Sabtu, 14 Mac 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


1MDB: Ketua Juruaudit Negara Wajib Cepat

Posted: 14 Mar 2015 08:17 AM PDT

JIKA Ketua Juruaudit Negara (KJN), (Tan Sri) Ambrin Buang benar-benar berkuasa dan mempunyai kebebasan untuk menyiasat akaun 1MDB, beliau hendaklah dengan segera memecahkan ruyung sebelum maklumat dan bukti kering atau dirosakkan. 

Inilah pendapat beberapa orang pakar undang-undang, kehakiman dan ekonomi veteran yang saya temui sejak tersiar berita mengatakan KJN telah diberi mandat "mengesahkan" akaun syarikat milik Kementerian Kewangan itu.

Mereka berkata, KJN dan pihak-pihak lain yang terbabit seperti Polis, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia dan Jawatankuasa Kira-kira Awam Parlimen (PAC) perlu menyelidik akaun dan urus niaga syarikat itu mulai tarikh penubuhannya sebagai Terengganu Investment Authority (TIA) pada 2008.

KJN perlu cepat menyiasat


Ini, kata mereka adalah kerana dari awal lagi TIA/1MDB telah mewujudkan pembiayaan melalui hutang (debt financing) dengan meminjam dari dalam dan luar negara dengan menggunakan khidmat orang tengah.

Mengikut sumber yang mengetahui dan mengenali rapat pengasas-pengasas TIA/1MDB, pinjaman permulaan syarikat itu sebanyak RM5 bilion dikatakan merosot sebanyak RM500 juta secara "misteri" dalam masa tidak sampai setahun.

Sumber-sumber itu percaya "orang misteri" Jho Low muncul dalam urus niaga TIA/1MDB sejak awal lagi dan menjadi "pemudah" perhubungan di antara pengasas-pengasas TIA/1MDB dengan pelabur, khususnya dari negara-negara Teluk.

Jho Low Orang Misteri 1MDB


Apabila (Datuk Seri) Mohd Najib Abdul Razak naik menjadi Perdana Menteri pada 2009, beliau mengubah TIA daripada syarikat kerajaan negeri menjadi syarikat pelaburan strategik negara dengan nama 1Malaysia Development Berhad.

 
Sejak itu peranan pihak-pihak yang mewakili negeri Terengganu dikatakan berakhir. Maka jadilah 1MDB syarikat milik negara di bawah Kementerian Kewangan.

Sumber-sumber itu menekankan bahawa Jho Low adalah "saksi utama" (prime witness) kalau pun bukan yang disyaki utama (prime suspect) dalam usaha menjejaki pengaliran wang (money trail) 1MDB.

PM Saksi Penting

 

Saksi-saksi lain, kata sumber-sumber itu bermula dengan Mohd Najib sendiri sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB diikuti oleh semua ahli lembaga penasihat, ahli lembaga pengarah dan pengurusan kanan sama ada mereka masih berkhidmat atau telah meletakkan jawatan.

Sumber-sumber itu berkata lagi, ramai anggota pengurusan kanan 1MDB telah meletak jawatan atau diberhentikan. Tentu ada sebab mereka meletak jawatan atau diberhentikan.

Juruaudit luar 1MDB yang ada sekarang (Deloitte) dan juruaudit yang ditamatkan khidmat (KPMG) juga berupa saksi penting. Mengapa khidmat KPMG ditamatkan masih menjadi misteri.  

Sumber-sumber itu menambah, adalah mustahil bagi sebuah syarikat besar dan berstruktur seperti 1MDB tidak meminitkan setiap keputusan dan tindakannya yang melibatkan jumlah wang begitu besar.

Kata mereka, adalah mustahil minit mesyuarat lembaga penasihat, lembaga pengarah dan exco 1MDB hilang atau tidak boleh dikesan kerana setiap orang yang terbabit dalam hierarki 1MDB menyimpan salinan masing-masing. Begitu juga dengan institusi-institusi kewangan yang memberi pinjaman kepada 1MDB.

Sumber-sumber itu mengatakan bahawa memang wujud pertalian istimewa di antara Perdana Menteri dan isi rumahnya dengan beberapa pembesar Arab dan Teluk seperti yang pernah didakwa  oleh isterinya, (Datin Paduka Seri) Rosmah Mansor. Jho Low dipercayai berperanan mengasaskan perhubungan itu melalui rakan-rakan kongsi beliau di negara-negara Arab dan Teluk.


Rosmah Akrab Dengan Pembesar Arab

Laman Web rasmi 1MDB mempamerkan dua orang kenamaan Teluk sebagai ahli Lembaga Penasihatnya, iaitu Sheikh Hamad Bin Jassim Bin Jabr Al-Thani, bekas Perdana Menteri dan Menteri Luar Qatar dan Khaldoon Khalifa Al Mubarak, Pengerusi Pihak Berkuasa Hal-Ehwal Eksekutif (Abu Dhabi Executive Affairs Authority) merangkap Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Urusan, Mubadala Development Company.
Turut dipamerkan sebagai anggota Lembaga Penasihat 1MDB ialah warganegara Perancis Bernard Arnault, Pengerusi Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif syarikat fesyen dan arak antarabangsa, LVMH Moet Hennessy Louis Vuitton. (Lihat di sini)
Sumber-sumber itu berkata, pihak penyiasat juga perlu membuat pencerahan mengenai peranan T Ananda Krishnan "membiayai" 1MDB sebanyak RM2 bilion dan dakwaan mengenai kaitan di antara 1MDB dengan sebuah syarikat bernama SRC International Sdn Bhd.
Baru-baru ini tercetus dakwaan bahawa Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) telah "dipaksa" memberi pinjaman RM4 bilion kepada syarikat Kementerian Kewangan itu. Khabarnya, SRC International Sdn Bhd pada asalnya dimiliki oleh 1MDB.

KWAP Penang amanah pesara awam

Kemudian pada 12 Mac, tersiar berita mengatakan sebuah lagi syarikat milik Kementerian Kewangan berhutang besar dengan KWSP. Ini bukan dongengan seorang blogger, tetapi pengakuan terbuka Ketua Setiausaha Perbendaharaan, (Tan Sri) Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

 Belau dilaporkan oleh akhbar The Sun sebagai berkata,  Pembinaan PFI Sdn yang dimiliki 99.9% oleh Kementerian Kewangan terhutang RM19.48 bilion kepada KWSP sehingga bulan Ogos 2014.


Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013 ia mencatat keuntungan bersih RM31.18 juta daripada pendapatan sebanyak RM1.11 bilion dengan harta bernilai RM26.66 bilion dan tanggungan RM26.6 bilion.

Soalnya, kalau syarikat ini adalah syarikat PFI (private financing initiative/inisiatif pembiayaan peribadi) mengapakah ia dimiliki oleh Kementerian Kewangan dan dibiayai oleh KWSP? Mohon maaf kalau soalan saya bangang (meminjam istilah Perdana Menteri).

 

Cerita Penglipur Lara

 

Pada 11 Mac, (Datuk Seri) Syed Ali Alhabshee, Ketua Umno Bahagian Cheras, menangkis dakwaan pembangkang bahawa kerajaan akan meminjamkan RM900 juta lagi kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB)

Beliau menafikan dakwaan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli bahawa Perdana Menteri (Datuk Seri) Mohd Najib Abdul Razak akan menambah bantuan kepada 1MDB.


Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan dilaporkan mendakwa beliau mendapat maklumat bahawa hal itu telah dinyatakan oleh Mohd Najib sewaktu pertemuan dengan 160 Ketua Bahagian Umno Ahad lalu.

Rafizi mendakwa beliau mendengar daripada salah seorang Ketua Bahagian yang hadir dalam pertemuan tertutup itu.


Syed Ali: Dongeng Rafizi  jadi realiti


Syed Ali yang berupa salah seorang penganjur perhimpunan perpaduan baju merah itu menyifatkan dakwaan Rafizi sebagai "satu lagi cerita dongeng pembangkang."

Portal berita Malaysiakini memetik Syed Ali sebagai berkata: "Saya mencabarnya menamakan ketua bahagian Umno itu. Saya menafikan ini berlaku."

Maksudnya, sepanjang apa yang Syed Ali ketahui dan dengar di perhimpunan itu, Mohd Najib tidak memberitahu atau membayangkan yang kerajaan akan menyediakan bantuan kewangan tambahan RM900 juta kepada 1MDB.

Tak Sebut atau Tak Dengar?

 

Perdana Menteri tak sebut atau Syed Ali tak dengar? Mungkin Perdana Menteri sebut, tetapi Syed Ali tak dengar atau tak perasan.

Yang kita orang luar dengar, semua 160 Ketua Bahagian yang hadir sangat puas hati dengan penjelasan Presiden dan beliau tidak melayan pertanyaan dari bawah.

Sehari selepas Syed Ali melabelkan kenyataan Rafizi sebagai "satu lagi cerita dongeng pembangkang", kebenaran menjelma. Syed Ali silap, Rafizi betul.

Menteri Kewangan II, (Datuk Seri) Ahmad Husni Hazadlah dalam kenyataan di Parlimen pada 12 Mac mengesahkan yang kerajaan telah menyediakan kredit tunggu sedia (stand-by credit) RM950 juta untuk bantu 1MDB.

Beliau dilaporkan berkata, buat permulaan hanya RM60 juta akan digunakan bagi menampung aliran tunai (cashflow) syarikat kerajaan itu.

Saya tidaklah mahu mengatakan yang Syed Ali sudah kena kelentong atau tidak menyatakan kebenaran. Tetapi kekangan macam inilah yang menyebabkan maklumat kerajaan semakin hari semakin tidak diyakini.

Kepada Ahmad Husni saya ucapkan syabas dan terima kasih kerana akhirnya mengakui secara terbuka bahawa nisbah hutang (gearing ratio) 1MDB tidak lestari (unsustainable).

Cabaran Kepada Menteri Celik Ekonomi

 

Saya cabar dan gesa anggota kabinet yang celik ekonomi supaya bercakap benar. Saya tahu ramai anggota kabinet yang lebih tahu mengenai ekonomi, kewangan dan perniagaan berbanding Perdana Menteri.

Saya harap menteri celik ekonomi dan tahu hal perniagaan, termasuklah Timbalan Perdana Menteri, (Tan Sri) Muhyiddin Mohd Yassin, tidak terus membisu dan menjadi menteri tunggul.

Khusus mengenai Muhyiddin, beliau akan hilang kewibawaan dan akan mengecewakan ramai penyokongnya kalau beliau tidak terus tegas mengenai 1MDB, khasnya berkenaan penyelamatan (bail-out) syarikat itu.

Saya setuju dengan pandangan Ahmad Husni bahawa penyenaraian aset penjanaan elektrik 1MDB akan menyelesaikan sebahagian hutangnya. Tetapi saya kurang yakin dengan sambutan pelabur terhadap cadangan tawaran umum permulaan (IPO) 1MDB itu memandangkan kontroversi dan siasatan yang sedang dilakukan ke atasnya.

Saya sangat bimbang syarikat-syarikat dan tabung-tabung pelaburan berkaitan kerajaan (GLC/GLIC) seperti Khazanah, PNB, Tabung Haji, LTAT, KWSP dan KWAP akan dipaksa membeli saham 1MDB.

Kita sudah pun melihat bagaimana sukarnya 1MBD membayar balik RM2 bilion pinjaman kepada bank-bank tempatan, termasuk yang dimiliki PNB dan Kumpulan Wang KWSP.

1MDB Bukan Ibu Duit

 

Sebagai syarikat pelaburan strategik milik negara, 1MDB adalah berdaulat dan suci. Ia milik rakyat jelata. Kalau boleh, Insya-Allah, kita hendak jadikan ia sebagai legasi kejayaan.

1MDB tidak boleh dijadikan operasi gelap, operasi sembunyi-sembunyi atau operasi "fly-by-night" bagi membolehkan pihak-pihak tertentu, di dalam dan luar negara, membuat duit segara (fast bucks).

Hasil yang dijanakannya bukan untuk membiayai kerjaya politik atau menampung gaya hidup keluarga dan kawan rakan sesiapa. Ia adalah untuk rakyat jelata.

Kalau 1MDB adalah angsa yang bertelur emas, seperti kata Setiausaha Agong Umno, Tengku (dulu Teuku) Adnan Mansor, telur emas itu adalah untuk rakyat jelata. Cuma itik angsa Tengku Adnan itu berhutang besar dan tahun lalu rugi RM665.4 juta. Atau beliau terlepas cakap mengenai sesuatu yang sepatutnya rahsia mengenai 1MDB?

Kesimpulannya, apa yang Syed Ali Alhabshee tidak tahu dan Mohd Najib tidak beritahu, tidak semestinya Rafizi tidak tahu. Bila Rafizi tahu, ramai rakyat akan tahu.

Adalah amat berbahaya dan merugikan kalau orang Umno sendiri tidak tahu atau tidak berminat ambil tahu kerana percaya bulat-bulat kepada ketua nombor satu.

Jadi orang Umno, termasuk yang makan tak lalu, tidur tak lena dan mandi tak basah kerana rindu berahi kepada Presiden, perlu juga ambil tahu kalau mereka mahu parti mereka terus memegang teraju.

Wallahuaklam.

Bekas duta: Obama terpedaya janji PM

Posted: 14 Mar 2015 08:08 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Sebab sebenar di sebalik sikap berlembut Barack Obama terhadap Malaysia adalah kerana presiden Amerika Syarikat itu percaya bulat-bulat dengan kata-kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata bekas duta, John Malott.

"Obama percaya dengan perkara yang diberitahu Najib kepadanya. Beliau terpedaya dengan kata-kata Najib.

"Beliau benar-benar percaya yang Najib mahu mereformasikan negaranya tetapi ia dihalang oleh elemen konservatif di dalam partinya," tulis Malott (kiri) dalam ulasan yang disiar Asia Sentinel semalam.

Menurut Malott, mereka yang arif dengan perkara tersebut mendedahkan bahawa Obama enggan menekan Najib dalam isu hak asasi manusia dan demokrasi termasuklah sewaktu kunjungannya ke Malaysia pada April tahun lepas.

Ini kerana, kata Malott lagi, Obama bimbang tekanan itu akan menjadikan pendekatan Najib dalam dua isu tersebut bertambah keras.

Tambahnya, atas sebab yang sama jugalah kecaman Amerika Syarikat ke atas pemenjaraan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya disalurkan melalui pegawai pertengahan.

Kata Malott, pegawai-pegawai Amerika Syarikat memberitahunya yang Obama "menyenangi" Najib dan presiden Amerika itu gembira meluangkan masa bertemu dan berbual dengan Najib.

Jelasnya lagi, akhbar New York Times melakukan pemerhatian tepat apabila menyifatkan perlawanan persahabatan golf Obama dan Najib di Hawaii pada Disember tahun lalu sebagai istimewa.

Jarang-jarang sekali pemimpin dunia lain menikmati tahap hubungan sedemikian rupa dengan presiden US, katanya.


Rafizi: Ya Mahathir, BN akan hilang undi

Posted: 14 Mar 2015 08:03 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Pandangan Tun Dr Mahathir bahawa kontroversi sekitar 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan menyebabkan kekalahan BN dalam pilihan raya, dipersetujui pengkritik lantang syarikat itu Rafizi Ramli.

"Saya bersetuju dengan perkara-perkara yang dibawa oleh Tun Mahathir berhubung 1MDB.

"Malah, kami biasanya membicarakan perkara yang sama.
"Saya bersetuju dengan penulisan Tun Mahathir bahawa isu 1MDB ini akan membuatkan BN hilang undi dalam PRU14 (pilihan raya umum ke-14)," kata Rafizi (kiri) merujuk kepada tulisan di blog Mahathir semalam.

Menurut Rafizi lagi, tulisan Mahathir itu juga menunjukkan bahawa penjelasan demi penjelasan yang dibuat kerajaan dan 1MDB diragui oleh orang ramai.

"Ia menunjukkan minat yang mendalam oleh rakyat Malaysia mengenai perkembangan 1MDB ini.

"Maklumat yang sampai setakat ini juga telah menimbulkan keresahan di kalangan rakyat sehingga mereka mencari-cari maklumat mengenai 1MDB.

"Itu bermakna penjelasan yang diberikan oleh perdana menteri sekarang mengenai 1MDB ditolak oleh rakyat," kata Rafizi lagi.

Mahathir dalam tulisannya semalam menggesa agar siasatan forensik dan bukannya audit semata-mata, dilakukan ke atas syarikat pelaburan negara itu. 


Shafee mungkin dirujuk ke lembaga disiplin

Posted: 14 Mar 2015 08:01 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Presiden baru Majlis Peguam Steven Thiru berkata badan itu mempertimbang merujuk peguam veteran Tan Sri Shafee Abdullah ke lembaga disiplin ekoran perkara berkaitan kelakuannya.

"Kami sudah pun melihat ke arah itu," kata Steven (bawah) dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa Majlis Peguam sedang mengkaji kes itu dan belum membuat keputusan.

Katanya, walaupun AGM telah berlalu, keputusan mencabar injunksi itu akan dibuat kerana berkaitan dengan prinsip.

Majlis Peguam hari ini menarik balik usul untuk membincangkan kelakuan Shafee daripada dibincangkan dalam perhimpunan tahunannya hari ini ekoran terdapat injunksi daripada mahkamah.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Asmabi Mohamad semalam membenarkan injunksi interim ex-parte kepada Shafee bagi menghalang Majlis Peguam atau presidennya atau ejen mereka membenarkan usul itu dikemuka, dibincang atau diluluskan semasa AGM.

Injunksi juga melibatkan larangan daripada membincangkan perkara berkaitan kelakuan Shafee dalam kes rayuan Anwar di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Shafee dilantik sebagai peguam utama dalam kes Liwat II melibatkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Tiada ahli politik terlibat militan IS

Posted: 14 Mar 2015 07:54 AM PDT

SINAR HARIAN

Ahmad Zahid Hamidi Ahmad Zahid Hamidi
 
 
 
BAGAN DATOH - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengesahkan tidak ada mana-mana ahli politik sama ada dari pihak kerajaan atau pembangkang yang didapati terlibat dengan gerakan kumpulan militan Islam (IS).

Beliau juga berkata berdasarkan semakan maklumat yang diperoleh, tiada anggota parti sama ada dari pihak kerajaan atau pembangkang terlibat dengan gerakan itu.

"Saya telah mendapat pengesahan daripada kebanyakan kepimpinan parti bahawa mereka juga tidak menyokong sebarang penglibatan ahli mereka dengan gerakan militan IS.

"Jika terdapat anggota parti pembangkang atau kerajaan yang terlibat, maka mereka akan dipecat daripada parti berkenaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pertandingan memancing anjuran Gerakan Belia 4B Parlimen Bagan Datoh di pantai Kampung Pasang Api di sini.

Ahmad Zahid juga berkata kerajaan tidak pernah menyembunyikan sebarang maklumat berhubung isu keselamatan kerana ia merupakan perkara yang serius.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata penggubalan Akta Pencegahan Keganasan (Pota) mendapat reaksi positif semua parti politik.

"Ini memperlihatkan satu contoh komitmen yang cukup baik daripada semua pihak sama ada kerajaan atau pembangkang," katanya.

Ahmad Zahid berkata penggubalan Pota tidak dituju kepada mana-mana ahli politik yang berbeza fahaman atau yang mempunyai pendirian bertentangan dengan kerajaan.

"Undang-undang ini digubal semata-mata untuk menangani masalah keganasan, bukan menangani masalah perbezaan politik dan ia juga bukan sebagai gantian kepada penghapusan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), Ordinan Darurat 1969 atau Akta Kediaman Terhad 1933," katanya.
Pota, yang digubal khusus bagi menangani ancaman keganasan seperti kumpulan militan IS, akan dibentang pada persidangan Dewan Rakyat bulan ini. - Bernama


#KitaLawan: Adam Adli, Mandeep Singh ditahan

Posted: 14 Mar 2015 07:52 AM PDT

SINAR HARIAN


Adam Adli ADAM ADLI
 
 
 
KUALA LUMPUR - Aktivis pelajar Adam Adli dan seorang lagi individu, Mandeep Singh ditahan bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan #KitaLawan yang dianjurkan hari ini di Kompleks Beli-belah Sogo.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa berkata mereka ditahan kira-kira pukul 6 petang tadi mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan 143 Kanun Keseksaan.

Menurut catatan di laman Facebook perhimpunan itu, @Kita Lawan, kedua-dua aktivis berkenaan dipercayai ditahan di kompleks berkenaan dan kini dibawa ke Lokap Balai Polis Jinjang.

Perhimpunan itu diadakan bagi menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun kerana kesalahan meliwat.  - Bernama

Pas Kota Tinggi calonkan Husam lawan Presiden

Posted: 14 Mar 2015 07:50 AM PDT


Husam Musa Husam Musa
 
 
 
JOHOR BAHRU - Pas kawasan Kota Tinggi hari ini mencalonkan Datuk Husam Musa sebagai calon Presiden sekaligus menyaksikan kerusi yang disandang Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekali lagi mendapat tentangan selepas sebelum ini Pas Kota Bharu mencalonkan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Ketua Penerangan Pas Johor, Onn Jaafar dalam satu kenyataan berkata, Pas Kota Tinggi yang mengadakan Mesyuarat Agong kali ke 28 pada hari ini sebulat suara memutuskan untuk memberi pencalonan tersebut kepada Naib Presiden Pas itu.

Mesyuarat yang diadakan di Bilik Gerakan P156 Taman Hijrah di sini telah dirasmikan oleh Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Hanipa Maidin.

[ARTIKEL BERKAITAN: Tuan Ibrahim ganti Abdul Hadi?]

Turut berlangsung hari ini, mesyuarat Pas Kawasan Parit Sulong yang akan memutuskan calon Presiden Pas selepas mesyuarat pada minggu hadapan.

Perkara itu disahkan Yang Dipertuanya, Khairuddin Abdul Rahim yang memberitahu, pihaknya masih mengharapkan pimpinan yang sedia ada terus menerajui parti berkenaan baik di peringkat pusat mahu pun negeri.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Johor, Aminolhuda Hassan menegaskan di peringkat negeri, pihaknya tidak mempengaruhi atau menetapkan sebarang ketetapan untuk perwakilan dari negeri ini mengundi atau mencalonkan sesiapa.


'Saya diperlakukan lebih teruk dari Tegar'

Posted: 14 Mar 2015 04:30 AM PDT


'Saya diperlakukan lebih teruk dari Tegar' Dari kiri, ayah Tegar, Jusup Suhardi, Sufie Rashid, Tegar dan pemilik Harpa Record, Handako Kusuwo ketika sidang media khas dijalankan di Istana Budaya, malam tadi.
 
 
 
"SAYA tampil pada malam ini (tadi) kerana saya juga pernah menjadi mangsa dia malah apa yang diperlakukan terhadap saya lebih teruk berbanding yang Tegar alami," dedah penyanyi dari Singapura, Sufie Rashid, 24, yang juga merupakan bekas anak tiri Mohammad Arif Dolah yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap penyanyi remaja dari Indonesia, Tegar.

Sufie membuat pengakuan tersebut bersama Tegar dalam satu sidang media khas di Istana Budaya, malam tadi yang turut dihadiri pihak label Tegar iaitu pemilik Harpa Record, Handako Kusuwo serta bapa Tegar iaitu Jusup Suhardi.

Jelas Sufie, walaupun perkara itu telah berlaku sepuluh tahun lalu, namun sehingga kini perasaan dendam terhadap Arif masih lagi utuh.

"Sudah lama saya pendam semua ini. Saya nekad tampil mendedahkan segala perbuatan keji dia kerana tidak sanggup melihat orang lain terus menjadi mangsanya.

"Saya cuba memberanikan mengambil langkah ini selepas mendengar sendiri kisah Tegar ditipu dan sejak itu saya juga yakin ada sesuatu yang tidak kena berlaku ke atasnya.

"Kebetulan saya juga mengenali wakil pihak pengurusan Tegar iaitu Ali dan selepas berbincang dengannya saya dibawa bertemu Tegar.

"Apa yang berlaku kepada saya sebelum ini saya ceritakan Tegar dan disebabkan itu Tegar akhirnya berani membuka mulut berterus terang terhadap apa yang berlaku," ujarnya.

Pada masa yang sama Sufie mengakui perbuatan Arif terhadap dirinya satu ketika dahulu cukup melampau dan memberi impak mendalam terhadap dirinya sehingga kini.

"Apa yang dia lakukan terhadap saya sangat melampau sehingga sudah ke tahap suami dan isteri. Ketika itu saya berusia 13 tahun dan tidak mampu berbuat apa-apa kerana tidak ada sokongan.

"Saya ada cuba memberitahu ibu tapi dia tidak percaya tambahan pula ketika itu Arif sudah berkahwin dengannya malah saya pula dituduh untuk mereka cerita. Arif seorang yang licik kerana dia pandai memanipulasikan cerita.

"Apa yang berlaku sebelum ini memang dahsyat dan sehingga kini saya masih mengalami trauma dan terpaksa menjalani kaunseling untuk melupakan perbuatan keji itu,"jelasnya.

Nafi mahu meraih perhatian atau populariti dengan kemunculannya kali ini, Sufie bagaimanapun mahu Arif menerina hukuman yang setimpal.

"Tolak ke tepi apa yang orang akan katakan terhadap saya. Saya sudah fikir sedalam dalamnya dan niat saya hanyalah mahu menghentikan segala perbuatan terkutuk dia.

"Saya sendiri pun sudah membuat laporan polis dan saya amat berharap pendedahan saya ini dapat membantu dan memberi pengajaran buat semua," jelasnya panjang lebar.

Arif pernah menguruskan kerjaya seni Sufie sebelum lelaki itu mengahwini ibunya dan  Arif dikatakan berterusan mengambil kesempatan terhadap dirinya selama setahun setengah.


Tindakan polis, tentera Indonesia ceroboh disiasat

Posted: 14 Mar 2015 04:26 AM PDT

SINAR HARIAN


Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim Noor Rashid Ibrahim
 
 
 
TUARAN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat 17 warga Indonesia termasuk 10 anggota polis dan empat anggota tenteranya yang ditahan semalam kerana dipercayai menceroboh masuk sempadan negara di Pulau Sebatik, Tawau.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata tindakan anggota polis dan tentera Indonesia itu menyalahi undang-undang kerana memasuki Malaysia tanpa melalui prosedur Imigresen yang betul selain membawa masuk senjata api.

"Walaupun tujuan mereka adalah bagi mengecam dan mengambil semula seorang suspek kes bunuh anggota tentera republik itu, yang ditangkap PDRM pada 10 Mac lalu, namun cara yang digunakan mereka adalah kurang tepat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup program Lembayung Hidayah Saudara Baharu Zon Sabah di sini hari ini.

Noor Rashid berkata PDRM akan menyiapkan segera laporan siasatan dengan melihat daripada semua aspek termasuk hubungan baik antara Malaysia dan Indonesia serta pandangan Timbalan Pendakwa Raya.

Kesemua anggota polis dan tentera termasuk tiga orang awam warga Indonesia itu kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau, katanya.

Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Senjata Api 1960. -Bernama

Abdul Hadi minta pengundi luar pulang mengundi

Posted: 14 Mar 2015 04:22 AM PDT


Hadi awang Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang
 
 
 
KOTA BHARU – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyeru pengundi Dun Chempaka yang kini berada di luar negeri untuk pulang menunaikan tanggungjawab mengundi pada 22 Mac ini.

Menurutnya, walaupun PRK kali ini BN tidak menghantar calonnya, namun itu bukan alasan mudah kepada pengundi untuk tidak pulang dan memberi majoriti kepada empat calon bebas yang turut bertanding.

"Umno tidak letak calon mungkin sebab malu, maka kita pun malu lah kalau tidak pilih calon Pas, kita mesti mengundi, saya harap semua rakyat Dun Chempaka akan pulang masa itu (hari mengundi), jangan pandang ringan hal ini,"katanya semasa menyampaikan ceramah di Taman Sari, Pengkalan Chepa, malam tadi.

Turut hadir, Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob, Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh dan kepimpinan kerajaan negeri.

Menurutnya, seluruh dunia menghormati arwah bekas Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga bekas Adun Chempaka itu, malah ia dibuktikan lagi dengan siaran langsung upacara pengebumian arwah oleh beberapa buah stesen televisyen di sini,12 Februari lalu.

Beliau berkata, rakyat Kelantan terutamanya pengundi Dun itu juga seharusnya melakukan perkara yang sama iaitu hadir untuk mengundi bagi menghormati perjuangan Islam arwah sebelum ini.

"Kita meneruskan amanah mengundi ini bagi memilih pengganti Tok Guru untuk mempertahankan dan menguatkan lagi kerajaan di bawah kepimpinan Tok Guru sejak lebih 20 tahun ini, rakyat Kelantan memilih Pas bukan hanya kerana pembangunan dan sebagainya, tetapi disebabkan perjuangan Islam yang diajar Tok Guru sebelum ini.

"Kemudahan dan pembangunan negeri adalah kewajipan kepada kerajaan pusat untuk bagi pada rakyat, walaupun kerajaan pusat buat Kelantan seperti negeri yang bukan milik Malaysia, namun kita masih boleh bertahan dan akan terus berjuang," katanya.

Abdul Hadi juga turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua barisan kepimpinan Pas seluruh negara yang hadir membantu berkempen di sini.

Beliau turut memberi pesanan kepada pengundi tentera agar turut serta mengundi parti itu memandangkan BN tidak mengemukakan calon kali ini.

Hudud: MB Kelantan harap Adun BN sokong

Posted: 14 Mar 2015 04:19 AM PDT


Ahmad Yakob Ahmad Yakob
 
 
 
KOTA BHARU – Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berharap Adun BN yang akan mengikuti sidang Dun Rabu ini akan menyokong pindaan kepada Enakmen Kanun Jenayah Syariah II itu nanti.

Menurutnya, sokongan tersebut amat diperlukan bagi memastikan kelancaran perjalanan untuk melaksanakan undang-undang tersebut.

"Kita harap Adun BN pun sokong kita, masa bentang sebelum ini pun 39 orang, dua dari BN, harap selepas ini jumlah penyokong (dari BN) akan bertambah, Insya-ALLAH kita doakan yang terbaik untuk pelaksanaan hukum ini," katanya ketika menyampaikan ceramah di Taman Sari, Pengkalan Chepa, malam tadi.

Turut hadir, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, calon PRK Dun Chempaka, Ahmad Fathan Mahmood dan kepimpinan tertinggi negeri.

Menurutnya, kerajaan Pas Kelantan akan membentangkan pindaan kepada beberapa klausa termasuklah klausa yang menyatakan orang bukan Islam tidak akan terlibat dalam hukum Islam itu.

Beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan turut menjelaskan berhubung kepentingan pindaan undang-undang Islam itu dilakukan sebelum pelaksanaannya dibuat.

"Bak kata arwah Tok Guru Nik Aziz, kita hidupkan enjin dan bergerak sampai ke lampu isyarat, merah, kita berhenti dahulu, jangan matikan enjin, sama juga dengan hudud, kita buat dan bentang, ada halangan, kita berhenti dulu, tapi enjin masih hidup, maka sekarang bila lampu hijau, kita tidak boleh masih di situ (lampu isyarat) nanti kena langgar belakang, maka kita pun masuk lah 'gear' balik, itulah yang berlaku pada hudud sekarang.

"Tidak kurang juga yang bertanya, kenapa perlukan pindaan, saya bagi contoh, kita buat rumah, semua kelengkapan sudah ada, tetapi kita tidak dapat mendiami rumah itu sebab elektrik tidak ada, maka kena tunggu dulu, mungkin sampai bertahun-tahun, maka bila elektrik sudah ada, kita mungkin terpaksa cat balik rumah itu, baiki balik ruang-ruang yang mungkin boleh dibesarkan lagi, sebab kita tinggal terlalu lama, walaupun ia baru, tapi tetap kena baiki balik, itulah pindaan yang kita maksudkan dalam hudud ini," katanya.

Ahmad berkata, perjuangan pelaksanaan hukum tersebut perlu diteruskan dan ia merupakan harapan seluruh kepimpinan negeri dan juga rakyat Kelantan yang mahukan kadar jenayah dapat dikurangkan dengan terlaksananya hukum Islam.


Kes tukar agama: Remaja minum racun

Posted: 13 Mar 2015 11:51 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Remaja yang terperangkap dalam kes pertukaran agama dimasukkan ke hospital selepas cuba membunuh diri dengan cara minum racun.

Bapanya S Ganesan memberitahu Malaysiakini bahawa anaknya Thiyaggurudeen mengaku minum kopi bercampur racun rumpai jenis paraquat dan dimasukkan ke wad di hospital besar Seremban.

"Saya tanya kenapa dan dia kata dia takut mereka (pihak berkuasa agama) mengambilnya dan beri dia pengalaman pahit lagi...

"Dia akui, dan dia beritahu doktor-doktor dan polis perkara sama," katanya kepada Malaysiakini.

Pelajar itu dalam laporan polis bertarikh 17 Februari mendakwa dipaksa dua gurunya untuk membuat laporan bahawa bapanya cuba menukar agamanya kepada Hindu.

Dia juga mendakwa dibawa ke sebuah pusat dakwah dan disoal siasat selama tiga jam oleh kumpulan yang didakwa pegawai jabatan hal ehwal agama Islam.

Ibu pelajar itu seorang warga Indonesia yang beragama Islam.

Ganesan pernah memohon pada Mahkamah Syariah untuk menukar agama anaknya, namun diberitahu untuk menunggu sehingga umur 18 tahun.

Ketua Pemuda DAP ditangkap polis

Posted: 13 Mar 2015 11:48 PM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Polis terus bertindak keras terhadap pihak terlibat dalam perhimpunan menuntut perdana menteri berundur di ibu negara minggu lepas.

Selepas beberapa pemimpin politik dan aktivis ditahan, kini giliran Ketua Pemuda DAP Teo Kok Seong pula.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Zainol Samah berkata Teo ditahan bagi membantu siasatan bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan.

"Sama ada reman atau tidak bergantung pada siasatan," katanya.

Kira-kira 10,000 orang hadir dalam perhimpunan pada Sabtu lepas.

Selain mendesak pengunduran Najib, peserta turut menyatakan setiakawan mereka terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disabitkan bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan. 
 

Pengarang Sarawak Report sertai forum 1MDB esok, kata Tony Pua

Posted: 13 Mar 2015 09:17 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER


 Pengarang Sarawak Report, Claire Rewcastle Brown akan menghadiri forum '1MDB: The Ultimate Low Down' berkenaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) esok secara telesidang video esok. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Mac, 2015. Pengarang Sarawak Report, Claire Rewcastle Brown akan menghadiri forum '1MDB: The Ultimate Low Down' berkenaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) esok secara telesidang video esok. – Gambar fail The Malaysian InsiderRakyat Malaysia akan berpeluang mendengar secara langsung mengenai syarikat yang sarat dibebani hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) daripada pengarang Sarawak Report, Claire Rewcastle Brown, pada satu forum esok.

Wartawan penyiasatan yang berpengkalan di Britain itu akan menyertai dua lagi pengkritik tempatan dalam forum
"1MDB: The Ultimate Low Down" yang akan diadakan melalui telesidang video, kata Ketua Publisiti DAP Tony Pua.

Dua lagi ahli panel ialah Pua sendiri, yang juga ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli, yang juga ahli Parlimen Pandan.


"Seperti yang kita tahu, pendedahan dibuat laman web Sarawak Report memberi bukti penting – dalam bentuk dokumen rahsia dan perbualan e-mel – untuk mempertahankan pelbagai kritik dibuat terhadap 1MDB sejak beberapa tahun lepas," kata Pua.

Katanya, Brown mungkin mendedahkan lebih informasi mengenai 1MDB pada forum jam 3 petang di Hotel Crystal Crown, Petaling Jaya esok, berdasarkan ribuan dokumen berkaitan syarikat milik kerajaan itu yang didakwa dimilikinya.

"Perbincangan itu akan dikendalikan oleh Cynthia Gabriel, pengarah eksekutif Centre to Combat Corruption & Cronyism (C4)," kata Pua yang menjemput semua rakyat Malaysia menyertai forum itu.

Sarawak Report sejak beberapa minggu lalu lantang membuat satu siri pendedahan mengenai 1MDB, dengan Brown baru-baru ini berjanji dalam satu temu bual media yang terdapat banyak lagi yang akan didedahkan.

Sarawak Report mendakwa, ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho, lebih dikenali sebagai Jho Low, menggunakan PetroSaudi International (PetroSaudi) sebagai topeng untuk membawa keluar AS$700 juta daripada 1MDB.

Ia juga mendakwa Low yang menjadi dalang di sebalik usaha sama antara kedua-dua syarikat, yang menyebabkan 1MDB terpaksa membayar balik pinjaman kepada PetroSaudi, tetapi dana itu didakwa disalurkan ke sebuah syarikat lain, Good Star Limited, yang dikuasai Low.

Low, PetroSaudi dan 1MDB sejak itu menafikan mereka melakukan sebarang kesalahan, manakala Kabinet pada 4 Mac membersihkan 1MDB, mengatakan dakwaan itu hanya membabitkan pihak luar dan bukan syarikat pelaburan strategik itu.

Bagaimanapun, berikutan tekanan demi tekanan yang diterima, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, Ketua Audit Negara akan menjalankan audit bebas terhadap akaun 1MDB dan laporan itu kemudiannya akan diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk tindakan selanjutnya.

Najib juga berjanji tindakan sewajarnya akan diambil jika terdapat sebarang salah laku

.

Pengundi Melayu mahu bakal PM ada kelayakan Islamik, menurut kajian

Posted: 13 Mar 2015 09:08 PM PDT

OLEH ANISAH SHUKRY





 
Kebanyakan pengundi Melayu merasakan kriteria paling utama bakal Perdana Menteri Malaysia ialah perlu adanya "kebolehupayaan dalam hal-hal keislaman", dengan majoriti lebih mengutamakannya daripada kriteria lain seperti 'kerajinan' dan "mempunyai kemahiran ekonomi dan pengurusan", menurut satu kajian baru-baru ini.

Kaji selidik yang dijalankan Merdeka Center itu menunjukkan pengundi Melayu berasa "mengambil pendirian tegas terhadap rasuah" antara sifat yang paling penting diperlukan pada seorang perdana menteri, walaupun Pakatan Rakyat (PR) terus menggunakan dakwaan aktiviti rasuah Barisan Nasional (BN) sebagai senjata utamanya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan parti pemerintahnya.

Apabila diminta memilih dua kualiti tertinggi pada seseorang perdana menteri, 35.8% Melayu memilih kebolehupayaan dalam hal-hal keislaman manakala hanya 24.3% memilih pendirian yang tegas dalam memerangi rasuah.

Kriteria lain yang disenaraikan sebagai pilihan ialah "kemahiran ekonomi dan pengurusan" yang mendapat 8.6%, "ketegasan" (7.8%), "jujur" (6%), "rajin" (4.8 %), "adil/saksama kepada semua kaum" (4.6%), "mempunyai pasukan penasihat yang cekap dan bagus" (1.5%), "pandai berucap di khalayak" (1.2%), dan "cekap" (1%). Orang Melayu membentuk bilangan pengundi terbesar di Malaysia, dengan kira-kira 60% daripada keseluruhan undi, berbanding Cina (30%) dan India (10%).

"Kajian ini menunjukkan, pemimpin yang mahu tampil dan mempromosikan dirinya sebagai individu paling berkuasa perlu membuktikan mereka mempunyai kelayakan Islam dan kesedaran dan kepekaan tentang Islam," kata Ibrahim Suffian, Pengarah Merdeka Center.

"Mereka tidak semestinya seorang ulama atau ustaz, cuma Islam ialah sesuatu yang sangat penting kepada identiti Melayu hari ini," katanya mengulas tinjauan yang ditaja The Malaysian Insider itu.

Beliau berkata, orang Melayu kini semakin sedar dengan identiti mereka sebagai orang Islam, susulan pendidikan dan penerapan nilai-nilai Islam di Malaysia, dan mereka mahukan pemimpin yang menerapkan nilai yang sama seperti mereka.

"Mereka mahu tahu apa pendirian pemimpin mengenai hal berkaitan Islam seperti konflik Palestin, undang-undang Islam ... mereka mahu pemimpin yang sekurang-kurangnya boleh bercakap tentang al-Quran, yang boleh merujuk kepada isi kandungan kitab agama itu," kata Ibrahim.

Tetapi Ibrahim menafikan ini bermakna PAS, satu-satunya parti Islam di Malaysia, mempunyai lebih kelebihan, kerana orang Melayu juga mahukan seorang perdana menteri yang boleh membendung rasuah dan melayan setiap orang dengan adil.

Sementara itu, sebahagian besar kaum Cina (28.5%) yang ditemu ramah memilih "kemahiran ekonomi dan pengurusan" sebagai satu daripada dua kriteria utama dalam memilih seorang perdana menteri, diikuti dengan "pendirian tegas terhadap rasuah" (27.2%) dan "adil kepada semua kaum" (18.5%).

Orang India lebih mengutamakan seorang perdana menteri yang "adil kepada semua kaum" (38.2%) dan "rajin" (17.6%), menurut kajian tersebut.

Tanpa mengambil kira faktor kaum, responden yang tidak membuat keputusan sama ada untuk menyokong BN atau PR kebanyakannya memilih 'pendirian tegas dalam membendung rasuah sebagai satu daripada dua kriteria tertinggi mereka (21.5%), diikuti kebolehupayaan dalam hal-hal keislaman (17.8%), kemahiran ekonomi dan pengurusan (17.3%) dan adil/saksama kepada semua kaum (17.3%).

Penyokong BN paling menekankan kepada kebolehupayaan dalam hal-hal keislaman  (30.5%) dan pendirian tegas terhadap rasuah (22.3%), manakala penyokong PR memilih pendirian tegas terhadap rasuah (21.4%) dan kemahiran ekonomi dan pengurusan ( 22.6%).

Secara keseluruhannya, adil/saksama kepada semua kaum adalah kriteria yang paling popular bagi seorang perdana menteri di kalangan rakyat Malaysia, dengan 12% daripada responden memilihnya sebagai kriteria pertama mereka, dan 29% mengatakan ia adalah kriteria kedua mereka.

Kebolehupayaan dalam hal-hal keislaman merupakan pilihan kedua, dengan 22% memilihnya sebagai kriteria utama mereka dan 9% memilihnya sebagai kriteria kedua. Ketiga ialah berpendirian tegas terhadap rasuah, dengan kebanyakan rakyat Malaysia (23%) memilihnya sebagai kriteria yang pertama, dan 3% meletakkannya sebagai kedua paling penting.

Dalam Umno, pemimpin tertinggi seperti Najib, Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Naib Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, sering menggambarkan diri mereka sebagai pembela Islam dan umat Islam, dalam satu keadaan yang semakin meminggirkan masyarakat bukan Melayu, yang kebanyakannya mengundi pembangkang pada pilihan raya umum 2013.

Najib menonjolkan dirinya sebagai perdana menteri Islam sederhana di Malaysia dan pada peringkat antarabangsa, dan berucap menentang keganasan yang diteruskan militan seperti Negara Islam Iraq dan Syria (Isis).

PR memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri, kerana beliau turut membawa imej Islam yang sederhana, dan sering menyelitkan ucapan beliau dengan ayat al-Quran dan kata-kata ulama Islam seperti Yusuf Al Qaradawi. Ketua pembangkang itu juga pernah  berkhidmat sebagai presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dari 1974-1982.

Tinjauan ini melibatkan 1,008 responden yang layak mengundi, ditemu bual melalui telefon dari 21-30 Januari dan dipilih secara rawak berstrata mengikut etnik, jantina, umur dan kawasan Parlimen.
Semua kawasan Parlimen mengambil bahagian dan pemilihan responden bersesuaian dengan bilangan penduduk.

PAS mahu Muhyiddin buktikan ketegasan mengenai 1MDB

Posted: 13 Mar 2015 09:03 PM PDT

 THE MALAYSIAN INSIDER


Kemelut hutang 1Malaysia Development Berhad dan misteri kekayaan keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mesti dirungkai segera kerana ia dijangka memberi impak ekonomi yang mendalam kepada kehidupan rakyat biasa. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Mac, 2015. Kemelut hutang 1Malaysia Development Berhad dan misteri kekayaan keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mesti dirungkai segera kerana ia dijangka memberi impak ekonomi yang mendalam kepada kehidupan rakyat biasa. – Gambar fail The Malaysian Insider.  



Susulan posting terbaru Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di blognya semalam, PAS hari ini mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin membuktikan ketegasannya dalam isu "bail out" syarikat yang sarat menanggung hutang itu.























 
Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar, kiri) meminta timbalan perdana menteri itu agar tidak menghampakan rakyat kerana beliau sebelum ini mengeluarkan kenyataan menegaskan dana awam tidak seharusnya digunakan bagi menyelamatkan 1MDB.

"Muhyiddin perlu menyatakan bantahan terbuka kepada suntikan RM950 juta yang diluluskan Kabinet kepada 1MDB jika beliau serius dengan saranan beliau memastikan duit rakyat tidak digunakan untuk menyelamatkan 1MDB.


"TPM perlu menyuarakan bantahan jika beliau tidak bersetuju. Jika beliau berdiam, maka terbuktilah kenyataan beliau hanyalah retorik semata-mata," katanya. Semalam, Mahathir menulis, siasatan forensik polis perlu dilakukan terhadap mereka yang terlibat dalam tuduhan berkaitan 1MDB kerana audit biasa saja tidak mencukupi.

Bekas perdana menteri itu juga menyertai suara ramai yang mempersoalkan bagaimana anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz mempunyai kekayaan luar biasa.

Sehubungan itu, Tuan Ibrahim juga menyarankan Muhyiddin dan Najib segera membuat deklarasi harta.

"Muhyiddin juga disarankan membuat deklarasi harta segera, dan mendesak Najib turut melakukan perkara yang sama bagi membersihkan namanya.

"Inilah masa paling sesuai untuk melakukan demikian setelah Mahathir secara terbuka menyoal mengenai sumber kekayaan ahli keluarga perdana menteri," katanya.

Tuan Ibrahim berkata, kemelut hutang 1MDB dan misteri kekayaan keluarga Najib mesti dirungkai segera kerana ia dijangka memberi impak ekonomi yang mendalam kepada kehidupan rakyat biasa.
Tambahan pula, dengan kejatuhan nilai ringgit dan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang hanya tinggal 17 hari sahaja lagi.

"PAS menasihatkan Muhyiddin bertindak cepat," katanya.

Susulan pendedahan yang dibuat laman web Sarawak Report, Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah pada Khamis mengesahkan Putrajaya menyuntik RM950 juta ke dalam 1MDB sebagai "standby credit."

"Standby credit" ialah perkiraan yang dibuat dengan peminjam di mana satu jumlah kredit tetap disediakan kepada peminjam apabila ia memerlukan bagi tempoh tertentu.

Pantas Selangor ke Sabah bantu mangsa kebakaran

Posted: 13 Mar 2015 08:56 PM PDT

Oleh: HAFIZAN TAIB


SHAH ALAM: Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusian Selangor (Pantas) akan ke Tawau, Sabah, Sabtu (14 Mac) ini dalam misi kemanusiaan membantu mangsa kebakaran di sana.

Ketua Pengarah Pantas, Hamsah Djabir, berkata pihaknya akan bekerjasama dengan penyelaras PKR di Sabah dalam usaha membantu sebahagian besar mangsa yang terbabit dalam kejadian malang memusnahkan lebih kurang 80 rumah itu.
11070376_417729825069811_7758953388429973937_n
"Atas dasar kemanusiaan, Pantas mengambil inisiatif untuk membantu sekadar yang mampu bagi mengurangkan bebanan mangsa.

"Berdasarkan maklumat diterima, kira-kira 71 ketua keluarga akan dibantu dalam misi ini dan kita akan melihat apa bentuk keperluan bagi bantuan itu," katanya kepada SelangorKini di sini, hari ini.

Hamsah berkata, penyelaras PKR di Sabah akan menyalurkan segala maklumat diperlukan bagi tujuan itu ekoran tindakan awal sudah dibuat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sabah.

Katanya, rombongan Pantas dijangka berada di sana empat hari sehingga Isnin ini.EZY


Vijandran Masih Tunggu Surat Pelantikan

Posted: 13 Mar 2015 08:53 PM PDT


MSTAR ONLINE


D.P Vijandran
 
 
 
KUALA LUMPUR: Bekas Setiausaha Agung MIC, D.P  Vijandran, yang berkemungkinan mengetuai jawatankuasa pemilihan semula parti itu, berkata beliau masih menunggu surat pelantikan berkenaan.

Pada mesyuarat yang dipengerusikan oleh Datuk Seri S. Subramaniam, MIC 2009 Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) Interim MIC 2009 telah mencadangkan Vijandran, yang merupakan bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat, mengetuai jawatankuasa pemilihan semula parti.

"Saya membaca berita mengenainya semalam tetapi setakat ini tiada siapa yang telah menghubungi saya," katanya ketika dihubungi Bernama Jumaat.

Vijandran berkata beliau hanya boleh mempertimbangkan sama ada menerima atau tidak tawaran itu selepas menerima surat berkenaan daripada parti.

Subramaniam berkata keputusan untuk melantik Vijandran dicapai selepas mengambil kira pandangan daripada beberapa veteran parti.

"Mereka berkata mereka akan menulis kepada saya... jadi saya sedang menunggu. Saya tidak boleh berkata apa-apa lagi melainkan jika surat itu ada di hadapan saya," katanya.

Pemilihan bagi sayap Wanita, Pemuda, Putera dan Puteri MIC akan diadakan dari April hingga Jun, manakala pemilihan untuk jawatan penting dalam parti akan diadakan pada Julai.

Pada Februari lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata MIC perlu mematuhi arahan Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk mengadakan pemilihan semula parti.

Krisis MIC berlarutan berikutan perbezaan pendapat antara dua pemimpin utama parti setelah RoS membatalkan pemilihan bagi tiga naib presiden dan 23 jawatan CWC yang diadakan pada November 2013, berikutan aduan penyelewengan.

White House sokong bebaskan Anwar

Posted: 13 Mar 2015 08:44 PM PDT


White House
 
 
 
KUALA LUMPUR - White House semalam mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung petisyen 'Bebaskan Anwar' yang diwujudkan dalam web We The People milik negara Uncle Sam itu.

"Amerika Syarikat sangat kecewa dengan keputusan mahkamah berkaitan Anwar yang pada mulanya didapati tidak bersalah namun keputusan bertukar sebaliknya selepas kerajaan Malaysia mengemukakan rayuan.

"Kami telah menjelaskan berkenaan perkara ini melalui kenyataan kepada kerajaan Malaysia dan kami akan terus berbuat demikian," kata kenyataan itu.

Setakat semalam, petisyen itu telah mengumpul 113,830 tandatangan, melebihi 100,000 tandatangan pada awal dimuat naik ke laman web We The People selepas Anwar dihukum lima tahun penjara kerana didapati bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Washington berkata, keputusan akhir Anwar yang berbeza dengan keputusan awal telah membangkitkan kebimbangan yang serius tentang kedaulatan undang-undang dan sistem kehakiman Malaysia.

Menurutnya, kebimbangan itu ditambah lagi dengan hasrat kerajaan Malaysia untuk memperkukuhkan dan memperluaskan lagi penguatkuasaan Akta Hasutan.

"Amerika Syarikat dan Malaysia telah membina satu hubungan yang baik dan kami akan kekal komited untuk memperluaskan kerjasama kami melibatkan cabaran ekonomi dan keselamatan negara berdasarkan kepentingan di Asia dan di seluruh dunia.

"Pada masa sama, kita akan terus mendesak kerajaan Malaysia untuk melaksanakan undang-undang secara adil dan telus bagi meyakinkan Malaysia mengamalkan demokrasi, keadilan dan juga ekonomi," kata kenyataan itu lagi.

Kenyataan itu berkata, sejarah telah membuktikan mana-mana negara yang menekankan hak asasi manusia terhadap rakyatnya, tanpa memikirkan kecenderungan politik, etnik, bangsa, agama ataupun orientasi seks, adalah lebih harmoni dan juga stabil.

Petisyen 'Bebaskan Anwar'  dimulakan oleh bekas Duta AS di Kuala Lumpur, John Mallot pada 10 Februari lalu, iaitu hari sama keputusan kes liwat Anwar diumumkan Mahkamah Persekutuan.

Pada Isnin lalu, kerajaan Amerika Syarikat mengakui membuat kesilapan apabila membuang petisyen menuntut pembebasan ketua pembangkang itu daripada laman web White House.

Menurut Kedutaan AS di Kuala Lumpur, petisyen yang mahu dibuang sebenarnya adalah petisyen yang menuntut AS menghormati kedaulatan Malaysia, selepas pemeriksaan  mengesan penipuan dilakukan White House mendapati tandatangan yang menyokong petisyen kedua itu mempunyai 'kejanggalan'.


KPDNKK rampas produk Milo tiruan

Posted: 13 Mar 2015 08:39 PM PDT


KPDNKK rampas produk Milo tiruan KPDNKK berjaya rampas produk Milo tiruan dengan nilai rampasan RM250,000 di Seremban, semalam
 
 
 
SEREMBAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan (KPDNKK), berjaya merampas produk minuman Milo tiruan dengan nilai rampasan RM250,000 dalam serbuan yang dilakukan di sebuah taman perumahan mewah di Mantin, semalam.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK negeri, Saifulbahri Abdul Kadir berkata, produk tiruan itu dikesan melalui aduan orang awam yang mencurigai aktiviti tersebut sejak beberapa bulan lalu.

Katanya, melalui pemeriksaan yang dilakukan bersama wakil Nestle di Taman Mulia itu, terdapat beberapa bekas berisi Milo tiruan yang belum dibungkus dalam rumah tersebut.

"Hasil pemeriksaan kita dapati terdapat sebanyak 225 bungkusan yang berisi milo tiruan disimpan di dalam sebuah bilik.

"Kita percaya bungkusan berjenama Milo itu sedia untuk dipasarkan di sekitar negeri ini dan kawasan berhampiran.

"Milo ini disahkan tiruan berdasarkan cara proses yang dilakukan adalah menyalahi proses sebenar yang dilakukan di kilang Nestle sahaja.

"Dengan itu, mereka telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan Seksyen 8," katanya.


Tayar pecah: Seorang maut, tujuh cedera

Posted: 13 Mar 2015 08:37 PM PDT

SINAR HARIAN


KUANTAN - Seorang maut manakala tujuh lagi cedera apabila kenderaan MPV mereka terbabas dan melanggar pembahagi jalan serta terbalik di Kilometer 205.6 Lebuhraya Pantai Timur arah ke Kuala Lumpur, semalam.

Kenderaan itu dilapor terbabas setelah tayar belakang sebelah kanannya pecah dalam kejadian 1.35 tengah hari itu.
   
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Pahang, Supritendan Mohd Noor Yusof Ali berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Fatimah Bakar, 64.
  
Sementara lima lagi yang parah ialah pemandu MPV itu, Mohd Khairi Mohd Jantan, 41, tiga orang anaknya Nur Khairunnisa, 12, Muhamad Qusyairi, 11, Nur Khairina, 9, dan adik iparnya Tuan Nur Liyana Tuan Kob, 23.
  
Beliau berkata, isteri Mohd Khairi, Tuan Norakma Tuan Kob, 38, dan anak bongsu mereka Mohamad Haikal Ramadhan, 2, hanya cedera ringan.
  
Keluarga tersebut dari Terengganu dalam perjalanan dari arah Kemaman menghala Kuantan.
  
Mohd Noor berkata, mereka yang cedera dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini. - Bernama


Penuntut USM Yang Maut Di Acheh Anak Harapan Keluarga

Posted: 13 Mar 2015 05:19 PM PDT


MSTAR ONLINE


Muhammad Izzamir Nabihan
 

GEORGE TOWN: "Arwah adalah anak yang menjadi harapan keluarga dan banyak membantu meringankan tanggungjawab ibu bapanya," kata ibu saudara Muhammad Izzamir Nabihan Abdul Majid, penuntut yang maut dalam kemalangan jalan raya di Acheh, Indonesia, Rabu.


Fouziah Omar, 59, berkata anak saudaranya yang merupakan anak kedua daripada lima beradik sering menghantar wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang diperoleh beliau kepada ibunya untuk membiayai yuran tuisyen adik-adiknya.

"Arwah tahu ibunya tidak bekerja dan dia akan gunakan sebahagian wang bantuan yang diterima untuk membantu keluarga. Kami semua terkejut namun reda dengan ketentuan takdir," katanya ketika dihubungi di sini Khamis.

Beliau berkata anak saudaranya sekeluarga tinggal di Kuala Lumpur dan kali terakhir beliau bertemu dengan arwah ialah ketika mereka pulang berhari raya di Kepala Batas, tahun lepas.

Muhammad Izzamir Nabihan, 23, yang merupakan penuntut tahun akhir Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral Universiti Sains Malaysia (USM) itu meninggal dunia ketika menerima rawatan di Pusat Kesihatan Masyarakat Geumpang, Acheh setelah bas yang membawa 24 anggota rombongan akademik USM terbabas.

Kemalangan pada pukul 7 malam waktu Acheh itu turut menyebabkan tujuh anggota rombongan yang lain cedera ringan. 

Fouziah berkata ayah Muhammad Izzamir Nabihan iaitu Abdul Majid Abd Gaffor, 50-an belum mengetahui kejadian yang menimpa anaknya itu.

"Kami sekeluarga terpaksa merahsiakan kejadian itu daripada pengetahuan adik ipar saya kerana dia kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).

"Tahap kesihatan ayah arwah tidak mengizinkan...jadi kami buat keputusan untuk merahsiakan dahulu kejadian yang menimpa anaknya itu. Adik saya Suriati iaitu ibu arwah dan empat anaknya sahaja yang tahu dan mereka dalam perjalanan pulang ke Kepala Batas dari Kuala Lumpur," katanya.

Beliau berkata saudara mara di Pulau Pinang membantu untuk menguruskan jenazah Muhammad Izzamir Nabihan yang akan dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Jamiul Al Badawi, Kepala Batas.

Sementara itu, Naib Canselor USM Prof Datuk Dr Omar Osman berkata jenazah penuntut itu dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pagi esok dan akan dibawa terus ke Masjid Jamiul Badawi, Kepala Batas.

Beliau berkata USM juga menghantar beberapa pegawai dan pensyarah untuk membantu penuntut dan pensyarah yang terlibat dalam kemalangan itu sebelum kesemua mereka dibawa pulang ke Pulau Pinang pada Jumaat.

"Alhamdulillah proses membawa pulang jenazah sedang berjalan. Kami ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan polis turut membantu dalam memberikan nasihat kepada keluarga.
 
"Allahyarham adalah anak seorang pegawai polis dan beliau seorang yang aktif dalam sukan terutamanya ragbi," katanya. 

Omar berkata rombongan yang berlepas ke Acheh pada Ahad lepas (8 Mac) dijangka pulang esok dan ia merupakan program rasmi universiti dalam usaha memberi pendedahan akademik kepada penuntut tahun akhir.

Beliau berkata anggota keluarga pelajar yang terlibat boleh menghubungi Timbalan Pendaftar Hal Ehwal Pembangunan Pelajar Husin Yahya di talian 019-4721159 untuk maklumat lanjut.

Pensyarah, Penuntut USM Terselamat Kongsi Detik Cemas Nahas Bas Di Acheh

Posted: 13 Mar 2015 05:16 PM PDT


MSTAR ONLINE


Pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Mohd Hazizan Mohd Hashim (kanan) menunjukkan kecederaan yang dialami kepada warga USM yang menyambut rombongan berkenaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Jumaat.-fotoBERNAMA
 
 
 
GEORGE TOWN: "Ceper! ceper! (brek tidak berfungsi) itu teriakan terakhir yang saya dengar sebelum tercampak keluar daripada bas dan terjatuh dari cenuram berdekatan gaung," kata Dr Mohd Hazizan Mohd Hashim, seorang daripada mangsa kemalangan di Geumpang, Acheh Rabu lepas.

Mohd Hazizan, 36, berkata dalam kejadian pukul 7 malam waktu Indonesia itu bas yang dinaiki bersama 24 yang lain sedang melalui selekoh tajam sebelum terbalik ke kiri apabila cuba mengelak daripada merempuh sebuah kereta dari hadapan.

"Ketika itu muka saya di sebelah kiri telah dipenuhi darah akibat tercampak, saya menjerit meminta tolong tetapi keadaan agak kelam kabut dan saya cekalkan hati, panjat tebing dari ketinggian 12 kaki untuk naik ke atas," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di sini Jumaat.

Beliau berkata semasa kejadian cuaca agak gelap serta berkabus tipis namun pemandu cekap bertindak dan sempat menyelamatkan kenderaan itu daripada terjerumus ke dalam gaung yang terletak di sebelah kanan jalan yang bergunung ganang itu.

Pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral Universiti Sains Malaysia (USM) itu berkata setiap tahun penuntut tahun akhir akan dibawa menyertai lawatan lapangan ke luar negara dan kali ini mereka ke Indonesia menyaksikan lombong arang batu dan emas.

Seorang penuntut Shaik Abdul Rahman Shaik Abdul Wahab, 23, berkata ketika kemalangan itu beliau duduk di barisan paling belakang di sebelah kiri bas menyebabkan tangan kirinya terhimpit dan cedera.

Rakan sekelas kepada Muhamad Izzamir Nabihan Abdul Majid, 23, berkata suasana hingar bingar dengan jeritan sebelum keadaan bertukar senyap selepas kenderaan itu terbalik.


"Tidak lama kemudian orang kampung tiba dan membantu kami keluar dari bas," katanya sambil memberitahu itu ialah hari keempat mereka berada di Indonesia sejak 8 Mac lepas.

Beliau berkata Muhamad Izzamir yang bersifat periang dan kelakar kelihatan pendiam sepanjang lawatan mereka hari itu sebelum cedera dalam kemalangan berkenaan dan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Pusat Kesihatan Masyarakat Geumpang, Acheh.

Sementara itu, Naib Canselor USM Prof Datuk Dr Omar Osman berkata sejumlah 23 pelajar dan kakitangan rombongan itu selamat tiba pada pukul 4.10 petang ini dari Banda Acheh.

"Seorang pelajar telah pulang pagi tadi mengiringi jenazah Muhamad Izzamir," katanya.

Beliau berkata sejumlah 25 ahli paramedik ditugaskan memberi kaunseling dan menjalankan saringan kesihatan kepada rombongan itu dengan tiga daripada mangsa kemalangan terdiri daripada dua pensyarah dan seorang pelajar terpaksa dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

"Seorang dihantar ke Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, USM di Bertam, seorang di Hospital Pulau Pinang dan seorang lagi di hospital swasta di sini," katanya.



Taman-Taman Sabah Siasat Aksi Gadis Main Pasir Separuh Bogel Di Pantai Sulug

Posted: 13 Mar 2015 05:14 PM PDT


MSTAR ONLINE


- Gambar dari Facebook
 
 
 
KOTA KINABALU: Taman-Taman Sabah sedang menjalankan siasatan berhubung laporan sebuah akhbar mengenai gelagat dua gadis warga asing bermain pasir dalam keadaan separuh bogel tanpa coli di Pulau Sulug baru-baru ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun berkata dakwaan pengunjung terlihat aksi dua warga asing itu masih belum dapat disahkan dan pihaknya sedang menunggu keputusan siasatan dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata Pulau Sulug yang diwartakan dalam Taman Tunku Abdul Rahman pada 1979 merupakan pulau dianggap 'sunyi tanpa penghuni' dan kurang mendapat sambutan daripada pengunjung berikutan kemudahan prasarana di Pulau Sulug tidak seperti mana pusat peranginan lain.

"Pulau ini terpencil dan tidak memiliki prasarana seperti pusat peranginan  lain, justeru saya hairan bagaimana pelancong boleh mengunjungi pulau ini dan perkara sebegini terjadi," katanya mengulas isu berkenaan yang berlaku, baru-baru ini.

Masidi ditemui pemberita selepas merasmikan pelancaran laman Facebook Pendidikan '5R Hidupan Liar' dan program pendidikan kesedaran awam anjuran Jabatan Hidupan Liar Sabah di sini, Jumaat.


Sokongan Bukan Islam Terhadap PAS Merudum... Penyelesaiannya?

Posted: 13 Mar 2015 05:08 PM PDT

KELAB GREENBOC



 
 
Sokongan bukan Islam pada PAS merosot'

Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat mengakui sokongan bukan Islam terhadap parti itu membimbangkan ketika ini ekoran pelbagai isu yang melanda termasuk kemelut dalaman dan hudud.

Sekarang, katanya, berbeza dengan keadaan dalam pilihan raya umum lalu apabila majoriti golongan itu menyokong kuat PAS.

"Cukuplah saya kata bahawa nilai (penurunan) itu membimbangkan kita, dan harus diusahakan sesuatu (tindakan)," katanya yang mengakui situasi itu sedia dimaklumi oleh kepimpinan pusat PAS.

Justeru, katanya, cabaran kini untuk memberikan keyakinan kembali kepada golongan itu kerana ia dianggap "cabaran besar" buat parti Islam itu.

Beliau menjawab soalan mengenai sokongan bukan Islam terhadap PAS ketika ini selepas PAS berdepan beberapa isu panas dan kemelut dalaman sejak akhir-akhir ini.

Pada pilihan raya umum lalu, banyak kerusi dimenangi PAS hasil sokongan bukan Islam khususnya di kawasan bandar. Antara kawasan itu termasuk di Kelana Jaya dan Kota Raja.

Bermula isu MB S'gor

Diwawancara Malaysiakini, Suhaizan berkata antara isu mula menggelegak apabila berlaku pergeseran dalaman PAS bermula daripada isu penggantian menteri besar Selangor.

"Semua itu memberi kesan, sebab mereka menaruh harapan yang tinggi (kepada PAS). Mungkin ada perkara itu, tak selari dengan apa yang mereka impikan.

"Macam jual barang. Barang itu kadang-kadang orang terima. Kadang-kadang tak. Tapi kita sebagai penjual, tak bolehlah marah pembeli.

"Kita yang harus mengubah barang itu, bagaimana untuk dipasarkan," katanya.

Mengulas berhubung kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat, Suhaizan berkata majoriti ahli PAS mahu parti itu bersama gabungan pembangkang selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam.

Menurutnya lagi, jika persefahaman politik yang dibentuk melanggar hukum syarak, Majlis Syura PAS akan membuat keputusan baru mengenai perkara itu.

Bekas pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu juga tidak menolak kemungkinan perwakilan akan membangkitkan isu kedudukan PAS dalam Pakatan, pada muktamarnya Jun ini, berbanding isu-isu semasa dalam negara.

ULASAN GB

Penyelsaiannya? Mudah. Ahli-ahli PAS perlu menjadikan Muktamar tahun ini sebagai medan untuk memilih pemimpin yang ingin bersama Pakatan Rakyat. 
 
 

Tiada ulasan: