Khamis, 19 Mac 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Ucapan Dato' Husam ringkas, sangat sarat dan padat - Dr Dzulkefli Ahmad

Posted: 19 Mar 2015 07:39 AM PDT

Dr Dzulkefly Ahmad menulis : 
Salam buat sahabat2 semua ...... SubhanalLah! Saya sangat terharu membaca ucapan YB Dato Husam Musa dlm perbahasan Enakmen Syariah Pindaan 2015 di DUN Kelantan. Sekali saya bukan jenis 'pengkagum'..namun...

 Ucapan ringkas yang sangat sarat dan padat dengan ma'ani-ma'ani yang menyerlahankan penguasaan terhadap maudhu' ini adalah ketara dan nyata.

Benar..seperti yang diketahui mungkin sahaja Enakmen Pindaan ini akan membawa kebrentakan kpd Pakatan Rakyat. Bahkan pihak bukan kepartaian juga membuat pelbagai 'ancaman' dan 'kritikan tajam' terhadap PAS apabila membentangkan rang enakmen ini juga..

 Saya minta semua pihak membaca ucapan ini dengan teliti dan mengambil sedikit masa untuk merenung sebelum kita lafazkan apa jua....menyokong mahupun membantah membantah...kerana masih jauh perjalanan kita setelah 'ditaqninkan' dalam hal ini dan ia dirintangi pelbagai sebelum dapat dilaksanakan (ditadbiqkan).

 Kini kesemua isu-isu ini perlu diteliti dan perhalusi...setelahsemua kita faham akan dari aspek Fiqh An-Nusus...untuk kita perhatikan pula aspek perlaksanaannya Fiqh-at-Tadbiqnya yang sekaligus akan kita bicara juga akan aspek segala kesan dan impak....Fiqh al-Waqi' dan diambil perhitungan Akibat dari kesemua tindakan ini yang dipanggil Ma'alat Al-Af'Al atau Pengurusan Impak dan Risiko kpd Polisi dan Tindakan...kepada segala tentunya kedudukan perjuangan PAS dan Pakatan serta Islam di negara ini dalam perhitungan disiplin Maqasid Syariah.... InsyaAlLah kita akan mulakan wacana dan diskusi ini lebih itensiflagi....dalam waktu terdekat...biiznilLah!

 Tahniah Dato MB dan semua Pimpinan yang terlibat.Tahniah Dato Husam!....

Semoga AlLah Merahmati segala usaha kita! Ikuti : Ucapan Dato' Husam di sini

Kisah Romeo terpaksa terjun sungai ....

Posted: 19 Mar 2015 04:29 AM PDT

Bekas kekasih Wu, berbaju merah,
setelah diselamatkan. 
 Beijing - Seorang pria di China jadi bingung karena harus memilih antara kekasih dan bekas kekasihnya. Kedua wanita itu nekad melompat ke dalam sungai saat bersama untuk mengetahui siapa yang diselamatkan pria ini terlebih dahulu.

 Wu Hsia (21) putus hubungan dengan kekasihnya Jun Tang (20). Hubungan asmara itu putus, karena Wu bertemu kekasih baru, Rong Tsao (22) di kota Ningbo, Provinsi Zhejiang.

 Tiga bulan setelah itu, Jun tetap merayu Wu supaya kembali semula bahkan mendesak Rong untuk meninggalkan Wu. Merasa terganggu, Wu akhirnya memutuskan untuk mempertemukan Jun dan Rong dengannya di taman setempat dekat sungai.

 "Saya muak kerana dileteri kedua pihak", ucap Wu.

 Saya jadi bingung soal siapa yang saya inginkan, jadi saya pikir lebih baik jika kita semua bertemu dan membincangkannya" jelasnya.

 Tapi ketika mereka bertiga bertemu di tepi sungai, situasinya semakin memburuk.

 " Kedua-duanya itu mulai bertekak dan kemudian Jun lompat dari jembatan dan masuk ke sungai. Dia berteriak minta tolong, tapi kemudian Rong juga melompat ke sungai dan mengatakan pilih dirinya atau bekas kekasihmu," tutur Wu.

 "Saya benar-benar tergamam melihat apa yang terjadi. Tapi kemudian saya menyadari bahwa saya harus melakukan sesuatu, jadi saya juga lompat ke dalam sungai untuk menyelamatkan Rong," jelasnya.

 Setelah menarik Rong keluar dari sungai, Wu lalu menghubungi saudara laki-lakinya dan memintanya untuk menyelamatkan Jun, sebelumnya dia mengantar Rong pulang ke rumahnya.

 Sementara itu, saudara laki-laki Wu akhirnya menghubungi pasukan bomba yang kemudian menyelamatkan Jun. 

 "Dia dibawa segera ke rumah sakit, tapi langsung dibolehkan pulang tanpa mengalami luka-luka serius," tutur juru bicara rumah sakit setempat.

  "Saya ditempatkan di dalam situasi sulit dan harus membuat keputusan antara yang benar dan yang salah. Dan saya memilih Rong," jelas Wu. sumber

30 penunjuk perasaan di depan pejabat SPRM Selangor

Posted: 18 Mar 2015 10:11 PM PDT

Keluarga bekas setiausaha politik Teoh Beng Hock
berkumpul bersama penunjuk perasaan lain di
depan  pejabat SPRM di Shah Alam, hari ini.
Kira-kira 30 penunjuk perasaan bertempur dengan berpuluh anggota polis anti rusuhan dan 20 pegawai polis dalam bantahan terhadap pembunuhan bekas setiausaha politik daripada DAP Teoh Beng Hock di depan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Shah Alam, Selangor, hari ini.

 Penunjuk perasaan yang terdiri daripada ahli keluarga Teoh dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) mula berkumpul pada jam 10:30 pagi dan mahu pengarah SPRM turun menemui mereka.

 Keadaan menjadi tegang apabila polis anti rusuhan dan pegawai polis menutup pintu pagar dan meletakkan pengadang di depan bangunan berkenaan.

 Ahli keluarga Teoh, Lee Lan, kelihatan menangis ketika rundingan dijalankan dengan polis untuk membiarkan tunjuk perasaan dilakukan selama 10 minit.

 Polis akhirnya bersetuju dengan permintaan itu dan kemudian meninggalkan kawasan berkenaan bersama anggota polis anti rusuhan. – 19 Mac, 2014.sumber 

Ada apa disebalik sokongan Umno?

Posted: 18 Mar 2015 07:08 PM PDT

 PAS Kelantan percaya mereka mempunyai cukup sokongan di Parlimen dan hanya memerlukan majoriti mudah untuk melaksanakan hudud di negeri berkenaan dengan meminda akta berhubung mahkamah syariah dan bukannya Perlembagaan Persekutuan, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

 Rancangan meminda Akta 355 (Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 dengan membentangkan undang-undang persendirian hanya memerlukan sokongan 112 undi daripada 222 ahli Parlimen, mengetepikan cakap-cakap sebelum ini PAS tidak mempunyai cukup sokongan untuk melaksanakan hudud kerana perlu meminda Perlembagaan.

 Meminda Akta Mahkamah Syariah atau Akta 355 juga tidak seharusnya mendatangkan masalah selepas Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (2015) diluluskan semalam, kata Amar.

 "Rang Undang-Undang itu nanti hanya hendak pinda Akta 355 (Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965. Akta ini hanya memerlukan majoriti mudah, 112 orang saja. Bukan kita nak pinda Perlembagaan. "Kita hanya perlukan majoriti mudah," katanya kepada The Malaysian Insider.

 Terdapat 126 ahli Parlimen beragama Islam di Dewan Rakyat. PAS mempunyai 21 kerusi, PKR 16, DAP 2 dan Barisan Nasional, 87.

 Ini masih kurang berbanding 148 undi atau dua pertiga yang diperlukan untuk menyokong atau mengubah Perlembagaan tetapi masih mencukupi untuk majoriti mudah walaupun 2 ahli Parlimen Islam DAP tidak bersama.

 Masih belum jelas bagaimana ahli Parlimen Islam PKR akan mengundi dalam isu hudud ini yang bukanlah polisi bersama Pakatan Rakyat (PR).

 Penganalisis dan pemerhati politik sebelum ini berkata tindakan PAS untuk melaksanakan kanun keseksaan Islam di Kelantan akan gagal kerana kekurangan angka, tetapi ia dengan premis Perlembagaan perlu dipinda.

 Amar semalam berkata, kerajaan negeri tidak melihat sebarang halangan untuk melaksanakan hudud jika kesemua ahli Parlimen Islam sepakat menyokong rang undang-undang persendirian yang akan dibentangkan kelak.

 Katanya, hudud yang diperjuangkan Kelantan selama ini bukanlah isu politik maka semua ahli Parlimen Islam perlu melihatnya lebih kepada konteks agama.

 "Saya minta semua wakil rakyat Islam tidak mengira parti supaya bersama-sama dengan kita bila kita bawa rang undang-undang persendirian ke Parlimen. Sebab ini isu agama dan bukan isu politik. Kita pun tidak bermain politik dalam isu ini.

 "Kalau semua wakil rakyat Islam menyokong, selesai masalah. Kita sekarang ada 132 ahli Parlimen Islam tidak kira parti dan kita hanya memerlukan 112 undi saja.

 "Kalau semua berfikir dalam konteks agama, tidak ambil kira parti politik, maka selesai masalah," katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Baru semalam.

 Sementara itu, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata melalui rang undang-undang persendirian di Parlimen bagi meminda Akta 355 (Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, kerajaan negeri Kelantan akan dapat melaksanakan undang-undang jenayah syariah sebagaimana yang diharapkan sebelum ini.

 "Bukan (pinda Perlembagaan). Akta 355 Mahkamah Syariah saja. Akta sebelum ini memberi kuasa kepada mahkamah untuk melaksanakan Akta 356.

 "Akta 356 iaitu 3 bulan penjara, denda RM5,000 dan 6 rotan. Itu yang lama maka perlu dipinda Akta 355 barulah kita dapat laksanakan beberapa hukum syariah," katanya kepada The Malaysian Insider.  Baca lagi  di sini


Komen al-Husseyn:
Saya bersetuju dengan pandangan penganalisis dan pemerhati politik yang berkata tindakan PAS untuk melaksanakan kanun keseksaan Islam di Kelantan akan gagal kerana kekurangan angka.

Nik Amar berkata, tidak ada sebarang halangan untuk melaksanakan hudud jika kesemua ahli Parlimen Islam sepakat menyokong rang undang-undang persendirian yang akan dibentangkan kelak berdasarkan faktor berikut :

1) PAS hanya memerlukan majoriti mudah, 112 orang saja, kata Nik Amar.

2) Terdapat 126 ahli Parlimen beragama Islam di Dewan Rakyat. PAS mempunyai 21 kerusi, PKR 16, DAP 2 dan Barisan Nasional, 87.

Jom kita congak-congak angka diatas itu, apakah PAS akan dapat angka majoriti mudah sebagaimana Nik Amar dakwa itu dengan mengambil kira realiti yang PAS hadapi:

1) DAP 2. Mereka ini tentunya tidak akan sokong. 126-2  =124
2) PKR 16. Mereka juga tidak akan sokong.124-16 = 108

Baki 108 sahaja yang akan menyokong. Mana simple majoriti 112 yang Nik Amar laungkan itu?

Ini belum ambil kira sokongan PAS sendiri. Apakah 2 anggota yang digantung itu akan memberi sokongan? Saya tidak meramalkan apa-apa mengenainya.

Belum lagi diambil kira 87 Umno itu akan bulat-bulat memberi sokongan kerana menurut Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Samad berkata Umno tidak memberi arahan kepada ahli Parlimennya untuk mengundi atau tidak jika rang undang-undang itu dibentangkan.

Apa pandangan Nik Amar dan konco-konconya? Kita berharap PAS tidak mudah terjebak dengan perangkap Umno. Mereka bukan beri sokongan dengan mudah begitu sahaja kepada PAS tanpa mengharapkan sesuatu sebagai balasan.

Tujuan utama Umno adalah untuk meneruskan kuasa pemerintahannya. Isu hudud ini  besar kemungkinannya akan menyebabkan PR berpecah.

Apakah tidak mungkin PAS telah dibeli oleh Umno supaya menyokong persempadanan semula? Haji Hadi telah menyatakan sokongannya dalam hal ini di sini. Dan ini akan memberi peluang kepada Umno untuk menambah kerusinya pada PRU -14 nanti. PAS untung secupak, tapi akan rugi segantang, ikut kata Khalid Samad di sini. 

Tiada ulasan: