Khamis, 19 Mac 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Protes duduk seminggu desak pecat IGP

Posted: 19 Mar 2015 04:10 AM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Ekoran siri penangkapan membabitkan para penganjur perhimpunan 'Kita Lawan' anjuran Pakatan Rakyat, satu kempen dilancarkan hari ini untuk mendesak pemecatan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

ADUN PKR yang juga penganjur bersama 'Kita Lawan', Chang Lih Kang berkata selama seminggu, protes duduk 24 jam itu akan diadakan di Dataran Merdeka dari 21 Mac hingga 28 Mac.

Katanya, negara ini tidak akan bebas selagi IGP yang didakwanya tidak profesional, kekal dalam jawatannya.

Ketua ketua polis negara itu, tambahnya, patut bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tindakan polis yang didakwanya melanggar hak rakyat.

Chang berkata demikian dalam satu sidang akhbar di ibupejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) Kuala Lumpur hari ini.

Beliau mendakwa, di bawah kepimpinan Khalid, polis telah digunakan sebagai alat untuk "menindas suara pembangkang," sambil menegaskan bahawa sejak perhimpunan pertama pada 7 Mac, polis telah menahan 10 aktivis dan pemimpin pembangkang.

"Mengambil tindakan terhadap peserta perhimpunan aman adalah melanggar hak asasi manusia untuk mengadakan perhimpunan aman seperti termaktub dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat sertai Perlembagaan Persekutuan kita sendiri," katanya.

Chang berkata ia mungkin bukan salah pegawai yang melakukan tangkapan kerana arahannya datang dari Khalid sendiri.

"Kita tahu mereka yang menyertai pasukan polis berbuat demikian kerana mahu menjaga keselamatan negara," katanya sambil mendakwa bahawa tindakan IGP itu telah mencemarkan nama dan maruah pasukan polis.

Dengan diapit oleh penganjur bersama 'Kita Lawan' yang lain seperti Syukri Razab dari Suaram dan Bendahari Pemuda PAS, Mohd Fakhrul Razi, Chang mendakwa polis jelas mengamalkan "double standard" dengan hanya menangkap suara yang menentang.

Protes duduk itu akan bermula Sabtu ini di Dataran Merdeka selepas perhimpunan mingguan 'Kita Lawan' di pusat membeli-belah Sogo. [Baca berita penuh/asal]

 

 

Kenapa MCA, Gerakan nak campur isu hudud?

Posted: 19 Mar 2015 04:07 AM PDT


Ismail Sabri Yaakob Ismail Sabri
 
 
 
SHAH ALAM - MCA dan Gerakan tidak wajar membantah tindakan Umno menyokong Pas dalam pelaksanaan sistem hudud di Kelantan kerana ia  tidak menjejas atau memberi kesan kepada orang bukan Islam.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ismail Sabri melahirkan rasa kesal terhadap tindakan kedua-dua parti komponen BN itu kerana tidak menghormati keputusan Umno yang menjadi tonggak umat Islam negara ini.

"Umno dah sokong dan isu hudud ini adalah isu umat Islam. Mereka tidak terkesan atau terjejas dengan hukum yang diperkenalkan.

"Apa kesannya kepada mereka? Zero (kosong)...," kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau melahirkan rasa kesal terhadap MCA dan Gerakan yang mengugut akan keluar BN sekiranya Umno menyokong Pas dalam pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Tegas Ismail, Umno tidak pernah campur tangan dalam hal-hal agama mereka.

"Dari segi moralnya mereka cuba campur tangan dalam hal-hal orang Islam. Dalam Perlembagaan kita uruskan sendiri urusan agama kita. Mereka tak hormati perasaan orang Islam dalam negara kita.

"Kalau Umno sokong, MCA dan Gerakan perlu bawa isu ini dalam mesyuarat tertinggi dalam BN. Saya rasa perkara ini amat tidak wajar," ujarnya kesal.

Ismail juga meminta parti komponen BN yang bukan Islam supaya jangan campur tangan dalam isu membabitkan hal ehwal agama Islam.

"Saya harap perkara ini dapat dihentikan kerana kalau diteruskan, semakin lama masyarakat dalam negara ini makin tidak hormat agama lain... dan ini tidak baik untuk masa depan negara.

"Kita nampak kerajaan Kelantan dah kompromi. Undang-undang hudud ini hanya untuk orang Islam sahaja.

"Undang-undang ini dah lulus sejak tahun 1993... kenapa dulu tak tentang tapi sekarang ketika kerajaan nak buat pindaan, mereka tentang?  Mungkin ada agenda tersirat, saya pun tak tahu...," kata Ismail.


Mahfuz: Tak ada sebab halang Pas laksana hudud

Posted: 19 Mar 2015 04:05 AM PDT


hudud
 
 
 
KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah 11, 1993 di Dewan Undangan Negeri Kelantan, hanya terpakai kepada orang Islam dan tidak melibatkan orang bukan Islam.

Sehubungan itu kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, orang bukan Islam tidak perlu gusar dengan pelaksanaan undang-undang tersebut.

"Pas dan kerajaan Kelantan mengikut landasan demokrasi dalam proses melaksanakan Undang-Undang Syariah ini dengan memberikan ruang yang seluasnya kepada Adun untuk berbahas, menyokong dan membantah enakmen ini.

"Bahkan, pihak-pihak ini telah mengambil kira pandangan orang ramai demi menjamin hak asasi bukan Islam dengan memberikan pengecualian kepada mereka daripada dikenakan Undang-Undang Syariah itu nanti.

"Jelas pihak-pihak ini tidak pernah memekakkan telinga daripada mendengar teguran dan kritikan untuk penambahbaikan enakmen ini," katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Oleh itu, katanya adalah amat hairan dan pelik bagi pihak tertentu yang berterusan ingin menghalang proses demokrasi ini berlangsung.

"Mereka yang melaungkan slogan perjuangan hak asasi dan demokrasi sepatutnya mempraktikkan apa yang mereka kata itu dengan menjadi pejuang demokrasi yang tulen.

"Bukannya menjadikan demokrasi itu milik eksklusif mereka sahaja. Pihak lain sepatutnya menghormati proses demokrasi yang sedang berlangsung ini,"ujarnya.

Hari ini, Dun Kelantan meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015.

Menurut laporan, kesemua 44 anggota dewan meluluskan sebulat suara rang undang-undang berkenaan yang hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf sahaja apabila ia dilaksanakan kelak di negeri itu.

Kesemua 12 anggota dewan daripada BN turut menyokong rang undang-undang itu.

[ARTIKEL BERKAITAN: Enakmen pindaan Kanun Syariah II diluluskan]

Turut menyokong, kesemua 31 anggota dewan daripada Pas dan seorang Adun Guchil dari PKR, Mohamad Roslan Puteh.


PAS khianat, DAP kecewa, PKR siasat, UMNO hanya sokong

Posted: 19 Mar 2015 04:00 AM PDT

 
Isu agama telah menjadi sumber perpecahan di antara kaum dalam negara ini. 


umno 1


PETALING JAYA: Pelaksanaan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau hudud dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan pagi tadi mengundang pelbagai reaksi dalam arena politik negara.

Ada yang melihatnya dari aspek agama, ada pula yang masih berdegil ia sebagau satu komplot politik, ada yang percaya ia tipu helah untuk menumbangkan musuh dan sebahagian lagi menterjemah pelaksaan itu sebagai satu cita-cita yang akhirnya berjaya.

Apa pun outputnya, pelaksanaan hudud akhirnya lulus dan masa untuk melihat sejauh mana ia diterima dan bagaimana implementasinya akan memberi impak kepada negara secara keseluruhan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek misalnya menyatakan tiada maknanya jika Pakatan Rakyat menyalahkan UMNO dalam soal hudud. Ini kerana undang-undang itu dibawa oleh salah satu rakan komponen dalam PR dan UMNO berpendirian untuk tidak menentang perkara yang dituntut dalam Islam.

"Ini pendirian yang selama ini kita buat. Sekiranya undang-undang ini didapati memenuhi tuntutan Islam, UMNO akan memberikan‎ sokongan," katanya.

Beliau turut ditanya jikalau dengan sokongan UMNO terhadap pelaksanaan Hudud di Kelantan, parti komponen lain BN akan keluar daripada gabungan, beliau berkata, "Saya tidak fikir MCA dan Gerakan akan keluar BN. Lepas ini kita akan lihat dari segi rundingan jika dapat selesaikan kita akan terus berunding."

Berbeza pandangan dengan Shabery, Ahli Parlimen BN-Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed berpendapat isu agama boleh menjadi unsur perpecahan kepada parti BN dan PR.

"Perkara sensitif jangan jadikan perkara utama dalam menentukan hala tuju negara kita. Kita tolak ansur. Kita balik semula kepada hasrat Bapa Kemerdekaan kita yang nampak isu agama telah menjadi sumber perpecahan di antara kaum dalam negara ini," katanya.

Tambahnya jika hendak mengubah perkara yang telah diilhamkan oleh Bapa Kemerdekaan, ia akan merosakkan harapan mereka untuk menjadi sebuah negara moderate.

Menjawab pertanyaan sama ada UMNO menyokong Hudud di Kelantan, Nur Jazlan berkata bahawa UMNO menyokong Hudud atas kesedaran dan pendapat peribadinya pula hudud seharusnya tidak dilaksanakan buat masa ini.

"Fokus kepada pembangunan Islam dan jangan menghukum Muslim di mana ia berlaku pada masa kini," katanya.

Dalam pada itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang tanpa berselindung melahirkan kekecewaannya terhadap pelaksanaan hudud namun enggan memberikan sebarang jawapan mengenai hala tuju DAP bersama Pakatan Rakyat.

"Kita tunggu hari Isnin hadapan di mesyuarat Majlis Eksekutif," ujarnya ringkas.


Bebeza dengan kelazimannya, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua pula menyatakan beliau menghormati dengan keputusan DUN Kelantan tetapi menyatakan usul yang diluluskan itu bukanlah usul hudud.

"Kita hormati hak orang Islam kerana perkara itu merupakan perkara wajib mereka, tetapi kita ada masalah 'teknikal' kerana yang diluluskan oleh DUN Kelantan itu bukannya hudud," ujarnya membawa satu pengertian baharu terhadap hudud.

Walau bagaimanapun dia tidak memperjelaskan secara terperinci masalah 'teknikal' tersebut.

Beliau dalam pada masa yang sama turut yakin, usul yang diluluskan oleh DUN Kelantan itu tidak akan berjaya dibawa ke Dewan Rakyat.

Pedas dan marah, ahli Parlimen DAP Jelutong, Jeff Ooi Chuan Aun tampil menyifatkan PAS sebagai pengkhianat kepada Pakatan Rakyat.

Dia menggesa pembangkang 'menggantung' semua bentuk kerjasama dengan PAS.

Katanya, tindakan berbentuk sementara waktu itu sebagai tanda protes terhadap tindakan kerajaan PAS Kelantan membentangkan rang undang-undang hudud di Kelantan semalam.

"Kita perlu menggantung semua bentuk kerjasama dengan PAS pada semua peringkat bermula dari peringkat kerajaan negeri termasuklah perwakilan PAS di mana-mana agensi kerajaan negeri.

Beliau juga menyampaikan kebimbangan jika rang undang-undang berkenaan turut dibentangkan di Parlimen kerana ia akan menyebabkan polarisasi antara anggota Parlimen yang beragama Islam dan bukan Islam.

"Kita tidak mahu sesebuah negara yang berlandaskan ciri-ciri perlembagaan yang sudah dikenal pasti sejak 1963 itu menjadi kucar kacir kerana terdapat polarisasi agama," tambahnya.

Sementara itu dalam satu kenyataan media, parti komponen terbesar PR, Parti Keadilan Rakyat (PKR) telahpun menyampaikan kekesalan dan mahu menyiasat wakil PKR di DUN Kelantan, Mohd Ruslan Puteh.

Kenyataan itu turut menggambarkan sokongan UMNO mengundi PAS hanya tipu muslihat semata-mata.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob semalam membentangkan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) bagi membolehkan undang-undang hudud dilaksanakan di Kelantan selepas ia ditangguhkan lebih 20 tahun lalu.

Pindaan yang dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada Rabu dan diluluskan hari ini.

Pindaan kanun itu menyentuh mengenai kesalahan jenayah syariah hudud, qisas dan takzir dan ia hanya terpakai untuk orang Islam yang mukallaf yang melakukan kesalahan di Kelantan.

Menurut wakil PAS, hudud adalah antara perjuangan politik yang sekian lama dan akhirnya diluluskan pelaksanaan.

‘Cybertrooper’ BN sepatutnya tanya, mengapa pemimpin mereka takut isytihar harta

Posted: 19 Mar 2015 03:53 AM PDT




Oleh V Shuman


Ada satu petikan daripada pelawak Amerika George Carlin: "Jangan berhujah dengan orang bodoh. Dia akan merendahkan anda ke tahapnya, dan mengalahkan anda dengan pengalaman."

Barangkali ia kena dengan tindakan cybertrooper Umno yang bersungguh-sungguh mempersendakan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli yang memiliki aset bernilai RM1.6 juta, seperti yang didedahkan dalam pengisytiharan hartanya baru-baru ini.

Pelbagai posting bernada sarkastik mengkritik jumlah asetnya, walaupun hanyalah seorang Ahli Parlimen. Mereka membangkitkan latar belakang pendidikan dan kerjaya Rafizi di institusi dan syarikat berkaitan kerajaan, dan mempersoalkan tindakannya yang sering menyerang kerajaan persekutuan selepas menyertai politik.

Posting seumpama itu adalah dari laman Facebook Friends of Barisan Nasional (FoBN) yang berbunyi: "Mari kita lihat latar belakang orang yang menuduh kerajaan pusat tidak adil. 20 tahun belajar di bawah tajaan kerajaan dan syarikat kerajaan, serta 7 tahun bekerja di bawah syarikat kerajaan dengan gaji besar.

"Akhirnya pada umur 37 tahun bejaya mengumpul harta bernilai RM2 juta. Anda mampu?"

Serius, apa yang mereka cuba lakukan sebenarnya? Bukankah Rafizi sudah menyatakan semuanya secara hitam putih melalui perakuan bersumpahnya?

Hal-hal seperti pendapatan sebelumnya, pendapatan masa ini, aliran keluar masuk, pemilikannya – sesuatu yang kita tidak pernah jangka akan dinyatakan oleh politikus?

Beliau malah menjelaskan yang beliau telah melunaskan hutang pendidikan dan apa sahaja jumlah yang beliau hutang daripada Petronas!

Saya perlu jelaskan, saya bukanlah penyokong PKR atau pun peminat Rafizi. Namun pujian harus diberikan selayaknya. Apa yang beliau lakukan memang patut dipuji.



Adakah sesiapa dalam Umno, atau pun BN, yang berani mendedahkan aset mereka secara begitu terperinci? Bagaimana dengan Ketua Umno bahagian Cheras Syed Ali Alhabshee, individu yang mencabar Rafizi untuk mengisytiharkan harta pada asalnya?

Berikutan tindakan Rafizi, Syed Ali juga dipetik berkata akan membuat perkara sama dan "tiada apa yang perlu disembunyikan". Namun, sudah seminggu berlalu dan kita belum mendengar apa-apa daripada beliau.

BN (dan penyokong mereka) perlu pastikan yang tangan mereka benar-benar bersih sebelum membuat tuduhan kepada orang lain. Jika benar tiada apa untuk disembunyikan, mengapa tidak mendedahkannya kepada rakyat? Rakyat berhak mengetahui wakil kehidupan wakil yang dipilih mereka sepadan dengan pendapatan mereka, bukan?

Penulis blog dan jurufoto terkenal saiful Nang juga menyifatkan tindakan FoBN itu sebagai "tidak matang".

Menurutnya, tidak pelik bagi seorang yang hampir mencecah 40 tahun dan bekerja lama dalam industri minyak dan gas untuk memiliki aset bernilai RM2 juta.

"Saya fikir mereka tidak kenal industri ini. Tiga buah kereta Honda pun jadi cerita (dan) peluru (untuk) tembak balik, berbanding peluru berpandu 'nuklear pemusnah' dalam isu pesawat peribadi mewah milik kerajaan (Perdana Menteri, Isteri dan anak-anak) yang ada banyak itu," katanya.

Dalam masa tiga jam sahaja, posting itu mendapat 6,300 "like" dan dikongsi 600 pengguna.

Malah salah seorang tokoh veteran Umno, Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li baru-baru ini menggesa semua menteri dan bekas menteri serta Ahli Parlimen untuk mengisytiharkan harta.

Katanya, mereka yang memegang kuasa dan pendahulu mereka perlu menjelaskan perkara itu memandangkan mereka telah mengangkat sumpah untuk berkhidmat kepada rakyat.

Katanya, pengisytiharan itu perlu dibuat secara berkala dan dikendalikan sebuah badan bebas, dan turut merangkumi mereka dalam sektor awam dan swasta di peringkat membuat keputusan.

Malangnya, zaman di mana individu menyertai politik untk berkhidmat kepada rakyat sudah lama berlalu. Hari ini, ia lebih kepada memenuhkan poket sendiri.

Kita melihat menteri dan politikus serta keluarga mereka memandu kereta yang tidak mampu beli dengan gaji kerajaan mereka, serta terbang ke serata dunia. Pada masa sama Ahmad, Ah Chong dan Raju terus bergelut sehari-hari untuk menyara kehidupan.

Kita semua tahu dari mana wang "lain-lain" tersebut datang namun ia tidak pernah didedahkan kepada awam. Maka, sudah tiba masanya kerajaan berani melaksanakan cadangan Ku Li.

Menteri, Ahli Parlimen dan Adun daripada kedua-dua pihak perlu berani dan mencotohi tindakan Rafizi dengan mengisytiharkan harta mereka kepada rakyat. Begitu juga dengan penjawat awam.

Mereka yang didapati hidup terlalu mewah melampaui kemampuan perlu dihumbankan ke dalam penjara.- bm.theantdaily.com


TMB: Hukuman seks luar tabii tak digugurkan

Posted: 19 Mar 2015 03:47 AM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menjelaskan bahawa hukuman untuk kesalahan melibatkan perlakuan seks luar tabii tidak digugurkan dalam Kanun Jenayah Syariah II yang diluluskan hari ini.

Sebaliknya, hukuman bagi kesalahan melibatkan perlakuan tersebut – seks lesbian, seks dengan mayat dan haiwan – dimasukkan dalam kategori sama dengan dengan kesalahan liwat, katanya.

Jelasnya, pengguguran Seksyen 19 hingga 21 dalam pindaan tersebut tidak bermaksud bahawa kesalahan berkenaan kini boleh dilakukan.

"Kita tidak boleh sebut semua (lesbian, melakukan seks dengan mayat dan haiwan) sebab benda itu semua masuk dalam liwat (seks luar tabii).

"Gugur perkataan tidak mengapa, yang penting hukuman itu ada. Jangan faham macam itu (gay, lesbian itu semua boleh dilakukan). Itu masalahnya, kita tidak faham dengan betul.

"Bukan soal digugurkan ke macam mana, soalnya hukuman liwat itu kekal. Bila hukuman liwat kekal, itu meliputi semua itu.

"Gay, lesbian semua masuk atas kesalahan liwat itu sendiri, itu sudah cukup," katanya lagi, yang merupakan pengerusi jawatankuasa teknikal Kanun Jenayah Syariah II.

Menurut pindaan baru itu, hukuman bagi kesalahan meliwat ialah sama seperti zina iaitu rejam sampai mati jika pesalah sudah berkahwin (mohsin).

Pesalah yang didapati belum berkahwin (ghairu mohsin) pula akan dihukum dengan sebatan sebanyak seratus kali dan dipenjarakan selama setahun.

Murtad dihukum mati

Beliau turut menjelaskan mengenai perbezaan dalam yang timbul bagi hukuman kesalahan murtad, dalam deraf pindaan antara versi bahasa Melayu dan Inggeris.

Katanya, kedua-dua versi deraf tersebut memperuntukkan hukuman yang sama, iaitu bunuh.

"Bukan beza (hukuman), hakikatnya (hukumannya) sama. Hukuman bunuh adalah 'death penalty', hukuman hudud bagi kesalahan murtad itu mati juga cuma perkataan sahaja yang berbeza

"Jadi (akan) diselaraskan versi Bahasa Malaysia dengan Bahasa Inggeris, (selepas ini) dipakai hudud juga dalam (versi) Bahasa Inggeris. Supaya tak ada yang keliru, dan wartawan (tidak) bermasalah.

"Itu sebenarnya betul. Maksud sama, hudud untuk murtad hukumannya mati," jelas Mohd Amar kepada pemberita selepas sidang DUN di Kompleks Kota Darulnaim hari ini.

Deraf sedia ada dalam bahasa Inggeris menyatakan bahawa hukuman bagi kesalahan murtad adalah hukuman, sekiranya pesalah tidak bertaubat selepas dipenjarakan.

Manakala versi bahasa Melayu hanya menyatakan bahawa mahkamah perlu menjatuhkan "hukuman hudud" sekiranya pesalah tidak bertaubat.

DUN Kelantan meluluskan cadangan pindaan ke atas Kanun Jenayah Syariah II dengan sebulat suara hari ini.


 

Hudud: Masa untuk DAP, MCA dan Gerakan terima kenyataan

Posted: 19 Mar 2015 01:47 AM PDT




Oleh Ng Kee Seng 


Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini membentang dan membahaskan pindaan enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993.Ia akan diluluskan oleh 45 Adun yang semuanya beragama Islam esok, dan itu hanyalah formaliti.

Ini kerana tidak syak lagi, DUN yang didominasi PAS itu akan dapat apa yang dimahukan. Sama ada PAS akan mendapat kelulusan Parlimen yang diperlukan adalah soal lain.Namun, sudah tiba masanya rakyat Malaysia menerima hakikat ini dan terus melangkah ke hadapan.

Hakikatnya, undang-undang hudud negeri itu sudah diluluskan dua puluh tahun yang lalu.

Kepada pihak yang selama ini menentang hasrat PAS melaksanakan hudud bagi orang Islam di Kelantan, bukankah ini masanya untuk menamatkannya dan melangkah ke hadapan?

Terutama bagi DAP, MCA dan Gerakan. Meraka patut sudah menerima kenyataan bahawa selagi rang undang-undang itu tidak menyalahi peraturan, mereka perlu menerima keputusan majoriti. Bukankah itu demokrasi?

Selama tiga dekad, DAP, MCA, MIC dan Gerakan sentiasa bersuara membantah atau menolak apa-apa langkah untuk melaksanakan hudud di Kelantan atau Malaysia. Apakah yang mereka capai setakat ini? Tiada apa-apa.

Dan bagi Kelantan, ketiga-tiga parti politik bukan Melayu tidak memiliki seorang wakil pun di DUN.
Jika majoriti umat Islam menyokong pelaksanaan hudud di Kelantan, itu adalah hak demokratik mereka. Bukankah begitu?

Selain itu, apa yang DAP, MCA, Gerakan maksudkan tentang memperjuangkan hak beragama dan demokrasi?

Bukankah orang Islam mempunyai hak untuk mengamalkan agama mereka? Maka, mengapa ada diskriminasi terhadap orang Islam?

Sudah banyak yang diperkatakan DAP, MCA dan Gerakan tentang ketakutan terhadap hudud. Apa yang mereka takutkan? Hudud atau pelaksanaannya?

Secara prinsip, orang bukan Islam tiada hak menafikan orang Islam yang mahukan hudud. Namun mereka berhak untuk menggesa agar mereka tidak tertakluk di bawah undang-undang itu melalui apa sahaja cara, jika ia dilaksanakan dan dikuatkuasakan.

Justeru ketakutan sebenar mereka adalah pelaksanaan, penguatkuasaan dan pentadbiran undang-undang. Dan DAP belum pun mula menangani secara terperinci tentang aspek-aspek ini.

Apa yang mereka buat, terutama DAP, hanyalah menentang hudud dengan penuh agresif sepanjang tiga dekad ini, mempolitikkannya dan dengan itu menunjukkan mereka sebagai anti-Islam. Bolehkah anda benar-benar salahkan pihak yang menganggap DAP sebagai anti-Islam? 

Apakah tindakan positif yang telah diambil DAP untuk menyelesaikan isu hudud? Adakah mereka benar-benar pejuang kebebasan agama dan demokrasi?

Jika ya, pemimpinnya perlu berfikir di luar kotak dan menerima hudud sebagai hak orang Islam.
DAP sebaliknya patut menyokong PAS dan bekerjasama dengan mereka untuk merangka pelaksanannya, demi memastikan minoriti bukan Islam di Kelantan tidak tertakluk atau terkesan dengan undang-undang itu. 

Bukankah itu langkah yang positif bagi DAP di dalam Pakatan, atau sebuah kerajaan Pakatan? Atau DAP sebenarnya tidak yakin dapat memastikan Pakatan mampu melaksanakan dan mentadbir hudud hanya untuk orang Islam, dan mengecualikan orang bukan Islam?

DAP telah mengancam kedudukan dan status PAS dalam Pakatan jika mereka meneruskan usaha melaksanakan hudud di Kelantan. Apakah kesan positif langkah itu kepada orang bukan Islam dan rakyat Malaysia secara umumnya?



Apa yang DAP lakukan hanyalah membangkitkan emosi politik dan memarakkan api agama dalam isu ini. Adakah DAP mahu memimpin rakyat Malaysia ke arah perkembangan sosial yang positif, atau cuma mahu kekal relevan di kalangan orang bukan Islam?

Jangan dilupakan bahawa ciri utama yang paling penting dalam pindaan enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 ini adalah undang-undang hudud hanya dilaksanakan ke atas orang Islam. Itulah prinsipnya. 

Kebimbangan yang dibangkitkan DAP dan pihak bukan Islam lain adalah tentang salah urus. Bukankah menjadi tugas DAP untuk memastikan Pakatan mampu menjadi pentadbir yang cekap dalam kerajaannya?

Agensi berita nasional Bernama memetik Penolong Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan sebagai berkata, enakmen itu menawarkan pilihan kepada orang bukan Islam sama ada ingin dibicarakan di bawah hudud atau undang-undang sivil.

Pindaan dan penambahbaikan terhadap enakmen itu berdasarkan pandangan dan cadangan pelbagai pihak, antaranya pakar perundangan, politikus dan badan bukan kerajaan (NGO).

"Dengan pindaan ini, kanun jenayah ini hendaklah terpakai ke atas tiap-tiap orang Islam yang mukalaf bagi apa-apa kesalahan di bawah kanun ini ," katanya yang juga menjadi Ketua Sekretariat Tetap Hudud Negeri Kelantan.

Ahli Parlimen Kota Baru dan pengamal undang-undang itu juga berkata, orang bukan Islam tidak lagi perlu bimbang terhadap pelaksanaan undang-undang itu.

Katanya lagi, pindaan (15 perkara) itu turut memperkemas hukuman terhadap kesalahan berkaitan liwat dan zina, serta soal-soal teknikal.

Katanya, usaha ke arah pelaksanaan kanun jenayah Syariah di negeri itu dibangkitkan apabila rang undang-undang hudud diluluskan sidang DUN pada 25 November 1993.

"Penubuhan jawatankuasa teknikal bersama kerajaan negeri dan persekutuan untuk mengkaji pelaksanaan hudud di Kelantan dilihat perkembangan positif ke arah usaha melaksanakan undang-undang Islam ini.

"Dua perkara perlu ditangani bagi mengatasi halangan perundangan untuk mewartakan dan melaksanakannya. Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 dan Perkara 76A (1) Perlembagaan Persekutuan perlu dibawa ke Dewan Rakyat."

Katanya, salah seorang Ahli Parlimen PAS akan membentangkan rang undang-undang persendirian untuk meminda Perkara 76A (1) Perlembagaan Persekutuan, bagi memberi kuasa kepada kerajaan negeri melaksanakan Kanun Jenayah Syariah. Pada masa sama, kerajaan Persekutuan perlu meminda Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 dalam soal yang berkaitan dengan kuasa mahkamah Syariah. 

Dalam respon segera, Bendahari Umno Kelantan dan Adun Kok Lanas Datuk Md Alwa Che Ahmad berkata: "Isu ini hanya berkaitan orang Islam. Orang lain tidak perlu campur tangan."

Sementara itu, delegasi 50 ahli Gerakan pelbagai negeri yang diketuai timbalan Ketua Pemuda Andy Yong berkata: "Kami di sini untuk menyokong tiga rakan parti kami yang telah memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Kota Bharu untuk mencabar kesahan undang-undang hudud.

"Kami bukan anti-Islam. Hudud bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Bagaimana anda akan dapat kuatkuasakan dua undang-undang jenayah dalam negara ini? Bagaimana untuk menguatkuasakannya dalam negara berbilang kaum?"

Mereka yang mengemukakan cabaran tersebut adalah Tuan Mat Tuan Wil, Soh Hoon Lee dan Chung Man Sie.

Antara yang hadir menyokong adalah pemimpin muda parti itu dari Pulau Pinang, termasuk Ketua Pemuda negeri Hng Chee Wey, Bendahari Pemuda negeri Andy Tan Hum Wei dan Setiausaha Pemuda negeri Ooi Zhi Yi.

Hng juga berkata: " Kami bukan anti-Islam. Jaminan bahawa orang bukan Islam tidak akan terkesan adalah tidak kukuh. Jika seorang lelaki bukan Islam merogol wanita Islam, undang-undang mana yang akan digunakan?"

Tindakan proaktif Pemuda Gerakan memang berani. Tetapi dimanakah panel kajian hudud MCA yang dianggotai 100 peguam pada masa ini?

Keputusan pengundian rang undang-undang hudud esok, yang melibatkan 32 Adun PAS, 12 Umno dan seorang dari PKR sudah hampir pasti.

Laman the Malaysian Insider memetik Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke sebagai berkata, parti itu akan mengkaji semula kedudukannya dalam Pakatan, berikutan langkah PAS Kelantan ini. 

Nampaknya lebih banyak ugutan daripada DAP, tanpa mengambil kira kepentingan rakyat Malaysia?
Apakah faedah tindakan itu kepada minoriti di Kelantan?


DAP tak perlu ugut Pas

Posted: 19 Mar 2015 01:43 AM PDT


Mohd Khairuddin Aman Razali
 
 
 
SHAH ALAM - DAP tidak perlu mengugut Pas dengan ancaman PR akan berpecah jika Pas meneruskan pelaksanaan hudud, sebaliknya perlu menghormati perjuangan yang dibawa Pas.

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, ini kerana jaminan hak beragama adalah sebahagian daripada prinsip persefahaman politik yang membentuk PR.

Menurutnya, usaha Pas untuk melaksanakan hudud adalah semata-mata kerana tuntutan agama Islam dan tidak melibatkan kepentingan politik.

Katanya, jika DAP menghormati perjuangan hudud oleh Pas dan tidak menentang sebarang usaha Pas untuk merealisasikannya mengikut saluran demokrasi, PR akan bertambah kukuh dan dihormati.

"Pecah atau kukuh PR adalah di tangan kita yang menentukan bukan di tangan Umno.

"Sebagai seteru di medan politik, memanglah hasrat Umno mahu PR berpecah. Tetapi pendirian dan sikap kita sendirilah sebagai rakan sekawan akan menentukan nasib hubungan kita," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurutnya, perjuangan hudud adalah aspirasi Pas sejak penubuhan parti itu dan DAP telah maklum mengenai perkara itu semasa PR diwujudkan.

Jelasnya, Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan (1993) 2015 yang dibentangkan kerajaan Kelantan semalam untuk pindaan adalah Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 dengan penambahbaikan dari sudut laras bahasa dan akta, dan bukannya undang-undang baharu seperti yang didakwa.

"Sekali lagi saya tegaskan bahawa kunci keutuhan PR itu adalah pada sikap hormat-menghormati sesama kita. Malangnya, DAP tidak bersikap demikian.

"Maka, jika PR lemah, ia berpunca daripada sikap tidak hormat DAP terhadap Pas sendiri, bukan kerana Pas bertegas mahu laksanakan undang-undang jenayah Islam," katanya.


Gerakan perlu hormati hak Pas Kelantan

Posted: 19 Mar 2015 01:41 AM PDT


Ahmad Shabery Cheek Ahmad Shabery Cheek
 
 
 
KUALA LUMPUR - Gerakan perlu menghormati hak Pas Kelantan untuk membentangkan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (pindaan 2015) kerana parti Islam itu mewakili suara semua rakyat negeri itu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, tindakan Pas Kelantan membawa pindaan enakmen itu untuk diluluskan dalam sidang Dun Kelantan itu adalah sebahagian daripada proses demokrasi yang perlu dihormati.

"Itu hak Gerakan dan sesiapa sahaja buat apa-apa tindakan tetapi akhirnya Gerakan mesti faham dari segi Pas adalah parti yang telah dipilih oleh rakyat dan disokong oleh ramai orang bukan Islam.

"Apabila Pas mendapat kuasa dan sokongan yang begitu besar termasuk orang bukan Islam, apabila Pas memperkenalkan undang-undang ini, maka mereka Gerakan sepatutnya menghormati," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Gerakan semalam memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi di Kota Bharu, Kelantan, bagi memohon deklarasi pembatalan terhadap Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993, yang pindaannya dibentangkan pada persidangan Dun Kelantan pada Rabu.

Saman pemula itu difailkan oleh tiga anggota parti berkenaan, iaitu Tuan Mat Tuan Wil, Soh Hoon Lee dan Chung Mon Sie melalui Tetuan N. S. Leong dan S. T. Low pada pukul 10 pagi di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi dan menamakan Kerajaan Negeri Kelantan sebagai defendan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Gerakan saman Kanun Jenayah Syariah II]

Dalam saman pemula tersebut, plaintif memohon pengisytiharan mengikut Artikel 76 dan 76 (A) Perlembagaan Persekutuan bagi perisytiharan bahawa Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 adalah batal dan tidak sah kerana bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Selain itu, suatu deklarasi bahawa Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 itu adalah menyalahi undang-undang, batal dan tidak sah, bertentangan dengan Perkara 4 (1) Perlembagaan Persekutuan.

'Mahu guna kalimah 'Allah', tapi tolak hukum'

Posted: 19 Mar 2015 01:37 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Ketua Penerangan Umno Kelantan Datuk Md Alwi Che Ahmad mempertikaikan tindakan sesetengah pihak yang dilihat mahu menggunakan kalimah Allah tetapi tidak mahu hukum-Nya dilaksanakan.

Tanpa menamakan pihak tersebut, Md Alwi yang ADUN Kok Lanas itu turut mempersoalkan tindakan pihak tersebut yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukuman hudud di Kelantan.

"Baru-baru ini, sibuk sangat nak guna nama Allah sampai bawa ke mahkamah sebab nak guna nama Allah.

"Hari ini, Kelantan nak melaksanakan hukum Allah kenapa pula tak mahu? Kenapa kamu mahu (kalimah) Allah tetapi undang-undang-Nya kamu tidak mahu?

"Jawab soalan itu dulu," tegasnya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas pembentangan dan membahas pindaan Rang Undang-undang Syariah 1993 di DUN Kelantan di Kota Darulnaim hari ini.

Sebelum itu, Md Alwi menjawab soalan pemberita berhubung kenyataan Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke yang ingin mengambil tindakan terhadap PAS berhubung pelaksanaan undang-undang itu.

Sidang DUN Kelantan hari ini menyaksikan pembentangan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 yang menyentuh tentang kesalahan jenayah syariah hudud, qisas dan ta'zir yang terpakai kepada orang Islam yang mukalaf.

Jenis-jenis kesalahan hudud yang termaktub dalam pindaan itu ialah, Sariqah (mencuri), hirabah (orang yang merampas harta orang lain dengan kekerasan), zina termasuk liwat, qazaf (membuat tuduhan zina atau liwat), syurb (minum arak atau memabukkan), irtidad (murtad). 


Cara mengenali bungkusan Milo asli dan palsu

Posted: 18 Mar 2015 11:13 PM PDT


Cara mengenali bungkusan Milo asli dan palsu Foto ihsan Facebook Milo Malaysia
 
 
 
SHAH ALAM - Milo Malaysia memberitahu cara mudah untuk membezakan bungkusan Milo asli dengan bungkusan Milo palsu, semalam.

Pendedahan melalui laman Facebook 'Milo Malaysia' berkenaan memberitahu bahawa bungkusan plastik Milo asli dilakukan oleh mesin dan bahagian atas bungkusan tersebut tidak sempurna.

Pendedahan berkenaan juga menunjukkan bungkusan plastik Milo tiruan akan mempunyai bahagian atas mempunyai kesan gerigi yang sempurna.

Namun, pendedahan yang dibuat oleh Milo Malaysia menimbulkan persoalan selepas beberapa pelayar mempersoalkan kesempurnaan potongan yang dibuat oleh mesin pembungkusan produk Milo.

[ARTIKEL BERKAITAN: KPDNKK rampas produk Milo tiruan]

"Ini sangat mengelirukan. Maksud anda mesin (kepunyaan Milo) tidak memotong dengan sempurna? Jadi potongan tidak sempurna adalah (Milo) asli? Potongan sempurna pula adalah yang palsu? Anda pasti?" kata seorang pelayar, Iven Neoh.

"Sekarang saya tertanya jika Milo tin yang saya beli palsu (atau tidak). Saya tidak pernah beli Milo dalam beg (plastik). Ada sesiapa boleh beri saya maklumat?" kata Kimme Cheah.

Sebelum ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan (KPDNKK) merampas produk minuman Milo tiruan dengan nilai rampasan RM250,000 dalam serbuan yang dilakukan di sebuah taman perumahan mewah di Mantin, Sabtu lepas.


Kenapa Izzah ditahan, KPN kena jawab

Posted: 18 Mar 2015 11:07 PM PDT


Maszlee Malik Maszlee Malik
 
 
 
SHAH ALAM - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar perlu menjelaskan soal penahanan terhadap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang juga Naib Presiden PKR, Isnin lalu.

Penganalisis politik, Dr Maszlee Malik berpandangan, Khalid sepatutnya menjelaskan bagaimana Nurul Izzah boleh hilang imuniti sebagai seorang ahli Parlimen yang berucap di dalam Dewan Rakyat.

"KPN kena jawablah. Sebab dalam kes ini, ahli Parlimen hilang imuniti jadi, dia perlu jelaskan.

"Jadi, sekarang ini seolah-olah macam ahli Parlimen tidak ada imuniti dan ini akan melemahkan semangat pengamalan demokrasi. Kita minta KPN jawablah," katanya kepada Sinar Online ketika ditemui selepas Wacana Sinar Siri ke-35: Apa di Sebalik 1MDB? di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini hari ini.

Nurul Izzah ditahan satu malam di Pusat Tahanan Reman Jinjang, Kuala Lumpur susulan kenyataannya pada persidangan Dewan Rakyat minggu lalu yang turut menyentuh sistem kehakiman negara di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

Sementara itu, Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia, Prof Madya Azmi Hassan, semua ahli Parlimen perlu faham bahawa imuniti berhujah dalam Dewan Rakyat tetap mempunyai had.

"Ya, imuniti di Parlimen itu ada had. Secara mudahnya, apabila ahli Parlimen itu mengkritik keputusan mahkamah, itu yang dikatakan menghina mahkamah. Imuniti itu secara automatiknya akan hilang. Tidak perlu digunakan Akta Hasutan seumpamanya.

"Mereka kena faham, (imuniti) itu ada hadnya dan kena faham kenapa imuniti itu diberi. Imuniti itu diberi untuk beri penerangan kepada rakyat tentang perkara yang tidak menyentuh keputusan mahkamah yang sudah berlaku.

Jadi, itu secara automatiknya imuniti tersebut hilang dan beliau ditahan di bawah Akta Hasutan," katanya.

Jelasnya lagi, beliau yakin Nurul Izzah tahu punca dirinya ditahan polis, kelmarin.

"Sepatutnya tidak (dibangkitkan soal imuniti). Nurul Izzah pun tahu kenapa (ditahan) beliau dikatakan mengutarakan ucapan yang sedemikian rupa...kerana (imuniti itu) ada hadnya," katanya.

Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat  di bawah Seksyen 36(8) menyebut ahli Parlimen dalam perbahasan mereka adalah dilarang menyentuh kelakuan atau sifat Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu, Yang di-Pertua Negeri atau hakim-hakim dan lain-lain orang yang menjalankan keadilan mahkamah atau ahli Majlis Pasukan Bersenjata.

Sementara itu. Perkara 63 (4) Perlembagaan Persekutuan mengetepikan peruntukan di bawah Perkara 63 (2) berhubung kekebalan ahli Parlimen, membolehkan tindakan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati bersalah melakukan jenayah di bawah undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen di bawah Artikel 10 (4) Perlembagaan Persekutuan atau sebarang kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948.


Chempaka: K'tan umum cuti peristiwa Ahad ini

Posted: 18 Mar 2015 11:04 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Kerajaan Negeri Kelantan mengumumkan Ahad ini (22 Mac) sebagai cuti peristiwa sempena hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka. 

Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata langkah itu diambil kerana kerajaan negeri bersimpati dengan kesukaran yang bakal dihadapi pengundi memandangkan hari pengundian jatuh pada hari bekerja.

"Harapan saya agar proses pengundian pada hari tersebut berjalan lancar dan aman," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Terdapat sejumlah 20,390 orang pengundi biasa bagi PRK itu yang menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon PAS dan empat calon Bebas.

PAS diwakili Ketua Urusan Ulama PAS DUN Chempaka Ahmad Fathan Mahmood@Mahamad, 42.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya bekas Menteri Besar Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akibat kanser prostat pada 12 Februari lepas. - Bernama


 

Suhakam kesal polis tahan Nurul Izzah

Posted: 18 Mar 2015 10:59 PM PDT


Suhakam kesal polis tahan Nurul Izzah Naib Presiden Suhakam, Datuk Dr Khaw Lake Tee dan dua Pesuruhjaya Suhakam menerima memorandum membantah salah guna kuasa polis yang diserahkan sekretariat #KitaLawan, hari ini.
 
 
 
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) kesal terhadap tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menggunakan Akta Hasutan 1948 ke atas penahan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar susulan kenyataannya pada sesi perbahasan di Dewan Rakyat, baru-baru ini.

Pengerusinya Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam berkata, hak kebebasan bersuara di Dewan Rakyat tidak boleh dicabar atau menjadi asas kepada prosiding jenayah.

"Suhakam telah berulang kali melahirkan kebimbangan atas penggunaan Akta Hasutan oleh PDRM termasuk penahanan Adun pada 2014 dan terbaru ahli Parlimen susulan ucapan semasa persidangan.

"Kami menyeru pihak berkuasa menghormati dan menegakkan prinsip keistimewaan Parlimen dan Dun yang diberikan kepada wakil rakyat.

"Dalam demokrasi berparlimen adalah penting untuk wakil rakyat diberi jaminan dan hak untuk menyuarakan pendapat dan memberi pandangan tanpa rasa takut atau pilih kasih," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Nurul Izzah ditahan di Pusat Tahanan Reman Jinjang, Kuala Lumpur susulan kenyataannya pada persidangan Dewan Rakyat minggu lalu yang turut menyentuh sistem kehakiman negara di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

Meskipun begitu, Suhakam mengiktiraf pengecualian kepada keistimewaan dan imuniti yang dinikmati ahli Parlimen seperti yang termaktub di bawah Perkara 63 (4) dan 72 (4) dalam Perlembagaan.

"Suhakam mengulangi pendirian bahawa adalah penting untuk pihak berkuasa memastikan hukuman setimpal dikenakan terhadap ahli Parlimen (yang melanggar) dengan mengambil kira sepenuhnya peruntukan sedia ada di bawah Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat  dan Dun.

"Namun, hak kebebasan bersuara harus dipertahankan di Parlimen pada setiap masa.

"...imuniti Parlimen bukan satu keistimewaan individu yang diberikan kepada Ahli Parlimen untuk kepentingan peribadi tetapi sebaliknya, satu keistimewaan untuk faedah dan kepentingan rakyat," katanya.


Anak aktivis berikrar berjuang untuk Abah

Posted: 18 Mar 2015 10:57 PM PDT

MALAYSIAKINI




 
 
 
Melihat ayahnya, seorang aktivis, dibawa ke penjara semalam, telah mencetuskan api perjuangan dalam jiwa seorang anak yang berusia 14 tahun, Asiah Latif (bawah, kanan).
 
"Ia begitu pelik bagaimana dia dalam penjara kerana dia berjuang untuk keadilan. Saya tidak akan berhenti berjuang untuk apa yang betul. Saya sayang Abah," kata Asiah dalam posting dalam bahasa Inggeris di Facebook.
 
Bapa Asiah, Bad Latif Mansor adalah antara 13 orang yang dihantar menjalani hukuman penjara selama 10 bulan mulai semalam, apabila Mahkamah Rayuan mendapati mereka bersalah menyertai perhimpunan haram.
 
Mereka juga dikenakan denda RM5,000 setiap seorang kerana menyertai demonstrasi membantah angkat sumpah Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dari BN sebagai menteri besar Perak dalam satu rampasan kuasa politik di negeri ini pada tahun 2009.
 
Ibunya, Nashita Md Noor dalam satu lagi posting di Facebook berkata keluarganya akan tetap kuatkan diri.
 
"Akhirnya dia tidak kembali bersama kami [...] InsyaAllah, kami kuat. Alhamdulillah."
 
Selain Bad Latif, yang lainnya yang turut dibawa penjara ialah Suhana Abdullah, 50; Mohd Faiz Mohd Arshad, 27; Zulhaizam Zulkifli, 30; Isha Riduan Ishak, 60; Adi Hilmee Mohd Nasir, 45; Mohamad Nazeer Hameed, 49; Khairul Azmi Hassan Basri, 49; Mohd Hasri Ismail, 49; Mohamed Ismail S M Abdul Kadir, 48; Idris Mohd Thaib, 49; Meor Safizal Meor Mohamed Amin, 40; dan Yusuf Jaafar, 49.
 
Terdahulu, Lawyers for Liberty mengkritik apa yang ia dilihatnya sebagai 'double standard' dalam pemenjaraan 13 peserta demonstras tersebut.
 
Pengarah Eksekutif NGO itu, Eric Paulsen berkata hukumannya berbeza sama sekali dengan hukuman ke atas 15 orang yang menceroboh Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang tahun lepas.
 
Katanya, hukuman terhadap 13 orang itu semalam keras, berbanding dengan denda RM1,500 yang dikenakan ke atas 15 orang yang menyerbu DUN Pulau Pinang tahun lepas, mengancam penghuninya dan juga merosakkan harta benda.
 
Lima belas lelaki di Pulau Pinang itu marah dengan ADUN Seri Delima RSN Rayer yang memanggil Umno "celaka" dan menuntutnya menunjukkan dirinya.
 
Dalam kes di Perak, kata Paulsen dalam satu kenyataan semalam, Mahkamah Rayuan sepatutnya mengambil kira "keadaan peringan" berhubung protes tersebut.
 
Katanya, ia secara umumnya aman dan bertujuan untuk mencegah rampasan kuasa yang amat kontroversi terhadap kerajaan yang dipilih secara sah, Pakatan Rakyat Perak.
    
Paulsen menggesa mahkamah melindungi perlembagaan persekutuan dan menegakkan kebebasan asasi.
 
 

Syed Ali: MCA mahu berpisah? Silakan

Posted: 18 Mar 2015 10:51 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Ketua Umno bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mengalu-alukan hasrat MCA untuk keluar dari BN ekoran sokongan parti majoriti Melayu itu terhadap pelaksanaan hudud.

"Jika MCA berasakan sudah cukup kuat, tiada halangan untuk mereka berpisah dengan Umno, parti yang mewakili sebahagian besar orang Melayu," tegasnya.

"Kalau dah besar kepala, silakan, tetapi jangan nak hasut rakan-rakan lain dalam komponen Barisan Nasional (BN)," katanya dalam satu tulisan blog.

Beliau mengulas ancaman oleh bekas naib presiden MCA, Gan Ping Sieu yang menyeru parti tersebut, dan juga anggota komponen BN lain untuk memutuskan hubungan dengan Umno jika parti tersebut menyokong hudud di Parlimen.

Kenyataan Gan itu timbul ekoran tindakan Umno menyokong pindaan Rang Undang-Undang Syariah II 1993, yang memberi asas kepada pelaksanaan hudud di negeri itu.

Ia dijangka akan diluluskan dengan sokongan kedua-dua blok.

Selepas rang undang-undang itu diluluskan, pindaan perlu dibuat di peringkat Parlimen untuk membolehkannya dilaksanakan.

Syed Ali berkata, Umno tidak akan tunduk kepada ancaman MCA dan parti komponen itu juga tidak harus masuk campur kerana hudud hanya melibatkan orang Islam.

"Hari ini MCA ugut Umno, rentak mereka seperti DAP, parti perkauman," katanya.

Syed Ali juga memuji Umno Kelantan kerana menyokong seteru mereka, PAS dalam melaksanakan hudud di negeri itu.

Katanya lagi, hudud bukan satu agenda politik tetapi satu tanggungjawab bagi orang Islam.


K'jaan mahu perketat kawalan media sosial

Posted: 18 Mar 2015 10:47 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia sedang mengkaji untuk meminda dan mengubahsuai undang-undang yang mengawal media sosial bagi mengurangkan penyalahgunaannya, kata Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

"Kementerian sedang mengkaji untuk meminda Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi meningkatkan penguatkuasaan," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) sama ada kementerian merancang untuk mengawal penggunaan media sosial bagi mencegah salah laku dan jenis hukuman yang akan dijatuhkan.

Ahmad Shabery berkata pindaan itu dijangka dibentangkan sama ada Oktober tahun ini atau awal tahun depan.

Katanya lagi, kerajaan telah pun mendakwa beberapa individu yang terbabit menyalahgunakan media sosial untuk mencetuskanketegangan kaum dan agama serta menghina pemerintahan beraja.

"Terdapat beberapa kes yang melibatkan mereka yang telah menghina Raja-Raja, di mana pesalah didakwa dan dikenakan denda berjumlah sehingga RM200,000.

"Kementerian juga sedang menyiasat beberapa kes lain, termasuk kes Alvin Tan dan beberapa yang lain yang telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara," katanya.


Tambang teksi, bas ekspres naik 1 April

Posted: 18 Mar 2015 10:40 PM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengesahkan bahawa tambang teksi dan bas ekspres akan dinaikkan bermula 1 April.

Ia melibatkan kenaikan kadar kepada 25 sen setiap 200m, berbanding kadar 10 sen setiap 115 meter sebelum ini. Kadar RM3 yang dikenakan sebaik penumpang menaiki teksi bagaimanapun tidak berubah.

Berdasarkan kadar baru itu, congakan kasar bagi perjalanan teksi sejauh 11.6 kilometer dari Midvalley City ke Sunway Pyramid Congakan akan memberi jumlah tambang RM16.26, naik 33 peratus daripada kadar RM12.20 sedia ada.

Kadar tambang bas ekspres pula akan meningkat 22.6 peratus, dari 9.3 sen sekilometer kepada 11.4 sen sekilometer.

Jadual yang didedahkan SPAD menunjukkan, tambang baru bas ekspres untuk perjalanan dari Ipoh ke KL adalah RM25.30, berbanding RM20.60 sebelum ini.

Kerajaan membenarkan pengusaha teksi dan bas ekspres menaikkan tambang walau dengan penurunan harga minyak dan juga kempen yang dijalankan untuk mengurangkan harga barangan dan perkhidmatan.

Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) juga akan mula dikuatkuasa pada 1 April.
 
 

DUN K'tan lulus RUU pindaan hudud

Posted: 18 Mar 2015 10:36 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


DUN Kelantan hari ini meluluskan sebulat suara rang undang-undang pindaan ke atas Kanun Jenayah Syariah II.

Kesemua 44 orang ADUN menyokong cadangan pindaan tersebut.

Selepas rang undang-undang itu diluluskan, pindaan perlu dibuat di peringkat Parlimen untuk membolehkannya dilaksanakan.

DUN Kelantan dianggotai 45 orang wakil rakyat. Satu daripada kerusi tersebut, Chempaka, kini kosong ekoran kematian penyandangnya allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


PKR arah ADUN tak sertai bahas hudud

Posted: 18 Mar 2015 10:34 PM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
PKR mengarahkan wakilnya di DUN Kelantan, Mohd Roslan Puteh untuk tidak menyertai perbahasan dan pengundian ke atas rang undang-undang hudud di negeri itu.

Satu kenyataan parti itu antara lainnya menegaskan pendirian bahawa syariat Islam yang lebih besar perlu diutamakan, dan bukan hanya melalui kanun hdud.

Berikut adalah kenyataan penuh PKR yang ditandangani presidennya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan para pemimpin tertingginya:

PKR mengikuti dengan dekat perkembangan sehingga lulusnya pindaan-pindaan kepada Enakmen Kanun Jenayah Syariah II di Dewan Undangan Negeri Kelantan pada hari ini. Sejak cadangan pindaan ini timbul lebih setahun lalu, PKR telah duduk berbincang dengan pimpinan PAS dan Kerajaan Kelantan serta pimpinan DAP untuk mencari jalan terbaik kepada isu ini.

Biro Politik PKR telah bermesyuarat pada 17 Mac 2015 dan membincangkan dengan khusus pindaan-pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II.

Muafakat Pakatan Rakyat

PKR terikat dan menghormati keputusan bersama mengenai pelaksanaan hudud yang dicapai di dalam Pakatan Rakyat dalam tahun 2011 seperti berikut:

1.    Pelaksanaan hudud bukanlah agenda bersama Pakatan Rakyat

2.    Walau bagaimana pun, parti-parti Pakatan Rakyat menghormati bahawa pelaksanaan hudud telah menjadi dasar perjuangan PAS dan Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1993 dibentangkan sebelum Pakatan Rakyat ditubuhkan. Oleh itu, adalah tidak munasabah bagi PAS menggugurkan pelaksanaan hudud daripada agendanya

3.    Sebarang dasar atau pelaksanaan dasar yang melibatkan Pakatan Rakyat perlulah mendapat persetujuan bersama ketiga-tiga parti

Keputusan bersama ini sering dirujuk sebagai "agree to disagree" mengambil kira Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1993 telah wujud sebelum Pakatan Rakyat.

Oleh sebab itu, apabila wakil Kerajaan Kelantan Datuk Nik Amar memaklumkan kepada mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 8 Februari 2015 bahawa rang undang-undang yang bakal dibentangkan hanyalah pindaan empat (4) perkara ke atas enakmen yang telah diluluskan dalam tahun 1993, PKR mengambil sikap menghormati bahawa pindaan itu bukanlah undang-undang baru dan tidak mengubah status sedia ada. Oleh yang demikian, pindaan seperti yang dimaklumkan oleh Datuk Nik Amar itu masih berada di dalam kerangka persetujuan bersama dan muafakat Pakatan Rakyat mengenai hudud yang dicapai dalam tahun 2011.

Walau bagaimana pun, PKR tidak diberikan draf pindaan sehinggalah minggu lepas iaitu pada 12 Mac 2015 (seminggu sebelum dibentangkan di Dewan Undangan Negeri). Draf yang dibentangkan itu bukanlah pindaan empat (4) perkara seperti yang dimaklumkan oleh Datuk Nik Amar tetapi merupakan pembentangan keseluruhan enakmen setebal 34 muka surat. Walaupun kandungannya tidak banyak berbeza dari enakmen asal tahun 1993, ia tidak lagi mematuhi muafakat bersama yang dipersetujui oleh Pakatan Rakyat dalam 2011 mengenai pelaksanaan hudud.

Oleh yang demikian, PKR melahirkan rasa kesal kerana persetujuan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat bertarikh 8 Februari 2015 tidak dihormati dan sekaligus bertentangan dengan muafakat bersama yang dicapai dalam tahun 2011 mengenai perkara ini.

Sedang PKR menghormati hak dan pendirian Kerajaan Kelantan untuk membentangkan enakmen ini, adalah lebih afdal jika Kerajaan Kelantan juga menghormati persetujuan yang dibuatnya sebelum ini di peringkat Pakatan Rakyat.

Fiqh Al-Awlawiyyat, Maslahat Ummah dan Maqasid Syariah

PKR berpendirian bahawa setiap yang beragama Islam wajib menerima hukum hudud kerana Al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW telah menetapkan hukuman-hukuman bagi enam salah laku iaitu sariqah (mencuri), hirabah (rompakan bersenjata), zina (persetubuhan di luar perkahwinan), qazaf (tuduhan palsu mengenai kemuliaan seseorang), syurb (meminum arak) dan riddah (murtad).

Pada masa yang sama, PKR juga percaya bahawa rakyat Malaysia boleh membezakan di antara penerimaan ketetapan hudud terhadap enam kesalahan tersebut dengan kaedah melaksanakan ketetapan hudud itu di dalam sesebuah masyarakat. Sementara setiap yang beragama Islam wajib menerima ketetapan hukuman hudud, kaedah mengkanunkan dan melaksanakan hukuman hudud itu dalam konteks sistem undang-undang dan suasana sesebuah masyarakat boleh dibincangkan.

Malah, peraturan dan kaedah dalam melaksanakan hukuman hudud seperti yang biasa diutarakan sekarang adalah hasil dari perbincangan ulama dan ilmuwan selama beribu tahun yang kini membentuk pengetahuan kita mengenai kaedah mengkanunkan hukuman hudud. Oleh sebab itu, PKR berharap perbezaan pendapat mengenai kaedah mengkanunkan dan melaksanakan hudud tidak disalahertikan seolah-olah menolak ketetapan hukuman hudud.

PKR mengambil pendirian bahawa syariat Islam merangkumi kesemua ruang hidup dan bermasyarakat. Selain dari hukuman hudud ke atas enam kesalahan di atas, syariat Islam turut meliputi persoalan perkerajaanan, diplomatik, tatacara ekonomi, hubungan dengan bukan Islam dan perkara muamalah lain-lain. Makanya, kanun hudud seperti yang diterjemahkan ke dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah II pada hari ini adalah sebahagian dari syariat besar Islam.

Oleh sebab itulah, PKR berbeza pandangan mengenai keutamaan yang perlu didahulukan dalam melaksanakan syariat Islam yang menyeluruh ini. PKR percaya bahawa memutuskan keutamaan masyarakat adalah sebahagian dari pertimbangan fiqh al-awlawiyyat (keutamaan amalan/dasar) yang boleh dibincangkan di dalam sesebuah masyarakat. Dalam perkembangan mutakhir, PKR meletakkan keutamaan kepada memperbetulkan ketidakadilan di dalam masyarakat dan membela kebajikan rakyat sebagai keutamaan yang lebih tinggi dari melaksanakan undang-undang hudud ke atas enam kesalahan tadi mengikut kaedah fiqh al-awlawiyyat.

Ini bukanlah bermakna PKR menolak ketetapan Allah SWT di dalam enam kesalahan mengikut hudud seperti yang sering dipolitikkan. Sebaliknya, PKR percaya perjuangan memperbetulkan ketidakadilan dalam masyarakat dan membela kebajikan rakyat lebih utama dalam menyelesaikan maslahat ummah sekarang terutamanya dengan berlatar belakangkan masalah kebajikan rakyat selepas musibah banjir, tekanan hidup terhadap rakyat akibat rasuah dan salahguna kuasa pemerintah terhadap rakyat.

Pendirian sebegini juga dipegang oleh gerakan-gerakan Islam ternama di dunia termasuk Parti Kemajuan dan PKR (AKP) di Turki yang dipimpin Presiden Tayyeb Erdogan dan Parti An-Nahdah di Tunisia yang dipimpin pemikir Islam ternama Sheikh Rashid al-Ghannouchi. Malah, pendirian bahawa pelaksanaan hudud bukanlah keutamaan utama dalam masyarakat juga merupakan pendirian yang diambil oleh Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini.

PKR percaya bahawa penekanan perlu diberikan untuk meninggikan kefahaman rakyat kepada matlamat undang-undang Islam dilaksanakan seperti yang dituntut di dalam maqasid syariah. PKR akan terus berpegang dan berpandukan kepada maqasid syariah dalam membuat pendirian mengenai dasar-dasar yang melibatkan rakyat.

Oleh yang demikian, mengambil kira pertimbangan-pertimbangan ini, PKR mengambil pendirian yang berbeza mengenai keutamaan melaksanakan hukuman hudud seperti yang dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Kelantan pada hari ini. Oleh itu, PKR telah mengarahkan calon tunggal PKR di Dewan Undangan Negeri Kelantan untuk tidak menyertai perbahasan dan pengundian bersabit Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan pada hari ini.

Muslihat Umno

PKR menyeru semua rakyat Malaysia yang cintakan PKR, kesejahteraan dan kemuliaan insan supaya tidak mudah tertipu dengan muslihat Umno yang mempolitikkan pelaksanaan hukum hudud untuk memecah belahkan perpaduan rakyat menentang Umno.

Perbezaan pendapat mengenai fiqh al-awlawiyyat melaksanakan hukuman hudud ini akan diputar belitkan seolah-olah mereka yang meletakkan keutamaan tuntutan syariat Islam manakala yang lain menolak hukum Allah SWT.

Jika benar Umno benar-benar ikhlas dan bersedia untuk melaksanakan hukuman hudud, sudah tentu Kerajaan Negeri Terengganulah yang memulakan langkah dan disambut oleh Kerajaan Persekutuan di peringkat Parlimen. Keengganan Umno selama ini adalah bukti bahawa Umno hanya berminat mempolitikkan hudud di saat nyawanya di hujung tanduk.

PKR menyeru seluruh rakyat Malaysia kembali fokus kepada usaha menukar kerajaan persekutuan agar kepentingan rakyat dalam semua aspek dapat diperjuangkan.

 

Tiada ulasan: