Isnin, 23 Mac 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Mungkinkah Alwi Meraung Pula Selepas Ini?

Posted: 23 Mar 2015 05:02 AM PDT

shahbudindotcom


Mengikut laporan sebagaimana yang dinyatakan oleh Setiausaha Agung BN, Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa Perdana Menteri, Najib Razak akan membuat pengumuman rasmi mengenai pendirian BN berhubung perlaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Katanya, pengumuman rasmi akan dibuat selewat-lewatnya Selasa ini.

Bagaimanapun Tengku Adnan juga memberi bayangan, "saya tidak kata kami menentang hudud. Hukum tetap hukum. Tetapi seperti diketahui, hukum hudud mesti mengikut Perlembagaan negara".

Berdasarkan kenyataan Ku Nan ini, semua orang barangkali sudah boleh membayangkan apakah pendirian yang bakal diumumkan Najib nanti. Ia tidak lain menunjukkan Najib akan sekali  lagi menolak perlaksanaan hukum hudud itu dan  Ahli Parlimen UMNO akan diarahkan agar tidak menyokong usul persendirian yang bakal dibawa oleh Pas nanti.

Sebagaimana sebelum ini Najib pernah menyatakan hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini serta berpegang kepada tafsiran maqasid syariah, beliau dijangka akan mengulangi pendirian yang sama  dalam kenyataan yang bakal dikeluarkannya nanti. 

Alasan perlaksnaan hudud bercanggah dengan Perlembagaan negara akan turut digunakan untuk menguatkan lagi hujah menolaknya.

Oleh kerana MCA, MIC, Gerakan dan beberapa parti di Sabah dan Sarawak turut menolak hudud serta mengancam untuk meninggalkan BN jika UMNO berpendirian menyokong usul Pas itu, Najib amat jelas tidak mungkin berani berpendirian sebaliknya.

Berbanding Pas, Najib sudah tentu jauh lebih sayangkan parti-parti komponen itu. Memahami pendirian yang bakal dinyatakan Najib nanti, Pas secara realitinya sudah boleh melupakan harapan untuk mendapatkan sokongan UMNO dalam usul persendirian yang bakal dibawanya nanti.

Sokongan yang seolah-olah mereka juga mahukan hudud, baik melalui kenyataan beberapa pemimpinnya atau melalui penubuhan jawatankuasa teknikal bersama kerajaan negeri sebelum ini, tidak lebih hanyalah gula-gula pemanis muka  untuk menunjukkan mereka juga memperjuangkan Islam.

Tetapi persoalan yang menjadi bualan ialah bagaimana pula dengan pendirian 12 Adun UMNO Kelantan yang sudah menyokong usul itu di Dun Kelantan, baru-baru ini.

Bagaimana UMNO negeri Kelantan boleh membuat sesuatu pendirian menyokong sedangkan Pusat belum ada pendirian rasmi mengenainya?

Jika pendirian yang dinyatakan Najib selewat-lewatnya Selasa ini tepat seperti jangkaan ramai iaitu tetap tidak menyokong hudud, apakah tindakan Adun Kelantan itu boleh dianggap bercanggah dengan disiplin parti?

Atau adakah Adun Kelantan, khususnya Alwi Che Ahmad akan meraung-raung menangis kecewa terhadap Najib kerana hukum Allah ditolak begitu saja oleh ketuanya sendiri?

Mengapa marah sangat kat PAS?

Posted: 23 Mar 2015 04:34 AM PDT




Oleh Timmy Say


Tidak dinafikan ramai bukan Islam yang marah kat PAS kerana cuba melaksanakan hudud di Kelantan.Penulis cuba berhujah dengan diri sendiri untuk menilai kontroversi hudud ini daripada nada positif, berdasarkan pandangan politik sendiri.

Cakap-cakap 1: "PAS ini cakap tak serupa bikin. Saya ingat PAS dah tak akan laksana hudud apabila bersama Pakatan Rakyat. Tapi saya silap."

Hujah balas: Masalah di sini ialah, siapa yang beritahu PAS meninggalkan perjuangan Islamnya dan tidak lagi mengejar cita-cita melaksanakan hudud bila berada di Pakatan Rakyat (PR)? PAS tidak pernah berkata sedemikian.

Malah, pada 2009, isu hudud menjadi kontroversi hangat sehingga PR mencapai persetujuan "setuju untuk tidak bersetuju" dan membolehkan PAS terus memperjuangkan dasar parti secara bersendirian.

Sekarang, dengan peluang yang ada, mereka cuma cuba merealisasikan apa yang diputuskan
Jawatankuasa Teknikal Hudud untuk melihat cita-cita mereka terlaksana di Kelantan.


Cakap-cakap 2: "PAS khianati PR sekali lagi selepas krisis menteri besar Selangor."

Hujah balas: Jika kita boleh menerima PKR boleh membuat apa sahaja atas persetujuan kerusi menteri besar adalah milik PKR, termasuk mengosongkan kerusi Kajang dan memecat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tanpa konsensus, mengapa kita tidak boleh menerima hak PAS melaksanakan hudud di Kelantan?

PAS tidak memaksa sesiapa pun menerima hudud. Ada PAS meletakkan senapang di kepala DAP, PKR mahupun Umno untuk menerima hudud?

PAS mencadangkan hudud di sidang Dewan Undangan Negeri dan diletakkan untuk undi. Yang sokong, undi sokong. Yang bantah, jangan undi. Semua diberi kebebasan mengundi.

Sama juga seperti di luar, PAS tidak memaksa PR menerima hudud. Yang sokong, nyatakan sokongan. Yang bantah, nyatakan bantahan, tetapi janganlah sampai menghina.

PAS tidak pernah memaksa PKR, DAP mahupun Umno atau sesiapa pun menerima hudud. PAS cuma meletakkan cita-cita mereka untuk diundi menggunakan saluran demokrasi yang ada. Kalau semua bantah, PAS redha. Ini demokrasi. PAS ikut kata majoriti. Jadi apakah perlu kita marah sangat kat PAS?

Cakap-cakap 3: "PAS jatuh dalam perangkap Umno untuk pecahkan PR."

Hujah balas: PAS tak jatuh dalam perangkap Umno. Hudud ini bukanlah perkara baharu. PR (PAS dan DAP) bukan kali pertama bertengkar kerana hudud. Ini entah dah berapa kali dah, tapi tak pecah pun selama ini.

PAS tidak pernah nak pecahkan PR. Tetapi ramai penyokong, terutama bukan Islam, sebenarnya mengharapkan PAS melupakan perjuangan dasar parti apabila berada di dalam PR. Masalahnya, ini tidak boleh dilaksana.

Jika PAS terpisah dengan dasar partinya, PAS bukan lagi PAS. DAP dan PKR pun sama. Semua ada dasar sendiri yang perlu dipertahankan. Salahkah PAS terus istiqamah dengan perjuangannya?

Sepatutnya sifat PAS ini perlu dihayati kerana bukan semua sanggup melakukannya, lebih-lebih lagi ini membawa kerugian politik pada PAS dari sudut penyokong bukan Islam.

Cakap-cakap 4: "PAS pentingkan hudud daripada Putrajaya."

Hujah balas: Jika begitu, siapa pula yang pentingkan penentangan terhadap hudud melebihi tuntutan ke Putrajaya? Mengapa fokus dipindahkan kepada hasrat PAS melaksanakan hudud? Mengapa tidak teruskan dengan serangan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, 1MDB, pembelian jet, hutang negara, kejatuhan ringgit dan GST? Mengapa mahu berbicara mengenai PAS dan hudud sahaja?

Bukankah kemelut yang melanda 1MDB dan hutang negara lebih mudarat terhadap kesihatan negara? Hudud hanya dikhaskan untuk penjenayah beragama Islam. Takkanlah perkara ini lebih bahaya daripada isu-isu 1MDB dan hutang negara? Cuba renungkan.

Cakap-cakap 5: "Umno harap hudud akan menyebabkan PR pecah."

Hujah balas: Memang itu yang diharapkan Umno. Sebab itu, Umno tidak lagi mengumumkan pendirian mereka secara jelas.

Sehingga kini, Umno masih tersilap kira kerana PR masih hidup. Namun, apakah Umno akan terus tersilap kira? Ini terpulang kepada kebijaksaan para pemimpin PR. Mungkin mereka akan menyebabkan Umno "terbetul" dalam perkiraan dalam masa terdekat. Tetapi, kita harap mereka tidak.

Isu hudud ini sudah duduk terbenam bagai mata kail di antara PAS dan DAP sekian lama.

Lambat-laun, perkara ini perlu dihadapi bersama oleh PAS dan DAP kerana ini dasar perjuangan PAS yang tidak mungkin dibatalkan hanya kerana mereka bersetuju duduk di dalam PR.

Dengan hudud kini terapung di permukaan, bukankah ia perkembangan positif untuk PAS dan DAP kerana mata kail ini sudah pun dikeluarkan dengan baki 2-3 tahun lagi sebelum PRU14?

Selepas ini, PAS dan DAP tidak perlu lagi bergaduh mengenai agenda hudud, sebab ia sudah pun selesai dibawa undi di Parlimen. Mereka boleh bersama bergaduh dengan Umno. Apakah ini bukan satu perkara positif yang perlu diraikan?

Marah lagikah kat PAS? Ataupun sekarang, terasa marah pula pada penulis?

Ini cuma pandangan penulis. Kita boleh setuju untuk tidak bersetuju. Ungkapan ini sangat dalam. Ada ramai yang pandai menggunakan ini sebagai kata-kata di bibir, akan tetapi langsung tidak dapat menggambarkannya dari segi tindakan.

Pakatan mahu seret IGP ke JK Parlimen

Posted: 23 Mar 2015 04:29 AM PDT

MALAYSIAKINI



 


Pakatan Rakyat mahu merujuk Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kepada jawatankuasa hak dan keistimewaan Dewan Rakyat kerana didakwa melanggar keistimewaan anggota Parlimen.

Anggota Parlimen DAP Lim Kit Siang hari ini menghantar notis kepada speaker dewan supaya Khalid dirujuk bagi menentukan sama ada beliau melanggar keistimewaan Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar (bawah).

Ini susulan tangkapan dibuat terhadap naib presiden PKR itu di rumahnya sebelum ini.

Notis itu diterima oleh pejabat speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Pakatan kini sedang menunggu keputusannya.

Bukan anggota Parlimen boleh dirujuk ke jawatankuasa itu jika dianggap melanggar keistimewaan seseorang anggota dewan.

Nurul pada 16 Mac ditangkap bawah Akta Hasutan ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi di ibu negara berkenaan siasatan berhubung perhimpunan Kita Lawan sebelum itu.

Khalid berkata Nurul juga ditahan berhubung kenyataannya di Dewan Rakyat minggu sebelumnya yang turut menyentuh tentang sistem kehakiman negara.

Penangkapan itu dipertikai oleh pemimpin PKR atas alasan Nuruk dilindungi oleh kekebalan anggota parlimen berdasarkan Perkara 63(2) Perlembagaan Persekutuan.

Siasatan ke atas Nurul dijalankan susulan laporan polis bekas anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin (atas) terhadap tindakan Nurul membacakan sebahagian daripada ucapan bapanya, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam persidangan Dewan Rakyat.

Kandungan ucapan itu antara lainnya mengkritik hakim yang mensabitkan Anwar dengan kesalahan Liwat II.

Menurut Zulkifli, Nurul antaranya berkata hakim akur pada kehendak tuan politik, menjual diri kepada syaitan dan memilih kekal dalam kegelapan.


3 pekerja BFM disiasat isu video hudud

Posted: 23 Mar 2015 04:27 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Polis hari ini merakamkan kenyataan daripada tiga kakitangan BFM yang terlibat dalam penerbitan video kontroversi berkaitan hudud.

Pasukan polis tiba pada jam 10 pagi tadi, diikuti pegawai daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

"Mereka disiasat bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia," kata radio perniagaan itu dalam kenyataannya.

Seksyen 298 berkaitan kata-kata yang menjejaskan perasaan beragama seseorang.

Seksyen itu memperuntukkan penjara maksimum setahun, denda atau kedua-duanya,

Seksyen 233 pula berkaitan penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan jaringan, yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau penjara RM50,000.

"Pengurusan BFM Media Sdn Bhd menyokong penuh pekerja-pekerja dalam melaksanakan tugas mereka.

"Radio stesen ini mempertahankan mereka dan tetap komited memberikan sokongan diperlukan mereka pada masa-masa sukar," kata BFM.

Laporan dakwa hina Islam

Tujuh NGO hari ini bergabung membuat laporan polis menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Aisyah Mohd Tajuddin (atas) kerana didakwa menghina Islam.

Wartawan BFM Kupas itu sebelum ini tampil dalam video bertajuk "Hudud Isi Periuk Nasi", yang menyebabkan dia menerima ugutan termasuk ugutan bunuh dan rogol.

Dalam video itu, Aisyah antara lain menyampaikan mesej bahawa Kelantan sepatutnya mengutamakan soal ekonomi dan bukannya pelaksanaan hudud.

Dengan sinis, Aisyah turut menunjukkan bungkusan nasi lemak yang didapati tidak mengandungi isi.

Video itu diterbitkan tidak lama selepas Kelantan berjaya meminda Enakmen Kanun Jenayah Syariah II, Rabu lalu.


Kedegilan DAP tidak akan selesaikan isu hudud

Posted: 23 Mar 2015 04:21 AM PDT




Oleh Ng Kee Seng


Bangunan Dewan Undangan Negeri Kelantan sibuk dan sesak pada 18 dan 19 Mac lalu, apabila pindaan undang-undang ke atas enakmen hudud dibentang, dibahas dan diluluskan.Bilik Operasi kerajaan negeri ditukar menjadi pusat media bagi memudahkan kerja kira-kira 100 wartawan, jurugambar dan krew televisyen.

Sama ada pindaan diluluskan sebulat suara, atau dengan undi 44-0 atau pun 43-1, ia bukanlah soal utama. Jelas, berdasarkan perbahasan adun-adun PAS dan Umno, ada sokongan besar terhadap pindaan itu.

Jangan dihiraukan satu-satunya Adun PKR yang tidak menghadiri sidang ketika ia berlangsung. Sama ada beliau menyokong atau berkecuali daripada mengundi juga tidaklah menjadi perkara penting.

Namun, speaker Datuk Abdullah Ya'kub yang tidak berpengalaman patut diberi teguran kerana menyebabkan kekeliruan ketika meluluskan pindaan. Beliau ternyata mengambil kesempatan daripada sokongan kesemua 44 Adun beragama Islam di sanan – 32 daripada PAS, Umno (12) dan PKR (1). Satu kerusi kosong ekoran Datuk Nik Aziz Nik Mat yang meninggal dunia.

Tambahan pula, sokongan 32 Adun PAS sudah mencukupi bagi kerajaan negeri mendapat apa yang mereka mahukan ke arah pelaksanaan hudud.

Pasti itulah sebabnya Abdullah mengendalikannya secara sambil lewa dengan menggunakan kaedah undi suara, bukannya kiraan tangan atau undi rahsia. Bagaimana beliau hanya boleh bergantung kepada undian suara untuk isu sepenting ini?

Namun, ketepatan pengisytiharan undi sebulat suara oleh Abdullah boleh dicabar dengan mudah di mahkamah.

Perhatian kini beralih kepada sama ada PAS berjaya mendapat sokongan dan kelulusan di Parlimen bagi membolehkannya menguatkuasakan hudud, atau pun Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Pindaan) 1993 Kelantan.

DAP bersikap sangat agresif dan anti-Hudud sejak tiga dekad yang lalu. Namun selaku rakan gabungan Pakatan Rakyat dan kerajaan negeri Pakatan yang berharap dapat menjadi kerajaan di peringkat Persekutuan, mengapa ia tidak boleh mula berfikir di luar kotak bagi kebaikan rakyat dan perpaduan nasional.

Mengapa DAP kekal agresif – sehingga membawa ancaman kehancuran kepada Pakatan – dan masih berdegil dengan menafikan hak orang Islam yang mahukan hudud?



Mengapa DAP tidak mengamalkan apa yang sering diperkatakannya – menjuarai kebebasan beragama dan demokrasi? Mengapa DAP obses dan tidak sudah-sudah menentang hudud, dan bukan cuba menyelesaikannya demi golongan minoriti, terutama yang tinggal di Kelantan. Adakah DAP anti-Islam?

Selepas 58 tahun mencapai kemerdekaan, sudah sampai masanya untuk menutup isu agama ini dengan penyelesaian yang sebenar, dan bukannya berterusan membuktikan siapa yang lebih "jantan".
Apakah sebenarnya yang ditakutkan DAP dan rakyat Malaysia yang anti-hudud? Undang-undang itu atau pun pelaksanaan dan penguatkuasaannya?

Mengapa mereka takut dan menolak undang-undang yang menurut PAS bertujuan untuk mencegah mereka yang berpotensi melakukan jenayah?

Alasan yang biasa kita dengar adalah hudud akhirnya akan turut dilaksanakan kepada orang bukan Islam. Itu hanyalah spekulasi dan hal yang remeh.

Prinsipnya hanya orang Islam yang tertakluk di bawah hudud. Namun bagaimana anda menguatkuasakan undang-undang Syariah apabila sesuatu jenayah itu melibatkan orang Islam dan bukan Islam? Itulah aspek yang sepatutnya diusahakan dan diselesaikan DAP bersama-sama kerajaan negeri PAS.

Saya berada di DUN Kelantan untuk melihat sendiri perjalanannya.

Seorang pemimpin senior PAS berkata: "Jika jenayah melibatkan orang Islam dan bukan Islam, kes tersebut akan berada di bawah tanggungjawab polis dan disiasat di bawah Kanun Keseksaan.

"Jika ia hanya melibatkan orang Islam, maka polis boleh segera merujuk kes itu kepada pihak berkuasa Syariah. Bukankah itu cukup jelas dan adil?

"Begitu juga dengan isu pelaksanaan dan penguatkuasaan lain. Ia boleh diselesaikan melalui perbincangan bagi menjamin hudud hanya meliputi orang Islam dan tidak akan melanggar hak bukan Islam.

"Maka mengapa orang bukan Islam perlu takut kepada hudud? Hanya orang Islam yang perlu takut. Orang bukan Islam perlu berhenti masuk campur dalam hal-ehwal Islam. Mereka sepatutnya mendalamkan pemahaman mereka tentang hudud dan berhenti memburuk-burukkanya sebagai undang-undang tidak berperikemanusiaan."

Beliau juga berkata, hudud mewajibkan pembuktian yang benar-benar kukuh sebelum tertuduh disabitkan.

"Malah hukuman sebat dan potong tangan wajib dijalankan di bawah garis panduan yang amat ketat," tambahnya lagi.

Adakah DAP sudah menjalankan usaha untuk berbincang tentang pelaksanaan hudud bersama-sama PAS? Keengganannya berbuat demikian barangkali ekoran agenda politiknya sejak tiga dekad yang lalu, sama seperti Umno yang selama ini menggunakan hudud dan agama untuk memecah-belahkan rakyat.

Sekali lagi, saya tekankan yang PAS dan pemimpinnya mempunyai hak untuk melaksanakan dan menguatkuasakan hudud bagi memenuhi kehendak majoriti masyarakat Islam. Mereka memiliki majoriti di Kelantan – bukankah itu demokrasi?

Tugas DAP dan kerajaan negeri Pakatan pula adalah untuk memastikan hudud hanya meliputi orang Islam, dan orang bukan Islam tidak terkesan.

Begitu juga dengan MCA, MIC, Gerakan dan parti komponen BN yang lain. Mereka perlu memastikan penguatkuasaan ini berjalan secara adil dan tidak menjejaskan orang bukan Islam.

Adakah kerajaan BN bertindak adil dan saksama dalam penguatkuasaan agama?

Orang ramai tentunya boleh menjawab soalan itu sendiri!

Melihat kepada tindakan DAP yang membuat ugutan dan mengancam kestabilan Pakatan Rakyat, adakah parti itu benar-benar memikirkan kepentingan negara?

Jika tidak, bagaimana dengan golongan minoriti di Malaysia, khususnya di Kelantan?

(*)   Ng Kee Seng percaya dalam demokrasi yang sihat, setiap rakyat Malaysia mempunyai peranan dalam politik dan pembinaan negara. 


Penyelewengan audit antara punca hutang 1MDB bertimbun – Tony Pua

Posted: 23 Mar 2015 04:18 AM PDT

tony_pua_forum_krisis_selangor

Roketkini.com


 
PETALING JAYA: Pendedahan terbaru Sarawak Report mengenai syarikat audit KPMG yang bersubahat menutup skandal kerjasama 1MDB PetroSaudi dengan 1MDB dalam penyata kewangan Mac 2010 mengecewakan seluruh rakyat Malaysia.

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua mengatakan bukti KPMG terlibat dalam penipuan jelas apabila Sarawak Report mendedahkan satu emel bertarikh 9 Jun 2010 antara Ketua Pegawai Pelaburan 1MDB Nik Kamil dan Ketua Pengarah Eksekutif PetroSaudi Patrick Mahoney.

"Emel itu sendiri menjadi bukti kukuh KPMG bukan sahaja bersubahat untuk menutup usaha sama itu, bahkan mereka juga memberikan nasihat kepada 1MDB tentang bagaimana untuk melaksanakan penyembunyian transaksi perjanjian mengikut kehendak mereka," kata Tony.

Menurut beliau lagi, kegagalan KPMG untuk bertindak secara berintegriti dan mandiri dalam menjalankan audit telah menyebabkan 1MDB mengumpul hutang yang menggunung.

"Tindakan mereka membantu menyembunyikan usahasama 1MDB dan 1MDB PetroSaudi telah membolehkan 1MDB terus bertindak secara sembarangan memberikan lebih banyak wang tunai kepada PetroSaudi.

"Akibatnya, 1MDB mengumpul hutang raksasa RM42 bilion walaupun baru empat tahun beroperasi. Jelas sekali KPMG sudah mengecewakan seluruh rakyat Malaysia," tegas Tony.

Sarawak Report pada 20 Mac lalu mendedahkan bukti yang menunjukkan bahawa dalam melakukan audit untuk 1MDB, KPMG membuat 'pengubahsuaian' ke atas akaun syarikat itu untuk tempoh sehingga Mac 2010.

Menurut laporan laman web berkenaan, antara 'pengubahsuaian' yang dibuat ialah meminda tarikh dokumen yang disebut dalam laporan audit, selain meminda perjanjian yang pernah ditandangani 1MDB. -Roketkini.com


DAP Sabah beku kerjasama dengan PAS, cabar BN Sabah nyata pendirian tentang ‘Hudud Kelantan’

Posted: 23 Mar 2015 04:17 AM PDT

jimmy wong

 Roketkini.com

 
KOTA KINABALU: DAP Sabah hari ini membekukan sebarang kerjasama dengan PAS Sabah sekaligus mencabar Barisan Nasional Sabah menyatakan pendirian tentang pelaksanaan 'Hudud Kelantan'.

Pengerusi DAP Sabah Jimmy Wong dalam kenyataannya mengatakan sebab keputusan pembekuan kerjasama itu adalah berikutan tindakan PAS mengkhianati dan membelakangi perjanjian persefahaman bersama Pakatan Rakyat apabila PAS Kelantan meluluskan Enakmen Syariah II (1993) 2015 tempohari.

"DAP Sabah melihat senario di Kelantan ini sebagai satu kegagalan terbesar PAS berpegang pada janji dalam kerjasamanya dengan Pakatan Rakyat.

"PAS juga memperlihatkan kegagalan parti apabila terjerumus dalam mainan politik kotor UMNO. Keadaan ini turut menjejaskan kerjasama DAP dan PAS di Sabah," jelas Jimmy yang juga Ahli Parlimen Kota Kinabalu itu.

Jimmy menyatakan DAP Sabah tegas membantah pelaksanaan hudud bukan kerana ia undang-undang Islam tetapi kerana enakmen yang digubal di Kelantan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Merujuk Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan, ia menyatakan bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara yang menjadi sumber kepada semua undang-undang.

"Manakala Perkara 75 pula menyatakan bahawa mana-mana undang-undang negeri yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan adalah terbatal.

Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan telah meluluskan Enakmen Jenayah Syariah dengan mendapat sokongan UMNO negeri itu. Jimmy mengatakan ia adalah satu tamparan hebat kepada rakyat Sabah yang dikuasai Barisan Nasional dengan memenangi 48 daripada 60 kerusi DUN yang dipertandingkan pada Pilihanraya Umum ke-13 lalu.

"Dengan meluluskan undang-undang hudud yang mendapat restu Umno, PAS telah menjadikan hudud bukan lagi satu isu di Kelantan, ia kini merupakan satu isu besar di Malaysia melibatkan keharmonian dan keluhuran perlembagaan.

"Jika wakil-wakil BN Kelantan yang dikuasai UMNO menyokong perlaksanaan hudud di Kelantan, persoalannya, apakah pendirian wakil-wakil BN Sabah khususnya dari UMNO terhadap perlaksanaan hudud?

"Apa yang menimbulkan kekhuatiran dan tanda-tanya ialah, adakah jaminan Kerajaan Malaysia yang termeterai pada Batu Sumpah Keningau yang antara lain memberikan jaminan terhadap kebebasan beragama dalam Sabah akan dikhianati sekali lagi?" soal Jimmy.

Justeru itu, DAP Sabah mencabar Pengerusi Barisan Nasional Sabah Datuk Seri Musa Aman yang juga Ketua Menteri Sabah dan parti-parti komponennya yang lain seperti Parti Bersatu Sabah (PBS),
Perti Liberal Demokratik (LDP), UPKO, UMNO, Parti Bersatu Rakyat Sabah yang diketuai Tan Sri Joseph Kurup, MCA, Gerakan negeri Sabah dan yang lain menyatakan pendirian mereka di Parlimen sama ada menyokong atau membantah perlaksanaan undang-undang hudud ini.

"Atas semangat Sabah dan Borneo, DAP Sabah juga mencabar agar parti-parti komponen BN negeri ini bertegas dan memutuskan kerjasama mereka dengan kerajaan Barisan Nasional kerana dilihat terlalu lemah dan tidak mampu mempertahankan semangat Perlembagaan Persekutuan," tegas Jimmy lagi. -Roketkini.com


Surat usul RUU hudud bukan khianat

Posted: 23 Mar 2015 04:07 AM PDT


Mahfuz Omar Mahfuz Omar
 
 
 
KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Mahfuz Omar mempertahankan tindakan parti itu yang mengemukakan surat usul supaya Rang Undang-undang Persendirian mengenai hudud dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat kali ini.
 
Beliau menegaskan, tindakan itu dibuat berdasarkan prinsip bersama PR iaitu "bersetuju untuk tidak bersetuju" sekali gus tidak bertentangan dengan keputusan Majlis Pimpinan PR.
 
"Kita hanya menunggu kebenaran Speaker Dewan Rakyat untuk membenarkan atau tidak (bawa RUU) da kita sangat terbuka kepada mana-mana pihak menolak enakmen tersebut.
 
"Kita tiada masalah dengan DAP, kita sudah pun bersetuju dengan DAP tidak bersetuju termasuk menolak dengan apa-apa yang berkaitan dengan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II dan menolak RUU itu," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini, hari ini.
 
 
Beliau berkata demikian mengulas pendedahan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke hari ini mengenai bukti pengkhianatan Pas apabila presidennya mengemukakan surat permohonan untuk membawa RUU mengenai hudud ke persidangan Dewan Rakyat.
 
Dakwanya, surat yang ditandatangani Abdul Hadi itu telah dikemukakan kepada Setiausaha Dewan Rakyat pada 18 Mac lalu bagi membolehkan RUU mengenai bidang kuasa mahkamah syariah itu dibentangkan di Parlimen.
 
Sementara itu, ketika ditanya mengenai kesahihan surat yang didedahkan Anthony hari ini, Mahfuz bagaimanapun mengakui perkara itu benar dan telah disahkan oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali.
 
"Ya, saya dimaklumkan oleh Setiausaha Agung Pas mengatakan memang betul dan telah memasukkan permohonan untuk Rang Undang-undang Persendirian ke sidang Dewan Rakyat nanti," ujarnya.
 
Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena turut menafikan tindakan Pas itu sebagai satu pengkhianatan kerana enakmen mengenai hudud itu sudah wujud sebelum tertubuhnya Barisan Alternatif (BA) dan PR.
 
"Tidak timbul soal khianat, enakmen jenayah itu sudah wujud sejak 1993, ketika DAP keluar BA pun enakmen itu sudah wujud, begitu juga selepas 2008 apabila PR terbentuk, enakmen itu juga sudah, semuanya berlaku dalam keadaan sedar," jelasnya.
 
Tambah Mahfuz, Pas juga bersedia menerima sebarang keputusan jika RUU itu mendapat undian majoriti atau sebaliknya.
 
"Saya fikir semua harus menghormati prinsip demokrasi, tunggu sehingga proses ini selesai.
 
"Apa-apa pun mereka hendak membantah terpulang kepada semua (ahli Parlimen) sebab bukan orang PR sahaja (mengundi) termasuk BN, itu hak demokrasi, kita akur kepada keputusan," katanya lagi.
 
 

Isu GST: 106 soalan untuk kastam

Posted: 23 Mar 2015 04:05 AM PDT


Isu GST Peserta demonstrasi Protes Bantah GST dikawal oleh pasukan LSF di hadapan Pejabat Kastam Kelana Jaya, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
 
 
 
KELANA JAYA - Sebanyak 106 soalan berkaitan GST diberikan kepada kastam, dalam satu himpunan bantah GST di pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Dalam himpunan itu, sekumpulan individu yang mendakwa mewakili Gabungan Bantah GST melibatkan pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) hadir menyuarakan bantahan tersebut yang berlangsung pada jam 11 pagi.

Antara soalan yang diajukan antaranya, penggunaan kad kredit yang dikenakan GST, pembelian rumah, pengecualian GST terhadap Orang Kelainan Upaya(OKU) dan strategi kerajaan bagi memastikan harga barang berpatutan.

Difahamkan, bagaimanapun, soalan tersebut tidak akan secara langsung, tapi hanya akan dijawab melalui surat bertulis.

Demonstrasi turut dihadiri beberapa pemimpin pembangkang seperti Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli, Sasterawan Negara, A Samad Said serta pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard.

Kini, sehingga jam 3.30 petang, peserta demonstrasi masih belum bersurai. Seramai lebih 100 anggota polis termasuk Pasukan simpanan Persekutuan (FRU) turut ditempatkan, bagi menjaga keadaan.


Siling stesen LRT Masjid Jamek runtuh

Posted: 23 Mar 2015 04:03 AM PDT


Siling stesen LRT Masjid Jamek runtuh
 
 
 
SHAH ALAM - Sebahagian siling bumbung stesen LRT Masjid Jamek dilaporkan runtuh, petang tadi.
 
Melalui beberapa foto yang diperolehi dari Twitter, kawasan berkenaan sudah ditutup dari kegunaan orang ramai.
 
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
 
 

Rara, ‘Superman’ antara 79 ditahan ketika Duduk Bantah GST

Posted: 23 Mar 2015 03:59 AM PDT

bantah gst

Roketkini.com


raraKELANA JAYA: Penyelaras Impian Kelantan, Young Syefura Othman (Rara) dan Pensyarah Kanan Akademi Sosial Demokrasi DAP Dr Hew Kuan Yau antara 79 orang yang ditahan ketika melakukan duduk bantah sebagai protes pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di kompleks Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kelana Jaya hari ini.

Kesemua peserta duduk bantah ditangkap polis selepas enam jam berada di situ bagi mendesak Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia menjawab 106 soalan berhubung pelaksanaan cukai GST.

Kekecohan mula terjadi apabila Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Azmi Abu Kassim menyatakan bahawa wisma itu akan ditutup kerana waktu pejabat sudah tamat.

Sejurus selepas kenyataan Azmi, kekecohan mula berlaku dan pihak berkuasa mula menangkap
superman

peserta demostrasi dan berlaku pergelutan

Rara dalam kiriman whatsapp yang dibaca Roketkini.com menyatakan, 19 wanita antara yang ditahan dan kini mereka sedang dibawa ke Ibu Pejabat Polis daerah Kelana Jaya.

"Mereka sumbat (peserta himpunan) ramai-ramai ke dalam trak. Sesak," tulis Rara dalam kiriman Whatsapp.

Tambah Rara, pihak polis turut berkasar ketika melakukan tangkapan, termasuk antaranya anggota polis lelaki yang ditugaskan untuk menangkap peserta wanita. – Roketkini.com

DAP perlu lebih bersabar

Posted: 23 Mar 2015 03:54 AM PDT



Oleh Omar Mohamed


Idea yang dikemukakan LKS untuk membentuk pakatan baharu memaparkan sikap "longgar" beliau terhadap Pakatan Rakyat dalam mempertahankan ruh perlembagaan Malaysia sedia ada.

Bagi saya, Idea itu tidak membantu Malaysia ke arah sebuah negara bermaruah dan berintegriti. Penyakit lama yang ada dalam Barisan Nasional akan kekal dan berulang dengan pakatan baharu itu.

Ketakutan beliau terhadap kehilangan sokongan membawanya kepada idea pakatan tersebut yang hanya mengulangi pembentukan BN wajah baharu dengan skala lebih besar dan tiada jaminan kesempurnaan mengikut acuan dan cita-cita PR.

Apa yang beliau perlu lakukan pada perkiraan saya ialah hilangkan kebimbangan beliau terhadap usaha kerajaan Kelantan. Lebih tenang dan respon dengan melihat jauh ke hadapan. Jauhkan emosi dan kegopohan.

Kemudian beliau boleh mempengaruhi pimpinan DAP pusat agar menangguhkan sebarang keputusan berkaitan kerjasama dalam PR sehingga Umno memberikan pendirian rasmi.

Jika Umno Malaysia menolak hudud Kelantan, PR masih memiliki "petrol" untuk terus bergerak ke hadapan. Ini kerana, jalan untuk ianya diluluskan di Parlimen semakin sempit. Sesuatu yang memang mendukakan PAS namun itulah realitinya. PAS bersendirian, belum mampu menjayakan pelaksanaannya.

Jika Umno bersetuju, nantikan sama ada ianya akan lulus di peringkat Parlimen atau sebaliknya.

Sekiranya hudud akhirnya terlaksana di Kelantan, ketika itulah DAP boleh mengambil apa sahaja sikap yang dirasakan wajar pada perkiraannya walaupun akhirnya PR berpecah atau PAS disingkirkan atau mereka meninggalkan PR. Sesuatu yang sudah mustahil untuk dielakkan. Bukankah itu namanya prinsip perjuangan masing-masing didahulukan?

Namun, kesepakatan berhadapan dengan BN dalam pilihan raya akan datang masih boleh diteruskan. Sama ada ketika itu formasinya ialah PR + PAS atau PR + DAP, kejatuhan BN pasti akan mencantumkan semula ketiga parti ini.

Apakah DAP yakin dan percaya Umno akan melepaskan hudud Kelantan untuk dilaksanakan? Fikirlah berkali-kali. Ramai penganalisa melihat, agak mustahil untuk Umno melepaskan hudud di Parlimen pada ketika ini.

Justeru, DAP perlu lebih bersabar.

Allah lebih tahu.

Jangan asingkan klinik dengan farmasi

Posted: 23 Mar 2015 03:52 AM PDT




Oleh SUBKY LATIF 


LIMA belas tahun lalu saya ke Istanbul. Pagi esoknya saya diserang gout. Amat bisa dan tidak dapat  berjalan.  Saya dibawa ke klinik. Macet Istanbul sama dengan lain-lain bandar raya di dunia. Berengsot motokar hendak sampai ke klinik.
   
Klinik memberi sehelai kertas preskripsinya bagi mendapatkan ubat di sebuah farmasi. Klinik itu mengenakan caj konsultasi perubatan saja. 

Hendak ke farmasi jaraknya tidak jauh, tetapi tidak pula dekat. Gout tidak melayakkan saya berjalan. Jika tidak berjalan pun amat seksa bisanya, apa lagilah berjalan. Susahnya hendak dapat teksi di kota macet itu.
   
Di farmasi diberilah saya ubat. Antaranya ubat cucuk pakai dan buang. Lima atau enam tiub. Lepas digunakan tiub itu dibuang. Satu tiub sepagi.
   
Bagaimana kalau kita tidak ada pengalaman untuk cucuk diri sendiri? Satu masalah yan susah.
    
Nasib baik isteri saya jururawat terlatih. Tidaklah susah dia hendak suntik di bahagian paha dekat dengan punggung. Kalau isteri cikgu atau suri rumah yang tiada kamahiran itu, bukankah suatu yang jadi masalah juga.
    
Ubat itu tidak memberi kesan yang segera. Di klinik dalam negeri, saya diserang gout di tempat yang tidak tentu. Kadang-kadang di Alor Setar, kadang-kadang di Kuala Lumpur, dan pernah juga di Jakarta. Ubat yang diberi di klinik itu juga. Tidak terpaksa terseksa pergi ke farmasi di luar  klinik.
   
Biasanya diberi ubat suntik juga. Doktornya sendiri yang menyucuk jarum ke paha. Tiada lagi suntikan lain. Memadai sekali itu. Sekejap kemudian hilanglah bisanya, Tinggal bengkak saja. Adalah klinik itu bekalkan ubat makan unntuk beberapa hari.
    
Dua jam selepas diinjek saya sudah boleh berjalan. Tidak perlu dipimpin lagi.
    
Senangnya saya jadi rakyat Malaysia yang tidak terpisah klinik  dengan farmasi.
   
Akan ubat cucuk di Turki tadi, tiga empat hari tidak hilang lagi sakitnya.
    
Tidak dapat kita hendak kata, kerana ubatnya tidak sama di negeri kita dengan di Turki. Saya seminggu saja di sana, maka  tidak banyak saya berjalan di bandar itu.
   
Apapun sistem yang terpakai di Malaysia sehingga ini adalah terbaik untuk kita. Tidak perlu pesakit yang mendapat rawatan di klinik terpaksa ke tempat lain untuk mendapatkan ubat dan rawatan. Orang demam, orang sakit kepala, gout dan lelah dapat rawatan dan ubat daripada doktor di klinik itu saja.
  
Lainlah kalau ubat yang jarang digunakan di klinik, baru doktor nasihatkan kita dapatkan ubat yang kadang-kadang harga tinggi juga di farmasi. Biasanya semua kita dapat di klinik itu saja.
  
Adalah benar farmasi pun nak makan juga. Kalau orang dapatkan ubat di klinik, nanti tutuplah farmasi. Biasanya manusia ini tidak ada yang tidak sakit. Kedai singse – kedai ubat Cina. Tiada doktor menasihatkan pesakit pergi ke kedai ubat Cina, tetap kedai ubat Cina ada di banyak lorong. Semua boleh berniaga dan cari makan.
   
Maka teruskanlah cara yang ada sekarang. Kerajaan dan kementerian kesihatan jangan gatal hendak mengadakan rawatan di klinik, ubat beli farmasi. Transformasikan apa yang tidak licin. Yang sudah elok usah disusahkan.

Terengganu sedia ikut jejak Kelantan laksana hudud

Posted: 22 Mar 2015 10:31 PM PDT


Ahmad Razif Abdul Rahman Ahmad Razif Abdul Rahman
 
 
 
KUALA TERENGGANU - Terengganu sedia mengikut jejak langkah Kelantan melaksanakan undang-undang hudud.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, proses ke arah itu akan diperhalusi termasuk melihat bagaimana ia dilaksanakan di Kelantan.

"Jika masyarakat faham dan bersedia, Terengganu tiada masalah untuk melaksanakannya," katanya.

Dun Terengganu telahpun meluluskan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu pada 2002.
 
Menurut Ahmad Razif, enakmen itu akan diperhalusi dan pelaksanaannya dibuat secara beransur-ansur.

"Biar masyarakat faham dahulu dan kita tidak menimbulkan kontroversi, insya-ALLAH. Penerimaan bukan Islam juga perlu diberikan perhatian supaya perlaksanaan dapat dibuat dengan lancar," katanya.

 Ahmad Razif berkata, buat masa ini, kerajaan negeri mahu memberi fokus pada integriti iaitu daripada aspek ingin membawa Islamisasi di Terengganu.

"Integriti juga konsep Islam, kita berikan penekanan pada perkara ini dahulu," katanya.

Menurutnya, pendekatan yang diamalkan Terengganu kini adalah tarbiah iaitu mendidik masyarakat ke arah memperkukuhkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan.

"Sebab itu Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) diminta melaksanakan dari segi konsep tarbiah dan mendidik, iaitu konsep memberi nasihat terlebih dahulu sehingga rakyat faham.

Begitu juga dengan pelaksanaan hukum di Terengganu, apa yang perlu dilakukan ialah secara berhemah dan berperingkat supaya rakyat lebih faham kerana jika tidak, ia akan menimbulkan banyak kontroversi serta rasa tidak puas hati," katanya.

Dalam pada itu, beliau mengucapkan tahniah dan menyokong perlaksanaan hudud di Kelantan, setelah lebih 20 tahun undang-undang itu diluluskan pada 1993.

Ahmad Razif berkata, sebagaimana wakil rakyat Umno Kelantan menyokong pelaksanaan undang-undang Islam itu, beliau mengharapkan Pas akan turut mendapatkan sokongan di peringkat parlimen kelak.

"Kita sedia maklum, kalau mengharapkan sokongan ahli Parlimen Umno sahaja, tidak cukup. Jadi dia (Pas) kena pastikan PR turut menyokong. Kalau PR sendiri tidak menyokong, saya tidak tahulah.

"Jadi saya harapkan pihak Pas tarbiahkan dahulu rakan-rakan PR supaya mereka menyokong, seperti Umno menyokong pelaksanaan hudud," katanya selepas pelancaran Majlis Perundingan Integriti Negeri Terengganu (MPINT) di Wisma Darul Iman, semalam.
 
 

Pemandu teksi mogok jika tambang baharu batal

Posted: 22 Mar 2015 10:11 PM PDT


Pemandu teksi mogok jika tambang baharu batal Pemandu teksi mendesak pengumuman kenaikan harga tambang dikekalkan.
 


KUALA LUMPUR - [KEMASKINI] Kira-kira 37,000 pemandu teksi di seluruh Lembah Klang akan melancarkan mogok sekiranya kadar tambang baharu yang diumum Suruhanjaya Pengangkutan Awam (SPAD) ditangguh dan dibatal Kabinet.

Pengerusi Badan Bertindak Pemandu Teksi Bermeter (BBPTB), Amran Jan berkata, pemandu teksi berdaftar menyokong apa yang diumum sebagai sesuatu relevan dan membantu peningkatan taraf hidup golongan itu keseluruhannya.

Katanya, seluruh pemandu teksi akan meneruskan kadar tambang baharu itu selagi tidak diumum ditangguh atau batal.

Namun, jika SPAD akur dengan arahan Kabinet, pihaknya akan menganjur himpunan pemandu teksi untuk nyatakan pendirian terhadap isu itu.

Katanya, jika Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar ada menerima tekanan dengan tindakan diambil, pemandu teksi akan berdiri teguh di belakang beliau.

"Itu hak kami (kenaikan tambang teksi), dah beri jangan tarik balik. Kami tidak akan layan bantahan mana-mana pihak," katanya ketika berhimpun bersama kira-kira 100 pemandu teksi sekitar Lembah Klang di Jalan Cochrane, semalam.

Amran berkata, antara 40 hingga 50 peratus ahli daripada 22 persatuan bernaung bawah BBPTB sudah menukar meter baharu dan menanggung kos sehingga RM161.

Sekiranya ditangguh, pihaknya mempersoalkan siapa yang tanggung kos terbabit, kelak.

"Kami dah tunggu sejak enam tahun lalu, sebelum ni dah tiga kali tertangguh dan terpaksa menanggung peningkatan kos penyelenggaraan teksi sehingga 45 peratus," katanya.

Amran menolak alasan diberi kerajaan yang mengatakan SPAD tidak berbincang dengan kementerian terlebih dahulu.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia (PERS1M) Kamarudin Mohd Hussain, percaya kenaikan kadar tambang diumum pada 19 Mac lalu susulan penyerahan memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, ia perlu kerana kadar sama kekal sejak 2009.

"Pemandu teksi  tidak dapat 100 peratus faedah pun daripada kenaikan tambang yang diumum, hampir 75 hingga 85 peratus daripada jumlah akan dipotong untuk pihak syarikat, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) dan syarikat insurans," katanya.

Sementara itu, semalam akhbar melaporkan Kabinet meminta SPAD menangguhkan kenaikan kadar tambang baharu pengangkutan awam seperti diumum, tiga hari lalu.

Hudud: Ayam Terlepas Tangan Berbau Tahi!

Posted: 22 Mar 2015 10:04 PM PDT

KELAB GREENBOC



 

Umno sokong hudud hanya untuk pecahbelah Pakatan, kata penganalisis

Satu-satunya tujuan Umno menyokong hudud sekarang ialah untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat (PR), menurut penganalisis politik yang mengatakan, apabila rang undang-undang itu sampai ke Parlimen, soal mengundi untuknya tidak penting kerana kerosakan sudah pun terjadi. Mereka menolak dakwaan ahli Parlimen Umno yang menyokong hudud penting bagi memenuhi ajaran Islam, dengan mengatakan apabila tiba masanya, parti itu mungkin tidak akan menyokong rang undang-undang itu kerana ia mengundang risiko kemarahan sekutu mereka di Sabah dan Sarawak.

"Tujuan Umno menyokong rancangan hudud ialah untuk memecahkan PR. Dengan pembentangan rang undang-undang hudud di Kelantan, PR sudah di ambang kemusnahan," kata Dr Mohd Faisal Syam Abdol Hazis, pensyarah kanan Jabatan Pengajian Politik, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).

"PR tidak boleh diteruskan jika PAS berkeras menghidupkan semula agenda hudud. Jadi, jika PR musnah sebelum pembentangan usul itu di Parlimen, Umno boleh senang lenang tidak menyokong rang undang-undang itu bagi memastikan BN tidak terjejas."

Pengarah Merdeka Center, Ibrahim Suffian berkata, sokongan Umno terhadap hudud mungkin merupakan satu pembohongan, terutamanya memandangkan langkah itu tidak akan diterima baik oleh BN Sabah dan Sarawak.

Katanya, kemusnahan pakatan pembangkang merupakan peluang terbaik Barisan Nasional (BN) untuk terus hidup, susulan tekanan yang diterima akibat pertumbuhan ekonomi yang perlahan dan cabaran yang dihadapi kepimpinan Perdana Menteri.

"Menariknya, pemimpin kanan PAS seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Haron Din terpedaya dengan rancangan bijak BN memecahbelahkan pembangkang, tanpa menyedari PAS yang akan rugi besar apabila pengundi bukan Islam menolak mereka, menyebabkan ia hilang semua kerusinya di Semenanjung.

"Saya setuju yang BN Sabah dan Sarawak tidak akan setuju dengan hudud kerana ia akan melemahkan kedudukan mereka sendiri,"
kata Ibrahim kepada The Malaysian Insider.

Dr Lim Teck Ghee, pengarah Pusat Kajian Dasar, juga bersetuju, sambil mengambil maklum yang masyarakat Kristian dan bukan Islam di Malaysia Timur mempunyai pegangan yang besar dari segi kebebasan beragama di negara ini.

"Tidak diketahui ramai yang Sabah dan Sarawak mempunyai jumlah penduduk bukan Islam yang besar yang undian mereka boleh menentukan gabungan parti mana yang akan memenangi kuasa di peringkat persekutuan, terutamanya ketika pilihan raya umum dengan persaingan sengit.

"Dan bukan orang bukan Islam sahaja yang bimbang dengan kes pencerobohan terhadap isu agama dan kebebasan sivil lain," kata Lim.

Bagaimanapun, Faisal berkata, sekiranya Umno mengundi menyokong rang undang-undang itu di Parlimen kelak, ia tidak akan membawa kepada perpecahan dalam Barisan Nasional (BN).

"Sabah ditadbir Umno, manakala Sarawak ditadbir sebuah parti yang dikuasai Bumiputera Islam. Umno ialah parti yang sangat dominan hinggakan parti BN yang lebih kecil tidak akan berani menarik diri daripada gabungan itu.

"Melalui naungan atau malah ancaman, gabungan itu boleh kekal," kata Faisal.

Hadi memohon membentangkan rang undang-undang persendirian itu di Parlimen ketika sesi Dewan Rakyat yang sedang berlangsung sekarang hingga 9 April, bagi membolehkan Kelantan menguatkuasakan undang-undang hudud, walaupun terdapat bantahan daripada PKR dan DAP.

Rang undang-undang bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, yang mengehadkan kuasa mahkamah Syariah kepada denda maksimum RM3,000, lima tahun penjara dan enam kali sebatan.

Satu pindaan diperlukan terhadap akta ini bagi membolehkan pindaan hudud Kelantan itu dikuatkuasakan. Bagaimanapun, sekutu PAS dalam PR berkata, hudud bukan sebahagian daripada pendirian bersama pakatan itu dan ia lantang bersuara menentang.

DAP akan bermesyuarat pada Isnin bagi mengkaji semula hubungannya dengan PR, selepas merasakan "dikhianati" PAS apabila Dewan Undangan Negeri Kelantan membentangkan dan meluluskan pindaan kepada enakmen itu minggu lalu.

PKR hari ini mengumumkan ia tidak akan menyokong rang undang-undang hudud PAS itu sekiranya ia dibentangkan di Parlimen, mengatakan parti Islam itu bertindak secara unilateral dalam hal itu dan membelakangkan keputusan Majlis Pimpinan PR.


PAS PERLU MENGENALI SIAPA RAKAN SEBENAR…

Mungkin PAS 'melatah' ekoran daripada 'geletek' UMNO yang mahu bekerjasama dalam menegakkan hukum Hudud di Kelantan. Dan telahpun dibuktikan oleh BN (UMNO) tentang hakikat demikian apabila kesemua ADUN UMNO menyokong cadangan PAS. Samada sokongan BN (UMNO) itu tulin atau hanya mainan politik hanyalah mereka yang terlibat sahaja yang tahu. Ataupun mungkin mereka telahpun awal-awal mendapat 'arahan' daripada Puterajaya supaya 'berlakon' sedemikian rupa demi untuk melihat perpecahan dalam Pakatan Rakyat. Mungkin.

Kepimpinan UMNO sedar dan amat faham bahawa 'Hudud' adalah merupakan 'soft spot' parti PAS terutamanya kepimpinan ulama mereka. 'Hudud' adalah merupakan perjuangan 'hidup mati' parti PAS dan mungkin 'perjuangan hidup mati' ahli PAS itu dianggap sesuatu yang tulin. Namun mengenali UMNO yang penuh dengan tektik politk dan strategi, ramai yang merasa sangsi tentang ketulinan kerjasama yang dijalinkan demi untuk melaksanakan Hudud itu. Dan sehingga kini DS Najib atau kepimpinan tertinggi UMNO lain belum pun membuat apa-apa keputusan dan pendirian mengenai Hudud ini. Dan sekirannya berdasarkan kepada keputusan UMNO yang telah lalu sememangnya mereka belum bersedia menerima Hudud.

Satu hal yang amat jelas yang berkemungkinan tidak akan dapat dilaksanakan hukum Hudud di negara ini ialah jika ditinjau dari segi kedudukan perlembagaan negara. Jelas dalam Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa undang-undang negeri mestilah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Perkara 75 menyatakan, undang-undang negeri yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan adalah terbatal dengan sendirinya. Maknannya perlu mendapat kelulusan di peringkat parlimen terlebih dahulu. Maknanya tentulah tidak mudah untuk mendapat persetujuan kesemua anggota parlimen terutama wakil bukan Islam.

Sepatutnya sebelum ucapan yang 'berapi-rapi' dan 'ratap tangis' di DUN Kelantan (baru-baru ini) apabila membahaskan tentang Hukum Hudud, ADUN seeloknya terlebih dahulu mengkaji implikasi keputusan yang dibuat di DUN berkenaan. Mentadbir negeri atau negara bukan boleh merupakan langkah 'syok sendiri' berdasarkan sentimen dan emosi kerana negara kita mempunyai perlembagaan dan undang-undang yang telah dirangka dengan penuh berhati-hati oleh pemimpin kita yang terdahulu.

PAS pernah dikecewakan oleh UMNO dalam tahun 1977. Mungkin pemimpin muda dalam PAS tidak tahu 'penangan' UMNO ketika mengadakan kerjasama dengan PAS pada tahun berkenaan. TG Nik Aziz amat tahu dan faham hal sebegini. Dan dengan sebab beliau benar-benar tahu 'perangai' UMNO itulah yang telah menyebabkan arwah TG Nik Aziz seolah-olah 'berkerat rotan dan berpatah arang' dengan UMNO. Dan kemungkinan munculnya keghairahan yang luar biasa untuk bekerjasama dengan UMNO oleh kepimpinan PAS (khususnya golongan ulama) kini berpunca daripada 'kejahilan' mereka tentang tektik dan tindak tanduk politik UMNO.

Yang jelasnya kini ialah apa yang dilakukan oleh PAS itu sudah dapat dilihat oleh rakan dalam Pakatan Rakyat sebagai 'mata berpandangan budi kedapatan'. Apa tidaknya segala kenyataan yang dikeluarkan oleh para pemimpin PAS berkaitan dengan Hudud sudah boleh 'menusuk ke jantung hati' siapa yang termakan cili dan akan terasa pedasnya.

Kenyataan TG Haji Hadi yang merasakan bahawa dia lebih mementingkan wawasan akhirat daripada wawasan dunia sudah melambangkan bahawa tindakannya itu ibarat 'membujur lalu melintang patah'. Ditambah pula dengan kenyataan daripada YAB Menteri Besar Kelantan yang terang-terang menyatakan bahawa sesiapa yang tidak menyokong Hudud adalah golongan yang tidak beriman. Dan jelas juga ditujukan kepada rakan dalam Pakatan ia itu PKR dan DAP khususnya dan rakyat yang beragama Islam umumnya.

Dengan tindakan yang dilakukan oleh PAS seolah-olah sudah jelas 'sekilas ikan diair sudah diketahui jantan betinanya'. Kelihatan dengan jelas juga bahawa seolah-olah PAS tidak begitu peduli 'hati dan perasaan' rakan dalam Pakatan. Seolah-olah rakan dalam Pakatan tidak begitu penting berbanding dengan 'rakan baru' yang menampakkan lebih akrab. Lagipun apa yang telah berlaku berkaitan dengan kenyataan dan tindakan TG Haji Hadi 'melukakan' hati dan perasaan Dr Wan Azizah ketika berlaku kemelut politik Selangor masih segar dalam ingatan rakan-rakan dalam Pakatan. Dan tindakan yang mirip sebagai sabotage kepada calon tajaan PKR ( Dr Nasir ) di ADUN Subang dalam PRU 13 yang lalu juga masih segar dalam ingatan juga.

Kesemua ini menampakkan seolah-olah 'langkah-langkah awal' kepimpinan PAS terutama Presidennya sendiri untuk tidak begitu 'mementingkan menjaga hati kawan'. Seolah-olah beliau berkata,' apa nak jadi, jadilah…" Mungkin aku tersilap.

Isu hubungan DAP-PAS adalah merupakan isu 'duri dalam daging'. Dan sekiranya dilihat dalam konteks parti Pakatan Rakyat pula ia merupakan isu yang membabitkan Pakatan Rakyat juga terutama setelah Anwar Ibrahim tidak berada bersama-sama. Sepanjang kewujudan Pakatan Rakyat kelihatan PAS hanya akan bersama dan 'berbaik-baik' dengan komponen dalam Pakatan sekiranya 'prsahabatan' demikian menguntungkan mereka.

Tetapi sekiranya mereka merasakan bahawa 'persahabatan' itu tidak menguntungkan mereka, maka tindakan mereka tidak seperti 'cubit peha kanan, peha kiri terasa sakitnya'.Nampak semacam begitu.

Aku tidak mempunyai bukti jelas tetapi umumnya sebagaimana yang dapat aku lihat kepimpinan ulama dalam PAS sememangnya tidak secocok dengan perjuangan Pakatan Rakyat khususnya DAP. Aku tidak pula menyalahkan mereka yang menyebabkan keadaan terjadi sedemikian. Ada sebab-sebab tertentu yang menyebabkan mereka merasa 'terasing' dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, terutamanya dengan DAP. Seolah-olah 'Persahabatan' yang dijalinkan buat sementara waktu itu hanya untuk kepentingan untuk memenangi pilihanraya semata-mata. Boleh juga diibaratkan seperti 'melepaskan batuk di tangga'.

Namun begitu telah terbukti bahawa dengan adanya kerjasama antara PKR,DAP dan PAS telah sedikit sebanyak memberikan harapan untuk menumbangkan BN pada pilihanraya akan datang. Telah dibuktikan kejayaanya pada PRU 13 yang lalu. Atas perkiraan sedemikian jugalah agaknya maka BN bersungguh-sungguh benar untuk memecahkan perpaduan Pakatan Rakyat itu walau dengan apa cara sekalipun.

Dan PAS kena berfikir panjang-panjang untuk memilih 'rakan' seperjuangan. Kepada kepiminan PAS (terutama kepimpinan ulamanya) "Tepuk dada tanya iman'. Orang tua-tua kata,' tepuk dada tanya selera'.
-abuhassanadam.blospot.com



ULASAN GB

Maka berlakulah apa yang dinamakan "krisis Hudud". Bagi ulama PAS ia kini sudah menjadi keutamaan. Walaupun Hj. Hadi sebelum ini menyatakan Hudud bukan Keutamaan.




Tiada istiqamah. Dan berlakukah tikam menikam. Mereka lupa akan hukum alamiah, hukum kebenaran dan keadilan bahawa: satu hari anda menikam orang lain, anda bakal ditikam pula. "Sunatullah" tidak pernah berdusta, dan sunnatullah juga tidak pernah berubah. Itu janji Allah swt.



Ada pula berkata, "kita tak hiraukan niat UMNO BN kerana ikhlas tak ikhlas itu bukan urusan manusia". Tetapi mereka terlupa dengan pesanan Rasulullah saw supaya jangan masuk lubang biawak dua kali. Mengapa bodoh sangat?

Ada pula yang berhujjah, kita hendak mencapai redha Allah, walaupun tak ke Putrajaya.
Kita kata: kita hendak ke Putrajaya bersama dengan redha Allah.
Kedua-duanya itu berbeza dari sudut tekad dan implikasinya.

Memang benar kata Ustaz Kamal Koh Abdullah, bahawa yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Hudud terlepas, hubungan dengan rakan PR punah ranah dan dan matlamat ke Putrajaya musnah.


Dengan kata lain, ayam terlepas tangan berbau tahi....


'Sejarah buktikan PAS boleh hidup sendirian'

Posted: 22 Mar 2015 09:56 PM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata beliau yakin PAS boleh hidup tanpa PKR dan DAP jika ditakdirkan Pakatan Rakyat berpecah selepas ini ekoran ketegasan parti itu mahu melaksanakan hukum hudud.

Beliau berkata sepanjang berada dalam gabungan pembangkang itu, PAS beberapa kali disisihkan rakan sekutunya sehingga terpaksa berjuang bersendirian dalam pelbagai isu, lapor Utusan Malaysia hari ini.

Dalam laporan itu juga, beliau berkata PAS akan meneruskan perjuangan membentang rang undang-undang berkaitan hudud ke Dewan Rakyat walaupun PKR dan DAP tidak menyokongnya.

"Kalau betul PKR pun tak nak bersama kita, kita terima hakikat. Kita tak boleh paksa dia ikut juga. Apa yang penting kita kena teruskan hudud sebab ini memang perjuangan PAS

"Andai Pas balik ke asal iaitu bersendirian pun kita terima hakikat, tetapi sejarah membuktikan kita tetap boleh `hidup' walaupun sudah beberapa kali bersendirian," katanya seperti dilapor akhbar itu.

Mohd Amar berkata jika PKR dan DAP terus membantah dan menghalang usaha parti Islam itu, maka tindakan tersebut tidak menguntungkan kedua-dua parti berkenaan.

Beliau yang juga timbalan pengerusi Jawatankuasa Teknikal Hudud berkata bantahan tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana hanya akan merugikan keseluruhan Pakatan Rakyat.

Kelmarin Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan bahawa parti itu tidak akan menyokong rang undang-undang persendirian mengenai hudud yang akan dibawa oleh PAS sekiranya dibentangkan di Parlimen kerana keptuusan PAS itu dibuat secara "unilateral".

Manakala Setiausaha DAP LIm Guan Eng pula mengkritik Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mendakwa pemimpin tertinggi parti itu sebagai melakukan "pengkhianatan bersiri"  ekoran kedegilan PAS Kelantan untuk melaksanakan hudud dan ketidakupayaan Abdul Hadi untuk mengotai janji-janjinya. 
 
 
 

Hadi bidas DAP dakwa PAS 'khianat'

Posted: 22 Mar 2015 09:54 PM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menempelak tindakan "keterlaluan" DAP yang mendakwa parti itu "khianat" dalam Pakatan Rakyat kerana berkeras mahu melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

Katanya, perkara itu tidak berbangkit kerana tokoh DAP Lim Kit Siang menandatangani kenyataan bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk "bersetuju untuk tidak bersetuju" dalam pelaksanaan hukum Islam itu, pada 2011, lapor Utusan Malaysia hari ini.

Dalam laporan itu, MP Marang itu juga berkata ketiga-tiga parti bersetuju bahawa pelaksanaan hudud adalah hak kerajaan Kelatan dan PAS memberi ruang kepada DAP untuk tidak bersetuju dalam parkara itu.

"Kami tidak halang mereka untuk tidak setuju. Kami bukan orang Melayu yang mudah lupa. Kami orang Islam yang tidak lupa," katanya dipetik.

"Macam dalam isu pilihan raya PBT (pihak berkuasa tempatan), kami (PAS) tidak setuju, tapi DAP tetap kemukakan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN). Kami diam, tapi mereka tidak diam (dalam isu hudud). Itu bezanya," katanya lagi.

Beliau mengulas dakwaan DAP bahawa PAS khianat dan sengaja memprovokasi untuk memecahbelahkan Pakatan kerana terus berkeras mahu melaksanakan hudud di sebalik bantahan parti sekutu dalam gabungan pembangkang itu. 
 
 

'Tak tahulah kalau DAP ada agenda tersembunyi'

Posted: 22 Mar 2015 09:51 PM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
PAS Kelantan mempersoalkan kenapa DAP terus berkeras untuk menghalang usaha mereka melaksanakan hudud di Kelantan sedangkan perkara itu tidak melibatkan golongan bukan Islam.

Malah, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, usaha itu dijalankan berdasarkan kerangka undang-undang dan demokrasi, melalui Parlimen.

Mohd Amar juga berkata telah membangkitkan perkara itu kepada Lim Kit Siang sendiri berhubung perkara itu dalam pertemuannya dengan pemimpin popular DAP itu di pejabat PAS di ibu negara sebelum ini.

"Kemudian, Lim Kit Siang senyap tak boleh cakap apa. Dia terus diam. Dia tak jawab yang saya hujah.

"Jadi sebab itu saya tak faham kenapa berkeras lagi, kecuali dia ada suatu agenda tersembunyi, kita tak tahu," katanya.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini baru-baru ini, Mohd Amar mengulas pelbagai perkara melibatkan usaha mereka, termasuk kemungkinan usaha itu tersangkut di peringkat Parlimen, serta tanggapan awam berkaitan hudud.

Malaysiakini: Bagaimana nak dapatkan sokongan dua pertiga di Parlimen untuk luluskan Rang Undang-undang Persendirian?

Mohd Amar: Kita dah bincang dengan pakar perundangan, dua-dua ini (Akta 355 dan Perkara 76A(1)) tak perlu dua pertiga kerana kita tak pinda Perlembagaan. Hanya pinda akta, hanya perlu majoriti mudah. Dan Perkara 76A (1) itu bukan pinda tetapi hanya minta kebenaran Parlimen untuk beri kuasa pada DUN gubal peraturan yang bawah bidang kuasa Persekutuan.

Kalau ditolak di Parlimen, apa tindakan seterusnya?

Kalau Parlimen tolak, kita berhentilah. Kita cukup di situ. Kita cari jalan lain pula setakat yang kita boleh buat. Ada dua, tiga pilihan tetapi ini bukan masa yang sesuai untuk terangkan. Sebab kita ada pendapat undang-undang dalam isu ini, dan kita mahu guna cara perlembagaan.

Orang bukan Islam tidak akan terlibat dengan enakmen hudud ini?

Kita dah beritahu sangat jelas. Dulu mungkin ada keraguan sebab kita bagi pilihan (kepada orang bukan Islam). Jadi kita fikir semua pandangan-pandangan, sebab itu (enakmen) yang baru ini kita buang terus (orang bukan Islam). Orang bukan Islam langsung tidak dibicarakan bawah Undang-undang Islam walaupun mereka mahu. Jadi, apa lagi yang hendak dibimbangkan?

Dan saya pun dah sebut dengan (pemimpin DAP) Lim Kit Siang masa kali terakhir berjumpa di pejabat PAS. Lim Kit Siang, (Presiden PKR) Wan Azizah (Ismail) semua ada pada masa itu.

Saya tanya dia (Lim), kawan-kawan kita dalam DAP ini: "You kata you tolak hudud kerana bercanggah dengan perlembagaan dan sekarang PAS ikut prosedur, kita bawa masuk dalam Dewan (DUN), ikut undang-undang.

"Dan dilulus dalam Dewan, kemudian kita bawa ke Parlimen untuk dibentangkan di Parlimen. Jadi ini semua proses demokrasi dan proses Perlembagaan. Jadi apa masalah sebenarnya?

"Kenapa you nak halang? Kalau betul-betul cakap tentang demokrasi, you kena bagi kita lalu. Lepas itu, biar (Dewan) tentukan kita kalah di Parlimen. You nak bahas pun tak apa, you nak reject (tolak) pun tak apa sebab itu hak anda. Tapi jangan hentikan kita di tengah jalan dan jangan halang kita. "

Kemudian, Lim Kit Siang senyap tak boleh cakap apa. Dia terus diam. Dia tak jawab yang saya hujah. Jadi sebab itu saya tak faham kenapa berkeras lagi, kecuali dia ada suatu agenda tersembunyi, kita tak tahu.

Apa dalam hati dia, atau ada agenda tersembunyi kita tak tahu. Apa motif dia kita tak tahu.

Terdapat kesilapan bahasa dalam dokumen enakmen hudud. Dan dari situ orang mengatakan "benda macam ini pun boleh silap, macam mana nak laksanakan hudud"?

Di Parlimen lagi teruk kesilapan (bahasa) saya duduk dalam Parlimen dua penggal. Parlimen lagi teruk silap. Saya tahu itu. Tapi kita tak bising sebab benda itu teknikal.

Macam hudud, ini memang kita akui hukumannya berat. Tetapi untuk hakim nak jatuhkan hukuman itu, syaratnya terlalu ketat. Jadi kita tengok dari sudut itu.

Bukan senang-senang kita nak potong tangan orang. Ada sikit sahaja keraguan, buang kes. Itu cara islam.

Macam undang-undang sivil dipanggil melampaui keraguan yang munasabah, dalam undang-undang Islam dipanggil kepastian yang mutlak. Jadi benda itu kalau kita faham, kita yang belajar Islam ini, tak pelik.

Zaman Nabi dulu, berapa orang sahaja yang dipotong tangan, berapa orang sahaja direjam. Sepuluh tahun Nabi duduk di Madinah, yang potong tangan hanya dua kes yang kes zina, dalam dua atau tiga kes. Itu pun orang ini mengaku. Bukan ada saksi.

Undang-undang ini sukar nak dilaksanakan (untuk dapatkan empat orang saksi). Tujuannya, dalam Islam supaya kejahatan itu tidak dilakukan secara terbuka.

Sebab kalau empat orang boleh tengok kejadian (zina) itu secara terbuka sampai habis, maknanya masyarakat kita sudah teruk. Maka hukuman rejam paling sesuai untuk orang macam ini. Sebab itu dalam Islam kita tak boleh nak cari (kesalahan).

Contohnya, Saidina Umar Al-Khattab nak pergi solat pada waktu Subuh, dia nampak orang berzina di tepi jalan, dia kebetulan lalu. Dan keadaan itu gelap. Dia terserempak tapi Saidina Umar buat tak tahu sahaja sebab dia seorang sahaja.

Dia seorang tak boleh jadi saksi. Bukan mudah. Kalau dia tangkap dia tak ada bukti sebab dia seorang dan dalam gelap. Kalau waktu subuh ni, kadang-kadang kita nak cari selipar kita pun tak jumpa cari.

Maknanya bukan senang. Tujuannya kita tak mahu jadi macam di barat, orang boleh buat zina di tempat awam. Kalau benda ini (hudud) tak ada, mungkin akan berlaku.

Dalam taman, tepi jalan, orang jadi macam binatang tak reti malu. Jadi ini sebenarnya tujuannya pun. Benda ini sebagai pencegahan. Tapi orang tak tengok benda itu.

Malaysiakini: Kenapa lesbian, seks dengan mayat dan binatang diletakkan bawah hukuman liwat?

Mohd Amar: Itu silap. Silap saya. Sebenarnya yang liwat itu hanya untuk dalam kes liwat. Lesbian, setubuh dengan binatang, mayat akan masuk dalam kategori takzir, iaitu kita akan pinda Enakmen Kanun Jenayah Kelantan 1985.

Bukan dalam kategori liwat dan hudud. Itu silap saya terangkan tempoh hari kerana bila semak balik saya silap. Sebenarnya di bawah takzir yang kita akan pinda dan masukkan dalam Kanun Jenayah Syariah 1985 iaitu, insya-Allah akan dibuat dalam sidang DUN akan datang.

Sidang DUN akan datang akan bincang secara terperinci tentang Enakmen Kanun Jenayah Kelantan 1985 dan khusus kesalahan bawah takzir sahaja.

Kalau kesalahan takzir hukumannya terserah pada hakim. Tidak ditetapkan kerana kadang-kadang kesalahan takzir itu hukumannya lebih berat daripada hudud bagi sesetengah kes.

Hukuman lesbian dan liwat lain kerana lain kaedahnya. Dari segi sains pun lain. Macam kes suami meliwat isteri ada khilaf dan dipanggil istilah syubhah.

Bila ada pandangan berbeza, hudud tak boleh buat. Suami meliwat isteri salah juga tetapi bukan bawah kesalahan hudud tapi kesalahan takzir. Bukan nak kata mereka terlepas. Tidak. Tapi di bawah kesalahan takzir mungkin lagi berat kerana mahkamah yang buat keputusan.

Boleh jadi hukuman seks dengan binatang, mayat pun lebih berat, ia atas mahkamah. Mahkamah akan tengok kes itu macam mana. Jadi seks luar tabii tidak masuk dalam kesalahan hudud dan masuk dalam kesalahan takzir.

Tetapi ada juga yang mempertikaikan kenapa orang yang lakukan rasuah tidak dikenakan apa-apa hukuman?

Rasuah itu kena jelaskan. Kalau undang-undang mengatakan rasuah itu sebahagian daripada mencuri, jadi kita potong tangan juga. Tapi apa yang ada dalam dunia sekarang lain, mencuri lain dan pecah amanah lain. Malah mencuri juga hukumannya berbeza. Dalam undang-undang sivil pun kita ada kategori yang berbeza, jadi apa salahnya dengan yang ini (hudud).

Masalah dengan potong tangan ini, kalau doktor potong tangan tak ada orang kata doktor jahat sebab doktor potong tangan, kaki nak selamatkan nyawa orang itu. Tapi Islam, nak potong tangan pencuri untuk menyelamatkan nyawa masyarakat. Jadi tujuan Islam lebih baik dari perubatan.

Perubatan hanya nak selamatkan seorang individu tetapi Islam nak selamatkan seluruh masyarakat. Kita kena tengok macam itu. Kalau dalam kampung, orang itu akan fikir banyak kali (untuk mencuri). Kalau nak mencuri, kena potong tangan, dengan sendiri orang ramai akan selamat.

Tengok hari ini, berapa ramai perempuan mati diragut, ditarik sehingga pecah kepala dan mati macam itu sahaja. Orang yang meragut dikenakan penjara empat, lima hari atau seminggu. Bunuh orang dipenjara untuk 20 tahun.

Perspektif itu penting, cara kita tengok (pelaksanaan hukuman hudud). Sebab kalau doktor potong tangan sebab kencing manis, orang tak kata doktor jahat. Sebab tujuan doktor itu untuk menyelamatkan pesakit.

Bahagian 1: 'Bukan Islam OK hudud, DAP saja yang bising'
 

 

Kuan Yew meninggal dunia

Posted: 22 Mar 2015 09:44 PM PDT


Lee Kuan Yew  
Lee Kuan Yew


SINGAPURA - Bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew meninggal dunia jam 3.18 pagi tadi di Hospital Besar Singapura akibat penyakit radang paru-paru yang teruk.

Pejabat Perdana Menteri Singapura‎ telah mengeluarkan kenyataan mengesahkan berita kematian Perdana Menteri pertama negara itu.

Kuan Yew sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.‎

Kuan Yew, 91, dimasukkan ke unit rawatan rapi di Hospital Besar Singapura sejak 5 Februari lepas kerana menghidap radang paru-paru yang teruk.


Sultan Ibrahim dimahkota Sultan Kelima Johor Moden

Posted: 22 Mar 2015 09:43 PM PDT


Sultan Ibrahim dimahkota Sultan Kelima Johor Moden Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan menerima tabik hormat daripada perbarisan kehormat Askar Timbalan Setia Negeri Johor setibanya baginda pada Istiadat Kemahkotaan pagi ini. - Foto Bernama
 
 
 
JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sempurna dimahkotakan dengan istiadat meletakkan mahkota oleh Mufti Johor, Sohibus Samahah, Datuk Mohd Tahrir Samsudin, jam 10.11 pagi tadi.

Istiadat yang sama turut dilakukan ke atas Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah diperkenan membawa gelaran sebagai Permaisuri Johor yang pertama kali digunakan dalam negeri ini.

Sejurus selepas itu, bedilan selamat sebanyak 21 das dilepaskan disusuli doa dan majlis mengadap Takzim.

Baginda kemudian berangkat ke Anjung Istana untuk menerima tabik udara dari tujuh helikopter yang satu daripadanya membawa bendera Johor.

Pasangan Diraja menaiki kenderaan terbuka kira-kira jam 10 pagi untuk memulakan perarakan di bandar sejauh 8 kilometer dan berakhir di Istana Bukit Serene.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim berangkat dari Istana Bukit Serene kira-kira jam 9.22 pagi tadi untuk ke Istana Besar, di sini bagi menyempurnakan Istiadat Kemahkotaan.

Sejurus tiba di Istana Besar jam 9.355 lagu bangsa Johor menyambut keberangkatan Tuanku sebelum berkenan memeriksa barisan kemahkotaan askar Timbalan Setia Negeri.

Istiadat Kemahkotaan Sultan Ibrahim yang  diadakan ini adalah yang keempat dilakukan oleh Sultan Johor dalam era moden.

Upacara pemahkotaan yang pertama ialah Sultan Abu Bakar pada 29 Julai, 1886, diikuti oleh penggantinya, Sultan Ibrahim Sultan Abu Bakar pada 2 November, 1895, dan kemudiannya Sultan Ismail pada 10 Februari 1960.

Turut berkenan hadir, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah selain Raja-Raja Melayu bersama kerabat damping serta pembesar negeri.


Aisyah, produser BFM Kupas disiasat cerca Islam

Posted: 22 Mar 2015 09:38 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic




PUTRAJAYA: Produser rancangan BFM Kupas dan penyampainya Aisyah Tajuddin  akan disiasat kerana mencerca Islam berikutan penyiaran video yang mempersoalkan pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, mereka terbabit dengan video itu akan dipanggil untuk disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan selepas sekurang-kurangnya lima laporan polis dibuat terhadap video berkenaan, lapor The New Straits Times.

Katanya, mereka yang membuat laporan itu berasa agama mereka dipersenda.

"Kami mengambil keputusan memanggil produser rancangan dan penyampainya kerana stesen itu menyatakan Aisyah hanya membaca skrip sudah disediakan selepas meminta maaf di atas penyiaran video berkenaan.

"Video itu juga menyinggung perasaan pengikut (Islam) yang merasakan agama mereka dipersendakan," katanya selepas merasmikan Maraton Berbasikal Polis Diraja Malaysia sempena sambutan ulang tahun ke-208 Hari Polis di Dataran Putrajaya, Presint 4, di sini, pagi ini.

Rancangan berbentuk bicara stesen radio itu dibidas oleh pelayar internet di laman sosial baru-baru ini, dengan beberapa daripada mereka membuat ancaman bunuh dan rogol terhadap Aisyah.
Khalid berkata, polis juga sedang menjejak pelayar yang membuat ancaman itu.

Beliau juga mengingat stesen penyiar supaya lebih bertanggung jawab ketika mengeluarkan bahan yang menyentuh isu sensitive seperti agama.

Hudud: Najib nyatakan pendirian Umno Isnin atau Selasa - Tengku Adnan

Posted: 22 Mar 2015 09:37 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
PUTRAJAYA: Pendirian Umno berhubung pelaksanaan hudud oleh kerajaan PAS Kelantan dijangka dibuat Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak pada Isnin atau Selasa ini.
 
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata pelaksanaan hudud itu bagaimanapun perlu mengikut Perlembagaan Persekutuan.
 
"Perdana Menteri dan presiden parti akan memberi kenyataan (berhubung hudud) pada esok atau lusa," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran pusat komuniti Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Suria di sini sebentar tadi.
 
 

Polis tahan Paulsen berikutan Tweet mengenai hudud

Posted: 22 Mar 2015 09:34 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic



SHAH ALAM: Pengasas bersama Lawyers for Liberty (LFL) Eric Paulsen ditangkap di Kuala Lumpur hari ini, menurut peguamnya Melissa Sasidaran dalam satu posting di akaun Twitter.
Katanya, anak guamnya ditahan berikutan siasatan ke atas posting Twitternya pagi ini.

Beliau berkata, polis merampas telefon Paulsen dan membawanya ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk disoal siasat.

"Polis berada di sini di #ArtForGrabs untuk menangkap @EricPaulsen101 dan merampas telefonnya," tulisnya dalam tweetnya merujuk kepada satu program yang melibatkan hasil karya seni.

Ia diikuti tweet berikutnya: "@EricPaulsen101 akan dibawa ke Dang Wangi tidak lama lagi untuk disiasat kerana didakwa menghasut berhubung tweet  #MansuhAktaHasutan."

Pagi tadi Paulsen menyatakan dalam Twitter beberapa pendapatnya mengenai hudud.
Posting itu bagaimanapun sudah dikeluarkan.

Paulsen sebelum ini pernah ditahan kerana mengkritik khutbah Jumaat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).


PAS pertahan kerusi DUN Chempaka

Posted: 22 Mar 2015 09:31 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
  
KUALA LUMPUR: PAS mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka dengan majoriti 10,092 undi, mengalahkan empat lagi pencabar dari wakil Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dua tahun lalu, PAS menang dengan majoriti 6,500 undi.
Bagaimanapun, peratusan keluar mengundi menurun dengan 55 peratus saja dicatatkan pada PRK kali ini berbanding 85.93 peratus pada PRU-13 lalu.
PAS yang diwakili Ketua Urusan Ulama PAS DUN Chempaka, Ahmad Fathan Mahmood @Mahamad, 42, memperoleh 10,899 undi mengalahkan empat calon bebas lain.

Tiada ulasan: