Sabtu, 7 Mac 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Himpunan berjaya walaupun tanpa mobilisasi dan kerahan Parti

Posted: 07 Mar 2015 08:43 AM PST

 Ipoh Mali  ~ Alhamdulillah baru sampai Ipoh.. Aku seronok melihat Himpunan hari ni.. Bukan Sebab jumlah ramai atau tidak.. 

Tetapi Anak Muda..Dan Rakyat mampu bergerak Sendiri tanpa bantuan dan kekuatan mana2 Parti... Ini yg aku mahu lihat.. 



 Biar lah Bantahan Berterusan.. Bilangan ramai atau tidak.. itu bukan persoalan.. tetapi mereka ini berani menuntut perubahan.. Gerakan Rakyat harus bergerak kepada Isu2 Rakyat seperti GST dan Rompakan Harga Minyak...


 Hari ini adalah himpunan Spontan tanpa Mobilasi dan kerahan Parti di Seluruh Negara.. Itu petanda yg baik.. 


  Gelombang bisa jadi lebih besar.. waktu akan menentukannya.. tidak Bulan ini..bulan depan..tidak tahun ini tahun Depan... jadi benarlah gerak hati aku semalam..



Imam baling kasut kat hakim mai awai...dia kata saya tetap datang di mana2 saja demi tolak kezaliman...

Tokoh hebat Pas ..mai la kot mana pon keta kena bakaq ka apa ka LAWAN!
Hebat mu Dr Hatta! 

Nota : Gambar-gambar dan kapsyen dari Face booker Misai Merah dan DMTJ.

Video Hj Hadi : Hukum Hudud Bukan Tujuan Utama PAS

Posted: 07 Mar 2015 04:16 AM PST

 Keadaan rakyat Kelantan yang baru sahaja bergelut dengan tragedi banjir besar yang luar biasa dan baru cuba memulakan usaha untuk kelangsungan kehidupan mereka, kenapa perlu terburu-buru mahu melaksanakan hudud di Kelantan? 

Apa agenda sebenar pemerintah PAS Kelantan yang sekarang ini? Bukankah lebih baik menumpukan usaha membantu mereka dalam segi baik pulih kehidupan mereka dari segi tempat tinggal dan sara hidup diri mereka?

 Cer dengar apa yang pernah Hj Hadi katakan dulu....Apakah Hj Hadi sekarang sudah berubah? Kalian pertimbangkanlah sendiri apa yang Hj Hadi katakan berikut :

 Ketika Hj Hadi ditanya, kalau PAS dapat balik (perintah Terengganu) adakah kerajaan PAS akan melaksanakan apa yang telah dilulus pada masa pemerintahannya dahulu, Hj Hadi berkata:

 " Kita akan sambung .... antaranya cukai pintu kediaman akan dikecualikan. Kita akan sambung lagi pembahagian tanah dengan proses yang lebih mudah lagi. Akan selesaikan masalah pengangguran. Dan kita percaya yg kerajaan Pusat akan insaf. Dia akan bagi balik Royalti. Pakatan Rakyat berjanji kalau kita menang, Royalti 20%! Dalam manifesto tiada; hanya air percuma ada.

 Mengenai persoalan bahawa hukum Hudud telah disahkan semasa pemerintahan PAS, Hj Hadi berkata : 

"Kita dahulukan yang mana dahulu.Dahulukan masalah atasi kemiskinan.Hukum Hudud tidak boleh dilaksanakan. Hukum mencuri tak boleh dijatuh kalau gaji minima tidak dilaksanakan."

 Mengulas kenyataan bahawa hudud tidak difikirkan perlu diutamakan, Hj Hadi menjelaskan :

  "Syarat dia mesti , nak jatuh hukum mencuri contohnya, mesti gaji minima kena ada. Kalau dia mencuri kerana tak cukup gaji, tak boleh laksanakan ! Tak cukup syarat laksanakan hukum ini! Itu kena faham. Masalah pengangguran diselesaikan, baru dilaksanakan. Itu dia! Ya!" 

Audit Forensik 1MDB - Muhyiddin Yassin 'checkmate' Najib

Posted: 07 Mar 2015 01:26 AM PST

 Zahid tuduh pengkritik 1MDB bermotif politik
 A.Kadir Jasin memuji tindakan Timb Menteri Muhyiddin Yassin yg  mengeluarkan kenyataan yang mahu audit forensik dilakukan ke atas 1MDB sejak penubuhannya (pada tahun 2009) dan Jawatankuasa Akaun Awam Parlimen (PAC) menyiasat 1MBD serta-merta tanpa menunggu laporan Ketua Juruaudit Negara.

   Sambil itu, beliau menyentap Zahid Hamidi yang dilihat cuba membela Najib yang konononnya pengkritik 1MDB hanyalah bermotifkan politik semata-mata. 

Kadir menulis diblognya : KEMUNCULAN (Datuk Seri) Ahmad Zahid Hamidi sebagai pembela utama Perdana Menteri, (Datuk Seri) Mohd Najib Abdul Razak, dalam kontroversi 1Malaysia Development Berhad tidak memeranjatkan.

 Menteri Dalam Negeri merangkap Naib Presiden (1) Umno itu memerlukan Mohd Najib dalam krisis yang dihadapinya sekarang berkaitan suratnya kepada Biro Penyiasatan Pusat Amerika Syarikat (FBI) mengenai orang disyaki Paul Phua Wen Seng.

 Ahmad Zahid dilaporkan menuduh pihak-pihak yang mempertikaikan urus niaga syarikat pelaburan strategik kerajaan itu sebagai bermotifkan politik. Beliau menyokong kenyataan bosnya, (Datuk Seri) Mohd Najib Abdul Razak, Rabu lalu bahawa penerangan 1MDB dan juruaudit luarnya, Deloitte, tidak mendedahkan sebarang penyelewengan dan kepincangan urus niaga.

Tetapi dua hari selepas itu, ketua nombor dua beliau, Timbalan Perdana Menteri, (Tan Sri) Muhyiddin Mohd Yassin mengeluarkan kenyataan yang berbeza dan tegas.

 Menurut laporan Bernama, beliau mahu audit forensik dilakukan ke atas 1MDB sejak penubuhannya (pada tahun 2009) dan Jawatankuasa Akaun Awam Parlimen (PAC) menyiasat 1MBD serta-merta tanpa menunggu laporan Ketua Juruaudit Negara. (Baca di sini).

 Alhamdulillah, itulah kaedah yang tepat. Isu 1MDB memerlukan "forensic auditing" macam doktor menyiasat sejarah pesakit atau membedah mayat. Terima kasih Muhyiddin dan hendaknya janganlah Ahmad Zahid menuduh tindakan Timbalan Presiden Umno itu bermotif politik!

 Jawapan kepada tindakan Muhyiddin mudah saja. Apa yang dikatakan taklimat oleh Arul Kanda Kandasamy yang baru beberapa minggu menjadi Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB dan juruaudit luar 1MDB, Deloitte semestinya amat terhad.

Muhyiddin mahu audit forensik ke atas 1MDB
Arul Kanda hanya berhak bercakap dan bertanggungjawab kepada apa yang beliau ketahui dan lakukan sejak mengambil alih teraju 1MDB pada 5 Januari lalu manakala Deloitte hanya untuk jangka waktu menjadi juruaudit luar 1MDB mulai Disember 2013. 

 Anggota Kabinet yang faham undang-undang dan peraturan tentulah tidak puas hati dengan maklumat terhad itu sedangkan mereka diminta turut bertanggungjawab terhadap syarikat itu. Mereka tentunya tidak mahu dituduh bersubahat kemudian hari.

 Orang putih kata, splitting hair. Bayangkan bagaimana susah hendak membelah sehelai rambut. Mungkin benar akaun 1MDB bagi tempoh singkat diaudit oleh Deloitte memenuhi piawaian perakaunan yang digunakan di negara kita. Kalau tidak, masakan Deloitte berani mengesahkannya. Cuma adakah pengesahan itu bersyarat (qualified) atau tanpa syarat (unqualified). Kalau bersyarat, ertinya ada perkara yang tidak dapat disahkan oleh juruaudit luar.

Pembabitan Arul Kanda dalam 1MDB amat terhad
Ahmad Zahid boleh bantu penyiasatan kerana beliau seorang usahawan dan eksekutif perniagaan yang cukup berpengalaman. Sebagai bekas usahawan dan eksekutif korporat yang berjaya dan pernah menjadi ketua pegawai eksekutif Kretam Berhad, sebuah syarikat umum yang disenaraikan di Bursa Malaysia, beliau tentu tahu laporan dan akaun tahunan hanya memuatkan fakta dan perangkaan asas. Ia tidak mendedahkan modus operandi syarikat atas alasan ia rahsia perniagaan (trade secret).

 Saya harap Ahmad Zahid gunakan kepakaran beliau sebagai bekas eksekutif OCBC, Pengerusi Bank Simpanan Nasional, eksekutif kanan PNB/ASN, pengarah eksekutif Scandinavian Motors Sdn Bhd, pengerusi Tekala Corporation Berhad, pengerusi Seng Hup Berhad, pengerusi Ramatex Berhad dan pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad bagi melakukan pencerahan terhadap kekusutan 1MDB dan bukan sekadar membuat kenyataan politik murahan.

 Bukan Semua Melayu Jahil

 Orang yang tidak tahu apa-apa mengenai perniagaan, perakaunan, modus operandi urus niaga dan rahsia perniagaan tentulah akan terangguk-angguk mengiakan hujah Ahmad Zahid dan ahli Kabinet yang sependapat dengan beliau, apatah lagi kalau mereka ahli dan penyokong tegar Umno.

 Tetapi hari ini, hatta di kalangan orang Melayu dan orang Umno pun ramai yang berniaga, menjadi eksekutif korporat, juruaudit dan pensyarah ekonomi. Jadi mereka boleh bezakan antara pasir dan permata.

 Natijahnya, pemimpin Umno janganlah sangka semua Melayu "bangang" (meminjam istilah Perdana Menteri) dalam hal ekonomi dan perniagaan maka boleh diperkotak-katikkan.

 Umno perlu belajar agar lebih pandai berkomunikasi dengan Melayu yang makin cerdik. Adalah kesilapan besar bagi Umno memajukan orang Melayu melalui pelajaran dan ekonomi, tetapi berkomunikasi secara dangkal kerana menyangka orang Melayu semuanya ikut cakap dan percaya omongan mereka.

 Sekadar anggota kabinet kelas ayam dan ekonomi kangkung, saya rasa adalah amat sukar bagi Umno kembali meyakinkan majoriti orang Melayu dan mengembalikan keyakinan orang bukan Melayu untuk menyokong Umno dan Barisan Nasional. Umumnya, pengkritik dan penganalisis bukan sekadar mempertikaikan akaun 1MDB. Mereka juga mengkritik dan menganalisis perkara-perkara yang tidak dijelaskan dalam laporan dan akaunnya – mungkin atas alasan rahsia perniagaan.

 Antara yang dipersoalkan adalah hutang-piutangnya yang sangat besar (melebihi RM40 bilion), pengaliran modal, pembelian aset yang melebihi harga pasaran, pembawakeluaran modal untuk dilaburkan di Cayman Islands, kesukarannya membayar balik hutang kepada bank-bank tempatan, dakwaan pembabitan "billionaire" T Ananda Krishnan menyelesaikan hutangnya dan paksaan ke atas syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) memberi pinjaman kepada 1MDB dengan membeli bon/sukuk yang dikeluarkannya dan pembabitan pihak-pihak misteri seperti Jho Low dan PetroSaudi.

 Kalau tugas Ketua Juruaudit Negara sekadar "verify" (mengesahkan) akaun lMDB, ia tidak lebih daripada "rubber stamp". Tetapi sekiranya KJN diberi kuasa khas atau beliau sendiri berani mengambil inisiatif melakukan "forensic auditing" barulah ada harapan kita menjejaki "money trail" untuk mengetahui siapa buat apa dan dapat apa. Baca lagi di sini

JABATAN AGAMA PULAU PINANG AKAN SIASAT ADUAN KESALAHAN QAZAF SHAFEE..

Posted: 06 Mar 2015 07:30 PM PST

 Berikutan empat aduan yang diterima oleh Jabatan Hal Ehwal Islam Pulau Pinang , Exco Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, YB Dato' Abdul Malik bin Kassim telah mengeluarkan satu surat arahan kepada Bahagian Penguatkuasaan JHEAIPP supaya membuka kertas siasatan keatas Tan Sri Shafee Abdullah berhubung kesalahan Qazaf.

 Tindakan beliau adalah ekoran aduan yang dibuat ole Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kebangsaan Ahmad Azrizal Tahir bersama tiga individu lain terhadap peguam Tan Sri Shafee Abdullah kerana didakwa melakukan "qazaf" - satu tuduhan palsu zina - selepas menuduh Anwar liwat tanpa menyediakan empat orang saksi seperti yang dikehendaki di bawah syariah di negeri ini enakmen.

 Mereka adalah Timbalan Ketua Pemuda PKR Pulau Pinang Khairil Anuar Kamaruddin, ahli jawatankuasa Pulau Pinang SAMM Aidi Akbal Zainul dan penyelaras SAMM kebangsaan Faizal Abdul Rahman.

 Azrizal kata peguam Umno terkemuka melakukan kesalahan yang dikatakan itu apabila dia bercakap di forum-forum yang diadakan di Akademi Kepimpinan Kapten Hussein di Kelana Jaya pada 17 Februari dan di Politeknik Seberang Prai di Pulau Pinang pada 22 Februari. Lihat lebih lanjut di sini

HIMPUNAN SOLIDARITI DATO' SERI ANWAR IBRAHIM - Surat Palsu cuba sabotaj

Posted: 06 Mar 2015 04:28 PM PST

Hj Hadi bersama pemimpin utama Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim
 ketika demontrasi BERSIH 3 tidak berapa lama dulu
Setiausaha Akhbar Presiden parti Shamsuri Ahmad Muhktar kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang  berkata:

 "Tidak ada apa-apa kenyataan yang dikeluarkan oleh presiden. Beliau akan keluar dengan satu tidak lama lagi," katanya.Baca lagi  di sini 

 Surat disebelah ini sedang beredaran di media internet. Surat ini adalah palsu. Menurut sumber, Hj Hadi tidak berada didalam negeri waktu ini.

 Surat palsu ini menyatakan kononnya PAS menolak sekeras-kerasnya amalan demonstrasi dan kononnya Hj Hadi menyeru seluruh Kepimpinan dan Ahli PAS seluruh negara untuk TIDAK MENYERTAI HIMPUNAN SOLIDARITI DATO' SERI ANWAR IBRAHIM pada 7 Mac 2015 (hari ini)

   Ini adalah antara kerja jahat golongan yang benci sangat kepada Anwar. Kalian bolehlah agak-agak saja....Awas tindakan provokasi yang mungkin golongan ini lakukan hari ini. Selamat berjuang kepada kalian semua!

Tiada ulasan: