Sabtu, 7 Mac 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


PAS Kota Baru Jadi Perintis Calonkan Orang Lain Sebagai Presiden

Posted: 07 Mar 2015 04:48 AM PST

KELAB GREENBOC



 
PAS Kota Baru diramal calonkan tokoh presiden baru

Ketika PAS memulakan mesyuarat agung tahunan peringkat kawasannya hari ini, kawasan Kota Baru dijangka menamakan seorang calon selain Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi menduduki kerusi nombor satu parti itu.

Dan, mengikut ramalan awal, jawatan itu tidak akan dipertandingkan.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider, nama tokoh berkenaan dibincangkan sejak sekian lama sebagai calon alternatif bagi menyelesaikan kemelut dalaman PAS.

Mesyuarat hari ini akan menentukan sama ada calon itu diterima semua perwakilan atau tidak.

Yang Dipertua PAS Kota Baru Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah ketika dihubungi berkata, pihaknya menyerahkan hal tersebut kepada perwakilan dalam mesyuarat itu nanti.

Katanya, PAS Kota Baru berazam menjadi pelopor dan membentuk pemikiran ahli PAS di seluruh negara menjelang Muktamar PAS ke-61 pada Jun depan.

Mesyuarat agung ini katanya akan memberikan hak sepenuhnya kepada perwakilan menentukan calon kepimpinan PAS di masa depan, termasuk bagi kedudukan presiden.

Dalam pertemuan beliau dengan semua ketua dan setiausaha cawangan di Kota Baru minggu lalu, beliau meminta mereka melaksanakan hak menentukan pucuk kepimpinan parti di semua peringkat.

"Biarlah semua jawatan dipertandingkan. Ia bagus untuk memberikan hak sepenuhnya kepada ahli menentukan siapa pilihan mereka. Menang tanpa bertanding setiap masa ini ada negatifnya,"
kata Rahim.

Khabar angin menyatakan PAS Kota Baru akan mencalonkan tokoh selain Hadi sebagai presiden bertiup sejak sekian lama.

Rahim sendiri sebelum ini pernah mencadangkan nama Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai presiden bagi menggantikan Hadi demi menyatukan kembali PAS.

Beliau yakin Hadi tidak akan mempertahankan jawatan itu demi kepentingan PAS yang sedang berpecah teruk sekarang ini.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yakin tidak ada pencabar yang berwibawa menggantikan Hadi buat masa ini.

Sejak memangku jawatan itu susulan kematian Datuk Fadzil Noor pada 2002, kedudukan Hadi tidak pernah dicabar.

Manakala bekas Setiausaha Agung PAS Datuk Kamarudin Jaffar pula berkata, beliau tidak terkejut jika ada kawasan yang mencalonkan tokoh lain untuk jawatan kepimpinan tertinggi PAS, termasuk jawatan presiden, memandangkan apa yang berlaku dalam PAS sekarang.

Mesyuarat agung PAS kawasan Kota Baru buat pertama kalinya akan diadakan di Dewan Zulkefli Mohamad, Bangunan PAS Kelantan, tempat di mana bekas Mursyidul Am Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberikan kuliah Jumaatnya saban minggu sebelum ini.

"Biasanya dewan ini untuk kuliah sahaja. Kami pilih untuk mengadakan mesyuarat di sini buat pertama kalinya sempena 50 tahun pembinaannya," kata Rahim, bekas ahli Parlimen Kota Baru.

Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Kota Baru mengadakan mesyuarat agung pada Jumaat, sehari sebelum mesyuarat agung peringkat kawasan.

Pertandingan untuk merebut kepimpinan juga dijangka berlaku di peringkat kawasan Kota Baru.

Pada masa ini, Rahim merupakan yang dipertua kawasan, sementara Datuk Takiyudin Hassan (ahli Parlimen Kota Baru), timbalan yang dipertua manakala Datuk Anual Tan Abdullah (exco kerajaan negeri Kelantan), naib yang dipertua.

Takiyudin dikatakan akan mencabar Rahim kali ini untuk jawatan yang dipertua manakala Dr Rosli Ahlani, ketua Pemuda kawasan sekarang, dikatakan akan bertanding merebut jawatan timbalan yang dipertua. – TMI

ULASAN GB

Huykum kebenaran dan keadilan berjalan.

Tak salah apa pun dan tak berdosa untuk mencalonkan orang lain sebagai Presiden. So, lawan!

Usah pedulikan golongan taksub, serahkan urusan itu kepada Allah swt.


Pemilihan PAS bakal 'singkir' pemimpin 'membebankan', kata Harun Din

Posted: 07 Mar 2015 04:25 AM PST

Oleh Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz

 
Post Pic
 
 
[EKSKLUSIF] SHAH ALAM: Pemimpin PAS yang menjadi "beban" kepada perjuangan parti akan dihukum oleh ahli PAS menerusi pemilihan parti Jun ini, kata Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din. 
 
Tanpa menuding jari kepada sesiapa, tokoh PAS itu yakin pergolakan semasa dalam PAS yang dilabelkan sebagai pertembungan di antara golongan ulama dan profesional akan reda selepas ahli parti membuat pilihan mereka. 
 
"Hal ini akan selesai apabila berlaku muktamar PAS. (Sekarang) panas sekejap, (sebab) berlaku pemilihan," kata beliau kepada Antarapos. 
 
"Malah saya percaya ahli PAS yang hadir pada muktamar nanti sudah cukup matang untuk membuat pemilihan dan penilaian. Mereka akan tahu siapa yang akan membina parti yang mereka dukung dan siapa yang akan menjadi liabiliti (beban)."
 
"Jadi sudah pastilah siapa yang menjadi liabiliti kepada parti, maka ahli PAS akan menghukum. Oleh itu, maka lepas muktamar nanti, keadaan ini akan reda-seredanya," kata beliau.
 
PAS dilihat dalam keadaan krisis dengan penggunaan kekerasan dilaporkan menular dalam perbalahan di antara golongan ulama dan golongan proffesional. 
 
Kelmarin, bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkifli Ahmad ditumbuk oleh dua orang yang menceroboh masuk rumahnya. 
 
Sebelum ini, kereta Pengarah Pilihanraya PAS Dr Hatta Ramli dibakar oleh individu yang tidak dikenali. 
 
Dzulkifli, Hatta dan timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dikaitkan dengan golongan profesional yang mencabar kepimpinan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ulama lain.   
 
Haron berkata perbalahan sekarang adalah mirip dengan krisis yang melanda PAS tahun 1980an.
 
Beliau menegaskan, imej parti itu pulih semula daripada krisis berkenaan selepas ahli PAS menjadikan pimpinan ulama sebagai teras menerajui parti itu.
 
Beliau berkata jika sekarang pertembungan membabitkan  cabaran daripada golongan profesional terhadap ulama, tahun 80an timbul perbalahan 'ulamak dan para akademik'."
 
"Jadi ada golongan ulama dan ada golongan akademik, maksud golongan akademik ialah pensyarah-pensyarah kanan universiti yang berkumpul dan sama-sama berjuang dengan PAS," katanya.
 
"Berlaku ketika itu pertemuan antara golongan akademik dan kepemimpinan ketika itu. Agak parah ketika itu… pilihan raya Kelantan pun ketika itu bukan sahaja PAS kalah tetapi tinggal dua kerusi, jadi kita nampak begitu teruk ketika itu," kata beliau. 
 
"Namun, dapat dipulihkan balik apabila kepemimpinan dapat ditentukan balik kepada kepemimpinan ulama," kata Haron.
 
Menjelang pemilihan PAS, Haron menegaskan keperluan semua pihak untuk menghindari daripada serangan peribadi. 
 
Ditanya sama ada Hadi terlampau "keras" dalam kritikannya terhadap sesetengah pihak dalam PAS, Haron berkata Hadi sendiri menjadi mangsa kritikan kesat oleh musuh politiknya. 
 
"Tuan Guru Presiden tidak dapat mengelak daripada apa yang ditimbulkan dalam media. Memang pun Abdul Hadi perlu jawab, " kata beliau. 
 
"Bagaimanapun jawapan beliau itu kadang-kadang dinilai sebagai keras, (tapi) ada orang melihat adalah padan itu bahasa yang digunakan kerana yang menyerangnya pun menggunakan bahasa yang sama," katanya.
 
Menjelang pemilihan parti,  Hadi dan golongan ulama di dalam PAS dilihat menjadi sasaran golongan profesional dan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia, PasMa.
 
Hadi dikatakan melihat golongan berkenaan sebagai terlampau mendokong agenda Pakatan Rakyat sehingga mengabaikan perjuangan Islamiah PAS. 
 
Keadaan bertambah buruk apabila pendedahan yang terbaharu apabila Mohamad Sabu didakwa mahu menggulingkan Abdul Hadi di dalam satu rakaman audio yang disebarkan secara meluas.
 
Rakaman itu mula dimuatkan dalam akaun facebook Tuck Tok Husin Ceroi yang dikaitkan dengan penyokong kumpulan ulama Pas.
 
Rakaman itu menunjukkan seorang yang mirip suara Mat  Sabu memberi taklimat kepada sekumpulan orang untuk  menjatuhkan imej Hadi. 


#KitaLawan program PKR bukan Pakatan Rakyat, kata Tuan Ibrahim

Posted: 07 Mar 2015 04:23 AM PST

Oleh Nur Atiqah Abd Samad

 
Post Pic
 
 
 
[EKSKLUSIF] SHAH ALAM: Perhimpunan #KitaLawan pada hari ini tidak membabitkan PAS Pusat, justeru tidak timbul soal pimpinan parti memberi sebarang arahan kepada ahli bersabit tunjuk perasaan itu, kata Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. 
 
Menurut beliau tunjuk perasaan anjuran Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu juga tidak pernah dibentangkan pada mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat.
 
"Program ni tidak dibuat atas nama Pakatan Rakyat, program ni (dianjurkan) pemuda PKR jadi kita Pakatan pun tak tahu ada program tu. Jadi program tu memang tak pernah dibawa ke mesyuarat pemimpin Pakatan," katanya kepada Antarapos.
 
Perhimpunan #KitaLawan petang ini sebagai bantahan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lim tahun ke atas Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas tuduhan meliwat bekas pembantunya.
 
Perhimpunan itu diharamkan oleh polis setelah AMK dikatakan gagal mengikut peruntukan Akta Perhimpunan Aman untuk menganjurkan tunjuk perasaan berkenaan. 
 
Semalam, pejabat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan beliau mengeluarkan sebarang kenyataan meminta ahli PAS turun menyertai perhimpunan itu. 
 
Setiausaha Agong DAP Lim Guan Eng juga memaklumkan PKR bahawa beliau tidak akan menyertai tunjuk perasaan itu kerana mempunyai aturcara membabitkan warga emas di Pulau Pinang. 
 
Perkembangan itu menandakan sambutan suram rakan komponen Pakatan Rakyat terhadap usaha PKR menggembeling penyokong untuk menyertai tunjuk perasaan berkenaan di hadapan pusat membeli-belah Sogo Kuala Lumpur.
 
Tuan Ibrahim menegaskan ketidakhadiran pemimpin utama PAS dan DAP tidak harus disalah tafsirkan. 
 
"DAP dan PAS tidak dimaklum awal, DAP pun buat kenyataan bukan untuk tak hadir tapi mereka dah ada program. Macam PAS pun masing-masing dah ada program dan jadual hari ini," kata beliau. 
 
"Sebab kita tak dimaklum awal program tu. Tapi himpunan biasa yang dibuat di tempat-tempat lain kita bagi dan ada ahli pergi tapi bukan mobilisasi atas nama Pakatan Rakyat," katanya lagi.
 
Semalam Guan Eng mengarahkan semua ADUN Pakatan Rakyat di  Pulau Pinang untuk hadir di program menyampaikan bantuan kepada warga emas di kawasan masing-masing. 
 
Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, semua wakil rakyat terbabit, termasuk beliau, perlu berada di kawasan masing-masing untuk mengagihkan bantuan RM100 untuk warga tua negeri itu. 


Khabar angin tsunami tidak benar

Posted: 07 Mar 2015 04:21 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic

 
 
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi tidak pernah mengeluarkan mesej mengenai ramalan kejadian tsunami yang akan melanda Pulau Pinang, Langkawi dan Perlis.
 
Menurut Jabatan Meteorologi, khabar angin mengenai kejadian tsunami yang akan melanda tiga buah negeri seperti yang tersebar di media sosial adalah tidak benar.
 
"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah mempercayai sebarang nasihat atau amaran yang disebarkan melalui media sosial yang sumbernya bukan daripada Meteorologi Malaysia.
 
"Untuk pengesahan maklumat boleh merujuk laman sesawang Meteorologi Malaysia, http://www.met.gov.my atau mobile web rasmi m.met.gov.my atau laman sosial facebook http;//www.facebook.com/malaysiamet atau twitter http://twitter.com/malaysiamet," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
 
Tambahnya, orang ramai juga boleh menghubungi talian hotline Meteorologi Malaysia 1 300 22 1MET (1638).

MAS Dalam Proses Menyediakan Bayaran Pampasan Penuh MH370

Posted: 07 Mar 2015 04:14 AM PST


MSTAR ONLINE


 
 
 
KUALA LUMPUR: Penerbangan Malaysia (MAS) kini dalam proses menyediakan pembayaran pampasan penuh untuk anggota keluarga terdekat, para penumpang dan anak kapal MH370.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Jauhari Yahya, berikutan Pengisytiharan Kemalangan, syarikat penerbangan itu kini boleh membuat pembayaran pampasan penuh.

"Kami sedang melaksanakannya. Syarikat insurans bersama-sama dengan MAS, akan menghubungi anggota keluarga bagi membincangkan pampasan tersebut," katanya kepada Bernama.

Pada 29 Januari lepas, Kerajaan Malaysia mengisytiharkan, kehilangan pesawat MH370 sebagai satu kemalangan di bawah peraturan-peraturan penerbangan antarabangsa.

Sebaik sahaja perisytiharan itu, MAS telah memaklumkan kepada semua aggota keluarga terdekat mangsa mengenai pampasan tersebut.

Mereka boleh menghubungi MAS apabila sudah bersedia untuk meneruskan tuntutan pampasan atau jika mereka mempunyai sebarang pertanyaan.

"Bayaran ini bagi membolehkan keluarga yang terlibat menyambung semula kehidupan seperti biasa selepas kehilangan orang yang tersayang. Saya tahu ia adalah masa yang sukar untuk semua orang.

Kami akan membantu dengan cara yang sebaik mungkin, dengan apa yang munasabah dan kami akan buat yang terbaik," kata Ahmad Jauhari.

Menyediakan sokongan kebajikan untuk anggota keluarga terdekat mangsa-mangsa pesawat MH370 telah menjadi fokus utama MAS dan tindakan ini telah diambil sejak hari pertama, kehilangan pesawat itu.

"Kami percaya, kami telah menguruskan keadaan ini dengan sebaik mungkin", katanya.

"Dalam banyak keadaan, kita sebenarnya telah melampaui amalan terbaik industri antarabangsa," katanya, sambil menambah bahawa sokongan kebajikan MAS akan terus disampaikan walaupun selepas ulang tahun MH370 di Kuala Lumpur dan Beijing.

Pada 8 Mac tahun lepas, penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang dari skrin radar semasa terbang di Laut China Selatan kurang daripada satu jam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12:41 tengah malam.

Pesawat Boeing 777-200ER itu dijadual tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi pada hari yang sama.

MAS menyediakan kaunseling dan menubuhkan Pusat Bantuan Keluarga di sini dan Beijing bagi membolehkan syarikat itu berhubung rapat dengan kira-kira 1,000 anggota keluarga terdekat serta untuk menyediakan maklumat kemas kini dua kali sehari melalui e-mel, panggilan telefon dan taklimat setiap hari semasa saat-saat kritikal kehilangan MH370.


Tiada apa yang disembunyikan

Posted: 07 Mar 2015 04:11 AM PST

Kita perlu berhati-hati bagi kenyataan kerana setiap perkataan pun akan disalahtafsir.


azharuddin


KUALA LUMPUR: Menangani persepsi dan teori kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 adalah cabaran terbesar Jabatan Penerbangan Awam (DCA) sejak ia dilapor hilang setahun lepas.

Ketua Pengarah Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, tanggapan masyarakat tempatan dan dunia kononnya agensi penerbangan negara itu menyembunyikan maklumat 'ditelan bulat-bulat' saban hari dan ditempelak dengan fakta dari deretan pakar.

"Bukan penipuan, tiada apa yang disembunyikan. Ramai syaki kita sembunyi sesuatu. Ramai tidak percaya, tapi apa yang kita keluarkan (kenyataan) dan jawab (sidang akhbar) adalah kebenaran yang dikumpul dari pakar penyiasat tempatan dan antarabangsa," katanya, lapor Bernama.

Pesawat Boeing 777 MAS itu membawa 239 orang apabila hilang daripada imbasan radar ketika dalam penerbangan ke Beijing dari Kuala Lumpur pada 8 Mac, 2014.

MAS kehilangan 12 anak kapal serta seorang kakitangan MASkargo.

Pada 29 Jan, kerajaan Malaysia secara rasmi mengisytiharkan insiden itu sebagai kemalangan di bawah peraturan penerbangan antarabangsa dan bahawankesemua 239 orang yang menaiki pesawat dianggap telah terkorban.

Ketika membuat pengumuman itu, kerajaan Malaysia juga menegaskan bahawa usaha mencari pesawat itu tetap menjadi keutamaan.

Jelas Azharuddin, apa sahaja teori dan dakwaan yang membawa kepada petunjukbpencarian telah disiasat pihaknya, pasukan pencari dan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) walaupun ada kalanya ia mengarut dan tidak masuk akal.

"Kita ada pasukan komunikasi yang akan duduk berbincang siang dan malambsetiap hari untuk mengeluarkan kenyataan bagi menjawab persoalan dan pelbagai teori atau petunjuk keberadaan pesawat.

"Kita perlu berhati-hati bagi kenyataan kerana setiap perkataan pun akan disalahtafsir walaupun kita bagi kenyataan yang betul. Kita sentiasa fokus dengan apa yang kita buat dan tidak lari dari tanggungjawab," tambahnya.

Sementara itu, Azharuddin berkata, pastinya banyak yang boleh dipelajari pelbagai pihak termasuk DCA dan syarikat penerbangan dunia tentang apa yang berlaku kepada pesawat malang tersebut.

Katanya, apa yang paling ketara adalah dengan memperkenalkan pengesanan pesawat pengangkutan udara komersial mengikut masa nyata yang standard.

Beliau berkata, ini antara lain bagi memudahkan untuk mengesan mana-mana pesawat secara tepat pada masanya.

Menurutnya, langkah keselamatan ini telah dicadangkan kepada ICAO untuk perhatian lanjut dan badan antarabangsa itu akan mengeluarkan laporan akhir mengenainya pada Ogos nanti.

Lim kutuk edaran buku 'Isa kahwini Mary'

Posted: 07 Mar 2015 04:09 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Pengedaran buku mengenai maklumat salah tentang Nabi Isa bertujuan menimbulkan keresahan di kalangan penduduk di Pulau Pinang, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.

"Kita tidak tahu dari mana buku itu datang atau siapa yang mengedarkannya," katanya selepas menyampaikan wang RM100 kepada warga emas hari ini.

"Buku ini diedarkan oleh pihak-pihak tertentu untuk menimbulkan pergeseran antara penganjut Kristian dengan orang Islam."

Kira-kira 50 naskhah buku berjudul 'Ringkasan Kisah Nyawa Nabi Isa' dalam bahasa Melayu ditemui di muka pintu rumah di tujuh kampung di Balik Pulau.

Buku berkulit hijau itu juga menggunakan kalimah 'Allah', perkataan yang menjadi kontroversi sejak beberapa tahun lalu. Ia juga mendakwa Isa berkahwin dengan pengikutnya Mary Magdalene.

Khamis lalu, ketua Umno Balik Pulau, Shah Headan Ayoob Hussain, berkata orang Islam di situ keliru dengan dakwaan tersebut.

Polis menerima tujuh laporan berhubung tersebut dan ia sedang disiasat bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan, kesalahan menggunakan agama untuk menimbulkan suasana tidak harmoni atau perpecahan.

Lim juga berkata buku dengan maklumat salah itu boleh menimbulkan ketegangan jika pembaca keliru Mary Magdalene dengan Mary (atau Maryam), ibu Isa.

"Penganut Kristian dan orang Islam yang sejati pasti menolak maklumat palsu dalam buku ini yang diedarkan oleh mereka yang ingin menimbulkan kekacauan dalam masyarakat kita," katanya.

Beliau menggesa pihak berkuasa menahan mereka yang berbuat demikian bagi mengekalkan suasana harmoni di negeri itu.


Salah guna dana RM500 ribu, BTN perlu disiasat

Posted: 07 Mar 2015 04:02 AM PST

 
Laporan ini langsung tidak bersifat peribadi, malah ia hanya untuk menyelamat satu agensi kerajaan daripada rosak akibat daripada penyelewengan pengurusan.


nadirakyatbtn


PETALING JAYA: Pertubuhan Nadi Rakyat Malaysia (Nadi) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat penyelewengan yang dibuat pihak pengurusan Biro Tatanegara Negara (BTN) berhubung penggunaan dana RM500 ribu dari akaun ke lima Perdana Menteri.

Presidennya, Mohamad Rafi Awang Kecik mendakwa dana tersebut telah disalurkan kepada Kem Bina Negara Meru sedangkan kem tersebut telah ditukar milik kepada sebuah badan bukan kerajaan (NGO) IM4U dan segala pengurusan bukannya di bawah tanggungjawab pihak BTN lagi.

"Kem BTN Meru diserah kepada NGO IM4U, tetapi urusan penyelenggaraan masih dibuat oleh BTN. Urusan baik pulih menggunakan wang dari akaun lima Perdana Menteri," katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today.

Katanya, pihak BTN juga turut menyalah guna urusan pemilihan kontraktor untuk mengurus kes tersebut sebelum ini iaitu dengan tidak melakukan sebarang tender.

"Sepatutnya apabila projek melebihi RM500 ribu ianya perlu dibuka untuk tender, tetapi perkara tersebut tidak berlaku. Saya tidak tahu macam mana dia pilih," jelasnya.

Sehubungan itu, satu laporan telah dibuat kepada SPRM untuk menyiasat ketelusan pihak BTN mengurusakan dana kewangan Perdana Menteri.

"Laporan ini langsung tidak bersifat peribadi, malah ia hanya untuk menyelamat satu agensi kerajaan daripada rosak akibat daripada penyelewengan pengurusan. Malah saya juga mempunyai bukti yang cukup mengenai salah guna kuasa ini," katanya.

Jelasnya, tindakan yang dibuat pihaknya juga adalah untuk memberi peringatan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya tidak terlalu terpengaruh dengan nasihat dan pandangan orang di sekeliling beliau sebalinknya mendengar pandangan rakyat yang berusaha membantunya.

"Sikap baik Perdana Menteri dipergunakan oleh pegawai-pegawai yang mementingkan diri serta jawatan.

"Kita sedih dan bersimpati dengan nasib malang Najib yang diasak dari pelbagai sudut, bukan sahaja dari pihak pembangkang tetapi oleh agensi dan jabatan beliau sendiri," akhirnya.

Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian tanding PRK DUN Chempaka?

Posted: 07 Mar 2015 03:42 AM PST

 
Seorang lagi disebut-sebut bertanding atas tiket Bebas ialah bekas Timbalan Pendaftar Kolej Islam Sultan Yahya Petra (KIAS), Che Ibrahim Mohamed yang juga ahli PasMa.


kelantan pas umno


PETALING JAYA: Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Gua Musang yang juga aktivis pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Kelantan menawarkan diri untuk bertanding atas tiket bebas pada pilihan raya DUN Chempaka pada 22 Mac ini.

Sharif Mahmud, 59, dari Kampung Bunut Payong, Kota Bharu, mengesahkan telah membeli borang daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) minggu lalu dan akan menyerahkannya pada hari penamaan calon Selasa ini.

Beliau bagaimanapun, enggan mengulas lanjut, sebaliknya memberitahu khabar angin yang tersebar meluas di laman sosial yang mengatakan beliau antara salah seorang calon bebas adalah benar.

"Setakat ini begitulah," katanya ringkas.

Sharif adalah bekas Pegawai Perhubungan Awam Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) dan bersara wajib tahun 2010.

Dalam UMNO Bahagian Gua Musang tahun 1990-an, beliau pernah memegang jawatan sebagai Naib Ketua Pemuda, Ketua Pemuda Bahagian dan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian.

Pilihan Raya Kecil DUN Chempaka diadakan berikutan kematian penyandangnya yang juga bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 12 Februari lalu kerana kanser prostat.

Minggu lepas, Yang Dipertua Kelab Bumi Rahmat Kelantan (KBRK), Fadzillah Hussin, 55, antara calon wanita tunggal mengumumkan bertanding atas tiket Bebas menggunakan lambang gajah.

MalaysiaGazette melaporkan, pilihan raya kecil DUN Chempaka kali ini menyaksikan pertandingan empat penjuru antara PAS sebagai penyandang kerusi itu dan tiga calon Bebas.

Seorang lagi calon yang disebut-sebut bertanding atas tiket Bebas ialah bekas Timbalan Pendaftar Kolej Islam Sultan Yahya Petra (KIAS), Che Ibrahim Mohamed, 53.

Beliau adalah ahli PAS yang dipecat dari jawatan itu oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah KIAS, Datuk Mohd Amar Abdullah pada 1 Februari tahun lalu.

Difahamkan, Che Ibrahim adalah ahli Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) dan dikatakan mendapat sokongan kuat daripada pemimpin NGO dalam PAS itu.

PAS Kelantan setakat ini belum mengumumkan calonnya, tetapi mengambil sikap tunggu dan lihat sehingga tengah malam Isnin ini.

10,000 berarak ke KLCC tuntut pembebasan Anwar

Posted: 07 Mar 2015 03:31 AM PST

MALAYSIAKINI



Malaysiakini membawa kepada anda laporan secara langsung mengenai perhimpunan Kita Lawan di ibunegara.
LAPORAN LANGSUNG

[VIDEO[FOTO]

6.59pm: Kira-kira 500 peserta masih berada di sini, lepak-lepak di pintu masuk KLCC.

6.40pm: Sementara itu, salah seorang ahli jawatankuasa Kita Lawan Mandeep beritahu Malaysiakini bahawa Kita Lawan memang tidak bercadang untuk bermalam di KLCC.

"kita memang tidak bercadang bermalam di KLCC dari awal.

"Tapi terpulang kepada peserta, kalau mereka nak, mereka boleh bermalam di sini," kata mandeep

ADUN Semambu, Lee Chean Chung juga bersetuju dengan Mandeep bahawa Kita Lawan memang tidak ada rancangan itu.

"Mungkin kita akan buat kempen bermalam pada himpunan lain," kata Lee.


6.10pm: KLCC - MP PKR Ampang Zuraida Kamaruddin adalah yang terakhir memberikan ucapan, dan pihak penganjur berkata perhimpunan hari ini berjaya.

Turut berucap ialah MP PKR Subang, R Sivarasa Tian Chua dan Hatta Ramli.

Sementara itu, orang ramai masih berlegar di situ, tetapi ada yang telah mula bersurai.
Terdapat pelbagai reaksi berhubung cadangan protes itu diteruskan hingga semalaman di KLCC.

Sesetengahnya memberitahu Malaysiakini mereka tidak akan tinggal di situ kerana ada urusan lain.
Yang lainnya yang lebih positif, berkata mereka akan berada di situ selagi larat untuk berbuat demikian.
Pengarah Komunikasi Pemuda PKR, Johan Ariff berkata ia bergantung kepada momentum perhimpunan tersebut.
"Jika momentum yang baik seperti sekarang, maka mungkin kita akan teruskan semalaman, tetapi di mana saya tidak tahu lagi," katanya kepada Malaysiakini.

6.07pm: Ketua Jingga 13 Fariz Musa mengumumkan perhimpunan tamat dan mana-mana yang mahu tinggal di KLCC supaya membawa membawa lilin untuk mengadakan nyalaan lilin di KLCC.

6pm: Aktivis mahasiswa Adam Adli Membaca sumpah pemuda. 
5.50pm: Seorang anggota DAP (Hew Kuan Yew - Superman) mencadangkan kepada penganjur supaya perserta berkampung di KLCC selama sehari.
"Boleh tak?" Sambil diiringi laung "boleh"
"Tapi terpulang kepada kamu semua," katanya lagi.
Sementara itu, Dr Hatta berseloroh dengan mengatakan bahawa beliau difahamkan Najib akan menghantar tilam ke KLCC.
"Siapa nak tinggal, silakan. Saya ada kenduri pada akhir bulan ini," katanya yang mengundang ketawa peserta.

5.36pm: Pintu KLCC. Kumpulan penghibur demonstrasi, D'BangsART kini menghiburkan pengunjung dengan nyanyian lagu-lagu politik.
Dengan paluan gendang, sebahagian peserta himpunan mengangkat-angkat tangan ke udara mengikut rentak lagu.


Walaupun hujan renyai-renyai, peserta dihiburkan dengan menyanyikan beberapa lagu termasuk lagu mendesak Najib berundur dengan rentaknya mengikut lagu "luaskan kuasamu", lagu rasmi pasukan bola sepak JDT.
"Oh Najib, oh penipu, kami mahu kamu undur, Kami datang, kami lawan, bersama rakyat malaysia. 
"Lawan, lawan, kita lawan sampai menang, kami lawan bersama rakyat Malaysia," nyanyi peserta beramai-ramai.

5.35pm: KLCC - Nik Nazmi mengumumkan jumlah peserta hari ini dianggar seramai 10.000 dengan memetik Malaysiakini.
"Bagi saya jumlah itu dianggap konservatif. Ada ramai lagi yang turut serta," katanya.
Katanya lagi, himpunan ini berjaya dan yakin gambar-gambar perhimpunan ini akan ditayangkan dalam perhimpunan hari ini.

"Perjuangan ini tidak mudah, kita perlu berusaha lebih dan kita tidak akan mengalah," katanya sambil mengucapakan terima kasih kepada pihak polis.

5.30pm: KLCC - Ada lagi letupan kedengaran, tetapi orang ramai kelihata tenang
Seorang peserta, Nicholas Law, 27, memberitahu Malaysiakini yang dia percaya ia mungkin satu cubaan untuk menakut-nakutkan orang ramai.
"Mereka mungkin cuba hendak menakut-nakutkan kami, tetapi setakat ini tidak ada yang panik," katanya.
Beliau juga menyangkal dakwaan ada percubaan untuk melaga-lagakan antara rakan Pakatan menjelang perhimpunan tersebut.
"Semua orang ada di sini, jadi ia bukan satu isu," katanya.

Unit pasukan petugas khas DAP telah membantu memudahkan pergerakan orang ramai, supaya mreka tidak menyekat laluan lalulintas.
Sementara PAS Unit Amal pula ditugaskan untuk memastikan keselamatan keseluruhan perhimpunan ini.
5.25pm: KLCC-  Ketua Pemuda DAP Teoh Kok Seong berkata perhimpunan hari ini dianggap berjaya kerana berlangsung dengan jayanya dan berlangsung dengan aman.
"Kita tunjuk solidariti hantar mesej rakyat bahawa kita muak dengan Najib dan mahu Najib undur.
"Himpunan ini berjaya, himpunan aman, untuk rakyat Malaysia dan bukan seseorang (tertentu) atau parti politik," katanya sambil mengucapkan terima kasih kepda semua peserta.

5.20pm: KLCC - Kumpulan anak muda dari UBU menghibur peserta dengan menyanyikan lagi "Ole-ole, Malaysiaku" sambil diringi paluan drum. Sebahagaian mereka turut menari mengikut aluan paluan drum.

5.10pm: Naib Presiden PKR yang juga anak sulung Anwar - Nurul Izzah - berkata beliau begitu terharu dengan sokongan mereka yang hadir hari ini.
Katanya, beliau amat berbangga menjadi rakyat Malaysia dan bila melihat begitu ramai yang menyertai perhimpunan hari ini.
Perhimpunan ini, tegasnya,  bukan hanya mengenai Anwar tetapi rasa tidak puas hati rakyat dengan rejim Najib dan bagaimana ia memberi kesan kepada mereka. 
Banyak isu seperti GST dan 1MDB yang telah mendorong rakyat turun ke jalanan, katanya kepada Malaysiakini.

5.09pm: Jalan Ampang - Bunyi letupan mengejut orang ramai, yang kemudiannya menyedari bahawa ia adalah bunyi mercun.

5,02pm: Jalan Ampang. Kira-kira 2km berjalan dari Sogo ke Jalan Ampang, peserta tidak menujukkan tanda penat dan terus bergerak ke KLCC.
Mereka dengan bersemangat dan berulang kali melaung rakyat bangkit, tolak BN, jatuh Rosmah, bebas Anwar.

5pm: Ribuan bermandikan hujan sambil menyanyi dan memukul gendang ketika berarak ke KLCC.

Teriakan "Reformasi" dan "undur Najib" berkumandang ke udara.

Seorang peserta kelihatan membawa sebuah patung yang seolah-olah menyerupai Perdana Menteri Najib Abdul Razak. Orang ramai diketuai oleh sekumpulan yang membawa poster besar sepanjang dua lorong jalan.

4.53pm: Peserta sampai ke persimpangan Jalan Sultan Ismail-Jalan Ampang dekat hotel Renaissance. Sekarang mereka membelok ke Jalan Ampang menuju ke KLCC kira-kira 1 km dari persimpangan itu.

Jalan Ampang dari arah bertentangan masih dibuka kepada lalulintas dan pemimpin mengarahkan perserta tidak menggangu lalulintas.

Polis trafik terpaksa melencongkan kenderaan dari Jalan Ampang menghala ke Bukit Bintang.


4.43pm:  Jalan Sultan Ismail. Walau hujan perserta tidak berganjak sebaliknya melaungkan 'kita lawan', 'kita tak berganjak'. Kenderaan yang melalui arah bertentangan bergerak perlahan apabila ada peserta turut melalui jalan itu menuju ke KLCC.

4.33pm: Peserta mula melalui Jalan Sultan Ismail menuju ke KLCC. Pengguna lalulintas yang melalui Jalan yang bertentangan membunyikan hon. Laungan bebas Anwar dan undur Umno.

4.30pm: Sogo: "Hidup Mahathir, Hidup Anwar"

Sekelompok peserta yang mengelar diri datang dari "kelab akar umbi PKR" muncul di Sogo dengan kain rentang Tun Dr Mahathir Mohamad.


Kumpulan itu meluang "Hidup Mahathir, Hidup Anwar".

Apabila ditanya, salah seorang ahli PKR bernama Jaz berkata, mereka mahu PKR bekerjasama dengan Mahathir kerana hanya Mahathir boleh membebaskan Anwar.

"Kamu rasa Mahathir tu anak kecil ke? Dia boleh buat perkara besar.

"Sekarang PKR tiada lagi orang yang berani selepas Anwar masuk penjara. Azmin pun senyap saja.

"Maka, Mahathir ialah harapan kita!" kata Jaz.

Pada masa yang sama, terdapat ahli PKR yang tidak senang dengan tindakan kumpulan ini dan mereka melaungkan "undur Mahathir".



Pihak yang tidak senang itu minta kelompok itu menunjukkan kad PKR untuk mengesahkan identiti mereka.

Jaz pun tunjukkan kad ahli PKRnya dan kedua-dua pihak hampir bertelagah.

Kelompok yang menyokong Mahathir itu meninggal tempat himpunan selepas 30 minit.


423pm: Sogo - Peserta bergerak ke KLCC mengikut lawan arus melalui jalan TAR diiringi paluan gendang, laungan bebas Anwar dan bebas kehakiman.

Dianggar 10,000 peserta bergerak ke KLCC.

4.16pm: Ahli MPP PKR, Fariz Musa umum peserta bergerak ke KLCC sekarang.


4.13pm: Dr Hatta Ramli bersama-sama Nurul Nuha dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di atas trak Hilux untuk menyampaikan ucapan.
Ribuan peserta berada di hadapan Sogo untuk mendengar ucapan pemimpin. 
Cuaca mendung, dan hujan mula rintik-rintik tapi peserta tidak berganjak. 
Sementara itu Wan Azizah mengucapkan penghargaan terhadap peserta yang menunjukkan solidariti untuk pembebasan Anwar.

4pm: Sogo "Kita lawan, we will never surrender" bergema di Sogo apabila Datuk S Ambiga menyampaikan ucapan.
"Saya hadir ke sini untuk menuntut kebebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kita bersolidariti tuntut hak demokrasi. Marilah kita bersama -sma juang, kita fight untuk anwar ibrahim. 
"I will never surrender, we will never surrender. Kita lawan," kata Ambiga sambil diiirngi peserta.
Turut berucap ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Suhaizan Kaiat.

3.55pm: - Sogo - Dr Hatta dan para pimpinan dari PAS HQ sampai di persimpang empat berdepan Sogo. Mereka bersama dengan peserta lain yang sedia menunggu sebelum ini. Laungan "Undur Rosmah" berulang-ulang kali bergema di Sogo. 
Jalan di antara Sogo dan Kompleks Pertama tersekat oleh peserta. Manakala kenderaan lain perlu melencong ke Jalan Dang Wangi atau melalaui jalan TAR yang masih boleh dilalui kenderaan.


3.50pm: Antara pemimpin Pakatan yang kelihatan di Masjid Jamek ialah Anthony Loke, Liew Chin Tong, Tan Kok Seong dan William Leong
ADUN PAS dari Hulu Kelang Saari Sungib juga kelihatann.
Semasa berucap, Anthony Loke berkata Pakatan akan memastikan Anwar terus menjadi ketua pembangkang.
"Jiwa dan semangat Anwar tidak akan dipenjarakan.
"Kita akan menyampaikan suara Anwar di sidang di Parlimen.
"kita akan memastikam Anwar terus menjadi ketua Pakatan Rakyat untuk menjatuhkan BN," kata Loke yang sebelum ini dilaporkan tidak dapat hadir ke perhimpunan hari ini.

Saari Sungib semasa berucap berkata ini bukan himpunan PKR tetapi himpunan rakyat negara.
"Lawan tetap lawan, kita akan terus berjuang dan melangkah ke Putrajaya," laung Saari.

345pm: PAS - Peserta dari KQ PAS kini memasuki Jalan TAR selepas melepasi Jalan Sultan Ismail. Mereka melaung Hidup Rakyat dan Undur Rosmah. Lalulintas berjalan seperti biasa dengan dikawal oleh polis trafik.

340pm: PAS HQ - kira-kira 300 peserta diketuai Dr Hatta Rami memimpin peserta mula bergerak ke Sogo.

Mereka melaungkan bebas Anwar dan undur Najib, undur Rosmah berulang kali.


Peserta turut membawa kain rentang "Kita Lawan" dan melaungkan reformasi dan bertakbir serta sempat juga melambai kepada peancong yang merakamkan perarakan mereka.

Mereka bergerak di Jalan Raja Laut dengan melawan arus sambil dikawal oleh Unit Amal.


3.30pm PAS HQ- Hujan rintik-rintik mulai turun dan guruh berdentum di langit.

3.25pm - PAS HQ - Sementara itu AJK PAS Pusat Khalid Samad berkata peserta hari ini secara aman pergi Sogo menyatakan sokongan kepada Anwar yang dianggap tahanan politik.

"Apa yang dilakukan adalah fitnah untuk pecahkan dan lemahkan pakatan.

"Kita tak terima, kita kena menentang kezaliman dibuat oleh pemerintah. Rakyat Malaysia adalah rakyat yang berdaulat dan tak sokong kezaliman.

"Kita hadir untuk menunjukkan bantahan kita, yang dilakukan oleh Umno/BN.

"Kita kena berani, apa yang kita lakukan untuk menjadi negara adil dan makmur," katanya dan diiringi takbir.

3.18pm: PAS HQ - Sementara itu Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Mohd Sany Hamzan berkata perhimpunan hari ini adalah acara kemuncak untuk mendesak Anwar dibebaskan.

3.17pm: Sogo - Jumlah hadirin terus bertambah. Manakala lima 
anggota polis kelihatan menyeberangi dari pusat membeli-belah itu, sambil bercakap melalui alat radio komunikasi mereka.

Ahli Parlimen DAP Segambut Lim Lip Eng juga klihatan, dan memberitahu Malaysiakini bahawa kumpulan orang ramai akan datang dari Masjid Jamek.

3.15pm: MP Batu Tian Chua memberi ucapan ringkas kepada kira-kira 100 peserta #Kita Lawan di HQ PAS.

Dalam ucapannya, Tian berkata perhimpunan hari ini adalah hari bersejarah kepada rakyat Malaysia, kerana sempena menyambut ulangtahun Pakatan Rakyat menafikan dua pertiga BN, esok (8 Mac).

Katanya lagi, perhimpunan hari ini adalah perhimpunan untuk membangkit semula kebangkitan rakyat yang ditunjukkan pada 2008.

"Rakyat mula sedar hak yang diperuntukkan untuk berhimpun secara damai.

"Kita juga bangga memegang rekod tak merosak harta awam, tak pernah buat kacau bilau dan berhimpun dengan tujuan murni, tunjuk keberanian rakyat tak sanggup kezaliman berterusan," katanya.

"Kita tak sanggp beban anak cucu kelak dengan sistem politik yang korup dan kita tak ada cara lain, perlukerja kuat untuk jatuh BN," katanya.

Beliau turut memberi penjelasan supaya peserta mengikut arahan daripada Unit Amal yang bertugas dan jangan terpengaruh dengan agen provokasi.

Beliau turut mengumumkan perhimpunan ini dipantau oleh Suhakam dan Bar Council.

Ketua Penerangan PKR Syed Ibrahim Syed Noh juga hadir.

3.12pm: Ahli Parlimen Lembah Pantai yang juga Naib Presiden PKR 
Nurul Izzah menerima notis untuk hadir disoal siasat oleh polis Dang Wangi berhubung perhimpunan Kita Lawan di Sogo pada 14 Februari.

Menurut Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran, polis telah mengesahkan kepada pihak peguam bahawa siasatan dibuat di bawah seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman.

Walaupun, katanya, seksyen tersebut telah diisytiharkan tidak sah oleh Mahkamah Rayuan dalam kes exco Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad.



3.10pm: Sogo - Jumlah mereka yang berhimpun meningkat kepada 400 orang, dan turut kelihatan ialah Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen.

Hadirin kelihatan mengibarkan bendera PKR. Tidak kelihatan bendera PAS atau DAP.

"(Bilangan penyokong) DAP nampak ok, penyokong penyokong PAS akan datang dari ibu pejabat mereka," kata Wong kepada Malaysiakini.

Sementara itu seorang penjual air, dengan penuh semangat meniru slogan 'Lawan Tetap Lawan' dengan menjerit, "Minum tetap Minum tabungan," untuk menarik pelanggan.

3.01pm: Pasar Seni: Kira-kira 300 orang yang rata-rata berbaju T hitam sudah mula berhimpun di hadapan kompleks Pasar Seni.

Di antara personaliti yang kelihatan adalah Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah, peguam hak asasi Eric Paulsen dan Ketua AMK Perak, Zafril Eusoff.

Sementara di dalam Pasar Seni pula, urusniaga berjalan seperti biasa kerana tiada kedai yang ditutup dan pengunjung kelihatan tenang melakukan tinjauan ke atas barangan dan kedai-kedai.

3pm: Masjid Jamek - ADUN PKR Semambu Lee Chean Chung berucap di hadapan lebih 300 orang  di stesen LRT Masjid Jamek dari bahagian atas sebuah trak.

Beliau menyeru orang ramai untuk mula perarakan ke Sogo pada pukul 3.30 petang.

2:45pm: Sogo - Kini lterdapat sekitar 300 orang berkumpul di luar Sogo. Sukar untuk membezakan berapa ramai peserta dengan pengunjung di situ.
Hanya kira-kira 50 orang yang dilihat memakai kemeja-T Kita Lawan atau Reformasi.

Berkemundang laungan "Reformasi" dan "Hancur Najib".

2:30: Masjid Jamek - Lebih 10 orang ahli jawatankuasa anti-cyanide Rabu berada di Masjid Jamek untuk menunjukkan sokongan mereka.

Orang ramai berkumpul di pusat bandar Kuala Lumpur hari ini untuk menyertai bantahan utama yang pertama bagi tahun 2015, yang diisytiharkan oleh polis sebagai haram.

Protes Kita Lawan di Sogo itu menuntut pembebasan ketua pembangkang yang dipenjara, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Bagaimanapun, ia tidak jelas sehingga mana sokongan dari gabungan Pakatan Rakyat terhadap perhimpunan tersebut.

PAS tidak mengeluarkan arahan kepada ahli-ahlinya untuk menyokongnya, manakala Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah menasihatkan wakil rakyat, kebanyakannya dari DAP bahawa mereka mempunyai tugas di negeri itu untuk dilaksanakan hari ini dan perlu menumpukan perhatian kepadanya.

Protes itu dijangka bermula jam 3 petang, dengan para peserta berarak dari Pasar Seni, Masjid Jamek dan ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut, menuju ke Sogo, dan perhimpunan ia mungkin berlanjutan hingga tengah malam.

Perhimpunan Kita Lawan sebelum ini, menyaksikan penangkapan aktivis Adam Adli Abdul Halim, ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Fariz Musa, dan Ketua Angkatan Muda Keadilan Nik Nazmi Nik Ahmad.  

Tidak percaya Mohd Faris terlibat IS

Posted: 07 Mar 2015 03:27 AM PST


Tidak percaya Mohd Faris terlibat IS  
Ibu dan bapa Mohd Faris tiada di rumah dipercayai keluar menziarahi ahli keluarga yang sakit sejak dua hari lalu.


GURUN - Jiran individu yang disyaki menyertai kumpulan militan IS, Mohd Faris Anuar, 20, di Kampung Jelatang, Gurun di sini, tidak percaya lelaki itu terlibat dengan kegiatan terbabit.

Seorang jiran yang enggan dikenali berkata, dia tidak mengetahui langsung tentang tindakan anak ketiga daripada enam beradik itu menyertai IS dan terkejut apabila rumah keluarga itu kini menjadi tumpuan orang tidak dikenali termasuk media setiap hari.

"Saya tahu serba sedikit bahawa dia merupakan seorang anak yang baik apabila dilihat rajin sembahyang dan tidak suka menghabiskan masa dengan tidak berfaedah.

"Ia jelas bertentangan dengan dakwaan sesetengah pihak mengatakan remaja itu menyertai kumpulan militan sedangkan secara umum mengetahui dia seorang yang tidak gemar melepak, hanya menghabiskan masa di rumah siang dan malam," kata lelaki berusia 40-an itu kepada Sinar Harian.

Menjelaskan perwatakan Mohd Faris, katanya, remaja itu seorang yang taat kepada ibu bapa, pendiam dan dilihat sering mengikuti bapanya ke masjid.

"Kali terakhir saya melihat Mohd Faris ialah pada tahun lalu dan selepas itu tidak lagi melihat kelibatnya kerana mengetahui dia memberitahu keluarga berada di Pulau Pinang untuk bekerja di sana," katanya.

Menurut lelaki itu, Mohd Faris seperti anak kampung biasa sering berpakaian kemeja-T dan seluar jean apabila keluar rumah dan tidak menunjukkan tanda-tanda seperti cenderung kepada militan.

Katanya, ahli keluarga Mohd Faris juga sudah dua hari tiada di rumah kerana dipercayai menziarahi saudara yang sakit.

Sementara itu, penduduk Kampung Jelatang, Gurun, Kedah yang mahu dikenali sebagai Mohamad, 50-an berkata, ahli keluarga Mohd Faris jarang bersembang apatah lagi menghabiskan masa dengan orang tidak dikenali.

"Sebagai penduduk di sini, saya tahu mereka tinggal di sini tetapi tidak rapat macam orang lain. Mereka jarang bersembang dan kurang dikenali," katanya.

Seorang lagi penduduk, yang hanya mahu dikenali Azman, 49, berkata, walaupun hanya kira-kira 40 rumah dalam kampung itu, namun tidak semua penduduk mengenali antara satu sama lain.

Menurutnya, dia tidak tahu mengenai pembabitan anak muda kampung terbabit dalam kumpulan militan IS sehinggalah didedahkan melalui media baru-baru ini.

"Kita memang tidak mengenali secara langsung dengan keluarga terbabit terutama individu yang dikaitkan kerana mereka tidak rapat dengan penduduk kampung.

"Berita tentang penglibatan rakyat Malaysia menyertai IS juga hanya diketahui melalui suratkhabar dan televisyen bahawa ada remaja berasal dari Kampung Jelatang, Gurun, berada di sana," katanya.

Sebelum ini, negara digemparkan dengan kenyataan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay yang menyatakan Mohd Faris antara individu dikenal pasti terlibat dalam video berdurasi 30 saat berhubung kekejaman IS.

Video terbabit memaparkan tentang penyembelihan rakyat Syria yang dipercayai dirakam rakyat negara ini.

Turut dikenal pasti berada dalam video berkenaan, Muhammad Wanndy Mohamad Jedi, 25, berasal dari Durian Tunggal, Melaka.


MAS tambah baik sistem komunikasi

Posted: 06 Mar 2015 11:13 PM PST

SINAR HARIAN

Ahmad Jauhari Yahya Ahmad Jauhari Yahya. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
 
 
 
MALAYSIA Airlines (MAS) menghantar data penerbangan pesawatnya kepada pusat kawalan melalui Sistem Komunikasi dan Laporan Pesawat (ACARS), lima minit lebih kerap daripada tempoh baharu yang tetapkan mengikut standard baharu antarabangsa.   

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata langkah itu diambil bagi membolehkan syarikat berkenaan mengesan  kedudukan pesawatnya dengan lebih kerap.   

Katanya berikutan kehilangan MH370 pada 8 Mac tahun lepas, Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) menetapkan setiap pesawat perlu menghantar data penerbangannya kepada pusat kawalan pada kekerapan setiap 15 minit.   

"MAS menetapkan sesetengah pesawatnya perlu menghantar data penerbangan masing-masing pada kekerapan setiap 10 minit," kata beliau dalam temu bual dengan Bernama bersempena ulang tahun pertama kehilangan MH370 yang masih diselubungi misteri.   

Beliau berkata ACARS adalah sistem komunikasi pesawat yang memancarkan data penerbangan, termasuk kelajuan, halaju, arah tuju dan lokasinya kepada sistem kawalan syarikat penerbangan melalui satelit.   

"Pengajaran paling utama yang kami peroleh ialah kami perlu mengetahui lokasi dan kedudukan pesawat kami dengan lebih baik. Saya rasa, kami sudah melakukan perkara ini," kata beliau.‎ 

Ahmad Jauhari berkata kekerapan setiap 10 minit itu terpakai bagi semua pesawat Airbus MAS yang menggunakan kod A380 dan A330 serta pesawat Boeing 738 kepunyaannya.   

Sementara itu, bagi semua pesawat Boeing 777 MAS, kekerapan bagi penghantaran data penerbangan ialah setiap 15 minit, katanya.   

Mengenai program latihan untuk juruterbang MAS, Ahmad Jauhari berkata pada masa ini, tiada keperluan bagi syarikat penerbangan itu untuk melakukan semakan semula memandangkan program sedia ada sudah cukup ketat dan komprehentif.    

MH370, yang membawa 12 anak kapal dan 227 penumpang, hilang daripada skrin radar ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam selepas meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 8 Mac. Ia dijadualkan tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.  

Pada 29 Januari lalu, Kerajaan Malaysia mengisytiharkan kehilangan pesawat itu sebagai suatu kemalangan mengikut peraturan penerbangan antarabangsa dan  kesemua 239 penumpang serta anak kapalnya dianggap meninggal dunia.

Usaha mencari pesaswat itu masih diteruskan di kawasan terpencil di Lautan Hindi, kira-kira 2,500km dari pantai Perth, Australia. - Bernama


Lacur diri untuk langsai pinjaman

Posted: 06 Mar 2015 11:11 PM PST

SINAR  HARIAN

Kes jenayah  
Kes jenayah



KUALA LUMPUR - Peminjam wang tidak berlesen ataupun Along sanggup melakukan apa sahaja termasuk menjadikan mangsa sebagai pelacur untuk mendapatkan balik wang mereka.
  
Mangsa yang tidak mempunyai wang untuk membayar balik pinjaman diminta melakukan khidmat seks di rumah pelacuran sebagai gantian untuk membayar balik hutang mereka.
 
Yang Dipertua Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKP) Samsudin Mohamad Fauzi berkata sepanjang tahun lepas, PKP menerima tiga aduan berbeza daripada wanita berumur awal 30 tahun, yang ditawarkan kaedah pembayaran tersebut.
  
"Mangsa yang ketakutan tanpa berfikir panjang bersetuju menjual kehormatan mereka sebagai tukaran untuk membayar hutang kepada Along.
  
"Mereka memberitahu PKP menerima panggilan daripada sebuah rumah pelacuran tidak sampai 15 minit selepas bersetuju dengan tawaran Along," katanya kepada Bernama hari ini.
 ‎
Samsudin berkata bagaimanapun mangsa terselamat apabila PKP membantu mereka membuat aduan kepada polis pada hari yang sama.
  
"Kami segera membawa mangsa membuat laporan polis bagi mendapat perlindungan daripada ancaman Along," katanya.
  
Beliau berkata PKP berharap mangsa tidak mengikut bulat-bulat permintaan daripada Along.
 
 "Along juga manusia biasa dan negara kita mempunyai undang-undang jadi orang ramai tidak perlu rasa takut dengan mereka.
  
"Saya nasihatkan kepada orang ramai yang berhajat untuk melakukan pinjaman dengan Along sama ada mengguna nama sendiri atau nama isteri agar mencari kaedah lain bagi menyelesaikan masalah kewangan mereka.
 
 "Fikir dua kali sebelum membuat pinjaman dengan Along kerana ia boleh diibaratkan sebagai 'keluar dari mulut singa dan masuk ke mulut naga'," katanya. - Bernama

Liwat II: Harapan pengampunan Anwar tipis

Posted: 06 Mar 2015 11:06 PM PST


Salahuddin Ayub Salahuddin Ayub



SHAH ALAM - Peluang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong mungkin tipis apabila seorang pemimpin tertinggi Umno menganggotai Lembaga Pengampunan.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, harapan keluarga Anwar bakal berkecai apabila mendapati salah seorang anggota lembaga tersebut adalah Menteri Wilayah Persekutuan iaitu Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Ku Nan).

"Itulah harapan terakhir (petisyen pengampunan) keluarga beliau (Anwar), tapi bila tengok dalam lembaga (pengampunan) itu ada Ku Nan, apalah lagi ada harapan bagi mereka.

"Dalam soal kehakiman, keadilan, mahkamah, kita tiada pilihan, itulah hakimnya, itulah mahkamahnya, kalau ada mahkamah dan hakim swasta, kita lama sudah boleh mendapatkan bayaran, tak apalah asalkan kita dapat keadilan untuk diri kita dan masa depan kita," katanya pada Ceramah Perdana anjuran Pas Shah Alam, di sini, semalam.

Menurut Perkara 42 (5) Perlembagaan Persekutuan, Lembaga Pengampunan yang ditubuhkan bagi setiap Negeri hendaklah terdiri daripada Peguam Negara, Ketua Menteri Negeri itu dan tidak lebih daripada tiga orang anggota lain hendaklah dilantik oleh Raja atau Yang di-Pertua Negeri.

Mereka yang menganggotai Lembaga Pengampunan itu adalah Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dan tiga lain yang dilantik Agong atas syor perdana menteri.

Lembaga Pengampunan di bawah fasal ini kecuali bahawa sebutan mengenai 'Raja atau Yang di-Pertua Negeri' hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Yang di-Pertuan Agong dan sebutan mengenai 'Ketua Menteri Negeri itu' hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai menteri yang bertanggungjawab bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.


Masa depan PR terletak dalam Muktamar Pas

Posted: 06 Mar 2015 11:04 PM PST


Hannah Yeoh Tseow Suan Hannah Yeoh Tseow Suan
 
 
 
SHAH ALAM - Masa depan PR bakal ditentukan oleh ahli Pas yang akan membuat pemilihan pucuk pimpinan bagi penggal baharu dalam muktamar parti itu menjelang Jun ini.

Pengerusi Wanita DAP Selangor, Hannah Yeoh berkata, beliau meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada ahli Pas untuk membuat keputusan yang betul agar perjuangan dalam PR dalam diteruskan.

"Ujian kita sekarang adalah untuk melihat pimpinan kedua di kalangan PR dan kita mesti menunjukkan kepada rakyat bahawa kita memang mempunyai persahabatan dan perjuangan yang benar, bukan sahaja di peringkat pimpinan tertinggi sahaja, tetapi kepimpinan di peringkat kedua, kita masih boleh berjuang bersama.

"Saya berani berkata bahawa masa depan PR terletak di dalam tangan Muktamar Pas yang akan berjalan nanti. Saya percaya kawan-kawan dari Pas akan membuat keputusan yang betul untuk terus memperjuangkan PR," katanya pada Ceramah Perdana anjuran Pas Shah Alam, di sini, semalam.

Beliau berkata, setiap parti komponen dalam PR memerlukan antara satu sama lain untuk membentuk sesebuah kerajaan dan tanpa salah satunya kerajaan PR sedia boleh tumbang.

"Jangan kita bersikap angkuh memikirkan kalau tiada Pas kita boleh akan terus jadi kerajaan, kalau tiada DAP kita akan terus jadi kerajaan, itu tidak boleh, kita memerlukan satu sama lain," katanya lagi.

Pemilihan Jawatankuasa Pas Pusat akan diadakan setiap dua tahun dan bagi pemilihan jawatan peringkat pusat kali ini akan diadakan pada Muktamar Tahunan Pas ke-61 yang dijangka pada 1 Jun ini.

Semua Pas bahagian diberi masa mengadakan mesyuarat agung tahunan bermula 1 Mac sehingga 21 April ini dan seterusnya membuat pencalonan bagi 27 jawatan peringkat pusat kepada Jawatankuasa Pemilihan Pas Pusat bagi sesi 2015/2017.

Antara jawatan tertinggi parti itu yang menjadi perhatian umum ialah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bakal dicabar susulan dakwaan wujudnya gerakan dalaman untuk menjatuhkan beliau.



Isteri bersyukur Zakia telah dibebaskan

Posted: 06 Mar 2015 10:57 PM PST

MALAYSIAKINI

 
 
 
Sharifah Erna Berson, isteri anggota pasukan Polis Marin Lans Koperal Zakia Aleip, yang dibebaskan penculik hari ini, bersyukur dengan berita pembebasan itu. 
 
Ketika dihubungi Bernama di rumahnya di Tamparuli, Sharifah Erna, 23, berkata dia dimaklumkan tentang pembebasan suaminya itu oleh polis menerusi telefon.
 
"Saya hanya dimaklumkan berkenaan pembebasan suami saya dan tidak mengetahui di mana dia berada ketika ini," katanya yang menzahirkan rasa syukur sambil menitiskan air mata dan tidak sabar-sabar menunggu kepulangan suaminya.
 
Menurutnya, pembebasan suaminya itu pasti menggembirakan anak lelaki mereka, Mohd Hisham Izzudin, yang genap usia setahun pada 5 Mac.
 
Pada 12 Julai tahun lepas, Zakia, 26, diculik sekumpulan lapan lelaki bersenjata dalam kejadian di sebuah resort di Pulau Mabul, Semporna.
 
Zakia menjadi mangsa culik keempat selepas insiden penculikan di Singamata Adventures Reef and Resort di Semporna, Pulau Baik, Lahad Datu dan di Kampung Sapang, barat Pulau Timbun Mata, Kunak.
 
 
 

Zakia dibebas selepas ditahan militan

Posted: 06 Mar 2015 10:56 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Anggota pasukan Polis Marin Lans Koperal Zakia Aleip, yang diculik sekumpulan lapan lelaki bersenjata ketika melakukan rondaan di sebuah resort di Pulau Mabul, Semporna pada 12 Julai lepas, dibebaskan hari ini, demikian diumumkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Pengumuman itu dibuat dalam sidang akhbar di Sandakan yang turut dihadiri Zakia, yang baru tiba di Sandakan pagi ini dari Selatan Filipina, dengan menaiki bot.

"Kita bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan usaha berterusan kerajaan melalui perundingan, berkat doa semua pihak dan kesabaran serta ketabahan ahli-ahli keluarga, maka usaha membebaskan beliau telah berhasil.

"Saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pasukan keselamatan kita yang telah berusaha sedaya upaya sehingga memastikan pembebasan Zakiah," katanya.

Musa berkata beliau telahpun menghubungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memaklumkan perkembangan itu.

Musa berkata Najib merakamkan rasa gembira dengan berita pembebasan ini dan mengucapkan terima kasih kepada pasukan keselamatan yang berusaha sedaya upaya untuk membebaskan Zakia.

Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerja Keselamatan negeri dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), beliau menyeru anggota keselamatan agar sentiasa bersiap siaga dalam apa jua keadaan.

Tegasnya ini bagi memastikan agar keselamatan dan keamanan Sabah dan rakyat sentiasa terpelihara daripada sebarang ancaman keselamatan khususnya di kawasan perairan negara.

Dalam kejadian pukul 11.10 malam itu, Koperal Ab. Rajah Jamuan, 32, mati ditembak manakala Zakia diculik oleh kumpulan berkenaan ketika mereka sedang menjalankan tugas rondaan di resort itu.

Ab Rajah terbunuh dalam kejadian itu. - Bernama


 

Shafee: Ada keterangan Anwar cubit puting

Posted: 06 Mar 2015 10:54 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Keterangan Datuk Seri Anwar Ibrahim "mencubit-cubit puting" bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan ada dalam rekod mahkamah, kata Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

"Baca keseluruhan rekod rayuan (kes liwat) anda akan temuinya! Begitu jelas sekali keterangan itu!" katanya, yang menerajui ketua kumpulan pendakwaan terhadap ketua pembangkang.

Dalam majlis penerangannya bulan lalu, Shafee pernah menyebut keterangan yang sama tetapi semakan mendapati tiada keterangan seumpama itu dalam perbicaraan di peringkat Mahkamah Tinggi.

Dalam ceramah pertamanya dalam siri jelajahnya pad 17 Februari, seminggu selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara ke atas Anwar, Shafee berkata: "Anwar mencubit-cubit dia punya puting".

Shafee menceritakan perkara itu, yang didakwanya berlaku sebelum kejadian liwat, kepada hadirin di ceramahnya di Kelana Jaya, yang disiarkan secara langsung melalui Internet.

Turut hadir di majlis itu, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang mempertahankan hak peguam itu menceritakan kes itu kepada orang awam.

Malaysiakini menyemak transkrip mahkamah bagi prosiding secara tertutup (in camera) itu dan mendapati tidak ada insiden mencubit disebut.
         
Satu-satunya bahagian yang menyebut tentang puting Saiful dalam kes itu ialah apabila doktor Hospital Kuala Lumpur memberi keterangan menggunakan swab kapas untuk mendapatkan sampel dari putingnya.


SPRM rakam kenyataan anak pengerusi Felda

Posted: 06 Mar 2015 10:53 PM PST

MALAYSIAKINI



 
 
 
Anak Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad telah dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam untuk merakam kenyataannya berhubung pembelian hotel bernilai ratusan juta ringgit di London.

"Ia bukan tangkapan tetapi kenyataannya telah diambil bagi membantu siasatan berhubung kes itu," kata satu sumber yang mengetahui mengenai siasatan itu kepada Malaysiakini tetapi tidak mahu namanya disiarkan.

Siasatan itu adalah berhubung pembelian Grand Plaza Kensington berharga RM330 juta, yang kini dinamakan Park City Hotel.

Felda sebelum ini telah membeli Apartment mewah Grand Plaza di Bayswater, London.

Terdahulu, dilaporkan bahawa seorang pegawai kanan Felda yang ditugaskan dengan anak syarikat Felda -  Felda Investment Corporation - telah ditahan pihak berkuasa sejak hari Ahad. Turut ditahan ialah seorang yang didakwa menjadi orang tengah urusan tersebut.

Isa, yang juga bekas bekas menteri besar Negri Sembilan melancarkan Park City Hotel pada Disember 2014.
 
 

Perhimpunan Kita Lawan sudah siap sedia

Posted: 06 Mar 2015 10:49 PM PST

MALAYSIAKINI



 
 
 
Sekurang-kurangnya 5,000 orang dijangka berkumpul di pusat bandar Kuala Lumpur hari ini untuk menyertai bantahan utama yang pertama bagi tahun 2015, yang diisytiharkan oleh polis sebagai haram.
 
Protes Kita Lawan di Sogo itu menuntut pembebasan ketua pembangkang yang dipenjara, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
 
Bagaimanapun, ia tidak jelas sehingga mana sokongan dari gabungan Pakatan Rakyat terhadap perhimpunan tersebut.
 
PAS tidak mengeluarkan arahan kepada ahli-ahlinya untuk menyokongnya, manakala Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah menasihatkan wakil rakyat, kebanyakannya dari DAP bahawa mereka mempunyai tugas di negeri itu untuk dilaksanakan hari ini dan perlu menumpukan perhatian kepadanya.
 
Protes itu dijangka bermula jam 3 petang, dengan para peserta berarak dari Pasar Seni, Masjid Jamek dan ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut, menuju ke Sogo, dan perhimpunan ia mungkin berlanjutan hingga tengah malam.
 
Perhimpunan Kita Lawan sebelum ini, menyaksikan penangkapan aktivis Adam Adli Abdul Halim, ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Fariz Musa, dan Ketua Angkatan Muda Keadilan Nik Nazmi Nik Ahmad.
 
Malaysiakini membawa kepada anda laporan secara langsung mengenai perhimpunan itu.
 
 

Cuepacs minta naik gaji tidak tangguh lagi

Posted: 06 Mar 2015 04:36 PM PST


Cuepacs minta naik gaji tidak tangguh lagi  
Azih (tiga, kanan) beramah mesra dengan Pegawai Daerah Rembau, Zaidi Johari sempena lawatan kerja beliau ke Pejabat Daerah dan Tanah Rembau, semalam.



REMBAU – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa kerajaan supaya tidak menangguhkan semakan kenaikan gaji 252 skim perkhidmatan awam seperti yang dibentangkan sebelum ini.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, kerajaan tidak boleh menggunakan isu kejatuhan harga minyak dunia dan nilai ringgit untuk menangguhkan perlaksanaan skim gaji berkenaan memandangkan nilai rizab kerajaan masih mampu menampung perbelanjaan sedia ada.

"Sekiranya ia ditangguhkan, Cuepacs akan membuat bantahan kerana 1.5 juta penjawat awam sudah lama bersabar sedangkan kos sara hidup semakin tinggi.

"Penjawat awam ialah 'enjin' dan denyut nadi kerajaan. Tangga gaji penjawat awam Kumpulan Pelaksana 1 dan 11 masing-masing RM805 dan RM820 dan jumlah ini di bawah garis kemiskinan," katanya.

Justeru katanya, Cuepacs meminta kerajaan menyegerakan semakan gaji dan elaun lama yang tidak selaras dengan negara maju.


Anggota polis Kelantan mencukupi kawal PRK Chempaka

Posted: 06 Mar 2015 04:33 PM PST

BERNAMA

Anggota polis Kelantan mencukupi kawal PRK Chempaka

Mazlan Lazim berkata dianggarkan antara 600 dan 1,000 anggota diperlukan bagi mengawal PRK 

berkenaan. - Gambar fail

 


PASIR PUTEH: Polis Kelantan tidak memerlukan bantuan anggota tambahan dari negeri lain untuk mengawal keselamatan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka 22 Mac ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata anggota di negeri ini sudah mencukupi bagi mengawal keadaan.

Beliau berkata dianggarkan antara 600 dan 1,000 anggota diperlukan bagi mengawal PRK berkenaan.

"Kita jangka PRK ini tidak menghadapi persaingan sengit dan jika berlaku kes di luar jangkaan, kita akan memohon bantuan dari pihak atasan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Polis Bersama Masyarakat Mencegah Jenayah di sini semalam.

Hari pencalonan ditetap pada 10 Mac.  Kerusi itu kosong berikutan kematian penyandangnya yang juga bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 12 Feb lepas

MH370: Laporan interim dikeluar tak lama lagi

Posted: 06 Mar 2015 04:23 PM PST

MALAYSIAKINI

 
 
Laporan interim berhubung siasatan insiden pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang telah hilang selama setahun akan dikeluarkan tidak lama lagi, bagi mematuhi peraturan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).
 
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, siasatan dijalankan mengikut Lampiran 13 - Kemalangan Pesawat dan Siasatan Insiden bagi Konvensyen Penerbangan Awam Antarabangsa (Konvensyen Chicago), seperti dilaksanakan mengikut Peraturan Penerbangan Awam 1996.
 
Beliau berkata Lampiran 13 Protokol ICAO menggariskan bahawa jika sebarang laporan kemalangan dan siasatan tidak dapat dimuktamadkan, satu kenyataan interim perlu dikeluarkan pada setiap ulang tahun insiden.
 
"Siasatan nahas MH370 dijalankan oleh sebuah badan bebas, yang diketuai oleh Malaysia kerana Malaysia merupakan negara didaftarkan dan negara pengendali, dibantu oleh tujuh negara.
 
"Ketujuh-tujuh negara itu ialah Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, China, Singapura, Indonesia dan Australia," kata beliau dalam taklimat media bersempena ulang tahun pertama insiden kehilangan pesawat Boeing itu, di Putrajaya semalam.
 
Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 krew , hilang daripada imbasan radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 8 Mac tahun lepas. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi hari sama.
 
Azharuddin berkata, hasil siasatan pasukan penyiasatan antarabangsa, yang ditubuhkan pada April 2014, tidak terletak di bawah bidang kuasa DCA tetapi di bawah badan Penyiasatan Kemalangan untuk mengeluarkan laporan.
 
"Penyiasat yang Bertanggungjawab bagi Pasukan Penyiasatan Antarabangsa ialah Datuk Kok Soo Chon, beliau adalah ketua pengarah DCA sebelum saya dan juga bekas wakil tetap ke Majlis ICAO di Montreal," katanya.
 
Ketika ditanya tentang perkembangan siasatan, Azharuddin berkata beliau tidak boleh mendedahkan apa-apa maklumat kerana beliau tidak terlibat dalam penyiasatan.
 
Beliau berkata pasukan antarabangsa terdiri daripada Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Amerika Syarikat, Cawangan Siasatan Kemalangan Udara Britain, Jabatan Siasatan Kemalangan Pesawat China, Biro Siasatan Kemalangan Pengangkutan Darat Perancis, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia, pengeluar pesawat iaitu Boeing dan syarikat komunikasi Britain Inmarsat.- Bernama
 
 

Mangsa kemalangan pencawang elektrik meninggal

Posted: 06 Mar 2015 04:21 PM PST

MALAYSIAKINI


 
Mangsa terakhir daripada tiga pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang parah akibat kemalangan percikan arka di pencawang elektrik di Taman Tan Yew Lai, di ibunegara meninggal dunia petang semalam.
 
Pengurus Besar Kanan (Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi) TNB, Datuk Mohd Aminuddin Mohd Amin berkata Mohd Zaidi Mohd Shariff, 35, juruteknik TNB meninggal dunia di Pusat Perubatan Prince Court pada jam 6.55 petang.
 
"Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan tiga anak," katanya dalam satu kenyataan semalam.
 
Pada 23 Februari lepas, dalam kemalangan kira-kira jam 11.00 malam, tiga warga kerja TNB itu melecur akibat percikan arka ketika pensuisan dibuat selepas selesainya kerja-kerja penyelenggaraan. 
 
Dua rakan sekerjanya, Norizan Abdullah, 59, dan Mohd Ruzairi Razali, 34, meninggal dunia pada 1 Mac dan 25 Februari lepas, masing-masing di Pusat Perubatan Prince Court dan Pusat Perubatan Universiti Malaya.
 
"Seluruh warga kerja TNB bersedih atas pemergian ketiga-tiga mangsa. Kami kehilangan permata di kalangan warga kerja yang sentiasa komited dalam menjalankan tugas," katanya.
 
Menurut beliau, pihak pengurusan TNB, selain memberi pertolongan segera kepada semua mangsa yang terlibat, akan terus membantu waris-waris dan keluarga masing-masing dalam menangani segala kesusahan dan trauma yang menimpa.-Bernama
 
 

Tiada ulasan: