluruh negeri.

Pengkritik rancangan PAS melaksana hudud di Kelantan sebelum ini merujuk kepada Bahagian Sembilan, Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan undang-undang jenayah jatuh di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan bukan kerajaan negeri.

Tetapi Firdaus Husni yang mempengerusi jawatankuasa undang-undang perlembagaan Majlis Peguam berkata, PAS tidak perlu meminda Perlembagaan Persekutuan untuk menguatkuasakan hudud.

Firdaus berkata, Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada Kerajaan Persekutuan dan Parlimen untuk memanjangkan kuasa menggubal undang-undang mereka kepada kerajaan negeri.

"Di bawah Perkara 76A(1), Kerajaan Persekutuan boleh memanjangkan kuasanya bagi perkara-perkara dalam Senarai Persekutuan, ia boleh memanjangkanya ke sebarang negeri," katanya kepada Malay Mail Online.

Peguam itu juga merujuk kepada Perkara 80 (4) Perlembagaan, di mana Parlimen boleh memberi kuasa kepada pihak berkuasa negeri dalam pentadbiran bahagian tertentu undang-undang Persekutuan.

Bagi PAS apa yang ia perlu lakukan sekarang ialah meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965, kerana hukuman disenaraikan dalam undang-undang hudud Negeri Kelantan melangkaui had di dalam undang-undang 1965 itu.

Tetapi walaupun PAS berjaya mengetepikan sekatan undang-undang itu bagi melaksanakan hudud di Kelantan, Firdaus berkata, kanun keseksaan Islam itu boleh dicabar kerana melanggar Perlembagaan Persekutuan.

"Ya ia boleh dikuatkuasa tetapi apabila ia dilaksanakan, ia masih boleh dicabar atas alasan perlembagaan," katanya sambil merujuk kepada Perkara 7, 8 dan 3.
Perkara 7 melindungi rakyat Malaysia daripada perbicaraan berulang-ulang, manakala Perkara 8 menjamin keadilan di muka undang-undang dan perlindungan saksama undang-undang.

Kanun Keseksaan Malaysia meliputi kesalahan jenayah yang tertakluk ke atas semua orang dalam negara ini, manakakala enakmen hudud negeri Kelantan meliputi kesalahan jenayah bagi orang Islam sahaja.

Pengkritik berhujah orang Islam di Kelantan akan tertakluk kepada kedua-dua undang-undang hudud dan Kanun Keseksaan, dan membangkitkan wujud diskriminasi disebabkan undang-undang jenayah berlainan dengan hukuman serta peraturan berlainan dilaksana ke atas Muslim dan bukan Muslim.

Awal hari ini, Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan rang undang-undang untuk meminda undang-undang negeri mengenai hudud, Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan II.

PAS kini merancang untuk membentang dua rang undang-undang persendirian di Parlimen – satu untuk mendapatkan kelulusan bagi hukuman bukan konvensional yang sudah ada kesalahan termaktub di bawah Kanun Keseksaan. Satu lagi adalah untuk memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah untuk menjatuhkan hukuman bukan konvensional.

Isu tambang: SPAD tak bincang dengan kementerian

Posted: 20 Mar 2015 04:13 AM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Kerajaan memandang serius keputusan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan kadar tambang baru bagi pengangkutan awam khususnya teksi dan kereta sewa, kata Datuk Aziz Kaprawi.

Timbalan Menteri Pengangkutan yang juga MP Sri Gading berharap kadar kenaikan tambang pengangkutan awam itu dikaji semula kerana dianggap "tinggi".

Menurutnya lagi, suruhanjaya itu sepatutnya mengadakan perbincangan bersama dengan kementeriannya dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk mencapai keputusan yang terbaik mengenai kadar baru itu.

"Kita tidak seharusnya membebankan rakyat terutama mereka yang menggunakan pengangkutan awam dalam urusan harian mereka, kerana jika ia diteruskan ini akan meningkatkan kos perbelanjaan mereka," katanya.

Semalam SPAD mengumumkan kadar kenaikan bagi teksi sebanyak 20 hingga 67 peratus yang berkuatkuasa serta merta, manakala untuk bas ekspres bermula 15 Mei depan. Perkhidmatan KTM Komuter turut mengalami peningkatan sehingga RM7.10 berkuat kuasa 1 Mei ini.

Dalam kenyataannya, Aziz yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno mengakui masalah yang dihadapi syarikat pengangkutan awam dan pemilik teksi dan kerajaan yang akan mengkaji dan menyemak semula kenaikan tambang itu.

"Sebagai contoh perlu ada garis panduan dalam menentukan paras tambang yang berpatutan agar mampu dibayar oleh semua golongan masyarakat," katanya yang juga MP Sri Gading. 
 
 

Hudud: Zairil takkan sokong usul PAS

Posted: 20 Mar 2015 04:04 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


MP DAP, Zairil Khir Johari menegaskan bahawa beliau tidak akan menyokong rang undang-undang persendirian dari PAS di Parlimen untuk melaksana hudud di Kelantan.

Katanya, keputusan itu berdasarkan ketetapan parti dan juga pendirian peribadinya.

"Saya tidak akan undi untuk rang undang-undang hudud. Saya terikat dengan pendirian parti saya," katanya kepada Malaysiakini.

MP Bukit Bendera itu berkata, enakmen hudud tidak sesuai dengan masyarakat pelbagai kaum dan agama di Malaysia.

"Atas pendirian peribadi saya sekalipun, saya tidak akan mengundi enakmen syariah (dilaksanakan) di Kelantan kerana ia tidak dibangkitkan dengan betul dan tidak sesuai dengan konteks Malaysia," katanya.

Ditanya sekiranya beliau akan merakamkan undi menentang atau berkecuali, Zairil berkata: "Ia bergantung kepada arahan dan strategi parti. Yang pasti, saya tidak akan mengundi".

MP tersebut merupakan salah seorang daripada dua wakil Melayu DAP di Parlimen. Seorang lagi, Datuk Mohd Ariff Sabri Aziz belum dapat dihubungi buat masa ini.


Hadi: PAS masih bersama Pakatan hingga kini

Posted: 20 Mar 2015 04:03 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata sehingga kini PAS masih lagi bersama dengan Pakatan Rakyat dan tindakan menentang yang diterima berhubung rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) adalah perkara biasa dalam amalan demokrasi.
  
"Kerjasama dalam Pakatan Rakyat tidak melibatkan dasar parti. Kami tidak menyentuh agama dan hak mereka, jadi mereka juga tidak sepatutnya menyentuh agama kita.
  
"Apa yang penting adalah kami mengemukakan (rang undang-undang hudud) itu secara demokratik melalui sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dan melakukan pembentangan kepada umum dalam seminar yang melibatkan semua," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ijtima' Antarabangsa Perpaduan Ummah kali ke-3 di Marang hari ini.
  
Beliau mengulas desakan DAP supaya tindakan diambil terhadap PAS selain meminta PR menggantung kerjasama dengan parti itu sebagai tanda protes kerana meluluskan enakmen hudud semalam.  Bernama


 

PM akan umum pendirian BN bersabit hudud hari ini

Posted: 20 Mar 2015 03:57 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan pendirian parti itu berhubung pelaksaan hukum hudud di Kelantan pada hari ini.
 
Pengumuman yang akan dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu dilihat sebagai pengukur sama ada undang-undang Islam itu akan diluluskan apabila dibentangkan di Parlimen nanti.
 
"Berhubung dengan isu hudud, kita sudah berbincang dan Perdana Menteri akan mengeluarkan kenyataan rasmi parti esok," kata Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
 
Beliau berkata demikian pada sidang media bersama 14 pemimpin utama parti komponen BN di bangunan Parlimen pada petang Khamis.
 
DUN Kelantan pada Khamis meluluskan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf sahaja apabila ia dilaksanakan kelak di negeri ini.
 
Bagaimanapun rang undang-undang itu hanya boleh dilaksanakan selepas diluluskan oleh Dewan Rakyat.
 
Kerajaan PAS Kelantan perlu membawa usul persendirian melalui seorang Ahli Parlimen sebelum ia dibentangkan.
 
Sementara itu pada sidang media yang sama, Liow mengumumkan pendirian parti komponen BN menyokong pentadbiran Najib sebagai Perdana Menteri.
 
"Semua pemimpin komponen berada di sini untuk menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Datuk Seri Najib," katanya.
 
Sementara itu Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem berkata sokongan itu dibuat bagi menangkis sebarang spekulasi mengenai pentadbiran Najib.
 
"Ia bertujuan mengelak sebarang spekulasi yang tidak sepatutnya," katanya yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).
 
Sebelum ini Najib menerima krtitikan termasuk daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
 
Susulan itu, sejumlah 160 ketua Bahagian Umno seluruh negara turut menyatakan sokongan sepenuhnya kepada pengerusi BN itu.
 
 

Najib nikahkan sendiri anak perempuannya malam tadi

Posted: 20 Mar 2015 03:55 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menikahkan sendiri anak perempuannya, Nooryana Najwa dan pasangannya, Daniyar Kessikbayev di Seri Perdana, malam Khamis. 
 
Daniyar melafazkan akad nikah itu sekali dalam Bahasa Malaysia.
 
 
Adik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Johari dan Datuk Mohamed Nizam, menjadi saksi akad nikah itu.
 
Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajjah Haminah berkenan berangkat ke majlis yang bermula jam 9 malam itu.
 
Turut berangkat Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom, Sultan Perak, Sultan Dr Nazrin Shah Sultan Azlan Shah, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid dan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.
 
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman serta menteri-menteri Kabinet juga hadir.
 
Turut bersama ibu Perdana Menteri, Tun Rahah Mohd Noah serta keluarga terdekat kedua-dua pasangan pengantin.
 
Hadir sama isteri Naib Presiden Indonesia, Ibu Mufidah.
 
Sebelum akad, khutbah nikah dibacakan oleh Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Dr.Sirajuddin Suhaimi.
 
Takliq lafaz nikah dibacakan Daniyar di hadapan Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya, Abd Manaf Mat yang sebelum itu membacakan doa.
 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bertindak sebagai jurucakap mewakili keluarga pengantin perempuan, manakala jurucakap keluarga pengantin lelaki diwakili Tan Sri Dr Rais Yatim.
 
Selesai bersalaman dengan bapa mertua dan saksi, Daniyar yang berasal dari Kazakhstan kemudiannya menunaikan solat sunat. 
 
Ini diikuti dengan upacara membatalkan wudhu' dan menyarung cincin antara kedua-dua pengantin.
 
Upacara merenjis pasangan mempelai dimulakan oleh Rahah, diikuti anggota keluarga Daniyar termasuk ibunya, Maira Kurmangalieva dan disusuli Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
 
Nooryana Najwa, 27, mengenali Daniyar, 27, ketika kedua-duanya menuntut di Amerika Syarikat.
 
 

Apa salahnya laksanakan hudud di Kelantan - soal Nik Zawawi kepada PKR-DAP

Posted: 20 Mar 2015 03:50 AM PDT

 Oleh Syed Mu'az Syed Putra

 
Post Pic

 
 
 
KUALA LUMPUR: Ulama PAS membidas serta memberi peringatan kepada PKR-DAP agar tidak terus menghalang langkah parti itu melaksanakan undang-undang Islam di Kelantan.
 
Malahan ketika dihubungi Antarapos, Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh menegaskan pemimpin komponen Pakatan Rakyat itu tidak perlu mempersoalkan keputusan PAS kerana pelaksanaan Enakmen Jenayah Syariah Kelantan hanya dikuatkuasakan untuk umat Islam.
 
Untuk rekod, kerajaan negeri PAS Kelantan membentangkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN ) selepas ia ditangguhkan pada Disember lalu susulan banjir besar yang melanda negeri itu.
 
"Apa salahnya kalau kita bertukar kepada undang-undang Islam, undang-undang yang sangat baik dan telus dilaksanakan.
 
"Kita cuba dulu, mudah-mudahan undang-undang ini akan membentuk satu situasi yang baru di dalam negara dan insya-Allah semua dapat melihat undang-undang ini adalah yang terbaik," kata Nik Zawawi.
 
Malah beliau juga menegaskan hanya undang-undang Islam mampu menangani peningkatan masalah jenayah yang semakin meruncing dalam negara.
 
"Buktinya sangat banyak, buktinya pelaksanaan di Brunei alhamdulillah dia boleh membawa isu jenayah di sana menjunam turun begitu juga di negara-negara umat Islam yang lain," katanya.
 
Pindaan enakmen Kanun Syariah II itu dibentangkan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob kira-kira jam 11 pagi semalam dan mengambil masa 40 minit.
 
Antara intipati yang utama dalam pindaan ini adalah pemakaian kanun ini hanya kepada orang Islam yang melakukan kesalahan di negeri Kelantan.
 
Selepas pembentangan di DUN, PAS merancang untuk melanjutkan pembentangan di Dewan Rakyat menerusi rang undang-undang persendirian untuk meminda Perkara 76 (A) (1) Perlembagaan Persekutuan bagi memberi kuasa kepada Kelantan melaksanakan hudud.
 
Tak rugi laksana hudud untuk manfaat negara
 
Selain itu, Nik Zawawi yang juga Pemangku Naib Ketua Dewan Ulama PAS Pusat turut meminta PKR-DAP untuk menghormati keputusan PAS dan bersetuju dengan perkembangan yang berlaku di Kelantan.
 
"Cuma saya minta kepada mana-mana parti komponan ini supaya sedar bahawa penggubalan undang-undang enakmen jenayah ini sebenarnya ia banyak perkara.
 
"Yang pertamanya ia adalah dasar yang diamalkan di dalam PAS sejak daripada zaman berzaman dan perkara ini akan terus dilaksanakan," katanya.
 
Tambah beliau, kegagalan sistem perundangan sedia ada merupakan punca utama undang-undang Islam perlu dilaksanakan dengan menjadikan Kelantan sebagai contoh.
 
"Kedua mereka kena ingat bahawa dalam negara kita ini telah menghadapi kegagalan yang sangat besar untuk menangani jenayah.
 
"Kita gagal yang mana jenayah semakin hari semakin membimbangkan dan semakin banyak kita gagal tangani dan kegagalan ini disebabkan oleh perundangan yang gagal dalam negara kita," katanya.
 
Katanya, sebagai umat Islam sewajarnya tidak menolak hukum hudud mahupun mana-mana hukum yang digariskan dalam al-Quran malah pelaksanaannya tidak terkesan kepada masyarakat bukan Islam.
 
"Yang ketiganya masyarakat bukan Islam yang duduk BN dan Pakatan kena sedar bahawa pelaksanaan undang-undang Islam ini akan dilaksanakan kepada masyarakat Islam sahaja.
 
"Apa yang mereka nak bisingnya? Nak dilaksanakan untuk orang Islam sahaja, mereka tak perlu bising," katanya.
 
Nik Zawawi menambah sistem perundangan semasa di mahkamah sivil akan dikekal dan pelaksanaan perundangan Islam merupakan alternatif kepada masyarakat bukan Islam.
 
"Kita akan kekalkan mahkamah sivil, orang Cina atau orang India yang bukan Islam ini mereka nak pilih mahkamah sivil silakanlah.
 
"Tiada masalah," katanya.
 
 

Hudud: Usul PAS dijangka 'tewas' di Parlimen kerana PKR tidak sokong

Posted: 20 Mar 2015 03:48 AM PDT

 Oleh Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz & Wan Anis Ilyani Wan M. Azhar

 
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: PKR mengarahkan ADUN Guchil, Roslan Puteh untuk tidak menyokong pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan yang diluluskan oleh DUN negeri itu sebentar tadi. 
 
Pendirian PKR itu sekaligus membayangkan parti itu bakal memberi arahan sama kepada ahli Parlimennya  apabila PAS membentangkan usul persendirian di Dewan Rakyat bagi membolehkan enakmen itu dilaksanakan di Kelantan. 
 
Tanpa sokongan 16 ahli Parlimen PKR beragama Islam,  PAS dijangka gagal memperolehi majoriti mudah meskipun mendapat sokongan 87 ahli Parlimen Umno. 
 
Pindaan kepada enakmen itu diluluskan di DUN Kelantan hari ini namun hanya boleh dilaksanakan jika Parlimen meminda Akta 355 Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.
 
Dalam satu kenyataan, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata Roslan diarah untuk tidak menyertai perbahasan atau mengundi terhadap pindaan enakmen berkenaan pada sesi DUN Kelantan hari ini. 
 
"PKR mengambil pendirian yang berbeza mengenai keutamaan melaksanakan hukuman hudud seperti yang dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Kelantan pada hari ini," kata beliau dalam satu kenyataan. 
 
"Oleh itu, PKR telah mengarahkan calon tunggal PKR di Dewan Undangan Negeri Kelantan (Roslan Puteh-Guchil) untuk tidak menyertai perbahasan dan pengundian bersabit Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan pada hari ini," tambah kenyataan itu. 
 
Roslan hadir pada sesi pengundian hari ini namun adalah tidak jelas sama ada beliau mengikut arahan parti untuk tidak mengundi. 
 
Beliau meninggalkan DUN sebaik sahaja sesi dewan bersurai dan enggan memberi sebarang komen. 
 
"Maaf. Saya diminta tidak memberi sebarang ulasan," katanya menerusi pesanan WhatsApp kepada antarapos.    
 
Dalam menjelaskan rasional arahan parti itu kepada Roslan, Wan Azizah mendakwa PAS mungkir janji  untuk membuat pindaan kepada hanya empat perkara enakmen itu.
 
Menurutnya janji itu diberikan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah pada mesyuarat Pakatan Rakyat Febuari lalu. 
 
"PKR tidak diberikan draf pindaan sehinggalah minggu lepas iaitu pada 12 Mac 2015 (seminggu sebelum dibentangkan di Dewan Undangan Negeri). Draf yang dibentangkan itu bukanlah pindaan empat perkara seperti yang dimaklumkan oleh Datuk Amar tetapi merupakan pembentangan keseluruhan enakmen setebal 34 muka surat," kata presiden PKR itu.
 
"PKR melahirkan rasa kesal kerana persetujuan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat bertarikh 8 Februari 2015 tidak dihormati dan sekaligus bertentangan dengan muafakat bersama (Pakatan Rakyat) yang dicapai dalam tahun 2011 mengenai perkara ini," kata Wan Azizah. 
 
Beliau berkata PKR sebelum ini menerima hak PAS membentangkan pindaan berkenaan kerana rang undang-undang hudud itu diperjuangkan sebelum penubuhan Pakatan Rakyat. 
 
Namun apabila yang dibentangkan adalah  keseluruhan enakmen berkenaan, "PKR melahirkan rasa kesal kerana persetujuan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat bertarikh 8 Februari 2015 tidak dihormati dan sekaligus bertentangan dengan muafakat bersama yang dicapai dalam tahun 2011 mengenai perkara ini," kata Wan Azizah. 
 
"Sedangkan PKR menghormati hak dan pendirian Kerajaan Kelantan untuk membentangkan (pindaan) enakmen ini, adalah lebih afdal jika Kerajaan Kelantan juga menghormati persetujuan yang dibuatnya sebelum ini di peringkat Pakatan Rakyat," kata beliau. 
 
Wan Azizah berkata PKR tidak menolak hudud namun keutamaan parti itu berbeza dengan PAS. 
 
"PKR meletakkan keutamaan kepada memperbetulkan ketidakadilan di dalam masyarakat dan membela kebajikan rakyat sebagai keutamaan yang lebih tinggi dari melaksanakan undang-undang hudud," kata beliau. 
 
"Ini bukanlah bermakna PKR menolak ketetapan Allah SWT di dalam enam kesalahan mengikut hudud seperti yang sering dipolitikkan. Sebaliknya, PKR percaya perjuangan memperbetulkan ketidakadilan dalam masyarakat dan membela kebajikan rakyat lebih utama dalam menyelesaikan maslahat ummah sekarang," katanya. 
 
"Oleh yang demikian, mengambil kira pertimbangan-pertimbangan ini, PKR mengambil pendirian yang berbeza mengenai keutamaan melaksanakan hukuman hudud seperti yang dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Kelantan pada hari ini," tegas Wan Azizah.
 
  

Hudud: DAP, MCA jadikan garis selari kepada Pas dan Umno

Posted: 19 Mar 2015 09:49 PM PDT

MSO



Perlulusan (betulkah) Enakmen Jenayah Syariah II (1993) pindaan 2015 oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini sudah dibayangkan akan menjadi isu kontroversi. Hudud akan didendangkan sekali lagi dengan penuh kemeriahan. Ada beberapa sebab kenapa ia akan jadi kontroversi dan panas. Pertamanya ialah kerana enekmen berkenaan mendapat sokongan seratus peratus daripada wakil-wakil BN-Umno di Kelantan.

Kesemua 12 wakil BN-Umno di Kelantan menyokong pindaan enakmen berkenaan. BN menyerahkan kepada Adun Kok Lanas, Md Alwi Che Amat (foto) untuk menjadi jurucakap atau membahas rang undang-undang berkenaan kemudian menyokong pindaan berkenaan.

Ternyata Alwi dapat melaksanakan tugasnya dengan baik dan merujakan rakyat bawahan. Alwi mempamerkan kemahiran berpidoto dan menunjukkan kefaqihannya dalam agama menyamai sesetengah ustaz juzu amma dalam Pas. Saya yakin ramai rakyat Kelantan terpesona dengan Alwi dan mula membuat persepsi baru kepada Umno dipasca banjir emas ini.

Sebanyak empat firman Allah dan beberapa hadith dipetik Alwi untuk mengatakan sokongan. Firman itu semuanya membawa maksud mengajak duduk bersama dan tidak saling tuduh menuduh seperti dulu lagi. Satu anjakan politik baru cuba dipancing oleh Alwi dan Umno.

Dan ucapan paling "menderaa rasa" sekali apabila beliau berkata: "Saya sudah berpuas hati dan redho kalau saya mati kerana dapat melaksanakan tanggungjawab ini (menyokong Hudud)". Alwi juga tidak dapat menahan sebak di dada sehingga ditenangkan oleh rakannya. Simbolisme daripada kata-kata dan penzahiran emosi itu, Alwi gembira apabila mula melihat Pas dan Umno sudah dapat duduk semeja dalam membincangkan perkara kepentingan bersama sekurang-kurangnya di Kelantan.

Saya yang mengenali Alwi sebagai seorang kawan dapat merasai akan keikhlasan itu.

Walaupun bukan semua ahli dan pemimpin Umno menerima baik apa yang berlaku di Kelantan itu, namun setidak-tidaknya mereka menganggap pendirian Umno Kelantan itu tepat pada masa dan keadaanya. Kejadian banjir yang melanda Kelantan, adalah rangsangan kenapa Alwi atau Umno ingin berkerjasama degan Pas dan melupai politik lapok. Alwi dan juga Mustapa Mohamed dapat merasakan yang rakyat Kelantan mengharap kerjasama kedua parti itu untuk kepentingan mereka.

Ketiadaan Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat yang "disula" Umno sebagai enggan bekerjasama dengan Umno memudahkan Umno mengajak Pas duduk bersama. Politik terbuka dan "tawaduk" yang dipraktiskan Ahmad Yaakub diambil kesempatan oleh Umno.

Perlu diingat, pembentangan enakmen pindaan itu bertitik tolak setelah ada cabaran daripada Alwi yang mengatakan beliau akan keluar Umno kalau Najib Razak menolak hudud. Alwi bijak dalam menebak perkara ini (membuat cagaran) kerana dia tahu dari segi tanggungjawab sebagai orang Islam Najib tidak akan tolak, tetapi menerusi taktikal parlimen mungkin Hudud tertolak. Jadi Alwi tetap mendapat kemenangan politik.

Biarlah kita tinggalkan Alwi dan Umno dengan seribu sandiwara atau apa. Kita berharap apa yang diluah Alwi itu adalah benar belaka.

Apa yang hendak dikaji dan tinjau ialah apabila enakmen itu diluluskan, mereka (yang tidak beriman, meminjam istilah Ahmad Yaakub) sudah mula kedengaran dan kepanasan. Paling lantang ialah daripada DAP dan MCA. Mereka menentang enakmen itu dengan memberi kata dua atau ingin memikir dan menyemak balik hubungan dengan rakan mereka. DAP akan bermesyuarat Isnin ini dan memutuskan tindakan selanjut terhadap Pas yang degil membentangkan enakmen itu walaupun dibantah.

Manakala parti MCA pula mengugut rakannya dalam BN, Umno untuk meninggalkan BN sekiranya Umno menyokong hudud Pas. Gerakan, parti yang didominasi Cina juga mengeluarkan kenyataan yang bernada sama. Masam.

Demikian juga dengan PKR mengeluarkan kenyataan sebagai reaksi kepada kelulusan enakamen berkenaan, sambil menyatakan kesal atas apa yang berlaku dan menempelak Nik Amar sebagai tidak jujur memberi penjelasan mengenai enekmen berkenaaan kepada Pakatan Rakyat. Namun kenyataan PKR sedikit lunak dan profesional.

Yang menarik disini ialah sikap DAP dan MCA. Kenapa mereka tidak bersetuju atau sengaja tidak mahu faham mengenai kewajiban dari segi hukum oleh Pas itu. Secara mudahnya mereka tidak patut melenting dan marah dengan kelulusan enakmen itu. Enakmen itu suah pun dirubah membuang mana-mana seksyen yang menimbulkan kemarahan DAP dan MCA. Hudud yang dipinda itu tidak melibatkan orang bukan Islam.

Kerana itu saya lihat tindakan dan sikap DAP dan MCA itu semacam satu persepakatan pula. Mereka bersikap sengaja tidak mengerti itu semacam ada agenda tertentu. Barang kali tidak salah kalau saya membuat tafsiran DAP bersikap begitu kerana bimbang hudud menjadi titik temu antara Pas dengan Umno. Demikian juga bagi pihak MCA. Kedua parti itu mengira kalau kedua parti itu (Pas - Umno) ada titik temu ia akan memadamkan titik politik yang menjadi aspirasi parti mereka yang berasaskan kaum itu?

Apabila mereka mengugat rakan masing-masing mereka berharap Pas akan kekal bersama Pakatan Rakyat dan Umno kekal dalam BN bersama komponennya. Kalau keadaan itu kekal demikian maka selamanya Pas dan Umno akan berada pada garis selari yang tidak akan bertemu di hujungnya. Pas dan Umno berada di sebarang sungai yang bertentangan.

Bagi mereka, DAP dan MCA selagi titik itu selari mereka akan terus berlari atas gari lurus yang akhirnya membawa mereka sampai serentak ke hujungnya manakala Pas dan Umno terpisah buah selama-lamanya.

DAP mahu PR baharu tanpa Pas?

Posted: 19 Mar 2015 09:38 PM PDT


Hudud Pas
IPOH - DAP Perak mencadangkan satu Kongres Nasional Khas DAP diadakan untuk mengkaji kedudukan Pas dalam perikatan pembangkang.
Pengerusinya, Nga Kor Ming berkata, langkah itu juga termasuk kemungkinan pembentukan PR baharu yang berpegang kepada sistem demokrasi berparlimen.
Cadangan itu disuarakan berikutan pembentangan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1993 oleh kerajaan Pas di Kelantan.
Bagaimanapun beliau enggan menjawab ketika ditanya adakah pembentukan PR baharu itu nanti tanpa keanggotaan Pas.
"Itu bergantung kepada keputusan dibuat dalam kongres itu nanti sekiranya ia diadakan," katanya pada sidang media, sebentar tadi.
Beliau turut mengumumkan  Dapsy Perak selari dengan pendirian Dapsy Pusat untuk membekukan segala bentuk kerjasama dengan Pemuda Pas di negeri ini.

MCA kata DAP tutup mata tindakan Pas

Posted: 19 Mar 2015 09:14 PM PDT

SINAR HARIAN

Yoo Wei How
 
 
 
KUALA LUMPUR - MCA membidas DAP kerana gagal menghalang kerajaan Kelantan pimpinan Pas daripada membentang dan meluluskan pindaan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau lebih dikenali sebagai hudud.

Setiausaha Penganjur MCA, Senator Datuk Yoo Wei How berkata, DAP telah menutup mata terhadap tindakan Pas dan tidak mengambil apa-apa langkah untuk menghalangnya.

"Pas dengan jelas mengambil kesempatan daripada ketidakupayaan dan kelemahan DAP untuk melakukan apa sahaja yang ia mahu lakukan, walaupun ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan hasrat rakyat," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sementara itu dalam kenyataan berasingan, Wanita MCA mengutuk sikap Pas yang terus berkeras untuk melaksanakan hudud kerana percaya tindakan itu akan melenyapkan kepelbagaian  budaya di Malaysia.

Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie berkata, langkah Dewan Undangan Negeri meluluskan pindaan itu adalah satu trend berbahaya yang akhirnya akan mengubah sepenuhnya sistem perundangan sekular.  

Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong pula melahirkan rasa kecewa terhadap pindaan rang undang-undang itu.

Siew Keong menegaskan bahawa Gerakan selama ini berpegang teguh dan konsisten dengan pendirian parti yang bertegas bahawa hudud adalah tidak berperlembagaan dan tidak praktikal dalam masyarakat Malaysia. - Bernama


Hudud: DAP bincang hubungan dengan PAS 23 Mac ini

Posted: 19 Mar 2015 09:03 PM PDT

gobind singh deo

 Roketkini.com


KUALA LUMPUR: DAP hari ini memaklumkan akan mengadakan pertemuan pada 23 Mac ini bagi membincangkan masa depan DAP bersama PAS selepas parti Islam itu tetap berdegil mahu hudud dilaksanakan di Kelantan.

Pengerusi Biro Undang-Undang DAP Gobind Singh Deo menyatakan, beliau akan mengemukakan pandangannya sendiri dalam pertemuan itu nanti bahawa DAP tidak lagi boleh bekerjasama dengan PAS berikutan kedegilan mereka itu.

"DAP sentiasa kekal dengan pendirian bahawa hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia.

"Kami menjalinkan kerjasama dengan PAS dan PKR dalam Pakatan Rakyat berdasarkan rangka kerja dasar bersama yang jelas tidak termasuk hudud.

"Oleh itu, sukar untuk kami terus mengekalkan hubungan dengan PAS selepas pembentangan rang undang-undang hudud di Kelantan dan niat jelas mereka untuk membawanya ke Parlimen pula nanti," katanya.

Ahli Parlimen Puchong itu menegaskan, langkah PAS bukan saja melanggar Dasar Bersama Pakatan Rakyat malah secara terbuka menunjukkan bahawa mereka memang tidak boleh dipercayai.

"PAS bukan saja telah mengkhianati DAP tetapi yang lebih penting semua pengundi-pengundi yang memilih mereka atas dasar bersama PR," ujarnya.

Beliau turut menyarankan Pakatan untuk segera memulihkan keyakinan rakyat dengan mengambil tindakan segera terhadap PAS.

"Tindakan perlu dilakukan untuk meyakinkan rakyat bahawa Pakatan serius mengenai dasar bersama dan janji-janjinya kepada rakyat serta masa depan Malaysia.

"Jika tidak, Pakatan akan menerima akibat dari pengundi dan penyokong pada Pilihanraya Umum (PRU) akan datang," tegasnya. -Roketkini.com

DAPSY bekukan kerjasama dengan Dewan Pemuda PAS

Posted: 19 Mar 2015 08:58 PM PDT

kok seong

 Roketkini.com



KUALA LUMPUR: Majlis Eksekutif Pemuda DAP (DAPSY) hari ini membuat ketetapan untuk membekukan semua bentuk kerjasama dengan Dewan Pemuda PAS Pusat.

Ketua DAPSY Teo Kok Seong berkata, pembekuan kerjasama dengan Dewan Pemuda Pas Pusat itu merangkumi semua peringkat di seluruh negara.

"Keputusan ini diambil berikutan langkah PAS Kelantan yang telah bertindak membentangkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) baru-baru ini dengan membelakangkan perjanjian bersama Pakatan Rakyat (PR)," katanya dalam satu kenyataan lewat petang ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rasah turut mencabar sayap Pemuda BN untuk menggantung atau memutuskan kerjasama dengan Pemuda UMNO sebagai bukti bantahan terhadap sokongan mereka kepada pelaksanaan hudud itu.

Dalam kenyataannya semalam, Teo telah membidas tindakan sombong dan angkuh puak konservatif dalam PAS yang tetap berdegil mahu hudud dilaksanakan walaupun ia tidak dipersetujui oleh PR.

Teo menyatakan, beliau amat kecewa dengan tindakan tersebut yang dibuat secara tergesa-gesa tanpa sebarang usaha untuk menyelesaikan perbezaan pendapat secara kolektif dalam pimpinan PR.

"DAPSY yakin pembentangan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang dibentangkan di sidang DUN Kelantan adalah permainan politik semata-mata, bukannya untuk keperluan dan kepentingan rakyat mahupun penekanan ajaran Islam yang bijak serta syumul.

"Kami kekal dengan pendirian bahawa pelaksanaan hudud adalah bertentangan dengan asas-asas pembinaan negara yang digariskan di dalam Perlembagaan Persekutuan," tegas beliau.

Bekukan hubungan, langkah wajar

Sementara itu, DAPSY Wilayah Persekutuan turut menyambut baik keputusan Majlis Eksekutif DAPSY untuk menghentikan sebarang kerjasama dengan Dewan Pemuda PAS.

Ketua DAPSY WP Bryan Lew dan Setiausaha DAPSY WP Edmund Teoh Kheng Yaik dalam kenyataan bersama menegaskan, langkah tersebut wajar dilakukan berikutan tindakan PAS Kelantan jelas bercanggah dengan Dasar Bersama Pakatan Rakyat.

"Kami menyokong kenyataan Ketua DAPSY Teo Kok Seong bahawa Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang dibentangkan di sidang DUN Kelantan semalam adalah satu permainan politik.

"Enakmen tersebut juga bukan bertujuan untuk menyelesaikan masalah rakyat di Kelantan," kata mereka dalam satu kenyataan. – Roketkini.com


Bekalan air: 65,796 rumah terjejas

Posted: 19 Mar 2015 04:58 PM PDT

SINAR HARIAN

Syabas Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas)
 
 
 
KUALA LUMPUR - Sebanyak 20 kawasan di Klang dan Shah Alam, Selangor melibatkan 65,796 buah rumah dijangka terputus bekalan air dan berhadapan masalah tekanan air rendah hari ini.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam satu kenyataan berkata gangguan itu berikutan berlaku kebocoran pada paip keluli lembut bersaiz 1,700 milimeter.

"Berikutan itu bekalan air dari Bukit Mayong ke Lambee pada jajaran paip di Bukit Cherakah yang bocor perlu ditutup bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan dilaksanakan segera," katanya.

Sehingga kenyataan ini dikeluarkan, kerja-kerja pembaikan yang dimulakan sejak 1 tengah hari masih dilakukan dan belum dapat dijangka bila siap.

Bagi mengurangkan kesulitan pengguna, bantuan bekalan air kecemasan akan diberikan menerusi lori tangki dan tangki air statik selepas tempoh 24 jam, kata Syabas. - Bernama

Ustaz Kazim 'undur diri' dari program TV

Posted: 19 Mar 2015 04:56 PM PDT

SINAR HARIAN

Mohammad Kazim Elias Mohammad Kazim Elias
 
 
 
BATU KURAU - Penceramah terkenal, Datuk Mohamad Kazim Elias secara terbuka memaklumkan malam ini merupakan kemunculan terakhirnya dalam program Forum Perdana Hal Ehwal Islam.

Pengumuman itu dibuat pada penghujung siaran langsung terbitan Rancangan Televisyen Malaysia (RTM) itu, sebentar tadi di Padang Astaka, Batu Kurau.

Mohamad Kazim yang lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim hadir sebagai panel bersama Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin dan dipengerusikan Prof. Dr Redhuan Tee Abdullah.

Ustaz Kazim berkata, pihaknya juga menolak sebarang kemunculan dalam mana-mana program ceramah di televisyen, melainkan dalam siri 'Kalau Dah Jodoh'.

Beliau sebelum ini dalam Ceramah Perdana Sempena Peringatan Hari Polis Ke-208 di Kem Pasukan Gerak Am (PGA) Ulu Kinta berkata, isu-isu yang dihadapinya sejak menjadi pendakwah menyebabkan beliau hilang sema­ngat untuk terus berceramah.

Sebagai langkah awal ke arah itu, difahamkan beliau sudah mula menolak beberapa jemputan untuk menjadi tetamu beberapa program televisyen.

Buat sementara waktu ini difahamkan beliau masih terus menerima jemputan untuk mengadakan ceramah namun dikatakan akan berhenti setelah pembinaan ba­ngunan tambahan di Pusat Pengajian Al-Barakah di Manjoi, Perak, siap.


Tiada ulasan: