Isnin, 23 Mac 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Bantah GST - Lebih ramai tangkapan malam tadi di balai polis Kelana Jaya

Posted: 23 Mar 2015 09:08 AM PDT



Lebih ramai yang ditangkap malam ini di luar balai polis Kelana Jaya di mana mereka telah berkumpul untuk solidariti bagi mereka yang ditahan awal hari ini di bantahan terhadap cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Antara mereka yang ditahan, mengikut jawatan di Twitter, adalah aktivis pelajar Adam Fistival Wilfrid dan seorang pembantu kepada Ahli Parlimen Klang Charles Santiago.

 Solidariti diadakan untuk menuntut pembebasan 80 orang yang telah tahan kerana duduk di luar pejabat Jabatan Kastam di Kelana Jaya awal hari ini bagi memprotes GST yang akan dilaksanakan pada 1 April.

 Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil yang berada di tempat kejadian menulis melalui tweet bahawa polis telah menyerbu orang ramai dalam usaha untuk menyuraikan tanpa memberi sebarang amaran.


 Beliau berkata mereka yang ditahan awal hari ini masih tidak diberikan akses kepada peguam. Beberapa peguam berada bersama orang ramai di situ cuba untuk memasuki balai polis untuk berjumpa dengan tahanan. 

 Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim adalah antara penggubal undang-undang persekutuan DAP dengan orang ramai. Secara keseluruhan, 83 orang telah ditangkap hari ini, termasuk 3 yang terbaru ketika di luar balai polis malam ini. 


 Lebih awal penangkapan 79 orang telah dibuat di tengah-tengah pergelutan antara penunjuk perasaan dan polis di pejabat Jabatan Kastam, dengan penggembala polis orang ke dalam trak maria hitam.

 Sebelum 79, penangkapan pertama hari ini adalah aktivis Khalid Ismath.

 Kumpulan yang terdiri daripada lebih 100 orang di pejabat Kastam yang sebelum ini telah mencatat duduk dalam menunggu jawapan untuk 106 soalan yang mereka kemukakan kepada Pengarah Kastam Kuala Lumpur Abd Gani Othman.

 Duduk-Dalam diketuai oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan disertai oleh ahli-ahli gabungan pertubuhan masyarakat sivil membantah terhadap cukai penggunaan yang dipanggil Gabungan berhujah GST.

 Polis meleraikan Duduk-Dalam selepas jam 5 petang dan menangkap kebanyakan penunjuk perasaan itu.

 Dari laporan sosial media malam ini, di kalangan mereka yang ditahan sebelum ini ialah Parti Sosialis Malaysia (PSM) Setiausaha Agung S. Arutchelvan dan guru bersara Annie Ooi, juga dikenali sebagai "Auntie Bersih" kerana penyertaan aktif beliau dalam perhimpunan jalanan sebelumnya oleh kumpulan reformasi pilihan raya , Bersih 2.0. - 23 Mac 2015 sumber

Nota : Gambar-gambar dari face book menunjukan Dr Hatta, Chegubard dan pejuang rakyat yang lain kena cekup.

Hanya orang bodoh bincang hudud di Malaysia ......

Posted: 23 Mar 2015 07:38 AM PDT

 Bekas menteri undang-undang, Datuk Seri Nazri Aziz berpendapat undang-undang hudud tidak akan dapat dilaksanakan di negara ini, dan mereka yang membincangkannya adalah individu yang "bodoh".

  Nazri, yang juga menteri pelancongan berkata, undang-undang Islam itu hanya akan dapat dilaksanakan dengan meminda Perlembagaan Persekutuan, yang mana memerlukan majoriti dua pertiga majoriti Parlimen.

 "Jangan bincang sesuatu yang tidak akan berlaku, ini bodoh, sesiapa sahaja yang bincang hudud," katanya ketika ditemui di Parlimen hari ini.

  Nazri berkata, dalam Perlembagaan sudah termaktub undang-undang berkaitan hukuman jenayah termaktub di bawah bidang kuasa Mahkamah Persekutuan dan bukannya kuasa Mahkamah Syariah.

  "Pernah kita nampak Mahkamah Syariah bicarakan kes pembunuhan, bicara kes kecurian?

 "Kalau mahu gugurkan bahagian yang mengatakan jenayah itu di bawah mahkamah persekutuan, kita perlu dua pertiga majoriti Parlimen, tetapi kita tiada sekarang," katanya.

 "Ini soal agama, kita tidak boleh guna 'whip', ahli Parlimen akan mengundi menggunakan pegangan dan suara hati mereka."

 Nazri berkata, rang undang-undang persendirian yang cuba di bawa PAS ke Parlimen juga tidak akan berjaya dibincangkan memandangkan ia hanya akan di bawa apabila selesai aturan urusan kerajaan.

 "Benda (hudud) itu hanya berlaku kalau kita boleh pinda Perlembagaan.

 "Usul persendirian hanya dibincangkan setelah selesai urusan kerajaan, selagi tidak habis kita tidak boleh bincang," katanya.

 Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata, Umno juga menyedari hakikat itu.

 "Saya tidak mahu bincang, ia tidak berlaku kerana Perlembagaan. Kalau Umno nak buat pun bukan Umno tak nak buat. Umno tahu memang tidak boleh buat," katanya.

  Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) pada 19 Mac lalu dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan menghantar surat notis pemberitahuan meminta agar rang undang-undang persendirian berkenaan hudud di bawa ke Parlimen ketika sidang kali ini yang akan tamat pada 9 April depan.

  Tindakan PAS itu sekaligus menggoncang hubungan Pakatan Rakyat (PR) apabila DAP mendakwa Hadi memungkiri janjinya dalam mesyuarat PR apabila bertindak secara bersendirian menghantar notis pemberitahuan kepada Dewan Rakyat untuk membawa undang-undang persendirian berkenaan hudud ke Parlimen, kata Anthony Loke.

 Ahli Parlimen Seremban itu berkata, ketika mesyuarat pimpinan tertinggi pakatan pembangkang pada 8 Februari lalu, sebelum Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan, Hadi memberikan komitmen untuk membentangkan segala cadangan mahu pun pindaan berkenaan hudud dan pilihan raya kerajaan tempatan kepada mesyuarat berkenaan.

 "Ini jelas dan bukti, pemberitahu usul ini diberikan, hari sama kerajaan Kelantan kemuka rang undang-undang.

 "Tindakan Hadi langgar mesyuarat Majlis Pimpinan PR," katanya, ketika mendedahkan sebahagian kandungan minit mesyuarat berkenaan.

 "Ini sebahagian minit mesyuarat, ini janji yang diberikan Hadi."

  Loke turut mendedahkan usul pemberitahuan bertarikh 18 Mac, sehari sebelum enakmen jenayah syariah di Kelantan di luluskan, yang diserahkan Hadi kepada Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah.

  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku pengerusi BN masih belum mengeluarkan pendirian rasmi berhubung sokongan parti pemerintah itu terhadap hudud. – 23 Mac, 2015. sumber

ENAKMEN JENAYAH SYARIAH KELANTAN : Pendirian Dr Maza

Posted: 23 Mar 2015 03:00 AM PDT

Ramai yang bertanya pendirian saya tentang enakmen hudud yang dibentangkan oleh Negeri Kelantan baru-baru ini.

 1.Secara umumnya saya telah membentangkan kertas kerja dan menulis beberapa artikel mengenai hudud. Boleh dirujuk pandangan umum saya dalam tulisan-tulisan berkenan. Demikian juga banyak ucapan saya dalam pelbagai seminar, forum dan dialog boleh didapat di internet.

 2. Pada dasarnya, saya menyokong hasrat baik Kerajaan Kelantan. Hudud itu asasnya ada dalam al-Quran dan as-Sunnah. Maka seorang muslim tidak boleh menentang hudud yang terdapat dalam kedua sumber agung tersebut.

 3. Dalam masa yang sama kita hendaklah tahu bahawa perincian ataupun pendetilan undang-undang hudud itu kebanyakannya tidak disebut dalam al-Quran dan as-Sunnah. Ataupun mungkin disebut dalam beberapa nas, tetapi dari segi perbincangan fekahnya, boleh diandaikan pelbagai tafsiran, ini yang yang disebut sebagai zanniah al-dilalah (dalil yang boleh berikan lebih dari satu andaian).

 4. Maka, pendetilan kepada undang-undang hudud kebanyakannya adalah ijtihad ataupun kesimpulan pandangan hukum yang dirumuskan oleh sarjana muslim dari pelbagai latar. Maka, kita dapati terdapat perbezaan dalam pendetilan hukum seperti kadar curian, suasana undang-undang itu dilaksanakan, bagaimana hukuman dilaksanakan, apakah taubat menggugurkan hukuman ataupun tidak, apakah mengandung cukup sebagai bukti dan lain-lain.

 5. Walaupun kita tidak boleh membantah asas hudud dalam Islam, namun kita boleh berbeza pendapat, tidak bersetuju ataupun menolak pemilihan pandangan-pandangan sarjana dalam penetapan hukuman bagi sesuatu enakmen. Kita mungkin boleh mencadangkan pandangan yang lain dari ijtihad yang lain. Namun, proses itu semua hendaklah dalam suasana ilmiah dan menghormati hukum asas.

 6. Suasana baru yang dihadapi oleh umat Islam hari ini menuntut ijtihad-ijtihad baru berkaitan hudud. Ini turut disuarakan oleh sarjana-sarjana besar fekah di zaman ini seperti al-Syeikh Mustafa Zarqa r.h, Muhammad Abu Zahrah, r.h, Dr al-Qaradawi dan lain-lain. Justeru, al-Syeikh Mustafa Zarqa tidak bersetuju hukuman rejam di zaman ini.

 7. Soal latar keadaan untuk perlaksanaan sesuatu hukum juga hendaklah dikaji dengan teliti. Untuk memudahkan pemahaman orang awam, sedekah umpamanya merupakan satu syariat yang disebut dalam al-Quran dan as-Sunnah. Tiada siapa pun boleh membantah galakan bersedekah. Namun, bagi individu yang melaksanakan sedekah, dia mungkin boleh dipertikaikan ataupun dipersoalkan di sudut kelayakan dirinya, kesesuaian masa, kesesuaian sasaran sedekah, keutamaan yang patut didahulukan, jenis barangan yang diberikan, kesan sedekahnya, cara dia bersedekah dan seumpamanya. Mempertikaikan kebaikan dan syariat sedekah itu adalah merosakkan akidah. Namun, membincangkan semula cara, pendekatan, keadaan individu yang bersedekah itu adalah dibolehkan.

 8. Umat Islam hendaklah berhati-hati jangan sampai mempertikaikan syariat hudud itu sendiri. Pun begitu mereka boleh bertanya balas, tidak bersetuju dengan beberapa ijtihad berkaitan hudud yang dipilih.

9. Saya sekali lagi menegaskan, saya menyokong hasrat Kelantan. Namun dalam masa yang sama, saya memohon agar diberikan ruang supaya enakmen itu disemak lagi oleh pakar-pakar perundangan Islam dan maqasid as-Syariah diperbagai peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

 10. Semakan itu perlu agar kegagalan perlaksanaan hudud yang pernah berlaku di Libya, Sudan, Negeria, Pakistan tidak berulang di Malaysia yang akhir memberikan mesej salah bahawa syariat Islam itu tidak sesuai. Padahal yang tidak sesuai ialah pemilihan pandangan-pandangan ijtihad yang telah dibuat oleh mereka.

 11. Kita juga hendaklah mengelakkan gambaran hudud yang tidak kondusif dan seakan menggambarkan 'kekejaman' undang-undang yang telah berlaku bawah pentadbiran Taliban, cara hudud ISIS, Bokoharam dan lain-lain. Versi hudud mereka tidak memenuhi maqasid syariah yang terdapat dalam al-Quran dan as-Sunnah.

 12. Umat Islam menyokong hasrat Kelantan. Dalam masa yang sama, ruang waktu untuk pandangan kesarjanaan di pelbagai peringkat hendaklah dibuka.

 13. Kita umat Islam kini sedang hidup dalam era persepsi yang salah terhadap Islam dan ajarannya. Musuh-musuh Islam merancang persepsi yang salah ini. Jika kita tidak berhati-hati, hudud akan dijadikan senjata memberikan persepsi salah itu.

 14.Hudud adalah pintu yang berat tapi indah lagi menyelamatkan. Maka, kita memerlukan rumah yang sesuai untuk memasangnya. Jika dipasang di rumah yang buruk, mungkin pintu indah tapi berat berat itu boleh meruntuhkan rumah. Namun, jika dipasang di rumah yang indah juga, maka keindahan pintu itu akan terserlah dan keselamatannya akan zahir.

Mat Yaakub, sila sahkan benar atau bohong berita ini....

Posted: 23 Mar 2015 12:18 AM PDT

 Aku mendapat maklumat gred A1 bahawa Majlis Raja-Raja baru-baru ini tlh bersidang yang dipengerusikan oleh Tuanku Sultan Perak Dr Raja Nazrin.

 Dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja tersebut, Kerajaan Persekutuan telah membentangkan suatu kertas kerja berkaitan perlaksanaan Undang-Undang Jenayah Syariah atau ramai dok sebut "hudud". Maka dlm perbincangan tersebut ada diutarakan berkaitan pemindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965.

 Apa hasil mesyuarat? Dikhabarkan bahawa mesyuarat memutuskan menolak kertas cadangan tersebut atas sebab2 tertentu yg tak perlu dihebahkan kpd awam.

 Justeru aku menyimpulkan bahawa Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 tidak akan dipinda oleh Kerajaan Persekutuan atau jika Presiden PAS membawa Rang Undang-Undang Persendirian (Private Member's Bill) ke Parlimen untuk memohon pindaan Akta 355 tersebut, maka Kerajaan Persekutuan tidak akan menyokong dan meluluskan.

 MAKA aku nak bagitau Presiden PAS Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang supaya mendapatkan pengesahan daripada Dato' Menteri Besar Kelantan berkaitan keputusan Majlis Raja-Raja tersebut dan kemudian lupakanlah hasrat meneruskan pembentangan Rang Undang-Undang Persendirian tersebut.

 Jangan buat benda yang sia-sia kerana sedari awal kita dah tau Kerajaan Persekutuan tidak akan meluluskan. Tak perlu buang masa buat benda yang tak ada hasil. Lebih baik fokuskan kepada penyatuan ummah dlm PAS dan penyatuan Ummah dlm dunia.

 Tuan Guru Hj Hadi juga perlu ingat bahawa kuasa mengenai agama terletak di tangan Raja-Raja Melayu. Kalau dalam isu Menteri Besar Selangor dulu Tuan Guru kata jangan jadikan Sultan Selangor seperti tunggul kerana tidak ikut cakap Sultan yang mahukan calon Menteri Besar lebih dari seorang, maka sewajarnya juga Tuan Guru Hj Hadi mendapatkan persetujuan Raja-Raja untuk membawa Private Member's Bill di Parlimen kerana ianya juga menyentuh kuasa Raja-Raja Melayu.

 Jangan masa nak lantik MB Selangor ikut Sultan, taat Sultan tapi bila nak bawa Private Bill tak peduli Sultan. Jangan flip flop sangat nanti orang tak percaya langsung.9 Dalam masa ada lg sikit sebanyak kepercayaan org pd kita, jagalah elok2 jangan bagi hilang langsung.

 ZULHAZMI SHARIFF 23/03/2015

Jom tengok ruang tidur Rosmah....

Posted: 22 Mar 2015 10:00 PM PDT

 
Ruang tidur di bilik VVIP
 Setiausaha Agung PKR, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendedahkan memnag sentiasa ada sahaja perkara yang menggemparkan.


Terbaru diblognya, Rafizi mendedagkan mengenai kos naiktaraf kabin Jet Peribadi ACJ320 yang menelan RMRM28 Juta!  

Menurut Rafizi,  Jet peribadi ini merupakan antara yang terbaik dimiliki Comlux dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan bagi kapasiti 19 penumpang, termasuk satu bilik khusus untuk VVIP. Ia mempunyai ruang-ruang seperti berikut:

Menurut Rafizi, beliau  mempunyai salinan perjanjian pembelian di antara Jet Premiere One (Malaysia) Sdn Bhd (JPO) dan Air Luther AG iaitu syarikat bersekutu dalam Comlux Aviation Group yang memiliki ACJ320 sebelum ini. JPO membeli jet ACJ320 ini dari Air Luther AG kemudian dijual pula kepada Kerajaan Malaysia dalam satu perjanjian sewa beli yang telah saya dedahkan sebelum ini.

 Di dalam tersebut, salah satu syarat pembelian ialah kerja-kerja menaiktaraf kabin dari keadaan sedia ada pada harga USD8 juta (bersamaan RM28 juta pada kadar tukaran RM3.5 bagi USD1). Harga USD8 juta ini dimasukkan di dalam harga pembelian yang kemudiannya menjadi asas kepada harga sewa beli bernilai RM465 juta yang ditanggung oleh Kerajaan Malaysia.

 Rafizi turut memaparkan gambar-gambar ruang dalam sedia ada ACJ320 untuk menunjukkan bagaimana kabin yang belum dinaiktaraf sudah pun cukup mewah di luar imaginasi rakyat Malaysia. 

"Apa keperluan membayar tambahan RM28 juta khusus untuk menaiktaraf kabin apabila jumlah itu akhirnya akan ditanggung oleh rakyat Malaysia?" tanya Rafizi.

 "Sekiranya wang RM28 juta ini digunakan untuk membina rumah bagi mangsa banjir di Kelantan, pada harga RM35,000 setiap rumah dana RM28 juta ini sepatutnya telah dapat membina rumah untuk 800 keluarga yang menjadi mangsa banjir." jelasnya lagi. Gambar-gambar dan beritanya :  blog Rafizi di sini  

Tiada ulasan: